Ahad, 23 Februari 2014

PBS ditangguhkan pelaksanaannya, kata ketua pengarah pelajaran

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menyaksikan guru-guru membuat bantahan Jumaat lepas akan ditangguhkan perlaksanaannya sehingga notis seterusnya.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata, Jabatan Pelajaran hanya akan memaklumkan keputusan mengenai kajian mengenai PBS selepas Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan cadangan untuk memperkemaskannya.
Bagaimanapun beliau tidak meletakkan sebarang batas waktu berapa lama kajian itu akan memakan masa.
Perubahan itu akan mengambilkira perolehan terakhir, pandangan guru, bantahan awam termasuk dari Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), kata Khair dalam kenyataannya malam ini.
"Kementerian telah mengambil inisiatif untuk mengkaji semula pelaksanaan PBS untuk mengurangkan bebanan kerja guru yang memfokuskan kekerapan memasukkan data, termasuk memasukkan penilaian pencapaian kad laporan pelajar yang dikatakan membebankan," Bernama melaporkan malam ini.
Katanya “taskforce” yang ditubuhkan oleh kementerian baru-baru ini akan mengadakan mesyuarat mingguan untuk mengkaji dan menilai perkembangan memperkemaskan sistem itu.
"Bilik perang PBS juga telah ditubuhkan di peringkat kementerian untuk mengkaji isu yang berkaitan dengan pelaksanaan PBS secara serta merta dan berkesan termasuk menyediakan maklumbalas segera," katanya.
Katanya, kementerian juga sedang bekerja untuk memperkemaskan akses kepada sistem pengurusan PBS untuk memastikan para guru dapat memasuki sistem komputer itu lebih mudah dan berkesan.
Penerangan PBS ke seluruh negara untuk sekolah rendah dan menengah yang bermula Isnin lepas juga telah ditangguhkan dahulu untuk mengelakkan kekeliruan mengenai pelaksanaannya, katanya.
Khair berkata, perolehan dari “workshop” tentang pelaksanaan PBS yang melibatkan guru dan persatuan guru baru-baru ini akan diumumkan segera.

BR1M adalah reaksi dari kejayaan Pakatan- Amir Shari

amiruddin-saariKUALA LUMPUR 23 FEB: Skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan kerajaan BN adalah maklumbalas kepada siri program merakyatkan ekonomi oleh Pakatan Rakyat khususnya di Selangor, kata Adun Batu Caves, Amirudin Shari.
“Jelas bahawa BR1M adalah maklum balas atau respon daripada kejayaan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor, dengan program Merakyatkan Ekonomi seperti pemberian air percuma dan beberapa program lain.
“BN tertekan dengan kejayan Pakatan menguruskan program yang baik buat manfaat untuk rakyat. Jadi mereka mengambil jalan pintas dengan memperkenalkan BR1M,” ujarnya.
Bagaimanapun katanya, rakyat tahu pemberian one off tidak membantu meringankan beban, di saat pelbagai kenaikan harga barang dan pemotongan subsidi.
Pada masa sama, katanya, kerajaan berterusan melakukan pembaziran dan ketirisan dalam urustadbir negara.
“Rakyat faham pemberian bersifat sementara ini takkan membantu meringankan bebanan mereka. Dengan pemberian RM650 dan RM1200 ini tidak membantu kenaikan kos minyak, penarikan balik subsidi dan sebagainya,” ujarnya kepada Suara Keadilan.
Untuk BR1M 3.0 yang mula diagihkan 22 Februari lalu, kerajaan memperuntukkan RM4.6 bilion kepada 7.9 juta penerima.

Guru Kafa, j-QAF diarah hadir program Umno


KOTA BHARU: Guru-guru pendidikan Islam, j-QAF dan Kafa diarah hadir ke program muzakarah isu-isu semasa anjuran Umno Bahagian Kota Bharu yang diadakan di Perhubungan Umno Kelantan semalam.

Arahan tersebut dihantar melalui surat kepada guru-guru besar ditandatangani

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kota Bharu, Mohd Ezani Awang.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, amat malang sekali surat arahan itu dikeluarkan seorang pegawai kerajaan yang cuba memperalatkan kakitangan awam bagi kepentingan Umno.

“Pemuda PAS Kelantan menuntut penjelasan dari PPD Kota Bharu dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) berhubungan arahan tersebut.

'Dedahkan pemimpin yang dilarang masuk S'wak' - Pemuda PAS

Ketua Pemuda PAS Sarawak Mohammad Arifiriazul Paijo mendesak pihak berkuasa imigresen mendedahkan senarai individu yang dilarang memasuki negeri itu kepada umum termasuk menyatakan sebab halangan itu dibuat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman yang dilapor dilarang memasuki negeri itu "atas perintah Pejabat Ketua Menteri" semalam.

"Hak Sarawak terhadap imigresen negeri tidak sepatutnya disalahgunakan untuk politik.

"Penyalahgunaan ini boleh merosakkan semangat Malaysia dan demokrasi dalam negara ini," kata Mohamad Arifiriazul dalam kenyataannya hari ini.

Semalam, Mazlan dilarang lagi memasuki negeri itu selepas ditahan pihak imigresen sejurus tiba di Lapangan Terbang Sibu pada jam 11.25 pagi. Kali pertama beliau dilarang masuk pada 6 Julai 2011 di Lapangan Terbang Miri.

Larangan itu dipercayai berkaitan perhimpunan mengenai hak tanah yang akan dirasmikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Beting Maro hari ini.

Dalam kenyataannya itu juga, Mohammad Arifiriazul berkata 'pengusiran' Mazlan kali kedua dibuat tanpa alasan munasabah dan dakwaan bahawa pemimpin itu sebagai ancaman keselamatan adalah "mengarut dan dibuat-buat di sebalik alasan politik".

"Mazlan ialah aktivis yang dikenali terutama dalam perjuangan terhadap hak tanah dan Felda.

"Itulah sebabnya dia 'tidak dikehendaki di Sarawak' seperti yang dimaklumkan oleh Imigresen Sarawak hari ini," katanya.

TRAGEDI LUBUK PUAKA "PASIR RUSA"

TIMBUL SELEPAS AIR DIKOCAK, LAUNGAN AZAN

Pasukan Bomba dan Penyelamat mengangkat mayat Mohd Zaki dan Mohd Izoan
Hakimis yang timbul hampir serentak di Sungai Muar, Buloh Kasap, Segamat, semalam
Lubuk puaka ‘Pasir Rusa’

Segamat: Bagi kanak-kanak penduduk Kampung Kuing Patah, cerita lubuk puaka ‘Pasir Rusa’, menjadi ingatan setiap kali mereka berhajat ke lokasi lapan pelajar lemas di Sungai Muar, Buluh Kasap, kelmarin.

Di lokasi berkenaan ada beberapa lubuk yang dalam dan diketahui penduduk sebagai kawasan yang agak ‘keras’ dan berpuaka.

Malah ada penduduk mendakwa mereka pernah terserempak dengan lembaga hitam besar ketika menangkap ikan dan udang di kawasan kejadian lemas itu.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali Ani, 48, mengakui kawasan sungai di situ berpuaka.

“Sejak kecil kami adik-beradik memang dilarang bermain di situ selepas arwah ayah terserempak dengan lembaga hitam besar ketika mengail udang di situ.

“Kawasan berhampiran lapan remaja lemas itulah arwah ayah pernah terserempak dengan lembaga itu. Dulu ada pokok berembang yang besar di tebing sungai berhampiran kawasan lubuk di situ, namun
sekarang ia sudah tiada akibat hakisan.

Lembaga puaka Pasir Rusa

Pemberian BR1M tidak selesai masalah peningkatan kos hidup

Tarikh Pembayaran BR1M Naik RM1200 Tahun 2019. Nantikan 5 Tahun lagi! Selepas PRU 14?

tarikh BRIM
Tarikh Pembayaran BR1M Naik RM1200 Tahun 2019 : Nampaknya ramai yang sudah menerima bahagian masing-masing melalui pembayaran BR1M seperti (DI SINI).
Walaubagaimanapun, ramai sebenarnya yang masih kabur lagi dengan janji pembayaran BR1M di mana ramai yang mengharapkan pembayaran BR1M naik sehingga RM1,200 dalam BR1M 3.0 2014 kali ini. Sebenarnya….
Sebenarnya janji pembayaran BR1M sebanyak RM1,200 hanya akan naik ke paras tersebut secara berperingkat seperti dalam akujanji Manifesto Barisan Nasional (BN) (KLIK SINI SUMBERNYA).. Bukannya, naik sekaligus yang diharapkan & difikirkan ramai orang selama ini.

Tarikh Pembayaran BR1M Naik RM1200 Tahun 2019 : Lepas PRU?

Terbaru, dalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib ada beritahu sekali lagi yang mana BR1M akan naik sehingga RM1,200 dalam 5 tahun daripada sekarang. Dalam erti kata lain, kemungkinan besar selepas Pilihanraya Umum ke 14. Mungkin? Itu bahasa kasarnya. Bahasa halusnya, bermakna….anda perlu berikan peluang kepada Barisan Nasional sekali lagi dengan kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke 14. Hadiahnya? BR1M RM1,200. Benarkah? 
Untuk pembayaran BRIM 3.0 2014 kali ini, sejumlah RM4.5 bilion dana negara telah dibelanjakan. yang mana dibahagikan pembayaran BR1M 3.0 2014 kepada 3 kelompok :
  • Anda yang berpendapatan RM3,000 ke bawah menerima wang tunai RM650 + RM50 untuk skim insurans Takaful
  • Anda yang berpendapatan antara RM3, 000 dan RM4, 000 masing-masing menerima wang tunai RM450 + insurans RM50
  • Bujang yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 dan tanpa tanggungan menerima RM300


Penamaan calon 11 Mac: Cubaan sabotaj Ketua Pembangkang berucap di Parlimen?

AnwarKAJANG 23 MAC : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan Barisan Nasional (BN) dan sekutunya akan menjalankan pelbagai kerja sabotaj bagi memastikan beliau sebagai bakal calon Pakatan Rakyat (PR) gagal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang pada 23 Mac nanti.
Kata Anwar, antara tindakan yang boleh dilihat sebagai cubaan mensabotaj adalah seperti mana tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac bagi hari penamaan calon yang bertembung dengan giliran beliau membahaskan titah ucapan DYMM di Pertuan Agong di Parlimen.
“Kita jangkakan sabotaj dari luar itu nanti sangat kuat. Sekarang pun, kita tengok tarikh, mana ada tarikh pilihan raya begitu lama di mana hari pengundian begitu jauh sekali yang tidak pernah berlaku pun sebelum ini.
“Tindakan melewatkan PRK Kajang ini dan juga menetapkan tarikh penamaan calon pada 11 Mac ini semuanya disebabkan mereka tahu Anwar Ibrahim yang akan bertanding di sini,” kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Pakatan perlu menang di PRK Dun Kajang

Oleh Abd Shukur Harun
SETELAH  tercetus isu pilihan raya kecil Kajang dan sebab utama mengapa Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di Dun tersebut akhirnya semakin terdedah dan mulai difahami oleh rakyat, walaupun bukan semuanya. 

Kenyataan dua ahli Parlimen daripada PAS dan KeADILan – Ir Khalid Samad dan Rafizi Ramli telah mendedahkan sebab-sebab Dun Kajang itu dikosongkan dan Anwar akan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun tersebut. Hal ini juga diperkatakan oleh beberapa pihak mengenai pentadbiran kerajaan Negeri Selangor dan masalah yang dihadapinya. Tidaklah memeranjatkan bahawa sudah lama kedengaran pelbagai usaha Umno, khususnya melalui gerakan dalaman dalam pentabiran kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor untuk melumpuhkan kerajaan Pakatan Rakyat itu. Maka itu, Pakatan Rakyat, khususnya KeADIlan, mengambil langkah segera untuk menyelamatkan keadaan.
Kenyataan Khalid itu telah menjelaskan segalanya bahawa usaha berterusan Umno untuk menawan kembali Selangor telah disedari dan tidak boleh dibiarkan. Ini, katanya, menjadi punca KeADILan meletakkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang untuk bertanding di kerusi Dun Kajang.
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, ancaman dan sabotaj Umno untuk memastikan Pakatan perlu menang di Kajang Selangor tidak berada di bawah kuasa Pakatan Rakyat bagi penggal ketiga semakin jelas, sekaligus memerlukan campur tangan Ketua Umum KeADILan itu dalam pentadbiran kerajaan Selangor.
Ancaman Umno kini, katanya, pada tahap maksimum. Oleh itu tidak boleh dibenarkan Selangor dimenangi oleh BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Oleh itu, kata Khalid, dengan kemenangan Pakatan di Kajang nanti, insya-Allah, maka Anwar boleh campur tangan pentadbiran negeri jika jadi Adun dan boleh jumpa pegawai kerajaan untuk menghalang sabotaj.

Umno seronok memperdaya rakyat

Oleh Mohamed Hanipa Maidin
DUA perkara yang mendorong saya menulis artikel ini. Pertamanya berhubung isu kenaikan harga barang.Keduanya isu video satira yang dihasilkan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Bagi isu kenaikan harga barang penulis berpendirian bahawa Kerajaan BN sekali lagi bejaya memperdaya rakyat. Malang bagi rakyat yang tidak serik dengan penipuan BN mereka tidak sedar bahawa mereka terus diperdaya oleh BN.

Inilah skrip BN dalam isu kenaikan harga barang. Seperti biasa setiap kali kerajaan menaikkan harga minyak atau harga barangan asas seperti gula atau susu atau beras maka kerajaan akan memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu supaya jangan sesekali menaikkan harga barang.
Sebagai contoh jika kerajaan mengumumkan kenaik an harga minyak kerana subsidi dikurangkan maka kerajaan akan memberi amaran kepada pengusaha bas sekolah supaya jangan menaikkan harga tambang.
Dari sudut perundangan adakah amaran kerajaan ini boleh mengakibatkan pemandu akan didakwa dan adakah ada mana-mana pengusaha bas sekolah yang didakwa sehingga kini?
Sudah tentu kerajaan tidak boleh mendakwa pengusaha bas sekolah yang menaikkan harga tambang akibat kenaikan harga petrol atau diesel.
Mengapa? Kerana apa yang dilakukan oleh pengusaha bas sekolah adalah untuk elak kerugian dan tiada undang-undang yang melarang pemandu bas sekolah yang ingin mengelak kerugian.
Maka amaran kerajaan kepada pemandu bas sekolah hanya satu wayang.
Amaran kerajaan itu ibarat ngauman harimau tiada gigi dan dikurung dalam zoo.
Kanak-kanak pun tidak takut malahan geli hati lihat harimau tiada gigi me ngaum!
Begitu juga kita jangan terpedaya apabila pegawai penguatkuasa atau Menteri sekali turun padang kononnnya ambil tindakan ke atas para peniaga yang naik kan harga barang.
Sebagai contoh apabila harga minyak dinaik kan, maka peniaga di pasar yang meniaga sayur atau ikan akan didatangi oleh pe nguatkuasa.
Maka akhbar dan media seperti TV3 dan RTM akan membuat liputan kononnya peniaga dikenakan saman.
Pernahkah menteri atau pegawai penguatkuasa kementerian atau TV3 atau Utusan Malaysia memberitahu kepada rakyat adakah peniaga yang naikkan harga ikan atau mana-mana barang yang bukan termasuk dalam barangan kawalan didakwa kerana menaikkan harga barang?

Rumah mahal, warga kota tertekan

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
HANYA mampu menyewa, begitulah luahan ramai warga Kuala Lumpur mutakhir ini yang tersepit dalam usaha memiliki rumah idaman sendiri. Adapun yang mampu membeli rumah bertanah terpaksa membeli di negeri berhampiran Kuala Lumpur iaitu Negeri Sembilan dan pinggir Selangor.

Namun bagi warga kota, bukanlah rumah bertanah yang mereka inginkan, hanya sekadar rumah pangsa atau kondominum yang boleh memuatkan antara lima hingga tujuh orang sebumbung, namun ianya juga kini makin sukar. Mungkin situasi ini tidak berlaku di Melaka, Terengganu atau Pahang, namun kebanyakan penghuni Kuala Lumpur khasnya generasi muda dan golongan kelas pertengahan menghadapi kesukaran untuk memiliki kediaman sendiri disebabkan harga rumah yang melambung tinggi.
Memiliki kediaman sendiri sememangnya menjadi impian setiap insan apatah lagi sudah mempunyai keluarga sendiri.
Namun, hakikatnya harga rumah terutamanya di Kuala Lumpur dianggap menakutkan dan seolaholah tidak masuk akal jika dibandingkan dengan purata pendapatan isi rumah majoriti rakyat.
Tidak kira apa jenis sekalipun sama ada rumah pangsa, teres setingkat, dua tingkat, apartmen dan kondominium semuanya melambung tinggi bukan hanya di kawasan bandar yang pesat membangun bahkan di pinggir-pinggir bandar seperti Kajang, Bangi, Sungai Buloh, Rawang, Nilai dan kini menjalar ke Seremban.
Tidak kira sama ada rumah tersebut adalah rumah baru atau penjualan rumah lama (second hand) harga keperluan asas tersebut semakin naik kirakira 40 peratus setahun dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Apabila rumah di Kajang, Bangi dan pinggir bandar Kuala Lumpur meningkat, kini warga kota mula membanjiri Seremban dan Nilai untuk memiliki rumah bertanah ‘mampu milik’ kepada mereka.
Bagaimanapun, sejak lima tahun kebelakangan ini harga pasaran rumah di Seremban juga meningkat secara mendadak akibat aktiviti penghijrahan warga kota memiliki rumah di Negeri Sembilan.
Benar dasar kerajaan Negeri Sembilan menjadikan Seremban sebagai destinasi penginapan warga kota, namun kegagalan kerajaan mengawal harga rumah menyebabkan rakyat kini terbeban dengan kenaikan, tidak dikira lagi dengan kadar faedah yang sangat tinggi dikenakan oleh bank.
Lihat sahaja di Seremban 2, 10 tahun lalu rumah teres dua tingkat berkeluasan 2600 kaki persegi hanya dijual pada harga RM198,000 seunit.

Mukhriz dan wawasan kelabunya

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
SELEPAS diserang bertalu-talu oleh PAS Kedah, Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Mukhriz Mahathir yang gagal menjawab sebahagian besar persoalan yang ditimbulkan tiba-tiba lantang membuat ugutan kepada pihak pembangkang di negeri ini.
Mukhriz memberi amaran akan membuka fail lama di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah sebelum ini sekiranya beliau terus diserang dengan dakwaandakwaan penyelewengan.

Skill kehebatan seorang pemimpin kerajaan selalu diukur dengan kemampuannya memberi penjelasan kepada rakyat berhubung sesuatu isu sensasi mahupun kontroversi. Kadang-kadang perkara yang terang-terangan salah di pihak kerajaan pun berjaya ‘dineutralkan’ melalui retorik seorang pemimpin.
Lemah Mukhriz sebagai pemimpin kerajaan kerana tidak mampu memberi penjelasan yang meyakinkan rakyat terhadap segala dakwaan kepincangan yang berlaku di bawah pentadbirannya. Lebih lemah kerana bingkas bangun mengugut pembangkang pula.
Jika betul pun pembangkang pernah memiliki senarai penyelewengan apakah ia dapat memansuhkan kelemahan dan dakwaan penyelewengan yang berlaku di zamannya? Baru tujuh bulan mentadbir negeri, macammacam cerita muncul.
Ketua Pembangkang Dun Kedah, Dato’ Ir Amiruddin Hamzah mengingatkan Mukhriz agar tidak mengugut sedemikian sebagai reaksi kepada pendedahan kepincangan pentadbirannya.
“Sekiranya benar wujud keraguan pada pentadbiran lalu, sila laporkan kepada pihak berwajib.
“Tidak mengapa sekadar hendak menjadi bahan lawak dalam ceramah, tetapi perkara dinyatakan Dato’ Seri Mukhriz adalah hal serius yang mesti dibuktikan. Sekiranya tidak bermakna beliau telah berbohong dan memfitnah,” itu reaksi Amiruddin yang kembali meletakkan Mukhriz di kandang tertuduh.
Amiruddin bertegas tidak akan berhenti dan akan terus membongkar serta mendedahkan begitu banyak kelemahan dan penyelewengan dalam tempoh singkat pentadbiran BN Kedah.

Kenapa Ketua Wira Perkasa Ini Mengamuk Sakan?

Wira Perkasa hari ini menyelar kenyataan Ketua Bahagian UMNO Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menggesa supaya UMNO 'menjinakkan' Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).
Ketuanya, Irwan Fahmi Ideris berkata PERKASA bukanlah binatang dijinakkan, dan Nur Jazlan seharusnya memahami tujuan serta matlamat badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu ditubuhkan.
"Siapa Nur Jazlan mahu menasihati PERKASA?"PERKASA adalah sebuah pertubuhan yang mempunyai matlamat yang jelas dalam mempertahankan dan memperkasakan agama Islam, mempertahankan hak hak keistimewaan bangsa melayu dan pribumi, memperkasakan kedaulatan raja raja melayu," tegas beliau dalam sebuah kenyataan pada Ahad.
Ketua sayap pemuda kepada NGO itu turut menafikan bahawa PERKASA pernah memaksa ahli-ahli untuk menyertai mereka seperti yang didakwa oleh Nur Jazlan.
"Perkasa tidak pernah memanggil atau memaksa ahli ahli Umno untuk menyertai PERKASA tetapi ada pelbagai alasan kenapa ahli UMNO tersebut menyertai Perkasa," katanya.
Tentang saranan Nur Jazlan supaya PERKASA 'menutup mulut' sekiranya tiada fakta yang hendak dicakapkan, Irwan berkata adalah lebih baik Nur Jazlan tutup mulut sekiranya beliau berpolitik atas dasar kepentingan individu dan bukan untuk bangsa dan agama"Adakah beliau faham akan matlamat penubuhan Perkasa itu sendiri? 
PERKASA tidak perlu sesiapapun untuk dijinakkan," tegasnya lagi.Selain itu, Irwan juga mendakwa bahawa UMNO kini sudah tidak mampu lagi membela nasib orang-orang Melayu sepenuhnya.

Bukti, BR1M cukup untuk belanja selama setahun..!!!

DIPERCAYAI untuk mempertahankan kenyataan Perdana Menteri, Najib sebelum ini yang mendakwa bahawa duit BR1M cukup untuk belanja selama setahun, satu info grafik disebar di laman sosial facebook dan twitter.

Info grafik tersebut mendedahkan fakta bahawa duit BR1M yang diterima sebanyak RM650 cukup untuk perbelanjaan berhemah selama setahun. Malah masih ada baki RM22.10.

Berikut info grafik yang dimaksudkan.




Namun hasil pengiraan aku, sebenarnya duit BR1M RM650 itu sebenarnya cukup untuk perbelanjaan selama 17 tahun, malah masih ada baki RM29.20 jika dibelanjakan sehari "seposen"~ MiLoSuaM

.. Apa yang macai dah tolong kira tu nampak macam untuk seorang makan saja tu..

Bagaimanapula kalau dalam keluarga tersebut  terdapat lima atau enam orang?.. cukup ke?

Kalau nak tahan lebih lama duit BR1M tu makan kangkung sajalah... mahu lima atau enam belas tahun boleh tahan duit tu.. ha..ha..ha...

Kenapa guru tidak puas hati dengan PBS

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan 2, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pihaknya menyedari masalah itu.

PETALING JAYA: Kenapa guru tidak puas hati dengan penaksiran berasaskan sekolah (PBS) 2014?
Komputer tidak cukup bagi memasukkan data sehingga mengakibatkan masalah sistem.
Guru terpaksa bangun awal pagi sewaktu trafik internet lancar bagi memasukkan data ke dalam sistem pelayan kementerian.
Nisbah pelajar dan guru tidak seimbang dan sistem penilaian pelajar yang masih belum jelas.
Demikian antara rungutan dan dakwaan guru di Kuala Lumpur.
Bekas Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Sobry Ahmad berkata, Kementerian Pendidikan terburu-buru melaksanakan PBS kerana belum ada projek perintis dilaksana sebagai perbandingan.
“Projek perintis tidak ada, jadi bagaimana kita hendak mengadakan sistem baru ini (PBS) lebih baik dan berkesan daripada sistem sedia ada?” tanya beliau.
Sobry menambah, PBS ini boleh mewujudkan persaingan sesama sekolah dalam usaha untuk pengktrifan dan menarik pelajar ke sekolah mereka.
Sedang berlaku di China
Katanya, ini yang sedang berlaku di China dan beberapa negara lain.
“Masalah PBS ini berlaku kerana guru dan pegawai pendidikan tidak mendapat penerangan atau penjelasan dari pihak kementerian, akibatnya mereka tidak faham.
“Masalah lain lagi ialah kemudahan sekolah yang terbatas hingga menimbulkan kesukaran kepada guru,” kata Sobry.

Isu rasuah Terengganu: Pakatan bidas MB

Pembangkang di Terengganu membidas kenyataan Menteri Besar Terengganu yang mendakwa tindakan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan projek kerajaan di negeri itu sebagai permainan politik.

Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, perkara itu bukan dilakukan berdasarkan suka-suka tetapi telah membuat kajian sekaligus memastikan rakyat di negeri terbela.

Beliau juga berkata, akan ada individu yang dikaitkan dengan enam aduan yang dilakukan terhadap SPRM serta dikenakan tindakan.

"Kita jalankan tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat, dan atas dasar prihatin.

"Kita bukan buat untuk sekadar tujuan politik seperti yang dinyatakan Ahmad Said. Kita telah lakukan dengan bersungguh melalui dokumen yang kita serahkan kepada SPRM.

"Dan kita berkeyakinan penuh ada pihak yang akan disiasat oleh SPRM setelah kita serahkan dokumen yang diperlukan," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Versatiliti politik Anwar di Kajang

Walaupun tarikh rasmi berkempen pilihan raya kecil (PRK) Kajang hanya bermula 16 hari lagi dari tarikh penamaan calon 11 Mac depan, calon Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun bekerja keras.

Pemimpin yang terkenal dengan vitaliti dan versatiliti politik boleh dilihat sebagai 'lelaki yang memakai banyak topi' kerana kebolehan beliau menyesuaikan diri dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Namun jelas tidak berselindung Anwar mengambil berat PRK kali ini dan dilihat sedang menyediakan diri untuk menerajui pentadbiran negeri Selangor yang kini dipegang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tinjauan Malaysiakini sepanjang dua minggu ini, walaupun Anwar menggunakan mesej sama di hampir semua program beliau, pendekatan beliau dapat disesuaikan mengikut keadaan.

Pagi ini, beliau hadir di sebuah surau kecil bernama 'Pondok Zakaria' memberi kuliah dhuha kepada lebih kurang 50 tetamu.

Sebagai bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Anwar mengulang kembali cara pentadbiran beliau sejak dahulu dalam terma Islam dan pembangunan masyarakat.

Hadirin yang terdiri dari masyarakat Melayu Islam dan penyokong beliau dilihat tertarik dengan kemampuan beliau sebagai orator dan penceramah.

Sementara itu pada waktu tengah hari pula, beliau 'menukar topi' dan menghadiri program ramah mesra dan malan tengah hari bersama pemimpin India PKR dan Jawatankuasa Kuil Seri Maha Marriaman Ladang Braemer di Batu 13 Kajang.

Anwar menari, menyanyi

Ketua Pembangkang itu juga menunjukkan kebolehan apabila turut sama menari dan menyanyi lagu popular Tamil "Naan Aanaiyittal" oleh artis lagenda yang kini menjadi ahli politik, MGR.

Jakim diminta lapor kepada SKMM untuk sekat blog ajaran sesat


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) disaran mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membolehkannya menyekat blog atau laman web yang menyebarkan fahaman songsang yang mengancam akidah umat Islam.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari (gambar) berkata SKMM akan bertindak menyekat akses ke sesuatu blog atau laman web yang didapati menyebar fahaman yang menyesatkan seperti ajaran Syiah dan golongan antihadis dalam negara ini.
"Kita memerlukan kerjasama pihak berkuasa... Contohnya dalam bidang agama, kita ada Jakim dan untuk sesuatu isu yang boleh mengancam keselamatan negara, kita ada Kementerian Dalam Negeri.
"Kerajaan melalui SKMM sentiasa bekerjasama dengan polis dan agensi penguatkuasa lain di dalam dan luar negara dalam penguatkuasaan undang-undang penyalahgunaan media sosial di negara ini, termasuk yang boleh memecah-belahkan masyarakat dengan fahaman ajaran sesat ini seperti yang terbaru, golongan antihadis," katanya.
Jailani bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pakaian murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Manir, Kuala Terengganu hari ini.

Anwar pertikai kenapa Mahathir hidupkan anti-hadis yang dah lama mati

Tindakan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan sokongan kepada pelopor gerakan antihadis di negara ini, Dr Kassim Ahmad, menghairankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana gerakan tersebut telah lama mati.
"Di Putrajaya di bawah naungan Yayasan Kepimpinan Perdana ada perbincangan untuk ketengahkan (idea) Kassim Ahmad, pelopor (pemikiran) antihadis. Apa dah jadi ni,”soal Anwar dalam satu majlis ceramah dekat sini, lapor laman rasmi PAS, Harakahdaily.
Anwar yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang turut mempersoalkan keperluan menghidupkan gerakan antihadis yang telah lama berkubur.
"Di mana ulama Umno?” soal beliau.
Menurut beliau, hadis adalah sumber kedua terpenting dalam Islam dan antara peranannya adalah untuk menjelaskan kandungan Al-Quran.
“Perkara ini berkaitan dengan akidah,” jelas beliau ketika berucap dalam satu majlis ceramah, dekat sini.
Pada seminar “Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian Semula” anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana, Kassim sekali mempersoalkan peranan hadis sebagai sumber hukum, memperlekehkan ulama dan mempertikaikan rambut sebagai sebahagian dari aurat bagi wanita muslim.

Pil Kuda: Presiden PAS diperintah bayar RM2 juta dalam penghakiman ingkar


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.
Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.
Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.
Bagaimanapun, Peguam PAS, Asmuni Awi ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu esok.
"Kita menerima perintah itu hari ini dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok juga.
"Saya yakin perintah ini boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes ini," kata Asmuni kepada The Malaysian Insider.
Abdul Hadi disaman oleh Shamsul ekoran dakwaan Abdul Hadi bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.

Benarkah Saiz Orang Zaman NABI Terdahulu BESAR-BESAR? - Ustaz Azhar Idrus

Hukum SEDEKAH AL-FATIHAH Kepada Orang MATI - Ustaz Azhar Idrus

Anwar saji lagu Tamil, tarian Kollywood pikat pengundi India

Rakan lama Umno beri sokongan pada Anwar tanding di Kajang

Rumah Mampu Milik Kelantan & Isu Tuntutan Royalti Minyak Kelantan | YAB Ustaz Dato' Hj Ahmad Yakob

Anwar : Cubaan sabotaj berucap di Parlimen

Anwar : Fokus atasi masalah Kajang

Anwar : Jangan pertikai Quran dan Hadith

Anwar : Saya pernah pecat Kassim Ahmad

PRK Dun Kajang: Kemenangan Anwar Adalah Penolakan Mutlak Kepada BN

Pilihanraya kecil DUN Kajang semakin hampir tarikhnya. Calon-calon yang bakal bertanding juga sudah dumumkan. BN menamakan Naib Presiden MCA, Chew Mei Fun manakala PKR sejak awal meletakkan Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim. Beberapa calon Bebas juga turut mengumumkan hasrat untuk bertanding tetapi kebarangkaliannya mungkin hanya Zaid Ibrahim yang berani mengotakan kata-katanya.

Sekarang ini yang perlu ditunggu hanyalah tarikh 11 Mac untuk diketahui secara rasmi siapakah yang bakal bertanding dalam pilihanraya itu.

Sejak awal pengumuman kekosongan pilihanraya ini, sasaran semua pihak tidak lain ialah Anwar Ibrahim. Langkah Kajang yang bakal menjadikan Anwar sebagai ADUN dan seterusnya MB Selangor seolah-olah sesuatu yang wajib dihalang oleh semua pihak.

Mahathir dan Daim yang sebelum ini dilihat sudah menghidupkan enjin untuk memulalan serangan terhadap kepimpinan Najib yang terus-terusan dilanda pelbagai masalah, kemudiannya turut mengalihkan sasarannya kepada Anwar. Mahathir terutamanya, melalui beberapa komennya, terpampang ketakutan yang amat sangat terhadap kemaraan Anwar dan sedang menggagahkan dirinya yang sedang menginjak usia 89 untuk menentang bekas TPM yang pernah dipecatnya itu.

BN pula, walaupun menyedari pilihanraya Kajang tidak mampu mengubah apa-apa kedudukan mereka di Selangor, atas desakan agar tidak memberi laluan percuma kepada Anwar dan mengelak dianggap penakut, akhirnya menamakan Chew Mei Fun yang dianggap bersih, bermoral tinggi dan rajin bekerja sebagai calonnya. Dibahu wanitanya disandarkan harapan untuk menewaskan Anwar dan juga melonjakkan imej MCA.

Calon Bebas Zaid Ibrahim juga, hasratnya bertanding tidak lain ialah untuk menghalang Anwar daripada menjadi MB Selangor.

Beberapa orang yang turut mahu menawarkan diri sebagai calon Bebas (entah jadi, entah tidak) sebelum ini seperi Nallakaruppan, penyanyi Herman Tino dan Yuktes Vijay juga hasrat mereka semata-mata untuk menghalang Anwar.

Barangkali ini pertama kali dalam sejarah begitu ramai yang mahu menawarkan diri bertanding sebagai calon Bebas bukan disebabkan tidak bersetuju dengan kerajaan yang memerintah tetapi semata-mata untuk melawan Ketua Pembangkang. Malah calon-calon Bebas ini lebih mirip menyokong kerajaan.

PRK Dun Kajang: Belum penamaan calon, BN sudah tabur janji RM10juta..!!

Pembinaan bangunan baharu hospital itu adalah wajar dan seiring dengan pertambahan penduduk di sekitar Kajang 

Dr S SubramaniamKAJANG: Apabila calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun berkempen di Kajang, beliau dihentam kerana sudah berkempen sedangkan hari penamaan calon belum lagi tiba (11 Mac).
Hari ini pemimpin BN sudah turun ke Kajang menabur janji walaupun hari penamaan calon tinggal 16 hari lagi. Oleh itu pemimpin BN dua kali lima dengan pemimpin PKR yang dihentam selama ini.
Kementerian Kesihatan akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk membina bangunan baharu bagi menggantikan bangunan Hospital Kajang yang kini berusia 125 tahun.
Menteri berkenaan Datuk Seri S. Subramaniam berkata pembinaan bangunan baharu hospital itu adalah wajar dan seiring dengan pertambahan penduduk di sekitar Kajang, selain lokasi bangunan sedia ada terletak berhampiran jalan utama.
“Saya akan bawa perkara ini kepada perhatian Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), Kementerian Kewangan dan Unit Perancangan Ekonomi.
Keputusannya bergantung kepada penilaian mereka,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan di Hospital Kajang di sini, hari ini.
Beliau turut mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan dan AnggotaLembaga Pelawat Hospital Kajang serta meninjau operasi hospital.

Jadi Bahan Ujikaji: Bertanding di Kajang untuk ukur pengaruh MCA..!!

PAGOH: Pemilihan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menjadi pengukur kepada penerimaan rakyat terhadap kepimpinan baharu parti itu.
Berikutan itu, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peluang bertanding itu tidak harus dipersia-siakan meskipun ada pihak mencadangkan BN supaya tidak bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang 23 Mac ini.
"Kalau tidak ada kesempatan ini diambil, maka lebih sukar untuk mengukur sejauh mana penerimaan masyarakat Cina ataupun rakyat terhadap kepimpinan baharu (MCA).
"Apapun keputusan itu nanti, akan dijadikan satu gambaran di mana mereka (MCA) berada, dan langkah-langkah pemulihan yang boleh diambil dan asas-asas perjuangan yang hendak diperjuangkan untuk masyarakat Cina mungkin dapat disampaikan pada pilihan raya seperti ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di kawasan Parlimen Pagoh di sini, hari ini.

Anugerah projek untuk selamatkan syarikat kroni

KUALA LUMPUR: Laporan The Edge berhubung penganugerahan projek jana kuasa tenaga lapangan hijau menggunakan arang batu (Projek 3B) 2,000 MW kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menimbulkan pelbagai tanda tanya umum terhadap syarikat kroni yang dibebani hutang berbilion ringgit itu.

Malah keputusan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menganugerahkan projek tersebut kepada 1MDB dipercayai lebih didorong kepada usaha menyelamat syarikat yang kini dibelenggu hutang melebihi RM40 bilion.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam satu kenyataan media menyifatkan penganugerahan projek itu sebagai usaha terdesak menyelamatkan syarikat disukai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menurutnya, sejak 2012, 1MDB meneruskan strategi pemerolehan secara melulu untuk mengambil alih penjana tenaga bebas (IPP) yang kontraknya sudah berakhir pada premium sangat tinggi dengan pinjaman.

EGM MCA lulus usul pemimpinnya pegang jawatan dalam kerajaan 47% BN


MCA menerusi kepimpinan presidennya yang baru, Datuk Seri Liow Tiong Lai bersetuju pemimpin parti itu menyertai Kabinet. Gambar fail.MCA menerusi kepimpinan presidennya yang baru, Datuk Seri Liow Tiong Lai bersetuju pemimpin parti itu menyertai Kabinet. Gambar fail.Selepas terhenti kira-kira sembilan bulan, MCA bersedia untuk memegang semula jawatan dalam kerajaan selepas hampir keseluruhan ahlinya bersetuju agar pemimpin mereka berbuat demikian.
Walaupun ada protes menjelang Mesyuarat Agung Luar Biasanya (EGM) hari ini, 1,913 daripada 1922 perwakilan menyokong pemimpin mereka menerima jawatan pusat, negeri dan kerajaan tempatan.
Hanya lima perwakilan mengundi menolak cadangan itu.
Semua pemimpin kanan parti BN itu memutuskan untuk menolak jawatan kerajaan selepas pencapaian buruk mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu apabila mereka hanya menang tujuh daripada 37 kerusi persekutuan dan 11 daripada 90 kerusi negeri yang mereka tandingi.

Tindakan pindahkan guru bantah, bukti sistem PBS zalim

KUALA LUMPUR: Tindakan Kementerian Pendidikan memindahkan Pengerusi Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari ke sebuah sekolah pedalaman di Jerantut, Pahang dengan notis 24 jam menambah bukti kezaliman sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terhadap para guru.
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming (gambar) dalam satu kenyataan medianya mengecam tindakan Kementerian Pendidikan itu dan menuntut kerajaan mendengar maklum balas SGMM, ketimbang mengeluarkan arahan berbentuk ugutan seperti yang dialami Cikgu Izzat.
“Walaupun falsafah di sebalik PBS itu mungkin bagus, tetapi sepertimana banyak lagi perkara lain di Malaysia, pelaksanaannya sangat buruk dari awal lagi.
“Saya telah mendengar keluhan bagaimana para guru terpaksa berjaga sehingga jam dua atau tiga pagi hanya untuk memasukkan gred ke dalam sistem kerana sistem tersebut tidak sesak pada waktu-waktu tersebut.
“Malah ada juga guru yang mengadu data yang mereka masukkan hilang,” kata beliau.
Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan dilaporkan turut menghadapi kesukaran menggunakan sistem SPPBS dan memerlukan dua minit untuk memasukkan data seorang murid.
“Mengandaikan sistem tersebut tidak ‘sangkut’ seorang guru dengan 30 murid untuk satu matapelajaran memerlukan minimum tiga jam seminggu hanya untuk memasukkan data gred tersebut,” tambah Strategis Pilihan Raya DAP itu.
Beliau turut menggesa pihak Kementerian supaya segera menghentikan sistem terbabit buat masa ini dan membatalkan arahan perpindahan Cikgu Izzat.
“Kementerian harus menunjukkan bahawa mereka bukan hanya tahu menghukum pihak yang berani memberi kritikan tetapi harus sedia mendengar pandangan mereka dan bekerjasama,” kata Kian Ming.

Tabung Murabitun untuk petugas parti - Dr Siti Mariah

SHAH ALAM: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKP) akan mewujudkan 'Tabung Murabitun' bagi menampung keperluan petugas parti sepenuh masa dan ahli-ahli yang kurang berkemampuan.

Pengerusi LKKP, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, dalam pada melakukan kebajikan kepada masyarakat, LKKP akan turut memberikan perhatian yang serius kepada kebajikan ahli sendiri.

Beliau berkata, tabung khusus untuk menyokong pendapatan petugas parti amat penting supaya mereka tidak berasa diabaikan dan dapat melaksanakan tugas parti tanpa gangguan masalah kewangan.

"Tabung murabitun ini khusus untuk menampung keperluan petugas sepenuh masa PAS, untuk keperluan ahli keluarga mereka dan duit tabung juga akan disalurkan kepada ahli yang menghadapi masalah kewangan untuk membantu parti.

"Kita tidak mahu lajnah kebajikan hanya membantu masyarakat di luar sedangkan kebajikan petugas dan ahli kita sendiri terabai. Tabung ini memang khusus untuk keperluan petugas parti," katanya pada Retreat LKKKP di Hotel De Palma, dekat sini semalam.

Selain itu, LKKP juga akan menitikberatkan pendidikan anak-anak ahli PAS dengan mengadakan program-program akademik dan pembentukan akhlak dan sahsiah setiap kali cuti sekolah.

Facebook pro-Pakatan disekat di Malaysia?

Beberapa akaun laman Facebook pro-Pakatan yang popular tidak boleh dilayari di Malaysia sejak tengahari semalam, mencetuskan spekulasi bahawa laman sosial itu disekat di sini.

Percubaan untuk melayari laman sosial Facebook yang terlibat tetapi pelokasi sumber seragam (URL) mengarahkan kembali ke laman utama Facebook.

Berdasarkan kenyataan akhbar Biro Ekonomi DAP Perak Chong Zhemin, laman Facebook yang terlibat termasuklah 'We Fully Support PKR' dan 'Zhong Zheng Kuai Xun'.

Laman itu antara yang popular di kalangan komuniti Cina khususnya sewaktu pilihan raya umum ke-13 lalu, mengedarkan mesej pro-Pakatan dan mencatatkan sehingga 500,000 'likes'.

Seorang pelajar Malaysia yang kini menyambung pelajaran di Amerika Syarikat mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa beliau boleh melayari laman sosial yang disebutkan, dari negara itu.

PRK Dun Kajang ujian litmus untuk lihat MCA masih relevan, kata Liow


Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini adalah ujian litmus untuk melihat sama ada MCA masih relevan dalam politik atau tidak selepas ditolak rakyat, khususnya masyarakat Cina.
Namun, presiden barunya, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) mengakui cabaran yang bakal dihadapi partinya dalam PRK kali ketiga sejak berakhir pilihan raya umum ke-13 tahun lalu.
Liow berkata, MCA akan berjuang untuk mengembalikan pengaruhnya di kerusi kawasan bandar yang pernah dikuasainya suatu ketika dahulu.
"MCA perlu menjadi lebih kuat untuk hadapi cabaran masa depan.
"Hari ini, pilihan raya kecil Kajang adalah ujian kepada status politik MCA," kata Liow dalam ucapan sempena ulang tahun MCA ke-65 hari ini.
Dilihat sebagai sebuah parti lemah berikutan masalah dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya ketidakupayaan menandingi dominan Umno dalam Barisan Nasional (BN), menyaksikan MCA hanya memenangi 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN pada pilihan raya umum 2008.
Kemudiaan, MCA sekali lagi berdepan dengan malu apabila gagal meraih sokongan dalam pilihan raya umum tahun lalu, hanya sekadar memenangi tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN.
Liow menyedari kelebihan tidak memihak kepada MCA ketika ini tetapi akan cuba berusaha menjelaskan kepada pengundi mengenai pilihan raya yang sengaja diadakan untuk menyelesaikan masalah dalaman parti PKR.
PRK Kajang diadakan susulan peletakan jawatan penyandangnya, Lee Chin Cheh daripada parti PKR.

Dr Aziz: K'jaan BN tiada pendirian moral tuduh Karpal hasut


Kerajaan perlu mempunyai pendirian moral yang tinggi terlebih dahulu sebelum menuduh Pengerusi DAP Karpal Singh kerana menghasut.

Memetik peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kesaksamaan sisi undang-undang, pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari menegaskan, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed telah membuat lebih provokatif dan kenyataan 'menghasut' semasa krisis perlembagaan pada 1983 dan 1993.

"(Oleh itu) kerajaan Umno-BN harus mempunyai alasan moral sebelum mereka memberi lampu hijau kepada Jabatan Peguam Negara meneruskan dengan pertuduhan terhadap Karpal.

"Adalah sukar untuk mengatakan bahawa (tuduhan hasutan terhadap) Karpal adalah semata-mata undang-undang dan tidak bersifat politik.

"Karpal mempunyai hak untuk diberi layanan yang sama seperti Mahathir dan rakan Umno beliau," kata Aziz Bari kepada Malaysiakini semalam, yang memetik Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan .

Karpal yang juga peguam dan MP Bukit Gelugor didapati bersalah bawah Akta Hasutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin kerana membuat kenyataan hasutan terhadap Sultan Azlan Shah dalam isu pertukaran menteri besar Datuk seri Mohammad Nizar Jamaluddin lima tahun lalu.

Anti-Hadith: Kassim sedia berdialog dengan Jakim

Pemikir kontroversi Dr Kassim Ahmad sedia memberi penjelasan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung kenyataan dalam satu seminar pemikirannya yang dianggap boleh menjejaskan akidah umat Islam.

Kassim berkata pelawaan Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha supaya beliau dan penganjur memberi penjelasan berhubung perkara itu disifatkannya satu jemputan ikhlas dalam semangat ukhuwah, lapor Mingguan Malaysia hari ini yang memetik kenyataannya.

"Saya serta Jawatankuasa Penganjur Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian pada 15 dan 16 Februari lalu di Putrajaya, menyambut baik hasrat Othman.

"Kami juga berharap dapat menjelaskan beberapa aspek kekeliruan dan salah tafsir berkaitan seminar berkenaan," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Minggu lalu, Othman berkata Jakim mahu berdialog dengan Kassim Ahmad serta penganjur "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" kerana menganggap idea Kassim "salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah".

Kassim antaranya menganggap syahadah kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad, mempertikai rambut sebagai aurat wanita dan menyamakan ulama sebagai 'kasta paderi' dalam Islam.

Sehubungan itu, Othman juga meminta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara itu dan memohon kerjasama jabatan agama Islam negeri-negeri dapat memantau dan memberi perhatian mengenainya.

Pendakwaan selektif kerana SPRM perlu bukti kuat, kata Abu Kassim


Tan Sri Abu Kassim Mohamed (gambar) mengakui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan pendakwaan selektif kerana perlukan bukti dan keterangan serta bukti yang kuat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM itu berkata, kedua-dua kriteria tersebut diperlukan untuk agensi pencegahan rasuah tersebut mengambil tindakan ke atas tertuduh.
"Memang SPRM melakukan pendakwaan selektif iaitu mendakwa orang yang mempunyai bukti dan keterangan yang kuat.
"Kalau keterangan tidak kuat, kita tidak tuduh, jadi kita (timbalan pendakwa raya) mesti buat pertimbangan yang teliti," kata Abu Kassim yang dipetik dalam wawancara ekslusif Mingguan Malaysia hari ini.
Abu Kassim menolak tuduhan mengatakan SPRM hanya membuat dakwaan ke atas kes kecil tetapi tidak kes besar.
"Pertamanya jangan tanya kita mengenai pertuduhan kerana kerja SPRM ialah menyiasat, itu perlu jelas.
"Pendakwaan diputuskan oleh timbalan pendakwa raya," katanya.
Desakan SPRM diberikan kuasa pendakwaan kes rasuah beberapa kali dibangkitkan, saranan sama juga dibuat oleh Jawatankuasa Khas dalam Laporan SPRM 2009.
Malah, badan pemantau pencegahan rasuah antarabangsa, Transparency International (TI-M) juga menggesa agar SPRM diberikan autonomi yang lebih untuk melakukan pendakwaan.

Anti-Hadith: Kassim Ahmad hanya bersama Dr Mahathir kali ini


Buku tulisan Kassim Ahmad yang diharamkan di negara ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 23 Februari, 2014.Buku tulisan Kassim Ahmad yang diharamkan di negara ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 23 Februari, 2014.Sebut apa sahaja pertubuhan Islam sekalipun, sama ada yang pro Barisan Nasional atau pro Pakatan Rakyat, semua menolak pemikiran Kassim Ahmad kali ini.
Turut menyertai penolakan ini adalah mufti dan badan agama kerajaan termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Bahkan, pertubuhan Islam seperti Isma yang selama ini selalu sahaja mempunyai pandangan berbeza dan pro Umno juga menolak Kassim.
Namun, Isma meringankan serangan terhadap Kassim dengan mengaitkan juga tokoh-tokoh lain ketika menyerang Kassim dengan berkata apa bezanya mereka ini dengan Kassim.
Ia termasuk Khalid Jaafar, Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar yang pernah sedekah surah al-Fatihah kepada orang bukan Islam yang meninggal dunia.
Isma juga menyerang Khalid Ismath yang pernah menyindir bahawa Nabi Muhammad melakukan israk dari rumahnya dan menyindir bahawa Ustaz Harun Taib adalah seorang nabi.
Isma juga marah kepada Ahmad Farouq Musa dan Fuad Rahmat dari IRF. Mereka secara halus mempromosikan penafsiran Al-Quran secara hermenutika.
Isma juga menyerang Zainah Anwar daripada Sister in Islam kerana beliau pernah menolak hudud secara terang-terangan.
Namun, kumpulan Islam lain memberikan fokus sepenuhnya kepada sikap Kassim yang disokong pula oleh pihak yang berpengaruh dalam Umno iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.
PAS dan Abim serta beberapa NGO lagi berpadu tenaga dalam perhimpunan membantah Kassim.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat  sendiri bangun menentang kenyataan Kassim.
Jawi mengadakan siasatan khas bagi menyiasat laporan mengenai kenyataan Kassim yang dikatakan anti hadis itu.

MENCARI KEMAJUAN DAN KEJAYAAN MALAYSIA?

Prof Dr Mohammad Agus Yusoff

Pada tahun 1970-an, Malaysia lebih maju dari negara Korea Selatan, Taiwan dan Singapura. Ini kerana Korea Selatan baru selesai perangnya dengan Korea Utara, Taiwan pula sering diancam oleh kuasa China dan Singapura pula sekadar sebuah pulau kecil yang baru berpisah dari Malaysia.

Pada tahun 1980, pendapatan perkapita Korea Selatan ialah US$1845.66 dan Malaysia $1804.12, iaitu lebih kurang sama sahaja dengan negara kita. Dan begitulah juga Taiwan dan Singapura.

Tetapi pada tahun 2012, pencapaian ekonomi kita jauh berbeza dengan tiga buah negara tadi. Pendapatan perkapita nominal Singapura ialah US$50,323, Korea Selatan US$25,189, Taiwan US$22,022, dan Malaysia US$12,243.

Apa Bezanya kita dengan Korea, Taiwan dan Singapura?

Memang banyak bezanya. Kita ada sumber alam yang banyak, tetapi mereka tiada. Kita semakin terkebelakang dan mereka semakin ke depan dari kita.

Lihat sahaja pencapaian di Sukan Olimpik musim panas. Korea Selatan juara dalam sukan memanah dan menembak. Kita paling jauh boleh pergi pun dalam sukan badminton sahaja. Sukan Olimpik musim sejuk di Sochi sekarang, Korea Selatan hebat dalam acara speed skating dan figure skating. Kita tidak menyertai pun sukan Olimpik musim sejuk.

Dari segi bola sepak, pada tahun 1970-an dahulu, kita sering berebut untuk menjadi juara Pesta Bola Merdeka dengan Korea Selatan, tetapi sekarang ini usahkan untuk menjadi juara, Pesta Bola Merdeka pun sudah tidak ada lagi, sedangkan dahulunya Pesta Bola inilah dianggap sebagai antara kejohanan paling berprestij di Asia.

Tengok bidang automobil dan kejuruteraan teknologi lain. Kita ada Proton lengkap dengan sistem perlindungannya sekali sehingga harga kereta menjadi mahal, tetapi di luar negara Proton kita bukan pesaing. Bandingkan dengan Hyundai atau jenama elektronik Korea Selatan seperti Samsung dan LG. Kehebatan mereka di luar keupayaan tandingan kita.

Lihat industri hiburan kita, filem Korea dan Taiwan jauh lebih maju. Ada Winter Sonata, muzik ada K-Pop. Tapi kita ada Melodi setiap Hari Minggu yang melaga-lagakan artis kita. Aduhai!

Lihat dari segi industri perkhidmatan. Bandingkan mutu syarikat penerbangan Singapura dengan MAS atau Airasia. Lihat keinginan syarikat perkapalan, sama ada mereka lebih senang berlabuh di Jurong atau di pelabuhan kita?

Boleh kah BN atau PR mendapat sokongan 'legitimacy' 2/3 di hari mendatang?

Aspan Alias

Kalau kita fikir-fikirkan, susah hendak kita jangka apa yang akan terjadi atau kesudahan politik negara kita yang masih berkocak ini. Adakah tindakan pembangkang berusaha dengan berbagai-bagai inovasi tindakan politik mereka boleh membawa mereka ke Putrajaya satu-satunya perjuangan yang ada kepada mereka ? Atau UMNO dan BN akan masih kekal menerima mandat rakyat walaupun dengan sokongan yang mengecil?
Inovasi tindakan politik pembangkang khususnya PKR begitu 'sophisticated' dan memaksa pilihanraya kecil Kajang dikatakan salah satu dari percubaan untuk memperkuatkan kabilah mereka ke Putrajaya.
Apa sahaja yang terfikir oleh kepimpinan mereka, akan mereka lakukan walaupun tindakan mereka itu menyusahkan rakyat dan berbagai pihak yang lain. dalam mencuba dan mencuba untuk ke Putrajaya itu, mereka melemahkan parti mereka kerana hasilnya wujud ketidak puasan hati diantara kepimpinan mereka dan timbul bibit-bibit perpecahan didalam parti mereka.
Apabila terlihat bibit perpecahan itu ia mengurangkan keyakinan rakyat terhadap mereka, sedangkan BN sememangnya sudah dipersepsikan sebagai parti yang lemah tetapi menyandang kuasa dalam kerajaan. Justeru apakah kesudahannya? Itulah yang saya sentuh di dalam posting yang lepas.
Jika BN masih kekal dalam beberapa tahun ini ia bermakna Pakatan Rakyat masih akan menjadi pembangkang. Sebaliknya jika Pakatan Rakyat menang ia pasti akan merupakan kemenangan kecil, itu pun jika di campurkan jumlah perolehan kerusi dari ketiga-tiga parti komponen itu.
Maksud saya UMNO akan tetap kekal sebagai parti ‘singularly’ sebagai parti yang paling banyak representasinya dalam Dewan Legislatif Parlimen. Walaupun jumlah keseluruhan kerusi mungkin berkurangan dari kerusi yang diperolehi oleh PR keseluruhannya. Jika ini berlaku kerajaan Pakatan Rakyat akan menjadi kerajaan yang lemah kerana tiada satu pun parti-parti dalam PR itu yang boleh menandingi UMNO dengan jumlah kerusi secara individu parti dalam PR itu.
Pendeknya, Jika PR mendapat mandat ia merupakan mandat yang kecil dan tidak mungkin berjaya menjadi kerajaan yang kuat. Ia akan menjadi seperti UMNO dan BN yang amat payah untuk mentadbir kerajaan dengan berkesan. Dalam sistem politik kita di sini, ‘the winner takes all, and the loser looses all’ Oleh kerana itu, menukar kerajaan dengan kerajaan minoriti seperti kerajaan BN hari ini tidak akan membawa apa-apa faedah kepada semua pihak.

Mengapa hidupkan anti-hadis yang dah lama mati?

KAJANG: Tindakan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan sokongan kepada pelopor gerakan antihadis di negara ini, Dr Kassim Ahmad menghairankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana gerakan tersebut telah lama mati.
Di Putrajaya di bawah naungan Yayasan Kepimpinan Perdana ada perbincangan untuk ketengahkan (idea) Kassim Ahmad, pelopor (pemikiran) antihadis. Apa dah jadi ni”soal Anwar.
Anwar yang bakal bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang turut mempersoalkan keperluan menghidupkan gerakan antihadis yang telah lama berkubur.
 Di mana ulama Umno?” soal beliau.
Menurut beliau, hadis adalah sumber kedua terpenting dalam Islam dan antara peranannya adalah untuk menjelaskan kandungan Al-Quran.
“Perkara ini berkaitan dengan akidah,” jelas beliau ketika berucap dalam satu majlis ceramah, dekat sini.
Pada seminar “Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian Semula” anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana, Kassim (gambar) mempersoalkan peranan hadis sebagai sumber hukum, memperlekehkan ulama dan mempertikaikan kewajipan menutup aurat bagi perempuan muslim.
Anwar yang bakal mewakili PKR pada PRK Kajang 23 Mac ini bakal menghadapi pertandingan pelbagai penjuru.
BN menamakan Naib Presiden MCA, Chew Mei Fun Jumaat lalu manakala beberapa individu seperti Zaid Ibrahim dan penyanyi Herman Tino turut menyatakan hasrat untuk bertanding.
Dun Kajang mempunyai 39,728 pengundi berdaftar dengan 48% Melayu, China (41%), India (10%) dan lain-lain kaum (1%).

Mereka berjalan untuk keamaman dan dipimpin rakyat biasa


Sekumpulan rakyat Malaysia yang ambil berat mengenai pelbagai isu ketegangan kaum dan agama mengadakan program berjalan kaki untuk kebebasan di KLCC, bulan lalu. Gambar fail.Sekumpulan rakyat Malaysia yang ambil berat mengenai pelbagai isu ketegangan kaum dan agama mengadakan program berjalan kaki untuk kebebasan di KLCC, bulan lalu. Gambar fail.Berjalan kaki untuk kebebasan di Kuala Lumpur bulan lalu membawa makna tersendiri, dengan rakyat biasa mendahuluinya untuk kepentingan nasional.
Suri rumah, pelajar, profesional dan aktivis datang secara sukarela untuk menyertai jalan kaki untuk kebebasan itu bermula 5 Januari di gereja Our Lady of Lourdes di Klang dan di Pulau Pinang Ahad lalu, dengan dua lagi dijangka bulan depan.
Kumpulan Malaysian untuk Malaysia patut diberikan pujian kerana memulakan momentum ini.
Dipimpin oleh aktivis, Azrul Mohd Khalib, kumpulan ini memulakan perhimpunan 5 Januari di gereja itu yang turut disertai oleh Datin Paduka Marina Mahathir yang menyerahkan bunga kepada penganut Kristian bagi melahirkan solidariti bersama mereka berikutan isu kalimah Allah.
"Kumpulan ini terdiri daripada rakyat biasa yang sangat mengambil berat tetang Malaysia. Adalah penting untuk menunjukkan bahawa anda bukanlah sebahagian daripada mana-mana NGO atau parti politik untuk menunjukkan anda melakukan sesuatu," kata Azrul kepada The Malaysian Insider.
"Jenis program bergantung kepada koordinator yang juga seorang sukarelawan, yang boleh membawa orang ramai bersama,” katanya.

My Southeast Asia with Dr Farish: Culture Shared and Threatened

My Southeast Asia with Dr Farish: Batik

My Southeast Asia with Dr Farish: Borders & Beyond

My Southeast Asia with Dr Farish: ASEAN and Our Future

Analysis: The fall of El Chapo

Analysis: The fall of Yanukovich

Clashes in Venezuela

Kuda Kepang: Antara agama dan budaya

PERKASA: Melayu liberal, termasuk di JPM ancam Islam

Pusingan terakhir perlawanan Dr Mahathir – Anwar Ibrahim

Amin Iskandar@Black

Datuk Seri Najib Razak hanya menghitung hari untuk terus berada di Putrajaya.
Sejak akhir-akhir ini, apa sahaja yang dilakukannya seperti tidak kena. Rakan-rakan Kabinet yang seharusnya bersamanya seolah-olah cuba menjarakkan diri sekarang.
Terbaru apabila Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Beberapa hari selepas itu, Waytha Moorthy menuntut Najib supaya berhenti kerana dikatakan gagal menunaikan janjinya untuk memperbaiki taraf kehidupan masyarakat India dan tiada pembelaan kuat terhadap Najib daripada anggota Kabinet.
Tidak kedengaran suara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membela Najib. Tiada juga suara pemimpin paling popular Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Hanya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang tampil ke depan “membelasah” Waytha Moorthy.
Diikuti dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang juga merupakan sepupu Najib. Tidak ketinggalan juga timbalan menteri dari MIC, P Kamalanathan.
Majoriti anggota Kabinet seperti menunggu sesuatu yang bakal berlaku tidak lama lagi dan sebab itu mereka mengambil sikap “tunggu dan lihat”.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula semakin rancak berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan berlangsung pada 23 Mac akan datang.
Kerusi menteri besar Selangor semakin hampir dalam genggamannya, beliau tidak menghiraukan pergolakan di Putrajaya dan memberikan tumpuan kepada Kajang.
Walaupun Kajang hampir pasti milik Anwar, beliau berkempen ibarat pertama kali Barack Obama bertanding jawatan presiden Amerika Syarikat.
Pelbagai kritikan dilemparkan terhadap “Rancangan Kajang” termasuk daripada pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan juga rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) sendiri, namun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hampir pasti akan mengemas beg daripada pejabatnya selepas 23 Mac.
Kelewatan Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon menyebabkan Anwar merobek sedikit demi sedikit kubu kuat Umno di Kajang.

Anti hadis: Umat Islam jangan terkeliru - MB Kelantan

TUMPAT – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menyeru umat Islam supaya jangan terpengaruh dengan golongan anti hadis kerana golongan itu juga cenderung ke arah anti al-Quran.

Menurutnya, di dalam al-Quran jelas ada hujah padat bahawa sebagai umat Islam perlu patuh pada ajaran Islam dan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh ALLAH SWT .

“Amat kesal apa yang berlaku hari ini, mana-mana yang terpesong dan terpengaruh dengan golongan anti hadis diminta bertaubat dan kembali pada jalan yang benar.

“Umat Islam jangan terkeliru dengan golongan ini kerana ia merosakkan akidah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Dhuafat kepada seorang warga emas, Minah Salleh di Kampung Hutan Jambu di Kok Pasir, di sini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar.

Baru-baru ini, Kassim Ahmad merupakan seorang karyawan dan bekas aktivis politik mencetuskan kontroversi apabila mengkritik golongan ulama Islam yang disifatkannya sebagai ‘kasta paderi’ serta mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak perlu dimuliakan selain rambut bukanlah aurat bagi wanita.

Dalam pada itu, Ahmad menyeru agar jangan membuat kenyataan yang menyentuh sensitiviti umat Islam kerana agama Islam adalah agama rasmi negara.

“Menghina Nabi Muhammad, menghina al-Quran, itu boleh menyentuh sensitiviti umat Islam, elakkan perkara itu terjadi,” katanya.

"Langkah Kajang" buat Umno panik, kata Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi ceramah pilihan raya di Saujana Impian, Kajang, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Februari, 2014.Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi ceramah pilihan raya di Saujana Impian, Kajang, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Februari, 2014.Gerakan "Langkah Kajang" oleh Pakatan Rakyat (PR) menjadikan Barisan Nasional (BN) panik terhadap kedudukan mereka di Selangor, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, "elemen kejutan" yang dilakukan PR dengan meletakkan beliau sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menyebabkan beberapa pemimpin veteran BN mengeluarkan kenyataan kedudukan Umno dalam bahaya.
"Elemen kejutan Langkah Kajang ini dia (Umno) panik. Kita jangan cuai. Kita kena pastikan, sabotaj dari luar itu cukup kuat," kata Anwar ketika berucap dalam ceramahnya malam tadi Kajang.
"(Tun) Daim Zainuddin yang sedang tidur pun bangkit mahu lawan (Anwar). (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) pun kata tidak boleh Anwar (bertanding di Kajang). Mahathir sudah 87 tahun, dengar nama Anwar dia takut.
"Dia takut sebab apa, anak dia Melayu paling kaya di Malaysia. Hidup Melayu, siapa? Anak dialah,” katanya.
BN sebelum ini mengumumkan calon mereka iaitu Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun untuk bertanding menentang Anwar merebut kerusi yang dikosongkan Lee Chin Cheh bagi memberikan laluan kepada Anwar di kerusi berkenaan.
Anwar turut dilihat menegaskan keutamaan untuk melawan Umno dengan mengatakan MCA hanyalah sekadar "menumpang" kedudukan Umno.
"Siapa BN nak letak itu kerja dia. Cuma kita nak bagi tahu kita bukan lawan MCA, yang kuasa ini pemimpin Umno. MCA tumpang sahaja, dia tidak berani cakap.
"Siapa kisah MCA? Calon dia MCA, tapi sokongan semua BN, Umno dalam kerajaan,” katanya.
Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang dikatakan cubaan Anwar untuk meredakan kemelut dalaman parti yang melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.