Rabu, 12 Februari 2014

TAHNIAH NAJIB & ROSMAH...!!!


Hebatkan pemimpin UMNO ?

 

KM Penang: Waytha Moorthy yg letak jawatan kerana rasa tidak berkesan langsung

Hukum Bedah/Potong Mayat Untuk Pembelajaran - Ustaz Azhar Idrus

Bacaan Makmum Yang Boleh Mengganggu Jemaah Lain - Ustaz Azhar Idrus

Dr Azmi Sharom on Teresa Kok's 'Onederful' video

Erdogan: Turkey's role in the Middle East

Jangan Ketawa: Putrajaya dakwa media lebih bebas, tetapi BFM dilarang siar temubual Anwar



Rakaman temubual tersebut boleh dimuat turun daripada laman web stesen itu, dengan notis mengatakan rakaman tersebut dilarang untuk disiarkan. – Gambar diambil dari BFM, 12 Februari, 2014.  
Rakaman temubual tersebut boleh dimuat turun daripada laman web stesen itu, dengan notis mengatakan rakaman tersebut dilarang untuk disiarkan. – Gambar diambil dari BFM, 12 Februari, 2014.

Stesen radio perniagaan, BFM hari ini dilarang daripada menyiarkan satu temubual dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang pilihan raya kecil Kajang – pada hari yang sama selepas Putrajaya mengatakan media di Malaysia tidak pernah sebebas kini.
Ini bukannya kali pertama BFM dilarang daripada menyiarkan program mereka.
Terdahulu, stesen itu beberapa kali dipanggil penyelia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang mengawal semua program yang disiarkan.
Difahamkan temubual tersebut sepatutnya disiarkan hari ini waktu program Evening Edition yang merupakan program 'drive-time'.
Bagaimanapun rakaman temubual tersebut boleh dimuat turun daripada laman web stesen itu, dengan notis mengatakan rakaman tersebut dilarang untuk disiarkan.
BFM adalah stesen radio yang berpangkalan di Bandar Utama, Selangor, yang menyiarkan dengan keluasan boleh diterima di sebahagian kawasan di Negeri Sembilan dan Melaka.
Malaysia mengawal ketat media cetak dan penyiaran, tetapi Putrajaya tetap menegaskan mereka bertoleransi dengan media, mengatakan "media di Malaysia tidak pernah sebebas ini."
Namun begitu, Indeks Kebebasan Media Reporters Without Borders (RSF) 2014 menunjukkan kebebasan media dalam negara sudah merosot.

‘RoboCop pun gagal banteras jenayah!’

Oleh RAYUSA
DARIPADA kecil hingga besar atau jenayah kolar biru dan kolar putih, jenayah tetap merupakan masalah yang tidak digemari biarpun banyak yang melakukannya secara rela atau terpaksa. Jenayah boleh dibendung dan dibanteras, tetapi mustahil sehingga ke tahap “jenayah sifar”.Yang pasti, jenayah dan pihak keselamatan saling bermusuhan

Walau bagaimanapun, jenayah juga tidak boleh dipisahkan dengan rasuah. Meskipun rasuah sendiri adalah jenayah, masalah timbul apabila ia pula yang menjadi penghalang jenayah dibendung/dibanteras. Amat malang jika pihak keselamatan sendiri boleh atau rela dirasuah.
Di negara kita, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertanggungjawab membendung/ membanteras jenayah. Namun begitu, hakikat telah lama ia terpalit dengan rasuah, dan diperalat oleh kerajaan Umno- BN tidak dapat disangkal begitu sahaja.
Semakin canggih kaedah menentang jenayah, semakin canggih juga modus operandi (MO) masalah tersebut. Tidak boleh dinafikan ia kerana rasuah dan PDRM lebih digunakan untuk menjaga kepentingan pemimpin Umno-BN berbanding keselamatan rakyat.
RoboCop adalah filem fiksyensains aksi jenayah thriller dari Amerika Syarikat yang membawa kisah jenayah dan pihak polis.
Diarahkan oleh José Padilha, ia adalah pembikinan semula filem terbitan tahun 1987 dengan tajuk yang sama.
Pada mulanya, Screen Gems mengumumkan pembikinan semula RoboCop pada 2005. Namun begitu, projek itu tertangguh beberapa kali.
Metro-Goldwyn-Mayer Pictures (MGM) bercadang untuk menayangkannya pada Ogos 2013, tetapi menunda ke Februari 2014. Akhirnya, MGM bersama Columbia Pictures menampilkan filem produksi Strike Entertainment itu mulai 30 Januari lalu di pawagam seluruh dunia termasuk Malaysia.

BFM dilarang siar temubual dengan Anwar oleh SKMM..!!


Stesen radio BFM dilarang menyiarkan temubual dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pilihan raya kecil di Kajang.

Temubual itu pada mulanya dijadualkan untuk disiarkan dalam Edisi Petang stesen tersebut.

Difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengarahkan stesen itu tidak menyiarkan temubual tersebut.

Bagaimanapun, ia masih boleh didapati untuk muat-turun di lamanweb stesen itu.

Ia adalah amalan biasa untuk stesen radio tersebut mengemukakan senarai tetamu dan topik untuk rujukan SKMM.

Ia juga bukan kali pertama BFM dilarang SKMM daripada menyiarkan rancangan temubualnya.

Kempen lama tak salah, Bersih gesa SPR fokus salah laku

tuntutan-bersihKUALA LUMPUR 12 FEB: Gabungan Pilihanraya Bebas & Adil (Bersih) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penekanan kepada keperluan mengawal selia dan larangan terhadap salah laku pilihan raya.
“SPR bertanggungjawab untuk memastikan PRK Kajang, seperti mana pilihan raya yang lain untuk bebas daripada rasuah, khianat, ugutan, membeli undi secara terang-terangan, menghasut kebencian terhadap mana-mana kumpulan sosial
“Bersih juga menggsa SPR menggesa parti politik yang terlibat dengan PRK Kajang menghentikan kempen memburuk-burukkan, laporan media yang berat sebelah dan ganas sama ada sebelum atau dalam tempoh berkempen,” kenyataan Bersih dipetik.
Dalam pada itu, Bersih menegaskan kempen tidak rasmi sebelum penamaan calon tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan kepada pengundi kerana mereka mempunyai lebih banyak masa untuk mempertimbangkan pilihan mereka dan akibat daripada pilihan itu.
Bersih berpendapat tempoh berkempen dilihat sebagai tempoh masa minimum bagi calon dan parti untuk mendekati pengundi selepas penamaan calon.
Ia bukan tempoh masa maksimum untuk menyekat pihak dan calon-calon daripada mendekati pengundi.
“Kempen yang panjang boleh menarik minat pengundi dan meningkatkan jumlah keluar mengundi. Ianya baik untuk demokrasi.
“Kadar keluar mengundi tinggi sebanyak 85% semasa pilihan raya umum ke-13 sebenarnya hasil kempen lima tahun Bersih 2.0 ‘Jom 100′ yang menggesa 100% rakyat keluar mengundi,” tegas kenyataan Bersih.

PKR kena kembalikan kerusi Menteri Besar Selangor kepada Pas kata Dr M yang kini jadi penasihat Pakatan...!!

Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berpendapat sudah masanya PKR mengembalikan kerusi Menteri Besar Selangor kepada Pas.
Beliau berkata, PKR bukan menguasai keseluruhan PR seperti Umno dalam BN.
"Pas berhak untuk kerusi itu (menteri besar). Tidak bolelah dikuasai satu parti sahaja bukan macam BN, jumlah terbesar Umno sebab itu pemimpin Umno diangkat jadi perdana menteri.
"Tetapi dalam Selangor bukan PKR punya kuasa terbesar, jadi tidak patutlah mereka bolot jawatan itu untuk selama-lamanya," katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai menteri Besar Selangor yang baru.
Menurut Mahathir dalam perkiraan sama juga Anwar juga bukan calon yang paling berhak untuk jadi perdana menteri.
"Anwar tiada hak untuk meletakkan syarat itu kepada parti dibawah PR," katanya.
Ditanya mengenai siapakah calon BN yang layak menyaingi Anwar dalam pilihan raya kecil ( PRK ) Dun Kajang.

Taib Mahmud punya agenda tersendiri

taib-mahmud
KUCHING 12 FEB: Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak , Zulhaidah Suboh berkata khabar angin bahawa Tan Sri Alfred Jabu Numpang sebelum ini kononnya calon sesuai menggantikan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hanya gimik politik.
“Jabu bukan pilihan, kerana Taib mempunyai agendanya tersendiri.
“Ura-ura kononnya Jabu sebagai Ketua Menteri Sarawak adalah gimik politik semata-mata, kata Zulhaidah kepada Keadilandaily.
Namun, Taib hari ini mengumumkan bahawa penggantinya ialah Tan Sri Adenan Satem, Ketua penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan penasihat khas kepada Ketua Menteri.
Adenan antara tiga individu dikatakan akan mengambil alih jawatan ketua menteri selain naib presiden PBB, Datuk Awang Tengah Ali Hassan dan Timbalan Presiden, Datu Abang Johari Openg.
Taktik membocorkan beberapa nama mewakili kumpulan tertentu di dalam PBB dan parti komponen BN Sarawak difahamkan bertujuan mamancing sokongan sebulat suara untuk bersetuju dengan pelantikan Taib sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak.

BN akan tabur janji pembangunan di Sarawak

BaruKUCHING 12 FEB: BN akan berterusan menabur janji pembangunan, sama seperti dilakukan di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian.
“Setiap kali pilihan raya di Sarawak, masalah rakyat di sini tetap sama dan tidak akan berubah. Pelbagai janji ditaburkan BN kepada rakyat Sarawak.
“Janji yang sering ditaburkan adalah pembangunan di Sarawak. Tetapi masalah tetap tak pernah selesai,” kata Baru Bian kepada Keadilandaily.
Beliau mengulas peletakan jawatan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud 28 Februari ini dan pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian.
Taib menyerahkan surat peletakan jawatan bertarikh 28 Februari kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin dan mengumumkan penggantinya Tan Sri Adenan Satem, Ketua penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
Dalam pada itu kata Baru Bian, beliau telah menjangka jawatan Ketua Menteri akan diserahkan kepada Adenan untuk meneruskan dasar pentadbiran BN sedia ada di Sarawak.
“Taib tidak akan tukar polisi pentadbiran yang sedia ada. Dia akan bagi kepada orang yang dia percaya,” ujar Baru Bian.

Sarawak Dipimpin Adenan Satem, Masihkah Jadi Simpanan Tetap BN?

Teka-teki mengenai politik Sarawak kini sudah pun terjawab. Taib Mahmud yang berkuasa di Sarawak sejak 33 tahun lalu sudah sah akan meletakkan jawatannya pada 28 Februari ini. Pengganti beliau juga sudah diumumkan iaitu Adenan Satem yang sebelum ini memegang jawatan Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Ketua Menteri Sarawak.

Dengan pengunduran Taib dan penggantinya juga sudah diumumkan, apa yang ditunggu hanyalah perlantikan beliau sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak bagi menggantikan Tun Abang Muhammad Sallahuddin Abang Barieng yang juga tamat tempoh perkhidmatannya pada hujung bulan ini. Meskipun ada bantahan dan suara tidak setuju belliau menjadi Yang Dipertua Negeri, rasanya tiada sesiapa yang dapat menyekat laluan itu.

Dengan martabat dirinya naik setapak lagi dari Ketua Menteri kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, bermakna Taib terpaksa mengosongkan kerusi DUN Balingan yang diwakilinya sekarang dan satu pilihanraya kecil terpaksa diadakan. Mudah-mudahan SPR tidak terperanjat dengan kemungkinan adanya pilihanraya kecil ini sebagaimana yang berlaku di Kajang sehingga tarikh pilihanrayanya hanya dapat ditentukan 54 hari daripada tarikh kekosongan kerusi itu dimaklumkan.

Tamatnya teka-teki mengenai pengunduran beliau dan "ditabalkan" pula sebagai Yang Dipertua Negeri, bermakna segala cerita kekayaan, pembolotan tanah dan balak oleh kaum keluarganya serta failnya yang sudah dibuka oleh SPRM, semuanya kini bakal menjadi kotak sejarah yang akan tersimpan sehingga kiamat.

Meskipun Taib didakwa terlibat dengan pelbagai pengumpulan kekayaan, tetapi cengkaman yang kekal berbisa sehingga ke hujung kuasa dengan menyumbang kerusi kemenangan kepada BN, adalah satu-satunya jasa beliau yang tidak dilupakan oleh sesiapa yang menjadi Perdana Menteri, terutamanya dalam pilihanraya 2008 dan 2013 lalu.

Dalam pilihanraya 2008, BN Sarawak menyumbang 29 kerusi kemenangan daripada 31 kerusi Parlimen yang dimilikinya manakala pada pilihanraya 2013 pula, di sebalik serangan kuat Pakatan Rakyat menggempur negeri itu, Taib masih mampu menyumbang 25 kerusi kemenangan dan menjadi asas terpenting kekalnya BN dengan kemenangan 133 kerusi berbanding PR 89 kerusi.

‘Orang datang kerana Anwar, bukan kerana makanan’

Walau tidak menghidangkan makanan, orang ramai tetap akan datang menghadiri program-program anjuran PR.

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berkata majlis ‘Hi Tea’ anjuran PKR di Kajang bukan satu langkah untuk menarik kehadiran orang ramai.
Katanya, beliau yakin walau tidak menghidangkan makanan, orang ramai tetap akan datang menghadiri program-program anjuran PR.
“Orang datang ke program itu bukan untuk makan. Orang datang untuk tengok Anwar dan dengar ucapan dia.
“Lagipun kita bukan berbelanja besar, kita hanya beri teh o dan kuih sahaja bukannya makan malam,” katanya apabila ditemui di Bangunan SUK hari ini.
Menurutnya, program-program yang dijalankan PR di Kajang itu hanyalah program yang bertujuan untuk mendekati rakyat, dan bukannya untuk berkempen.
Sementara itu, Adun PAS Chempaka Iskandar Abdul Samad turut berkata perkara yang sama.
Menurutnya, program ‘Hi Tea’ tersebut bukanlah taktik untuk menarik kediran warga Kajang.
“Kita sediakan sedikit makanan untuk mereka sebagai penganjur, bukan taktik untuk tarik kehadiran orang pun sebab memang ramai yang hadir,” katanya lagi.
6 Feb lalu, PKR telah menganjurkan  majlis ‘Hi-Tea bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim’, calon pilihan raya kecil DUN Kajang, 23 Mac nanti.
Sebelum ini, PR mengatakan Umno-Barisan Nasional menggunakan taktik dengan memberi makanan dan cenderahati bagi menarik orang ramai menghadiri program mereka.

Dr Hatta: Kempen BN di media perdana lebih ‘menjolok mata’

1897816_692497020795459_192313422_nSHAH ALAM 12 FEB: Kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang tidak sepatutnya dijadikan isu sebagai kempen awal berikutan teknikalnya beliau belum dicalonkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang.
Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS bagi PRK Kajang, Dr Mohd Hatta Ramli, berkata pada masa sekarang kehadiran Anwar di Kajang sebagai menjalankan aktiviti rutin kepartian seperti yang dijalankan sepanjang masa.
“Anwar juga diserang hampir setiap hari di media perdana walau tidak ada pilihan raya sekalipun,” kata Dr Hatta ketika dihubungi Selangor Kini.
Justeru itu, Dr Hatta menyeru agar pihak berkuasa mengambil sikap lebih rasional, adil kepada semua pihak dan tidak terburu-buru dalam mengambil tindakan.
“Lagipun kalau banding di televisyen, kempen (BN) berjalan terus dan lebih nasional lagi. Kempen mereka lebih menjolok mata.
“Tetapi nampaknya mereka fokuskan kepada program kecil yang cuma dihadiri beberapa ratus orang sahaja, sedang di televisyen ditonton beratus ribu atau mungkin berjuta,” katanya.
Sebelum ini media milik Umno melaporkan beberapa penduduk di Kajang membuat laporan polis terhadap Anwar kerana dianggap berkempen awal.
Mengulas isu sama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan Anwar tidak melanggar undang-undang pilihan raya kerana ketua pembangkang itu secara teknikalnya masih belum sah sebagai calon.

Prestasi PKNS ‘lebih baik’ selepas ‘kontroversi’, kata Khalid



Abdul Khalid berkata kepada wartawan prestasi PKNS kini lebih baik dan masyarakat mula melihat imej PKNS yang lebih berintegriti. – Gambar fail. 
Abdul Khalid berkata kepada wartawan prestasi PKNS kini lebih baik dan masyarakat mula melihat imej PKNS yang lebih berintegriti. – Gambar fail.

Selepas beberapa insiden kontroversi melanda pentadbiran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata anak syarikat kerajaan negeri tersebut berada dalam keadaan 'lebih baik'.
PKNS menjadi perhatian umum apabila ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan, Mohamed Azmin Ali, digugurkan daripada jawatan berkenaan, termasu penamatan kontrak 22 pekerja syarikat tersebut baru-baru ini.
"Prestasi PKNS lebih baik," kata Abdul Khalid kepada wartawan, dan menambah, masyarakat kini mula melihat imej entiti berkenaan yang lebih berintegriti.
Isu pengguguran Azmin bagaimanapun, dikaitkan dengan dakwaan berlakunya krisis kepimpinan antara Abdul Khalid dengan timbalan presiden PKR itu.
Abdul Khalid juga dikatakan seringkali membuat keputusan dengan membelakangkan parti.
"Orang ramai melihat PKNS sebagai sebuah entiti komersial yang cuba melakukan tindakan terbaik untuk memastikan sumbernya digunakan sepenuhnya.
"Sekarang rakyat sedar kita perlu menurut integriti dan pentadbiran korporat, dengan menghadapi isu dan memperbetulkannya," kata Abdul Khalid ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam.

Jangan Ketawa: Putrajaya‎ nafi laporan RSF, dakwa media Malaysia bebas bawah Najib

Putrajaya hari ini menyangkal dakwaan kebebasan akhbar di Malaysia merosot susulan kejatuhan kedudukan negara dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2014 yang dikeluarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF).‎
Laporan RSF yang dikeluarkan di Perancis semalam, menyaksikan Malaysia merosot dua anak tangga ke-147 daripada 180 negara yang disenaraikan.
"Atas talian dan cetak, media di Malaysia lebih jauh bebas berbanding sebelumnya," kata jurucakap Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini.
Jurucakap Putrajaya juga berkata, kebebasan media di Malaysia terserlah dengan laman portal berita dan blog politik bebas menulis tanpa sebarang sekatan.
"Malaysia menikmati media atas talian yang terbuka dan bertenaga.
"Sesiapa yang melawat portal berita Malaysia atau blog politik boleh melihat dengan sendiri betapa bebasnya media atas talian," katanya.
Putrajaya juga menafikan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menyekat kebebasan media cetak kerana sengaja menyukarkan pembaharuan lesen kepada pihak penerbitan.

Generasi Reformasi: Mencari jalan keluar daripada kebuntuan

Liew Chin Tong

dsai
KEPUTUSAN Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang mengundang pertikaian yang mengombak. Pertarungan Kajang barangkali cabaran paling sengit, pertaruhan paling berisiko untuk Anwar sepanjang hayat politik yang berdekad-dekad lamanya.
Sedikit sebanyak beliau merasakan dirinya diasak daripada luar dan dalam – memandangkan keputusan tidak popular ini turut ditentang masyarakat sivil. Tetapi untuk saya, pertarungan ini adalah keperitan yang wajib ditanggung dalam proses Pakatan Rakyat mencari jalan keluar daripada kebuntuan selepas PRU-13.
Sahabat saya Wong Chin Huat, mengingatkan saya bahawa saya mencadangkan Anwar agar bertanding untuk kerusi DUN Selangor pada 2005, sebagai langkah kembali ke pusat persekutuan melalui pentadbiran Selangor. Anwar masih tidak dibenarkan untuk bertanding pada ketika itu lantaran sekatan perundangan dan hanya dipulihkan kelayakannya selepas April 2008.
Pandangan saya ketika itu didasari dua faktor yang utama. Pertama, dalam sistem politik Malaysia, meskipun bidang kuasa seseorang Menteri Besar sangat terbatas, tetapi martabat seseorang MB yang bergelar Yang Amat Berhormat agak setara dengan seseorang Perdana Menteri daripada kaca mata khalayak ramai, khususnya masyarakat Melayu.
Post-mortem sekretariat Pakatan Rakyat mengesahkan andaian ini. Pola pengundian Melayu pada PRU-13 tidak bersifat nasional. Undi untuk Pakatan Rakyat melambung tinggi di negeri Terengganu dan Perlis kerana pergelutan dalaman UMNO untuk menggulingkan calon Menteri Besarnya; undi yang diperoleh Pakatan Rakyat di negeri Kedah menurun kerana sentimen rakyat terhadap mantan MB; sementara pola pengundian Melayu di negeri lain naik turun secara tidak konsisten. Jelas, pola pengundian Melayu tidak memihak kepada Pakatan Rakyat di beberapa negeri yang mana tiada calon MB yang terserlah ditawarkan.

UMNO takut dengan YouTube? – Aishah


hantuyuotube
POLITIK lucah, politik selak kain, politik tahi, cukup menggambarkan kejayaan ‘transformasi’ yang dibawa DS Najib Razak. Baru-baru ini, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim dikritik dengan keras kerana ucapan di Youtube Onederful Malaysia CNY 2014 yang sehingga 10 Februari 2014 telah mencatat sebanyak 475,070 hit. Pihak UMNO mengatakan video itu mengandungi unsur hasutan dan penghinaan terhadap pengorbanan tentera di Lahad Datu, Perdana Menteri dan isterinya. Perkara ini heboh bukan sahaja di akhbar perdana tetapi juga di media alternatif seperti twitter, facebook dan lain-lain.
Malang sekali, apabila isu besar yang cuba dipertontonkan dalam video yang berbentuk satira politik itu tidak dapat difahami mentaliti yang sempit dan rasis. Teresa Kok menggunakan media baru sebaiknya dengan membuat video pendek yang lucu tentang korupsi, kroni dan kegagalan urus tadbir. Sebaliknya, Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ahmad Shabery Cheek telah membodohkan diri mereka sendiri dengan membuat tuduhan dan tindakan melulu. Malah pihak UMNO juga menyalahkan dan menyindir Teresa Kok kerana pernah menyaman berjuta bagi artikel yang bertajuk ‘Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ‘ba-alif-ba-ya’ dan cerpen bertajuk “Politik Baru YBJ” yang dikatakan merujuk kepada dirinya (pautan: http://www.umno-online.my/?p=100051).
Kes ini bagaimanapun diselesaikan di luar mahkamah. UMNO mungkin merupakan Melayu mudah lupa kerana tindakan yang dilakukan UMNO terhadap video Teresa Kok adalah berunsur rasisme, lucah dan merendahkan wanita dan martabat manusia. Ini sudah tentu membezakan cara berpolitik UMNO dengan DAP.

Kita tunggu perbezaan diantara pra dan post pentadbiran Taib Mahmud

Oleh Aspan Alias
Berminat pula saya menulis sambungan kepada posting saya yang lepas lanjutan dari isu perletakkan jawatan serta kebersaraan TS Taib (TSTM) dari kerajaan dan akan menjadi Gabenor Negeri kenyalang itu. Tentunya persaraan TS Taib ini merupakan peristiwa yang menjadi minat ramai untuk bercakap dan mentelaah tentang isu ini lebih mendalam lagi. Masakan tidak, TSTM merupakan Ketua Kerajaan yang paling lama sekarang ini, bukan sahaja dalam Malaysia malahan diantara yang terlama dalam dunia moden ini. 

Moralnya Sarawak adalah sebuah negara yang bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu bersama Sabah. Sarawak mempunyai kedaulatannya sendiri dan ia bukan setaraf dengan Perlis dan Melaka dari sudut tarafnya dalam Persekutuan Malaysia. Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu adalah ‘equal partner’ dan kedudukan itu sekali gus memberikan kita gambaran yang mereka di Sarawak adalah sebuah negara ysng khusus yang telah bergabung dengan dua buah negara yang lain.
Itu sebabnya tidak ada siapa yang mempersoalkan beliau satu-satunya Ketua Kerajaan Negeri yang menggunakan kereta termewah dalam dunia sekarang ini, Rolls Royce misalnya. TSTM adalah raja dalam kategorinya yang tersendiri.
Taib sahajalah yang boleh secara terbuka melabelkan pegawai SPRM sebagai budak nakal semasa cuba melakukan penyiasatan keatas tuduhan rasuah terhadap beliau dan sehingga sekarang TSTM tetap unggul dan masih mempunyai kuasa penentu bagi negerinya sendiri. Apabila beliau bersara pada hakikatnya beliaulah yang akan menentukan pengganti beliau dan tidak akan ada penentangnya.
Jika ada pun kesilapan pencarian terhadap penggantinya, ia akan hanya dirasakan setelah penggantinya itu mentadbir negeri Sarawak selepas beberapa ketika nanti. Bagi Putrajaya pengganti yang diharapkan mereka ialah sesiapa yang boleh bekerjasama dan mahu menunjukkan sikap kompromi dengan kerajaan Persekutuan untuk merapatkan pengaruhnya terhadap Sarawak itu.
Banyak pendapat ramai yang berkata yang kalau pun beliau terlibat dalam skandal rasuah seperti yang dipersepsikan dan berbagai lagi, tidak akan ada sesiapa dikalangan Jemaah Menteri Persekutuan termasuk Perdana Menteri sendiri boleh melakukan apa-apa tindakan penguat kuasaan terhadap TSTM. Jika ia dilakukan terhadap beliau, TSTM boleh menunjukkan ‘middle finger’ beliau dengan santai sahaja. Pendeknya setakat hari ini TSTM mempunyai ‘immunity’ yang tinggi dan tidak ada pihak nampaknya yang mampu memberikan beliau tekanan  politik oleh sesiapa di Persekutuan ini.

Harga Minyak Naik Lagi RON97 2014 Sebanyak 5 sen. Tak Sampai Sebulan Naik 10 sen!

Kenaikan Minyak RON97
Harga Minyak Naik Lagi RON97 2014 : Dilaporkan kepada Berita Semasa minggu lepas jelas kelihatan orang Singapore kebanyakannya isi minyak RON97, tetapi ada juga menggunapakai minyak RON95 (SEPERTI DI SINI). Kata orang, minyak RON97 ini untuk orang kaya? Betulkah?
Penggunaan minyak petrol di atas bumi yang telah dilimpahkan dengan emas hitam pun ada dipecah-pecahkan kumpulan yang boleh menggunapakai minyak yang berkualiti atau tidak
  • Ada kereta hebat, duit lebih boleh pakai minyak yang berkualiti seperti minyak RON97
  • Ada kereta biasa-biasa, pendapatan pun biasa-biasa boleh menggunakan minyak RON95 yang kurang kualitinya
Sedangkan minyak RON97 inilah yang pernah kita gunakan sebelum ini (KLIK SINI UNTUK BACAAN). Tetapi sekarang tidak lagi…..minyak untuk rakyat marhaen hanya sesuai bagi minyak RON95.

Harga Minyak Naik Lagi RON97 2014 Menjadi RM2.85 Seliter

Minyak RON97 Naik
Hakikatnya sekarang ini, tanpa dimaklumkan kepada rakyat Malaysia harga minyak RON97 naik 5 sen menjadi RM2.85. Tidak sampai sebulan harga minyak RON97 telah naik sebanyak 2 kali. Sebelum ini pada 8 januari 2014 telah naik 5 sen menjadi RM2.80.
P/S : Minyak petrol RON97 ini sudah menjadi barang premium

Hukum Sambut 'Valentine's Day' (Hari Kekasih) - Ustaz Azhar Idrus

Solat Sunat Tahiyyat Masjid & Qabliyah, Mana Lebih Afdhal? - Ustaz Azhar Idrus

Hukum WUDUK Tak Ikut TERTIB - Ustaz Azhar Idrus

MB Selangor - Dalam bisnes hutang mesti bayar

Kumpulan exco pantau dana PKNS

MB - Selangor pantau penggunaan dana PKNS Holdings Sdn Bhd

'Pakatan Membela Rakyat' tema konvensyen kelima 8 Mac

SHAH ALAM: Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengadakan konvensyen kali kelima pada 8 Mac nanti yang bertemakan 'Pakatan Membela Rakyat'.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Ir Iskandar Abdul Samad yang dilantik sebagai Pengarah Jawatankuasa Kerja Konvensyen berkata, konvensyen kali ini telah menetapkan beberapa objektif sebagai agenda utama.

Jelasnya, antara objektif konvensyen adalah untuk mengumpul para aktivis dan pimpinan Pakatan Rakyat dalam konvensyen tahunan.

"Mesyuarat para pimpinan utama Pakatan Rakyat telah memutuskan untuk mengadakan konvensyen tahunan seperti biasa.

"Konvensyen akan diadakan pada 8 Mac (Sabtu) di Selangor dan tempat itu akan diputuskan kemudian, kita mensasarkan penyertaan sekurang-kurangnya 1,000 orang perwakilan.
"Objektif konvensyen kali ini adalah untuk mengumpulkan para aktivis dan pimpinan Pakatan Rakyat serta menunjukkan kesatuan dan menaikan semangat kebersamaan parti-parti Pakatan Rakyat, selain itu kita mahu memberi pengarahan muktahir kepada para aktivis dan penggerak parti," jelasnya pada sidang media di Bilik Media Pejabat Menteri Besar di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Selain Iskandar, Ketua Penerangan PKR Selangor, Suhaimi Shafie turut dilantik sebagai Timbalan Pengarah 1 dan Naib Pengerusi DAP negeri, Datuk Teng Chang Khim dilantik sebagai Timbalan Pengarah 2.

Fitnah Liwat II: Mahkamah tolak permohonan Anwar panggil bekas pegawai penyiasat kes jadi saksi

Jude Blacious Pereira - Gambar Fail
Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil pegawai penyiasat menjadi saksi dalam kes liwatnya.
Hakim Datuk Aziah Ali yang mengetuai panel tiga hakim berkata, Anwar gagal memenuhi permintaan mengikut undang-undang untuk memanggil saksi.
Peguam, Karpal Singh kemudian memohon mahkamah menangguhkan kes rayuan liwat Anwar berikutan ketua pembangkang itu berniat membawa perkara berkenaan ke Mahkamah Persekutuan.
Bagaimanapun, permohonan itu dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Anwar terdahulu membuat permohonan untuk memanggil polis bersara, pegawai penyiasat Superintendan Jude Blacious Pereira memberi keterangan di kandang saksi.
Pada Januari, Pereira gagal dalam cubaannya untuk diakui sebagai peguam selepas Majlis Peguam memfailkan bantahan awal di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Dalam bantahan awal itu, Majlis Peguam memberi alasan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mendapati bekas pegawai polis itu tidak layak menjadi saksi dalam perbicaraan polis menahan lima peguam pada 2009 di balai polis Brickfields.

Himpunan 222: Guru tetap berdemonstrasi, janji Muhyiddin hanya penyedap hati

Keputusan untuk mengkaji semula Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) secara menyeluruh oleh Putrajaya sekadar penyedap hati, kata Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).
Jurucakap kumpulan guru tersebut, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, berkata rancangan untuk berdemonstrasi tetap akan diteruskan mengikut jadual, tanpa menghiraukan janji Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Bagi SGMM, kita akan tetap meneruskan rancangan untuk mengadakan perhimpunan pada 22 Februari, seperti yang sudah dirancang.
"Kita juga mempergiat kempen mendesak kerajaan memansuhkannya, bukan dikaji lagi," katanya kepada The Malaysian Insider.
Kumpulan pendesak guru tersebut merancang untuk mengadakan bantahan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 22 Februari untuk mendesak Putrajaya menghentikan program penilaian tiga tahun pelajar.
SGMM mendakwa sistem PBS menambah beban kepada guru dan tidak memberikan manfaat kepada mereka.
"Kita juga tidak mahu menteri mengeluarkan kenyataan demikian hanya untuk membatalkan hasrat kami berhimpun, bukannya memandang isu yang sebenar iaitu tentang sistem PBS.
"Pesan kami jangan jadikan ia langkah penyedap hati demi menghentikan perhimpunan," katanya.
Bantahan daripada bidang perguruan amat jarang diadakan dan perhimpunan kali ini menunjukkan warga pendidik semakin tidak berpuas hati terhadap sistem PBS.
Perhimpunan guru itu dikatakan akan tetap diadakan walaupun Putrajaya sudah berulang kali memberikan kaminan bahawa PBS adalah keperluan kepada pembaharuan sistem pendidikan kebangsaan dan penambahbaikan kepada sistem akan diselesaikan April ini.
Mohd Nor Izzat berkata, pihaknya tidak menjangkakan ramai guru akan turut serta dalam perhimpunan itu kerana wujudnya sikap birokrasi kerajaan sehingga menyebabkan kebanyakan guru tidak berani menyatakan pandangan mereka.

Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak yang baru

 
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah mengumumkan bahawa penggantinya ialah Tan Sri Adenan Satem.

Taib mengumumkan demikian selepas beliau menyerahkan surat peletakan jawatan bertarikh 28 Februari kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin.

Adenan, 70, kini merupakan ketua penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan penasihat khas kepada ketua menteri, dengan berstatus menteri negeri.

Beliau meletak jawatan sebagai menteri persekutuan pada 2008.

Pada tahun 2011, beliau dipilih sebagai calon PBB dalam pilihan raya negeri, untuk mempertahankan kerusinya Tanjung Datu, yang dimenanginya dengan majoriti yang selesa.

Beliau adalah antara tiga personaliti untuk mengambil alih jawatan ketua menteri. Dua lagi ialah naib presiden PBB, Datuk Awang Tengah Ali Hassan dan Timbalan Presiden, Datu Abang Johari Openg.

Taib bersara 28 Februari, Adenan Satem ketua menteri baru Sarawak


Taib mengumumkan nama penggantinya apabila menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Tuan Yang Dipertua Tun Abang Muhammad Salahuddin hari ini. – Gambar fail. 
Taib mengumumkan nama penggantinya apabila menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Tuan Yang Dipertua Tun Abang Muhammad Salahuddin hari ini. – Gambar fail.
Tan Sri Adenan Satem akan mengambil alih jawatan ketua menteri Sarawak daripada Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Perkara ini diumumkan Taib selepas menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang DiPertua Negeri (TYT) Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng hari ini.
Peletakan jawatan Taib akan bermula pada 28 Februari. Taib juga dijangka akan menggantikan Abang Muhammad Salahuddin yang akan tamat tempoh sebagai TYT pada 28 Febuari ini.
Jika spekulasi ini benar, Taib perlu mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian dan Pilihan Raya Kecil perlu diadakan di kerusi itu.
Adenan merupakan menteri tugas-tugas khas Sarawak dan juga ketua penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Taib memimpin Sarawak selama 33 tahun dan berkhidmat dengan semua perdana menteri Malaysia bermula sejak zaman perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al -Haj.

GERAMM: KDN tak belajar dari kemarahan rakyat


Gerakan Media Marah (GERAMM) mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik pemberian permit penerbitan FZ Daily kepada The Edge Communications Sdn Bhd yang  belum pun sempat memasuki pasaran.

Menurut pemiliknya Datuk Tong Kooi Ong, kelulusan itu ditarik balik beberapa jam selepas mahkamah membenarkan memulakan prosiding terhadap KDN yang menangguhkan permitnya.

GERAMM, perkumpulan longgar wartawan, itu menganggap tindakan KDN itu amat keterlaluan, apatah lagi dikatakan tiada sebarang sebab dinyatakan berhubung keputusan itu.

"KDN juga nampaknya tidak prihatin isu-isu kebebasan media di negara ini dan seolah-olah tidak belajar daripada kemarahan rakyat terhadap cengkaman kepada kebebasan media.

"Selain itu, dalam kes FZ Daily, GERAMM berpendapat kewibawaan The Edge Communications sebagai penerbit tidak harus dipertikaikan memandangkan ia sudah lama bertapak dalam industri ini dan berjaya mendapat kepercayaan rakyat," kata GERAMM.

Kumpulan itu menegaskan pembatalan permit akhbar FZ Daily bukan perkara baru kerana terdapat siri pencabulan dalam isu sama yang melibatkan Malaysiakini, The Heat (2013), Suara Keadilan (2010) dan Harakah (2009).

Khalid Ibrahim: Tunku Abdul Abdul Rahman Is Real, He Is Gentlement

Hatta Ramli: Patriotisme Ialah Tegur Kerajaan Apabila Mereka Melakukan Kesalahan

Demo Darah Ayam: PPIM tak suruh sembelih ayam, nafi tawar habuan tampar Teresa..!!

Gamuda, IJM akan dapat terbanyak dalam RM400 juta dari wang rakyat untuk pampasan tol

Konglomerat pembinaan Gamuda dan IJM Corp akan mendapat bahagian terbanyak dalam pampasan RM400 juta dibayar daripada wang pembayar cukai selepas Putrajaya bersetuju untuk menangguhkan kenaikan tol untuk 2014, kata penganalisis.
Pada ketika pengguna 14 lebuh raya di sekitar Lembah Klang berseronok selepas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara itu, secara realitinya pembayar cukai yang akan menanggung pampasan tersebut.
CIMB Research mengatakan pampasan RM400 juta kerana penangguhan kenaikan tol 2014 merupakan tertinggi dalam tempoh tujuh tahun dan akan menyebabkan jumlah pampasan terkumpul Putrajaya sebanyak RM1.5 bilion semenjak 2008.
"Dalam dunia pembinaan kita, kontraktor/pemegang konsesi lebuh raya adalah Gamuda dan IJM Corp.
"Mereka memiliki kebanyakan lebuh raya dan akan mendapat pampasan terbesar kerana penangguhan itu," kata CIMB Research.
Muhyiddin mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat Kabinet minggu lepas untuk menenangkan kritikan terhadap penyelarasan subsidi dan kenaikan harga bagi petrol, gula, tarif elektrik dan cukai pintu.
CIMB menjangkakan purata kenaikan tol pada 2014 mungkin 43% bagi 14 lebuh raya utama di Lembah Klang.
"Senario tiada kenaikan tol merupakan untung bersih bagi pemegang konsesi pada pandangan kami, kerana pampasan dibayar tanpa penurunan jumlah trafik.

Himpunan 222 serah memo bantahan PBS diteruskan

KUALA LUMPUR: Himpunan untuk menyerahkan memorandum membantah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada 22 Febuari ini akan diteruskan walaupun Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yasin memutuskan sistem itu akan dikaji semula secara menyeluruh.

Menurut Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) himpunan guru itu akan berjalan seperti mana jadual yang ditetapkan sebagai tanda keprihatinan kepada masa depan pendidikan anak bangsa.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Pendidik, Normala Sudirman kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, Pendidik salah satu NGO yang akan turut serta dalam himpunan guru-guru sebagai menzahirkan hasrat rakyat yang mahukan sistem pendidikan yang bagus untuk generasi akan datang.

Sementara itu, hasil tinjauan Harakahdaily di sebuah blog memberitahu sasaran peserta guru yang akan mengikuti himpunan itu seramai 200 orang manakala jangkaan guru yang membantah PBS hanya sekitar 50 orang sahaja.

Difahamkan, kumpulan Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) mengadakan bantahan pada hari Sabtu itu nanti bagi memberi peluang lebih ramai guru menyertainya dan tidak lupa menjalankan tanggungjawab itu.

Memorandum  mendesak Putrajaya memansuhkan program penilaian tiga tahun pelajar PBS 2014 akan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Putrajaya.

Bakal KM baru Sarawak jangan suka kumpul kekayaan..!!


KUALA LUMPUR: PAS Sarawak menaruh harapan agar Ketua Menteri (KM) yang baru dapat melakukan pembaharuan di negeri itu dengan melakukan pembangunan demi keselesaan rakyatnya.

Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid berkata, pihaknya berharap agar Ketua Menteri yang akan menggantikan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud tidak meneruskan gaya pemerintahan BN yang suka mengumpul kekayaan untuk kroni mereka.

"PAS Sarawak sangat mengharapkan ketua menteri Sarawak yang baru mengutamakan pembangunan negeri Sarawak yang masih jauh ketinggalan dan mengutamakan hak rakyat supaya rakyat Sarawak tidak menjadi seperti pendatang di negeri sendiri.

"Sepanjang pemerintahan Pehin Sri Abdul Taib, masalah tanah tidak dapat dilesaikan dan infrastruktur asas rakyat Sarawak masih jauh ketinggalan walaupun Sarawak kaya dengan hasil bumi.

"Kami mahu kekayaan Sarawak diagihkan dengan adil dan rakyat dapat merasainya, bukan diagihkan di kalangan pemimpin-pemimpin sahaja," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Sementara itu, beliau turut menggesa Suruhanjaya Pencegahana Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat aduan rasuah dan salah guna kuasa terhadap Taib sebelum beliau memegang jawatan Yang Di-Pertua Negeri Sarawak (TYT).

"SPRM mesti mengambil peluang daripada perletakan jawatan Taib untuk menyiasat aduan berkaitan aduan rasuah dan salah guna kuasa.

ZAM: Ini orang yang layak jadi PM Malaysia!

Tan Sri Abdul Taib Mahmud
KETUA Menteri Sarawak selama lebih 30 tahun, Tan Sri Abdul Taib Mahmud seolah-olah terasing dari politik Semenanjung sekalipun pergantungan Semenanjung kepadanya sangat  besar bagi pengekalan kuasa BN dari satu pilihan raya ke satu PRU.

Nasib baik Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempedulikan pandangan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyertai golongan chauvanis Cina dan pembangkang mahukan supaya Taib berundur kerana rasuah. Kalau tidak, Najib pun tidak jadi Perdana Menteri hari ini.

Saya kenal Taib sejak beliau menjadi Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Persekutuan lebih 40 tahun lalu dan ketika itu Kip Bahadun menjadi pembantu khasnya (bekas Setiausaha Kerja Umno-Allahyarham)

Apabila beliau outsmarted Abdul Rahman Yaacob bapa saudaranya yang mahu menjatuhkannya dalam pertarungan politik Sarawak, Taib keluar dengan aura kepimpinan yang gagah, ditakuti, dihormati dan disegani.

Rakyat  di Semenanjung tidak bagitu tahu bahawa disebalik pelbagai tuduhan rasuah dan penyalahguaan kuasa terhadapnnya, cengkamannya yang kuat dan bijaksana dalam politik dan pentabiran Sarawak, maka Bumiputera Sarawak dapat diselamatkan,  tanah tanah mereka tidak terjatuh ke mulut naga-naga Cina yang senantiasa ternganga, lapar, rakus dan tamak haloba walaupun sudah kekenyangan.

Taib menjadi benteng pertahanan kepada Bumiputera dan Islam di Sarawak bukanlah dengan penonjolan imej perkauman dan keIslaman dari kata dan perbuatan.

Taib tidak pernah menimbulkan prasangka kaum  untuk mencari keyakinan di kalangan Bumiputera kerana beliau sedar keyakinan mereka terhadapnya tidak pernah berganjak.

Sliding press freedom: ‘Best democracy in the world’?

Malaysia hit an historic low in the World Press Freedom Index ranking 147 out of 180 countries in the latest index produced by Reporters Without Borders.
PETALING JAYA: DAP supremo Lim Kit Siang made a snide remark against Prime Minister Najib Tun Razak’s “best democracy in the world” claim after Malaysia was ranked 147 in the World Press Freedom Index, out of a total of 180 countries.
“Shame of shame! This is the worst setback to Prime Minister Najib Tun Razak’s “best democracy in the world” claim with Malaysia’s 2014 Press Freedom Index falling to the lowest point in nation’s history, even below that of Myanmar,” Lim said in a statement today.
In 2013, Malaysia was ranked 145 out of 179 countries, falling 23 rungs from the previous year.
“Malaysia already plunged last year to a historic low of No 145 ranking out of 179 countries in the 2013 World Press Freedom Index – the worst since the start of the annual index by Reporters Without Border (RSF) in 2002.
“In the latest 2014 World Press Freedom Index just released, Malaysia fell further to 147 out of 180 countries, two places behind Myanmar which climbed from 151st ranking to 145th position this year,” he added.

BMF: Taib’s US property sold for over RM55 mil

The Swiss NGO wants the Malaysian and US authorities to confiscate the proceeds of the sale.

KUALA LUMPUR: As Sarawak Chief Minister Taib Mahmud prepares to step down from his post and then take on the ceremonial post of governor of the state, there are no signs that the criticisms he has received for years over his alleged power abuse will taper off.
In fact it’s coming in thick and fast with more exposés of questionable dealings said to be linked to the long-serving 77-year-old Taib who is being investigated by the Malaysian Anti-Corruption Commission.
Research by Swiss NGO, the Bruno Manser Fund (BMF), has shown that Taib’s family raised US$16.94 million (RM55.9 million) from the sale of one of his San Francisco properties.
The historical 11-storey building at 260 California Street in San Francisco’s financial district was sold by Sakti in mid-2012.
Sakti, a US company, is allegedly controlled by Taib via his closest family members.
Documents released by the late whistleblower Ross Boyert back in 2010 showed that 50% of Sakti’s shares were held “in trust” Taib by his two brothers – Onn and Arip – and his three children.
The Swiss NGO said in a statement that Taib’s majority control of Sakti was kept a secret because the Sarawak constitution prohibits the Chief Minister from actively running commercial interests.

Headache for Najib?

The PM must stand firm and act as a mediator and peacekeeper in line with his 'moderation' principle.

It is high time for Prime Minister Najib Tun Razak to act wisely in view of the escalating problems and issues affecting this country.
The first issue of course is in regard to racial harmony. Race relations are now at a very unhealthy level and yet the prime minister is doing nothing to rein in the extremists.
A statement by him at this point in time can do a lot to calm the temperature and calm the hotheads. Therefore why is he keeping quiet?
Another issue that is also capable of inducing protests and disturbances is the issue concerning religion.
Najib has to stand firm and act as a mediator and peacekeeper in line with his ‘moderation’ principle. Otherwise it is just a hot air concept which has failed to take off.
More on race and religion later.
The third issue that Najib has failed to look into is the fall in the value of our local currency. On the foreign exchange, it is now RM3.50 for one US Dollar and RM2.62 for one Singapore Dollar. This will cause our imports to be costly and foreign investors with businesses in Malaysia will see their profits shrinking thus making it unattractive for them to invest here.
The fourth issue that Najib must act on is in regard to the dengue epidemic which has now reached epic proportions.
Going into the first week of February this year, there are currently 6,000 dengue cases in KL and Selangor which is an increase of over 200% compared to the corresponding period last year.
Won’t this epidemic frighten the foreign tourists once they get to know about this information from the internet news? There must be serious action to fight this epidemic before it jeopardises Visit Malaysia Year 2014.
We must not forget that the World Cup Football will be held in Brazil in June this year and thus we will be competing with Brazil for a share of the world tourist market. An epidemic can seriously threaten our chances of attracting foreign tourists to our shores.

Dakwat Tidak Kekal: Mejar Zaidi hero negara, rakyat kena bersatu pertahan kebenaran

MejarZaidiKAJANG 12 FEB: Rakyat disarankan terus bersatu dan berani mempertahankan kebenaran seperti dilakukan bekas Pegawai Pemerintah Skuadron 12 Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Butterworth, Mejar Zaidi Ahmad.
Bekas Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenavasan, berkata Mejar Ahmad membuat laporan polis berikutan dakwat kekal dicalitkan dijarinya ketika mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 13 lalu didakwa didapati boleh ditanggalkan.
“Dia dikenakan tujuh tuduhan oleh Mahkamah Tentera. Lelaki ini dihukum kerana bercakap benar. Kita mesti berdiri bersama beliau dengan nyatakan sepenuh sokongan kepada beliau kerana dia adalah hero Malaysia.
“Begini cara menentang pembohongan dengan menyatakan kebenaran. ‘Tribute’ untuk Mejar Zaidi dan tanpa ragu-ragu sila batalkan tuduhan ke atas beliau,” kata Ambiga.
Beliau berkata demikian di Forum Legasi Tunku Abd Rahman yang diadakan di Auditorium Kolej Universiti New Era baru-baru ini sempena memperingati ulang tahun yang ke0111 kelahiran Tunku Abdul Rahman pada 8 Februari lalu.
Kata Ambiga, keberanian yang ditunjukkan Mejar Zaidi itu melambangkan semangat patriotik yang ada pada anggota tentera itu sama seperti mana yang ada pada Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman.
Mejar Zaidi didakwa atas tujuh tuduhan di Mahkamah Tentera, Kompleks Mahkamah TUDM Pangkalan Udara Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu.

Afidavit Najib pada 2009 dan 2013 perlu ditolak kerana kesalahan pada nama, kata bekas pengarah JSJ Kuala Lumpur


Datuk Mat Zain Ibrahim mempersoalkan percanggahan afidavit melibatkan perdana menteri dan isterinya selepas Mahkamah Rayuan menolak perakuan bersumpah (SD) miliknya semalam.
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kuala Lumpur itu mendakwa alasan penolakkan SD ke atas ketua pendakwa raya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempunyai persamaan dengan afidavit Datuk Seri Najib Razak (gambar) dan isterinya.
Semalam, panel lima hakim diketuai Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dalam keputusan sebulat suara berkata SD Mat Zain bukan kenyataan dalam mahkamah dan tidak boleh diterima.
“Tuduhan lain dalam SD itu wajar dipertikaikan,” katanya ketika membacakan keputusan itu.
Mat Zain mendakwa keputusan semalam pada masa bermakna afidavit yang dikemukakan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, yang difailkan pada tahun 2011 semasa perbicaraan kes liwat kedua Anwar, juga boleh dianggap tidak boleh diterima.
"Ada kecacatan tersembuyi dalam afidavit, di mana nama PM dalam afidavit berbeza dengan nama yang diberikannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam daftar pemilih yang digunakan semasa majlis angkat sumpah PM pada 2009 dan 2013," kata Mat Zain dalam satu kenyataan hari ini.
"PM mengesahkan namanya sebagai Najib bin Tun Hj Abdul Razak dalam afidavitnya. Bagaimanapun, dalam daftar pemilih dinyatakan sebagai Mohd Najib bin Abdul Razak. Manakala, semasa majlis angkat sumpah pula dinamakan sebagai Muhammad (Mohd) Najib bin Tun Hj Abdul Razak pada kedua-dua majlis. Rosmah juga mengesahkan nama suaminya sebagai Najib bin Tun Hj Abdul Razak dalam afidavit," terangnya lagi.

KPM cuba alih tumpuan kempen mansuh PBS

SGMM
SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan didakwa cuba mengalihkan tumpuan kempen memansuhkan sistem pendidikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan mengatakan tidak ada perancangan untuk mengguna pakai sistem pembelajaran kolej matrikulasi di peringkat sekolah menengah.

Ketua Gerak Kerja Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata, kenyataan itu sekadar mengalih tumpuan kempen mansuh PBS yang sebenar.

"Sedangkan matlamat kempen tersebut diadakan kerana mendapati sistem PBS  sudah terlambat untuk dibaiki.

“Tindakan ini sangat memalukan kerana pihak yang mengeluarkan kenyataan itu tidak mengikuti perkembangan kehendak SGMM yang mahu PBS dimansuhkan serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahad lalu, Timbalan Menteri Pendidikan 1, Mary Yap Kain Ching berkata, banyak perkara perlu diambil kira jika mahu melaksanakan sistem itu.

Praktikkan Al-Quran Dalam Hidup Anak Muda - MB Kelantan

Lim Kit Siang: It's Time For Moderates In Malaysia To Make A Stand

Ambiga Sreenevasan: They Create Fear, We Must Response With Courage, When They Divide, We Must Unite

Khalid Ibrahim: If You Give Us The Trust, We Deliver It To You

Government crackdowns have spurred freedom of speech

Corruption continues to plague Indonesian media despite total freedom of press

Prestasi kebebasan akhbar Malaysia paling buruk dalam sejarah

'Malaysian reporters not ready to start revolution, too ignorant of their rights'

Kecewa Noh Omar Tidak Mampu Sekolahkan Saya - Khalid Samad

Saya telah hadir ke ‘Muzakarah Kalimah Allah’ di studio MobTV malam kelmarin. Rakaman video berkenaan boleh ditonton melalui laman web MobTV: Muzakarah - Kalimah Allah : Dari Sudut Perundangan. Saya telah hadir tanpa sebarang syarat atau udang di sebalik batu, dengan penuh kesediaan untuk disekolahkan oleh Noh Omar. Malangnya beliau mengaku bahawa beliau tidak merupakan pakar dalam soal hukum Islam mahupun soal perlembagaan Negara. Dalam soal hukum Islam beliau mengesyorkan kita terima sama keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri dan dalam soal perlembagaan, beliau syorkan kita serahkan sahaja kepada pihak mahkamah.

Saya hairan dengan sikap beliau ini. Kalau Noh menganggap kita tidak layak membincang isu ini, mengapa dia cabar saya untuk berdebat? Kalau Noh anggap beliau tidak cukup pakar, mengapa beliau berkata beliau ingin sekolahkan saya? Maka kecewa teramatlah diri saya dalam soal ini kerana tidak bertambah ilmu saya walau sedikit pun setelah bermuzakarah lebih sejam bersamanya. Hanya yang terserlah adalah kecelaruan pemikiran yang biasa pada mana-mana pimpinan UMNO/BN.

Mungkin bagi diri Noh, sememangnya beliau tidak mampu menilai dan memberi pandangan berhubung isu ini. Oleh itu beliau memilih jalan selamat dan tidak memberi sebarang komen terhadap hujjah yang telah saya kemukakan. Ayat Quran yang mempunyai makna dan maksud yang jelas ditepis dengan sekadar menyatakan, “kamu bukan ulama. Kenapa kamu tidak menjadi anggota Dewan Ulama PAS?” dan sebagainya. Sekadar itu sahajalah kemampuan dirinya sambil menyerang peribadi saya berhubung tauliah saya yang tidak dilanjutkan dan tuduhan kertas putih terhadap saya semasa saya ditahan ISA.

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH BUKAN ISLAM

Hujjah saya bahawa kalimah Allah digunakan oleh masyarakat Arab Jahiliah sebelum, semasa dan selepas zaman Rasulullah (SAW) langsung tidak di’iya’kan atau ditolak. Kerana menurut beliau sendiri, beliau bukan pakar dan oleh itu beliau tidak tahu.

Hujjah saya yang berlandaskan Ayat Al-Quran bahawa masyarakat Nasrani (Kristian) dan Yahudi sebelum, semasa dan selepas zaman Rasulullah (SAW) menggunakan kalimah Allah dan ianya langsung tidak dilarang oleh Ar-Rasul juga tidak dihiraukannya. Begitu juga di zaman para Sahabat, Tabiin dan Taba-Tabiin selepas wafatnya Rasulullah, termasuk zaman Bani Umayyah, Abasiah sehingga Othmaniah keadaannya terus begitu.

Aibnya Najib dakwa Malaysia 'demokrasi terbaik di dunia'

KUALA LUMPUR: Sungguh mengaibkan! Dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Malaysia mempunyai ‘demokrasi terbaik di dunia’ tergugat apabila kedudukan kita dalam Indeks Kebebasan Media 2014 adalah paling corot dalam sejarah negara, malah lebih rendah daripada Myanmar, kata Lim Kit Siang.

Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan, pada tahun lalu Malaysia telah pun terjerumus ke kedudukan tercorot, iaitu di tangga ke-145 daripada 179 buah negara dalam Indeks Kebebasan Media 2013 – pencapaian terburuk sejak indeks tahunan Reporters Without Borders (RSF) diperkenalkan pada tahun 2002.

Pada tahun itu, katanya Malaysia terjunam 23 anak tangga, memandangkan negara ini diletakkan di tangga ke 122 pada tahun 2011/2012 Indeks Kebebasan Media.

Menurutnya, dalam Indeks Kebebasan Media 2014 yang baru saja diterbitkan, Malaysia tersungkur lebih jauh ke bawah, iaitu di tangga ke-147 daripada 180 buah negara, iaitu dua anak tangga di belakang Myanmar yang kedudukannya meningkat ke tangga ke-145 setelah menduduki tangga ke-151 pada tahun lepas.

Kerajaan, harga barang dan nasib rakyat

Mior Isfandy Mior Azizan

Adakah mengekang kenaikan harga di kalangan peniaga memberi keadilan kepada mereka dan pembeli? Imam Ibn Taimiyyah menjelaskan dalam bab Al-Hasabah, jika kemaslahatan orang ramai tidak dapat dipenuhi kecuali dengan berlakunya pengawalan terhadap harga, maka laksanakanlah pengawalan harga ke atas mereka dengan cara yang adil dan saksama. Jika masyarakat dapat memenuhi keperluan dan kemaslahatan mereka tanpa sebarang kawalan harga, maka ia tidak boleh dilaksanakan.
Pasaran dibiarkan berkembang dengan tabiatnya. Sahabat Rasulullah mengadu kepada baginda perihal kenaikan harga. Mereka meminta baginda menetapkan dan menurunkan harga. Namun, Rasulullah enggan kerana bimbang akan berlaku zalim terhadap penjual.
Bagaimanapun, ia bukanlah justifikasi untuk menafikan peranan kerajaan dalam mengawal harga di pasaran. Bahkan, Rasulullah, Sayyidina Umar Al-Khattab serta beberapa sahabat lain sentiasa memantau dan memberi nasihat kepada penjual dan pembeli agar sentiasa menjunjung prinsip keadilan dalam berurusniaga.
Seorang tokoh ekonomi Islam, Muhammad Akram Khan dalam karyanya berjudul Al-Hisba and Islamic Economy menerangkan bahawa pelaksanaan institusi sosial hisbah berperanan untuk mencapai keseimbangan dalam perjalanan ekonomi negara.

Rasis: DAP ajak parti komponen BN kerjasama sekat Umno masuk Sarawak


Jangan benarkan Umno masuk ke Sarawak kerana parti berasaskan perkauman tidak diterima di negeri ini, kata Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen. Gambar fail.Jangan benarkan Umno masuk ke Sarawak kerana parti berasaskan perkauman tidak diterima di negeri ini, kata Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen. Gambar fail.DAP Sarawak menggesa parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk berkerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR) supaya Umno tidak memasuki negeri itu.
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mahukan undang-undang diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan Umno tidak cuba masuk ke Sarawak.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud agar "Sarawak untuk orang Sarawak" dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menyatakan "Umno tidak patut masuk Sarawak".
“Apa yang perlu dilakukan adalah untuk merasmikannya dalam DUN.
"Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi sendiri berkata Umno akan menghormati 'acuan Sarawak'.
"Jadi, jika ini yang ramai pihak mahukan, apa yang perlu dilakukan sekarang hanyalah untuk merasmikannya," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuching.

Zaman Najib & Rosmah: M'sia catat prestasi kebebasan akhbar paling buruk

Kedudukan Malaysia merosot ke tahap paling buruk dalam Indeks Kebebasan Akhbar terbaru yang dikeluarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF), Paris, hari ini.

Malaysia kini berada di kedudukan 147 daripada 180 negara, merosot dua anak tangga lagi berbanding tahun sebelumnya (145).

Kedudukan itu meletakkannya berada di bawah negara-negara lain yang kurang membangun seperti Bangladesh (146), Myanmar (145) dan Cambodia (144).

RSF dalam laporan itu tidak menyatakan secara spesifik berhubung kemerosotan kedudukan Malaysia.

Badan pemantau itu bagaimanapun menyatakan ia dibuat berdasarkan tinjauan dengan pelbagai pihak, termasuk aktivis NGO, wartawan sendiri, dan pakar undang-undang.

Turut diambil kira, kes pencabulan terhadap kebebasan media seperti penapisan dan serangan terhadap wartawan.

Letak jawatan mengejut: Saya buat apa yang perlu, kata bekas Adun Kajang


Bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh tegas berkata beliau letak jawatan secara sukarela, tidak terima habuan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Februari, 2014.Bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh tegas berkata beliau letak jawatan secara sukarela, tidak terima habuan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Februari, 2014.Lee Chin Cheh kelihatan tenang orangnya, hampir tidak menyedari kesan dilakukannya mampu menggemparkan negara apabila beliau secara tiba-tiba meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, dua minggu lalu.
Enggan menyahut cerita-cerita yang berputar di media, ahli korporat dan peguam pindah hak itu berkata, kehidupannya berjalan seperti biasa.
Pada ketika ini, kisah mengapa bekas Adun PKR penggal pertama itu meletak jawatan, menjadi cerita biasa di kalangan rakyat Malaysia.
Lee dan partinya mendakwa langkah itu dan keputusan menempatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerusi campuran berkenaan bertujuan mengukuhkan kemampuan pakatan pembangkang untuk berkhidmat kepada pengundi bandar di samping mempertahankan Selangor daripada diambil alih oleh Umno.
Sejak minggu lalu, bekas Adun berusia 43 tahun itu bersama Anwar berjumpa dengan masyarakat dan menjelaskan keputusannya, menekankan bahawa beliau tidak berdepan dengan sebarang permusuhan atau marah daripada pengundi.
Malahan, katanya, maklum balas yang diterima amat positif.
“Persoalan mengkhianat tidak timbul kerana saya bukan berhenti dan kemudian menyertai parti lain.
“Saya meletak jawatan demi parti, untuk Pakatan dan bagi calon yang lebih baik,” katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temubual di firma guamannya di Petaling Jaya.
Berkemeja belang biru dan putih serta berseluar panjang hitam, Lee menafikan dakwaan bahawa beliau berhenti kerana tidak mampu mengendalikan beban tugas atau dipaksa, atau dibayar untuk melepaskan kerusi itu.

PRK Dun Kajang: PSM tidak tanding


Pengerusi PSM, Dr Mohd Nasir Hashim menjawab soalan wartawan pada sidang media di Ibu Pejabat PSM di Brickfields, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 12 Februari, 2014.Pengerusi PSM, Dr Mohd Nasir Hashim menjawab soalan wartawan pada sidang media di Ibu Pejabat PSM di Brickfields, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 12 Februari, 2014.Parti Sosialis Malaysia (PSM) memutuskan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana menyifatkannya sebagai langkah tidak masuk akal.
Pengerusinya, Dr Mohd Nasir Hashim, berkata keputusan itu diambil selepas ia dimuktamadkan dalam satu mesyuarat pada 6 Februari lalu.
"PSM merasakan ini adalah keputusan yang paling baik boleh diambil pada masa ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PSM di Brickfields, Kuala Lumpur, hari ini.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan diura-urakan akan bertanding dalam PRK Kajang.-

PRK Dun Kajang medan ukur sokongan rakyat?

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan dilihat menjadi medan bagi parti pemerintah di Selangor iaitu parti Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) untuk mengukur sokongan pengundi terhadap parti masing-masing, kata penganalisis politik.
Melihat perkembangan semasa serta beberapa insiden dan kemelut politik berlaku di Selangor, pengundi seharusnya sudah boleh membuka mata dan membuat penilaian serta menterjemahkannya di dalam peti undi.
Bagi pilihan raya kecil ini, sejumlah 39,278 pemilih, yang hampir separuh terdiri daripada pengundi Melayu, 40% Cina dan 10% India, akan menentukan siapakah wakil rakyat pilihan mereka.
Kekosongan DUN berlaku selepas wakil rakyatnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Januari lalu, memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.
PRK DUN Kajang ini boleh diibaratkan seperti kisah legenda si kerdil 'David' dan si gergasi 'Goliath". Sehingga berita ini ditulis, BN belum mengumumkan siapakah calonnya meskipun sudah kedengaran beberapa calon bebas yang menawarkan diri untuk berhadapan dengan Anwar, tokoh nombor satu pembangkang.
Rakyat nilai kedua-dua parti
Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat, berkata penilaian bukan sahaja terpakai kepada BN bahkan juga kepada kerajaan negeri pimpinan PKR dengan kerjasama PAS dan DAP, untuk mengukur sejauh mana sokongan rakyat kepada parti.
Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, PRK DUN Kajang juga mampu menjadi penanda aras kepada kedua-dua parti untuk menilai sokongan pengundi muda dan atas pagar kepada mereka.
"PRK sememangnya patut menjadi satu 'survey' kepada sokongan rakyat kepada BN atau Pakatan Rakyat sama ada ia meningkat atau berkurang, di samping mendedahkan trend pengundian rakyat di DUN itu," katanya.
Isu kos sara hidup dan letak jawatan
Sudah tentunya, parti politik yang bertanding PRK DUN Kajang akan menjadikan isu kos sara hidup dan peletakan jawatan Adun sebagai antara bahan kempen.

Ganu Kite: 4 pelajar perempuan lahir anak luar nikah, 16 lagi mengandung MB arah siasatan segera

menteri besar, pelajar perempuan, mengandung, anak luar nikah, melahirkan anak,MARANG: Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengarahkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Terengganu membuat siasatan menyeluruh dan mengemukakan laporan penuh kepadanya mengenai dakwaan 16 pelajar perempuan sebuah sekolah di Kuala Terengganu mengandung anak luar nikah manakala empat lagi dikatakan sudah melahirkan anak.
Sambil menyifatkan kejadian itu serius jika benar, beliau berkata, kerajaan negeri tidak akan melindungi isu itu daripada pengetahuan umum termasuk pelajar terbabit jika melakukan perbuatan berkenaan.
“Saya arahkan JPN membuat siasatan segera dan mengemukakan laporan penuh kepada saya. Kami akan siasat kalau kata ada 16 pelajar yang mengandung kerana nak pastikan maklumat itu betul atau tidak.
“Saya juga mahu tahu siapa pelajar terbabit, latar belakang mereka dan sekolah mana terbabit serta dapatkan laporan daripada Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan,” katanya selepas majlis penyerahan e-Book dan bantuan pakaian sekolah bagi Sekolah-Sekolah Rendah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Rawai di sini, semalam.
Beliau diminta mengulas laporan akhbar semalam mengenai 16 pelajar perempuan berkenaan sebuah sekolah di Kuala Terengganu dikesan mengandung manakala empat sudah melahirkan anak hasil hubungan dengan teman lelaki mereka sejak setahun lalu.
Akibat malu, pihak terbabit menyembunyikan kelahiran itu, tetapi terbongkar apabila rakan pelajar berkenaan mendedahkan kepada Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah itu, baru-baru ini.

PROMOSI HEBAT: TERIMA KASIH NAJIB..BERAS TURUN HARGA..!!!

Jutaan terima kasih dan pujiang melangit kepada Najib Razak kerana tindakan bijak pintar lagi cekap telah menyebabkan harga beras Super Tempatan kini dipasaran telah jatuh sebanyak 1sen untuk 10Kg.

Dulu sebelum beliau menerjah beberapa hypermarket harganya RM24.00 sekampit 10Kg kini telah turun RM23.99 sen ... Jimat hebat dengan promosi hebat jua.

Masa harga barang naik marah kerajaan bila turun tak puji kerajaan .. Ini tidak adil.

Jadi bagi berlaku adil .. Jom Puji Kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak... Cayalah najib Razak .. Lu memang terer.

Ooppss .. bukankah harga RM23.99sen masih dikira pelanggan kena bayar RM24.00 juga?????

PAS masih "malu-malu" ?

Oleh Tok Pepijat
Perkauman masih menjadi juadah bagi UMNO dan sekutunya untuk dihidangkan kepada rakyat Malaysia walaupun sudah hampir 60 tahun merdeka.

Kini menjadi satu trend jika mana-mana rakyat Malaysia berbangsa Cina jika menghemtam dan membangkang kerajaan maka secara automatik dilabelkan sebagai "menghina Melayu,Islam dan Raja-Raja Melayu".

Bermula dengan isu sumbat kangkung dalam "mulut" PMNajib hingga kes Teresa Kok,UMNO dan NGOnya begitu bersemangat "mengipas" nya agar bertambah "api perkauman".

Bagaimana cara mengatasinya?

Di sini peranan PAS amat besar untuk menimbus,memampuskan dan menyahkan hasutan UMNO dan NGOnya.

Pimpinan PAS terutama pakar strateginya perlu memikirkan peranan PAS untuk ke hadapan dalam isu-isu ini.

Politik Malaysia masih tidak "mengizinkan" orang Cina ke hadapan untuk mengetuai demostrasi maupun kempen menjatuhkan UMNO.Jika orang Cina memainkan peranan ini,ianya satu modal yang amat "besar" bakal diraih oleh UMNO.Percayalah.