Isnin, 3 Februari 2014

Ketandusan ketelusan & demokrasi dalam PKR.!!

Nathaniel Tan

Isu Kajang merupakan titik perubahan untuk saya. Saya tidak mampu lagi mempertahankan perkara yang tidak boleh dipertahankan.

Perubahan pendirian sering kali dikaitkan dengan habuan. Saya berpendapat syak wasangka seperti ini biasanya memang wajar.

Selepas penulisan saya sebelum ini, beberapa orang bertanya mengenai untung yang saya perolehi ketika bekerja dengan kerajaan Selangor.

Dalam 3 tahun saya bekerja di sana, saya tidak kekurangan, dan pendapatan saya lebih kurang sama dengan rakan-rakan sekolah saya. Pertengahan tahun lepas, saya diberitahu perkhidmatan saya sudah tidak diperlukan.

Bekas majikan saya tidak memberitahu sebab-sebab perkhidmatan saya ditamatkan, dan saya juga tidak bertanya. Hari terakhir kerja saya adalah sekitar November 2013, dan saya tiada urusan dengan kerajaan Selangor sejak itu.

Sesiapa yang ingin melobi untuk kerja di kerajaan Selangor, saya cadangkan untuk bodek geng Anwar, bukan geng Khalid. Pada waktu ini, bodek Khalid tiada manfaatnya. Berdasarkan pengalaman saya, bodek Khalid pada bila-bila masa pun tiada manfaatnya.

Kebelakangan ini, muncul perkataan-perkataan seperti ‘taktik’, ‘strategi’, ‘Mahathirsime’, ‘ketegangan kaum dan agama’, ‘menguatkan Pakatan Rakyat’, dan sebagainya.

Saya akan menghuraikan perkara ini nanti, tetapi saya rasa isu yang paling penting tidak termaktub dalam senarai di atas.

Politik PKR diselubungi kegelapan

Pada hemah saya, masalah sebenarnya adalah pendekatan Anwar dan geng beliau dalam memimpin PKR, yang semakin ketandusan ketelusan, kebertanggungjawaban, dan prinsip-prinsip demokrasi.

Kita tanyakan soalan mudah: Bagaimanakah keputusan untuk melaksanakan pelan Kajang diputuskan?

Saya tidak tahu, anda?

Ramai yang buat spekulasi (termasuk saya), ramai yang menuduh ini dan itu, tetapi hakikatnya: tiada sesiapa di luar lingkaran (‘inner circle’) Anwar sendiri yang tahu.

Dalam PKR wujudnya Majlis Pimpinan Pusat yang terdiri daripada mereka yang kebanyakannya diundi secara demokratik, dan sebuah biro politik yang lebih kecil. Boleh kita katakan secara pasti bahawa semua anggota dua badan ini diberi peluang untuk memberi pandangan? Apakah wujudnya minit mesyuarat yang kita boleh rujuk?

Selain PKR, wujudnya pemimpin-pemimpin PAS dan DAP, serta anggota-anggota Dewan Negeri Selangor - semuanya yang dilantik secara demokratik sebagai wakil ahli-ahli parti serta rakyat. Beberapa antara mereka dirujuk dalam proses membuat keputusan besar ini yang melibatkan ketua kerajaan Selangor?

PRK Dun Kajang: Menuntut kebijaksanaan rakyat

Muhammad Irsyad Khir Jamaludin

Perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh  pada 27 Januari 2014 sekali lagi mengheret rakyat untuk menyaksikan peperangan pakatan pembangkang dan kerajaan dalam  pilihan raya kecil tatkala tahun 2014 membuka tirainya.
Sepanjang tempoh pilihan raya umum 13, 5 Mei yang lalu sehinggalah hari ini, terdapat dua pilihan raya kecil diadakan.
Pilihan raya kecil pertama diadakan di Dun Kuala Besut dan yang kedua di Dun Sungai Limau.
Kedua-dua pilihan raya kecil ini terpaksa diadakan atas sebab yang sama iaitu kematian Adun yang menyandang kawasan tersebut.
Berbeza pula halnya dengan Dun Kajang.
Tanpa sebab yang munasabah, Lee Chin Cheh telah meletakkan jawatan sebagai Adun di Dun Kajang.
Terdapat ura-ura yang  menyatakan bahawa perletakan jawatan tersebut bertujuan untuk memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim untuk bertanding di kawasan tersebut, sekaligus mengambil alih tugas Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Ada juga yang mengatakan bahawa Anwar akan bertanding di Kajang untuk mengekang kemaraan Azmin Ali yang sememangnya sudah lama telah mengidamkan jawatan Menteri Besar Selangor.
Apa pun alasannya, satu perkara yang perlu kita fikirkan, berdasarkan tindakan meletakkan jawatan tersebut, adakah kepentingan parti atau kepentingan rakyat yang didahulukan oleh PKR?
Sejurus selepas PRU13, apabila diumumkan Barisan Nasional memenangi PRU 13 dan memiliki mandat yang mencukupi, maka Anwar telah memobilisasikan rakyat Malaysia dengan mengadakan road show himpunan Black Out sebagai tanda protes kepada kekalahan Pakatan Rakyat.
Dalam siri himpunan blackout yang bermula di Kelana Jaya dan berakhir di padang timur Amcorp Mall, ucapan keramat Anwar dilihat mengandungi mesej yang sama, iaitu membela nasib rakyat, menjaga kepentingan rakyat dan mendengar suara rakyat.
Oleh itu, Anwar dilihat bagaikan seorang wira sanjungan yang paling agung bagi rakyat Malaysia pada waktu itu.
Adakah ucapan Anwar ini boleh dipercayai dan jujur dari hati yang ikhlas sebagai seorang pejuang rakyat?
Atau pun sekadar retorik yang menyihirkan rakyat supaya menyokong beliau untuk merealisasikan hasrat 'terbantut' untuk menjadi Perdana Menteri dan terus melawan kerajaan BN pimpinan Dato Najib?
Pada pengamatan saya, mengosongkan Dun Kajang secara tiba-tiba sewaktu pertelingkahan antara Khalid dan Azmin mencapai kemuncaknya memperlihatkan pemimpin PKR tidak mementingkan amanah dan mandat yang diberikan oleh rakyat.
Tambahan pula, tempoh perkhidmatan Adun tersebut belum mencecah setahun. Amanah dan kepercayaan rakyat dilihat bagaikan lampin pakai buang.
Krisis Azmin Ali dan Khalid Ibrahim bukanlah suatu isu yang baru.
Perang dingin yang tercetus antara kedua-dua pemimpin kanan PKR ini sudah pun bermula sebelum PRU 13 iaitu sekitar tahun 2011 apabila Khalid Ibrahim menemui kamera video tersembunyi di pejabat beliau dan dipercayai bahawa orang-orang dari kem Azmin Ali yang mendalangi perbuatan tersebut.
Tidak lama selepas itu, ralaman video 'aiskrim' Azmin Ali pula telah tersebar ke ruangan maya dan menghangatkan pentas politik Malaysia buat seketika.
Menurut bekas Ketua Pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim, kamera litar tertutup yang merakamkan gambar panas Timbalan Presiden PKR itu telah dipasang oleh pihak tertentu dalam kerajaan negeri Selangor sendiri.
Kem Azmin Ali mengesyaki bahawa dalang di sebalik penyebaran video ini berpunca daripada Khalid Ibrahim.

Umno tak mampu lagi fahami humor politik

Kenyataan menteri Umno serta konco-konco Umno yang memutarbelitkan isi kandungan klip video Tahun Baru Cina “One-derful Malaysia” menunjukkan kebankrapan modal politik Umno.

Kenyataan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menteri kemajuan luar bandar dan Wilayah; Pemuda Umno Wilayah Persekutuan dan para NGO pro-Umno yang memutarbelitkan isi kandungan klip video Tahun Baru Cina “Onederful Malaysia” menunjukkan kebankrapan idea dan modal politik Umno-BN.

Mereka sudah tidak mampu lagi menikmati atau memahami humor politik, sebaliknya cuba membangkitkan isu perkauman atas klip video satira politik (political satire) untuk menutup kegagalan mentadbir negara.

Di sini saya ingin menjawab beberapa tuduhan serta hujah palsu yang mereka lemparkan terhadap klip video tersebut:

Tak sebut insiden Lahad Datu

Klip video “Onederful Malaysia” menyentuh tentang isu keselamatan di Sabah. Dialog pelakon yang memegang watak guru Feng Shui dalam klip video itu hanya sebut tentang kejadian menembak dan penculikan di Sabah tanpa menyentuh tentang peristiwa Lahad Datu.

Malah tiada apa-apa dialog yang mengejek atau merendahkan prestasi tentera kita yang mempertahankan negara dalam peristiwa Lahad Datu.

Peristiwa di mana seorang pelancong Taiwan ditembak mati manakala isterinya diculik oleh lanun di kawasan perairan Sabah pada tahun lepas memang dirujuk dalam klip video tersebut. Ia adalah kejadian benar berlaku yang diketahui seluruh dunia.

Tuduhan Shafie terhadap saya menunjukkan beliau ingin memainkan isu perkauman dengan membangkitkan kemarahan tentera terhadap saya.

Selain itu, ini juga menunjukkan bahawa beliau tidak peduli masalah keselamatan yang dibimbangi oleh rakyat Sabah dan para pelancong dari seluruh dunia.

Respons beliau adalah amat tidak bertanggungjawab bagi seorang menteri persekutuan yang berasal dari Sabah.

Tiada nama pemimpin negara disebut

Adakah Najib, Anwar boleh jaga akidah rakyat?

Anwar Ibrahim dan Najib Razak
PEMIMPIN negara bukan hanya dipertanggungjawabkan untuk menjaga perut, keselesaan, keselamatan rakyat mahupun mengejar kemajuan dunia semata-mata.

Begitu juga pemimpin pembangkang, bukan sekadar ditugaskan untuk membangkang semua perkara yang bersesuaian dengan namaya sebagai ‘pembangkang’, manakala ‘cendiakawan’ solo atau penceramah solo bukan juga bertindak untuk mengeluarkan pendapat ilmiah minda solo mereka sahaja.

Dalam hal ini, pemimpin negara, pembangkang, cendiakawan mesti berfikir dan sentiasa mengambil pendirian untuk menjaga akidah umat Islam di samping membenteng segala perkara yang boleh melemahkan pegangan umat Islam.

Ada pemimpin berkata, “Saya dulu bertahun-tahun bersekolah di sekolah missionari Kristian, bergaul, berkongsi raya, tidak pernah sekalipun terjejas iman.”

Adakah mereka memikirkan bahawa hal akidah bukan kewajipan mereka dan sebagai rakyat ianya perlu ditanggung sendiri?

Adakah mereka tidak memahami konsep maqasid syarak yang pertama iaitu menjaga deen Islam? Mereka yang saya maksudkan antaranya ialah DS Najib, DS Anwar Ibrahim, YB Khairy Jamaludin, Nurul Izzah dan lain-lain.

Keadaan menjadi lebih buruk dan rumit apabila terdapat para ‘cendiakawan @ ulama’ bersifat ‘ solo’ yang sepatutnya memimpin umat Islam dengan ilmu pula mengajar rakyat dengan memakai fikrah fahaman liberal yang sifatnya asing dan mengelirukan, terpisah daripada konteks gerakan pembangunan dan taghir (perubahan) masyarakat Islam.

‘Ulama’ ini membuat rakyat umum menjadi bertambah liberal dan sekali gus dalam masa yang sama dia menjadi popular, dipuji musuh dan mendapat liputan media liberal.

Rosmah kata dia akan jumpa Raja Sweden untuk selamatkan anak-anak pasangan Malaysia itu..

Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, memperlihatkan wajah seorang ibu apabila menyatakan kesanggupan untuk pergi ke Sweden bagi membawa pulang anak-anak pasangan Malaysia, Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal yang ditahan di negara itu.

Keprihatinan itu dinyatakan Rosmah dalam sidang akhbar ketika menyambut kepulangan anak-anak pasangan terbabit iaitu Aishah, 14, dan adik-adiknya Ammar, 12; Adam, 11; dan Arif, 7; di kediamannya di Taman Duta di sini hari ini.

"Saya terfikir juga kalau mereka tidak boleh dibawa balik saya akan ke Sweden untuk mengadap Raja dan Permaisuri Sweden meminta bantuan kerana saya mengenali mereka.

"Mereka juga seorang ibu dan bapa yang sangat prihatin kepada anak-anak dan rakyat. Tapi alhamdulilah, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin telahpun berjaya membawa kanak-kanak ini balik," kata Rosmah yang gembira dengan kepulangan adik-beradik tersebut.

Peguam Negara perlu jelaskan mengapa 2 bekas pegawai menteri tidak didakwa, kata SPRM


Pejabat Peguam Negara perlu memberikan penjelasan mengapa dua bekas pegawai kepada menteri kabinet tidak didakwa di mahkamah, walaupun telah diumumkan akan didakwa kerana salah laku oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pengerusi panel penasihat konsultasi dan pencegahan rasuah SPRM, Datuk Johan Jaaffar berkata, mereka bimbang dengan spekulasi mengenai kejadian ini, kerana badan pencegah rasuah itu mengumumkan kepada media sebelum ini bahawa bekas pegawai itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
"Sebagai panel bebas, kami bimbang dengan perkembangan ini, kerana ia boleh menghasilkan spekulasi yang bukan-bukan di kalangan orang ramai, atau spekulasi bahawa ada campur tangan," kata Johan dalam satu kenyataannya kepada Bernama hari ini.
"Panel ini merasakan, demi kepentingan ketelusan, Pejabat Peguam Negara perlu memberikan penjelasan kepada orang ramai," katanya.
Katanya, panel itu sangat sedih dengan dengan spekulasi yang yang mengatakan ada campur tangan politik atau pendakwaan terpilih menyebabkan kelewatan ini, tetapi beliau yakin ia bukan yang sebenarnya.

Panel 11 anggota itu menentang sekeras-kerasnya campur tangan, politik atau pihak-pihak lain, dalam usaha SPRM memerangi rasuah, kerana ia akan menyebabkan keyakinan kepada SPRM dan Pejabat Peguam Negara terhakis, apatah lagi kepada kerajaan itu sendiri.
The Malaysian Insider hari ini melaporkan, spekulasi semakin memuncak menyatakan wujud campur tangan politik atau pendakwaan terpilih yang menyebabkan tuduhan terhadap bekas setiausaha politik Umno lewat dijalankan selepas ditangkap Isnin lalu berikutan penyalahgunaan RM1.1 juta daripada tiga yayasan.

Khalid penting dalam pentadbiran Selangor selepas PRK Kajang, kata Anwar


Anwar dijadualkan akan memberikan penjelasan lanjut berhubung tindakan beliau bertanding di kerusi berkenaan kepada pengundi Kajang malam ini. – Gambar The Malaysian Insider, 3 Februari, 2014. 
Anwar dijadualkan akan memberikan penjelasan lanjut berhubung tindakan beliau bertanding di kerusi berkenaan kepada pengundi Kajang malam ini. – Gambar The Malaysian Insider, 3 Februari, 2014.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi bayangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal dalam pasukan pentadbir negeri berkenaan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Calon PKR bagi kerusi DUN Kajang itu ketika ditemui The Malaysian Insider di pejabatnya di Petaling Jaya bagaimanapun berkata, butiran lanjut berkenaan kedudukan Abdul Khalid hanya akan dibincangkan selepas Pakatan Rakyat (PR) memenangi kerusi berkenaan.
"(Kedudukan Abdul Khalid), kita akan uruskan selepas PRK.
"Peranan (Abdul) Khalid penting berdasarkan rekod kejayaan beliau.
"Sama ada kedudukannya sama atau berbeza, saya merasakan beliau perlu memainkan peranan untuk membantu Selangor," kata Ketua Umum PKR itu kepada The Malaysian Insider.
Ditanya sama ada Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Abdul Khalid, dan dirinya adalah satu 'bayangan pasukan' yang akan mentadbir negeri terkaya di Malaysia selepas selesai PRK Kajang, Anwar menegaskan sokongan kesemua pemimpin PKR itu perlu dalam pentadbiran Selangor.
"Anwar harus menang DUN Kajang dulu ... saya perlukan sokongan mereka," katanya.

PRK Dun Kajang: UMCEDEL ramal Anwar menang besar

SHAH ALAM: Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) menjangkakan Calon Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu memperolehi majoriti yang lebih besar berbanding PRU-13 lepas.
Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman (gambar), berkata isu dalaman yang berlaku dalam PKR tidak akan mempengaruhi undi kepada Ketua Umum PKR itu.
Katanya, kehadiran pemimpin itu sebagai calon di DUN Kajang adalah penyelesaian kemelut isu terbabit.

“Isu krisis dalaman parti itu tidak memberi kesan kepada pengundi di Kajang, malah beliau akan menang dengan majoriti yang besar.
“Mengikut kajian sejak 1999, pilihanraya adalah perkara yang ditunggu rakyat, tidak ada soal tidak suka atau sebaliknya,” katanya memetik laporan Umdecel.
Dalam laporan itu juga memaklumkan, isu dalaman PKR perlu diselesaikan segera sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Beliau berkata tindakan terbabit juga membabitkan Putrajaya, sehubungan itu wajar meletakkan Anwar di DUN Kajang untuk menyelesaikan kemelut yang akan mencetuskan pelbagai masalah di negeri itu masa depan.

PRK Dun Kajang: “Lanjutkan fitnah, Ahmad Maslan tak tahu hukum qazaf?

KUALA LUMPUR 3 FEB: Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan diingatkan tentang undang-undang syariah mengenai hukuman qazaf sebelum mengeluarkan kenyataan menuduh seseorang melakukan zina.
Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, Umno begitu terdesak sehingga terpaksa menggunakan kes Fitnah II sebagai modal kempen BN dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang.
“Hukum tuduhan zina dan liwat jatuh dalam hukum qazaf (tuduhan zina). Jadi sepatutnya mereka ini dijatuhkan hukuman sebat.
“Tak sampai ke mana pun kalau itu (cara) kempen dibuat. Niat Ketua penerangan Umno tu sendiri sudah tidak ikhlas dengan Islam,” kata Muhammad ketika dihubungi Keadilandaily.
Tambah Muhammad, tuduhan itu memperlihatkan parti itu terus mempermain hukum Allah semata-mata ingin memenangi pilihan raya kecil DUN Kajang.
Semalam, Ketua Penerangan UMNO itu berkata, video lucah seorang lelaki menyerupai Anwar dijangka menjadi modal kempen BN dalam PRK kali ini.
“Sehingga hari in Umno terus permain hukum Allah. Saya yakin rakyat kini lebih tahu menilai dan akan membuat keputusan dengan lebih bijak dan rasional.
“Rakyat sendiri boleh mendapatkan hujahan daripada Datuk Seri Anwar sendiri atau mana-mana pimpinan KEADILAN dalam kempen nanti,” ujarnya.

PRK Dun Kajang: BN tidak akan beri laluan mudah

Amalan biasa BN ialah menawarkan peluang kepada pengundi untuk memilih calon. 

BANGI: Barisan Nasional (BN) tidak akan memberi laluan mudah kepada mana-mana calon lawan dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang nanti, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata walaupun ada pihak memberikan pandangan supaya BN tidak payah bertanding andai PRK DUN Kajang diadakan, amalan biasa BN ialah menawarkan peluang kepada pengundi untuk memilih calon.
“Saya tak fikir kita (BN) nak bagi laluan mudah untuk pihak pembangkang bertanding sama ada (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim atau sesiapa sahaja (yang bertanding),” katanya dalam sidang media selepas membuat tinjauan mengejut harga barang di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, di sini hari ini.
Beliau berkata walaupun kerusi itu dimenangi calon PKR pada pilihan raya umum lalu, namun pengundi kawasan itu diberikan pilihan sekali lagi untuk memilih wakil rakyat mereka.
Kerusi DUN Kajang kosong selepas anggota DUN itu Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas, dan pakatan pembangkang menamakan Anwar yang juga Penasihat PKR sebagai calon mereka jika pilihan raya kecil diadakan.
Mengenai calon BN, Muhyiddin berkata ia akan diputuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi BN dengan mendapat pandangan daripada pemimpin parti komponen BN selepas pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PRK DUN KAJANG: SPR SELAR KENYATAAN BANGANG KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA MAU GUNAKAN ISU SEKS

Beritahu satu dunia ijazah sarjana CGPA 3.85 tapi bila berkata lebih bangang dari bahalol .. Jangan kata rakyat meluat .. Pengerusi SPR pun menyampah .. dah macam tak de modal lain untuk berkempen.

Malang sungguh UMNO dipenuhi dengan pemimpin-pemimpin gred kangkung.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menyelar kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang mahu membabitkan kes rayuan Liwat II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan video seks seorang lelaki menyerupainya sebagai modal kempen Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang tidak lama lagi.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, yang menganggap perbuatan itu menyalahi peraturan pilihan raya, berkata SPR akan memantau tempoh berkempen selain meminta tiada sebarang unsur provokasi dilakukan sepanjang tempoh itu.

“Perkara itu belum pun lagi berlaku tetapi kita ada peraturan. Fitnah, pembohongan, memalukan dan mengaibkan tidak dibenarkan. Kita akan pantau.

“Perkara ini saya lihat lebih kepada serangan peribadi dan ia tidak dibenarkan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata pengundi di Kajang perlu diingatkan bahawa calon PKR adalah seorang yang dibebani kes mahkamah yang belum selesai.

Katanya, Anwar tidak boleh menghalang sesiapa jua yang mahu menggunakan kontroversi berkenaan sebagai modal berkempen kerana kes liwat pemimpin pembangkang itu belum selesai.

PRK Dun Kajang: Anwar jamin Pakatan amal politik bersih, tidak kritik peribadi

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan, parti berkenaan tidak akan menggunakan sentimen peribadi ketika berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, sebaliknya akan fokus kepada isu kebajikan penduduk.
Ketua Pembangkang itu menegaskan, tindakan parti lawan dari Barisan Nasional (BN) menggunakan isu peribadi beliau bukanlah perkara baru, kerana ia berlarutan sejak 1998 apabila beliau dipecat daripada kerajaan.
"Ia bukan perkara baru. Sejak 1998, mereka serang saya menggunakan isu ini," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Perkara sama digunakan setiap kali berlakunya PRK, jadi kenapa perlu saya rasa tertekan. Mana ustaz Umno? Mana etika Islam?" soal Anwar ketika ditemui di pejabatnya di Petaling Jaya hari ini.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan semalam dilaporkan berkata, parti itu akan menggunakan kes rayuan Liwat II dan video seks seorang lelaki menyerupai Anwar modal kempen mereka.
Anwar jelasnya tidak boleh menghalang sesiapa juga yang mahu menggunakan kontroversi berkenaan sebagai modal berkempen, kerana kes liwat pemimpin pembangkang itu belum selesai.
“Persepsi terhadap beliau masih ada tentunya kerana dia belum disahkan Mahkamah Rayuan dan selepas itu belum lagi disahkan di Mahkamah Persekutuan.
"Jadi, dia tidak boleh menghalang sesiapa untuk bercerita bahawa dia adalah seorang yang masih lagi mempunyai kes di mahkamah,”kata Ahmad.

Thai protesters vow larger rallies after poll

Anwar Ibrahim: Isu Persempadanan Kawasan Pilihanraya

Anwar dari Kajang ke Putrajaya - Part 2

ANWAR DARI KAJANG KE PUTRAJAYA- PART1

PRK Dun Kajang: Anwar yakin tak berlaku undi protes

Anwar yakin tak berlaku undi protes 
Anwar  berucap pada majlis perjumpaan bersama NGO Islam Kedah.
ALOR SETAR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin tidak berlaku undi protes terhadap dirinya, ekoran tindakan PKR mengosongkan kerusi Dun Kajang bagi membolehkan pilihan raya kecil (PRK) diadakan.

Menurutnya, siri penjelasan yang dibuat berterusan sejak Adun Kajang, Lee Chin Cheh melepaskan jawatannya itu 27 Januari lalu diyakini akan diterima baik oleh pengundi di Kajang.

“Kita akan perjelas kenapa tindakan itu diambil termasuk melalui kempen pilihan raya yang akan dibuat kelak. Jangan dengar ulasan pihak luar. Saya rasa tindakan itu munasabah, penjelasan lanjut akan saya buat esok (hari ini) seperti yang saya janjikan,” katanya, pada sidang media, selepas majlis perjumpaan dengan NGO Islam Kedah, semalam.

Menurutnya, parti itu yakin pada pengundi sedia ada yang memberi kemenangan kepada PKR pada PRU13 lalu, dan percaya undi protes bagi melahirkan rasa marah serta kecewa terhadap strategi PRK itu tidak menyebelahi pihak lawan.

“Saya ada terima pelbagai reaksi. Ada teguran membina dan juga mohon penjelasan kenapa pilih Kajang. Semua akan terjawab nanti. Kita ambil pendekatan buat penjelasan dan sudah mula menjelajah untuk itu,” katanya.

Anwar berkata, setakat ini, maklum balas yang didapati daripada siri penjelasan itu diterima baik semua pihak.

Rafizi, Ambiga, Dr Dzul, Tony Pua di ‘Forum Serampang Kajang’, Rabu ini

KUALA LUMPUR 3 FEB: ‘Forum Serampang Kajang’ akan diadalan di Ballroom, Hotel Empire, Subang pada hari Rabu, 5 Februari ini bermula jam 8.30 malam.
Forum_Seramnpang_KajangAntara panelis yang hadir ialah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dan Pengarah Penyelidikan Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.
Forum dikendalikan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.
Antara isu yang bakal disentuh dalam forum kali ini ialah rasional pengosongan kerusi N25 Dewan Undangan Negeri Kajang dan peletakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat di kerusi tersebut.

PRK Dun Kajang: Liow kena contohi kejantanan Lee San Choon kata Zaharin

Lee San Choon sanggup turun bertanding di parlimen Seremban pada tahun 1982 menentang Pengerusi DAP, Chan Man Hin. 

PETALING JAYA: Bekas calon majlis tertinggi Umno 2013, Zaharin Mohd Yasin berkata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai patut mencontohi keberanian bekas Presidennya, Datuk Lee San Choon.
Katanya, Lee San Choon sanggup turun bertanding di parlimen Seremban pada tahun 1982 menentang Pengerusi DAP, Chan Man Hin.
“Kenapa Liow tidak sejantan Lee San Choon?” soal beliau dalam Facebooknya.
Beliau yang juga blogger Sang Kelembai berkata MCA tak perlu meletakkan jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei dalam PRK Kajang.
“Bacalah sejarah pemain bola sepak, Soh Chin Aun bertanding di Kota Melaka, orang-orang Cina bukan ambil peduli. Mereka tetap pilih DAP,” katanya.
Zaharin mendakwa semua calon-calon MCA menang di kawasan Melayu

‘Umno-friendly officers undermining Khalid’

Umno-friendly officers are sabotaging the policies of local councils and Selangor state government. 

PETALING JAYA: Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim has failed to reform or take action against the officers of the state secretariat, local councils and government-linked companies who are Umno loyalists trying to sabotage the state government, said PKR and PAS leaders.
The two leaders told FMT that when PAS, PKR and DAP councillors proposed people-friendly policies, there were top officers who would ignore the proposal or would not implement the policies effectively.
The PAS leader said this was a form of sabotaging the state government and the officers had no respect for local councillors.
“We are not suggesting Khalid to witch hunt Umno-friendly officers but he must be stern and make sure these officers follow the policies adopted by the state government and implement it accordingly.
“If the officers fail to implement the policies, action must be taken to boot them out and replace them with Pakatan-friendly officers.
“These council officers are not following the aspiration of the state government. We are now into the second term, but Khalid did not do anything to arrest this unhealthy situation.
“For example, the increase in business premises licence fees was approved by the BN government in 2007 but the Pakatan government put it on hold in 2008. However, last year Khalid implemented the new fees after listening to the council officers,” he said.
The PAS leader said it was a norm in pasar malam management, including rent collection, that the committee people must be from the same area.

SAMM: Selangor perlukan Anwar dan Khalid Ibrahim

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) lahir dari semangat perlawanan anak muda, menegaskan perubahan itu tidak datang bergolek dan tidak boleh ditunggu. Perubahan harus direntap sebagaimana kita mengasak dan terus mengasak dengan matlamat menumbangkan mana-mana regim penindas rakyat.
SAMMPRK Kajang hadir dalam suasana politik yang tidak menentu. Ramai yang menyokong langkah ini demi kestabilan dan kelangsungan perlawanan, namun tidak kurang juga yang membantah dengan alasan tersendiri. Selepas penjelasan demi penjelasan diutarakan, akhirnya kata putus dari semua pimpinan Pakatan Rakyat dicapai dengan nilai positif – tumbangkan Barisan Nasional demi perubahan.
SAMM juga tidak terlepas dari pertembungan pendapat. Sebagai anak muda, kita meraikan perbezaan pendapat dan membuat keputusan dasar di atas persetujuan kolektif. SAMM merakam beberapa perkara dalam kenyataan ini, adalah termasuk;
1. Pakatan Rakyat harus berani melambung bola untuk dimainkan oleh pihak lawan, maka Langkah Kajang adalah keputusan yang sangat berani, mempertaruhkan reputasi kekuatan sebuah parti dan gabungan Pakatan Rakyat. Ia juga berupa satu serangan untuk mematahkan serangan pihak musuh yang pelbagai.
2. TS Khalid Ibrahim telah menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar dengan cemerlang, namun asakan hebat dari musuh yang penuh tipu helah melangkau bidang kekuatan TS Khalid. Bagi mengekang kemaraan musuh ini, sosok Anwar menjadi pertaruhan terbaik untuk memimpin negeri Selangor dari asakan seteru utama iaitu Najib Razak yang menjadi pengerusi BN Selangor.
3. TS Khalid Ibrahim juga mempunyai jasa yang amat besar di Selangor, dan antara jasanya yang paling besar ialah memberi laluan kepada DS Anwar Ibrahim untuk memimpin Selangor dan seterusnya menjadi faktor penyatu yang paling berpengaruh. Maka SAMM turut mencadangkan supaya TS Khalid menjadi orang paling kanan dalam pengurusan kewangan di negeri Selangor, dan diangkat menjadi Pengarah Pilihanraya.

Rasuah RM50juta: Anwar, Karpal kecam polis lambat siasat dan dakwa calon BN fitnah mereka


Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kanan) dan Karpal Singh mengecam polis kerana melengahkan siasatan laporan polis mereka. Gambar fail.Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kanan) dan Karpal Singh mengecam polis kerana melengahkan siasatan laporan polis mereka. Gambar fail.Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh mengecam polis kerana gagal mengklasifikasikan laporan mereka terhadap calon Barisan Nasional (BN) tahun lalu yang mendakwa kedua-duanya memberi rasuah kepada peguam dan hakim, sebagai satu fitnah.
Karpal menuduh polis lambat mengendalikan kes itu kerana siasatan dilakukan hanya setengah tahun selepas laporan dibuat dan menyebabkan laporan mereka "setengah masak".
"Ini sangat mengarut. Kita tidak akan melepaskan mereka sewenang-wenangnya kerana kita ada integriti sebagai ahli politik," kata peguam veteran itu.
Karpal berkata, beliau dan Anwar tidak dapat menerima sekiranya calon BN bagi Parlimen Permatang Pauh, Mazlan Ismail tidak disiasat mengikut akta berkaitan kesalahan fitnah.
Mereka juga inginkan media yang melaporkan dakwaan Mazlan disiasat kerana melaporkan berita yang salah.
"Kita akan tulis kepada peguam negara untuk memaksa polis mengklasifikasikan kes ini semula. Setakat ini, nampaknya polis seperti tidak serius," katanya kepada The Malaysian Insider.
Januari lalu, polis memberitahu Karpal bahawa laporan mereka diklasifikasikan sebagai jenayah fitnah.

Pengundi Kajang akan tolak BN, tak kira Umno atau MCA – Tian Chua

Tian ChuaKUALA LUMPUR 3 FEB: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua yakin pengundi  Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang akan tetap menolak calon daripada Barisan Nasional, tidak kira sama ada daripada Umno mahupun MCA.
Beliau mengulas cadangan beberapa pihak termasuk bekas Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya BN memberi peluang agar calon MCA diletakkan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan.
“Saya fikir Umno tidak mahu dimalukan. Kalau bertanding dan kalah, ia akan jadi malu besar kepada Umno. Mungkin itu sebab Dr Mahathir cakap begitu.
“Sesiapa yang bertanding (dalam BN) tidak menjadi isu, sebab rata-rata rakyat Selangor akan memberikan sokongan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri.
“Mereka juga yakin Kajang adalah langkah permulaan Pakatan untuk ke Putrajaya dan akan menyatakan sokongan mereka,” ujarnya menambah MCA mungkin memikirkan strategi untuk mencapai kemenangan dengan meletakkan calon di kawasan campuran.
Menurut Tian Chua, pengundi dewasa ini tidak lagi melihat isu perkauman, sebaliknya mahukan wakil yang dapat mempertahankan kepentingan dan nasib semua kaum.

Langkah Kajang bukan alih perhatian kes liwat kata Prof Mohd Redzuan

Keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang dilihat bukan bertujuan mengalih perhatian terhadap rayuan kes liwat, kata ahli akademik.

Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) Prof Mohammad Redzuan Othman (kiri) berpendapat, Anwar sudah mangli dengan kes mahkamah kerana menghadapinya sejak 1998 lagi.

“Sejak 1998, Anwar sudah sering keluar masuk mahkamah dan saya tidak fikir langkah bertanding di Kalang untuk mengalih perhatian daripada rayuan pasukan pendakwaan dalam kes pembebasannya dari Liwat II kerana beliau sudah sering keluar masuk mahkamah dan malah pernah dipenjara.

“Hakikatnya, orang ramai juga sedar tentang kes berprofil tinggi seperti Zon Bebas Pelabuhan Klang dan lain-lain yang dilihat sebagai kegagalan pendakwaan dan bagaimana kerajaan menguruskannya berbanding kes Anwar,” katanya kepada Malaysiakini.

PRK Dun Kajang: Guna taktik keji & lucah, SPR mesti bidas Umno – Surendran

KUALA LUMPUR 3 FEB: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak membidas rancangan Umno untuk menggunakan taktik keji dan lucah dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang, kata Naib Presiden KEADILAN N Surendran.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan semalam yang menyatakan bahawa parti itu akan menggunakan rayuan kes Firnah II Ketua Umum KEADILAN,Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai modal kempen BN dalam PRK Kajang.
“Ini tindakan yang tidak beretika, kotor dan terdesak oleh Umno untuk menuduh Anwar dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil nanti.
“Pengerusi SPR mestilah tanpa kompromi dan pro-aktif mempertahankan integriti proses pilihan raya.
“Ini adalah kewajipan untuk berbuat demikian di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan
“Kegagalan berbuat demikian membuktikan SPR adalah ‘harimau tak bertaring’ dan berat sebelah, malah memihak kepada BN” , kata Surendran dalam kenyataan.
Dalam pda itu kata Surendran, rancangan Umno menjalankan kempen ‘seks dan kotor ‘ tidak boleh dipandang ringan dan Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden Umno bertanggungjawab atas kaedah kempen kotor Umno-BN.
“Sebelum ini Umno pernah mengumumkan secara terbuka untuk menjalankan kempen ‘seks dan kotor’ terhadap lawan politiknya.

PRK Dun Kajang: Pengundi alu-alukan Anwar jadi calon Pakatan

kajang usulKAJANG 3 FEB: Masyarakat Kajang menganggap pemilihan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang nanti sebagai tepat pada masanya dan yakin dengan kemampuan Anwar memperjuangkan isu rakyat.
Pendapat itu disuarakan penduduk Kajang sendiri apabila Anwar diketahui umum sebagai mempunyai pengalaman dan rekod yang baik ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia sebelum ini.
“Saya sebagai penduduk Kajang tentunya berbangga bila dapat tahu Datuk Seri Anwar sendiri bertanding di sini kerana kita semua memang tahu kewibawaan dan ketokohan beliau sebagai Ketua Pembangkang.
arif abd wahab“Saya sebagai penduduk Kajang memang mengalu-alukan dia sebagai Adun Kajang. Saya rasa kehadiran Anwar mampu menambah baik keadaan kehidupan masyarakat Kajang,” kata Arif Abd Wahab, 56, seorang penjaja makanan di Bandar Kajang.
Arif yang merupakan seorang pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata demikian kepada Selangor Kini dalam satu tinjauan umum bagi mendapatkan reaksi pengundi Kajang dalam isu pencalonan Anwar sebagai calon di sini, hari ini.
mariyyapan vadiveluArif juga berharap agar Anwar sekiranya menang dalam PRK Kajang nanti akan memberikan tumpuan kepada isu yang melibatkan kepentingan peniaga kecil khususnya golongan peniaga Melayu di Kajang.
Mariyappan Vadivelu, 82, yang sudah berkhidmat sebagai pemandu Teksi di Kajang selama 43 tahun pula berkata pemilihan Anwar sebagai calon merupakan pilihan terbaik dan dinanti-nantikan pengundi Kajang.
“Dia orang lama, ada pengalaman banyak hingga pernah jadi Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan. Saya rasa dia akan menang dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk sini,” kata Mariyappan pula.

PRK Dun Kajang: Usah libat Chong Wei dengan politik kotor BN

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi bersetuju dengan pendirian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang tidak membenarkan jaguh badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang.

Beliau berkata, tindakkan mencalonkan Chong Wei dalam politik bukan sahaja dilihat sebagai memperalatkan tokoh badminton itu, malah turut merugikan sukan badminton negara.

“Saya setuju dengan kenyataan YB Khairy bahawa kepakaran Chong Wei bukanlah politik tetapi sukan badminton. Dia wajar meneruskan kariernya sebagai pemain badminton nombor satu negara sekaligus membantu memajukan lagi badminton di negara ini,” ujarnya dipetik Selangor Kini.

PRK Dun Kajang: Ahmad Maslan jangan malukan orang Johor dengan pemikiran lucah

Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar menyelar kenyataan Ketua Penerangan UMNO merangkap Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan berhubung kempen lucah yang ingin dijaja sepanjang musim kempen Pilihanraya Kecil N25 Kajang nanti.
Disaat rakyat masih bergelut dengan kesan kenaikan kos sara hidup dan harga barangan, Ahmad Maslan tanpa segan silu merendahkan fikrah rakyat dengan kenyataan beliau tersebut.
AMK Muar dengan ini menasihatkan Ahmad Maslan agar tidak terus menerus memalukan diri sendiri dan juga rakyat Johor amnya dengan pemikiran separuh masak memandangkan kedudukan beliau sebagai seorang anggota kabinet Persekutuan Malaysia.
AMK Muar juga amat berharap agar seluruh rakyat Malaysia dan rakyat Kajang khasnya untuk menolak permainan politik kangkung begini.
Di saat merayakan pesta demokrasi, seharusnya semua pihak bersaing dengan menggunakan hujah yang dapat memberikan kesan positif kepada kehidupan rakyat bukannya terus terperangkap dalam aksi kempen kuno yang bersandar kepada serangan peribadi ataupun kisah-kisah lucah dan hasutan pergeseran kaum.

Anwar Ibrahim: Anwar Lebih Kaya Dari Syed Mokhtar?

Anwar Ibrahim: Apa Pendapat Mengenai "India Balik India, Cina Balik Cina"?

Anwar Ibrahim: Apakah Kerangka Dirancang Untuk Menakluk Kawasan Luar Bandar ?

Anwar Ibrahim; Apa Yang Kekuatan Saya Untuk Terus Berjuang?

PRK Dun Kajang: Jangan sampai senjata makan tuan kata Pemuda PAS..!!

Pemuda PAS menegur kepimpinan PKR supaya tidak begitu ghairah mengeluarkan kenyataan berhubung isu pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi mengelak “senjata makan tuan”.

Ketua Penerangannya Zaharuddin Mohammad Facebooknya dilapor menyindir pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, lapor Berita Harian.

"Saya meneliti ucapan dan tulisan Rafizi mengenai Kajang. Saya nak komen sedikit, jangan banyak sangat 'berstatement' dalam politik dalam isu Kajang, takut nanti 'senjata makan tuan'

"Kami (PAS) mengamalkan politik telus bila berdepan dengan hak rakyat. Jangan menjadikan kami serba salah antara menjaga amanah ketelusan kepada rakyat atau menjaga rakan pakatan.

"Saya harap ini juga berlaku kepada Rafizi. Tolong, jangan heret kami terlalu jauh," beliau dipetik sebagai berkata.

PRK Dun Kajang: Kuat sangatkah MCA? Kata Ridhuan Tee..!!!

MCA belum apa-apa lagi sudah membidas Umno yang ingin bertanding di Dun Kajang, yang telah dikosongkan parti ultra kiasu.

Pada MCA, kerusi tersebut adalah milik bapaknya. Formula Barisan Nasional (BN) mesti dipatuhi. Jika tidak, mereka akan bertindak balas, boikot.

Peliknya, bila kena pada mereka, mesti ikut formula. Bila kena pada kita, tidak ada formula. Bukankah perlembagaan negara itu bapak segala formula? Kenapa tidak mahu ikut?

Masih ingat kerusi Parlimen Wangsa Maju PRU 2013? Bila calon Umno diletakkan di sana, maka MCA boikot.

Banyak cantik muka MCA! Cermin diri dahulu. Saya tidak pernah hairan dengan boikot MCA, kerana ahli MCA sendiri belum tentu menyokong Umno.

Persoalan saya, siapakah calon MCA paling layak untuk menentang pemimpin nombor 1 PKR itu?

Jika tidak ada, duduk rumah diam-diam. Serahkan kepada pucuk pimpinan BN untuk menentukannya.

Jika adapun calon MCA, cari yang Cina Muslim, baharu boleh mengetuk pintu hati pengundi Melayu.

Ingat! Majoriti pengundi di situ adalah Melayu, 48%, Cina 41%, India 10%. Pada tahun 2013, PKR menang dengan majoriti 6,824. Tahun 2008 - 3,268, tahun 2004 - 2,773.

PRK Dun Kajang dan Suhaizan yang cool

AHMAD LUTFI OTHMAN
Rabu lalu, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat bersama Setiausaha Pemuda, Nasaie Ismail berkunjung ke Jabatan Pengarang Harakah. Setiap Rabu, saya dan editor lain selalunya cuti rehat selepas dua malam deadline.

Pertemuan itu sepatutnya diadakan lebih awal, sebaik beliau menang pertandingan sengit, mengisi kekosongan Ustaz Nasrudin Hassan, hujung November 2013. Saya dan wartawan Arif Juhani hanya bersembang santai, tanpa sempat bersoal-jawab secara khusus  dengan Suhaizan di Pejabat Pemuda, Jalan Raja Laut, satu pagi hujung minggu.

Waktu itu, Suhaizan lebih banyak mengisahkan pengalaman berkacanya mendaki kerjaya politik sejak di kampus lagi. Kebetulan kami dari universiti yang sama, Universiti Teknologi Malaysia dam belioau turut aktif dalam PMUTM. Saya lebih mengingati komitmennya dalam kempen memansuhkan PPSMI dan juga membongkar senarai daftar pemilih -- menjelang PRU13 -- yang mengelirukan dengan kes nama-nama pengundi pelik.

Sesekali saya cuba mengorek rahsia "pertembungan dalaman" Pemuda, yang khabarnya belum selesai walaupun muktamar sudah berakhir, namun Suhaizan hanya menjawabnya dengan senyuman. Mendengar gosip liar seolah-olah dia cukup terhimpit tetapi lenggok badannya berbeda sekali.

Cerita peribadinya menarik dan wajar dikongsi bersama; cuma saya belum sempat menulisnya. Moga catatan tangan saya di Pejabat Pemuda itu masih boleh dibaca!

Tengahari 29 Januarai lalu, Suhaizan yang berbaju merah, tiba agak lewat. Sebelah paginya ada rakaman perutusan Tahun Baru Cina di Batu Caves. Dia menyapa kami dengan ucap selamat dalam bahasa Cina, yang mungkin baru dilafaznya semasa di studio tadi.

Dalam sesi wawancara itu, saya dapat mengesan keistimewaan awal Suhaizan; dalam apa jua keadaan, dia nampak tenang dan cool. Mungkin tidak banyak isu baru yang ditekankannya dalam perbualan hampir satu jam itu, selain mengulangi kerangka besar haluan Pemuda tapi bersikap terbuka mengakui kelemahan yang perlu diperbaiki dan ruang besar yang masih belum dimanfaatkan.

Editor ruangan antarabangsa Harakah, Haris Zalkapli, yang turut sama dalam sesi wawancaram ketika saya minta merumuskan misi dan visi Suhaizan, mencatatkan: "Yang paling jelas ialah agenda untuk memobilisasi Pemuda PAS menghadapi cabaran semasa anak muda, dengan menggalakkan lagi usaha penyebaran maklumat, pendidikan politik dan kajian serta wacana supaya sebarang tindakan dibuat berdasarkan maklumat yang tepat dan mendapat sumbang saran daripada rakyat."

Dalam isu PRK Kajang, Suhaizan turut menyinggung kritikan keras terhadap KeADILan, sekurang-kurangnya daripada dua pemimpin kanan Pemuda, iaitu Ketua Pemuda Selangor dan Pengarah Pilihan Raya Pemuda Malaysia.

PRK Dun Kajang: 'Presiden MCA patut lawan Anwar'

Majlis Profesor Negara (MPN) mencadangkan supaya MCA lebih berani untuk mempertaruhkan presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam pilihan raya kecil DUN Kajang menentang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim nanti.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa MPN Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak berkata, Liow paling layak kerana memiliki kredibiliti dan sikap mesra rakyatnya yang mampu meraih semula sokongan kaum Cina, lapor Utusan Malaysia.

Bahkan, Mohamed juga beranggapan Liow Tiong Lai adalah calon yang berpotensi mengugat pengaruh kuat ketua umum PKR itu.

“Calon mestilah tokoh nasional. Maka, individu paling layak ialah Tiong Lai sendiri kerana beliau mempunyai kredibiliti dan bersikap mesra rakyat.

“Sebagai presiden MCA yang baru inilah peluang untuk beliau menguji pengaruhnya,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Utusan.

Cubaan Zam jadikan PRK Dun Kajang isu perkauman kebudak-budakan

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengecam bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang cuba menyalakan sentimen perkauman dalam berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.
Beliau mengulas kenyataan Zainuddin dalam blognya semalam bahawa PRK kali ini adalah peluang masyarakat Cina memperbetulkan persepsi orang Melayu bahawa mereka tidak boleh dipercayai sebagai rakan politik.
Memetik kenyataan itu lagi, beliau yang lebih dikenali sebagai Zam juga berkata, “Sesungguhnya tidak dapat dinafikan keyakinan ini telah dicarik-carikkan oleh Tsunami Cina”.
Kit Siang berkata, kenyataan itu menunjukkan sikap perkauman yang ada pada pemerintah dan pihak yang berkaitan dengan mereka, yang menjadi punca sebenar polarisasi kaum yang semakin memburuk di Malaysia.
“Zam boleh berharap agar majoriti pengundi yang memilih Pakatan pada PRU lalu berpihak kepada BN nanti, tapi apa logik beliau menjadikan PKR sebagai isu perkauman?
“Beliau perlu hormat hak demokrasi majoriti yang mengundi Pakatan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, dan paling penting 51 peratus atau 5,624,084 yang mengundi Pakatan seluruh negara, tanpa menjadikannya isu kaum,” katanya dalam satu kenyataan.
Menyifatkan tuduhan itu sebagai kebudak-budakan, katanya lagi, tindakan Zam yang cuba menghidupkan persepsi ‘Tsunami Cina’ juga bercanggah dengan ‘Rekonsiliasi Nasional’ yang dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

PRK Dun Kajang: Ahmad Maslan langgar signal Zahid?

Oleh Mohd Sayuti Omar
Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan nampaknya telah memberi isyarat awal agar pilihan raya kecil DUN Kajang bakal diadakan, dilumuri dan dihiasi dengan isu yang kotor dan menjijikkan mengenai moral Anwar. Dalam satu kenyataan Ahamad memberi tahu isu liwat yang membabitkan Anwar tidak boleh didiamkan dan rakyat kena diberi tahu.


Beliau juga membuat psywar mengatakan pembangkang meletakan calon yang dibebankan oleh kes mahkamah. Beliau merujuk kepada kes rayuan Anwar berhubung kes liwat II yang masih dibicarakan dimahkamah ketika ini.

Katanya kes video membabitkan 'pembacuh kopi' menyebabkan timbul pesepsi buruk terhadap Anwar kerana mahkamah masih belum memutuskannya. Perkara itu tegasnya tidak boleh disembunyikan dan pengundi di Kajang kena diberi tahu.
Isyarat atau topik dibicarakan Ahmad itu menjelaskan apakah modal utama yang bakal digunakan oleh UBN dalam pilihan raya kecil itu.
Tidak sepatut sebagai seorang menteri muda yang berpendidikan tinggi dan dapat CGPA tinggi dalam peperiksaan memberi ruang agar kempen di Kajang menjadi cemar dan jijik. Isyarat diberikan Ahmad itu lebih jijik dari kes membabitkan ketua pembangkang itu sendiri.

Tindakan beliau itu sebagai tidak bermoral dan politik kelas longkang dan kangkung saja. Bahkan ahli Umno sendiri juga sudah muak dengan kes berkenaan yang tidak pernah habis dan tamat dari diperkatakan.

Sebagai tokoh muda yang lebih bermoral dari Anwar (?), Ahmad sepatutnya menutupi ruang politik sebegitu dari dicabuli oleh isu-isu yang perit untuk kita dengari kerana ia adalah salah satu tanggungjawab dan tuntutan agama agar menutup aib seseorang.

Pilihan raya kecil itu akan sah kalau pun isu yang menimpa dan dikaitkan Anwar itu tidak dimainkan. Sudah lebih 15 tahun isu moral Anwar made in Mahathir Mohamad itu dijaja dan diperdagangkan untuk kepentingan politik. Rasanya 29 juta rakyat Malaysia termasuk yang sedang dikandung oleh ibu-ibu sekarang ini sudah mengetahuinya isu itu gara-gara hebatnya publitisi dan jampi serapah tentangnya dilakukan Umno.

PRK Dun Kajang: Bukan Islam tiada pilihan, Melayu bagaimana?

Timmy Say

Pelbagai alasan diberikan mengapa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang ini perlu disengajakan oleh PKR sehinggakan permohonan maaf terbuka terpaksa dilakukan.
Permohonan maaf yang dilakukan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menandakan beliau langsung tidak menjangka penyokong Pakatan Rakyat (PR) memberikan reaksi sebegitu negatif terhadap langkah politik kontroversi ini.
Ketika berita ‘Langkah Kajang’ ini diledakkan, ramai penyokong PR yang menghentam PKR.
Bagi pemerhati awam, memberikan laluan kepada Anwar dengan sengaja mengadakan PRK adalah satu tindakan memanipulasikan demokrasi.
Bagi mereka, sindrom ‘nafi-mengaku-nafi-mengaku’ PKR dalam episod ini sangat menjengkelkan, terutamanya sikap ini amat menonjol pada Anwar yang diwar-warkan mereka selama ini sebagai calon perdana menteri.
Terbaru, Anwar ‘masih’ menafikan beliau akan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor sekiranya menang nanti. Tunggu sahaja penafian ini menjadi pengakuan dengan pelbagai alasan apabila Kajang berjaya dimenanginya nanti.
Kajang mempunyai komposisi penduduk 52% bukan Islam dan 48% Islam.
Ini adalah faktor utama mengapa Kajang dipilih sebagai medan pertaruhan PKR.
Bagi mereka, meskipun pengundi bukan Islam marah, mereka tetap akan kembali ke pangkuan PR kerana menumbangkan Umno-BN menjadi matlamat utama mereka.
Setelah pengundi bukan Islam meluahkan kemarahan mereka, mereka berdepan dengan realiti pilihan, sama ada undi PKR, undi Umno-BN ataupun undi rosak.
Pengundi kumpulan ini sedar bahawa kerajaan Selangor PR tidak akan tumbang dengan kejatuhan DUN Kajang.
Tetapi bayangan untuk melihat Umno-BN, Perkasa dan Jati berpesta di media perdana meraikan kemenangan PRK Kajang adalah “way too much” untuk penyokong bukan Islam.
Oleh itu, meskipun mereka tidak dapat menerima sikap memberi alasan tidak  konsisten dan dangkal PKR dalam memaksa PRK Kajang, mereka tetap tidak akan memberikan kemenangan kepada Umno-BN.
Keinginan mereka untuk kejatuhan Umno-BN melebihi segalanya dan ini dimanipulasikan dengan baik oleh PKR dalam strategi ‘Langkah Kajang’.

Generasi 13 Mei sudah berlalu

Oleh Abd Shukur Harun
Peristiwa berdarah pergaduhan kaum 13 Mei 69 sudah berlalu 45 tahun yang lalu, suatu peristiwa yang diakibatkan oleh pergeseran kaum selepas keputuan PRU tahun tersebut di mana Umno/Perikatan kalah teruk.

Seperti dikatakan peristiwa itu berlaku 45 tahun lalu dan kini tidak ada siapa lagi, bagi mereka yang waras fikirannya, untuk melambai supaya peristiwa berdarah itu berulang kembali, malah hendak menyebutnya pun tidak mahu lagi.


Generasi baru, hanya mengetahui sepintas lalu mengnai peristiwa berdarah itu dan sama sekali tidak berminat untuk mengetahuinya lebih lanjut. Tetapi malangnya masih ada segelintir yang amat kecil orang Melayu yang masih mengungkit dan cuba menakut-nakutkan peristiwa itu seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang tempoh hari. Bagaimanapun ternyata masyarakat Melayu tidak lagi terpengaruh dengan provokasi perkauman itu.

Malangnya segelintir kecil orang Melayu yang masih mengelus-ngelus peristiwa tersebut untuk menakutkan orang bukan Melayu tidak sedar bahawa zaman dan susana telah berubah. Orang Melayu kini sudah semakin matang dan tidak mudah dihasut dengan isu perkauman seperti itu.

Mereka sedang berusaha untuk hidup damai dengan kalangan bukan Melayu, sama-sama mencari rezeki di negara yang indah ini.

Manifestasi kecintaan rakyat pelbagai kaum untuk hidup bersama dengan penuh harmoni terpamcar dalam PRU ke-13 yang lalu, di mana pengundi pelbagai kaum telah menolak parti perkauman.

Sebanyak 52% undi popular yang diperoleh Pakatan Rakyat dan hanya 47% undi poppular yang diperoleh Barisan Nasional dalam PRU yang lalu adalah bukti paling soheh bahawa majoriti pengundi – amak semua bangsa – telah menolak isu perkauman yang ditiup dengan kencangnya oleh Umno/BN dalam sepanjang kempen pilihan raya umum itu. Ternyata pengndi bandar – pelbagai kaum – menolak calon parti perkauman. Malah beberapa kawasan parlimen dan Dun di kawasan luar bandar juga seperti di Johor, Perak dan beberapa megeri lagi seperti di Johor, Perak dan beberapa negeri lagi turut menolak parti perkauman.

Sementara itu saya terkesan dengan tulisan ideologi PAS, Dr. Mujahid Yusof Rawa mengenai pemikiran baru perpaduan nasional, yang saya lihat suatu sorotan yang mendalam mengenai sejarah dan perkembangan politik tanah air.

Inilah cetusan sebuah idea yang sangat bagus, meladeni pemikiran dan perkembangan terkini apa yang dikatakan perpaduan nasional sebenarnya.

Masalah di Bangkok, PM Thai salah kotak undi


Pilihan raya berjalan lancar di kebanyakan wilayah di Thailand hari ini, sekalipun pemprotes anti-kerajaan menyekat kertas undi daripada sampai ke pusat-pusat mengundi.

Dalam sesetengah hal, pegawai pengundian dilaporkan tidak muncul kerana khuatirkan keselamatan diri mereka.

Pengundian diadakan di 89.2 peratus daripada 93,532 pusat mengundi di seluruh negara, dan tidak ada kejadian keganasan dilaporkan, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) Supachai Phucharoen pada sidang akhbar tengah hari ini selepas pusat pengundian ditutup.

Beliau berkata proses pengundian dibatalkan di sembilan wilayah yang mempunyai 37 kawasan pilihan raya, dan di beberapa pusat pengundian di sembilan wilayah yang lain.

Thailand mempunyai sejumlah 77 wilayah dan 48.77 juta pengundi. Masalah pengundian dikatakan tertumpu di Bangkok dan di bahagian selatan.

Thailand mempunyai 375 anggota parlimen yang dipilih berasaskan kawasan sementara 125 kerusi bagi senarai parti calon.

Dalam pada itu, jumlah mereka yang mengundi di seberang laut dilaporkan rendah dengan hanya 38,350 pengundi atau 27 peratus daripada sejumlah 143,807 pengundi berdaftar di 67 negara menjalankan hak mereka.

Sementara itu, Supachai mengesahkan keputusan pilihan raya tidak dapat diumumkan semalam, kerana masalah pengundian awal pada 26 Jan, yang dijadual diadakan semula pada 23 Feb.

Dalam perkembangan lain, media perdana dan media sosial sibuk menyiarkan berita mengenai Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra memasukkan kertas undinya di kotak undi yang salah.

SAMM sedia anjur debat Khalid Samad – Noh Omar

SHAH ALAM 2 FEB: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersedia mempertemukan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar dalam satu gelanggang debat yang menyentuh isu penggunaan kalimah Allah.
Debat yang dicadangkan pada 10 Febuari itu diadakan bagi menyambut gesaan Khalid agar debat penggunaan kalimah Allah itu diteruskan dan mengubati kekecewaan Noh apabila Wacana Sinar Harian bertajuk ‘Perdebatan Hujah Isu Kalimah Allah Dari Perspektif Perundangan’ dibatalkan pada saat akhir.
Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, selain itu SAMM juga percaya bahawa rakyat juga ingin melihat siapa yang bakal ‘disekolahkan’ dalam perdebatan yang masih belum ditentukan lokasinya itu.
“Drama yang ditonjolkan oleh Noh Omar yang hadir ke venue debat di auditorium Karangkraf walaupun berita pembatalan telah dimaklum secara meluas, membuktikan betapa seriusnya hasrat Noh untuk ‘bertemu’ Khalid Samad.
SAMM dengan ini sedia untuk merealisasikan hasrat tersebut dan percaya rakyat juga ingin melihat siapa yang bakal ‘disekolahkan’.

Malaysia Kita: Kerani `rajin’ di mahkamah Ipoh curi RM1.5 juta wang denda

Sepanjang tempoh 18 bulan, seorang kerani wanita yang bekerja di Mahkamah Tinggi Ipoh boleh dijadikan contoh kepada kakitangan awam kerana dia tidak pernah mengambil waktu rehat makan tengah hari atau cuti tahunan.
Bagaimanapun, ketika juruaudit datang untuk memeriksa rekod dan buku mahkamah tahun lalu, sebab sebenar komitmen dan ketekunan wanita berusia 35 tahun itu terdedah.
Wanita itu menggelapkan lebih RM1.5 juta wang mahkamah,  beliau diamanahkan untuk mengutip denda daripada pesalah kesalahan kecil dan misdemeanor.
Juruaudit membuat laporan polis berhubung kehilangan wang itu dan kerani terbabit digantung daripada tugas sementara siasatan dijalankan.
Menurut polis, kerani itu seorang pendiam dan pekerja yang rajin serta tidak pernah bercuti sepanjang April 2012 hingga September 2013.
Rakan sekerjanya memberitahu polis bahawa kerani itu tidak pernah meninggalkan mejanya, walaupun ketika rehat makan tengah hari dan kelihatan sangat rajin.
Tugas kerani itu ialah mengutip wang daripada pesalah yang didapati bersalah oleh mahkamah dan didenda.
Walaupun denda yang dibayar oleh setiap pesalah bukan dalam jumlah besar, tetapi keseluruhan kutipan agak banyak di penghujung hari.
The Malaysian Insider diberitahu wanita itu akan mengambil antara RM1,000 hingga RM2,000 setiap hari.

Video 'Onederful' Lawak Teresa Kok Sindir Rosmah Sebabkan UMNO Meroyan Sakan




Ahli Parlimen Seputeh, Teresa kok hari ini menegaskan beliau tidak akan memohon maaf sekali gus mempertahankan video sempena Tahun Baharu Cina yang dilakonkannya hanya sebagai lawak jenaka yang disasarkan kepada kaum Cina.

Menurutnya, video sempena sambutan Tahun Baharu Cina itu merujuk kepada isu semasa dan tidak berniat untuk memburukkan mana-mana pihak.

"Minta maaf? Siapa makan cili dia terasa pedas.

"Video itu dalam dialek Mandarin dan Kantonis, saya tujukan untuk golongan yang faham bahasa itu.

"Saya juga hanya lakukan untuk tujuan lawak jenaka sempena Tahun Baru Cina, jangan serius sangat, ia hanya (watak) khayalan," katanya kepada Sinar Harian Online.

Berhemah Dalam Memberi Nasihat - Dato Dr MAZA

Makmum Sujud Lama Lebih Daripada Imam - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Guna WIFI Orang Lain - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Tolong Orang Kafir Angkat BERHALA - Ustaz Azhar Idrus

Status Air Basuhan Wuduk Kali Ke-2 & Ke-3 - Ustaz Azhar Idrus

Kajang | Letak jawatan dan PRK : Umno lebih awal membazir! - Saifuddin Abdullah

PRK Dun Kajang: Umno Takut Hadapi Anwar, Mais Dan Jais Terus Dimangsakan..!!

Dalam kesibukan orang ramai membahaskan tindakan betul atau salah Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi DUN Kajang, terdengar amaran keras dari dalam Umno.
Umno dan kononnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO ) memulakan kempen mereka untuk menyekat Anwar daripada mendapat akses kepada para pengundi – bukti yang menunjukkan kebimbangan mereka yang sangat nyata.

Dari Perlis ke Johor, setiap muslihat telah dijalankan terhadap pembangkang. Pada masa tertentu, pengaruh istana digunakan dan kadang- kala bekerjasama dengan pihak berkuasa agama.Bagaimanapun,  taktik undang-undang yang sering digunakan oleh Umno.
Justeru, ini yang nampaknya terjadi kepada kejadian di Kajang di mana Anwar dihalang daripada memberi tazkirah di sebuah masjid di Impian Saujana, Kajang yang dikatakan atas arahan daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya memberikan tazkirah sebelum Jumaat manakala Ketua Peneraangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty sepatutnya memberi khutbah Jumaat.
"Tetapi selepas solat subuh pada 30 Januari, pihak masjid memberitahu kami bahawa mereka telah ditekan oleh Mais untuk menghentikan acara tersebut. Justeru, ahli jawatankuasa masjid tidak berani untuk meneruskan perancangan awal itu.
"Jadi kami terpaksa cepat mencari masjid lain," kata sumber itu, yang juga adalah sebahagian daripada pasukan Anwar, menjelaskan bagaimana program ini kemudiannya berpindah dari masjid Impian Saujana ke masjid kariah di Batu 10 Cheras, yang merupakan sebahagian daripada kawasan Kajang. 

PRK Dun Kajang: Ahmad Maslan Hanya Menghodohkan Lagi Wajah UMNO dan BN

Satu-satunya pemimpin dalam dunia, dari zaman kuno hingga dunia moden, yang mengaku dirinya seorang yang pandai sambil membanggakan pencapaian CGPA 3.85 ketika di universiti, Ahmad Maslan yang kini menjawat jawatan Ketua Penerangan UMNO dan Timbalan Menteri Kewangan, hari ini tampil dengan satu lagi "kecerdikannya" menjelang kempen pilihanraya kecil DUN Kajang yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Selepas mengadakan taklimat tertutup anjuran UMNO Hulu Langat, beliau memberitahu, kes liwat Anwar Ibrahim yang masih belum selesai di mahkamah dan video seks yang menyerupai Ketua Pembangkang itu akan menjadi bahan kempen utama sepanjang pilihanraya itu nanti.

Menurut beliau, pengundi DUN Kajang perlu diingatkan bahawa pembangkang menawarkan seorang calon yang masih mempunyai beban kes di mahkamah dan tidak menjadi kesalahan untuk UMNO bercerita tentang calon peribadi calon pembangkang itu kerana kita mahu pengundi memilih calon yang benar-benar sesuai sebagai wakil rakyat mereka.

Dengan awal-awal lagi sudah memberi signal akan membangkitkan dan menjaja cerita seks dan liwat mengenai Anwar Ibrahim yang bakal bertanding di DUN Kajang, ia tidak lain memperlihatkan UMNO dan BN benar-benar sudah kekeringan modal untuk menghadapi pilihanraya ini.

Ini kerana isu seks dan liwat bukanlah lagi modal yang mendatangkan untung kepada UMNO, BN dan kerajaan memandangkan dalam kempen PRU 13 itu, isu tersebut sudah pun dimainkan semahu-mahunya dan hasilnya kemenangan BN berkurangan daripada 140 kerusi pada 2008 menjadi hanya 133 kerusi saja. Dalam masa yang sama, undi popular BN pula hanyalah 47 peratus berbanding pembangkang 53 peratus.

Pendakwaan Terpilih: Spekulasi merebak bekas setiausaha politik menteri Umno lewat didakwa


Datuk Suhaimi Ibrahim mengakui disiasat SPRM tetapi menyatakan tidak semua yang dilaporkan dalam blog berkaitan perkara itu adalah benar. Gambar fail.Datuk Suhaimi Ibrahim mengakui disiasat SPRM tetapi menyatakan tidak semua yang dilaporkan dalam blog berkaitan perkara itu adalah benar. Gambar fail.Spekulasi semakin memuncak menyatakan wujud campur tangan politik atau pendakwaan terpilih yang menyebabkan tuduhan terhadap bekas setiausaha politik Umno lewat dijalankan selepas ditangkap Isnin lalu berikutan penyalahgunaan RM1.1 juta daripada tiga yayasan.
Sumber berkata, bekas setiausaha politik dan pengarah salah satu yayasan itu dikaitkan dengan siasatan kerana dikatakan menggunakan wang yayasan yang sepatutnya digunakan untuk membantu golongan miskin itu bagi kegunaan politik.
"Ia siasatan yang besar dan apa yang dilihat hanya di permukaan sahaja. Terdapat beberapa pihak dalam Umno yang tidak mahu kes ini dibawa ke mahkamah," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Beliau merujuk kepada kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu yang berkata mereka menahan dua lelaki, termasuk seorang bekas setiausaha politik dengan gelaran datuk, dan dijangka mendakwa mereka pada Selasa lalu.
Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, SPRM berkata terdapat kesilapan dan individu berkenaan akan didakwa pada tarikh yang belum ditentukan. Kedua-duana dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000.

Khalid bersama Anwar lancar kempen PRK Kajang malam ini


Ramai masih memandang negatif PRK Kajang yang memerlukan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan penjelasannya. Gambar fail.Ramai masih memandang negatif PRK Kajang yang memerlukan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan penjelasannya. Gambar fail.Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka hadir di Kajang malam ini bagi membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim menerangkan kepada pengundi keperluan mengadakan pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu.
Selain menerangkan rasional di sebalik kritikan terhadap PRK itu, PKR berharap dapat menunjukkan kepimpinan yang kukuh kepada orang ramai dengan menggandingkan ketua pembangkang dan populariti Abdul Khalid.
Usaha itu penting bagi menolak dakwaan menyatakan PRK Kajang yang disebabkan peletakan jawatan penyandangnya Lim Chin Cheh daripada PKR merupakan satu gerakan menyingkirkan Abdul Khalid oleh partinya sendiri.
Abdul Khalid dijangka memberi penerangan itu bersama Anwar dalam pelancaran jentera PRK di dewan komuniti Taman Mesra Kajang pada jam 9 malam ini.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata kehadiran Abdul Khalid merupakan pengesahan pelan keseluruhan yang mahu mengangkat Anwar sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor melalui PRK.