Rabu, 5 Februari 2014

Forum Langkah Kajang: Jika Anwar kalah di Kajang, lupakanlah PRU14 - Tony Pua

Tony Pua 
SUBANG JAYA - Pengerusi DAP Selangor Tony Pua hari ini menyifatkan  bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK)  Dun Kajang adalah penyambung hayat kepada PR menjelang PRU14.

Menurut Tony, medan PRK Dun Kajang adalah lonjatan untuk PR 'merampas' Putrajaya, namun jika Datuk Seri Anwar kalah di Dun tersebut, PR 'terpaksa' melupakan hasrat mereka untuk menakluk Putrajaya.

"PRK Dun Kajang adalah batu lonjatan untuk PR.

"Risikonya sangat tinggi, oleh itu kita perlu berwaspada.

"...kerana kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim kalah, kita 'terpaksa' lupakan PRU14, Ubah dan sebagainya," katanya ketika Forum Serampang Kajang di Empire Hotel Subang Jaya hari ini.

Kerusi Dun Kajang dikosongkan oleh bekas penyandangnya, Lee Chin Cheh dari PKR dengan meletakkan jawatan 27 Januari lalu.

Chin Cheh memenangi kerusi itu pada PRU Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Susulan daripada itu, PKR menerusi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini  mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon baru di Dun tersebut.

Kelantan sumbangan RM50,000 kepada Maahad Al-Azhar

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan hari ini bersetuju untuk memberikan bantuan sebanyak RM50,000 kepada  Maahad Al-Azhar Syubra, Mesir.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, peruntukan itu bertujuan untuk membeli kelengkapan di bilik kuliah tersebut.

“Kelengkapan yang ada itu begitu terhad, kerajaan negeri merasakan tanggungjawab sosial itu perlu untuk membeli meja, komputer dan lain-lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat mingguan exco, di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Menurutnya, maahad tersebut merupakan sebuah pusat pengajian di Universiti Al-Azhar dalam bidang pengajian Al-Quran dan qiraat.

“Keseluruhan pelajarnya lebih 300 orang dan majoritinya dari Kelantan.

Guru akan adakan bantahan program penilaian pelajar


Himpunan yang dirancang diharapkan mampu menjadi pencetus kepada pembaharuan dan penambahbaikan kepada sistem pendidikan negara. - Gambar fail. 
Himpunan yang dirancang diharapkan mampu menjadi pencetus kepada pembaharuan dan penambahbaikan kepada sistem pendidikan negara. - Gambar fail. 

Kumpulan pendesak guru merancang untuk mengadakan bantahan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada hujung bulan ini bagi mendesak Putrajaya menghentikan program penilaian tiga tahun pelajar.
Bantahan yang jarang diadakan dari bidang perguruan itu menunjukkan rasa tidak puas hati warga pendidik yang semakin tinggi terhadap sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SBA), kata jurucakap Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).
Himpunan ini dirancang juga biar pun berulang kali jaminan diberikan Putrajaya bahawa SBA satu keperluan kepada pembaharuan sistem pendidikan kebangsaan dan penambahbaikan kepada sistem akan diselesaikan April ini.
Ketua kumpulan kerja SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata bantahan #himpunan222kpmputrajaya akan diadakan pada 22 Februari di hadapan KPM Putrajaya.
"Kami mengadakannya pada Sabtu bagi memberi lebih banyak guru peluang menyertainya dan tidak lupa menjalankan tanggungjawab ini," katanya yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Pahang.
"Kami mensasarkan kira-kira 200 orang guru meskipun kami menjangkakan hanya 50 yang hadir," katanya kepada The Malaysian Insider dan menambah bantahan guru menunjukkan simbol kekuatan.
Sebagai penjawat awam, guru jarang ke jalanan bagi menunjukkan tanda bantahan kerana bimbang diambil tindakan.
Mohd Nor Izzat berkata, permintaan lain kumpulannya adalah meminta kementerian membuka semula fail terhadap guru yang diambil tindakan tidak adil atas pelbagai alasan.

SPRM perlu campur tangan kelewatan klia2, kata pemimpin Pakatan


Anthony ingin penglibatan SPRM untuk menyiasat peningkatan kos yang berlipat ganda dalam pembinaan KLIA2 kerana dikhuatiri berlaku unsur rasuah. - Gambar fail.Anthony ingin penglibatan SPRM untuk menyiasat peningkatan kos yang berlipat ganda dalam pembinaan KLIA2 kerana dikhuatiri berlaku unsur rasuah. - Gambar fail.Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa mula menyiasat pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ekoran kelewatan projek berkenaan termasuk isu tidak menepati piawaian keselamatan, kata pemimpin Pakatan Rakyat (PR).
Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke berkata, dengan peningkatan kos yang berlipat ganda dalam pembinaan lapangan terbang itu, SPRM seharusnya dilibatkan untuk membuat pemeriksaan sekiranya berlaku unsur rasuah dalam pembinaan tersebut.
"Ini skandal yang perlu disiasat segera secara terbuka," kata Loke kepada The Malaysian Insider.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebelum ini memberi jaminan bangunan klia2 akan dibuka pada 2 Mei tahun ini.
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagaimanapun berkata, perkara itu terpaksa ditunda memandangkan dua pertiga daripada bangunan terminal utama lapangan terbang itu tidak memenuhi piawaian keselamatan kebakaran selepas pemeriksaan dijalankan minggu lalu.
MAHB berkata, Indah Water Konsortium Sdn Bhd, Majlis Perbandaran Sepang dan Jabatan Bomba dan Penyelamat membuat pemeriksaan terhadap bangunan itu pada minggu terakhir Januari dan mendapati 65% daripada terminal utama tidak memenuhi piawaian keselamatan kebakaran.
Pemeriksaan mereka mendapati terdapat keretakan pada paip pembetungan di luar terminal, dan bahagian jalan serta perparitan yang tidak sesuai untuk digunakan.
Perakuan mereka penting bagi pengeluaran Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC).
"Kementerian Pengangkutan perlu menjalankan pemeriksaan," kata Loke lagi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (gambar) turut menegaskan SPRM menyiasat proses pembinaan dan pengeluaran tender projek tersebut.
Ketua Penerangan PAS Pusat itu berkata, Hishamuddin juga seharusnya dikenakan tindakan dipindahkan daripada kementerian berkenaan ekoran kegagalan klia2 untuk beroperasi seperti yang dijanjikannya.
"Apakah kelayakan kontraktor ini sehingga diberikan projek secara runding terus?" soal Mahfuz.
"Kita minta kerajaan nyatakan kos keseluruhan yang terpaksa ditanggung selepas beberapa kali pembukaan lapangan terbang itu ditunda," katanya.

Anwar perlu jelaskan konsensus nasional

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar menjelaskan format dan konsep sebenar konsensus nasional kepada rakyat sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang berlangsung. Ini bertujuan untuk memberikan gambaran sebenar mengenai persepsi tersebut dan mengelakkan pelbagai tafsiran yang boleh disalahertikan.
Samada ia permuafakatan kebangsaan, muzakarah politik, dialog nasional mahupun kerajaan campuran atau perpaduan, ia harus dihuraikan secara eksplisit. Jika benar ia adalah agenda besar daripada Pakatan Rakyat (PR), maka Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menghuraikannya dengan lebih jelas.
Daripada siri-siri kenyataan media yang dibuat, konsensus nasional diutarakan ekoran daripada kebejatan politik terutamanya yang melibatkan isu ketegangan kaum khususnya di Pulau Pinang dan Selangor. Malah, media antarabangsa turut melaporkan kelemahan pentadbiran kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam pelbagai aspek.
Oleh demikian, Najib sendiri bersetuju untuk membataskan topik perbincangan kepada segmen sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa. Namun, empat segmen ini seolah-olah tidak mendapat persetujuan penuh. Maka, di mana titik fokalnya?

NGO Islam bimbang konsensus nasional BN-Pakatan ketepi Melayu-Islam


Abdullah bimbang jika Melayu dan Islam menjadi 'bahan taruhan' bagi merealisasikan konsensus nasional di antara BN dan Pakatan. - Gambar fail. 
Abdullah bimbang jika Melayu dan Islam menjadi 'bahan taruhan' bagi merealisasikan konsensus nasional di antara BN dan Pakatan. - Gambar fail.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) bimbang konsensus nasional di antara parti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) akan mengetepikan kepentingan majoriti orang Melayu beragama Islam di negara ini.
Menurut Presiden Isma Abdullah Zaik Abd Rahman, kebimbangan terhadap konsensus nasional itu berlaku kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa mengumumkan persetujuan terhadap pelawaan PR dalam format inklusifnya mengatakan akan memperluaskan penglibatan bukan Melayu dalam semua bidang.
“Ini dapat difahami apabila rekonsiliasi yang ditawarkan oleh Datuk Seri Najib sejurus selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) merujuk kepada peralihan besar undi Cina kepada PR," kata Abdullah Zaik dalam satu kenyataan petang ini di Kuala Lumpur.
“Ia membawa implikasi tawaran baru kepada bukan Melayu khususnya Cina terhadap apa-apa yang mereka kehendaki untuk menarik semula sokongan atau menutup bayangan polarisasi kaum."
Beliau berkata, kebimbangan utama adalah jika Melayu dan Islam menjadi "bahan taruhan."

AHLI PARLIMEN UMNO MERANGKAP TIMBALAN MENTERI KATA KENAIKKAN HARGA BARANG KINI ADALAH PERSEPSI BUKANNYA REALITI.


Pergh!!!  rupa-rupanya selama ini kenaikkan harga barang termasuk tarif elektrik, tol, gula, petrol RON95, Diesel, ayam, daging, ikan, udang, ketam, sayur-sayuran hanyalah persepsi bukannya realiti.

Itulah pandangan yang cukup berfakta bernilai amat tinggi dari seorang ahli parlimen dari Maran merangkap Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Mutalib.

Ingatkan Hasan Malek dan Shahidan Kassim pemimpin UMNO paling bangang siot .. rupa-rupanya ada lagi yang paling bangang.


Berusia 57 tahun, ahli parlimen Maran, YB Dato' Haji Ismail Haji Abd Mutalib sudah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Pemegang ijazah sarjana B.A. (Hons) dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini  dilahirkan pada 1 Januari 1954 di Kampung Pantai Cenor, Maran, Pahang. 

Di masa lapang, YB Dato' Haji Ismail gemar membaca, berpersatuan dan memburu. Sementara di rumah pula, beliau memelihara ayam kampung kerana seronok melihat keunikan haiwan itu. 
 

Dr, Asri memberi peringatan kepada BANGSAWAN yang berlagak SAMSENG

Binasanya sesuatu masyarakat apabila golongan bangsawan diberikan keistimewaan di sisi undang-undang. Mereka merasa diri mereka besar sehingga boleh memaki, memukul, mencedera sesiapa yang mereka suka, mengambil harta dan kedudukan awam dengan sewenangnya serta menghukum orang bawahan sesuka hati.

Berakhirnya sejarah golongan bangsawan di istana-istana hebat seperti Maharaja China dan raja-raja Eropah adalah disebabkan gagal mengawal diri dan takabur. Undang-undang yang double-standard pula memelihara mereka. Akhirnya rakyat bangun membuang institusi tersebut.

Apalah faedahnya jika istana dan institusi raja dalam mana-mana bangsa menjadi tempat 'samseng' menunjukkan kesamsengan terhadap rakyat dan orang awam.

Kewujudan golongan kebal seperti itu hanya menimbul kemurkaan Allah dan kemusnahan masyarakat. Rasulullah s.a.w menyebut:
“Wahai manusia! Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Lompat Parti : Perbezaan rampasan kuasa Perak & 16 September 2008

PRK Dun Kajang: SPR catat sejarah lambatkan hari pembuangan undi

Ini bermakna semua parti yang akan bertanding pada 23 Mac mempunyai masa 34 hari untuk memilih calon yang sesuai untuk menentang calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA: Hari ini 5 Februari, SPR mengumumkan tarikh penamaan calon PRK Kajang pada 11 Mac. Jika ada pertandingan, maka hari pembuangan undi ditetapkan pada 23 Mac nanti.
Ini bermakna semua parti yang akan bertanding pada 23 Mac mempunyai masa 34 hari untuk memilih calon yang sesuai untuk menentang calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengulas pengumuman SPR,Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata BN Selangor sudah bersedia dan hanya menunggu arahan daripada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak serta pengumuman calonnya.
“Bagi kami di BN Selangor, kita berpuas hati dengan pengumuman SPR
(berhubung tempoh kempen) itu dan saya harap parti pembangkang jangan pula kata tidak puas hati lepas ini,” katanya.
Kekosongan kerusi DUN berkenaan berlaku berikutan peletakan jawatan wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh pada 27 Jan lepas. PRK Kajang paling pelik. 27 Januari, Lee Chin Cheh umum letak jawatan pada 28 Januari, PKR sudah umum letak Anwar sebagai calon sedangkan SPR belum bermesyuarat lagi menetapkan PRK Kajang.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan pula berkata semua parti sudah mula berkempen dengan pelbagai kaedah dan tempoh kempen itu memberi kelebihan kepada individu bebas mahupun parti untuk bertanding.
“Kita harap SPR dapat mengendalikan segalanya dengan baik pada PRK ini,” katanya.
Beliau juga berharap pengundi Kajang dan rakyat sedar PRK itu, yang dijangka menelan belanja RM1.6 juta, tidak sepatutnya berlaku hanya atas sebab kepentingan pemimpin pembangkang.
Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong berkata pihaknya menubuhkan jawatankuasa untuk membuat persiapan program berkempen pada PRK itu nanti.

PRK Dun Kajang: Jangan layan Nalla Karupan

Penamaan calon bagi PRK Kajang akan diadakan pada 11hb Mac dan hari mengundi telah ditetapkan pada 23hb Mac nanti. Itu adalah keputusan yang diambil oleh SPR dalam mesyuarat mereka pagi tadi. Berbeza dengan PRK yang lepas-lepas PRK kali ini akan diadakan agak lama sedikit selepas kerusi kawasan itu dikosongkan oleh penyandangnya. Tetapi itu tidak ada hal kerana ia tetap berada dalam lingkungan 60 hari selepas kekosongan kerusi itu seperti yang telah ditetapkan oleh perlembagaan negara.
Setakat ini kita belum ketahui siapa yang akan dinamakan sebagai calon bagi BN, tetapi kita semua telah difahamkan yang Ketua Pembangkang DSAI akan bertanding sebagai calon dari Pakatan Rakyat. Tetapi apa pun kita berharap PRK kali ini bukanlah pilihanraya yang berunsurkan pilihanraya yang tidak beretika dan ia menjadi pilihanraya yang mampu menunjukkan sikap kematangan yang tinggi. Boleh berkempen tetapi berjanjilah ia hanya sebagai tindakan untuk mengisi kekosongan kepada kerusi N23 Kajang itu sahaja.
Kerusi itu dimenangi oleh Pakatan dalam pilihanraya yang lalu, maka jika kerusi itu kembali kepada parti yang menyandang pun ia merupakan satu keputusan yang tidak mengejutkan. Ia akan hanya menjadi kejutan jika ketua pembangkang itu tewas kerana beliau adalah calon dikenali semua orang dalam negara ini. Bagi BN tidak salah untuk berusaha untuk mendapatkan kemenangan, tetapi orang ramai berharap pilihan kali ini biarlah didasarkan kepada isu yang bersangkutan dengan isu kenegaraan dan bukannya membawa kecenderungan untuk berkempen menghentam peribadi yang tidak beretika.
Apa yang kita dengar semalam agak merunsingkan apabila Nalla Karupan memberikan tawaran beliau untuk menjadi calon bagi BN untuk mengelakkan diri beliau dari terjun sebagai calon bebas. Nalla bukan calon yang serius dan beliau telah tunjukkan sikap tidak matang beliau dalam persidangan media beliau semalam.
Beliau mendabik dada yang beliaulah calon yang terbaik untuk menentang Anwar Ibrahim kerana beliau mengaku segala rahsia Anwar ada di dalam poket beliau. Kita tidak boleh mendengar kata-kata Nalla ini kerana beliau mahu menjadi calon itu untuk menelanjangkan musuh peribadi beliau itu yang pernah menjadi kawan rapat beliau suatu ketika dahulu.

Penyandang kerusi Dun Kajang silih berganti parti

KUALA LUMPUR - Kerusi Dun Kajang, yang terletak dalam daerah Hulu Langat, Selangor sering bertukar ganti penyandangnya dalam kalangan calon parti BN dan pembangkang.
  
Kajang sendiri merupakan sebuah bandar yang membangun dengan kawasan industri, komersial dan perumahan serta turut mempunyai kampung-kampung tradisi dengan penghuninya aktif dalam bidang pertanian.
  
Ia juga mempunyai pengundi daripada pelbagai kaum. Berdasarkan statistik Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk PRU13 pada Mei tahun lepas, pengundi Melayu terdiri daripada 48.48 peratus, Cina (40.46 peratus) dan India (10.15 peratus).
  
Sejak dua PRU lepas, pada 2008 dan 2013, Dun Kajang milik PKR apabila pada 2008 calonnya Lee Kim Sin mengalahkan penyandang kerusi itu Datin Paduka Low Lee Leng daripada MCA dengan majoriti 3,268 undi.
  
Pada PRU13, Mei lepas, calon PKR Lee Chin Cheh mempertahankan kerusi itu bagi PKR dengan memenanginya majoriti undi 6,824 dalam pertandingan enam penjuru.

Kerusi itu, pada PRU 1986 dan 1990 dimenangi calon DAP, iaitu Chan Kok Kit (1986) dengan majoriti 1,651 undi dalam pertandingan lima penjuru, dan bekas Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw (1990) mengalahkan calon BN Khoo Chai Hong dengan majoriti 3,911 undi.
  
Pada PRU 1995, calon BN Choong Tow Chow daripada MCA mengalahkan calon Pas Dr Safie Ibrahim dengan majoriti 7,705 undi, dan pada PRU 1999 kerusi itu menjadi milik Pas apabila calonnya Dr Shafie Abu Bakar menewaskan Choong dengan majoriti tipis 37 undi.

PRK Dun Kajang Dilewatkan Untuk Meletihkan Anwar?

Dalam langkah yang dianggap sedikit luar biasa, SPR akhirnya mengumumkan tarikh pembuangan undi bagi pilihanraya kecil DUN Kajang ialah pada 23 Mac depan, manakala tarikh penamaan calon pula pada 11 Mac. Luar biasanya tarikh yang diumumkan ini ialah kerana SPR dimaklumkan secara rasmi mengenai kekosongan kerusi DUN Kajang pada 27 Januari dan hampir dua bulan dari tarikh itu iaitu 23 Mac, baru ditetapkan sebagai hari pengundian.

Meskipun perkara ini dibenarkan iaitu SPR mesti menetapkan tarikh pilihanraya dalam tempoh 60 hari daripada tarikh dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi DUN Kajang oleh Speaker Selangor, namun menetapkan tarikh sehingga ke penghujung tempoh tidak pernah berlaku sebelum ini.

Biasanya SPR akan menetapkan tarikh sesebuah pilihanraya hanya beberapa minggu selepas mereka dimaklumkan mengenai kekosongan sesebuah kerusi itu.

Dalam pilihanraya kecil terakhir iaitu di Kuala Besut berikutan kematian ADUNnya, Dr Abdul Rahman Mokhtar pada 26 Jun 2013, SPR yang membuat pengumuman mengenai tarikh pilihanraya kecil tersebut pada 5 Julai, telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 12 Julai dan pengundian pada 24 Julai.

Jarak masa daripada tarikh pengumuman dibuat dengan tarikh penamaan calonnya seminggu sahaja.

Begitu juga dalam pilihanraya umum ke 13 lalu di mana selepas saja Parlimen dibubarkan pada 3 April oleh Perdana Menteri, Najib Razak, beberapa hari selepas itu SPR telah menetapkan tarikh penamaan calon ialah pada 20 April manakala hari pengundian pula pada 5 Mei.

Jarak masa daripada Parlimen dibubarkan dengan tarikh penamaan calon hanyalah 17 hari sahaja.

Antartika: Syukurlah MB dapat pulang dengan selamat..!!!

DR AZMAN IBRAHIM
Saya merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang dilaporkan sebuah akhbar harian sebagai berkata, bahawa dakwaan pembangkang yang menuduh ekspedisi ke Antartika suatu pembaziran adalah tidak benar sama sekali.

Tegas beliau lagi, ekspedisi saintifik ke Antartika telah memberi peluang kepada peserta rombongan melihat secara dekat kerja-kerja penyelidikan para saintis dari seluruh dunia.

Sebagai rakyat Terengganu, saya menyanjung tinggi akan minat mendalam Menteri Besar terhadap bidang sains dan teknologi sehingga minatnya membawa beliau memijakkan kaki ke Kutub Selatan.

Harapan saya juga sebagai anak Terengganu, dakwaan pembaziran ini hanyalah dakwaan palsu pembangkang yang tak berasas kerana rombongan ekspedisi ini akan sedia untuk membentangkan secara terperinci butiran ‘Projek Salji’ ini kepada rakyat, antaranya:

Yang pertama, siapakah ahli rombongan tersebut dari kalangan rakyat Terengganu dan apa kelayakkan mereka dalam bidang penyelidikan?

Yang kedua, walaupun dimaklumkan bahawa kedatangan rombongan dari negeri penyu ini adalah atas undangan Institut Penyelidikan Antartika Chile, tentunya ada belanja yang dikeluarkan. Rasanya tak munasabah pemergian mereka atas tanggungan Kerajaan Chile. Berapakah jumlah belanja tersebut?

Akauntan semak semula aset Bekir Taib kepada RM1.395b

Akauntan Andrew Heng, yang dilantik oleh Shahnaz A Majid, hari ini menyemak semula angka nilai aset milik Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib yang dikemukakannya kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, daripada RM1.334 bilion kepada RM1.395 bilion.

Ini berikutan penambahan dua lagi aset, sebuah kereta Audi dan pegangan Bekir di Titanium Tower di Brighton Square, Kuching.

"Berikutan ini, saya ingin memaklumkan kepada mahkamah bahawa saya menyemak semula angka yang saya berikan di mahkamah sebelum ini - antara RM916 juta hingga RM1.334 bilion, kepada RM976 juta hingga RM1.395 bilion," katanya.

Menurutnya, jumlah itu adalah berdasarkan kepada pemegangan saham
Bekir dalam 49 syarikat, harta pusaka dari arwah ibunya, tetapi kini termasuk kenderaan Audi melalui Ivycraft Sdn Bhd, di mana beliau mempunyai 50 peratus pegangan, dan juga Titanium Tower.

Heng memberitahu demikian dalam dalam jawapannya kepada soalan peguam Akbardin Abdul Kader.

Anggota TUDM hadapi 7 pertuduhan Akta Angkatan Tentera, isu dakwat kekal yang tak kekal..!!

12364_630961973608383_385669783_nSHAH ALAM, 5 FEB: Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal dihadapkan ke Mahkamah Tentera atas tujuh pertuduhan kerana membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal pada hari pembuangan undi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Mejar Zaidi Ahmad berkata, beliau menerima Perintah Sidang semalam dan akan berhadapan pertuduhan di Kompleks Mahkamah TUDM Pangkalan Udara Kuala Lumpur, pada 7 Februari ini.
Lima daripada pertuduhan berkenaan di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 sementara dua lagi membabitkan Seksyen 51 akta sama.
1537630_630959050275342_542796361_oSeksyen 50(2) adalah membabitkan kesalahan tidak patuh kepada pegawai atasan yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, manakala Seksyen 51 pula tidak patuh kepada perintah tetap yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau hukuman ringan lain.
Semua pertuduhan berkenaan merujuk pada tarikh 1 Mei 2013 di dua lokasi berbeza iaitu perkarangan Balai Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kepala Batas dan Pangkalan Udara Butterworth.
Ketika dihubungi Selangor Kini, Zaidi menjelaskan, beliau adalah Pegawai Memerintah No 12 Skuadron (pesawat F-5E), namun sudah dilucutkan jawatan.
Katanya, selepas membuat laporan polis berhubung dakwat kekal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang digunakan ketika hari pembuangan undi tidak kekal seperti yang sepatutnya.
Sehingga kini, beliau tidak dibenarkan terbang walaupun masih mendapat gaji dan elaun seperti biasa.

PRK Dun Kajang : Calon tawar diri ghairah serang peribadi Anwar

Anwar-Najib-Geng Nalla3SHAH ALAM, 5 FEB: Bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kian terasa walaupun Barisan Nasional (BN) masih belum memutuskan calon yang akan menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 23 Mac ini.
Penulis blog, Shahbudin Husin, berkata sementara BN belum menetapkan calon sama ada Umno atau MCA untuk menggalas cabaran, muncul pula pihak yang disifatkan tidak ‘malu-malu’ menawarkan diri mereka mewakili BN dan Bebas.
Antara individu terbabit adalah Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP), Datuk K S Nallakaruppan dan bekas pembantu peguam bela Anwar, Yuktes Vijay.
Beliau berkata, secara dasarnya hasrat dua individu berkenaan bukan kerana mahu menang atau ghairah bergelar wakil rakyat, tetapi lebih kepada ingin menyerang atau mendedahkan keburukan peribadi Anwar.
“Nalla adalah bekas rakan karib Anwar dan hasratnya bertanding tidak lain untuk mendedahkan segala rahsia Anwar yang didakwa diketahuinya ketika mereka bersahabat.
“Beliau yang meminta hasratnya untuk mewakili BN dalam PRK dipertimbangkan, tetapi nampaknya tidak berminat langsung untuk menang, sebaliknya hanya mahukan ruang kempen selama beberapa hari itu sebagai medan untuk mendedahkan keburukan Anwar.

Kes kontraktor dipukul polis, IPCMC mesti ditubuh

MP Alor Setar melawat Zul Hilmi, kontraktor yang dipukul dalam tahananALOR SETAR, 5 FEB : Susulan kes seorang kontraktor, Zul Hilimi Abdul Rahman dipukul polis dalam lokap di Kubang Pasu 12 Disember lalu, penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis atau (IPCMC) penting sebagai badan bertindak menyiasat dan mengambil tindakan.
Ahli parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung berkata, IPCMC mampu meningkatkan integriti polis sekaligus mengembalikan kepercayaan rakyat.
“Kes Zulhilmi contoh paling tepat untuk kita menubuhkan IPCMC. Dia telah dipukul teruk. Bila dalam siasatan, mereka tiada bukti yang Zul dipukul.
“Sudah lama Pakatan Rakyat tuntut cadangan menubuhkan IPCMC sejak 2005 untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya,” kta Gooi kepada Keadilandaily.
Zulhilmi, seorang kontraktor didakwa dipukul pada kaki, buah zakar menyebabkan terpaksa menjalani pembedahan selepas dibebaskan dengan jaminan polis 23 Disember lalu.

Pembantu membisu spekulasi Taib bersara

KUCHING - Pejabat Ketua Menteri Sarawak terus membisu tentang spekulasi bahawa Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan bersara dalam bulan ini.

Setiausaha akhbar Ketua Menteri, Datuk Jameson Ahip memberitahu Bernama, buat masa ini tidak ada sebarang kenyataan rasmi akhbar berhubung laporan berita muka hadapan harian berbahasa Melayu, 'Berita Harian', mengenai spekulasi itu.

"Biarkan ia begitu saja sekarang," katanya, dan menambah pejabat berkenaan akan meminta Setiausaha Agung Barisan Nasional Sarawak dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Dr Stephen Rundi Utom mengulas perkara itu.

Bagaimanapun, pada 5.00 petang ini, Dr Rundi tidak dapat dihubungi untuk mengulas.

Berita Harian dalam laporan itu menyebut sumber yang tidak dinyatakan bahawa presiden PBB yang juga pengerusi BN Sarawak, Taib, 78, yang menjadi Ketua Menteri sejak 1981 akan mengumumkan persaraannya sebelum hujung minggu ini. 

Laporan itu menyatakan bahawa pengumuman itu akan dibuat di mesyuarat khas Majlis Tertinggi PBB Sabtu ini.

Taib, menurut laporan itu, akan mengadakan pertemuan dengan semua wakil rakyat BN Negeri pada hari berikutnya.

Awal hari ini, timbalan presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg enggan dilibatkan dengan spekulasi bahawa beliau adalah antara pemimpin parti yang disebut-sebut akan menggantikan Taib sebagai Ketua Menteri. 

Tekanan PRK Dun Kajang: Kadar tol TAK NAIK tahun ini!

Kadar tol lebuh raya di seluruh negara tidak akan dinaikkan tahun ini, demikian diumumkan petang ini.

Sebaliknya, kerajaan akan membayar RM400 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata kabinet memutuskan bahawa kerajaan perlu berunding dengan syarikat konsesi untuk memastikan perjanjian konsesi boleh disemak semula dan mengekalkan kadar tol sekarang.

Oleh itu, katanya, tidak akan ada sebarang kenaikan tol pada tahun 2014 seperti yang diwar-warkan.

Muhyiddin memberitahu demikian selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas mengenai kos sara hidup di Putrajaya.

Tiada habuan Lee lepas jawatan Adun Kajang, kata Anwar


Anwar bersalaman dengan tetamu yang hadir di majlis ‘Hi-Tea Anwar bersama pengundi di Pusat Komuniti DUN Kajang’ di Taman Sungai Sekamat, Kajang petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Mohd Farhan Darwis, 5 Februari, 2014.  
Anwar bersalaman dengan tetamu yang hadir di majlis ‘Hi-Tea Anwar bersama pengundi di Pusat Komuniti DUN Kajang’ di Taman Sungai Sekamat, Kajang petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Mohd Farhan Darwis, 5 Februari, 2014.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada sebarang habuan diberikan kepada mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh kerana mengosongkan kerusinya.
Anwar berkata, antara syarat yang dikenakan untuk Lee melepaskan jawatan hanyalah Anwar akan menggantikan beliau di kerusi berkenaan.
"Beliau tanya jika jawatan itu dilepaskan adakah saya akan ganti, saya kata betul... tapi tiada sebarang habuan kita janjikan," kata Anwar memberi penjelasan di hadapan lebih 100 penyokong PKR di majlis "Hi-Tea Anwar bersama pengundi di Pusat Komuniti DUN Kajang", di Taman Sungai Sekamat, Kajang petang tadi.
Anwar turut mengakui, beliau tidak begitu mengenali Lee, namun tindakan Lee yang sanggup melepaskan jawatan demi parti adalah tindakan terpuji.
"Saya tidak berapa kenal Lee, tetapi saya terpaksa akui, jarang ada pemimpin yang begitu baik," katanya.
Tindakan Lee melepaskan jawatan sebagai Adun Kajang mengejutkan banyak pihak, lebih-lebih lagi tiada alasan konkrit diberikan ekoran tindakannya itu.
PKR bagaimanapun memberi alasan tindakan Lee melepaskan jawatan adalah untuk membolehkan beliau bertanding di kerusi berkenaan, sekaligus menghalang usaha sabotaj Umno bagi merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat dengan menggunakan ketegangan kaum dan agama.

SPR anggar kos PRK Dun Kajang RM1.6 juta


PUTRAJAYA: Anggaran kos perbelanjaan bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang ialah RM1.6 juta, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusoff.

SPR mengumumkan hari ini bahawa PRK DUN ditetapkan pada 23 Mac manakala penamaan calon pada 11 Mac.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini, beliau berkata, 39,278 pemilih berdaftar layak mengundi dalam PRK tersebut, termasuk 1,197 pengundi awal dan 26 pengundi dalam kategori tidak hadir atau berada di luar negara.
  
"Anggaran kos perbelanjaan bagi pilihan raya kecil ini ialah RM1.6 juta," katanya dalam persidangan media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi membincangkan kekosongan kerusi DUN Kajang, Selangor berikutan peletakan jawatan secara mengejut wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh pada 27 Januari.
  
Beliau berkata daftar pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk 2012 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar-Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2013, Suku Tahun Kedua 2013 dan suku tahun ketiga 2013 yang dikemaskini sehingga 26 Januari 2014, iaitu sehari sebelum peletakan jawatan penyandang.
  
Lee menang kerusi DUN Kajang pada Pilihan raya Umum ke-13 Mei tahun lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas.
  
PKR telah menamakan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parti itu untuk bertanding dalam pilihan raya kecil 23 Mac.

Khalid tawar diri jadi Pengarah PRK DUN Kajang, kata Anwar



Beberapa pihak mempersoalkan pelantikan Abdul Khalid sebagai pengarah PRK Kajang memandangkan kedudukannya sebagai menteri besar. - Gambar fail. 
Beberapa pihak mempersoalkan pelantikan Abdul Khalid sebagai pengarah PRK Kajang memandangkan kedudukannya sebagai menteri besar. - Gambar fail.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara peribadi meminta untuk dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Calon kerusi DUN Kajang itu berkata, Abdul Khalid meminta jawatan berkenaan daripadanya ekoran rasa tanggungjawab sebagai sahabat dan penyokong setia dirinya.
"Abdul Khalid menawarkan diri menjadi pengarah pilihan raya Kajang," kata Anwar ketika berucap di majlis "Hi-Tea Anwar bersama pengundi di Pusat Komuniti DUN Kajang", di Taman Sungai Sekamat, Kajang petang tadi.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menegaskan, perkara itu perlu dijelaskannya disebabkan beberapa pihak turut mempersoalkan pelantikan Abdul Khalid memandangkan beliau adalah Menteri Besar Selangor.
"Beliau minta (jawatan) itu atas dasar tanggungjawab. Saya setuju sahaja," kata Anwar.
"Tidak pernah selama saya kenal beliau minta jawatan tetapi kali ini itulah yang beliau minta," katanya.
Anwar dalam ucapannya di hadapan lebih 100 penyokong PKR berkata, keputusan beliau bertanding DUN Kajang turut meresahkan isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Beliau macam mengeluh. Azizah kata kasihan dengan saya nanti kena lanyak habis-habisan dengan media Umno," katanya.
"Tetapi kita nak kata terkejut pun tidak boleh, memang budaya mereka," katanya, dan menambah,"Kita hanya sabar dan ikhtiar."

Anwar: Smut and sodomy, what have I not seen?

Fitnah keluar parti, ADUN Hutan Melintang buat laporan polis

Agenda Awani: PRK Kajang Mac ini

Penjelasan 10 point solution - Dtk Tuan Ibrahim Tuan Man

'One-derful Malaysia' diputar belit - Teresa

PKR MP wants Khalid replaced for PKNS contract termination

Teresa Kok lodges police report over harassment

Teresa Kok: Saya ada hak terbitkan satira politik

PRK Dun Kajang: SPR gesa parti politik jangan kempen awal

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan parti politik supaya tidak memulakan kempen sebelum tarikh yang ditetapkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata: "Sekarang pun sudah ada yang mulakan kempen. Kita tak mahu kejadian yang tak diingini berlaku, kalau berlaku sesuatu perkara negatif ia bukan di bawah kuasa SPR.

"Tunggu...masa kempen, walaupun sekarang ada yang sudah kempen," katanya pada sidang media di bangunan SPR, hari ini.

PRK Dun Kajang: Bekas Sarjan jaga Anwar di lokap Bukit Aman sokong KEADILAN

Sarjan (B) Raslan Samsudin kini berkhidmat sebagai Imam di Masjid Qariah Batu 10 Jalan Cheras-Kajang
Sarjan (B) Raslan Samsudin kini berkhidmat sebagai Imam di Masjid Qariah Batu 10 Jalan Cheras-Kajang
KAJANG 5 FEB: Sarjan (B) Raslan Samsudin, 65, yakin Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang yang akan diadakan tidak lama lagi.
Raslan merupakan anggota polis yang ditugaskan menjaga Anwar di lokap ibu pejabat polis Bukit Aman, sehari selepas bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998.
“Saya tak sangka Datuk Seri Anwar akan bertanding disini. Sebagai orang Kajang, saya rasa bertuah,” kata Raslan kepada Keadilandaily.
“Insya Allah, orang-orang kampung disini akan menyokong Anwar,” kata Raslan yang kini merupakan Imam di Masjid Jamek Qariah Batu 10, Jalan Cheras-Kajang.
Menceritakan pengalamannya klai pertama bertemu Anwar di lokap sehari selepas dipukul bekas Tan Sri Rahim Noor, Ketua Polis Negara, Raslan berkata, beliau terkejut melihat keadaan Menteri Kewangan tersebut.
“Saya tengok beliau dalam keadaan lemah. Kepalanya merah (luka). Malangnya, Anwar tak dibenarkan ke hospital. Sebab ketika itu pembesar Polis cuba nak tutup kes (tumbuk mata),” katanya.
“Syif tugasan saya sehari selepas Anwar dimasukkan ke lokap. Bila tengok keadaannya begitu, saya catit keadaan fizikal Anwar dalam laporan diari polis sebagai bukti dan rekod.
Bersama Anwar yang menyampaikan tazkirah selepas solat Jumaat
Bersama Anwar yang menyampaikan tazkirah selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Qariah Batu 10, Jalan Cheras-Kajang minggu lalu
“Tapi dengan kuasa Allah, perkara itu tak boleh disembunyikan. Tiga hari selepas ditahan, seluruh dunia dapat lihat keadaan mata Anwar yang lebam,: kata Raslan yang berkhidmat dengan PDRM semenjak 1969.
Kata Raslan, selepas bersama dari polis sejak 2005, beliau beberapa kali bertemu Anwar setiap kali Ketua Pembangkang itu bertandang ke Kajang menghadiri program bersama rakyat.
“Bukan senang orang Kajang nak dapat Adun macam dia (Anwar). Kalau Datuk Seri (Anwar) yang jadi wakil rakyat kita, kira untunglah,” kata Raslan sambil ketawa.

PRK Dun Kajang: SPR bersedia jika 'lampu padam'

blackout undi  
Suasana pengiraan undi ketika berlaku 'lampu padam' yang tersebar di media sosial ketika PRU13 lalu.
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil pelbagai langkah persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk insiden lampu padam.

Pengerusinya, Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof berkata, walaupun insiden itu hanya gimik politik yang dimainkan pihak tertentu,  namun pihaknya tetap berjaga-jaga bagi memastikan PRK Dun Kajang berlangsung dengan baik.

"Kita sentiasa bersedia, walaupun dalam laporan post mortem  perkara itu (lampu padam) tidak berlaku.

"Tetapi kita tetap berjaga-jaga dan berbincang dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk bersiap sedia dengan generator," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas PRK Dun Kajang.

Bagaimanapun beliau berkata,  pihaknya tidak dapat mengelak jika berlaku perkara diluar kawalan seperti bencana alam atau sebagainya.

"Kalau ada kilat sehingga menyebabkan terputus bekalan elektrik itu kita tidak dapat buat apa-apa.

PRK Dun Kajang: SPR dapatkan bekalan dakwat kekal baharu


dakwat kekal  

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan dakwat kekal yang baharu daripada pembekal luar negara pada PRK Dun Kajang, 23 Mac ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, bagi menjamin kualiti dan ketahanan dakwat untuk tujuan PRK itu, SPR akan mengimport semula daripada pembekal luar negara.

Menurutnya, dakwat kekal akan terus diaplikasikan dalam pilihan raya kerana ia telah ditetapkan dalam proses pengundian.

"Ya, kita akan dapatkan dapat baharu dari pembekal kita.

"Ia sudah pasti akan lebih tahan lama, daripada sebelum ini," katanya pada sidang media di bangunan SPR, di sini, hari ini.

Ibrah Kisah Nabi Yusuf : Perancangan Kebajikan & Kesejahteraan Rakyat - Yb Husam Musa


Ucaptama TGNA: Kolokium Agenda Kesejahteraan Rakyat


Budaya Cakna Masyarakat Sejahtera


Dato Saifuddin Abdullah berminat untuk menyertai Pakatan Rakyat?


Anwar di Kajang kerana Umno akan bertindak keras di S'gor - Nik Nazmi


Anwar: Selangor needs political leadership


Pilihan raya kecil DUN Kajang 23 Mac


Anwar Ibrahim: Kajang harus membangun


PRK Dun Kajang: BN ketandusan calon menyaingi Anwar, kata penganalisis

Kredibiliti Anwar yang pernah menyandang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan menaikkan persoalan siapa dapat menyaingi Anwar sebagai calon BN. – Gambar fail.Penganalisis politik berpendapat Barisan Nasional (BN) ketandusan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat (PR). 
Prof Madya Dr Shaharudin Badaruddin dari Universiti Teknologi Mara berkata, BN juga tidak mampu menyaingi kehebatan Anwar yang pernah menyandang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan satu ketika dahulu.
“Adakah mereka memiliki calon yang berkredibiliti untuk menandingi pengaruh Anwar? Tokoh Umno sedia ada sudah memiliki kerusi Parlimen atau negeri, maka siapa orang Selangor yang boleh menentang Anwar?" katanya kepada The Malaysian Insider.
“Di situ sahaja cukup untuk dilihat, bukan soal ketandusan. Anwar punyai kredibiliti antarabangsa, pernah memegang jawatan timbalan perdana menteri dan masih aktif dalam politik, maka dengan sendiri dalam konteks PRK, mereka buntu meletakkan calon."
Kredibiliti Anwar yang pernah menyandang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan menaikkan persoalan siapa dapat menyaingi Anwar sebagai calon BN. – Gambar fail.Shaharudin berkata, jika BN masih buntu untuk meletakkan calon, adalah lebih baik untuk tidak menyertai PRK itu bagi mengelakkkan isu nasional yang akan dimainkan Pakatan.
Katanya, momentum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang masih dirasakan, belum mampu mengubah pendirian kaum Cina yang dilihat cenderung menyebelahi Pakatan.
“Jika buntu, lebih baik tidak bertanding kerana jika BN letakkan calon, sudah tentu timbul isu nasional yang tidak dapat dielakkan.

PRK Kajang 23 Mac (ahad), penamaan calon 11 Mac(selasa), Pengundi seramai 39,278 suku ke 3/2013

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac 2014, manakala hari penamaan calon akan diadakan pada 11 Mac 2014.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hari pengundian awal akan dijalankan pada 19 Mac 2014, membabitkan 1,977 pengundi.
"Seramai 673 petugas SPR akan mengendalikan pilihan raya kali ini, manakala kos anggarannya ialah RM1.6 juta.
"Daftar pemilih yang digunakan adalah bagi tahun 2012 sehingga suku ketiga 2013 yang dikemaskini sehingga 26 Januari 2014," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya hari ini.
PRK Kajang diadakan berikutan penyandang kerusi itu, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor.
Lee, 42, adalah seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.
Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi, berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.

Mewahkah Gaji RM1,500 Hari Ini di Zaman Pemerintahan Najib & Rosmah?


Cukupkah zaman sekarang gaji RM1500 dengan kos sara hidup hari ini?

Di atas ini hanyalah sekadar anggaran kasar sahaja. Mungkin berbeza mengikut lokasi, dan situasi kehidupan anda sekarang.

Bagaimana pula pendapatan yang anda perolehi dibandingkan dengan perbelanjaan bulanan anda sekarang ini?


Metaphysics behind kangkung and Kajang

Everyone should remain calm and should not act rashly in any heated circumstances or situations.

For the practitioners of the Four Pillars (a branch of Chinese metaphysics), the year of the Wood Horse comes in on Feb 4.
This is because we use the solar calendar which has a fixed changeover date of Feb 4 annually compared to the Chinese New Year celebration which uses the lunar calendar.
This year the annual chart is as follows:
Year Pillar: Wood Horse
Month Pillar: Fire Tiger
Day Pillar: Fire Horse
Hour Pillar: Metal Rabbit
Each pillar consists of the Heavenly Stem and the Earthly Branch. For example in the Wood Horse pillar, the Heavenly Stem is the wood element while the Earthly Branch is Horse which has two elements inside it, namely Yin Fire and Yin Earth.
Inside the Tiger, there is Yang Wood, Yang Fire and Yang Earth while the Rabbit is pure Yin Wood. All these elements are called ‘qi’ (pronounced as ‘chi’), meaning energy force.
The Tiger and Horse are two-thirds of the Three Harmony Fire Combination with the Dog completing the combination whereas the Tiger and Rabbit are two-thirds of the Eastern Spring Wood Directional Combination with the Dragon completing this wood formula.
As there is a lot of wood and fire in this year’s chart, people tend to get angry fast as the formula is: wood feeds fire. And fire symbolises anger.
Although Feb 4 is the entry date of the Wood Horse, its energy force had already started seeping in or in this case, galloping in by early January.
So far, two prominent persons have made people very angry via the elements of wood and fire.
The first person is none other than Prime Minister Najib Tun Razak who had quoted the example of kangkung or water spinach to show that not all things have gone up in prices.
But he had spoken too soon. Kangkung is a vegetable and is of the wood element and therefore as wood feeds fire, he has only succeeded in making people angry.
The second person to make people angry is Opposition Leader Anwar Ibrahim. By causing a by-election in Kajang, people are angry. In addition to that, Kajang is located in the south which is a direction of fire.
Thus the general advice for everyone this year is to think carefully before speaking or doing anything important.
This is of utmost importance because this year’s chart does not have the ‘thinking element’ – Yang Metal which is sword or axe.
Politicians beware

PRK Dun Kajang peluang pengundi hukum BN

PAS 4

KUALA LUMPUR 5 FEB: Pilihan raya kecil (PRK) N25 Kajang adalah peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghukum Umno-BN yang gagal menunaikan janji-janji pada pilihan raya umum ke-13.
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, pengundi Kajang mewakili sentimen seluruh rakyat Malaysia yang sedang marah dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat kegagalan pengurusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Tapi, Umno-BN jangan fikir bahawa rakyat telah lupa. Dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang meningkat, sudah tentu BN akan mengadapi ujian yang besar.
“Dan mereka (BN) jangan cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu besar,” kata Muhammad kepada  Keadilandaily.
Tegas Muhammad, PRK Kajang adalah waktu kepada rakyat untuk membuat penilaian antara BN dan Pakatan Rakyat.

Taib Mahmud tidak hirau pribumi Sarawak, empangan baru akan dibina.,.!!

Taib mengatakan pembinaan empangan serentak itu bagi memenuhi keperluan syarikat dari Jepun, Korea dan Timur Tengah yang menunjukkan minat untuk membina kilang mereka di Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score). – Gambar fail. 
Taib mengatakan pembinaan empangan serentak itu bagi memenuhi keperluan syarikat dari Jepun, Korea dan Timur Tengah yang menunjukkan minat untuk membina kilang mereka di Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score). – Gambar fail.

Selepas 100 hari menghalang cadangan pembinaan empangan di daerah Baram, penduduk pribumi Sarawak semalam mendengar berita tidak menggembirakan dari Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa empangan itu akan dibina.
Apa yang lebih memeranjatkan lagi, kerajaan negeri bersetuju membina dua empangan iaitu di Baram dan di Tageh secara serentak daripada membinanya satu persatu.
Biarpun seringkali dikecam pihak pembangkang berhubung cadangan kerajaan negeri membina 12 empangan keseluruhannya bagi merancakkan perindustrian, Taib berkata pembinaan serentak itu bagi memenuhi keperluan syarikat dari Jepun, Korea dan Timur Tengah yang menunjukkan minat untuk membina kilang mereka di Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score).
Koridor industri itu bermula dari Tanjong Manis di Sarikei di bahagian tengah Sarawak, ke Samalaju di utara bahagian Bintulu.
Bercakap di pra-pelancaran Kolej Universiti Teknologi Sarawak (UCTS) kampus Sibu, Taib berkata empangan Bakun yang siap pada 2009 dan empangan Murum yang hampir siap tidak mampu menjana tenaga yang diperlukan syarikat berkenaan.
"Dengan dua empangan baru (Baram dan Baleh), kita boleh menyediakan keperluan tenaga lebih tinggi, terutamanya kepada pelabur baru di Score," katanya.
Beliau berkata Sarawak perlu mengurangkan penerimaan permohonan syarikat baru yang mahu melabur di Score atas masalah bekalan elektrik.

Badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar tempatan dalam kempen anti empangan, Save Sarawak Rivers Network, bertindak pantas mendakwa Taib cuba memadamkan kontroversi dengan mengenepikan harapan penduduk yang terjejas dalam pembinaan empangan tersebut.

Pengerusi Save Rivers, Peter Kallang mendakwa Taib mengabaikan piawaian dan etika antarabangsa pembinaan empangan seperti prinsip Persetujuan Bebas, Awal dan Termaklum (FPIC) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Insuran kenderaan naik siri terbaru BN bebankan rakyat


KUALA LUMPUR 5 FEB: Bekas Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin berkata, pelarasan premium insuran kenderaan yang dikenakan keatas syarikat takaful merupakan satu lagi tambahan yang membebankan rakyat.
“Walaupun alasan kenaikan secara beransur-ansur untuk menjamin risiko yang tidak dijangka, kenaikan insuran sebanyak 15 peratus merupakan satu kenaikan yang tinggi,
Azrul“Mungkin kita pandang kenaikan 15 peratus ini rendah dan dibayar setahun sekali. Tetapi kenaikan ini berlaku serentak dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
“Ini sudah menjadi kenaikan yang berganda,” kata Azrul kepada Keadilandaily.
Pada 29 Januari lalu, Bank Negara Malaysia telah meluluskan kenaikan premium insuran takaful sebanyak 15 peratus.
Kenaikan tersebut membabitkan kenderaan motosikal, kereta dan juga bas ekspress, bermula 15 Februari 2014.
Justeru kata Azrul, kelompok yang paling terkesan dengan kenaikan premium insuran 15 peratus adalah masyarakat luar bandar.
Tambahnya, penduduk di luar bandar memerlukan kenderaan sekurang-kurangnya motosikal yang mewajibkan perlindungan insuran.
“Di bandar ada pengangkutan awam, jika nak berjimat. Tapi penduduk luar bandar susah dapatkan pengangkutan awam. Mereka terpaksa guna kenderaan persendirian untuk bergerak.
“Orang kampung yang guna motosikal tetap perlu membayar insuran. Jika tak bayar, pengguna tak dapat cukai jalan.

Polis terima lebih 40 laporan polis terhadap video Teresa Kok, kata Zahid Hamidi

Polis menerima lebih 40 laporan berhubung isu klip video berbaur sindiran yang didakwa melibatkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata siasatan terperinci video sempena Tahun Baru Cina yang tersebar luas dalam YouTube sejak Isnin lepas itu dilakukan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Ini adalah bidang kuasa SKMM, jika hasil siasatan itu mendapati ada isu melibatkan Akta Hasutan, tindakan mahkamah akan diambil sebaik sahaja siasatan selesai," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan bola sepak PBAPP FC menentang PDRM di Stadium Bandaraya, di Georgetown, Pulau Pinang malam tadi.
Beliau meminta masyarakat, tanpa mengira fahaman politik, tidak memainkan isu melibatkan sensitiviti agama sehingga menjejaskan keharmonian rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Dalam video klip berdurasi hampir 12 minit itu, Kok dikatakan 'berlakon' sebagai pengacara yang menemu ramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baru Cina tahun ini dan tetamu undangannya pula mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya ialah sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.

Jadual program Anwar di PRK Dun Kajang 5-9 Februari

admin-ajaxBERIKUT ialah jadual tentatif Program Turun Padang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.
Orang ramai disaran menyertai program berkenaan. Bagaimanapun, ia tertakluk kepada perubahan pada saat akhir

5 FEBRUARI
5–7 ptg: Hi-Tea – Pusat Khidmat Komuniti DUN Kajang, Taman Sg Sekamat.
7.30–8.30 mlm: Solat & Tazkirah Maghrib – Surau Taman Muhibah, Kajang
9–12 mlm: Ceramah Perdana depan Surau At-Taqwa, Taman Kajang Baru, Sungai Jelok

6 FEBRUARI
5–7 ptg: Hi-Tea – Pusat Komuniti Kg. Sungai Kantan
7.30–8.30 mlm: Solat, Solat Hajat & Tazkirah – Surau Jenaris, Tmn Desa Jenaris
8.3 –12 mlm – Ceramah Perdana – Taman Koperasi Cuepac

7 FEBRUARI
12.30–2 ptg: Solat Jumaat & Jamuan Rakyat – Masjid Jamek Kajang
5–7 mlm: Hi-Tea – Pusat JKKK Batu 13, Tmn Delima, Bt 13 Jln Cheras
7.30 – 8.30 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib di Surau At Taqwa, Tmn Kota Cheras Fasa 2
7.30–11.00 mlm: Chinese Dinner – Shuang Xi Lou Chinese Restaurant, Metro Kajang
8.30 – 12 mlm – Pelancaran Jentera Pilihanraya PRK Kajang di Dataran Prima Saujana, Kajang

PRK Dun Kajang: Saya tak tersinggung dengan tohmahan kata Anwar

Anwar: Saya tak tersinggung dengan tohmahan 
KAJANG - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak tersinggung dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya sejak diumumkan sebagai calon PKR di Dun Kajang.

Menurut Anwar, beliau memahami ramai terkejut dengan keputusan Lee Chin Cheh meletakkan jawatan Adun Kajang bagi memberi laluan kepadanya bertanding.

“Apabila nama saya diumumkan, pelbagai reaksi diterima. Ada yang kecam dan bingung dengan pendirian PKR sehingga tempias kepada (Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul ) Khalid (Ibrahim) dan (Pengerusi PKR Selangor) Azmin (Ali).

“Ada juga yang pelik Anwar daripada pemangku perdana menteri mahu jadi Adun. Saya tidak terasa. Bagi saya, apa saja jawatan dan amanah yang ALLAH SWT takdirkan, saya terima,” katanya ketika berucap dalam majlis bersama pimpinan masyarakat Daerah Hulu Langat, di sini, kelmarin.

Beliau berharap agar tiada lagi yang mempertikaikan keputusannya bertanding di Selangor.

“Memang saya bukan anak Selangor, tapi saya tinggal puluhan tahun di sini.

Asal-usul Kajang: Pakatan wajar ambil iktibar

Fariz Musa

Sumber asal usul Kajang dari Perpustakaan UKM Bangi, Selangor. – 5 Februari, 2014. 
Sumber asal usul Kajang dari Perpustakaan UKM Bangi, Selangor. – 5 Februari, 2014.

Sebelum kewujudan Kajang, terdapat satu kawasan penempatan orang asli dan Melayu bernama Reko.
Pada satu hari, dua orang sahabat, seorang Melayu dan orang asli menaiki sampan melalui Sungai Langat untuk menuju pulang.
Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya, lalu mereka berhenti berteduh.
Sahabat Melayu mengajak rakannya untuk berkajang di situ. Kepada orang Melayu, berkajang bermaksud berteduh, tapi pada fahaman orang asli, berkajang bermaksud bertikam.
Oleh kerana salah faham, maka orang asli menikam rakannya itu. Maka dengan itu, tempat tersebut telah diberi nama Kajang. (sumber: Perpustakaan UKM)
Peristiwa yang tidak ada siapa pun mampu mengiyakan, kerana sumbernya adalah sebuah cerita lisan, tiada fakta yang menyokongnya.
Mitos ini tiada siapa pun ketahui tarikh kejadian serta pengesahan yang menjadi asal-usul nama Kajang.
Namun, ceritanya mungkin ada signifikan boleh diterima akal, kerana salah faham komunikasi (miscommunication) sehingga berlakunya peristiwa berdarah tersebut, atau mungkin ada yang membacanya terasa lucu serta sangsi dan mempertikaikan kesahihannya kerana dengan mudah orang asli tersebut menikam rakan Melayunya tanpa usul periksa dan bertanyakan sebab musabab mereka perlu bertikam yang sudah pasti diperbetulkan rakan Melayu itu!
Tiba-tiba nama Kajang menjadi sangat panas, mungkin sepanas bara arang satay kajang ekoran peletakan jawatan secara drastik dan mengejutkan Ahli Dewan Undangan N25 Kajang, CC Lee yang menimbulkan kontroversi dan mengundang pelbagai persepsi.
Kajang menjadi isu yang sangat panas, sama ada positif dan negatif oleh semua pihak, dan rakan Pakatan Rakyat serta seterunya, Umno-BN bagai 'cacing kepanasan'.
Kehangatan ini bukan sahaja menimbulkan reaksi di kalangan politikus, malah turut mendapat respon daripada ahli akademik, penganalisis politik serta orang awam.
Lebih ketara isu Kajang terus 'dikipas' oleh media massa , media internet dan media sosial.
Pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh rakan Pakatan Rakyat yang secara negatif dan positif  mengundang perdebatan.
Ada yang dilihat bersifat egois serta amat kasar hingga sanggup memboikot PRK dan membiarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendirian, dan ada yang melihat relevan PRK Kajang dan tindakan positif Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengutamakan kepentingan Pakatan dan rakyat Selangor untuk terus utuh di Selangor.
Sudah pasti yang akan bertepuk tangan ialah Umno-BN , yang bakal menikmati 'satay' hasil kontroversi dan polemik dalam Pakatan sendiri.
Pertelingkahan dan serangan beberapa kenyataan yang dilabel 'geng kopiah putih' begitu ekstrim dan prejudis terhadap PRK Kajang, termasuk melalui media sosial mereka yang dijadikan bahan kepada pimpinan dan media Umno-BN, khususnya Utusan Malaysia dan TV3.

UMNO membela BIAWAK hidup...!!

PRK Dun Kajang: Luahan bersifat peribadi

Isu Dun Kajang: Luahan bersifat peribadi 
KUALA LUMPUR - Segala luahan dan pandangan yang bertentangan dengan parti adalah bersifat peribadi, kata Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar.

 Beliau mengulas sikap sesetengah pimpinan Pas yang menyatakan mereka tidak puas hati dengan sekutu mereka, PKR, yang kosongkan kerusi Dun Kajang bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

“Kita akan bantu PKR atas semangat setiakawan untuk memastikan kemenangan kepada PR dalam PRK Kajang.

“Sekarang kita bercerita tentang Dun Kajang. Semua bersetuju untuk kalahkan BN,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas, di sini, semalam.

Pilihanraya, Hari Raya Dan Hantu Raya

Pilihanraya kecil DUN Kajang barangkali merupakan pilihanraya paling unik dan menarik. Sejak rakyat Malaysia mengenal apa itu pilihanraya, inilah pilihanraya yang paling menjadi tumpuan dan diperbualkan ramai orang. Menariknya pilihanraya kecil ini tentu faktor utamanya ialah kerana Anwar Ibrahim bertanding di situ.

Dengan Anwar bertanding dan dikhabarkan akan menjadi Menteri Besar Selangor selepas itu dan kemudian dijadikan laluan menawan Putrajaya, bukan saja UMNO dan BN yang kepanasan dan terasa bahangnya, malah rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat juga ada turut terlompat seolah-olah kejutan yang berlaku membuatkan mereka tergeletek sama.

Pilihanraya bagi orang politik adalah umpama hari raya. Ini kerana ketika pilihanraya, sentiasa meriah dengan makan minum, baju T dan topi yang silih berganti serta duit belanja yang boleh diminta sesuka hati.

Baik pilihanraya besar atau pilihanraya kecil, itulah resam dan kelazimannya.

Dalam pilihanraya DUN Kajang ini, walaupun ia hanya hanya sebuah pilihanraya kecil, faktor Anwar dan kerusi Menteri Besar yang direbutkan menjadikan ianya menarik dan diberikan tumpuan. Meskipun Anwar diramalkan tidak mempunyai banyak masalah untuk menang, namun kempen dan gerak kerja sudah pun bermula.

Kemeriahan yang dibawa bersama kehadiran Anwar ke Kajang bukan saja menyebabkan orang berpusu-pusu ke bandar itu, malah peniaga makanan, penjual baju T dan topi yang berkaitan Kajang atau mempunyai gambar wajah Anwar, dilaporkan mulai sibuk menambah bekalan bagi memenuhi permintaan yang dijangka meningkat.

Jika BN sudah memutuskan turut bertanding nanti, kemeriahan Kajang tentunya lebih berganda. Di sebalik tidak ramai yang yakin BN mampu meraih kemenangan, namun sebagai kerajaan BN pastinya tidak memandang randah pilihanraya ini, lebih-lebih lagi lawan yang dihadapi ialah Anwar. Kempen, gerak kerja, majlis perasmian itu ini dah pelbagai peruntukan sudah pasti melimpah ruah. Pilihanraya akan benar-benar seperti hari raya.

Kini Putrajaya nasihat Herald langsung tidak guna kalimah Allah

Surat yang dikeluarkan Putrajaya hanyalah nasihat semata-mata yang diharap dapat dipatuhi pihak penerbitan Herald. - Gambar fail.Surat yang dikeluarkan Putrajaya hanyalah nasihat semata-mata yang diharap dapat dipatuhi pihak penerbitan Herald. - Gambar fail.Putrajaya memaklumkan akhbar mingguan Katolik, Herald agar tidak menggunakan kalimah Allah dalam apa-apa bahan bertulis seperti artikel atau surat sebulan selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan arahan Menteri Dalam Negeri mengharamkan perkataan itu dalam penerbitan bahasa Melayunya.
Surat makluman bertarikh 20 Januari itu, bertujuan menguatkuasakan sekatan penggunaan perkataan tersebut di dalam keseluruhan penerbitan.
Ketua Bahagian Penerbitan dan Kementerian Dalam Negeri, Hashimah Nik Jaafar mengesahkan notis berkenaan dikeluarkan kepada pengarang Herald Paderi Lawrence Andrew minggu lepas.
Beliau bagaimanapun menekankan, notis itu hanyalah nasihat, yang boleh diikuti pihak penerbit.
"Kami hanya memberi nasihat. Isu ini masih dalam perbicaraan di mahkamah. Justeru, mereka perlu menghormati keputusan Mahkamah Rayuan buat masa sekarang," Hashimah memberitahu The Malaysian Insider.
Beliau merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan pada bulan Oktober  tahun lepas yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan Herald menggunakan kalimah Allah dalam ruangan bahasa Melayunya.
Dalam keputusan itu, mahkamah mendapati bahawa kalimah Allah tiada kaitan atau sebahagian daripada agama Kristian.
Gereja Katolik memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Persekutuan, yang dijangka didengari pada 5 Mac.

Malaysia Kita: Mayat hidup semula

Kuala Lumpur: “Ketika saya tersedar, di kiri dan kanan saya ada seorang doktor dan beberapa jururawat untuk melakukan bedah siasat terhadap ‘jenazah’ saya yang disahkan sudah meninggal dunia,” kata pengamal rawatan tradisional, Abdullah Nanyan, 62.
Menurutnya, sebelum itu dia disahkan meninggal dunia selama dua jam selepas dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital di ibu negara selama lebih sebulan kerana menghadapi pelbagai komplikasi termasuk serangan jantung atau Acute Myocardial Infarction (AMI), kesukaran bernafas, kencing manis dan kegagalan fungsi paru-paru.
Katanya, mereka semua terperanjat melihat keadaan dirinya yang ‘hidup’ semula dan segera menghantarnya ke bilik rawatan untuk pemeriksaan.

Menceritakan semula kejadian dialami pada 16 Februari 2012 itu, katanya, dia disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi.
Foto
ZULROZI menunjukkan bekas pembedahan di kepala ayahnya.

Bagaimanapun, selepas ‘jenazah’nya dihantar ke bilik bedah untuk proses bedah siasat, dua jam kemudian dia tersedar dan boleh menggerakkan kepala.

Malaysia Kita: Lans Koperal SB mati ditembak



POLIS menggunakan anjing pengesan di tempat kejadian seorang anggota Cawangan Khas Bukit Aman mati ditembak di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur semalam. Gambar kecil ialah Thivakaran.



KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis Cawangan Khas (SB) Bukit Aman berpangkat Lans Koperal ditemui mati dengan kesan dua das tembakan pada muka dan mata sebelah kanan di tepi Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan di sini semalam.
Mayat T. Thivakaran, 37, berasal yang dari Chemor, Perak itu ditemui orang awam pada pukul 4.30 petang semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa berkata, pemeriksaan yang dilakukan di lokasi kejadian, polis menemui dua kelongsong peluru berukuran .9 milimeter berdekatan mayat mangsa.

Lihat `pencerobohan’ kapal China secara positif

Kerajaan Persekutuan tidak akan mampu untuk melindungi negeri Sabah dari kuasa besar seperti China. 

KOTA KINABALU: Bekas Setiausaha Negeri Sabah Datuk Simon Sipaun mengesa semua pihak melihat reaksi kerajaan Malaysia secara realistik mengenai kemasukan kapal perang di perairan James Shoal.
Lebih dikenali sebagai Beting Serupai, kawasan ini merupakan sebuah beting di Laut China Selatan dengan kedalaman 22 meter terletak 80 km dari Bintulu.
Kawasan ini dituntut oleh Malaysia, Republik Rakyat China (RRC) dan Republik China Taiwan (ROC) dalam pertikaikan perebutan kawasan kepulauan Spartly di Laut China Selatan.
“Apabila dilihat dan difikir dari sudut perhubungan antarabangsa, ia adalah satu reaksi yang bijak bagi kerajaan Malaysia yang tidak memperbesarkan kejadian ini,” jelas beliau semasa temubual telefon dengan FMT
Beliau menjelaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan mampu untuk melindungi negeri Sabah dari kuasa besar seperti China sekiranya kita meminta bantuan.
“Kerajaan Malaysia juga menghadapi masalah semasa pencerobohan sekumpulan Sulu pada masa yang bulan Febuari tahun lalu.”
“Bayangkan sejumlah 7 batalion askar yang dikerah, yang mempunyai lebih kurang 6,500 orang askar untuk menghadapi pencerobohan itu yang sebanyak 235 orang.” kata beliau sambil merujuk kepada kejadian pencerobohan di Kampung Tanduo Lahad Datu.
“Apakah yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Malaysia sekiranya mereka ingin memperbesarkan perkara tersebut tetapi pada masa yang sama tidak dapat berbuat apa apa?” beliau mempersoalkan.
Bukan ancaman

Namun, Sipaun tidak melihat pencerobohan kapal perang China di perairan Malaysia sebagai satu ancaman sebenar tetapi ia merupakan satu tindakan untuk mendapatkan pengiktirafan kuasa tenteranya dikalangan negara jiran terutamanya Malaysia