Ahad, 9 Februari 2014

Pandangan UAI Tentang 'VILLA NABILA'

Agenda Awani: Tragedi Rohingya

STAM - Pangkat Mumtaz Meningkat Di Kelantan

Mandi Wajib Dengan Badan Bersabun/Bersyampu - Ustaz Azhar Idrus

Anak Hantuk Kepala Bila Mengamuk - Ustaz Azhar Idrus

Meludah Bila Nampak Tahi Bintang? - Ustaz Azhar Idrus

Tok Imam masjid di pecat kerana berkhutbah jumaat isu harga barang dan hudud

Subhanallah...!!!
Imam yangg bercakap benar pun dipecat...

Benarlah apa yang Rasulullah SAW pernah bersabda :
سيأتِي على الناسِ سنواتٌ خدّاعاتٌ ، يُصدَّقُ فيها الكاذِبُ ، ويُكذَّبُ فيها الصادِقُ ، ويُؤتَمَنُ فيها الخائِنُ ، ويخونُ الأمينُ ، وينطِقُ فيها الرُّويْبِضَةُ . قِيلَ : وما الرُّويْبِضةُ ؟ قال : الرجُلُ التّافِهُ يتَكلَّمُ في أمرِ العامة

"Akan datang kepada manusia suatu zaman tahun² yang tandus. Orang  yang berdusta dikatakan benar dan orang yag benar dikatakan berdusta. Pengkhianat akann disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "ruwaibidhah" sahabat bertanya apalah "ruwaibidhah" itu? Maka Rasulullah menjawab:Org yang kerdil lagi hina yang tak pandai mengurus hal org ramai.

PEMECATAN IMAM KERANA BERKHUTBAH ISU HUDUD DAN KENAIKAN HARGA BARANG

Pihak Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Kg. Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak didapati telah memecat seorang imam jemputan yang telah berkhidmat selama dua tahun dimasjid tersebut.

Antara sebab utama imam tersebut dipecat ialah beliau telah menyampaikan khutbah yang diklasifikasikan berbaur politik iaitu hukum Hudud tidak dapat dilaksanakan di Kelantan kerana halangan Kerajaan Persekutuan dan kenaikan harga barangan masakini disebabkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Pesan terakhir Taib: S'wak untuk orang S'wak

Pesan terakhir Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebelum bersara adalah memastikan pemimpin negeri menjaga hak Sarawak dan memastikannya terus dipimpin oleh orang Sarawak sendiri.

Setiausaha Agung BN negeri Stephen Rundi Atom berkata pesanan itu diberikan Taib pagi ini ketika pemimpin berumur 77 tahun itu mempengerusikan mesyuarat pimpinan BN Sarawak untuk kali terakhir.

"Kata-kata kuat beliau adalah kami perlu melindungi hak negeri seperti termaktub dalam perlembagaan," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat di ibu pejabat PBB petang tadi.

Ditanya samada ia bermaksud memastikan Umno tidak meluaskan pengaruh mereka di Sarawak, Stephen membalas: "Sesuatu seperti itu."

"Apa yang kami (PBB) buat kini sama seperti apa yang diaspirasikan Umno di pihak mereka (berkhidmat kepada masyarakat Bumiputera di Semenanjung), tidak perlu melakukan usaha sama di sini (dengan adanya Umno di Sarawak)," tambah beliau.

Stephen berkata Sarawak berbeza dengan Semenanjung dan hanya rakyat Sarawak boleh memahami kerumitan yang dihadapi dan memastikan keharmonian negeri - yang terdiri lebih 43 kaum dan suku kaum berbeza.

"Tol tidak naik" kata Muhyidin, tetapi wang rakyat bayar pampasan RM400 juta

Pengumuman TS Muhyidin Yassin tiga hari lepas yang tol lebuhraya tidak akan dinaikkan tahun ini dan kerajaan telah bersetuju untuk membayar pampasan sebanyak RM400 juta kepada pemegang konsessi lebuhraya di negara ini. Tol merupakan ‘proponent’ besar dalam perbelanjaan rakyat zaman sekarang ini, maka desakan rakyat untuk tidak menaikkan tol itu sudah dianggap satu tindakan besar kerajaan dalam menyelenggara masalah rakyat menghadapi kos kehidupan yang tinggi itu.
Jika tidak salah pembacaan saya pembayaran pampasan itu merupakan ‘legal obligation’ pihak kerajaan dalam perjanjian konsessi lebuhraya dengan kerajaan itu. Bagi saya ia tetap perbelanjaan rakyat. Dari rakyat secara individu membayar tambahan tol itu, harga tambahan tol itu dibayar oleh kerajaan dengan menggunakan wang rakyat juga. Hasil tidak akan kemana. Tambahan yang sepatutnya dibayar oleh orang ramai itu sekarang dibayar dengan menggunakan wang rakyat.
Justeru itu ia bukanlah membebankan rakyat. Ia membebankan kerajaan yang dipunyai oleh rakyat. Pemegang konsessi Lebuhraya tetap tidak mengambil bahagian untuk meringankan beban rakyat. Kerajaan akan mengambil kembali jumlah pampasan itu dari percukaian baru daripada sumber yang lain jika perbendaharaan rakyat kekurangan simpanan nanti.
Dalam keadaan negara menghadapi krisis ekonomi sekarang ini, pemegang konsessi lebuhraya sepatutnya bersama-sama memainkan peranan dan menyumbang untuk menghadapi zaman muram ekonomi sekarang ini. Pemegang konsessi telah membuat banyak kutipan dengan keuntungan yang besar.
Adalah tidak adil jika kerajaan tidak dapat merundingkan supaya pemegang konsessi lebuhraya itu juga menyumbang kepada rakyat dengan tidak menaikkan harga tol seperti yang terkandung dalam perjanjian itu. Tidak payah meminta kerajaan membayar pampasan dan sebagainya. Itu lah yang saya sebut selalu dalam posting-posting saya yang berkait dengan tol ini. Pemegang konsessi tidak mempunyai komitmen untuk menurunkan atau mengekalkan kadar tol ini kerana mereka senantiasa memikirkan keuntungan yang berlebihan yang telah di persetujui semasa menandatangai perjanjian konsessi itu.

PKR sambut baik perletakan jawatan Waytha

SHAH ALAM, 9 FEB: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengalu-alukan perletakan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy kerana beliau dan kerajaan pusat tidak mempunyai niat untuk membantu kaum India di negera ini.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata memorandum persefahaman (MOU) antara kumpulan Hindraf dan BN sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu hanya gimik.
Katanya, BN tidak pernah ikhlas menyelesaikan masalah sosio ekonomi masyarakat kaum itu.
“Kami mengalu-alukan perletakan jawatan beliau dan diharapkan akan bekerja untuk rakyat dan golongan miskin,” katanya padasidang media di Puchong, hari ini.
Waytha adalah Pengerusi Hindraf dan meletakkan jawatan dalam kabinet selepas dikatakan kecewa dengan keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangani masalah kaum India antaranya kemiskinan, jenayah, belia dan pendidikan.
Memetik kata-kata Setiausaha Hindraf P Ramesh, The Star melaporkan peletakan jawatan Waytha sebagai timbalan menteri akan berkuat kuasa, pada 10 Februari ini.

Pre-Kajang polls, Dong Zong chips in with request

Anwar Ibrahim: Mahu Orang Cina Hormat Bahasa & Islam, Tapi Saya Pun Kena Hormat Orang Cina

Kajang: Dong Zong champions Anwar

Chinese school association hopes opposition leader can resolve land issue which has been delayed for 14-years. 

KAJANG: The United Chinese Schools Committee Association of Malaysia (Dong Zong) today expressed hope that Opposition Leader Anwar Ibrahim can resolve a longstanding land issue in light of the latter’s bid for the Kajang state assembly seat.
Dong Zong chairman Yap Sin Tian hoped that “as the by-election is looming”, Anwar and the Selangor state government could help to resolve the issue involving the donation of a 100-acre campus land in Sepang to New Era University College which has been delayed for 14-years.
Yap also hoped that Anwar would allocate land of at least five acres for the reinstatement of the Yu Hua Chinese secondary school, and ensure that higher education institutions under the Selangor state government would recognise the Unified Examination Certificate (UEC) of Malaysian Independent Chinese secondary schools.
“The 2013-2025 Malaysia Education Blueprint (MEB) is continuing policies and measures that are unfavourable to the survival and development of mother-tongue education, causing it to face a detrimental impact and a crisis of having its nature fundamentally altered,” Yap said at an open house event here.
“Such issues have yet to be resolved, and are causing worries and discontent,” he added.
Yap disclosed that Putrajaya’s neglect for mother-tongue education was the reason many organisations of various ethnic groups continue to fight for the right to said education through various means.
“It is our hope that the government will revise and rectify policies and measures in the MEB that are favourable to the survival and development of mother-tongue education,” he said.
He added that measures include providing fair and reasonable treatment to schools of various streams and to develop them in an institutionalised manner, as well as resolve long-term issues plaguing the school system, such as shortage of teachers, fund allocations, school land, construction of new schools and the powers of school boards.

Anwar mahu jadikan PRK Dun Kajang landasan pertumbuhan ekonomi

PUCHONG 9 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mahu menjadikan Pilihan Raya Kecil DUN Kajang sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Selangor, selain menangkis isu perkauman yang kini menjadi agenda Umno BN.
“Jika ditanyakan kepada saya adakah saya sanggup untuk hadapi risiko dalam politik, ya kerana saya tidak mahu mengorbankan rakyat.
“Saya juga nak jadikan Kajang sebagai landasan perlaksanaan pertumbuhan ekonomi, ada jaminan untuk setiap anak Selangor dan hak dapat dipertahankan.
“Takkan izinkan sesiapa pertikaikan hak sama ada dia Melayu, Cina, India atau orang Asli serta bangsa lain seperti Kristian yakin bahawa kita takkan khianati amanah dan hak mereka,” jelasnya dalam syarahan bertajuk “The Asian Renaissance Courses di Dewan Reformasi Demokrasi dan Upaya Masyarakat, Puchong hari ini.
Merujuk kepada pemerintahan di zaman Saidina Umar Al Khatab, Anwar berkata tiada makna demokrasi sekiranya pemerintah tidak  berlaku adil kepada semua rakyat.
Beliau merujuk kejadian di mana Saidina Umar melepaskan seorang pencuri daripada hukuman potong tangan, sebaliknya mencari keadilan atas kesalahan tersebut.
“Saidina Umar berkata, kalau kamu (pencuri) mencuri lagi, saya akan memotong tangan orang kaya kerana membiarkan rakyat susah sehingga terpaksa mencuri,” kata Anwar.

Taib akan serah surat peletakan jawatan dan nama calon penganti kepada gabenor Sarawak

Adakah Mereka Ini Bakal KM..???
Tan Sri Abdul Taib Mahmud bakal menamatkan kepimpinannya selama 33 tahun di Sarawak dan menamakan penggantinya apabila bertemu dengan gabenor bagi menyerahkan surat peletakan jawatan secara rasmi.
Ketua menteri Sarawak itu akan bertemu Yang Dipertua Negeri (TYT) Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dalam tempoh "dua atau tiga hari" apabila TYT kembali daripada lawatan ke seluruh negeri bersempena Tahun Baru Cina.
Taib, 78, berkata beliau akan meletakkan jawatan dan mengemukakan nama penggantinya pada mesyuarat ketika menjawab soalan pemberita selepas mempengerusikan mesyaurat majlis tertinggi Barisan Nasional (BN) negeri seperti yang dijangka, beliau diberi mandat untuk memilih penggantinya.
Parti Taib, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) semalam "sebulat suara" memberikan mandat yang sama untuk menamakan penggantinya.
Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa kesemua empat komponen parti BN Sarawak hari ini mencapai kata sepakat menerima keputusan Taib berundur dan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih beliau sebagai pengganti, kata Setiausaha Agung BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom.
Beliau berkata, Tan Sri Dr James Jemut Masing (Parti Rakyat Sarawak), Tan Sri William Mawan Ikom (Parti Demokratik Progresif Sarawak) dan Tan Sri Peter Chin (Parti Rakyat Bersatu Sarawak) menyokong keputusan Presiden PBB .

Tawaran tampar sama seperti upah membunuh, kata PAS

PAS mengecam sikap tidak bertanggungjawab Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang mengambil sikap lepas tangan dalam kes tawaran tampar ke atas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar bimbang jika tiada tindakan tegas diambil, berkemungkinan selepas ini akibat lebih buruk seperti membunuh akan berlaku.
"Kalau sekarang upah akan dapat bila ada individu boleh menampar seseorang dan selepas ini mungkin upah yang lebih lumayan bila dapat membunuh seseorang.
"Adakah Ahmad Zahid tidak terfikir apa akan berlaku jika ada yang menyahut tawaran tersebut dan saya pasti bukan sekadar menampar, perkara yang lebih teruk akan berlaku," kata Mahfuz yang dipetik dalam Harakah Daily hari ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mempersoalkan sama ada Ahmad Zahid mahu menunggu kematian baru mengambil tindakan ke atas pihak tidak bertanggungjawab tersebut.
"Yang pastinya kecederaan teruk dan tidak mustahil akan mengakibatkan kematian. Adakah Ahmad Zahid mahu tunggu kematian baru tindakan terhadap individu yang menawarkan tawaran akan dikenakan?" soal beliau lagi.
Mahfuz berkata kenyataan Ahmad Zahid tersebut tidak menggambarkan jawatannya sebagai seorang menteri sebaliknya menambahkan lagi ketegangan.

Anwar: PRK Dun Kajang bukan mudah, saya lawan keseluruhan kerajaan BN..!!

Saya bukan lawan calon, saya lawan keseluruhan kerajaan, kata Anwar Ibrahim. 

PUCHONG: Ketua  Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak memandang ringan bakal calon yang akan ditentangnya dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang nanti.
Anwar, dalam satu sidang media di sini hari ini berkata tidak kira dari parti mana calon akan ditentangnya nanti dalam PRK, beliau sedar akan cabaran yang bakal dihadapi.
“Saya tak pernah anggap (mana-mana) calon senang. Calon dari parti lawan semuanya saya ambil kira dan akan bekerja kuat.
“Ini bukan mudah sebab saya bukan lawan calon, saya lawan seluruh kerajaan, seluruh Umno. Dan saya tahu beberapa tokoh lama Umno yang dah bersara pun bangun balik apabila dengar Anwar nak ke Selangor,” katanya.
Menurutnya lagi, isu siapa yang bakal dicalonkan BN merupakan isu kecil dalam keadaan beliau diserang dari pelbagai sudut termasuk oleh media.
“Saya terpaksa berdepan dengan seluruh media yang dah mula serang dengan fitnah jijik dan sebagainya.
“Dan orang-orang yang bakal mendapat habuan itu muncul. Siapa nak maki Anwar, masa inilah masa tang terbaik untuk mendapatkan elaun tambahan,” katanya sambil tertawa kecil.
Anwar bagaimanapun masih berahsia sama ada beliau akan bertanding jawatan tertinggi PKR dalam pemilihan parti yang akan datang, walaupun mengakui terdapat saranan dari peringkat akar umbi untuk beliau berbuat demikian.

Pengunduran Taib mungkin berlaku pilihanraya kecil Dun Balingian.??

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dilihat mengikut jejak langkah bapa saudaranya, Tun Abdul Rahman Ya'kub dengan meletak jawatan sebagai ketua menteri dan ADUN untuk menggalas tugas sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Ini bermakna kerusi DUN Balingian, yang beliau pertahankan sejak 2001, bakal menyaksikan berlangsungnya pilihan raya kecil di kerusi tersebut.

Menurut Setiausaha Agung BN Sarawak Stephen Rundi Utom, Taib telah menyuarakan kepada pemimpin BN negeri untuk meletakkan jawatan sebagai ketua menteri sebelum hujung bulan ini.

"Kita perlu mematuhi keperluan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan jika memerlukan adanya pilihan raya kecil, kita akan hadapinya," kata beliau kepada wartawan selepas mesyuarat di Petra Jaya hari ini.

Taib dispekulasikan merancang untuk berada di posisi yang membolehkan beliau terus mempunyai pengaruh kepada politik negeri itu selepas 33 tahun menerajui pentadbiran tertinggi Sarawak.

Yang di-Pertua Negeri kini bakal menamatkan perkhidmatan beliau pada 28 Februari ini.

Seorang yang di-Pertua Negeri dilantik dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat kerajaan negeri. Gabenor adalah ahli Majlis Raja-raja tetapi tidak mendapat kelebihan penuh dan kuasa seorang sultan.

Peletakan jawatan Waytha Moorthy bukti kerajaan tiada kesungguhan, kata Anwar


 Anwar memberi ucapan semasa rumah terbuka Dong Zong perayaan Tahun Baru Cina di Kajang, Selangor hari ini. Beliau menyambut baik ketegasan yang ditunjukkan Waytha Moorthy dengan meletakkan jawatan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 9 Februari, 2014.  
Anwar memberi ucapan semasa rumah terbuka Dong Zong perayaan Tahun Baru Cina di Kajang, Selangor hari ini. Beliau menyambut baik ketegasan yang ditunjukkan Waytha Moorthy dengan meletakkan jawatan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 9 Februari, 2014.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan peletakan jawatan Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy sebagai bukti kegagalan Putrajaya melaksanakan tanggungjawabnya.
Semalam, usaha transformasi yang cuba dibawa dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dilihat tidak membuahkan hasil, setelah Hindraf mengumumkan peletakan jawatan pengerusi mereka.
"Kita sambut baik sama ada dia daripada awal tidak menyertai, kerana kita tidak percaya ada kesungguhan di pihak kerajaan Umno-BN untuk melaksanakan janji sebelum PRU yang Najib tandatangani," kata Anwar dalam sidang media di Puchong hari ini.
Waytha Moorthy sejak awal lagi dilihat sukar untuk bekerja dengan pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya daripada Umno, perbezaan pendiriannya dengan pemimpin dalam pentadbiran Najib menjadi batu penghalang usahanya untuk bekerjasama.
Sejak awal lagi bibit ketegangan kelihatan, Waytha Moorthy menerima tamparan pertama apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengecamnya supaya meletak jawatan kerana mempersoalkan tindakan pihak berkuasa polis.
Selain mempunyai perbezaan pandangan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ultra-Melayu juga memberi tekanan kepada Waytha Moorthy.

Peguam negara patut ajar Zahid undang-undang jenayah' - Teresa



Pengguna laman sosial juga tawar ganjaran buat Zahid

Kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa tawaran wang tunai untuk 'menampar' seorang ahli parlimen DAP bukan "satu ancaman", menyebabkan laman media sosial kecoh dengan tawaran mereka sendiri.

Tidak seperti sekumpulan NGO Islam yang menawarkan RM 1,200 untuk menampar Teresa Kok, pengguna laman sosial itu juga membuat tawaran kepada mereka yang berani untuk menyedarkan Zahid.

Tawaran dari pelbagai individu itu bermula serendah 5 sen dan setinggi RM 1,500 dan beberapa pengguna mencadangkan majlis kutipan derma bagi tujuan itu.

'Twit' dalam bahasa Melayu dan Inggeris mengenai hal itu memenuhi laman tersebut sehingga lewat malam semalam sehingga ada yang menawarkan seikat kangkung bagi tujuan sama.

Beberapa pengguna, seperti personaliti media Asha Gill mencadangkan supaya menggabungkannya dengan kempen derma, manakala kebanyakan yang lain rasa jengkel dengan menganggap kenyataan Zahid tidak logik.

Perjalanan Akhir Almarhum Pak Yazid..

Al Fatihah buat Ustaz Yazid Jaafar...

Pantun Nasihat Almarhum Pak Yazid..

Kalau berniaga janganlah rugi,
Kalau berkayuh janganlah patah,
Kini kita di atas bumi
Esok kita di kandung tanah.

Kalau tiba saatmu mati
Tidak guna menangis darah
Tinggal harta, anak dan isteri
Tinggal segala emas pertatah.

Rumah tinggal gedungpun tinggal
Tinggal juga usaha yang gigih
Kita menghadap Tuhan yang tunggal
Hanya berguna amal yang soleh.

Jangan suka banyak berdalih
Hidup asyik minum dan makan,
Jika tidak beramal soleh
Rugilah kita sepanjang zaman.

 
 
KUALA LUMPUR: Jenazah veteran PAS dan pendakwah terkenal, Ustaz Yazid Jaafar yang meninggal dunia pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang sebentar tadi.
Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Jamek Kampung Baru dengan dimami Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ribuan umat Islam turut sama menyembahyangkan jenazah Allahyarham.
Sebelum daripada itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob turut mengimami solat jenazah di kediaman Allahyarham sebelum jenazah dibawa ke masjid.
Allahyarham Pak Yazid ialah seorang pesara tentera. Pernah menjawat Yang Dipertua Persatuan Bekas Perajurit Force 136, beliau mengetuai  perbarisan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Pak Yazid menyertai PAS pada 1956 dan pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor pada 1970-1974.
Pada pilihan raya umum (PRU) 1969, beliau bertanding mewakili PAS di kawasan Parlimen Pekan melawan Tun Abdul Razak Husein daripada Perikatan.
Menjadi petugas sepenuh masa Pejabat Agung PAS dari 1964 hingga 1974, beliau juga pernah menjadi guru agama dan pendakwah di Lembah Klang dari dekad  1960 hingga ke akhir hayat.
Kediaman beliau di Kampung Baru pernah dijadikan lokasi kuliah mingguan dan menjadi tempat tumpuan popular para pencinta ilmu pada setiap hujung minggu.
Ceramah agama yang sering diselitkan dengan kisah masyarakat dan unsur humor menjadikan Pak Yazid antara pendakwah terkemuka pada dekad 80-an dan 90-an.
Semoga Allah SWT menempatkan roh beliau bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan orang-orang yang Saleh. Al-Fatihah.

'Orang pandai fikir takkan layan tawaran menampar' - Joseph Kurup



Teresa seru RTM jangan aniaya pelakon sitkom

Umno sudah melupakan Tunku Abdul Rahman?

Bukan senang mendapatkan kemerdekaan negara tanpa berlakunya tumpah darah.


PETALING JAYA:  Semalam, 8 Februari, genap ulangtahun kelahiran ke 111 Presiden Umno yang kedua, Tunku Abdul Rahman yang juga Bapa Kemerdekaan.
Tetapi Umno atau kerajaan seolah-olah sudah melupakan jasa Almarhum itu.
Menurut bekas calon Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail, Umno bukan sahaja melupakan harjadi Tunku malah hari ulangtahun kematiannya pada 6 Disember. Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990.
“Pada ketika ini mungkin semua pemimpin dan ahli parti Umno sedang sibuk merencana dan merancang bagi persiapan menghadapi PRK Dun Kajang tidak lama lagi dimana nama pemimpin besar dalam Pakatan Rakyat (PR) akan bertanding iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga terlupa bahawa semalam adalah ulang tahun hari kelahiran Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 – 6 Disember 1990) ,” kata beliau kepada FMT.
Tunku merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai “Tunku”, beliau juga dikenang sebagai “Bapa Kemerdekaan” dan “Bapa Malaysia”.
Almarhum merupakan nama yang amat besar di dalam parti keramat Umno iaitu Presiden ke 2 Umno selepas Allahyarham Dato’ Onn Jaafar.
“Jasa Almarhum Tunku memang amat besar kerana berjaya mendapatkan kemerdekaan untuk Malaya kini digelar Malaysia. Bukan senang mendapatkan kemerdekaan negara tanpa berlakunya tumpah darah,” katanya lagi.

Anwar selar kenyataan Zahid, undang-undang perlu adil

SHAH ALAM, 9 FEB: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan keikhlasan Barisan Nasional (BN) berhubung dialog konsensus nasional apabila tidak ada seorang pemimpin parti itu menyelar ugutan perkauman dan ancaman terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Anwar turut mengutuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang membuat kenyataan bahawa tawaran menampar Kok bukan satu ancaman.
Katanya, tindakan Zahid seperti membenarkan ancaman itu dilakukan dalam negara dan undang-undang tidak dikuatkuasakan secara adil.
“Saya nak tanya Zahid, bagaimana boleh benarkan ancaman begini begitu sahaja? Tidak kira jika anda bersetuju dengan dia atau tidak, undang-undang mesti dikuatkuasakan secara adil,” katanya dalam sidang media selepas The Asian Renaisance Course, di Puchong, hari ini.
“Untuk memenuhi tanggungjawab sebagai Menteri Dalam Negeri. Beliau tidak boleh membenarkan orang ramai melanggar undang-undang, tidak kira sama ada mereka daripada Umno atau DAP.
“Saya tidak faham bagaimana Zahid boleh membuat kenyataan itu,” katanya.
Pada 6 Februari lalu, badan yang digelar Majlis badan bukan kerajaan (NGO) Islam menyembelih dua ekor ayam dan menawarkan ganjaran RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar Teresa Kok sebagai tanda kemarahan terhadap pemimpin pembangkang itu yang dikatakan menghina kepimpinan Melayu dan Islam.

Anwar : Politik samseng makin memuncak di Malaysia

anwar-gstKAJANG, 9 FEB: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau turun ke Kajang untuk meneruskan perjuangan menentang politik samseng yang semakin memuncak kebelakangan ini.
Katanya, perpaduan di Malaysia harus lebih baik termasuk pergaulan daripada segi politik terutama dalam keadaan negara yang sudah lama mengamalkan keharmonian kaum.
“Seharusnya lagi lama perlu lebih baik. Tetapi lagi lama makin teruk dan saya mahu lawan politik samseng, maka sebab itu turun ke Kajang” katanya.
Beliau berkata demikian pada sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2014 yang turut dihadiri Pengerusi Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekoah Cina (Dong Zong), Dr Yap Sin Tian dan pimpinan Pakatan Rakyat, di Kolej New Era, di sini, hari ini.
Pada masa sama, Anwar turut memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan meminta beliau terus berjuang walaupun berhadapan ancaman serangan.
Katanya, agama Islam sendiri menganjurkan keamanan dan menjamin kesejahteraan.

MB : ‘Saya sudah janji bertindak telus, demi rakyat Selangor’

mb khalid ibrahim etika golf 01KUALA SELANGOR, 9 FEB: Keputusan menamatkan kontrak 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dibuat dengan kajian dan tidak boleh ditarik balik.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. menegaskan keputusan terbabit dibuat demi rakyat Selangor dan tidak akan teragak-agak untuk menunjukkan kepada mereka sebab tindakan itu dilakukan.
“Saya sudah membuat kenyataan akhbar bahawa sebagai Menteri Besar, mesti berjanji untuk berlaku telus. Saya sudah berjanji untuk menjaga kepentingan Selangor dan rakyat negeri ini.
“Saya tidak akan teragak-agak untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa sudah membuat keputusan demi mereka,” katanya selepas Majlis Penyerahan Watikah Penggerak Belia Tempatan (PeBT), di Stadium Kuala Selangor, di sini, semalam.
Abdul Khalid berkata, pihaknya mengamalkan pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab.
“Setiap kputusan yang dibuat berdasarkan penyelidikan oleh pegawai yang brtugas di PKNS. Konsep penamatan kontrak, saya sudah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri untuk memantau pelaksanaan itu.

Asal usul nama Kajang

Asal usul nama Kajang
WALAUPUN memegang gelaran Datuk Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya Hulu Langat, Abdul Jalil Datuk Abdul Rani sangat mudah didekati.

Tidak lokek dengan senyuman, malah tutur bicaranya yang santun membuat penulis berasa senang walaupun baru lima minit bertemu dengan beliau.

Menjadi Orang Besar Daerah Hulu Langat, Abdul Jalil yang lebih mesra dipanggil Tok Ungku berkata, sejak dari kecil beliau menjadi saksi perkembangan di Kajang.

Katanya, dari pekan kecil, Kajang membangun menjadi sebuah bandar besar menempatkan pelbagai kemudahan dengan jumlah penduduk yang semakin padat.

Berkajang di Sungai Langat

Diminta berkongsi cerita mengenai asal usul Kajang, sambil tersenyum, Tok Ungku memberitahu mengikut versi bapanya.

Terdapat ramai pedagang luar yang datang ke Tanah Melayu melalui Sungai Langat sering kali berhenti di satu kawasan diperairan sungai itu. Menurut cerita bapa Tok Ungku, kebanyakan pedagang yang melalui laluan itu adalah orang Bugis.

“Pada zaman itu pada pedagang ini menggunakan sampan besar beratap, yang dipanggil Kajang, dan acap kali pedagang-pedagang ini berkata ‘ini tempat kita berkajang’, maksudnya macam berkhemahlah.

“Apabila sering kali kawasan itu menjadi tempat para pedagang ini berkajang maka lekatlah nama kawasan itu Kajang. Itulah cerita arwah bapa saya, tetapi ada juga versi cerita orang lain, itu saya tidak pasti,” katanya.

Arwah bapanya, Datuk Ungku Abdul Rani Datuk Shamsuddin juga merupakan bekas Orang Besar Daerah Hulu Langat dan baru meninggal dunia pada April lalu di usia 90 tahun.

“Arwah bapa saya, antara Orang Besar Daerah yang paling lama di Selangor, beliau memegang jawatan itu sejak 1955 hinggalah 2013. Banyak pengalaman dan cerita yang dikongsikan kepada saya, sebelum saya mengambil alih tugasnya secara rasmi pada tahun lalu,” katanya.

Bagaimanapun, tugas menjadi Orang Besar Daerah ini sudah dipikul sejak tahun 2010 lagi apabila bapanya mulai uzur.

Tidak pernah keluar dari Selangor

Belasungkawa: Pak Yazid berjuang di saat PAS masih dagang

Dr Riduan Mohamad Nor

"ZAMAN  enta (kamu) mudah dah ustaz,,. ke mana-mana pergi orang PAS ada... Ceramah pun ramai orang, zaman ana pemuda dulu, PAS ni dagang. Bergerak dengan duit semua sendiri,"ujarnya dengan penuh semangat dan penuh keterujaan mengimbau kembali nostalgia gerakan Islam era dekad 50-an dan 60-an.
"Ana (saya) ceramah di Kelantan,,. Dekat Kubang Kerian... orang tak ada,,, kena sorak lagi. Baru mula ceramah, pemuda tahan lasak (Umno) sorak beramai-ramai," Pak Yazid mengimbau bongkah kenangan, termasuk era tangkapan ISA kepada ulama PAS di awal dekad 60-an.
PAS terus memberikan pencerahan kepada masyarakat, jatuh dan bangun seterusnya muncullah PAS sebagaimana yang tersergam hari ini.
Beliau mencicip air yang terhidang di Restoran Taqwa Taman Melewar Gombak, sesekali membetulkan tempat duduk dan memandang sekeliling dengan penuh bahagia. Ramai yang tersenyum dan mengangkat tangan ke arah sosok daie tersohor ini. Dia murah senyuman dan tabiatnya yang mesra.
Ustaz Yazid terus bercerita… bersulam jenaka, kadang seolah perih mengenang teman-teman yang telah meninggalkan alam yang sementara ini. Saya melontar soalan demi soalan untuk megukuhkan maklumat kajian sarjana tentang 'Pengaruh Ikhwanul Muslimin terhadap perjuangan PAS' di tanah air ini.
Sketsa ini berlangsung pada tahun 2002, usai ceramah umum di Markas Tarbiah PAS Taman Melewar. Beliau sering hadir dalam ceramah-ceramah besar yang dianjurkan oleh parti, Kehadirannya dihormati oleh semua abnaul harakah. Tidak pelik kerana Pak Yazid begitu lama terlibat dengan perjuangan PAS.
Beliau mantan ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Pesuruhjaya PAS Selangor, Ketua Penerangan PAS Pusat dan lain-lain jawatan penting.
Anak kelahiran Perak ini sangat berwarna warni pengalamannya.  Beliau antara perajurit negara yang pernah bergabung dengan Force 136, terlibat dengan perbarisan hari kemerdekaan yang sangat berharga pada tanggal 31 Ogos 1957. 
Pak Yazid berlangbuana  ke seluruh negara untuk menyebarkan fikrah perjuangan PAS dalam dekad 1960-an. Beliau memimpin anak muda dan juga telah menggunakan kitab ' Peraturan dan Arahan’ nukilan Imam Hasan al Banna sebagai teks usrah. Beliau sangat kagum dengan perjuangan Ikwanul Muslimin di Mesir yang menggerakkan tarbiah dan jihad taalim untuk memancang kefahaman Islam yang syumul dalam masyarakat.

Menteri KDN galakkan perlakuan samseng

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memecat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataan beliau yang tidak bertanggungjawab.

Ahmad Zahid dalam satu kenyataan berkata tawaran ganjaran wang kepada sesiapa yang menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bukan satu ancaman.

Jelas Mahfuz, Najib tidak boleh memandang mudah kenyataan dikeluarkan Menteri Dalam Negeri itu memandangkan ia boleh mencetuskan ketegangan umum dan menggalakkan perlakuan samseng di kalangan pelampau kaum.

"Saya minta Najib segera memecat Ahmad Zahid atas kenyataan beliau yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang menteri.

"Kenyataan beliau itu sebaliknya akan mencetus lebih banyak ketegangan serta ugutan dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab jika timbul tidak puas hati.

"Malah saya pasti, bila seorang menteri mengeluarkan kenyataan sedemikian maka akan ada rakyat Malaysia yang akan bertindak dan kita tidak tahu apa akan berlaku dari tawaran tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.

Bayan Baru: Kekecohan hampir tercetus selepas ceramah Rafizi oleh kumpulan anti Pakatan

 
 Kekecohan hampir tercetus di Bukit Gedung malam tadi sewaktu Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mahu meninggalkan lokasi itu selepas memberi ceramah mengenai pilihan raya kecil DUN Kajang dan kesan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Selepas bercakap kepada pemberita selama kira-kira lima minit selepas ceramah 40 minit dalam kawasan kejiranan di Bayan Baru itu, seorang lelaki tua menghampiri Rafizi untuk menyerahkan memorandum mengenai masalah perumahan di negeri ini.

Menurut lelaki tersebut, sebuah rumah di Waterfall Garden akan dirobohkan pada 28 Februari.

Beberapa ahli NGO lain, termasuk Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) ketua Aminah Abdullah , juga cuba menghampiri Rafizi.

Turut serta dalam kumpulan itu, pihak yang sering terlibat dalam perhimpunan anti-Pakatan di negeri ini sejak gabungan itu mengambil alih kuasa pada 2008.

Bagaimanapun, ahli parlimen Pandan itu dikawal ketat oleh para penyokongnya termasuk MP Bayan Baru Sim Tze Tzin yang membawanya melalui orang ramai ke arah kereta Toyota Camry yang sedia menunggu untuk menghantar dia pulang.

Ketika beliau memasuki kereta, ketegangan meningkat apabila anggota PKIM mula mengelilingi kenderaan itu sebagai menyatakan rasa tidak puas hati kerana Rafizi enggan meluangkan masa menyantuni mereka.

Rafizi bagaimanapun kemudiannya keluar daripada kereta dan berkata: "Saya telah menerima memorandum kamu dan akan menelitinya".

Anwar mahu Khalid, Azmin berhenti bergaduh secara terbuka berhubung pemecatan 22 pekerja PKNS


Pergaduhan berterusan antara Abdul Khalid dan Azmin Ali dimanipulasi media pro-Umno, dan ini mengeruhkan hubungan mereka, kata Anwar. – Gambar fail. 
Pergaduhan berterusan antara Abdul Khalid dan Azmin Ali dimanipulasi media pro-Umno, dan ini mengeruhkan hubungan mereka, kata Anwar. – Gambar fail.Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta dua pemimpin parti itu – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali, untuk berhenti bergaduh secara terbuka berhubung pemecatan 22 pekerja anak syarikat kerajaan negeri Selangor.
Anwar berkata, pergaduhan berterusan di antara Abdul Khalid yang merupakan menteri besar Selangor dan Azmin, pengerusi PKR Selangor, dimanipulasi media pro-Umno, dan ini mengeruhkan lagi hubungan mereka.
"Saya sudah nasihati Khalid dan Azmin bahawa kita tidak perlu perbesarkan lagi perkara ini. Khalid sudah mengatakan beliau sedang melihat mengenai perkara itu," kata Anwar dalam satu sidang akhbar di Puchong hari ini.
Kedua-dua pemimpin itu bertukar-tukar kritikan melalui media selepas 22 pekerja PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSN) dipecat.

SPPBS Dan PBS: Persatuan guru tetap akan protes walaupun kementerian ajak berunding

Sebuah persatuan guru tetap akan meneruskan protes di hadapan Kementerian Pendidikan bagi mendesak sistem pentaksiran pelajar yang baru dimansuhkan, walaupun kerajaan meminta mereka kembali ke meja dialog.
Mohd Nor Izzat Mohd Johari, jurucakap kepada Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) berkata, mereka bertegas dengan pendirian mereka agar Sistem Pentaksiran Pelajar Berasaskan Sekolah (SPPBS) dimansuhkan sebelum ia dilaksanakan terhadap pelajar Tingkatan Tiga tahun ini.
Ini kerana pelajar tingkatan tiga seluruh negara akan menduduki peperiksaan penting Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada akhir tahun ini.
SGMM amat bimbang kelemahan di dalam pelaksanaan SPPBS dan kekeliruan majoriti guru dan pentadbir sekolah tentang bagaimana hendak melaksanakannya, akan memberi kesan yang buruk terhadap usaha guru untuk menyediakan pelajar bagi menghadapi PMR, kata Mohd Nor Izzat.
“Masa sudah kita berikan selama tiga tahun. Akan tetapi apa yang dibuat oleh kementerian yang dikatakan membuat penambahbaikkan kepada PBS bukan menyelesaikan masalah, tetapi menutup kelemahan PBS itu sendiri.
“Kenyataan (Menteri Pendidikan II) Datuk Seri (Idris Jusoh) yang menyatakan masalah ini boleh dibawa bincang itu saya sifatkan sebagai kenyataan hipokrit.
“Respon saya kepada Datuk Seri, kita tunggu 22 Februari 2014 ini. Saya jemput Datuk Seri untuk hadir bersama kalau beliau rasa mahu berbincang,” kata Mohd Nor Izzat, merujuk kepada tarikh protes tersebut.
Dilaporkan sebelum ini  SGMM berharap 200 guru akan turun bersama mereka bagi mendesak kementerian memansuhkan SPPBS, yang selama ini dilanda pelbagai kontroversi.
Protes oleh para guru itu boleh dikatakan jarang sekali dilakukan golongan itu, yang juga merupakan penjawat awam kerajaan persekutuan.
Protes tersebut dijadualkan akan berlangsung di hadapan pejabat kementerian di Putrajaya pada hari Sabtu, 22 Februari.

Bolasepak Kita Pun Ganas Juga - Prof Dr Agus

Oleh Mohammad Agus Yusoff
Dahulu, mutu bolasepak negara kita tidaklah teruk. Pada tahun 1972, kita melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Munich setelah menewaskan negara-negara hebat Asia seperti Jepun dan Korea Selatan. Pemain-pemain kita ketika itu ialah seperti adik beradik Namat dan Shaharuddin Abdullah, Abdullah Nordin (ketua pasukan) Wong Fook Chuan, Zulkifli Norbit dan... N. Thanabalan. 


Pada tahun 1980, negara kita sekali lagi layak ke Sukan Olimpik Moscow, namun memboikotnya kerana menentang tindakan Kesatuan Soviet menceroboh Afghanistan. Antara pemain yang menjadi sanjungan peminat ketika itu ialah Mokhtar Dahari, V. Arumugam, Santok Singh, Serbegeh Singh dan Soh Chin Aun.

Namun, memasuki tahun 1990-an, mutu bola sepak kita merudum sekali. Faktornya banyak untuk dibincangkan bermula dari rasuah, perubahan format liga dan kepimpinan FAM. Akibatnya ranking Malaysia yang berada di tangga 75 pada Ogos 1993 (di atas Turki dan Afrika Selatan), kini berada di kedudukan 154 pada Januari 2014 mengikut senarai FIFA, hanya setanding dengan pasukan Bangladesh, Maldives dan Chad.

MINAT BOLA SEPAK MENINGKAT SEMULA

Setelah beberapa waktu bola sepak negara kita sepi, ia kembali mendapat perhatian peminat setelah negara kita menjadi juara Bola Sepak ASEAN yang dikenali sebagai Piala Suzuki pada tahun 2010. Kehebatan Malaysia menyerlah lagi apabila di Stadium Bong Karno, kita membaham Garuda dengan penalti 4-3 untuk menjadi juara Sukan Sea 2011.

Anwar persoal keikhlasan dialog konsensus nasional Putrajaya dalam isu Teresa Kok



Anwar berkata pentadbiran Najib, terutamanya Zahid tidak ikhlas untuk mengadakan konsensus nasional bersama Pakatan Rakyat (PR). – Gambar fail. 
Anwar berkata pentadbiran Najib, terutamanya Zahid tidak ikhlas untuk mengadakan konsensus nasional bersama Pakatan Rakyat (PR). – Gambar fail.Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan keikhlasan Putrajaya berhubung dialog konsensus nasional apabila tiada seorang pun daripada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menyelar ugutan perkauman dan ancaman terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Ketua pembangkang itu mengutuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan tawaran menampar Kok bukanlah satu ancaman.‎
"Saya nak ‎tanya Zahid, bagaimana boleh benarkan ancaman begini begitu sahaja? Tidak kira jika anda bersetuju dengan dia atau tidak, undang-undang mesti dikuatkuasakan secara adil," kata Anwar dalam satu sidang akhbar di Puchong hari ini.
Dengan mengatakan tawaran RM1,200 daripada kumpulan Melayu ekstremis kepada sesiapa yang berjaya menampar Kok bukan ancaman, Anwar berkata, pentadbiran Najib terutamanya Zahid tidak ikhlas untuk mengadakan konsensus nasional bersama Pakatan Rakyat (PR).

Ahmad Zahid salah berhubung kenyataan terhadap Teresa Kok‎, kata peguam

Peguam jenayah mengecam kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan bukan satu kesalahan untuk menawarkan ganjaran untuk menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, dengan berkata terpulang kepada pendakwa raya untuk memutuskan jika kesalahan dilakukan.
Mereka berkata, pihak polis mempunyai tanggungjawab untuk bertindak secara profesional dan menyiasat apabila nyawa seseorang terancam, walaupun mereka di bawah kementerian yang diketuai Ahmad Zahid.
Peguam Syahredzan Johan berkata, sikap tidak peduli menteri itu tidak sepatutnya berlaku dan polis sepatutnya menjalankan siasatan kerana laporan polis sudahpun dibuat.
"Polis sepatutnya menguatkuasakan  undang-undang mengikut buku statut," katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata tugas polis adalah untuk mengumpul bukti yang ada dan menyerahkannya kepada pendakwa raya yang akan memutuskan jika adanya kes untuk didakwa.
Syahredzan berkata, dengan membuat kenyataan sebegitu, Ahmad Zahid sebenarnya menggalakkan tindakan tersebut, yang jelas melanggar undang-undang.
"Pelaku salah juga patut diteliti di bawah Akta Perhimpunan Aman bagi membawa pisau dan menyembelih ayam di pusat bandar," katanya.
Ahmad Zahid berkata tidak perlu membuka penyiasatan atas laporan polis dibuat terhadap Majlis NGO Islam - menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berani menampar ahli Parlimen Seputeh dan menyembelih ayam serta mencalit darahnya atas kain rentang dengan wajah pemimpin Cina DAP dan PKR di atasnya.
"Menampar bukan satu ancaman. Kalau mereka katakan bunuh, itu barulah ancaman," kata menteri itu semalam.
Pada Khamis, badan yang digelar Majlis NGO Islam, menyembelih dua ekor ayam dan menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berani menampar Kok sebagai tanda kemarahan terhadap pemimpin pembangkang itu yang dikatakan menghina kepimpinan Melayu dan Islam.
Fokus badan tersebut adalah Kok dan video Tahun Baru Cinanya, bertajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014'.

NGO lumur darah ayam rosak imej negara

TAIPING – Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad menyelar tindakan kumpulan yang menggelarkan diri mereka Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia dan melakukan upacara penyembelihan ayam pada gambar pemimpin PKR dan DAP.

Beliau berkata, tindakan tersebut yang dilakukan kira-kira 50 individu di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur itu boleh disifatkan sebagai sesuatu yang memalukan.

"Lebih malang apabila kumpulan terbabit menggunakan nama Islam, sedangkan ia tiada dalam ajaran Islam itu sendiri," katanya pada sidang media di Pejabat Pas Bukit Gantang, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kumpulan terbabit yang bertindak melakukan penyembelihan dan melumur darah pada kain rentang yang terdapat wajah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon.

Idris berkata, kejadian seumpama itu tidak sewajarnya berulang kerana ia hanya akan merosakkan imej negara.

“Oleh itu, kita amat berharap pihak polis dapat bertindak dengan sewajarnya kerana gambar-gambar juga ada, mustahil mereka tindakan tidak boleh diambil,” katanya.

Kolumnis Utusan Malaysia gesa tindakan tegas terhadap Teresa Kok

Kolumnis akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menggesa Putrajaya mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok atas penglibatannya dalam video provokasi.
Dalam edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini, kolumnis Awang Selamat menuduh video sambutan Tahun Baru Cina berjudul 'Onederful' tersebut sebagai 'rasis' dan 'berbahaya' kepada keharmonian negara.
"Awang berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Pejabat Peguam Negara bertindak segera ke atas provokasi beliau yang sangat berbahaya.
"Tolonglah jangan berlengah-lengah. Mahu tunggu berapa ribu aduan polis dibuat, yang sudah jadi bahan sinikal?" kata Awang yang dipetik dalam Mingguan Malaysian hari ini.
Awang Selamat menyatakan kebimbangan sekiranya dibiarkan sahaja tanpa sebarang tindakan, ia mungkin akan menyebabkan berlakunya ekstremisme kaum.
Menurut Awang lagi, tindakan menghasilkan video yang 'rasis' pada hari perayaan adalah suatu yang memalukan dan menghasut kaum Cina berfikiran tidak baik kepada pemerintah.
"Tiada agama yang mendorong penganutnya untuk berfikiran jahat pada hari perayaan.

"Soh Dok Mandi Junub Saya?" - Ustaz Azhar Idrus

Hukum KARMA - Ustaz Azhar Idrus

Isteri Nak Minta Cerai Suami Pil Kuda - Ustaz Azhar Idrus

Memancing Di Kolam Berbayar..Bayar Tapi Ikan Tak Dapat - Ustaz Azhar Idrus

Rasulullah Gilap OKU II

Rasulullah Gilap OKU I

Al Fatihah: Pak Yazid meninggal dunia pagi ini di HKL

KUALA LUMPUR: Veteran PAS dan pendakwah terkenal, Ustaz Yazid Jaafar meninggal dunia pagi ini di Hospital Kuala Lumpur akibat sakit tua. Jenazah dibawa ke rumahnya di Kampung Baru untuk disempurnakan. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang selepas solat Zohor. - Al Fatihah


 JASA-JASA ALLAHYARHAM :

1. Mengetuai Perbarisan Hari Merdeka pada 31 Ogos 1957.

2. MANTAN YDP Persatuan Bekas Perajurit Force 136.

3. Menyertai PAS pada 1956.

4. Pernah menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor pada 1970-1974.

5. Pernah bertanding dalam PRU 1969 melawan Allahyarham Tun Abd. Razak di Pekan.

6. Merupakan petugas sepenuh masa di Pejabat Agung Pas semenjak 1964-1974.

7. Menjadi Guru Agama dan Pendakwah Bebas Tersohol di Lembah Kelang sekitar tahun 1960-2014.

- SUMBER RUJUKAN : Jabatan Arkib Pas -


Zahid, Jika Rakyat Tawar Tampar Menteri2 Malaysia, Adakah Ini Bukan Ancaman?

 

Najib dikangkungkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Masjid Al-Aqsa diserang tentera Zionis

Masjid Al-Aqsa diserang  
Penduduk Palestin membalas serangan dengan membaling batu.
BAITULMUQADDIS - PALESTIN. Tentera Israel bertindak biadab membaling bom ringan di masjid Al-Aqsa, Timur Baitulmuqaddis.

Pertempuran antara tentera Israel dan jemaah itu tercetus selepas solat Jumaat, kelmarin.

Puluhan jemaah kemudiannya berbalas serangan dengan membaling batu sambil melaungkan, ‘kami mengorbankan darah dan jiwa kami untuk anda demi Aqsa!’.

Seorang lelaki cedera dan dirawat di dalam kawasan masjid.

Imam masjid Mohamed Hussian yang mengutuk serangan itu berkata, insiden itu adalah pencabulan jelas yang ditolak oleh semua agama dan undang-undang antarabangsa.

“Ia adalah satu pelanggaran terang-terangan terhadap masjid Al-Aqsa. Pihak berkuasa Israel bertanggungjawab terhadap serangan ini kerana mereka memerintahkan askar untuk melakukan serangan yang bertujuan untuk merampas masjid ini,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis Israel Micky Rosenfeld memberi helah bahawa pihaknya mendapat maklumat terdapat beberapa penduduk Israel membaling batu ke arah anggotanya di situ.

“Kami mendapat maklumat mereka membaling batu ke arah anggota petugas selepas solat Jumaat dan sebagai tindak balas kami terpaksa menggunakan bom untuk meleraikan serangan itu,” katanya menurut laporan Al Jazeera.

Susulan kejadian itu, seramai tujuh orang awam ditahan selepas dua jam kekecohan itu tercetus.

Nyahkan 'Firaun, Qarun dan Abu Jahal' daripada diri sendiri...

Oleh Lanh
TUGAS wartawan seumpama posmen, demikian saya dan rakan-rakan selalu diingatkan seorang pensyarah kewartawanan puluhan tahun lalu. Hantar saja surat (laporan) kepada penerima (pembaca), jangan sesekali 'memasukkan fikiran atau pendapat' sendiri dalam sesuatu laporan itu. 

Lapor seperti apa yang kamu nampak, katanya, jangan pandai-pandai membuat tambahan. Namun hal ini menjadi amalan dalam penulisan berita, tidak dalam penulisan bentuk lain seperti komentar, ulasan dan ruangan pojok.Apabila semakin matang dalam dunia penulisan, sebahagian wartawan kanan sudah ada kolum masing-masing. Mereka berkomentar dalam ruangan pojok dan dalam banyak kesempatan, selalunya mereka menyuarakan pendapat sendiri terhadap isu semasa tertentu termasuklah keadaan sosial masyarakat. Ada yang menyentuh jati diri generasi baru yang semakin terhakis sifat mulia seperti terlalu mementingkan diri sendiri, tidak sabar, tamak haloba dan sebagainya.
Benar, tugas penulis adalah 'menyuluh' hal ehwal masyarakat, kemudian membentangkannya untuk tatapan dan renungan kumpulan sasaran (seperti pembaca). Namun teramat jarang, penulis 'membedah siasat' dirinya sendiri; sebagai contoh apabila dia menulis menyatakan sifat sabar semakin terhakis di kalangan orang awam, sebenarnya diri kita sendirilah yang tak sabar. Jika kita menuding jari menyatakan seseorang itu salah, tiga jari kita akan menuding ke arah kita, menunjukkan kitalah yang bersalah.
Ibrahim Adham, seorang tokoh sufi termasyhur dalam menyatakan 10 sebab mengapa doa kita ditolak, antara lain berkata: "Kamu sibuk menceritakan/melihat akan keburukan orang, tetapi kamu tidak melihat pun keburukan diri kamu." Jadi, apabila kita katakan orang tidak sabar, hakikatnya kitalah yang tidak sabar. Memang betul, apabila seseorang rakan kita ditimpa sesuatu musibah, kita ucapkan kepadanya, "bersabarlah." Namun, apabila berada di kedudukan kawan kita itu, adakah kita 'dapat bersabar' seperti yang kita pinta rakan kita lakukan?

Kenaikan premium insurans kenderaan tambah beban rakyat

KUALA LUMPUR: Tatkala kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermula 23 Februari ini, bayaran premium untuk insurans kenderaan dinaikkan tanpa sebarang pemakluman rasmi.
Bagi Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar), kenaikan premium insurans kenderaan itu pastinya membebankan rakyat kerana ia bakal meningkatkan kos pemilikan kereta yang sudah pun tinggi akibat keengganan kerajaan BN menghapuskan duti eksais ke atas kenderaan.
“Saya merujuk kepada keputusan kerajaan BN yang dibuat dalam tahun 2012 untuk membenarkan kenaikan premium (insurans) kereta setiap tahun sehingga tahun 2016.
“Kadar baru premium insurans kereta akan dikuatkuasakan bermula 15 Februari 2014 ekoran dari keputusan menaikkan kadar premium insurans tahunan itu,” ujarnya dalam satu kenyataan media.
 Menurut Rafizi, kadar premium insuran kereta ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dan berada sepenuhnya di dalam kawalan kerajaan persekutuan.
Kenaikan kadar premium insurans ini, jelas beliau berpunca daripada kelulusan yang diberikan kerajaan BN.
Rafizi menambah, keputusan kerajaan BN membenarkan kenaikan premium insurans kenderaan secara jelas mempermainkan harapan rakyat yang mahukan kos pemilikan kereta di Malaysia diturunkan.

Murtad berlaku kerana kelemahan agensi Islam, bukan dakwah Kristian, kata bekas ahli majlis syura PAS


Pendakwah bebas Wan Ji Wan Husin ketika temubual dengan The Malaysian Insider di restoran di Sungai Buloh, di luar Kuala Lumpur, 3 Februari, 2014. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 9 Februari, 2014. 
Pendakwah bebas Wan Ji Wan Husin ketika temubual dengan The Malaysian Insider di restoran di Sungai Buloh, di luar Kuala Lumpur, 3 Februari, 2014. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 9 Februari, 2014.

Seorang bekas ahli majlis syura PAS yang semakin terkenal di kalangan golongan Melayu sederhana, menyalahkan jabatan agama negeri bagi kes murtad orang Melayu, dan bukannnya kegiatan dakwah orang Kristian.
Wan Ji Wan Husin yang merupakan seorang ustaz, berkata, adalah salah bagi badan agama untuk menyalahkan murtad kerana penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian.
"Untuk berkata orang Kristian menggunakan perkataan itu untuk memurtadkan orang Muslim atau mengelirukan mereka adalah sangat salah dan tidak benar.
"Ini tidak pernah berlaku. Perkataan Allah sudahpun digunakan orang Kristian sebelum zaman Nabi Muhammad lagi, tetapi tidak pernah sekali pun Nabi Muhammad berkata ia digunakan untuk mengelirukan orang Islam," katanya kepada The Malaysian Insider.
Ahli PAS itu berkata, sebaliknya orang Islam sendiri yang membelakangkan agama kerana kelemahan jabatan atau agensi agama.
"Terdapat juga kelemahan zakat, yang sepatutnya menolong mereka yang memerlukan.
"Sudah banyak kes di mana orang Islam miskin tidak menerima bantuan yang mereka perlukan daripada masjid. Gerejalah yang membantu mereka dengan makanan dan tempat berlindung," katanya.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini mengatakan perkataan Allah, jika digunakan orang Kristian di dalam Bible, akan mencetuskan kekeliruan di kalangan orang Islam yang mungkin salah faham tentang identiti "Allah", dan akan membawa mereka kepada murtad.
Ini menyebabkan pengharaman perkataan tersebut terhadap akhbar Katolik mingguan Herald yang dibantah orang Kristian, mendakwa sekatan tersebut melanggar hak beragama mereka.
Wan Ji mengecam sekatan tersebut dengan mengatakan tiada apa di dalam Al-Quran yang menunjukkan perkataan itu eksklusif untuk orang Islam.
"Malah, di dalam Al-Quran, Kristian diminta berjanji atas nama Allah apabila mereka perlu menafikan dakwaan terhadap diri mereka.
Beliau menegaskan mereka yang melarang orang bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah sedang menggunakan 'sentimen Melayu', dan bukannya prinsip Islam.
"Tiada asas tentang ini dalam ajaran Al-Quran dan Hadis. Ini semua sentimen Melayu."
Pada 2 Januari, Jabatan Islam Selangor (Jais) menyerbu Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim dan merampas lebih 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban kerana mempunyai perkataan Allah di dalamnya.