Rabu, 19 Februari 2014

Hukum Tak Baca SELAWAT IBRAHIMIYAH Dalam TAHIYYAT AKHIR - Ustaz Azhar Idrus

Qasidah Haram?..Nak Cegah Biar Benda Mungkar! - Ustaz Azhar Idrus

Golongan Anti Hadis - Ustaz Azhar Idrus



UCAPAN KEPADA KONFERENSI POLITIK NASIONAL


Di bawah disiarkan ucapan K.A. yang telah disampaikan beliau pada 16 Februari, 2014 di dewan Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. -- K.A.


Ucapan Kepada Konferensi Politik Nasional
Untuk Menentukan Halatuju Negara Malaya
Untuk Tiga Puluh Tahun Akandatang

1.     Pendahuluan
Hari ini hari istimewa bagi saya. Hari ini saya akan meluahkan isi hati saya tanpa sekatan, insya Allah. Hari ini hari saya akan mempertanggungjawab-
kan kehidupan saya di dunia. Saya ada satu dua kerja lagi yang ingin saya lakukan , tetapi selepas hari ini, saya reda kalau dipanggil Tuanku untuk diadili.
Saya tidak mendakwa saya seorang yang baik. Saya melakukan banyak kesilapan dalam kehidupan saya. Saya jangka saya bukan keseorangan. Tidak ada manusia yang sempurna. Hanya Tuhan yang sempurna. Tetapi saya boleh mengatakan saya telah cuba hidup sebagai seorang patriot bagi bangsa saya dan bagi bangsa manusia.[1]
Ketika saya seorang muda, saya bersumpah untuk berkata-kata dengan bebas. [2] Saya bersumpah saya akan mendedahkan segala kepalsuan. [3]
Semua orang tahu saya bermula sebagai seorang remaja berhaluan kiri berjuang untuk rakyat marhaen menentang parti kebangsaan Melayu, UMNO, yang pada waktu itu saya anggap reaksioner, walaupun akhirnya saya pulang ke akar ke-Melayuan saya dan memasuki UMNO.
Pada 9 September tahun lalu, saya menjengkau umur 80 tahun tanpa apa-apa perayaan. Hanya sahabat-sahabat saya di Kuala Lumpur, antara lain Dr. Chandra Muzaffar, Sasterawan Negara Dato’ Baha Zain  dan Nik Aziz Hassan, telah bermuafakat untuk mera’ikan harijadi itu dengan satu majlis penilaian kritis terhadap karya-karya saya. Majlis ini dijadualkan pada 15 Februari, 2014.  Dalam pada itu, saya telah merancang untuk bercakap dalam satu Konferensi Politik Nasional tentang halatuju negara kita untuk tiga puluh tahun akandatang. Ucapan ini dijadualkan pada pada hari berikutnya, iaitu 16 Februari, 2014.
Inilah latar belakang majlis harijadi saya yang ke-80.
2.     Keadaan Dunia Sekarang
Negara kita Malaysia sedang melalui satu zaman yang penuh pancaroba. Sistem komunisme sudah runtuh pada akhir abad ke-20. Sistem liberalisme yang kita anuti sekarang juga sedang runtuh di depan mata kita—di Eropah dan Amerika Syarikat.
Keruntuhan sistem komunisme  kerana sistem ini menafikan hak kebebasan individu. Ia melebihkan hak kolektif, yang dipergunakan oleh kepimpinan untuk melaksanakan sistem diktator! Sistem liberalisme melebihkan hak kebebasan individu dengan menafikan hak kolektif.

Pulau Pinang tidak lulus kasino, banyak kesan mudarat sosial dan rohani

GEORGE TOWN, 19 FEB : Kerajaan Pulau Pinang tidak meluluskan kewujudan kasino di negeri itu kerana lebih banyak mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata walaupun manfaat ekonomi daripada kasino berlipat kali ganda, kesan sosial dan rohani adalah terlalu berat dan tinggi untuk ditanggung masyarakat pelbagai budaya dan majmuk di negeri Pulau Mutiara itu.
Katanya, sebalik Kerajaan Pulau Pinang menumpukan kepada projek yang lebih banyak membangunkan ekonomi yang mendatangkan manfaat banyak pihak.
“Kita sangat gembira kerana IKEA telah memutuskan untuk membuka kedai pertama mereka di luar Kuala Lumpur iaitu di Batu Kawan, Pulau Pinang.
“Keputusan ini adalah rangsangan keyakinan yang kuat untuk aspirasi Pulau Pinang ke arah bandar antarabangsa dan pintar,” katanya dalam kenyataan satu kenyataan media.
Guan Eng berkata, projek itu adalah usahasama antara syarikat induknya, Ikano dan sebuah syarikat tempatan akan membangunkan pusat sehenti hijau (green one-stop center) bagi pembuatan termaju, perkhidmatan dan hab logistik; sebuah pusat kecemerlangan pendidikan, lokasi kediaman perdana dan sebagai pusat komersil dan runcit.

Putrajaya menolak cadangan sekolah menengah Tamil di Pulau Pinang


Kerajaan Pulau Pinang hari ini menunjukkan rasa kecewa atas penolakan permohonan mereka untuk membina sekolah menengah Tamil pertama dalam negara di Bagan Dalam, Butterworth.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar) berkata tawaran ikhlas negeri untuk memberi sebidang tanah bagi pembinaan sekolah tersebut tidak dipertimbangkan oleh Putrajaya dan MIC.
"Kami hanya meminta satu sekolah menengah Tamil. Ini tidak akan menjejaskan sesiapa.
"Satu sekolah menengah Tamil tidak membazir. Kita bukannya boleh menguruskan lebih daripada satu sekolah ini sekalipun," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Komtar.
Lim berkata beliau akan membuat rayuan kepada Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri, sebelum merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Apabila ditanya apakah pilihan lain yang negeri boleh lakukan supaya perkara ini tidak sampai ke Muhyiddin atau Najib, Lim berkata negeri tidak boleh berbuat apa-apa, kerana sekolah swasta juga memerlukan lesen daripada Putrajaya.
"Kami juga tidak cukup dana," kata Lim, MP Bagan.
Negeri juga diberitahu melalui surat bertarikh 8 Januari daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof bahawa tiada peruntukan di bawah Akta Pendidikan 1996, bagi membina sekolah menengah Tamil.

Dr Dzul: MAS rugi RM1.74 bilion duit pembayar cukai, apa tindakan Kerajaan Pusat?

SHAH ALAM 19 FEB : Kerajaan Pusat perlu berhenti mendendangkan cakap-cakap kosong kononnya ekonomi negara kini berada di landasan terbaik, sedangkan hakikatnya nilai ringgit semakin jatuh merudum.
Pengarah Pusat Pengajian PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kedudukan kecil ringgit pada hari ini memberi kesan besar kepada perniagaan yang melibatkan penukaran mata wang asing (forex) termasuk Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS).
Katanya, nilai ringgit yang kecil menyebabkan MAS berterusan mencatatkan kerugian sekalipun terdapat peningkatan pendapatan kasar sebanyak 36 peratus iaitu RM254 juta.
“Sebagai contoh, walaupun MAS mencatatkan peningkatan jumlah penumpang sebanyak 28.5 peratus, mereka masih mencatatkan kerugian ekoran kedudukan kecil nilai ringgit Malaysia.
“Kita akui tidak dapat mengawal persaingan syarikat penerbangan lain, kita tidak dapat kawal kos bahan bakar, tetapi kita sebenarnya mampu mengukuhkan nilai ringgit kita.
“Kerajaan perlu dan mesti lakukan sesuatu,” katanya kepada Selangor Kini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan kerugian RM 1.74 billion yang dicatatkan MAS sepanjang tahun lalu, iaitu hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kerugian RM 433 juta dicatatkannya pada 2012.
Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata selain bergantung kepada kedudukan nilai ringgit, MAS juga boleh mengambil langkah berjimat-cermat serta mengurangkan ketirisan dalam pentadbirannya.

Rakyat Makin Miskin Dan Sengsara: Syed Mokhtar, anak Mahathir tersenarai antara 10 terkaya di Malaysia


Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (gambar) dan anak bekas perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir tersenarai 10 individu terkaya di Malaysia menurut majalah perniagaan, Malaysian Business.
Dalam satu kenyataan media hari ini, majalah tersebut menyenaraikan kedua proksi Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut masih kekal dalam senarai 'Top 40 Richest Malaysian 2014'.
Syed Mokhtar berada di tangga keenam, jatuh satu anak tangga dengan jumlah kekayaan mencecah RM11.07 bilion.
"Syed Mokhtar jatuh ke tangga keenam walaupun kekayaannya naik 4.43% berbanding RM10.6 billion tahun lepas," kata Malaysian Business dalam kenyataan media.
Syed Mokhtar merupakan jutawan yang memiliki beberapa pelabuhan melalui MMC Corp Bhd, termasuk Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor.
Beliau juga mempunyai kepentingan dan aset dalam syarikat kejuruteraan MMC Corporation dan Malakoff Berhad, iaitu IPP, syarikat pembekalan elektrik dan Gas Malaysia.
Selain itu, Syed Mokhtar juga menguasai komoditi gula dan beras.
Mokhzani pula berada di tangga kesembilan dengan jumlah kekayaan RM4.22 billion, naik empat anak tangga berbanding tahun lepas.
"Datuk Mokhzani Mahathir menerusi syarikatnya, SapuraKencana Petroleum berada pada kedudukan kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 billion.
"Beliau berada pada tangga ke-13 tahun lepas, dengan jumlah kekayaan RM2.63 billion," kata majalah tersebut.

PRK Dun Kajang: BN lebih baik jangan letak calon

MUHAMAD MAT YAKIM

DATUK Seri Anwar Ibrahim dan PKR boleh dikira bertuah kerana mereka punya banyak musuh termasuk yang dahulu kawan tetapi sekarang sudah jadi lawan.

Kesannya, apabila Anwar umum mahu bertanding PRK Dun Kajang, sekurang-kurangnya dua bekas kawan Ketua Pembangkang itu isytihar mahu menentangnya.

Paling awal, Datuk Nallakaruppan yang pernah jadi rakan karib Anwar selama 30 tahun. Tiga hari lepas, Datuk Zaid Ibrahim juga umum mahu masuk daun.

Kata Zaid Ibrahim, tujuannya bertanding PRK Dun Kajang adalah untuk menyelamatkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Anwar Ibrahim.

Selepas pengumuman itu tiga hari lalu, selama tiga hari ini jugalah penulis siang malam berfikir mencari logik bagaimana penyertaan Zaid dalam pilihan raya itu boleh membantu menyelamatkan Khalid yang dikatakan ada usaha mahu menyingkirkannya bukan sahaja dari kerusi menteri besar, malahan juga daripada PKR.

Hasilnya tidak penulis temukan. Atau mungkin juga logik itu sememangnya tidak ada.

Apa yang lebih logik adalah penyertaan Zaid hanya akan memecah undi yang menentang Anwar.

Dan jika BN juga masuk bertanding, sekurang-kurangnya undi sah yang tidak diberi kepada Anwar akan terpecah tiga. Ini bermakna peluang Anwar untuk menang adalah lebih cerah, malah boleh dikatakan majoriti yang diperolehi  juga mungkin bertambah berbanding PRU13.

Khalid atau Anwar

Dengan ini timbul persoalan, siapakah yang mahu diselamatkan Zaid, Khalid atau Anwar?

Sebab secara logiknya, penyertaan beliau dalam PRK Dun Kajang dilihat lebih membantu Anwar untuk memecahkan undi BN (jika BN menyertai PRK itu) sedangkan bagaimana beliau boleh membantu menyelamatkan Khalid seperti yang dikatakan, masih tidak nampak kemunasabahannya.

Jauhi daripada sifat 'super sensitif'

Jauhi daripada sifat 'super sensitif'  
Gambar yang dikongsikan Dr Zaharuddin Abd Rahman. - Sumber FB
SHAH ALAM - Pendakwah terkenal Dr Zaharuddin Abd Rahman hari ini menasihati umat Islam supaya menjauhi diri daripada menjadi 'super sensitif' yang tidak bertempat.

Pendakwah ini sebaliknya meminta umat Islam memerhati dosa jelas yang menjadi amalan kini seperti rasuah, pecah amanah, zina, muqaddimah zina seperti 'couple' dan 'berdating' , riba , meninggalkan solat dan banyak lagi dosa-dosa besar yang pasti.

"Semua tadi sangat perlu dijauhi, berbanding hal remeh temeh yang direka cipta ini malah sebahagian besarnya tidak benar pula.

"Teori konspirasi sering terlebih memberi 'kredit' kepada Zionis Yahudi. Adakalanya ia sengaja dicipta agar Muslim merasa terlalu kerdil lalu putus semangat," katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Perkara itu dikongsikan Presiden Murshid itu beserta dengan ilustrasi kartun berhubung sifat mudah sensitif di kalangan umat Islam.

Kenyataan penuh Jakim berhubung isu Kassim Ahmad

JAKIM 
BERIKUT kenyataan penuh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha mengenai Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian.

Jakim memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya berkaitan isu-isu agama adalah seperti yang berikut:

- Mempertikaikan dua kalimah syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW.

- Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab.

- Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi.

- Mempertikaikan hadith sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi’e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadith sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Quran

- Mentafsirkan semula al-Quran berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu

- Mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Quran bagi menggantikan hadith

- Cadangan membuat surat untuk memohon pihak KDN menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad

JAWI buka kertas siasatan kes Kassim Ahmad

Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah membuka satu kertas siasatan berhubung penganjuran Seminar "Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian", di Putrajaya pada 15 dan 16 Februari lalu.
  
Pengarah JAWI, Paimuzi Yahya dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya sedang menyiasat dan mengenalpasti beberapa orang saksi yang menghadiri seminar berkenaan.
  
"Saya menasihatkan orang ramai terutamanya umat Islam supaya memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menanganinya. Orang ramai juga dinasihatkan supaya menghentikan sebarang provokasi bagi mengelakkan sebarang ketidakharmonian," kata kenyataan itu.
  
Individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta tampil ke Bahagian Penguatkuasaan Jawi bagi membantu siasatan.
  
Ahad lepas, Kassim dilaporkan mengkritik golongan ulama Islam yang disifatkannya sebagai 'kasta paderi' dan mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak perlu dimuliakan, serta rambut wanita bukan aurat.
  
Di IPOH, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Kassim Ahmad dan umat Islam yang bersetuju dengan ucapan yang disampaikannya di seminar itu agar bertaubat kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam.
  
Beliau turut menasihatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan ucapan Kassim yang bertajuk "Halatuju Negara untuk Tiga Puluh Tahun Akan Datang" kerana ia juga mengandungi perkara sangat berbahaya kepada aqidah mereka.
  
"Asasnya beliau bukan orang yang berkeahlian dalam membicarakan ayat-ayat hukum di dalam Al-Quran kerana sangat kurang ilmu asas bahasa Arab dan ilmu usul Fiqh yang merupakan mekanisme penting dalam menginstinbat hukum, sebaliknya beliau hanya menggunakan ilmu logik dan ilmu bahasa yang mudah sifatnya," kata Harussani kepada pemberita.
  
Katanya dalam ucapan itu, Kassim menyangkal beberapa perkara pokok dan asas dalam Islam iaitu mempertikaikan dua kalimah syahadah serta selawat, menafikan hadis sebagai sumber syariat Islam serta mengatakan umat Islam mengikut satu "kasta paderi" yang dipanggil ulama, selain rambut wanita bukan aurat.
  
Ini terserlah apabila rujukan Kassim hanya kepada orang bukan Islam dan beberapa orang Islam yang tidak dikenali dalam dunia akademia umat Islam dan ulama.
  
Harussani berkata mempertikaikan dua kalimah syahadah adalah perkara yang mengeluarkan seseorang itu daripada Islam kerana ini bertentangan dengan hadis Nabi serta mempertikaikan Nabi Muhammad sebagai Pesuruh Allah juga bertentangan dengan ajaran Allah dalam Al-Quran - ayat 29 surah al-Fath.
  
"Dalam ucapannya juga (Kassim) menafikan hadis sebagai satu sumber pensyariatan. Ini secara langsung menafikan kerasulan dan kenabian Nabi Muhammad kerana baginda tidak memperkatakan sesuatu mengenai agama Islam mengikut kemahuan dan pendapatnya sendiri, semua itu... adalah wahyu yang disampaikan oleh Allah melalui malaikat Jibril," katanya.
  
Harussani berkata mempertikai selawat ke atas Nabi juga bertentangan dengan firman Allah dalam ayat 56, surah Al-Ahzab.
  
- Bernama

Text Penuh  Seminar Pemikiran Kassim Ahmad

1. Pendahuluan

Hari ini hari istimewa bagi saya. Hari ini saya akan meluahkan isi hati saya tanpa sekata, insya Allah. Hari ini saya akan mempertanggungjawabkan kehidupan saya di dunia. Saya ada satu dua kerja yang ingin saya lakukan, tetapi selepas hari ini, saya reda kalau dipanggil Tuhanku untuk diadili.

Saya tidak mendakwa saya seorang yang baik. Saya melakukan banyak kesilapan dalam kehidupan saya. Saya jangka saya bukan berseorangan. Tidak ada manusia yang sempurna. Hanya Tuhan yang sempurna. Tetapi saya boleh mengatakan saya telah cuba hidup sebagai seorang yang patriot bagi bangsa saya dan bagi bangsa manusia. [1]

Ketika saya seorang muda, saya bersumpah untuk berkata-berkata dengan bebas. [2] Saya bersumpah saya akan mendedahkan segala kepalsuan. [3]

Semua orang tahu saya bermula sebagai seorang remaja berhaluan kiri berjuang untuk rakyat marhaen menentang parti kebangsaan Melayu, UMNO, yang pada waktu itu saya anggap reaksioner, walaupun akhirnya saya pulang ke akar keMelayuan saya dan memasuki UMNO.

Gagal dalam transformasi, syarikat teksi desak pengerusi SPAD letak jawatan


Shamsubahrin Ismail daripada syarikat Teksi Premium Big Blue menjawab soalan ketika sidang media di pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 19 Februari, 2014. Shamsubahrin Ismail daripada syarikat Teksi Premium Big Blue menjawab soalan ketika sidang media di pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 19 Februari, 2014. Syarikat teksi hari ini mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar meletakkan jawatan, ekoran kegagalan beliau melaksanakan transformasi sistem pengangkutan awam tersebut.
Pengasas syarikat Teksi Premium Big Blue yang beroperasi di pusat beli-belah KLCC, Datuk Shamsubahrin Ismail kesal apabila transformasi yang dicanangkan pengerusi suruhanjaya tersebut masih gagal menangani masalah sistem perkhidmatan yang dihadapi pemandu dan penumpang teksi, bukan sahaja di Kuala Lumpur, bahkan di seluruh Malaysia.
"Sehingga kini masalah yang berkait dengan perkhidmatan teksi masih lagi berlaku, penumpang seringkali ditipu akibat kedegilan pemandu menggunakan meter dan kereta yang sudah usang masih digunakan.
"Namun apa yang saya lihat, kereta penguatkuasa mereka makin bertambah, namun mana tindakannya, penguatkuasaan SPAD amat lemah dan tidak tegas untuk mengubah sistem," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau juga mempersoalkan kebolehan pengerusi itu yang dikatakan tidak pernah turun padang untuk meninjau masalah sistem perkhidmatan teksi sehingga ke akar umbi.

Kuasa di tangan mu, cikgu

Saya melihat dari sudut yang positif tentang perhimpunan membantah PBS yang dijadualkan berlangsung pada 22 Februari ini.

Isu PBS ini sudah berlarutan beberapa tahun iaitu sejak mula diperkenalkan. Namun, semakin hari suara bantahan ini semakin kuat dan ini ialah kemuncaknya – apabila TPM merangkap Menteri Pendidikan sendiri meminta PBS dikaji semula.

Walaupun cuba diberi gambaran buruk oleh parti pemerintah melalui media rasminya – hingga mengatakan perhimpunan itu bertujuan mengguling Umno-BN daripada menerajui kerajaan – saya berharap perhimpunan ini dapat diteruskan dalam suasana yang aman dan bebas daripada sebarang provokasi dan ugutan.

Perlu diingat, para guru ini hakikatnya bukan membantah kerajaan yang ada tetapi membantah PBS itu sendiri. Cuma, mungkin para guru ini sedar bahawa jika Umno-BN gagal mendengar suara hati mereka maka langkah seterusnya ialah menukar parti pemerintah kepada parti baru yang sudi mendengar luahan hati mereka.

Hakikatnya memang rakyat memang mahu menukar parti yang menerajui kerajaan tetapi bukanlah melalui himpunan jalan raya – sebaliknya melalui pilihan raya.

Umno-BN sepatutnya sedar bahawa para guru juga punya hati dan perasaan. Jangan jadikan mereka dan murid sekolah sebagai bahan uji kaji setiap dasar yang mahu diperkenalkan. Jangan bazirkan masa, tenaga dan wang para guru dengan dasar yang sentiasa berubah-ubah dalam tempoh 3 - 4 tahun.

Untuk para guru sekalian, selamat berhimpun!

Haramkan khutbah cuma igauan orang gila - Exco P. Pinang

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini menafikan dakwaan dalam laman blog kononnya ia sedang mempertimbang secara serius untuk mengharamkan khutbah Jumaat.
  
Menyifatkan dakwaan itu sebagai berbaur fitnah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim (gambar) berharap polis dapat mengesan serta memberkas pihak yang membuat dakwaan itu. 
  
"Kalau orang tu dah gila, jangan sama-sama sahut perkara yang dibangkitkan oleh orang gila, negara komunis pun tidak buat seperti itu...kalau nak haramkan khutbah samalah macam kita haramkan solat Jumaat, macam nak tutup masjid.
  
"Orang itu (individu yang menulis blog) harus dikenakan tindakan, polis perlu siasat dan bawanya ke mahkamah," katanya kepada pemberita di sini.
  
Pada 17 Feb lepas, laman blog yang dinamakan 'Negara Pakatan Rakyat' mengeluarkan kenyataan terdapat beberapa pemimpin pakatan tidak gemar dengan kandungan khutbah Jumaat yang didakwa mengandungi mesej berbaur ekstremis dan diskriminasi.

Fitnah "Larangan Khutbah Jumaat" - Pemuda PAS & DAP Buat Laporan Polis

Satu laporan polis dibuat berikutan wujudnya khabar angin melalui sebuah laman blog mengenai penguatkuasaan larangan khutbah solat Jumaat di negeri ini.

Laporan berkenaan dibuat Pas dan DAP di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Timur Laut, semalam.

Ketua Pemuda DAP Bukit Bendera, Mohd Hariszuan Jaharuddin berkata, laporan berkenaan dibuat terhadap blog Negara Pakatan Rakyat yang didakwa sengaja menimbulkan api perkauman dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

Menurutnya, kesemua maklumat dan fakta di dalam blog berkenaan adalah salah.

“Kami tidak mahu orang ramai mula bergaduh hanya disebabkan khabar angin yang tidak benar ini dan diibaratkan memang sengaja mahu mewujudkan kemarahan orang Islam.

“Malah kami mahu individu yang berkenaan bertanggungjawab atas apa yang sudah dilakukannya dengan cuba berkongsi maklumat salah melalui blog,” katanya.

Beliau berkata, blog berkenaan dijumpai pada Isnin lalu.

Melalui blog berkenaan, penulis memaklumkan kerajaan negeri Pulau Pinang mempertimbangkan dengan serius cadangan untuk menghapuskan terus khutbah Jumaat di negeri ini.

Provokasi kaum, agama: KPN dan PDRM perlu bertindak lebih tegas


zairil


KUALA LUMPUR, 19 FEBRUARI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa bertindak lebih tegas bagi menangani usaha sesetengah pihak yang cuba mencetuskan permusuhan kaum dan agama, terutama di Pulau Pinang melalui insiden provokasi sejak awal tahun ini.
Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata, konspirasi jahat itu berterusan selama lebih sebulan dengan insiden berlaku setiap minggu.
“Jika keadaan ini berterusan, sudah tentu ketegangan bertambah. PDRM tidak boleh lagi memandang ringan perkara itu.
“Maka, kami menyeru Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi fokus dan lebih serius untuk menhhentikan pihak tidak bertanggungjawab daripada terus mengancam keharmonian masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan bersama Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Exco Kerajaan Negeri, Afif Bahardin.
Katanya lagi, jika PDRM gagal membendung provokasi yang masih berterusan, Khalid perlu memikul tanggungjawab dan meletakkan jawatan.
Dua hari lalu, laman Facebook ‘Boikot Barangan Cina DAP’ mengaitkan Steven dengan insiden lempar daging babi di Masjid Cherok To’kun, Bukit Mertajam 16 Februari lalu melalui gambar bertajuk ‘Cina lontar daging babi depan pintu masjid Bukit Mertajam, diiringi tulisan fitnah dan provokasi.

Muflis: K'jaan digesa buat polisi baru, tingkat pendapatan rakyat

KUALA LUMPUR: Melihat kepada angka muflis yang semakin meningkat dan membimbangkan, kerajaan digesa mengambil satu langkah jangka panjang bagi mengatasi perkara tersebut dengan merangka satu polisi baru.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad, menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu membentangkan Akta Pendapatan Adil dalam usaha meningkatkan pendapatan rakyat, sekaligus mengelak bertambahnya bilangan muflis di negara ini.

Tegas beliau, dengan meningkatnya pendapatan rakyat, kerajaan akan mendapat lebih banyak sumbangan ekonomi daripada rakyat ekoran kuasa membeli rakyat yang turut meningkat.

"Kita perlu sedar, keadaan muflis ini berlaku kerana rakyat sudah tidak mampu membayar segala kenaikan yang berlaku sejak kebelakangan ini. Ditambah pula dengan keadaan negara yang mengalami inflasi yang kini semakin meningkat 3.2 peratus," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dzulkefly berkata risiko meningkatnya situasi muflis ini apabila kadar pinjaman semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka turut naik, sekaligus meningkatkan ansuran bulanan kereta, rumah dan pinjaman peribadi.

Katanya tindakan itu kan menyebabkan semua institusi perbankan negara turut menaikkan kadar pinjaman purata mereka dalam semua bentuk pinjaman dan bakal 'melahirkan' lebih ramai rakyat muflis di negara ini.

Jelas beliau, kenaikan OPR tersebut pasti berlaku memandangkan ketika ini negara sedang mengalami inflasi sebanyak 3.2 peratus.

Pemimpin BN mula menyerang Waytha, dakwa tidak ikhlas...sayang sudah terlambat..!!




Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein (gambar) dan Timbalan Menteri Pelajaran II, P Kamalanathan bergabung tenaga menyerang P Waytha Moorthy dengan menyifatkan bekas timbalan menteri itu tidak ikhlas apabila meletakkan jawatannya.
Kamalanathan berkata, adalah tidak betul bagi Waytha menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kerana Putrajaya terus menjaga kepentingan komuniti India, termasuk menambahbaik sistem pendidikan sekolah Tamil.

"Dia tidak ada hak untuk mengkritik seseorang (Najib) yang sentiasa memberikan sesuatu kepada masyarakat India dan melaksanakan transformasi, dan terus membantu mereka dalam pelbagai cara," kata Kamalanathan sebagaimana yang dilaporkan Bernama.
 Kamalanathan mengatakan Putrajaya terus menjaga kepentingan komuniti India, oleh itu ia tidak adil bagi Waytha menyerang Najib Razak. – Gambar fail. Kamalanathan mengatakan Putrajaya terus menjaga kepentingan komuniti India, oleh itu ia tidak adil bagi Waytha menyerang Najib Razak. – Gambar fail.Katanya, Waytha sepatutnya menjadi ahli pasukan dan bekerja untuk mempertahankan keperluan dan hak masyarakat itu.
Dalam siri kenyataannya melalui Twitter, Hishamuddin berkata, peletakan jawatan Waytha adalah untuk "menutup kelemahannya sendiri".

Sultan Johor ambil alih 15% pegangan MOL bernilai RM396 juta secara tunai

Syarikat Internet, MOL Global Pte Ltd, hari ini mengumumkan persetujuan untuk menjual kepentingan ekuiti sebanyak 15 peratus dalam unitnya, MOL AccessPortal Sdn Bhd (MOL), bernilai US$120 juta (RM396 juta) secara tunai kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
  
Ketua Pegawai Eksekutif MOL Ganesh Kumar Bangah berkata ia selari dengan hasrat Sultan Johor untuk meningkatkan penglibatan baginda dalam sektor teknologi bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Johor.
  
"MOL telah berkembang sebagai syarikat Internet global yang boleh menjejaki asal usulnya penubuhannya di Johor 14 tahun lepas.
  
"(Jutawan) Tan Sri Vincent Tan, pemegang saham utama kami dan saya sendiri, kedua-duanya rakyat Johor, amat berbesar hati untuk menerima Sultan Ibrahim sebagai pemegang saham MOL untuk meningkatkan syarikat itu ke tahap seterusnya," katanya dalam kenyataan.
  
MOL ialah satu daripada penyedia perkhidmatan pembayaran dalam talian di Asia dan mengendalikan MOLPoints, permainan dalam talian dan platform pembayaran mikro barangan digital.
  
Selesai pengambilalihan, MOL Global akan mengekalkan 85 peratus pegangan dalam MOL, katanya.
  
- Bernama

ANAK lapor polis, dakwa wujud pecah amanah dalam KPF

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini membuat satu laporan polis berhubung dakwaan wujud perbuatan pecah amanah jenayah di dalam pengurusan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF).

Laporan polis itu dibuat terhadap Pengerusi Lembaga Pengarah, Datuk Faizoull Ahmad dan sembilan Ahli Lembaga Pengarah yang lain.

Jelas Presiden Anak, Mazlan Aliman, Mesyuarat Agong Khas KPF pada 27 Oktober tahun lalu telah meluluskan penjualan kepentingan KPF di dalam Felda Holding Berhad (FHB) sebanyak 51 peratus atau RM2.2 bilion pada harga RM19.61 sen sesaham.

Manakala, Felda Badan Berkanun pula telah menjual 49 peratus kepentingannya di dalam FHB sebanyak RM5.7 bilion atau RM52 sesaham.

Katanya, amat menghairankan kenapa Pengerusi dan ahli-ahli Lembaga Pengarah KPF tidak mengambil pendirian tegas agar KPF juga dibayar pada harga yang sama seperti Felda Badan Berkanun iaitu RM52 sesaham.

"In yang kita hairan dan kenapa Lembaga Pengarah KPF dan pengerusinya tidak bertegas agar KPF turut dibayar pada harga yang sama iaitu RM52 sesaham.

"Sedangkan harta yang dilepaskan oleh FHB kepada Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (FGVH) adalah sama sepertimana yang dilepaskan oleh KPF sebelum ini, yang berprestasi tinggi menghasilkan dividen sehingga 10 hingga 16 peratus setahun kepada KPF dan ahli-ahlinya," katanya kepada pemberita di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Asyik-Asyik KJ Yang Ke Depan Pertahan Najib, Mana Menteri Lain?

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin atau KJ sekali lagi tampil paling pantas mempertahankan Najib apabila pemimpin Hindraf, P Waytha Moorthy mengkritik Perdana Menteri sebagai seorang yang khianat dan mungkir janji untuk membantu golongan miskin India serta memintanya meletakkan jawatan.

Tidak lama selepas kenyataan Waytha itu dikeluarkan, KJ terus menulis bertalu-talu di twitternya untuk membela Najib sambil mengkritik pemimpin Hindraf itu sebagai tidak memahami bagaimana kerajaan beroperasi serta mendakwanya membuat tuntutan yang keterlaluan seperti sebuah unit khas dengan kuasa sepenuhnya mengawal perbelanjaan.

Kecuali pemimpin MIC dan IPF yang agak lewat bersuara dan turut mengkritik Waytha, agak menakjubkan pemimpin UMNO yang lain masih berdiam diri dan tidak terpanggil untuk mempertahankan Najib dan kerajaan yang sedang dikritik itu.

Sama seperti isu kangkung yang timbul beberapa minggu lalu, KJ juga merupakan pemimpin UMNO yang paling awal menulis di twitter dan mempertahankan Najib.

Dalam isu Waytha dan Hindraf ini, hanya KJ pemimpin UMNO yang bersuara sehingga ini.

Soalnya, di mana pemimpin UMNO yang lain? Di mana Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri? Di mana Naib-Naib Presiden UMNO yang ketiga-tiganya sedang berlumba-lumba untuk menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti? Di mana juga Ketua Penerangan UMNO yang seharusnya bertindak pantas dalam memberi penerangan?

Di mana pula menteri dan pemimpin UMNO yang lain, terutamanya Menteri Komunikasi dan Multimedia yang lazimnya akan segera memanggil jurukamera RTM jika sesuatu kritikan berlaku terhadap Perdana Menteri dan kerajaan?

Jika alasan semua mereka ini sedang sibuk dengan urusan pejabat dan menghadiri pelbagai mesyuarat, bukankah kebanyakan mereka ini mempunyai akuan Facebook dan Twitter yang hanya mengambil masa beberapa minit saja untuk menulis dan menyatakan pendirian?

Tony Fernandes terkejut MAS rugi RM1.17 bilion wang pembayar cukai negara


Putrajaya perlu mengkaji semula polisinya terhadap industri penerbangan selepas kerugian RM1.17 bilion yang ditanggung oleh syarikat penerbangan kerajaan MAS, kata pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes (gambar).
Fernandes berkata, beliau terkejut dengan jumlah kerugian yang ditanggung oleh MAS itu.
"Keseluruhan industri penerbangan perlu dikaji semula," katanya kepada The Malaysian Insider melalui telefon hari ini.
Katanya, polisi industri dan pengurusan penerbangan perlu diperkemaskan manakala MAS dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) perlu membuat keuntungan bagi mengelakkan kerugian berterusan dan membebankan pembayar cukai.
"Fakta saya adalah jika anda menguruskan syarikat sendiri, adakah anda sanggup memotong 16% kos dan masih rugi RM1 bilion.
"Adakah kerana ia adalah wang pembayar cukai maka ia sanggup dilakukan. Ini tidak menyelesaikan masalah," katanya.
Semalam, MAS mengumumkan kerugian suku ke-4 berturut-turut untuk 2013 sehingga menyebabkan ia rugi RM1.17 bilion sepanjang tahun tersebut.

War zone in Kiev: Violence rages as protesters throw petrol bombs at police

Death toll rising in Kiev protests

At Least 25 Killed in Ukraine Protests

Jihad untuk Keadilan seru rakyat buat laporan polis terhadap ISMA

Dead chicken, red paint thrown at Teresa Kok's office

'Tak wajar polis guna SOSMA tangkap orang ramai keluar pendapat' - SUARAM

PAS TIDAK BERSAMA UMNO DALAM POLITIK PERKAUMAN - TGHA

Harussani hairan bagaimana Dr Mahathir terpengaruh ajaran sesat Kassim Ahmad...pelik kan..!!!


IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengecam mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang juga peneraju Perdana Leadership Foundation kerana menyokong dan mempertahankan pemikiran songsang, Kassim Ahmad.

Menurutnya, tindakan itu telah memberi ruang untuk menyegarkan semula fahaman terpesong itu walaupun ianya telah difatwakan oleh kebanyakan negeri sebagai pemikir yang sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam.

"Saya hairan bagaimana Mahathir boleh terpengaruh dengan ajaran sesat Kassim Ahmad hingga sanggup mempertahankannya.

"Saya mengecam bekas perdana menteri (Mahathir) yang menyokong dan mempertahankan (kenyataan Kassim)," kata beliau dalam sidang media di pejabatnya, dekat sini hari ini.

Harussani menjelaskan, kerajaan perlu menguatkuasaan undang-undang selaras dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh banyak negeri termasuk Perak dan bertepatan dengan rukun negara iaitu Kedaulatan Undang-Undang agar golongan sesat seperti Kassim Ahmad boleh diambil tindakan.

"Tidak ada gunanya bertempik bahawasanya perlembagaan Malaysia ada begitu begini tapi perlaksanaanya tiada.

"Kassim Ahmad sepatutnya wajib diambil tindakan kerana beliau telah difatwakan sesat oleh banyak negeri dan telah digazetkan," jelasnya lagi.

Jakim: Pandangan Kassim Ahmad bercanggah dengan akidah...adakah Dr Mahathir akan dilindungi juga..??

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini membuat pendirian bahawa pandangan yang dikemukakan Kassim Ahmad dalam satu seminar di Putrajaya minggu lalu adalah bercanggah dengan prinsip ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata pihaknya memandang serius perkara yang dibangkitkan dalam "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian" itu.

"Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini.

"Pihak Jakim dan Jawi juga berhasrat untuk menjemput Dr Kassim Ahmad dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasan terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan aqidah umat Islam," kata beliau dalam satu kenyataan.

Justeru itu katanya, memandangkan pemikiran Dr Kassim Ahmad ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini.

Ini adalah kerana perkara ini boleh memberi implikasi besar kepada akidah umat Islam dan menggugat ketenteraman serta menimbulkan keresahan awam, jelasnya.

Berikut kenyataan penuh beliau.


1. JAKIM memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam“ SEMINAR PEMIKIRAN KASSIM AHMAD: SUATU PENILAIAN ” pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

2. Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya berkaitan isu-isu agama adalah seperti yang berikut:

i. Mempertikaikan Dua Kalimah Syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad s.a.w..

ii. Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab.

iii. Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi.

iv. Mempertikaikan hadis sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi’e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadis sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Qur’an.

Dr Mahathir berbohong tentang Kassim Ahmad, kata bekas ketua Persatuan Ulama

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa berbohong apabila berkata para ulama di negara ini gagal melawan Dr Kassim Ahmad dengan hujah, lalu melabelkannya sebagai 'anti-Hadis'.
Bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Ustaz Ahmad Awang berkata, ketika kejadian pertama Kassim membawa teorinya pada tahun 1986, beliaulah ketika itu Pengarah Penyelidikan Pusat Islam (kini Jakim) yang berdepan dengan Kassim.
"Atas kapasiti sebagai Yang di-Pertua PUM, kami berdepan dengan Kassim di Masjid Seksyen 16, Petaling Jaya. Beliau meminta kami dengarkan dulu dia bercakap, selepas dia bercakap, masa habis, dan dia pulang ke Pulau Pinang.
"Dia berjanji akan bertemu semula. Namun selepas itu, sampai sekarang dia tidak mahu bertemu kami. Ia berakhir dengan dia sahaja yang bercakap dan kami hanya mampu mendengar dan tidak boleh berhujah balas bagi menjawab dakwaan beliau," cerita Ahmad Awang kepada The Malaysian Insider, mengingati kembali kejadian hampir 40 tahun lalu itu.
Tidak lama selepas pertemuan itu, katanya, Kassim pergi ke akhbar Watan ketika itu (walaupun berjanji tidak ada sebarang laporan media berkaitan majlis itu) dan memaklumkan akhbar tersebut para ulama gagal berhujah dengan beliau.
"Jadi, bukan sahaja Dr Mahathir sahaja yang berbohong dalam hal ini, Kassim Ahmad yang menjadi rakan Mahathir sejak di Universiti Malaya Singapura juga berbohong," kata Ahmad.

Waytha tanya KJ: Boleh kerja tanpa peruntukan? Pakai duit sendiri kot...!!!


Bekas timbalan menteri, P Waythamoorthy membidas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana berpihak kepada perdana menteri tanpa memahami kekecewaannya terlebih dahulu.

Meningkah dakwaan Khairy yang mendakwa beliau tidak cekap dan mata duitan, Waythamoorthy berkata, beliau meletak jawatan kerana Datuk Seri Najib Tun Razak bersikap tidak acuh untuk menubuhkan unit khas bagi menangani masalah India Malaysia yang miskin.

"Tindakan Khairy mempertahankan bosnya adalah tidak matang dan kurang bijak," kata Waythamoorthy dalam kenyataannya.

"Bolehkah Khairy melaksanakan tugasnya jika belanjawan kementeriannya dihapuskan dan beliau diminta menjalankan tugasnya sebagai menteri belia dan sukan?"

Pemimpin Persatuan Hindraf Malaysia itu melepaskan jawatannya dari kerajaan minggu lepas dan menggelarkan Najib penipu kerana tidak memenuhi janji dalam memorandum persefahaman yang ditandatanganinya bersama BN, sebelum pilihan raya tahun lalu.

Memorandum itu membolehkan Waythamoorthy dilantik menjadi senator dan sebagai timbalan menteri yang sepatutnya menjaga hal ehwal komuniti India Malaysia apabila BN kembali berkuasa selepas pilihan raya umum.

Dipenghujung Kuasa: Lagi desakan Najib letak jawatan, Ku Li dicadangkan jadi PM


Pengerusi Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan (gambar) mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebelum membuat lebih banyak kerosakan, dan mencadangkan agar ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dilantik menggantikan beliau.
"Jika Najib enggan berbuat demikian, Majlis Tertinggi Umno patut bermesyuarat dan memecat beliau sebagai presiden parti dan mencadangkan alternatifnya.
"Dalam keadaan ini, Star Sabah fikirkan tidak ada calon yang lebih baik melainkan Tengku Razaleigh menjadi Perdana Menteri," kata Jeffrey.
Bagi beliau, ahli parlimen Gua Musang itu sepatutnya sudah menjadi perdana menteri pada tahun 1987 jika Mahkamah Tinggi mengambil kira 30 cawangan haram yang menyokong Dr Mahathir, memberikan jawatan itu kepada Tengku Razaleigh.
Jeffrey mengulas desakan bekas timbalan menteri yang meletakkan jawatan, P Waytha Moorthy yang meminta Najib meletakkan jawatan selepas gagal menunaikan janjinya untuk membela masyarakat India.
Pemimpin Hindraf itu mendesak agar Najib mengakui kelemahannya.

Laman Facebook dakwa DAP di belakang kejadian daging babi di masjid...makin berani puak rasis menabur fitnah..!!!


Laman Facebook yang bertajuk 'Boikot Barangan Cina DAP' menulis satu post yang seperti mendakwa Steven Sim yang terlibat dalam insiden daging babi di masjid di Pulau Pinang. – Gambar diambil dari lama Facebook, 19 Februari, 2014. Laman Facebook yang bertajuk 'Boikot Barangan Cina DAP' menulis satu post yang seperti mendakwa Steven Sim yang terlibat dalam insiden daging babi di masjid di Pulau Pinang. – Gambar diambil dari lama Facebook, 19 Februari, 2014. Sebuah laman Facebook 'Boikot Barangan Cina DAP' seolah-olah mendakwa ahli parlimen DAP, Steven Sim yang terlibat melontar sekeping daging dipercayai daging babi ke pintu masuk Masjid Cheruk Tok Kun Atas, Ahad lalu.
Posting yang bertajuk 'Cina Lontar Daging Babi Depan Pintu Masjid' itu seolah-olah mendakwa Sim terlibat dengan kejadian itu.
Ekoran itu, ahli parlimen penggal pertama itu membuat laporan di ibu pejabat polis Seberang Prai Tengah bersama anggota parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin.
"Kejadian terkini dengan laman Facebook ini satu fitnah dan provokasi," kata Sim dalam kenyataan bersamanya dengan Zairil dan Dr Afif.
Ketiga mereka yang merupakan wakil rakyat untuk penggal pertama ini melihat pelbagai kejadian kontroversi yang disifatkan mereka sebagai usaha untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.
Mereka mendesak polis menyekat kejadian sebegitu daripada berulang, atau Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bertanggungjawab, atau meletakkan jawatan sahaja.
"Semua ini mahu menimbulkan kekacauan untuk menjatuhkan kerajaan yang ada. Jelas musuh kerajaan negeri tidak mahu melihat kemajuan di bawah pentadbiran Pakatan, yang selama ini cuba menjaga kebajikan rakyat.

Polis syak kejadian simbah cat pejabat Teresa Kok berkaitan klip video


Bangkai ayam dan cat merah disimbah di depan pejabat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 19 Februari, 2014.Bangkai ayam dan cat merah disimbah di depan pejabat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 19 Februari, 2014.Polis mengesyaki kejadian menyimbah cat merah dan meninggalkan bangkai seekor ayam di pejabat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di Kuchai Entreprenuers, di Kuala Lumpur, mempunyai kaitan dengan penerbitan video 'Onederful Malaysia CNY 2014' yang tersebar melalui YouTube.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa, berkata kejadian yang berlaku pada jam 9.20 pagi tadi di pusat perkhidmatan ahli Parlimen itu kini disiasat mengikut Seksyen 506, Seksyen 352 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, serangan jenayah dan menyebabkan bencana.

Jangan Tunduk Kepada Helah Perkauman

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk perbuatan melempar bangkai ayam dan menabur cat merah di pejabat Teresa Kok. Perbuatan ini merujuk kepada politik perkauman melampau BN dan ia berlaku selepas cubaan sebelumnya tidak mendapat sambutan.

SAMM percaya tindakan ini juga adalah satu usaha menakut-nakutkan pihak YB Teresa Kok dengan harapan ada permohonan maaf akan dibuat. 

SAMM menegaskan bahawa Teresa tidak harus tunduk kepada tekanan ini kerana rakyat yang celik perpaduan tetap menjaga keharmonian negara. Hanya segelintir yang 'sakit' sahaja tergamak ingin melihat rusuhan antara kaum berlaku.

SAMM menggesa pihak berkemahiran supaya menyiarkan semula video yang diterbit Teresa Kok dengan sarikata berbahasa melayu, agar semua pihak memahami satira politik yang ditonjolkan tiada unsur penghinaan terhadap agama dan bangsa lain khususnya islam dan melayu. 

Apa salahnya kelemahan pemerintah itu ditonjolkan dalam bentuk satira selagi pihak kerajaan masih sombong dan bongkak tidak akui kelemahan diri?

Ia sinonim dengan aksi demo kangkung yang memperlihat kelemahan seorang Perdana Menteri, langsung tiada kaitan dengan penghinaan agama dan bangsa tetapi respon dari penyokong Umno berdemo dengan parang dan hasutan yang jelas, merupakan antara cubaan menimbul kebencian kaum.

Politik Rasis Dan Samseng: Cat merah dan ayam mati di letak depan pejabat Teresa Kok


Teresa Kok menunjukkan cat merah dan ayam mati yang diletakkan di depan pusat khidmat beliau. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 19 Februari, 2014. 
Teresa Kok menunjukkan cat merah dan ayam mati yang diletakkan di depan pusat khidmat beliau. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 19 Februari, 2014.

Pusat perkhidmatan ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok disimbah dengan cat merah dan seokor ayam mati juga diletakkkan di depan pintunya awal pagi ini, selepas dua minggu NGO yang mengaku Islam memberikan tawaran agar beliau ditampar.
Kok diberitahu mengenainya oleh pihak pengurusan bangunan tempat terletaknya pejabat beliau kira-kira jam 9.20 pagi ini.
"Mereka menelefon saya memaklumkan perkara itu sebaik saja mengetahui mengenainya," kata Kok yang menjadi sasaran kemarahan NGO yang mengaku Islam ekoran video tahun barunya baru-baru ini.
Dalam protes yang dilakukan minggu lalu, NGO itu turut menyembelih ayam di atas gambar beliau dan beberapa pemimpin Cina iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dari DAP serta Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon dari PKR.
Kok dan enam lagi membuat laporan polis mengenainya namun Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolaknya dengan berkata menampar muka bukan dikira sebagai ugutan.
Polis telah menyiasat empat ahli NGO yang terlibat membuat ugutan dan tawaran itu.

Hentikan pengedaran ‘pil ajaib’ di sekolah

Pil itu didakwa mampu meningkatkan prestasi akademik pelajar 

PETALING JAYA: Tindakan kerajaan membiarkan pengedaran ‘pil ajaib’ Dimensi 108  di sekolah dilihat seolah-olah menghalalkan satu bentuk jenayah terancang dengan menjadi pelajar sebagai mangsa.
Pemuda Sosialis Parti Sosialis Malaysia (PSM) berkata, pil yang didakwa mampu meningkatkan prestasi akademik pelajar didapati diedarkan semula secara aktif itu mengandungi ramuan yang meragukan.
“Kajian Persatuan Perubatan Malaysia mendapati bahawa sebiji pil ajaib Dimensi 108 seberat 500mg ini hanya mengandungi 95% gula dan 7.5mg atau 1.5% herba.
“Malah, mengikut undang-undang produk makanan, penggunaan ayat ‘Kuasa Mengubah Perangai’ sebagai “tagline” produk tersebut juga turut menyalahi Peraturan 18(1A), Peraturan-Peraturan Makanan 1985,” kata Setiausaha Agung Pemuda PSM Edwin Michael dalam kenyataan hari ini.
Pil Dimensi 108 kononnya dikatakan mempunyai kuasa untuk mengubah tingkah laku pelajar serta mampu membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik dalam jangka masa pendek iaitu 20 hari.
Antara faedah mengamalkan pemakanan Pil Ajaib Dimensi 108 ini ialah hormat kedua ibu bapa, boleh membezakan perkara yang baik dan buruk, rajin berusaha dan berdikari, berakhlak baik dan mulia, mempunyai ketahanan terhadap penyakit, mengamalkan gelagat yang positif, cerdas minda (bijak berfikir) dan memiliki fikiran, kesihatan dan rohani yang baik.

Noh Omar ramal berlaku krisis dengan kuasa istana, sepatutnya PAS jadi MB....Umno Selangor dah pecah lubang..!!

Akan berlaku pertembungan krisis perlembagaan antara kuasa Istana dan 'kuasa rakyat' kalau Anwar dicalonkan MB.

PETALING JAYA: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar meramalkan Istana akan menolak nama bakal ADUN Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Katanya, Anwar ada agenda besar dengan kelak akan ada yang melihat seolah-olah Istana campur tangan beri pandangan berbeza.
“Di sini kemungkinan akan berlaku pertembungan krisis perlembagaan antara kuasa Istana dan ‘kuasa rakyat’ kalau Anwar dicalonkan MB (Menteri Besar) oleh DUN Selangor,” katanya dalam wawancara dengan Utusan Malaysia hari ini.
Katanya lagi, adalah pada masa itu nanti Sultan yang mempunyai kuasa melantik MB, akan dilihat yang mana satu ‘aspek’ lebih berkuasa.
“Adakah Sultan ada kuasa pilih MB atau Sultan pula nak kena akur daripada apa yang diputuskan oleh DUN,” katanya lagi.
Noh yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memberi contoh, dalam sesi lepas (2008) apabila berlaku krisis untuk pilih Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), akhirnya kerajaan negeri Selangor terpaksa menerima Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai SUK yang baharu walaupun pada mulanya dilihat ditolak.

Last of the rajahs - The Economist

A powerful chief minister bows out—or does he?

 The Economist 

FEW of Asia’s elected leaders have enjoyed the power of Abdul Taib Mahmud, the chief minister of Sarawak. For 33 years he lorded it over this Malaysian state on the island of Borneo, once densely forested and still rich in oil. Mr Taib was an appropriate successor to generations of the British Brooke family, who ran the territory as their own monarchy for a century from 1841. They were known as the White Rajahs. Their 77-year-old, white-haired modern equivalent, Mr Taib, will officially retire on February 28th, passing the job to a hand-picked successor, Adenan Saten. Mr Taib, though, will probably get another comfortable job himself, retaining much influence.
Few have contributed more, for better and for worse, to the course of modern Malaysian history. Mr Taib has played a crucial role in keeping the Barisan Nasional (BN) coalition in power—it has ruled ever since Malaysia won independence from Britain in 1957. The two former British possessions on Borneo, Sabah and Sarawak, joined the new federation of Malaysia in 1963 (together with Singapore, which dropped out two years later). Ever since, east Malaysia has supplied the oil and votes that the BN needs.
Oil revenues have fuelled the country’s breakneck development, while the votes have kept the coalition’s stranglehold on federal power even as its share of the vote has dropped steeply over time in peninsular Malaysia. Gerrymandering by the BN means that Sabah and Sarawak, largely rural and sparsely inhabited, fill almost a quarter of the federal parliament’s seats, out of all proportion to their populations. Mr Taib has secured the vote every time. The 25 seats out of a possible 31 that his own political machine, allied to the BN, won in the general election last year was, with the seats that the BN’s allies won in Sabah, the difference between the coalition holding on to power and electoral humiliation.
His electoral muscle has given Mr Taib disproportionate political clout. He has run Sarawak single-handedly, with little accounting to anyone. His supporters credit him with presiding over an era of unparalleled development, transforming a disease-ridden backwater into a relatively modern state and well-known tourist destination. He has also used his clout with the central government to insist upon an impressive degree of local autonomy for Sarawak, thus preserving its special ethnic and religious make-up in the federation.

Mei Fun calon terbaik BN di Kajang kata Ibrahim Ali


Ahli politik veteran Datuk Ibrahim Ali berpendapat, pemimpin kanan MCA Chew Mei Fun calon terbaik BN bagi menentang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya keci; Kajang.

“Calon BN siapa pula? Kalau tanya saya, Chew Mei Fun, naib presiden MCA. Dulu (beliau) letak jawatan timbalan menteri kewangan atas isu malu video seks presiden MCA ketika itu.

“Hebat moralnya kalau nak dibanding dengan Anwar,” kata Ibrahim .

Chew pada 2010 meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dan ketua wanita MCA selepas Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menang jawatan presiden parti.

Dalam kenyataannya hari ini, Ibrahim melihat kelebihan Chew itu dapat digunakan bagi menarik sokongan terhadap BN berbanding Anwar yang berdepan rayuan terhadap pembebasannya dalam kes Liwat II.

“Jika ini calon (BN untuk) pilihan raya kecil DUN Kajang, sama-sama kita lihat apakah sikap majoriti rakyat pengundi Kajang?” kata bekas anggota Parlimen Pasir Mas itu.

“Moga-moga Tuhan menunjukkan kebenaran dalam pilihan raya kecil Kajang.”

Mahkamah Pilihanraya tolak petisyen dengan kos RM25,000, Zahid kekal MP di Bagan Datoh


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal sebagai anggota Parlimen Bagan Datoh apabila Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal oleh peguamnya terhadap dua petisyen yang difailkan terhadapnya.

Hakim Datuk Hasnah Mohamed Hashim mendapati kedua-dua petisyen, difailkan calon PKR Madhi Hassan dan seorang pengundi lagi, sebagai tidak sah dan cacat.

Beliau turut memerintahkan Madhi untuk membayar kos sebanyak RM25,000.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini memerintahkan kes ini dibicarakan selepas membenarkan rayuan Mahdi sebelum ini.

Bagaimanapun, bantahan awal dikemukakan peguam Ahmad Zahid, sewaktu pendengaran bulan lalu.

Dua nama sesuai debat dengan Kassim Ahmad

USTAZ EMRAN AHMAD  
Pendapat saya tentang debat dengan Kassim Ahmad

1. Ramai benar yang hendak berdebat dengan Kassim Ahmad, namun yang lebih afdhal bagi para agamawan saat ini ialah untuk menghampirinya lalu menasihatinya secara sulit, jauh dari kamera, jauh dari popular dan jauh dari kaca mata manusia. Moga-moga dalam usia yang sudah tua ini, dia mahu bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH di bawah petunjuk al-Quran dan al-sunnah serta menyedari kesilapannya.

Kassim Ahmad bukan orang sembarangan, dia orang yang pernah masuk ISA dan penjara kerana mempertahankan pegangannya. Sedang pak Ustaz, dan sang pendakwah ahli sunnah pun belum tentu mampu bertahan dengan penjara.

2. Kalau mahu berdebat dengan alasan penting untuk mendedahkan kepada umum tentang kesesatan fahaman anti-hadith ini maka lebih baik dibuat dialog dan forum atau diskusi soal-jawab terbuka yang dikendalikan oleh agamawan yang mahir. Mungkin Datuk Dr Asri adalah orang yang sesuai dan lain-lain tokoh.

Kalau mahu berdebat juga dengan Kassim Ahmad, maka saya rayu dan mencadangkan agar orang yang berdebat dengannya itu ialah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Ini kerana beliau berupaya menangkis hujah Kassim Ahmad dari sudut sejarah, psikologi dan pemikiran di samping mengetengahkan jalan damai yang mampu memujuk Kassim Ahmad beralah secara sukarela dan memujuk hadirin yang menyebelahinya memahami hujah-hujah agama. Insya-ALLAH.

Press freedom is going down…

In the latest ranking, Burundi (142), Ethiopia (143), Cambodia (144), Myanmar (145) and Bangladesh (146) have all topped us.

For all the talk about Malaysia becoming a First World democracy, press freedom in Malaysia is still being tightly-controlled.
Therefore it was unsurprising that our Press Freedom Index (PFI) rating has dropped two rungs from 145 previously to 147 currently out of 180 countries as shown from the information released by Reporters Without Borders for this year.
This is certainly deplorable for a country that aspires to be a First World nation, especially when we have been touted as a ‘model democracy’ by Prime Minister Najib Tun Razak.
The placing of 147 out of 180 countries is more than three quarters down the list as 135 is the three quarter mark.
What is worse is that our ranking is even below that of Burundi (142), Ethiopia (143), Cambodia (144), Myanmar (145) and Bangladesh (146).
Certainly with this type of ranking, we cannot claim to be a ‘model democracy’ and to continue claiming so would be shameful and embarrassing.
However this drop in ranking is only to be expected due to the drama involving the weekly ‘The Heat’ last year.
It has to be noted that the best result was shown in the year 2006 with the ranking of 92 which was achieved under the premiership of Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Although we still have opposition newsletters in the form of Suara Keadilan, The Rocket and Harakah, these are strictly opposition party newsletters and the public know what to expect from their content which is always critical of the government.
But what is amazing is that some mainstream papers seem to act like party newsletters by bad-mouthing the opposition on a regular basis. This is definitely unethical, unprofessional and unacceptable as the duty of the mainstream papers is to always adopt a neutral stance when reporting the news to the public.
Moreover these mainstream papers are read as bona fide newspapers and there is no indication whatsoever anywhere on these papers that they are the organs of such and such a political party.
What transformation?
As for the opposition’s newsletters, they have to put up with extremely too many conditions set by the Home Ministry despite the fact that they are clearly published by the opposition parties.
For Malaysia’s ranking to fall below that of Myanmar and Bangladesh is horrendous indeed as we are now approaching our 57th year of Independence.
Therefore PM Najib must take responsibility for the fall in the PFI.
What has happened to all his talk about ‘Transformation’ in the Government Transformation Programme (GTP)? Has the government transformed into an exemplary democratic government?
“It is thus meaningless to proclaim that Malaysia is the world’s best democracy if the citizens are prevented from obtaining news in a free and fair manner via the printed press,” said PAS Central Committee member and former Kuala Selangor MP Dzulkefly Ahmad.
Najib therefore has to show that Malaysia is the world’s best democracy by giving the opposition fair access to the mainstream press thereby enabling the citizens to make an informed decision at the ballot box.
The fall in the Press Freedom Index does not show that the government is favourable to the issue of press freedom, remarked the PAS man.

NO WONDER TAIB NOT AFRAID! Forestry staff write ‘ground reports’ from SEASIDE HOTELS in KK

Forest Department staff, who are supposed to monitor the activities of timber companies, regularly concoct false reports from seaside hotels, instead of conducting genuine ground checks, Sarawak Report has learnt.
Insiders have confessed to the practice, which they say is orchestrated by the major timber companies, who spend thousands of ringgit a week entertaining the Forest Department officials and paying them ‘pocket money’ to keep them from doing their job of guarding against illegal logging.
One former worker at a major timber company operating in the Baram region told us that the vast majority of the company’s logging in the area is unauthorised and that in order to keep Forest Department staff from viewing the extent of their illegal operations the company would go to extreme lengths to keep them out of the area.
Can you give us a lift?
A key weakness in Forest Department practice, which the company is happy to exploit, is the willingness to allow its officials to rely on company transport to get to the areas they are supposed to be checking.
Before every inspection trip the Forest Department official rings the company to notify they would like transport and then a discussion takes place.
“They would ring to say they want to check a coup, but all along the road to get to the area you can see the unauthorised activity.  So, we say we can take you to the area tomorrow, but bring your passports. Instead, we would take them to KK and go to one of the nice hotels, like the Casuarina in Tanjung Aru beach”
The group of officials from the Forestry’s ‘Preventative Department’ would then spend the entire week enjoying casinos, drinking and other forms of entertainment at the resort, thanks to regular ‘pocket money’ supplied by the timber company.
A timber industry insider told us that the timber company’s top managers were well aware of what was going on and that the petty cash department would allow them to take thousands of ringgit to cover each trip.  The Chief Executive of the company was well aware too:
“We had to avoid the Forest Department seeing the extent of the unauthorised activity, because they would exact such big penalties, so, it was better to do the negotiations away from the area”, the company employee explained.
According our sources all the major timber companies in Sarawak employ similar tactics to subvert reports by Forest Department ground staff.  These have an official salary of RM3-4,000 a month, but can inflate their earnings  up to RM20,000 through cash bribes.
“They can’t bank this money, which they get in cash. We call it money under the pillow”
On certain occasions one timber industry worker admitted, his company would even fly a group of forest guards to Manila to keep them away from their proper duties.  Asked if he felt guilty he responded “Yes, I didn’t really enjoy taking them, some of the officials were single, but many had wives”.
Log pond - no traceability to show whether the timber came from authorised or unauthorised areas. Log pond – no traceability to show whether the timber came from authorised or unauthorised areas.
On paper everything is proper, but 90% of it is lies
Ludicrously, our informant described how during the course of their week at the seaside the forest officials would retire to their rooms to do their “homework”, in order to complete the paperwork required of their trip.

Kecam Najib: Waythamoorthy buatkan Pemuda Umno, MIC berang

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin berkata adalah tidak adil bagi P. Waythamoorthy (gambar)  menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kegagalan bekas senator dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu melaksanakan perubahan.
  
Menteri Belia dan Sukan itu dalam tulisan di twitternya berkata Waythamoorthy tidak bertindak sebagai peserta pasukan dan tidak melaksanakan apa yang diperjuangkannya. 
  
Beliau berkata Waythamoorthy mendesak supaya semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah budi bicaranya kerana beliau mahu mengawal wang, dengan mengetepikan agensi dan kementerian.
  
"Bila beliau tidak mendapat ini, beliau berhenti dan menyalahkan Perdana Menteri," kata Khairy.
  
Beliau berkata bila Waythamoorthy membawa hal-hal tertentu ke perhatian Najib, segalanya diselesaikan.
  
Khairy berkata sekalipun ketiadaan Waythamoorthy, kerajaan tetap komited memajukan masyarakat India dan menyelesaikan isu seperti pendidikan dan kemiskinan. 
  
Minggu lepas, Waythamoorthy melepaskan semua jawatannya, dengan mendakwa kerajaan tidak melakukan perubahan sosio-ekonomi untuk membantu masyarakat miskin India.

Sementara itu, Presiden Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) Datuk M. Sambanthan meminta Waythamoorthy supaya tidak mengulangi kenyataan yang memburukkan kerajaan demi kepentingan sendiri.

Kerjasama erat Pas & DAP bantu kempen PRK Dun Kajang – Anwar

Pakatan_RakyatKUALA LUMPUR 19 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pas, DAP dan KEADILAN bekerjasama erat dalam menghadapi pilihan aya kecil N25 DUN Kajang, bermula dari pemilihan calon sehinggalah ke peringkat gerak kerja jentera pilihanraya.
Justeru, beliau menasihatkan rakyat Malaysia secara umum dan pengundi DUN Kajang.secara khusus supaya berhati-hari dengan permainan media arus perdana yang ditunggangi Umno-yang memanipulasi pelbagai isu.
Rakyat“Sebab Umno memanglah kamu tengok macam histeria sekarang ini. Saya juga dapat maklumat tentang kemungkinan Umno-BN masuk (berkempen) dengan strategi yang mengejutkan dan sebagainya
“Oleh itu ada percubaan dalam media untuk melaga-lagakan. Saya tidak fikir ia menjejaskan kerana hubungan kerja kita (Pakatan) seperti biasa.
“Selang sehari sekurangnya saya ke sana (Kajang). Saya tengok, semalam (18 Februari) jentera DAP, Pas dan KEADILAN, penuh,” kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, semalam.
Beliau berkata demikian ketiika ditanya pemberita mengenai tindakan media pro kerajaan Umno-BN sekarang ini yang giat berkempen untuk memfitnah dan memburukkan Anwar.

Air percuma KL, Putrajaya bukti PR perjuang hak rakyat

rodziahSHAH ALAM 19 FEB : Kesediaan Kerajaan Selangor menawarkan pemberian air percuma 20 meter padu kepada penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) sentiasa konsisten memperjuangkan hak rakyat tanpa mengira sempadan politik.
Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata perkara itu juga sudah lama dibincangkan di peringkat Kerajaan Negeri dengan mengambil kira penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya juga merupakan pelanggan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Katanya, perancangan itu bagaimanapun tidak dapat dilaksanakan sekiranya Syabas masih dikawal sepenuhnya oleh pihak swasta yang bermotifkan keuntungan semata-mata.
“Tetapi seandainya penstrukturan semula berjaya dan kerajaan negeri dapat menguruskan pembekalan air, maka mereka (penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya) berhak untuk mendapat inisiatif sama seperti rakyat Selangor dapat.
“Inilah yang Pakatan Rakyat perjuangkan, iaitu manfaat kepada setiap rakyat tidak kira kamu itu siapa, asalkan hak kamu, kamu seharusnya dapat,” katanya kepada Selangor Kini.

Taktik judi zaman siber


judi siber 
 Mereka yang terlibat dengan judi sanggup menghabiskan masa 24 jam di hadapan komputer. - Gambar hiasan
KEGIATAN perjudian begitu popular sejak dahulu lagi, cuma trendnya kini diubah suai mengikut trend semasa bagi memancing minat orang ramai khususnya yang gila berjudi.

Rata-rata menyedari impak kegiatan judi tetapi sikap tamak mengatasi segala-galanya sehingga sanggup menghabiskan masa untuk berjudi dan menjejaskan kerja serta tanggungjawab terhadap keluarga dan diri sendiri.

Pelbagai tindakan dilakukan agensi penguat kuasa termasuk polis dan pihak berkuasa tempatan, namun penganjur judi sangat licik,  mencari port baru supaya kegiatan mereka dapat diteruskan.

Segelintir daripadanya seolah-olah tidak takut dan berulang kali melakukan perbuatan sama walaupun pernah ditangkap atau premis judi mereka disita. Namun, sikap tidak serik penganjur atau pemilik premis judi ini dipercayai didorong permintaan tinggi daripada individu yang ketagih berjudi.

Individu di sebalik kegiatan judi:
1. Penganjur
Menyediakan tempat/kawasan untuk berjudi.

Mengurus hadiah/wang ganjaran.

2. Penjaga premis

Menguruskan premis judi

3. Pemain/penjudi
Individu bermain/membuat taruhan.

Biasanya penagih dadah, penganggur, kakitangan awam.

Berusia 20 tahun ke atas.

4. Penonton

Individu memberi sokongan/hadir  menghilangkan ketagihan berjudi.

Jenis Judi
1. Judi dalam bangunan

2. Judi tempat bebas - Judi bola golek, sabung ayam

3. Judi dalam talian - Judi bola
4. Judi komputer

5. Judi ekor haram

Modus Operandi

Dr M pertahan Kassim yang anti-hadis, beranikah Jakim bertindak?

KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahan pemikiran Kassim Ahmad tidak boleh dilihat sebagai halangan untuk mengambil tindakan terhadap tokoh pemikir aliran anti hadis itu.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihak berkuasa agama sewajarnya perlu bertindak segera kerana umum mengetahui pemikiran Kassim itu telah dikategorikan sebagai sesat.

"Hanya kerana beliau mendapat ruang disokong oleh Tun Mahathir sebagai bekas PM tidak bermakna pihak berkuasa agama tidak boleh menyanggah Kassim dan Mahathir dan mengambil tindakan jika mereka terus berdegil .

"Mereka berdua yang sudah lanjut usia serta golongan yang berpemikiran yang sama mungkin tidak mahu bertaubat dari pegangan yang sesat ini , tetapi untuk membiarkan pemikiran ini menyebar dalam bentuk penerbitan dan wacana terbuka akan menimbulkan kekeliruan yang lebih parah dikalangan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan.

Berikut kenyataan penuh beliau.


Kenyataan Dr. Mahathir  mempertahankan Kassim Ahmad sebagai bukan berpemikiran anti hadith adalah berkonotasi bahawa tidak mengapa berpegang kepada pendapat yang salah mengenai kedudukan Rasulullah s.a.w. selagi tidak ada pihak yang boleh menjawab balas hujah Kassim.

Pemikiran yang cuba dibawa oleh Kassim itu telah dikategori sebagai sesat oleh ulama dan pemikir Islam.Namun Mahathir pula berpendapat Kassim yang mempersoalkan perkara pokok dalam Islam  iaitu syahadah terhadap Rasulullah s.a.w sebagai tidak termasuk dalam syahadah terhadap Allah SWT itu tidak salah . Pegangan ini bagi beliau adalah pendapat Kassim yang seharusnya diterima selagi tidak dihujah sebaliknya.

Kami merumuskan Mahathir berpendirian  selagi tidak ada hujah yang boleh menjawab pegangan Kassim , maka beliau menganggap Kassim benar dan tidak mengapa jika pemikirannya itu disebar luas.

Bangkai ayam, cat merah disimbah di pejabat Teresa Kok

Cat merah telah disimbah di tangga kepada pusat perkhidmatan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok.

Seekor bangkai ayam dan gambar Teresa juga ditemui seorang kakitangannya yang tiba di pejabat kira-kira jam 9 pagi ini.

Ketika dihubungi, Teresa merujuk kepada gambar tersebut dan berkata: "Ini pasti disasarkan kepada saya"

Beliau akan mengadakan sidang akhbar di pejabatnya pada jam 10.30 pagi ini.

SINGAPORE: At least 70 witnesses to be called up for COI hearing on Little India riot

Riot Police Move in Against Kiev Protest Camp

Boy in desert photo: Propaganda or true?

Ukraine crisis: "Apocalyptic" night-time clashes in Kiev

WAYTHAMOORTHY HILANG SABAR DENGAN PENGKHIANATAN NAJIB..!!!

"Saya meletak jawatan selepas berbulan bersabar selain sentiasa cuba untuk bekerja menerusi perjanjian MOU yang telah ditandatangani antara BN dengan Hindraf...Dalam tempoh lapan bulan lepas saya telah mengadakan pertemuan dengan PM sebanyak 16 kali. Dalam setiap pertemuan itu saya mengusulkan penamaan unit baru dan bajet seperti yang dijanjikan kepada saya sebelum ini."
 - Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy