Selasa, 25 Februari 2014

Kassim Ahmad: Perkasa, NGO Umno hilang lantang?

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad melahirkan rasa hairan dengan sikap kumpulan NGO Umno yang seperti 'hilang suara' dalam isu Kassim Ahmad berbanding siu-isu berkait agama sebelum ini.

Katanya, sehingga kini tidak kedengaran suara lantang mereka, yang sebelum ini seringkali mengancam ugutan fizikal malah mengadakan demonstrasi dalam isu-isu terdahulu.

"Mana pergi kumpulan pendesak Melayu seperti Perkasa, Jati mahupun Perkida yang sebelum ini lantang jika Melayu atau Islam itu dipersoalkan.

"Kenapa dalam isu Kassim ini mereka tidak berani ke hadapan, adakah ia berkaitan dengan Umno jadi mereka hanya berdiam diri termasuk juga pihak berkuasa agama tempatan?," soal beliau dalam satu sidang media hari ini.

Dalam pada itu beliau menggesa kerajaan melalui pihak berkuasa agama agar segera mengambil tindakan terhadap Kassim Ahmad yang secara jelas telah menghina Hadis yang menjadi salah satu sumber pegangan umat Islam.

Jelasnya lagi, pihak berkuasa tidak perlu takut untuk bertindak walaupun ia mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ataupun dengan Umno.

"Pihak berkuasa tidak perlu takut untuk bertindak ke atas Kassim walaupun ia mempunyai kaitan dengan Dr Mahathir ataupun dengan Umno sekali pun.

Pemuda PAS gesa MAS jelas kerugian RM1.17b wang rakyat


Pemuda PAS menggesa syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) menjelaskan laporan kerugian sebanyak RM1.17 bilion yang dicatatkan bagi tahun kewangan 2013.

Naib Ketuanya, Khairil Nizam Khirudin, berkata penjelasan itu perlu kerana kerugian itu dicatatkan sewaktu MAS dilapor mengalami pertumbuhan jualan sebanyak 9.92 peratus, iaitu sebanyak RM15.12 bilion pada tahun lepas.

Beliau juga menuntut MAS mengemukakan laporan perjanjian 10 tahun Fleet Management Program bernilai USD510 juta, yang ditandatangani pada 12 Febuari lalu.

Perjanjian yang ditandatangani bersama Pratt & Whitney yang beroperasi di Hartford, Connecticut bersama penjelasan kerugian MAS membolehkan orang ramai menilai keberkesanan lima inisiatif pemulihan syarikat yang dirangka pada tahun 2012, katanya.

"Kertas laporan yang akan dibentangkan tersebut mestilah telus dan diaudit secara bebas oleh pihak luar," katanya dalam kenyataan media.

MB Selangor: Syabas gagal bentang jadual agihan air dalam 4 mesyuarat


Kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang mendakwa telah menyediakan pelan penjadualan semula bekalan air adalah tidak benar kerana syarikat konsesi air itu gagal membentangkannya dalam empat mesyuarat berasingan, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar).
Menteri Besar Selangor mendakwa perbincangan mengenai cadangan pelaksanaan penjadualan pengagihan air telah dibincangkan bersama wakil Syabas dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Selangor sejak 18 Februari 2014.
“Jawatankuasa berkenaan meminta Syabas membentangkan pelan tersebut dalam mesyuarat pada 20 Februari tetapi Syabas hanya membentangkan kertas cadangan catuan bekalan air.
“Kerajaan Selangor sekali lagi mengarahkan Syabas menyediakan pelan penjadualan pengagihan air untuk dibentangkan pada 21 Februari tetapi Syabas masih gagal dan pada 24 Februari sekali lagi Syabas gagal berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Syabas dalam satu sidang media hari ini mendakwa pelan penjadualan semula bekalan air disediakan sebaik sahaja Khalid mengeluarkan arahan tindakan kecemasan bagi kawasan yang terjejas Jumaat lalu.
Pengarah Eksekutif Teknikal Konsesi Air Syabas V. Subramaniam berkata, bagaimanapun ia hanya diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negeri (SPAN) semalam.
Khalid berkata menjadikan SPAN sebagai alasan amat tidak masuk akal, mengarut dan tidak boleh diterima kerana perkara ini mustahak dan melibatkan kepentingan rakyat.
Katanya, persetujuan untuk Syabas melaksanakan pelan penjadualan pengagihan air sekiranya pelepasan air mentah daripada empangan dilaksanakan telah pun diberikan oleh kerajaan negeri.
“Kerajaan Negeri terpaksa melaksanakan pengurangan pelepasan air daripada empangan untuk memastikan pengguna tetap menerima bekalan air walaupun berselang seli sehingga akhir Mac ini.
“Kami tegaskan bahawa keadaan pada ketika ini berbeza dengan apa yang berlaku pada Julai 2012 apabila Syabas mengumumkan catuan air di Lembah Klang tanpa mendapat persetujuan kerajaan negeri dan ahli lembaga pengarah Syabas,” katanya.
Semalam, Khalid membidas Syabas kerana gagal menyediakan pelan kecemasan berikutan kekurangan air kerana musim kemarau.

Rakyat boleh dapat BR1M RM1,200 jika MAS tidak rugi RM4.1 bilion

one off copy BRIMSHAH ALAM 25 FEB: Rakyat wajar menerima Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) berjumlah RM1,200 sekiranya Malaysia Airlines (MAS) tidak mengalami kerugian besar berjumlah RM4.1 bilion dalam tempoh 3 tahun yang lalu.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata penerima BR1M patut menerima jumlah itu seperti yang dijanjikan di bawah Manifesto PRU13 BN, dan bukannya dikurangkan kepada RM650.
Katanya, MAS mengalami kerugian sebanyak RM1.17 bilion tahun lepas, RM433 juta pada 2012 dan RM2.5 bilion pada 2011.
“Kerugian tiga tahun ini yang berjumlah RM4.1 bilion hampir mencukupi untuk menampung perbezaan RM650 yang berjumlah RM4.5 billion yang diperlukan untuk menaikkan bayaran BR1M kepada RM1,200,” kata Guan Eng.
Kata Guan Eng, walaupun MAS masih mempunyai baki tunai sebanyak RM3.9 bilion pada akhir tahun lepas, adalah tidak bertanggungjawab dan berbahaya untuk meneruskan “perniagaan seperti biasa”.
Beliau berkata, Singapore Business Times mencadangkan MAS diisytiharkan muflis bagi membenarkan permulaan baru yang diperlukan untuk memulihkan semula syarikat penerbangan bermasalah.

Hentikan sembelih rakyat dengan perjanjian TPPA

Oleh Abdul Malik Ab Razak
Tindakan kerajaan Malaysia yang masih terus berunding dalam perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) sememangnya amat mengecewakan. Meskipun rundingan ini mendapat tentangan secara terbuka oleh segenap sektor rakyat Malaysia, kerajaan seolah-olah membutakan mata dan terus memekakkan telinga.


Satu perkara yang mustahak untuk memastikan bahawa perjanjian TPPA ini perlu mengutamakan kepentingan kedaulatan negara dan kebajikan rakyat, berbanding apa-apa manfaat perdagangan yang mungkin diperolehi daripada perjanjian ini. Apa yang nyata, manfaat perdagangan tersebut terlalu banyak yang boleh dipertikaikan.
Ketelusan TPPA
Kerahsiaan perundingan ini terus menjadi tanda tanya kepada rakyat Malaysia. Kebanyakan maklumat berkaitan TPPA hanya diperolehi daripada draf teks TPPA yang dibocorkan. Sehingga ke hari ini, kerajaan masih belum mendedahkan secara terperinci isi kandungan, isi yang dipersetujui dan kajian 'cost-benefit analysis' TPPA kepada Parlimen secara khususnya dan rakyat secara amnya.
Tambah membimbangkan lagi, jika dilihat daripada perjanjian perdagangan yang melibatkan Amerika Syarikat (AS) sebelum ini, yang pasti mendapat keuntungannya hanyalah syarikat multinasional.
Apa yang kami kesalkan, kerajaan Malaysia masih menyertai mesyuarat peringkat menteri kali ke-8 berkenaan TPPA di Singapura, meskipun perundingan itu masih dalam kesamaran. Kami khuatir sekiranya 8 lagi bab yang akan dirundingkan dalam perjanjian itu dipersetujui tanpa dibahaskan secara terperinci dan matang dalam Parlimen. Pada akhirnya, yang bakal merasai kesannya ialah kita sebagai rakyat Malaysia.
Kedaulatan negara terancam
Dalam Sidang APEC CEO (APEC) Summit Dialogue Oktober tahun lalu, perdana menteri sendiri mengakui bahawa TPPA ini merupakan suatu perjanjian yang luar kebiasaan. Ia bakal mencakupi soal harta intelek, pendapatan kerajaan, dasar afirmatif, 'investor-state dispute settlement' (ISDS), alam sekitar serta isu buruh. Kami khuatir hal ini bakal menjejaskan kedaulatan negara dalam melaksanakan dasar dan polisi.
Dalam isu ISDS misalnya, ISDS memberikan syarikat asing hak untuk membawa isu yang didakwa menjejaskan pelaburan mereka di sesebuah negara kepada tribunal perdagangan bebas, sekali gus mencabar polisi dan dasar kerajaan.
Dalam tahun kebelakangan ini, penggunaan ISDS untuk mencabar kerajaan dalam isu seperti alam sekitar, tenaga, pengawalan kewangan, kesihatan awam dan tanah meningkat dengan begitu mendadak. Setakat Disember 2013, sebanyak 500 kes tuntutan oleh syarikat korporat kepada 95 kerajaan difailkan.

Utamakan kestabilan, bukan mandat, kata Daim kepada Putrajaya

Keamanan dan kestabilan adalah dua perkara terpenting yang dimahukan rakyat Malaysia selain agen provokasi yang perlu dihapuskan, kata bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin (gambar).
Daim berkata, kerajaan sedia ada bukan sahaja perlu memikirkan untuk mengekalkan mandat sedia ada tetapi juga dasar kepimpinan.
"Undang-undang sedia ada memadai untuk mengawal perkara ini. Jika terdapat pihak yang cuba mencetuskan kontroversi, mereka perlu ditangani.
"Jika ia lambat ditangani maka akan ada pihak cuba mengambil kesempatan," katanya dalam satu wawancara bersama KiniBiz.
Berbicara tentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Daim berkata akar umbi dan rakyat mempunyai impian yang sama iaitu mahu melihat kepimpinan yang kuat.
Katanya, Malaysia sebuah negara berbilang kaum dan agama maka terdapat pelbagai isu sensitif berlingkar dalam negara.
“Berdasarkan maklum balas yang saya terima, ramai yang berasa Najib seorang pucuk pimpinan yang rapuh atau kurang tegas.
“Sebagai pemimpin, beliau harus tahu mengawalnya selain pasukan terbaik untuk menasihati bagaimana berdepan dengan isu yang tidak boleh diselesaikan secara individu,” katanya.
Beliau berkata, Kabinet yang kuat diperlukan dan mereka yang memahami sejarah Malaysia dapat menjangkakan masalah yang berlaku berbanding terus mengambil tindakan.
Katanya, perancangan yang baik akan memperlihatkan kepada rakyat arah yang ingin dituju dan jika rakyat berasa orientasinya sesuai, mereka akan memberi sokongan.
“Pertama kali dalam sejarah, warga asing dan tempatan melihat secara serius situasi politik di Malaysia. Jika anda melihat orang luar menulis tentang Malaysia, ia bermakna mereka mula curiga terhadap kestabilan negara.

Kelemahan k'jaan 47% BN: Apa kata Daim?


Masalah inflasi, yang diperkatakan orang ramai, antara kelemahan kerajaan di mata bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

“Banyak. Nombor satu tentunya hari ini orang ramai kata inflasi meningkat,” katanya ketika ditanya ruang di mana kerajaan masih tidak kuat.

Tokoh korporat itu juga berkata, orang ramai mahu tahu kenapa kerajaan membuat semua pengumuman yang mendorong inflasi pada masa yang sama.

“Orang ramai mula mengkritik dasar-dasar dan bertanya kenapa pemilihan waktunya begini.

“Kenapa pengumuman pada Disember ketika keluarga memerlukan wang untuk keperluan sekolah anak dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada beliau fikir kepimpinan negara lemah, Daim menjawab ringkas “saya penyokong kuat kerajaan”.

Beliau kemudiannya ketawa dan menambah:

Jangan Beri Publisiti Pada Pelampau, Apakah Najib Menujukannya Pada Perkasa?

Dalam usaha menjayakan rekonsilasi nasional yang akan diumum serta dilaksanakan beberapa bulan lagi yang antara lainnya diharapkan membantu memberi inspirasi kepada rakyat untuk saling hormat-menghormati dan berhubung sesama sendiri serta seterusnya menjadikan perpaduan dan keadaan negara menjadi lebih baik, Perdana Menteri, Najib Razak juga menggesa media dan media sosial agar tidak memberi publisiti kepada penghasut yang selalu mengeluarkan kenyataan melampau.

Beliau berkata, memberi publisiti kepada kumpulan pelampau boleh memecah-belahkan kepercayaan antara kumpulan etnik dan oleh yang demikian, sebarang publisiti tidak harus diberikan kepada kumpulan tersebut.

Tambah Najib lagi, kenyataan demi kenyataan yang sering dikeluarkan oleh kumpulan pelampau ini tidak perlu dikecam, sebaliknya tindakan terbaik ialah "tidak mempedulikannya dan jangan beri publisiti".

Menjelang pilihanraya kecil DUN Kajang yang bahangnya mulai terasa dan mungkin juga memberi kesan kepada kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri selepas ini, rekonsilasi nasional ini memberi tafsiran yang pelbagai di kalangan rakyat. Sementara ada yang menganggapnya ssbagai bukti menunjukkan betapa Najib sentiasa memandang ke hadapan demi kepentingan negara, kelompok yang lain pula melihat ianya sebagai strategi politik untuk memastikannya berada lebih lama lagi di kerusi empuk Perdana Menteri.

Sama ada atas nama rekonsilasi, konsensus atau apa saja tetapi ianya tidak dinafikan memberi ruang kepada Najib untuk mendekati dan berbaik-baik dengan pimpinan Pakatan Rakyat, apatah lagi jika selepas ini Anwar Ibrahim mempunyai tapak yang lebih kukuh sebagai MB Selangor, hubungan saling berbaik mungkin boleh dimanfaatkan untuk berbagai kepentingan.

Dengan tapak kukuh yang dimiliki Anwar dan memberi lebih potensi untuk memenangi PRU 14, dalam masa yang sama ia juga memberi tekanan kepada Najib dalam mempertahankan kedudukannya kerana golongan kanan dalam UMNO yang masih menggunakan pengaruh Mahathir Mohamad pasti saja mahukan Najib diundurkan bagi digantikan dengan pemimpin lain pula.

Oleh itu, rekonsilasi ini boleh juga merupakan perisai bagi Najib dari serangan dalam UMNO sendiri.

Apatah lagi dalam masa Najib mahu melaksanakan rekonsilasi ini, beliau turut juga juga mengecam golongan pelampau yang dianggapnya hanya mahukan publisiti yang diidam-idamkan bagi melakukan pelbagai tuntutan.

Apakah kempen ABU membutakan segalanya?

Timmy Say

Kempen ‘Asalkan Bukan Umno’ atau ABU, yang bertujuan mengajak rakyat menolak Umno dengan mengundi apa sahaja selain daripada Umno, membawa penyakit kebutaan kepada pengikutnya sehingga mudah dieksploitasi oleh ahli politik yang bermusuh dengan Umno-BN.
Cita-cita, niat dan sentimen golongan yang ingin melihat Umno tumbang kini menjadi satu senjata kepada ahli politik yang bermusuh dengan Umno-BN untuk mengekalkan sokongan mereka meskipun mereka membuat perkara yang silap.
Contoh yang paling mudah dilihat ialah Langkah Kajang. Apabila menemui jalan buntu, ahli politik Pakatan Rakyat menakutkan golongan ini yang tidak bersetuju dengan mereka dengan memberi gambaran bahawa Umno akan kembali berkuasa di Selangor melalui darurat meskipun PR menguasai lebih daripada dua pertiga majoriti di DUN Selangor.
Tatkala golongan ini terus mendesak untuk mendapatkan jawapan kepada kenapa perlunya Langkah Kajang, pihak yang mendalangi langkah kontroversi ini bertindak menjual harapan bahawa pilihan raya kecil ini akan membuka laluan kepada PR, di mana Selangor akan digunakan sebagai batu loncatan untuk merampas Putrajaya daripada Umno.
Ada pula mendendangkan kekalahan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang akan mengkuburkan PR untuk menakutkan golongan ABU. Bagaimana, mengapa dan apakah rasionalnya di sebalik kenyataan tersebut tidak dihurai, seolah-olah gabungan PKR, DAP dan PAS ini hidup bukan atas sebab muafakat, tapi kerana Anwar, demi Anwar dan untuk Anwar.
Golongan ABU yang ingin mengajar PR kerana tidak bersetuju dengan cara PRK Kajang ini dilakukan pula ditakutkan dengan implikasi PRK Kajang sekiranya Anwar menang dengan majoriti berkurangan. Mereka didendangkan bahawa kemenangan dengan majoriti yang berkurangan akan menjadi pemangkin kepada kembalinya keyakinan Umno dan MCA di Selangor.
PRK Kajang yang timbul kerana kemelut dalaman tiba-tiba dihujahkan sebagai sesuatu yang perlu dan medan terpenting untuk mengukur pretasi negara, dan menyatakan ketidakgembiraan golongan ABU terhadap prestasi Umno-BN selepas PRU13 untuk mengekalkan penyertaan mereka yang tidak bersetuju dengan Langkah Kajang.

Bantahan Taib jadi TYT Sarawak diserah ke mesyuarat Raja-raja

taib-mahmudKUALA LUMPUR 25 FEB: Memorandum bantahan Ketua Menteri Sarawak, Tan Seri Abdul Taib Mahmud dari dilantik menjadi Tuan Yang Terutama negeri akan diserahkan ke majlis mesyuarat Raja-raja.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari berkata, dua memorandum telah dihantar ke Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan juga kepada Yang Di-pertuan Agong di Istana Negara.
“Kita lihat bahawa peluang untuk Majlis Raja-Raja mengambil kira pandangan rakyat tentang pelantikan Tan Sri Taib Mahmud menjadi TYT Sarawak.
“Kita tahu perlantikan (TYT) oleh kerajaan negeri. Tetapi di peringkat kita (rakyat) penyerahan memorandum kepada Majlis Raja-raja memohon peka dengan suara rakyat membantah Taib Mahmud (dilantik TYT) kerana sekarang ini masih dalam siasatan SPRM.
“Dia banyak terlibat dalam aktiviti dan salah guna kuasa. SPRM mengakui Taib Mahmud dalam siasatan.
“Kami tidak mahu Tuan Yang Terutama Sarawak yang baru dilihat tercalar dengan skandal salah laku kuasa,” kata Nazib kepada Keadilandaily.
Perjumpaan Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-234 kini sedang berlangsung di Istana Negara dari 24 hingga 27 Februari ini.

Bukti penyelewengan keluarga Taib Mahmud diserah pada SPRM

PUTRAJAYA 25 FEB: Bukti terbaru penyelewengan pembayaran komisyen urusniaga balak yang dijalankan ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud diserahkan ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).
Dokumen tersebut diserahkan ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Lintang, Sarawak, See Chee How, petang ini.
Rafizi_SPRMMenurut Rafizi, maklumat tersebut diserahkan bagi membantu SPRM yang menurutnya sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.
“Kes ini yang kita bawa adalah satu kes yang telah dibuka dan disiasat oleh SPRM.
“Ia melibatkan syarikat milik Onn Mahmud yang merupakan adik kepada Ketua Menteri Sarawak,” kata Rafizi kepada pemberita di perkarangan ibu pejabat SPRM, hari ini.
Kata Rafizi, bukti terbaru yang dikemukakan hasil maklumat diperolehi Adun Batu Lintang, See Chee How melalui kerjasama dengan pihak berkuasa Jepun.
Sehubungan dengan bukti terbaru yang dikemukan itu, Rafizi berharap ia dapat membantu pihak SPRM menjalankan siasatan terhadap laporan yang dikemukakan terhadap ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak tersebut.

Anwar Ibrahim: We Govern Well, We Have To Govern Well For The Rakyat

Pakatan MPs voice out against rising political violence

Kes bunuh Altantuya: 27 Februari pengurusan kes rayuan pihak pendakwa

Mahkamah Persekutuan menetapkan Khamis ini bagi pengurusan kes berhubung rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan dua anggota unit tindakan khas polis daripada pertuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu (gambar).
Timbalan Pendaftar Izuddin Mohamad menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas bertemu Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup dan peguam J.Kuldeep Kumar mewakili Cif Insp Azilah Hadri, yang turut menyebut kes itu bagi pihak peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar.
Manoj memberitahu pemberita tarikh pendengaran bagi rayuan pihak pendakwa itu masih belum ditetapkan.
"Beliau masih ada di sini," katanya.
Azilah, 37, dan Sirul Azhar, 42, disabitkan dan dijatuhi hukuman mati pada 2009 oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Kedua-dua mereka memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dan pada 23 Ogos tahun lepas dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan yang membatalkan sabitan mereka.
Mahkamah Rayuan dalam penghakiman 47 muka surat memutuskan keterangan keadaan dikemukakan pihak pendakwa tidak mencukupi untuk mengekalkan dapatan dua anggota polis itu bersalah.
Mahkamah menyatakan kesalahan mereka tidak dibuktikan secara kukuh, "dengan itu mahkamah terpaksa memberi faedah kesangsian".
Pihak pendakwa memfailkan petisyen rayuan pada 3 Januari tahun ini, menyenaraikan enam alasan mengapa panel tiga anggota Hakim Rayuan terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta untuk membenarkan dua anggota polis itu terlepas hukuman mati.
Sementara itu, pihak pendakwa tidak merayu terhadap pembebasan bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang dituduh bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar.
Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober, 2008, memutuskan pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abdul Razak. - Bernama

WWW 1: Nizar menang saman fitnah terhadap TV3

Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) hari ini menang saman fitnah yang dikemukakannya terhadap stesen televisyen TV3 berhubung posting Twitter beliau yang mengatakan Sultan Johor menggunakan wang rakyat bagi membida nombor pendaftaran kereta WWW1.
Tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Mohamad Arif Yusof, membenarkan rayuan Nizar, berkata plaintif berjaya membuktikan kes kebarangkalian yang seimbang.
"Perintah Mahkamah Tinggi adalah dengan ini mengenepikan dan kes ini akan dirujuk ke Mahkamah Tinggi bagi penaksiran ganti rugi,"katanya.
Beliau berkata pembelaan justifikasi gagal dan TV3 tidak berjaya membuktikan kebenaran atau sebahagian kebenaran dalam laporan mereka.
"Malah, ada niat jahat oleh defendan dalam laporan mereka," katanya.
Mahkamah juga memerintahkan bayaran RM30,000 sebagai kos.
Pada 12 April, Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Yeoh Wee Siam menolak dakwaan Nizar bahawa TV3 memfitnah beliau.
Dalam penghakiman bertulis beliau, hakim memutuskan TV3 memperlihatkan justifikasi pembelaan terhadap semua fakta dan hujah yang dibangkitkan kedua-dua belah pihak.
"Saya berpendapat defendan berjaya dalam pembelaan mereka berdasarkan justifikasi. Pembelaan justifikasi adalah pembelaan yang lengkap. Oleh itu, berdasarkan faktor ini, tuntutan plaintif patut dibuang," katanya dalam kenyataan penghakiman bertulis sebanyak 30 muka surat.
Bagaimanapun, Yeoh turut meneliti hak keistimewaan pembelaan dan pembelaan Reynolds yang digunakan oleh stesen penyiaran itu.

Rakyat Perlu Dedahan Lanjut Isu Ekonomi


Simbah cat merah: Polis bawa balik itik untuk siasatan


Isu Balak Keluarga Taib: PKR Lapor SPRM


Bernas: PAS bantah monopoli individu


Pakatan leaders condemn attack on Malaysiakini


Tarif elektrik lebih mahal jika 1MDB dapat projek 3B?


Kukuhkan Wakaf, Bendung Kemiskinan

Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran Bhg 5

Mana RM 1 bilion duit zakat.. Mana suara2 ulama2 UMNO, menteri2 agama UMNO, mufti2.. kamu dibayar gaji oleh rakyat buat apa???


NO.2 DALAM DUNIA: NAJIB BOROS BERATUS2 JUTA RINGGIT NI IKUT SYARIAH ISLAM KER?



Isu balak Sarawak: PKR lapor SPRM

PUTRAJAYA - PKR menyerahkan memorandum bukti yang didakwa melibatkan penyelewengan adik kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berhubung pembayaran balak yang melibatkan kerajaan Jepun, hari ini.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, pihaknya menyerahkan bukti keterlibatan ahli perniagaan itu dalam kes rasuah import balak ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Rafizi turut ditemani Adun Batu Lintang, Sarawak, See Chee How hadir ke bangunan SPRM di Putrajaya kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

"Kes yang kita bawa ke SPRM hari ini adalah kes yg telah dibuka dan disiasat sebelum ini, berkaitan pembayaran rasuah kepada syarikat yang dimiliki oleh adik kepada Ketua Menteri Sarawak iaitu Onn Mahmud.

"Onn Mahmud memang secara jelas mempunyai pengaruh yang besar dalam kerajaan walaupun tidak ada apa-apa jawatan sehingga syarikatnya boleh menuntut bayaran yang tinggi terhadap syarikat-syarikat yang telah diberikan hak untuk mengimport balak dari Sarawak ke Jepun," katanya kepada pemberita selepas hampir 20 minit bertemu pegawai SPRM, di sini.

Rafizi menyarankan SPRM agar menjalankan siasatan menyeluruh bagi setiap ahli keluarga Abdul Taib.

"Bagaimana mereka yang tidak ada jawatan dalam kerajaan begitu berpengaruh?

"Ini mesej yang cukup penting kepada SPRM dan juga Abdul Taib serta keluarga," dakwanya lagi.

Menurut See Chee How, kes tersebut perlu disiasat lebih lanjut oleh SPRM bagi menjelaskan perkara berkenaan.

"Kes ini berlaku sekitar 2007-2008. Ada keputusan daripada tribunal cukai yang mengatakan bahawa bayaran itu adalah sah...ditolak cukai. Jadi, kami lihat kes itu secara mendalam.

"Kami dah dapat semua dokumen termasuk keputusan tribunal cukai. Sekarang kami dah tahu bagaimana wang ini dikutip oleh syarikat tersebut," katanya yang pergi ke Jepun untuk bertemu pihak berkaitan kes tersebut.

PBS: NGO gesa KPM anjur dialog, libat semua pihak

PUTRAJAYA: Gabungan NGO Himpunan 222 Mansuhkan PBS, menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengadakan Dialog Meja Bulat bagi membincangkan isu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah membuatkan sistem pendidikan negara menjadi carca marba.

Gabungan NGO yang diwakili Ketua Eksekutif Majlis Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan (Makpen) Mohd Zai Mustafa berkata, pihaknya bersedia bila-bila masa untuk menyertai dialog meja bulat tersebut.

"Kita minta adakan dialog ini bagi mencari dimana silapnya pelaksanaan PBS yang ditentang sendiri oleh guru-guru," katanya kepada media.

Menurut Mohd Zai, dialog ini perlu diadakan secara terbuka bukan hanya menjemput kesatuan guru-guru di bawah kementerian semata-mata sebaliknya wajar melibatkan seluruh kesatuan sekolah termasuk Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

"Masing-masing sekolah tidak kiralah sekolah mana semua ada pelajar sendiri, misalnya Sekolah Agama Rakyat ada murid seramai 300,000 seluruh negara. Mereka pun terlibat dalam PBS.

"Saya mohon KPM jangan ketepikan kami dalam siri dialog yang akan diadakan," katanya.

Jangan beri publisiti pada pelampau, kata PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa media dan media sosial supaya tidak memberi publisiti kepada penghasut yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan melampau.

Katanya, berkongsi kenyataan itu hanya memberikan publisiti yang mereka idam-idamkan.

“Kita tidak perlu kecam, jangan pedulikan mereka. Jangan beri mereka ke udara atau publisiti,” katanya

Menulis di blognya hari ini, Najib berkata, laporan berkaitan tindakan pelampau boleh memecahkan kepercayaan antara kumpulan etnik.

“Kamu patut tahu bahawa kumpulan pelampau ini lakukan dan katakan di media sosial adalah salah, jadi patutkah kita kongsi pandangan itu di atas talian?

“Jika kamu mahu kekalkan keharmonian negara ini, jangan biarkan penghasut kuasai kita!

"Lebih baik, jangan sampaikan berita insiden sebegitu kerana ia hampir pasti timbulkan ketakutan dan kebencian.”

Najib mahu rakyat sokong rekonsiliasi nasional .!!


Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata Rancangan Rekonsiliasi Nasional yang akan diumum dan dilaksanakan dalam tempoh beberapa bulan lagi, akan membantu memberikan inspirasi kepada rakyat untuk saling hormat menghormati, dan kembali berhubung sesama mereka agar dapat menjadikan Malaysia negara yang lebih baik untuk semua.
Perdana menteri berkata rancangan itu bertujuan mencipta persekitaran yang kondusif dan menggalakkan rekonsiliasi nasional melalui perpaduan dan kosensus di seluruh negara.
Berkongsi sedikit mengenai rancangan itu dalam catatan blog beliau www.1malaysia.com.my, Najib berkata: "Rancangan Rekonsiliasi Nasional ini berlandaskan prinsip hormat-menghormati, bekerja dan bergembira bersama, serta semangat bertolak-ansur. Ini seharusnya menjadi teras kepada apa juga yang kita lakukan."
Sebagai permulaan, katanya, kerajaan mahu rakyat untuk mula berkongsi cerita-cerita berkaitan sikap berbuat baik antara kaum dan ini termasuk dalam media arus perdana, media online dan media sosial.
"Sebagai contoh, berkongsi gambar seorang anggota polis bangsa Melayu yang sedang membantu seorang wanita tua bangsa Cina melintas jalan akan dapat memupuk semula apa yang kita memang tahu tapi semakin kita lupakan – bahawa kita adalah sebahagian daripada sebuah keluarga Malaysia," katanya. – Bernama,

Pakatan jemput BN sertai kempen selamat Malaysia daripada pengkhianat

Pakatan Rakyat (PR) hari ini menjemput Barisan Nasional (BN) menyertai mereka dalam kempen menyelamatkan Malaysia daripada pengkhianat yang mahu menghancurkan negara ini, kata Lim Kit Siang.
Penasihat DAP itu berkata, pengkhianat berkenaan cuba menghancurkan Malaysia melalui beberapa cara termasuk menyemai kebencian agama dengan penipuan dan pembohongan.
"Sebab itu kepimpinan kebangsaan PR menghulurkan tangan kepada perdana menteri dan BN bersama-sama dalam himpunan pemimpin BN-PR menerusi semangat kebangsaan dan rekonsiliasi nasional untuk selamatkan Malaysia daripada kekacauan agama," kata Lim dalam ucapannya di Johor, malam tadi.
Lim berkata, PR sehingga kini masih lagi menanti maklum balas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung perkara itu.
"Hanya sekumpulan kecil yang tidak bertanggungjawab dan menjadi pengkhianat dengan cubaan mencetuskan ketegangan agama," kata ahli Parlimen Gelang Patah itu.
Beliau berkata, DAP menjadi sasaran pelbagai pihak dalam kempen sedemikian, termasuk pemimpin mereka dikaitkan dengan beberapa isu berkaitan agama.
Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sejak sembilan bulan lalu melalui waktu yang paling berbahaya.
"Apa yang lebih bahaya adalah kerajaan dilihat gagal untuk menggunakan kuasa atau kehendak politik untuk memartabatkan Perlembagaan," katanya.
Lim berkata, beliau percaya bukan setakat parti komponen PR yang mahukan keamanan, tetapi semua parti komponen BN.
"Cubaan sedemikian  adalah untuk mencetuskan kesangsian dan gambaran palsu terhadap Islam," katanya.

TGNA | Kuliah Jumaat 21 Feb 2014

泼红漆放活鸭 《当今》办公室遭破坏

Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran Bhg 4

'1MDB must explain RM317 million land purchase in Pulau Indah'

Simbah cat merah tak halang M'kini terus lapor berita secara bebas

Tindakan lambat jabatan agama terhadap Kassim Ahmad kerana Dr Mahathir dan ahli UMNO..!!!

Tiada tindakan yang diambil oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa agama negeri berhubung kenyataan Dr Kassim Ahmad dipercayai akibat pengaruh daripada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kata ahli Parlimen PAS.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata kelewatan jabatan agama negeri mengambil tindakan terhadap Kassim akan mengundang salah faham di kalangan umat Islam serta mewujudkan ketegangan di antara orang Melayu.
“Kita nampak semua jabatan agama ambil tindakan terhadap Syiah tetapi apabila Kassim mengeluarkan kenyataan menghina Rasulullah yang mana kedudukannya diabadikan dalam Al-Quran tiada tindakan daripada mana-mana pihak.
“Apabila melibatkan Dr Mahathir yang menjadi orang yang menjemput Kassim untuk berucap maka langsung tidak ada apa-apa tindakan. Kita hairan dengan mainan politik sebegini rupa,” katanya pada satu sidang media di Shah Alam, hari ini.
Kassim dalam satu seminar yang diadakan di Putrajaya dilaporkan menuduh ulama mengawal Islam di Malaysia menggunakan sistem kasta paderi, mempersoal penggunaan hadis dalam menjelaskan ajaran Al-Quran dan mengatakan salah bagi umat Islam mendewakan Nabi Muhammad kerana "beliau hanya pesuruh Allah".
Beliau turut mempersoalkan pemakaian tudung oleh wanita Islam, mengatakan "rambut bukannya sebahagian daripada aurat" dalam ceramahnya yang bertajuk, "Hala Tuju Malaysia dalam masa 30 Tahun".

Jangan sekadar kritik, debat dengan saya, cabar Kassim Ahmad..!!


Bekas pemimpin PSRM, Dr Kassim Ahmad dilabel sebagai anti hadis dan dituduh mempromosikan murtad. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 25 Februari, 2014.Bekas pemimpin PSRM, Dr Kassim Ahmad dilabel sebagai anti hadis dan dituduh mempromosikan murtad. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 25 Februari, 2014.Dr Kassim Ahmad tidak asing lagi dengan kontroversi, dan baru-baru ini beliau dituduh dengan pelbagai perkara, termasuk mempromosikan murtad.
Satu-satunya individu yang mempertahankan beliau hanyalah bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kedua-dua mereka merupakan mahasiswa di Universiti Malaya Singapura satu ketika dahulu.
Kassim, yang pernah memimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) sudah beberapa kali dikecam kerana kenyataannya terhadap hadis, termasuk di Putrajaya minggu lalu.
Dr Mahathir bagaimanapun berkata, Kassim dilabel sebagai "anti hadis" disebabkan pihak berkepentingan tidak berdebat dengannya dalam isu agama.
"Tun (Dr Mahathir) adalah seorang pemikir," kata Kassim.
"Beliau memberikan pendapatnya terhadap pelbagai perkara dan ramai orang menghormatinya," katanya kepada The Malaysian Insider, ketika ditemui di kediamannya di Kulim, Kedah, baru-baru ini.
Kassim yang pernah menyertai Umno pada 1986 turut memuji Dr Mahathir dan berkata, beliau mempunyai matlamat untuk memperbaiki apa yang dilihatnya sebagai satu kesilapan.
Mengimbau detik peletakan jawatan Dr Mahathir 10 tahun lalu, Kassim pernah memberitahu bekas presiden Umno itu, mereka berdua adalah generasi tua dan sekiranya generasi muda enggan mendengar nasihat, mereka tidak mampu untuk melakukan apa-apa.
Kassim berkata, Dr Mahathir hanya menjawab beliau akan terus memberikan pandangannya.
Kassim berasal dari Bukit Pinang, Jitra, empat batu dari Titi Gajah, di mana Dr Mahathir pernah menetap di sana.
"Selepas dibuang daripada Umno pada September 1969, saya pergi ke rumahnya. Beliau kata bila nampak saya di pintu rumahnya saya tidak kelihatan seperti komunis.
"Saya mengetuai PSRM ketika itu," katanya, dan menambah, Dr Mahathir yang membebaskannya daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak berapa lama selepas menjadi perdana menteri pada 1981.

Bagaimana kalau pengundi BN pulau PRK Dun Kajang?

Oleh Subky Latif
Justeru marahnya pemimpin Barisan Nasional dari semua parti kepada apa yang dikatakan permainan politik peribadi Anwar Ibrahim dalam politik PRK Kajang, maka mungkin penyertaan mereka dalam PRK  dilihat sebagai orang yang dipermainkan oleh Anwar.

Penyertaan itu kira-kira mereka masuk dalam perangkap Anwar dan seperti dialatkan oleh Anwar.
   
Bagi mengelakkan supaya Anwar tidak menang percuma dan tidak mahu BN khususnya Umno dikira kalah sebelum bertanding, maka itulah mereka terpaksa letak calon.
  
Pemimpn BN tiada pilihan. Sekalipun mereka benci pada Anwar dan pura-pura benci dengan PRK sedemikian justeru membazir wang kerajaan yang juga wang rakyat, mereka terpaksa bertanding walaupun mereka tahu mereka diperolok oleh Anwar.
   
Tetapi penyokong dan pengundi tetap BN tidak semestinya ikut pemimpin-pemimpinnya yang diperangkap oleh apa yang dikatakan permainan politik peribadi Anwar itu. Para pemimpin terpaksa juga bertanding kerana tidak mahu malu dan tidak mahu dilihat malu.
   
Maka penyokongnya boleh bertindak lain dari yang dibuat oleh pemimpin dengan tidak turun mengundi. Jika mereka mengundi, mereka masuk perangkap Anwar sedang mereka bencikan Anwar serba serbi.
    
Jika betul tak mahu diperalat Anwar, biarkan saja dia berpolitik seorang diri. Mungkin yang tinggi marahnya kepada Anwar tidak mahu mengundi. Rafizi Ramli tidak menjangkakan ada yang macam itu dan  sudah meramalkan peratus yang memulaukan pengundian itu terlalu kecil.
   
BN pun ada kebimbangan dan ada yang berkepala angin lalu tidak mengundi, semata-mata kerana tidak mahu masuk dalam jebak Anwar.
   
Justeru TPM Muhyiddin Yassin kata, BN tidak beri laluan mudah kepada Anwar dan Dr Mahahtir pula mahu semuanya turun bagi mengalahkan Anwar.
     

Herman Tino cipta lagu buat pengundi Kajang

Herman Tino cipta lagu buat pengundi Kajang
SHAH ALAM – Setelah agak lama menyepikan diri dalam industri nyanyian, penyanyi yang terkenal pada tahun 1980an, Herman Tino tampil mencipta lagu sempena PRK Dun Kajang, bertajuk ‘Nyamuk Nakal Lipas Liar’.

Memetik kenyataannya dari laman mikro Twitternya hari ini, Herman berkata, beliau juga tidak mahu ketinggalan dalam memeriahkan suasana menjelang pilihan raya kecil itu.

Malahan, dari petikan komennya itu, membayangkan seolah-olah turut bertanding pada PRK Dun Kajang.

“Jangan fikir ‘hanya orang politik sahaja yang boleh cantikkan keadaan’, saya pun tahu ada kerusi kosong di Kajang dan saya anak Selangor,” katanya.

Bagaimanapun, ketika dihubungi Sinar Harian Online, Herman menafikan perkara itu.

“Saya seorang pencinta demokrasi. Kalaupun saya hendak bertanding, saya akan minta izin daripada penduduk Kajang sendiri.

“Walaupun saya tidak mempunyai jentera untuk berkempen kerana saya bergerak sendiri, tetapi jika ada orang Kajang yang mahu saya bertanding, saya bersedia.

“....tetapi buat masa ini, saya tidak ada niat untuk bertanding pun,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian Online hari ini mendapati, Herman telah memuat naik klip video berdurasi 3 minit dan 14 saat sejak semalam.

PRK Dun Kajang: Jangan merasa lebih besar dari parti



Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberi perhatian secara serius masalah dalaman PAS di mana dalam sejarahnya beberapa tokoh, termasuk yang berpendidikan agama, meninggalkan parti.

Walaupun parti telah mengenengahkan mereka dan mereka telah berkembang hingga menjadi pemimpin, malangnya akhirnya mereka meninggalkan parti, sama ada menyeberang dengan menyertai Umno, menubuhkan NGO, terus menerus mengkruitik PAS atau berdiam diri.

Pada hal, kata Haji Mohamad Sabu, sepanjang sejarahnya para tokoh yang meninggalkan PAS ini telah mendapat tarbiyah malah pernah memberi tarbiyah kepada ahli, menjadi pemimpin penting dan sebagainya. Ertinya, katanya, parti telah mendidik mereka, menyuburkan bakat mereka sebagai pemimpin polilitk, memberikan mereka ruang dan kesempatan untuk membina kekuatan sebagai tokoh dalam PAS yang akhirnya dikenali ramai. Akhirnya mereka meningaglan parti dengan pelbagai alasan.

Mereka ini, termasuk yang berpendidikan tinggi agama dan ada juga di kalangan professional serta ahli veteran.

Dalam hal ini saya selalu teringat pesan bekas Presiden PAS, Ahlmarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, bahawa, “Kita berjuang dalam gerakan Islam ini seperti berada dalam sebuah kafilah yang sedang dalam perjalanan. Ada ketikanya mereka yang tidak sabar, telah terjun dari kafilah yang sedang berjalan itu, tetapi kita yang ada dalam kafilah tersebut meneruskan perjalanan.”

“Saya selalu berfikir,” kata Haji Muhamad Sabu, “siapalah saya tanpa PAS,”  katanya ketika merasmikan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden di Shah Alam Ahad lalu.

Sebagai pemimpin atasan parti, beliau sangat menyedari akan kedudukannya  sebagai Timbalan Presiden PAS, bahawa tanpa berada di dalam PAS, tidak akan ada orang yang mengenali beliau sebagai tokoh politik dan tidak akan ada orang yang memberikan penghormatan kepadanya jika beliau bukan pemimpin PAS.

Maka itu Haji Muhamad Sabu sangat menyedari hakikat ini.

Sikapnya ini memancarkan bahawa beliau pemimpin yang sentiasa sedar akan dirinya, kakinya sentiasa berjejak di bumi nyata, bukan dari kelompok orang yang merasakan dirinya lebih besar dan lebih hebat dari  parti yang diangggotainya.
Kerana itu Haji Muhamad Sabu berusaha memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

Melayu amat jijik babi, tapi tidak ambil berat halal haram, kata Kadir Jasin


Calon PKR di DUN Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dalam satu program yang diadakan di gereja. Gambar fail.Calon PKR di DUN Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dalam satu program yang diadakan di gereja. Gambar fail.Masyarakat Melayu amat jijik dengan babi, namun tidak mengambil berat berkenaan halal atau haram sumber makanan mereka, kata Datuk A Kadir Jasin.
Bekas ketua pengarang Kumpulan The New Straits Times Press itu dipetik berkata, masyarakat Melayu tidak begitu peduli jika sumber makanan mereka diperolehi sama ada dengan cara haram atau rasuah.
"Tapi ramai tidak peduli sangat kalau makanan halal diperoleh secara haram atau dibeli dengan pendapatan haram macam rasuah," katanya, mengulas berkenaan rencana Dr Ridhuan Tee Abdullah di akhbar Sinar Harian berkenaan babi dan tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar berceramah di gereja baru-baru ini.
Kadir berkata, sekiranya interpretasi Ridhuan mengenai Anwar yang berceramah di gereja begitu teruk, beliau lebih teruk daripada Anwar kerana pernah belajar selama lapan tahun di Sekolah Rendah dan Menengah Saint Michael di Alor Setar.
"Mengenai masuk gereja pula, kalau itulah interpretasi Ridhuan, saya lagi teruk daripada bakal calon yang Ridhuan kritik itu," katanya merujuk kepada Anwar.

Najib hanya tagih undi India, tidak serius penuhi janji Hindraf


Pelantikan bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy menganggotai Kabinet selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu menunjukkan Datuk Seri Najib Razak tidak bersungguh memenuhi memorandum perjanjian persefahaman (MoU) yang dimeterai sebelum pilihan raya umum lalu, kata DAP.
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming (gambar), berkata desakan beberapa menteri Kabinet seperti Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Abdul Rahman dan Menteri Belia dan Sukan; Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengecam peletakan Waytha tidak telus kerana tidak menceritakan kegagalan Najib.
“Jelas perdana menteri enggan menghormati MoU yang dimeterai bersama Hindraf sebaliknya menandatangani perjanjian itu kerana terdesak mahukan undi kaum India pada PRU13 lalu.
“Ia konsisten dengan banyak pusingan U yang dibuat Najib selepas mengambil alih tampuk pemerintahan daripada mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009 dengan gagal menunaikan janjinya semasa PRU13 seperti menurunkan kadar tol dan harga kereta,” katanya dalam satu kenyataan awal pagi ini.
Media melaporkan awal bulan ini, Waytha yang juga presiden Hindraf melepaskan jawatannya sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri ekoran kegagalan Putrajaya menunaikan janji kepada kaum India.
Setiausaha Hindraf, P Ramesh, berkata jawatankuasa pusat sebulat suara memutuskan Waytha meletakkan jawatan kerana kerajaan sengaja melengah-lengahkan janji bagi membantu masyarakat India.
Katanya, Hindraf mahu kekal setia kepada golongan miskin dalam masyarakat melalui perjanjian dengan musuh semata-mata demi kepentingan masyarakat India Malaysia yang percaya bahawa Barisan Nasional (BN) akan memenuhi janjinya.

Dr Asri: Mana RM1 bilion duit zakat?

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin mencadangkan satu kajian telus dibuat bagi menyiasat hal isu kutipan dan perbelanjaan wang zakat oleh badan agama.

Beliau mempersoalkan mengapa walaupun lebih RM 1 bilion wang zakat dikutip saban tahun, masih ramai umat Islam negara ini yang hidup dalam kesempitan.

"Mengapa kita masih dengar orang Islam tak cukup duit nak bayar sewa rumah dan (kemudian) murtad tapi tengok penguatkuasa beli kereta baru.

"Mana duit zakat ini? Saya bukan kata duit zakat itu diseleweng tetapi di mana duit zakat ini pergi?" kata beliau dalam Wacana bertajuk "Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran" anjuran Sinar Harian semalam.

Beliau mengaku terdapat peningkatan dari segi kutipan.

Rakyat berbangga kerana Najib Razak tersenarai 5 pemimpin dunia berbelanja boros

Paling borosSHAH ALAM 25 FEB: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak digambarkan sebagai antara lima pemimpin dunia yang berbelanja boros menurut satu laporan portal Indonesia, www.merdeka.com.
Menurut portal Merdeka.com itu menyatakan Majalah The Heat di Malaysia pada November tahun lalu menerbitkan laporan tentang pembiayaan boros perjalanan ke luar negeri Najib Razak dan bayaran lembaga konsultannya dengan menghabiskan dana sebesar Rp 2,5 triliun.
Merdeka.com meletakkan Najib Razak sebaris dengan Presiden Zimbabwe Robert Mugabe yang dilaporkan akan merayakan ulang tahun ke-90 tahun ini dengan biaya Rp 11,8 miliar.
Seterusnya adalah Mantan Perdana Menteri, Italia Silvio Berlusconi yang pernah menghabiskan Rp 48,5 miliar untuk memberi hadiah kepada para artis perempuan dan acara television yang disukai beliau pada 2011.
korea borosBerlusconi juga dicatat membeli perhiasan senilai Rp 5,8 miliar untuk memberikan hadiah.
Sementara itu turut tersenarai adalah pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang hobinya belanja barang-barang mewah, termasuk piano, kereta, dan teater peribadi.
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setebal 374 halaman menemukan pengeluaran Kim Jong-un untuk belanja barang mewah mencapai Rp 8,4 triliun hanya dalam setahun yang lebih dua kali ganda daripada pengeluaran terakhir dilakukan ayahnya, iaitu  Rp 3,9 triliun dalam satu tahun.
Turut dilaporkan berbelanja boros adalah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dilaporkan berbelanja memborong lilin wangi dan bunga seharga sepenuhnya Rp 294,2 miliar untuk perhiasan pejabatnya.

Macai Rasis Dan Jahat: Cat merah di pejabat Malaysiakini, itik disangka mati tapi hidup




Kini pejabat portal Malaysiakini pula menjadi sasaran lemparan cat merah .. bukan saja cat merah tetapi terdapat jua seekor bangkai itik.

Kejadian disedari awal pagi ini ...
Cat merah dan kotak berisi bangkai itik ditemui di luar pejabat portal berita Malaysiakini di Bangsar Utama, Kuala Lumpur, pagi ini. 

Pengarang Grafik Malaysiakini, Azlan Zamhari, berkata cat merah turut disimbah ke dinding serta papan tanda Malaysiakini dan percikannya turut terkena motosikal yang diletakkan berhampiran pejabat itu.

“Cat merah itu masih lagi basah waktu saya sampai ke pejabat jam 6.15 pagi tadi...

“Bangkai itik itu ditemui dalam kotak yang ditinggalkan di depan pintu pejabat kami dengan foto Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di dalamnya,” katanya.

Kok sebelum ini berdepan kontroversi berhubung video klip ucapan sambutan Tahun Baru Cina bertajuk “Onederful Malaysia CNY 2014.”  

1MDB Land Acquisition Press Conference

Live duck, red paint at Malaysiakini's office

Tak Ikut Syariat: Hanya berselindung di sebalik nama Islam - Dr Asri

Dr Asri 
SHAH ALAM - Terlalu banyak perniagaan yang tidak mengikut syariat tetapi menggunakan label jenama Islam bagi mengalih pandangan orang Islam untuk mendapatkan produknya.

Dr Asri berkata, terdapat peniaga yang mengambil kesempatan di sebalik nama Islam.

“Sesetengah orang itu percaya ekonomi itu jadi Islam kerana ia diletakkan ala-ala gambar macam masjid sikit, ada bangunannya ada kubah-kubah sikit, ada tulisan Arab sikit atau di tambah tulisan yang ada perkataan al.

“Tapi dari segi akadnya tidak tercapai walaupun kopiahnya besar, kerana wujud unsur penindasannya ada di situ, contohnya pinjam di bank yang Islam atau tidak Islam bebanannya adalah sama, tidak dapat mengeluarkan orang Islam dari masalah kemiskinan,” katanya.

Kata beliau, ekonomi Islam adalah melibatkan semua perkara termasuk etika dalam ekonomi itu sendiri supaya ia bersih daripada amalan yang tidak diredai ALLAH.

“Ada pelbagai produk Islam dalam dunia ini, tapi isu kemiskinan tidak dapat kita keluar dengan hanya menghasilkan  produk-produk seperti ini.

“ALLAH menyuruh kita bukan sahaja adil, tapi ihsan, bukan sahaja adil dalam urus tadbir ekonomi, urus tadbir politik, rumah tangga dan sebagainya,” ujarnya.

PRK, Lalat Khinzir Dan Masuk Gereja

A Kadir Jasin
CERITA masuk gereja dan babi dekat dengan hati saya. Jadi apabila penceramah Ridhuan Tee Abdullah dilaporkan mengecam perbuatan seorang bakal calon Melayu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang berucap di gereja, saya ingin tumpang sekali.

Saya katakan “bakal calon” kerana penamaan calon belum diadakan. Antara sekarang dan saat itu, apa pun boleh berlaku.

Menulis dalam akhbar Sinar Harian, Ridhuan mengkritik langkah bakal calon tersebut memasuki gereja Holy Family, Kajang dan berucap. Tee menyifatkan tindakan itu  sebagai “liberal dan keterlaluan”. Bakal calon yang dimaksudkan itu ialah Anwar Ibrahim.

Katanya: "Luar biasa! Dahulu orang Melayu usahkan nak masuk gereja atau kuil, lalu sahaja di luar pun kalau boleh, cuba elakkan. Sama seperti jika mereka ke pasar, kalau boleh elak melalui atau memandang daging atau penjual khinzir. Lebih dahsyat lagi, ketika di pasar, ada yang takut ‘lalat khinzir’ terbang kawasan ‘halal’ Islam. Begitulah berhati-hatinya orang Melayu terhadap cara hidup mereka.”

Saya katakan cerita masuk gereja dan babi dekat dengan hati saya kerana kedua-duanya adalah sebahagian daripada pendewasaan saya.
1. Ketika saya kanak-kanak,  di kampung saya babi peliharaan adalah perkara biasa. Jiran Cina yang berupa penduduk minoriti pelihara babi dan kadang kala babi mereka terlepas keluar kandang dan masuk kampung kami.

2. Babi masuk kampung perkara biasa waktu itu. Kita hambat keluar atau kita biarkan asal tidak merosakkan tanaman atau datang terlalu hampir dengan rumah. Malah nenek saya melakukan kegiatan tukar barang kerana babi. Penternak babi tuai keladi liar yang tumbuh dalam kampungnya untuk makanan haiwan itu. Sebagai ganti mereka memberikannya gula, kopi dan susu.

3. Kalau menunggang basikal dari Tanah Merah (Pendang) ke Kubur Panjang melalui Tobiar, kita akan  melintasi sebuah perkampungan orang Siam. Mereka pun pelihara babi dan babi mereka jinak. Bila kita lalu, babi akan ikut kita, apatah lagi kalau kita membawa buah-buahan atau sayur-sayuran.

Photographer lets shoes tell S Sudan crisis

Aleppo residents defy siege to stay home

Zuckerberg on WhatsApp, Internet Access for All

Malaysia Masih Aman: Ditembak ketika minum..!!

Dua lelaki cedera ditembak dalam kejadian berasingan di Sri Sentosa, Jalan Klang Lama dekat sini dan di Taman Makmur, Lunas, Kulim, malam ini.
Dalam kejadian di Sri Sentosa, seorang lelaki ditembak dari jarak dekat berhampiran kedai serbaneka, kira-kira 9.30 malam tadi dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan kecemasan.

Di Kulim, seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan pada perut dan kaki kanan di sebuah kedai kopi di Taman Makmur, Lunas, kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Mangsa berusia 39 tahun dipercayai tembak ketika sedang berbual bersama seorang rakannya sebelum didatangi seorang daripada dua suspek.
FotoAnggota polis memeriksa lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, sebelum kejadian beberapa pelanggan lain turut berada di dalam kedai kopi berkenaan tetapi di meja berasingan.

"Secara tiba-tiba seorang lelaki yang memakai topi keledar meluru masuk lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.

"Rakan mangsa serta beberapa pelanggan lain sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami kecederaan.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di badan serta kaki kanan dikejarkan ke Hospital Kulim untuk rawatan dan kini dilaporkan dalam keadaan kritikal," katanya.

Katanya, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Kesan Buruk Kepada Kita Selepas Facebook Membeli WhatsApp..

Pada 19 Februari 2014, Facebook telah sah membeli WhatsApp dengan nilai rekod USD 16 Bilion. Kenapa Mark Zuckerberg sanggup membeli satu syarikat kecil yang tidak menjana keuntungan yang nilainya kurang dari satu bilion dengan jumlah yang begitu besar? 
Apa impaknya kepada kita? Sedikit ‘latar belakang’ pembelian tersebut:
1. Berbanding Google atau Yahoo yang sumber pendapatan mereka adalah pengiklanan (tidaklah bermakna mereka ini ‘baik’ tetapi sekurang-kurangnya), Facebook mendapat hasil semata-mata dari MENJUAL INFORMASI PERIBADI pengguna kepada pihak ketiga (dan entah siapa lagi?) Rujuk berita Skandal PRISM yang mana Presiden Perancis dan Jerman diintip, dengan menggunakan kaitan dari pengguna biasa yang lain. ‘Penjahat’nya adalah NSA yang dibantu dengan maklumat dari Facebook, Google, Apple dan Microsoft. Langkah pembelian WhatsApp ini tidak lain adalah juga untuk mendapatkan maklumat pengguna.
2. Facebook telah menggunakan pendekatan sedikit demi sedikit untuk cuba ‘mencuri’ nombor peribadi dan kenalan pengguna dengan menggabungkan FB Messenger dengan SMS. Tindakan ini mendapat tentangan hebat rakyat Eropah dan Amerika Syarikat sendiri. Pengguna juga telah memboikot langkah tersebut dengan menyahpasang perisian Messenger. Strategi tersebut telah gagal maka strategi baru diperlukan. Oleh kerana WhatsApp ‘telah pun’ memiliki rekod buku telefon pengguna, cara termudah ialah dengan mengambil secara ‘paksa’ iaitu dengan membeli syarikat pembuat WhatsApp.
Apa yang mereka mahu?
Mereka mahukan nombor peribadi pengguna, supaya mereka tahu siapakah sebenarnya pemilik laman Facebook. Sebagai bonus, adalah senarai kenalan seseorang pengguna (melalui buku telefon). Mereka mahu tahu lokasi sebenar seseorang, selama mana dia di situ, ke mana dia pergi seterusnya, apakah rutin perjalanan hariannya dan sebagainya. Sebab, Facebook adalah tatapan awam (public) sebahagian pengguna yang cerdik tidak mendedahkan segala-galanya tetapi di WhatsApp, hubungan adalah dengan orang-orang terdekat dan keluarga, jadi kebanyakan orang akan berkongsi gambar, hal-hal peribadi dan lain-lain. Sekarang, itu yang Facebook mahukan.
Apa yang perlu saya buat sekarang?
1. Sebarkan mesej ini kepada semua orang.
2. Jangan buang dulu aplikasi WhatsApp!
3. Buka WhatsApp dan padam akaun anda terlebih dahulu. Berdoa agar segala data peribadi anda benar-benar mereka padam dari simpanan mereka.
4. Sekarang anda boleh menyahpasang aplikasi WhatsApp.
Apa saya nak gunakan selepas ini?
Banyak sebenarnya. Telegram, Line, KakaoTalk, WeChat. Tapi dicadangkan kepada pengguna tegar WhatsApp supaya memasang aplikasi ‘Telegram’ dari Playstore Google.

Permudah PBS agar fokus guru tidak terganggu, kata NUTP

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dipermudah agar fokus guru dalam mendidik pelajar tidak terganggu.
Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata sistem PBS merugikan pelajar kerana guru boleh hilang fokus semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana perlu memeriksa kertas ujian serta mengisi data berkenaan setiap hari.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan NUTP menyambut baik penangguhan pelaksanaan PBS seperti yang diumum Kementerian Pendidikan semalam.
"Sepatutnya guru menggunakan masa mereka di sekolah untuk mendidik pelajar bukan mengisi data di dalam sistem," katanya.
Kementerian Pendidikan berkata penangguhan itu adalah bagi meneliti semula pelaksanaan PBS dalam usaha mengurangkan beban tugas guru selain memfokus kepada rombakan perkara yang melibatkan kekerapan memasukkan data, termasuk pengisian borang perekodan prestasi murid. – Bernama

PBS: Muhyiddin, Idris bercanggah guru makin pening dan jadi mangsa

KUALA LUMPUR: Kenyataan bercanggah antara dua Menteri Pendidikan iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Datuk Seri Idris Jusoh berhubung status terkini Pentaksiran Berasaskan Sekokah (PBS) membuatkan guru-guru bertambah pening.
Sebelum ini guru-guru sudah cukup pening dan tertekan dengan sistem PBS yang carca marba kini mereka bertambah pening apabila kenyataan Menteri Pendidikan yang tidak sekata.
Pengerusi Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) Mohd Nor Izzat Mohd Johari mengakui ada kepincangan di kalangan Menteri Pendidikan apabila Muhyiddin bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan PBS ditangguh serta merta malangnya sehari selepas itu Idris pula berkata PBS tetap berjalan seperti biasa.
"Mana satu yang patut diikut dan yang mana satu terpakai. Cukuplah buat cikgu-cikgu pening dengan PBS ni pula pening dengan kenyataan menteri yang bercanggah," katanya kepada Harakahdaily.
Menurut Idris, kementerian akan meneruskan sistem PBS kerana pelaksanaan itu dimahukan semua rakyat di negara ini.
Katanya, sebelum ini rakyat Malaysia meminta kementerian menukar sistem Pendidikan Malaysia untuk tidak berorientasikan peperiksaan.
Kerajaan akan mengumumkan penambahbaikan siatem PBS 1 April ini.

Subsidi bukan penyelesaian kenaikan kos sara hidup - Tan Sri Muhammad Ali Hashim

Tan Sri Muhammad Ali Hashim 
SHAH ALAM – Masalah kos sara hidup akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan serta lonjakan inflasi yang tinggi di negara ini tidak boleh diatasi dengan pemberian subsidi termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, kerajaan sepatutnya mengatasi kemelut ekonomi itu dengan menyediakan platform untuk menjana pendapatan rakyat kerana subsidi hanya untuk jangka pendek.

“Kenaikan kos sara hidup kerana inlasi tidak boleh ditangani dengan subsidi, kerajaan perlu segerakan tingkatkan pendapatan rakyat.

“Hari ini tiada institusi tertentu untuk menjana pendapatan rakyat dan kenaikan inflasi secara mendadak kini telah menjejas gologan kelas menengah dan pertengahan malah hal ini boleh membuatkan mereka memberontak kepada kerajaan,” katanya pada Wacana Sinar ke-26 bertajuk ‘Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran’ di Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, perkara itu jelas dapat dilihat apabila kadar kenaikan gaji bagi kakitangan swasta dari 2007 hingga 2010 hanya meningkat pada kadar 2.4 peratus sedangkan kenaikan gaji penjawat awam jauh lebih tinggi dengan pelbagai elaun bagi menampung kos sara hidup yang tinggi.

“Kenaikan gaji sektor yang rendah tidak sama dengan purata margin yang diperolehi syarikat korporat yang melambung keuntungannya khususnya yang melibatkan jual beli hartanah pada kadar 45.3 peratus.