Selasa, 4 Februari 2014

Banyak kes rasuah tergendala sebab AG tiada kredibiliti

sprm
KUALA LUMPUR 4 FEB : Ahli jawatankuasa khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Fauzi Abdul Rahman mempersoal kredibiliti Jabatan Peguam Negara (AG) berikutan masih terdapat banyak kes rasuah tergendala.
“Walaupun saya baru dalam Jawatankuasa Khas Rasuah SPRM ni,
“Saya lihat persepsi rakyat terhadap SPRM buruk. Kita dah jalankan tugas kita dengan baik, cuma tak ada kuasa mendakwa sebab kuasa besar terletak pada Jabatan Peguam Negara.
Fauzi“Apa yang dipertikaikan ialah integriti dan amanah Jabatan Peguam Negara.
“Kita (seolah-olah) memberi kuasa paling besar kepada orang yang salah,” kata Fauzi yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Pahang.
Katanya lagi, siasatan menjadi lebih cepat dan selaras sekiranya SPRM memikul tanggungjawab tersebut.
Kelewatan pejabat AG kata Fauzi (gambar) menyebabkan agensi penguatkuasaan lain termasuk SPRM tidak dapat bertindak kerana kuasa pendakwaan mutlak di Pejabat Peguam Negara.
Katanya, antara kes menunjukkan kelemahan pendakwaan Pejabat Peguam Negara termasuk pembebasan daripada dakwaan skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) melibatkan bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy 14 Januari lalu.
“Itu kesilapan terbesar sistem kita kerana memberi kuasa mutlak kepada pihak yang tidak ada integriti dan tidak amanah.

Najib's Running Mate?

Hi folks. Just in case you were feeling sleepy.

Above : Old story
Below : New pictures


These pictures and stories pop up because of two things : 

i. persistent rumours that Muhyiddin is leaving town
ii. who is going to be No. 2 after Muhyiddin?

Obviously the three VPs (except one) are not considered to be replacement material. Who is the one? Few know. Or claim to know. Or think they know. Or behave as if they know. 

There is a new columnist in town. The column is called 'Relevances'.  

KERAJAAN MALAYSIA PATUT MALU JIKA GAMBAR INI BENAR2 SAHIH..!!!

 
Gomen Dah Tak De Duit....MP Pulak Sebok Buat Duit...???

Perkasa selar SKMM cepat bertindak tutup Facebook anti Kristian tetapi tidak anti Islam


Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) mempersoalkan tindakan pantas Suruhanjaya Komunikasi Media Multimedia (SKMM) menutup laman Facebook yang dikatakan menghina agama Kristian tetapi lambat bertindak apabila ia berkaitan agama Islam.
Menurut Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali (gambar), agak menghairankan apabila SKMM tidak bertindak biarpun laporan polis dibuat terhadap beberapa laman sesawang dan Facebook yang menghina umat Islam di negara ini.
"Perkasa  ingin bertanya kepada SKMM, mengapa begitu cepat bertindak terhadap akaun Facebook menghina Kristian tetapi tiada satu pun tindakan diambil terhadap Facebook yang menghina kesucian Islam walau sudah banyak aduan dibuat," kata Syed Hassan dalam satu kenyataan lewat petang tadi di Kuala Lumpur.
"Laporan polis terhadap beberapa portal berita dan Facebook yang menghina kesucian Islam kami kira cukup banyak tetapi mengapa masih tiada tindakan diambil? Apakah laporan polis tidak mencukupi dan perlu juga membuat aduan kepada SKMM?"
Perkasa turut menuntut SKMM agar tidak bersikap memilih dalam mengambil tindakan terhadap aduan yang dibuat kerana agak mengecewakan apabila melihat begitu banyak penghinaan terhadap kesucian Islam sedangkan pihak bertanggungjawab seperti SKMM hanya memandang ringan mengenai isu tersebut.

Sandiwara pantau harga barang, TPM buat wayang – Yahya Sahri

yAHYAKUALA LUMPUR, 4 FEB: Lawatan mengejut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke beberapa hypermarket kononnya bagi memantau harga barangan keperluan rakyat hanya bersifat sandiwara dan sama sekali tidak membantu mengurangkan beban hidup rakyat Malaysia.
“Jangan jadikan lawatan tersebut sebagai sandiwara politik murahan bagi menarik sokongan rakyat yang sedia tertekan,” kata Yahya Sahri, Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN.
“Kerajaan sepatutnya menurunkan harga bahan api dan elektrik, ini dapat mengurangkan kos operasi dan pengangkutan dan akhirnya menurunkan kembali harga di pasaran.
“Lawatan tersebut tidak membantu mengurangkan masalah yang ditanggung rakyat,” kata Yahya kepada Keadilandaily.
Beliau mengulas tindakan Timbalan Perdana Menteri ke Pasaraya Mydin dan Kedai Rakyat Satu Malaysia di Mantin hari ini kononnya bagi memantau harga barangan bagi menangani kos sara hidup.
Kata Yahya, sekiranya kerajaan benar-benar berhasrat membantu rakyat, langkah lebih berkesan dan proaktif perlu dilakukan bagi memastikan harga barangan diturunkan, bukan dengan setakat melakukan lawatan.

Cover Line: Ekspedisi Antartika bukan pembaziran kata Mat Said

SEPANG - Ekspedisi saintifik ke Antartika telah memberi peluang kepada peserta rombongan melihat secara dekat kerja-kerja penyelidikan para saintis dari seluruh dunia.
  
Menegaskan demikian, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata dakwaan pembangkang bahawa ekspedisi itu suatu pembaziran adalah tidak benar sama sekali.
  
Katanya, beliau dan peserta rombongan yang lain mengambil risiko yang tinggi mengunjungi kutub selatan itu.
  
"Saya ke Antartika atas undangan Institut Penyelidikan Antartika Chile.
  
"Ketika di sana kami menaiki kapal tentera laut Chile iaitu 'Aqulies' dan bukannya makan angin (melancong).
  
"Kalau saya nak makan angin, lebih baik saya tidak ke Antartika..nak beli apa di sana?..nak sentuh dan bawa balik penguin pun tak boleh.
  
"kami sebenarnya mengambil risiko tinggi kerana cuaca di sana sukar diramalkan dan berubah dalam masa yang singkat," katanya.

Mahfuz kepada Mukhriz - Jangan Dok Ugut, Ada Bukti Sila Dedahkan



Adakah Muhyiddin Yassin hantar Nallakaruppan lawan Anwar diKajang..???


Muhyiddin Yassin hantar Nalakaruppan lawan Anwar Ibrahim di Kajang?
kami nampak ada gambar Muhyiddin kat belakang tu, Muhyiddin hantar dia ni ke nak lawan Anwar?

Asuhan dalam prinsip Demokrasi- Bhg 1

Ada 2 tahniah yang patut diberi. Pertama kepada Teresa Kok kerana mengemukakan suatu YouTube yang menggambarkan rekod Najib dan BN dalam bentuk humour dan satire. Darah pemuda UMNO hendak menggelegak kenapa? Benda2 ini nak tunjuk garang sangat- penderitaan Melayu akibat dasar2 UMNO dan BN tak hendak memberontak pulak!
Rakyat lagi lama dihina dan diperbudakkan berbanding dengan Najib dan Rosmah. Si penoreh getah dari kampong Gesing dan Ulu Atok Raub, menderita untuk dapat RM200 sebulan, bil letrik kediaman rasmi Najib ialah RM6100 sehari dan bil air RM800 sehari. Dan Najib dan pemimpin UMNO yang lain, tidak malu dan segan menasihatkan rakyat supaya berjimat dalam belanja! Pu****k!
Mengapa tidak ada lapuran polis dibuat kepada pimpinan BN? kerana kita tidak guna polis untuk mendepankan idea kita. Yang mengguna polis adalah kumpulan yang merasakan polis dalam genggaman dan bayaran mereka. Kita gunakan dialog dan thought engagement. Rakyat Kampung pun sudah cerdik sekarang. Belia2 kampung pula akan merupakan barisan depan mendukong panji2 perubahan kepada lanskap politik bangsa Melayu khususnya.
Hanya UMNO sahaja yang menggunakan belantan dan penggunaan belantan ini, cara penghuni gua dan politik gua.
Kedua- tahniah kepada Anwar Ibrahim dan PKR kerana mengembangkan nilai demokrasi sejagat atau universal democracy. Itu saya akan lakukan dalam tulisan selepas ini.
Saya baru sampai ke Kuala Lumpur setelah berada lama dalam kawasan Raub. Di kawasan Bukit Kajang Raub, seorang cukong Cina sedang membalun suatu kawasan seluas 3000 ekar. Semua dilakukan atas nama Raja Melayu. Benarlah seperti yang dikatakan oleh seorang bekas timbalan PM- yang jual negara ini ialah UMNO. Resthouse di Raub telah lama dijual kepada Cina. Demikian juga bungalow lama diatas bukit Giat Mara Raub.Wahai UMNO- jual lah negara ini.

Pas: Baucar Kerja RM35 sehari langkah simplistik

Nasrudin Hasan Tantawi  
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan Tantawi menyifatkan pemberian bantuan RM35 sehari menerusi program Baucar Kerja yang diselia oleh Kementerian Sumber Manusia hanyalah satu langkah ‘terlalu simplistik’ dan jangka pendek untuk menangani kenaikan kos sara hidup khususnya masyarakat di bandar.

Menurutnya, pihak kementerian sepatutnya mengemukakan pelan tindakan yang lebih komprehensif dengan mengambil kira situasi sosioekonomi masyarakat bandar hari ini termasuk mengkaji semula paras garis kemiskinan sedia ada yang kurang relevan agar insentif itu dapat diagihkan secara meluas.

“Saya menggesa agar Kementerian Sumber Manusia dan pihak-pihak berkenaan mengumpulkan lebih ramai masyarakat bandar untuk diberikan insentif serta bantuan. 

“Saya juga bimbang jika ramai yang memilih dua kerja, waktu pagi dan malam, maka kualiti institusi keluarga akan rapuh dan kehidupan rakyat tidak seimbang,” katanya memetik kenyataan medianya, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JobsMalaysia), Yusuff Harun minggu lalu yang mengatakan skim tersebut dijangka dapat membantu golongan berpendapatan bawah RM3,000 di kawasan bandar dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Guna ugutan, Mukhriz sama macam bapanya

KUALA LUMPUR: PAS Kedah menyifatkan tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menggunakan teknik ugutan dalam pentadbirannya menyerupai pemerintahan ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri.

Pesuruhjayanya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Mukhriz tidak perlu mengungut kononnya akan mendedahkan penyelewengan semasa Pakatan Rakyat memerintah negeri itu jika Pakatan Rakyat terus menerus menyerang pentadbiran beliau.

Sebaliknya kata Mahfuz, PAS sendiri mengalu-alukan sebarang pendedahan penyelewengan jika benar Mukhriz mempunyai bukti.

Menurut beliau, PAS tidak gentar dengan ugutan yang dilakukan oleh Menteri Besar itu dan PAS akan terus membuat pendedahan atas penyelewengan yang ada sepanjang Barisan Nasional mentadbir negeri itu.

"Kita cabar Mukhriz membuat pendedahan tersebut, jangan hanya pandai membuat ugutan sahaja. Kalau betul ada penyelewengan dedahkan dan kita (PAS) tidak takut," jelasnya di Pejabat Agung PAS pagi ini.

AMK Johor pesan Ketua Pemuda Pas, jangan termakan propaganda lawan

amk_johorAngkatan Muda Keadilan Johor menyelar kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Pas Saudara Suhaizan Kayat yang tidak bersetuju sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang juga calon N25 Kajang diangkat sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya beliau menang pada pilihan raya kecil yang akan diadakan dalam masa terdekat.
Kita Parti Keadilan Rakyat jelas menumpukan sepenuh kekuatan jentera parti untuk mempastikan kemenangan DSAI yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.
Angkatan Muda Keadilan Johor juga memberikan tanda aras majoriti yang perlu diperolehi mestilah mencecah sekurang-kurangnya 7,000 undi.
Penerangan yang dibuat tentang pengosongan kerusi tersebut telah dilakukan dan sepatutnya pihak pimpinan Pakatan Rakyat (PR) harus menyokong pendekatan strategi yang diperkenalkan KEADILAN.
Usah termakan dengan lontaran propaganda lawan yang sememangnya mahu PR bertelagah sesama sendiri pada ketika perpaduan dan kata sepakat amat diperlukan ketika ini bagi mempastikan kerusi N.25 Kajang kekal milik PR-KEADILAN.
AMK Johor juga tidak nampak sekiranya DSAI diangkat menjadi Menteri Besar Selangor akan memudaratkan rakyat Selangor itu sendiri.
Memetik kata Tan Sri Muhammad Taib yang juga bekas Meneteri Besar Selangor 1986-1997 rakyat Selangor beruntung sekiranya DSAI mewakili penduduk Kajang dan berada di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

SURAT RASMI ADUN HUTAN MELINTANG PERAK, YB KESAVAN A/L SUBRAMANIAM YANG MENAFIKAN BELIAU KELUAR PKR.


Kenyataan rasmi bertarikh 4 hb Februari 2014 ADUN Hutan Melintang Perak, YB Kesavan a/l Subramaniam mengenai surat yang jaja di siber kononnya beliau akan keluar PKR.

PENAFIAN BERITA KELUAR PARTI.

Dengan ini saya sekeras-kerasnya menafikan berita yang mengatakan saya telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat dengan serta merta.

Saya ingin menegaskan disini bahawa saya masih setia dengan PKR dan Pakatan Rakyat.

Saya ingin menegaskan bahawa ini merupakan unsur sabotaj yang telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Yang Benar,

YB Kesavan a/l Subramaniam
No KP 720613-08-6261
 
 

Skandal 1Azam RM690 juta, lebih besar dari NFC

PETALING JAYA 4 FEB: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, skandal 1Azam lebih besar dari penyelewengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang melibatkan dana awam berjumlah RM250 juta.
1azam“Jika ‘meletup’, ia benar-benar memalukan Umno kerana pengkhianatannya lebih besar dari kes penyelewengan dana NFC.
“Jika pengkhianatan berlaku, kerajaan Persekutuan di bawah Umno-BN membiarkan rakyat termiskin diperalat untuk mengayakan beberapa pegawai yang pecah amanah,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Menurut Rafizi, Laporan Tahunan Pemandu 2011 menyatakan, antara tahun 2010 dan 2011, kerajaan membelanjakan sehingga RM690 juta untuk program skim 1Azam yang dikelola Kementerian Pembangunan Wanita, Keluaga & Masyarakat.
“Saya tak terkejut ada campur tangan politik menghalang beberapa orang yang disiasat kerana disyaki menyeleweng Skim 1Azam daripada didakwa,” jelas Rafizi.
Beliau telah menulis surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamad dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mendesak siasatan menyeluruh pelaksanaan skim 1Azam.

Tangguh kes rasuah: Pas, PKR desak penjelasan AG.??

 Mahfuz Omar


KUALA LUMPUR - Pas dan PKR hari ini menuntut penjelasan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung penangguhan dakwaan rasuah bekas setiausaha politik kepada bekas menteri Kabinet dan pengarah sebuah syarikat.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kes itu pelik kerana Peguam Negara masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga kini.

"Pada saya kes ini agak pelik apabila Peguam Negara tidak mengeluarkan sebarang kenyataan selepas daripada kedua-duanya ini diikat jamin.

"Ini bermakna, apabila mereka diikat jamin, ada kes yang bakal dibawa dan diakui oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) selepas daripada siasatan rapi dibuat atas kedua-duanya," katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas Pusat di sini, hari ini.

Kedua-dua mereka ditangkap oleh SPRM dan dibebaskan dengan ikat jamin RM100,000 selepas ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan, September lalu.

Menurut Mahfuz, SPRM menyebut kedua-duanya akan didakwa pada 29 Januari lalu namun tiada dakwaan dibuat sehingga ke hari ini.

"Saya minta supaya AG mesti beri penjelasan berhubung perkara ini. Adakah kes ini dilewat-lewatkan kerana siasatan itu mendapati bahawa kes ini akan menyeret bekas menteri itu sekali atau mana-mana pemimpin politik lain yang turut terlibat dalam kes ini?," katanya.

SPRM, dalam kenyataan sebelum ini berkata seorang bekas setiausaha politik bergelar Datuk, dan pengarah sebuah daripada yayasan yang diketuai oleh Datuk berkenaan, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Kanun Keseksaan atas tuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM1.1 juta dan satu lagi tuduhan menipu membabitkan RM1 juta.

Anwar - Pelancaran jentera PRK Dun Kajang

MB Selangor - Pelancaran jentera PRK Dun Kajang

Nallakaruppan Juga Nak Bertanding, Calon Bebas Bakal Pecahkan Undi BN...!! Zul Nordin, Ibrahim Ali dan lain2 tak berminat ke..???

PRK Kajang: Nallakaruppan Hasrat Lawan Anwar

PETALING JAYA: Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berkemungkinan menyaksikan seorang lagi kenalan rapat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan diri bertanding menentang Ketua Pembangkang itu.

Senator Datuk S. Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Kebangsaan India Malaysia (MUIP) pada Isnin menyatakan minat untuk bertanding menentang Anwar dalam PRK itu nanti.

Pengumuman rasmi mengenai hasratnya itu akan dibuat pada sidang media khas di pejabat MUIP petang Selasa.

"Ya benar (mahu bertanding). Tunggu pengumuman esok (Selasa)," katanya ringkas ketika dihubungi mStar Online di sini.

Sebelum ini bekas pembantu peguam bela Anwar, Yuktes Vijay turut menyatakan hasrat bertanding sebagai calon bebas pada PRK Kajang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Rabu ini bagi menentukan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas Adun kawasan itu, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan pada 27 Januari lepas.

Pakatan pembangkang menamakan Anwar sebagai calon mereka jika pilihan raya kecil diadakan. -mstar

PRK Dun Kajang: PAS jadi jentera pembantu paling kuat

KUALA LUMPUR: PAS akan turun sebagai jentera pembantu paling kuat untuk pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang bagi memastikan Pakatan Rakyat menang, selaras dengan penegasan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr. Hatta Mohd Ramli, berkata semua jentera parti di setiap peringkat dan negeri-negeri akan bergerak semaksima mungkin, khususnya jentera PAS Selangor bagi memenangkan calon PKR di Dun Kajang.

"Kita sokong dan sememangnya memberikan komitmen untuk membantu semaksima mungkin sepanjang kempen PRK ini. Saya nasihatkan semua jentera di peringkat dewan-dewan dan juga negeri-negeri untuk turun membantu dan mengikut perancangan yang diatur," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Selain itu, Dr. Hatta yang turut dilantik sebagai pengarah pilihan raya bagi PRK itu turut mengingatkan jentera parti membantu selagi boleh untuk PRK ini, sama ada dari bentuk kewangan, buah fikiran, kerja-kerja kempen dan sebagainya bagi mempertahankan kerusi tersebut.

Katanya, beliau akan membentuk satu jawatankuasa pilihan raya di peringkat pusat, selain satu jawatankuasa di peringkat negeri yang akan dikendalikan dari kalangan PAS Selangor.

Najib tidak layak bercakap soal pembaziran wang negara

Mohd Faizul Mohd Salleh


Saya merujuk kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang baru-baru ini. Menurut beliau, ia adalah tindakan menjurus kepada pembaziran wang rakyat.
Pemuda PAS Johor menyeru agar Najib “tutup mulut” daripada berbicara soal pembaziran wang rakyat dan negara.
Najib sama sekali tidak layak bercakap hal pembaziran. Beliau terlebih dahulu perlu bertanggungjawab terhadap kenaikan pelbagai harga barang keperluan asas yang membebankan rakyat.
Najib juga perlu menjawab isu pemborosan tidak masuk akal melibatkan individu dan syarikat yang berkaitan Umno/BN.
Contohnya, kes melibatkan setiausaha politik kepada bekas menteri kabinet Najib bergelar “Datuk” yang disiasat SPRM kerana penyelewengan wang bagi projek 1AZAM turut tiada sebarang khabar berita sehingga berhubung pendakwaannya.
Penyelewengan tersebut melibatkan wang mencecah lebih RM1 juta yang sepatutnya disalurkan sebagai bantuan kepada lebih 400,000 rakyat yang memerlukan.
Ini menyamai kos perbelanjaan untuk satu PRK. Di mana ketegasan Najib dan kerajaan Umno/BN dalam hal ini?
Kami Pemuda PAS Johor menegaskan, Najib tidak layak sama sekali berbicara soal pembaziran wang rakyat dan negara dalam isu PRK Kajang.

Shafie Apdal dicabar tunjuk bukti ‘Onederful’ Malaysia senda Lahad Datu

shafie apdalSHAH ALAM, 4 FEB: DAP mencabar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengemukakan bukti bahawa video ‘Onederful’ Malaysia Tahun Baru Cina yang diterbitkan Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok menyentuh isu Lahad Datu.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata beliau bersedia untuk menjadi tuan rumah dengan mengatur pertemuan antara Shafie dan Teresa serta pakar bagi menilai intipati klip video berkenaan yang didakwa menyindir pencerobohan di Sabah itu.
Beliau berkata, jika tidak ada bukti yang boleh mengaitkan Teresa terhadap dakwaan itu, Shafie dicabar supaya mengemukakan permohonan maaf dan menarik semula kenyataannya sebelum ini.
“Shafie tidak dapat memahami video ini kerana ia disiarkan dalam bahasa Kantonis dan Mandarin. Beliau jelas tersalah maklum hingga bertindak melulu dalam membuat kenyataan tidak berasas terhadap Teresa.
“Adakah Shafie cuba membangkitkan isu perkauman ke atas klip video satira politik itu?” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Video bertajuk Teresa Kok “Onederful” Malaysia CNY 2014 yang diterbitkan pejabat DAP Seputeh di saluran Youtube menggambarkan beliau sebagai tuan rumah sedang menemuramah tiga ahli panel berkenaan Tahun Baru Cina membabitkan ramalan feng shui mereka.

Serangan terhadap Teresa Kok cara biasa Umno, kata Guan Eng


Lim menegaskan DAP akan mempertahankan Kok untuk berdepan dengan serangan Umno. - Gambar fail. 
Lim menegaskan DAP akan mempertahankan Kok untuk berdepan dengan serangan Umno. - Gambar fail.

 Rakyat tidak seharusnya percaya akan fitnah Umno terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berkaitan video Tahun Baru Cina beliau yang dikecam parti itu, kata Lim Guan Eng.
Setiausaha Agung DAP itu berkata, perkara itu adalah "serangan" daripada Umno yang hanya mahu menimbulkan isu perkauman dan ketegangan agama demi mengelak daripada menjelaskan kenaikan harga barang yang menjejaskan kehidupan semua rakyat Malaysia.
"Umno tidak mahu menjawab tentang isu kenaikan harga barang jadi mereka menyuarakan isu perkauman. Ini sudah keterlaluan.
"Beliau (Kok) sudah menjelaskan bahawa beliau tidak menyebut insiden Lahad Datu mahupun menamakan sesiapa dalam video itu. Mereka yang tidak memahami bahasa Mandarin atau Cina tidak patut mereka-reka cerita. DAP akan mempertahankan Kok untuk berdepan dengan serangan Umno," kata Lim kepada pemberita pada satu sidang media di Pulau Pinang hari ini.
Kok yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu dikecam ekoran video Tahun Baru Cina beliau yang bertajuk "Onederful Malaysia CNY 2014" adalah sekadar berjenaka dan ditujukan untuk mereka yang fasih berbahasa Madarin dan Kantonis.
Dalam klip video yang dimuat naik di laman YouTube, Kok berlakon sebagai seorang pengacara rancangan yang memberi tip Feng Shui untuk tahun kuda dengan tiga ahli panel lain. Parodi itu menyentuh pelbagai isu politik seperti kenaikan harga barang.

Fitnah Macai: Adun Hutan Melintang nafi keluar parti

S Kesavan  
Kesavan menunjukkan perbezaan tandatangan pada surat palsu dan surat lain yang pernah ditandatanganinya
HUTAN MELINTANG -  Adun Hutan Melintang, S Kesavan hari ini menafikan dakwaan beliau keluar parti seperti mana yang dilaporkan dalam media sosial.

Sebelum ini, tersebar di media sosial surat peletakan jawatan Kesavan sebagai Adun dihantar ke Pejabat Speaker Dun Perak.

Pada sidang medianya sebentar tadi, Kesavan nyata terkejut dengan kewujudan surat yang hanya diketahui hari ini selepas menerima pelbagai panggilan mengenai perkara itu.

Menurutnya, surat yang dikemukakan kepada Pejabat Speaker Dun Perak jelas bukan dihantar olehnya berdasarkan tanda tangan pada surat itu.

"Kalau dilihat daripada surat palsu itu, kepala surat berbeza dengan alamat yang digunakan untuk urusan rasmi.

"Saya nafikan sekeras-kerasnya tindakan itu sebaliknya tiada niat langsung untuk keluar parti dan akan terus setia bersama sama PKR," katanya sebentar tadi.

Macai Terdesak: Kesavan tak keluar parti, surat letak jawatan palsu

Kesavan_KUALA LUMPUR, 4 FEB: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hutan Melintang, Perak, S Kesavan tidak meletakkan jawatan dan surat yang disebarkan melalui media sosial adalah palsu, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil.
Fahmi berkata, beliau telah dihubungi Adun Teja, Perak, Chang Lih Kang dan diberitahu maklumat tersebut disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Justeru, satu laporan polis akan dibuat petang ini oleh Kesavan.
Dalam pada itu, Fahmi memberitahu, penyebaran surat tersebut adalah ‘operasi hitam’ dilakukan pihak tertentu bertujuan mengganggu kelancaran persiapan jentera KEADILAN dalam menghadapi pilihan raya kecil N25 DUN Kajang.
“Apabila dilihat kepada kepala surat, langsung tidak sama dengan kepala surat (yang digunakan) Ahli Dewan Undangan negeri Perak,” kata Fahmi.

Basuhan Pakaian Menggunakan Mesin Basuh AUTOMATIK - Ustaz Azhar Idrus

Jangan pandang rendah, Umno boleh guna darurat rampas S'gor, kata Rafizi

PKR gesa SPRM diberi kuasa pertuduhan rasuah

Rasa Tak Lepas Soalan Alam Barzakh & Padang Mahsyar - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Jual EMAS Bayar ANSUR-ANSUR & Dimahalkannya - Ustaz Azhar Idrus

Angkat Dahi DUA Kali Ketika SUJUD - Ustaz Azhar Idrus

PKR Desak Segerakan Pendakwaan Kes Rasuah

Kenapa AG lambatkan pendakwaan kes 1Azam?

PKR sudah lama rancang Anwar ke Selangor, kata Rafizi

BN belum putuskan Umno atau MCA tanding di DUN Kajang - Muhyiddin

TAHNIAH PENGUNDI UMNO@BN: INSURANS KENDERAAN KERETA DAN MOTOR NAIK 15% MULAI 15HB FEBRUARI 2014.


Tahniah kepada kesemua penyokong, pendokong dan ahli UMNO/BN kerana memberikan sokongan padu tidak berbelah bagi dengan berkerja keras berhempas puluas dan bertungkus lumus untuk memenangakan UMNO/BN pada PRU 13 lalu.

Kini salah satu hadiah dari kerajaan UMNO/BN ialah kenaikan bayaran insurans untuk semua jenis kenderaan mulai 15 hb Februari 2014.

Kalau rasa tidak puas hati kerana kenaikan di anggap terlalu kecil, apa kata desak supaya naik sampai 150%.

Ini baru betul kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat .. tidak mau rakyat hidup susah .. kerajaan berjiwa rakyat murni lagi suci. .. APA LAGI PENYOKONG UMNO MAU.

Insurans Kenderaan Kereta dan Motor naik Februari 2014. berita kenaikan insurans kenderaan ni memang tak disebut dalam berita, tetapi dijangka tidak lama lagi harga insurans kenderaan akan naik sebanyak 15% bermula 15 Februari 2014 ini menurut sumber daripada kalangan kakitangan syarikat insurans sendiri.

Menurut laporan akhbar pada 25 Feb 2011, insurans kenderaan dikatakan akan meningkat secara berperingkat bermula pada tahun 2012 hingga 2015, ianya sebagai usaha kerajaan untuk mengimbangi kerugian yang ditanggung syarikat insurans. Berikut adalah kenyataan akhbar mengenai kenaikan harga insurans kenderaan bermotor pada 25 Feb 2011.

 Jadi, dinasihatkan kepada kalangan pembaca yang mana cukai jalan (roadtax) kenderaan yang mati sebelum 14 Mei 2014 boleh perbaharuinya semula dengan segera untuk mengelakkan kerugian.

Dengan kenaikan insurans naik sehingga 15%, agak tinggi juga perbezaan untuk perbelanjaan anda kelak. Walaubagaimanapun pilihan ditangan anda.
 

PAS perlu tentukan hala tuju industri hiburan negara - Aishah

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Kesenian Kebudayaan dan Rekreasi Dewan Muslimat PAS Pusat, Wan Aishah Wan Ariffin berharap PAS mengambil perhatian serius kepada golongan artis dan karyawan jika mahu mendapatkan sokongan mereka.
Menurut Aishah, industri hiburan bukan hanya terdiri daripada penyanyi dan pelakon malah merangkumi pengarah filem, penulis lirik, penggubah lagu sehingga pekerja di kilang cakera padat.
"PAS kena lihat dunia hiburan dan mendekati golongan ini. PAS juga mesti menjelaskan garis panduan terhadap golongan artis wanita supaya mereka dapat meneruskan karier apabila mereka menyokong PAS," katanya ketika diwawancara Harakahdaily di rumahnya dekat sini, baru-baru ini.
Tambah beliau, PAS perlu bersiap sedia untuk menentukan hala tuju para karyawan dan pekerja industri hiburan bagi memastikan mereka tidak kehilangan pekerjaan jika memberi undi kepada calon-calon PAS untuk membentuk kerajaan.
"Pertama kali saya berjumpa dengan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang, saya cakap dengan Presiden, saya harap orang bijak pandai seperti golongan ustaz berada dalam dunia seni supaya mereka boleh dijadikan rujukan penggiat seni," katanya.
Menurutnya, negara jiran Indonesia sudah kehadapan dalam dunia hiburan Islam dengan adanya artis Islamik dan pengarah filem yang berpegang dengan ajaran Islam.
Sutradara (pengarah) yang menjiwai Islam, ujarnya tidak membenarkan adegan berpegangan tangan dengan bukan muhrim dalam filem dan drama arahan mereka.

SKMM buang Facebook hina Kristian

 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah membuang beberapa laman Facebook yang didakwa menghina agama Kristian.

"Ada beberapa laman anti-Kristian, (bertajuk) 'Semenajung Malaysia anti Sabah Sarawak'.

"Kita dah pun berhubung dengan Facebook dan beberapa fanpage tersebut kita telah buang," kata pengerusinya Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi (kiri).

Dalam sidang medianya hari ini, beliau bagaimanapun berkata, siasatan masih dijalankan berhubung perkara itu.

"Siasatan telah dibuat namun kita tidak boleh dedahkan sekarang," kata Sharil ketika ditanya berhubung tindakan lanjut SKMM.

Ketika ketegangan agama meningkat, PAS Sabah pada 30 Januari lalu membuat aduan kepada SKMM dan polis terhadap laman Facebook itu.

Laporan itu bukan yang pertama dibuat terhadap laman Facebook itu, yang antara lain, mengejek penganut Kristian melalui gambar, termasuk memaku katak di salib.

Pengadu memaklumkan bahawa Facebook itu tidak lagi dapat diakses selepas portal berita ini melaporkannya.

'Facebook ini macam kedai kopi'

Naik Harga: Pelanggan berang cara pengusaha restoran kaut untung

Restoran caj lebih sempena Tahun Baharu Cina 
  • Jumlah bayaran keseluruhan termasuk bayaran caj perkhidmatan Tahun Baharu Cina yang diragui.
IPOH - Berang kerana berasa tertipu dengan caj tambahan dikenakan sebuah restoran terkemuka di bandar raya baru-baru ini, seorang pelanggan, Zainoori Zainal Abidin,  membuat laporan di pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, semalam.

Katanya, tindakan restoran mengenakan 'caj perkhidmatan sempena Tahun Baharu Cina' sebanyak 10 peratus dianggap menganiaya pelanggan kerana tiada notis makluman yang jelas mengenai caj itu.

Zainoori ketika ditemui Sinar Harian mendedahkan, dia dikenakan bayaran RM250.95 termasuk caj tambahan RM22.81 untuk makan malam lima orang.

“Saya tidak tahu mengenai caj yang akan dikenakan tambahan pula diberi nama ‘caj perkhidmatan sempena Tahun Baharu Cina’.

“Jika sebelum ini, bayaran yang dikenakan hanya RM37 hingga RM38 sekepala, dan bagi hidangan untuk lima orang pada malam itu saya menjangkakan bayarannya tidaklah mencecah  angka yang tertera pada resit bayaran itu.

Kajang Oh Kajang!

Leftenan Adnan Saidi 
 Leftenan Adnan Saidi
SUNGGUHPUN  hanya pekan kecil, nama Kajang popular seantero negara. Mengikut sudut topografi, mukim Kajang terletak di kawasan tanah tinggi, iaitu lebih kurang 76,250 sm dari paras laut.

Kebanyakan permukaan buminya berbukit-bukau dan dipenuhi gunung.

Dari mana asal nama ini? Dipercayai nama Kajang diberikan oleh Orang Asli dari suku Temuan yang menerokai kawasan terbabit sekitar tahun 1580. Nama itu diambil daripada sejenis mengkuang hutan yang tumbuh dengan banyaknya di kawasan itu.

Tanah datarnya terdapat di kawasan-kawasan lembangan sungai seperti Sungai Langat, Sungai Bangi, Sungai Semenyih dan Sungai Chua. Lokasi-lokasi itu juga dikatakan antara kawasan awal yang mula diterokai untuk penempatan di mukim Kajang.
Pekan Kajang mempunyai taburan penduduk sekitar 311,785 (berdasarkan bancian terakhir pada 2010). Kawasan perkampungan rata-rata didiami orang Melayu. Masyarakat Cina tinggal secara berselerak di sekitar bandar Kajang, manakala kawasan-kawasan ladang getah didiami orang-orang berketurunan India.

PAS gerak jentera bantu kempen Anwar di DUN Kajang

Haji Abdul Hadi AwangSHAH ALAM, 4 FEB: PAS Pusat dan Selangor akan membantu jentera pilihan raya PKR berdasarkan kepada keperluannya dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata PAS melantik Dr Mohd Hatta Ramli yang menjadi Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat untuk mengetuai jentera pilihan raya PAS dalam PRK DUN Kajang.
“Pada masa sama, kita ingin pertegaskan bahawa isu kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor tidak berbangkit,” katanya dalam satu kenyataan.
Abdul Hadi berkata, PAS mengecam hukuman gantung sampai mati yang diputuskan oleh Tribunal Jenayah Perang Bangladesh terhadap mantan Menteri Pertanian (2001-2003) dan Menteri Industri (2003-2006) Bangladesh yang juga Ameer Jamaat Islami Bangladesh, Maulana Matiur Rahman Nizami.
Abdul Hadi berkata, Matiur Rahman dinafikan perbicaraan yang adil dan berdepan dengan berbagai ancaman ketika perbicaraan.
“PAS mendesak pihak Tribunal tidak harus menjadi penghukum politik kepada kerajaan yang terdesak dan mendengar kritikan badan guaman serta hak asasi manusia antarabangsa,” katanya.

Tidak tolak ansur, Mahfuz gesa Mukhriz dedah penyelewengan PAS di Kedah


Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media PAS di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider Najjua Zulkefli, 4 Februari, 2014.Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media PAS di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider Najjua Zulkefli, 4 Februari, 2014.Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, hari ini menggesa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, segera mendedahkan segala penyelewengan ketika pentadbiran PAS di Kedah kerana parti itu tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang penyelewengan.
Bagaimanapun, katanya, Mukhriz tidak seharusnya mengugut pentadbiran PAS berhubung perkara itu kerana Pakatan Rakyat (PR) terbuka untuk sebarang pendedahan salah laku dan penyelewengan.
"Kami sepakat tiada tolak ansur untuk melindungi kepimpinan PR sejak pentadbiran kami bermula 2008 hingga 2013.
"Mukhriz boleh siasat, tetapi beliau tidak boleh mengugut kami untuk tidak terus mendedahkan kelemahan beliau,” katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur.
Mukhriz sebelum ini berkata, tidak akan teragak-agak untuk membuka semula fail projek bermasalah ketika pentadbiran kerajaan PAS Kedah jika mereka terus mencemarkan nama baik pentadbirannya.
Antara projek bermasalah yang akan didedahkan Mukhriz adalah projek pembalakan di Pedu dan isu pembinaan kampus Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Anwar tumpu pelbagai isu termasuk masalah peniaga Melayu di Kajang

SHAH ALAM, 4 FEB: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mula menggerakkan pasukan khas untuk bertemu masyarakat akar umbi di Kajang bagi tujuan mengenal pasti isu penting yang perlu diselesaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata pasukan itu mula digerakkan sejak tiga hari lalu membabitkan pemimpin masyarakat setempat sekitar Kajang.
“Pelbagai isu yang kita kenal pasti antaranya membabitkan peniaga kecil khususnya Melayu dan bagaimana mereka dapat menjalankan perniagaan dengan lebih baik, selain isu lokasi perniagaan. Semua perkara itu akan kita kaji.
“Keputusan kajian ini mungkin boleh diperoleh dalam masa beberapa hari sebelum bermulanya kempen PRK Kajang,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, semalam.
Menyentuh strategi ketika berkempen nanti, Rafizi memberitahu PKR akan menekankan sentuhan peribadi dengan bertemu seramai mungkin pengundi di Kajang.

Naik harga: Kenapa kami pula yang kena?

Kami sebagai peniaga runcit dan peniaga kecil berasa amat dukacita dengan kempen yang dijalankan oleh kerajaan Umno-BN sekarang.

Hal ini kerana, kempen pemantauan harga yang dijalankan amat tidak adil dan menindas golongan peniaga macam kami. Pelabagai ugutan dan denda yang bakal dikenakan jika harga yang kami jual gagal mematuhi harga yang ditetapkan.

Tahukah kerajaan Umno-BN bahawa kami bukan sesuka hati menaikkan harga barang. Jika tindakan dikenakan kepada kami, bagaimana pula dengan pemborong dan pengilang yang sesuaka hati menaikan harga barang? Adakah mereka juga akan didenda seperti kami?

Yang Umno-BN nampak hanyalah kesalahan kami kerana kamilah yang berdiri di barisan hadapan sekali dan mudah untuk dikambinghitamkan.

Ketahuilah bahawa, anda juga – Umno-BN – penyumbang utama kepada segala kenaikan harga barangan ini. Jika anda menaikkan harga barang tertentu, anda akan mengemukan pelbagai hujah dan alasan tidak masuk akal dan memaksa rakyat menerimanya – sampai menggunakan hujah “ketentuan Allah”.

PAS: Mana pendakwaan kes 1Azam?

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar hari ini menuntut penjelasan peguam negara berhubung kes penyelewengan program 1Azam yang dikaitkan dengan bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Menurut Mahfuz, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini telahpun membuat siasatan ke atas kes tersebut, bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang kes pendakwaan dibuat oleh pihak Peguam Negara.

"Saya berasa hairan kenapa sehingga sekarang belum ada pendakwaan dilakukan Peguam Negara terhadap bekas Setiausaha Politik kepada seorang menteri sebelum ini walaupun ia telah pun disiasat oleh SPRM.

"Kita tidak tahu kenapa Peguam Negara tidak mahu membuat pendakwaan, kita mahukan penjelasan sebenar atas kes tersebut," jelas beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Dalam satu laporan media sebelum ini, bekas setiausaha politik itu dilaporkan telah diikat jamin sebanyak RM50 ribu pada 27 Januari dan sepatutnya pendakwaan akan dilakukan pada 29 Januari.

"Laporan media jelas mengatakan akan ada pendakwaan, tetapi sehingga sekarang kita tidak melihat ada pendakwaan dilakukan di mana-mana mahkamah.

Tindakan Singapura ugut World Hijab Day mendukacitakan – Nik Nazmi

Adalah sangat mendukacitakan apabila (Hari Tudung Sedunia) di Singapura telah dipaksa diberhentikan setelah kumpulan tersebut menerima ugutan dan tentangan daripada kerajaan Singapura.
Namun, tujuan World Hijab Day hanyalah untuk menyebarkan pemahaman agama dan kesedaran ke arah keamanaan sedunia pada 1 Februari 2014. Sejak itu, kumpulan tersebut telah dibubarkan.
world_hijab_dayWorld Hijab Day (WHD) merupakan satu kempen kesedaran antarabangsa yang telah dijalankan di serata dunia dan diterima oleh pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Belgium, Belanda, Perancis dan Australia.
Kempen ini yang mempunyai duta di lebih 100 buah negara telah menunjukkan sokongan kuat daripada orang Islam dan bukan Islam di seluruh dunia dalam meningkatkan pemahaman agama dan penghapusan diskriminasi terhadap wanita bertudung.
Malaysia pula sangat aktif dalam usaha ini kerana terdapat peserta orang Islam dan bukan Islam yang memakai tudung telah berkumpul di beberapa kompleks beli-belah.
Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, Malaysia juga mempunyai duta-duta yang bukan beragama Islam iaitu, Carol Lee, Mrs. Universe 2013 dan Felixia Yeap yang menyokong usaha ini.
Oleh itu, tindakan kerajaan Singapura mengugut dan menentang kumpulan WHD Singapura sangat mengecewakan kerana ini dengan jelas merupakan diskriminasi terhadap orang Islam yang bertudung dan usaha-usaha untuk menyebarkan pemahaman agama sesama walaupun kita tinggal di dalam komuniti yang pelbagai.

NIK NAZMI NIK AHMAD
TIMBALAN SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SERI SETIA

Lantikan bagi jentera PRK DUN Kajang

SaifuddinDemi menghadapi Pilihanraya Kecil DUN Kajang yang akan diadakan tidak lama lagi, KEADILAN telah membuat beberapa lantikan khusus untuk memastikan kelancaran gerak kerja jentera pilihanraya.

Maka dengan itu saya mengesahkan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya,

YB Zuraida Kamaruddin dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pilihanraya,

Tn Hj Borhan Aman Shah yang merupakan Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Negeri dilantik sebagai Pengarah Operasi Pilihanraya.

InshaAllah dengan ini jentera pilihanraya KEADILAN akan dapat bergerak dengan berkesan demi membawa kemenangan kepada parti, Pakatan Rakyat, dan rakyat Malaysia.

Datuk Saifuddin Nasution
Setiausaha Agung KEADILAN

Why Kajang? - Anwar delivers long-awaited explanation

Khalid Kekal Bangunkan Ekonomi Selangor

Pemuda PAS bantu PKR di Kajang

Anwar soal KJ: Kamu pakai jersi MU, kamu orang Manchester ke?

Kalau lawan Chong Wei Anwar mengaku kalah...

PRK Dun Kajang: Kehadiran Anwar elak BN guna darurat rampas Selangor, kata Rafizi


PKR tidak mahu Selangor dirampas menerusi pengisytiharan darurat oleh Barisan Nasional, kata Rafizi Ramli. Gambar fail.PKR tidak mahu Selangor dirampas menerusi pengisytiharan darurat oleh Barisan Nasional, kata Rafizi Ramli. Gambar fail.Kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Selangor penting bagi menghalang Barisan Nasional (BN) menjadikan situasi darurat sebagai alasan merampas negeri termaju itu, kata PKR.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata Umno dan BN pernah menggunakan pendekatan berkenaan pada 1977 di Kelantan apabila mengisytiharkan darurat dan merampas kuasa kerajaan negeri daripada PAS.
“Kita tidak menolak kemungkinan bagaimana isu kaum dan agama dimainkan. Dahulu, Umno pernah melakukannya di Kelantan. Umno menggunakan kuasa darurat bagi menggantung pentadbiran kerajaan negeri. Ia pernah berlaku sebelum ini.
“Jika isu agama di Selangor berterusan dengan demonstrasi di sana sini setiap minggu terhadap agama lain dan kenyataan sensitif dikeluarkan, ia memberikan pelbagai kemungkinan kepada Umno Selangor dengan menggunakan isu di negeri itu untuk campur tangan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

PKR desak kuasa pertuduhan diberikan kepada SPRM


Kuasa membuat pertuduhan perlu diberi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail.Kuasa membuat pertuduhan perlu diberi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail.PKR hari ini mendesak kuasa pertuduhan dalam kes rasuah diberikan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan pendakwaan terpilih tidak berlaku sekaligus mampu mengheret pihak yang didapati bersalah ke muka pengadilan, kata Rafizi Ramli.
Pengarah strategi PKR itu merujuk kepada pegawai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang masih gagal dibawa ke mahkamah meskipun SPRM mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa pihak berkenaan.
“Dengan kuasa pendakwaan berasingan, perkara asas dapat dikembalikan. Selain memperkukuh undang-undang anti rasuah sedia ada, kita perlu meminda Perlembagaan agar kuasa pendakwaan diberikan kepada SPRM.
“Ini satu kes yang cukup jelas walaupun SPRM yakin dengan kes siasatannya sehingga mereka membuat pengumuman terus dua suspek ini akan didakwa di mahkamah pada keesokan harinya tetapi apabila kuasa mendakwa berada di tangan peguam negara, perkara sama berulang,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Tidak iktiraf CEC: DAP heret RoS ke mahkamah


DAP akan heret Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ke mahkamah, kata Setiausaha Agung DAP, Lim GUan Eng. Gambar fail.DAP akan heret Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ke mahkamah, kata Setiausaha Agung DAP, Lim GUan Eng. Gambar fail.DAP hari ini mendedahkan akan mengheret Jabatan Pendaftaran Pertubuhan( RoS) ke mahkamah berikutan keengganan badan itu mengiktiraf pelantikan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang diadakan dalam kongres khas September tahun lalu.
Parti itu memfailkan permohonan semakan kehakiman dua minggu lalu dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 11 Mac bagi sesi pendengaran permohonan parti untuk mendapatkan kebenaran.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang dinamakan sebagai pemohon mahu mahkamah mengeluarkan perintah membatalkan keputusan RoS dan mengisytiharkan pelaksanaan badan itu adalah tidak sah serta tidak mempunyai kesan undang-undang ke atas parti berkenaan.
Lim dalam afidavit bagi sokongan semakan kehakiman menyatakan keputusan untuk tidak mengiktiraf CEC merupakan di luar kuasa undang-undang malah ia juga perbuatan yang  tidak masuk akal dan dilakukan dengan niat jahat.
Beliau mendakwa RoS bertindak di luar bidang kuasa mengikut Akta Pertubuhan 1966 apabila nekad untuk tidak mengiktiraf CEC.
"Keputusan RoS itu tidak sah dan tiada kesan undang-undang kerana tidak tertakluk dalam mana-mana perundangan bagi menahan pengiktirafan," katanya.
Afidavit itu juga ditunjukkan oleh Lim kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata, RoS juga tidak pernah memaklumkan kepada DAP mengenai sebarang pertikaian yang timbul daripada kongres khas itu.

BTN didakwa burukkan pemimpin TURUN

Aktivis Mohd Azan Safar mendakwa diburuk-burukkan oleh Biro Tata Negara (BTN) ekoran penglibatnanya dalam Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN).

Graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu mendakwa, pegawai BTN memaparkan gambarnya dalam sesi taklimat kepada pemegang biasiswa MARA sejak Disember lalu.

Azan, 25, juga berkata, kumpulan itu juga dimaklumkan supaya tidak terlibat dalam protes terhadap kerajaan.

“Mereka beritahu (pelajar) bahawa saya menyertai demonstrasi dan saya tidak berterima kasih terhadap kerajaan sama sekali,” katanya.

“Ini cerita yang tidak masuk akal... kita semua tahun kursus BTN sebenarnya tentang membasuh otak dan kandungannya selalu pelik...”

PRK Dun Kajang; Kenyataan Abdul Hadi, kebijaksanaan seorang presiden

Kebimbangan akan ada pemboikotan oleh sesetengah pihak dari rakan PKR terhadap piliihan raya kecil Kajang tidak berbangkit dan perlu dibimbangi lagi, apabila PAS rakan kongsi PKR malam tadi telah memutuskan akan menyokong pilihan raya tersebut. Kenyataan ini memberi terjemahan jelas, bahawa PAS akan sokong Anwar Ibrahim bertanding di dalam pilihan raya berkenaan dan juga sokong kalau dilantik menjadi MB Selangor.

Perkara ini dijelaskan oleh presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan selepas bermesyuarat. Dr Mohd Hatta Ramli akan dihantar oleh PAS untuk menjadi kepala menggerakkan pilihan raya itu dan menjamin kemenangan Anwar.

Bagaimana pun penjelasan Abdul Hadi itu tentu tidak akan memuaskan hati sesetengah pihak khasnya dari kalangan PKR apabila beliau menyebut, soal perlantikan MB tidak berbangkit. Ertinya PAS tidak menyatakan persetujuan secara langsung mereka kalau Aanwar diangkat menjadi MB.

 Sebenarnya hal ini tidak menjadi masalah. Sememanglah bagi Abdul Hadi beliau tidak perlu membincangkan soal menteri besar. Pertamanya, kerana yang penting ditumpukan kepada pilihan raya itu dulu, sebab kerusi Dun Kajang sudah dikosongkan ertinya pilihan raya pasti diadakan.

Adapun soal MB Selangor memang tidak berbangkit. Kedua, Khalid Ibrahim pun masih belum melepaskan jawatan itu. Khalid masih lagi menjadi MB. Sebagai presiden dan seorang berhemat adalah tidak wajar kalau Abdul Hadi bercakap soal pesakara (MB) sedangkan penjawatnya masih hidup. Mana boleh hendak kebumnyikan orang yang sedang koma?

Anwar ‘mengaku kalah’ jika lawan Lee Chong Wei....!!

KAJANG, 4 FEB: Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘mengaku kalah’ jika jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bertanding dalam pertandingan badminton menentang beliau.
Anwar menegaskan tidak akan menarik diri atau mengaku kalah dalam pertembungan pilihan raya sebagai menjawab tomahan dan cadangan dikemukakan pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya jaguh badminton itu diletakkan sebagai calon menentang beliau.
Ketua Pembangkang itu berkata, beliau adalah antara peminat Chong Wei dalam sukan badminton dan percaya pemain nombor satu dunia itu akan membuat pertimbangan bijak.
“Saya kebetulan minat Chong Wei dan mengaku kalah dalam badminton. Dalam politik beliau ada keyakinan dan saya yakin Chong Wei akan mendoakan kalau saya bertanding,” katanya ketika berucap di Taman Mesra, di sini, semalam.

PRK Dun Kajang: PAS ikrar bantu PKR, jawatan MB tak berbangkit

Khas PRK Dun Kajang

PRK Dun Kajang: BN tidak akan beri laluan mudah kepada Pakatan Rakyat

Analisis AWANI: Masa depan politik Sarawak

Umno@BN Perintah: Sampai Kiamat Pun Sistem Pilihanraya Tidak Akan Berubah

GST Cukai Zalim Dikutip 24 Jam sehari 7 Hari Seminggu



Majlis bersama pemimpin masyarakat Hulu Langat

Anwar: I can never take voters for granted

HARAM TAYANGAN: FILEM BANGLASIA JADI KETAKUTAN MELAMPAU!!




Filem arahan pengarah kontroversi, Namewee "Banglasia" yang sepatutnya ditayangkan di seluruh negara pada 30 Januari lalu telah diharamkan tayanganya di Malaysia selepas dikecam hebat oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) dan Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) ketika proses kelulusan filem.

Filem arahan pengarah kontroversi, Namewee "Banglasia", filem banglasia diharamkan di malaysia, filem Namewee, kontroversi,

"Filem "Banglasia" dikecam hebat oleh LPS dan KDN, malah kami telah diberikan sebanyak 31 catatan rasmi dan sekaligus diarahkan untuk membuat penggambaran semula.

"Ternyata kami sama sekali tidak mampu untuk melakukan penggambaran semula kerana kesemua 31 catatan yang dikeluarkan oleh LPF adalah 90% dari filem tersebut," ujar Namewee dalam satu kenyataanya di laman Facebook miliknya.

Kempen Lucah: Ahmad Maslan Kena Tibai Setiap Penjuru, Dalam Islam Beliau Perlu Dikenakan Hukuman Sebat!


SPR selar Ahmad Maslan mahu jadikan isu Liwat II bahan kempen di Kajang

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menyelar kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang mahu membabitkan kes rayuan Liwat II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan video seks seorang lelaki menyerupainya sebagai modal kempen Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang tidak lama lagi.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, yang menganggap perbuatan itu menyalahi peraturan pilihan raya, berkata SPR akan memantau tempoh berkempen selain meminta tiada sebarang unsur provokasi dilakukan sepanjang tempoh itu.

“Perkara itu belum pun lagi berlaku tetapi kita ada peraturan. Fitnah, pembohongan, memalukan dan mengaibkan tidak dibenarkan. Kita akan pantau.

“Perkara ini saya lihat lebih kepada serangan peribadi dan ia tidak dibenarkan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata pengundi di Kajang perlu diingatkan bahawa calon PKR adalah seorang yang dibebani kes mahkamah yang belum selesai.

Katanya, Anwar tidak boleh menghalang sesiapa jua yang mahu menggunakan kontroversi berkenaan sebagai modal berkempen kerana kes liwat pemimpin pembangkang itu belum selesai.

“Persepsi terhadap beliau masih ada tentunya sebab dia belum disahkan Mahkamah Rayuan dan selepas itu belum lagi disahkan di Mahkamah Persekutuan.

"Jadi, dia tak boleh menghalang sesiapa untuk bercerita bahawa dia adalah seorang yang masih lagi mempunyai kes di mahkamah,” katanya dilapor Malaysiakini.

Ahmad menyeru jentera pilihan raya Umno melipat gandakan usaha bagi mendedahkan wajah sebenar Anwar.

"Kes video belum selesai, kes liwat belum selesai. Jadi, lepas itu pergi ke masjid, orang masjid pun dengar, orang masjid pun fikir, dia ini dah lepas. Tak betul. Dia ini belum lepas. Saya sebut ini tentang fakta.

"Masuklah dalam Malaysiakini, The Malaysian Insider ke, kalau nak highlight apa yang saya sebut ini benar,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Zalim manipulasi harga barangan

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM
KENAIKAN harga bahan api, kadar tol (belum berkuat kuasa) dan sebagainya yang diumumkan oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak memeranjatkan banyak pihak.
Bukan sahaja golongan berpendapatan rendah, malah golongan berada juga terasa kesannya kerana ia membabitkan kecelaruan perancangan ekonomi jangka panjang dan apa yang lebih memeranjatkan PM ‘terpana’ dengan penurunan harga kangkung.

Islam amat pandang serius tindakan menaikkan harga barangan keperluan asas seperti minyak (bahan api), elektrik dan air. Ini kerana ia dianggap menzalimi dan membebankan rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kenaikan itu mungkin akan bertambah dari semasa ke semasa dengan laporan media sejak akhir-akhir ini yang sering dan cenderung untuk menguar-uarkan kononnya perbezaan harga pasaran minyak dunia melibatkan negara yang dikatakan jauh lebih murah daripada negara-negara lain.
Tidak cukup dengan itu, kerajaan juga dilaporkan menaikkan tarif elektrik dan mungkin disusuli dengan kenaikan barangan lain. Masalah di sini ialah rakyat dihimpit dengan pelbagai kesukaran bagaikan mereka hidup dalam sebuah negara kapitalis yang banyak bergantung kepada bantuan subsidi kerajaan yang memerintah.
Kerajaan juga memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang tidak dapat diterima umum terutama dalam kalangan pakar ekonomi negara hingga mengheret Profesor Diraja, Pak Ungku Aziz untuk bercakap mengenainya. Ini menunjukkan betapa kritikalnya kerajaan sedia ada pada hari ini, justeru yang berkuasa beriaia mempertahankan kuasa dengan cara yang tidak bersifat kejantanan dalam pilihan raya lalu.
Cuba kita imbas kembali sekali lalu peristiwa ‘black out’ pada malam kiraan undi tibatiba berlaku, sedangkan lima tahun sebelum itu tidak pernah pula berlaku elektrik terputus walau sekali, apakah makna semua itu?
Dan mengapa ahli-ahli Parlimen berbangsa Cina enggan untuk memegang sebarang jawatan dalam kerajaan walaupun ada yang menang, sebab mereka beranggapan kemenangan mereka tidak bermaruah. Ia sekadar tambahan maklumat yang mungkin tiada kaitan dengan kenaikan harga barangan.
Apakah semua rakyat bersetuju dengan GST yang diperkenalkan kerajaan BN?
Penulis berjiran dengan individuindividu yang berkiblatkan Umno sejak sekian lama, mereka mula bersuara dan menampakkan bantahan cara mereka.