Khamis, 6 Februari 2014

Hukum MELATAH Sambil MENCARUT..'Brek Disk!!' - Ustaz Azhar Idrus

WAJIBKAH Ikut Calon Pasangan Hidup Pilihan Ibu Bapa? - Ustaz Azhar Idrus

Lafaz CERAI Tanpa NIAT - Ustaz Azhar Idrus

Taib Mahmud Letak Jawatan Ketua Menteri Sarawak Dengan Kekayaan Terkumpul RM46 Bilion? Siapa Pilihan Penggantinya??

Taib Mahmud letak jawatan Ketua Menteri Sarawak : Selepas beberapa kali merancang & berhasrat untuk letak jawatan sejak tahun tahun 90 an lagi, akhirnya Taib Mahmud letak jawatan bulan ini bagi jawatan Ketua Menteri Sarawak yang dikuasainya sejak 33 tahun dahulu.
Lama bukan? Sehinggakan…..
Taib Mahmud letak jawatan
Sehinggakan ramai yang mengangkat Tan Sri Taib Mahmud sebagai figura dan pemimpin politik yang cukup berkuasa, dan juga dianggap antara individu yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan & kemewahan yang terkumpul semenjak memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak berdasarkan bukti-bukti & dakwaan yang dikemukakan oleh pihak-pihak tertentu.
Malah ada yang merasakan Taib Mahmud cukup “kebal” dengan undang-undang dan tindakan pihak berkuasa sehingga ke hari ini.

Laporan Berita Skandal Taib Mahmud Sebagai Ketua Menteri Sarawak?

Antara laporan Berita Semasa yang berkaitan pada ketika sebelum Taib Mahmud letak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak adalah seperti di bawah ini :
Taib Mahmud Bersara
  1. Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF! (KLIK SINI)
  2. Pembongkaran Video Skandal Taib Mahmud + Kerabat Berpunca Anwar Ibrahim? (KLIK SINI)
  3. Video Ekslusif Modus Operandi Taib Mahmud, Kaum Kerabat Jadi Kaya-Raya & Rompak Hak Rakyat Sarawak ! (KLIK SINI)
  4. (BREAKING NEWS) Taib Mahmud Cukup Popular di Dunia? Jadi Buruan Kerajaan Britain, Switzerland & Jerman Sekarang Ini !! (SUMBER SINI)
  5. Orang Terkaya di Malaysia : Taib Mahmud VS Robert Kuok? Kekayaan Taib Mahmud Bernilai RM46 Bilion? (KLIK SINI)

 

Gambar Taib Mahmud Sepanjang Bergelar Ketua Menteri Sarawak Sebelum Letak Jawatan!

Anwar: Selangor perlu anjakan kekuatan ekonomi dan politik

KAJANG 6 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Selangor memerlukan anjakan kekuatan ekonomi dan politik untuk mendepani cabaan dan provokasi Umno-BN dalam tempoh beberapa tahun menjelang pilihan raya umum ke-14.
Kata Anwar, kebimbangannya berasaskan insiden-insiden serangan politik dan ekonomi terhadap negeri semenjak berakhirnya pillihan raya umum ke-13.
IMG_0161“Mereka (BN) tumpu pada Selangor dan Pulau Pinang untuk menyekat kemaraan kita ke Putrajaya. Mereka guna pelbagai hujah untuk menyerang kita di Selangor dan Pulau Pinang.
“Mereka sekat kita untuk melangsungkan kerja. Kita nak teruskan khdmat. Sebab itu kita kena ada kekuatan ekonomi dan politik di Selangor,” kata Anwar dalam ceramah pembukaan sempena pilihan raya kecil DUN Kajang di hadapan kira-kira 500 hadirin di Taman Kajang Baru, malam tadi,
Tambah Anwar, serangan BN datang dari pelbagai sudut termasuk gangguan terhadap pentadbiran ekonomi seperti sabotaj terhadap usaha pentadbiran Selangor untuk memiliknegerikan aset dan sumber air.
“Sebab itu kita rasakan strategi ini penting. Sebab itu Selangor sebagai kubu pertahanan terpenting Pakatan Rakyat, baik Pas, DAP, KEADILAN yang mesti bekerja dalam satu pasukan,” kata Anwar.
Anwar menegaskan, usaha reformasi pentadbiran negeri yang dilakukan Menteri Besar Sealngor, Tan Seri Khalid Ibrahim cemerlang, namun beliau tetap bimbang dengan tindakan di luar jangkaan yang dilakukan Umno-BN untuk merampas kembali negeri ini.

PAS hargai kerjasama politik dengan KEADILAN – Dr Hatta

dr_hattaKAJANG 6 FEB: Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli berkata, parti itu tidak melupakan kerjasama dengan KEADILAN malah gerakan reformasi yang tercetus pada 1998 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pemangkin sokongan rakyat di banyak kawasan baru.
“Kita nak menafikan macam mana? Ada orang nak menafikan? Oh.. memang dah ditakdirkan PAS, DAP dan KEADILAN akan bekerjasama dah tertulis ‘di atas sana’.
“Betul. Tetapi kita sebagai manusia kena tengok apa punca, sebab dan pencetusnya,” kata Dr Hatta dalam ceramah di Taman Kajang Baru, malam tadi.
Kata Dr Hatta, peristiwa pemecatan Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan menjadi magnet parti-parti pembangkang ketika itu termasuk DAP.
“Kita tak lupa kerjasama dengan DAP, Lim Kit Siang dan (Datuk Seri) Wan Azizah. Mereka lupakan perbezaan.
“Sampai berlaku apa yang tak mungkin dibayangkan apabila Lim Kit Siang duduk sepentas dengan (Datuk) Fadzil Noor untuk mengumumkan penubuhan satu gabungan yang menjadi Barisan Aalternatif dan (kemudiannya) Pakatan Rakyat,” kata Dr Hatta disambut tepukan hadirin.
Dr Hatta turut mengingatkan hadirin bahawa Pas memenangi empat kerusi di Selangor selepas kerjasama dalam Barisan Alternatif dalam pilihan raya umum ke-10 pada 1999.

Rafizi bertemu PAS, DAP sebelum mula ‘Langkah Kajang’

DSC_9998SUBANG JAYA, 6 FEB: Sebelum Parti Keadilan Rakyat (PKR) memulakan langkah strategik yang dinamakan ‘Langkah Kajang’ parti itu terlebih dahulu mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi PAS dan DAP.
Bercerita kembali kronologi siri pertemuan dengan pemimpin tertinggi DAP dan PAS, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, kali pertama beliau mengadakan pertemuan dengan Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
“Pada 24 Januari lalu, saya mengambil penerbangan ke Johor Bahru terus ke Gelang Patah untuk bercakap dengan Lim Kit Siang. Kami berbincang berkenaan isu ini dan memperoleh pengesahan daripada DAP berdasarkan perbincangan itu.

“Selepas perletakan jawatan diumumkan pada jam 3.00 petang, PAS diwakili Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Salehuddin Ayub dan Setiausaha Politik Presiden PAS sendiri berbincang kemungkinan Datuk Seri Anwar sebagai calon PRK Kajang, pada jam 9.00 malam. Esoknya (28 Januari), kami hadiri mesyuarat PR dan bersetuju memilih Anwar sebagai calon,” katanya.

KAJANG MOVE: What kind of Malaysia do we want?

by Kim Quek

I am completely puzzled at why well-wishers of Pakatan Rakyat such as Bersih 2.0 including Ambiga should remain puzzled at the Kajang Move.
What is so difficult to understand when these people share the same aspiration to remove the Umno hegemony and bring real change to Malaysia?
They need only to ask this question: will the Kajang move bring us closer or farther away from Putrajaya?
KAJANG MOVE: What kind of Malaysia do we want?Aren’t they aware that Umno’s extremists have been creating racial and religious conflicts with increasing gusto?
Khalid too naive
The explosive power of these sensitive issues is illustrated by the recent Allah furor. What would have been a non-issue in any other country in the world has now been blown up with the potential to rift the nation apart along religious and racial fault lines, simply by seizing some bibles containing the word Allah.
Having found a bridgehead in the Allah conflict, Selangor Umno decided to make hay while the sun shines and plans to “educate” Malay Muslims throughout the state with 30 road shows. What for? To “defend race and religion”, of course. It is obvious that these trouble-makers are hell bent to incite mankind’s primordial instincts. And it is entirely possible that even before the end of the road shows, flash points would have been reached.
In the meantime, the Pakatan led Selangor state government which governs Islamic affairs could only stand by the side to helplessly watch the unfolding of these heart-breaking dramas while Christians and non-Muslims fume, also helplessly, at the violation of their religious rights guaranteed under the Federal Constitution.
Make no mistake, the Allah and seizure of bible issues are not end of the story; it is the beginning of a determined conspiracy built on race and religion to restore the maimed hegemony of Umno. It will go on and on until Umno feels that its political supremacy is secured.
Selangor government’s impotence to deal with what could have been a minor incident if promptly nipped in bud, has already caused widespread dismay among non-Malays for failing to protect minority rights; imagine the consequence of similar incidents of greater magnitude and frequency hereafter.
Once the non-Malay disillusionment of Pakatan’s rule become entrenched, Pakatan Rakyat might as well kiss goodbye to Putrajaya; and there goes the dream of 52% of Malaysians who had voted for a new Malaysia.
Everyone acknowledges that Selangor MB Khalid Ibrahim is a leader of high integrity and of extra-ordinary competence in financial management. But I think he would be the first to admit that he is not cut out to deal with the intrigues and sabotage found in this unique Malaysia Boleh, where religion and race form the common fodders for politicians. Without such competence, Khalid would be hard pressed to take the ship through such turbulent sea to destination.
Anwar, a proven entity

Demo Ayam: Polis Diam Saja Sekalipun Dicabar Di Depan Mata!

Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia berkata, tawaran bagi menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kini dinaikkan daripada RM500 ke RM1,200 kerana pemimpin DAP itu dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan orang Melayu.

Menurut Seketariat Majlis Permuafakatan Ummah Malaysia Zulkfli Sharif, tawaran dibuat itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia agar penghinaan yang seringkali dibuat Kok menerima pembalasan.

"Tawaran ini terbuka kepada semua. Maksudnya, siapa sahaja yang dapat menampar Teresa Kok dengan disertakan gambar sebagai bukti, kita akan beri ganjaran sebanyak RM1,200," kata Zulkifli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi di Kuala Lumpur.

"Pada mulanya memang kita hanya tawarkan RM500, namun ganjaran itu dinaikkan sebanyak RM1200 hasil sumbangan ahli kita."

Beliau juga tidak menolak kemungkinan jumlah ganjaran tersebut akan meningkat sekiranya ada lagi individu menampilkan diri memberi sumbangan.

Tambahnya, gerakan itu juga tidak menetapkan sebarang tarikh tamat kepada peserta yang ingin menyertai pertandingan tersebut.

"Kita tidak ada tarikh tamat, bila-bila masa sahaja sehingga isu ini reda dan bagi siapa yang berjaya mendapatkan gambar bukti tampar pemimpin tersebut maka boleh hantar ke pejabat kita," katanya.

Terdahulu kira-kira 50 individu menggelarkan diri mereka “Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia” bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR sebagai bantahan terhadap penghinaan pemimpin berkenaan kepada majoriti masyarakat Melayu beragama Islam.

Umno-BN biar provokasi agama & kaum berterusan – Anwar

KAJANG 6 FEB: Kerajaan Umno-BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seolah-olah membiarkan provokasi politik berbaur hasutan agama dan perkauman di negara ini, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
dsai_tazkirahSedangkan kata Anwar, Islam sebagai agama perdamaian tidak pernah menganjurkan kepada penganutnya untuk membenci, menghina dan meminggirkan hak masyarakat bukan Islam.
“Nak tunjuk hebat, baling molotov cocktails (ke gereja), maki hamun dan ugut. Kalau macam ini puak itu nak kembangkan Islam, ada orang nak dengar? Orang akan lebih menyampah,” kata Anwar.
Kata Anwar, kerajaan seolah-olah merestui masalah sosial dan disiplin sebahagian orang Islam di negara ini kerana tiada tindakan undang-iundang, sehingga menyebabkan orang bukan Islam keliru dan tidak percaya kepada kepimpinan orang Melayu-Islam.
“Nak kembangkan Islam macam mana? Dakwah mengikut prinsip Al-Quran memerlukan kebijaksanaan. Kalau tak setuju, berhujahlah dengan perkataan yang baik.
“Seorang pemimpin beragama Islam yang menghayati ajaran mesti menunjukkan sifat adil dan berakhlak. Bukan sekadar sebut ‘hidup Melayu’, tapi balak hilang seribu ekar,” kata Anwar sinis.
Beliau menyifatkan kelemahan ini berpunca dari sikap pemimpin yang dangkal ilmu (semi-literate) dan menjaja ke khalayak seolah-olah mereka adalah tokoh Islam.
Dalam program pembukaan sempena pilhan raya kecil DUN Kajang semalam. Anwar turut bersama penduduk tempatan menunaikan solat Maghrib berjemaah dan menyampaikan tazkirah di Surau Taman Muhibbah.

Perpecahan dalaman Umno lebih jelas dalam masa dua bulan - Tamrin

tamrin_ghafarKUALA LUMPUR 6 FEB: Perpecahan dalaman Umno akan bertambah kritikal dan lebih jelas dalam masa dua hingga tiga bulan lagi, kata Datuk Tamrin Abdul Ghafar.
Bekas ahli parlimen Batu Berendam itu berkata, ini kerana wakil rakyat BN tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Memang ada ahli Umno yang terkilan dengan kepimpinan Najib sekarang.
“Beberapa ahli parlimen Umno sendiri sudah mula merasakan BN mungkir janji dan manifesto. Minyak, tol dan barangan semuanya naik harga,” kata Tamrin kepada Keadilandaily.
Tamrin yang juga bekas Pengerusi Mara berkata, beliau tidak hairan sekiranya wakil rakyat mengeluarkan sindiran sinis kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mencadangkan Datin Seri Rosmah Mansor dilantik ke jawatan Perdana Menteri.
najib n rosmahMalah sebelum ini, beberapa tokoh wartawan antaranya bekas Ketua Pengarang NST. Kadir Jasin yang secara sinis mencadangkan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dilantik ke jawatan perdana menteri kerana peranannya mengambil tugas menteri-menteri kabinet.
Kritikan Kadir yang dibaca mewakili suara kepentingan Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan bekas Perdana Menteri itu sudah tidak percaya dengan kepimpinan Najib.
Kata Tamrin, rata-rata ahli parlimen Umno kini malu berhadapan dengan penyokong mereka, apatah lagi orang biasa apabila ditanyakan tentang manifesto BN dan janji Najib sebelum pilihan aya umum ke-13.
“Ini akan menambahkan tekanan kepada mereka untuk berhadapan dengan masyarakat,” ujar Tamrin yang kni merupakan ahli Pas dan aktif berceramah diseluruh negara.

Promosi skim MES sepanjang PRK Dun Kajang – MB

.SHAH ALAM 6 FEB: Kerajaan Selangor menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi memperluas skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Ia termasuk subsidi tambang bas sekolah bagi meringankan beban ibu bapa dalam memastikan anak mereka tidak tercicir dari pendidikan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kempen mempromosi skim yang dilancarkan empat tahun lalu, turut melibatkan Exco Selangor.
“Dalam PRK Kajang nanti, semua Exco kena turun padang tumpukan usaha memperluaskan lagi skim MES kepada penduduk yang memerlukan.
“Kita cari bas yang bawa anak kita ke sekolah untuk kerajaan berikan subsidi,” katanya pada majlis pertemuan bersama ketua-ketua kampung Selangor di sini hari ini.
Pertemuan itu diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di seksyen 7 Shah Alam.
Abdul Khalid berkata, usaha mempromosi dibuat di Kajang berikutan kesedaran rakyat untuk terlibat dalam program kebajikan kerajaan, lebih tinggi pada musim pilihan raya berbanding hari biasa.
Sehingga kini, kerajaan negeri sudah melancarkan 17 skim di bawah program MES sejak Pakatan Rakyat mula mentadbir Selangor.
Kerajaan Negeri juga membelanjakan lebih RM51 juta dalam program itu bagi manfaat rakyat Selangor.
Peruntukan menerusi program itu diadakan berterusan dan tidak terhad pada kempen pilihan raya seperti amalan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

PRK Dun Kajang: Lucu jika saya sabotaj diri sendiri - Khalid

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan dakwaan kononnya akan berlaku sabotaj dari pihaknya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang nanti sebagai tuduhan yang melucukan.

Menepis tomahan itu, Khalid berkata ianya sesuatu yang tidak masuk akal kerana beliau selaku pengarah pilihan raya yang dilantik PKR bagi pilihan raya kecil itu, tentunya mahu Anwar selaku calon, menang.

"Macam mana kata saya sabotaj. Saya pengarah PRK Kajang, kalau macam itu saya sabotaj diri saya sendiri. Itu pasti suatu yang lucu," katanya menjawab soalan wartawan pada sidang media di Bangunan SUK hari ini.

Unsur sabotaj itu dikatakan berkaitan dengan tindakan pemecatan kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Holding yang dianggap tidak kena pada masanya ketika PRK DUN Kajang bakal diadakan.

PRK Dun Kajang: Adakah paling kotor atau paling bersih?

KUALA LUMPUR: “Apakah pilihanraya kecil Kajang akan menjadi pilihanraya paling kotor atau paling bersih dalam sejarah Malaysia?” tanya Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

Katanya, kedua-dua kemungkinan itu ada dan ia bergantung kepada calon-calon yang bertanding, Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan badan penyelia seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, polis dan sebagainya.

“Pilihanraya kecil Kajang menjanjikan banyak kejutan,” ujarnya dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.

Apakah pilihanraya kecil Kajang akan menjadi pilihanraya paling kotor atau paling bersih dalam sejarah Malaysia?

Kedua-dua kemungkinan itu ada dan ia bergantung kepada calon-calon yang bertanding, Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan badan penyelia seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, polis dan sebagainya.

Pilihanraya kecil Kajang menjanjikan banyak kejutan.

Hakikat bahawa pilihanraya itu akan diadakan sendiri adalah satu kejutan.

Kejutan pertama, sehari selepas peletakan jawatan secara mengejut oleh Adun PKR Kajang Lee Chin Cheh pada 27 Januari, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah menyokong sepenuhnya pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihanraya kecil Kajang sebagai percaturan politik utama untuk menempatkan Selangor sebagai tapak peluncuk gerakan menawan Putrajaya dalam PRU14.

Kejutan kedua muncul apabila Ketua Penerangan Umno dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan tanpa merasa malu telah mengumumkan bahawa Umno dan Barisan Nasional akan melancarkan kempen menyerang peribadi Anwar dan mengungkit semua dakwaan seksual yang pernah dibuat sejak lebih sedekad yang lalu ke atas Ketua Pembangkang itu.
 

KLIA 2: Gagal peroleh CCC korban dana awam, keselamatan awam terancam

tian chua pc pkr 01SHAH ALAM, 6 FEB: Kegagalan kontraktor usaha sama UEMC-Bina Puri mendapatkan Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC) bagi projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) bakal menjadikan keselamatan orang awam yang menggunakan perkhidmatan lapangan terbang itu terancam.
Keadaan itu boleh berlaku jika Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein masih dengan keputusannya untuk membuka KLIA 2, pada 2 Mei ini.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata perkara seperti itu dapat dielakkan jika tender projek berkenaan dijalankan secara telus dan adil, bukannya melalui rundingan terus dengan syarikat kroni yang tidak mempunyai kelayakan.
“Inilah akibatnya bila tender sesuatu projek diuruskan dengan cara salah dan akhirnya bukan sahaja dana awam dijadikan korban, bahkan keselamatan orang awam juga boleh terancam jika KLIA 2 ini dibuka dalam keadaan tergesa-gesa tanpa kelulusan keselamatan pihak berwajib.
“Rakyat sudah mula menanggung kerugian bila projek ini ditangguhkan beberapa kali yang tentunya membabitkan pertambahan daripada kos asal pembinaan,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Demo Sembelih Ayam: “Nama saja NGO Islam, tindakan tak Islamik”

ppip_kangkungKUALA LUMPUR 6 FEB: KEADILAN menyelar tindakan melampau dilakukan sekumpulan NGO menamakan diri sebagai ‘Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia’ menyembelih ayam dan melumurkan darah ke atas kain rentang yang terpapar gambar pemimpin DAP dan KEADILAN.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, tindakan mengapi-apikan sentimen perkauman ini tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang melabelkan diri mereka sebagai NGO Islam.
“Kononnya NGO Islam tetapi sikap yang ditunjukkan langsung tidak Islamik,” kata Fahmi kepada Keadilandaily.
Kata Fahmi sekiranya tidak bersetuju dengan sesuatu pandangan, bantahan yang dibuat haruslah dengan berhikmah ataupun melaui percakapan yang bersopan, bukannya melumurkan darah ayam ke atas gambar pemimpin Pakatan Rakyat.
Tambahnya tindakan tersebut membuatkan masyarakat melatah seolah-olah bertujuan memancing sokongan.

Tampar muka saya untuk dapat ganjaran wang, keterlaluan – Teresa Kok


Bfx_LZvCEAAix0S
KUALA LUMPUR, 6 FEBRUARI: Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok Suh Sim menyifatkan tindakan satu perikatan NGO menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang menampar mukanya adalah tindakan melampau.
“Tawaran keterlaluan ini telah dibuat oleh aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mustafa Hamzah di Kuala Lumpur, petang tadi.
“Langkah ini kelihatan bertujuan membalas dendam kepada klip video satira politik Tahun Baru Cina yang popular baru-baru ini.
“Menteri UMNO dan pemimpin BN sendiri pasti tidak bersetuju dengan tawaran ini,” katanya dipetik laman sosial Facebook, milik beliau.
Pada perhimpunan di Jalan Tun Perak tadi, Mustafa dengan keras menegaskan bahawa ‘mereka yang sanggup menampar Teresa Kok akan diberikan ganjaran sebanyak RM500′.

Dakwat kekal: Batalkan pendakwaan terhadap Mejar Zaidi

KUALA LUMPUR: PAS menggesa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membatalkan tindakan pendakwaan terdahap Mejar Zaidi Ahmad kerana membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal pada hari pembuangan undi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pendakwaan ke atas Zaidi adalah satu tindakan yang tidak wajar malah akan memalukan institusi tentera secara keseluruhannya memandangkan anggota itu hanya menzahirkan haknya sebagai seorang pemilih yang sah.

"Kes ini adalah berkaitan hak dan kebebasan demokrasi berparlimen. Ianya bukan kes salah laku dalam tentera secara khusus.

"Dia buat atas dasar hak dia sebagai seorang rakyat, dan terpanggil untuk menyatakan kepincangan yang berlaku dalam pilihan raya yang dia alami sendiri.

"Jadi kita mintak pihak tentera membatalkan, atau tarik balik pendakwaan kes tersebut," katanya kepada Harakahdaily.

MB : Penamatan kontrak kakitangan PKNS jimat RM7 juta setahun

mb khalid ibrahim kongres ke 9 PKR 04SHAH ALAM, 6 FEB: Langkah menamatkan kontrak 22 kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd memberikan penjimatan kos operasi terhadap Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak RM7 juta setahun.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata penamatan kontrak itu juga adalah hasil polisi Integrity Pact yang dilaksanakan dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi mematuhi urus tadbir korporat yang baik.
Katanya, keputusan menamatkan kontrak kakitangan berkenaan adalah berdasarkan kepada pelaksanaan penyusunan semula organisasi PKNS yang kini diterajui Pengurus Besar baru, Azlan Alfiah.
“Keputusan ini menyaksikan penjimatan kos RM7 juta setahun dan kos tinggi ini menjadi rintihan golongan ‘whistle blower’.
“Di samping itu, terdapat pertindihan tanggungjawab dan tugas antara 22 kakitangan ini dengan yang sedia ada dalam PKNS.
“Jadi, penggajian mereka tidak membawa keuntungan, bahkan kos berlebihan terpaksa ditanggung,” katanya dalam sidang media di Bangunan SUK, di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan 22 kakitangan kontrak PKNS diberhentikan tanpa sebab dan tidak diberikan notis lebih awal.
Mengulas lanjut, Abdul Khalid yang juga Pengerusi PKNS berkata, langkah penamatan kontrak juga dibuat bagi memberi peluang kepada kakitangan tetap sedia ada untuk mengembangkan karier mereka dengan kenaikan pangkat.
“Sebelum ini, ada yang memberi maklumat bahawa peluang kenaikan pangkat kakitangan tetap dalam PKNS terbantut kerana peluang diberikan kepada orang luar dengan tawaran secara kontrak dan tangga gaji lebih tinggi.

KEADILAN kecam tindakan provokasi ekstrimis perkauman

perkasa_ayamTindakan beberapa anggota NGO yang telah menyembelih ayam, menyapu darah ayam ke atas gambar beberapa ahli politik Pakatan Rakyat, dan seterusnya mengugut keselamatan Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok hari ini amat dikecam.
Tatkala rakyat Malaysia bergelut dengan realiti kenaikan harga barang, beberapa kumpulan ekstremis yang tidak bertanggungjawab cuba mengapi-apikan sentimen kebencian dan perkauman ekstremis.
Ugutan yang dibuat terhadap Ahli Parlimen Seputeh, di mana RM500 dijadikan habuan kepada sesiapa yang menampar beliau dan merakam tindakan itu, juga adalah satu perkara yang serius dan pasti menyalahi undang-undang. Perkara ini mesti disiasat Polis DiRaja Malaysia, dan mereka yang didapati bersalah wajib dibawa ke muka pengadilan.
Pentadbiran DS Najib Razak wajib mengecam tindakan provokasi ini yang cuba memecah-belahkan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi apabila beliau baru minggu lalu menggariskan empat perkara utama dalam rancangan rekonsiliasi nasional yang mana salah satu adalah aspek sosial.
Pada masa yang sama Rakyat Malaysia disaran menghadapi provokasi ini dengan penuh kesabaran, hikmah, dan bijaksana. Kita wajib menolak kumpulan ekstremis sebegini dan pembiaya aktiviti mereka, demi Malaysia yang lebih aman.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

Kerajaan Kelantan bergoncang akibat dua serangan dalaman..!!



Che Ibrahim bersama penyokongnya berdemontrasi di depan Masjid Kampung Laut bersebelahan pejabat KIAS. - Gambar The Malaysian Insider. 
Che Ibrahim bersama penyokongnya berdemontrasi di depan Masjid Kampung Laut bersebelahan pejabat KIAS. - Gambar The Malaysian Insider.

Ketika hubungan PAS dan PKR bergoncang di peringkat nasional, kerajaan negeri Kelantan juga bergoncang hari ini apabila dua kumpulan daripada PKR dan PAS sendiri menyerang kepimpinannya.
Serangan dalaman PAS adalah daripada penyokong Che Ibrahim Mohamed, bekas kadi yang juga Timbalan Pendaftar  Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) yang dipecat manakala satu lagi pihak adalah adalah penyokong Penyelia Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah Ramlan Mat dari PKR yang juga dipecat daripada jawatannya.‎
Kumpulan penyokong Che Ibrahim membuat demonstrasi hari ini di depan kolej dekat Nilam Puri bersebelahan Masjid Kampung Laut yang bersejarah itu.
Che Ibrahim adalah penyokong utama Datuk Husam Musa yang keempat dipecat oleh pentadbiran kerajaan negeri Kelantan yang baru.
Sebelum ini, Asrul Afendi (Pegawai IT KGT Sdn Bhd yang juga pegawai akhbar Husam), Khir Zahri Abdul Ghani (Pengurus Tabung Tok Kenali), Fauzi Mohamad (Pengurus Besar PMBK Sawit) serta beberapa lagi kakitangan kerajaan negeri serta anak syarikatnya dipecat.
Che Ibrahim hari ini menyerahkan kembali cek daripada KIAS yang diberikan sebagai pampasan sebagai tanda protes.
Penyokong Che Ibrahim menamakan secara langsung Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohamad Amar sebagai pihak yang tidak disenangi mereka dalam krisis ini.
Che Ibrahim ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, beliau akan memfailkan kes ini kepada Mahkamah Perusahaan jika ia tidak diselesaikan dengan baik.
"Ini adalah kes antara saya dengan Nik Amar dan saya tidak akan berdiam diri," katanya.

AG: Dua bekas pegawai menteri masih disiasat


Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menegaskan tiada sebarang campur tangan politik berhubung kes dua bekas pegawai menteri yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-dua mereka yang belum didakwa masih dalam siasatan SPRM, untuk mendapatkan bukti yang kukuh, katanya.
  
"Ramai yang mendesak saya termasuk orang kenamaan serta wakil rakyat dari parti pembangkang berhubung kes tersebut, ada yang mendesak supaya tuduh ada juga yang minta supaya kes itu tidak perlu dituduh.
  
"Jika saya biarkan diri saya dipengaruhi campurtangan politik, saya tidak boleh menyalahkan sesiapa kecuali diri saya kerana itu salah saya," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas pertemuan dengan Pengerusi Panel Penasihat Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM Datuk Johan Jaaffar bagi membincangkan perkara itu di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
  
Abdul Gani juga meminta semua pihak supaya memberi masa kepada SPRM untuk menjalankan siasatan terperinci.

NGO lumur darah ayam pada gambar pemimpin DAP, PKR


Sekumpulan NGO yang menggelarkan diri mereka 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' hari ini menyembelih empat ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin DAP dan PKR.

Tindakan itu dibuat dalam perhimpunan yang dinamakan 'Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu' oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina.

Ia berlangsung berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, petang ini.

Pemimpin yang wajahnya terdapat pada kain rentang itu MP Seputeh, Teresa Kok, MP Gelang Patah, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dari DAP dan ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon dari PKR.

Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 30 peserta itu merupakan reaksi kepada video Tahun Baru Cina yang dilakonkan Teresa dengan tajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014' dan flashmob oleh Khai Loon di Pulau Pinang.

Flashmob tersebut menyaksikan sayur kangkung disumbat ke dalam mulut patung kayu dengan karikatur menyerupai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bagi membantah kenaikan harga barang baru-baru ini.

Wakil penganjur, Zulkifly Sharif dari Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) yang berucap sewaktu ayam-ayam itu disembelih berkata mereka yang wajahnya ada pada poster tersebut cuba memanipulasi kenaikan harga barang baru-baru ini.

Lumur darah kerja gila, tidak berhak dipanggil NGO Islam, kata pemimpin Melayu DAP


Demontrasi yang berlangsung petang tadi sebagai bantahan terhadap penghinaan kepada kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong dan Islam oleh pemimpin DAP dan PKR di Kuala Lumpur oleh sebuah NGO Islam dianggap sebagai keterlaluan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Februari, 2014.Demontrasi yang berlangsung petang tadi sebagai bantahan terhadap penghinaan kepada kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong dan Islam oleh pemimpin DAP dan PKR di Kuala Lumpur oleh sebuah NGO Islam dianggap sebagai keterlaluan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Februari, 2014.Pemimpin Melayu DAP Zairil Khir Johari menyelar tindakan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyembelih ayam dan melumur darah kepada gambar pemimpin Cina DAP dan PKR. Ia boleh dianggap sebagai gila dan tidak berhak dipanggil orang Islam.
Ahli Parlimen (MP) Bukit Bendera itu menegaskan, tindakan NGO tersebut dalam satu demonstrasi hari ini di Kuala Lumpur adalah memalukan.
"Ini memang kerja gilalah.
"Tindakan ini buat malu Islam, buat malu Melayu dan buat malu Malaysia," kata Zairil apabila dihubungi selepas insiden tersebut.
Sekumpulan lebih kurang 50 individu yang menggelarkan diri mereka “Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia” bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR.
Pemimpin yang wajahnya terdapat pada kain rentang itu adalah Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (DAP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon (PKR).
Zairil bagaimanapun berkata, menghormati hak untuk berhimpun oleh mana-mana kumpulan tapi ia mestilah tidak melampaui batas.
"Saya tidak faham, mereka nak berdemo itu hak mereka, nak berdemo selagi aman itu tidak bermasalah.

Tawaran tampar Teresa Kok dinaikkan sehingga RM1,200 kata NGO Macai


Penunjuk perasaan menunjukkan bunting yang memaparkan gambar Teresa Kok dengan ganjaran sebanyak RM500 kepada sesiapa sahaja yang berjaya menamparnya semasa demontrasi terhadap penghinaan kepada kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong dan Islam oleh pemimpin DAP dan PKR di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Februari, 2014.  
Penunjuk perasaan menunjukkan bunting yang memaparkan gambar Teresa Kok dengan ganjaran sebanyak RM500 kepada sesiapa sahaja yang berjaya menamparnya semasa demontrasi terhadap penghinaan kepada kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong dan Islam oleh pemimpin DAP dan PKR di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Februari, 2014. 

 Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia berkata, tawaran bagi menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kini dinaikkan daripada RM500 ke RM1,200 kerana pemimpin DAP itu dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan orang Melayu.
Menurut Seketariat Majlis Permuafakatan Ummah Malaysia Zulkfli Sharif, tawaran dibuat itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia agar penghinaan yang seringkali dibuat Kok menerima pembalasan.
"Tawaran ini terbuka kepada semua. Maksudnya, siapa sahaja yang dapat menampar Teresa Kok dengan disertakan gambar sebagai bukti, kita akan beri ganjaran sebanyak RM1,200," kata Zulkifli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi di Kuala Lumpur.
"Pada mulanya memang kita hanya tawarkan RM500, namun ganjaran itu dinaikkan sebanyak RM1200 hasil sumbangan ahli kita."
Beliau juga tidak menolak kemungkinan jumlah ganjaran tersebut akan meningkat sekiranya ada lagi individu menampilkan diri memberi sumbangan.
Tambahnya, gerakan itu juga tidak menetapkan sebarang tarikh tamat kepada peserta yang ingin menyertai pertandingan tersebut.

'Dok Kire Sape-sape'..'Astro Oasis!' - Ustaz Azhar Idrus

Prk Dun Kajang: Anwar Tak Pandang Mudah

Dr. Dzulkefly Ahmad: Kajang Move Is A Strategic Move For A Bigger Interest Of The Nation

Demo sembelih ayam: Wakil Cina jelaskan mengapa dia terbabit

Amaran Keras NGO Buat Pemimpin Cina : Jangan Hina Islam dan Melayu

Anwar hits the campaign trial

Ambiga Sreenevasan: People Of Kajang To Speak For Us, To Reject Racism & Religious Bigotry

Anwar: Istilah Konsesus Sama Dengan Dialog Nasional

Majlis Ayahanda mahu warga tak fasih Bahasa Melayu diusir keluar dari Malaysia


Tony Pua: Khalid Ibrahim Is An Extremely Honest & Hardworking Menteri Besar

Pakatan akan 'mati' jika Anwar tumbang di Kajang - DAP

PAS anggap 'Langkah Kajang' strategi tepat menuju Putrajaya

PKR: Doktrin Umno mahu Melayu saja tadbir negara ini

'Pre-nomination day ceramah not a breach of election laws'

Rafizi Ramli: How Can Anwar In Selangor Make A Difference?

Rafizi Ramli: Why The Kajang Move?

Anwar akan bertemu MB, bincang isu pemecatan 23 kakitangan kontrak PKNS

DSC_9803KAJANG, 6 FEB: Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi meminta penjelasan berhubung pemecatan 23 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Katanya, pertemuan itu berkemungkinan akan diadakan malam ini bagi mendapatkan gambaran sebenar.
“Saya sudah minta Abdul Khalid bincang dan beri penjelasan kepada saya kerana tidak dapat maklumat teliti.
“Mungkin Abdul Khalid akan bawa malam ini,” katanya kepada media selepas majlis Hi-Tea di Pusat Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, di sini, semalam.
Media sebelum ini melaporkan 23 kakitangan perbadanan itu diberhentikan tanpa sebab dan tidak diberikan notis lebih awal.
Namun, PKNS dalam satu kenyataan memaklumkan tindakan itu dibuat terhadap pekerja berstatus kontrak bagi mengelakkan pertindihan tugas.

Hukuman Penjara: Rayuan terakhir Khir Toyo ditangguh, tarikh belum ditetapkan

 
 Rayuan terakhir bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, yang dijadual didengar hari ini di mahkamah tertinggi di negara ini, telah ditangguhkan kepada suatu tarikh yang belum ditetapkan.

Ketua komunikasi korporat Mahkamah Persekutuan Mohd Aizuddin Zolkeply berkata penangguhan itu disebabkan oleh sebab-sebab yang "tidak dapat dielakkan dengan pihak mahkamah".

Berikutan itu, katanya, tarikh untuk mendengar rayuan tersebut akan diputuskan kemudian.

Rayuan itu dijadualkan didengar hari ini selepas Khir didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada tahun 2011 bagi tuduhan rasuah yang berkaitan dengan pembelian dua lot tanah berharga dan sebuah rumah di Shah Alam, semasa menjadi penjawat awam.

Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan hartanya dirampas. Bagaimanapun, ia membenar penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menanti rayuan.

Mahkamah Rayuan telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu tahun lepas.

Kerajaan pusat beku kenaikan tol kerana PRK Dun Kajang - DAP

 Tindakan kerajaan membekukan kenaikan tol bagi 2014 semalam merupakan satu taktik oportunis dan sebagai usaha untuk memenangi hati pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan berlangsung pada 23 Mac ini walaupun terpaksa membayar RM400 juta kepada syarikat konsesi, kata Lim Guan Eng.
Setiausaha agung DAP itu berkata, Barisan Nasional (BN) hanya berubah nada, namun tidak pada kata-katanya dalam hal pembekuan kenaikan kadar tol selama setahun walaupun pernah berjanji untuk mengurangkan kadar tol di antara bandar dalam manifesto mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
"Pengumuman yang dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin bahawa Kabinet tidak akan mengenakan sebarang kenaikan tol pada 2014 adalah satu taktik oportunis yang jelas digunakan oleh BN untuk menyenangkan hati pengundi BN di Kajang pada 23 Mac 2014.
"Walaupun mereka berjanji dalam manifesto PRU13 untuk mengurangkan kadar tol antara bandar, kerajaan persekutuan BN mengumumkan akan terdapat banyak kenaikan kadar tol pada tahun ini.
“Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar malah memberitahu bahawa mereka yang tidak bersetuju dengan kenaikan kadar tol boleh menggunakan jalan alternatif yang tidak bertol, meskipun tidak ada sebarang jalan alternatif untuk sesetengah laluan,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

PRK Dun Kajang: PAS Selangor sudah buka bilik gerakan

KUALA LUMPUR: PAS Selangor telah membuka bilik gerakan pilihan raya bagi  mempersiapkan jentera pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac nanti.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad sekaligus telah melantik Jaafar Shamsuddin sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Selangor bagi Pilihan Raya Kecil Kawasan Dewan Negeri Kajang.

Sehubungan itu, bilik Gerakan Utama PAS Selangor beroperasi di Pejabat PAS Kawasan Hulu Langat, G20-1A, Jalan Prima Saujana 2/D, Seksyen 2, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang.

"Petugas-petugas PAS dari dalam dan luar Selangor yang akan bertugas di Kajang bolehlah menghubungi Mohd Shariff Din, Setiausaha Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Dewan Negeri Kajang di 013 3883700 untuk penyelarasan," katanya dalam kenyataan ringkas di laman Facebooknya.

Presiden PAS lancar Kempen Jomturun esok

KUALA LUMPUR: Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat dengan kerjasama PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan satu pelancaran roadshow kempen Jomturun peringkat pusat.

“Kempen ini dilancarkan bertujuan untuk menggerakkan kesedaran rakyat berkaitan kenaikan kos sarahidup yang semakin membebankan rakyat,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily.

Katanya, kempen yang digerakkan oleh PAS ini selari dengan agenda rakyat yang ingin melihat negara ini bebas dari korupsi yang menjadi punca utama kenaikan kos sara hidup.

Selain itu, ujarnya PAS juga menuntut supaya ditangguhkan perlaksanaan GST yang masih belum sesuai dilaksanakan dalam negara ini. PAS juga meminta supaya didedahkan perjanjian konsesi tol yang dilihat menyebelahi syarikat konsesi tol dan dalam masa yang sama terus menjerut leher rakyat.

Pelancaran roadshow itu, kata Mahfuz akan disempurnakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang turut disertai oleh timbalannya, Mohamad Sabu dan beliau sendiri.

Selain itu, jelasnya wakil-wakil dari Dewan Pemuda, Dewan Ulamak dan Dewan Muslimat Pusat juga akan turut hadir bagi menjayakan program besar itu.

Sampai bila KLIA2 terus ditangguh - Mahfuz

KUALA LUMPUR: Kegagalan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) memperolehi Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) akibat daripada 65 peratus daripada terminal utama tidak memenuhi piawaian keselamatan kebakaran adalah membuktikan kegagalan Datuk Seri Hishammuddin Hussein selaku Pemangku Menteri Pengangkutan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata Hishammuddin dilihat gagal memastikan KLIA2 yang telah tertangguh sebanyak lima kali sebelum ini memenuhi piawaian yang telah ditetapkan walaupun menyatakan KLIA2 akan dibuka pada Mei 2014.

Menurutnya, Hishammuddin seharusnya memberi penekanan khusus kepada Kontraktor utama UEMC - Bina Puri Joint Venture bagi memastikan projek tersebut tidak lagi tertangguh.

"65 peratus daripada terminal KLIA2 gagal memenuhi piawaian yang telah ditetapkan dan ini bermakna lebih separuh dari projek membabitkan keselamatan kebakaran perlu diperbaiki dan menyebabkan akan tertangguh untuk kali keenam.

Tol tidak naik untuk senangkan pengundi BN Kajang - LGE

KUALA LUMPUR: Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Kabinet tidak akan mengenakan sebarang kenaikan tol dalam tahun 2014 adalah satu taktik oportunis yang jelas digunakan oleh BN untuk menyenangkan hati pengundi BN di Kajang pada 23 Mac depan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Barisan Nasional hanya berubah nada, namun tidak pada kata-katanya dalam hal pembekuan kenaikan kadar tol selama setahun dan membuat bayaran RM400 juta kepada syarikat konsesi tol.

“Walaupun mereka berjanji dalam manifesto pilihanraya pada tahun 2013 untuk mengurangkan kadar tol antara bandar, Kerajaan Persekutuan BN telah mengumumkan bahawa akan terdapat banyak kenaikan kadar tol pada tahun ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar pernah memberitahu bahawa mereka yang tidak bersetuju dengan kenaikan kadar tol boleh menggunakan jalan alternatif yang tidak bertol, meskipun tidak ada sebarang jalan alternatif untuk sesetengah laluan.

Kerajaan BN Kedah: Camry yang baru berusia tiga tahun dah ditukar Perdana? Kalau kerajaan PR mesti membazir.....

Kalau tak silap pada bulan Ogos 2010 kerajaan negeri Kedah dibawah pimpinan PAS telah membelanjakan RM1.2 juta bagi pembelian lima kereta Toyota Camry dan empat kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner.

Pembelian kenderaan baru itu bagi menggantikan kereta lama, iaitu Proton Perdana V6 Eksekutif yang sudah tidak lagi ekonomik digunakan berikutan kerap rosak dan kos membaikinya agak tinggi.

Malah ada di antara kereta terbabit sudah berusia 10 tahun pada tahun itu dan patut dilupuskan, tetapi ia masih digunakan kerana tiada ganti.

Keputusan membeli kereta import itu berikutan peratusan susut nilai harganya lebih rendah, berbanding model Proton Perdana V6 Eksekutif, selain penyelenggaraannya lebih mudah dan murah.

Itu adalah antara alasan Kerajaan PAS/PR Kedah untuk menggantikan Perdana dengan Camry.


Ianya dijadikan isu oleh kebanyakkan media tunggangan UMNO kerana dua tahun sebelumnya iaitu pada tahun 2008, Menteri Besar Kedah ketika itu , Allahyarham Datuk Seri Azizan dilaporkan berkata, pihaknya bercadang mengekalkan penggunaan kereta Proton Perdana V6 Eksekutif sebagai kereta rasmi kerajaan negeri.

Tapi setelah UMNO/BN merampas kembali Kedah, Camry yang berusia tidak sampai empat tahun itu telah dijual  pula oleh Kerajaan UMNO/BN.

Alasannya selain lebih murah berbanding kereta jenama lain, kerajaan negeri juga bernasib baik kerana mendapat kereta Proton Perdana berkenaan dalam tempoh singkat.

Apa punya alasan entahlah...

Serampang Kajang: 'Anda boleh bersetuju untuk tidak bersetuju' - Rafizi


Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata beliau berharap tidak perlu lagi menjelaskan isu di belakang 'Serampang Kajang'  PKR.

Menurut beliau pihak yang masih tidak yakin dengan kenyataan beliau boleh bersetuju untuk tidak bersetuju kerana semua jawapan dari beliau selaku perancang perkara itu sudah diberikan.

"Jika saya tak mampu yakinkan anda selepas seminggu dan forum yang panjang ini, saya gagal yakinkan anda.

"Apa-apa soalan yang anda tanya hanya untuk 'serang' saya, jadi kita biarkan hal itu. Anda sudah ada jawapannya, anda tidak yakin, biar kami buat apa yang patut dilakukan," katanya dalam forum 'Serampang Kajang' di Subang semalam.

Rafizi memberi respons kepada soalan pengerusi Islamic Rennaisance Front (IRF) Dr Farouk Musa dalam sesi soal jawab forum tersebut yang mendakwa beliau sering 'menukar' jawapan berkaitan rancangan meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Selangor.

Pesan Datuk Ujang Bagong kepada calon PRK Dun Kajang

Datuk Ujang BagongMukadimah

Nama Datuk Ujang Bagong bukan nama asing bagi orang Kajang.

Pada tahun-tahun 1990an, berita mengenai sosok yang berkarakter dan berimej unik itu sering mengisi dada akhbar  sama ada sebagai tokoh korporat ataupun sebagai aktivis masyarakat.

Umum juga mengenali Ujang sebagai seorang dermawan yang banyak menyumbang untuk masyarakat Kajang.

Namun beberapa tahun kebelakangan ini, Ujang @ Bujang Buyong @ Jislen Bagong tidak lagi diberi publisiti hingga ramai yang tertanya-tanya mengenai 'kehilangannya'. Ada juga yang menyangka beliau sudah meninggal dunia.

"Tidak! Saya masih ada...," katanya sambil tertawa ketika diajukan perkara itu.

Menurut Ujang, beliau bukan sengaja memencilkan diri tetapi agak terkesan dengan perubahan yang berlaku dalam hidupnya sejak isterinya, Datin Faridah Abdul Manan meninggal dunia sembilan tahun lalu.

"Sejak dia 'pergi' saya banyak mengisi masa untuknya, menziarahi pusaranya," katanya ketika ditemui di Masjid Jamek Pekan Kajang.

Menurut Ujang, sudah jadi rutin hariannya selepas menziarah pusara isteri di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, beliau ke masjid itu sehingga Zohor.

Walaupun sudah lama tidak jadi berita, tidak banyak yang berubah pada diri tokoh masyarakat berusia 82 tahun itu. Seperti dahulu, di lehernya masih tergantung dua kalung manik daripada kayu kokka manakala kepalanya pula ditutupi kopiah berlilit tulisan jawi.

Bagi mereka yang tidak pernah melihatnya, mungkin akan terasa sedikit janggal namun bagi penduduk Kajang malah seluruh daerah Hulu Langat, Datuk Ujang Bagong bukan sahaja cukup dikenali malah amat dihormati.

Surat palsu: Speaker Perak teliti imej CCTV

Surat palsu: Speaker Perak teliti imej CCTV  
Kesavan (tiga, kiri) bersama rakan-rakan pimpinan PKR Perak ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, semalam.
IPOH – Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Datuk Seri SK Devamany memberi jaminan akan menjalankan siasatan berhubung penyerahan surat palsu peletakan jawatan Adun Hutan Melintang, S Kesavan.

Menurutnya, berdasarkan keterangan kerani pejabat, pihaknya dimaklumkan ‘surat peletakan jawatan’ Kesavan itu diserahkan individu tidak dikenali sekitar 2.30 petang kelmarin.

“Apa pun kita harap perkara ini tidak menjadi isu. Kita pun tak tahu apa niat dia (pemberi surat) itu.

“Kita akan teliti kamera litar tertutup (CCTV) seluruh bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Kemudian, biar polis siasat.

“Saya tidak dapat nak ulas lanjut, apa-apa pun biar polis mengenal pasti pihak bertanggung jawab dalam isu berkenaan,” katanya pada sidang media, semalam.

Beliau berharap ia tidak diperbesar kerana dikhuatiri memberi kesan kepada amalan demokrasi di negeri ini.

“Isu seperti ini boleh  rosakkan hubungan kerjasama baik antara kerajaan negeri dengan PR ketika ini,” katanya.

'Konsensus nasional bukan 'bunga-bunga' k'jaan perpaduan' - Anwar

Gesaan berterusan Pakatan Rakyat supaya diadakan dialog bi-partisan bagi membincangkan isu-isu nasional yang dihadapi negara bukan merupakan "bunga-bunga" kepada pembentukan sebuah kerajaan perpaduan, tegas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika tidak, katanya, beliau tidak akan pergi ke negeri Selangor -  merujuk kepada pilihan raya kecil DUN Kajang yang akan ditandinginya.

"Parameter (dialog itu) sangat jelas - jaminan perlembagaan dan memberi keyakinan kepada rakyat... berdasarkan kepada jaminan ini.

"(Ia akan membabitkan) isu-isu perkauman, agama, ekonomi, jenayah dan rasuah - tidak lebih dari itu ," katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Anwar, ini telah menjadi matlamat akhirnya sejak tawaran Pakatan kepada BN untuk konsensus nasional itu, pertama kali dibuat Ogos lalu.

Mengesahkan spekulasi yang tersebar, beliau menjelaskan bahawa Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution telah bertindak sebagai utusan untuk menyampaikan mesej dalam satu pertemuan peribadi dengan wakil BN yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Ya, menang ada pertemuan antara Saifuddin dan Zahid, tetapi hanya untuk menyuarakan (isu-isu) ini... kerana (BN) bertanya sama ada kita serius atau ini hanya gimik politik," kata Anwar.

Apa kata Dr Mahathir yang lawan Anwar di Kajang?

Haji Subky Abdul Latif

Barisan Nasional (BN) sedang tercari-cari calon untuk menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Kebiasaannya, BN meletakkan MCA di situ dan MCA juga merasa ia patut diberi penghormatan lagi.
Bahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sendiri berpendapat, berilah kepada MCA.
Kebanyakan pandangan umum, MCA tidak akan menang. Katakanlah mendiang Tun Tan Siew Sin hidup semula untuk menentang Anwar di Kajang, dia pun boleh mati semula dengan keputusan PRK itu nanti.
Itulah pandangan kebanyakan orang termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, harapan bagi mengalahkan Anwar hanya dengan calon Melayu, tentunya daripada Umno.
Bahkan calon terbaik daripada Umno pun belum dijamin menang.
Calon yang terbaik bagi mengalahkan Anwar pada masa ini ialah Dr Mahathir sendiri.
Kalau Dr Mahathir dirasakan akan kalah juga, maka itu satu kemenangan moral bagi Anwar.
Dr Mahathir sendiri sudah mencadangkan supaya beri saja kepada MCA. Mungkin dia juga mahu mengelak daripada berlawan dengan Anwar di situ.
Maka dia mencadangkan MCA diberi lagi supaya tiada siapa akan mencalonkannya.
Tiada orang lain ada harapan mengalahkan Anwar, melainkan Dr Mahathir. Maka eloklah Dr Mahathir diberi cabaran bagi menghadapi gergasi PKR yang disokong oleh Pakatan Rakyat itu.
Dr Mahathir ada kelebihan berbanding dengan Anwar kerana isterinya, Tun Dr Hasmah adalah orang Selangor.
Kalau beliau dibesarkan dan pendidikan awalnya di Kuala Lumpur, tetapi sebelum Kuala Lumpur jadi Wilayah Persekutuan, asalnya sebahagian daripada Selangor.
Maka Kedah bagi Dr Mahathir tidak berbangkit kerana isterinya dekat dengan Selangor.
Anwar dan isterinya pula tiada kelebihan itu.

Rafizi: Konflik Azmin-Khalid boleh selesai melalui pemilihan parti, bukan PRK


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berucap di forum `Serampang Kajang' di Subang Jaya, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Februari, 2014.Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berucap di forum `Serampang Kajang' di Subang Jaya, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Februari, 2014.PKR dilihat terus mempertahankan tindakan meletakkan ketua umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan menafikan pilihan raya kecil itu terpaksa diadakan untuk meredakan ketegangan di antara Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata sekiranya PKR ingin menyelesaikan kemelut dalaman di antara Azmin dan Abdul Khalid ia boleh dilakukan dalam pemilihan PKR yang akan berlangsung pada April.
"Kalau hendak selesaikan kemelut dua pemimpin itu tidak perlu PRK kerana semasa pemilihan kita boleh biar mereka bertanding dan bergaduh sesama sendiri," katanya dalam forum bertajuk `Serampang Kajang' di Subang Jaya, malam tadi,
"Menuduh bahawa ini sebahagian daripada rancangan menyelesaikan konflik dalaman adalah tidak betul sama sekali, kita hendak tipu siapa?
"Semua orang tahu Azmin dan Abdul Khalid tidak pernah sebulu dalam mengeluarkan pandangan dari hari pertama lagi," katanya di hadapan kira-kira 300 hadirin.

Rafizi: PRK lambat bagus untuk Pakatan

Pengarah Strategi PKR dan perancang utama 'Serampang Kajang', Rafizi Ramli melihat tempoh yang panjang menjelang pilihan raya kecil (PRK) DUN  Kajang dapat memulih semula imej mereka di Kajang.

Beliau bagaimanapun mengaku pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam yang memerlukan 44 hari untuk membuat persediaan, boleh memberi pelbagai kesan tetapi mengambilnya secara positif.

"Saya fikir, (jika PRK lambat) itu lebih bagus untuk kita (PR) rakyat sudah tidak marah sangat,ada lebih banyak masa untuk dekati rakyat.

"Saya mengambil positif perkara ini," katanya selepas forum 'Serampang Kajang' di Subang semalam.

Pakatan perlu jelaskan isu MB Selangor, kata Ambiga


Ahli Panel dalam Forum Langkah Kajang semalam (dua dari kiri) Rafizi Ramli, Datuk Ambiga Sreenavasan, Dr Dzulkefly Ahmad dan Tony Pua. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Februari, 2014. Ahli Panel dalam Forum Langkah Kajang semalam (dua dari kiri) Rafizi Ramli, Datuk Ambiga Sreenavasan, Dr Dzulkefly Ahmad dan Tony Pua. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Februari, 2014. Datuk Ambiga Sreenavasan berkata Pakatan Rakyat (PR) perlu menjelaskan kepada rakyat dan pengundi  adakah mereka berhasrat untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac akan datang.
Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 itu berkata dalam satu forum bertajuk "Serampang Kajang" di Subang Jaya malam tadi, PR perlu menjelaskan rancangan mereka jika memenangi kerusi tersebut kerana ramai yang mengadu kepadanya tidak suka misteri berhubung isu menteri besar Selangor itu.
"Berhubung isu MB, mungkin Anwar akan menjadi MB, mungkin tidak. Saya dapati isu ini tergantung dan perlu diberikan penjelasan," katanya.
Beliau berkata, ucapannya itu dilakukan atas kapisiti peribadi dan menegaskan adalah tidak adil sekiranya PR terus membiarkan rakyat dan pengundi berteka-teki mengenai perkara ini.
Anwar dinamakan sebagai calon PR di Kajang selepas peletakan jawatan secara mengejut bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu, Lee Chin Cheh.

Tempoh kempen PRK Kajang ‘khas’ untuk Anwar?

DSC_5312KAJANG 6 FEB: Kempen 13 hari untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang berikutan cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding, menimbulkan persoalan, malah kecurigaan.
Hal itu mendapat perhatian Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang memberi reaksi dalam ucapannya pada ceramah di Taman Kajang Baru, malam tadi.
Secara berseloroh, beliau ‘memuji’ Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memberi tempoh berkempen antara yang terpanjang dalam sejarah PRK yang sekian lama didesak pimpinan Pakatan Rakyat.

EMY_5936
“Apa bagus betul bagi masa lama kat Anwar. Inilah PRK yang panjang masanya diberikan. Sebulan setengah kat Anwar,” katanya depan hampir 300 penduduk tempatan.
SPR semalam memaklumkan tarikh penamaan calon pada 11 Mac manakala pengundian awal pada 19 Mac dan pembuangan undi berlangsung 23 Mac.
Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk Bersih menuntut tempoh kempen sehingga 21 hari tetapi tidak diendah sebaliknya hanya memberi masa kempen sekitar tujuh hari sahaja.

E04E6106Keputusan itu secara tidak langsung menimbulkan kecurigaan apatah lagi penyertaan Anwar dalam PRK itu dibuat secara mengejut ketika parti pemerintah tidak bersedia.
Dalam ucapan sama, Anwar juga menyatakan keazaman untuk sedaya upaya membantu menyelesaikan masalah setempat antaranya kesesakan trafik dan kemudahan asas.

Beliau juga menyifatkan PRK itu sebagai peluang untuk rakyat mengegarkan isu nasional termasuk isu kenaikan pelbagai harga barang, kebelakangan ini.

ROS: Press Conference by YB Gobind Singh Deo

PAS Kedah tidak gusar ugutan Mukhriz

Pecat k'tangan PHSB: Syarikat kafir pun tak buat begini, kata Dr Alif

Memang tiada Bangla Mengundi kerana Bangla sudah jadi Rakyat Malaysia!

Mat Taib ketepikan kepentingan peribadi sokong Anwar di Kajang

Sebab itu saya pesan kepada BN, jangan cuba jadikan PRK Kajang sebagai tempat menyerang isu peribadi. 

PETALING JAYA: Biarpun Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengenakan Tan Sri Muhammad Muhd Taib tetapi bekas Menteri Besar Selangor itu tetap menyeru pengundi PRK Kajang menghukum BN pada 23 Mac ini.
Menurut beliau, PRK Kajang adalah peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghukum Barisan Nasional (BN) yang gagal menunaikan janji pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.
Ketika beliau menjadi menteri besar, beliau ditangkap di Australia membawa masuk wang tunai sebanyak RM2.5 juta yang dikatakan dilapor oleh para pegawai Anwar kepada Imigresen Australia.
Muhammad yang merupakan dari pasukan wawasan selain dari Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diketuai Anwar telah menyingkirkan Ghafar Baba dalam pertandingan Umno pada tahun 1993.
Sejak penangkapan beliau, beliau menyalahkan Anwar yang mahu menjatuhkannya dan apabila keluar dari Umno, beliau menyertai PAS dan bukannya PKR milik Anwar Ibrahim.
Memetik laporan Keadilan Daily, bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, pengundi Kajang mewakili sentimen seluruh rakyat Malaysia yang berang terhadap kenaikan harga barang dan perkhidmatan ekoran kegagalan pengurusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

PRK Dun Kajang: Logik ke jawapan SPR atau lawak jenaka?

KUALA LUMPUR: Logik ke jawapan SPR atau ia satu lagi lawak jenaka dalam negara berhubung tarikh penamaan calon dan pengundian bagi Pilihan raya Kecil (PRK) Dun Kajang.

Demikian pertanyaan yang dilontarkan penulis Shahbudin Husin menerusi blognya semalam ekoran SPR mengumumkan tarikh pembuangan undi bagi PRK Dun Kajang pada 23 Mac depan, manakala tarikh penamaan calon pula 11 Mac.

“Luar biasanya tarikh yang diumumkan ini ialah kerana SPR dimaklumkan secara rasmi mengenai kekosongan kerusi Dun Kajang pada 27 Januari dan hampir dua bulan dari tarikh itu iaitu 23 Mac, baru ditetapkan sebagai hari pengundian,” tulisnya.

Menurutnya, penamaan calon bagi pilihan raya umum di seluruh negara yang memerlukan SPR membuat lebih persediaan dan latihan, boleh diadakan 17 hari selepas Parlimen dibubarkan tetapi hanya untuk satu Dun Kajang, SPR memerlukan 44 hari membuat persiapan.

“Pelbagai spekulasi dan cakap-cakap kedengaran mengenai tindakan SPR menetapkan tarikh pilihanraya kecil Dun Kajang yang begitu lewat daripada kebiasaannya,” tulisnya lagi.