Jumaat, 14 Februari 2014

KALAU TAK MENIPU & MEMBELIT Bukan UMNO Namanya!!!

 

10 SEBAB KENAPA PBS PERLU DIMANSUHKAN

Oleh: Cikgu Veteran
Sejak diperkenalkan tiga tahun yang lalu, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menimbulkan pelbagai polemik terutamanya dalam kalangan guru. Hal ini kerana merekalah pihak yang paling terbeban dengan pelaksanaan sistem ini.
Sehingga kini masih banyak perkara yang berbangkit dan tidak selesai. Malah suara dan pandangan para sering ditolak ke tepi dan setiap kelemahan sistem ini tidak diselesaikan dengan sewajarnya.
Oleh itu, ada 10 sebab UTAMA Mengapa PBS jadi dasar caca-marba dan WAJIB DIMANSUHKAN:

PERTAMA:
Arahan berbeza antara KPM, JPN, PPD dan sekolah dan guru. Masalah ini dihadapi tiga tahun berturut-turut tanpa ada penambahbaikkan daripada pihak KPM.
*Alasan KPM - Kecairan maklumat.

KEDUA:
Pemahaman berbeza antara JU Kebangsaan, JU Negeri, JU Sekolah dan guru-guru.
*Tiga tahun juga tiada perubahan.

KETIGA:
Penggubalan soalan berbeza antara negeri-negeri, daerah-daerah dan sekolah-sekolah.
*Terdapat pula jualan BUKU EVIDEN untuk PBS sedang ia menyalahi sistem PBS ini.

KEEMPAT:
Pelaksanaan PEPERIKSAAN DALAMAN bagi membuat penilaian kepada murid dan PBS tidak berfungsi.
*Peperiksaan awal, pertengahan dan akhir tahun tetap dijalankan.

KELIMA:
Pemarkahan yang berbeza mengikut suka hati guru tanpa ada rujukan penilaian.
Contoh: Ada guru mahu pelajar memberikan tiga contoh, manakala ada yang lain cukup satu contoh sahaja.

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Bestari Kualiti Teruk & Lembap! Apa Respon Guru Kepada KPM?

SPS
Masalah Sistem pengurusan Sekolah (SPS) Login : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan sekitar 100,000 sekolah di seluruh Malaysia untuk siapkan data pada 15 Februari 2014.
Hari ini sudah menginjak hari Jumaat bersamaan 14 Februari 2014, masalah Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) tidak berkesudahan. Akibatnya…..
Akibat tidak tahan dengan server Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang disediakan kepada kalangan guru melahirkan rasa marah dan kecewa. Seperti di bawah ini….

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) :  Aduan Guru?

SPS login
Bagi Berita Semasa sendiri, Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) tiada salahnya. Tetapi, kalangan yang menyediakan prasarana & jariangan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) inilah yang harus bertanggungjawab.

Myanmar Hina Suara Umat Islam Bantah Kekejaman Rohingya

Umno tak lemah tapi kepemimpinan lemah, kata NGO Melayu

NGO Islam: Video Kok sebut 'Malai Si'

Khas Buat UG: Kerajaan Perpaduan, Perangkap Umno pada PAS - Nik Aziz

Hindraf Kena Tipu: Waytha Moorthy sepatutnya berunding dengan saya sebelum letak jawatan, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengesahkan beliau telah menerima surat peletakan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P.Waytha Moorthy pada Isnin lepas (10 Februari).
Bagaimanapun perdana menteri berkata Waytha Moorthy tidak berjumpa dan berunding dengannya terlebih dahulu sebelum berbuat demikian.
"Saya menghormati dan menerima keputusan beliau serta mengucapkan selamat berjaya dan mengharapkan yang terbaik untuk usaha beliau di masa hadapan.
"P.Waytha Moorthy mungkin mempunyai pendekatan yang berbeza, namun beliau sepatutnya berjumpa dan berunding dengan saya terlebih dahulu sebelum mengumumkan peletakan jawatannya," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
Najib berkata keputusan pengerusi Hindraf itu untuk meletakkan jawatan setelah memeterai perjanjian persefahaman dengan Barisan Nasional bagi memajukan lagi agenda masyarakat India, adalah mendukacitakan.
"Bagi menjayakan persefahaman ini, P. Waytha Moorthy seharusnya menyesuaikan diri dalam sistem pentadbiran kerajaan dan menjalin kerjasama bagi mendapatkan konsensus untuk melaksanakan program kerajaan.

Korban ayam - Rahmat Haron

Bagaimanakah kita menanggapi suatu peristiwa yang bercirikan daya penarik publisiti atau gimik, sehinggakan dapat mencetuskan kontroversi?

Sejauh mana pula benarnya kontroversi itu? Apakah peristiwa itu merupakan kejadian pertama? Adakah ia betul-betul mengejutkan atau benar-benar memeranjatkan?

Saya merujuk kepada suatu acara bantahan gimik publisiti penyembelihan ayam sebagai tindak balas sebuah video satira politik Tahun Baru Cina.

Ia menampilkan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok. Video (kanan) tersebut di siarkan di YouTube.

Sembelihan korban dalam tatacara keagamaan dan adat istiadat kepercayaan telah dilakukan sejak ribuan tahun lamanya.

Namun apakah makna yang cuba dilambangkan dengan isyarat menyembelih ayam anjuran ‘NGO Melayu’ itu?

Apatah lagi kemudiannya darah ayam yang disembelih disimbah ke atas kain rentang yang tercetak gambar-gambar pemimpin berketurunan Cina dalam Pakatan.

Menariknya badan-badan karikatur kartun itu berupa ayam yang berkepala manusia. Manakala ditampakkan kepala itu pula menyerupai Teresa Kok, Lim Kit Siang, Lee Khai Loon.

Buat saya ia suatu pertunjukan yang menggerunkan, jika ia berkeupayaan melangkaui garis sempadan kebebasan berekspresi ataupun menembusi perlindungan hak-hak sivil serta kesedaran sivik, selanjutnya mengundang keganasan dan mudarat, khususnya fizikal terhadap orang lain.

Gimik pemasaran

Lebih-lebih lagi, dengan tawaran menampar pemimpin wanita DAP, Teresa Kok.

Ia contoh suatu tindakan yang dilakukan bukan pihak yang berwenang dan berkuasa, yang bertujuan untuk menggerakkan pihak umum bertindak melakukan tindak kekerasan bagi pihaknya.

Tetapi dalam masa yang sama, kita juga perlu menyeimbangkan perkara ini misalnya dengan seruan NGO ABU kepada orang awam agar menangkap warga Bangladesh yang mengundi pada PRU13.

Dilaporkan ia mengakibatkan ramai orang tidak bersalah, telah disalah sangka sebagai warga asing Bangladesh terpaksa berhadapan tangkapan awam.

Tahap tindakan kreatif, kefahaman daya cipta seni budaya sastera dalam gerakan politik Malaysia, sebenarnya masih sekadar ungkapan perlambangan yang hanyalah sarana kepada suatu kaedah gimik pemasaran, pemberitahuan, daya penarik publisiti (stunt) terhadap isu-isu yang hendak dibawa.

Itulah yang digerakkan Lee Khai Loon, dengan ‘flash mob’ makan kangkung karikatur perdana menteri Najib Razak. Ia hanyalah sekadar seni komunikasi.

Mengimbas kembali, sebelum pilihan raya umum 2008 yang lalu, seawal bulan Januari sekumpulan anak-anak muda telah melakukan suatu tindakan bantahan politik yang sedikit aneh dan lucu.

Kumpulan tersebut menghantar memorandum berupa bantal kepala dan bantal peluk ke Jabatan Perdana Menteri, ditujukan kepada PM pada waktu itu Abdullah Badawi.

Tindakan tersebut bertujuan membantah kepimpinan Abdullah Badawi yang lemah dan punya reputasi suka tidur dalam mesyuarat.

Meriahnya Demokrasi: Zaid Ibrahim bakal bertanding PRK Dun Kajang

Zaid berharap keputusannya akan membantu menyelesaikan banyak isu-isu berbangkit yang melanda negara sekarang. - Gambar fail.Zaid berharap keputusannya akan membantu menyelesaikan banyak isu-isu berbangkit yang melanda negara sekarang. - Gambar fail.Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang akan datang dalam posting terbaru di blognya.
Menurut beliau, keputusan bertanding kerusi itu akan membolehkannya menangani banyak isu-isu politik dan ekonomi yang dihadapi negara kini.
"Menulis di blog (www.zaid.my) menyeronokkan tetapi ia juga baik jika dapat bersemuka dengan rakyat, mendengar apa yang mereka katakan dan sudah tentu berpeluang menjamu sate dengan mereka."
"Bercakap kepada pengundi Kajang juga akan menguji penerimaan mereka terhadap beberapa idea saya yang seterusnya boleh menjadi maklum balas berguna untuk pembuat dasar kita," kata beliau dalam tulisan bertajuk “Mulling for Kajang” yang diterbitkan hari ini.
Mohd Zaid berkata beliau menggariskan beberapa perkara yang disuarakan sepanjang tempoh berkempen, antara lain ialah kepentingan menangani punca permasalahan polarisasi kaum; usaha mengekalkan keamanan dan perpaduan antara orang Islam dan bukan Islam; dan pembangunan program kemahiran ekonomi dan pendidikan

SPR kata PRK Balingian, Kajang dijangka serentak..ha..ha...tak terperanjat pun....seperti dijangka game biasa barua Umno..!!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia mengadakan pilihan raya kecil DUN Balingian di Sarawak dan Kajang di Selangor serentak pada 23 Mac depan, bergantung kepada kekosongan kerusi penyandang Tan Sri Taib Mahmud.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz berkata tarikh kekosongan kerusi Balingian penting untuk membolehkan  badan itu membuat pembersihan daftar pemilih di bahagian pilihan raya itu antaranya mengeluarkan nama pengundi meninggal dunia dan dilucut taraf warganegara, lapor Utusan Malaysia.

"Macam di Kajang, dia (Lee Chin Cheh) letak jawatan pada 27 Januari dan kita bersihkan daftar pemilih di situ sehingga setakat 26 Januari.

"Selepas itu SPR mengadakan mesyuarat khas pada 5 Februari itupu, sudah masuk hari kesembilan dalam tempoh 10 hari yang ditetapkan oleh peraturan SPR selepas kekosongan kerusi.

"Justeru dalam isu Balingian ini, SPR cuma khuatir masa terlalu suntuk untuk membersihkan daftar pemilih dan mengadakan mesyuarat khas menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian.

"Bagaimanapun secara peribadi, saya suka PRK Balingian dan Kajang diadakan serentak, jimat masa dan tidak berpanjangan kempen pilihan raya," katanya seperti dilapor akhbar itu hari ini.

Bagaimanapun, laporan harian itu juga menyebut kerusi Balingian dijangka kosong pada tarikh berkuatkuasanya perletakkan Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 28 Febuari nanti.

Adenan Satem: Pilihan Siapa?

Menurut sumber, Taib mahu mengumumkan nama Menteri Perancangan dan Sumber, Datuk Awang Tengah Ali Hassan sebagai penggantinya. 

PETALING JAYA: Akhirnya Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud mengumumkan penggantinya bekas adik iparnya, Tan Sri Adenan Satem sebagai bakal Ketua Menteri yang baharu pada dua hari lalu.
Sepatutnya beliau menghadap Yang Dipertua Negeri esok, tetapi beliau segerakan tarikh menghadap itu pada hari Rabu lalu untuk mengelak kedatangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin pada malam tersebut. Malah hari ini ketika Muhyiddin melawat Lundu, Taib juga menghilangkan diri tidak menyertai lawatan Timbalan Perdana Menteri.
Menurut sumber, Isnin lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghantar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menemui Taib untuk Taib mengumumkan nama Adenan tetapi beliau enggan berbuat demikian.
Adakah Menteri Tugas Tugas Khas itu pilihan Taib? Menurut sumber, Taib mahu mengumumkan nama Menteri Perancangan dan Sumber, Datuk Awang Tengah Ali Hassan sebagai penggantinya. Tetapi Kuala Lumpur mahu Adenan yang ada pengalaman sebagai menteri pusat dilantik sebagai Ketua Menteri. Adenan merupakan orang Melayu pertama dilantik sebagai Ketua Menteri. Taib dan bapa saudaranya adalah orang Melanau.
Taib membelakangkan parti kerana memang dia tak mahu Datuk Abang Johari Tun Openg menjadi penggantinya. Menurut parti, sebagai Timbalan Presiden PBB, Abang Johari yang sepatutnya mengambil alih jawatan itu tetapi sebaliknya Majlis Tertinggi PBB memberi mandat kepada Taib untuk memilih salah seorang daripada tiga orang, Abang Johari, Awang Tengah dan Adenan Satem.
Adakah PBB akan bergolak selepas ini? Pemilihan PBB baru sahaja diadakan pada akhir tahun lepas. Sekiranya Taib mengumumkan persaraannya sebelum pemilihan parti tahun lepas sudah tentu parti akan memilih Abang Johari sebagai Presiden PBB yang baharu.

Undi selain BN untuk Selangor yang sejahtera, kata mahasiswa

student_power_mahasiswaKUALA LUMPUR 14 FEB: Kumpulan 10 mahasiswa menyeru kepada pengundi Kajang yang mengundi pada pilihan raya kecil (PRK) 23 Mac depan untuk mengundi parti selain Barisan Nasional demi kesejahteraan negeri Selangor
“Rakyat harus mengundi selain Barisan Nasional untuk Selangor yang lebih sejahtera. Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor penting selepas PRU ke-13.
“Mahasiswa komited memprotes tindakan kerajaan terhadap isu-isu rakyat dan sama ada sebelum mahupun selepas PRU 13.,” kenyataan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mewakili 10 NGO mahasiswa di pelbagai kampus.
Pada sidang media di Kelab Bangsar Utama hari ini, 10 kumpulan mahasiswa tersebut melancarkan kempen Undi Selain Barisan (USB) selain menyatakan tujuh perkara yang wajar dipertimbangkan pengundi PRK DUN Kajang.
Antaranya ialah isu Konsensus Nasional, sentimen agama dan perkauman sebagai senjata politik, kenakan kos hidup rakyat, kehakiman dan perundangan, akauntabiliti dalam urus tadbir, kebebasan media dan dasar pendidikan negara.

PRK Dun Kajang pemangkin mahasiswa bangkit isu rakyat

KUALA LUMPUR 14 FEB: Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri N25 Kajang adalah pemangkin kepada mahasiswa dan anak muda untuk membangkitkan isu melibatkan kepentingan rakyat di seluruh negara.
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) jurucakap kepada 10 NGO mahasiswa menegaskan, PRK Kajang menjadi medium kepada mahasiswa menjadi agen penerangan membuka ruang mencerahkan minda rakyat dengan isuiisu yang berlaku selepas PRU 13.
logo smmAntaranya termasuk janji manis Umno-BN yang gagal ditunaikan, malah dibalas dengan kenaikan harga minyak, tarif eletrtik yang jelas bercanggah dengan manifesto BN sebelum pilihan raya umum ke-13.
“Tahun 2014 boleh disifatkan sebagai tahun kesengsaraan rakyat dengan polisi yang membebankan rakyat. PRK Kajang ini menjadi simbol penting kepada rakyat terhadap kerajaan.
“Rakyat sudah melakukan yang terbaik dan mengharapkan respon positif sama ada ada melalui himpunan aman, serahan memorandum dan sebagainya.
“Namun amat mengecewakan tiada sebarang jawapan yang positif diberikan kepada rakyat,” kenyataan bersama kumpulan mahasiswa tersebut dipetik.
Justeru kata kumpulan mahasiswa tersebut, PRK Kajang adalah masanya rakyat membuat keputusan sama ada benar terkesan atau tidak dengan tindakan serta keputusan kerajaan dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Walau 10 orang bantah PBS tetap menggugat - SGMM

KUALA LUMPUR: Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) berpandangan walaupun hanya sepuluh orang sahaja yang hadir pada 'Himpunan 222: Mansuh PBS' nanti ia merupakan satu kejayaan yang mampu menggugat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Himpunan 222: Mansuh PBS itu akan diadakan di hadapan pekarangan bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya bermula jam 2.20 petang.

Himpunan aman itu dijangkakan dihadiri oleh 200 peserta yang menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Jelas Pengerusi Penaja SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari ketika dihubungi, beliau tidak berhajat untuk ‘menghasut’ kalangan guru untuk hadir bersama menyatakan sokongan.

Namun, katanya sebagai satu tanggungjawab untuk mengembalikan sistem pendidikan yang semakin nazak, para pendidik perlu hadir untuk memberi sokongan atas usaha tersebut.

"Kita dari SGMM berasakan walaupun hanya sepuluh orang yang hadir pada himpunan 222 itu nanti, ia merupakan satu kejayaan besar serta mampu mengugat pendirian KPM dalam soal pelaksanaan PBS yang dilihat banyak kepincangan.

"Saya tidak akan menghasut para pendidik untuk hadir tetapi atas rasa tanggungjawab sebagai pendidik anak bangsa, mereka perlu hadir dalam usaha kita mengembalikan sistem pendidikan yang semakin nazak," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga merupakan Ketua Gerak Kerja Kempen Mansuh PBS itu turut memberitahu, walaupun perbincangan telah diadakan dengan KPM dengan Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh pada 24 Disember tahun lalu secara tertutup.

Hukum Adun: SPR perlu rujuk kes Kelantan, Perak


KOTA BHARU: Pada awal 1990-an Dewan Undangan Negeri Kelantan pernah meluluskan pindaan bagi membolehkan pilihan raya diadakan semula apabila wakil rakyat melompat parti.

Ketika itu Adun Semangat 46 di Sungai Pinang dan Limbongan menyertai Umno. Berikutan pindaan tersebut pilihan raya kecil diadakan.

Pilihan raya tersebut memberi kemenangan kepada calon Angkatan Perpaduan Ummah, iaitu Semangat 46. Namun Umno membawa kes tersebut ke mahkamah. Dan mahkamah mengisytiharkan pilihan raya tersebut tidak sah dan mengembalikan kerusi tersebut kepada penyandang.

Naib Presiden PAS, Datuk Ibrahim Tuan Man berkata, peletakan jawatan sebagai wakil rakyat lebih bermaruah berbanding melompat parti kerana  ia menghina mandat diberi rakyat.

Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melihat contoh yang berlaku di Kelantan pada awal 1990-an sebelum meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap wakil rakyat yang meletakkan jawatan tanpa sebab munasabah.

“SPR tidak perlu terpengaruh dengan desakan mana-mana pihak berhubung cadangan tersebut. SPR seharusnya melihat tuntutan keperluan dan bukannya desakan serta kepentingan pihak tertentu,” katanya ketika ditemui selepas majlis Maulidur Rasul Dun Bunut Payong di JKR 10 petang semalam.

Hadir sama pada program tersebut Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat dan Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim serta jawatankuasa Muslimat Dun terbabit.

Guru cederakan pelajar diarah jalani pemeriksaan mental


Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak mengarahkan guru lelaki yang didakwa mencederakan empat pelajar dua hari lepas, menjalani pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Manjung.
Timbalan Pengarahnya Mohd Idris Ramli berkata guru berkenaan direhatkan selama seminggu sehingga 19 Februari ini dan diarahkan menjalani pemeriksaan itu berdasarkan laporan pihak sekolah bahawa guru itu dipercayai mengalami tekanan di samping masalah mental.
Beliau berkata ini kerana tindakannya mencederakan empat pelajar itu dilihat tidak normal berbanding hukuman rotan yang dianggap biasa.
Katanya selepas tempoh berkenaan guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris dan komputer di sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) di Sitiawan itu akan ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Manjung sehingga kes itu selesai.
"Kita akan meneliti dan menyiasat perkara ini dengan melibatkan semua pihak untuk mengetahui kejadian sebenar termasuk kesemua pelajar berkenaan. Kita telah menghantar dua pegawai kita ke sekolah berkenaan pagi tadi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohd Idris berkata guru berkenaan juga pernah terlibat dalam kejadian hampir sama di sekolah yang sama pada 22 Januari lepas namun ia berjaya diselesaikan secara baik dengan keluarga pelajar.
Hari ini, akhbar melaporkan guru berkenaan didakwa bertindak keterlaluan apabila membelasah empat pelajar di sekolah berkenaan pada 12 Februari lepas.

Pahlawan dakwa tindakan ke atas Mejar Zaidi ugutan kepada pengundi tentera



Asri Buang semasa berucap di majlis perasmian mesyuarat agung kali ke-2 Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) yang diadakan di Kelab Darul Ehsan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 14 Februari, 2014. 
Asri Buang semasa berucap di majlis perasmian mesyuarat agung kali ke-2 Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) yang diadakan di Kelab Darul Ehsan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 14 Februari, 2014.

Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) mendakwa tindakan mengheret Mejar Zaidi Ahmad ke Mahkamah Tentera sebagai ugutan kepada pengundi tentera.
Kumpulan NGO bekas anggota keselamatan itu menuduh pendakwaan ke atas bekas Pegawai Pemerintah Skuadron 12 Pengkalan Udara Diraja Malaysia (TUDM) tersebut bermotifkan politik demi menjaga pemerintah Barisan Nasional (BN).
"Tindakan seperti ini seolah-olah ingin menggugut anggota tentera semasa pilihan raya akan datang.
"Kami melihat kepentingan negara mengatasi segala-galanya," kata presidennya, Asri Buang dalam sidang media sempena perasmian mesyuarat agung kali ke-2 Pahlawan hari ini.
Asri juga mendesak supaya pertuduhan ke atas Zaidi digugurkan supaya imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak tercalar dengan kontroversi tersebut.
"Dengan ini Pahlawan mencadangkan pertuduhan terhadap Mejar Zaidi digugurkan serta-merta demi menjaga imej dan maruah ATM," katanya lagi.

Dakwat Tidak Kekal: Mejar Zaidi tidak patut didakwa kerana ketegasannya, kata Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap di majlis perasmian mesyuarat agung kali ke-2 Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) yang diadakan di Kelab Darul Ehsan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 14 Februari, 2014. 
Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap di majlis perasmian mesyuarat agung kali ke-2 Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) yang diadakan di Kelab Darul Ehsan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 14 Februari, 2014.

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan Mejar Zaidi Ahmad tidak sepatutnya didakwa hanya kerana mempertahankan kebenaran, selepas anggota tentera itu diheret ke Mahkamah Tentera.
Ketua Pembangkang itu berkata, laporan polis yang dibuat oleh Mejar Zaidi terhadap dakwat kekal membuktikan integriti dan disiplin yang dimilikinya.
"Mejar Zaidi dilatih soal integriti dan disiplin, sebab itulah dia buat laporan terhadap dakwat kekal yang tidak kekal," kata Anwar semasa merasmikan mesyuarat agung kali ke-2 Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) hari ini.
Anwar membidas tindakan yang diambil ke atas bekas Pegawai Pemerintah Skuadron 12 Pengkalan Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah tidak wajar kerana ia bukan satu kesalahan yang besar dilakukannya.
"Kalau salah pecah amanah itu lain, tapi ini sebab Mejar Zaidi menjadi seorang yang bertanggungjawab.
"Beliau mendapati dakwat pada jarinya tidak kekal, oleh itu beliau membuat laporan polis," kata Anwar lagi.

Saifuddin: Penyertaan Mat Taib dalam kepimpinan Selangor bukan aneh

saifuddin nasutionPETALING JAYA 14 FEB : Penyertaan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib membarisi kepimpinan Kerajaan Selangor bukan sesuatu perkara aneh.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, berkata beliau mengalu-alukan kehadiran beliau kerana percaya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bijak menilai kebolehan dan potensi seseorang.
“Bahkan ia bukan sekadar Mat Taib, tetapi seramai yang boleh.
“Saya mengalu-alukannya sebab Muhammad juga telah menjadi MB Selangor selama 11 tahun, tentu ada kekuatan tersendiri,” katanya dalam satu sidang media di Ibu pejabat PKR.
Saifuddin percaya cadangan kenyataan itu datang memandangkan pengalaman Anwar selama 17 tahun di dalam Umno-BN.
“Anwar dengan pengalaman politik lama, beliau seorang demokratik dan percaya dengan kebolehan seseorang serta pintar menilai potensi seseorang.
“Jika itu kenyataan beliau, ia lumrahnya datang dari Anwar. Beliau akan tengok kebolehan seseorang melampau sempadan parti politik,” kata Saifuddin.
Anwar dalam ceramahnya di Kompleks Penghulu, Kajang baru-baru ini mahu membawa masuk Muhammad Taib ke dalam pentadbiran negeri sekiranya beliau menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang Mac depan.
Ini kerana kebolehan pemimpin itu dalam urusan pembangunan desa diperlukan dalam memantapkan pentadbiran negeri.

Isu sembelih ayam kempen percuma kepada Anwar?

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan tindakan sekumpulan NGO Melayu yang bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang sebagai bantahan hanya memberi kempen tambahan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini.
 Dr Mohammad Agus Yusoff  
Menurut pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, laporan media berhubung perkara itu secara tidak langsung mempromosikan Anwar. 
 
"... pada pengamatan saya kontroversi yang tercetus ini telah memberi banyak kelebihan kepada Anwar.
 
"Ianya secara tidak langsung telah memberi kempen percuma kepada Anwar, mereka seolah-olah membantu kempen PKR secara tidak sedar, ini kerana harus diingat masyarakat di Kajang berada dalam kategori bandar yang sentiasa terdedah dengan perkembangan terkini negara, mereka dengar dan mereka tahu," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
 
PRK Dun Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini, susulan tindakan penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Adun di kerusi tersebut, ekoran itu Anwar dinamakan sebagai calon untuk mengisi kekosongan kerusi tersebut.
 
Terbaru MCA mengumumkan bahawa calonnya akan bertanding di kerusi tersebut bagi menentang Ketua Umum PKR itu.

‘Hilangkan’ karya kritis, Balai Seni Visual Negara tindas pengkarya


c297e76acf5332808783696a0bafbad8_L
KUALA LUMPUR, 14 FEBRUARI: Pemuda DAP Kebangsaan (DAPSY) hari ini menggesa Balai Seni Visual Negara (BSVN) dan penganjur anugerah Bakat Muda Sezaman 2013 memberikan penjelasan berhubung tindakan mereka ‘menghilangkan’ sebuah karya yang telah dipilih panel juri tanpa sebarang sebab, semalam.
Ahli Jawatankuasa DAPSY Kebangsaan, Mahdzir Ibrahim berkata, perkara terbabit tidak sepatutnya dilakukan terhadap karya ‘alksnaabknuaunmo’ oleh Cheng Yeng Pheng kerana ia jelas mencabuli hak kebebasan berekspresi.
“Kami ingin sekali mengetahui justifikasi pihak penganjur mengeluarkan karya beliau dan tampil memberikan penjelasan demi menunjukkan komitmen serta profesionalisme mereka.
“Kita memandang berat isu ini kerana ia jelas tidak profesional, mencabul hak dan kebebasan berkarya pelukis.
“DAP pada prinsipnya meraikan kebebasan berekspresi dan kreativiti sesuai dengan prinsip asas kebebasan dalam konteks demokrasi,” katanya dalam kenyataan.
Mahdzir turut mengecam keras tindakan BSVN itu yang sekaligus mengulangi dan meneruskan penindasan terhadap warga seni dan karyanya.
“Kami melihat perkara ini sebagai kesinambungan penindasan terhadap pengkarya seperti yang berlaku kepada Ernest Zacharevic,video ‘onederfull Malaysia’ terbitan Teresa Kok dan Negara Kuku.
“Sebaliknya, karya propaganda kerajaan seperti Tanda Putera diberi ruang meluas dalam arena penghayat termasuk liputan media kepada pembuat filem untuk menjelaskan kontroversinya. Tetapi dalam siri-siri penindasan kepada karya kritikal, ia tidak berlaku.

Tiada bukti penghinaan, segera tamatkan krisis palsu ‘Onederful Malaysia’


lks (13)
KUALA LUMPUR, 14 FEBRUARI: Selepas lebih dua minggu isu video ‘Onederful Malaysia’ dipenuhi dengan reaksi ekstrem dan tidak rasional seperti demonstrasi sembelih ayam dan ancaman kecederaan, sudah tiba masanya untuk menamatkan krisis yang sebenarnya dibuat-buat itu.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, pimpinan BN yang menghentam Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok gagal menyahut cabarannya membuktikan kandungan anti-Melayu dan anti-Islam dalam video itu.
“Sepanjang dua minggu, saya cabar penghentam Teresa untuk kemukakan bukti serta berjanji meminta Teresa memohon maaf, namun tiada siapa yang dapat (buktikannya), sama ada daripada UMNO, MCA atau Gerakan.
“Ini adalah pengajaran yang ‘mahal’ untuk menteri dan pemimpin Umno agar tidak terlalu mudah percaya kepada apa yang diberitahu MCA dan Gerakan tentang DAP, atau kredibiliti mereka akan menjadi mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Sehubungan itu, beliau juga meminta pemimpin MCA, khususnya Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan timbalannya, Datuk Wee Ka Siong agar berkata benar dengan mengisytiharkan bahawa tiada kandungan bersifat anti-Melayu dan anti-Islam, kecuali jika mereka benar-benar dapat membuktikannya.
Sebelum ini, Wee meminta Teresa memohon maaf berhubung video itu, dengan alasan tidak mahu masyarakat ‘menganggap budaya Cina adalah memaki hamun dan mempersenda orang lain ketika sambutan Tahun Baru Cina’.
Antara pemimpin MCA lain yang turut menghentam Teresa adalah Ketua Wanita, Heng Seai Kie yang mendakwa ia telah mencemarkan imej pemimpin negara.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut menyatakan rasa terkejut dengan kenyataan peguam Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mengatakan tawaran wang untuk menampar Teresa yang dibuat gabungan NGO itu bukan satu kesalahan.

Sarikata penuh video Teresa Kok, termasuk bahagian yang tidak disiar Utusan Malaysia


maxresdefault (1)
LIDAH rasmi UMNO, Utusan Malaysia baru-barulah telah dengan baik hati menyiarkan sari kata Bahasa Malaysia bagi video ONEderful-Malaysia yang diterbitkan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok.
Video penuh kontroversi itu mengundang banyak reaksi, termasuk aksi menyembelih ayam dan tawaran menempeleng Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu dengan imbuhan tunai sehingga RM1,200.
Namun begitu Utusan Malaysia nampaknya telah barangkali cuai untuk menyertakan transkrip penuh video terbabit. Di sini kami siarkan sarikata lengkap video kontroversi tersebut untuk pertimbangan khalayak umum. Bahagian yang bergaris bawah adalah bahagian yang tidak diterjemahkan oleh Utusan Malaysia.


TERESA KOK: Tuan-tuan dan puan-puan. Selamat datang ke program tilik nasib Tahun Baru Cina istimewa kami, ONEderful Malaysia!
Saya nak beritahu anda, tahun Kuda pada tahun ini adalah benar-benar hebat. Selain daripada Bintang Tuah yang biasa, Bintang Malang dan Bintang Bergaduh, terdapat juga Bintang Kenaikan Harga Perumahan, Bintang Kenaikan Harga Petrol, Bintang Kenaikan Harga Utiliti dan dua bintang sangat luar biasa iaitu Bintang Harga Betul-betul Naik dan juga Kesemua Harga Barang Naik. Kesemua bintang ini bersama-sama membentuk satu Tahun Kuda yang amat jarang berlaku dan sangat hebat.
Hari ini, kami amat berbesar hati untuk menjemput tiga tetamu berprestij untuk menyertai kami dan berkongsi dengan kami nasib Tahun Kuda yang sangat hebat. Pertama sekali, saya ingin memperkenalkan orang yang suka menjadi pak turut orang yang memberi manfaat kepadanya dan juga suka menangis, Pakcik Wai.
Oops maaf, sepatutnya Abang Wai .
ABANG WAI: Panggil saja saya abang Wai.
TERESA: Seterusnya Puan Jit, pakar dalam batu-batu dan permata, fesyen dan perkiraan feng shui. Dan akhir sekali, Master Yan Yan, yang merupakan pakar dalam perhubungan, feng shui untuk susunan isi rumah dan pelancongan.
Setiap warganegara mengadu bahawa “wang untuk berbelanja tidak mencukupi”. Anda semua ada sebarang komen?
MASTER YAN YAN: Anda semua perlu sedar dan dengar cakap saya! Mengapa mata wang Ringgit Malaysia merosot. Ma Bai, Ma Bai… Ertinya nasib juga hilang!
PUAN JIT: Kita perlu memanggilnya Ringgit Ringgit, bunyi Ring, Ring, Ring, Ring, Ring, (cincin) saya suka cincin. Sebenarnya, negara kita sangat bagus. Namun, tidak mudah menyara keluarga sekarang. Oleh itu, isteri perlu bijak menyimpan. Contohnya, jika suami anda memberikan anda RM100 untuk membeli barangan runcit di pasar, anda hanya perlu menghabiskan RM30, maka anda boleh menyimpan RM70 dan simpan dalam poket anda. Akhirnya, “”Jimat, Jimat” yang berterusan, lama-lama… Master Yan Yan & Abang Wai: Akan menjadi gunung!

Racun Mahathir Mengena: Ada pemimpin Pas pujuk Khalid terus jadi MB?

Ini satu maklumat yang tidak enak didengar tetapi dipercayai ia sudah beredar di bawah karpert dan di balik dinding rumah politik. Hukumlah sendiri dengan apa yang saya nak kisahkan ini, siapa yang baik dan jahat, siapa yang ikhlas dan munafik dalam persahabatan. Jangan marahkan saya, saya mengisahkan apa yang berlaku saja, khasnya kepada mereka yang tidak tahu.

Tetapi tentu saya akan dikatakan fitnah dan sengaja mereka cerita.

Dua hari lepas Dr Mahathir Mohamad ada menabur racun dalam politik puak Pakatan Rakyat apabila mengatakan Pas berhak untuk mendapat jawatan menteri besar. Alasan Mahathir mudah sahaja sebab Pas mempunyai kelebihan satu kerusi di DUN Selangor  berbanding dengan PKR. Pas ada 15 kerusi manakala PKR ada 14 kerusi.

Memang kalau mengikut sistem demokrasi berpandukan kepada angka, kerusi MB wajar diberikan kepada Pas sebab parti itu mempunyai satu kerusi lebih banyak dari PKR. Barang kali orang Pas sudah mula mencongak akan kebenaran dan kemunasabahan itu. Dan mereka yang merasakan layak untuk menjadi MB, mula berfikir tentang itu.

Mungkin orang itu sudah tidur melentang dengan tangan di letak atas dahi, dan kaki bergedik-gedik. Mungkin dia teringat kepada kata-kata presiden Pas dalam muktamar di Kota Bharu dua tahun lepas yang berbunyi; syok juga kalau menjadi perdana menteri. Mungkin.

Jangan mudah berkhayal dan termakan dengan apa yang Mahathir lontarkan itu. Ia merupakan racun berbisa untuk memburukkan hati-hati orang Pas dan PKR. Kata-kata itu tidak lebih dari sejemput racun sakti boleh menjadikan orang gila bila terhidu dan termakannya.

Politik bukan sahaja setakat angka. Masih banyak perkara lain yang perlu diperhitungkan. Angka adalah pencapaian dan fakta, di mana fakta bukan sangat dijadikan asas di dalam politik. Fakta boleh diketengah dan diketepikan. Bahkan fakta dilupuskan begitu saja.

Yang selalu difikir dalam politik ialah kesan terhadap kepada sesuatu yang dibuat itu. Ini paling penting. Untuk menjadi MB, sesiapa sahaja boleh, tetapi apakah ia memberi natijah baik, dapat menyelamatkan keadaan atau tidak. Kalau jadi MB tetapi di sepanjang perkhidmatannya penuh dengan cabaran dan gelora ia tidak selamat juga. MB sebegitu boleh memburukkan keadaan akhirnya memusnahkan impian bersama.

Mahathir sendiri mempraktikkan perkara ini, tidak mempedulikan sangat kepada angka dan fakta walaupun dia seorang yang praktikal dengan angka dan fakta. Dia juga menghitung hal-hal lain lebih penting dari angka atau kelebihan kerusi atau undi.

Kalau boleh disebut dan ia relevan, cuba kita menjenguk apa yang berlaku di Pulau Pinang pada tahun-tahun sebelum 1999. Umno pernah memenangi banyak kerusi di negeri berkenaan. Tetapi kenapa jawatan Ketua Menteri tidak diberikan kepada Umno. Kenapa ia diberikan kepada Gerakan?

Langkah Kajang.....Ketakutan Sangat Umno Terhadap Anwar..!!!

Amaran Ketua Pengarah psychiatry. Mereka yang lemah fikiran, dan pening bila baca artikel seperti ini dinasihatkan makan panadol banyak2 atau untuk segera selesai segala macam penyakit- disarankan minum paraquat. 
Terutamanya kepada orang Melayu: kenapa UMNO takut sangat Anwar jadi MB Selangor? Anwar itu bangsanya Melayu dan agama nya Islam. Jika dia jadi MB pemimpin negeri Selangor ialah Melayu. Oh—Anwar nanti akan jadi boneka DAP. Ini satu kenyataan yang tak boleh disokong oleh akal. Kurang kah keMelayuan Anwar dengan keMelayuan pemimpin UMNO yang semua nya ada rakan konsgi Cina dan bukan Melayu dalam perniagaan mereka?
UMNO tidak dpat terima bahawa orang Melayu semakin ramai menolak UMNO sebab mereka tahu, menolak UMNO tidak bererti mereka menghilangkan keMelayuan mereka.
Jika Anwar jadi MB apa masaalah nya?  jika Anwar tidak berguna bukankah itu menguntungkan UMNO dan BN? Jika Anwar itu laknatullah seperti yang disebut oleh Adnan Mansor, bukankah ini untung kepada UMNO? Bayangkan ini- seorang seperti Adnan Mansor yang mempunyai latar belakang yang mencurigakan boleh melaknattullah kan Anwar!. Adnan Mansor sepatutnya bersyukur kerana mencapai kejayaan yang tinggi sejak bermula sebagai tukang jual carpet.
Tentunya Anwar tidak jadi ancaman kepada kesejahteraan dan hayat UMNO.
Lagipun, jika kita boleh meletakkan masa depan kita lama dalam tangan BN, apa yang hendak kita takut meletakkan masa depan selama 5 tahun dalam tangan Anwar dan PR?
Kalau kita hendak main politik, kita mainlah sebaiknya. Anwar ada political skills untuk mengimbangi komplot jahat yang sentiasa berligar dalam kepala BN. Kita hendak bermain a game of power- jadi lakukan sesuatu untuk mengukuhkan kuasa yang ada. Itu pun matlamat politik- mendapatkan kuasa memerintah. BN melakukan apa sahaja untuk kekalkan kuasa yang mereka ada. Kebebasan yang sama mesti diberikan kepada Pakatan rakyat. Anwar melakukan langkah Kajang ini, makna dia tahu bagaimana main power game ini.

Hukum Jual Produk Kecantikkan 'Promote' Diri Sendiri - Ustaz Azhar Idrus

Lakonan UAI Dalam Filem UMTAD

Masa Angkat Jari Telunjuk Ketika Tahiyyat - Ustaz Azhar Idrus

Wuduk Bagi Orang Yang Istihadah & Dedas - Ustaz Azhar Idrus

PKR gesa SPRM sahkan Taib Mahmud bebas skandal penyelewengan

Anwar's new biography not sold in MPH

Of roses and kangkung - Kok's Valentine satire

Plat MCM (Malacca Chief Minister): Berapa Tebal Agaknya Kulit Muka Idris Haron...!!

Beberapa hari lalu telah tersebar di laman sosial maklumat mengenai pembelian nombor plat MCM (bermaksud Malacca Chief Minister) yang melibatkan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron, isterinya dan beberapa orang setiausahanya. Dalam maklumat itu, Idris dikatakan membeli nombor plat MCM 11 dengan harga RM20,900 manakala seorang wanita yang bernama Fadilah Abdullah, dipercayai isterinya telah memenangi bidaan MCM 10 dengan harga RM16,610.

Beberapa nama yang dipercayai setiausahanya didapati turut memenangi bidaan membeli nombor plat MCM 2, MCM 3, MCM 4 dan MCM 5 dengan harga antara RM20,000 hingga RM56,100 setiap satunya.

Idris dipercayai membeli nombor plat MCM 11 untuk menunjukkan keakrabannya dengan Perdana Menteri memandangkan nombor 11 adalah kegemaran Najib Razak sejak dulu. Bukan saja nombor kereta Najib bernombor 11, malah semua perkara yang dilakukannya jika melibatkan angka, pasti nombor 11 menjadi pilihannya. Ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri dan nombor kegemarannya ialah 13, ramai juga pemimpin yang berebut-rebut memiliki nombor tersebut untuk menggambarkan hubungan saling sehati sejiwa dengannya.

Walaupun Idris menafikan pembelian nombor plat itu melibatkan dana awam sebagaimana yang dibangkitkan oleh sebuah NGO pemantau jenayah, Mywatch dengan menggambarkan beliau masih siuman, persoalannya yang lebih besar ialah wajarkah beliau, isteri dan para pegawainya membazirkan wang yang mahal dengan pembelian yang dianggal mahal dan mewah itu?

Kita tidak mempersoalkan pembelian itu jika ianya daripada wang simpanan sendiri atau tinggalan nenek-moyang yang berpeti-peti jumlahnya. Namun jika pembelian itu, sama ada oleh Idris sendiri atau para pegawainya, adalah dari sumber yang meragukan, lebih-lebih lagi memandangkan beliau baru lapan bulan menjadi Ketua Menteri, pihak berkuasa seperti SPRM wajar menjalankan siasatan dan mengambil tindakan.

Tetapi sebagai pemimpin, terutama di ketika rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup yang tinggi dengan pemimpin sendiri kerapkali meminta rakyat berjimat cermat dan mengamalkan gaya hidup sederhana, apa yang dilakukan oleh Idris dan para pegawainya ini adalah bertentangan sama-sekali dengan seruan kerajaan itu.

Khutbah Jumaat Jakim: Valentine Day permulaan kepada gejala sosial


Hari Valentine yang disambut setiap 14 Februari di seluruh dunia bukan amalan umat Islam. Gambar fail.Hari Valentine yang disambut setiap 14 Februari di seluruh dunia bukan amalan umat Islam. Gambar fail.Umat Islam dinasihatkan supaya menjauhi sambutan Hari Kekasih kerana ia adalah permulaan kepada gejala sosial seperti penipuan, kecelaruan mental yang disebabkan alkohol dan juga pembuangan bayi, kata khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), hari ini.
Khutbah bertajuk "Iman yang Mantap, Ummah Cemerlang" yang diperolehi daripada laman web Jakim berkata, salah satu permasalahan yang paling penting untuk disedari oleh umat Islam ketika ini ialah tentang "ghazwul fikri" atau "penjajahan pemikiran" yang berkait dengan pelbagai kehidupan manusia.
"Ghazwul fikri atau teori pengaruh ini menyebabkan sebahagian umat Islam ini terjebak dengan budaya kebebasan melampau sehingga tergelincir daripada sempadan ajaran agama Islam yang sebenar.
"Majlis sosial seumpama ini dilihat sebagai satu langkah permulaan ke arah peningkatan gejala sosial seperti penipuan, kecelaruan mental disebabkan alkohol, menggugurkan kandungan dan membuang bayi yang boleh mengundang kepada bala bencana dan keruntuhan akhlak muda mudi.
"Justeru, kepada seluruh umat Islam sekalian, marilah sama-sama kita memandang ke depan dengan berfikiran lebih positif untuk membentuk jati diri sebagai umat Islam yang boleh dicontohi oleh seluruh umat manusia sejagat," kata khutbah Jumaat itu.

Biografi Anwar tidak dijual di MPH kerana ia milik Syed Mokhtar orang kaya tu..!!!

Biografi terbaru Ketua Pembangkang Datuk Anwar Ibrahim 'The Evolution of a Muslim Democract: The Life of Malaysia's Anwar Ibrahim', tidak dijual di rangkaian kedai buku MPH, milik penuh ahli perniagaan, Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary.

MPH Bookstores Malaysia mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa biografi yang diterbitkan oleh Peter Lang International Academic Publisher, tidak dijual di rangkaian kedai bukunya di seluruh negara.

Bagaimanapun, ia tidak menjelaskan sebab-sebab di sebalik ketiadaan buku tersebut di rangkaian kedainya.

Tinjauan mendapati buku tersebut dijual kedai-kedai buku lain, seperti Borders dan Kinokuniya.

Dalam responnya melalui emel kepada Malaysiakini, MPH berkata pihaknya tidak mempunyai maklumat mengenai bila buku itu boleh diperolehi di rangkaian kedainya.

Buku itu ditulis oleh Charles Allers, seorang ahli akademik dari Amerika Syarikat yang memegang ijazah kedoktoran dalam bidang pengajian Islam.

Buku setebal 345 halaman itu diterbitkan pada 18 Oktober tahun lalu, dan boleh didapati di Malaysia sejak Januari tahun ini.

Syed Mokhtar memiliki Kumpulan MPH melalui anaknya Jalinan Inspirasi Sdn Bhd pada 2002, dan mengekalkan pegangan 100 peratus dalam syarikat tersebut.

Laporan tambahan oleh Farah Noor Samat.

KM Melaka nafi guna dana awam beli nombor plat mewah...!!!


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (gambar) menafikan dakwaan pemerhati jenayah Mywatch yang mempersoalkan kemungkinan beliau membeli nombor plat kenderaan menggunakan dana awam.
Idris sebaliknya berkata, beliau masih "siuman" untuk tidak menggunakan dana awam bagi membuat pembelian tersebut.
"Mana boleh dana awam, gilakah dia? Saya masih siuman," kata Idris kepada The Malaysia Insider.
MyWatch sebelum itu mendakwa pejabat Ketua Menteri Melaka menggunakan RM200,000 bagi tujuan membeli tujuh nombor pendaftaran kenderaan MCM yang merujuk kepada (Malacca Chief Minister).
Pengerusi MyWatch, R Sanjeevan mendakwa, pihaknya diberikan dokumen keputusan bidaan nombor berkenaan yang turut tertera nama "Idris Bin Haron" yang mempunyai nama seperti ketua menteri Melaka itu dengan bidaan RM20,000 bagi nombor plat MCM 11.
Antara nombor plat lain yang dibida adalah termasuk MCM 2 hingga MCM 11.
Ketika diminta mengulas perkara itu, Idris tidak mengiyakan mahupun menafikan pembelian berkenaan.
"Seperti terpamer oleh JPJ," katanya merujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan.
Malah, ketika ditanya dakwaan MyWatch sama ada setiausaha sulit, setiausaha politik dan isterinya turut membuat bidaan nombor plat kenderaan, Idris hanya berkata:”Seperti terpamer bukan dakwaan."
Sanjeevan mendakwa, nombor plat MCM 10 dibida pada harga RM15,510 oleh individu bernama "Fadilah Binti Abdullah" yang kebetulan mempunyai nama yang sama seperti isteri Idris.
Manakala nombor pendaftaran MCM 2, MCM 3, MCM 4, MCM 5, dan MCM 7 dibida oleh setiausaha politik dan setiausaha sulit Idris.
Nama pembida MCM 3 bernilai RM55,100 "Rosli bin Hasan" juga kebetulan mempunyai nama sama seperti setiausaha sulit Idris.

MAS, 'nasi lemak telanjang' lagi pagi ni...!!! Kesilapan teknikal lagi ke..??


Sejak MAS menjelaskan bahawa "nasi lemak telanjang" adalah satu kesilapan teknikal, maka bolehkah penumpang kini mengharapkan set lengkap hidangan popular itu dalam penerbangan syarikat penerbangan nasional itu?

Nampaknya tidak begitu, berdasarkan pengalaman aktivis sosial Josh Hong, yang menaiki pesawat MAS dari Jakarta ke Kuala Lumpur pagi ini dan mendapati tiada kacang tanah dan ikan bilis dalam hidangan nasi lemak.

"Sejuk di udara kerana masih telanjang!" bunyi foto kapsyen hidangan yang disiarkan di laman sosial Facebook beliau.

Hidangan ini mempunyai nasi lemak, separuh telur rebus, dan ada sambal bercampur dengan udang, tetapi gambar itu sukar untuk menentukan apa lagi yang telah dihidangkan bersamanya.

Perkasa enggan campur tangan PRK Dun Kajang..!!!


Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) enggan mencampuri urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana pilihan raya berkenaan tidak memberikan sebarang perbezaan di Selangor.
Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hasan Syed Ali (gambar), berkata badan bukan kerajaan itu melihat PRK DUN Kajang tidak lebih daripada tujuan peribadi individu dan bukan pilihan raya yang begitu penting kepada mereka.
"Perkasa tidak mahu sentuh berkenaan pilihan raya kecil Kajang.
"Kalah menang tiada perbezannya di Selangor,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau melihat PRK DUN Kajang yang melihatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi calon PKR dari Pakatan Rakyat (PR) itu hanyalah menyusahkan pengundi di kawasan berkenaan.
"Kita lebih utamakan pilihan raya umum untuk memastikan Melayu akan kekal memerintah," katanya.
Ketika diminta untuk mengulas lanjut berkenaan Jelajah Presiden Perkasa ke seluruh negara yang bermula esok, Syed Hasan berkata, ia adalah acara tahunan kumpulan NGO tersebut bagi merapatkan hubungan pimpinan pusat dan negeri.
Program presiden Perkasa jelajah negara bertemu tiap pengurusi kawasan Parlimen dan negeri akan bermula di Kedah, dan disambung ke seluruh negara sehingga Mac bagi sesi pertama.
Syed Hasan berkata, bagi sesi kedua, jelajah sama akan bermula sekitar Jun.
"Agenda kita merapatkan hubungan antara pimpinan, tiada objektif lain.
"Perjumpaan akan diadakan secara tertutup," katanya.

Liku-liku Rencana Kajang, peringatan buat pemimpin Pakatan

Penulisan ini adalah sambungan tulisan Mengapa saya sokong Rencana Kajang. Ia tidak lengkap bahkan tempang kalau tidak disusuli segera dengan penulisan ini.
Sebagai ingatan, penulis majukan Rencana Kajang (RK) daripada perspektif kerangka kerja sebuah muafakat politik. Pakatan Rakyat adalah antara hasil ijtihad PAS, dalam menyerlahkan konsep serta pengalaman muafakat politik atau Tahaaluf Siyasi sebuah gerakan Islam dalam era penglibatan demokrasi abad 21 Masehi atau 14 Hijrah.
Kejayaan PAS mengemudi bersama penglibatan ini sekali gus meninggalkan satu tanda aras atau ‘milestone’ yang signifikan dalam gerakan Islam kontemporari. PAS sangat cemburu untuk memastikan ‘tajribah’ atau ‘eksperimen’ ini berjaya.
Bagi mengingatkan pembaca kembali, penulis menyokong keharusan Rencana Kajang justeru untuk mempertahan kerajaan Selangor daripada serangan ganas lawan. Sehingga kini, pelbagai asakan dan provokasi dilancarkan sama ada di atas garis agama mahupun perkauman. Ia adalah dalam rangka prinsip 'Menolak Kemudharatan' atau “Dar ul Mafasid”.
Dengan itu juga Rencana Kajang merupakan salah satu Faktor Kritikal Kejayaan (CSF) dalam pelan strategik menawan Putrajaya. Di satu segi lain, ia adalah kelainan langkah Pakatan Rakyat dalam meneruskan perjuangannya. PR mengajak rakyat membuat pembangunan semula negara sebagai sebuah negara yang maju dan bermaruah.
Umno BN sebaliknya, ditanggapi sedang melalui era tepu dan beku, kini mengambil laluan ekstremis agama dan perkauman untuk mengekalkan relevensinya dalam persaingan PRU ke-14 ini. Umno menaruh segala pergantungan kepada penyokong tegarnya, dengan pendekatan emosi yang berteraskan ketakutan dan kegusaran satu kaum dan anutan agamanya secara sempit.
Andainya Selangor mampu dipertahankan PR dengan gandingan kekuatan pengurusan ekonomi Tan Sri Khalid Ibrahim bersama kekuatan politik Datuk Seri Anwar Ibarahim  bersama pemimpin PAS dan DAP yang lain, maka Selangor akan diperagakan sekaligus sebagai ‘the Leading State of the Federation’ atau ‘negeri contoh dan idaman’ dalam Persekutuan Malaysia.
Pencapaian cemerlang ini adalah sangat dihajatkan bagi meyakinkan rakyat di negara ini bahawa Pakatan Rakyat bersedia menawan dan memeritah Putrajaya.
Kita tekad dan berazam untuk mewujudkan keharmonian hidup di antara agama dan kaum serta mengecapi sumber kekayaan negara secara adil dan bermaruah dengan tidak dibolot secara rakus oleh segelintir manusia yang mempunyai ‘hubungan sumbang’ dengan penguasa politik.

Sarawak: PAS minta Pusat Zakat dan tiga agensi 'bersihkan' Taib Mahmud dulu

MTEN : Perbincangan Isu TPPA bersama MITI Mengecewakan

'Don't vote for BN, vote for Selangor'

MCA dakwa Anwar dalang Operasi Lalang

MCA blames Anwar for causing Operasi Lalang

Liow woos Kajang folks with roses on Valentine's day

Di sebalik larangan JAKIM, umat Islam tetap raikan Hari Valentine


Say 'NO' to valentines day

MAS perjelas isu 'nasi lemak telanjang'

Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) menjelaskan masalah teknikal ketika penyediaan nasi lemak sewaktu penerbangan ke Bangkok baru-baru ini sehingga terpaksa menarik bahan utama iaitu kacang dan ikan iblis.

Hal demikian mengundang kritikan apabila digelar 'nasi lemak telanjang' oleh chef selebriti terkenal Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau lebih dikenali Chef Wan dalam penerbangan ke Bangkok ketika itu.

Pengurus (Makanan dan Minuman) Operasi Penerbangannya Chef Zahiddin Dris berkata peket ikan bilis dan kacang tidak dapat dihidangkan bersama nasi lemak ketika itu kerana terdapat kerosakan pada bahan tersebut, lapor Utusan Malaysia.

"Kami mendapati salah satu peket ikan bilis dan kacang rosak sehingga terpaksa menariknya daripada hidangan untuk menjaga kualiti.

"Prosedur itu merupakan standard biasa MAS, bertujuan untuk menjaga kebersihan dan kualiti makanan para penumpang," katanya seperti dilapor dalam akhbar itu.

Beliau mengulas kritikan Chef Wan menerusi akaun Instagram miliknya kerana menu itu tidak dilengkapi ikan bilis dan kacang serta timun ketika berada dalam penerbangan kelas ekonomi dari Kuala Lumpur ke Bangkok.

Konsensus Nasional 5 tahun di belakang UG kata NASRUDIN HASSAN


Memacu peradaban negara seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan kematangan berpolitik adalah satu tuntutan kontemporari ke arah pembentukan sebuah negara maju bertaraf dunia.

Pacuannya pula selari dengan anjakan pemikiran penghuninya yang terdiri daripada pemimpin dan anggota masyarakat awam.

Tanpa pacuan yang seiring dan selari antara empat elemen ini (peradaban negara, pertumbuhan ekonomi, kematangan berpolitik dan anjakan pemikiran), hasrat untuk merajah peta negara sebagai satu blok negara maju bertaraf dunia tidak akan kesampaian.

Sementara empat elemen tersebut hanya benar-benar efektif untuk diselarikan apabila terdapat faktor lonjakan yang didokong oleh seluruh anggota masyarakat tanpa mengira bendera politik, warna kulit, bahasa lidah dan sijil akademik.

Faktor lonjakan yang saya maksudkan di sini ialah persefahaman, persetujuan dan kesepakatan atau dengan istilah yang dipopularkan mutakhir ini iaitu konsensus.

Faktor lonjakan ini (persefahaman, persetujuan, kesepakatan atau konsensus) pula tidak mungkin dapat dicerna tanpa adanya konsep damai dalam politik dan hubungan sosial.

Meskipun tidak mampu dicapai dalam semua aspek, sekurang-kurangnya dapat dihasilkan dalam perkara-perkara utama yang menjadi kepentingan umum seperti aspek keselamatan, kestabilan ekonomi, kepentingan politik, keadilan sosial dan pemulangan hak.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang di atas kapasiti presiden kepada gerakan Islam kontemporari di negara ini telah mengemukakan satu idea yang sungguh brilliant sekitar tahun 2008 bagi menghadapi kemelut negara yang tiada kesudahan pada waktu itu apabila melihat kekuatan parti-parti politik daripada blok pemerintah dan pembangkang mulai seimbang.

Persepsi UG sertai Umno

Pas perlu berani rebut kerusi MB Selangor kata Kangkung UMNO..!!!

Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat  
SHAH ALAM - Pas perlu bersuara dengan lebih lantang bagi menuntut hak mereka dalam merebut kembali kerusi menteri besar Selangor yang kini dipegang PKR.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, Pas berhak untuk meletakkan calon mereka berdasarkan majoriti yang dimiliki dalam barisan exco Kerajaan Negeri Selangor.

“Walaupun sudah ada suara yang kedengaran, namun desakan itu perlu dibuat dengan lebih hebat bagi membolehkan satu jaminan diberikan.

“Dalam politik bukan hanya untuk menjadikan seseorang itu berjaya jadi wakil rakyat atau Adun sahaja, lebih daripada itu. Dengan kelebihan yang ada, Pas boleh memimpin Selangor," katanya kepada Sinar Harian, semalam.


PRK Dun Kajang: Kalau polis nak siasat, siasatlah - Anwar


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas akan meneruskan kempen di DUN Kajang walaupun polis sedang melakukan siasatan ke atasnya di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Anwar yang juga ketua pembangkang bertegas penganjuran kempen itu kerana tidak menyalahi sebarang Akta Pilihan Raya, lapor Sinar Harian hari ini.

"Kalau polis nak siasat pun siasatlah, lagipun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof cakap tidak salah dari segi akta pilihan raya.

"Saya ucap terima kasih kepada polis kerana program ini tidak diganggu," katanya seperti dalam dilapor akhbar itu.

Menteri besar atau tidak, Anwar mampu bantu padam isu di Selangor


Pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) untuk bertanding di DUN Kajang mendapat sokongan rakan daripada Pakatan Rakyat. Gambar fail.Pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) untuk bertanding di DUN Kajang mendapat sokongan rakan daripada Pakatan Rakyat. Gambar fail.Walaupun pelbagai alasan didengar daripada ketua mereka, masih ada percanggahan pendapat di kalangan ahli parti Pakatan Rakyat terhadap kewajaran mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Bagaimanapun, pemimpin gagasan itu di Selangor percaya calonnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat membantu dalam usaha meredakan ketegangan kaum dan agama yang semakin membara di negeri paling kaya itu.
Sekiranya Anwar dimasukkan ke dalam pentadbiran Selangor jika menang dalam pilihan raya kecil itu, Pakatan akan dapat menggunakan kemahirannya dalam berunding dan berkomunikasi bagi mencari jalan penyelesaian pelbagai isu politik.
Isunya termasuk kemelut penggunaan kalimah Allah, hubungan komuniti berlainan agama dan bagi menjawab asakan berbentuk perkauman.
Pemimpin Pakatan Selangor berpendapat walaupun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah seorang yang mampu mengurus ekonomi dan pentadbiran dengan cekap dan amat baik, tetapi kerajaan negeri kurang mahir menangani isu politik yang berasaskan perkauman dan agama.
Ini dapat dilihat apabila pentadbiran Abdul Khalid dikritik oleh masyarakat awam menerusi isu rampasan Kitab Injil berbahasa Melayu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 2 Januari lalu.
Bagi memberi impak yang berkesan kepada masyarakat, Anwar tidak boleh hanya bergerak sebagai ahli Parlimen atau ketua pembangkang persekutuan yang memberi ceramah di sana sini.
Sekiranya Anwar berjaya dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), beliau akan dapat berjumpa dengan pegawai kerajaan negeri dan membantu membentuk dasar yang benar-benar menjiwai prinsip kesamarataan dan inklusif sosial yang dibawa Pakatan.
Pemipin PAS dan DAP percaya ketegangan perkauman dan agama semakin meruncing pada penggal kedua pentadbiran Pakatan Selangor.
Ini kerana Umno, yang mengetuai Barisan Nasional sudah menunjukkan bahawa ia tidak peduli terhadap perasaan dan sokongan komuniti lain selain daripada masyarakat Melayu.
Ketua DAP Selangor, Tony Pua, berkata ini dapat dilihat apabila setiap isu diputarbelitkan supaya menjadi isu perkauman.
Yang terkini adalah protes terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok oleh kumpulan pendesak ketuanan Melayu yang menawarkan RM1,200 kepada sesiapa yang menampar pemimpin DAP itu.
Pada protes 7 Februari itu, ahli kumpulan tersebut menyembelih dua ekor ayam dan melumuri darah binatang tersebut ke atas sebuah kain rentang yang memaparkan muka Kok, dua lagi pemimpin DAP Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang, dan Ahli Dewan Undangan Negeri PKR, Lee Khai Loon.
“Sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, Umno menjuarai konsep 1Malaysia. Mereka cuba imbangkan keperluan untuk mendapat sokongan Melayu dengan dasar yang toleran terhadap bukan Melayu.
“Tetapi selepas pilihan raya, mereka sudah buang konsep itu,” kata Pua.

Anwar sah bertanding presiden PKR, kerusi timbalan dijangka panas


Datuk Saifuddin Nasution Ismail sahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding jawatan presiden PKR. Gambar fail.Datuk Saifuddin Nasution Ismail sahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding jawatan presiden PKR. Gambar fail.Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding jawatan presiden PKR dalam pemilihan parti itu bermula 25 April dan berakhir pada 11 Mei ini.
"Ya, Anwar akan bertanding jawatan itu," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider mengulas bayangan yang diberikan Anwar sebelum ini, beliau akan bertanding jawatan yang kini dipegang oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail itu.
Dalam wawancaranya dengan The Ant Daily baru-baru ini, Anwar berkata, sejak setahun lalu isterinya menyebut kepadanya beliau mahu menumpukan masanya bersama cucu dan datuk kepada cucunya (Anwar).
Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali akan bertanding jawatan presiden PKR bagi menentang Dr Wan Azizah.
Namun dengan keputusan Anwar ini bermakna Azmin akan berdepan dengan Anwar sendiri jika beliau masih berniat mencuba kerusi presiden PKR itu.
Dalam pada itu, The Malaysian Insider difahamkan, seorang pemimpin kanan PKR akan mencabar Azmin untuk kerusi timbalan presiden dalam pemilihan kali ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR, Datuk Johari Abdul mengumumkan, penamaan calon di peringkat pusat akan diadakan pada 29 Mac.

Kejatuhan Ringgit Yang Parah Dalam Tempoh 24 Tahun..Terima Kasih Najib & Rosmah


Kangkung Price Falls Further

 A Kadir Jasin

IF our life is all about ipomoea aquatica, we can all look forward to a significant improvement in our welfare and well-being.
Since we last discussed ipomoea aquatica aka the humble kangkung in the Jan. 16 posting, its price has fallen further. (Read here)
To reflect its cheaper price, our economist updated our ipomoea aquatica index. See below.


The index shows that the price of kangkung had fallen by 4.2% during th Jan-Feb period.
Since early 2013, the price of kangkung in Kuala Lumpur fell from RM5 a kilo to RM2.40 or a decline of 52%.
Unfortunately, the reduction in kangkung price will not improve our quality of life significantly because it accounts for only a tiny fraction of our consumption and, therefore, the consumer price index (CPI).
Life will be better only if costs associated with housing, transportation, healthcare and food also decline. These are the major cost elements in the CPI.

Please be wise, thoughtful and measured when discussing kangkung as the subject could offend some people's sense and sensibility.

Malaysia Kita: Guru belasah empat pelajar

Guru belasah empat pelajar 
 Seorang daripada mangsa menunjukkan bagaimana guru lelaki terbabit mencederakannya.
SITIAWAN - Empat pelajar tingkatan satu, termasuk dua pepelajar perempuan sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan Cina (SMJKC), di sini, mendakwa dipukul seorang guru lelaki sehingga cedera, Rabu lalu.
Seorang mangsa mendakwa tidak mengetahui punca guru terbabit bertindak sedemikian.
Katanya, ketika itu dia berada di luar makmal komputer dan guru terbabit datang secara tiba-tiba dan menumbuknya, lima kali di muka.
“Cermin mata saya patah, mata dan hidung saya bengkak selain bibir berdarah akibat tumbukan guru itu,” katanya.
Pelajar perempuan itu berkata, selepas dipukul, dia segera ke bilik guru dan melaporkan kejadian tersebut.

"Keluarga saya datang ke sekolah selepas diberitahu mengenai insiden itu dan turut membuat laporan polis mengenainya," katanya.
Seorang lagi mangsa memberitahu, dia ditendang guru terbabit kerana tidak membawa buku latihan.
Menurutnya, kesalahannya hanya tidak membawa buku latihan, namun guru terbabit berang dan menendangnya hingga dagunya berdarah.
“Saya turut melaporkan tindakan tersebut kepada guru lain dan selepas itu keluarga datang seterusnya membuat laporan polis,” katanya.
Difahamkan, guru berkenaan turut memukul dua lagi pelajar hingga cedera.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan berkata, laporan polis berhubung kejadian tersebut sudah dibuat dan dua anggota polis dibawa ke sekolah terbabit bagi tujuan keselamatan.

Perlu tegas cegah umat Islam sambut Hari Kekasih

Dr Abd Basit Abd Rahman 
SHAH ALAM – Umat Islam di negara ini diminta agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut hari ini kerana ia jelas salah di sisi agama serta akidah Islam.

Penceramah bebas, Dr Abd Basit Abd Rahman berkata, sambutan itu dilarang kerana ada kaitan dengan agama penganut Kristian yang bertentangan dengan agama Islam.

“Sering kali sambutan tidak berfaedah ini disambut dengan adegan berdua-duaan dan membuat maksiat sehingga sanggup menggadaikan maruah demi bukti kasih-sayang.

“Sebenarnya kasih-sayang dalam Islam disarankan disambut setiap hari, bukannya pada hari-hari tertentu. Tetapi perlulah mengikut landasan agama,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kerajaan harus mainkan peranan lebih tegas akan gejala ini agar ia tidak menjadi seakan satu kewajiban untuk diraikan.

“Ibu bapa juga pihak paling penting membuat pantauan terhadap anak masing-masing demi mengelak mereka terikut dengan sambutan agama lain.

Hari Kekasih rosakkan Islam

Mohd Radzi Mohd Zin

Masyarakat Yahudi adalah satu golongan yang dilaknat oleh Allah kerana kesesatannya dan kezalimannya menderhakai Allah dan para rasul serta menzalimi umat Islam sejak dahulu sehinggalah kini.
Sebab itu, kita dilarang menjadikan mereka teman rapat atau rakan khususnya dalam mengurus hal ehwal berkaitan agama.
Ini dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai pemimpin kamu kerana sebahagian mereka menjadi pemimpin kepada sebahagian yang lain. Sesiapa antara kamu yang menjadikan mereka pemimpinnya, maka sesunggguhnya dia adalah daripada golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. (al-Maidah: 51)
Bagaimanapun, dalam dunia tanpa sempadan kini, penjajahan dalam bentuk fizikal melalui kuasa tentera tidak lagi berlaku. Sebaliknya, lebih bahaya adalah penjajahan daripada segi minda. Inilah yang dilakukan oleh puak Yahudi. Tidak dinafikan strategi mereka melalui Protokol 5S memang berjaya. Antaranya mempengaruhi muda-mudi Islam menyambut Hari Kekasih pada 14 Februari setiap tahun.
Malangnya, ada muda-mudi Islam yang termakan dengan pujuk rayu syaitan sehingga menjadikan 14 Februari, tarikh yang amat ditunggu-tunggu untuk diraikan bersama pasangan masing-masing.
Walhal, fatwa mengharamkan menyambut Hari Kekasih sudah pun ada. (Rujuk Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 dan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang dari 22 hingga 24 November 2005).
Antara sebab utama larangan itu, amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Protokol Yahudi ini kian mempengaruhi hidup generasi muda sehinggakan ramai umat Islam dicengkam oleh pemikiran Yahudiah dan akhirnya umat Islam khususnya generasi muda kita jatuh tersungkur.
Lantaran jiwa yang kosong dengan tarbiah agama, golongan muda ini gagal membezakan yang baik dan buruk walaupun ada peringatan Allah tentang kaum Yahudi ini.
Firman Allah yang bermaksud: Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut millah (agama) mereka (yang telah terpesong itu). (al-Baqarah: 120).
Di antara perkara yang menggempur pemikiran umat Islam adalah pelaksanaan Protokol 5S iaitu screen, smoke, sports, sing & song dan sex.
Jika diperhalusi, empat daripada lima protokol itu kecuali sports terangkum di dalam sambutan Hari Kekasih.