Isnin, 24 Februari 2014

Anwar Ibrahim: Perlancaran Jentera PRK Komuniti Cina Kajang 加影州席補選行動室開幕

Ukrainian officials issue arrest warrant for Yanukovich

Ukraine attempts to recover from political unrest

Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran Bhg 3

Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran Bhg 2

Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran Bhg 1

PRK Dun Kajang: Jentera BN semakin tidak bersemangat dengan kenyataan Muhyiddin

Muhyiddin tidak sepatutnya berkata meskipun Anwar Ibrahim menang, seolah-olah beliau mendoakan kemenangan Anwar 

KAJANG: Nampaknya Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak yakin BN akan menang dalam PRK Kajang pada 23 Mac ini apabila beliau berkata meskipun calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi PRK Kajang, Anwar tidak akan berjaya ke Putrajaya,
Katanya, sekiranya Anwar menang, beliau hanya ADUN di Selangor sedangkan Datuk Seri Najib Tun Razak masih Perdana Menteri.
“Yang menang sekarang BN. Perdana menteri kita Najib. Anwar kalau menang sebagai ADUN. Yang menang di Kajang tidak jadi perdana menteri,” katanya ketika berucap di hadapan penyokong Barisan Nasional (BN) dan penduduk setempat di Kajang, Selangor hari ini.
Pemerhati politik menyifatkan kenyataan Muhyiddin ini seolah-olah sudah mengiktiraf kemenangan Anwar walaupun hari pembuangan undi pada 23 Mac masih jauh lagi.
Menurut seorang pemerhati politik yang enggan namanya disebut, kenyataan Muhyiddin itu mengecewakan jentera BN kerana sebagai orang nombor dua dalam BN, beliau sepatutnya memberi kata semangat kepada jentera dan bukannya “negative thinking” dengan mengandaikan Anwar akan menang.
Katanya, Muhyiddin tidak sepatutnya berkata meskipun Anwar Ibrahim menang, seolah-olah beliau mendoakan kemenangan Anwar
Katanya lagi, Timbalan Perdana Menteri dia hari lepas ditegur kerana mengatakan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun boleh tahan cantik. Ia dianggap sebagai kenyataan sexist.
Pemerhati politik itu mempertikai kenyataan Muhyiddin seolah-olah bercakap seperti bekas Timbalan Perdana Menteri (1986-1993), Tun Ghafar Baba yang suka bercakap merapu.

PAS perlu tangani isu Melayu dan Felda jika mahu ke Putrajaya

Antara dakyah untuk menakut-nakutkan orang Melayu ialah, jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, hak orang Melayu akan terhakis.

taufekKUALA PILAH :PAS perlu menangani isu-isu yang melibatkan orang Islam, Melayu dan masyarakat Felda jika PAS mahu ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Bercakap dalam Konvensyen PAS Negeri Sembilan di Hotel Melang Inn, Kuala Pilah kelmarin, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mohd Taufek Abdul Ghani berkata isu-isu yang membelenggu orang Melayu dan masyarakat Felda perlu ditangani dan diurus secara professional dengan memperkasakan Lajnah Penerangan, Jabatan Penyelidikan dan Strategik PAS Negeri Sembilan supaya rakyat khususnya orang Melayu dapat difahamkan dan akhirnya mengundi PAS dan Pakatan Rakyat.
“Walau macam mana sekali pun, PAS harus menembusi kubu kuat Umno di kawasan majoriti Melayu khususnya Felda, kampung tradisi dan kawasan luar bandar jika berhasrat membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan dan seterusnya menuju ke Putrajaya (Kerajaan Pusat).
“Antara dakyah  yang paling popular dimainkan oleh Umno untuk menakut-nakutkan orang Melayu ialah, jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, maka orang Cina akan menjadi Perdana Menteri, seterusnya hak orang Melayu akan terhakis.
“Walaubagaimanapun sokongan rakyat bukan Islam khususnya pengundi Cina juga perlu dikekalkan bahkan harus ditingkatkan melalui penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di peringkat kawasan dan menerusi kerjasama Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR dalam program-program yang dianjurkan.

Projek Beres: Projek tambah baik sistem PRU


Projek Beres bukan Bersih, mahupun Tindak Malaysia. Ia bukan ditaja oleh mana-mana pihak dan tidak menyebelahi mana-mana barisan mahupun pakatan politik. Projek Beres merupakan sebuah gagasan yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang inginkan sistem pilihan raya lebih baik dan berkesan.

Projek Beres mencadangkan beberapa pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan bagi menambah baik sistem yang sedia ada. Pindaan-pindaan ini dianggap perlu bagi mewujudkan institusi-institusi baharu yang dapat memastikan sistem pilihan raya tanah air dapat diperbaiki.

Projek Beres mencadangkan supaya kerusi Dewan Rakyat ditambahkan. Penambahan kerusi bagi Semenanjung Malaysia adalah bagi memastikan bahawa taburan pengundi itu lebih berkadar antara satu sama lain. Ada negeri-negeri yang mana kerusinya akan bertambah, dan yang kerusinya akan berkurang, mengikut bilangan pengundi. Untuk Sabah dan Sarawak pula, kerusi akan bertambah bagi melaksanakan apa yang telah dipersetujui semasa pembentukan persekutuan Malaysia.

Projek Beres juga mencadangkan supaya peranan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) disemak semula bagi memastikan mereka benar-benar bebas. Untuk tujuan ini, persempadanan semula tidak lagi akan dijalankan oleh SPR tetapi oleh badan Perlembagaan yang baharu iaitu ‘Suruhanjaya Persempadanan’. Suruhanjaya Persempadanan ini akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan bertanggungjawab ke atas hal-hal sempadan pilihan raya, yang dahulunya di bawah SPR.

Wan Saiful Wan Jan: Tanpa akses, bagaimana nak jadi kaya?

Wan Saiful Wan Jan 
SHAH ALAM - Institusi swasta penting sebagai akses kepada orang Melayu untuk berjaya dalam bidang ekonomi.

Ketua Eksekutif Institusi Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata, peranan yayasan dan koperasi adalah saluran yang baik kepada usahawan Melayu yang sukar untuk mendapatkan akses untuk mengembangkan perniagaan.

Menurutnya, isntitusi swasta itu  perlu diwujudkan selain bergantung kepada kerajaan untuk memberi paltform kepada usahawan khusunya kaum Melayu yang ingin berjaya dlam bidang tersebut.

"Kita perlu ada prinsip, macam mana kita nak bantu orang Islam. Malaysia sebenarnya kita telah ada institusi untuk membantu golongan yang tidak ada akses untuk menjadi kaya.

"Sekarang kita tengok semua nak bergantung kepada kerajaan, nak buat itu kerajaan, nak buat ini kerajaan.

"Kita perlu ada institusi swasta iaitu yayasan atau koperasi yang ditubuhkan antara masyarakat.

Presiden PAS turun padang ke Beting Maro


Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyapa mesra beberapa penduduk yang hadir pada program 'Santai Kopi Kaw' di Kampung Pusa, Beting Maro.
SRI AMAN, Sarawak: Lawatan kerja Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Kampung Pusa dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Beting Maro semalam disambut mesra para penduduk tempatan.
Sebaik tiba di jeti Kg Pusa pada jam 2 petang, lebih 50 petugas yang menantikan kehadiran beliau melaungkan takbir.
Tuan Guru Abdul Hadi diiringi Naib Presiden PAS, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid; Ketua Pemuda PAS Sarawak, Arifiriajo Paijo ; Setiausaha Perhubungan, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus; Ketua Penerangan PAS negeri, Andri Zulkarnaen Hamden dan para anggota Lajnah Tanah PAS Pusat.
Rombongan singgah di Markas PAS Pusa untuk program taklimat isu semasa sebelum menziarahi rumah-rumah penduduk Kg Pusa Tengah.
Program 'Santai Kopi Kaw' bersama Presiden PAS kemudian berlangsung di sebuah warung di Kg Pusa Tengah pada lewat petang.

Wang Rakyat Jadi Mangsa: Penumpang merungut kualiti makanan MAS

Kualiti makanan dan perkhidmatan di bawah standard antara aduan paling banyak dibuat penumpang Malaysia Airlines dalam laman web penarafan SkyTrax Airline Rating and Review.

Daripada 66 ulasan antara Disember tahun lalu hingga 20 Februari, seramai 41 peratus tidak mengesyorkan tidak menggunakan lagi penerbangan itu atas alasan tersebut.

Penerbangan lain seperti Singapore Airlines mendapat 25 peratus kritikan.

Sementara 16 peratus enggan menggunakan lagi Thai Airways selepas pengalaman buruk dalam tempoh sama.

Bagaimanapun, Malaysia Airlines sedikit lebih baik berbanding Emirates apabila kira-kira separuh daripada penumpang antara Disember dan Februari, dalam ulasannya, enggan mengesyorkan penerbangan itu.

Malaysia Airlines belum memberikan respon kepada permintaan Malaysiakini untuk mendapatkan ulasan.

Memalukan! UMNO-BN guna ‘tentera siber’ puji diri sendiri


bots
KUALA LUMPUR, 24 FEBRUARI: Atas semangat ‘wasatiyyah’, kerajaan UMNO-BN yang baru saja mengagihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 baru-baru ini mengambil pendekatan memalukan dengan memuji diri sendiri menggunakan ‘bots Twitter’.
Puluhan ribu ‘Bots Twitter’ daripada pelbagai akaun laman sosial itu mengeluarkan tweet dengan tulisan sama yang berbunyi ‘duit #BR1M dapat cover duit tol untuk setahun, xpercaya, trylah, terbaik! bukti kebijaksanaan PM @NajibRazak’.
Manakala satu lagi tweet pula menyatakan ‘lega beb, duit #br1m tu lah aku guna utk top up belanja aku bulan ni’.

Apa salah Karpal?


karpal 2


PENGERUSI Kebangsaan DAP, Karpal Singh disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Rakyat Malaysia akan disajikan dengan hidangan propaganda bahawa Karpal Singh seorang penghasut. Dasar DAP, pembangkang kerjanya menghasut sahaja.
Tetapi rakyat Malaysia tidak akan tahu apa yang dihasutkan oleh Karpal. Apa sebenarnya kalimat yang keluar daripada mulut peguam dan ahli politik veteran itu yang dikira sebagai menghasut? Apa indikator yang menjadi kayu ukur mahkamah untuk menentukan sama ada perkara yang disebut Karpal itu satu hasutan atau tidak? Adakah semua hasutan itu pula salah mengikut Akta Hasutan?
Sebelum kita pergi lebih jauh, kita harus bertanya ‘menghasut’ ini apa bendanya? Hasut, perkataan yang bunyinya pun macam kasut. Kalau disebut berkali-kali, akan rasa macam pelik. Hasut, hasut, hasut.
Hasut menghasut ini kerja orang politik. Kalau doktor kerjanya mengubat orang, tukang masak kerjanya memasak, orang politik kerjanya menghasut. Perkataan lain yang lebih lembut untuk menggambarkan pekerjaan orang politik ini ialah ‘memujuk sokongan’. Menghasut dan memujuk sokongan tidak banyak beza. Manusia harus dihasut supaya pemikirannya berkocak dan sokongan atau pendiriannya berubah.
Saya akan beri contoh mudah.
Katakan anda dan seorang teman sedang berada di kedai nasi kandar. Teman anda yang seorang ini ada penyakit susah mahu buat keputusan apabila ditanyakan soalan ‘nak makan apa?’ Bukan sahaja teman anda, malah ramai lagi manusia yang punya penyakit nan satu ini.
Okay, jadi anda pun buat tak peduli dan memesan mee goreng mamak, basah, pecah telur dua biji, bikin kasi pedas; dengan semangkuk kecil kari kambing, kuahnya saja. Air teh tarik Komtar dan segelas air kosong.
Teman anda, saya pasti akan terpengaruh dan mula menelan liur ketika makanan itu dibawa ke meja. Dan kemudian akan tambah kecur liur apabila menyaksikan bagaimana anda menggaul mee yang sedang berasap itu sambil menyudukan kuah kari tadi untuk digaul bersama.

Tidak hidup demi diri sendiri, selepas 48 tahun Kit Siang tidak kenal putus asa


lks sekdem


KUALA LUMPUR, 24 FEBRUARI: Setelah 48 tahun bergasak dalam arena politik Malaysia, Lim Kit Siang masih konsisten dengan perjuangan ke arah Malaysia yang lebih baik.
Bercakap pada sesi dialog Sekolah Demokrasi di ibu negara semalam, Ahli Parlimen Gelang Patah itu menegaskan bahawa masih ada misi demi negara dan rakyat yang belum selesai.
Apabila ditanya peserta kenapa beliau tidak berehat sahaja dan tinggal di rumah menjaga cucu, jawabnya, “Kita tidak hidup demi diri sendiri, kita tidak boleh pentingkan diri. Semua orang ada peranan masing-masing.”
Sesi dialog itu mempertemukan pemimpin veteran DAP itu dengan 30 peserta Sekolah Demokrasi kelolaan Roketkini, terdiri daripada mahasiswa, anak muda dan aktivis politik dari serata pelosok tanah air.
Beliau dengan tenang menjawab soalan bertubi-tubi mengenai isu semasa termasuk soalan peribadi mengenai pengalamannya dalam tahanan.
“Selain empat dinding itu, saya hanya ada diri saya sendiri,” ujarnya menceritakan mengenai penahanan pertama selama 17 bulan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
“Saya mulakan pengajian undang-undang ketika dalam tahanan ISA. Ia adalah satu ujian sama ada saya akan terus percaya dengan perjuangan,” tambah beliau.
Menurutnya lagi, beliau tidak merasa sedih, meskipun tidak mengalami penderaan fizikal kecuali penderaan mental yang sangat berat dengan harapan supaya beliau mengalah dan menurut kehendak pihak berkenaan.

Politik hari ini, masing-masing takut kepada kebenaran

Aspan Alias

Anwar berkata, Mahathir sudah berusia 88 tahun tetapi bila mendengar namanya Mahathir merasa takut. Anwar menambah dengan bertanya kenapa Mahathir takut pada beliau? Beliau menjawab sendiri kepada pertanyaannya itu. “sebab anaknya adalah diantara 10 orang terkaya dinegara ini” Jawab Anwar sendiri.
Anwar menambah yang Daim Zainudin yang selama ini sudah lena tidur apabila terdengar berita beliau akan bertanding di Kajang, Daim bingkas bangun dan bekerja keras untuk mengalahkan beliau (Anwar) di Kajang.
Itulah diantara apa yang diperkatakan oleh Anwar dalam siri pertemuan beliau dengan pengundi Kajang. Persoalannya sekarang, benarkah Mahathir takut dengan Anwar, atau Anwar yang takut, maka terpaksa bertanding untuk menambah benteng pertahanan beliau untuk menghadapi masa depan yang tidak berkesudahan, pergaduhan diantara mereka yang sudah berusia ini. ATAU kedua-duanya sama-sama takut dengan musuh masing-masing?
Betul kah Mahathir takut? Jika benar takut, kenapa begitu? Mahathir berkata beliau adalah pemimpin terbaik negara pernah ada. Kalau sudah menjadi yang terbaik kenapa takut? Tetapi sekali fikir mungkin apa yang diperkatakan oleh Anwar itu ada kebenarannya.
Mungkin Anwar maksudkan yang Mahathir telah menggunakan kedudukan beliau untuk memperkayakan anak-anak beliau sehinggakan salah seorangnya sudah menjadi salah seorang diantara 10 orang yang terkaya dinegara ini. Saya pun berpendapat begitu.
Mahathir telah menggunakan kedudukannya untuk memperkayakan keluarganya dan menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan Mirzan Mahathir yang gagal pada 1996 dahulu.
Tetapi seperti yang diperkatakan oleh Mahathir juga betul, kerana Anwar terlibat memberikan wang rakyat kepada Mirzan kerana kedudukan beliau dalam kabinet dahulu adalah kedudukan yang boleh menahan atau mengelakkan dari tindakan Mahathir memberikan wang rakyat kepada anaknya itu..
Sebagai ahli kepada Jemaah Kabinet semasa itu, adalah bersama-sama bertanggungjawab dengan isu itu. Malahan bukan sahaja Anwar yang bersalah kerana bersekongkol dengan tindakan buruk itu, tetapi seluruh ahli Kabinet semasa itu. Itulah apa yang dikatakan ‘responsibility dan accountability’ seseorang ahli Kabinet itu.

Pegawai PPD Daerah kebanyakkan bodoh dan bangang setelah jadi macai Umno...!!!

'Saya tak keluar arahan hukum guru anti-PBS'Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memaklumkan bahawa beliau tidak mengeluarkan arahan tindakan tatatertib terhadap guru yang membantah perlaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Beliau yang juga menteri pelajaran menegaskan arahan tersebut dibuat oleh pejabat pendidikan daerah dan beliau kurang jelas mengapa hukuman tersebut dikeluarkan.

"Saya tidak keluarkan apa-apa arahan atau mengambil tindakan. Kalau adapun ia daripada pentadbiran daerah (pejabat pendidikan daerah).

"Saya tak tahu sebab musabab atau ada fakta lain atau hanya atas sebab mereka menyuarakan ketidakpuashati tentang PBS," katanya.

Muhyiddin berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung nasib guru anti-PBS selepas sistem pembelajaran itu ditangguhkan, dalam sidang medianya hari ini di Kajang.

Catuan air: Krisis Syabas (macai Umno) dengan kerajaan PR Selangor berterusan

Syabas sehingga kini gagal mengemukakan pembentangan pelan penjadualan pengagihan.

PETALING JAYA: Krisis antara Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dengan kerajaan Selangor berterusan apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibahim menyalahkan pemegang konsesi itu sebagai punca kekurangan bekalan air yang dihadapi penduduk sejak minggu lalu.
Menurut Abdul Khalid, jadual pengagihan air sepatutnya dilaksanakan oleh Syabas pada minggu lalu menerusi Pelan Tindakan Kecemasan supaya pengguna boleh membuat persiapan awal.
Khalid Syabas Luas“Namun, Syabas sehingga kini gagal mengemukakan pembentangan pelan penjadualan pengagihan.
“Kerajaan negeri telah dimaklumkan bahawa Syabas enggan berbuat demikian dan mahu menyerahkan tanggungjawab itu kepada kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ekoran itu, beliau berkata pihaknya telah mengarahkan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berbincang untuk membolehkan kerajaan negeri sekali lagi masuk campur (step in) dalam pengurusan air Syabas.
Beliau juga dimaklumkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bahawa bekalan air mentah di Selangor dalam keadaan kritikal sehingga menyebabkan paras air dibeberapa empangan menyusut dan mencapai paras berjaga-jaga.
Mengulas lanjut mengenai penjadualan pengagihan air, beliau berkata tindakan itu akan dilakukan bermula esok dan dijangka berlarutan sehingga akhir Mac sekiranya keadaan cuaca panas berlanjutan seperti yang diramalkan Jabatan Meteorologi Malaysia.
“Kerajaan Selangor akan mengurangkan pelepasan air mentah ke empat loji bermula esok dan ini akan menyebabkan berlaku penjadualan pengagihan air kepada pengguna di beberapa kawasan di Lembah Klang.

Rasuah Dan Wang Haram: Siasat akaun pegawai kanan polis ada RM20 juta

KUALA LUMPUR 24 FEB: Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya berkata, satu pendakwaan harus dibuat ke atas pegawai kanan polis yang mempunyai akaun sebanyak RM20 juta, seperti pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Kalau betul terdapat dalam pegawai kanan polis mempunyai RM20 juta dalam akaun, perlu ada penyiasatan profesional secepat mungkin.
Latheefa_Koya“Kita desak satu pendakwaan dibuat, bukan sahaja siasatan dilakukan terhadap pegawai polis terbabit,” katanya kepada Keadilandaily.
Kata Latheefa jumlah itu terlalu besar dan tidak setaraf dengan pendapatan pegawai kanan polis.
“Sebab kalau polis mempunyai akaun sebanyak itu, tidak akan sama dengan gaji atau pendapatan mereka,” tegas Latheefa.
“Jadi kita minta Kementerian Dalam Negeri, dimana PDRM berada di bawah kementerian ini menjawab apa yang sedang berlaku,” kata Latheefa mendesak Kementerian Dalam Negeri menjawab kes berprofil tinggi ini kerana menjejaskan kredibilti penjaga keselamatan negara.
Semalam, Malaysia Insider melaporkan pendedahan pegawai SPRM bahawa seorang dari 60 pegawai kanan polis yang disiasat mempunyai RM20 juta dalam beberapa akaun banknya.
Keadilandaily sebelum ini melaporkan pegawai kanan polis termasuk yang berpangkat ‘Datuk’ antara yang diminta memberi kenyataan kepada SPRM berkaitan kes pengubahan wang haram bernilai RM6 juta.

Selangor arah Upen, Span bincang benarkan kerajaan negeri terlibat pengurusan Syabas


Kerajaan negeri Selangor mengarahakan Unit Perancang Ekonomi (Upen) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) supaya berbincang untuk membolehkan penglibatan kerajaan negeri dalam pengurusan air Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar).
Menteri Besar Selangor itu berkata, penjadualan pengagihan air di empangan djangka akan diadakan sehingga Mac sekiranya cuaca panas berterusan seperti ramalan Jabatan Meterorologi Malaysia (JMM).
Khalid mengumumkan kerajaan Selangor akan mengurangkan pelepasan air mentah ke empat loji, sekaligus menyebabkan penjadualan pengagihan air di beberapa kawasan di Lembah Klang.
"Penjadualan pengagihan air ini sepatutnya dilaksanakan oleh Syabas selaku pemegang konsesi air pada minggu lalu menerusi Pelan Tindakan Kecemasan supaya pengguna boleh membuat persiapan awal.
"Namun sehingga kini Syabas gagal mengemukakan pembentangan pelan penjadualan pengagihan dan kerajaan negeri dimaklumkan bahawa Syabas enggan berbuat demikian dan mahu menyerahkan tanggungjawab itu kepada kerajaan negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menambah, pengurangan air akan dilaksanakan dalam empat peringkat daripada 7% sehingga 20%.

Beli produk Muslim bantu ekonomi umat Islam - Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin  
SHAH ALAM - Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin hari ini mengingatkan umat Islam supaya lebih mengutamakan produk Muslim ketika berbelanja bagi membantu ekonomi umat Islam di negara ini.

Menurutnya, sebagai umat Islam kita perlu mempunyai sikap 'ukhuwah Islamiah' (persaudaraan sesama Islam) iaitu ingin membantu ekonomi
sesama umat Islam.

"Saya bagi satu contoh, bila kita hendak beli ada dua produk, satu produk keluaran Muslim, satu lagi produk bukan Muslim, walaupun tidak salah hendak beli produk tersebut, sebab kuasa membeli
adalah hak kita.

"Namun apabila kita beli produk yang Muslim tersebut, sekurang-kurangnya kita telah membantu saudara Muslim kita.

Pasaran terbuka menindas rakyat, zalim - Tan Sri Muhammad Ali Hashim

Muhammad Ali Hashim
SHAH ALAM – Sistem ekonomi Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas tidak wajar ditolak namun umat Islam perlu lebih berhati-hati kerana ia berteraskan sistem kapitalis bersifat zalim serta tidak memperjuangkan keadilan kepada pengguna di negara ini.

Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim mendakwa pasaran bebas hanya menguntungkan golongan kaya manakala golongan miskin pula akan jauh ketinggalan sekali gus melonjakkan kadar inflasi yang tinggi.

Katanya lebih membimbangkan apabila kerajaan sendiri mengamalkan sistem liberal yang cenderung kepada amalan rasuah dan kompromi dalam urus tadbir ekonomi negara ini sekali gus enggalakkan monopoli ekonomi oleh syarikat korporat dan multi nasional.

“Pasaran bebas penting, tapi ada bahayanya sebab perkara ini berlaku di negara kita, yang kaya bertambah kaya, yang miskin jauh tinggal ke belakang, bukan sahaja di negara Islam bahkan ia berlaku di seluruh dunia.

Tan Sri Muhammad Ali: BR1M tak selesai masalah inflasi, kos sara tinggi

DSC_4047SHAH ALAM 24 FEB: Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan bantuan subsidi lain yang disalurkan Kerajaan Pusat tidak mampu menyelesaikan masalah kenaikan kos sara hidup rakyat negara ini.
Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim, berkata Kerajaan Pusat sepatutnya menyediakan strategi jangka panjang bagi meningkatkan pendapatan rakyat hingga membolehkan kesan kenaikan kos sara dan kadar inflasi semakin tinggi kini kurang memberi kesan kepada orang ramai.
“Bagi BR1M hari ini tetapi esok dah habis. Kita kena tumpukan bagaimana meningkatkan pendapatan rakyat secara kekal.
“Infasi ini bukan fenomena sementara tetapi akan kekal, jadi tidak cukup dengan memberi subsidi atau BR1M, tak cukup,”kata Muhammad Ali.
Beliau berkata demikian dalam program Wacana Sinar Harian yang membincangkan tajuk ‘Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran’ di Auditorium Karangkraf di sini, hari ini.
Kata tokoh korporat Melayu terkenal itu lagi, Kerajaan Pusat juga tidak boleh membiarkan kekayaan negara tidak dimonopoli sesetengah pihak tertentu sahaja yang menyebabkan kekayaan dibolot segelintir individu tertentu.

"Raja" Taib tak campur tangan urusan Sarawak hanya sandiwara..!!

taib-mahmudKUCHING 24 FEB: Kenyataan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak akan campur tangan dalam pentadbiran negeri selepas persaraannya hanya sandiwara.
Timbalan Ketua AMK Sarawak, Zulhaidah Suboh berkata, kenyataan oleh Abdul Taib yang hanya akan menasihati penggantinya seperti dilakukan ratu England kepada Perdana Menterinya tidak boleh dipercayai.
“Ini sandiwara. Kita tidak patut percaya. Sudah pasti selepas menjadi Yang di-Pertua Negeri dia akan lakukan apa yang dia mahu.
“Jika sebelum ini semasa jadi Ketua Negeri pun banyak salah guna kuasa dilakukannya, kita risau selepas dilantik menjadi Yang di-Pertuan Negeri ia jadi lebih teruk,” kata Zulhaidah kepada Keadilandaily.
Katanya banyak laporan salahguna kuasa Abdul Taib termasuk skandal perniagaan melibatkan keluarganya selain penindasan dilakukan terhadap penduduk pribumi di Sarawak.
“Dia mahu samakan dirinya dengan ratu England, sedangkan Taib terpalit dengan banyak skandal (rasuah), salah guna kuasa.

Rasuah Dan Wang Haram: Polis dapatkan penjelasan SPRM pendedahan The Malaysian Insider, kata KPN


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan kononnya 60 anggota dan pegawai polis sedang disiasat kerana terlibat rasuah dan pengubahan wang haram.
Katanya setakat ini beliau belum menerima sebarang laporan daripada SPRM berhubung penglibatan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenaan, seperti dilaporkan portal berita The Malaysian Insider.
"Saya tidak tahu dari mana The Malaysian Insider mendapat maklumat tetapi kami tidak dimaklumkan oleh SPRM sebarang siasatan terkini terhadap pegawai-pegawai kami.
“Jadi saya akan menulis kepada SPRM untuk mengetahuinya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah Pingat Kedaulatan Negara di Kota Kinabalu hari ini.
Khalid mengulas laporan The Malaysian Insider semalam yang mendakwa siasatan enam bulan oleh SPRM mendapati seorang daripada pegawai polis yang disiasat mempunyai RM20 juta simpanan di dalam pelbagai akaun bank.

Rapid Pengerang: Penduduk, polis bersemuka di jirat


Beberapa penduduk bergegas ke perkuburan Cina Sungai Kapal, Pengerang selepas mendapat tahu ia sedang dikira untuk persediaan memindahkannya ke tempat lain.

Naib Presiden Gabungan NGO Pengerang Sim Seng San berkata, penduduk mengambil langkah itu apabila mendapat maklumat bahawa lima pekerja sedang mengira jumlah kubur sambil dikawal oleh beberapa pegawai polis pagi ini.

Perkuburan itu akan dipindahkan ke Sungai Rengit, tidak jauh daripada tempat itu, bagi memberi laluan kepada projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid).

Ketika dihubungi Malaysiakini, Sim mendakwa, ketika tiba ke lokasi, penduduk mendapati jalan utama menghala ke perkuburan itu ditutup oleh trak polis.

Dakwanya, lebih 100 pegawai polis, termasuk yang tidak berpakaian seragam daripada Cawangan Khas serta Pasukan Gerakan Am mengawal kawasan itu.

Penduduk cuba menghentikan kerja-kerja pengiraan itu dan mula berlaku pertengkaran dengan polis, menyebabkan seorang penduduk digari sementara sebelum dilepaskan.

Laporan polis dibuat kontraktor

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Rahmat Othman menjelaskan, kehadiran pasukan keselamatan ekoran laporan polis pihak kontraktor.

Hukum Pakai Baju Gambar Manusia..'Solat Dengan Baju Gambar Seksi' - UAI

Sakit Hati Dengan Ayah Malas Kerja..'Nattangg Ni!' - Ustaz Azhar Idrus

[Nakal] JIMAK Separuh! - Ustaz Azhar Idrus

Keluar MANI Setiap Hari..Perlukah MANDI WAJIB? - Ustaz Azhar Idrus

Waytha: I have hit the wall

Yanukovich arrest warrant 'issued' by police

Ukraine conflict: CCTV 'shows Yanukovych fleeing' - BBC News

Egypt's government resigns

Kenyataan PM Najib "jenaka paling hebat abad ini"

" Inilah jenaka hebat abad ini. Rakyat boleh menilai siapa yang menipu rakyat.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jangan anggap rakyat kini tidak bermaklumat, demikan menurut Ketua Penerangan Pas Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man apabila diminta untuk mengulas mengenai kenyataan PM semalam yang meminta rakyat elak ditipu janji-janji pembangkang.

Menurutnya, kerajaan BN sebelum ini pernah menjanjikan pelbagai 'bulan dan bintang' kepada rakyat namun sehingga kini janji-janji tersebut belum dapat dilaksanakan oleh kerajaan.Oleh itu tambahnya, PRK Dun Kajang bakal menyaksikan penolakan rakyat terhadap BN dek kerana sikap memungkiri janji BN itu.

"...siapa yang menjanjikan BR1M RM1,200 kepada rakyat?.

"...PM pernah berjanji untuk menurunkan harga barangan keperluan, minyak dan pelbagai janji menjelang PRU yang lalu...mana pergi janji tersebut?

"...bagi saya kenyataan dan ingatan PM itu sepatutnya menjadi amaran rakyat kepada beliau agar melaksanakan janji beliau buat, sebelum PRU lalu. Kini rakyat terus memberi mandat kepada BN untuk melihat sejauh mana janji ditepati, kini rakyat terbeban dengan pelbagai bebanan hidup.

"...oleh itu PM sepatutnya tidak menggesa rakyat sebaliknya menunaikan amanah yang diberi oleh rakyat, sebab itu, kita yakin pengundi di Kajang akan menterjemahkan kemarahan mereka kepada BN dan janji yang dikhianati dengan memberikan kemenangan selesa kepada calon PKR yang mewakili PR dalam PRK Kajang nanti," katanya kepada Sinar Harian Online.

Ada PRK, baru Umno@BN sedar Hospital Kajang dah berusia 125 tahun?

Gantikan bangunan hospital yang berusia 125 tahun untuk pancing undi?

SHAH ALAM: Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad hairan bila ada PRK, baru kerajaan sedar hospital di kawasan berkenaan sudah uzur.
Katanya, cadangan Kerajaan Pusat mahu menggantikan bangunan Hospital Kajang berusia 125 tahun membayangkan sikap Kerajaan BN menganggap projek pembangunan kemudahan rakyat untuk memancing undi.
Katanya lagi, sekiranya Kerajaan BN memikirkan kesejahteraan rakyat, mereka sepatutnya memulakan projek ini sejak dahulu lagi sebelum bermulanya musim PRK DUN Kajang.
“Ini menyebabkan rakyat mempertikaikan keikhlasan Kerajaan Pusat kerana sebelum ini kerajaan bukan tidak tahu tetapi tak nampak perlunya adakan projek sebegitu rupa.
“Ini menunjukkan sikap kurang profesional dengan menganggap projek untuk memancing undi, bukankerana bertanggungjawab dan tugas yang perlu dilaksanakan,” kata Khalid.
Khalid turut melahirkan rasa kecewa apabila sehingga kini Kerajaan Pusat masih gagal menyiapkan projek pembinaan Hospital Shah Alam yang tertangguh beberapa kali.
“Sedangkan patutnya kalau betul-betul kerajaan buat kerja cara profesional, mereka akan buat dengan mengikut perancangan dan keperluan. Mana yang perlu disiapkan, siapkan dahulu,” kata Khalid lagi.
Semalam Menteri Kesihatan, Datuk Dr Subramaniam mencadangkan kepada Kerajaan Pusat agar bangunan lama Hospital Kajang berusia 125 tahun diganti dengan bangunan baru yang lebih moden dan selesa.
Selain itu Dr Subramaniam juga berkata Kementerian Kesihatan sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi menaik taraf kemudahan dan kelengkapan sedia ada di Hospital Kajang.

PBS, AES contoh 'penangguhan' yang menipu rakyat

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Badan Mobilisasi Rakyat, Dewan Pemuda PAS Pusat, Zulhazmi Shariff hari ini menjelaskan pelaksanaan Sistem Pengurusan Pantaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) merupakan antara contoh pembohongan BN terhadap rakyat.

Jelas beliau, PBS mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan mula dikuatkuasakan pada tahun 2014 bermula dengan para pelajar tingkatan tiga, yang mana mereka tidak perlu lagi menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) seperti tahun-tahun sebelum ini.

Sistem ini mempunyai pelbagai masalah sehingga menyebabkan guru-guru terbeban dengan tugasan melampau.

Selepas dibantah secara terbuka oleh para guru, barulah kerajaan mengumumkan ianya ditangguhkan.

Namun, dalam keadaan diumumkan penangguhan, pihak Jabatan Pendidikan Daerah dan sekolah masih bermesyuarat dengan guru-guru dan dimaklumkan bahawa PBS dilaksanakan seperti biasa.

"Jika benar PBS ditangguhkan, kenapa tiada suatu tempoh tertentu? Apa akan berlaku kepada para pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan hujung tahun ini?.

"Adakah mereka tertakluk dengan PBS atau kembali kepada peperiksaan PMR seperti dahulu? Adakah KPM fikirkan hal ini?" soal beliau.

Isu PBS ini katanya hampir sama dengan isu AES yang mula dilaksanakan pada 22 September 2012 untuk kononnya mengurangkan kemalangan maut di jalanraya.

Perlaksanaannya juga mempunyai pelbagai masalah dan mengundang bantahan orang ramai.

Kalimah Allah: Idris Jala perlu lepas jawatan..!!


Sekarang rakyat Malaysia tahu mengapa Datuk Seri Idris Jala (gambar) berdiam diri selama selama ini ketika perdebatan isu kalimah Allah semakin hangat dibangkitkan.
Beliau tidak mempunyai penjelasan yang masuk akal ke atas sikap tidak berpendirian kerajaan dalam menghormati penyelesaian 10-perkara melibatkan penganut Kristian, walaupun dirinya sendiri adalah arkitek penyelesaian tersebut.
Beliau juga masih mencari alasan karut untuk mewajarkan langkah tidak berasas Putrajaya dalam kontroversi rampasan kitab Injil oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor.
Dan kemudiannya, beliau bekerja keras untuk mencari jawapan munasabah untuk menjelaskan keputusan kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan di Sabah dan Sarawak tetapi dilarang penggunaannya dalam akhbar  mingguan Katolik, Herald.
Masalah selesai.
Hari ini, Idris dalam tulisan kolumnya di akhbar milik MCA, The Star menawarkan alasan paling bodoh mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Herald dilayan secara berbeza dengan kandungannya dalam Al-Kitab.
Ia adalah sikap tidak jujur dan tidak ikhlas oleh menteri tersebut. Benarkah?
Adakah beliau pertimbangkan penerbitan yang dijual di kawasan gereja kepada beberapa ribu penganut Katolik sebagai penerbitan yang diedarkan secara meluas.
Penggunaan kalimah Allah dalam Herald versi bahasa Melayu terhad untuk dibaca oleh penganut Katolik yang tinggal di Sabah dan Sarawak.
Ketika pengedarannya tinggi, akhbar tersebut terjual sebanyak 14,000 salinan tetapi sekarang hanya terjual sekitar 8,000 salinan.
Idris hanya mengulangi hujah tidak masuk akal yang digunakan oleh Menteri Dalam Negeri untuk mewajarkan arahan menghalang Herald daripada menggunakan kalimah Allah.
Sebab utama mengapa Uskup Utama Kuala Lumpur mengheret kerajaan ke mahkamah adalah kerana penganut Katolik/Kristian akhirnya sedar mereka tidak lagi boleh mempercayai janji perdana menteri.
Malah, Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah walaupun arahan pada 1986 tersebut digunakan Tan Sri Syed Hamid Albar untuk sekadar menonjolkan dirinya semasa menjadi Menteri Dalam Negeri ketika di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimana kuasa ekonomi Islam kawal pasaran?

Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal PasaranWACANA Sinar Harian siri ke-26 berjudul ‘Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran’ akan berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.

Terus bersama kami menerusi portal dan Twitter SinarOnline untuk mengikuti wacana kali ini.

Pentas wacana menampilkan tetamu hebat iaitu tokoh korporat negara, Tan Sri Muhammad Ali Hashim; Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Azri Zainul Abidin dan Ketua Pengarah Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

Wacana kali ini menampilkan moderator yang tidak asing lagi, penganalisis politik Asia Barat dan Afrika, Dr Maszlee Malik.

Berikut antara petikan menarik wacana ‘Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran’.


2.30pm: Peserta wacana mengambil tempat dalam auditorium.

2.50pm: Panel wacana sedang bersiap sedia sebelum majlis bermula.

3.00pm: Wacana ‘Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran’ akan bermula pada bila-bila masa.

3.08pm: Wacana bermula

3.10pm: Moderator: Tajuk wacana gempak. Kita nak cerita macam mana ekonomi Islam di Malaysia.

3.10pm: Moderator: Saya agak terkejut kerana jangka tajuk politik saja akan penuh tapi tajuk bukan politik pun penuh juga.

3.11pm: Moderator: Mempersilakan Wan Saiful untuk kupas tajuk dalam masa tujuh minit.

3.11pm: Moderator: Lebih kurang 40 lebih peratus kadar kemiskinan teruk berlaku kebanyakan negara Islam. Boleh jelaskan?

3.12pm: Wan Saiful: Sebagai pembukaan, saya nak cakap tentang sistem pasaran bebas. Kelemahan dalam Malaysia jika kita bercakap dengan orang sekapala, ia mengukuhkan apa yang kita ada.

3.12pm: Wan Saiful: Jadi tidak banyak kekeliruaan timbul. Misalnya, kalau nak kenal Anwar jangan tanya Dr M.

3.12pm: Wan Saiful: Definisi pasaran bebas ialah mewarwarkan pasaran itu dalam industri kita.

3.13pm: Wan Saiful: Pertukaran yang dilakukan antara dua pihak secara sukarela. Individu ini yang terlibat berdasarkan public demand. Walaupun murah daripada harga sebenar, tapi saya suka kerana ia menjadi hak saya.

3.14pm: Wan Saiful: Apabila tak bebas dan ada pihak ketiga masuk campur, kemasukan pihak ketiga tanpa jemputan dari pembeli dan penjual membuatkan ia pasaran tidak bebas.

3.14pm: Wan Saiful: Sistem pasaran bebas juga bergantung kepada kepercayaan dua pihak termasuk konsep moral. Ekonomi kat dunia tak bergantung kepada konsep akhlak dan moral. Dimana kita kena bersangka baik, dengan hendak beli atau jual.

3.15pm: Wan Saiful: Konsep akhlak dua individu ini tak boleh dipertikaikan oleh orang lain.

3.15pm: Wan Saiful: Dalam kita tukar servis, kita mesti lakukan atas konsep sangka baik sama lain, perlu peraturan jelas, telus, penyelidik.

Anwar : BN ganggu Selangor, saya masuk campur

Muhyiddin: Bukan saya keluar arahan hukum guru anti PBS..!!!

Abim Saran Had Kuasa Menteri Pendidikan

Chew: Defeating Anwar in Kajang won't be easy

Herman Tino tawar diri redakan kemarahan pengundi Kajang

Anwar : Mula di Selangor, tingkat mutu penguasaan Bahasa

Anwar: Bertanding Kajang, lawan dan kawan terkejut

Anwar : Pengundi Kajang lebih celik internet

Solariditi kepada penoreh getah: PAS anjur demo 5 April

Najib lupa Kassim Ahmad pun ahli Umno?

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengambil tindakan segera ke atas tokoh anti-hadis, Kassim Ahmad, bukan semata-mata membuat penegasan bahawa Umno berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Menurut Pengarah Jabatan Tarbiyah PAS, Ustaz Idris Ahmad, penegasan sebegitu tidak cukup tanpa sebarang kecaman atau tindakan tegas dan segera terhadap Kassim yang juga ahli Umno.

Beliau mempersoal, apakah hanya kerana Kassim ahli Umno maka tiada sebarang kecaman keras atau tindakan tegas diambil oleh Najib.

Mengambil contoh pertubuhan Al-Arqam, Idris berkata biarpun pegangan Aurad Muhammadiyyah sudah diketahui sesat sejak sekian lama, pertubuhan itu dibiarkan bergerak kerana lunak dengan kerajaan.

"Bagaimanapun, selepas pertubuhan itu mengisytiharkan dan bercita-cita untuk mengambil tampuk pemerintahan negara, barulah fail kes ke atas pertubuhan itu diangkat hingga diharamkan," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut menyelar tindakan kerajaan apabila menahan mana-mana penceramah agama yang tidak mempunyai tauliah di tempat mereka mengajar, sebaliknya berdiam diri terhadap Kassim yang jelas difatwakan sesat.

Penjadualan air pastikan bekalan berterusan - MB Khalid

SHAH ALAM: Program penjadualan air di seluruh Selangor akan dilaksanakan bermula esok bagi memastikan bekalan air berterusan di negeri ini yang dibahagikan kepada dua zon.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata penjadualan air itu melibatkan tempoh selama dua hari sesuatu zon menerima bekalan air dan dua hari satu zon tiada bekalan air secara bergilir.

Katanya, penjadualan itu lebih menumpukan kepada kawasan  yang menerima kesan daripada penutupan empangan akibat pencemaran yang berlaku baru-baru ini.

 “Mulai esok, setiap pemegang meter air akan terima air secara berjadual, iaitu dua hari rumah itu akan dapat, lepas tu dua hari kemudian tidak dapat bekalan air dan begitulah seterusnya secara bergilir-gilir.

“Penjadualan air ini akan berterusan supaya air di empangan negeri ini tidak banyak digunakan dan bekalan air boleh disimpan untuk dua bunan akan datang,” kata Abdul Khalid ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kreajaan Negeri, di sini.

Abdul Khalid berkata, penjadualan itu dijangka berakhir Mac depan selepas taburan hujan konsisten dan kapasiti air di empangan negeri itu bertambah.

“Cara itu lebih baik dari tiada air. Dengan cara ini, ia dapat mengatasi masalah tekanan rendah.

“Kita akan keluarkan jadual itu mengikut zon. Kita akan memberikan tumpuan kepada kawasan yang terdapat kesan daripada penutupan empangan akibat pencemaran baru-baru ini,” katanya.

Merancang untuk krisis air?

PIARAPAKARAN S.

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menekankan berulang kali keperluan untuk margin simpanan air terawat yang lebih tinggi dan perlindungan kawasan tadahan air. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kita boleh melihat kesan perubahan corak cuaca kepada sumber air kita .

Adakah Terdapat Pengajaran Untuk Dipelajari?

Pengajaran pertama: kemarau atau tempoh yang lama tanpa hujan atau dengan hujan yang sangat sedikit adalah sebahagian daripada iklim kita. Ini bukan kali pertama kita menghadapi musim kering dan aras air yang rendah di empangan yang menyebabkan kekurangan bekalan air.

Pengajaran kedua: sejak tamadun awal, manusia telah belajar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan corak cuaca. Pembinaan empangan, takungan tasik buatan manusia dan sistem pengairan sistematik adalah contoh kaedah inovatif dan adaptasi yang digunakan oleh manusia untuk teruskan kehidupan.

Pengajaran ketiga: peningkatan drastik dalam kepadatan penduduk kawasan bandar dan sub-urban menjadikannya lebih sukar untuk memenuhi permintaan bagi air terawat yang semakin meningkat. Ini adalah satu fenomena utama di seluruh dunia. Sumber air biasanya jauh dari zon permintaan dengan kepadatan penduduk yang tinggi. Perancangan teliti dan jaringan keselamatan mesti dilaksanakan  untuk memenuhi peningkatan permintaan air di zon ini .

Pengajaran keempat: setengah abad yang lalu (50 tahun), terdapat hutan yang lebih tebal. Oleh itu, kesan kemarau atau musim kering ini tidaklah begitu teruk. Gelombang haba ini di kawal oleh hutan itu sendiri. Perkembangan pesat besar-besaran dan penebangan hutan yang luas telah memberikan "kuasa" kepada kemarau atau musim kering untuk "menyerang" kita bertalu-talu. Di dalam hutan semula jadi yang tidak terganggu, hutan itu sendiri mengawal iklim tempatan sehingga 90%. Apabila hutan ini di tebang untuk memberi laluan kepada pembangunan, pembalakan dan aktiviti-aktiviti lain, fungsi ini dikurangkan secara drastik disebabkan oleh pengurangan kawasan hutan.

Pengajaran kelima: ini bukanlah pengakhiran. Kemajuan dalam teknologi dan pengurusan permintaan air yang lebih baik akan membolehkan kita memenuhi permintaan air yang semakin meningkat. Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada bagaimana kita melindungi kawasan-kawasan tadahan air mulai sekarang.

PENYELESAIAN 1: Melindungi Kawasan Tadahan Air

Jumlah penggunaan air dibahagikan kepada sektor domestik, industri (termasuk komersil) dan pertanian yang menggunakan 17%, 21% dan 62 % masing-masing. Walau bagaimanapun, hampir 2/3 daripada air terawat digunakan oleh sektor domestik. Ini adalah kerana sektor industri dan aktiviti pertanian banyak mengambil air terus dari alam sekitar untuk kegunaan mereka.

Semua kerajaan negeri mesti mewartakan kawasan tadahan air (termasuk hutan, sungai, tasik, dan lain-lain) sebagai rizab kekal menjelang akhir tahun 2015. Kawasan-kawasan ini juga perlu mengambil kira keperluan masa depan untuk air mentah. Tiada aktiviti manusia yang boleh dibenarkan di kawasan yang diwartakan ini termasuk aktiviti rekreasi. Apabila populasi bertambah, permintaan bagi air akan bertambah juga. Ini juga bermakna keperluan untuk mewartakan lebih banyak kawasan tadahan air akan meningkat seiring dengan pertumbuhan populasi bagi memastikan jaminan air mentah.

Bagi kawasan yang sudah dibangunkan, piawaian (standard) pelepasan air sisa perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan Jabatan Alam Sekitar. Selain itu, kemudahan pra-rawatan (pre-treatment) boleh dibangunkan untuk meningkatkan lagi kualiti air mentah. Ini adalah langkah-langkah yang sama diambil di kebanyakan tempat di dunia untuk memastikan kualiti air mentah dijamin. Sebagai contoh, pencemaran ammonium baru-baru ini yang menyebabkan dua loji rawatan air di Selangor ditutup dan mengakibatkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan Hulu Langat dan Kuala Langat. Dengan menguatkuasakan piawaian pelepasan air sisa yang lebih ketat, masalah sebegini boleh dielakkan semasa musim kering. Ini adalah kerana musim kering menyebabkan kepekatan bahan pencemar meningkat disebabkan kehadiran air yang kurang dalam sungai.

PENYELESAIAN 2: Tarif Air Mentah Berdasarkan Kualiti Air Mentah

Tarif air mentah berdasarkan kualiti air mentah juga perlu dilaksanakan untuk memastikan kerajaan negeri menerima pendapatan yang saksama apabila melindungi kawasan tadahan air untuk menjamin sumber air mentah termasuk air mentah yang merentasi sempadan. AWER melihat ini sebagai satu pelaksanaan yang penting untuk memastikan kerajaan negeri menerima pendapatan berterusan tanpa perlu untuk menjalankan aktiviti pembalakan atau projek-projek pembangunan lain di kawasan tadahan air. Di samping itu, melindungi kawasan tadahan air akan menjamin kualiti air mentah yang lebih baik dan mengurangkan kos merawat air yang akan diterjemahkan kepada tarif air yang saksama dan berpatutan.

PENYELESAIAN 3: Pembinaan Empangan

Anwar terlalu berpolitik?

Oleh Lim Hiong Siang
MANUSIA ialah binatang politik menurut ahli falsafah Yunani, Aristotle.Namun, ramai di kalangan kita tidak senang dengan “berpolitik”, malah berasa mual apabila politikus “terlalu berpolitik”.
Untuk kebanyakan orang, paling baik politik ditumpukan untuk menyelesaikan masalah periuk nasi rakyat, mendukung demokrasi dan membela hak rakyat. Selebihnya dianggap mainan kuasa demi kepentingan diri politikus.

Namun, kita perlu sedar bahawa politik tidak terbebas daripada pergelutan kuasa, suka atau tidak. Pertembungan antara politikus bakal membuka ruang demokrasi sedikit sebanyak, kalau bukan merubah sistem dan struktur. Maka percaturan strategi adalah penting untuk menggegarkan kuasa sesuatu rejim, lebih-lebih lagi apabila kita berdepan dengan Umno-Barisan Nasional, dengan segala kuasa dalam genggamannya. Ingatan saya masih segar bagaimana Anwar Ibrahim memainkan isu “Lingam Tape”.
Beliau menayangkan satu klip video selama 8 minit dan 26 saat kepada media pada 19 September 2007, mendedahkan skandal dalam sistem kehakiman Malaysia. Maka kecohlah satu Malaysia dengan ulangan “Correct! Correct! Correct!” oleh VK Lingam. Seperti biasa, pihak berkuasa menafikan tuduhan pembangkang, dan kemudian mengerah tenaga polis, Badan Pencegah Rasuah (BPR, ketika itu) untuk mengambil tindakan, bukan terhadap VK Lingam dan hakim yang berkenaan, sebaliknya pendedah skandal - Anwar Ibrahim.
Wayang bermula. Majlis Peguam Malaysia turun ke jalan raya untuk menuntut siasatan agar integriti sistem kehakiman dipulihkan. Kerajaan Abdullah Ahmad Badawi didesak untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja, tetapi beliau cuba mengambil jalan mudah dengan menubuhkan panel khas. Bantahan terus mengombak, malah siasatan pegawai BPR ke arah siapakah “whistle blower” sebenar menyemarakkan lagi kemarahan rakyat. Anwar pula diarah untuk menyerahkan klip video asal, atau berdepan dengan tindakan undang-undang. Suasananya semakin hangat apabila desasdesus disebar bahawa kerajaan BN mungkin menyumbat Anwar ke dalam penjara buat kali kedua dengan alasan ini. Andaian ini agak tidak masuk akal, tetapi ia boleh mencuri perhatian media antarabangsa.
Isu ini terus menjadi bahan bualan. Pembangkang dan NGO mengambil kesempatan untuk memupuk kesedaran masyarakat tentang betapa pentingnya kebebasan institusi kehakiman. Forum diadakan untuk mendedahkan bagaimana mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad mencerobohi cabang kuasa ini sematamata untuk menyelamatkan diri daripada krisis politik pada tahun 1980-an. Mereka yang dimangsakan lantaran ketidakadilan sistem kehakiman tampil mengisahkan pengalaman mereka. Isu ini menjadi bahan terbaik sebagai pembuka kata untuk mendedahkan kepincangan sistem negara kita pada ketika itu.

Pakatan perlu beri penerangan...

Oleh SELENA TAY
AHLI-AHLI serta para penyokong dan pendukung Pakatan Rakyat harus bertungkus-lumus untuk memberi penerangan kepada rakyat biasa perihal isu kenaikan harga barang.
Ini adalah kerana ada setengah pihak yang telah memberitahu rakyat bahawa kenaikan tersebut adalah disebabkan oleh mekanisme harga di dunia dan ini akan menunjukkan bahawa ia adalah satu perkara di luar kawalan.

Justeru, ini akan memberi gambaran kepada rakyat bahawa sesiapa pun tidak boleh dipertanggungjawabkan mengenai kenaikan harga barang. "Namun demikian, walaupun mekanisme harga di dunia adalah penyebab kenaikan harga barang, kerajaan kita patut prihatin dalam hal ini dan jangan lagi memburukkan keadaan dengan langkah pengurangan subsidi," kata Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam daripada PAS.
Boleh dikatakan bahawa kenaikan harga barang telah menjadi lebih teruk lagi setelah harga minyak RON95 dan tarif elektrik dinaikkan.
Oleh itu, untuk membendung gejala kenaikan harga barang, kerajaan harus prihatin dengan serta-merta menurunkan harga minyak RON95 tetapi sehingga kini kerajaan masih diam membisu mengenai harga RON95 itu.
Kerajaan jangan lupa bahawa dalam masa setahun lagi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST - Goods & Services Tax) akan dilaksanakan (iaitu pada 1 April tahun depan) dan ini akan menambahkan lagi beban rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah.

MAS perlu fikir panjang sebelum ganti pesawat

Berikutan kerugian RM1.2 bilion yang dialami Malaysia Airlines pada 2013, syarikat penerbangan negara itu mungkin menghadapi kesukaran untuk membuat keputusan mengenai kaedah melaksanakan penggantian pesawat dalam tempoh beberapa bulan ini.
Dalam senario ini, ia perlu memilih syarikat pengeluar pesawat yang dapat memberikan nilai terbaik dan jenis pesawat yang sesuai untuk operasinya.
Namun, sukar mana sekali pun, ia perlu segera membuat keputusan sebelum berakhir tahun ini memandangkan ia perlu pesawat yang lebih moden dan menjimatkan bahan api seawal 2016 untuk kekal memperoleh bahagian pasaran yang kukuh atau penumpang lebih memilih mungkin akan beralih kepada syarikat penerbangan lain yang menyediakan pesawat baharu, atau pesawat lama mungkin akan meningkatkan kos operasi.
Bagi kebanyakan syarikat penerbangan utama, pilihannya sama ada A atau B --Airbus atau Boeing.
Sejak beberapa tahun lalu, Malaysia Airlines lebih cenderung kepada Airbus, terutama pesawat perdananya, A380 Superjumbo dua tingkat, yang menawarkan kapasiti yang lebih tinggi sehingga 525 penumpang untuk laluan perjalanan jarak jauh.
Malaysia Airlines memiliki 88 pesawat dalam kumpulannya, menggunakan khidmat Airbus A330 dan A380, dan Boeing 777-200 dan 737.
Syarikat penebangan itu sedang mengenal pasti pesawat baharu bagi menggantikan A330 dan Boeing 777-200 dengan A330, A350-900, A350-1000, Boeing 787-10 atau 737 Max dalam tempoh jangka sederhana dan jangka panjang.
Anggaran konservatif membabitkan kira-kira 30 pesawat baharu namun ada yang mengatakan hampir 100 pesawat baharu.
Keputusan mengenai pembelian kapal terbang bukan perkara yang mudah memandangkan pegawai syarikat penerbangan, dan dalam kes Malaysia Airlines, pegawai kerajaan, berikutan kerajaan memiliki pegangan besar dalam syarikat penerbangan nasional, perlu menimbang banyak isu, termasuk kos pemerolehan, persamaan dalam kumpulan untuk pekerja udara dan darat bekerja dengan cekap, dan perkara lain seperti alat ganti.

Gantung hukuman guru anti-PBS


Kerajaan patut membatalkan tindakan tatatertib terhadap aktivis penentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ekoran penggantungan pelaksanaan sistem penilaian itu, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Katanya, hukuman terhadap Pengerusi Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) Mohd Nor Izzat Mohd Johari tidak wajar, “jahat dan pengecut untuk menghalang kritikan munasabah dalam perkhidmatan pendidikan.

“Timbalan perdana menteri dan menteri pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu memberi perhatian peribadi beliau untuk memastikan semua tindakan tatatertib terhadap Nor Izzat dan guru-guru yang mengkritik PBS dibatalkan serta-merta,” kata Lim.

Nor Izzat, guru Pendidikan Seni Visual di Jerantut yang menganjurkan himpunan menentang PBS kelmarin mendakwa ditukarkan tempat bertugas serta-merta "tanpa sebab munasabah".

Dalam kenyataannya hari ini, Lim juga berkata, PBS menjadikan guru seperti kerani pencatat data dan memaksa mereka bangun pada jam 2 hingga 3 pagi untuk memasukkan markah pelajar, ekoran masalah Internet.

Muhyiddin nafi terlibat arah guru bantah PBS tukar ke sekolah pedalaman

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan penglibatannya dalam arahan pertukaran guru yang diminta berpindah akibat menentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada minggu lalu.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata arahan pertukaran tersebut mungkin dikeluarkan oleh pejabat pendidikan daerah yang masih belum diketahui sebabnya sama ada berkaitan PBS atau sebaliknya.
"Saya nak nyatakan, saya tak keluarkan apa-apa arahan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana guru termasuk mereka yang dalam Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).
"Kalau ada mungkin di peringkat pentadbiran daerah. Saya tak tahu sebab musabab adakah kerana fakta yang lain atau hanya atas sebab dia menyuarakan ketidakpuasan hati tentang PBS," katanya kepada pemberita dalam lawatan kerjanya bertemu penduduk Kajang hari ini.
Presiden SGMM Mohd Nor Izzat Mohd Johari pada minggu lalu dilaporkan diarahkan untuk bertukar ke sebuah sekolah pedalaman setelah dipercayai menentang pelaksanaan PBS oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Putrajaya tidak akan mansuhkan PBS kerana rakyat mahukannya, kata Idris Jusoh tapi guru dan murid jadi mangsa..!!!

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata Kementerian Pendidikan akan tetap meneruskan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kerana pelaksanaan itu yang dimahukan oleh semua rakyat di negara ini.
Beliau berkata, sebelum ini rakyat Malaysia meminta kementerian menukar sistem pendidikan Malaysia untuk tidak berorientasikan peperiksaan.
"Kita tetap akan meneruskan sistem PBS kerana ini yang dimahukan semua rakyat, kita tidak akan sesekali memansuhkan, hanya menangguhkan untuk penambahbaikan," katanya pada sidang media Pameran Kejayaan Universiti Penyelidikan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.
sehubungan itu, katanya, kerajaan akan mengumumkan penambahbaikan sistem PBS pada 1 April depan.

PAS anjur demonstrasi penoreh getah 5 April


Satu demonstrasi akan diadakan pada 5 April ini sebagai tanda solidariti kepada penoreh gerah yang terkesan dengan penurunan harga komoditi itu, kata Dewan Pemuda PAS Pusat.

Dalam sidang medianya hari ini, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata PAS Kedah akan menganjurkan demonstrasi itu yang dijadual berlangsung di Baling pada petang tarikh tersebut.

Perhimpunan itu akan menjadi sebahagian kempen bersepadu mendesak kerajaan mendengar rungutan penoreh getah, terutama mereka yang tidak memiliki tanah di mana mereka bekerja.

Penoreh getah di Sik, Padang terap dan Baling - semuanya di Kedah - masing-masing telah menganjurkan bantahan mereka terhadap kerajaan negeri berhubung harga getah.

Harga getah terkini mencecah RM2.50 sekilogram berbanding RM3 pada Januari tahun ini.

Zalim:Lantang Kritik Dan Bantah PBS, Guru Diarah Tukar Serta Merta

Lepak Maqasid: Meneliti Falsafah & Praktikaliti Sekularisme






Penyalahgunaan Kuasa Oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu | Ustaz Ahmad Fadhli Shaari

Anwar: Liow, jangan cakap macam ketua Pemuda Umno


Calon PKR DUN Kajang Datuk Seri Anwar Ibrahim kecewa dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana menyerangnya dengan mendakwa ketua pembangkang itu 'dalang' utama Operasi Lalang sedangkan beliau tidak menyerang pemimpin MCA itu.

Dalam ceramahnya di Taman Damai Jaya, Cheras semalam Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri berkata Liow tidak perlu bercakap macam "ketua Pemuda Umno" dengan melakukan serangan itu.

"Sebab dia tak berani tegur (Tun) Dr Mahathir, menteri dalam negeri adalah Dr Mahathir, perdana menteri pun Dr Mahathir.

"Tidak berani 'sentuh' Mahathir, semua serang saya. Kempen baik-baik sudahlah, buat apa kamu (jadi) presiden MCA cakap macam ketua Pemuda Umno, tak payahlah," kata Anwar yang juga bekas menteri kewangan.

Pada 14 Februari lalu, Liow mendakwa Anwar 'dalang' utama Operasi Lalang, yang menyaksikan kira-kira 108 pemimpin pelbagai parti politik ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa akhbar ditarik permit penerbitan.

The Kajang Indian vote: A hope and test for Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim charmed the Indian community in Kajang yesterday with his rendition of a popular Tamil song. The community is pinning its hope on him to solve their problems including a land dispute. – The Malaysian Insider pic by Nazir Sufari, February 24, 2014.Datuk Seri Anwar Ibrahim charmed the Indian community in Kajang yesterday with his rendition of a popular Tamil song. The community is pinning its hope on him to solve their problems including a land dispute. – The Malaysian Insider pic by Nazir Sufari, February 24, 2014.Kajang candidate Datuk Seri Anwar Ibrahim had part of the crowd swooning at the Sri Maha Mariamman temple in Taman Delima yesterday with his rendition of popular Tamil '60s song Nan Anai Ittal.
The song is about a leader's pledge to solve a community's problems or as the song goes – to make sure they shed no more tears – if those folk gave him the power to do so.
But what Anwar probably doesn’t realise is that their votes for him (when it happens) are being given because another leader had made a similar pledge two years ago but did not deliver on his promise.
So, just as Anwar made his pledge yesterday afternoon to a crowd of 800 worshippers, who are key opinion makers in Kajang’s Indian Malaysian community, these people have told him exactly what he must do to make sure they shed no more tears.
And if he doesn’t do so, Anwar may just end up like that leader, who had appealed for the community’s “trust” and lost it.
Pinning their hopes on the 'Menteri Besar to be'
The pressure for Anwar to start living up to his pledge was made in the form of a memorandum given to him by the temple committee.
The temple, said the committee’s advisor Vasantha Kumar Krishnan, has been appealing to the state government for help in resolving a dispute with a housing developer who wants the land the temple sits on.
The committee claims to have proof that the temple has been on the same site for at least 150 years. Back then, it was part of the Breamar estate and was used by the plantation workers who lived there.
Without the temple committee’s knowledge, the land was sold to a private developer during the Barisan Nasional (BN) state administration in 2006.

Is a Barisan cyberwar slowing down traffic to Najib’s critics?


Pro-Barisan Nasional (BN) bloggers who have been vocal critics of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's administration hope that the coming week will see smoother access to their respective blogs.
Although it has not been mentioned openly, there have been speculation that pro-Najib cybertroopers have been attacking these blogs, causing difficulty in accessing it.
Former New Straits Times group editor-in-chief Datuk A. Kadir Jasin (pic) told The Malaysian Insider that his blog had been experiencing technical glitches over the past week.
"It has been quite difficult for readers and visitors to access my blog due to the technical glitch," he said.
Kadir refused to point the finger at pro-Najib cybertroopers or the opposition, insisting that it was a technical issue.
"I am not accusing anyone, whether it is PKR or Umno or anybody," he told The Malaysian Insider.
Kadir said he had consulted several people, including those who were knowledgeable about the Internet, regarding the access issues his blog was facing.
"I was told that from a technological point of view, it was possible to disrupt the access to any blog or websites," Kadir said.
"According to regular readers who post comments on my blog, they have also experienced difficulties in accessing other blogs," he added.
Kadir said if the problem persisted, he may have to resort to technical or technological solutions to overcome it.
However, he has no plans to open a separate blog, as he intends to maintain his current site, kadirjasin.blogspot.com.
Fellow blogger Syed Akbar Ali (syedsoutsidethebox.blogspot.com) said he did know not what was causing the difficulty in accessing his blog.

Aktivis PKR berhadapan 16 laporan polis sebab edar Selangor Kini

selangorkini (1)KAJANG 24 FEB: Penolong Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Seremban, Hairul Anuar Hashim, 44, berhadapan 16 laporan polis selepas beliau dan beberapa aktivis parti itu mengedar akhbar Selangor Kini di sekitar kawasan Ampangan dan Sikamat, Negeri Sembilan.
Menceritakan kembali pengalaman beliau, Hairul berkata aktiviti mengedarkan akhbar Selangor Kini selama hampir tiga tahun sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu kepada penduduk kawasan berkenaan menyebabkan beberapa pemimpin Umno berasa kurang senang dan seterusnya membuat laporan polis dalam tempoh terbabit.
“Niat saya ikhlas, Selangor Kini dan risalah lain diedarkan bertujuan memberi maklumat kepada penduduk Negeri Sembilan tentang faedah yang dinikmati rakyat Selangor seperti pemberian air percuma, khairat kematian kepada warga emas sebanyak RM2,500 dan lain-lain tetapi menyebabkan mereka rasa tergugat dan membuat laporan polis.
“Kalau di Negeri Sembilan, rakyat tidak diberikan maklumat yang tepat untuk memburukkan Pakatan Rakyat (PR). Jadi rakyat berhak tahu perkara sebenar,” ketika Hairul ketika ditemui Selangor Kini dalam Majlis Perasmian Jentera Daerah Mengundi (JDM) Taman Saujana Impian di sini malam tadi.
Hairul yang bertugas sebagai petugas JDM Taman Saujana Impian menambah beliau mengetahui salah satu laporan ke atas dirinya itu dibuat Ketua Cawangan Umno Taman Sakura, Seremban melalui pegawai polis yang menjalankan siasatan terhadap laporan terbabit.

Tugasan sukar menanti MCA untuk tawan Kajang

Hal mengenai MCA kembali menyertai barisan kepimpinan kerajaan sudah selesai, kini parti Cina itu perlu menumpukan perhatiannya kepada pilihan raya kecil di Kajang dan menghidupkan semula nasibnya selepas kalah dalam lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
 Berada di kedudukan terburuknya sejak pilihan raya umum pada 2008 ketika ditolak oleh pengundi, parti Cina itu sekarang berdepan dengan tugas sukar untuk meyakinkan 39,278 pengundi di kerusi Kajang untuk memberi peluang kepada calonnya, Datin Paduka Chew Mei Fun.
Lebih menambah kesukaran ialah, parti senior dalam Barisan Nasional (BN) itu terpaksa mengejar pesaingnya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah memulakan langkah bertemu penduduk dalam rangkaian majlis tidak formal dan siri ceramah sejak penghujung bulan lalu apabila kerusi berkenaan kosong berikutan peletakan mengejut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) penggal pertama, Lee Chin Cheh.
Bezanya, Chew diumumkan sebagai calon BN di bandar terkenal dengan sate itu pada Jumaat lalu.
Di sebalik tindakan berani yang dipamerkan pemimpinnya, ramai yang secara peribadi mengakui bahawa ia `terlalu bercita-cita tinggi’ untuk Chew, naib presiden parti, untuk melawan kedudukan Anwar dan sentimen anti BN yang sedang melanda sekarang.
Mereka bagaimanapun, mensasarkan untuk mengurangkan majoriti undi Anwar.
Dalam PRU3, Lee daripada PKR menang bergaya dengan 6,824 majoriti dalam pertembungan enam penjuru, mengalahkan pesaing terdekatnya, Lee Ban Seng daripada BN yang menerima 12, 747 undi manakala calon Berjasa, Mohamad Ismail memperolehi 1,014 undi.
Tiga lagi calon bebas yang bertanding merebut kerusi itu ialah Mohd Iwan Jefrey Abdul Majid (249 undi), Ong Yan Foo (85 undi) dan Mohd Khalid Kassim (83 undi).

Makanan halal dan politik haram

TG NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Saya dimaklumkan tentang penganjuran Ekspo Makanan Halal Antarabangsa Kelantan 2014 yang akan berlangsung mulai esok 25 Rabiul Akhir 1435H bersamaan 25 Februari 2014 selama lima hari di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Teringin sekali saya untuk turut sama meninjau dan melihat sendiri makanan halal yang dipamerkan di dalam ekspo ini tetapi kesihatan saya sedikit tidak mengizinkan. Bahkan mulai hari ini, saya dinasihatkan doktor untuk berehat beberapa hari dan menjalani rawatan rutin. Saya harapkan doa daripada saudara-saudara agar Allah SWT memberikan saya kekuatan yang berpanjangan untuk terus berdiri menyampaikan dakwah melalui medan politik di tanah air ini.

Saya suka untuk menulis sedikit berkenaan Ekspo Makanan Halal Antarabangsa Kelantan 2014. Pertamanya, saya rakamkan tahniah kepada penganjur kerana mengambil inisiatif mengadakan ekspo sebegini. Ia satu langkah yang cukup baik dalam mengajak masyarakat khususnya umat Islam agar menyedari kepentingan halal haram di dalam pemakanan seharian.

Halal haram ini bukan ciptaan manusia. Ia hukum yang datang daripada Allah SWT. Nabi Muhammad SAW telah menegaskan bahawa perkara yang halal dan haram itu semuanya telah jelas tanpa sebarang syak wasangka. Di dalam pemakanan, sesuatu yang haram yang bersatu dengan darah daging akan membawa akibat yang buruk dan antaranya ialah memayahkan doa untuk dimakbulkan Allah SWT.

Ketika saya diamanahkan sebagai Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990, aspek halal haram inilah yang kita ketengahkan di dalam pentadbiran. Ia bukannya hanya wujud di dalam pemakanan bahkan di dalam pengurusan ekonomi. Justeru, kita pindahkan wang kerajaan dari perbankan konservatif kepada perbankan Islam agar wang itu menjadi halal dan diuruskan dengan pengurusan yang tidak terlibat dengan ribawi.

Jangan terlibat ajaran songsang - Mufti Kelantan

KOTA BHARU – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad memberi amaran tegas kepada seluruh umat Islam supaya tidak mengamalkan ajaran, pegangan atau fahaman dalam buku atau risalah bersifat anti hadis.

Menurutnya, kemunculan semula 'Golongan Anti Hadis' dapat dilihat apabila umat Islam berada dalam keadaan lemah, akibat perpecahan sesama sendiri sehingga golongan itu muncul di tengah-tengah umat Islam yang terpukau dengan konspirasi menghina Islam dalam pelbagai bentuk.

“Sesudah kalimah ALLAH dicetuskan sebagai isu, kini kedudukan Rasullah SAW, hadis dan ulama dijadikan sasaran gerakan mengelirukan serta menyesatkan umat Islam.

"Perkara ini perlu diambil perhatian kerana kini pelbagai cabaran penyebaran fikiran songsang menyesatkan umat Islam dapat dilihat melalui pelbagai saluran media," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Mohamad Shukri berkata, umat Islam juga tidak boleh bersekongkol atau bersubahat dengan apa-apa aktiviti yang bertujuan mendukung ke arah pemikiran sesat ataupun menyesatkan mana-mana pihak, selain perlu berhati-hati agar tidak terjerumus dengan keadaan yang boleh membawa atau menyebabkan kemurtadan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan pemikir, Dr Kassim Ahmad yang didakwa menolak hadis dan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan Ahli Sunah Wal Jamaah, selain turut didakwa mengkritik golongan umat Islam yang disifatkannya sebagai ‘kasta paderi’.

PAS fail permohonan ketepi penghakiman ingkar RM2 juta

KUALA LUMPUR: Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS hari ini memfaikan permohonan untuk mengenepikan perintah penghakiman ingkar terhadap Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pagi ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 17 Februari lalu mengarahkan Tuan Guru Abdul Hadi membayar saman RM2,000,000 dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Selain itu, Ahli Parlimen Marang itu juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Ini berikutan kegagalan Tuan Guru Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.

Setiausaha Luham, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus dalam satu kenyataan semalam berkata, pihaknya akan mengambil langkah wajar untuk membatalkan penghakiman tersebut.

‘BR1M’ DAN ‘PINK FORM’ MENGAGALKAN DEB

Aku tidak pula mahu memperkecilkan usaha kerajaan memberikan BRIM ( Bantuan Rakyat 1 Malaysia) kepada sesiapa yang layak menerimanya. Dan hampir seluruh penduduk kampung aku layak menerima BRIM. Ini disebabkan pendapatan penduduk di kampung aku pastinya kurang daripada RM 3000-00 sebulan. Mungkin ada yang berpendapatan melebihi jumlah itu. Tak ramai. Mungkin tidak sampai sepuluh keluarga yang berpendapatan sebanyak itu. Itu pun sekiranya dicampurkan dengan wang pemberian anak-anak yang bekerja dan bergaji lumayan.
Tentulah tidak harus dinafikan tentang ‘baiknya’ usaha pihak kerajaan ini jika ditinjau dari satu segi. Walaupun dengan wang pemberian sebanyak itu  (RM 650.00) tidak banyak dapat dibeli (dalam keadaan harga barang yang semakin meningkat) namun pemberian sedemikian dapat juga melegakan sedikit golongan yang berpendapatan demikian. Dan aku pasti yang ramai penerima wang BRIM adalah terdiri dari orang Melayu kampung yang berpendapatan mereka di bawah paras yang ditetapkan untuk mereka layak mendapat BRIM.
Setakat yang aku tahu, tidak ada negara-negara di dunia yang melakukan apa yang dilakukan oleh negara kita. Pemberian hadiah wang, BRIM. Negara Brunei yang kaya pun tidak buat sepertimana yang kita lakukan. Mungkin pernah ada pemberian sedemikian. Sekali dalam tiga tahun, mungkin. Sebaliknya banyak negara yang memansuhkan pembayaran cukai pendapatan kepada warga negaranya. Seingat aku, hanya Sabah yang pernah memberikan hadiah wang yang sebegini pada zaman pentadbiran Tun Mustafa ( kalau aku tak silap).
Dilaporkan bahawa bagi melaksanakan kesemua pakej BR1M 2014 kerajaan telah memperuntukan sejumlah RM4.6 bilion yang akan dimanfaatkan oleh 7.9 juta orang rakyat Malaysia daripada keseluruhan penduduk seramai 28.3 juta orang. Ini bermakna bahawa 25% rakyat Malaysia masih layak menerima BRIM. Ini juga bermakna bahawa 25% rakyat Malaysia masih dalam keadaan miskin, mengikut tafsiran pihak Kerajaan. Dan daripada jumlah itu aku yakin bahawa yang ramai berada dibawah paras kemiskinan itu adalh terdiri dari orang Melayu.
Jikalau tidak silap, usaha untuk memajukan orang Melayu  memang telah lama diusahakan. Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial Development Authority (RIDA) yang dipengerusikan oleh Dato’Onn Jaafar pada tahun 1950 adalah bertujuan untuk memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar terutamanya kaum Melayu. Usaha ini sudah berjalan begitu lama. Tahun 1950.

'LANGKAH KAJANG’ MENGORAK LANGKAH KE PUTRAJAYA

Laungan ‘REFORMASI’ yang bergema semenjak tahun 1998 itu belum lagi padam malah terus membara dan ‘menyala’. Tentulah tidak akan padam sekiranya tidak berlaku ‘reform’ atau pembaharuan yang diidamkan. Sebenarnya sudak dimulakan ‘reform’ itu di Selangor dan Pulau Pinang, namun dirasakan bahawa terlalu banyak lagi pembaharuan-pembaharuan yang perlu dilakukan bukan sahaja di Selangor dan Pulau Pinang tetapi juga di Kelantan, negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.
Langkah Kajang adalah juga merupakan ‘langkah’ ke arah memertabatkan konsep ‘Reformasi’ dalam ertikata sebenarnya di Selangor. Mungkin dirasakan selama ini bahawa gerakan ‘Reformasi’ yang mula berkumandang di Malaysia pada tahun 1998, belum dapat lagi bertapak di Malaysia disebabkan kegagalan  Pakatan Rakyat untuk menguasai keseluruhan negara ini. Lantas gerakan Reformasi itu seolah-olah ‘tenggelam’ dan tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang diimpikan oleh pejuang-pejuang reformasi. Hanya laungan dan slogan yang dapat dijeritkan kepada rakyat.
Ada pembaharuan yang dapat dilihat berlaku di negeri-negeri yang ditadbirakn oleh Pakatan Rakyat khsusunya negeri Pulau Pinang dan Selangor. Namun masih perlu banyak pembaharuan yang perlu dilakukan demi untuk mengisi hasrat ‘Reformasi’ sepertimana yang dilaungkan pada tahun 1998 dahulu. Dan sememangnya disedari bahawa untuk melakukan pembahruan yang dikira drastik bukanlah merupakan sesuatu yang mudah. Disedari juga bahawa ia memerlukan satu komitmen yang bukan kecil.
Rakyat Malaysia yang sudah celik dan dapat merasakan ‘denyut nadi’ alam sekeliling merasakan bahawa melihatkan kepada perkembangan negara Malaysia kini menampakkan bahawa BN (UMNO) telah gagal dalam menangani banyak masalah dan apatah lagi untuk mengangkat negara ini ke suatu tahap kebanggaan dunia. Jauh panggang dari api. Sekiranya begini cara pergerakan negara Malaysia kini aku amat sangsi tentang pencapaian wawasan 2020 yang dirangka pada awal 1990an dulu.
Aku amat sedih apabila kelihatan yang pemerintah Malaysia gagal menguruskan pendidikan negara. Aku tidak tahu sekiranya ada lagi rakyat Malaysia yang mengatakan bahawa sistem pendidikan kita hari ini adalah antara yang terbaik di negara ini. Berdasarkan kepada beberapa petunjuk jelas memperlihatkan bahawa sistem pendidikan negara kita dalam keadaan tenat. Biarkan aku paparkan beberapa contoh: