Selasa, 18 Februari 2014

Anwar Ibrahim: Rakyat Berhadapan Dengan Kos Sara Hidup Lebih Tinggi Daripada Kenaikan Pendapatan


RAKYAT BAKAL MUFLIS DISEBABKAN KESEMPITAN HIDUP.

 


Zaman Najib & Rosmah: Melayu ramai muflis

PETALING JAYA - Bangsa Melayu didakwa merupakan golongan yang paling tinggi menghadapi masalah kesempitan kewangan akibat kadar kenaikan kos sara hidup yang lebih tinggi daripada kenaikan pendapatan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, sejumlah 19,575 orang telah diisytiharkan muflis dan daripada jumlah itu, 48.4 peratus merupakan bangsa Melayu.

"Pada Tahun 2012, laporan Jabatan Insolvensi Malaysia menyatakan, sejumlah 19,575 orang telah diishtiharkan muflis atau purata 1,631 orang telah muflis setiap bulan.        

"Manakala kadar purata bilangan muflis bulanan pada Januari hingga September 2013 sebanyak 1,812 adalah 11 peratus lebih tinggi berbanding kadar purata bulanan 2012," katanya pada sidang media, dekat sini, hari ini.                     

Katanya lagi, sekiranya data untuk keseluruhan 2013 dikeluarkan, beliau menjangkakan lebih daripada 20,000 kes muflis akan dilaporkan. 

"Hal ini disebabkan kerana kenaikan harga barang dan kos sara hidup, kesan daripada pengurangan subsidi," katanya.

Tambahnya, fenomena ini bukan sahaja tertumpu kepada Semenanjung Malaysia, bahkan telah menular ke seluruh negara, terutama di kawasan bandar.

Peningkatan muflis & pinjaman peribadi, manifestasi kesempitan hidup rakyat

dsai_pkrhq1. Statistik Jabatan Insolvensi Malaysia terkini menunjukkan bahawa semenjak bulan Januari hingga September 2013, seramai 16,306 orang telah diisytiharkan muflis atau purata 1,812 orang setiap bulan.
Pada tempoh yang sama juga, sebanyak 27,432 petisyen kebankrapan telah difailkan di mahkamah. Statistik selebihnya, iaitu untuk Oktober hingga Disember 2013 bakal dikeluarkan pihak Jabatan sekitar bulan Mac 2014 nanti.
2. Pada tahun 2012, sejumlah 19,575 orang telah diisytiharkan muflis atau purata sebanyak 1,631 orang telah muflis setiap bulan sepanjang 2012. Jelas, kadar purata bilangan muflis bulanan pada Januari hingga September 2013 sebanyak 1,812 adalah 11% lebih tinggi berbanding kadar purata bulanan 2012 sebanyak 1,631.
Sekiranya data untuk keseluruhan 2013 dikeluarkan nanti, saya menjangkakan bahawa lebih daripada 20,000 kes muflis akan dilaporkan untuk 2013 akibat kenaikan harga barang dan kos sara hidup, kesan daripada pengurangan subsidi.
3. Fenomena muflis ini bukan sahaja tertumpu kepada Semenanjung Malaysia, bahkan telah menular ke seluruh negara, terutama sekali di kawasan bandar. Merujuk kepada kenyataan akhbar (Utusan Malaysia 2 Disember 2014), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hjh Nancy Shukri; Kuching, Miri dan Sibu, masing-masing telah mencatatkan sebanyak 6,925 , 4,058 dan 2,557 kes-kes muflis.
4. Statistik Jabatan Insolvensi Malaysia untuk 2012 juga menyebut bahawa daripada jumlah muflis tersebut, 48.4% adalah berbangsa Melayu, 33.2% Cina dan 14.1% India. Mengejutkan juga bahawa sebanyak 4,100 (21%) adalah berumur di bawah 34 tahun. Antara penyebab utama muflis yang dilaporkan adalah kegagalan membayar pinjaman kenderaan, perumahan dan kad kredit.

Dakwaan Kassim hancur peradaban Islam - Dr Maszlee

Maszlee Malik
SHAH ALAM – Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik menyifatkan dakwaan sasterawan/pemikir, Dr Kassim Ahmad adalah usaha untuk menghancurkan peradaban keilmuan Islam yang telah dibina.

Menurutnya, ia merupakan satu pukulan untuk mencacatkan nilai substantif Islam itu sendiri.

“Penolakan secara tidak bermetod terhadap Hadith dan Sunnah serta segala yang berkaitan dengannya hanyalah usaha menghancurkan peradaban keilmuan Islam yang telah terbina selama lebih seribu empat ratus tahun lamanya.

“Bahkan ianya juga merupakan satu pukulan untuk mencacatkan wajah dan nilai substantif Islam itu sendiri seraya menafikan lebih dari separuh kandungan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sepertimana yang diwarisi dari para Sahabat, Tabiin selepas mereka dan juga Tabi' Tabi'in yang mengikuti metod yang sahih yang mereka pelajari dari Nabi Muhammad SAW itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kelmarin, sebuah portal melaporkan Kassim mengajak rakyat Malaysia dan parti politik kembali kepada Islam sebenar, dalam satu seminar di Putrajaya.

Surat kepada Dr Kasim Ahmad

Muhaimin Sulam

Saya menulis surat ini kepada Tuan doktor selepas saya membaca beberapa petikan daripada kenyataan Tuan di akhbar dan media internet. Entah mimpi apa tiba-tiba Tuan kembali bersuara setelah sekian lama bagai diam bertapa.
Rasanya sudah lama Tuan tidak bersuara. Kali terakhir kita bertemu kira-kira enam tahun lalu di Permatang Pauh.
Sewaktu Tuan duduk bersendirian, saya memberanikan diri untuk berteman bicara dengan tuan. Tidak mengapa jika Tuan tidak mengingati saya. Itu tidak penting.
Yang penting waktu itu, Tuan menyebut bahawa tuan tidak menolak hadis kecuali hadis palsu. Sayapun setuju. Tuan juga menyebut bahawa Tuan tidak anti hadis.
Bahkan Tuan menyebutkan bahawa perlunya al-Quran dijadikan rujukan. Itupun tiadalah siapa yang ingin menyangkalnya.
Di penghujung bicara kita waktu itu, Tuan sangat menghargai kepimpinan Fadzil Mohd Noor. Akupun teruja mendengarnya. Walaupun dalam masa yang sama Tuan juga menghargai kepimpinan Dr Mahathir Muhamad.
Tuan berasa cukup jelek dengan politik Umno. Waktu itu. Saya hanya mencatatkan semua itu dalam kertas otak saya.
Betapa saya sangat menghargai keintelektualan Tuan dalam bidang kesusasteraan dan politik tidaklah saya berani pada bidang keagamaan khususnya yang melibatkan persoalan aqidah dan syariah.
Meski kita mempunyai jalur yang sama dalam sastera namun persoalan agama yang Tuan nyatakan adalah suatu yang sukar dan saya memilih tidak bersama Tuan.

Kisah Taib Mahmud, Adenan dan Pakatan Rakyat

 Pilihan Raya Kecil Dun Kajang akan berjalan bulan Mac ini. Sanasini semua pihak sibuk membicarakan soal mengapa PRK Dun Kajang harus diadakan, dan mengapa Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berbuat demikian hingga mahu bertan ding, dan ada pula yang menyebut beliau mahu menjadi Menteri Besar.

Apapun isu Anwar suatu yang boleh diklasifikasikan sebagai ‘luar jangka’. Dalam keghairahan isu Anwar dimainkan media, nun di Sarawak tiba-tiba Tan Sri Abdul Taib Mahmud, melepaskan jawatan Ketua Menteri Sarawak.
Suatu yang sebenarnya harus dilakukan tiga tahun lalu sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak selesai. Namun kerana bimbang partinya tidak akan mendapat tempat selain lubang-lubang rahsia rasuahnya sudah mula kelihatan dek pihak lawan, maka Taib Mahmud terus menerajui Sarawak hingga baru-baru ini.
Siapa pun tidak menyangka semua itu, namun tiada juga yang boleh menduga, Taib Mahmud sebenarnya hanya melepaskan jawatan sahaja, sedangkan kuasa masih berada di tangannya. Beliau bakal dilantik ke posisi yang lebih menjadikan beliau lebih kebal
Selepas ini sudah tentu tahta Sarawak di tangannya, kuasa selaku Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak akan menjadikan Taib Mahmud kebal di sisi undangundang.
Disebabkan itu beliau memilih penggantinya Tan Sri Adenan Satim, kerana Adenan adalah ‘ayam tambatan’ nya untuk terus diharapkan menutup segala kes skandal mengaut kekayaannya selama 33 tahun memerintah.
Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengharapkan kesetiaan Adenan selaku orang harapannya tidak akan tergugat, malah kedudukannya selepas ini makin kukuh tanpa boleh dicabar siapapun.
Walaupun Adenan sukar mendapat sokongan akar umbi, malah terlalu banyak menimbulkan masalah hingga Taib pernah menghantarnya ke Parlimen pada tahun 2004 bagi meredakan keadaan dan Adenan berada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ketika itu, namun hanya Adenan sahaja yang setia dan akur dengan Taib.

Fosil dinosaur pertama ditemui di Malaysia

Cerita Cinta Ahmad Ammar Bakal Ke Turki

Anwar jadi MB: Tentulah saya takut, orang tak selamat, kata Dr M

'Kassim Ahmad bukan anti-hadis, sama seperti orang Islam lain' pertahan Dr Mahathir

Ops Lalang: Dr M kata beliau sudah tua, mudah lupa tapi akui bertanggungjawap



Anwar: 20,000 muflis ekoran kesempitan hidup

Anwar Kongres PKRSebanyak 20,000 kes muflis dijangkakan berlaku selepas data keseluruhannya dikeluarkan bagi 2013 ekoran dari kenaikan harga barang dan kos sara hidup serta kesan pengurangan subsidi.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata statistik selebihnya dijangka keluarkan pihak Jabatan Insolvensi Malaysia sekitar Mac 2014 depan.
Katanya, fenomena muflis itu bukan sahaja tertumpu kepada Semenanjung Malaysia, malah ke seluruh negara terutama di kawasan bandar dan Sabah Sarawak.
“Dalam statistik itu dari Januari hingga September 2013, seramai 16,306 orang diisytiharkan muflis dengan purata 1,812 orang setiap bulan.
“Dalam tempoh yang sama juga, sebanyak 27,432 petisyen kebankrapan difailkan di mahkamah,” katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat PKR, di sini.
Anwar berkata bilangan muflis dalam tempoh itu meningkat 11 peratus lebih tinggi daripada purata bulanan dalam tempoh yang sama pada 2012.
“Pada 2012, sejumlah 19,575 orang diisytiharkan muflis atau purata 1,631 orang muflis setiap bulan.
“Oleh itu, saya menjangkakan lebih 20,000 kes muflis akan dilaporkan Mac depan,” katanya.
Beliau memaklumkan pada 2012, jumlah muflis mengikut kaum mencatatkan 48.4 peratus adalah dari kaum Melayu, Cina (33.2 peratus) dan India (14.1 peratus).
“Mengejutkan juga bahawa sebanyak 4,100 (21 peratus) adalah berumur di bawah 34 tahun. Ia disebabkan kerana kegagalan membayar pinjaman kenderaan, perumahan dan kad kredit.
“Bank Negara pada 2013 menyatakan, bank di Malaysia mencatatkan jumlah tertinggi sejak 2006 untuk pinjaman peribadi dan kad kredit iaitu pada jumlah RM139 bilion berbanding RM124 bilion (2012) dan RM 67 bilion (2006),” katanya.
Sehubungan itu, katanya, penambahan pinjaman sedemikian disebabkan penyusutan pendapatan lebihan akibat kenaikan kos sara hidup bukannya disebabkan kegagalan rakyat menguruskan kewangan peribadi.
“Pakatan Rakyat sudah mengusulkan perkara ini ke parlimen sejak tiga tahun lalu, namun Kerajaan Pusat hanya menjanjikan kajian semula namun tiada tindakan,” katanya.

Anwar: Umno-BN dilanda ‘histeria’ lagakan PR

Calon Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan untuk bertanding di Dun itu sebagai laluan mudah untuk menyelesaikan isu ‘percakaran’ dalam parti PKR dan kompenan Pakatan Rakyat (PR). UMNO BN 55Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata perlantikan beliau sebagai calon dipersetujui di pemimpin peringkat parti.
Malah, katanya, walaupun terdapat cubaan untuk memecah belahkan parti dan kompenan PR, namun ia tidak menjejaskan hubungan terbabit.
“Saya sebenarnya tidak nampak apakah percakarannya. Saya tidak tahu dari sumber mana, boleh jadi dari sumber Barisan Nasional (BN).
“Kerana kita tahun BN ‘histeria’ untuk mencari strategik untuk melagakan Pakatan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.
Anwar berkata setakat ini, beliau menerima kerjasama yang baik dengan pemimpin dan jentera PAS dan DAP sepanjang program turun padang di Kajang.
“Tiada alasan untuk saya meragui komitmen rakan-rakan Pakatan selain PKR walaupun di peringkat akar umbi, kami tiada masalah,” katanya.

Anwar: Kajang diberi perhatian khusus, perbaiki prasarana

AnwarKetua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meminta Institut Rakyat supaya membuat kajian perbandingan khusus dibuat serta merta untuk mengkaji amalan terbaik yang boleh digunakan bagi menangani masalah di Kajang.
Beliau berkata berdasarkan kajian ke atas 361 responden, baru-baru ini mendapati sebanyak 42 peratus merujuk kepada isu keselamatan dan jenayah.
Ia diikuti dengan masalah kesesakan lalu lintas (38 peratus), pengurusan sampah dan kebersihan (30 peratus), masalah sosial (20 peratus) dan bantuan golongan berpendapatan rendah (16 peratus).
Selain itu, pengurusan penjaja dan peniaga kecil (12 peratus) dan perkhidmatan Majlis Perbandaran Kajang (11 peratus).
“Dalam kaji selidik ini, saya berpeluang mendekati penduduk Kajang sejak beberapa minggu yang lalu untuk mendengar sendiri masalah dan harapan mereka.
“Dalam kajian ini kita mengenal pasti isu setempat yang wajar mendapat pembelaan dan saya berpuas hati dengan maklum balas ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.

S'gor sedia perluas air percuma ke KL, Putrajaya

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor bersedia menawarkan pemberian air percuma 20 meter padu kepada penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya, sekiranya penstrukturan air di negeri itu berjaya diselesaikan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata perkara itu merupakan sebahagian daripada perancangan manfaat daripada penstrukturan air Selangor.

“Perbelanjaan kos melaksanakan pemberian air percuma di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dianggarkan RM2 bilion setahun,” katanya ketika berucap dalam Malaysian Power and Water Summit 2014.

Jelas Abdul Khalid, rundingan penstrukturan ini sudah berada di peringkat akhir dan berharap akan dimuktamadkan dalam tempoh dua minggu.

Tambahnya, pelan penstrukturan air ini bukan menjurus kepada unjuran untuk tahun 2020 malah boleh diteruskan sehingga tahun 2035.

Kata beliau lagi, Kerajaan Negeri kekal dengan tawaran sebanyak RM9.65 juta kepada syarikat konsesi air dan tidak akan membayar dengan harga lebih rendah daripada itu.

Sekiranya harga berkenaan tidak dipersetujui, syarikat konsesi boleh membawa perkara ini ke peringkat Timbang Tara untuk diputuskan dan Kerajaan Negeri bersedia untuk membayar harga yang bakal diputuskan.

KDN, ROS digesa segera luluskan pendaftaran Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR: Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan secepat mungkin pendaftaran Pakatan Rakyat sebelum Konvensyen PR kali ke-5, 8 Mac ini berlangsung.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata Pakatan Rakyat telah berusaha banyak kali untuk mendaftar tetapi sehingga hari ini belum diterima oleh ROS.

"Kita harap dapat sebelum konvensyen kali ini, kalau dapat kita akan lancar dalam konvensyen itu nanti.

"Sudah lima kali kita buat konvensyen paling tidak tiga kali kita buat permohonan untuk daftarkan Pakatan Rakyat dengan ROS," katanya dalam sidang media bersama Datuk Mustafa Ali dan Datuk Saifuddin Nasution di Pejabat Agung PAS.

Menurut Anthony, setiap kali berlaku pilihan raya Pakatan Rakyat menghadapi masalah apabila pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menurunkan bendera dan logo Pakatan Rakyat.

"Alasan mereka kerana parti yang bertanding adalah satu parti bukan ketiga-tiga parti," katanya.

Sementara itu, Mustafa menegaskan permohonan mendaftarkan Pakatan Rakyat telah lama dibuat sejak beberapa tahun lalu.

Bahkan jelas Saifuddin, kali terakhir mereka membuat permohonan pendaftaran pada bulan Januari lalu dan sering membuat susulan dengan ROS bagi memastikan permohonan segera diluluskan.

"Saya difahamkan hampir 20 parti politik baru diluluskan oleh ROS!," tambah Saifuddin.

NGO sokong himpunan '222 Mansuh PBS'

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) mengutuk usaha melabelkan himpunan membantah pelaksanaan sistem aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai satu usaha 'menggulingkan kerajaan'.

Presidennya, Abdul Malik Ab Razak turut menyelar pegawai kerajaan yang kini diwarisi daripada menteri kerana mengeluarkan kenyataan tidak matang terhadap permasalahan guru-guru dan enggan mendengar keluhan rakyat.

Beliau merujuk kenyataan Yang Dipertua Majlis Pegawai Pendidikan Daerah Malaysia, Shafruddin Ali Hussin yang dilapor mendakwa himpunan itu merupakan dakyah pihak tertentu yang mahu menjatuhkan kerajaan dan menggugat Kementerian Pendidikan Malaysia demi kepentingan diri.

"Gamis melihat bahawa dakwaan yang tidak matang sebegini sudah mula diwarisi daripada menteri kepada pegawai-pegawai kerajaan yang enggan mendengar keluhan serta masalah rakyat.

"Gamis dengan ini menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap penganjuran Himpunan 222. Gamis juga komited untuk turut serta berpartisipasi dalam himpunan ini...," kata Abdul Malik dalam kenyataannya.

Himpunan itu akan berlangsung pada 22 Februari ini digerakkan NGO Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).

Dilaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Pendidikan perlu mengkaji semula pelaksanaannya ekoran pelbagai masalah dalam urusan merekodkan butiran dalam pangkalan data pengkomputeran sistem berkenaan.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, NGO mesra PKR Jingga 13 turut menyatakan sokongan kepada himpunan anjuran NGO itu dengan menyeru guru, ibu bapa dan pejuang pendidikan bersama-sama menyertainya.

Konsisten sokong

AKHIRNYA TUN MAHATHIR MENGAKU DIA BERTANGGUNG JAWAB KEATAS OPS LALANG 1987.

Akhirnya setelah digasak segala penjuru, Tun Mahathir akui bahawa beliau bertanggung jawab keatas Ops Lalang 1987 dimana sebelum ini pada tahun 2011 tuduh PDRM bertanggung sepenuhnya dan beliau hanya menurunkan tanda tangan saja .. baru-baru ini pula kata DSAI bertanggung jawab.

Dia kata dia sudah tua .. berumur 89 tahun ... mudah lupa dan buat kesilapan.


Jika tidak kerana adanya alam siber sudah pasti sampai bila-bila pun dia tidak akan mengaku dia bertanggung jawab.

Kini di internet habis semua dibongkar dan di selongkar sampai terburai betapa beliaulah sebenarnya yang bertanggung jawab sebagai Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dan Najib Razak ketika itu Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Bukankah senang jika awal-awal lagi mengaku bertanggung jawab dan tidak melemparkan tanggung jawab itu kepada pihak-pihak lain mengikut keadaan.

Dr Mahathir dakwa kakitangan “tidak selamat” jika Anwar jadi MB Selangor..!!

Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini mengakui beliau sememangnya takut sekiranya bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‎menjadi menteri besar Selangor.
Perdana menteri paling lama berkhidmat di Malaysia itu menyifatkan kejayaan Anwar memegang tampuk kuasa akan sekaligus menyebabkan kakitangannya tidak selamat.
"Orang ramai tidak akan berasa selamat sekiranya Anwar menjadi menteri besar kerana pelakuannya yang 'tidak bermoral'.
"Kakitangan beliau juga tidak selamat," kata Dr Mahathir ‎pada sidang media di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak, Selangor hari ini.
Lebih dari itu beliau juga menganggap Anwar tidak layak menjadi menteri besar kerana hanya memetingkan jawatan namun bukan untuk memperjuangkan bangsa dan agama.

Abim sambut cabaran debat Kassim Ahmad

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini menyahut cabaran debat yang dilontarkan pemikir kontroversi Kassim Ahmad seperti yang dilaporkan media semalam.

Naib presidennya Hasri Harun berkata, pada pasa sama Kassim Ahmad juga perlu bersedia mengubah serta berhenti mengeluarkan pandangan tidak berasas mengenai Rasullulah S.A.W , ulama’, dan tradisi keilmuan Islam.

"Selagi perkara ini tidak disiasat oleh pihak berkuasa agama, pandangan yang diutarakan termasuk menyatakan rambut itu bukan aurat serta mempertikai syahadah kenabian telah memperlihat seolah-olah mendapat “endorsement” dari pihak kerajaan.

"Jika terbukti dan diputuskan idea dan pemikiran Kasim Ahmad bercanggah dengan Islam maka beliau perlu berhenti menyebarkan pandangan beliau dan bertaubat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Hasri berkata Abim pada 28 Jun 1986 pernah mengadakan muzakarah bersama Kassim Ahmad di Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya.

Menerusi dialog tersebut katanya, anggota panel Abim yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden ABIM (pada ketika itu) Dr Abdul Halim El-Muhammady telah menjawab satu persatu dakwaan kontroversi yang dilontarkan oleh beliau yang secara jelas bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

"Sepanjang dialog tersebut, beliau (Kassim Ahmad) gagal menjawab serta mengemukakan hujah di atas setiap persoalan yang dikemukakan," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Abim juga telah menerbitkan sebuah buku bertajuk “Islam dan Al-Hadith : Dialog Bersama Kassim Ahmad – Satu Analisis ke atas usaha-usaha merosakkan peribadi dan autoriti Rasulullah S.A.W.” cetakan 1991 dan 1995.

Buku tersebut telah membentangkan hujah dari segi metadologi, sumber autoriti, dan sejarah pengumpulan Hadis serta beberapa sudut lain bagi menolak buku beliau “Hadis: Satu Penilaian Semula”.

Kassim Ahmad: Dewan Ulamak PAS WP gesa Jawi bertindak


KUALA LUMPUR: Dewan Ulama PAS wilayah Persekutuan (DUPWP) hari ini membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung kenyataan Kassim Ahmad yang disifatkan sebagai menghina Islam dan Nabi Muhammad saw.

Kassim sewaktu dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian anjuran Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Perdana, Putrajaya pada Ahad lalu didakwa jelas mengeluarkan pandangan bercanggah dengan ajaran Islam.

Beliau mengkritik masyarakat Islam yang dikatakan mendewa-dewakan Nabi Muhammad, menyatakan rambut wanita bukan aurat serta wujud kasta paderi dikalangan ulamak.

Menurut Ketua DUPWP, Ustaz Azhar Yahya, semua pendapat Kassim Ahmad jauh terpesong dan nyata menyesatkan pemikiran ummat Islam daripada memahami Islam yang sebenar malah mendatangkan syak wasangka buruk bukan Islam kepada Islam.

Dr Mahathir pertahan Dr Kassim Ahmad yang Anti Hadis

 
Ketika banyak pihak secara agresif mempertikaikan Kassim Ahmad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed hari ini tampil mempertahankan yang dituduh anti-Hadis itu.


Mahathir berkata, Kassim sering disalah ertikan dan dilabel oleh pihak yang gagal berhujah dengan pemikir kontroversi itu.

Beliau berkata Kassim (kanan) bukan anti-hadis dan sebenarnya sama seperti orang Islam yang lain.

"Dia (Kassim) dilabel anti-hadis kerana orang tak dapat jawab apa dia cakap. Saya pun dilabel sebagai anti-Cina, rasis, macam-macam lagi.

"Inilah yang dihadapi Kassim Ahmad, kalau baca al-Quran orang panggil anti-hadis. Orang-orang (yang melabel) ini tak ada akal fikiran untuk jawab balik (hujah Kassim)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak hari ini.

'Orang cubit pun repot polis'

Mahathir turut menyindir pihak yang asyik membuat laporan polis berkenaan setiap perkara yang dilihat sebagai salah.

"Dia boleh repot. Dalam negara kita kalau tak bersetuju boleh buat repot polis.

“Orang marah sikit pada kita repot polis, orang cubit kita pun repot polis. Mesti kena ada undang-undang anticubit lepas ini.

"Tapi kita bercakap mengenai kebebasan bersuara," tambah beliau.

Dewan Ulama PAS daripada dua negeri hari ini masing-masing mengadu kepada pihak polis dan penguatkuasa agama berhubung penganjuran seminar pemikiran Kassim Sabtu dan Ahad lepas.

Kata-kata ‘pengusiran’ dan ‘rasis’ Umno-BN punca sentimen keluar Malaysia, kata Bumburing


Datuk Seri Wilfred Bumburing (gambar) menyalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai punca wujud sentimen penduduk Sabah dan Sarawak meninggalkan Malaysia.
Bekas timbalan ketua menteri Sabah itu mendakwa parti pemerintah tidak menjaga sensitiviti rakyat Malaysia Timur dengan kenyataan-kenyataan berbentuk ugutan.
"Pemimpin Umno-BN perlu disalahkan atas kekecewaan rakyat Sabah dan Sarawak kerana sikap mereka yang sering mengusir rakyat keluar dari Malaysia jika tidak berpuas hati dengan kerajaan," kata Bumburing dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga mengecam kenyataan pemimpin Umno yang mengatakan Malaysia eksklusif untuk orang Melayu sahaja seolah-olah rakyat di Sabah dan Sarawak bukan sebahagian daripada Malaysia.
"Terdapat juga kenyataan mengatakan Malaysia hanya untuk orang Melayu.
"Jadi tidak bolehlah menyalahkan pihak yang mempunyai sentimen untuk keluar dari Malaysia kerana mereka yang mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab ini," katanya.
Baru-baru ini, seorang ahli akademik mendedahkan wujud peningkatan kecenderungan luar biasa bagi penduduk Sabah dan Sarawak untuk meninggalkan Malaysia.
Profesor Universiti Monash Malaysia, Profesor Dr James Chin berkata ia kerana berasa negara berusia 50 tahun ini tidak memberi sebarang faedah kepada mereka.
Wilfred bagaimanapun berkata cadangan meninggalkan Malaysia bukan suatu langkah baik waktu ini memandangkan Sabah masih berdepan dengan masalah pendatang asing tanpa izin.
"Idea berpisah dengan Malaysia bukan pilihan terbaik dan tidak praktikal ketika ini.

Anwar Ibrahim: Bila Dengar Anwar Mari Kajang, Dr Mahathir Bangun, Tun Daim Panggil Mesyuarat

Anwar Ibrahim: Nampak Nak Kalah, Hidup Melayu, Bila Menang 50 Tahun, Melayu Mana Dia Jaga

Respon negatif punca dua karya seni diturunkan - BSVN

Perpaduan itu satu tuntutan - Anwar Bahagian 2

Perpaduan itu satu tuntutan-Anwar Bahagian 1

Anwar : 'Mahathir sudah-sudahlah...' Bahagian 2

Anwar : 'Mahathir sudah-sudahlah..' Bahagian 1

PRK Kajang: 'Kita akan berusaha gigih' -- Anwar Bahagian 2

PRK Kajang: 'Kita akan berusaha gigih' -- Anwar Bahagian 1

Rafizi: Only 17% oppose Kajang move

Anwar: BN the main enemy in the battle for Kajang

3 die in Thailand clashes between armed police & anti-government protestors

Khairy slams Waythamoorthy on Twitter

Anwar jawab isu Kajang

PR Desak Zahid Hamidi Segerakan Pendaftaran ROS

Pakatan desak ROS lulus segera pendaftaran

Konvensyen Pakatan "pemanas" himpunan 1 Mei

Kenapa Mahathir Takut Anwar Jadi MB Sedangkan Najib Relaks Saja?

Beberapa kenyataan Mahathir Mohamad sejak kebelakangan ini mengenai Anwar Ibrahim dan pilihanraya kecil DUN Kajang, tidak lain menyerlahkan ketakutannya mengenai kebangkitan musuh poltitiknya itu. Bermula dengan jujur mengakui bahawa jawatan sebagai MB Selangor akan memberi kelebihan kepada Anwar untuk menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang, beliau kemudian mengatakan niat Anwar sejak awal menyertai UMNO adalah semata-mata untuk menjadi Perdana Menteri.

Mahathir seterusnya cuba menghasut Pas dengan mengatakan sepatutnya jawatan MB Selangor adalah kepunyaan parti itu memandangkan mereka mempunyai jumlah kerusi DUN yang lebih bahyak berbanding PKR.

Ketika Ops Lalang dibangkitkan semula oleh MCA, Mahathir sekali lagi menuding kepada Anwar sebagai turut bertanggungjawab dalam operasi yang menyaksikan ramai ditahan dibawah ISA itu, meskipun seluruh dunia tahu ketika itu beliau adalah Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dan dalam sebuah buku pula beliau pernah berkata penahanan itu adalah tindakan yang diambil oleh pihak polis sepenuhnya.

Menuding jari kepada Anwar semata-mata beliau anggota kabinet yang turut melibatkan Najib juga ketika itu, hanya menyerlahkan sikap Mahathir yang cuba melonggokkan semua kesalahan kepada bekas timbalannya yang dipecat pada 1998 itu sebagai sebahagian usaha untuk menghalangnya menjadi ADUN Kajang dan MB Selangor.

Semalam pula, Mahathir bersuara lagi dengan mengatakan mengundi Anwar salah seperti memberi undi kepada Amerika, walaupun seluruh dunia juga tahu bahawa Amerika adalah "tuhan politik" kepada Najib di mana sejak memimpin negara pada 2009, keinginannya untuk berbaik-baik dan dilihat akrab dengan Amerika cukup luar biasa.

Najib bukan saja paling kerap mengunjungi Amerika, bahkan sebaik menjadi Perdana Menteri telah melantik rakan baiknya, Jamaluddin Jarjis sebsgai duta ke negara itu dengan misi untuk menjalinkan hubungan lebih akrab dan mempromosi dirinya sebagai peneraju Malaysia yang pro Amerika kepada Barack Obama.

Jika dengan mengatakan Pas lebih berhak menduduki kerusi MB adalah bertujuan meracuni pemikiran pengundi Pas manakala menuduh Anwar terlibat dslam Ops Lalang pula dengan harapan pengundi Cina menolak Anwar, dakwaannya yang mengatakan mengundi Anwar sama seperti memberi undi kepada Amerika, nyata lebih disasarkan kepada keseluruhan pengundi Melayu di Kajang.

Sehingga ini hanya pengundi India yang berjumlah kira-kira 10 peratus saja lagi yang belum dihasut dan diracuni oleh Mahathir.

‘Anwar akan menang 80% undi Kajang’ - Datuk Ujang Bagong

Datuk Ujang Bagong turut meramalkan calon lain akan kehilangan deposit dalam PRK bulan depan. 

KAJANG:  Tokoh dermawan Datuk Ujang Bagong meramalkan bahawa calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menang 80% undi dalam pilihanraya kecil (PRK) Kajang bulan depan.
“Anwar akan menang 80% undi rakyat. Yang lain akan mendapat 20% dan hilang deposit,” kata anak tempatan terkenal Kajang yang berumur 90 tahun.
Beliau berkata demikian ketika ditemuramah sebelum majlis hi-tea bersama Anwar di Sungai Kantan petang semalam.
Ujang seorang bekas anggota tentera dan banyak terlibat dalam aktiviti kebajikan.  Beliau banyak menyumbangkan wang kepada masjid dan sekolah.
Selain itu beliau pernah memegang jawatan timbalan pengerusi Persatuan Mencegah Dah Malaysia (Pemadam) peringkat daerah Hulu Langat.
Dalam bidang politik pula beliau menyertai Umno “ketika zaman Datuk Harun Idris (bekas Menteri Besar Selangor dalam era 1970an)” dan meninggalkan Umno tiga tahun lalu.
“Saya hanya menyokong Anwar kerana politik Umno semakin kotor,” kata beliau.
Selain Anwar, calon MCA, bekas naib presiden PKR Zaid Ibrahim, calon Parti Generasi Baru, dan bekas pembantu pasukan peguam bela Anwar, Yuktes Vijay  turut berminat untuk bertanding.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan hari pengundian pada 23 Mac dan hari penamaan calon pada 11 Mac.

Waytha wants Najib to quit as PM

The Hindraf leader calls Najib a weakling who does not have the will to fulfill promises made in the MOU between Hindraf and BN.
KUALA LUMPUR: Hindraf chairman P Waythamoorthy today called on Prime Minister Najib Tun Razak to step down from office as he had betrayed the Indians by not fulfilling the promises made in the MOU signed prior to the 13th GE.
Making the call at a press conference here today, Waythamoorthy said Najib does not have the requisite will and courage to meet the demands made in the memorandum.
He further vented his disappointment with Najib, saying that over the eight months he had held 16 meetings with the premier to push the demands forward, as well as to obtain the necessary budget but Najib failed him.
Waythamoorthy, labelling Najib as a weak leader, said it was time he passed on the leadership to a more credible person.
In a bold move last week Waythamoorthy relinquished all his positions in the government and had apologised to the Indian community for failing them in getting their demands met by the Barisan Nasional government.
Hindraf’s list of demands were contained in a MOU signed by Hindraf and the BN government prior to the 2013 General Election, in May last year.
Waythamoorthy was appointed senator and subsequently deputy minister to carry out initiatives for the Indian community as contained in the MOU.

PRK Dun Kajang: Kalau membazir, BN tak payah bertanding - Khalid Samad

Dakwaan bahawa pilihan raya kecil DUN Kajang satu pembaziran menyebabkan Ahli Parlimen Shah Alam mencabar BN supaya tidak meletakkan calon dan memberikan laluan mudah PKR menang tanpa sebarang perebutan kerusi.

Khalid Samad berkata Pakatan Rakyat yakin calon mereka akan menang seperti dalam pilihan raya umum ke-13 lalu sekalipun meletakkan calon yang kurang dikenali sebelum ini iaitu Lee Chin Cheh.

"Ada orang kata PRK (ini) membazir, tapi apabila Lee Chin Cheh letak jawatan dia tak payah bayar apa-apa. Percuma.

"Belanja hanya perlu apabila ada pertandingan. BN akan letak calon bertanding dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru ada belanja dikeluarkan.

Fitnah Macai: Dakwaan palsu PP pertimbang "haram khutbah"

Laporan polis dibuat terhadap seorang pengguna akaun Twitter yang menyebarkan maklumat palsu bahawa khutbah Jumaat mungkin akan diharamkan di masjid-masjid di Pulau Pinang.

Tweet tersebut dihubungkan dengan artikel di sebuah berjudul “Penang pertimbang haramkan Khutbah Jumaat” di blog yang dikaitkan dengan Pakatan Rakyat.

Ketua Pemuda DAP Bukit Bendera Mohd Haris Zuan Jaharuddin menafikan blog itu diuruskan Pakatan.

Beliau membuat laporan polis di balai polis Timur Laut di Jalan Pattani hari ini.

Akaun Twitter itu dikatakan milik Abdul Aziz Johari, yang didakwa bergiat dalam Pemuda Umno Kuala Nerus, Terengganu.

Tweet yang dirujuk itu berbunyi: “Bukan kuasa Penang pun, kalu buat juga, 'kompem' (sah) perang."

Mungkir Janji: Najib harus letak jawatan, kata Waytha Moorthy



Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy semasa sidang media di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 18 Februari, 2014.  
Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy semasa sidang media di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 18 Februari, 2014.

Datuk Seri Najib Razak harus meletakkan jawatan sebagai perdana menteri kerana gagal menunaikan janjinya kepada masyarakat India yang miskin, kata Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy hari ini.
"Beliau sudah hilang kuasa moral untuk memimpin negara," kata Waytha Moorthy yang baru sahaja meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri minggu lalu.
Beliau meninggalkan sidang media tanpa melayan sebarang soalan daripada pemberita dan bercakap berdasarkan kenyataan yang disediakan.

“Isunya bukan kerjasama dengan siapa, tapi kerjasama buat apa” - Khalid Samad

khalid_samadKAJANG 18 FEB: Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Ir Khalid Samad mengingatkan perserikatan politik parti Islam itu di dalam Pakatan Rakyat adalah berdasarkan konsep kerjasama dalam melakukan perkara-perkara yang baik dan ia tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Beliau menjawab tohmahan pihak tertentu kononnya parti itu lebih sanggup bekerjasama dengan DAP yang majoriti ahli dan pimpinannnya bukan Islam berbanding Umno.
“Orang bertanya, Kenapa Pas kerjasama dengan DAP?
“Isunya bukan kerjasama dengan siapa, tapi kerjasama buat apa? kata Khalid Samad.
“Kalau kerjasama dengan Ustaz pun, tapi merompak, buat apa? kata Khalid disambut ketawa hadirin pada ceramah kelompok di padang Pusat Komuniti Kg Sg Kantan, malam tadi.
Ahli parlimen Shah Alam itu merujuk kepada fatwa Mufti Perak, awal tahun ini yang menyatakan bahawa seseorang itu dianggap sebagai ‘bughah’ (memberontak) kerana terlibat dalam himpunan membantah kenaikan harga barang menjelang tahun baru 2014 di Dataran Merdeka.
“Sedangkan yang datang ke perhimpunan malam itu secara aman. Mereka membantah kenaikan harga barang

PRK Dun Kajang: Khutbah Jumaat wajar berperanan reda ketegangan

dsai_prk_kajangKAJANG 18 FEB: Khutbah Jumaat sewajarnya menjadi institusi penting rujukan, medium dakwah selain meredakan ketegangan dan mendidik umat Islam menghadapi pelbagai cabaran dewasa ini.
Dalam ceramah di Padang Pusat Komuniti Kg Sg Kantan malam tadi Anwar berkata, teks khutbah Jumaat yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 14 Februari melegakan, selepas agak tegang dengan insiden provokasi agama yang cuba dicetuskan pihak tidak bertanggungjawab.
“Khutbah JAIS baru-baru ini agak melegakan,” kata Anwar mengulas bacaan khatib ketika beliau berjemaah di Masjid Jamek Sg Sekamat, minggu lalu.
“Setiap mimbar Jumaat mengingatkan kita umat Islam tentang keadilan…dan mesej keadilan itu bukan hanya perlu berlaku adil kepada orang Melayu, kerana keadilan dan rahmat itu untuk sekalian alam.
“Keadilan ini bukannya mengikut takrif Menteri Dalam Negeri yang bertentangan dengan amalan Islam,” kata Anwar dihadapan kira-kira 300 hadirin.
AnwarIbrahim
“Dalam tradisi Islam tak boleh menghina warna kulit atau menggelar orang dengan pelbagai nama. Kita mesti tolak amalan yang merugikan umat.
“Pengucapan tidak ada makna sekiranya tidak ada penghayatan,” kata Anwar.
Justeru Selangor sebagai pusat keilmuan Islam penting di negara ini berperanan mengangkat martabat melalui program-program pendidikan, sahsiah dan pengupayaan ummah.
Kanak-kanak turut mengambi peluang bersalaman dengan Anwar“Sebab itu perlu dilakukan sesuatu untuk menarik minat anak-anak muda. Penyebaran (ilmu), (progran (kesedaran.
“Orang bukan Islam juga kena faham. Apa yang dilakukan oleh sesetengah orang Islam (provokasi) itu tidak mewakili pandangan keseluruhan orang Islam,” tegasnya.
Kanak-kanak turut mengambi peluang bersalaman dengan Anwar
Dalam pada itu, Anwar turut menjelaskan kedudukan institusi penting negara yang menjadi tonggak perpaduan dan kestabilan terpelihara seperti yang ditunjukkan Pakatan Rakyat selepas mentadbir Selangor selama dua penggal.
“Dalam hal ini Pakatan Rakyat jelas. Kedudukan Raja-raja Melayu tidak dipertikaikan. Keudukan bahasa Melayu, saya tidak ada kompromi. Kedudukan agama Islam terpelihara,” tegas Anwar.

PRK Dun Kajang: Dr Mahathir, Daim paling takut Anwar masuk Selangor

dsai_kajang_sg_kantanKAJANG 18 FEB: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan sekutu rapatnya, Tun Daim Zainuddin antara individu yang paling takut dan bimbang sekiranya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai pentadbiran Selangor.
“Bila dengar sahaja Anwar nak masuk ke Selangor, (Tun) Daim tak senang duduk. Meroyan dia dengar Anwar nak tanding (PRK DUN) Kajang,
“(Tun) Dr Mahathir yang sedang tidur (berehat) pun bangun (berkempen) bila tahu Anwar nak masuk Selangor,” kata Anwar dalam ceramah kelompok di Padang Pusat Komuniti Kg Sungai Kantan, malam tadi
Kata Anwar, sebagai anjakan Pakatan Rakyat ke Putrajaya, Selangor merupakan benteng penting dan negeri contoh dengan meletakkan DUN Kajang sebagai asas permulaan.
Anwar 'pekena' sate Kajang bersama penduduk kampung di Sg Kantan
Anwar ‘pekena’ sate Kajang bersama penduduk kampung di Sg Kantan
“Sebab itu dia (BN) cuba main isu kaum dan agama. Sedangkan yang kita sentuh soal dasar dan masalah rakyat. Tapi mereka (BN) mula sahaja kempen, terus berkasar.
“Tuduh saya ejen Amerika, dalang ‘Ops Lalang’. Sampai MCA pun tumpang sekaki. Kononnya nak tunjuk hero,” kata Anwar disambut tepukan hadirin.
Justeru, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu mengingatkan kepada pengundi DUN Kajang tidak terperangkap taktik jahat Umno-BN.yang menunggangi media arus perdana yang menyebar maklumat palsu.
“Lebih baik kita tumpu kepada isu sebenar. Kalau kita nak layan dan jawab (mereka), membazir waktu,” ujar Anwar.

PRK Dun Kajang: Masalah dalaman PKR senjata utama BN.!!

Dr Shamsul Adabi Mamat 
SHAH ALAM - Masalah dalaman PKR serta isu peletakan jawatan bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh akan menjadi senjata utama kempen BN dalam PRK Dun Kajang.

Pensyarah Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, BN akan cuba menggunakan isu tersebut
sebagai kempen terhadap rakyat dan pengundi di Kajang.

“Masalah pokok di Dun Kajang ialah isu peletakan jawatan yang diambil mudah oleh PKR semata-mata kerana ingin memberi ruang seseorang yang berhasrat menjadi menteri besar.

“Jika BN berjaya merasionalisasikan dan menyedarkan rakyat bahawa perkara ini tidak sepatutnya dilakukan oleh PKR, maka pengundi akan berfikir dua kali untuk memilih parti itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa 20 peratus pengundi atas pagar akan memihak kepada BN sekiranya parti itu berjaya menyedarkan pengundi tentang isu ini di dalam kempen.
Katanya lagi, isu ini juga akan memberikan kesan besar terutama kepada penyokong Pas untuk tidak memihak kepada PKR dan menyokong BN.

PRK Dun Kajang: Kepincangan PKR jadi modal MCA.!!

 Lee Chee Leong 
KUALA LUMPUR - Isu dalaman PKR mungkin menjadi salah satu bahan kempen untuk MCA pada PRK Dun Kajang.

Naib Presiden MCA, Datuk Lee Chee Leong berkata, BN lebih menumpukan gerak kerja dalam memberi penerangan kepada rakyat tentang usaha-usaha yang telah dilakukan kerajaan.

"Mungkin kita akan sentuh isu (dalaman PKR) itu, dan jelaskan kepada rakyat kenapa ia berlaku.

"Namun, kami (BN) lebih berminat untuk menerangkan kepada rakyat, apakah perkhidmatan yang BN mampu berikan dan sudah lakukan, " katanya, semalam.

Bagaimanapun, Chee Leong berkata pihaknya akan mula berkempen selepas hari penamaan calon pada 11 Mac depan seperti yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengosongan kerusi Dun Kajang oleh Lee Chin Cheh dikatakan berpunca daripada masalah dalaman PKR.

PRK Dun Kajang: Anwar wajar diberi peluang


A Shukur Harun

Cabaran yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat menjelang PRK Kajang dilihat sangat berat, kerana ia berangkai jauh di mana penghujungnya ialah sama ada Pakatan berjaya atau tidak dalam hasrat untuk menawan Putrajaya dalam PRU akan datang.
PRK Kajang adalah permulaan dari sebuah langkah yang jauh yang akan dilalui oleh Pakatan, di mana ia berdepan dengan cabaran yang bukan saja datang dari musuh politiknya, Barisan Nasional, bahkan datang dari dalaman Pakatan sendiri, iaitu jika berlaku perpecahan dalaman.
Pemerhati politik percaya jika perpaduan dalam Pakatan dapat dibina dengan disertai pula calon heavyweightnya, DS Anwar Ibrahim, serta kerja keras dan strategi yang tepat, Pakatan akan dapat memenangi PRK Kajang yang memungkinkannya dapat membina lebuhraya kuasa ke Putrajaya.
Kepada saya, DS Anwar adalah tokoh yang unik, beliau menghadapi ujian paling getir yang belum pernah dilalui oleh mana-mana tokoh politik lain di sepanjang sejarah negara ini.
Dengan pengalamannya yang panjang, bacaan politiknya yang luas, serta kecerdasan fikirannya, beliau wajar diberi peluang – sebagai pemimpin penting yang berwibawa – untuk mendambakan dirinya memimpin negeri Selangor dan seterusnya negara ini.
Adalah sangat mendukacitakan, jika berlaku berantakan dari dalam Pakatan Rakyat sendiri, disebabkan perselisihan mengenai isu umpamanya, siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Selangor nanti, maka sukarlah Pakatan mengelak dari berlaku perpecahan itu dan menjadi lebih sukar lagi untuk memenangi PRU akan datang.
Ketika itu, janganlah bermimpi untuk berkuasa di Putrajaya, sebab itu elakkanlah ia daripada berlaku.
Kini semakin ketara dan tidak mungkin dapat disembunyikan lagi berhubung  pelbagai kenyataan media oleh pendukung Pakatan sendiri yang memberi isyarat ada pihak tidak dapat menerima DS Anwar Ibrahim sebagai bakal MB Selangor.
Bahkan juga menolaknya sebagai tokoh yang bakal menjadi pemimpin utama jika Pakatan berkuasa di Putrajaya.
Kenyataan kontrovesi yang muncul ini nampaknya seperti tidak terkawal dan mencerminkan siapa saja boleh memberikan kenyataan tanpa mengira mudarat kenyataan itu sendiri, sama ada kenyataan itu sudah diputuskan oleh parti, atau pendapatnya sendiri saja.
Bahkan seolah-olah tiada halangan bagi pendukung  parti dalam Pakatan untuk mengeluarkan apa saja kenyataan sama ada menyentuh polisi kecil mahupun besar parti.
Adakah ini sebuah kebijaksanaan berpolitik? Pada pendapat saya, ini sebuah kemunduran kerana merosakkkan dan tidak bijaksana.
Lalu ada yang bertanya, tidak adakah etika atau peraturan dalam sesebuah parti politik, untuk mengekang perbuatan seperti ini? Ataukah mereka yang gemar membuat kenyataan tanpa perhitungan ini dikira sangat demokratik?
Disebabkan itu, seorang ideolog PAS, Dr Dzulkifly Ahmad menyatakan kebimbangannya jika berlaku perpecahan dalam Pakatan Rakyat yang  diakibatkan oleh sikap tidak bijaksana dalam berpolitik ini.
Kebimbangannya ini ditulisnya dalam dua siri rencana dalam Malaysian Insider dan Harakah.
Saya mendapat tahu, ramai yang menyertai kebimbangannya ini.
Menurut Dr Dzulkifly, jika Selangor mampu dipertahankan PR dengan gandingan kekuatan pengurusan ekonomi Tan Sri Khalid Ibrahim bersama kekuatan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pemimpin PAS dan DAP yang lain, maka Selangor akan diperagakan sekaligus sebagai ‘the Leading State of the Federation’ atau ‘negeri contoh dan idaman’ dalam Persekutuan Malaysia.
Pencapaian cemerlang ini sangat dihajatkan bagi meyakinkan rakyat di negara ini bahawa Pakatan Rakyat bersedia menawan dan memerintah Putrajaya, kata beliau.

Rafizi: Syabas patut naik taraf loji bukan sekadar tunggu hujan

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) diminta untuk tidak terus manjadikan keadaan cuaca sebagai alasan gangguan bekalan air yang berlaku di sekitar Lembah Klang.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata sebaliknya Syabas perlu menaik taraf sistem pemprosesan loji sedia ada kepada teknologi lebih baik dan bukannya sekadar menunggu hujan turun.
Katanya, sebagai pemegang konsesi air Syabas tidak sepatutnya membiarkan sahaja dua buah loji rawatan airnya ditutup daripada beroperasi sehingga menjejaskan jutaan pengguna.
“Syabas dakwa mereka tidak berupaya memproses kandungan ammonia yang tinggi melebih 5 miligram per liter sedangkan standard Indah Water Konsoritum (IWK) ialah 15 hingga 20 miligram per liter.
“Jadi Syabas perlu naik taraf sistem mereka yang hanya memakan modal sekitar RM 500,000 sahaja.
“Apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan gaji bos besarnya yang menerima lebih RM 500,000 sebulan,” kata Rafizi.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Hotel Oriental Crystal di sini hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dan Exco Negeri, Elizabeth Wong.
Sejak beberapa minggu lalu, Syabas mendakwa loji rawatan air Bukit Tampoi dan Batu 11 Cheras terpaksa ditutup ekoran kandungan ammonia yang tinggi.

PRK Dun Kajang: Banyak Perkara Aneh Berlaku...!!!

Kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menyatakan sokongan kepada Datuk Zaid Ibrahim yang akan bertanding di atas tiket bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menimbulkan persoalan dan dilihat aneh oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Khairy telah memberikan sokongan secara segera kepada Zaid tanpa memikirkan bahawa beliau pernah bersama Pakatan Rakyat dan pernah menentang Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Hanya kerana Zaid buat pengumuman bertanding sebagai calon bebas, mahu menang di Kajang dengan 'tema' untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar...kan aneh tu?

"Ketua Pemuda Umno kemudian sokong bekas pemimpin Umno yang menyertai PKR, ternyata Khairy lupa terus sikap anti-Umno yang diambil oleh Zaid hanya kerana kempennya untuk menyerang Anwar," katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini, Isnin.

Saifuddin berkata persoalan juga timbul apakah Umno berada di belakang, di sebalik kesediaan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu untuk turun bertanding di Kajang.

Anti Hadis: Menolak Dakwaan Kassim Ahmad - Dr Maszlee

Penolakan secara pukal Sunnah dan Hadith Nabi di atas alasan ianya bukan dari Tuhan merupakan penafian terhadap isi kandungan AlQuran yang banyak menyeru kepada mentaati, mengikuti tauladan dan mencontohi Nabi Muhammad SAW dalam segenap kehidupan Muslim. Ini jelas mempamerkan kegersangan si penutur tentang tradisi AlQuran itu sendiri yang telah diwarisi semenjak AlQuran itu diturunkan di Mekah lagi. ia juga menonjolkan kejahilan sang penolak Sunnah kepada persoalan tradisi keilmuan Islam samada di zaman periwayatan lisan pada awalnya mahupun di zaman penulisan ilmu. Ini merupakan salah satu dari akibat menafikan peranan autoriti dan metodologi yang sahih dan diperakui zaman berzaman di dalam menyikapi AlQuran dan agama Islam itu sendiri.

Penerimaan autoriti berteraskan metod yang sahih dalam tradisi keilmuan Islam tidak akan mewujudkan kelompok kepaderian seperti yang didakwa. Malah sepanjang sejarah Islam tidak wujud konotasi institusi mahupun kerangka pengamalan kepaderian seperti zaman kegelapan Kristian Eropah. Apa yang wujud ialah penerimaan autoriti dan metodologi yang sahih telah melahirkan ramai sarjanawan, cerdik pandai dan tokoh-tokoh ilmu dari pelbagai bangsa di dalam segenap bidang keilmuan berkaitan AlQuran dan Hadith. Malah sistem periwayatan Hadith dan Sunnah serta penjagaan dan penyelidikannya merupakan sesuatu yang unik yang bertujuan demi menjaga ketulenan agama yang tidak terdapat dalam tradisi keilmuan agama agama lain. Tidak keterlaluan jika dikatakan yang terhasil dari tradisi keilmuan Islam juga adalah jutaan koleksi kajian ilmiah, penyelidikan, kesarjanaan dan juga ratusan ribu jilid karya-karya agung di perpustakaan yang bukan hanya diiktiraf oleh kaum Muslimin sahaja nilai keilmuannya, malah oleh mereka yang bukan Islam. Malah Sunnah dan Hadith yang disikapi sebagai sumber epistemologi ilmu yang primier bersama AlQuran telah menjadi dinamo kepada revolusi ilmu di dalam sejarah umat Islam sehingga hari ini.

Saman Fitnah Terhadap The New Straits Times: Kemenangan Untuk Lawan Fitnah


Keputusan Mahkamah Tinggi pada hari ini, 17 Februari 2014 telah dibuat oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam, memerintahkan defendan ketiga (The New Straits Times) membayar sejumlah RM 350,000 kepada Dato’ Paduka Hj Husam Bin Musa sebagai gantirugi am (general), teladan (exemplary) & teruk (aggravated), kos Rm10,000/ (bagi bicara taksiran gantirugi) dan faedah dari tarikh pemfailan. Ini adalah kes tindakan saman fitnah yang difailkan oleh Dato’ Husam ke atas The New Straits Times dan dua pihak lain atas penerbitan artikel-artikel fitnah di dalam akhbar The New Straits Times dan Berita Harian pada tahun 2008 semasa Dato Husam menjawat jawatan Exco dalam Kerajaan Negeri Kelantan.
Dato’ Haji Husam Musa menyifatkan kemenangan ini bukan sahaja kepada beliau tetapi kemenangan bersama dengan rakyat sebagai signal untuk lawan fitnah media agar selepas ini dapat melapor secara adil dan beretika. Keputusan ini merupakan isyarat yang jelas dan nyata bahawa kewartawanan yang jijik dan fitnah tidak akan diberi ruang oleh undang-undang. Pihak Dato’ juga mengucapkan syukur kepada Allah swt dan terima kasih kepada pihak keluarga, barisan peguam, dan seluruh pendokong perjuangan.

Husam Musa

PEJABAT YB DATO HUSAM MUSA
NAIB Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Ahli Dewan Negeri Salor

Dalam Tempoh 40 Tahun: Apakah Karpal Singah akan menang untuk kali keempat?


Karpal didakwa kerana mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. – Gambar fail. 
Karpal didakwa kerana mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. – Gambar fail.

Karier ahli politik pembangkang veteran, Karpal Singh bergantung kepada pertuduhan jenayah minggu ini, selepas memenangi tiga pertuduhan sebelum ini dalam masa 40 tahun berkecimpung dalam politik.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan pada Jumaat sama ada ahli Parlimen Gelugor itu bersalah kerana menghasut, kesalahan yang boleh menyebabkan denda RM5,000, atau dipenjarakan selama tiga tahun jika didapati bersalah, dalam satu kes melibatkan Sultan Perak.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, seseorang wakil rakyat akan terbatal tugasnya jika didenda melebihi RM2,000 atau dipenjarakan melebihi satu tahun.

“Saya sedar jika didapati bersalah, karier politik saya akan berakhir, tetapi saya sudah lakukan apa yang diharapkan daripada saya.

“Saya tidak pernah menyesal,” peguam veteran berumur 73 tahun itu memberitahu The Malaysian Insider.

Katanya, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana hukuman “tidak menyebabkan beliau dihukum bunuh.”

Karpal didakwa kerana mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur pada 6 Februari, 2009.

Beliau dituduh kerana mengatakan penyingkiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak oleh Sultan boleh dipersoalkan di mahkamah.

Malaysia Kita: Sampai hati ibu...

Johor Bahru: “Saya tidak benci ibu walaupun dia pernah cuba menjual saya, tetapi sejak tiga tahun lalu saya terpaksa merahsiakan tempat tinggal dan aktiviti saya kerana tidak mahu fikiran saya bercelaru.
“Saya sentiasa berdoa supaya Allah SWT membuka hati ibu menerima keputusan saya menyambung pengajian bagi mencapai impian untuk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan,” kata seorang bekas pelatih projek perintis perlindungan kanak-kanak dikenali sebagai sebagai Mimi, 22, semalam.

Mimi berkata, dia terpaksa ‘menyembunyikan’ diri daripada ibunya kerana sejak Januari lalu wanita itu mahu dia berhenti belajar dan bekerja bagi menampung kehidupannya.

“Saya hanya mahu berjaya dalam hidup, saya mahu terus belajar dan mengubah hidup dan pastinya membantu ibu juga nanti,” katanya.
FotoMIMI menunjukkan SMS daripada ibunya yang memintanya supaya menamatkan pengajian.

Menceritakan kisah hidupnya, Mimi berkata, dia berpisah dengan ibunya sejak 20 tahun lalu sebelum ditempatkan di beberapa pusat perlindungan JKM.

Abim gesa PBS ditangguhkan serta merta

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menuntut agar pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ditangguhkan serta merta bagi membolehkan kajian, perancangan dan persiapan infrastruktur dibuat sebaik mungkin.

“Abim berpandangan bahawa PBS adalah satu lonjakan besar (giant leap) dalam sistem pendidikan negara,” ujar Presidennya, Amidi Abdul Manan dalam satu kenyataan.

Menurutnya, masyarakat yang telah terbiasa dengan sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan perlu diberikan penerangan yang mencukupi dari segala sudut.

Sehubungan itu, ujarnya Abim merakamkan kekesalan kerana para pemimpin negara tidak mengambil iktibar kegagalan pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dibuat dengan tergopoh gapah tanpa kajian yang mencukupi.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Pelbagai isu melingkari pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Perubahan demi perubahan yang begitu drastik bermula dari Oktober 2013 sehingga hari ini menunjukkan wujud masalah yang serius dalam perancangan dan pelaksanaan PBS ini.

Permasalahan SPPBS yang dijangka hanya dapat diselesaikan pada April ini, adalah satu di antara berpuluh permasalahan yang perlu diselesaikan.

Isu kesesakan di jabatan kecemasan - Reaksi CUEPACS

Ust. Mokhtar Senik - 7 Golongan Yg Dinaungi Oleh Arasy Allah Pd Hari Kiamat