Isnin, 10 Februari 2014

Kes Rasuah Bekas Setpol Shahrizat, Mana Suara Najib?

Walaupun Peguam Negara, Gani Patail menafikan adanya campurtangan politik dalam kelewatan pertuduhan terhadap bekas Setiausaha Politik Shahrizat Jalil yang sebelum ini sudah dinyatakan akan didakwa di mahkamah oleh SPRM tetapi tiba-tiba dibatalkan bila tiba waktunya, namun ia sama-sekali tidak berupaya menghentikan orangramai daripada terus bercakap mengenainya.

Sebelum ini SPRM telah membuat kenyataan bahawa bekas Setpol bergelar Datuk itu akan didakwa di mahkamah selepas dibebaskan dengan ikat jamim RM50 ribu. Bekas Setpol terbabit didakwa terbabit dengan rasuah berjumlah RM1.1 juta melalui penyalahgunaan dana 1Azam yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Bagaimanapun apa yang ditunggu itu tidak menjadi kenyataan sehingga ia menimbulkan pelbagai tanggapan di kalangan orangramai.

Hanya pada lewat petang hari yang sepatutnya Setpol itu didakwa, barulah SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa pendakwaan itu ditangguhkan ke tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian tetapi tidak memberi sebarang alasan mengenainya.

Berikutan tiadanya pendakwaan seperti yang disebut pada awalnya oleh SPRM itu, Pengerusi Panel Penasihat Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Johan Jaafar telah meluahkan rasa bimbangnya dengan perkembangan ini kerana menimbulkan tanggapan adanya campurtangan luar mengenainya.

Johan kemudian telah mengadakan pertemuan dengan Gani Patail dan diberi jaminan bahawa tiada campurtangN politik atau pendakwaan terpilih dalam kes ini, sebaliknya penangguhan dibuat hanyalah berujuan memberi lebih masa kepada SPRM mengumpul lebih bukti bagi menyokong kes itu.

Wujudnya persepsi umum adanya campurtangan politik dalam kes itu memang tidak dapat dielakkan memandangkan ketika SPRM memaklumkan akan membawa sesuatu kes ke mahkamah dengan menyebut tarikh, masa dan mahkamahnya, biasanya kes itu telah pun mempunyai cukup bukti dan dan juga sudah mendapat persetujuan daripada pejabat Peguam Negara untuk didakwa.

Taib Mahmud lebih kebal dengan jawatan TYT Sarawak

taib-mahmud
KUCHING 10 FEB: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan lebih kebal dari sebarang tindakan undang-undang sekiranya dilantik sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak, kata Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
“Sekiranya berlaku, segala bentuk perundangan soal salahlaku yang dilaporkan terhadap Taib Mahmud akan menjadi lebih sukar dan terbatas.
“Kedudukan TYT Sarawak akan menjadikan Taib lebih kebal,” kata penyelaras SAMM Kuching, Azan Akmna dalam kenyataan.
Akma berkata, SAMM Sarawak telah memberi tekanan kepada rejim Taib Mahmud untuk berundur dari takhta ‘Rajah Putih Sarawak’ selama lebih 30 tahun.
Terbaru, SAMM dalam kempen ‘Nyah Taib’ membuat edaran puluhan ribu risalah, DVD kesedaran, himpunan aman dan perkhemahan bantahan di depan istana Taib Mahmud akhirnya membuahkan hasil apabila Ketua Menteri Sarawak itu mengumumkan pengundurannya.

Hanya di Malaysia, polis mengejar pelakon video, bukan samseng

Ada masanya polis sungguh cekap, seperti hari ini apabila mereka memanggil pelakon wanita untuk memberi keterangan tentang peranannya dalam video kontroversi Tahun Baru Cina oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. Ada masanya pula polis seakan-akan meleret untuk menyiasat jenayah seperti majlis NGO yang menyembelih dua ayam dan menumpahkan darah serta menawarkan ganjaran RM1,200 kepada orang pertama yang dapat menampar Kok.
Bagaimana pula dengan tugas polis yang sebenar, seperti memastikan kawasan awam aman dan selamat daripada samseng.
Tidak, sebaliknya, polis ingin menyoal Lim Ching Miau, 32, di ibu pejabat polis esok kerana klip video 11-minit yang memaparkan Kok sebagai pengacara feng shui menemu ramah tiga orang panel, membuat jenaka berhubung beberapa isu, termasuk sistem pendidikan di Malaysia dan pencerobohan pengganas di Sabah tahun lepas.
Ahli Parlimen DAP itu sedang disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan menggalakkan orang awam melakukan kerosakan awam, dan Seksyen 233 (1) (a) Suruhanjaya Komunikasi dan Akta Multimedia bagi salahguna rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Media ditegah buat liputan Majlis libatkan ketua menteri Sarawak tanpa jemputan

Pejabat Ketua Menteri Sarawak akan memaklumkan kepada pihak media menerusi Jabatan Penerangan Sarawak jika ada perkara yang hendak diumumkan, atau sama ada majlis melibatkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar) memerlukan liputan.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Sarawak, Samuel Simon berkata arahan itu dikeluarkan kepada jabatan berkenaan.
"Sukacita dimaklumkan bahawa jabatan ini diarah oleh Pejabat Ketua Menteri untuk memohon kerjasama supaya tidak menghantar wartawan, jurufoto dan jurukamera pada sebarang masa untuk membuat liputan ke atas ketua menteri tanpa sebarang makluman," katanya menerusi kenyataan kepada semua media, hari ini.
Kebiasaannya, Jabatan Penerangan Negeri akan mengeluarkan aturcara semua majlis yang akan berlangsung termasuk majlis melibatkan ketua menteri melalui hebahan 'Nota Kepada Pengarang'. – Bernama,

Jangan lupa isu yang penting

Oleh SELENA TAY
RAMAI orang termasuk penyokong Pakatan Rakyat tentu akan rasa marah terhadap parti KeADILan disebabkan oleh tindak tanduk mereka yang membawa kepada pilihan raya kecil di Kajang.
Tetapi percaturan politik ini adalah perlu memandangkan bahawa musuh Pakatan sedang merancang sesuatu yang akan memudaratkan Pakatan. Justeru, langkah awal sebagai persediaan perlu diambil oleh Pakatan sebelum terkena serangan mengejut.

Malangnya, rakyat Malaysia gagal membaca dan memahami percaturan politik. Ada juga kedengaran bahawa penyokong Pakatan akan mengundi BN pula kerana marah sangat dengan Pakatan. Ini adalah langkah yang bodoh. Sepatutnya penyokong Pakatan harus menjadi penyokong yang tegar. Tengok BN. Semua penyokong mereka adalah penyokong yang tegar dan oleh itu BN pun menjadi sangat kuat, kukuh dan teguh.
Jika semua penyokong Pakatan hendak beralih kepada BN disebabkan oleh strategi KeADILan, maka adalah lebih baik untuk Pakatan ‘gulung tikar’ sahaja.
Biarlah sistem dua-parti ini dilupuskan dan BN sahaja yang tinggal sebagai pemerintah dan pentadbir selama-lamanya.

Jiwa ‘kehambaan’ Melayu menghalang pembaharuan

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Dalam semangat sesetengah pihak untuk menegakkan ‘kedaulatan melayu’ maka berbagai-bagai slogan kemelayuan dikeluarkan. Ada yang kata kita berbangga menjadi Melayu sebab kitalah kaum asal di nusantara ini. Ada yang kata kita berbangga menjadi Melayu kerana sejarah kesultanan dan kepahlawanan melayu. Apatah lagi ketika dunia hanya tinggal beberapa belas raja, sembilan daripadanya dimiliki oleh orang Melayu.
Ada yang kata orang Melayu itu istimewa disebabkan adat dan budaya. Berbagai-bagai lagi yang disebutkan dalam menuntut kemuliaan dan ketinggian kaum. Namun bagi saya, kemuliaan orang Melayu yang sebenar dan kekal adalah kerana mereka menganut Islam. Mereka tidak kekal mulia dengan adat atau kesultanan atau budaya atau apa saja, mereka akan kekal mulia kerana akidah Islam dan jika mereka berpegang kuat dengan Islam.
Hari ini budaya dan bahasa Melayu sudah banyak yang dilupa, sejarah kesultanan atau kepahlawanan Melayu pun banyak perkara yang wajar dinilai semula. Adapun Islam, ia agama Allah yang sejagat, bukan hanya khusus di alam Melayu atau hanya untuk orang Melayu. Keberkatan dan kemuliaan akan dikurniakan kepada sesiapa yang berpegang dengannya sekalipun tanpa sejarah bangsa dan raja.
Firman Allah: Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan sesuatu menimpa mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Mereka itu) orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa. Untuk mereka kegembiraan dalam kehidupan dunia dan akhirat; tidak ada sebarang perubahan pada kalimat-kalimat Allah (janji-janjiNya), yang demikian itulah kejayaan yang besar. Dan janganlah engkau (Wahai Muhammad) didukacitakan oleh kata-kata mereka (yang menentang); kerana sesungguhnya segala kemuliaan bagi Allah; Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha mengetahui. (Surah Yunus: 62-65).
Jikalah kepahlawanan Melayu hendak dijadikan teladan, saya fikir banyak perkara yang perlu ditapis. Hang Tuah yang kononnya hidup pada zaman kegemilangan Kesultanan Melaka tentu tidak relevan lagi di zaman kita untuk dianggap wira dan teladan. Wataknya itu mungkin sesuai untuk masyarakat yang berpegang kepada feudalisme yang taat patuh kepada golongan bangsawan secara membuta tuli.
Daulat Raja
Hal yang sama berlaku juga dalam sejarah bangsa feudalistik yang lain. Cerita tindakan Hang Tuah membawa lari Tun Teja dari Pahang untuk memenuhi ‘selera’ Sultan Melaka ketika itu, bukanlah tindakan yang terpuji. Ia salah daripada segi nilai kesopanan, apatah lagi jika dinilai di sudut ajaran Islam.
Namun, masyarakat Melayu ketika itu barangkali dapat menerimanya disebabkan kehendak ‘sultan’ atau ‘raja’ dalam masyarakat melayu itu mengatasi segala-galanya. Bahkan sultan atau raja bagi mereka mengatasi undang-undang dan peraturan. Dalam sejarah, bahasa dan adat yang digunakan oleh orang Melayu di hadapan sultan atau raja menggambarkan sikap berlebih-lebihan dalam memuja raja serta menghina atau ‘menghambakan’ rakyat.
Ia sudah pasti tidak serasi dengan roh ajaran Islam yang membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia atau makhluk, kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah. Dalam sejarah atau ‘lagenda’ kesultanan Melayu juga, bukan sedikit tindakan sultan atau raja Melayu yang amat menyanggahi keadilan, tidak masuk akal, sekaligus bercanggah dengan Islam.
Orang Melayu dalam banyak keadaan mendiamkan diri dan berkata: “Kita rakyat, baginda raja”. Falsafah raja adalah ‘jelmaan Tuhan’ yang dianuti oleh sesetengah agama, walaupun tidak disebut dalam masyarakat Melayu, namun ia menjelma dalam penghayatan. Sehingga perkataan ‘daulat raja’ difahami sesetengah masyarakat bahawa Tuhan menurunkan bencana kepada sesiapa yang tidak menghormati raja.

AirAsia: Sejuklah di udara kalau telanjang

Kontroversi hidangan “nasi lemak telanjang” Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang ditimbulkan tukang masak terkenal Chef Wan kini dimanfaatkan oleh pesaingnya AirAsia.

Syarikat penerbangan tambang murah itu kini mengambil kesempatan mempromosikan makanan popular rakyat Malaysia itu dengan caranya sendiri.

Ia menggunakan slogan “Nasi lemak kami LENGKAP!” untuk iklannya.

AirAsia mengetengahkan kombo sarapan berupa kombinasi nasi, sambal, rendang ayam, ikan bilis dan kacang goreng serta telur rebus.

Malah, secara sinis, dimuatkan ayat bertulis cogan kata: “Sejuklah di udara kalau telanjang.”

Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail pada 29 Januari lalu, yang mengambil penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, kesal dengan nasi lemak yang dihidangkan padanya.

Beliau memuat naik nasi lemak dengan telur rebus separuh dan sambal, tampa potongan timun, kacang dan ikan bilis seperti kebiasaan, ke laman perkongsian gambar Instagram.

The making of politics of violence

Najib must take a stand now to prevent the religious and racial tensions from escalating further

By Charles Santiago
Again we have a ragtag bunch of people spewing venom and inciting violence in the country. And yet again we have the Prime Minister Najib Tun Razak, feigning amnesia, while Umno leaders are looking the other way.
No, they are not offering their other cheek to be slapped as well. But rather condoning the actions of the Muslim group which has offered a cash-reward for anyone who slaps DAP lawmaker Teresa Kok.
The mob also slaughtered chickens and smeared blood on the photos of DAP leaders to raise fears about another racial riot like May 13. But Home Minister Ahmad Zahid Hamidi has shrugged off calls for investigations and dismissed elements of threat. One can never say that Zahid lacks a sense of the absurd.
All this brouhaha was brought about by the unfounded notion that Kok has insulted the Malay leadership, Malay dignity, the King and Islam by taking a whack at government policies in her video.
The video was a political satire, which mocks price hikes, corruption and other issues that Malaysians are grappling with every day.
Why shouldn’t the national conversation be critical of the leaders? Why can’t Malaysians protest against government policies which are detrimental to the people?
Why shouldn’t the people question bad governance? And why must the inherent rights of a citizen to raise questions and demand answers be viewed as an insult?
I agree that anyone has the right to dislike Kok’s video and criticise the satire. But taking the contents of her video out of proportion and turning it into an issue which could polarise the society even further and garnishing it with violence is simply not acceptable.

WARNING TO ALL FAT WOMEN in M'sia: Don't walk,talk or have big hair like ROSMAH / LO-SI-MA

WARNING TO ALL FAT WOMEN in M'sia: Don't walk,talk or have big hair like ROSMAH / LO-SI-MAKUALA LUMPUR - It looks like the speculation that Prime Minister Najib Razak's wife Rosmah Mansor was behind the controversial crackdown on a video lampooning her husband's mismanagement of the economy and their ultra extravagant lifestyles while the man in the street suffered from sky-rocketing costs of living, might just be true!
The ... sorry to say this but let's call a spade a spade ... the FAT actress Lim Ching Miau who acted as a feng shui expert in the video has been hauled by the Malaysian cops.
"This is ridiculous. Somebody in the police force must be trying to be funny. Are they trying to send the message that anyone who dares to imitate or impersonate Rosmah Mansor will be jailed?" MP for Batu Tian Chua told Malaysia Chronicle.
Blatant racism against the Chinese and other minorities

He was referring to the One-der-ful CNY 2014 video produced by Opposition colleague, Teresa Kok the MP for Seputeh.
In the video, Rosmah who in real life is often accused of megalomania and an unquenchable thirst for material wealth, was lampooned as 'Lo-si-ma'.
Ching Miau, in her role as the rotund handbags and jewellery-crazy 'Mrs Jit', had advised viewers to place a 'lo-si-ma' or horse made of of nails and screws to attract good luck in the Year of the Horse.
Teresa herself has been harassed for producing the video, with extremist Muslim NGOs staging violent protest and calling her 'ayam' or chicken (rude local slang for prostitute) and even offering RM1,200 cash as reward to anyone who could successfully slap her.

No longer harmonious, or happy or even a stable nation
The shocking inducement, made in public, to assault Teresa has been totally ignored by the Najib administration, dismissed by Home Minister Zahid Hamidi as being of no consequence.
This has emboldened the violent Muslim NGO to issue further threats, while the police continue to  launch one-sided action against Teresa and those involved in the video, with Ching Miau the latest to be taken in. A Chinese sitcom was also banned from national TV for alleged involvement in Teresa's 'One-der-ful' video, meant to usher in the 2014 lunar new year.

Indeed, once a poster-nation for harmonious multiracial relations, Malaysia has become known as an extreme pro-Malay and anti-Chinese country.
The Malay form 55% of the 28-million population and control both the government and economy, while the Chinese who form 25% of the population have found themselves - along with other non-Malays such as the Indians, Punjabis, Kadazans, Ibans and Dayaks - increasingly sidelined and stripped of their constitutional rights.
Lydia Shum or Lo-si-ma - no fear, Chinese will continue to rebel against Umno's overt racism

UMNO Rasis! Macai Tak Nak Buat Demo Ke? Tak Nak Tampar Taib Mahmud?

Pesan Taib kepada BN negeri: Pastikan politik rasis Umno tidak masuk Sarawak

Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggalkan jawatan ketua menteri Sarawak dengan satu nasihat kepada penggantinya - sesiapa pun menggantikannya harus memastikan politik rasis Umno tidak masuk ke negeri itu.

Kenyataan Taib semasa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) semalam memberi indikasi jelas bahawa penggantinya "harus tegas dan tidak berpaling" apabila berurusan dengan Putrajaya mengenai perkara yang melibatkan kepentingan Sarawak.

Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi, berkata Taib mengatakan penggantinya perlu bersungguh-sungguh melindungi hak negeri seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963.

"Kita mesti berpegang kepada Perjanjian Malaysia dalam melindungi hak negeri ini," kata Rundi mengenai mesej Taib ketika ditanya apa yang berlaku dalam mesyuarat MT BN negeri di Kuching selain memberi ketua menteri itu mandat untuk memilih penggantinya.

Rundi berkata, bertegas dengan Putrajaya termasuk menghalang Umno masuk ke Sarawak yang dilihat tidak begitu mengendahkan perjanjian 20 perkara yang menjamin kepentingan dan hak Sarawak dan penduduknya apabila mereka bersetuju membentuk Malaysia bersama Malaya, Sabah dan Singapura.

Katanya, tiada sebab bagi Umno untuk melebarkan sayapnya ke Sarawak kerana Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Taib cemerlang dalam menguruskan negeri dan hak rakyat Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia.

Rundi berkata, sosio-etnik negeri berbeza daripada Semenanjung Malaysia dan lebih baik ia dikendalikan oleh rakyat Sarawak yang memahaminya dengan lebih baik.

Taib pada hujung minggu lalu mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan ketua menteri dan menghabiskan masa pada Sabtu dan Ahad untuk pelan persaraannya bersama pemimpin PBB dan MT BN.

Pelbagai tuduhan berlegar di media sosial dengan warga siber menuduh Putrajaya menghakis banyak hak Sarawak dan Sabah dalam perjanjian 18 perkara yang membawa kepada pembentukan Malaysia.

Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS), Wilfred Nisson, berkata Umno hanya "memahami isu-isu berkaitan kepentingan Melayu dan Islam" manakala di Sarawak, parti seperti PBB perlu memenuhi kepentingan pelbagai kumpulan etnik dan kepercayaan agama dan mazhab.

"Kita perlu menangani berbilang kaum, agama dengan berhati-hati untuk mengekalkan keharmonian sosial.

"Di Sarawak, garis pemisahnya sangat nipis. Justeru, kami perlu bersikap lebih prihatin terhadap sensitiviti rakyat yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik. Terdapat lebih 40 kumpulan etnik di Sarawak.

'Gerakan besar' halang Taib jadi TYT

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sarawak memberi amaran akan menyusun "gerakan besar" untuk berkempen bagi menghalang Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud daripada dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri (TYT).

Penyelaras SAMM Sarawak Azan Akma berkata, pelantikan Taib sebagai TYT akan mengehadkan kemungkinan tindakan yang bakal diambil ke atasnya berkaitan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

"Sekiranya ia berlaku, segala bentuk perundangan soal salah laku yang dilaporkan terhadap Taib Mahmud akan menjadi lebih sukar dan terbatas.

"Kedudukan TYT Sarawak akan menjadikan Taib lebih kebal, mungkin inilah ideanya," katanya dalam satu kenyataan.

Anwar sahkan akan ambil alih jawatan presiden PKR


Anwar mengesahkan akan bertanding jawatan presiden PKR selepas khabar angin yang bertiup sejak pertengahan tahun lalu. – Gambar fail.
Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengesahkan akan bertanding jawatan presiden PKR dalam pemilihan parti itu pada Mei, sekaligus mengesahkan spekulasi selama ini.
Anwar memberikan bayangan dengan jelas beliau akan bertanding jawatan itu bagi menggantikan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang mahu berehat dan memberikan lebih tumpuan kepada cucunya berbanding politik.
"Dia mahu memberikan masa yang lebih kepada cucunya dan juga menjaga datuk," kata Anwar dalam satu wawancara bersama portal The Ant Daily.
Ketika ditanya oleh wartawan, "Apakah anda mengharapkan, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah menjadi perdana menteri?",  Anwar menjawab, biarlah anaknya itu melalui semua proses ke arah itu.
"Mengapa bebankan dia dengan semua khabar angin yang menyebabkan dia terkejut di peringkat awal," kata Anwar yang dipercayai merujuk kepada berita mengenai Nurul Izzah memfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir di Mahkamah Syariah.
Khabar angin Anwar akan mengambil alih jawatan presiden PKR mula bertiup sejak pertengahan tahun lalu, apabila Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mula mempertikaikan beliau dan keluarganya yang menguasai PKR.
Anwar merupakan ketua umum PKR, manakala isteri beliau Dr Wan Azizah adalah presiden, manakala anaknya Nurul Izzah pula adalah naib presiden.

Bersih 2.0: Umno dan PKR langgar undang-undang pilihan raya

Bersih 2.0 menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana berdiam diri terhadap kedua-dua Umno dan PKR yang melanggar undang-undang kerana berkempen sebelum bermula waktunya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Maria Chin Abdullah berkata ketiadaan tindakan oleh SPR akan menunjukkan mereka tidak serius dalam menangani salah laku dalam PRK Kajang. – Gambar fail. 
Maria Chin Abdullah berkata ketiadaan tindakan oleh SPR akan menunjukkan mereka tidak serius dalam menangani salah laku dalam PRK Kajang. – Gambar fail.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, tindakan SPR ini menunjukkan bahawa mereka tidak serius dalam menangani salah laku dalam PRK Kajang dan menyebabkan ianya berlarutan.
"Undang-undang PRK harus diperhatikan oleh SPR, dan sehingga kini, prestasi mereka masih belum memuaskan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau menjawab kenyataan Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, dalam akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, bahawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, melanggar undang-undang dengan mengadakan kempen PRK sebelum tarikh penamaan calon.
Abdul Rahim berkata, polis sendiri akan membuat laporan polis untuk menyiasat Anwar kerana melanggar undang-undang dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.
Polis juga dilaporkan sedang menjalankan siasatan ke atas laporan yang diterima daripada penduduk Kajang, serta kenyataan daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) bahawa Anwar melanggar undang-undang kerana berkempen lebih awal.
Anwar, yang juga calon PKR untuk PRK Kajang menganjurkan majlis dan sesi bertemu rakyat antara jam 5 petang hingga 7 malam di dewan masyarakat dan ceramah malam untuk menjelaskan langkahnya bertanding di Kajang.
"Kedua pihak (BN dan PKR) sudah memulakan kempen, kempen BN bermula dengan ugutan dan memburukkan pihak lain." katanya

Sistem penilaian pelajar: PAS gesa kementerian bertindak sebelum guru berdemonstrasi

PAS meminta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin agar tidak menunggu sehingga golongan guru berdemonstrasi di hadapan pejabatnya sebelum mengambil tindakan atas Sistem Pentafsiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dibantah mereka.
Menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, Muhyiddin yang juga menteri pelajaran, perlu memberikan penyelesaian segera ke atas masalah ini, kerana ia sudah menjadi isu yang sangat besar di kalangan guru negara ini.
"Jangan sampai guru membuat demonstrasi dahulu depan pejabat Kementerian Pelajaran, baru mahu buat sesuatu," kata Mahfuz dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar PBS ditangguhkan sehingga perundingan dibuat antara Kementerian Pelajaran dengan persatuan guru, dan mencapai kata sepakat mengenainya.
Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) merancang untuk mengadakan perhimpunan di hadapan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya pada 22 Februari bagi membantah SBA dan mendesak Putrajaya agar memansuhkan program penilaian tiga tahun pelajar itu.
PBS mula dilaksanakan pada 2011 bermula dengan murid tingkatan satu, dan merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan melahirkan murid cemerlang dalam pelbagai segi, berbanding berorientasikan peperiksaan.
Akibat sistem ini, tiada peperiksaan akhir tahun dan setiap hari guru dikehendaki menilai pelajar berdasarkan enam tahap, bermula daripada aras pemahaman sehingga tahap tauladan.
Data direkodkan ke dalam sistem komputer berpusat.

Waytha serah surat letak jawatan pada PM



Kempen awal: Anwar soal SPR, tak tonton TV3 atau baca Utusan ke?

Have you seen RTM, TV3 or Utusan, Anwar asks EC

Anwar Pemimpin Laknatullah, Gila Kuasa kata Tengku Adnan

Anwar maafkan Jepun, sedia lawat Tokyo 26 Feb ini

1 Azam: Sampai bila mahu siasat

PAS gesa k'jaan tangguh PBS

Tampar Taresa: Zahid nak jadi mentor Perkasa?



SAMM: ‘Bagaimana jika ada pihak tawarkan RM1,200 untuk botakkan Rosmah?’

PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mengecam keras kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam isu tawaran tampar ke atas Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.
Dalam satu kenyataan media, Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata pandangan Zahid Hamidi dalam isu ini adalah agak sempit dan ‘kurang masak’.
Pada 6 Februari yang lalu, Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia membuat tawaran bagi menampar Teresa Kok yang juga naib presiden DAP, kerana dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan orang Melayu.
Namun, punca sebenar tawaran tersebut dikatakan adalah kerana suatu video bertajuk ‘Onderful Malaysia’ sempena Tahun Baru Cina, dimuat naik ke Youtube yang menunjukkan Kok menemu ramah tiga tetamu yang menyindir pelbagai perkara, termasuk isu keselamatan di Sabah dan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 di negeri itu.
Menurut seketariat Majlis Permuafakatan Ummah Malaysia Zulkifli Sharif, tawaran dibuat itu itu dibuka kepada semua warganegara Malaysia agar penghinaan yang seringkali dibuat oleh Teresa Kok menerima pembalasan kerana menghasilkan video tersebut.
Pada keesokkan harinya tawaran tersebut dinaikkan kepada RM1200.
“Ketika banyak pihak menggesa tindakan sewajarnya terhadap kumpulan yang membuat tawaran melampau berbentuk ugutan itu, Zahid tanpa rasa bersalah mempertahankan kumpulan tersebut dan menganggap tawaran tampar itu bukan suatu ancaman keselamatan,” katanya.
“Apakah Zahid Hamidi buta undang-undang? Atau sebenarnya ada dua set undang-undang maka itulah jawapan terbaik seorang menteri?” tanya beliau.
Edy juga berkata jika benar tawaran menampar itu bukan satu ancaman keselamatan, maka oleh kerana sikapnya yang sering membazir wang rakyat, bagaimana jika ada pihak yang menawarkan RM1200 kepada sesiapa yang berjaya membotakkan kepala Datin Seri Rosmah Manshor, isteri Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Prof Dr Agus: Bolehkah guru terus menjadi lilin?

Agus Yusoff 
TANGGUNGJAWAB guru dalam membangunkan generasi besar sekali.

Di sekolah, guru mengajar, menjadi kerani, mengisi data dan maklumat murid, menjadi jurulatih, dan pelakon di pentas. Pun begitu, guru tetap seronok dengan tugas mereka.

Namun, dengan terlaksananya sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada tahun 2011, keseronokan guru berubah.

Guru tidak senang dengan PBS bukannya kerana beban tugas yang bertambah, tetapi tidak tahan dengan karenah merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem
komputer berpusat.

Ini kerana sistemnya lembab dan selalu tergantung.

Keadaan inilah yang menyebabkan terdapat guru yang bangun sebelum Subuh sewaktu trafik internet lancar bagi memasukkan data ke dalam sistem PBS kementerian.

Kementerian menyedari rungutan guru ini dan berjanji untuk mengatasinya pada April 2014 nanti.

Maka, guru diminta bersabar. Pun begitu, terdapat guru yang hilang sabar.

Pada 22 Februari ini, sekumpulan guru yang menamakan Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) merancang untuk mengadakan bantahan di Putrajaya.

Persoalannya, mengapa mereka mahu mengadakan bantahan ini?

Apa masalahnya dengan sistem PBS ini? Perlukah sistem ini diteruskan atau
dihapuskan?

Bagi saya, sistem ini mempunyai banyak kelemahan yang mewajarkan Kementerian melihat semula pelaksanaannya?

Apa kelemahannya? Saya perturunkan hujahnya di bawah.

Masalah dengan sistem PBS?

1. Sistem ini tiada peperiksaan akhir tahun dan tiada peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR. Jika tanpa peperiksaan, bagaimana menilai pencapaian murid? Bagaimana ibu bapa dapat mengetahui pencapaian anak mereka?

2. Sistem ini tidak sesuai dilaksanakan selagi nisbah guru-murid dan kemudahan sekolah bandar-luar bandar tidak seimbang. Di sekolah pedalaman misalnya, bagaimana mereka mahu mendapatkan kemudahan internet untuk merekodkan maklumat pelajar?

Tamrin : Perbezaan 3 Tun dengan Najib, Rosmah

KAJANG, 10 FEB: Sikap gemar kemewahan dan cenderung pembaziran yang menjadi amalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor jauh berbeza dengan amalan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abd Razak Hussein dan isterinya, Tun Rahah Mohd Noah serta bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba.
Tamrin Ghaffar BabaBekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar yang juga anak kedua Ghafar berkata, sikap yang ditunjukkan Najib bukan sahaja menyalahi penggunaan aset kerajaan yang dibiayai dana awam, bahkan tidak prihatin tatkala rakyat tertekan dengan isu peningkatan kos sara hidup.
“Ketika rakyat tengah susah, harga barang naik tetapi Najib dan Rosmah tidak prihatin. Mereka pergi bercuti guna jet kerajaan ke Australia dan Amerika, tetapi Tun Razak ketika perjalanan terakhir ke London untuk berubat tidak benarkan Tun Rahah ikut kerana tidak ada jumbo jet, kena beli tiket kapal terbang.
“Tun Rahah tidak pergi akhirnya kerana ingin jimat dan tidak mahu guna dana kerajaan.
“Tetapi, hari ini saya ingat kerajaan berhutang tinggi sejak Najib jadi Perdana Menteri. Ini disahkan Tun Dr Mahathir.
Tiga kapal terbang dan dua helikopter dibeli membabitkan kos penyelenggaraan RM14 juta untuk minyak dan RM174 juta untuk penyelenggaraan setahun. Sejak Najib jadi Perdana Menteri tidak pernah beliau menggunakan kapal terbang MAS,” katanya dalam ucapan di hadapan lebih 500 penduduk Kajang di Dataran Prima Saujana, di sini, baru-baru ini.

Shahidan Kassim tidak tahu Waytha Moorthy letak jawatan...ha..ha..ha...Menteri Cap Ayam..!!!


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim belum menerima surat peletakan jawatan P Waytha Moorthy. Gambar fail.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim belum menerima surat peletakan jawatan P Waytha Moorthy. Gambar fail.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak tahu mengenai peletakan jawatan  P Waytha Moorthy seperti dilaporkan media hujung minggu lalu.
Shahidan berkata, beliau tidak menerima sebarang surat rasmi peletakan jawatan timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga merupakan pengerusi Hindraf itu.
"Saya tidak tahu, saya belum terima apa-apa lagi.
"Nak komen macam mana kalau saya tidak tahu," katanya kepada The Malaysian Insider merujuk kepada peletakan jawatan Waytha.
Sabtu lalu, Setiausaha Hindraf, P Ramesh dilaporkan The Star berkata, Waytha akan meletak jawatan sebagai senator dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini.

PRK Dun Kajang: UMNO@BN sudah tiada modal

Wan Sukairi Wan Abdullah  
Wan Sukairi Wan Abdullah
KUALA TERENGGANU –  Isu pengkhianatan PR terhadap rakyat dan sistem demokrasi negara yang mungkin ditimbulkan BN dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang dianggap belum cukup kuat untuk melemahkan kedudukan PKR di kerusi tersebut.

Pengarah Penerangan Pas Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, rakyat sudah faham bahawa ia bukan kali pertama berlaku di Selangor, sebaliknya keadaan hampir serupa pernah berlaku ketika zaman pentadbiran BN di negeri itu.

Yakin potensi kemenangan lebih cerah di pihak PR, beliau sebaliknya menegaskan isu tersebut sudah pasti akan tenggelam kerana rakyat sedang marah kepada BN ketika ini terutama kenaikan harga barang walaupun kerajaan telah menangguhkan kenaikan harga tol.

“Rakyat sebenarnya marah dengan kenaikan harga barang, tarif elektrik dan tol walaupun berlaku penangguhan kenaikan harga tol, kemungkinan ia akan dinaikkan sebaik sahaja selesai PRK,” katanya.

Beliau sehubungan itu menjelaskan bahawa BN kekeringan modal untuk melumpuhkan kedudukan PKR di Dun Kajang.

Jelasnya, berdasarkan kemenangan besar diperoleh PKR dengan kelebihan majoriti 6,824 undi pada PRU13 lalu, BN dilihat menghadapi laluan sukar untuk menggugat kedudukan parti lawan khususnya PKR.

Mengulas sama ada calon PKR dalam PRK kali ini mampu mengatasi undi PRU13 atau tidak, Wan Sukairi yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu menganggap ia bukan keutamaan, sebaliknya perkara mustahak adalah memastikan kerusi berjaya dikekalkan.

PRK Dun Kajang: Kamu tak nampak TV kempen?


Calon pilihan raya kecil Kajang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak akan melayan “dakwaan tidak berasas” bahawa beliau melanggar undang-undang dengan memancing undi terlalu awal.

Bekas pemimpin PKR yang kini bergiat dalam PERKASA Ruslan Kasim sebelum ini antara yang mempertikaikan langkah Anwar yang mengadakan siri ceramah di Kajang minggu lalu.

Anwar pula berkata, BN sudah memulakan kempen menentangnya melalui media masa yang dikawal kerajaan.

“Minta dia tanya TV3. Adakah mereka tidak lancarkan kempen ganas... setiap hari, lebih banyak hero yang bercakap (tentang saya),” kata Anwar kepada pemberita di sebuah hotel di Damansara, Kuala Lumpur.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac manakala penamaan calon pada 11 Mac.

PRK Dun Kajang: Anwar nafi langgar peraturan kempen, tuduhan terhadapnya tidak berasas


Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersalam dengan Pengerusi Yayasan Keamanan Sasakawa, Jiro Hanyu di Petaling Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Februari, 2014.Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersalam dengan Pengerusi Yayasan Keamanan Sasakawa, Jiro Hanyu di Petaling Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Februari, 2014.Ketua Pembangkang dan calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hair ini berkata, beliau tidak akan melayan tuduhan tidak berasas yang mengatakan beliau melanggar undang-unndang kerana berkempen awal bagi kerusi itu.
Anwar berkata, Barisan Nasional (BN) sebenarnya yang melancarkan kempen agresif terhadapnya menerusi media yang dikawal kerajaan.
“Anda tanya dia supaya tanya TV3? Sama ada mereka belum lagi melancarkan sebarang kempen jahat. Setiap hari, semakin ramai hero yang bercakap (mengenai saya),” katanya kepada wartawan di Hotel One World, Petaling Jaya, hari ini.
Kenyataan itu susulan daripada laporan polis yang dibuat beberapa penduduk dan kenyataan daripada pihak mesra BN bahawa Anwar melanggar undang-undang pilihan raya kerana berkempen awal.
Anwar berkata, beliau akan mematahkan dakwaan itu walaupun ia dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“SPR menjadi jurucakap Umno atau untuk mereka sendiri.
“Adakah mereka tidak menonton RTM dan TV3 atau baca Utusan Malaysia,” katanya.

Pelakon " Mrs Jit": Saya tiru Lydia, bukan Rosmah

Pelakon wanita Lim Ching Miau yang berlakon sebagai “Mrs Jit” dalam video kontroversi 'Onederful Malaysia CNY 2014' dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, untuk memberi keterangan esok.

"Saya dipanggil di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah untuk memberi kenyataan kepada polis pada jam 2 petang," katanya Ching Miau.

Mrs Jit - pakar feng shui dalam video itu digambarkan sebagai wanita gemuk berambut tebal yang menyukai barang kemas dan beg tangan.

Watak-watak lain adalah Brother Wai - seorang lelaki yang mudah tersentuh dan mengalirkan air mata; dan Cik Yan Yan - pakar dalam pelancongan dan feng shui.

Watak-watak tersebut memberikan nasihat melibatkan beberapa isu termasuk keselamatan, kekayaan, pendidikan dan ekonomi, menjadi topik dengan anekdot biasa kepada rakyat Malaysia .

Antara lain, merujuk kepada cincin berlian, beg tangan berjenama dan harta tanah di New York dan juga beberapa bahan berita lain yang berkaitan pelancongan dan pendidikan vernakular.

Walaupun tidak secara langsung, penonton video yang diterbitkan MP Seputeh, Teresa Kok mungkin mengaitkan watak itu dengan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah dan laporan pembelian pangsapuri oleh Riza Shahriz Abdul Aziz di New York bernilai RM100 juta.

Umno sokong ancaman terhadap Teresa Kok kerana untungkan mereka


Tindakan pemimpin Umno berdiam diri dalam isu video Teresa Kok menimbulkan ketakutan kepada rakyat, kata Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago. Gambar fail.Tindakan pemimpin Umno berdiam diri dalam isu video Teresa Kok menimbulkan ketakutan kepada rakyat, kata Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago. Gambar fail.Pemimpin Umno terus berdiam dalam isu ancaman terhadap Teresa Kok kerana isu itu mampu menimbulkan ketakutan kepada rakyat, lantas menguatkan lagi kuasa mereka, kata ahli Parlimen DAP, hari ini.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata jika kerajaan mahu kekal relevan kepada rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus bertindak terhadap rakyat yang memprovokasi ketegangan kaum dan agama agar isu ini tidak berlanjutan.
"Sangat jelas bahawa pemimpin Umno masih tidak bersuara kerana isu ini selaras dengan strategi mereka untuk menimbulkan rasa ketakutan demi menguatkan lagi kuasa mereka, seperti yang berlaku pada isu kalimah Allah.
"Kerajaan sudah lama berusaha untuk kekal relevan dengan rakyat, tetapi tetap gagal. Jika mereka mahu diberikan peluang sekali lagi, Najib harus bertindak sekarang untuk membendung ketegangan kaum dan agama daripada berlanjutan, " katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Kenyataan Santiago itu adalah susulan daripada ancaman terhadap Kok berikutan klip video ucapan Tahun Baru Cina yang bertajuk, "Onederful Malaysia CNY 2014" yang didakwa menghina kepimpinan Melayu dan Islam.
"Penyokong kaki buli dan Umno berseronok dalam kempen mereka yang berunsur seksis terhadap Kok di laman maya.

Dihalang masuk Jepun: Penganjur forum minta maaf kepada Anwar secara terbuka


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Pengerusi Yayasan Keamanan Sasakawa, Jiro Hanyu pada sidang akhbar di One World Hotel, Petaling Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Februari, 2014.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Pengerusi Yayasan Keamanan Sasakawa, Jiro Hanyu pada sidang akhbar di One World Hotel, Petaling Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Februari, 2014.Pengerusi Yayasan Keamanan Sasakawa (Sasakawa Peace Foundation), Jiro Hanyu bertemu secara empat mata dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bagi meminta maaf atas insiden larangan masuk ke Jepun Januari lalu.
Jiro mengakui bertanggungjawab di atas insiden tersebut kerana selaku penganjur, mereka harus memastikan semua berjalan lancar.
"Saya adalah penganjur, saya harus bertanggungjawab atas kemelut yang berlaku.
"Saya bertanggungjawab ke atas insiden memalukan yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Jiro dalam sidang media selepas bertemu Anwar secara tertutup di Hotel One World di Petaling Jaya, pagi ini.

Anwar walkabout in Kajang

Anwar Ibrahim: Teresa Kok, Jangan Takut Dengan Ugutan

Bagaimana jika ada tawaran botakkan Rosmah? - SAMM

Pemuda PAS Sarawak desak kemuka hasil siasatan video Global Witness

Sebelum Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar) dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak, Pemuda PAS negeri mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan hasil siasatan mereka mengenai rakaman video Global Witness.
Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo, berkata mereka ingin tahu perkembangan siasatan oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh SPRM pada pertengahan 2013 lalu.
"Sekiranya hasil siasatan tersebut boleh membuktikan Taib tidak terlibat maka ini akan membuktikan beliau "bersih" daripada pelbagai tuduhan pecah amanah dan menyakinkan semua pihak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Global Witnes dalam videonya menggemparkan negara apabila membuat pendedahan bagaimana Taib dan keluarganya menjadi kaya raya di atas kesusahan yang ditanggung rakyat Sarawak.
Pelbagai pihak mengecamnya berhubung video itu dan SPRM menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat segala pendedahan itu.
Namun sehingga kini, tidak ada sebarang kenyataan dibuat berhubung hasil siasatan itu.
Arifiriazul berkata, prinsip demokrasi perlu dilaksanakan di Sarawak iaitu tidak mengenepikan suara rakyat yang inginkan keadilan dan bukan hanya bersetuju untuk melantik beliau sebagai Yang Dipertua Negeri seperti mana dicadangkan oleh partinya.
Taib bakal mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ketua menteri Sarawak tidak lama lagi.
Berikutan itu, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB) yang dipimpinnya mencadangkan beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baru selepas melepaskan jawatan sebagai ketua menteri.
Bagi Pemuda PAS Sarawak, jika nama Taib tidak dibersihkan terlebih dahulu, ia hanya akan memberikan imej buruk terhadap integriti kepimpinan negeri Sarawak.

'Bersihkan' Taib Mahmud sebelum dilantik TYT


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Sarawak menggesa Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dibersihkan daripada segala dakwaan pecah amanah sebelum dicadangkan sebagai Yang Dipertua Negeri.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini,  Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo (gambar) berkata, pihaknya menyokong penuh kenyataan Ketua
Pemuda PAS Malaysia dan Setiausaha Perhubungan PAS Sarawak agar hasrat untuk melantik Abdul Taib sebagai Yang Dipertua Negeri ditangguhkan sehingga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diselesaikan.
Sambil menyambut baik pengumuman pengunduran Abdul Taib, Arif mengucapkan terima kasih di atas sumbangan dan jasa pembangunan yang dibawa beliau sepanjang menjawat Ketua Menteri.
"Dalam masa yang sama, Pemuda PAS Sarawak ingin meminta penjelasan perkembangan  siasatan oleh badan petugas khas berkenaan pertuduhan di dalam rakaman video 'Global Witness' yang telah ditubuhkan oleh pihak SPRM pada pertengahan tahun 2013.
"Sekiranya hasil siasatan tersebut boleh membuktikan Pehin Sri (Abdul Taib Mahmud) tidak terlibat maka ini akan membuktikan beliau bersih dari pelbagai tuduhan pecah amanah dan menyakinkan semua pihak," ujarnya.
Menurut Arif, prinsip demokrasi politik Sarawak menuntut agar suara rakyat tidak dipinggirkan dan keputusan untuk melantik Yang Dipertua Negeri bukan hak eksklusif parti pemerintah, Parti Bumiputera Bersatu (PBB).
"Saya sebagai anak jati Sarawak yang telah dilahirkan di Limbang, yang lahir pada era pemerintahan Pehin Sri sebagai Ketua Menteri Sarawak ingin melihat Negeri Sarawak yang saya cintai ini dipelihara dan dibebaskan daripada pemerintahan yang dipenuhi dengan pelbagai skandal rasuah serta salah guna kuasa.
"Saya dan seluruh rakyat Sarawak sayang kepada negeri Sarawak," ujar Arif.

Taib pun letak jawatan, SPR terkejut tak? Membazir tak kalau buat PRK Dun Balingian..!!!

KUALA LUMPUR: Perletakaan jawatan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak yang dibayangkan hujung bulan ini bakal menyaksikan satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) akan berlaku.

Perletakan jawatan itu bermakna Taib akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian, yang beliau pertahankan sejak 2001.

Mengulas hal itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar, berkata beliau ingin bertanya adakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak terkejut dengan pemgumuman Taib ini.

Ini kerana dalam kes Kajang, SPR mendakwa PRK yang akan ditandingi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, telah menganggu tugas mereka melaksanakan kerja-kerja persempadanan semula pilihan raya.

"Kita mahu bertanya kepada SPR, apa sikap dan alasan mereka dalam kes Taib ini. Adakah mereka tidak terkejut?

"Adakah yang ini tidak mengganggu SPR?," soal Ahli Parlimen Tumpat itu.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof sebelum ini berkata, PRK Kajang yang berlaku akibat perletakan jawatan bekas Adun PKR Lee Chin Cheh telah mengganggu urusan-urusan yang lain yang sedang diberi fokus oleh SPR.

Ekoran itu juga kata beliau, SPR terpaksa mengubah gear, malah mengubah semua sekali perancangan mereka.

Lemah sangatkah politik Tan Sri Khalid Ibrahim?


Sejak Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang disengajakan, ramai di kalangan ahli PKR yang menyokong dengan hujah bahawa langkah tersebut terpaksa dilakukan kerana kelemahan berpolitik Tan Sri Khalid Ibrahim, menteri besar Selangor.
Mereka memuji Khalid hebat dalam pentadbiran, tetapi pada masa yang sama, mengeji beliau tidak mahir berpolitik.
Apakah betul dakwaan mereka?
Menaikkan rizab Selangor
Mari kita bermula dari 2008. Khalid dilantik menjadi menteri besar Selangor dan mendapati kerajaan Selangor yang kaya sebenarnya miskin. Duit kerajaan entah ke mana meskipun Datuk Seri Dr Khir Toyo boleh memiliki mahligai di Shah Alam.
Tiada jalan lain bagi Khalid. Sama ada beliau mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan kerajaan negeri Selangor ataupun beliau merayu dan membiarkan diri diperas ugut daripada segi kewangan oleh kerajaan persekutuan yang masih di bawah Umno.
Bagi Khalid, untuk melawan kemaraan dan kacauan Umno di Selangor, kerajaan Selangor Pakatan Rakyat mesti mempunyai dana yang bukan sekadar cukup, malah menggerunkan lawan.
Oleh itu, tidak susah untuk memahami mengapa Khalid sentiasa mewar-warkan jumlah rizab kerajaan Selangor kepada umum. Ia adalah strategi politik serampang dua mata, pertama mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat bahawa Selangor sedang ditadbir dengan baik, dan kedua ditujukan untuk Umno, bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat mempunyai dana yang cukup untuk berperang dengannya sekiranya mereka melakukan apa-apa.
Meningkatkan rizab kerajaan negeri Selangor adalah satu langkah politik untuk menyekat sebarang peluang Umno untuk merampas kembali Selangor.
Hanya dengan rizab yang menggerunkan, Putrajaya tidak berani melakukan sabotaj berbentuk kewangan pada kerajaan negeri Selangor kerana ia tahu kerajaan Selangor mampu menyelesaikannya.
Ia dilakukan dengan baik oleh Khalid apabila beliau melawan sabotaj Umno menggunakan isu kutipan sampah melalui pembelian sendiri jentera pengurusan sampah.
Untuk membolehkan rakyat melupakan Umno di Selangor dan hanya teringat kepada Pakatan Rakyat, Khalid memberikan air percuma 20m3 setiap bulan kepada rakyatnya.
Pemberian air percuma ini menjadi satu mercu tanda kecemerlangan pentadbiran Khalid, kerana rakyat tidak pernah menikmati kemewahan ini semasa Umno-BN mentadbir.
Kerana air percuma ini, rakyat juga merasakan Selangor ditadbir dengan baik kerana rizab semakin meningkat sehingga mampu memberikan air percuma yang selama ini tidak mampu diberikan oleh kerajaan Umno-BN.
Air percuma ini pada kulitnya dilihat sebagai satu usaha berkebajikan Khalid, tetapi di sebaliknya, ia sebenarnya dicatur dengan penuh teliti yang merangkumi kehebatan ilmu strategik politik Khalid.
Lantikan Khusrin, gaji, istana
Sebagai seorang bekas CEO satu syarikat yang besar, setiap tindakan Khalid akan dilakukan dengan penghujungnya “apakah kesudahan yang diinginkan.”
Khalid perlu memastikan setiap langkah taktikalnya menguntungkan kerajaan negeri dan juga rakyatnya meskipun berdepan dengan keadaan yang amat sukar. Situasinya mesti win-win, atau win-lose, tapi lose untuk pihak lain.
Selain itu, Khalid juga dilihat sentiasa mengelakkan diri dan kerajaan negeri daripada bertembung dengan pihak istana.
Khalid belajar daripada episod bantahannya terhadap pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan negeri Selangor.
Ketika itu, walaupun Khalid membantah pelantikan Khusrin yang dilakukan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) tanpa merujuknya terlebih dahulu, tetapi beliau tetap menghadirkan diri ke majlis angkat sumpat Khusrin atas alasan menghormati Sultan Selangor.
Daripada segi politik, Khalid memahami sekiranya beliau memulau majlis angkat sumpah tersebut, ia akan dilihat sebagai mengisytihar perang dengan istana.
Apakah kebaikan atau keuntungan yang boleh dicapai dengan berperang dengan istana? Tiada, malah ia merugikan kerana langkah itu akan memberi laluan untuk Umno mempertingkat serangan dan menjejaskan sokongan pengundi Melayu kepada Pakatan Rakyat.
Oleh itu, Khalid akur dengan lantikan Khusrin meskipun dalam protes kerana menjaga hubungan baiknya dengan istana perlu diutamakan bagi mengelak gangguan tidak perlu terhadap kerja beliau sebagai MB Selangor. Langkah sedemikian juga mengelakkan beliau dan seluruh kerajaan negeri daripada terperangkap dalam permainan Umno.
Berbalik ke waktu ini, ramai yang mengecam tindakan Khalid menaikkan gaji exco, speaker, timbalan speaker dan beliau sendiri sebagai menteri besar pada skala yang besar.
Walaupun panas pada awal isu ini terletus, tetapi akhirnya, isu gaji tinggi di Selangor sebenarnya berpihak kepada kebijaksanaan politik Khalid.
Gaji yang tinggi melambangkan kemakmuran pentadbiran Selangor. Gaji MB lebih tinggi daripada PM sebenarnya satu kemenangan untuk Pakatan Rakyat, kerana ia menunjukkan Selangor ditadbir jauh lebih baik daripada Putrajaya sehingga membolehkan keadaan itu berlaku. Meskipun Umno-BN mentadbir untuk 5 dekad lamanya, mereka masih tidak mampu berbuat demikian.
Khalid juga tidak mahu apa yang berlaku semasa pentadbiran Umno-BN berlaku di zaman Pakatan Rakyat iaitu ahli politik termasuk exco merekacipta projek dan menceburkan diri dalam aktiviti untuk menambah sumber pendapatan diri dan keluarga kerana kesempitan wang. Situasi inilah menjadi baja kepada suburnya masalah kronisme, salah guna kuasa, projek rundingan terus dan rasuah di dalam pentadbiran Umno-BN.
Apakah jalan keluar untuk mengelakkan perkara ini berlaku? Bagi Khalid, memberikan gaji yang setimpal kepada mereka adalah jalan keluar paling mudah dan logik. Walaupun dari luar kenaikan gaji yang dicadangnya kelihatan lumayan, sebenarnya gaji itu adalah setimpal dengan kecemerlangan kerajaan negeri Selangor.
Jais, isu Allah dan PKNS

Muafakat ahli, pimpinan tunjang kekuatan Pas

Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood
SHAH ALAM - Tindakan Pas menyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Dun Kajang membuktikan ahlinya akur dengan keputusan pimpinan tertinggi parti.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, perkara itu jelas dilihat menerusi kenyataan Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang.

“Hadi, melalui ucapannya, menggesa seluruh penyokong Pas menyokong Anwar sebagai calon di Dun Kajang," katanya.

Menurutnya, permuafakatan antara pimpinan atasan dan bawahan dalam Pas juga merupakan tunjang kekuatan dalam mengukuhkan parti itu.

“Pas mempunyai tradisi tersendiri dalam menentukan sebarang keputusan yang bakal dilakukan dalam PR bagi menjamin kestabilan parti mereka. Jadi keputusan dari bawah ke atas merupakan keputusan yang adil dan berjaya memuaskan hati semua pihak,” katanya.

Justeru, Pas merupakan parti yang sentiasa berpegang pendirian, bukan yang tunduk serta tidak bersuara.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda Pas Selangor, Mohd Sany Hamzan menganggap tindakan Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai Adun Kajang sebagai mengkhianati amanah rakyat Selangor kepada PR.

Orang Kajang mesti tolak politik samseng – Anwar

DSAI_CNY_NEC
KAJANG 9 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pengundi di DUN Kajang untuk menolak politik samseng dan bersifat kebencian.
Anwar menegaskan, pencanggahan pendapat tidak akan dapat diselesaikan dengan provokasi dan ugutan politik
“Negara ini ada undang-undang. Jangan sombong. Kalau pemimpin tidak hormat rakyat, macam mana rakyat nak hormat pemimpin?
“Apa yang dilakukan sesetengah orang Islam tidak mewakili pandangan keseluruhan orang Islam di negara ini. Saya harap masyarakat Cina faham perkara ini.
“Saya orang Islam. Orang Islam mesti menjamin keadilan untuk semua, mesti lakukan (tindakan) yang adil kepada semua,” kata Anwar.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 2,000 hadirin di majlis sambutan Tahun Baru Cina di Kolej New Era Kajang, hari ini.
Turut hadir Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, ahli parlimen Selayang, Willis, Leong , ahli parlimen Wangsa Maju, Dr tan Kwee Kwong dan dan Pengerusi Kolej New Era Dr Yap Sin Tian.
Anwar turut memetik pandangan ahli falsafah Cina Kung Fu Tze (Confucius) mengenai konsep ‘principle of reciprocity’ atau memberi dan menerima.
“Ketua kena hormat rakyat, barulah rakyat hormat ketua,” kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.
“Kalau ada percanggahan pendapat, kita boleh selesaikan dengan baik, bukannya mengugut dan bawa permusuhan antara kaum.
“Saya seru masyarakat ntuk kerja bersama-sama. Tunjukkan masa depan Malaysia yang lebih baik,” kata Anwar.

Anwar: Bukan senang nak menang di kajang

 Anwar Ibrahim  
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) bercakap sempena program syarahan "Kebangkitan Asia oleh Anwar Ibrahim & Merdeka Rakyat oleh Dr Syed Husin Ali" semalam. - Foto Sinar Harian oleh Zulfadhli Zaki
PUCHONG - Walaupun dianggap calon pilihan untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap meletakkan dirinya sebagai 'underdog'.

Katanya, beliau sesekali tidak percaya akan dapat laluan tanpa perlu bekerja keras pada pilihan raya ini.
 
"Saya tak pernah anggap jadi calon ni senang. Siapa pun calon parti lawan, tetap saya ambil kira dan akan kerja kuat untuk tawan hati rakyat," katanya.
 
Menurutnya, beliau tidak anggap mana-mana pilihan raya disertai sebagai mudah kerana yang dilawan bukan hanya calon.
 
"Kita lawan parti, lawan kerajaan, lawan seluruh Umno. Jadi nak menang bukan senang. Kita tak ada media dan jentera, jadi kena kerja kuat," katanya selepas menyampaikan ucapan 'Asian Renaissance Part 2' pada kursus Merdeka Rakyat di sini, semalam.
  
Selain berdepan parti lawan, kata Anwar, baginya cabaran lain yang perlu dilalui ialah serangan fitnah.

Imej Najib terjejas teruk, Waytha letak jawatan akibat janji tidak ditepati

Kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin goyah dengan peletakan jawatan P Waytha Moorthy sebagai timbalan menteri kerana janji tidak ditepati yang dibuat dengan masyarakat India sebelum Pilihan Raya Umum 2013.
Mereka yang rapat dengan ketua Hindraf itu berkata, beliau berasa perdana menteri tidak boleh dipercayai  sama seperti yang berlaku dengan isu penyelesaian 10 perkara berkenaan Bible berbahasa Melayu yang Najib kini mengatakan ia tertakluk kepada undang-undang Islam negeri.
Kedua-dua perjanjian dengan Hindraf dan Kristian yang dibuat sebelum pilihan raya oleh perdana menteri yang pengkritik katakan sebagai tidak komited atau mampu untuk ditepati.
Persoalannya,  adakah mana-mana individu atau kumpulan yang akan mempercayai kata-kata Najib selepas ini?
Malah kumpulan yang memperjuangkan hak Melayu, Perkasa juga tidak gembira dengan Najib kerana kurangnya ketegasan pendirian beliau dalam menangani penganut Kristian berkenaan isu penggunaan kalimah Allah dalam ibadah mereka.
Pentadbiran Najib juga sedang bergolak selepas pemotongan subsidi yang menyebabkan peningkatan harga dan inflasi tahun ini, lapan bulan selepas kempen pilihan raya di mana perdana menteri berjanji tiada pemotongan atau penarikan subsidi dan memastikan negara berpendapatan tinggi menjelang 2010.
Kedudukan Najib juga menyusut kepada penurunan paling rendah sejak memegang jawatan pada 2009, menurun kepada 52% pada Disember 2013, daripada 62% pada Ogos 2013, hasil tinjauan Merdeka Center.

Pesan Taib kepada BN negeri: Pastikan politik rasis Umno tidak masuk Sarawak



Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kanan) bersara selepas 33 tahun berkhidmat dan penggantinya dikatakan bakal diumumkan tidak lama lagi. Gambar fail.Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kanan) bersara selepas 33 tahun berkhidmat dan penggantinya dikatakan bakal diumumkan tidak lama lagi. Gambar fail.Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggalkan jawatan ketua menteri Sarawak dengan satu nasihat kepada penggantinya - sesiapa pun menggantikannya harus memastikan politik rasis Umno tidak masuk ke negeri itu.
Kenyataan Taib semasa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) semalam memberi indikasi jelas bahawa penggantinya "harus tegas dan tidak berpaling" apabila berurusan dengan Putrajaya mengenai perkara yang melibatkan kepentingan Sarawak.
Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi, berkata Taib mengatakan penggantinya  perlu bersungguh-sungguh melindungi hak negeri seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963.
"Kita mesti berpegang kepada Perjanjian Malaysia dalam melindungi hak negeri ini," kata Rundi mengenai mesej Taib ketika ditanya apa yang berlaku dalam mesyuarat MT BN negeri di Kuching selain memberi ketua menteri itu mandat untuk memilih penggantinya.
Rundi berkata, bertegas dengan Putrajaya termasuk menghalang Umno masuk ke Sarawak yang dilihat tidak begitu mengendahkan perjanjian 20 perkara yang menjamin kepentingan dan hak Sarawak dan penduduknya apabila mereka bersetuju membentuk Malaysia bersama Malaya, Sabah dan Singapura.
Katanya, tiada sebab bagi Umno untuk melebarkan sayapnya ke Sarawak kerana Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Taib cemerlang dalam menguruskan negeri dan hak rakyat Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia.
Rundi berkata, sosio-etnik negeri berbeza daripada Semenanjung Malaysia dan lebih baik ia dikendalikan oleh rakyat Sarawak yang memahaminya dengan lebih baik.
Taib pada hujung minggu lalu mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan ketua menteri dan menghabiskan masa pada Sabtu dan Ahad untuk pelan persaraannya bersama pemimpin PBB dan MT BN.

Anwar Ibrahim: New Direction For Selangor & What's In Store For The People?

Wacana Nasional : Belia

Kenapa tiada Hisbah di Kelantan

Roadshow JOM TURUN - TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG (2/2)

Roadshow JOM TURUN - TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG (1/2)

Pelancaran JOM TURUN - TUAN HAJI MOHAMAD SABU (2/2)

Pelancaran JOM TURUN - TUAN HAJI MOHAMAD SABU (1/2)

Pelancaran Roadshow JOM TURUN - UCAPAN OLEH DATO MAHFUZ OMAR (2/2)

Pelancaran Roadshow JOM TURUN - UCAPAN OLEH DATO MAHFUZ OMAR (1/2)

Pelancaran Roadshow JOM TURUN - UCAPAN OLEH USTAZ ZAHARUDIN MUHAMMAD

''Parti Ajaran Songsang Itu PAS'' - Tengku Adnan

Wangsa Maju: Wakil Rakyat PKR Hanya Serpihan - Tengku Adnan