Sabtu, 8 Februari 2014

Anwar: Tiada pakatan sulit di Kajang

Anwar Ibrahim 
PENGUMUMAN Ketua Umum PKR, DATUK SERI ANWAR IBRAHIM sebagai calon PRK Dun Kajang, mengejutkan ramai pihak. Ada yang membuat spekulasi pencalonan ini dibuat bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang ini untuk menjawat jawatan tertinggi dalam Kerajaan Negeri Selangor, namun sehingga kini dakwaan tersebut masih belum ada kesahihan.

Ikuti transkrip penuh temubual eksklusif bersama Anwar yang disediakan oleh wartawan Sinar Harian, Siti Nursyahidah Abu Bakar, Siti Aisah Habirin, Jamilah Hamzah, Norutul Ilham Mad Jari dan Jurufoto Zulfhadli Zaki.


Setakat ini sudah berapa banyak strategi yang diguna pakai PKR untuk menawan Putrajaya sehingga terpaksa mengosongkan kerusi Dun Kajang?

Strategi ini dibuat bergantung kepada suasana dan keadaan semasa. Situasi sekarang ini berkaitan kemelut politik melibatkan kaum, agama yang sengaja didedahkan dan sasarannya adalah Selangor.

Setakat ini Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berjaya mengawal, terutamanya bidang ekonomi dan sudah sampai masanya untuk kita pertahankannya.

Contohnya, jika kamu tanya apa yang saya akan lakukan, pertama saya kata untuk memberikan keyakinan kepada orang Islam dulu, Islam adalah agama rasmi.

Kegiatan masjid, surau diimarahkan, kefahaman anak muda tentang Islam kena tingkatkan.

Ini adalah dengan penyebaran maklumat, jadi memerlukan suasana segar, ekonomi Melayu, mikro kredit, jadi kita kena yakinkan ini dulu.

Kemudian ini kita tunjukkan bahawa kuasa kita tidak menekan orang lain, Islam tidak ada dalam sejarah menekan rakyat, apatah lagi bukan Islam, dengan cara sombong, angkuh dan dan dangkal.

Islam itu berkembang, saya ada ceritakan dalam tazkirah bagaimana Wali Songo gunakan hikmah dan keadilan kembangkan Islam.

Saya sebut Islam itu bukan al-Qaeda sahaja, bukan Taliban sahaja. Tapi Islam yang 1,400 tahun dahulu yang sudah memberi mesej.

Kalau ini dilakukan sebagai ancaman, ingin saya cakapkan perlunya kita membetulkan akidah kita.

Saya ingin memberi jaminan, pada tiap orang Kristian, Budhha, Hindu,  yang merasakan Islam itu menekan dan menghalang bahawa perkara tersebut tiada dalam ajaran Islam.


Kalau itu fokusnya Datuk Seri, sebagai Ketua Umum, Datuk Seri boleh memainkan peranan itu dan tidak perlu bertanding di Kajang?

PROF AGUS: MENGAPA PAS TIDAK MENJADI MB SELANGOR?

Seorang rakan bertanya saya, dengan andaian DS Anwar Ibrahim kalah dalam PRK Kajang, masih perlukah PAS memberikan ruang kepada PKR untuk menjadi MB lagi?

Soalan ini timbul kerana dalam PRU-13 yang lalu, PAS merasakan partinya telah kuat di Selangor setelah memenangi 15 kerusi. PAS lupa bahawa DAP juga memenangi 15 kerusi. Parti lain yang memenangi kerusi ialah PKR 14 dan BN 12 kerusi. Dengan jumlah 56 kerusi DUN semuanya, PAS perlu memenangi minimum 29 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri secara sendirian.


Adakah PAS mempunyai kerusi sebanyak itu? PAS tidak mempunyai kerusi itu. Hatta jika PAS bergabung dengan BN (UMNO) pun, PAS akan hanya mempunyai 27 kerusi dan masih belum boleh membentuk kerajaan.


Tapi PAS tidak berbaik dengan BN. Kawan PAS dalam PRU-13 ialah PKR dan DAP. Tetapi DAP tidak menyokong calon PAS untuk menjadi MB. DAP menyokong calon Melayu dari PKR, maka sebab itulah TS Khalid Ibrahim dari PKR yang menjadi MB.


Maka, apa lagi isunya yang PAS tidak puas hati? Apakah kerana DAP tidak menyokong calon PAS untuk menjadi MB, maka kita boleh katakan DAP membuli PAS? Saya tidak nampak begitu.


Oleh itulah, jika PAS tidak berpuas hati dalam soal calon MB ini, PAS jangan menyokong calon PKR menjadi MB. Jika itu berlaku, maka hanya DAP dan PKR sahaja yang perlu mendapat 29 kerusi untuk membentuk kerajaan. Jika DS Anwar Ibrahim memang dalam PRK Kajang nanti, maka PKR dan DAP masih lagi mempunyai suara majoriti untuk mencalonkan MB mereka.

Macai UMNO Kantoi Cuba Membela Remaja BN & Memfitnah Unit Amal


Semalam blog milosuam menyiarkan sekeping gambar seorang remaja berpakaian 1Malaysia / BN ditangkap kerana mencuri beberapa bungkus milo. Tiba-tiba pada hariini di dalam satu facebook trooper UMNO, gambar tersebut diedit dan pakaian remaja yang berbaju 1Malaysia/BN itu ditukarkan kepada pakaian merah tua berlambangkan Unt Amal.

Kononnya dikatakan bahawa milosuam memfitnah BN dan "fitnah" itu kononnya pula berjaya dipatahkan oleh cybertrooper UMNO.

Apabila diamati dengan teliti ternyata pengeditan terhadap pakaian remaja itu jelas kecacatannya terutama lambang Unit Amal yang begitu tegak di baju merah tua berkenaan.

Dan hasil kerja pengeditan itu telah dikesani oleh ramai facebooker yang lain.

Macai kangkung tetap kangkung...

Andai wanita yang diugut tampar itu isteri Zahid..!!

Jawatan menteri dilantik khas oleh Perdana Menteri bagi memenuhi tuntutan pelaksanaan polisi-polisi negara.

Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat ditubuhkan di atas kesedaran harta, nyawa dan maruah rakyat akan dipelihara oleh Perlembagaan Persekutuan.

Polis DiRaja Malaysia yang melaksanakan tugas mengikut perlembagaan dan undang-undang wajib memelihara perkara tersebut daripada dicabuli dan diperkotak-katikkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Insiden yang memalukan rakyat Malaysia amnya dan bangsa Melayu yang beragama Islam khususnya telah menjadikan otak menteri-menteri Malaysia boleh dikategorikan sebagai sampah yang tidak boleh dikitar semula.

Penyembelihan binatang yang tidak sah mengikut syarak dan melumurkan darah pada gambar muka pemimpin DAP di bunting menjadikan Malaysia adalah negara yang menuju kepada konflik perkauman dan agama.

Kebodohan sesetengah pihak demi kepentingan politik tidak dapat diselamatkan lagi melainkan menunggu mereka menemui ajal yang ditentukan.

Namun begitu, terdapat seorang lagi yang berfikiran sampah yang masih terperap di kabinet Malaysia.

Tuan punya pemikiran sampah ini adalah Zahid Hamidi. Zahid Hamidi mempunyai pemikiran sampah kerana menganggap maruah seorang wanita tidak berharga.

AMK Sarawak: SPRM bacul, tak berani siasat Taib Mahmud

zulhaidah_subohKUCHING 8 FEB: Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak, Zulhaidah Suboh berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seolah-olah bacul dan tidak bermaruah apabila tidak berani menyiasat Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud
“SPRM bertindak bacul dan dipandang tidak bermaruah oleh umum khususnya rakyat Malaysia kerana langsung tiada kertas siasatan dibuka berkenaan laporan yang telah dibuat oleh rakyat Sarawak melalui badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan.
“Sewajarnya SPRM tidak perlu memandang kepada latar belakang dan pangkat individu yang disiasat,” katanya, seperti dilapor Free Malaysia Today.
Kata Zulhaidah, pembongkaran termasuk oleh Bruno Maser Fund dan 16 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom berkaitan kepentingan keluarga Taib dalam 332 syarikat Malaysia dan 85 syarikat asing di 25 negara dianggar bernilai berbillion ringgit.
Kata Zulhaidah, kenyataan demi kenyataan dibuat oleh SPRM kononnya pihak mereka tidak pernah berhenti menjalankan siasatan berkenaan kes Ketua Menteri Sarawak itu.

PRK Dun Kajang: Selangor lebih cemerlang dengan kemenangan Anwar – Cikgu Lee

KAJANG 8 FEB: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang, Lee Kim Sin berkata, kemenangan Anwar dalam pilihan raa kecil (PRK) Kajang akan membawa Selangor lebih cemerlang dan menjadi negeri contoh terbaik di Malaysia.
“Saya yakin Anwar akan bawa prubahan besar di kawasan ini dan Selangor,” katanya semasa berucap di Majlis Hi-tea bersama Anwar di Taman Delima semalam.
“Perubahan yang saya maksudkan bukan hanya pucuk pimpinan tetapi juga dari segi dasar kerana Anwar merupakan tokoh yang terbilang.
“Kita nampak masa depan Selangor akan berlainan. Kita akan cipta satu model dan satu tauladan untuk tunjuk kepada rakyat untuk rakyat banding antara dasar PR dan Umno BN. Saya percaya berdasarkan pencapaian Selangor, rakyat akan nampak dengan lebih jelas perbezaan itu,” katanya.
Lee Kim Sin atau lebih mesra dipanggil Cikgu Lee merupakan penyandang kerusi Dun Kajang sejak 2008, setelah menewaskan penyandang sebelum itu, Datin Paduka Low Lee Leng dari MCA yang kemudiannya diganti oleh Lee Chin Cheh pada PRU ke13.
Justeru katanya, usaha perlu ditingkatkan kerana berdasarkan pilihan raya lalu, Pakatan Rakyat berdepan masalah kekurangan jumlah undi Melayu di Kajang.

PRK Dun Kajang: SPR jangan lupa ‘goncang dakwat kekal’

Dakwat-KekalKUALA LUMPUR 8 FEB: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diingatkan supaya kontroversi yang berlaku pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU-13) tahun lalu tidak berulang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Hal itu termasuk kontroversi penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal, pengundi hantu, kejadian bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba ketika pengiraan undi dijalankan sehingga menimbulkan kekecohan dan menyebabkan orang ramai semakin hilang kepercayaan terhadap suruhanjaya itu.
Naib Presiden KEADILAN Tian Chua berkata, SPR harus mempelajari dan membaiki banyak perkara daripada pelbagai kejadian kontroversi yang berlaku dalam PRU-13 yang dikatakan berlangsung dengan penuh penipuan.
“Sudah lebih sembilan bulan berlalu sejak PRU-13 atau PRK terakhir di Sungai Limau lebih tiga bulan lalu. SPR mempunyai masa yang cukup membaiki kelemahan seperti dakwat kekal dan saya berharap SPR tidak ‘lupa’ untuk goncang secukupnya kali ini.
“Begitu juga dengan pengundi hantu dan isu lain yang tidak selesai walaupun SPR berpengalaman mengendalikan PRU 13 kali dan PRK pula tidak terkira,” katanya, lapor Selangorku.com.
Katanya, SPR sebagai badan bebas perlu membuktikan mereka tidak terbabit dengan pengaruh parti politik seperti dakwaan masyarakat umum.
“Malangnya, SPR hingga kini tidak seperti yang diharapkan. Kita cuma ada SPR dan berharap badan itu memenuhi tanggungjawab menegakkan salah satu perjalanan demokrasi di negara ini.
“Tetapi rakyat terpaksa mempertikaikan banyak perkara, persempadanan semula, tindak-tanduk tidak berkecuali ketika kempen dan hari mengundi, menutup mata penggunaan jentera kerajaan serta rasuah,” katanya.

Tawaran Penampar: Ahmad Zahid tidak layak jadi menteri, kata Kok

Berhadapan dengan kemungkinan ditampar demi RM1,200,  Teresa Kok yang masih dalam keadaan bingung hari ini membidas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana memandang remeh terhadap isu itu dan berkata tiada keperluan bagi polis untuk menyiasat perkara itu.
Terperanjat dengan kenyataan Ahmad Zahid, ahli Parlimen Seputeh itu berkata menteri berkenaan mengabaikan profesionalisme dan membidas beliau kerana tidak melengkapkan diri dengan ilmu undang-undang.
"Beliau tidak layak menjadi menteri. Beliau tidak sepatutnya mengganggu siasatan polis.
"Bagi beliau, tiada konsep hak asasi manusia atau hak untuk wanita. Baginya hanyalah kaum," kata Kok sambil menambah bahawa ia adalah suatu "kegilaan".
Awal hari ini, Ahmad Zahid menolak ancaman yang diterima Kok apabila berkata "tiada apa-apa untuk disiasat kerana ia bukan satu ancaman ".
"Mengapa kita perlu menyiasatnya? Menampar bukan satu ancaman. Jika mereka kata bunuh, barulah ia ancaman," katanya yang dikritik hebat oleh warga siber .
Pada Khamis, sekumpulan individu yang mendakwa mewakili NGO Islam semalam menyembelih dua ekor ayam dan mengumumkan ganjaran sebanyak RM1,200 kepada sesiapa yang menampar Kok yang dikatakan menghina Melayu dan Islam.
Polis berkata, mereka sedang menyiasat kes ini berikutan laporan yang dibuat oleh Kok dan enam penyokong beliau semalam.
Sementara itu, Kok menegaskan beliau akan terus bertemu penduduk dan "bergerak seperti biasa " walaupun menerima ancaman.
Beliau sering kali berhadapan dengan kontroversi sejak beberapa tahun kebekalangan ini, termasuk ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) enam tahun lalu.

Sitkom 88 kopitiam dihentikan sementara oleh RTM..!!!

Bagi menyiasat dakwaan pembabitan pelakonnya dalam klip video Tahun Baru Cina Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok.

KUALA LUMPUR: Sitkom 88 Kopitiam yang bersiaran di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dihentikan sementara bagi menyiasat kesahihan dakwaan pembabitan pelakonnya dalam klip video yang dikatakan mencemar imej negara.
Ketua Pengarah Penyiaran Norhyati Ismail berkata RTM akan memanggil penerbit rancangan berkenaan dalam masa terdekat untuk mengesahkan pembabitan pelakon tersebut.
“Ini untuk memastikan tiada sebarang pihak teraniaya atau dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas dakwaan yang mengaitkan pelakon sitkom berkenaan dengan video yang mencemar imej negara.
Video yang disiarkan melalui media sosial sempena Tahun Baharu Cina itu membabitkan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Usaha singkir Najib, bukti ahli Umno pentingkan diri sendiri

KUALA LUMPUR 8 FEB: Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, usaha menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang direncanakan pihak tertentu dalam Umno menunjukkan sikap ahli parti itu yang mementingkan diri.
“Terdapat kelompok yang berpendapat bahawa perlu untuk menjatuhkan Najib sebelum Umno ditolak secara keseluruhan. Saya lihat golongan ini mementingkan diri sendiri.
Mahfuz Omar“Najib pula hanya melaungkan retorik transformasi. Hakikatnya tiada tindakan ke arah peningkatan taraf hidup rakyat. Orang Umno sendiri marah dengan Najib.
“Jadi, ada pihak menggunakan isu ini dan mengambil kesempatan untuk menjatuhkan Najib,” kata Mahfuz kepada Keadilandaily.
Dalam pada itu, Mahfuz turut mengulas tindakan bekas perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang banyak mengkritik kepimpinan Najib.sejak kebelakangan ini.
Namun ia dilihat tidak ikhlas kerana seolah-olah bertujuan menaikkan anaknya (Mukhriz) walaupun Umno sendiri telah menolaknya pada pemilihan yang lalu.
“Saya rasakan Mahathir perlu tegur kepimpinan Najib untuk kebaikan negara. Bukan untuk kepentingan anaknya (Mukhriz). Anaknya sudah ditolak parti pada majlis pemilihan Umno yang lepas,” katanya.

Ustaz Nik Zawawi dilantik pemangku Naib Ketua Ulamak

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat merekodkan penghargaan di atas jasa-jasa Allahyarham Datuk Harun Taib dalam mengemudi kepimpinan dewan itu dari tahun 1995  hingga 2007 dan 2009 hingga 2014.

Penghargaan kepada Allahyarham Ustaz Harun itu adalah antara keputusan pada mesyuarat bulanan Dewan Ulamak PAS Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, di sini malam tadi.

Ketua Penerangannya, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri memberitahu, mesyuarat juga sebulat suara melantik pengarah pilihan raya dewan itu, Datuk Ustaz Nik Muhammad Zawawi Saleh sebagai Pemangku Naib Ketua dan AJK PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja selaras dengan peruntukan Perlembagaan PAS (Pindaan 2011).

“Dewan Ulamak PAS Pusat mengalu-alukan keputusan Lajnah Politik PAS Pusat sepertimana kenyataan Presiden bahawa PAS Pusat dan PAS Selangor akan membantu PKR dalam PRK Kajang berdasarkan keperluan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

SARAWAK: End of Pehin Sri’s Political Odyssey?

Sararwak's CM 
To Stay or Not to Stay, that is Taib’s Decision
It must be the most closely guarded secret since when only a few people knew of the leukaemia that ultimately killed Abdul Razak Hussein, Malaysia’s second Prime Minister, in January 1976.
Practically, none other than the principal himself can tell with certainty what Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud will reveal to the supreme council of his party, PBB, when it meets this morning at its headquarters in Semariang, several kilometers outside Kuching.
The fact that the Sarawak BN meets tomorrow at the same venue has triggered intense speculation that Taib, who will complete 33 years in office as CM on March 26 – a span characteristic of the tenures of dictators in one-party states, not of leaders of polities subject to periodic elections – has finally decided to call it a day.
It is a measure of the mystique Taib has diffused around him that even as the frenzy of speculation about what he intends revolves around his quitting the CM’s post and elevation to the governorship of the state, there are those in his slipstream who feel that the CM is not leaving because much remains to be done and, more importantly, there is no successor who can accomplish what he has been able to: keep UMNO out of Sarawak and prevent non-Muslim use of the term ‘Allah’ from being the divisive issue it is on the peninsula.
It’s telling of the derangement of values our polity has suffered that the abovementioned accomplishments count for very much these days so that the corruption allegations in which Taib is immersed are not just now seen as disabling disqualifiers.
Three years ago, besieged with corruption allegations, Taib was propositioned about quitting before the upcoming Sarawak state election by no less than the Prime Minister and his Deputy.
Three years on, he’s still saddled with the same allegations but no one within the ruling coalition, Sarawak BN, is pushing for him to go and the demands from the opposition that he be gone pronto are sobered by the realisation that his guile at keeping UMNO at bay and the Islamic genie safely corked are not achievements to be sniffed at.
“Nobody seems to know what’s in store tomorrow,” said one of several political aides the CM has in his retinue who spoke yesterday on the phone from Kuching on condition of anonymity. This aide, who cannot quite believe that Taib will quit at this stage, was once vehemently opposed to the CM but has since come to feel that the man is indispensable.
The undesirable and the intolerable

Kerajaan 47% BN juara Maharaja Lawak 1Malaysia

KUALA LUMPUR: Pengumuman Kerajaan BN membekukan kenaikan tol pada tahun ini tidak dapat menyelesaikan masalah peningkatan kos sara hidup rakyat ketika ini, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sebaliknya beliau berkata, rakyat pula yang harus menanggung kos RM400 juta yang perlu dibayar kepada syarikat konsesi lebuh raya sebagai pampasan.  

"Dulu kerajaan kata tarif elektrik dinaikkan, subsidi minyak dan gula dikurangkan untuk buat projek yang lebih diperlukan tetapi sekarang daripada subsidi yang ditarik, semuanya untuk bayar kepada syarikat konsesi sebanyak RM400 juta.

"Tol yang paling besar bagi rakyat ialah BN," kata beliau sewaktu bercucap di Pelancaran Roadshow Kempen Jom Turun di Desa Pandan, dekat sini malam tadi.

Beliau juga berkata, dalam isu kenaikan harga barang, Kerajaan BN tidak dapat memahami masalah rakyat sebaliknya bertindak menyalahkan peniaga kerana didakwa sengaja menaikkan harga barang.

Tindakan pemimpin BN memantau harga barang di pasar-pasar adalah bermusim dan tidak dapat menyelesaikan masalah kenaikan harga barang.

"Menteri turun ke pasar-pasar tak selesai masalah kenaikan harga barang, yang pasti perbelanjaan dia turun melawat pasar kita yang tanggung.

PBS DAN SPPBS: Guru mohon permit himpunan aman di Putrajaya, polis kata tiada borang..!!!

SGMM
SHAH ALAM – Usaha Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) dalam mendapatkan kebenaran untuk mengadakan perhimpunan aman di Putrajaya masih gagal apabila dimaklumkan borang permohonan tersebut tiada.

Menurut Ketua Gerak Kerjanya, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, pihaknya merancang perhimpunan aman 22 Februari ini di Putrajaya.

"Kita telah ke Balai Polis Putrajaya di Persint 7 bagi memaklumkan untuk mengadakan piket atau perhimpunan aman.

"Tetapi anggota PDRM menjelaskan bahawa kami perlu mengisi borang. Apabila diminta borang berkenaan, kami diberitahu ianya tiada," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas soal kenyataan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh yang meminta guru-guru memberi masa untuk Kementerian Pendidikan menambah baik sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) serta memaklumkan segala masalah supaya dapat dibawa berbincang.

"Kenyataan beliau yang menyatakan bahawa masalah ini boleh dibawa bincang itu saya sifatkan sebagai hipokrit kerana apa yang telah pun terjadi kepada saya apabila SGMM mengambil pendekatan yang dimaksudkan oleh beliau tetapi KPM telah menjalankan SOP ke atas saya sendiri selaku ketua gerak kerja SGMM.

"Jadi, saya jemput Datuk Seri Idris Jusoh untuk hadir bersama pada himpunan nanti kalau beliau rasa mahu berbincang," katanya.

Semalam, Idris juga berharap 1 April nanti semua pihak terlibat dapat melihat satu sistem yang lebih baik dalam pendidikan  negara yang telah ditambah baik.

Taib melengahkan masa, beri alasan perlu berfikir siapa penggantinya..!!!


Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kiri) dan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu berkata sesuatu  mesyuarat majlis tertinggi PBB.  
Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kiri) dan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu berkata sesuatu mesyuarat majlis tertinggi PBB. Ketika bahang kekecohan mengenai persaraannya sedang hangat, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar) seperti mencurahkan air sejuk pada spekulasi itu dengan berkata beliau akan mengumumkan tarikh dan nama penggantinya dalam masa dua hari.
"Saya perlu berfikir berkenaan beberapa perkara," kata Taib mengulas berkenaan pengumuman persaraan dan  calon yang bakal menggantikannya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini.
PBB adalah parti tunjang bagi Barisan Nasional (BN) di Sarawak.
"Mesyuarat hari ini berlangsung lebih baik daripada yang disangkakan," kata Taib selepas mesyuarat majlis tertinggi di ibu pejabat parti itu di Kuching.
Pengerusi tetap parti, Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar, pada sidang akhbar berkata, Taib meminta "tempoh yang munasabah untuk menyelesaikan keadaan di negeri ini”.
Beliau berkata, PBB sebulat suara akan bersetuju dan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih Taib sebagai penggantinya.

PBB sahkan Taib dicadangkan jadi TYT Sarawak

Mesyuarat majlis tertinggi PBB yang ditungu-tunggu hari ini mengesahkan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan dicadangkan menjadi yang dipertua negeri.

Pengerusi tetapi PBB, Mohamad Asfia Awang Nassar (kanan) mengumumkan bahawa majlis tertinggi  bersetuju untuk mencadangkan Taib mengisi jawatan tersebut.

Katanya, ia sebagai menghargai sumbangan besar oleh Taib sebagai ketua menteri, bukan sahaja kepada Sarawak tetapi juga kepada negara.

Bagaimanapun, Mohamad Asfia enggan menyatakan tempoh masa bila Taib akan melepaskan jawatan ketua menteri, dan hanya menyatakan "dalam tempoh masa yang munasabah".

Namun begitu, Mohamad Asfia berkata ketua menteri baru akan mengetuai BN dalam pilihan raya Sarawak yang akan datang - yang membawa maksud Taib akan berundur sebelum pilihan raya negeri yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2016.

Kerajaan 47% BN Gagal: Waytha akan letak jawatan timbalan menteri, senator

 
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy akan meletak jawatan daripada semua jawatan dalam kerajaan dan Dewan Negara Isnin depan.

Penasihat Persatuan Hindraf Malaysia (PHM),  N Ganesan berkata ia ekoran keputusan sebulat suara jawatankuasa pusat hari ini.

"Ya, benar, (Waythamoorthy akan berhenti)," katanya dalam satu mesej teks.

Menurut Hindraf Pulau Pinangf, Waythamoorthy dijangka meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dan senator pada hari Isnin.

"Ia ekoran BN telah gagal memenuhi janji-janji dalam memorandum persefahaman (MOU) di antara BN dan Hindraf."

PHM telah menandatangani MOU dengan BN sebelum pilihan raya umum 5 Mei 2013.

Di sebalik provokasi kaum musuh politik, PAS turun padang jelas isu sebenar


Pembantah menggunakan penyapu untuk mencalitkan darah ayam di kertas rentang dengan potret pemimpin DAP, ketika protes terhadap kepimpinan Melayu, Sultan Malaysia dan orang Islam di Malaysia, di Kuala Lumpur, 6 Februari, 2014. – Gambar The Malaysian Insider, 8 Februari, 2014. Pembantah menggunakan penyapu untuk mencalitkan darah ayam di kertas rentang dengan potret pemimpin DAP, ketika protes terhadap kepimpinan Melayu, Sultan Malaysia dan orang Islam di Malaysia, di Kuala Lumpur, 6 Februari, 2014. – Gambar The Malaysian Insider, 8 Februari, 2014. Pada ketika kumpulan ekstremis Melayu cuba membangkitkan ketegangan kaum, parti Islam PAS turun ke padang, mengingatkan rakyat Malaysia agar memberi tumpuan kepada isu sebenar yang menghambat kehidupan mereka, seperti gaji rendah dan kenaikan kos kehidupan.
Parti itu melancarkan kempen bergelar 'Turun', bertujuan untuk menghimpunkan rakyat seluruh negara bagi memberikan tekanan kepada pentadbiran Barisan Nasional (BN) agar bertanggungjawab atas kenaikan kos kehidupan.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mengatakan kempen 'Turun' akan menyaksikan jelajah dan perhimpunan di seluruh negara, sehinggalah perhimpunan besar-besaran 1 Mei yang melibatkan parti Pakatan Rakyat (PR) di Kuala Lumpur.
Kempen nasional itu merupakan salah satu daripada usaha PAS menyedarkan rakyat agar memberikan tumpuan kepada kesan polisi ekonomi Putrajaya melalui penyelasaran ‎subsidi.
Ia juga dilihat sebagai usaha meluaskan sokongan parti itu di kalangan Melayu-Islam di kawasan pedalaman, dan kelas pekerja yang secara tradisinya merupakan penyokong kuat Umno.
"Isu peningkatan kos barangan sentiasa ada. ‎Ia tidak akan hilang," kata Mahfuz apabila ditanya sama ada isu ketegangan kaum dan agama menyebabkan orang ramai terlupa kebimbangan tentang inflasi.
"Tapi sudah tentu media arus perdana akan cuba memainkan isu perkauman untuk menutup masalah ini. Jadi kita akan jelajah seluruh negara untuk mengingatkan rakyat," kata Mahfuz apabila ditemui selepas pelancaran 'Turun' di Desa Pandan, Kuala Lumpur malam tadi.
Pemimpin PAS yang ditemui juga mengakui kempen tersebut diadakan bagi melawan taktik menakut-nakutkan rakyat yang dimainkan oleh kumpulan pro-Umno terhadap orang Melayu-Islam.
"Ini permainan Umno," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam ucapannya semasa pelancaran kempen.

Mengapa saya menyokong 'Rencana Kajang'



1.“Rencana Kajang” adalah sangat rumit untuk diringkaskan namun saya akan cuba membuat penerangan dan kalau baik menjadi pencerahan dan kalau tidak menambah keharuan. (Baca penulisan saya tentang pohonan maaf tidak menulis secara lebih lengkap).

2.Saya sedar dengan pelbagai risiko dikecam, paling tidaknya sebagai ‘apologist’ PKR. Demi misi perjuangan yang disepakati - ‘Menegakkan Kebenaran dan Keadilan serta Meruntuhkan Kebatilan serta Kemungkaran,’ saya teruskan.

3.Berbeza dengan naratif terperinci yang lebih detail yang belum boleh saya terbitkan atas sebab telah saya terangkan dalam penulisan sebelum ini, ringkasan ini hanya mampu menggariskan beberapa nokhtah penting.

4.“Rencana Kajang” (RK) adalah cetusan pemikiran sekumpulan ‘think-tankers’ bagi mendepani cabaran situasi yang kian menekan Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Walau saya  tidak sebahagian dari team itu dan rasa ‘terkilan’ tidak dilibatkan bersama ‘mencetuskannya’, saya cuba secara objektif menilainya kini.

5.Ada yang cuba menyifatkan dan membandingkannya dengan ‘precedent’ politik terdahulu seumpama dalam kes perletakkan jawatan seorang Menteri Umno-BN (Ahli Parlimen) untuk bertanding kerusi DUN bagi laluan untuk diangkat menjadi MB.

6.RK tentunya mempunyai perhitungan yang berbeza dan punya kelainan latarbelakang dan tidak perlu mengambil insiden terdahulu sebagai ‘precedent’.

7.Mungkin sebab ada yang membaca tindakan politik ini hanya  dalam ruang-lingkup cakupan “Real Politik” sahaja, maka ada membuat rumusan bahawa ia salah kerana sebab menghabiskan wang rakyat dan merugikan rakyat. Penulis mahu berbeza pandangan.

8.Penulis mahu mengungkapkan RK sebagai satu ‘Forward Defence’ atau satu ‘Pre-Emptive Attack’ dalam bahasa strategi, apabila jelas bacaan politik seluruhnya (terdahulu, terkini dan mendatang) mengisyaratkan satu unjuran (prognosis) yang mengancam dan menggugah keutuhan pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

9.Bagi penulis, kemuncak tujuan atau ‘Matlamat Strategik’ RK ialah: Satu pendekatan bagi mempastikan bukan sahaja negeri Selangor dapat ‘Menangkis Serangan’ seterunya bahkan akan terus dilonjakkan menjadi ‘Negeri Pelopor dalam Persekutun Malaysia“ atau “The Leading State of the Federation”.

Full interview - Part 2: Anwar shares what he would do as Selangor MB

Kajang Chinese back Anwar

YTM Tunku mempunyai 'sense of humour' yang tinggi

Di antara foto saya dengan Tunku yang dirakam pada tahun 1988.
Jika YTM Tunku Abdul Rahman Putra masih hidup, usia beliau genap 111 tahun hari ini. Saya tidak pernah lupa 8hb Februari setiap tahun kerana itu adalah hari jadi beliau. Beliau lahir pada tanggal 8hb Februari 1903 dan mangkat pada 6hb Disember 1990 ketika berusia 87 tahun. Beliau meninggalkan untuk rakyat Malaysia sebuah negara yang merdeka dan beliau adalah penyambung dan penyempurnaan kepada gerakan kemerdekaan negara pada 1957 dahulu setelah melalui liku-liku politik dengan segala masam dan manis perjuangan beliau.
TUNKU telah berjaya membina sebuah negara merdeka setelah berjuang bersama rakan-rakan seangkatan beliau dengan menjawat jawatan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu Merdeka pada 31 Ogos 1957. Semasa beliau menjadi Perdana Menteri jugalah Persekutuan Malaysia terbentuk setelah Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung dengan Semenanjung Tanah Melayu pada 16 Setember 1963 dahulu.
Beliau bersara sebagai Perdana Menteri pada 1970 setelah beliau merekodkan kecemerlangan sebagai Perdana Menteri Pertama Malaysia Merdeka. Dalam masa yang sama beliau merupakan seorang Perdana Menteri yang mashyur terutamanya dikalangan negara-negara Komanwel dan merupakan seorang Perdana Menteri yang dihormati masyarakat antarabangsa. Diantara sumbangan beliau ialah penyingkiran Afrika Selatan dari Komanwel dengan cadangan dan desakan Tunku Abdul Rahman. Tunku merupakan seorang penyumbang besar kepada tamatnya kerajaan apartheid Afrika Selatan itu.
Tunku seorang yang minat dalam bidang sukan dan semasa beliau menjadi Perdana Menteri, tahap kecemerlangan sukan amat tinggi dikalangan negara serantau. Diantara acara sukan yang sangat dikenang ramai ialah Pesta Bola Merdeka setiap tahun, mengambil sempena tarikh dan waktu menyambut kemerdekaan negara setiap tahun. Banyak lagi acara sukan antarabangsa telah di usahakan oleh Tunku. Sukan yang beliau minat secara peribadi adalah golf dan beliau bermain golf hampir sepanjang usia beliau yang sihat dan bertenaga.
Sepanjang hayat Tunku, beliau telah mengorbankan seluruh kehidupan beliau kepada negara dan semasa beliau meninggal, beliau tidak mempunyai apa-apa kekayaan seperti bekas-bekas pemimpin negara sekarang ini. Dan rekod kecemerlangan perjuangan beliau, telah diketahui umum yang beliau telah mengorbankan segala harta yang beliau ada untuk membiayai perjuangan kemerdekaan di samping mendapat bantuan rakyat yang bersama bergolok dan bergadai untuk mencapai sebuah negara merdeka yang kita semua perolehi hari ini.
Sebagai generasi yang jauh muda dari beliau, saya secara peribadi merupakan peminat kepimpinan yang amat kuat terhadap Tunku dan saya sempat berkenalan dan berbaik dengan beliau semasa pengakhir hayatnya. Saya berbangga sebagai seorang individu yang beliau kenali, walaupun saya mengenali beliau hanya semasa beliau sudah lama bersara dan dalam kesihatan yang sudah menurun.
Saya sempat berulang kerumahnya di Bukit Tunku beberapa hari dalam setiap minggu untuk memberikan penghormati kepada beliau. Walaupun beliau sudah kurang jarak penglihatan beliau, saya tetap merasakan kebanggaan untuk bersama Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia, beberapa tahun akhir hayat beliau.

Pulak Dah: Anak Perempuan Zahid Hamidi Pula Tawar Diri Jadi Calon Di Kajang

BN nampaknya masih buntu untuk menentukan siapa calonnya yang sesuai untuk berhadapan dengan Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil DUN Kajang pada 23 Mac depan. Walaupun secara tradisinya, kerusi itu milik MCA tetapi UMNO jelas begitu inginkan calonnya dipilih mewakili BN bertanding di kerusi tersebut.

Selain disebabkan jumlah pengundi Melayu seramai 48 peratus, UMNO juga mahukan formula lama tidak lagi diguna pakai dengan alasan apabila ada pilihanraya kecil, selalunya jentera UMNO lebih aktif dan menonjol. Maka dengan itu, di tambah pula dengan trend pengundi Cina yang tidak lagi menyokong kerajaan, kewajaran agar UMNO yang bertanding di Kajang semakin kuat kedengaran.

Bagaimanapun MCA tetap tetap mahukan kerusi itu menjadi milik mereka dengan alasan persefahaman dalam komponen BN seharusnya dikekalkan dalam konteks kebersamaan jangka panjang, bukannya sekadar kepentingan Kajang semata-mata. Sehingga ini belum diputuskan siapa wakilnya, walaupun ada desakan agar pemain badminton negara, Lee Chong Wei dipilih berdasarkan populariti dan jutaan peminat yang dimilikinya.

Namun demikian, sejak bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad bersuara mahukan MCA diberi peluang bertanding di Kajang atas alasan parti itu dengan kepimpinan barunya sedang bangkit untuk meraih kepercayaan masyarakat Cina, suara dalam UMNO yang mahukan kerusi itu mulai kurang kedengaran.

Mahathir nampaknya bukan saja masih dihormati dalam UMNO tetapi suaranya seolah-olah lebih berbisa daripara Najib sendiri.

Bagaimanapun, di sebalik penentuan calon yang masih kabur itu, Nallakaruppan, Presiden MUIP atau Parti India Bersatu Malaysia, telah tampil menawarkan dirinya sebagai calon mewakili BN. Dengan alasan beliau pernah berkawan rapat dengan Anwar dan mengetahui banyak rahsia Ketua Pembangkang itu, Nalla merasakan beliaulah calon paling "winnable" di antara semua rakyat Malaysia yang menyokong BN.

Seorang lagi yang turut menawarkan diri mewakili BN ialah penyanyi Herman Tino yang pernah kalah serta hilang wang pertaruhan dengan bertanding di kerusi Parlimen Tanjung Karang dalam PRU 13 lalu. Herman yang juga semata-mata ingin menentang Anwar menulis di twitter berkata, jika beliau kalah ia tidak memberi kesan apa-apa dan beliau masih boleh menyanyi selepas itu.

Kedua-dua calon yang menawarkan diri ini bagaimanapun, tidak mendapat respon yang baik daripada UMNO dan BN, malah dalam konteks Nalla misalnya, beliau lebih menerima kutukan, cacian dan makian berikutan hasratnya menawarkan diri itu. Nalla dianggap lebih membebankan UMNO dan BN dengan jajaan cerita seks dah lucahnya itu, di samping latar belakangnya juga amat diketahui umum.

Selain dua nama itu, ingatkan tiada sesiapa lagi yang teringan dan berminat untuk menawarkan diri bertanding mewakili BN di Kajang. Selain harapan untuk menang juga agak tipis, setelah Mahathir bersuara, hampir semua orang juga akhirnya menyedari kerusi Kajang adalah milik MCA dan parti itu mesti diberi peluang lagi.

Rupa-rupanya dalam cuaca jerebu, hujan turun juga di tengahari. Tanpa angin dan tanpa banyak spekulasi, tiba-tiba anak perempuan Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi yang bernama Nurul Hidayah muncul meluahkan hasratnya mahu menawarkan diri bertanding menentang Anwar Ibrahim di Kajang.

Tawaran Tampar: NGO biadap tidak wajar berlaku

Mat Sabu-Pas GrafikDESA PANDAN, 8 FEB: PAS membidas tindakan biadap NGO yang menawarkan habuan sehingga RM1,200 untuk mana-mana individu yang berjaya menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan merakamnya.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata sekiranya mana-mana pihak tidak berpuas hati, mereka boleh meluahkan perkara berkenaan tanpa perlu membuat sebarang ancaman mahupun menimbulkan sentimen perkauman.
Katanya perkara ini diperbesarkan untuk terus mengalihkan perhatian rakyat terhadap kenaikan harga barang dan pembayaran pampasan berjumlah RM400 juta kepada syarikat konsesi.
“Kalau nak lawan dia balik, buatlah kartun atau sebagainya. Mana boleh nak ancam dengan menampar.
“Sebab dia Cina, dia buat sikit dia (NGO) kata hina Melayu. Kita tidak termakan. Itu bukan hina Melayu. Tidak ada kena mengena.
“Kita tidak bersetuju ini semua untuk mengalihkan isu dengan perkauman.

Terkejut PM membisu tawaran tampar MP

DAP Sarawak mahu pihak polis bertindak terhadap NGO yang menawarkan ganjaran wang untuk menampar Ahli Parlimen (MP) Seputeh, Teresa Kok.

"Ia tidak pernah berlaku di Malaysia di mana seseorang menawarkan ganjaran untuk melakukan jenayah," kata Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

Chong, yang merupakan MP Bandar Kuching, membuat gesaan itu selepas membuat laporan di Balai Polis Simpang Tiga di Kuching semalam terhadap NGO yang menyembelih empat ekor ayam di Kuala Lumpur dan melumurkan darahnya pada banner gambar pemimpin pembangkang.

Dalam protes itu, mereka menawarkan ganjaran RM500 - dan kemudian menaikkannya kepada RM1,200 - kepada sesiapa yang menampar Teresa dan merakamkannya.

Bercakap kepada media selepas membuat laporan polis itu, Chong berkata: "Tawaran itu sendiri adalah satu tindakan jenayah yang berniat untuk menakut-nakutkan dan juga berniat untuk melakukan keganasan.

Tawaran tampar Teresa Kok bukan ancaman, kata Zahid Hamidi...lepas ni ramailah kena penampar.!!!

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan ancaman tawaran badan bukan kerajaan (NGO) Islam kepada sesiapa yang berjaya menampar Teresa Kok daripada DAP dengan mengatakan "tiada apa yang hendak disiasat, kerana tiada ancaman."
"Mengapa kita perlu siasat itu?
"Menampar bukan ancaman. Jika mereka kata bunuh barulah boleh dikatakan ancaman," katanya selepas sebuah majlis di Penjara Kajang hari ini.‎

PRK Dun Kajang: Isu ekonomi, ketegangan agama jadi modal kempen Anwar

Kenaikan kos sara hidup selain polemik ketegangan kaum dan agama terus menjadi intipati utama dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi Pakatan Rakyat (PR) yang berlangsung malam tadi di Dataran Prima Saujana, Kajang.
Biarpun masuk hari ketiga ceramah diadakan, kempen PRK itu tetap mendapat sambutan daripada penduduk Kajang yang hadir, dan tumpuan sudah tentu diberikan kepada calon PR bagi kerusi DUN tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua umum PKR itu dalam ucapannya menegaskan peningkatan kos sara hidup boleh dipulihkan sekiranya kerajaan persekutuan menghentikan keuntungan kepada syarikat yang dimonopoli oleh kroni-kroni pemimpin Barisan Nasional (BN).
Hujah Anwar itu didengar khusyuk oleh hadirin, biarpun duduk dalam keadaan kurang selesa dengan hanya beralaskan surat khabar selama hampir sejam ucapan berlangsung.
Malah, sesetengah juga dilihat bersorak dan mengiyakan setiap kali Anwar, yang juga merupakan ahli Parlimen Permatang Pauh itu, berhujah.
Selain itu, Anwar menyelar tindakan badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang menawarkan ganjaran wang kepada sesiapa yang dapat menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dari DAP.
Anwar turut menyelar perbuatan lebih kurang 50 orang daripada NGO Islam itu yang bertindak menyembelih ayam dan melumurkan darah kepada kain rentang yang terdapat wajah pemimpin Cina DAP dan PKR.

Pengajaran dari Tun Dr Ismail.

An honest man is not neccessarily a nice man- Tun Dr Ismail.
Bila kita tengok suatu kumpulan Melayu menyembelih ayam dan menyimbah darah keatas beberapa potret MP bukan Melayu kita sedih. Apa sudah jadi kepada bangsa Melayu? Sudah lah miskin, laku perangai pun miskin. Ini agak nya, kebenaran dalam pengamatan pendita Zaaba bahawa orang Melayu pada hitung panjang nya miskin dalam serba serbi. Miskin wang Ringgit tidak terperi, ditambah miskin pula dalam laku perangai. Bagaimana perlakuan sedemikian menegakkan maruah bangsa Melayu, pemimpin Melayu dan Raja2 Melayu?
Maruah Melayu macam mana yang tercemar dan tercalar? Takkan lah Melayu seperti ini yang kaya raya, gagah perkasa memerlukan kaedah samseng dan samseng2 untuk mempertahankan harga diri dan maruah mereka?
Sembelihlah ayam, itik atau unta sekali pun, keadaan orang Melayu tidak akan berubah. Seperti saya sebut dalam artikel yang lalu, lama sangat sudah kita memekik ketuanan Melayu sana sini- tapi kita yang tuan duduk rumah setinggan, rumah pprt, rumah kos rendah. Yang pendatang duduk rumah besar, pangsapuri ratusan ribu ringgit bahkan jutaan ringgit. Maruah Melayu, pemimpin Melayu tidak pula dianggap tercalar. Maruah raja Melayu saya tidak hendak sebut, sebab semua mereka kaya raya.
Ramai Melayu tidak faham- taat kita kepada kerajaan adalah taat bersyarat. Its always a qualified loyalty and allegiance. Mereka yang cetek akal tidak faham konsep bertaat setia. Demang lebar Daun semasa berbaiah dengan Seri Teri Buana dahulu pun, mesyaratkan taat setia anak cucu dia. Selagi pemerintah(ketika itu Raja lah) tidak menganiayai anak buah Mr. Demang, maka mereka taat. Tapi jika dianiayai dan dizalimi, taat itu batal. Mr Demang nyata lebih farsighted dari budak2 yang balik dari Amerika dan England yang turut memekik Malay supremacy sana sini.
Nabi kita pun ada sebut supaya memuliakan raja dan membesarkan akan dia- kerana raja itu bayangan Allah dimuka bumi dengan syarat dia berlaku adil.
Dalam semua kes, ketaatan kita mesyaratkan pemerinatahan yang adil.
Saya cukup benci mendengar pengakuan orang melayu, mereka tidak akan sanggup menyebelahi bansga lain . Ini pemikiran Nazi Germany. Jahat mana pun Melayu, kita mesti sokong. Sebab itu saya kata orang macam ini adalah calon terbaik untuk samseng Melayu masuk kerumah mereka, tidor dengan isteri dan anak perempuan mereka, mereka sedia menyebelahi perbuatan samseng Melayu tersebut, sebab, apa pun, mereka itu Melayu.
Hidup Melayu!.

Bosnia protesters attack presidency building

Bosnia rocked by third day of anti-government unrest

Aleppo: From commercial hub to war zone

Hang Tuah Mall: Pak Ali The Legend

Dr. Dzulkefly Ahmad: We Are On The Right Move, On The Trajectory To Win Putrajaya

Dr. Dzulkefly Ahmad: Apakah PAS Akan Menjadi Penghalang Utama?

Ambiga Sreenevasan: Participating In An Election, Are We Endorsing A Corrupt Electoral System?

Rafizi Ramli: Having These Objectives Achieved, We Will Move Closer To Putrajaya

Rafizi Ramli: Can We Guarantee That Everything Would be Resolved After Kajang Move?

Rafizi Ramli: What Will Happen To Najib?

Rafizi Ramli: How Anwar Would Have Done Thing Differently?

Rafizi Ramli: Failure Of Najib To Wrest Selangor Is A Failure To Maintain Supremacy of UMNO

Tony Pua: If We Were To Lose Kajang, It Would Be A Masive Blow To Pakatan Rakyat

Dr. Dzulkefly Ahmad: After Kajang, We Should Consolidate And Come Out Stronger

Tony Pua: We Have 55 Days Of Non-Stop Onslaught From Barisan Nasional

Ambiga Sreenevasan: Very Concerned That There Are People Trying To Destabilize Selangor & Penang

Ambiga Sreenevasan: TS Khalid Ibrahim Has Shown Tremendous Grace In This Episode