Rabu, 26 Februari 2014

2 NEGERI TERMISKIN DI MALAYSIA : PAKATAN RAKYAT GAGAL URUS

BR1M 3.0: Ramai berpendapat jumlah masih tak cukup

Anwar akui tak dimaklumkan MOU air S'gor - Putrajaya

Anwar: Hadi Awang bukan saja tok guru tapi pemimpin kita

Apabila ketagih dengan kuasa semua janji di lupakan

(sambungan)
 
Aspan Alias
 
Pada sekitar 1985/86 kedengaran rakyat dan ahli-ahli UMNO sendiri tidak begitu selesa dengan perkembangan baru dalam kerajaan dan negara kerana budaya meninggalkan perjuangan asal UMNO itu semakin jelas. Ciri-ciri pemimpin menumpukan untuk mengumpulkan harta kekayaan sudah menjadi semakin nyata. DEB yang sebelum itu mendapat sokongan berbilang kaum sudah mula diabaikan oleh pimpinan semasa itu dan kerajaan mula menumpukan hanya kepada pembangunan fisikal untuk menjadi bahan tayangan dan ‘testimonial’ kepimpinan Mahathir yang baru berusia 6 tahun semasa itu.
Pimpinan mengambil pembangunan fisikal sebagai satu-satunya ciri pembangunan negara tanpa menghiraukan pembangunan nilai moral dan kemasyarakatan yang maju. Secara cepat masyarakat telah dibentuk sebagai masyarakat ‘materialistic’ dan menganggap kemajuan ekonomi seseorang itu sebagai petanda arah kemajuan negara. Pimpinan berbangga dengan lapangan terbang yang cantik dan besar, jambatan yang terpanjang dan bangunan yang tinggi-tinggi serta tiang bendera yang tertinggi dalam dunia sebagai tanda kemajuan. Suatu ketika dahulu dalam kawasan angkasapuri ada sebuah gong yang dibanggakan sebagai tanda kemajuan negara kerana gong itu merupakan gong yang terbesar di dunia.
Segala-galanya mesti di lakukan dengan tergesa-gesa untuk melihat negara berkembang kemajuan tanpa diperlakukan ‘planning’ yang difikirkan dengan cermat sebelum melaksanakan projek pembangunan. Dalam pembangunan fisikal negara yang tergesa-gesa itu banyak elemen penting untuk rakyat diabaikan dan dengan deras sikap ‘materialistic’ rakyat wujud dengan jelas sehinggakan ada yang bertanya, ‘berapa harga yang terpaksa ditanggung semata-mata kerana pembangunan yang begitu cepat’ tanpa sebarang perancangan yang teliti untuk membawa pembangunan negara yang seimbang diantara pembangunan fisikal, material dan sosial rakyat.
Maka perasaan dan keresahan rakyat terzahir dengan tindakan banyak bahagian UMNO mencadangkan supaya Mahathir diketepikan untuk menjaga masa depan negara dan rakyat. Sebanyak 38 bahagian UMNO telah mencadangkan T Razaleigh Hamzah untuk menyumbang kepada kepimpinan negara dengan meminta beliau bertanding dan menyaingi Dr Mahathir sebagai Presiden UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri negara ini. Hasilnya Mahathir berjaya mempertahankan kerusi Presiden itu dengan majoriti 43 undi sahaja…. satu keputusan yang sangat ‘controversial’ semasa itu.

Selangor anjur solat minta hujan 9 pagi esok

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menganjurkan solat minta hujan (Solat Istisqa) esok bermula jam 9.00 pagi di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, dekat sini.

Solat memohon hujan itu dianjurkan Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS).

Program bermula dengan penerangan tentang kaifiat (syarat dan tertib), khutbah ringkas, solat berjemaah dan doa.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai dengan membawa sejadah dan keperluan lain untuk bersama-sama memohon agar cuaca kering dan kemarau yang melanda negara berakhir, lapor Selangorkini.

Dalam perkembangan berkaitan, pendakwah Dr Zaharuddin Abdul Rahman menyarankan umat Islam di Selangor agar melakukan Solat Istisqa khusus bagi memohon hujan berikutan musim kemarau yang berlarutan mengalibatkan beberapa empangan di negeri ini berada pada tahap membimbangkan.

Menurut beliau, solat minta hujan itu seeloknya dilakukan di kawasan yang terjejas.

“Menjadi sunat muakkad bagi orang Islam di sesuatu tempat yang telah lama tak turun hujan melakukan Solat Istisqa. Seeloknya penduduk di kawasan itu keluar beramai-ramai dan melakukan Solat Istisqa di tempat terbuka.

Telaga Damar: Kelantan tunggu maklumat rasmi Petronas

KOTA BHARU: Kerajaan negeri belum mendapat maklumat secara rasmi daripada Petronas berhubung Telaga Damai yang dikatakan baru memulakan pengeluaran 31 Januari lalu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Kelantan menunggu maklumat secara bertulis daripada pihak terbabit memandangkan lokasinya lebih dekat dekat dengan pantai negeri ini.

Baru-baru ini Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) mendakwa pelantar di Telaga Damai telah memulakan pengeluaran bermula 31 Januari lalu iaitu sebanyak 200 juta kaki padu sehari.

Presidennya, Nazri Deraman berkata, berdasar sumber yang diperolehi operasi pengeluaran petroleum di Telaga Damar hanya terletak 109 km dari pantai Kelantan.

Mohd Amar berkata, kerajaan negeri hanya mengetahui operasi di Telaga Damar tersebut secara tidak rasmi.

Kes dakwat tak kekal: BERSIH sokong Mejar TUDM

Delegasi BERSIH - NGO bagi pilihan raya yang bebas dan adil - mengunjungi pegawai TUDM, Mejar Zaidi Ahmad semalam untuk menyatakan sokongan mereka kepadanya dalam menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tentera.

Zaidi, 46, mengaku tidak bersalah terhadap tujuh tuduhan di antaranya memberi kenyataan media tentang pilihan raya umum ke-13 tanpa kebenaran Kemeterian Pertahanan serta menghantar khidmat pesanan ringkas berbaur politik dan hasutan.

Tuduhan itu termasuk bercakap kepada media tanpa kebenaran, melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera Malaysia dengan membuat laporan polis dan menghantar mesej teks mengenai isu itu.

Delegasi enam orang itu mengunjungi Zaidi di rumahnya di Kepala Batas termasuk pengerusi BERSIH, Marina Chin; Penyelaras Kawasan Utara, Toh Kin Woon; Setiausaha Kehormat Aliran, Anil Netto; aktivis pelajar, Adam Adli dan Mustafa Basri dari Ikram.

Ketika dihubungi, Toh (kanan) berkata BERSIH menimbang untuk mengadakan kempen menyokong Zaidi, untuk menyeru rakyat bersama dengannya dan menggesa pihak tentera menarik balik tuduhan terhadapnya.

Toh berkata, kumpulan itu masih belum membincangkan butiran lanjut mengenai kempen itu tetapi menimbang untuk melancarkannya sebelum perbicaraan Zaidi yang akan bermula pada 8 April depan.

"Kami berharap pihak tentera tidak meneruskan tuduhan terhadapnya. Beliau hanya berkata dakwat kekal tidak kekal. Malah Suruhanjaya Pilihan Raya pun mengakuinya," kata Toh.

Menurutnya lagi, Zaidi tidak berkata apa-apa yang salah atau fitnah.

"Sebagai warga yang mengundi, beliau hanya menyuarakan pandangannya.

"Mengapa beliau perlu didakwa kerana bercakap benar?" kata Toh sambil menambah Zaidi hanya menyumbang kepada pilihan raya yang bebas dan adil di negara ini.

Serangan sihir ke atas Malaysiakini

Sejak penubuhan, Malaysiakini telah biasa berdepan serangan dalam bentuk kritikan keras, serbuan polis, saman mahkamah, malah wartawannya dilarang daripada menjalankan tugas.

Tetapi serangan Subuh semalam ke atas premis kami semalam merupakan kali pertama cubaan pihak penentang kami menggunakan ilmu hitam.

Selain disimbah cat merah dan 'dipersembah' dengan seekor itik hidup, portal ini turut menerima tiga gambar ahli parlimen DAP Teresa Kok yang dibungkus dalam plastik jernih.

Terdapat juga beberapa genggam beras yang dibungkus, dengan setiap satunya mengandungi jarum dan dibungkus dengan benang merah.

Semua peralatan ini telahpun diambil oleh polis untuk tujuan siasatan.

Tinjaun dengan mereka yang mempunyai pengetahuan dalam perkara ini menunjukkan beras dan jarum merupakan perkara yang biasa digunakan pengamal ilmu hitam.

Seorang pakar yang enggan dikenali berkata:

"Beras itu mewakili periuk nasi seseorang individu atau organisasi. Dan jarum itu, apa yang berlaku jika ada jarum dalam nasi yang anda makan? Ia boleh membunuh."

"Jadi bungkusan ini bertujuan memusnahkan periuk nasi orang atau syarikat.

"Bagaimanapun dalam perkara ini tidak pasti sama ada orang yang bertanggungjawab mahu memusnahkan periuk nasi mana-mana ahli politik atau Malaysiakini. Mungkin kedua-duanya," tambah beliau.

Kok menjadi sasaran beberapa protes setelah membintangi video satira "Onederful Malaysia" sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Video menghina orang Melayu?

Para penentang mendakwa video tersebut menghina Melayu dan memperkecilkan pengorbanan pihak keselamatan negara dalam isu pencerobohan Lahad Datu.

Sabar selama 6 tahun akhirnya Selangor ambil alih konsesi air, umum 3 tanggungjawab utama

air MBSHAH ALAM 26 FEB: Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membolehkan Kerajaan Selangor mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pengambilalihan ini dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan.
Empat syarikat konsesi itu ialah Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS).
Kata Abdul Khalid keempat-empat syarikat ini akan diletakkan di bawah satu syarikat konsortium air di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) iaitu syarikat milik penuh kerajaan Selangor.
“Pengambilalihan ini melibatkan pengambilalihan pegangan ekuiti serta tangggungjawab dan tidak melibatkan pemberhentian kakitangan bukan pengurusan.
“KDEB akan membayar RM9.65 bilion kepada pemegang saham empat syarikat konsesi terbabit manakala Kerajaan Persekutuan menyuntik RM2 billion untuk membantu Kerajaan Negeri dalam urusan pengambialihan saham,” kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan media.
Abdul Khalid berkata, sebagai balasan, Kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran merancang untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (LRAL2).
Air MB1Sementara menunggu Langat 2 disiapkan, Kerajaan Selangor akan melaksanakan tiga tanggungjawab utama untuk memastikan bekalan air bersih mencukupi iaitu menjalankan program mitigasi bernilai RM900juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan
Memulakan projek Horas (Hybrid Off River Augmentation System) di Sungai Selangor yang mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 Juta Liter Sehari (MLD) atau 3 bilion liter pada 2050 dengan majlis pecah tanah projek ini akan diadakan dalam tempoh dua minggu dari sekarang
Menurunkan peratusan air tidak berhasil (NRW) dari 33 peratus kepada tahap yang lebih rendah dalam tempoh enam bulan yang mana peratusan tinggi NRW yang gagal diturunkan oleh SYABAS adalah punca utama bekalan air bersih tidak mencukupi.

Taubat Flappy Bird dan Taib Mahmud

Oleh Ahmad Tajuddin Abdullah
DONG Nguyen, pencipta permainan mobil yang dikenali sebagai Flappy Bird bertindak memadam permainannya daripada semua lokasi muat turun di internet sebagai langkah taubatnya kepada orang ramai. Tidak sampai 10 bulan berada dalam senarai muat turun di Google Play dan Apple’s App Store, Don Nguyen dilaporkan memperoleh pendapatan mencecah USD50,000 sehari apabila permainannya itu dimuat turun jutaan manusia di seluruh dunia.

Kisah kejayaannya itu satu perkara, yakni mengejutkan banyak pihak dalam dunia startup kerana dalam masa singkat permainan itu begitu laris dan berjaya meskipun hanya berasaskan model permainan yang serba ringkas. Seperkara lain, tindakan Dong Nguyen menarik semula permainannya setelah tidak mampu lagi melayan permintaan pelik penagih Flappy Bird juga mengejutkan ramai pihak. Semua orang bermimpikan mahu menjadi seperti Dong, bangun pagi kemudian terlintas satu idea yang mudah di benak dan terus laksanakan idea itu sebelum dalam masa yang singkat menjadi begitu berjaya.
Pendek kalam, Dong Nguyen bertaubat. Katanya, dia tidak kejarkan wang ringgit tetapi ketenangan hidup dan kebahagiaan. Adanya Flappy Bird, ternyata kedua-dua elemen itu diragut.
Ini kisah manusia yang diberi tuhan rezeki dalam masa yang singkat, menjadi kaya dan terkenal kemudian bertaubat. Gayanya mencerminkan dirinya tidak senang dengan pujian melangit dan harta yang melimpah ruah sehingga tidak habis makan untuk beberapa keturunan.
Lain pula kisah seorang lelaki tua di wilayah telaga minyak Malaysia, Taib Mahmud. Jika dihitung bilangan hari yang berbaki untuk dia terus melihat dunia dengan umurnya sekarang, boleh dikatakan nisbahnya menggembirakan bakal pewaris harta peninggalannya.
Lelaki tua ini sudah lebih tiga dekad di kerusi Ketua Menteri Sarawak. Nilai kekayaannya tidak mampu dihitung. Segala macam hasil bumi Sarawak bermula dari ceruk hutan sehingga ke bawah dasar laut semuanya memberi pulangan komisen yang lumayan kepada lelaki tua ini dan anak beranaknya.
Namun begitu, kisah hidupnya menjengah 2014 mengejutkan ramai orang. Dia mengambil keputusan melepaskan jawatannya. Semua orang bercakap mengenai hal itu kerana rata-rata menjangkakan jawatan itu akan dibawa sehingga jenazahnya diusung ke tanah perkuburan.
Bersyukur, akhirnya Taib Mahmud bertaubat. Gamaknya begitulah benak rakyat marhaen berfikir. Tidak sampai sejenak dia mengumunkan untuk turun jawatan, dia menyuarakan hasrat hatinya untuk mengambil alih kerusi Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak menggantikan sosok sekarang.
Terhenyak rakyat sekalian mendengar perkhabaran ini. Makin tua, makin menjadi. Makin lanjut usia, makin kebulur dengan jawatan. Makin hampir dipanggil tuhan, makin pelahap merebut kuasa.
Taib Mahmud ini, jika dihisab segala harta kekayaannya sudah tentu ia mampu membeli dua per tiga tanah Semenanjung. Maka tertanya-tanya, apakah yang mahu dikejar lagi oleh orang tua ini? Anak kecil di rumah tidak cukup makankah?

Saifuddin jawab Daim: Ya, Anwar 'lemah'

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail secara sinis hari ini bersetuju dengan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin yang menyifatkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang "lemah".

"Dalam konteks yang disebut itu, saya setuju Anwar lemah kerana Anwar tak dapat angkat anak dia jadi sepuluh (orang) yang terkaya di Malaysia.

"Beliau juga lemah kerana gagal mengumpul kekayaan seperti Daim.

"Ia amat sukar bagi saya untuk memaafkan Anwar di atas kelemahannya ini," kata Saifuddin pada sidang media pagi ini.

Tambahnya lagi, Anwar juga "lemah" kerana melunaskan hutang-hutang negara lebih awal daripada yang sepatutnya dan tidak mengumpul hutang untuk negara.

"Anwar juga lemah kerana semasa jadi menteri kewangan dia bayar hutang negara lebih awal daripada jadual.

"Menteri kewangan yang baik harus menimbun hutang.

"Dalam konteks itu saya setuju sepenuhnya dengan kenyataan Tun Daim," katanya lagi.

Zaid Ibrahim hanya lantang bersuara, tindakan masih ikut budaya Umno-BN

Sejak mengumumkan menjadi calon PRK Kajang, Dato’ Zaid Ibrahim telah melontarkan pelbagai tuduhan terhadap KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ini termasuklah tuduhan yang mempersoalkan ketelusan, integriti dan budaya politik yang dibawa KEADILAN.
Kebelakangan ini, Dato’ Zaid Ibrahim membuat cabaran untuk berdebat pula dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, juga atas alasan ketelusan dan integriti.
rafizi_ramliSaya pada mulanya tidak mahu memberi maklumbalas tetapi selepas ditanya berkali-kali terutamanya oleh FreeMalaysiaToday yang ghairah membawa berita ini, saya akhirnya membuat keputusan untuk melontarkan kembali beberapa perkara berhubung kredibiliti yang perlu juga dijawab oleh Dato’ Zaid Ibrahim. Jika beliau lantang berkempen atas platform ketelusan dan integriti serta memberi gambaran beliau ingin menyelamatkan kerajaan Selangor dari ahli politik yang membawa budaya rasuah dan campur tangan, maka beliau juga perlu mempunyai rekod yang baik dalam perkara itu.
Malangnya, keadaannya tidak sebegitu.
Dalam tempoh pendek lebih setahun beliau menjadi anggota KEADILAN, beliau jugalah yang tidak segan silu cuba menggunakan kedudukan di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan Kerajaan Negeri berhubung beberapa projek yang diusahakan oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.
Sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, saya pernah didatangi sendiri oleh Dato’ Zaid Ibrahim yang meminta supaya kami campur tangan dalam dua projek yang diusahakan rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.
Projek pertama melibatkan tanah seluas 26 ekar di Batu/Selayang. Saya dimaklumkan bahawa rakan/rakan kongsi beliau telah membuat cadangan pembangunan bersama dengan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB). Pada 25 Jun 2010, dalam satu email yang saya sertakan bersama, Dato’ Zaid Ibrahim secara terang-terangan memohon pejabat saya campur tangan dengan melobi Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor untuk meluluskan cadangan yang dibuat oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau itu.

Kempen kembalikan Bernas kepada matlamat asal

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan melancarkan satu kempen besar0besaran agar Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dikembalikan kepada matlamat asal penubuhannya.

Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung berkata, Bernas ditubuhkan pada tahun 1994 adalah untuk mengambil alih peranan Lembaga Padi Negara (LPN) dalam menguruskan stok penimbal beras negara dan bekalan beras, selain bertujuan untuk melindungi petani.

Katanya, Bernas juga berperanan bagi memastikan bekalan beras yang mencukupi di negara ini serta melindungi kepentingan orang ramai, dengan memastikan pengguna menikmati bekalan beras berkualiti pada harga yang stabil dan adil.

"Sekarang kita lihat peranan Bernas sudah jauh tersasar sehingga kerajaan hilang Bernas dan menyimpang dari tujuan asal sehingga menjejaskan kepentingan petani dan penguna," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Tambah beliau, memandangkan kegagalan kerajaan untuk bertindak dalam menjaga kepentingan petani dan pengguna, kempen ini perlu dilakukan bagi memulihkan matlamat asal Bernas dengan tujuan melindungi kebajikan dan kepentingan petani.

Menurutnya, kebenaran yang diberikan kerajaan terhadap Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk mengambil alih kawalan Bernas membolehkan tokoh korporat berkait Umno itu menikmati keistimewaan mengimport beras percuma tanpa duti sehingga 2021.

Penguasaan Syed Mokhtar dengan kebenaran kerajaan di dalam Bernas itu membolehkan beliau membawa Bernas kepada tahap penswastaan dan mempunyai kawalan mutlak kepada industri beras negara.

Akhirnya BN melanggar pantang mnereka di Kajang

ADA dua isu dibangkitkan BN membabitkan bakal calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang iaitu berkempen awal dan menggunakan surau dan masjid untuk kempen politik.
Bukanlah sesuatu yang ‘memeranjatkan’ jika dua isu itu ditimbulkan BN guna memanaskan ‘masa menunggu’ PRK Kajang.
Selepas diisytiharkan sebagai calon PKR mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menunggu lama untuk bertemu rakyat. Pelbagai program turun ke bawah diatur bagi tujuan itu. Ceramah ‘hit and run’ beliau mendapat sambutan dan isu yang diperkatakan beliau menjadi bahan berita di dada akhbar dan media sosial.
(Gambar kanan: Muhyiddin bersama para pemimpin BN di ruang solat Surau Al-Falah. Foto Utusan Online)
Bagaimanapun gerak kerja kempen bersifat proaktif ini tidak begitu digemari pemimpin Umno/BN. Maka pelbagai kritikan dihamburkan terhadap Anwar yang didakwa berkempen sebelum hari penamaan calon. Malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan beberapa ahli akademik ‘dipelawa’ memberikan komen masing-masing.
Ketika Pengerusi SPR mengakui tidak mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap bakal-bakal calon yang berkempen awal dan menyerahkan kepada polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk bertindak, ada ahli akademik yang berkata Anwar boleh hilang kelayakan menjadi calon jika didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana berceramah tanpa kebenaran polis.
SPR pada 5 Februari lalu menetapkan hari penamaan calon PRK Kajang pada 11 Mac dan hari mengundi pada 23 Mac. Pengundian awal berlangsung pada 19 Mac.
Tindakan Anwar memberikan tazkirah di surau dan masjid sekitar Kajang juga mengundang rasa tidak puas hati pemimpin BN. Ada juga penduduk dan badan bukan kerajaan pro-BN yang membuat laporan polis berhubung majlis tazkirah yang disampaikan Anwar.
(Gambar kiri: Calon BN, Chew Mei Fun turut hadir di Surau Al-Falah bertemu pengundi. Foto Utusan Online)
Malah portal rasmi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) turut mengecam Anwar yang disifatkan tidak menghormati titah Sultan Selangor supaya masjid dan surau tidak dijadikan gelanggang politik.
Laman portal yang sama juga mempersoalkan Menteri Besar Selangor, tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan gagal menyembahkan titah Sultan Selangor kepada Anwar.
“Tidak perlu ulas panjang, kerana titah Tuanku Sultan sudah jelas manakala Anwar memulakan kempen dengan mempertikai arahan Sultan Selangor.
“Pesan buat Anwar dan jentera kempennya: Masuk kandang kambing biar mengembek, masuk kandang harimau biar mengaum.

Tiada status siasatan rasuah Taib Mahmud oleh SPRM sejak 2009

taib-mahmudKUALA LUMPUR 26 FEB : Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum memberi sebarang penjelasan mengenai aduan rasuah Ketua Menteri Sarawak, Tan Seri Taib Mahmud sejak 2009 .
“Saya sendiri membuat aduan kepada SPRM tahun 2009 berkenaan dokumen penglibatan Ketua Menteri Sarawak dan kroni dalam salah guna kuasa projek dan akaun-akaun melibatkan kroni.
“Saya juga buat susulan dengan SPRM Putrajaya.
“Mereka kata siasatan masih dijalankan dengan alasan bahawa (SPRM) terpaksa memanggil lebih 40 saksi dan (meneliti) dokumen berkaitan di dalam dan luar negara,” kata Nazib pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Hadir sama sidang media, Exco AMK Sarawak, Iswardy Murni.
Beliau yang mewakili KEADILAN Sarawak mendesak SPRM memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.

Anwar memang lemah kerana gagal kayakan anaknya

Kelemahan Anwar sepanjang 17 tahun berada di dalam kerajaan telah mewujudkan perbelanjaan yang seimbang

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya dilihat ‘terlalu lemah’ apabila gagal menjadikan anak-anaknya sebagai individu yang terkaya di Malaysia mahupun peringkat global.
Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail,kelemahan Anwar sepanjang 17 tahun berada di dalam kerajaan telah mewujudkan perbelanjaan yang seimbang dan tidak mengumpul hutang yang berganda-ganda sepertimana berlaku sekarang.
Anwar Izzah“Anwar memang lemah dan saya kesal apabila beliau gagal menjadikan anaknya sebagai individu terkaya di negara ini atau peringkat global” katanya mengulas kenyataan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang menganggap Anwar sebagai seorang yang lemah dan gilakan publisiti.
Katanya, Anwar lemah bila tidak memberi projek-projek mega kepada keluarganya sepertimana yang dilakukan pemimpin dalam Umno sekarang ini.
‘‘Kehebatan’ seseorang pemimpin itu hanya dilihat apabila ia dapat menjadikan ahli keluarga sebagai individu terkaya dengan pemberian projek mega dan dapat mengumpul hutang negara dengan lebih banyak,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

Ucaptama Kolokium Agenda Kesejahteraan Rakyat | TGNA

Kerajaan Selangor akhirnya kuasai pengurusan syarikat air

'Lebih 66 ribu penduduk Sarawak miskin dan miskin tegar'

Kerajaan Selangor Bayar RM9.65 Bilion Beli Syarikat Konsesi Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga, ABBAS, SPLASH

selangor beli syabas
Kerajaan Selangor Bayar Pampasan RM9.65 Bilion Beli Syarikat Konsesi Air Selangor (Syabas) : Masalah demi masalah yang dihadapi rakyat Selangor ketika ini termasuk pendedahan punca beberapa siri masalah air di Selangor (SEPERTI DI SINI), secara tiba-tiba….Berita yang baru diterima, apabila….
Berita yang baru diterima, apabila kerajaan Selangor dan kerajaan persekutuan telah mencapai kata sepakat dan persetujuan bersama untuk membenarkan kerajaan Selangor untuk beli bayar dengan pampasan sejumlah RM9,500,000,000 juta (RM9.65 bilion) sekaligus terus mengambilalih pengurusan syarikat air di Selangor seperti :

Pampasan Beli Syarikat Konsesi Air Selangor : Senarai Syarikat Terima Bayaran Lumayan RM9.65 Bilion!!

  1. Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)
  2. Puncak Niaga Sdn Bhd
  3. Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas)
  4. Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash).

Kerajaan Selangor Bayar RM9.65 Bilion Beli Syarikat Konsesi Air Selangor VS Kerajaan Malaysia Terus Bina Langat 2!

Rafizi persoal integriti Zaid

'Zaid lobi tanah Selangor ketika bersama PKR' - Rafizi

PKR: Anwar's children not billionaires because he's 'weak'

Pakatan, NGO lancar 'Selamatkan Beras Negara'

Konsensus Nasional: 3 bulan lambat sangat - Saifuddin Nasution

Dtk Saifuddin akui Ds Anwar lemah,tapi...

Pemimpin negara dilihat ‘hebat’ bila anak dapat projek mega tapi dilihat 'gagal dan lemah' jika anak tidak kaya raya..!!

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya dilihat ‘terlalu lemah’ apabila gagal menjadikan anak-anaknya sebagai individu yang terkaya di Malaysia mahupun peringkat global.

Demikian kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai respons kepada kenyataan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang menganggap Anwar sebagai seorang yang lemah dan gilakan publisiti.

Secara sinis, katanya kelemahan Anwar sepanjang 17 tahun berada di dalam kerajaan telah mewujudkan perbelanjaan yang seimbang dan tidak mengumpul hutang yang berganda-ganda sepertimana berlaku sekarang.

"Anwar memang lemah dan saya kesal apabila beliau gagal menjadikan anaknya sebagai individu terkaya di nagara ini atau peringkat global.

"Beliau lemah bila tidak memberi projek-projek mega kepada keluarganya sepertimana yang dilakukan pemimpin dalam Umno sekarang ini," ujarnya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

Saifuddin menegaskan, ‘kehebatan’ seseorang pemimpin itu hanya dilihat apabila ia dapat menjadikan ahli keluarga sebagai individu terkaya dengan pemberian projek mega dan dapat mengumpul hutang negara dengan lebih banyak.

Konsensus Nasional: Tiga bulan lambat, kata Saifuddin

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat menyambut baik maklum balas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam berhubung dengan cadangan Konsensus Nasional dalam membincangkan isu-isu yang berlaku di dalam negara ini.

Namun kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, tempoh tiga bulan untuk Najib membentangkan plan konsensus itu sangat lambat.

Menurutnya, isu ketegangan kaum yang melibatkan agama semakin merisaukan, kerajaan perlu mengambil satu langkah drastik dalam isu tersebut sebelum perancangan konsensus dibentangkan.

"Kalau kita hendak tunggu tiga bulan perancangan konsensus, satu perancangan yang agak lambat.

"Sekarang isu ketegangan kaum yang membabitkan agama amat merisaukan, sembelih ayam ataupun pelbagai ugutan telah berlaku dan ini satu perkara yang tidak boleh kita biarkan.

"Tiga bulan bermacam-macam boleh berlaku, sebagai tanda keseriusan kerajaan dalam hal ini, Najib perlu ada pendekatan untuk menyelesaikannya," sambung beliau.

Waytha Moorthy gesa MIC tinggalkan BN jika ikhlas perjuang kaum India


MIC mesti meninggalkan Barisan Nasional (BN) bagi membuktikan keikhlasannya terhadap kaum India setelah parti gabungan itu gagal menjaga kepentingan kaum tersebut, kata pengerusi Hindraf P Waytha Moorthy (gambar).
Waytha Moorthy mengingatkan MIC bahawa pemimpin terdahulu parti seperti John Thivy, Budh Singh, Devasar dan Ramanathan akan berasa bangga kepimpinan MIC sedia ada mengambil langkah sedemikian.
"Ini kerana perjuangan awal MIC adalah untuk melindungi hak kaum India yang kebanyakannya pada waktu itu adalah pekerja ladang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Waytha Moorthy meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dan jawatan senator dua minggu lalu atas kekesalannya terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, Najib gagal melaksanakan perjanjian bagi melindungi kaum India sebagaimana yang ditandatangani BN dan Hindraf sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Katanya, dakwaan BN yang menyalurkan RM500,000 kepada kaum India sejak lima tahun lalu adalah tidak benar.

TAIKUN DAIM BEGITU LANTANG DAN KENCANG MENYERANG ANWAR, JIKA KAJANG KALAH LAGI UMNO HILANG PUTRAJAYA.!!

Apa yang nyata, bekas menteri kewangan itu dalam keadaan penuh kebimbangan. Cukup bimbang sehingga beliau terus bercakap mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Secara terbuka, beliau menolak pemimpin PKR sebagai seorang gila publisiti dan sukakan perhatian. Secara terbuka juga, beliau merendah-rendahkan ketua pembangkang itu sebagai seorang yang tidak pernah mampu menyelesaikan sebarang masalah.

Daim cuba melindungi kegusaran sebenar beliau terhadap kesan daripada kemungkinan kemenangan Anwar di PRK Kajang. Daim cuba melindungi kegusaran sebenar beliau terhadap kesan daripada kemungkinan kemenangan Anwar di PRK Kajang. Secara terbuka, beliau berkata bahawa langkah Anwar bertanding pilihan raya kecil di Kajang hanya membazirkan duit rakyat.

Rupa-rupanya penentangan Daim terhadap Anwar diteruskan dalam sesi perbincangan peribadi tetapi dengan nada lebih serius dan tidaklah begitu memandang rendah terhadap kemampuan Anwar.

Mereka yang berada di kelilingnya berkata, beliau gusar akan kesan sekiranya Anwar menang di Kajang; terutamanya kemungkinan Anwar menjadi ketua eksekutif negeri paling kaya di Malaysia dengan beberapa bilion pada tangannya dan kesan segera terhadap moral ahli-ahli Umno di Selangor serta seluruh negara.

Apabila Taikun Daim Bersuara Lagi....!!

Sudah dua kali bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin bersuara mengkritik kepimpinan Najib secara terbuka di tahun 2014 ini. Kali pertama ketika berucap di suatu majlis di Merbok, kawasan Parlimen yang pernah diwakilinya pada pertengahan Januari lalu, Daim mengkritik beberapa dasar tidak betul kerajaan seperti subsidi, tol, kenaikan harga barang, menteri tidak pandai menjawab isu, Najib tidak bijak mengurus perbelanjaan, terlalu bergantung kepada penasihat dan berbagai lagi.

Selain melabelkan Najib sebagai Perdana Menteri yang lemah, Daim juga membayangkan jika pilihanraya akan datang diadakan dalam situasi seperti ini, ia lebih mengundang kemungkinan BN tewas dan hilang kuasa di peringkat pusat.

Namun, belum pun sempat kritikan beliau itu dibahas dan diperbualkan dengan lebih meluas, ia kemudian tenggelam dengan isu pilihanraya kecil DUN Kajang dan strategi Anwar Ibrahim mahu menjadi MB Selangor yang tiba-tiba muncul.

Sebelum ini, Daim dan Mahathir dilihat sudah pun memulakan langkah mengkritik beberapa dasar dan pendekatan Najib atas kebimbangan bahawa kelemahan Najib yang berterusan itu akan membahayakan kedudukan UMNO dan BN dalam pilihanraya 2018 nanti.

Kritikan Mahathir dan Daim mengenai pelbagai kelemahan Najib, walaupun belum lagi menjurus secara khusus untuk menggantinya dengan pemimpin lain tetapi secara umumnya telah mendapat respon yang positif daripada golongan konservatif yang rata-rata turut bersetuju bahawa peluang BN dalam PRU 14 nanti hanya mungkin lebih baik kiranya Najib sedia berundur atau diundurkan.

Pengakuan mengenai pelbagai kelemahan Najib dan kedudukannya yang mula dilihat sebagai liabiliti berikutan terlalu banyak isu yang gagal diselesaikan, kini sudah mulai merebak di peringkat yang lebih meluas ke seluruh negara.

Kritikan dan serangan terhadap pelbagai kelemahannya hanya reda seketika ketika ini berikutan pilihanraya kecil Kajang yang menjadikan semua orang memikirkan kepentingan parti, mahu melihat BN menang dan menumpukan serangan terhadap Anwar.

Sebaik keputusan Kajang diketahui yang mana Anwar diramalkan tidak mungkin ditewaskan oleh BN, kritikan terhadap Najib diramalkan akan memuncak kembali. Sepertimana yang diketahui, dengan Anwar selepas ini berjawatan MB Selangor manakala Najib kekal tidak berubah serta berlumut dengan masalah, kedudukan BN menjadi lebih bahaya lagi.

Mahu masuk Sarawak, kena tanya Imigresen dulu


KUCHING: PAS Sarawak kesal dengan sikap berdolak-dalik Jabatan Imigresen yang tidak konsisten dalam keputusannya berkaitan penahanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman.

Ketua Penerangannya, Andri Zulkarnaen Hamden berkata sebelum Mazlan datang ke Sarawak pada 22 Februari, mereka telah dimaklumkan bahawa larangan ke atas Mazlan untuk datang ke Sarawak telah ditarik balik.

"Sebelum Mazlan terbang ke Sarawak pada 22 Feb lalu, kami diberitahu secara lisan bahawa larangan untuk beliau masuk ke Sarawak telah dibatalkan maknanya beliau boleh masuk bila-bila masa sahaja.

"Tetapi bila beliau sampai ke Lapangan Terbang Sibu pada 22 Februari lalu beliau ditahan atas alasan arahan dari Pejabat Ketua Menteri, mana satu yang betul ini," ujar Andri.

Ekoran itu, Andri dan ahli PAS, Mohd Tarmizi Mohd Yahaya mengadakan pertemuan dengan Jabatan Imigresen Sarawak bagi membincangkan isu penahanan Mazlan di pejabat jabatan tersebut di sini semalam.

PKR persoal integriti Zaid, dedah e-mel

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mendakwa bakal calon bebas di Kajang, Datuk Zaid Ibrahim pernah cuba melobi untuk mendapatkan tanah di Selangor sewaktu menjadi ahli PKR.

Dakwaan itu dibuatnya berdasarkan koresponden e-mel antara beliau dan Zaid (kanan) sekitar tahun 2010, sewaktu beliau bertugas sebagai ketua pegawai eksekutif pejabat penasihat ekonomi Selangor.

"Ia bukan apa yang anda (Zaid) laungkan, tetapi apa yang anda amalkan.

"Sebelum anda mencabar semua orang dan 'berdakwah' tentang integriti dan transformasi, jelaskan dahulu dua perkara ini," katanya merujuk kepada dua lot tanah di Petaling Jaya dan Batu.

Sewaktu dihubungi, Zaid berkata beliau akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan perkara tersebut esok.

Perpaduan Nasional: "Macam budak berebut rambutan", sindir PKR

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana bertegas mahu dilihat sebagai pihak pertama yang mengusulkan perpaduan nasional.

"Kita tak mahulah berbalah siapa yang mulakannya dahulu, macam budak-budak berebut rambutan," kata Saifuddin pada sidang media pagi ini.

Jelasnya, PKR sebaliknya mengalu-alukan kesungguhan Najib untuk merealisasikan pelan tersebut dan mengulangi empat perkara yang mahu dibincangkan Pakatan Rakyat dalam kerangka tersebut.

"Kami sudah mengangkat empat perkara sebagai permulaan - harus ada perkara yang menjawab isu ketegangan kaum, bebanan hidup rakyat, urus tadbir kerajaan, serta bagaimana mahu menghadapi kelesuan ekonomi," katanya.

PKR desak Najib tunjuk kesungguhan Rekonsiliasi Nasional, tangani kumpulan ekstrem


PKR hari ini mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan kesungguhan ke arah Rekonsiliasi Nasional dengan menangani kumpulan-kumpulan ekstrem terlebih dahulu.
Setiausaha agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, isu-isu kontroversi yang berkaitan kaum dan agama perlu segera ditangani Putrajaya, tidak boleh tunggu sehingga tiga bulan ia dilancarkan.
"Yang segera untuk tunjuk kesungguhannya adalah bagaimana nak redakan keresahan rakyat terhadap isu ketegangan kaum dan agama yang sekarang menjadi-jadi," kata Saifudin pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
"Maksudnya kita tidak boleh tunggu tiga bulan lagi dilancarkan pelan Rekonsiliasi Nasional barulah isu-isu berkaitan kehidupan rakyat yang terbeban dan ketegangan kaum ditangani."
Saifuddin berkata gesaan itu adalah ujian litmus kepada Najib sekiranya bersungguh-sungguh untuk melihat Rekonsiliasi Nasional antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dapat menjadi kenyataan.
"Yang segeranya, iaitu isu soal kaum dan agama, soal kos sara hidup.
"Yang ini harus disegerakan sebagai satu ujian litmus kepada kesungguhan perdana menteri," katanya lagi.

MB Khalid Ibrahim tandatangan MoU dengan PM Najib, isu air Selangor selesai..???

Pertelingkahan berhubung air di Selangor dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Khalid menandatangani MoU berkenaan bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri berkenaan dengan suntikan dana RM2 bilion bagi pengambil alihan saham-saham syarikat konsesi.
Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) akan membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2.
Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.
Ekoran daripada pengambil alihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambil alihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan.

Taib Mahmud letak jawatan Adun Balingian Jumaat ini, PRK dijangka serentak dengan Kajang..!!



Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar), akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balingain Jumaat ini, lapor akhbar Berita Harian.
Akhbar tersebut memetik Abdul Taib sebagai berkata, notis pengosongan itu sudah diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.

Nurul Izzah: Kepentingan nasional atau BN?

MENURUT blog rasmi Jabatan Peguam Negara, kepentingan nasional bermaksud: “Kepentingan negara secara khusus... perkataan nasional adalah merujuk kepada negara dan kebangsaan.

Kepentingan nasional ialah keutamaan yang perlu wujud dalam sesebuah negara bagi menjamin kestabilan dan kemantapan proses berorganisasi.

Prinsip asas kepentingan nasional ialah menjadikan negara dan bangsa sebagai fokus terpenting serta lebih mementingkan hak asasi sejagat bagi setiap warganegara seperti pendidikan, pembangunan, keselamatan, ekonomi dan hak-hak sosial serta perpaduan masyarakat berbilang kaum..”

Terma ini sering diguna pakai Kerajaan Persekutuan sedia ada - dan terbaharu, dalam menjawab persoalan kelewatan pembinaan serta operasi Lapangan Terbang KLIA2; termasuklah peningkatan kos yang bermula dengan RM1.8 bilion, kini RM4 bilion.

 Bak kata pemangku menteri: “Pihak yang terlibat dalam pembinaan dan operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) diminta meletakkan kepentingan nasional bagi menjayakan permulaan operasinya pada 2 Mei ini.”

Daripada pembacaan kasar tentunya saya suka dengan usaha mengutamakan kestabilan negara; namun tanpa pemimpin yang seiring meletakkan kepentingan nasional sebagai prasyarat pelaksanaan kerja dan tanggungjawab, maka terma kepentingan nasional tidak akan bermakna.

Pertama, dalam menyamakan kepentingan negara dengan kepentingan wakil Barisan Nasional, prasyarat utamanya adalah pemulihan demokrasi negara. Ketika ini, Suruhanjaya Pilihanraya diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kepentingan pilihan raya itu seolah-olah milik dan kepentingan Perdana Menteri; hakikat ini merupakan sebuah konflik kepentingan yang begitu besar. Suruhanjaya Pilihanraya, institusi yang melindungi sistem pilihan rakyat; pimpinan dan hierarkinya, perlu dirombak.

Kedua, institusi pilihan raya yang independen perlu diganding dengan media yang bebas, adil dan sihat mengkritik pimpinan politik demi kepentingan rakyat.

Telah acap kali saya nyatakan sebelum ini, media bebas dan adil adalah aspek yang amat mustahak untuk sebuah demokrasi yang sihat; menggalakkan pertukaran pendapat secara sihat; dan memberikan peluang kepada semua parti untuk menerangkan dengan terperinci idea-idea serta apakah polisi yang akan diterapkan sekiranya terpilih untuk memimpin negara.

Rekod Najib Razak: PM paling boros di dunia

KUALA LUMPUR 26 FEB: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tersenarai dalam carta ‘top 5′ pemimpin dunia yang berbelanja paling boros, menurut portal Indonesia.
Portal tersebut, Merdeka.com pada 21 Februari lalu melaporkan, Majalah The Heat di Malaysia pada November tahun lalu menerbitkan laporan tentang pembiayaan boros perjalanan ke luar negeri Najib Razak dan bayaran lembaga konsultannya dengan menghabiskan dana sebesar Rp 2,5 triliun.
Najib Razak juga turut dilaporkan sebaris dengan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang dilaporkan akan merayakan ulang tahun ke-90 pada tahun ini dengan biaya Rp 11,8 miliar.
Bagaimanapun, laporan bertajuk ‘PM Malaysia Najib Razak habiskan Rp 2,5 triliun buat ke luar negeri’ beserta dengan gambar Najib itu tidak lagi boleh diakses pada hari ini.
Seterusnya, turut tersenarai, mantan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang pernah menghabiskan Rp 48,5 miliar untuk memberi
hadiah kepada para artis wanita dan acara televisyen yang disukai beliau pada 2011.
Berlusconi juga dicatat membeli perhiasan senilai Rp 5,8 miliar untuk memberikan hadiah.
Sementara itu, turut tersenarai adalah pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dengan hobinya berbelanja barang-barang mewah, termasuk piano, kereta, dan teater peribadi.
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setebal 374 halaman menemukan pengeluaran Kim Jong-un untuk belanja barang mewah mencapai Rp 8,4 triliun hanya dalam setahun yang lebih dua kali ganda daripada pengeluaran terakhir dilakukan ayahnya, iaitu Rp 3,9 triliun dalam setahun.
Turut dilaporkan berbelanja boros adalah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dilaporkan berbelanja memborong lilin wangi dan bunga keseluruhan berharga Rp 294,2 miliar untuk perhiasan pejabatnya.

NGO Islam saran solat istisqa' atasi krisis air

Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah (Murshid) Zaharuddin Abdul Rahman menyarankan umat Islam di Selangor mengadakan solat istisqa' khususnya untuk memohon hujan berikutan krisis air yang berlarutan.

Pengerusi NGO itu Zaharuddin Abdul Rahman berkata solat sunat itu seelok-eloknya dilakukan di kawasan terjejas dan lebih afdal ditunaikan pada waktu dhuha selepas jam 8 pagi, lapor Sinar Harian hari ini.

"Menjadi sunat muakkad bagi orang Islam di sesuatu tempat yang telah lama tak turun hujan melakukan solat istisqa'.

"Seeloknya penduduk di kawasan itu keluar beramai-ramai dan melakukan solat istisqa di tempat terbuka. Solat Istisqa kebiasaanya didahului dengan khutbah ringkas.

"Kemudiannya diteruskan dengan solat dua rakaat dengan bacaan secara kuat dan diakhiri dengan doa yang bersungguh-sungguh," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Laporan itu juga menyebut Zaharuddin berkata masyarakat perlu menginsafi hikmah di sebalik ketiadaan air yang berpanjangan dengan memperbanyak istighfar kepada Allah selaras dengan tuntutan al-Quran.

"Selain daripada faktor fenomena alam, ketiadaan hujan juga berkait rapat dengan amalan kita.

"Mungkin Allah mahu menyekat sebentar hujan agar kita menginsafi kesalahan kita," katanya yang juga seorang pendakwah.

Marina Mahathir saman presiden, AJK Isma


Anak kepada mantan perdana menteri, Datin Paduka Marina Mahathir (gambar) hari ini memfailkan saman kepada Presiden Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik dan 15 ahli jawatankuasa (AJK) badan bukan kerajaan (NGO) itu atas dakwaan memfitnahnya.
Marina yang juga ahli lembaga Sisters in Islam (SIS) memfailkan saman berkenaan ekoran tindakan Isma mengedarkan 70,000 risalah bertajuk “Antara 54 NGO dalam Comango” pada 8 November 2013.
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia melaporkan hari ini risalah itu diedarkan di masjid sekitar Lembah Klang, Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Seremban, Samarahan (Sarawak), Melaka, Kuantan dan Kuala Terengganu.
Marina berkata, pada hari Isma mengedarkan 70,000 risalah tersebut, satu laporan bertajuk “Isma edar 70,000 risalah dedah dalang Comango” menerusi laman webnya.
Katanya, pernyataan palsu Isma berniat jahat yang membawa maksud antaranya, beliau terlibat secara peribadi dalam laporan yang diterbitkan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) sebagai anti Islam dan kurang pegangan agama sehingga diaib dan dihina.
Marina menuntut ganti rugi, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk serta perintah injunksi.
Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop ketika pengurusan kes di kamar beliau hari ini menetapkan 10 Mac ini untuk pihak defendan memfailkan pembelaan, menurut laporan itu.

Selepas ‘kaum’, mereka mahu hak Melayu dihapuskan, kata pengarang Utusan


Keretan akhbar Utusan berkenaan isu kaum Melayu. Keretan akhbar Utusan berkenaan isu kaum Melayu. Cadangan menteri Kabinet untuk mengeluarkan perkataan "kaum" dalam borang rasmi adalah untuk meyakinkan Melayu agar menyerahkan kembali hak-hak keistimewaan lain mereka, kata salah seorang pengarang Utusan Malaysia hari ini.
Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan berkata, cadangan itu tidak mustahil diterima kerajaan merujuk kepada cadangan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diperjuangkan oleh badan bukan kerajaan (NGO).
“Jika semua Melayu bersetuju, selepas ini tiada lagi tanda bangsa  atau ras dalam mana-mana borang rasmi di negara ini. Puncanya kerana sekarang ini mahu sebut Melayu pun orang sudah takut dan fobia. Maka, perkataan itu perlu dipadam.
“Cadangan itu disokong sendiri oleh seorang menteri Kabinet hasil desakan badan-badan hak asasi manusia. Jika dulu ada NGO yang diwujudkan untuk memansuhkan ISA, tidak mustahil cadangan di atas pun akan diterima,” katanya dalam satu rencana yang diterbitkan hari ini.
Zaini berkata, pada hari ini sudah kedengaran suara yang berani mempersoalkan asal-usul orang Melayu dan mendakwa mereka kaum pendatang.
Katanya, kebanyakan orang Melayu hari ini malu untuk mengaku bangsa sendiri, membaca akhbar Utusan Malaysia dan belajar di sekolah kebangsaan.
“Mereka dakwa Melayu pun kaum pendatang, mereka pun pendatang. Maka semua sama sahaja. Melayu sekarang ini rata-rata hendak cakap Melayu pun sudah malu. Hendak baca dan kepit surat khabar Utusan Melayu pun malu.
“Jika semua orang Melayu Islam bersetuju, maka Malaysia selepas ini akan dikenali sebagai negara paling liberal di muka bumi ini. Tak apalah, lagipun orang Melayu di negara inilah yang sering dituduh paling rasis, paling perkauman,” katanya.

Johor tawar diri jadi tuan rumah Konvensyen Pakatan Rakyat 2015

parlimen johorIsnin 24 Februari 2014 merupakan tarikh bersejarah bagi Pakatan Rakyat Johor dengan kehadiran ketiga tiga pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat ke Kulai. Sesungguhnya kehadiran YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan YB Tuan Lim Kit Siang bertemu dengan kepimpinan Pakatan Rakyat Johor dan bertemu rakyat pada sambutan Tahun Baru Cina Pakatan Rakyat Johor memberikan sinar baru kepada perjuangan rakyat.
Dalam pertemuan tertutup yang diadakan hari ini para pimpinan tertinggi sebulat suara bersetuju bahawa perubahan politik di Johor mampu menjadi penentu kepada landskap politik tanah air.
Untuk itu, Pakatan Rakyat Johor akan menyusun strategi bersama sebagai suatu entiti dalam memastikan keyakinan yang telah diberikan oleh rakyat selama ini dapat dimaksimakan kepada perubahan di peringkat nasional.

Baling, derita rakyat jembel, kebangkitan rakyat

DR RIDUAN MOHAMAD NOR

Baling menoreh sejarahnya yang tersendiri dalam negara kita. Wilayah agraria ini yang bersempadan dengan Thailand adalah daerah merah gerila bintang tiga memupuk kekuatan sehingga Perjanjian Baling antara pihak kerajaan dan PKM  diadakan pada tahun 1955. Tunku Abdul Rahman tidak menerima tuntutan PKM yang dipimpin oleh Chin Peng, menyebabkan pertembungan terus berterusan yang menelan korban yang bukan sedikit.

Baling sekali lagi dikejutkan dengan kebangkitan rakyat yang didokong oleh gerakan mahasiswa dalam peristiwa Baling 1974, berakar daripada harga getah yang merudum yang membawa penderitaan kepada rakyat. Rakyat jembel mengikat perut, inflasi juga menikam tajam kantung ekonomi mereka, akhirnya gerakan mahasiswa dengan pelbagai jalur ideologi menyatukan kekuatan. Kebangkitan rakyat Baling akhirnya memicu kebangkitan gerakan mahasiswa. Bantahan awam akhirnya terseret ke ibu kota kuala Lumpur, ribuan anak muda kampus universiti yang berhimpun di Padang Kelab Selangor.

Himpunan mahasiswa seterusnya membawa tangkapan besar besaran pimpinan mahasiswa di bawah ISA, seketika negara gempar geger dengan kebangkitan rakyat dan mahasiswa. Peristiwa ini membawa kepada pindaan Akta Universiti Dan Kolej pada tahun 1975, seterusnya mengheret zaman gelap gerakan mahasiswa berdekad- dekad selepas itu.

Mangsa Kudeta Regim Zionis As-Sisi: Demo 'Kewartawanan bukan Jenayah' esok


Kakitangan Al Jazeera, pengamal media dan aktivis akan berhimpun di Kuala Lumpur esok bagi menyatakan setiakawan dengan wartawan jaringan berita antarabangsa itu yang sedang ditahan di Mesir.

Ia akan diadakan di G-Towers, Jalan Tun Razak, tidak jauh dari ibu pejabat Al Jazeera di Kuala Lumpur, kata penolong penerbit Al Jazeera di Malaysia  K Parkaran.

Dalam himpunan itu, katanya, mereka juga akan memakai kemeja-T Al Jazeera sebagai simbolik sokongan.

Perhimpunan di Kuala Lumpur eso sebahagian daripada bantahan di seluruh dunia bagi memberi tekanan kepada kerajaan Mesir.

Ia bertemakan “Kewartawanan Bukan Jenayah” dan turut diketengahkan di laman sosial melalui hashtag #FreeAJStaff.

Tiga wartawan media yang berpangkalan di Qatar itu ditahan di Mesir atas dakwaan menyiarkan “laporan palsu”.

Mereka juga dituduh mempunyai hubungan dengan Ikhwanul Muslimin, bekas parti pemerintah yang kini digelar “organisasi pengganas” selepas rampasan kuasa tentera tahun lepas.

Kempen kebencian puak pelampau berterusan selagi tiada tindakan

KUALA LUMPUR, 26 FEBRUARI: Siri provokasi dan kempen kebencian oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap kebebasan dan keharmonian awam tidak akan berakhir selagi pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang terbabit, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Beliau mengulas insiden simbahan cat merah di depan pejabat Malaysiakini, pagi semalam, seminggu selepas serangan sama ke atas pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok Suh Sim.
“Serangan ini berlaku sebaik selepas pejabat Teresa mengalami perkara yang sama dan banyak laporan polis dibuat.
“Walaupun insiden ini, termasuk ancaman untuk mencederakan Teresa berlaku di tempat awam dan dilaporkan media, tiada sebarang tindakan dikenakan kepada pesalah,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, sikap pihak berkuasa yang tidak tegas menyebabkan ‘ejen’ kebencian dan keganasan semakin berani meneruskan agenda mereka.
“Kami yakin kempen intimidasi mereka tidak akan berhenti kecuali tindakan segera diambil untuk membendungnya,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi.
Antara insiden yang berlangsung sejak awal tahun ini adalah ugutan pengulangan tragedi ‘13 Mei’ oleh UMNO Pulau Pinang, serangan ‘molotov cocktail’ terhadap gereja serta berita palsu berhubung pengedaran Bible berbahasa Melayu di sebuah sekolah – kedua-duanya berlaku di George Town.
Pada 19 Februari lalu pula, pejabat Teresa Kok disimbah cat merah, serta ditinggalkan bangkai ayam di tangga menaiki pejabatnya. Malah, sekumpulan NGO juga membuat tawaran wang kepada sesiapa yang berjaya menampar Teresa.

Pakatan selar pelan rekonsiliasi Najib, dakwa sudah terlambat


Lim mempersoalkan sama ada Pelan Rekonsiliasi Nasional berbeza dengan Pelan Integrasi Nasional yang disediakan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara. – Gambar The Malaysian Insider, 26 Februari, 2014. Lim mempersoalkan sama ada Pelan Rekonsiliasi Nasional berbeza dengan Pelan Integrasi Nasional yang disediakan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara. – Gambar The Malaysian Insider, 26 Februari, 2014. Pakatan Rakyat (PR) menyelar Pelan Rekonsiliasi Nasional (NRP) Perdana Menteri Datuk Seri Najib kerana melihatnya sebagai satu usaha yang sudah terlambat.
Pemimpin PR mendakwa ia kerana setelah beberapa bulan ketegangan agama dan kaum timbul, melihatkan Putrajaya mengambil pendekatan berdiam diri dan rundingan Najib itu sekadar satu cadangan tanpa sebarang tindakan tegas.
Kata mereka, apa yang perlu segera dilakukan Najib adalah mengambil tindakan terhadap kumpulan ekstremis yang mula menyerap dalam masyarakat dengan memberi amaran kepada kumpulan itu bakal berdepan tindakan undang-undang yang tegas.
Melihat NRP sebagai resipi Najib yang mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua eksekutif negara sebaliknya masih mahu mendapat faedah daripada jawatannya, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata PR tidak pernah berunding tentang NRP.
Malah, beliau berkata parti dalam PR masih menunggu jawapan rasmi daripada Najib dan pemimpin Barisan Nasional (BN) berhubung isu konsensus nasional.
“Kerajaan minoriti 47% ini angkuh bekerja sendiri dan secara sulit merencanakan NRP tanpa berunding dengan Pakatan yang mendapat 51% undi rakyat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau mempersoalkan sama ada NRP berbeza dengan Pelan Integrasi Nasional yang disediakan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) dan jika sama, apa keperluan berbuat demikian.
Lim berkata, sesuatu yang mengujakan apabila mendapati Najib menulis mengenai rekonsiliasi nasional, berharap ia adalah pengakhiran kepada sebuah kerajaan yang hilang arah setelah 9 bulan pilihan raya umum.
Bagaimanapun, keterujaan Lim bertukar kepada penyesalan apabila ia tidak melihatkan sinar baru dalam kepimpinan.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu menyelar Najib kerana tidak mengambil tindakan terhadap puak ekstremis dengan melihatnya sebagai usaha penting menjanjikan tindakan awal dan pro aktif dengan tidak membiarkan mana-mana kumpulan mempromosikan kebencian dan keganasan.
“Saya tidak fikir ada cara lebih buruk, teruk atau tidak bertanggungjawab untuk menyelamatkan negara daripada jurang kaum, agama serta mencetuskan huru-hara terutamanya apabila media Umno dan BN memberi ruang kepada penghasut dengan mensensasikan permintaan puak ekstremis.
“Apakah Najib mengeluarkan arahan segera kepada Utusan Malaysia dan semua media Umno-BN agar berhenti memberi ruang publisiti kepada mereka?

PRK Dun Kajang: Bila sang profesor lebih sudu daripada senduk

Haji Subky Abdul Latif

Seolah-olah yang berlawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil (PRK) di Kajang sekarang bukan Umno dan bukan MCA, bahkan sekalian sang-sang profesor.
Segala yang berlaku di Kajang itu, daripada perletakan jawatam Adun PKR Lee Chin Cheh dan hingga pencalonan Anwar Ibrahim adalah persoalan politik. Sepatutnya orang-orang politiklah yang ke depan menanganinya.
Apa yang dibuat oleh Anwar dan partinya adalah ditujukan khusus kepada Umno dan komponen Barisan Nasional (BN), maka Umno dan BN yang patut dahulu dan ke depan untuk menghadapi sepak terjangnya.
Sejak mula yang ke depan menghadapi Anwar ialah sekalian sang profesor. Umno dan BN termasuk MCA seolah-olah jadi pihak kedua atau ketiga, seperti pembantu kepada Umno dan BN.
Jika lazimnya NGO-NGO menjadi pembantu penting kepada Umno, di Kajang nampaknya Umno mendapat bantuan sang-sang profesor.
Baik profesor penuh dan yang belum jadi profesor penuh, baik yang berada di Lembah Klang seperti di Universiti Putra dan yang di sempadan Siam di kampus UUM berdahulu-dahuluan  hendak menghukum Adun yang meletak jawatan dengan denda yang berpuluh dan ratusan ribu.
Boleh bangkrap mantan Adun itu dan habis harta benda jika sabda si profesor itu dijadikan undang-undang. Denda jenayah merompak dan peras ugut pun beberapa ribu saja, apa yang dikatakan kesalahan politik yang dibenarkan oleh amalan demokrasi seolah lebih teruk daripada jenayah kelas tinggi.
Si profesor-profesor itu mengira tidak layak Anwar sebagai perdana menteri menunggu hendak mencemar wibawanya bertanding DUN dan di Kajang pula, bukan negeri kelahirannya.
Sekalian guru di universiti itulah yang mengatakan Anwar akan sukar berurusan dengan istana dan bukanlah senang Raja hendak menerimanya. Mereka kata Anwar hendak membuang Menteri Besar Khalid Ibrahim sedang hamba Allah itu adalah menteri besar  yang terbaik.
Pada hal sebelumnya pada mereka ketua pentadbir Selangor itu bukan elok sangat jika dibanding dengan menteri besar lain yang terdahulu. Cuma mereka tidak kata dia hampas saja. Tiba-tiba seolah-olah sayangnya mereka pada menteri besar itu Tuhan saja yang tahu.
Bila kita baca komen mereka  setiap hari di akhbar, seolah-olah Anwar macam budak tidak pernah sekolah dan tidak ada nilai politik langsung.
Baik profesor Melayu dan profesor India sama sahaja. Cuma profesor Cina tidak berapa buka mulut.
Pada hal Anwar bertanding di tempat yang sebelum tahun 2000 adalah diwakili oleh MCA. Patutnya profesor Cina yang cauvenis apabila kawassan MCA hendak ditandingi Melayu? Sebaliknya guru Melayu universiti pula yang sibuk kata Anwar tidak patut bertanding tempat Cina.