Khamis, 20 Februari 2014

[Berat Nanang] Menang JUDI Buat Kenduri KESYUKURAN - Ustaz Azhar Idrus

Anti Hadis: Ulama Muda UMNO tampil pertahan Mahathir dan Kassim Ahmad ..??






Cara ISTIQAMAH Dalam BELAJAR AGAMA - Ustaz Azhar Idrus

Pengetua Tahfiz Amal bertegas 'jualan amal' ikut syarak


Penduduk Balakong Derita Tiada Bekalan Air


Kajian UMCEDEL menjelang PRK Dun Kajang


Selepas PRK Kajang, Lebih Ramai Yang Mahukan Najib Berundur...Tunggulah..!!

Ada sesuatu yang unik di negara kita. Sesuatu perkara itu selalunya berlaku bermusim dan berturut-turut. Jika mula berlaku tanah runtuh misalnya, selalunya beberapa kejadian lagi akan berlaku selepas itu. Begitu juga jika ada kes penderaan pembantu rumah, kanak-kanak mati di taska, kes orang hilang, remaja perempuan dilarikan ke Lombok dan sebagainya, selalunya kejadian yang sama akan berturut-turut berlaku untuk beberapa lama sehingga ia menjadi perbualan di seluruh negara.

Perkara yang saja kini nampaknya sudah menjangkit ke dunia politik pula.

Selepas pilihanraya umum 2013, suara-suara yang meminta Najib berundur mula kedengaran. Ia bukan saja kerana prestasi beliau lebih buruk berbanding pencapaian Pak Lah pada 2008, tetapi juga kelemahan yang berterusan dan sikap tidak mahu berubah sehingga lebih ramai yang percaya kekalnya beliau akan menyebabkan BN lebih mudah ditumbangkan dalam pilihanraya akan datang ini.

Tetapi jika sebelum ini, hanya golongan penulis, blogger, pemimpin veteran UMNO dan seumpamanya saja yang menyuarakan perlunya Najib berundur dan memberi peluang kepada pemimpin lain menerajui parti serta kerajaan tetapi kini seruan yang sama turut datangnya daripada kelompok yang terlibat secara langsung dalam politik.

Bermula dengan perletakan jawatan pemimpin Hindraf, P Waytha Moorthy ssbagai timbalan menteri dan kemudian meminta Najib segera meletakkan jawatan kerana diangggap khianat dan mungkir janji untuk membantu golongan miskin kaum India, seruan yang sama kemudian datang pula daripada pemimpin Sabah, Jeffrey Kitingan yang mengetuai parti STAR.

Jika Waytha sekadar meminta Najib meletakkan jawatan atas alasan sudah kehilangan moral politik sebagai pemimpin yang seharusnya berpegang pada janji, Jeffrey pula bukan saja mengecam Perdana Menteri sebagai pemimpin yang membawa banyak masalah kepada negara, malahan mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai alternatif yang terbaik sebagai penggantinya.

Dengan menyedari bahawa kemenangan BN banyak bergantung kepada kemenangan kerusi di Sabah dan Sarawak, saranan Jeffrey tidak lain ialah untuk memancing perhatian parti-parti lain di kedua-dua negeri itu agar mempunyai lorong kesedaran yang sama dengannya.

Beralihnya sokongan yang diterima BN selama ini, sama ada di Sabah mahu pun Sarawak, adalah petanda maut bagi Najib.

4 cabaran baru politik tahun 2014

Oleh LIEW CHIN TONG
POLITIK Malaysia terus berkocak, sungguhpun PRU13 pada 5 Mei 2013 telah melabuh tirainya. Ini kerana pertentangan asas dalam masyarakat tidak dileraikan sepenuhnya. Politik dan ekonomi Malaysia terperangkap dalam formula yang sudah ketinggalan zaman sejak krisis ekonomi pada tahun 1997 dan kes pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998. 

Kepincangan dalam sistem kita terus melonggok, menunggu masanya untuk meledak. Padahal pengunduran Tun Dr Mahathir Mohamad pada Oktober 2003 dan pengambilalihan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri membuka satu peluang untuk reformasi dalaman Barisan Nasional ketika itu. Dato’ Seri Najib Razak pula mengemukakan Model Ekonomi Baru setelah mengambil-alih tampuk kuasa pemerintahan pada April 2009.
Kedua-dua pembaharuan dalaman ini berakhir dengan kegagalan – seandainya kita meninjau hasilnya sekarang.
Masalahnya, impak daripada siri perhimpunan Bersih, PRU12 (8 Mac 2008) dan PRU13 (5 Mei 2013) gagal menamatkan sistem autoritarian ini sepenuhnya.
Lantas perkembangan Malaysia terus terbantut, seolah-olah tergantung di situ sahaja. Namun  saya menjangkakan situasi ini akan terkesan dengan beberapa perkembangan politik pada tahun 2014. Sama ada perubahan struktur mampu mengambil tempat dalam pergolakan ini, ia sebenarnya bergantung kepada sejauh manakah usaha yang kita curahkan.
Pertamanya, PRK Dun Kajang. PRK Kajang adalah percaturan strategi Pakatan Rakyat untuk menyerang – sebagai langkah membebaskan diri daripada kebuntuan selepas PRU13.
Dalam politik kita tidak sekadar mengawal dengan membalas serangan musuh secara pasif, tetapi mengambil langkah terlebih dahulu sebelum pihak lawan. Saya berharap Anwar Ibrahim membuka langkah baru ke arah Putrajaya dengan menawan Dun Kajang.
Seandainya Anwar menguasai Selangor, beliau mampu mengimbangi kuasa Umno-BN dengan kerajaan negeri Selangor, khususnya pada tahun 2014 yang menyaksikan kenaikan harga barangan, dan rungutan yang dijangka melambak apabila memasuki tahun 2015 – dengan pelaksanaan GST ( Cukai Barangan dan Perkhidmatan). Mungkin ramai yang memperlekehkan andaian sedemikian, tetapi melihat kepada kenaikan kadar tol yang ditangguhkan setahun selepas PRK Kajang mengambil tempat, kita akan sedar sejauh manakah kesannya jika Anwar menerajui kerajaan negeri Selangor.
Kedua, perubahan di negeri Sarawak. Pengumuman Taib Mahmud untuk berundur daripada jawatan Ketua Menteri setelah 33 tahun berkuasa bakal mendatangkan impak yang besar terhadap senario politik.

Di mana kesudahan kenaikan harga barang?

Oleh MOHAMMAD A HAMID
KENAIKAN harga barang keperluan mutakhir ini memberi kesan besar kepada kehidupan rakyat.Kenaikan harga ini bukanlah kali pertama malah sebelum ini pun ia telah berlaku terutama apabila harga bahan api dinaikkan kerajaan. Isu kenaikan harga barang ini secara langsung menyumbang kepada kos sara hidup lebih tinggi.

Indeks Harga Pengguna bagi tempoh Disember 2012 sehingga Disember 2013 menunjukkan kenaikan keseluruhan sebanyak 3.3%. Kenaikan lebih ketara apabila dilihat pada barang makanan dan minuman bukan alkohol dan pengangkutan iaitu masing-masing sebanyak 4.6% dan 5.0% pada tempoh sama Bukan itu sahaja, rakyat juga dibebankan dengan tarif elektik yang meningkat bermula 1 Januari 2014 iaitu dengan kadar baru dinaikkan secara purata di Semenanjung Malaysia sebanyak 4.99 sen setiap kilowat sejam (kWj) atau 14.89 peratus daripada kadar pada tahun 2013. Bagi warga kota yang berhadapan dengan kos sara hidup yang sedia tinggi sebelum ini, kenaikan ini tentunya memberi kesan lebih mendalam terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila kenaikan gaji tidak seiring dengan kenaikan kos sara hidup.
Apa yang dibimbangi, isu ini bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi sesebuah keluarga, malah ia juga mempunyai kesan sosial yang mempunyai implikasi besar di dalam masyarakat.
Kesempitan hidup warga kota boleh mengakibatkan kehidupan yang lebih tertekan, pertambahan masalah sosial, pertambahan kes jenayah dan sebagainya.
Sebagai contoh, kajian menunjukkan remaja daripada keluarga yang rendah sosioekonominya lebih terdedah kepada jenayah. Dengan meningkatnya kos sara hidup, dibimbangi lebih banyak keluarga akan termasuk di dalam kategori ini.
Penyelesaian menyeluruh yang melibatkan pelbagai pihak daripada pelbagai kepakaran dan latar belakang diperlukan untuk menangani isu ini.

Darah ayam tak boleh angkat maruah Melayu

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
MENTERI Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said menambahkan satu lagi catatan jenaka tanah air apabila mengerahkan para pemain bola sepak negeri itu bersumpah di hadapan al-Quran bagi membuktikan mereka tidak terbabit dengan satu kontroversi bola sepak yang agak menggemparkan negara.

Al-Quran adalah kalam Allah yang sangat mulia. Justeru ramai golongan jahil yang tidak begitu mendalami Islam percaya apa yang dilakukan oleh Ahmad Said itu adalah Islamik. Orang Melayu lebih-lebih lagi yang sangat percaya hukuman sumpah, tulah dan daulat – yakin bahawa jika ada yang melanggar sumpah, apatah lagi bersumpah di hadapan al-Quran, jika memungkirinya maka akan menerima padah dengan segera di atas dunia.
Di kalangan orang Arab hampir setiap ayat yang bertujuan untuk meyakinkan orang lain akan disudahi dengan “Wallahi”. Saya bertanya rakan yang pernah menuntut di Mesir bertahun-tahun lamanya, adakah sumpah mereka itu benar? Dia berkata, perkataan “Wallahi” tu kadangkala menjadi topeng untuk berbohong. Katanya, bersumpah sekalipun dengan nama Allah di kalangan orang Arab bukan perkara besar. Tidak pula terdengar, mana-mana orang yang berbohong atau melanggar  sumpah itu mati dipanah petir serta-merta.
Demikian di tanah air kita. Kalaulah dengan bersumpah di hadapan al-Quran menjadi penyaksian paling sahih terhadap sesuatu insiden, maka peguam dan saksi sudah tidak berguna.
Mahkamah boleh selesaikan berpuluh-puluh kes dalam sehari. Duit yang digunakan untuk perbelanjaan mahkamah boleh dijimatkan dengan banyak.
Bolehlah duit itu ‘disedekahkan’ kepada kerajaan negeri Kedah untuk menganjurkan program raja lawak bagi menghiburkan rakyat Malaysia yang sedang berdukacita dengan kenaikan harga barang. Malangnya penyelesaian terhadap isu keadilan tidak semudah itu.
Adakah kaedah menggunakan unsur yang dianggap Islamik atau menggunakan nama Islam itu sendiri sudah menjadi ‘trend’ dalam strategi mereka menghalalkan agenda tertentu?
Negara dikecohkan dengan tindakan sekumpulan manusia yang menamakan mereka Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia.
Kononnya perjuangan mereka demi maruah Islam dan Melayu.
Mereka berhimpun kerana marahkan seorang pemimpin DAP, Teresa Kok kerana kononnya menghina Melayu, Islam, raja serta kedaulatan negara.

Video Onederful Malaysia: Jangan lebih sudu daripada kuah

Oleh RAYUSA
LIM Ching Miau yang membintangi klip video kontroversi, Onederful Malaysia CNY 2014 yang dipanggil (di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah) ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, 10 Februari lalu untuk memberi kenyataan, menafikan wataknya, Puan Jit menyindir Datin Seri Rosmah Mansor.

Puan Jit, pakar feng shui ditampilkan sebagai wanita gemuk berambut tebal yang menggemari barang kemas dan beg tangan. Menurut Ching Miau, dia meniru Lydia Shum dan tidak tahu mengapa watak itu dikaitkan dengan Rosmah. Ching Miau merasakan dia telah kelihatan seperti pelakon dan pelawak Hong Kong itu.
Katanya, dia telah menonton lakonan Lydia sejak kecil. Dua lagi pelakon klip video berdurasi hampir 12 minit itu turut dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat polis yang sama.
Watak-watak lain dalam Onederful Malaysia CNY 2014 termasuklah Brother Wai, lelaki yang cengeng, serta Cik Yan Yan, pakar dalam pelancongan dan feng shui. Mereka memberi nasihat dalam beberapa isu seperti keselamatan, kekayaan, pendidikan dan ekonomi – menjadi topik dengan anekdot biasa kepada rakyat Malaysia.
Antara lain, merujuk pada cincin berlian, beg tangan berjenama dan hartanah di New York serta beberapa berita lain yang berkaitan dengan pelancongan dan pendidikan vernakular.
Meskipun secara tidak langsung, penonton klip video yang diterbitkan oleh ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok itu dapat merasakan ia mungkin menyinggung Rosmah dan laporan pembelian pangsapuri berharga RM100 juta oleh anak tiri Perdana Menteri, Riza Shahriz Abdul Aziz di New York.
Walau bagaimanapun, ia boleh dianggap sebagai “lebih sudu daripada kuah” sahaja. Onederful Malaysia CNY 2014 yang disiarkan melalui media sosial sempena Tahun Baharu Cina, 31 Januari lalu (turut menampilkan Teresa sebagai perantara) itu tidak menyebut individu tertentu, apatah lagi Rosmah.
Sikap “lebih sudu daripada kuah” boleh ditujukan kepada mereka yang melenting kerana Rosmah dan Dato’ Seri Najib Razak yang sepatutnya menjadi “siapa makan cili, dia terasa pedas” tidak memberi sebarang reaksi.
Langkah RTM menghentikan sementara penyiaran sitkom Cina yang popular, Kopitiam 88 dengan alasan untuk menyiasat kesahihan dakwaan pembabitan Ching Miau dalam klip video itu boleh dianggap lucu.

Krisis air dan krisis politik Selangor

Cuaca panas yang berpanjangan di negara ini mula menampakkan kesan politiknya apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mula dilihat dijadikan sasaran untuk dipersalahkan.

Media elektronik dan media cetak yang pro-Barisan Nasional telah bersama mengangkat kemungkinan krisis air berlaku sekiranya cuaca panas berterusan dan bekalan air merosot.


Antaranya, laporan akhbar Umno, Berita Harian pada 14 Februari mengaitkan kemungkinan krisis air di Lembah Klang dengan apa yang dianggap sebagai kegagalan kerajaan negeri Selangor menyelesaikan isu pembinaan loji air baharu.

Akhbar Berita Harian di muka depannya memaparkan gambar air yang surut di sebuah ampangan dengan tajuk Akibat Degil: Lembah Klang Tidak Akan Berdepan Risik Catuan Air Jika Kerajaan Selangor Pimpinan PKR Benarkan Pembinaan Loji Langat 2.

Tindakan media Umno memainkan isu ini sejak awal lagi, sama ada krisis yang dijangka itu benar-benar akan berlaku atau tidak, memperlihatkan satu kempen terbaharu BN dalam usaha menjejaskan imej dan kredibiliti kerajaan negeri Selangor.

BN dan sekutu dilihat kecewa dengan pendirian kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak sehaluan dengan pengurusan bekalan air negeri ini oleh syarikat konsesi.

Empat syarikat konsesi menguruskan bekalan air beroperasi di Selangor; Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd, dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash).

Hujung tahun 2013, kerajaan Selangor memutuskan untuk mengambil alih pengurusan empat syarikat tersebut, dengan membuat tawaran RM9.65 bilion bagi tujuan itu melalui cabang pelaburannya Kumpulan Darul Ehsan Berhad. Rancangan pengambilalihan itu walau bagaimanapun tidak berjaya dilaksanakan.

Menurut Abdul Khalid, kerajaan Selangor mahu mengambil alih syarikat konsesi air di Selangor kerana syarikat terbabit gagal memberikan perkhidmatan yang baik dan tarif yang berpatutan walaupun telah memperolehi keuntungan besar.

PRK Dun Kajang: Keputusan awal daripada pengundi Cina?

Oleh SELENA TAY
PENULIS telah membuat tinjauan pengundi di Kajang yang hanya melibatkan masyarakat Cina. Walaupun penulis telah mewawancara kira-kira 35 orang pengundi Cina sahaja, mereka telah memberitahu penulis ini bahawa mereka dan semua saudara-mara serta rakanrakan mereka akan mengundi Pakatan Rakyat.

Di Kajang ada kira-kira 49% pengundi Melayu, 40% pengundi Cina dan 10% pengundi India daripada jumlah kira-kira 39,000 pengundi. Semua 35 pengundi Cina tersebut dengan pantas telah memberitahu penulis ini tidak kira calon BN daripada parti komponen yang mana, calon itu tetap akan ditolak juga.
Selain itu, mereka juga menyatakan rasa hairan mengapa hingga hari ini BN masih belum dapat mengumumkan nama calon.
Mengulas mengenai situasi ini, Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena daripada PAS telah berkata, “Adakah BN memerlukan begitu banyak masa untuk mencari seorang calon yang berwibawa?”Ditanya mengapa pengundi Cina menolak calon BN, seorang pemuda Cina yang berumur 25 tahun menjawab, “Jika kita mengundi BN, harga barang akan terus naik lagi tak henti-henti sebab kerajaan akan fikir bahawa kita sebagai rakyat amat suka hati apabila harga barang naik apabila kita memberi undi kepada BN. Justeru ini bererti kita telah memberi mesej yang salah kepada BN apabila kita mengundi calon mereka.”

Ada tanda-tanda BN gentar untuk letak calon di Kajang

Agensi Berita Nasional (Bernama) telah mengutip pendapat beberapa orang penganalisa politik dan juga seorang pemimpin Umno yang berpendapat BN tidak perlu menyertai pilihan raya kecil Kajang 23 Mac ini sebaliknya molek diserahkan kepada PKR.


Anwar akan menang mudah?
Mereka berpandangan Mohd Najib Razak wajar mengambil tindakan sama dengan pilihan raya kecil Penanti Pulau Pinang tahun 2009 tahun lalu dimana BN tidak meletak calon.

Alasan diberikan ketika itu, pilihan raya kecil tersebut bukan kehendak perlembagaan kerana ianya diadakan kerana sengaja dikosongkan. Adun Penanti ketika itu, Mohamad Fairus Khairuddin yang menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada Dr Mansor Othman bagi dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ketika Najib mengambil keputusan itu, orang menyifatkan tindakan Najib bijak dan kena pada tepatnya kerana boleh mengelakkan berlaku pembaziran wang dan ketegangan politik. Bagaimana pun Dr Mansor yang bertanding di situ terpaksa juga berdepan dengan beberapa orang calon bebas yang bengong ataupun yang tidak profesional dalam politik.



Atas semangat dan suasana seperti di Penanti itulah, maka pilihan raya kecil Dun Kajang juga tidak relevan dan penting bagi BN meletakkan calon. Bijak bagi Najib kalau beliau mengambil keputusan sama di Penanti dulu dan tidak mempedulikan desakan Mahathir agar BN meletakkan calon. Najib kena membaca matemetik politik Mahathir kenapa beliau beriya mahukan BN meletakkan calon di Kajang.

PRK Dun Kajang: Jangan terikut kempen kasar BN - Anwar

KAJANG 20 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan jentera Pakatan Rakyat tidak terikut-kut dengan kelakuan kasar yang dilakukan petugas Umno-BN sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN N25 Kajang.
“Jangan terbawa-bawa dengan kempen kasar yang dilakukan Umno-BN,” kata Anwar kepada kira-kira 200 petugas pada pelancaran jentera Daerah Mengundi Sg Sekamat, malam tadi.
dsai_sg_sekamat“Kita hanya menampilkan akhlak kesungguhan kerja yang lebih. Kerana ada program yang lebih utama dan tugas kita adalah untuk membantu.
“Anak muda jangan ikut cara yang biadap. Kita kena ada kesabaran, harga diri dan maruah untuk pertahan,” kata Anwar yang mengesyorkan kempen dilakukan dengan semangat dakwah.
“Dakwah ini penyampaian. Kesempatan berpolitik tak boleh lari dari semangat yang sama,” katanya.
Dalam pada itu kata Anwar, serangan setiap hari yang menuduhnya tidak layak menjadi Adun Kajang sehingga terpaksa membawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan sekutunya Tun Daim Zainuddin bukti ketakutan lingkaran kroni Umno-BN itu.
“Yang takut sangat sebab apa. Takut betul. Hari-hari hentam kita,” katanya.

PRK Dun Kajang: Peranan jentera penerangan & wanita sebar maklumat sebenar - Anwar

dsai_jdm_sg_sekamat
KAJANG 20 FEB: Jentera pilihan raya kecil N25 DUN Kajang terutamanya sayap wanita dan Penerangan berperanan menyebarkan maklumat sebenar secara langsung kepada pengundi, kata Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Peranan wanita dan penerangan penting untuk sampaikan maklumat,” kata Anwar pada pelancaran bilik gerakan Daerah Mengundi Sg Sekamat, semalam.
“Dalam kempen ini, kita jangan jadikan medan propaganda untuk menghina atau cerca,” katanya.
Anwar menyerahkan bendera KEADILAN kepada Pengarah JDM Sg SekamatJusteru kata Anwar, selain menangkis serangan yang dilakukan media Umno-BN, pertemuan membolehkan jentera PRK Kajang menyantuni pengundi selain mendapat maklum balas langsung bagi tindakan segera.
Anwar menyerahkan bendera KEADILAN kepada Pengarah JDM Sg Sekamat, Faridi Yaakop
Dalam pada itu, beliau turut menyarankan kepada mewujudkan satu laman web khusus berkaitan PRK Kajang bagi memudahkan akses.

'BN needs to field a national candidate in Kajang'

Majority of Kajang voters in favour of Anwar as MB

'No strong independent candidate in Kajang yet'

Do's and Don'ts in campaign for Kajang

Ezam nafi dakwaan letak jawatan sebagai senator..!!


Mohamad Ezam Mohd Nor (gambar) menafikan dakwaan beliau meletakkan jawatan sebagai senator kerana merajuk dengan Putrajaya yang tidak menunaikan janji, sebaliknya menegaskan beliau terlalu sibuk untuk merajuk.
Keadaan politik dalaman Umno dilihat goyah apabila pemimpin Hindraf P Waytha Moorthy meletak jawatan sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai tanda protes terhadap Putrajaya kerana tidak melaksanakan janji kepada masyarakat India.
"Saya masih di luar negara dan masih senator," kata Ezam melalui khidmat pesanan WhatsApp kepada The Malaysian Insider.
Ezam dilantik sebagai senator pada 2010, dua tahun selepas menyertai Umno.
Beliau yang berusia 47 tahun dikekalkan jawatan berkenaan selama sepenggal lagi pada Ogos tahun lalu.
Bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri dikatakan merajuk ekoran tidak dilantik ke jawatan tetap dan menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Yang DiPertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, pada Jumaat.
Dalam satu kenyataan e-mel kepada The Malaysian Insider, penyokong Umno meluahkan kekecewaan dengan dakwaan berkenaan.
Penyokong Umno berkenaan berkata, perletakan jawatan Ezam adalah bagi membolehkan beliau dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Menolak dakwaan berkenaan, Ezam berkata khabar angin tersebut berkemungkinan merujuk kepada pemimpin PKR.
"Beberapa pemimpin suka merajuk...selalu...haha," katanya.
Dengan kedudukan sebagai Timbalan Ketua Bahagian Umno Kota Raja, Ezam berkata terlalu sibuk untuk memegang jawatan dalam Umno negeri.

"Kerajaan Syok Sendiri": PAS mahu undi tak percaya terhadap PM Najib

PAS menggesa menteri-menteri Umno yang tidak puas hati supaya memperlihatkan "keberanian" dengan mengepalai ahli Parlimen BN untuk mengemukaka usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidan Dewan Rakyat yang akan datang.

Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar (kiri) berkata, ini kerana jelas terdapat keraguan yang semakin meningkat terhadap kepimpinan Najib, malah di kalangan anggota ahli kabinetnya sendiri, dan bahawa pentadbiran Najib "sudah hanyut".

Mahfuz merujuk kepada laporan berita semalam bahawa dua menteri menimbang untuk meletak jawatan menjelang rombakan kabinet yang dijadual pada bulan Jun.

"Pentadbiran Najib adalah berbentuk "syok sendiri". Lancar sana, lancar sini, tetapi perlaksanaan dan implementasi adalah hambar. Seperti juga yang saya laungkan - Pentadbiran Najib adalah NATO - No Action Talk Only!.

"Seperti juga inisiatif program transformasi ekonomi yang diwar-warkan sebagai ajibnomics. Sekarang lebih baik kita gelarkan Najibkomik!," kata Mahfuz dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya menyeru menteri-menteri berkenaan jangan tunggu rombakkan kabinet untuk tidak disenaraikan dalam pasukan kabinet, sebaliknya tunjukkan sikap berani untuk rakyat dan negara dengan melepaskan jawatan menteri dan mengapalai ahli parlimen BN untuk kemukakan usul undi tak percaya terhadap najib di dalam sidang Parlimen bulan March ini serta mengusulkan agar parlimen menyerah kembali mandat  kepada rakyat," tambah Mahfuz.

Harga getah merudum: Elak berulangnya demonstrasi Baling



KUALA LUMPUR: Demonstrasi Baling 1974 boleh berulang jika kerajaan gagal menangani isu kejatuhan harga getah yang dihadapi pekebun kecil kini, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman.
Sehubungan itu, Mazlan (gambar) menyarankan agar 'harga lantai' getah ditetapkan kerajaan sebagai suatu mekanisme membantu penoreh getah.
"Kadar RM4.00 bagi setiap kg getah sekerap seperti mana cadangan banyak pihak adalah munasabah," ujar Mazlan.
Menurut beliau, meskipun negara pengeluar getah seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand mengambil langkah tertentu bagi membendung pasaran getah yang tidak menentu ekoran kemuraman ekonomi dunia, tindakan yang dilakukan begitu lambat malah gagal mengekang kejatuhan harga getah.
Mazlan menambah, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(Anak) telah menyerahkan memorandum kepada wakil Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok di Parlimen pada 23 Oktober 2012, berhubung kejatuhan harga getah.
Antara kandungan memorandum tersebut, ujarnya adalah mendesak kerajaan mengambil langkah-langkah segera bagi menangani kejatuhan harga komoditi getah dan sawit.

Selcat Selangor akan siasat Azmin, Khalid mengenai PKNS

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmi Ali akan dipanggil sebagai saksi oleh Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) setelah badan itu memutuskan pendengaran awam berhubung kontroversi sekitar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Namun, ia akan berlangsung selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang yang menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PKR selesai.
PRK Kajang akan diadakan pada 23 Mac manakala Selcat mengenai PKNS bersidang pada 25 dan 26 Mac.
Pengerusi Selcat dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Hannah Yeoh berkata, pendengaran itu akan meneliti kontroversi “pemecatan” Azmin sebagai anggota PKNS dan 22 orang lagi kakitangan PKNS Holding, anak syarikat Selangor itu baru-baru ini.
Pengurus besar PKNS menghantar surat kepada Azmin memaklumkan beliau ditamatkan perkhidmatan sebagai ahli lembaga pengarah  PKNS.
Ia menyandarkan surat itu kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor yang tidak memasukkan nama Azmin sebagai ahli lembaga baru dengan hanya mengosongkan jawatan itu untuk kerusi PKR.

BN tidak perlu tanding PRK Kajang, kata penganalisis politik


Barisan Nasional (BN) tidak perlu bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, jika tidak mahu dilihat "menari mengikut paluan gendang PKR".
Beberapa ahli politik dan penganalisis politik berpendapat BN perlu membuat kajian mendalam agar tidak terperangkap dalam permainan politik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah terdapat desakan supaya Presiden BN Datuk Seri Najib Razak memegang ketetapan pucuk pimpinan BN yang tidak bertanding pada PRK DUN Penanti, Pulau Pinang pada 2009 kerana kekosongan kerusi itu bukan disebabkan peruntukan perlembagaan.  
PRK DUN Penanti pada 2009 diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR dengan alasan melanjutkan pelajaran, selain membersihkan namanya daripada segala tohmahan rasuah.
Timbalan Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak (gambar) berpendapat BN perlu lebih fokus kepada usaha meringankan beban rakyat dan menyusun struktur ekonomi negara daripada melayan kerenah politik pembangkang.
"Pada pandangan saya secara peribadi, biarlah Pakatan Rakyat (PR) terus bermain dengan politik mereka sementara BN terus berkhidmat pada negara dan membela nasib rakyat," katanya dalam laman blog beliau hari ini.
Salleh berkata BN perlu menimbang untuk tidak meletakkan calon di Kajang kerana PRK itu pada realitinya diadakan untuk memenuhi politik nafsu Anwar.
"Oleh kerana Kajang dikatakan kawasan (kerusi tradisi) MCA, kita berpandangan MCA perlu fokus kepada usaha memperkukuh parti di bawah kepimpinan baharu dan memberi tumpuan persediaan menghadapi PRU akan datang," katanya.
PRK DUN Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jannuari lepas.
PKR menamakan Anwar sebagai calon parti itu, sementara bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, turut menyatakan hasrat bertanding di PRK itu sebagai calon bebas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 23 Mac ini sebagai hari mengundi dan penamaan calon pada 11 Mac.

Kalimah Allah tidak mampu pengaruhi pengundi Kajang sokong BN, kata Umcedel



Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman membentangkan hasil kajian berkenaan PRK DUN Kajang oleh Umcedel di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 20 Februari, 2014.
Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman membentangkan hasil kajian berkenaan PRK DUN Kajang oleh Umcedel di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 20 Februari, 2014.

Isu kalimah Allah tidak akan berjaya meraih lebih undi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada 23 Mac ini apabila 55% pengundi di kawasan itu mengambil pendirian menolak isu itu sebagai alasan untuk menyokong parti pemerintah, menurut Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).
Pengarahnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, kaum Melayu paling ramai menolak isu itu untuk menyokong BN dengan 60% responden manakala Cina 54% dan India 36%.
“Penduduk kampung paling ramai menolak isu itu dengan 85% manakala penduduk kuarters kerajaan dan apartment di Kajang sebanyak 65%,” katanya dalam satu sidang media di Universiti Malaya hari ini.
Seramai 576 responden yang merupakan pengundi di Kajang menyertai kajian itu yang diadakan hujung minggu lalu membabitkan semua 16 kawasan daerah mengundi.
Antara isu lain yang turut dikaji Umcedel adalah kesan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada sokongan terhadap BN dan isu kenaikan harga barang yang menambahkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR).

Brutal video shows all-out street war in Kiev, death toll rises in fresh clashes

Graphic video: Dozens dead, many injured in brutal Kiev clashes

Gunfire, violence in Kiev despite 'truce'

UMcedel: Penduduk Kajang sokong Anwar jadi MB


UMcedel: Kenaikan kos hidup akan pengaruhi keputusan Kajang


UMcedel: Pengundi Kajang sokong pilihan raya kecil bagi Anwar jadi MB


UMcedel: 56 peratus kata PRK Kajang wajar diadakan

KUALA LUMPUR: Sejumlah 56 peratus daripada 576 responden yang ditanya oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) mengatakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada 23 Mac ini, wajar diadakan.

Sebaliknya hanya 32 peratus menyatakan ianya tidak wajar dan bakinya 12 peratus adalah tidak pasti.

Pengarah UMcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman ketika membentangkan hasil kajian yang dibuat 14 dan 15 Februari itu berkata, data itu menunjukkan tidak timbul isu bahawa rakyat Kajang menolak PRK yang akan diadakan seperti yang dimainkan oleh sesetengah pihak dan media.

"Orang pun tahu, bila datang PRK banyak projek datang.

"Sekarang pun polis dah ramai turun di Kajang. Saya pun rasa lebih selamat sedikit dari sebelum ini.

"Kalau orang tak setuju itu sesuatu yang pelik lah," kata beliau.

Selain itu, kajian tersebut juga mendapati 50 peratus dari responden bersetuju bahawa PRK Kajang adalah untuk menyelamatkan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Mereka juga menolak dakwaan bahawa PRK Kajang hanya satu pembaziran.

Hasil kajian tersebut juga mendapati 48 peratus bersetuju bahawa tempoh yang lama sebelum pengundian menjejaskan wibawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Tak pernah dalam sejarah SPR ambil masa sampai 60 hari.

"Dari percakapan responden kepada kita, mereka juga tidak boleh terima alasan SPR bahawa tak sempat bersedia kerana PRK Kajang ini mengejut," kata beliau lagi.

Anwar sebagai MB

Kajian Umcedel: Lebih separuh pengundi Kajang mahu Anwar jadi MB



Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman membentangkan hasil kajian berkenaan PRK DUN Kajang oleh Umcedel di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 20 Februari, 2014.  
Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman membentangkan hasil kajian berkenaan PRK DUN Kajang oleh Umcedel di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 20 Februari, 2014. Walaupun mendapat kritikan media kerana "Langkah Kajang", lebih separuh pengundi Kajang bersetuju pilihan raya kecil itu perlu diadakan untuk membolehkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi menteri besar Selangor.
‎"Kira-kira 59% pengundi di Kajang yang ditemui berasakan PRK Kajang perlu diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor manakala 17% berpendapat sebaliknya dan 24% lagi berasa tidak pasti.
"Manakala 58% responden‎ juga berpendapat PRK Kajang juga perlu diadakan bagi menyelesaikan krisis politik kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) di Selangor," kata Ketua Umcedel, Profesor Datuk Dr Riduan Othman dalam satu sidang media di Universiti Malaya, Kuala Lumpur hari ini.
‎PRK Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini manakala penamaan calonnya akan diadakan pada 11 Mac setelah penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar berbanding di kawasan itu..

UMcedel: Kaji Selidik PRK Dun N25 Kajang - Part 4














UMcedel: Kaji Selidik PRK Dun N25 Kajang - Part 3