Sabtu, 15 Februari 2014

Potensi cerah Pakatan Sarawak selepas Taib bersara?

Pengunduran Tan Sri Taib Mahmud daripada kedudukan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang dipegangnya selama 33 tahun mencetuskan isu politik dalaman negeri ini, berhubung penggantinya dan pengaruh Taib selepas ini. Kedudukan Taib yang sangat lama sebagai ketua menteri mengukuhkan kedudukan beliau dan sekutu politik dan ekonominya, pada satu tahap yang hanya dapat diperhatikan di Sarawak.

 Pemimpin selepas Taib dijangka tidak akan dapat mengatasi malah menyaingi pengaruhnya sebagai ketua menteri, dan kemungkinan akan terus dibayangi Taib dalam politik dan pentadbiran negeri Sarawak.
Malah, mungkin ada yang melihat kepentingan Taib masih kuat dalam usaha memastikan kestabilan di Sarawak, dan untuk mengelakkan persaingan kuasa yang boleh menjejaskan PBB dan BN.
Pengaruh yang telah lama dibina bermakna penguasaan Taib dan sekutu yang kukuh dalam pelbagai ruang, dalam tempoh yang suasana politiknya jauh berbeza dengan sekarang dari sudut penguasaan parti pemerintah dominan.
Hari ini, selain pengganti yang tidak dapat menyamai kepimpinan Taib, suasana politik yang baharu menyaksikan parti-parti pembangkang termasuk daripada Pakatan Rakyat semakin mengukuhkan kedudukan di negeri ini.
Dalam Pilihan Raya Negeri Ke- 10 pada April 2011, BN memenangi 55 kerusi Dun, daripada 71 kerusi, merosot daripada 62 kerusi dalam pilihan raya negeri sebelum itu.

Anti Sosma: Flash mob 'jangan lupa undang-undang zalim'

Pelancong telah dimaklumkan - oleh sekumpulan peserta flash mob hari ini di Menara KLCC - bahawa Malaysia adalah tempat undang-undang zalim.

Perhimpunan 20 orang sempena ulangtahun tangkapan pertama di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) di mana bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat dan dua yang lain telah ditahan.

Protes itu dianjurkan oleh Suaram dan disokong oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia (APBM), sebagai pemanas kepada kempen 'Rakyat Protes Tahanan Tanpa Bicara' di mana beberapa protes besar dan forum  dijadualkan berlangsung.

"Kita bimbang rakyat akan lupa bahawa kita masih mempunyai undang-undang zalim (di negara ini).

"(Sekarang) mereka hanya ingat kenaikan harga dan pilihan raya
kecil Kajang," katanya penyelaras Suaram, Ahmad Syukri Ab Razab (kiri).

Selain Sosma, katanya, Akta Dadah Berbahaya serta Akta Pencegahan Jenayah juga membolehkan penguatkuasaan undang-undang untuk menahan tanpa bicara.

Protes selama setengah jam itu menimbulkan kemarahan seorang pemuda berbaju hijau yang menjerit bahawa flash mob seperti itulah yang memalukan negara dimata warga asing yang menyaksikannya.

Bagaimanapun, seorang pegawai polis berdekatan cepat bertindak dan diiringi lelaki itu beredar dari situ.

Kemudian, Ahmad Syukri menafikan bahawa perbuatan mereka itu memalukan negara, tetapi sebaliknya, telah memberi orang asing peluang untuk  melihat demokrasi yang diamalkan dalam masyarakat sivil.

Agenda Awani: Paradigma baru perangi denggi

Lebih 4,000 mangsa banjir berada di 22 pusat pemindahan di Sabah

Biografi Calon Ketua AMK 2014 - YB Nik Nazmi Nik Ahmad

Kerajaan gubal dasar, bukan berlakon pantau harga barang

dsai_kajangKAJANG 15 FEB: Fungsi kerajaan adalah menggubal dasar ekonomi negara, bukannya berlakon memantau harga barangan di kedai seolah-olah masalah itu diselesaikan dengan memanipulasi media arus perdana.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, masalah ekonomi yang melanda negara diakibatkan dasar kerajaan hari ini yang cenderung tunduk kepada kehendak syarikat tanpa mempedulikan nasib rakyat.
“Sebab itu seseorang Menteri itu perlukan ketegasan. Kamu (kerajaan) nak jaga rakyat atau atau jaga syarikat? Bukan kerja Menteri turun ke kedai pantau harga barang.
“Kerja kerajaan ialah gubal dasar dan mencari jalan bagaimana mengawal harga barangan agar tidak melonjak naik,” kata Anwar pada ceramah diTaman Impian Murni, Kajang semalam.
Anwar turut mengingatkan hadirin tanggungjawab pemimpin berdepan tekanan syarikat dan desakan oleh pihak berkepentingan sendiri di dalam kerajaan bagi mempertimbang sesuatu dasar.
“Kamu (syarikat) dah untung besar. Yang nak membayar orang bawah. Saya tak sanggup naikkan harga,” kata Anwar menceritakan semula usahanya mengekang kenaikan tol dan tarif elektrik semasa menjadi Menteri Kewangan.
“Kononnya kami mandapat mandat untuk membanteras rasuah, sedangkan pemunggahan kekayaan begitu besar
“Kita boleh menjerit tolak rasuah, tapi hidup bergelumang dengan kekayaan berbiion ringgit. Ada rumah di KL, Vancouver, London dan Florida. Mana datang wang?

Kadir Jasin: Stop playing Santa, Najib

Blogger Kadir Jasin says that Prime Minister Najib Tun Razak may even risk losing his job if he does not stop bleeding the Treasury with his 'cash is king' approach. 

PETALING JAYA: Prime Minister Najib Tun Razak should stop playing Santa Clause or risk being booted out of office, said blogger Kadir Jasin.
In a blog post today, Kadir said that Najib must find a more sustainable way to help the poor as many Umno veterans he has met had voiced concerns on the prime minister’s ‘cash is king’ approach, which is bleeding the nation’s coffers.
“Najib has to acknowledge that things are not as rosy as being portrayed by the mainstream media. He has to stop lavishing scarce public funds on cash handouts and salary increases that do not contribute to productivity and sustainability,” said Kadir.
Since taking over as prime minister in 2009, Najib has introduced Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), which is a RM500 yearly aid to those earning less than RM3,000 a month.
He had also offered a variety of cash aid to civil servants and other types of programmes, from time to time, prior to the 13th general election.
Kadir said that Najib should address growing unemployment rate among Malaysian youths, which is affecting the bumiputras and the Indian primarily.

Saya lulus Tabung ATM agar pulangan dimanfaat pesara – Anwar

AGM_Pahlawan_dsaiKUALA LUMPUR 15 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Aeri Anwar Ibrahim kesal terhadap nasib pesara tentera yang tidak terbela dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.
Kata Anwar, salah satu usaha yang dilakukannya bagi membantu anggota tentera semasa memegang jawatan Menteri Kewangan dengan meluluskan beberapa projek dan penyenaraiaan saham di dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selain Koperasi Tentera dan Polis.
“Saya selaku Menteri Kewangan ketika itu memberikan kelulusan.
“Sebabnya kita mahu sebahagian penyenaraian saham LTAT, Koperasi Tentera dan Polis digunakan untuk pelaburan dan sebahagian hasilnya dipulangkan kepada yang dibawah,” kata Anwar.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-2 Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan (Pahlawan) di Kelab Darul Ehsan di Selangor semalam.

Tambahan kerusi di Sabah dan Sarawak tidak akan membantu rakyat, kata penganalisis


Dr Wong Chin Huat berucap di forum awam berkenaan Sistem Pilihan Raya di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 Februari, 2014. 
Dr Wong Chin Huat berucap di forum awam berkenaan Sistem Pilihan Raya di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 Februari, 2014.

Sebarang rancangan untuk meningkatkan jumlah kerusi di Sabah dan Sarawak akan hanya memberi kelebihan kepada ahli-ahli politik dari kedua-dua negeri tetapi bukan rakyatnya, kata seorang saintis politik, hari ini.‎
Sebaliknya Dr Wong Chin Huat berkata, perlu ada lebih desentralisasi dari Putrajaya dan lebih autonomi bagi Malaysia Timur dari segi pengawalan kewangan, penjagaan kesihatan dan pengawasan mereka.
"Ramai yang mahu melihat pemerkasaan bagi Sabah dan Sarawak dengan mengatakan ia akan membawa pembaharuan.‎
"Bagaimanapun, perwakilan yang berlebih akan mencacatkan mereka," kata beliau pada satu forum reformasi pilihan raya di Petaling Jaya, Selangor.
Beliau mengatakan, memberi Malaysia Timur lebih banyak kerusi sepatutnya menjadikan mereka penentu dalam menentukan siapa kerajaan persekutuan.‎

Pakatan telah jadi kerajaan jika persempadanan adil, kata NGO pilihan raya


Ng Chak Ngoon berucap di forum awam berkenaan Sistem Pilihan Raya di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 Februari, 2014. 
Ng Chak Ngoon berucap di forum awam berkenaan Sistem Pilihan Raya di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 Februari, 2014.

Sebanyak 117 kerusi Parlimen Pakatan.

Itulah  jumlah kerusi yang sepatutnya dimenangi Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum  ke-13 (PRU13) lalu daripada semua 222 kerusi Parlimen yang mengandungi bilangan pengundi dan kuasa setiap undi adalah sama, kata kumpulan pemerhati pilihan raya hari ini.
Tindak Malaysia berkata, keputusan alternatif pilihan raya umum itu adalah berdasarkan persempadanan peta pilihan raya di seluruh negara yang  disusun semula pengundi di setiap negeri supaya setiap kawasan mempunyai bilangan pengundi hampir sama.
Menurut mereka, peta persempadanan kawasan pilihan raya akan membetulkan ketidakseimbangan terhadap populasi antara kerusi – dikenali dengan istilah malapportionment - yang menyebabkan keadaan semasa sebagai contoh iaitu undi di Putrajaya bersamaan sembilan undi di Kapar .
Pengasas bersama kumpulan itu Ng Chak Ngoon berkata kumpulan itu kemudian mengkaji corak pengundi pada PRU13 yang dilakar semula pada peta.

MUDAH LUPA: TAHUN 2011 KATA PIHAK POLIS YANG BERTANGGUNG JAWAB .. TAHUN 2014 DSAI PULA BERTANGGUNG JAWAB.

TAHUN 2011:-  Tun  Mahathir yang mempersalahkan polis atas Ops Lalang yang menyaksikan 106 orang termasuk seteru politiknya ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987.

Dalam buku terbaru mengenai Mahathir yang berjudul ‘Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad’, bekas perdana menteri yang meneraju Malaysia selama 22 tahun itu mengakui bahawa beliau berang dengan tindakan polis itu.


“Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu.


“Saya sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang (terlebih dahulu) dan menyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap. Dan awak tahu apa yang polis lakukan? Polis menangkap mereka. Kredibiliti saya hilang,” kata Mahatahir.


Tom Plate yang mewawancara Mahathir dan mengarang buku itu kemudiannya bertanya kepada Mahathir dengan lebih lanjut sama ada beliau marah atau tidak dengan tindakan polis itu.


“Yeah, tapi apa yang boleh saya lakukan? Saya perlu menerima hakikat bahawa mereka adalah orang-orang yang membuat keputusan. Saya memberikan kuasa umum kepada mereka untuk bertindak,” jawab Mahathir.


GST: Majlis Fatwa digesa segera keluar pandangan syarak

KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan digesa mengeluarkan pandangan segera berhubung status cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menurut pandangan syarak.

Perkara itu antara resolusi yang dicapai pada Seminar Audit Negara, Ekonomi dan Pecukaian Menurut Sisi Pandang Islam anjuran PAS Wilayah Persekutuan yang diadakan hari ini.

Mereka berpandangan bahawa, isu cukai khususnya GST dan isu ekonomi yang lain ketika ini wajar diberi pencerahan dari sudut syarak.

Selain itu, seminar tersebut juga mengusulkan supaya kerajaan mengkaji semula segala bentuk cukai yang dibebankan ke atas rakyat ketika ini.

Seminar sehari ini berlangsung di Dewan Surau Mustaqimah, Taman Jaya, Bandar Tun Razak.

Dua kertas kerja dibentangkan masing-masing  bertajuk " Audit Negara dan Sisi Pandang Islam " oleh Dr Azahar Yaakob dan "Pecukaian dalam Islam" oleh Dr Nazri Mansur.

Isu GST pula diulas oleh oleh ahli akademik Dr Zuhdi Marzuki.

Dalam pada itu satu lagi resolusi agar PAS mencerakinkan perbahasan mengenai tawaran-tawaran Islam antaranya si

Konsensus Nasional: Najib digesa segera beri perincian - Pemuda PAS

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempercepatkan penjelasan berhubung konsensus nasional agar semua pihak jelas memahami kandungan konsensus tersebut.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata jika konsensus itu sesuatu perkara yang baik, Najib tidak perlu berlengah-lengah untuk menjelaskan kandungan konsensus tersebut secara terperinci.

Bercakap pada sidang media di Pusat Media PAS, di sini, Suhaizan berkata rakyat ternanti-nanti apa yang terkandung dalam konsensus itu, selain makna dan manfaatnya secara keseluruhannya.

"Kita harap Najib segera menjelaskan tentang makna, kandungan konsensus itu jika ia memang baik. Ramai yang ternanti-nanti penjelasan daripada Najib," tegas beliau.

Dalam perkembangan lain, Suhaizan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyatakan status siasatan ke atas kes bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud.

Pakatan bangkit isu ekonomi & perpaduan, apa Presiden MCA buat?

KAJANG 15 FEB: Ketika Pakatan Rakyat berbincang untuk membaiki masalah ekonomi dan perpaduan kaum di Malaysia, parti komponen Barisan Nasional, MCA tidak melakukan apa-apa tindakan.
Sambutan CNY 2014 di  Pasar Sg.Chua N25 Kajang (25)Sebaliknya, MCA bermain politik mengikut rentak Umno yang memainkan isu perkauman, dalam masa sama gagal membela nasib masyarakat Cina di Malaysia, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
“MCA jangan ikut cara Umno. Bila ada orang mahu tampar Teresa Kok, apa kamu cakap? Kamu Presiden MCA. Beranilah sikit bercakap.
“Tak kira siapa dia, tapi jangan hina,” kata Anwar mempersoalkan sikap pasif parti komponen kedua terbesar BN itu.
“Ya, di Kajang ini memang ada masalah. Isu perumahan, trafik dan kenaikan harga barang. Kita datang ke Kajang ini kerana mahu angkat isu ekonomi.
“Kamu datang (kempen) tak mengapa? Saya datang mahu berikan penerangan (kerana) saya setiap hari diserang di televisyen. Semua perkara dia jadikan isu,” kata Anwar dihadapan lebih 1,000 hadirin sambutan Tahun Baru Cina peringkat Kajang, semalam.
Anwar turut menyelar kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow yang menuduhnya sebagai punca Operasi Lalang pada 1987.
“Masa itu saya Menteri Pendidikan. Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Ketua Pemuda Umno, (Datuk Seri) Najib Razak.
Siapa Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Ketika itu? Mahathir. Siapa ketua Pemuda Umno ketika itu? Najib.
“Kenapa dia tak berani (tuduh)? MCA semua (perkara) dia tak berani,” kata Anwar disambut ketawa hadirin.

Buku kanak-kanak siar gambar lucah, sensitif....KPM Dan KDN buat apa..???


 

Buku kanak-kanak siar gambar lucah, sensitif
SHAH ALAM – Penyebaran dua keping gambar di laman sosial daripada sebuah buku terbitan untuk kanak-kanak mendapat perhatian umum ekoran gambar tersebut disifatkan kurang sesuai untuk peringkat umur tersebut.

Gambar pertama menunjukkan huruf Z dengan ilustrasi kanak-kanak lelaki seolah-olah sedang membuang air kecil sementara bagi buku jawi pula huruf Sad diberikan contoh Salib.

Beberapa laman ‘page’ Facebook seperti Oh! Media dan Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad berkongsi gambar tersebut dengan pengikut-pengikutnya.

Tinjauan Sinar Harian Online mendapati beberapa ibu bapa yang pernah membeli buku tersebut telah membuang atau mengoyakkan bahagian buku itu setelah mendapati ia mengandungi gambar berupa alat kelamin lelaki.

Azura Ahmad Zue berkata, “sudah pernah beli buku ini dan apabila anak-anak baca, mereka tak sebut alat kelamin itu tetapi mereka sebut orang buang air kecil.”

Alyn Abd Aziz pula berkata, “saya pun ada terbeli yang ada Z itu. Memalukan apabila anak tanya... mama, malu kencing. Terus papa dia koyak helaian yang Z itu dan buang.”

Prof Bridget Welsh: Persempadanan semula tak adil memakan diri

 
Cara persempadanan semula kawasan pilihan raya di Malaysia dilakukan adalah berunsur diskriminasi dan memecahbelahkan, dan akhirnya boleh menjejaskan legitimasi kerajaan jika ia berterusan, tegas ahli akademik, Bridget Welsh.

"Sekiranya apa yang kerajaan pelajari daripada pilihan raya umum
ke-13 ialah bahawa kita perlu menggunakan persempadanan semula untuk mengukuhkan kuasa politik kita dengan cara polarisasi, ia akhirnya akan menjadi lemah sendiri ...

"Jika anda terus menurut corak yang memecah-belahkan itu, yang eksklusif, yang mengurangkan hak; semua ini - saya pada asasnya percaya - akan menjadi makan diri sendiri," katanya di satu seminar di Petaling Jaya hari ini.

Beliau bercakap mengenai persempadanan semula di Malaysia sebelum ini dan membandingkannya dengan amalan terbaik antarabangsa, yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip kesaksamaan, kesamarataan, ketelusan, kerepresentatifan, dan bukan diskriminasi.

Welsh menambah ia tidak boleh diandaikan bahawa persempadanan semula boleh digunakan untuk menyesuaikan diri dengan landskap politik yang berubah-ubah, kerana para pemain politik juga akan turut berbuat demikian.

Sebagai contoh, katanya, tsunami politik 2008 merupakan "akibat yang tidak diingini" daripada pewujudan kerusi campuran pengundi.

KPM Tertekan: Warga pendidik diingatkan usah sertai himpunan mansuhkan PBS kata YDP MPPDM..!!!

Warga pendidik diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dan menyertai himpunan mansuh pelaksanaan sistem aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), pada 22 Februari depan di Putrajaya.
Yang Dipertua Majlis Pegawai Pendidikan Daerah Malaysia (MPPDM) Shafruddin Ali Hussin berkata himpunan berkenaan merupakan dakyah pihak tertentu yang mahu menjatuhkan kerajaan dan menggugat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semata-mata, demi kepentingan diri.
"Kita akan ingatkan setiap pengetua dan guru besar melalui infoblast, khidmat pesanan ringkas (SMS), Whatsapp, e-mel dan surat supaya memastikan guru-guru tidak terlibat dalam perarakan," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Majlis Bersama Guru-guru Besar Hulu Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.
Shafruddin yang juga Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Terengganu secara peribadi tidak bersetuju dengan himpunan berkenaan kerana ia bukanlah cara terbaik untuk meluahkan ketidakpuasan hati kerana KPM sentiasa memberi ruang bagi menyuarakan pendapat.
Selasa lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata KPM akan mengkaji semula dan menangguhkan sehingga April pelaksanaan sistem aplikasi PBS selepas pelbagai aduan diterima daripada golongan guru.
PBS adalah transformasi daripada berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik.
Bagaimanapun, sejak tahun lepas, para guru mendakwa ia membebankan mereka berikutan sistem aplikasi pengkomputeran itu sering tergendala menyebabkan data pelajar terpaksa dimasukkan pada lewat malam. – Bernama

Mejar Zaidi: "Sebagai Seorang Islam Saya Perlu Bercakap Benar"!

 
 

Tidak mungkin Pas keluar PR kata Dr Azmi Hassan

Dr Azmi Hassan  
SHAH ALAM - Pas tidak akan meninggalkan PR walaupun Ketua Umum PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih menjadi Menteri Besar Selangor jika memenangi PRK Dun Kajang bulan depan.

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata, Pas seolah-olah tidak berminat untuk mendapatkan jawatan menteri besar.

“Selepas PRU13, Pas mempunyai kerusi lebih besar daripada PKR, namun mereka tidak menunjukkan hasrat untuk mendapatkan jawatan menteri besar.

“Ini menunjukkan dalam PR, mereka telah bersetuju bahawa jawatan menteri besar adalah milik PKR," katanya mengulas kemungkinan Pas akan bertindak keluar PR jika Anwar menjadi menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, walaupun Pas di peringkat akar umbi tidak menyatakan persetujuan membenarkan Anwar menjadi menteri besar,  namun pucuk pimpinan parti yang akan membuat keputusan muktamad mengenai perkara itu.

Ada Juga Sibodoh Macam Ni Dipilih Menjadi Pengerusi NGO?

Kebodohan sekarang ini merayap dari pemimpin politik sehingga pemimpin NGO

Pemimpin NGO membawa akhinya tonggeng punggung pun ada
NGO mengaku Islam tapi buat perangai macam siot memalukan Agama Islam itu sendiri pun ada
Orang luar tengok mesti tergelak punya

Kalau orang biasa macam setengah-setengah bloggers tu aku tak heranlah kerana bukan semua bloggers habis sekolah 
Bekas polis kena buang kerana kutip duit tepi jalan pun ada

Ni nak tanya bloody fool anak Kulup ni
Adakah mana-mana pelakun yang mengaku bawa watak sesiapa di dalam klip video tu
Ada dia orang sebut Rosmah?
Atau ada dia sebut Najib?
Apa pulak kena mengena dengan Melayu dan Islam?
Kalau memang perangai semacam disatirakan itu memanglah memalukan!

NGO: Dakwa Teresa kerana hina pemimpin negara

MP Seputeh, Teresa Kok harus didakwa menghina negara menerusi video 'Onederful Malaysia CNY 2014' kerana seorang pelakonnya membawa watak yang menyerupai isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Gesaan itu dibuat Pengerusi NGO Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah dalam satu temubual dengan Malaysiakini dan KiniTV.

Menurut Abdul Rani, watak pelakon itu dengan memakai cincin dan membawa beg tangan di dalam video tersebut dianggap menghina Rosmah Mansor.

Beliau merujuk kepada pelakon Lim Ching Miau, yang membawakan watak 'Mrs Jit', seorang pakar feng shui dalam rancangan bual bicara olok-olok yang menampilkan Kok sebagai pengaracaranya.

Pemuda PAS sedia demo desak k'jaan selesai harga getah yang merudum

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia berhasrat untuk menganjurkan satu perhimpunan besar-besaran bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib menyelesaikan isu kejatuhan harga getah.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata jika Najib dan kerajaan tidak mengambil langkah serius bagi membantu golongan penoreh ini, himpunan itu akan digerakkan dalam tempoh terdekat.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan dewan itu, Suhaizan berkata pihaknya akan bersama-sama rakyat, khususnya para penoreh yang terkesan dengan situasi ini.

Bagaimanapun, beliau belum memutuskan tarikh sebenar himpunan tersebut akan diadakan.

"Kita mendapat respons daripada rakyat di Kedah, sudah ada beberapa himpunan yang mendesak kerajaan mencari jalan untuk atasi masalah ini. Sebelum ini ada dibuat di Sik.

"Jika kerajaan masih tidak ambil peduli, kita gerakkan secara besar-besaran untuk menyokong dan membantu penoreh di Kedah dan juga seluruh negara," tegas beliau lagi.

Pemuda Umno sedia awal hadapi PRK Dun Kajang

Pemuda Umno membuat persediaan awal bagi menghadapi pilihan raya kecil Dun Kajang di Selangor termasuk melakukan tinjauan mesra di kawasan itu.
  
Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata beliau juga akan mendapatkan taklimat daripada Pemuda Umno Bahagian Ulu Langat mengenai keadaan di sana, esok.
  
"Saya akan melihat persiapan awal yang boleh dilakukan. Selain itu, saya juga akan buat tinjauan mesra untuk berjumpa penduduk Kajang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing 2014 anjuran Pemuda Umno Negeri Sembilan di Taman Tasik di sini, hari ini.
  
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Dun Kajang diadakan pada 23 Mac, dan penamaan calon 11 Mac.
  
Kerusi Dun Kajang kosong berikutan peletakan jawatan secara mengejut wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh pada 27 Januari.

PRK Dun Kajang: Anwar main peranan penting jayakan Ops Lalang 1987, kata Dr Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memainkan peranan penting menjayakan Operasi Lalang pada 1987 menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Sambil menafikan tuduhan Anwar bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya dalam operasi yang menyaksikan 108 pemimpin politik dan aktivis ditahan, Dr Mahathir berkata sebagai seorang anggota Kabinet ketika itu, Anwar perlu bertanggungjawab.
"...kecuali kalau beliau berkata, saya meletak jawatan kerana tidak bersetuju. Dia tidak pernah berkata seperti itu. Beliau setuju, sokong semua termasuk ISA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pemikiran Kassim Ahmad "Suatu Penilaian" anjuran Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.
Dr Mahathir juga menyifatkan Ketua Umum PKR itu sebagai “ahli putar belit”, bukannya pemikir ideal dan PKR ditubuhkan semata-mata untuk mencapai cita-citanya.
Katanya, Anwar sentiasa mempotretkan dirinya sebagai manusia yang tidak pernah bersalah dan berdosa, demi kepentingan peribadi dan karier politik.
"Dia punya parti itu bukan Parti Keadilan tetapi Parti KeAnwaran, semuanya untuk Anwar dan keluarga dia, bukan untuk bangsa, agama dan lain-lain. Malah bukan untuk ideologi.

‘Perompak Berlesen’ sapu duit mangsa banjir!!

Baca keratan akhbar di bawah. Mangsa banjir mendakwa bantal 1Malaysia yang diagih-agihkan kepada mereka berharga RM118 sebiji. Harga yang diberikan kepada mereka.

Harga bantal yang berharga RM20-30 tetapi di’claim’ sehingga RM118 sebiji. Berapa perompak bantuan mangsa banjir memperolehi keuntungan.

Sekiranya Umno BN beriya-riya untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir, inilah yang mereka akan nampak dan mereka nak. Rompak duit atas nama bantuan!!

Penganalisis: Persempadanan pilihan raya tidak adil sebabkan Melayu ketinggalan


Prof Madya Dr Bridget Welsh menjawab soalan peserta di forum Ke Arah Sistem Pilihan Raya Lebih Adil, di Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 Februari, 2014.Prof Madya Dr Bridget Welsh menjawab soalan peserta di forum Ke Arah Sistem Pilihan Raya Lebih Adil, di Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 Februari, 2014.Hujah kumpulan ultra-Melayu persempadanan pilihan raya yang dirangka di Malaysia sejak tahun 1970-an untuk memberi lebih kuasa kepada Melayu - Islam menjadi sebaliknya, forum diberitahu hari ini.
Prof Madya Dr Bridget Welsh dari Universiti Pengurusan Singapura berkata, undi Melayu di kawasan bandar kini kurang nilainya berbanding dengan Melayu yang tinggal di kawasan pedalaman, kerana ketidakseimbangan antara populasi pengundi di kerusi bandar dan pedalaman.
Beliau yang menjadi salah seorang ahli panel dalam forum "Ke Arah Sistem Pilihan Raya Lebih Adil" di Petaling Jaya hari ini, berkata ini disebabkan lebih ramai orang Melayu pindah ke bandar, terutamanya di pantai barat Semenanjung Malaysia dan undi mereka bersama penduduk bandar lain kurang bernilai jika Barisan Nasional (BN) meneruskan dengan merangka persempadanan pilihan raya mengikut perbezaan etnik.
Hujah ini bercanggah dengan kenyataan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, bahawa badan pengendali pilihan raya itu merangka persempadanan untuk melindungi kuasa politik Melayu.
Semasa bertugas, Abdul Rashid menyelia empat kali proses persempadanan semula kerusi pilihan raya.

Robert Kuok, Lim Kok Thay, Tony Fernandes & other tycoons: WHAT ARE THEY UP TO in 2014

Several key decision-makers in the country hold great promises in the Year of the Golden Horse. Let's see how these CEOs will bank on their strengths to make further gains in their respective businesses.
World Gambling King in the making
Tan Sri Lim Kok Thay of Genting Berhad has set his eyes on clinching the gaming rights for new ventures in Macau and Japan this year as he strives to become the veritable "Gambling King" of the world.
Robert Kuok, Lim Kok Thay, Tony Fernandes & other tycoons: WHAT ARE THEY UP TO in 2014Last week, Genting Singapore announced a joint venture with a Chinese developer to embark on a US$2.2 billion integrated resort project Resorts World Jeju in South Korea.
Earlier, Lim planned to increase his stake in Echo Entertainment Group Australia, and said admittingly that he was eyeing the gaming license in Macau and possibly Japan as the country is set to liberalize its gaming industry.
Genting Singapore has recently teamed up with Caesars Entertainment and MGM Resorts International in a discussion with the Osaka municipal government over a US$4.8 billion resort project.
That said, Genting Singapore, the biggest contributor in the Group, may just have a so-so year in 2014, and as such the Japanese venture is seen as a major turning point for the Singapore unit.
Investment back home
"Sugar King" Robert Kuok is an avid investor even at this advanced age of 90.
He worked with Khazanah to acquire a 12.518 acre plot of land in Puteri Harbour, Nusajaya from UEM Land for RM182 million, or RM333 psf for an integrated development project, one of his first major ventures back home after he pulled out from the local market for decades.
Most of Kuok's money has been parked outside the country and his sudden return to his native state of Johor has injected a new lease of life into the mammoth Iskandar Malaysia project.
More privatization offers in the bag
Hong Leong Group's Quek Leng Chan suffered a major setback in the just ended Year of the Snake, falling in his bids to privatize Hong Leong Capital and Guoco Group of Hong Kong. But that does not mean he is giving up hope, as he vows to make a determined comeback in the Year of the Horse with more plans.
Like some low-profile tycoons, Quek is not known for extravagance, and a stronger voice from the minority shareholders could as well pose a major obstacle to his takeover bids.
Hong Leong had offered to fully acquire the shares of Guoco and HL Capital at HKD88 and RM1.71 per share respectively, but as the mandatory thresholds were not achieved, the plan had to be called off in the end.
Notably, several of Quek's subsidiaries have received privatization offers, and Hong Leong Finance is widely seen as the next to come under him.
From the sky to the ward

Anwar beritahu MCA jangan jadi hamba Umno


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa MCA supaya tidak menjadikan dirinya sebagai hamba Umno, tetapi sebaliknya harus berani bersuara untuk masyarakat Cina.

Beliau membuat gesaan itu di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Kajang malam tadi, sebagai menjawab kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mendakwa Anwar yang menyebabkan 'Ops Lalang ' pada tahun 1987.

Anwar mengecam MCA dan presidennya kerana kurang keberanian untuk mengkritik kedua-dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan perdana menteri sebelumnya, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang terlibat dalam operasi itu.

"Siapa yang menjadi perdana menteri dan menteri dalam negeri ketika itu? Mahathir. Siapa ketua Pemuda Umno ketika itu? Najib. Tetapi, adakah dia (Liow) berani menuduh mereka? Tidak, dia tak berani," katanya kepada 600 hadirin di majlis tersebut.

Khalid Ibrahim: Pengurusan Yang Mantap, Telus & Berupaya Menjadi Tujuan Kita Di Negeri Selangor

Mana yang lebih tulus di antara Unity Government dengan Konsensus Nasional

Pagi ini  sukma jiwaku teringin untuk berbicara mengenai Konsensus Nasional yang dilontarkan oleh Anwar Ibrahim dalam untuk digunapakai bagi mewujudkan keadaan negara stabil serta menyelesaikan beberapa isu atau hambatan meruncing kepada negara buat masa ini.


Abdul Hadi gagal realisasikan gagasan UG. 
Kenapa ku ingin bercakap fasal Konsensus Nasional, (KN) sebab ada kekeliruan dalam tulisan seorang ahli Parlimen dari Pas mengenainya berhubung perkara itu apabila tanpa menyelidiki se'faqih' mungkin sebelum menjunjung tinggi mengenai usaha yang hampir sama untuk kedamaian politik, iaitu projek Unity Government (UG) yang pernah diusahakan oleh pemimpin tertinggi parti berkenaan.

Ahli parlimen itu seakan mendabit dada bahawa presiden partinya mempunyai pandangan lebih jauh mengenai persepakatan, persefahaman, kerjasama atau apa-apa per demi kebaikan itu. Presiden parti itu berpandangan jauh ke depan lima tahun, tukasnya, daripada apa yang dilontarkan oleh Anwar Ibrahim. Dalam kata lain presiden parti itu mempunyai iltizam lebih awal berbanding dengan pencadang KN.

Aku bersetuju mengenai hal ini. Abdul Hadi Awang telah mengemukakan gagasan yang cukup hormoni dan tepat pada masanya dalam usaha mengurangkan ketegangan dan politiking melampau di negara ini khususnya di kalangan orang Melayu dengan membentangkan rancangan untuk mewujudkan UG atau Kerajaan Perpaduan, atau di sebut juga "Perpaduang" (KP). Menerusi pelan ini, bahawa akan terbangun sebuah kerajaan yang tidak ada pembangkang serta menghadirkan kedamaian politik.

Dengan cara itu masa yang digunakan untuk bergaduh dan bergasak demi menegakkan benang basah masing-masing akan berkurangan dan terguna untuk kebaikan. Apabila wujudnya keadaan itu maka perbahasan mengenai mana dahulu di antara ayam dengan telor di kalangan ahli politik negara pun menjadi reda.

Cadangan UG berlaku di era zaman Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri. Memang tepat gagasan Abdul Hadi itu, kerana Abdullah dilihat sosok yang lebih tulus, ikhlas dan boleh diyakinkan berberbanding dengan perdana menteri sebelum itu Dr Mahathir Mohamad yang tidak ada sekuman pun rasa hormat kepada pihak lain, jauh sekali untuk memanggil pembangkang duduk semeja memikir hal negara.

Mahathir sangat 'meta' waktu itu kerana pengaruh dan sokongan rakyat kepada UBN kuat. Abdullah juga mempunyai naluri dan kewajiaban sama mewujudkan perpaduan di kalangan umat dan rakyat.

Aku juga menulis artikel dan membawa suara dan seruan menyokong rancangan berkenaan. Tetapi apabila Pas telah mengambil kata putus agar ia tidak dilangsungkan maka aku juga menjadi bungkam. Barang kali aku juga boleh bersetuju sedikit-sedikit dengan pemujaan tinggi kepada Abdul Hadi yang sifatkan sebagai "sangat brilliant" itu kerana menerbitkan idea berkenaan. Apakah Anwar tidak brilliant? Persoalan ironi.

Apakah tujuan ahli parlimen berkenaan mengungkit dan up-datekan semula ingatan kepada UG itu untuk memberi gambaran kebijaksanaan pemimpinnya dan juga kesungguhan dia sendiri bersama seorang rakannya bagi menjayakan rancangan itu. Dalam masa sama, mahu menunjukkan rancangan itu suci dan hebat, dan melahirkan kekesalan kerana ia dibunuh oleh orang yang tidak faham.

Sistem pilihan raya Malaysia ada kelemahan, perlu dibaiki, kata Majlis Peguam


Ahli panel mendengar soalan daripada peserta forum Sistem Pilihan Raya di dewan sivik MBPJ di Petaling Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 Februari, 2014.Ahli panel mendengar soalan daripada peserta forum Sistem Pilihan Raya di dewan sivik MBPJ di Petaling Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 Februari, 2014.Sesebuah kerajaan tidak boleh dikatakan demokratik hanya kerana rakyat boleh terlibat dalam pilihan raya, kata Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong.
"Ujian sebenar kepada demokrasi adalah dengan melihat struktur dan mekanisme yang digunakan dalam pelaksanaan sistem pilihan raya, kempen pilihan raya dan pilihan raya itu sendiri, dan bukannya hanya mencari kesalahan sahaja," katanya dalam satu forum mengenai sistem pilihan raya di Kuala Lumpur, hari ini.
Leong berkata, sistem pilihan raya Malaysia mempunyai kelemahan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab memperbaiki kelemahan sedia ada untuk memastikan ia menetapi demografi pilihan raya Malaysia yang unik.

Anwar Ibrahim: MCA, Don't Be Slave Of UMNO (Jangan Jadi Hamba Kepada UMNO)

Kenapa kejar juruterbang TUDM yang jujur dan lepaskan jerung besar yang rasuah, soal DAP


Pemimpin DAP, Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan tindakan Putrajaya mendakwa juruterbang Mejar Zaidi Ahmad kerana mengadu mengenai dakwat kekal Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sementara membiaran sahaja “jerung besar yang rasuah, mencuri ratusan juta ringgit hartanah dan kekayaan, berlagak bebas tanpa hukuman dan menikmati imuniti”.
Beliau berkata, kerajaan sepatutnya malu kerana berkelakuan jahat dan sempit terhadap juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membuat laporan polis terhadap dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya pada 5 Mei lalu.
“Mengapa pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak degil dan tidak bertimbang rasa sehingga mereka lebih memilih mendakwa Zaidi menggunakan undang-undang ketenteraan yang berusia 40 tahun.
“Zaidi melakukan apa yang setiap warganegara Malaysia mahu buat, dia bercakap benar mengenai dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya lalu kerana ia memang mudah dibasuh dan boleh tanggal.
“Penggunaan Akta Angkatan Tentera 1972 terhadap Zaidi menunjukkan pemimpin ketenteraan tidak ada pendirian dan mengambil perintah daripada pemimpin politik,” kata ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Letak Jawatan: Laporan The Star tentang Khalid Ibrahim tidak berasas - Tian

Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang berkata laporan akhbar milik MCA, The Star yang melaporkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan menandatangani surat peletakan jawatan bagi membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan menteri besar Selangor sebagai tidak berasas.
Katanya, fokus PKR dan Pakatan Rakyat (PR) pada ketika ini adalah untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan soal siapa menteri besar Selangor tidak timbul.
"Laporan itu tiada asas. Sekarang ini fokus kami hendak menang PRK Kajang dan semua pihak termasuk Abdul Khalid bekerjasama untuk menjayakannya," kata Chua yang lebih dikenali sebagai Tian Chua kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.
"Tidak betul, tiada isu tentang surat letak jawatan. Isu menteri besar Selangor akan dibincang nanti (selepas PRK),” katanya.
Hari ini, The Star melaporkan Abdul Khalid enggan menandatangani surat peletakan jawatan bagi memberikan laluan kepada Anwar untuk menjadi menteri besar Selangor menerusi pelan "Langkah Kajang".
Menurut The Star, berdasarkan sumber peringkat tertinggi PKR, Abdul Khalid dijadualkan perlu menandatangani surat peletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan parti bertarikh 23 Mac, hari sama dengan hari pengundian bagi PRK DUN Kajang.
Surat peletakan jawatan sulit itu merupakan sebahagian daripada pelan becita-cita tinggi untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor selepas menang PRK Kajang.

Kuasai ICT untuk menang Pilihan Raya Sarawak - Nizar

KUCHING: Penguasaan ICT dan penggunaannya secara strategik, penting untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Sarawak, kata Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat, Datuk Sri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Berucap merasmikan Konvensyen ICT PAS Sarawak hari ini beliau berkata, Pilihan Raya Umum ke-13 lalu membuktikan betapa ICT memainkan peranan besar dalam menarik sokongan kepada Pakatan Rakyat khususnya di kawasan bandar.

"ICT berjaya menembusi maklumat kepada pengundi bandar, menyebabkan mereka dapat memberikan undi yang sangat baik kepada PAS dan pakatan rakyat.

"Salah satu perkara yang menyebabkan mrreka beralih daripada menyokong BN kepada PR adalah kerana mendapat maklumat sebenar daripada usaha-usaha pendokong kita melalui internet," katanya kepada lebih 80 peserta yang hadir hari ini.

Menurut Mohammad Nizar, berbeza dengan Umno, penggunaan ICT oleh bloger dan cybertroopers mereka lebih kepada menyebarkan fitnah dan bersifat lucah.

Mereka juga katanya, sering memainkan isu-isu agama dan perkauman semata-mata untuk kepentingan politik mereka.

KiniFocus: Economic woes threaten race relations

BicaraKini: Demo sembelih ayam ibarat brek kepada semua provokasi....

Tampar: Juham cadang Zahid diberi 'tuisyen percuma'

KUALA LUMPUR: Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia, menyarankan Menteri Dalam Negeri  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diberi tuisyen percuma tentang peruntukan Seksyen 503 Kanun Keseksaan.

Pengarahnya, Norazmir Zakaria berkata kenyataan bahawa tidak salah menawarkan penampar kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok seperti yang dibuat NGO pro Umno hanya menyerlahkan kedangkalan menteri Umno itu.

"Adalah sangat tidak munasabah dan cukup dangkal bagi seorang menteri kanan yang menjaga soal keselamatan negara bila mengatakan hanya jika tawaran membunuh YB Teresa dikeluarkan oleh NGO terbabit, barulah ianya dikira sebagai suatu kesalahan.

"Jika sebegitu sekali jahilnya Zahid tentang undang-undang, maka Juham merasakan adalah sangat wajar sekiranya Penasihat Undang-Undang KDN atau Penasihat Undang-Undang Umno memberi ‘tuisyen percuma’ bagi ‘menyekolahkan’ Zahid," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau lagi, dalam isu ini juga, memperlihatkan agensi penguatkuasa seperti berat sebelah dan double standard lebih-lebih lagi jika ianya berkait dengan Umno.

"Ini membenarkan sangkaan selama ini bahawa di Malaysia wujud dua set undang-undang yang berbeza dari segi penguatkuasaannya iaitu untuk pemimpin Umno BNdan seluruh suku sakat serta penyokongnya dan satu set lagi untuk rakyat biasa terutama yang tidak menyokong Umno BN," jelas beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa Seksyen 503 memperuntukkan bahawa perbuatan melakukan intimidasi jenayah adalah suatu kesalahan jenayah dan ianya boleh dihukum di bawah Seksyen 506 kanun yang sama iaitu penjara sehingga selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

PRK Dun Kajang: Kempen MCA paling lambat dalam sejarah

Kempen MCA paling lambat dalam sejarah 
SHAH ALAM- "Gerakan kempen paling lambat dalam sejarah, sehingga saat ini, bahang kempen MCA belum dirasai", demikian menurut bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Menurutnya, sepanjang episod penglibatannya dalam sejarah menghadapi PRK sebelum ini, PRK Dun Kajang pada pengamatannya menyaksikan MCA benar-benar lambat dalam memalu gendang perang terhadap calon lawan.

"Dalam sejarah PRK yang pernah saya alami sebelum ini, PRK Dun Kajanglah yang menyaksikan ketidaksediaan MCA dalam memenangi kerusi tersebut.

"...bagi saya PRK Dun Kajanglah paling lambat dirasai...sebab dari segi kesediaannya kita belum nampak lagi, kalau kita lihat 'pihak sebelah sana' (Anwar) mereka bukan main lagi," katanya yang juga bekas Menteri Pengangkutan.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Tee Keat berpandangan, perkara itu berlaku berkemungkinan dek kerana sikap pemimpin tertinggi MCA sekarang yang dilihat lebih sibuk untuk "membuat keputusan baru bagi menyertai Kabinet".

Dendam terhadap Anwar Ibrahim tidak pernah padam dan mereka membuat rakyat faham apa itu UMNO....

Dendam bekas rakan-rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada tokoh pembangkang itu tidak pernah padam.

Bekas orang kuat Anwar seperti Datuk Ibrahim Ali, Ezam Mohd Noor, Zahid Mat Arip, Datuk Zulkifli Nordin, Ng Lum Yong,  Abdul Ghani Haron, S Gobalakrishnan serta Datuk S Nallakarupan.

Mereka merupakan bekas penggerak utama PKR sejak ditubuhkan pada 1998. Ezam adalah ketua Pemuda pertama; Zahid (naib ketua); Ng (pengasas). Begitu jugadengan Nallakarupan dan merupakan Zulkifli yang  pernah menjadi peguam dalam kes liwat 1.

Sebaik Anwar dipecat serta dipenjarakan, mereka menjelajah ke seluruh negara memberitahu rakyat bahawa bekas timbalan perdana menteri itu tidak bersalah dan konpirasi jahat Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri waktu itu.

Mereka melawan Dr Mahathir melakukan apa sahaja untuk menumbangkan Dr Mahathir dan BN. Ezam dan Abdul Ghani pernah dipenjarakan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA pada 2001.

Bagaimanapun, seorang demi seorang meninggalkan Anwar. Ezam, Zahid, Abdul Ghani menyertai Umno manakala Nalla menjadi senator BN.

Ringkasnya, mereka menjadi penentang Anwar dan menggunakan pelbagai platform untuk menjatuhkan bekas pemimpin pujaan mereka sebelum ini. Kawan sudah menjadi lawan.

Ezam sudah lama mengadakan siri jelajah melawan Anwar. Dalam setiap pilihan raya kecil, bekas setiausaha politik itu tampil membantu calon BN melawan Pakatan Rakyat.

Kawan jadi lawan

Jais perlu terus anjur perpaduan dengan bukan Islam – Anwar

DSC_2321KAJANG 15 FEB: Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) perlu terus menganjurkan isu perpaduan antara umat Islan dan bukan Islam melalui khutbah Jumaat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, berkata teks khutbah yang baik menyentuh soal akhlak muslim dan kemanusiaan.
“(Jais) siapkan khutbah yang baik, menyentuh soal akhlak muslim dan kemanusiaan. Saya terpaksa puji. Ini permulaan baik,” katanya yang bersolat di Masjid Sungai Sekamat.
Anwar juga menyatakan beliau dipelawa memberi ucapan di sebuah gereja di Kajang dan bersedia berhadapan kontroversi mengenai perkara itu.
DSC_2474“Kebimbangan Islam ialah Kristian nak kelirukan. Kita kena tegas, jangan izinkan…(tapi) kalau cara kita ini sombong, baling batu, hina, siapa yang minat kepada Islam? Dakwah itu keenam melalui hikmah.
“Ahad, saya diminta gereja Kajang. Nanti habislah media serang. Dulu masa dalam Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia), saya pernah datang gereja, masa menteri dulu pun pernah.
“Beberapa bulan lalu, pergi jumpa Pope pun kena. Lepas ini media Umno mesti serang saya habis-habisan.
“Saya anggap itu penghormatan sebab panggil saya. Kalau nak dia dengar (mengenai Islam), kena hormat dia,” katanya sambil menegaskan Islam tetap agama rasmi di Selangor.
“…tapi orang Kristian, Buddha tak terjejas,” katanya.

Taib Mahmud boleh jadi TYT S'wak sepanjang hayat....

Walaupun pemerintahan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai ketua menteri Sarawak selama 33 tahun akan berakhir hujung bulan ini, namun pengaruh politiknya masih jauh daripada berakhir.

Jika Taib dilantik sebagai yang dipertua negeri, tiada had masa
selama mana beliau boleh memegang jawatan itu - selagi tempoh penggal empat tahun - diperbaharui berulang kali oleh ketua menteri (KM) Sarawak, dengan restu Yang di-Pertuan Agong.

Dalam kes ini, nampaknya pentingnya KM seorang yang disenangi Taib secara peribadi, dan pemilihan bekas adik iparnya, Adenan Satem, sebagai KM baru boleh menjamin Taib memegang jawatan yang dipertua negeri sepanjang hayat.

Tun Ahmad Zaidi Adruce menjadi yang dipertua negeri Sarawak kelima selama 15 tahun sehingga meninggal dunia pada 2001. Taib, yang kini beruaia 78 tahun mungkin mengikuti jejak langkahnya.

"Walaupun terdapat budi bicara Yang di-Pertuan Agong (dalam pelantikan yang dipertua negeri) selepas berunding dengan ketua menteri, namun amalannya ialah seri paduka hanya melakukan apa yang ahli-ahli politik - di pusat (persekutuan) dan negeri - kata," tegas pakar perlembagaan, Aziz Bari kepada Malaysiakini.

"Selepas 33 tahun Taib menerajui Sarawak, beliau boleh melakukan
perkara yang sama dari tempat yang berbeza," katanya.

Ini bermakna Taib mungkin kebal daripada pendakwaan sekiranya pihak berkuasa membuat keputusan untuk bertindak terhadap dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap orang kuat Sarawak itu.

Beliau kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Abdul Aziz juga berkata, Taib akan menjadi lebih kuat sebagai yang dipertua negeri berbanding dengan bapa saudaranya, Tun Abdul Rahman Ya'kub, yang juga mengambil alih jawatan yang dipertua negeri selepas melepaskan jawatan ketua menteri kepada Taib pada 1981.

Walaupun mempengaruhi pentadbiran negeri sebagai yang dipertua negeri selama empat tahun, didahului dengan sebelas tahun sebagai ketua menteri, Abdul Rahman akhirnya bersara pada 1986, atas alasan kesihatan.

Janji kerajaan 47% BN terhadap golongan minoriti dimungkiri sekali lagi, kata penganalisis

Masyarakat India mengharapkan perjanjian di antara Hindraf dan Putrajaya akan membawa perubahan kepada kemiskinan yang membelenggu mereka selama ini. - Gambar fail.Masyarakat India mengharapkan perjanjian di antara Hindraf dan Putrajaya akan membawa perubahan kepada kemiskinan yang membelenggu mereka selama ini. - Gambar fail.Amaran kepada kumpulan minoriti di Malaysia: Berhati-hati dengan janji dan persetujuan kerajaan sebelum pilihan raya.
Beberapa penganalisis yang ditemuramah The Malaysian Insider berkata, ini adalah salah satu pengajaran daripada peletakan jawatan P Waytha Moorthy daripada pentadbiran Najib dan ketidakupayaan Putrajaya untuk mengotakan perjanjian 10 perkara dengan golongan Kristian berkenaan Bible Melayu dan kalimah Allah.
Walaupun mereka bersetuju bahawa pemimpin Hindraf (Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu) perlu turut dipersalahkan kerana langkah terburu-buru menandatangani perjanjian dengan Putrajaya beberapa hari sebelum pilihan raya 5 Mei dan menerima jawatan timbalan menteri selepas kemenangan Barisan Nasional (BN), ia jelas merupakan janji yang dimungkiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Sekiranya Hindraf membuat keputusan melibatkan diri dalam kempen awam mengutuk PM dan agensi kerajaan kerana kegagalan mereka menunaikan janji pengundi India selepas menggunakan mereka semasa pilihan raya lepas, kerosakan kepada Najib secara peribadi dan Barisan Nasional (BN) secara keseluruhan boleh dianggap agak besar dan lebih lama," kata penganalisis politik, Dr Lim Teck Ghee (gambar) memberikan amaran.
Beliau berkata, selain masyarakat India, kumpulan minoriti yang lain terutamanya di Malaysia Timur, juga memantau perkembangan perjanjian Hindraf dengan Najib.
Hindraf berkata, Putrajaya sengaja “berlengah-lengah” bagi menyempurnakan janji untuk membantu masyarakat India Malaysia yang miskin sebagai balasan terhadap sokongan dalam pilihan raya.
Waytha sendiri, berdiam diri dalam isu peletakan jawatannya dan tidak menjawab panggilan daripada media.

Malaysia Kita: Maksiat malam Hari Kekasih

Maksiat malam Hari Kekasih 
 Seorang lelaki berasal dari Pulau Langkawi (kiri) bersama pasangannya (duduk, kanan) ditahan di oleh penguatkuasa Jaik dalam Ops Kekasih, semalam.
ALOR SETAR - Dua lelaki dari Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor, Perak, ditahan bersama pasangan masing-masing kerana disyaki berkhalwat di dua hotel bajet berasingan, di sini malam kelmarin.

Serbuan sempena Operasi Kekasih (Ops Kekasih) yang dilakukan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) itu memberi tumpuan di hotel-hotel bajet sekitar bandaraya Alor Setar menjelang Hari Kekasih.

Dalam serbuan pertama di sebuah hotel bajet Jalan Lengcong Barat, Tandop, dekat sini, lelaki berusia 31 tahun dari Langkawi yang juga suami orang itu ditahan dengan mengambil masa kira-kira 40 minit sebelum membuka pintu bilik.

Hasil pemeriksaan penguatkuasa mendapati pasangannya wanita berusia 30 tahun menyembunyikan diri di dalam bilik air.

Penolong Pengarah Undang-undang Syariah Jaik, Sheikh Mohd Roshidi Mohammad berkata, lelaki yang mempunyai dua anak itu memberi alasan tidak melakukan apa-apa perbuatan salah.

“Mereka memberi alasan bertemu untuk berkongsi masalah peribadi selepas saling mengenali empat tahun lalu.

“Ketika diserbu pasang itu berpakaian lengkap dan turut memberi alasan sedang tidur ketika pintu bilik diketuk. Hasil siasatan mendapati mereka  tidak mempunyai sebarang hubungan yang sah,” katanya

Sementara itu, dalam satu lagi serbuan di sebuah hotel di Jalan Putra, di sini, Jaik menahan seorang wanita berasal dari Sungai Tiang, Pendang, bersama kekasihnya yang berasal dari Pulau Pangkor.

Ketika diserbu pasangan berkenaan enggan bekerjasama kepada pihak berkuasa dengan memberi pelbagai alasan supaya mereka dilepaskan.

Malaysia Kita: "Ayam Vietnam" cakar dan gigit..!!

Ipoh: Dua anggota polis berdepan saat cemas apabila diserang dan cuba digigit sekumpulan pelacur warga Vietnam sebaik sebuah pusat hiburan di Bangunan Perdagangan Casuarina, di sini, diserbu, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.40 malam, anggota polis bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, membuat serbuan ke atas puast hiburan itu dalam Ops Noda.
Sumber polis berkata, kumpulan wanita berusia 20-an itu pada mulanya cuba melarikan diri sebelum bertindak agresif sebaik menyedari premis berkenaan dikepung polis.

“Beberapa wanita menerpa ke arah anggota polis sebelum mencakar tangan salah seorang dari anggota terbabit hingga luka, dan seorang lagi wanita cuba menggigit seorang lagi anggota polis namun sempat dihalang.
FotoANTARA pelacur Vietnam ditahan. Gambar atas, anggota polis memeriksa pelacur.

“Bagaimanapun, semua wanita itu berjaya ditahan,” kata sumber itu.

Kajang: MCA’s big test?

Who knows, perhaps with Liow contesting, a few Chinese may want to give him a chance to prove his mettle.

The Kajang by-election fixed for polling on March 23 looks to be the first major test for MCA’s new president, Liow Tiong Lai. Whether Liow is the candidate for Kajang still remains to be seen but it is only right he should contest because he is the most high profile person in MCA.
According to the Chinese political observers, Liow has to go for the jugular or else he will be deemed as cowardly.
Thus there is no choice for the Bentong MP. If MCA were to put any other candidate, it will only show MCA as throwing that said chosen candidate to be mauled at the ballot box and will definitely be mocked by the Chinese voters.
Although there is some talk that Umno may field a candidate in Kajang this time around, many Chinese is of the view that MCA will not give up the seat as it will be a slap in the face for MCA, free of charge at that.
MCA had already given up its Wangsa Maju and Gelang Patah seats to Umno in last year’s general election and to do so a third time will only confirm MCA as weak, powerless and unable to stand its ground in BN.
Who knows, perhaps with Liow contesting, a few Chinese may want to give him a chance to prove his mettle as he is the newly elected MCA leader.
None the less, it is highly likely that although Liow may garner some Chinese votes, PKR’s Anwar Ibrahim can win by a bigger majority than the previous PKR man if Pakatan Rakyat knows which issues to focus on during the election campaign.

PRK Dun Kajang: Aura Mat Taib bantu kempen Pakatan

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mempunyai kelebihan tersendiri dalam membantu kempen Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memenangi PRK Kajang.

Beliau yang pernah menerajui negeri ini dan mempunyai ilmu dalam selok-belok pentadbiran dilihat sebagai satu kelebihan dalam usaha menarik pengundi.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, dengan pengalaman luas  menerajui Selangor, Muhammad mampu membantu pentadbiran kerajaan negeri jika diperlukan.

“Saya yakin dengan penyertaannya dalam Pas tahun lalu, beliau mampu membawa pengaruh dengan lebih signifikan atas dasar ‘orang lama.

“Selain itu, beliau juga mampu mempengaruhi orang muda,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Anwar kelmarin menyatakan akan membawa masuk bekas veteran Umno berkenaan ke dalam pentadbiran Selangor sekiranya memenangi PRK Kajang.

Menurutnya, Muhammad mempunyai kepakaran dalam program desa dan luar bandar selain dapat membantu dalam pentadbiran Selangor.

PRK Dun Kajang: Kempen Anwar berterusan, Syed Mokhtar diserang monopoli gula


Datuk Seri Anwar Ibrahim dakwa monopoli gula Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary menyebabkan rakyat sengsara. Gambar fail.Datuk Seri Anwar Ibrahim dakwa monopoli gula Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary menyebabkan rakyat sengsara. Gambar fail.Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan "kempennya" bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan serangan terhadap monopoli gula Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang dikatakan sebagai punca peningkatan kos sara hidup.
Ketua pembangkang itu berkata, beliau tidak menyerang ahli perniagaan terkemuka itu atas dasar peribadi tetapi kerana kos sara hidup melibatkan kepentingan rakyat.
"Syed Mokhtar kekayaan puluh bilion ringgit. Saya bukan benci dia. Saya tidak suka monopoli gula dikuasai sorang, rakyat terpaksa bayar," katanya ketika berceramah di hadapan lebih 200 penyokong Pakatan Rakyat (PR) di Taman Impian Murni di Kajang, malam tadi.
"Harga gula naik sebab monopoli Syed Mokhtar. Saya lawan Umno, Barisan Nasional (BN) termasuk tokoh-tokoh besar,” katanya.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun mengakui tidak semua harga barangan mampu dikawal kerajaan memerintah.
"Masalah kita di Kajang apa, masalah ekonomi, kehidupan.
"Saya akui, ada kerajaan mana-mana pun tidak boleh kawal. Harga minyak, gula contohnya, tidak boleh naik," katanya.

Dakwat Tidak Kekal: Mejar Zaidi, terpaksa bayar harga mahal kerana bercakap benar dan jujur


Penggunaan dakwat kekal dalam PRU13 menjadi pertikaian apabila dakwat itu mudah dicuci. Gambar fail.Penggunaan dakwat kekal dalam PRU13 menjadi pertikaian apabila dakwat itu mudah dicuci. Gambar fail.Apabila Mejar Zaidi Ahmad membuat laporan polis selepas dakwat kekal di jarinya hilang sebaik sahaja dibasuh beberapa jam selepas membuang undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sama sekali tidak menyangka beliau bakal berhadapan dengan tindakan mahkamah dan seterusnya dipenjarakan sekurang-kurangnya dua tahun.
Beliau kini dihadapkan di Mahkamah Tentera dengan beberapa tuduhan melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera Malaysia, membuat kenyataan kepada media tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan, dan menghantar dua kiriman pesanan ringkas (SMS) yang bersifat politik.
Juruterbang jet pejuang berusia 45 tahun yang sudah berkhidmat selama 25 tahun itu terkejut apabila mendapati dirinya bergelut dengan masalah dan bukannya pembekal dakwat serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang seharusnya. dipertanggungjawabkan. ‎
"Saya tahu akan ada kesan tetapi saya terkejut apabila pembekal dan SPR dilepaskan begitu sahaja sedangkan saya sebaliknya," kata Zaidi (gambar) kepada The Malaysian Insider melalui temuramah e-mel.
Beliau didakwa pada 7 Februari di Mahkamah Tentera di Kuala Lumpur. Kes itu akan didengar enam panel anggota pada 8 April.
Di samping itu, beliau juga dibekukan daripada menjalankan tugas sebagai juruterbang dan terpaksa  bertugas di jabatan am.
Bagaimanapun, Zaidi berkata sebagai seorang Islam, beliau berasa perlu untuk membuat laporan itu.
"Bagi saya, adalah haram bagi seorang Islam bersubahat dalam hal penipuan. Apatah lagi jika ia melibatkan sesuatu yang penting kerana seperti pilihan raya yang bertujuan bagi memilih para pemimpin tertinggi negara.
"Sebagai seorang kakitangan kerajaan yang gaji datang daripada wang pembayar cukai, saya mempunyai tugas memberitahu rakyat perkara benar bahawa dakwat itu sebenarnya tidak kekal," katanya.‎
“Saya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya bertindak demi kebenaran.”
Isterinya Shafinah Abdul Hamid dan juruteknik TUDM juga membuat laporan polis berhubung dakwat kekal bersama-sama Zaidi.
"Seperti yang saya katakan, sebagai seorang Islam saya perlu bercakap benar walaupun saya akan menghadapi tindakan (daripada pegawai atasan saya). Hukuman di akhirat lebih buruk jika saya berbohong berbanding mana-mana hukuman di dunia ini.
"Saya yakin bahawa Allah akan membantu orang yang benar," katanya.

Anwar: Who was PM during Ops Lalang?

Bantah TPPA mulls boycott of talks

TGHA: PERANAN MUSLIMAT DALAM PERJUANGAN

Benarkah perpaduan negara hari ini semakin rapuh?