Ahad, 16 Februari 2014

Peningkatan kes barah dikalangan orang muda

Dipukul Guru, Dania Masih Trauma

Pemuda PBB cadang Institut Pemikiran Abdul Taib



PRK Dun Kajang: Setakat Ini Masih Khabar Angin Saja, Kata Mei Fun

PRK Dun Kajang: Tiong Lai Nafi Bertanding

Tulisan Astora Jabat yang mengundang 2 peluru hidup

Bekas wartawan kontroversi Utusan Malaysia Astora Jabat berkata, tulisan kontroversi mengenai agama lebih senang disiarkan di Malaysia berbanding negara Nusantara lain.

Beliau yang terkenal dengan polemik hudud sehingga difatwakan sesat oleh beberapa ulama menganggap umat Islam di Malaysia tidak bertindak ganas dan oleh itu masih mempunyai ruang untuk pemikiran berbeza.

Bagaimanapun, Astora yang kini bermastautin di Selatan Thailand mendedahkan, kerana kolumnya di Mingguan Malaysia, beliau menerima 8,000 e-mel, surat serta dua kali kiriman peluru hidup dari pihak yang tidak bersetuju.

"Soal hudud,  kita memang nak buka fikiran (masyarakat). Saya berani nak buat (tulis) di Malaysia ini... tapi tempat saya (Patani) saya dah tak berani," katanya ketika mengulas di “Seminar Pemikiran Dr Kassim Ahmad: Satu Penilaian” di Putrajaya hari ini.

Seminar itu dirasmikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir semalam.

Astora yang nama sebenarnya Hassan Abdul Rahman kini lebih senang berbicara dalam rancangan radio politik di Selatan Thai.

‘Ma lai saile’ bermakna ‘kuda datang dengan hebatnya’ tapi Umno dan macai terjemah lain

Orang Melayu dinasihatI tidak mudah mempercayai propaganda pihak tertentu yang memutar belit terjemahan video ONEderful-Malaysia terbitan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, perkataan ‘malai saile’ yang disebut dalam rakaman bermakna ‘kuda datang dengan hebatnya’ dan tidak menyentuh kaum Melayu di negara ini.
“‘Ma’ maknanya ‘kuda’, ‘lai’ maknanya ‘datang’, ‘saile’ bermakna ‘dengan hebatnya’ menjadikan terjemahannya ‘kuda datang dengan hebatnya’ kerana Tahun Baru Cina kali ini, tahun kuda tetapi Umno terjemah lain.
“Orang Umno mahu ajar cakap Cina kepada orang Cina. Bila Cina beritahu tak betul, tak nak dengar. Macam dia lebih tahu dari orang Cina,” katanya pada sidang media di pejabatnya, baru-baru ini.
Malah, Khalid juga difahamkan jika perkataan ‘ma lai’ diterjemah ke bahasa Melayu, ia memberi makna ‘Melayu itu hebat’.
“Kalau pun nak terjemahkan ‘malai’ itu Melayu, ‘ma lai saile’ bermakna ‘Melayu itu hebat’. Kalau orang Melayu, Cina akan sebut ‘Malai ren’ sebab setiap orang mereka akan tambah ‘ren’. Malai ren maknanya ‘orang Melayu’,” katanya.
Beliau menyifatkan Umno tiada modal politik hingga memainkan apa jua isu khususnya perkauman, kemudian membuat laporan polis di sana sini, selain membuat provokasi lain.
“Ini semua kerja gila dan inilah yang saya sebut, Umno merosakkan Melayu. Memalukan, menjatuhkan maruah Melayu.

Maipp gesa polis siasat buang daging babi di Masjid Cherok Tok Kun

BUKIT MERTAJAM: Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Datuk Saleh Man menggesa pasukan polis segera menyiasat tindakan individu membuang daging khinzir ke dalam Masjid Tok Kun, di sini pagi tadi.

Beliau turut kecewa kerana masih ada kalangan masyarakat yang tidak prihatin isu yang mencemarkan kesucian Islam dan boleh mencetuskan keharmonian kaum di negara ini.

"Polis wajar bertindak segera melakukan siasatan dan tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan yang mencemarkan kesucian agama Islam," tegasnya dalam satu kenyataan.

Katanya, perbuatan membaling daging khinzir ke dalam tempat ibadat orang Islam merupakan kali pertama berlaku di Pulau Pinang setelah bulan lalu digembarkan dengan sepanduk yang mahu perkataan Allah digunakan di gereja terpampang di dua buah gereja.

Menurutnya, dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan kebebasan beragama kejadian sebegitu tidak wajar terjadi.

Beliau sekali lagi mengingatkan masyarakat sama ada Islam dan bukan Islam agar lebih berhati hati-hati dengan sentimen perkauman yang sengaja dibuat untuk mencetuskan kerenggangan kaum yang telah terpahat kejap sejak dahulu.

PUM kesal penganjuran Seminar Kassim Ahmad yang anti hadis

KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) kesal dengan Penganjuran Seminar Kassim Ahmad: Suatu Penilaian, yang diadakan di Putrajaya, semalam dan hari ini, lebih-lebih lagi ianya dianjurkan oleh Yayasan Kepimpinan Perdana.

“Apakah mereka tidak sensitif dengan penganjuran seminar tokoh penentang hadis Rasulullah SAW ini?

“Apakah Yayasan ini turut bersekongkol menentang Sunnah dan Hadis Rasulullah SAW?” tanya Setiausaha Agung PUM, Prof. Madya Dr Mohd Roslan Mohd Nor dalam satu kenyataan.

Tegasnya, PUM kesal dengan sikap yang tidak sensitif ini sedangkan dalam perkara lain kita bersungguh-sungguh mempertahankan Islam seperti dalam kes Kalimah Allah.

“Tetapi masih ada pihak yang ingin menjadi juara menentang hadis; bahkan ianya datang dari Institusi Perdana. Sungguh pelik,” katanya lagi.

Tambahnya, adalah sangat wajar bagi pihak berkuasa agama untuk menegur dan memberi amaran keras dalam hal ini kerana ianya mempertikai autoriti Hadis Nabawi.

PRK Dun Kajang : Peluang MCA Masuk Dun Selangor..??

Daging babi dilempar di perkarangan masjid - Sac Mazlan Kesah


Anwar Ibrahim: "Ops Lalang" Salah Anwar?

‘Nanti keluar cerita Anwar terlibat perang dunia ke-2 pula’

annDatuk Seri Anwar Ibrahim membidas Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kononnya memainkan peranan dalam Ops Lalang 1987.
Beliau berkata, setiap masalah di negara ini ‘semua salah Anwar’ termasuk menahan 108 pemimpin pembangkang dan aktivis mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
“Ops Lalang, pertama kali saya dengar semua salah Anwar. Semalam saya diberi satu artikel (kononnya) saya terlibat dalam 13 Mei.
“Lepas ini, keluar pula cerita Anwar terlibat perang dunia kedua,” katanya secara sinis ketika berucap di Dewan Gereja Holy Family, Jalan Gereja di sini, hari ini.
Mahathir dalam satu portal berita tempatan membuat tuduhan tanpa bukti kononnya Anwar turut memainkan peranan penting menjayakan Operasi Lalang pada 1987.
Malaysia Kini pula hari ini memetik kenyataan Anwar yang tidak memberi jawapan berhubung persoalan sama ada mahu menjadi menteri besar  jika memang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.
Dalam lawatan Anwar itu, seorang pengundi menyatakan beliau hanya akan mengundi ketua umum PKR itu jika menjadi menteri besar baru.
“Jika kamu kata ya, saya akan undi kamu; jika tidak, saya tidak akan undi kamu; dan jika jawapan kamu tidak pasti, saya pun tidak pasti akan undi kamu,” kata seorang guru Robert Tan.
Anwar kemudian menjawab: “Kamu beri saya tiga pilihan, saya akan jawab begini:
“Cikgu Robert Tan, tuan, sokong saya di Kajang dan kita akan buktikan kamu buat pilihan yang betul.”

Lawak Ahad: Saya 1,000 kali lebih baik dari Anwar kata Ibrahim Ali

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau  boleh menjadi perdana menteri yang lebih baik daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ibrahim (kanan) berkata demikian di hadapan anggota NGO pendesak Melayu itu di Pulau Pinang hari ini, yang mana beliau memberikan surat lantikan kepada barisan kepimpinan baru PERKASA negeri.

“Saya boleh kata satu benda, daripada segi moral dan perangai, Ibrahim Ali 1,000 kali lebih baik daripada Anwar,” katanya disambut tepukan gemuruh.

“Jadi kalau kamu mahu perdana menteri, dan kamu tak suka orang lain, jangan bimbang tentang Anwar, Ibrahim Ali pun boleh jadi perdana menteri yang baik,” katanya.

Kassim Ahmad kritik 'kasta paderi' dalam Islam

Setelah senyap untuk beberapa ketika, pemikir kontroversi Dr Kassim Ahmad muncu lpada usia 80 tahun dengan ideanya untuk menentukan hala tuju negara untuk tiga puluh tahun akan datang.

Beliau, bekas ketua Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) sebelum memasuki Umno, kini hadir mengajak Rakyat Malaysia dan parti politik kembali kepada Islam sebenar.

Bagaimanapun idea beliau tetap kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng kerana mengikut satu sistem “kasta paderi” yang dipanggil ulama.

"Kasta paderi ini tidak wujud dalam zaman Nabi dan empat Khalifah ar-Rasyidun. Mereka muncul kira-kira 300 tahun kemudian dan melantik diri sendiri sebagai pentafsir agama kepada umat Islam.

"Mereka (umat Islam) mendewa-dewakan pemimpin agama yang mereka anggap maksum dan yang telah memutuskan semua soalan dalam kehidupan mereka," kata beliau ketika memberi ucapan dalam "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" di Putrajaya hari ini.

Kassim turut membentangkan beberapa lagi kesalahan umat Islam seperti mendewa-dewakan Nabi Muhammad dengan syahadah kedua serta rambut bukanlah aurat wanita.

Beliau berhujah berdasarkan tafsiran terhadap ayat pertama dalam surah al-Munafiqun.

Sementara itu, berkaitan aurat, Kassim berkata ia bukan aurat kerana ia anggota biasa seperti muka dan tangan yang perlu digunakan untuk mengambil wuduk.

Tiga puluh tahun dahulu, katanya, wanita Islam tidak memakai tudung, sebaliknya hanya sehelai selendang “kerana rambut itu bukan aurat”.

Kassim yang berdepan tuduhan anti-hadis – tuduhan yang dinafikannya – turut mengajak agar al-Quran diletakkan sebagai sumber tertinggi agama dan ditafsir kembali bagi menyesuaikan kepada keadaan semasa.

Zam: Tak dapat dinafikan, DEB idea komunis


Bekas ketua pengarang Utusan Malaysia Tan Sri Zainuddin Maidin berkata idea Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebenarnya ditimbulkan oleh seorang komunis.

Bercakap dalam "Seminar Pemikiran Dr Kassim Ahmad: Satu Penilaian” di Putrajaya hari ini, Zainuddin berkata idea itu ditimbulkan pemimpin buruh James Puthucheary yang menerbitkan buku Ownership and Control in the Malayan Economy.

"Ini tak dapat dinafikan, ia turut tercatat dalam buku memoir Tun Dr Ismail, The Reluctant Politician.

“Ini sumbangan orang komunis dan sosialis kepada negara," kata beliau ketika memberi komen mengenai Kassim, bekas ketua Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM).

Zainuddin yang juga menteri penerangan ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi bagaimanapun menolak tanggapan bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) mempunyai niat baik terhadap negara.

Beliau berkata dakwaan kononnya tiada istilah rasisme di dalam komunisme dan sosialisme yang dibawa oleh PKM itu hanya omongan kosong belaka.

"Satu surat PKM kata tak mahu bantu Parti Komunis Indonesia gulingkan Sukarno kerana ia dikuasai orang bukan Cina. Surat itu dipintas oleh Cawangan Khas  kita," kata beliau.

Rebel fighters appear to use tunnels to attack Syrian forces

Can negotiations resolve the Syrian conflict?

Deposed Egyptian President Morsi faces espionage charges

Ceramah Perdana DSAI Taman Impian Murni, Kajang-14.02.2014



Kajang by-election: Datuk Zaid Ibrahim wants to send a message to the opposition.!!!

Prof Dr Agus: Sudah Berubahkah Kerajaan Kelantan ?

Oleh Mohammad Agus Yusoff
Rakyat masih merungut tentang tindakan kerajaan Kelantan ke atas beberapa isu selepas PRU-13. Mereka mahu tahu perkembangan isu lebuh raya rakyat, bekalan air, kebersihan bandar dan masjid, pembangunan sekolah YIK serta pembinaan stadium? Ini belum kira lagi soal pertanian, pengurusan tanah dan perhutanan, peluang pekerjaan dan keceriaan bandar.

Saya telah banyak kali bertanya hal ini kepada pihak kerajaan negeri dan saya berpuas hati dengan jawapan yang diberi. Tetapi itu saya. Bagi rakyat pula, mereka juga mahukan penjelasan, namun penjelasan itu tidak sampai. Maka, berilah penjelasan itu kepada rakyat.

Misalnya, beritahu rakyat urusan lebuh raya rakyat berjalan baik. Saman yang dilakukan ke atas kerajaan negeri tidak menghalang proses tender pembinaan lebuh raya. Telah ada belasan syarikat yang memasuki tender untuk membina lebuh raya dan kerajaan negeri akan memilih syarikat yang sesuai dalam sedikit waktu lagi (nyatakan tarikhnya).

Apakah payah untuk kerajaan negeri memberi penjelasan tersebut? Kerajaan Kelantan ada Urusetia Penerangan, maka uruslah maklumat ini sama ada melalui buletin rasmi, laman sesawang rasmi atau facebook untuk berhubung dengan rakyat.

Rakyat perlu tahu hal ini kerana rakyat tidak nampak keberkesanan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri. Tidak sesuai untuk pemimpin kerajaan negeri bercakap tentang “letakkan kedudukan anda dalam kasut kami.” Jangan beralasan. Rakyat tidak mahu alasan yang sedemikian. Rakyat mahu tengok hasil dan kesannya.

PRK Dun Kajang: Masih Tidak Jelas Adakah Anwar Boleh Jadi MB

Oleh JOCELINE TAN
DATUK Seri Anwar Ibrahim dianggap sebagai calon yang tiada tandingan pada pilihan raya kecil Kajang, 23 Mac ini.
Tetapi, semakin tidak jelas sama ada pemimpin PKR yang bercita-cita tinggi ini boleh menjadi Menteri Besar Selangor yang seterusnya memandangkan Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan enggan berganjak dari jawatannya.

Apa yang berlaku di Kajang, yang merupakan satu cara memaksa pilihan raya kecil diadakan supaya Anwar dapat bertanding dan bergerak lebih jauh di Selangor menjadi jauh lebih rumit daripada yang dijangkakan. Khalid yang sebelum ini telah bersetuju untuk memberi laluan kepada Anwar telah mengubah fikiran dan mahu terus kekal.
Penyokongnya yang paling rapat dengannya mendakwa beliau telah melakukan 'tugasan' dan mendapati beliau mempunyai 'angka-angka' tertentu.
Mereka berkata Khalid telah melakukan perkiraan dan bersedia untuk bermain-main dengan nombor tersebut.
Mereka tidak menyatakan angka itu tetapi mendakwa bahawa jika persoalan siapa yang patut menjadi menteri besar diletakkan sebagai undi di dalam Dewan Undangan Negeri, Khalid boleh terselamat dengan majoriti mudah walaupun itu bermakna beliau terpaksa juga bergantung kepada sokongan daripada kerusi pembangkang.
Khalid mengubah keputusan dan mendapat keyakinan baru setelah menerima banyak rayuan dan mesej semangat daripada penyokongnya yang menggesa supaya beliau terus kekal.
Beliau juga memantau tindak balas pengguna di internet dan pendapat di luar sana serta dapat melihat bahawa beliau masih mendapat sokongan moral yang tinggi di peringkat akar umbi.
Tetapi, membawa perkara ini ke Dewan Undangan Negeri untuk memaksa Khalid keluar adalah perkara terakhir di fikiran Anwar buat masa ini, sekurang-kurangnya.
Ia akan menjadi perkara yang sangat memalukan, seolah-olah mendedahkan kepada khalayak ramai bahawa DAP dan PAS tidak berminat dalam isu ini.

PRK Dun Kajang: Zaid mahu tanding kerana pertahankan Khalid dan Selangor..!!

KAJANG - Selain mengesahkan keputusannya untuk bertanding sebagai calon bebas di Dun Kajang, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini berkata, penyertaannya dalam PRK itu adalah untuk “mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid" dan Selangor.  
ZAID IBRAHIM
"Keputusan ini telah saya fikirkan semasak-masaknya, atas faktor ingin membela prinsip politik yang sihat, mempertahankan Tan Sri Khalid dan bagi menjamin kesejahteraan Selangor dan seluruh rakyat Malaysia," katanya pada sidang media khas di Restoran Satay Kajang Haji Samuri, di sini, hari ini.

Menurut bekas menteri undang-undang itu, setelah membuat pertimbangan untuk membela prinsip politik yang sihat, langkah bertanding di Dun Kajang perlu dilakukannya demi menghormati mandat rakyat Selangor terhadap kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan seluruh anggota kerajaan negeri Selangor.

PRK Dun Kajang: Mungkinkah Chew Mei Fun calon MCA?

Chew Mei Fun 
SHAH ALAM – Siapa calon paling sesuai bakal diletakkan MCA di PRK Dun Kajang masih menjadi teka-teki sehingga kini.

Tersebar khabar angin yang menyebut Timbalan Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun bakal dipilih MCA untuk melawan calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bulan depan.

Mungkinkah tanda tanya itu akan terjawab petang ini apabila Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai ke Kajang untuk melancarkan bilik gerakan MCA.

Khamis lalu, Tiong Lai mengesahkan partinya bakal bertanding di pilihan raya kecil itu dan tiga calon telah disenarai pendek termasuk seorang wanita serta dua calon muda.

Memetik laporan sebuah portal, Chew Mei Fun menolak spekulasi peluang kemenangannya bagi menentang Anwar kerana beliau menganggap tugasnya adalah untuk berusaha demi parti dan aspirasi BN.

PRK Dun Kajang: 3 pilihan Cikgu Robert pada Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tidak memberikan jawapan langsung berhubung persoalan sama ada beliau mahu menjadi menteri Besar Selangor jika memang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Dalam lawatannya di sebuah gereja di Kajang hari ini, seorang pengundi membangkitkan bahawa beliau hanya akan mengundi ketua umum PKR itu jika menjadi menteri besar baru.

“Jika kamu kata ya, saya akan undi kamu; jika tidak, saya tidak akan undi kamu; dan jika jawapan kamu tidak pasti, saya pun tidak pasti akan undi kamu,” kata seorang guru Robert Tan.

Anwar kemudian menjawab: “Kamu beri saya tiga pilihan, saya akan jawab begini:

"Cikgu Robert Tan, tuan, sokong saya di Kajang dan kita akan buktikan kamu buat pilihan yang betul.”

Sebelum itu, Anwar menyampai ucapan di dewan Holy Family Church yang dianjurkan bersama oleh gereja itu dan Centre for Reform, Democracy and Social Initiatives.

Kebencian dan keganasan kuasai Putrajaya, kata Anwar


Putrajaya membenarkan suara kebencian, keganasan dan kemusnahan menenggelamkan mesej cinta keamanan dan keharmonian, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan di gereja hari ini.
Bercakap di Gereja Holy Family di Kajang, Anwar berkata pihak tertentu mengacau konflik agama dan kaum dalam insiden baru-baru ini, sementara penyebab masalah dilepaskan begitu sahaja sementara  yang tidak bersalah ditangkap seperti penjenayah.
"Mereka melempar bom ke dalam perkarangan gereja , tidak ada yang ditangkap, mereka menawarkan ganjaran kepada orang ramai untuk menampar orang lain, namun, tiada tindakan diambil oleh pihak polis.‎
"Dan mereka mengancam satu lagi kejadian 13 Mei dan sekali lagi orang-orang ini kebal daripada sebarang tindakan undang-undang," katanya disambut dengan tepukan.
Anwar berkata demikian pada perhimpunan yang dihadiri kira-kira 1,200 orang, bukan sahaja daripada masyarakat Kristian tetapi penganut agama lain termasuk Buddha, Sikh dan Islam.
Sesi bertemu masyarakat dianjurkan Pusat Pembaharuan, Demokrasi dan Inisiatif Masyarakat di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Edmund Santhara, yang juga pemimpin gereja Kajang.
Anwar memetik surah dari Al-Quran, berkata Islam bukan sahaja memerlukan toleransi sebagai standard minimum tetapi lebih daripada itu.
"Ungkapan al-Qur'an 'li ta'arafu' memerlukan standard lebih tinggi yang bermaksud mendekati dan mengenali antara satu sama lain.‎
"Justeru, ia bukan sahaja berkenaan tolak ansur terhadap perbezaan antara satu sama lain tetapi pemahaman dan penghayatan terhadap masyarakat lain," katanya.

PIBGN tolak himpunan bantah PBS, sifatkan tidak bertamadun....!!! Guru terus jadi mangsa kelemahan KPM..??

Himpunan mansuh pelaksanaan sistem aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada 22 Februari ini mendapat kritikan daripada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) yang menyifatkan tindakan itu sebagai cara tidak bertamadun.
Presiden PIBGN, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata, pertubuhan itu tidak pernah menyokong mana-mana tindakan yang menggunakan pendekatan berhimpun sebagai saluran menyuarakan ketidakpuasan hati apatah lagi yang menganjurkan perhimpunan tersebut juga adalah warga pendidik.
"Saya rasa ia tidak patut berlaku dan kita tidak menyokong langsung kerana sebagai warga pendidik mereka tidak patut mengadakan perhimpunan tersebut. Ia sekaligus mencemarkan nama baik institusi perguruan," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Katanya, kerajaan sudah bersedia untuk mengkaji semula sistem tersebut dan ini seharusnya diterima dengan terbuka oleh penganjur tersebut dan perlu membatalkan perhimpunan serta membawa isu kelemahan sistem tersebut ke meja rundingan.
Katanya lagi, terdapat pendekatan yang lebih relevan dapat dilakukan oleh penganjur perhimpunan iaitu dengan mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan pihak kementerian kerana ruang dan peluang itu sebenarnya wujud dan himpunan adalah jalan terakhir sekiranya ia tidak mendatangkan sebarang perubahan.
"Perkara begini boleh dibawa berbincang. Ia lebih afdal daripada terus nak menghentam. Lebih baik berunding. Berhimpun itu biasanya kalau sudah tidak ada cara lagi, maksudnya bila semua pendekatan  digunakan tetapi tidak berhasil juga maka ia merupakan satu alternatif sebagai jalan terakhir," katanya.

Putrajaya Lemah: Terdapat sentimen keluar Malaysia oleh rakyat Malaysia Timur, kata ahli akademik



 Profesor James  Chin semasa berucap di forum awam Sistem Pilihan Raya yang dianjurkan oleh Majlis Peguam di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh  Afif Abd Halim, 16 Februari, 2014. 
 Profesor James Chin semasa berucap di forum awam Sistem Pilihan Raya yang dianjurkan oleh Majlis Peguam di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Februari, 2014.

 Seorang ahli akademik hari ini menyatakan terdapatnya peningkatan kecenderungan luar biasa bagi penduduk  Sabah dan Sarawak untuk meninggalkan Malaysia kerana berasa negara berusia 50 tahun ini tidak memberi sebarang faedah kepada mereka.
"Sekiranya anda mengadakan perbincangan terbuka dengan penduduk Sarawak dan Sabah, terdapat majoriti yang mahukan dua negeri itu meninggalkan Malaysia. Mereka berasa sejak hari pertama kerajaan persekutuan gagal memenuhi tuntutan, melayan Sabah dan Sarawak sebagai entiti berbeza – tidak seperti yang dijanjikan pada 1963," kata Profesor Universiti Monash Malaysia Profesor Dr James Chin.
Beliau yang merupakan seorang antara panel dalam forum yang dianjurkan Majlis Peguam hari ini mendakwa biarpun ia adalah suara dari akar umbi namun peluang bagi dua negeri tersebut tidak sama dengan pendapat pemimpin politik dan ahli perniagaan elit yang tidak mungkin akan menyokong keputusan tersebut.

Herman Tino minta Najib dan Rosmah jangan turun Kajang


Ahmad Maslan gesa BN buat keputusan tanding Kajang atau tidak..jeng...jeng..macam takut jer..!!

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan menggesa parti itu segera membuat keputusan sama ada mahu meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang atau tidak.
Ahmad melalui laporan Utusan Malaysia hari ini menegaskan, tindakan BN melengah-lengahkan perkara itu menyukarkan jentera parti pemerintah berkenaan selain tertanya-tanya sama ada BN akan meletakkan calon menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di kerusi berkenaan.
"Sekarang ini, ada kenyataan minta BN bertanding dan ada pula cakap jangan. Jadi, kedudukan jentera parti ada yang bersemangat tetapi ada juga yang masih separuh hati.
"Sebab itulah, saya berharap pucuk pimpinan BN akan buat keputusan segera sama ada bertanding atau tidak dan soal siapa akan jadi calon itu nanti boleh diputuskan," katanya.
Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno, berkata tindakan beberapa pihak yang mahukan BN tidak bertanding di kerusi berkanaan adalah langkah pengecut dan boleh memberi gambaran parti itu telah kalah sebelum berjuang.
"BN hanya memerlukan 3,500 undi baharu untuk memenangi kerusi ini malah kita pernah menang di sini. Jadi, kita tiada pilihan lain kecuali turut serta dalam pilihan raya kecil.

Daging, disyaki babi, dibaling ke masjid dekat rumah Ds Anwar di Cherok Tok Kun.

Daging, dipercayai babi, dilapor dilempar ke perkarangan  Masjid Cherok Tokun,  Machang Bubuk, Pulau Pinang hari ini.

Ketua CID  Mazlan Kesah berkata, suspek dipercayai menggunakan jalan utama dan melempar daging itu kira-kira jam 5.30 pagi.

Saksi Saad Arop, 78, berkata, beliau mengesan perkara itu selepas memasuki masjid untuk solat Subuh.

“Beliau membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan insiden itu dan mengesyaki ia daging babi,” kata Mazlan melalui SMS jawapan berkaitan insiden itu.

Perkara itu pertama kali berlaku di masjid itu.

Polis menyiasat kes itu bawah Seksyen 296 Kanun Keseksaan berkaitan mencemarkan rumah ibadat dengan niat menghina.

Saad membuat laporan polis di Machang Bubuk pada 7.19 pagi.

Mazlan berkata, tiada rakaman CCTV di kawasan itu dan paling dekat beberapa meter daripada rumah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

SPR tidak seharusnya dilihat ‘memaksa’ dan ‘membeli’ rakyat, kata Saifuddin Abdullah

Pemimpin Barisan Nasional (BN) Datuk Saifuddin Abdullah, menyertai tuntutan reformasi pilihan raya dengan menegaskan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melakukan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya yang baru dengan lebih terbuka serta melibatkan penelitian dan penyertaan orang ramai.
Katanya, badan penggendali pilihan raya itu seharusnya berhenti mengikut cara lama iaitu melakukan segala perkara secara tertutup dan bersedia untuk menerima perubahan dan menyesuaikan realiti baru rakyat Malaysia yang mahu melihat secara terus bagaimana badan itu melukis peta persempadanan semula.
"SPR harus menggunapakai sepenuhnya prinsip kerajaan adalah daripada rakyat dan untuk rakyat.
"Ia tidak seharusnya daripada rakyat, memaksa rakyat dan membeli rakyat," kata Saifuddin pada satu forum reformasi pilihan raya di Petaling Jaya, pagi ini.

PRK Dun Kajang: Anwar Sebagai MB Selangor Seharusnya Dialu-alukan

Satu-satunya kejayaan yang terlihat menonjol di sebalik tindakan SPR melewatkan tarikh pilihanraya kecil DUN Kajang ialah menjadikan peluang Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor mula tidak menentu dan caca-marba. Walaupun DAP amat konsisten dan lebih memandang peluang yang mungkin lebih terbentang dalam PRU 14 jika Anwar menjadi MB Selangor, PAS sebaliknya tidak mempunyai kesepakatan pemikiran yang sama.

Selain sikap Pas yang masih menjadi perbualan, semakin masa berlalu, tersebar pula pelbagai berita mengenai MB Selangor, Khalid Ibrahim yang kononnya tidak mahu berundur dan bakal merencatkan peluang Anwar untuk menggantikannya. Semua ini seolah-olah permainan yang sengaja diatur kerana dengan ruang masa yang masih terbuka, banyak duri dan jarum dapat dicucuk-cucukkan untuk menggugat kesepakatan dalam PR.

Meskipun pimpinan tertinggi PAS memberi sokongan kuat untuk memastikan kemenangan beliau di Kajang, tetapi masih kedengaran suara-suara kecil daripada Dewan Ulama, Dewan Pemuda Pas dan bekas Ketua Pemudanya, Nasharuddin Tantawi yang seolah-olah tidak bersetuju dengan pendekatan politik PKR memaksa pilihanraya kecil DUN Kajang ini diadakan.

Lebih dari itu, seperti dalam keadaan terpaksa juga mereka hanya bersedia memberikan sokongan dan memastikan kemenangan Anwar dalam pilihanraya kecil itu saja, tetapi tidak mahu ia melibatkan pertukaran jawatan MB Selangor.

Dengan memberi hujah bahawa jawatan MB Selangor haruslah disepakati bersama antara Pas, PKR dan DAP dan Anwar atau PKR tidak seharusnya memandai-mandai sendiri memutuskan jawatan itu milik mereka, terlihat bahawa Pas cuba menghantar mesej tentang jumlah kerusi DUN dimilikinya adalah 15 berbanding PKR yang hanya 14. DAP, walaupun juga mempunyai jumlah kerusi 15 tetapi tidak berpeluang menjadi MB kerana peruntukan memutuskan jawatan itu mesti dipegang oleh Melayu dan Islam.

Tindakan beberapa gelintir dalam Pas mula mengocakkan keadaan dalam Pakatan dan seolah-olah mereka sudah termakan dengan hasutan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang berulang-kali mengatakan bahawa jawatan MB Selangor sepatutnya dipegang oleh Pas kerana parti itu mempunyai jumlah kerusi DUN yang lebih berbanding PKR.

Sementara Mahathir terlupa atau buat-buat lupa bahawa UMNO yang mempunyai jumlah kerusi lebih juga memberikan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan, beberapa gelintir dalam Pas tadi juga mungkin terlupa atau buat-buat lupa bahawa kerana pertembungan Pas dengan PKR yang sama-sama meletakkan calon di DUN Kota Damansaralah yang menjadikan jumlah kerusi PKR menjadi 14.

Jika tidak, komposisi Pakatan Rakyat di Selangor ialah 15-15-15 dan mungkin tidak merangsang sesiapa untuk bangga kepada kelompok sendiri.

PRK Dun Kajang: Zaid mahu sentap 'Langkah Kajang' PKR


Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan hasratnya untuk bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya kecil DUN Kajang pada 23 Mac depan untuk menyentap "Langkah Kajang" PKR.

Dalam sidang medianya di Kajang hari ini, Zaid berkata sekiranya beliau menang, ia dapat memastikan Tan Sri Khalid Ibrahim akan meneruskan khidmatnya sebagai menteri besar Selangor.
Zaid juga berkata pilihan raya kecil itu diadakan ekoran peletakan jawatan Lee Chin Cheh secara tiba-tiba, untuk memberi laluan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai "tindakan politik yang tidak sesuai".

Menteri Pendidikan harus lebih bertanggungjawab

TERLALU banyak aku dengar sungutan orang ramai yang berkaitan dengan sistem pendidikan negara kita yang dikatakan dalam keadaan amat membimbangkan. Amat ‘tenat’. Maknanya kemajuan pendidikan kita sudah semakin merosot.

Bukan sahaja diperkatakan oleh bijak pandai di Lembah Kelang tetapi sudah menjalar ke kampung-kampung. Dan persepsi ini amat merbahaya kepada kerajaan yang memerintah.

Dan yang paling malangnya pula ialah seolah-olah pihak kerajaan tidak begitu mengambil berat tentang keadaan pendidikan di negara ini. Seolah-olah Menteri Pendidikan kita selalu mengambil jalan mudah dalam melaksanakan dasar pendidikan di negara ini. Semacam begitu keadaannya. Mungkin aku tersilap memberikan persepsi yang sebegini.

Rakyat umum melihat bahawa kerajaan atau khususnya Menteri Pendidikan sentiasa dalam dilema.

Orang Perak kata‘ SURUNG-SENTAP’. Maknanya ‘ cakap pagi tidak boleh pakai petang’. Maknanya ‘berdolak-dalik’.

Maknanya tidak tegas dalam melaksanakan sesuatu dasar. Maknanya sesuatu dasar yang hendak diperkenalkan kepada umum itu tidak dibuat kajian secara terperinci. Lantas berlakulah ‘surung-sentap’ di mana dasar yang kononnya ‘hebat’ terpaksa dikaji semula.

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan bahawa pelaksanaan Penilai Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan pada tahun lepas dan pelaksanaannya yang sepatutnya dijalankan pada tahun ini terpaksa dikaji semula.

Ini yang aku namakan ‘surung-sentap’. Sepatutnya PBS yang dikatakan amat baik dan berkesan itu ( di negara-negara seperti Australia dan negara-negara maju lain) dikaji sehalus-halusnya sebelum dilaksanakan di negara ini.

Apakah tidak difikirkan tentang pelaksanaannya di kawasan pendalaman dimana masalah pencapaian internet merupakan perkara yang sangat rumit.

Atau apakah tidak difikirkan tentang kualiti guru kita di Malaysia yang akan melaksanakan program itu secara berkesan. Apakah tidak terlintas di kepala perancang pendidikan ini tentang ‘validity’ dan ‘reliability’ ujian yang diperkenalkan itu.

Kononnya sistem ini telah dijalankan di negara-negara maju seperti di Australia, Hong Kong, Finland dan lain-lain.

TV3 didakwa ‘putar’ video lama bantuan banjir di Sabah

TV3 kantoiStesyen televisyen swasta kawalan Umno, TV3 didakwa ‘menipu’ dalam satu laporan mengenai bantuan banjir di Crocker Range di Tenom Sabah menerusi berita Buletin Utama malam semalam.
Dalam laporan itu memaparkan Umno melalui Pemuda Umno Tenom merupakan antara pihak terawal yang menghantarkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan itu.
Bagaimanapun Kordinator Jingga 13, Fariz Musa mendakwa visual dipaparkan dalam laporan berita itu sebenarnya merupakan rakaman video lama bertarikh 29 Mei 2007.
“Perkara ini bukan saya sahaja sedar, tetapi ramai lain perasan mengenai perkara ini. Lebih jelas  bila TV3 cuba menutup dengan mengkaburkan tarikh video tersebut yang menyebabkan perasaan ingin tahu lagi dengan membuat carian tetapi kalau tak tutup tentulah lagi cepat kantoi.
“TV3 terus menjadi media propaganda Umno dengan sanggup menipu rakyat kononnya Umno menghantar bantuan kepada mangsa banjir berpunca empangan Padas terlampau penuh menyebabkan air deras di Crocker Range mengakibatkan banjir di Tenom,” kata Fariz ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini.
Kata Fariz, tiada sebab stesyen televisyen mengkaburkan bahagian laporan bantuan banjir yang sering dilakukan terhadap laporan kejadian jenayah dengan mengkaburkan bahagian wajah suspek.
Kata Fariz lagi, TV3 sepatutnya bertindak profesional dengan tidak membiarkan diri mereka dipergunakan pihak tertentu sesuka hati hingga menyebabkan kredibiliti stesyen televisyen itu semakin merudum di mata masyarakat umum.

Politik Wang: PKR desak ADUN BN Bkt Naning letak jawatan segera, SPRM tengok jer ke..???

PKR mendesak Ketua Bahagian Bakri dan ADUN Bukit Naning Datuk Saipolbahri Suib meletakkan jawatan selepas digantung keahlian kerana terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti Umno November lalu.

Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng berkata parti itu memandang serius isu tersebut kerana ia merupakan satu bentuk rasuah sambil mendakwa politik wang "cukup kronik" berlaku dalam Umno.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan anggota PKR Johor membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadapnya.

"Anggota-anggota KEADILAN Johor telah diarah untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak SPRM perlu menyiasat kes ini dengan teliti dan secepat mungkin.

"Pada masa yang sama, ADUN Bukit Naning wajib meletak jawatan kerana keterlibatan beliau di dalam politik wang yang merupakan satu bentuk rasuah sewaktu pihak SPRM menjalankan siasatan terhadap beliau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 10 Februari lalu, Bernama melaporkan Setiausaha Umno Johor Mohd Jais Sarday mengesahkan Saipolbahri digantung keanggotaannya kerana terlibat dalam politik wang tetapi enggan mengulas lebih lanjut tentang tempoh penggantungan yang dikenakan.

Manakala laporan itu juga memetik sumber-sumber berkata Saipolbahri bersama empat pemimpin Umno bahagian itu digantung keanggotaan mereka selama dua penggal oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin Umno.
  

Pertikaian peguam: Adakah Taib kebal daripada dakwaan jika dilantik sebagai gabenor?


Taib Mahmud menerajui Sarawak sebagai ketua menteri selama 33 tahun. - Gambar fail. 
Taib Mahmud menerajui Sarawak sebagai ketua menteri selama 33 tahun. - Gambar fail.

Pakar undang-undang Malaysia mempunyai dua pandangan terhadap kemungkinan Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak terdedah kepada dakwaan sivil dan jenayah tetapi ditegaskan bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa untuk mendakwa sesiapa dalam jawatan istiadat.
Perbahasan terbuka apabila Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan persaraannya dan kemungkinan besar akan menjadi gabenor negeri, walaupun sedang hangat dengan dakwaan rasuah terhadap dirinya dan keluarga.
Beberapa peguam berkata, ketua negeri adalah ahli kepada Majlis Raja-Raja dan oleh itu, akan menikmati kekebalan tetapi  ada pendapat mengatakan takrif "pemerintah" digunakan hanya kepada sembilan keturunan raja-raja Melayu.
Seorang hakim bersara berkata, Taib akan menikmati kekebalan daripada sebarang pendakwaan jika beliau menjadi TYT Sarawak, kerana dia akan menjadi ahli Majlis Raja-Raja.
"Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan berkenaan imuniti bagi ketua negari Sabah, Sarawak , Melaka dan Pulau Pinang tetapi secara tersirat ia juga bermaksud mereka juga menikmati kekebalan seperti raja-raja Melayu," kata hakim itu yang bercakap kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak mahu namanya didedahkan.
Hakim ini pernah bertugas di Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada laporan sama ada ketua menteri yang paling lama berkhidmat itu akan menikmati kekebalan daripada sebarang pendakwaan apabila bersara.
Perlembagaan Sarawak menyatakan bahawa sesiapa yang dilantik sebagai TYT adalah juga ahli Majlis Raja-Raja, katanya.
"Kedudukan ketua negeri Sarawak tidak boleh lebih rendah daripada seorang raja Melayu yang juga ahli majlis itu."
Perlembagaan berkata, prosiding boleh dibawa terhadap pemerintah negeri dan Yang di-Pertuan Agong dalam kapasiti peribadi mereka selepas Mahkamah Khas mendapat kebenaran daripada Peguam Negara.
Hakim itu berkata, Perlembagaan negeri menyatakan ketua negeri tidak boleh memegang jawatan untuk keuntungan dan melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa perniagaan komersial.
"Bagi menghalangnya daripada menjadi ketua negeri, pengkritik perlu membuktikan beliau terlibat secara peribadi dalam perniagaan yang membawa keuntungan," katanya.
Hakim berkenaan bagaimanapun berkata, hakikatnya sukar untuk mendakwa Taib tanpa keizinan Putrajaya.

Bantah PBS: Himpunan 222 gugat kerajaan hanya dakyah

BANGI: Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) memberitahu "Himpunan 222: Mansuh PBS" akan diadakan di Masjid Al Hasanah Bandar Baru Bangi pada jam 1 petang berikutan terdapat satu arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Pegawai Pendidik Daerah Malaysia (MPPDM) yang meminta agar guru-guru tidak hadir himpunan yang diadakan di Putrajaya.

Himpunan aman itu dijangkakan dihadiri oleh 200 peserta akan turut dihadiri 15 badan bukan kerajaan (NGO) dan juga 10 orang tokoh pendidik negara ini bagi menyatakan bantahan terhadap  pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Jelas Pengerusi Penaja SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari pada satu sidang media petang semalam, berikutan arahan tersebut SGMM mengambil pendekatan untuk mengubah lokasi himpunan tersebut.

"Himpunan yang kita jadualkan akan diadakan di pekarangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya telah kita ubah ke Masjid Bandar Baru Bangi.

"Ini berikutan satu arahan yang telah dikeluarkan oleh MPPDM yang mengarahkan agar guru-guru tidak hadir pada himpunan di Putrajaya itu.

"Berubahnya lokasi ini, KPM mahupun MPPDM tidak lagi boleh mengeluarkan apa-apa arahan agar guru tidak hadir kerana arahan mereka hanya tertumpu himpunan di Putrajaya sahaja, bukannya di Bandar Baru Bangi," jelas beliau.

Tegasnya lagi, apa-apa arahan yang dikeluarkan itu tidak terpakai kerana arahan pertama telah pun dikeluarkan dan jika masih terdapat arahan kedua ia adalah bertujuan untuk mengagalkan himpunan yang akan diadakan itu.

Beliau yang juga Ketua Gerak Kerja Kempen Mansuh PBS turut kesal dengan tuduhan Yang Dipertua MPPDM, Shafruddin Ali Hussin yang berkata himpunan berkenaan merupakan dakyah pihak tertentu yang mahu menjatuhkan kerajaan dan menggugat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semata-mata, demi kepentingan diri.

Sejarah bermulanya Sate Kajang

Sate KajangSEBUT sahaja nama pekan Kajang pasti ramai yang akan memikirkan tentang Sate Kajang Haji Samuri. Mungkin ramai yang hanya mengenali kesedapan Sate Kajang tetapi tidak mengetahui dari mana ia bermula dan siapa yang menciptanya.

Pemilik restoran Sate Kajang Datuk Samuri Juraimi berkata, jualan sate di Kajang dimulakan oleh Tasmin Sakiban pada 1917 yang berhijrah dari Indonesia ke Malaysia bersama saudaranya.

“Mereka bersaudara telah bekerja di sebuah ladang Inggeris, namun Haji Tasmin telah berhenti bekerja di ladang tersebut dan memilih untuk berniaga sate.

“Pada awalnya Haji Tasmin berniaga secara kecil-kecilan dan lama-kelamaan dia telah membuka gerai sate,” katanya.

Menurut Samuri, beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan sate bermula apabila menumpang di rumah Tasmin sewaktu dalam tingkatan satu.

“Saya tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan Haji Tasmin, tetapi ibu saudara saya telah berkahwin dengannya selepas kematian isteri pertama,nya” katanya.

Setiap hari selepas waktu sekolah, Samuri membantu Tasmin sehingga beliau menamatkan zaman persekolahannya pada 1963.

Sebelum mendapat pekerjaan, beliau membantu Tasmin sepenuh masa sehingga tahun 1965 dan bekerja di pejabat Telekom.

Walaupun telah bekerja, Samuri masih lagi membantu Tasmin berniaga sehingga tahun 1987 apabila beliau mengambil keputusan berhenti kerja walaupun ketika itu bergaji lumayan semata-mata untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan sate.


Sate Kajang Haji Samuri bermula pada 1992

BicaraKini: NGO jalanan nafi jadi alat Umno, berang NGO perut besar dapat duit


Pusingan terakhir perlawanan Dr Mahathir-Anwar Ibrahim (Bahagian 1)

Amin Iskandar @ Black

Dalam politik Malaysia, hanya dua watak yang memainkan peranan utama, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini kerana pengaruh kedua-duanya dalam menentukan rentak dalam permainan politik dan percaturan kuasa dalam negara.
Yang lain-lain seperti Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang penting juga, tetapi tidak lebih seperti pelakon tambahan dalam filem-filem.
Semenjak 1998, pertembungan di antara Dr Mahathir dan Anwar yang satu ketika dahulu mempunyai hubungan seperti ayah dan anak, tidak pernah berhenti.
Selepas empat pusingan bermula Pilihan Raya Umum 1999, 2004, 2008 dan 2013, akhirnya pertembungan yang berjaya mengheret seluruh negara itu sudah berada di pusingan terakhir.
Dan keputusan daripadanya akan menentukan perjalanan Malaysia pada masa akan datang.
Apa yang menakjubkan, kedua-dua Dr Mahathir dan Anwar masih lagi mempunyai semangat sama untuk berlawan seperti semasa pusingan pertama dahulu dari 1998-2004.
Pertembungan pusingan terakhir ini selain daripada akan menyaksikan survival politik kedua-dua kumpulan yang diketuai kedua tokoh ini, ia juga akan memperlihatkan legasi politik siapakah yang akan terus hidup.
Dr Mahathir mempunyai Datuk Seri Mukhriz manakala Anwar mempunyai Nurul Izzah untuk meneruskan legasi masing-masing.
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) kini berada dalam keadaan sama kuat dan kemenangan sama ada Dr Mahathir atau Anwar dalam pusingan terakhir ini akan menyaksikan kelangsungan BN memimpin negara atau PR mengambil alih Putrajaya.
Pada ketika ini, walaupun Dr Mahathir sudah bersara daripada politik lebih 10 tahun, beliau masih dibanjiri dengan pertemuan demi pertemuan dengan ahli politik, ahli politik veteran, ekonomi dan ahli perniagaan yang mahukan beliau melakukan sesuatu terhadap perdana menteri yang dilihat terlalu lemah untuk memastikan survival BN.
Bagi kumpulan yang bertemu Dr Mahathir ini, Najib perlu disingkirkan sebelum BN berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Dakwat Tidak Kekal: Sepatutnya SPR Yang Perlu Disiasat, Bukan Mejar Zaidi - PAHLAWAN

Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) menggesa segala pertuduhan terhadap Mejar Zaidi Ahmad digugurkan serta-merta untuk menjaga imej dan maruah Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dalam satu sidang media Pahlawan hari disini hari ini, Presidennya Asri Buang turut mempersoalkan mengapa dakwaan dikenakan keatas Zaidi hanya kerana membuat satu laporan polis, demikian lapor FreeMalaysiaToday.

“Sepatutnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pemerintah ATM disiasat dan diambil tindakan yang sama kerana gagal melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.
“Saya mendesak pimpinan ATM (Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Tentera Udara) sepatutnya mempertahankan individu yang melaporkan kepincangan dan kelemahan SPR demi keadilan dan ketelusan dalam proses pilihan raya,” tambah Asri.

Beliau berkata ATM seharusnya mengeluarkan arahan pilihan raya khusus bagi semua peringkat anggota tentera untuk mengelakkan kekeliruan dan supaya anggota tentera tidak melanggar akta ATM.

“Kalau tak nak bagi anggota buat laporan polis, keluarkan arahan.

“Penggunaan Akta Angkatan Tentera 1972 kepada Mejar Zaidi menunjukkan pimpinan ATM tidak ada pendirian, hanya mengikut telunjuk jari ahli politik,” katanya lagi.

Feb 7 lalu, Mejar Zaidi dihadapkan ke Mahkamah Tentera atas kesalahan membuat laporan polis mengenai ketidakkekalan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu.

Ke mana haluan konsensus nasional?

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13, Pakatan Rakyat terutama PKR pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggerakkan kempen protes terhadap Barisan Nasional, menampakkan perbezaan yang tidak dapat didamaikan.

Tetapi kebelakangan ini cakap-cakap tentang satu konsensus nasional semakin tersebar luas, dan mendapat sokongan kuat Anwar dan PR.

Cadangan ini turut diterima baik oleh BN, apabila Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan minat terhadap dialog konsensus nasional ini.

Malah projek konsensus nasional ini turut disokong oleh Dr Mujahid Yusof, seorang ahli jawatankuasa pusat PAS dalam satu tulisannya, bertajuk Jalan ke Depan Bersama Konsensus Nasional yang disiarkan dalam portal Malaysian Insider, yang menunjukkan kecenderungan positif terhadap dialog ini, dan juga tindakan Anwar di Kajang.

Dialog ini disebut sebagai bertujuan untuk menyelesaikan kemelut yang melanda rakyat pada masa ini, melibatkan pelbagai isu daripada hubungan antara kaum hingga ke harga barangan dan perkhidmatan.

Tetapi perkembangan ini tidak dapat mengelakkan daripada menampakkan sisi politik pragmatik kedua-dua pihak yang terlibat dalam rancangan ini.

Anwar dan Dr Mahathir, cukup-cukuplah bergaduh tu... !!!

Isu operasi lalang pada tahun 1988 yang lalu, kembali menjadi berita hangat kerana politik kini bertambah celaru dan apa sahaja yang teringat oleh sesiapa walaupun isu itu sudah lama ia kembali panas. Dr Mahathir telah memberi respons kepada tuduhan Anwar yang beliau (Dr Mahathir) bertanggungjawab sepenuhnya dalam isu operasi lalang di mana 108 orang penggiat politik dan pemimpin-pemimpin NGO telah ditahan dibawah ISA pada tahun 1988 dahulu.
Dr Mahathir kembali dengan memberikan respons dengan mengembalikan tanggungjawab itu kepada Anwar Ibrahim kerana tindakan itu adalah tindakan bersama dan Jika Anwar tidak bersetuju bel;iau sepatutnya meletakan jawatan. Oleh kerana Anwar yang bersama dalam kabinet Mahathir maka apa tindakan kerajaan itu adalahj tindakan bersama termasuklah tindakan menahan 108 orang dalam operasi lalang itu.
Bagi saya apa yang telah dikatakan oleh Dr Mahathir itu ada benarnya kerana jika sesiapa yang sebenarnya tidak bersetuju dengan tindakan operasi lalang itu sepatutnya meninggalkan kabinet dan itu pun semangat dan moral kepada demokrasi sebenarnya. Dimana-mana negara maju selalunya ahli kabinetnya akan meletakan jawatan sebagai tindakan protest apa yang tidak dipersetujui yang dilakukan oleh seorang Perdana Menteri.
Tetapi Anwar semasa itu memberikan sokongan sepenuhnya kepada tindakan Dr Mahathir itu dan hanya tidak bersetuju setalah beliau keluar atau dipecat oleh Dr Mahathir pada tahun 1998 dahulu. Semua orang tahu Anwar merupakan penghulu kepada semua penyokong Dr Mahathir. “Kalau boleh ku pintar awan dilangit, akan ku ukirkan nama mu wahai Mahathir!” katanya semasa berucap dalam satu majlis parti yang dihadiri oleh Dr mahathir sendiri.
Jika kita sekarang menuduh ahli-ahli dan penyokong UMNO hanya mengampu pimpinan UMNO, kepada yang sudah dewasa dan bergiat semasa itu masih tigiang-giang ditelinga kenyataan ampuan Anwar terhadap Dr Mahathir. Taraf ucapan ampuan Anwar semasa itu hampir sama dengan ‘standard’ ucapan Sanusi Joned yang kita dengar dalam ucapan penangguhan beliau (Sanusi) di perhimpunan Agong parti semasa itu.

"Pemberian tunai Najib boleh bangkrapkan Malaysia, Hentikan menjadi Santa Klaus"

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus menghentikan pemberian tunai kepada golongan berpendapatan rendah kerana ia akan membangkrapkan Perbendaharaan, selain tidak mengurangkan jurang pendapatan antara orang Melayu dan Cina, kata wartawan veteran.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin mengatakan, ini adalah diantara rungutan dibuat kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menasihatkan pengadu supaya “menjerit” mengenai isu dan permasalahan jika mereka berasa Najib dan kerajaan perlu memberikan perhatian.
“Hentikan menjadi Santa Klaus. Duit bukan segala-galanya dan pemberian tunai akan bangkrapkan Perbendaharaan. Cari jalan yang lebih mampan untuk membantu golongan miskin dan merapatkan jurang pendapatan di antara yang miskin dan kaya di kalangan kaum berbeza,” tulis Kadir dalam blognya, The Scribe semalam.
“Sama ada ianya kebetulan atau lahir daripada polisinya, program dan proklamasi, jurang pendapatan nominal antara orang Melayu dan Cina semakin melebar sejak 2009 (tahun Mohd Najib menjeadi PM), memadamkan keuntungan yang dibuat dalam dekad yang lalu,” tambahnya.
Menurut Kadir, Najib harus menghentikan penggunaan dana awam untuk pemberian tunai dan kenaikan gaji yang tidak membantu produktiviti dan kemampanan.
“Penduduk luar bandar – penyokong kuat Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 2013 – lebih teruk sekarang berbanding pada 1957 jika dibandingkan dengan penduduk bandar,” katanya dalam tulisan terbaru diblognya.

Malaysia Kita: Berkhalwat sempena Hari Kekasih



SEBAHAGIAN daripada pasangan yang ditahan dalam Ops Jejak Kekasih di sekitar Seberang Perai, Pulau Pinang semalam.



BUTTERWORTH – Lima wanita dan tiga lelaki berstatus isteri dan suami orang yang disyaki berkhalwat dengan pasangan masing-masing antara sembilan pasangan kekasih ditahan dalam Ops Jejak Kekasih di sekitar Seberang Perai di sini.
Dalam operasi hampir 10 jam berakhir pukul 3 pagi semalam itu, sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menyerbu lebih 20 hotel di sekitar Bukit Mertajam, Prai, Berapit, Simpang Ampat, Tasek Mutiara dan di sini.
Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, kesemua yang ditahan termasuk dua wanita warga Indonesia dan Thailand itu berusia antara 20 hingga 40 tahun.
“Pelbagai alasan diberikan mereka untuk melepaskan diri dalam operasi ini termasuk hanya keluar bersiar-siar dan berehat seketika di hotel kerana penat bekerja.
“Bagaimanapun semua itu helah semata-mata dan sebahagian besar daripada mereka yang ditahan juga dipercayai bermadu kasih dengan pasangan masing-masing tanpa pengetahuan suami atau isteri,” katanya kepada pemberita.

Malaysia Kita: Serangan lelaki bertopeng depan bank


SEORANG lelaki maut akibat ditetak kumpulan bertopeng depan sebuah bank di Padang Ipoh, Perak semalam.


IPOH - Suasana di depan sebuah bank di Padang Ipoh di sini semalam gempar apabila seorang lelaki yang bakal melangsungkan perkahwinan diserang dan ditetak oleh tiga lelaki bersenjatakan parang.
Mangsa, T. Eswaran, 27, (gambar) meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Bainun di sini.
Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, mangsa baru sahaja mengeluarkan wang dari bank dan sedang berjalan menuju ke keretanya.
Dia kemudian tiba-tiba didatangi tiga lelaki bertopeng sebelum salah seorang suspek bertindak menetak mangsa.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, selepas ditetak, mangsa ditinggalkan dalam keadaan terbaring di tepi jalan.
Menurutnya, kumpulan penjenayah itu pula melarikan diri menaiki sebuah kereta Perodua Myvi berwarna perak.
"Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital namun gagal diselamatkan kerana cedera parah di kepala dan tangan," katanya ketika dihubungi semalam.

Malaysia Kita: Awek Filipina mampu kumpul RM1,000 sehari ...

Kuala Lumpur: Seorang bermain gitar, seorang lagi menghulurkan kad mengutip derma untuk kanak-kanak kurang bernasib baik. Kepetahan kumpulan dua gadis ini berbicara disulami ayat menggoda berbaloi apabila mereka dipercayai mampu memperoleh sumbangan sehingga RM1,000 sehari.
Itulah taktik terbaru kumpulan gadis pemuzik jalanan penipu dari Filipina yang menjadikan pelanggan restoran dan kedai makan di sekitar ibu kota, Seremban, Melaka, Georgetown, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu sebagai sasaran.

Bergerak dua orang dalam setiap kumpulan, mereka yang mengaku sebagai pelajar kolej swasta pergi ke setiap meja pelanggan di restoran yang menjadi sasaran dan mendakwa membuat kutipan derma itu secara sukarela pada masa senggang jika tiada kuliah.

Selain menjaja nama pertubuhan anak yatim dan miskin ‘Children’s Joy Foundation’ yang beroperasi di Filipina, gadis terbabit yang ada kalanya hanya memakai seluar pendek ketat dan baju-T turut mendakwa membuat kutipan derma bagi membantu mangsa Taufan Haiyan yang melanda negara itu, baru-baru ini.
Foto

Taktik kumpulan itu dilihat tersusun bagi mendapat kepercayaan orang ramai apabila menggunakan kad dicetak lengkap dengan alamat yayasan berkenaan, selain nama dan jumlah sumbangan penderma.