Ahad, 2 Februari 2014

KHIR TOYO MOHON AGAR BN TIDAK MASUK BERTANDING DI PRK DUN KAJANG

Biarlah rakyat kata UMNO/BN pengecut ...
Bekas Menteri Besar Selangor yang didapati bersalah atas tuduhan rasuah DS Mohd Khir Toyo telah menggesa agar BN melupakan PRK N25 Kajang kerana mengganggap kemenangan BN di sana sebagai suatu yang mustahil.

    “Don’t contest. It is quite impossible to win the seat and a victory will be pointless as it changes nothing,”

Beliau berkata demikian merujuk kepada jumlah kerusi yang diperolehi BN Selangor pada PRU13 lalu yang cuma mendapat 12 kerusi daripada keseluruhan 56 kerusi. Jika BN menang di Kajang sekalipun, ia tidak akan mengubah apa-apa.

Kemenangan besar Lee Chin Cheh dengan majoriti 6,824 pada PRU 13 mungkin menjadi penyebab Khir Toyo menganggap kemenagan di DUN itu sebagai mustahil.

Khir Toyo juga menganggap PRK Kajang merupakan satu perangkap politik. Beliau menggesa BN agar tidak bertanding kerana baginya hanya  membazir wang. Sebaliknya beliau menyeru BN memberi fokus kepada penyelesaian kenaikan kos sara hidup yang melanda rakyat Malaysia sekarang.

    “So never mind if they call us cowards for not contesting. Let them. We should think about the bigger picture,”


APA LAGI UMNO MAU?????

Pilihan raya kecil Kajang dan masa depan Pakatan Rakyat

Oleh HARIS ZALKAPLI
PERLETAKAN jawatan wakil rakyat Kajang dan persetujuan meletakkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertanding menjadi berita paling mengejutkan dalam politik negara.
Ia meletakkan KeADILan dan Pakatan Rakyat dalam keadaan defensif, kerana tindakan yang tidak dapat diberi justifikasi dan memberi gambaran kepentingan agenda peribadi dan kumpulan mengatasi kepentingan rakyat.

Banyak persoalan sukar timbul ekoran keputusan perletakan jawatan dan hasrat Anwar bertanding di kerusi Dun Kajang, yang bakal membuka ruang kepadanya menjadi sebahagian kerajaan Selangor. Sekurang-kurangnya tiga isu utama menjadikan episod terbaharu drama politik di Selangor ini menunjukkan kelemahan serius KeADILan terutamanya, dan juga Pakatan dalam menangani persaingan kuasa di negeri ini.
Perletakan jawatan Lee Chin Cheh tanpa sebarang sebab yang dapat diterima ialah masalah pertama yang timbul, walaupun isu ini terus tenggelam disebabkan perkembangan sele pas itu yang lebih menarik minat ramai.
Kedua ialah keperluan menukar menteri besar sedia ada kepada pemimpin lain, tanpa ada kesalahan atau isu-isu yang membolehkan tindakan ini diambil, dengan persetujuan parti- parti Pakatan yang bersama membentuk kerajaan negeri.
Ketiga pemilihan Anwar, yang dilakukan dengan segera, untuk bertanding di kerusi Dun Kajang.
Ini menimbulkan persoalan berhubung keperluan beliau bertanding dan berperanan dalam politik dan pentadbiran Selangor, pada masa sama beliau berperanan se bagai ketua pembangkang di Parlimen.
Tiga isu ini, tidak dapat tidak menunjukkan ke arah politik peribadi dan kumpulan sematamata, dengan mengabaikan kepentingan rakyat dan kerjasama politik parti-parti Pakatan. Perkembangan ini kini menjadi ujian terbesar kepada Pakatan, melibatkan integritinya sebagai sebuah gabungan yang selama ini mendakwa meletakkan kepentingan rakyat sebagai satu agenda utama perjuangan.
Peletakan jawatan seorang wakil rakyat yang telah dipilih tidak sepatutnya berlaku dengan begitu mudah, dengan matlamat membuka jalan kepada pemimpin lain untuk memposisikan diri dan mendapatkan kuasa.
Menteri besar, bukan sahaja di Selangor tetapi juga di negerinegeri lain sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan kontroversi. Ada yang lebih melibatkan permainan politik dalaman dan antara parti, dan ada yang melibatkan hal pentadbiran.

PRK dun Kajang: Darah Perjuangan Anwar Ibrahim Rupanya Masih Mengalir Dalam Tubuh Zahid Hamidi

Oleh Shahbudin Husin
Dalam suasana UMNO dan BN masih kalut bagi menghadapi pilihanraya kecil DUN Kajang iaitu sama ada BN perlu bertanding atau tidak dan sama ada calon Melayu atau Cina yang perlu diletakkan bertanding di kawasan itu, Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN berpegang kepada prinsip "lawan tetap lawan" bagi menghadapi pilihanraya itu.
 

Katanya, biar pun perkara mengenai calon belum diputuskan dan sekiranya seseorang itu sudah dimuktamadkan untuk bertanding mewakili BN, pendirian kita ialah "lawan tetap lawan" kerana sesiapa saja yang menentang BN adalah dianggap sebagai musuh BN.

Pendirian dan sikap tegas Zahid itu tidak ada yang peliknya, malah itulah kewajaran yang sepatutnya bagi mana-mana juga pemimpin politik. Tetapi yang menimbulkan sedikit pelik dan tanda-tanya ialah bila mana Zahid menggunakan unngkapan "lawan tetap lawan" kerana semua orang tahu ungkapan itu begitu sinonim digunakan oleh Anwar Ibrahim sejak dipecat daripada UMNO dan kerajaan pada 1998 lagi.

Dalam kempen PRU 13, ungkapan itu menjadi lebih popular kerana Anwar hampr menyebutnya dalam setiap ceramahnya bagi menaikkan semangat dan menggelegakkan lagi darah perjuangan pengikut serta penyokongnya.

Apabila Zahid tiba-tiba menggunakan ungkapan itu, sedangkan beliau boleh memilih menggunakan ungkapan lain atau setidak-tidaknya mengulangi frasa-frasa kata yang kerap disebut oleh Najib Razak, timbul tanda-tanya mengenai kecenderungan dan kekagumannya terhadap Anwar Ibrahim.

Apakah beliau masih mengkagumi Anwar Ibrahim seperti dahulu?

Walaupun Zahid melonjak dalam dunia politik melalui tangga sebagai Setiausaha Politik Najib tetapi semua orang mengetahui bahawa beliau adalah "budak Anwak" sejak zaman Pemuda UMNO lagi. Bahkan ada khabar yang menyebut bahawa Anwarlah yang meletakkan beliau sebagai Setiausaha Politik Najib berikutan ketika itu Najib juga merupakan penyokong Anwar.

Selepas bertahun-tahun berkhidmat dengan Najib, Zahid kemudian meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik dan diberikan kedudukan sebagai Pengerusi Bank Simpanan Nasional serta beberapa entiti korporat seperti Kretam Holding dan banyak lagi. Ketika itu Anwar ialah Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Jadikan PRK Kajang referendum umum, kata Karpal


Putrajaya dan Shah Alam boleh menggunakan pilihan raya kecil (PRK) Kajang sebagai undi bagi meraih pandangan umum mengenai isu penting yang menjejaskan rakyat, kata DAP.
Pengerusinya, Karpal Singh (gambar) berkata ia adalah masa terbaik bagi kerajaan persekutuan dan Selangor didedahkan dengan penelitian serta mempertahankan dasar kedua parti tersebut.
Katanya, apa sahaja isu yang menyentuh mengenai penduduk tempatan, kerajaan negeri mahupun persekutuan boleh melaksanakan debat semasa dalam tempoh kempen bagi memberi ruang rakyat untuk menghakimi.
"PRK kali ini adalah medan terbaik bagi menguji kedua-dua parti sebagai institusi perlembagaan yang mewakili populasi berbilang kaum di Semenanjung," katanya kepada The Malaysian Insider.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, sudah semestinya PR akan membangkitkan isu seperti kenaikan harga barang, pengenalan kepada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta  perbalahan agama yang semakin keruh di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
"Saya yakin Putrajaya dan Barisan Nasional (BN) akan mengambil peluang ini untuk menyerang kerajaan Selangor dan kepimpinan PR. Kami bersedia menangkis tuduhan mereka dan menerima keputusan pengundi," katanya.

Isu seks Anwar jadi modal BN di Kajang kata Ketua Penerangan Umno


Rayuan kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan video seks seorang lelaki menyerupai beliau dijangka menjadi modal kempen BN dalam pilihan raya kecil Kajang tidak lama lagi.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata pengundi Kajang perlu diingatkan yang pembangkang menawarkan seorang calon dengan beban kes mahkamah yang masih belum selesai.

"Yang akan berlawan dengan kita ini ialah Anwar Ibrahim yang kes liwatnya belum selesai. Persepsi terhadap beliau masih ada tentunya sebab dia belum disahkan Mahkamah Rayuan dan selepas itu belum lagi disahkan di Mahkamah Persekutuan.

"Jadi, dia tak boleh menghalang siapa-siapa untuk bercerita bahawa dia adalah seorang yang masih lagi mempunyai kes di mahkamah.

"Kes liwat dengan Saiful dan kes video itu. Jadi pengundi Kajang kena diberitahu tentang perkara ini dan tidak ada menyalahi apa-apa untuk kita bercerita tentang Anwar Ibrahim ini supaya pengundi Kajang memilih orang yang benar-benar sesuai menjadi ADUN mereka.

"Itu satu perkara yang saya sebut tadi dalam penjelasan untuk bercerita siapa sebenar Anwar Ibrahim," katanya di Kajang petang tadi.

Jalan Anwar ke Kajang penuh liku dengan taktik kotor Umno


Mampukah Anwar melepasi segala halangan untuk memenangi PRK DUN Kajang? - Gambar The Malaysian Insider. 
Mampukah Anwar melepasi segala halangan untuk memenangi PRK DUN Kajang? - Gambar The Malaysian Insider.

Dalam kesibukan orang ramai membahaskan tindakan betul atau salah Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi DUN Kajang, terdengar amaran keras dari dalam Umno.
Umno dan kononnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO ) memulakan kempen mereka untuk menyekat Anwar daripada mendapat akses kepada para pengundi – bukti yang menunjukkan kebimbangan mereka yang sangat nyata.
Dari Perlis ke Johor, setiap muslihat telah dijalankan terhadap pembangkang. Pada masa tertentu, pengaruh istana digunakan dan kadang- kala bekerjasama dengan pihak berkuasa agama.
Bagaimanapun,  taktik undang-undang yang sering digunakan oleh Umno.
Justeru, ini yang nampaknya terjadi kepada kejadian di Kajang di mana Anwar dihalang daripada memberi tazkirah di sebuah masjid di Impian Saujana, Kajang yang dikatakan atas arahan daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya memberikan tazkirah sebelum Jumaat manakala Ketua Peneraangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty sepatutnya memberi khutbah Jumaat.
"Tetapi selepas solat subuh pada 30 Januari, pihak masjid memberitahu kami bahawa mereka telah ditekan oleh Mais untuk menghentikan acara tersebut. Justeru, ahli jawatankuasa masjid tidak berani untuk meneruskan perancangan awal itu.
"Jadi kami terpaksa cepat mencari masjid lain," kata sumber itu, yang juga adalah sebahagian daripada pasukan Anwar, menjelaskan bagaimana program ini kemudiannya berpindah dari masjid Impian Saujana ke masjid kariah di Batu 10 Cheras, yang merupakan sebahagian daripada kawasan Kajang. Ini  juga bagaimanapun turut disekat oleh Mais di saat-saat akhir.

Ikan - Pancing, Tangkap & Lepas? - Dato Dr MAZA

Jatuh Talaq Mengaku Bujang? - Dato Dr MAZA

Kafir Yang Baik Berhak Kepada Syurga Allah? - Dato Dr MAZA

Khutbah - Doa Untuk Ketua Negara? - Dato Dr MAZA

Maulid Nabi saw? - Dato Dr MAZA

Amal Empat Mazhab? - Dato Dr MAZA

Nisa' Ajak Remaja Bersama Aktiviti Sosial Bersyariat dan Bermanfaat

Anwar Ibrahim: Yang Kena Masuk Penjara Aku, Yang Kena Pukul Aku, Yang Marah Mahathir

Anwar Ibrahim: Keluar Negeri Banyak Kali, Siapa Bayar?

Anwar Ibrahim: Orang Susah, Apa Kita Nak Buat?

Anwar Ibrahim: Korupsi & Kapitalisme Di Malaysia

Maksud HIKMAH - Dato Dr MAZA

Serulah Ke Jalan Tuhan Dengan Hikmah - Dato Dr MAZA

Kita Disuruh Memberi Nasihat - Dato Dr MAZA

Wa'az Antara Yang Banyak Mereka/Menyebar Hadith Palsu - Dato Dr MAZA

Agama Meraikan Nilai Keinsanan - Dato Dr MAZA

'Amr bin Yaasir - Dato Dr MAZA

Bughah - Dato Dr MAZA

Panjangkan Solat Pendekkan Khutbah - Dato Dr MAZA

Kahwin Dengan Sepupu? - Dato Dr MAZA

Taubat Kemudian Buat Lagi? - Dato Dr MAZA

Cerita Tentang Orang & Sebut Namanya? - Dato Dr MAZA

Generasi Muda Kurang Minat Pada Islam? - Dato Dr MAZA

Amiruddin cabar Mukhriz lapor SPRM jika ada bukti

ALOR SETAR: Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah mengingatkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir agar tidak perlu mengugut dengan memberi amaran untuk membuka fail lama di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sebelum ini sebagai reaksi kepada pendedahan kepincangan pentadbirannya.

"Sekiranya benar wujud keraguan pada pentadbiran lalu, sila laporkan kepada pihak berwajib," cabar beliau.

Jelasnya, PAS Kedah sebagaimana komitmen dinyatakan Pesuruhjaya, Datuk Mahfuz Omar bahawa PAS tidak akan melindungi sebarang salahguna kuasa dan rasuah yang berlaku.

"Tidak mengapa sekadar hendak menjadi bahan lawak dalam ceramah, tetapi perkara dinyatakan Datuk Seri Mukhriz adalah hal serius yang mesti dibuktikan. Sekiranya tidak, bermakna beliau telah berbohong dan memfitnah.

"Bagaimanapun, bagi PAS dan rakan Pakatan Rakyat, kami tidak akan berhenti dan akan terus membongkar serta mendedahkan begitu banyak kelemahan dan penyelewengan yang berlaku dalam tujuh bulan pentadbiran BN Kedah.

"Adalah ditegaskan juga, tugas kami sebagai Pembangkang adalah membetulkan kerajaan dari sebarang perancangan dan pelaksanaan yang boleh merugikan rakyat dan negeri," ujarnya membidas amaran Mukhriz itu.

Mukhriz tertekan hadapi pendedahan penyelewengan

ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menyifatkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berada dalam keadaan sangat tertekan menghadapi pendedahan penyelewengan dan salah urus tadbir Kerajaan Negeri Kedah pimpinannya.

Ketua Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria berkata, tindakan Mukhriz melontarkan amaran terhadap perkara itu telah menimbulkan sangsi dan menzahirkan kelemahan Mukhriz dalam mendepani dakwaan berkaitan.

"Mukhriz tidak perlu bimbang sekiranya pentadbiran beliau bersih dari sebarang penyelewengan dan salah urus tadbir. Bukankah sifat berani itu benar dan takut itu salah?

"Sebagai pihak yang sedang memimpin sebuah kerajaan, beliau sepatutnya mempunyai kekuatan menjelas dan menerangkan hal sebenar.

"Bukan melontarkan amaran dan ugutan kerana sikap itu dilihat tidak matang dan kebudak-budakan," bidas Nasir.

Pakatan mesti selesai isu di Selangor dahulu, kata Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim di majlis penerangan kepada penduduk Permatang Pauh berhubung keputusannya bertanding di Kajang, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 2 Februari, 2014.Datuk Seri Anwar Ibrahim di majlis penerangan kepada penduduk Permatang Pauh berhubung keputusannya bertanding di Kajang, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 2 Februari, 2014.Pakatan Rakyat tidak perlu bercakap untuk memembentuk kerajaan alternatif jika gagal menangani "ribut" yang berlaku di Selangor sekarang, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, sejak beberapa bulan ini negeri itu diserang beberapa isu yang menguji kepimpinannya.
Ribut yang dimaksudkan Anwar adalah isu Allah apabila Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Persatuan Bible Selangor dan merampas lebih 300 naskah Bible berbahasa Melayu dan Iban serta isu  air.
"Walaupun kerajaan Selangor diuruskan dengan baik daripada segi ekonomi tetapi masalah gereja dan Bible isu besar di Selangor, jadi saya perlu membantunya," katanya pada sidang media di Yayasan An Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh, Pulau Pinang, malam tadi.
Terdahulu, Anwar memberikan penjelasan kepada kira-kira 500 penduduk tempatan di kawasan Parlimennya itu mengenai keputusannya bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
"Kita bercakap soal pentadbiran yang baik dan pengurusan ekonomi tetapi tidak mengambil berat kekuatan politik untuk Pakatan Rakyat adalah satu kesilapan.
"Kita tidak boleh bercakap soal kerajaan alternatif tanpa kemampuan untuk menunjuk dan membuktikan kita boleh kawal ribut ini," katanya.

PRK Dun Kajang: Umno lebih awal membazir – Saifuddin Abdullah

KOTA BHARU: “Kalau hendak dikatakan membazir, maka Umno lebih awal membazir kerana berlaku dua pilihan raya kecil (PKR) di Selangor suatu ketika dahulu di parlimen Kuala Selangor dan Dun Permatang.
“Ini bermakna bukan kali pertama ada wakil rakyat letak jawatan bagi memberi laluan pilihan raya kecil diadakan,” kata bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.
Pada 1997 Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abu Hassan Omar meletak jawatan bagi menggantikan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, sebagai Menteri Besar Selangor.
Muhammad meletak jawatan ekoran pertuduhan di mahkamah Australia berikutan kegagalannya mengisytiharkan tunai RM2.4 juta ketika meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada Disember 1996.
Abu Hassan meletak jawatan sebagai anggota Parlimen Kuala Selangor untuk bertanding di Dun Permatang, yang mana ketika itu disandang Datuk Jamaluddin Adnan.
Pada pilihan raya kecil 29 Mei 1997 itu Barisan Nasional mengekalkan kedua-dua kerusi dan Abu Hassan dilantik menjadi Menteri Besar 6 Jun.
Saifuddin sekarang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global Movement of Moderates berkata, tidak ada sesuatu yang pelik apabila berlaku perletakan jawatan wakil rakyat bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil diadakan.

Mais dan Jais yang pertama halang kempen Anwar di Kajang


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berucap di Masjid Kariah Batu 10, Cheras yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Februari, 2014.Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berucap di Masjid Kariah Batu 10, Cheras yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Februari, 2014.Program kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang mendapat halangan sejak hari pertama lagi daripada pihak berkuasa agama negeri iaitu Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Halangan ini membayangkan kesukaran untuk Anwar bergerak ke kerusi menteri besar Selangor.
Ia dilakukan dengan cara menyekat Anwar menemui penduduk Kajang menggunakan masjid yang terletak di bawah pentadbiran Mais.
Mais didakwa mengugut akan menangkap Anwar jika dia memberikan tazkirah di sebuah masjid di Selangor pada hari pertama kempen.
Ia berlaku apabila pasukan kempen Anwar merancang untuk membolehkan Anwar menyampaikan tazkirah sebelum solat Jumaat di Masjid Batu 10, Cheras pada Jumaat lalu.

Anwar: Cabaran politik S'gor berat buat Khalid


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menepis dakwaan beliau mengintai kerusi DUN Kajang semata-mata untuk menyelesaikan masalah dalaman parti, seperti mana kritikan pelbagai pihak.

Dalam sidang medianya di Masjid Al-Nadhoh di Seberang Perai, malam tadi, Anwar menjelaskan adalah di luar keupayaan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menangani cabaran politik di negeri itu khususnya propaganda dan tekanan kerajaan persekutuan.

Anwar berkata strategi keseluruhan di belakang "Gerakan Kajang" bahawa ia adalah penting bagi Selangor untuk menjangkaui hanya menjadi negeri yang cekap, dan untuk mengekalkan status quo.

"Untuk dilihat sebagai model ialah mampu menahan propaganda yang berterusan dan tekanan yang berterusan daripada kerajaan persekutuan, yang menyebabkan banyak program kita ditangguhkan atau tergelincir," kata Anwar selepas berucap kira-kira 800 di Kubang Semang, di Seberang Perai, Pulau Pinang.

PRK Dun Kajang: Strategi Sun Tzu & Muhammad Al-Fateh ‘peningkan’ Najib

PKR1KEPUTUSAN Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan dirinya sebagai calon DUN Kajang memeningkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang ketika ini terpaksa berhadapan tekanan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad dan konco-konconya.
Dalam hal ini, PKR dan Pakatan Rakyat lebih bersedia untuk ‘pertempuran’ di Kajang berbanding BN yang masih bercelaru sama ada mahu menyertainya ataupun tidak.
Hinggakan, timbul cadangan jenaka kononnya BN akan meletakkan jaguh badminton nombor satu dunia, Lee Chong Wei untuk berhadapan dengan Anwar. Ini jelas membuktikan BN tidak bersedia.
Diburukkan lagi situasi keadaan semasa dengan isu kenaikan harga kos sara hidup, ramalan keupayaan untuk BN menang dalam PRK Kajang menjadi hampir mustahil.
Biarpun ada pihak mendakwa wang rakyat tidak perlu dibazir untuk pilihan raya kecil, realitinya SPR berbelanja RM11 juta bagi melaksanakan 16 PRK selepas PRU 12.
Malah, SPR berbelanja antara RM318,000 hingga RM1.3 juta untuk sebuah pilihan raya kecil yang masih lagi ‘murah’ berbanding sebuah cincin permata dan penggunaan jet!
borosNajib sendiri terkenal dengan sifat membazir. Lihat sahaja bil elektrik
kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana yang mencecah RM2,237,788.13 pada 2012 dan RM311,174.25 untuk bayaran air sepanjang tahun itu.
Jika benar BN ikhlas memperkatakan soal pembaziran, mengapa tiada teguran keras dalam hal itu? Dan, untuk mengelakkan ‘pembaziran’ yang dikompangkan BN, mereka patut tidak terlibat dan sanggup memberi kemenangan kepada Anwar.
‘Tragedi bertukar kepada strategi’
Pengosongan DUN Kajang yang mulanya dikritik ramai kerana dianggap semata-mata menyelesaikan isu dalaman PKR, mula mendatangkan impak negatif kepada BN apabila ‘tragedi bertukar kepada strategi’ buat Pakatan Rakyat lantaran BN terkapai-kapai.

Rasional Anwar sebagai menteri besar Selangor


Amin Iskandar@Black

"Politik itu bukan sains tetapi seni," kata Oto Von Bimarck, canselor pertama Jerman.
Sebab itu politik itu sukar diduga. Bukan seperti sains yang sudah mempunyai formulanya.
Begitu juga dengan politik di Selangor, apa yang berlaku hari ini bukanlah sesuatu yang dijangka.
Krisis di antara Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan dapat diselesaikan di meja rundingan.
Jika tiada apa-apa dilakukan, tidak mustahil Selangor akan mengulangi sejarah Kedah di mana, pergaduhan dalaman PAS menyebabkan negeri jelapang padi itu kembali kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Krisis ini lebih baik diselesaikan sekarang daripada dibiarkan sehingga Pilihan Raya Umum ke-14.
Peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang mengejutkan ramai pihak.
Lebih mengejutkan lagi apabila Abdul Khalid mengumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Ramai yang marah. Laman sosial Facebook dan Twitter dipenuhi dengan caci maki kepada Anwar dan PKR.
Pengguna laman sosial beranggapan Anwar dan PKR lebih mementingkan parti berbanding rakyat.
Ada juga yang mengatakan Anwar tamak dan rakus kerana mahu menjadi menteri besar Selangor.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press, Datuk A Kadir Jasin pula menganggap Anwar mengorbankan cita-citanya sejak 1982 untuk menjadi perdana menteri Malaysia dan sanggup menjadi menteri besar demi menyelesaikan krisis Selangor.
Umno dan BN mengatakan Pilihan Raya Kecil DUN Kajang merupakan satu pembaziran dan berlaku kerana masalah dalaman PKR.
Umno mungkin terlupa, pada 1997 perkara sama dilakukan apabila Tan Sri Muhammad Muhd Taib meletak jawatan dan Tan Sri Abu Hassan Omar mengambil alih sebagai menteri besar Selangor.
Beberapa pemimpin PAS juga terang-terangan "membelasah" PKR kerana membelakangkan mereka sebelum keputusan mengosongkan DUN Kajang dibuat.
Mungkin pemimpin muda PAS ini juga tidak membaca sejarah satu ketika dahulu, krisis dalaman parti Islam itu menyebabkan darurat diisytiharkan sehingga tumbang kerajaan Kelantan.
Menurut Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, jika Abdul Khalid ditukar, mereka akan menamakan Iskandar Samad sebagai calon menteri besar.
Tidak dapat dinafikan, Abdul Khalid memang popular di kalangan rakyat Selangor.
Beliau juga hebat dalam mengurus wang negeri. Berbilion wang rizab negeri berjaya dikumpul.
Tetapi, itu semua belum mencukupi untuk menjadi seorang menteri besar yang baik kerana untuk menguruskan negeri, kemahiran berpolitik lebih penting.

Empangan Baram mula memecahbelahkan penduduk


Kain rentang dan sepanduk yang dipasang di kawasan berhampiran tapak pembinaan Empangan Baram sebagai tanda tidak setuju daripada penduduk. Gambar fail.Kain rentang dan sepanduk yang dipasang di kawasan berhampiran tapak pembinaan Empangan Baram sebagai tanda tidak setuju daripada penduduk. Gambar fail.Ironinya, walau 100 hari sekalipun Orang Asli mengadakan demonstrasi anti empangan di pedalaman Baram, Sarawak  dalam usaha mereka menghalang pembinaan empangan hidroelektrik yang bernilai RM4 bilion tersebut, cara hidup berkurun lamanya yang ingin mereka kekalkan sudah mula dirobohkan.
Terdapat tanda empangan yang dicadangkan tersebut - walaupun masih dalam peringkat kajian kesesuaian, perlahan-lahan memusnahkan fabrik sosial komuniti yang tinggal di kawasan tapak empangan tersebut, termasuk penduduk yang tidak begitu terjejas dengan projek  yang ingin menjana kuasa dari Sungai Baram bagi rancangan perindustrian.
Kini ia mula dirasai oleh pemimpin masyarakat yang dilantik kerajaan untuk memenangi sokongan 'anak biak' (warga rumah panjang) bagi membina empangan tersebut.
"Dahulu tidak pernah begini, pantang untuk melawan orang tua kami. Sekarang sudah ada tanda pemberontak terhadap ketua yang selama ini mereka hormati," kata seorang wakil rumah panjang apabila bercerita tentang mesyuarat baru-baru ini di Miri dengan wakil kampung yang bakal ditenggelami oleh empangan ini untuk berbincang mengenai pampasan yang mereka akan pohon kepada kerajaan jika empangan tersebut dibina.
Mesyuarat tersebut dilaporkan menjadi sesi tuduh menuduh antara mereka yang sangsi dan syak atas manfaat empangan tersebut dengan jawatankuasa dilantik kerajaan yang mempengerusikan mesyuarat itu.

Aishah, Farah Asyikin minta padam gambar lama


JELUTONG: Bekas penyanyi terkenal tanahair, Wan Aishah Ariffin dan Farah Asyikin sekali lagi menyeru mana-mana pihak yang masih menyimpan gambar lama mereka dalam Youtube agar memadamkannya.

Bagi mereka, tidak cantik gambar dalam keadaan jahiliah disiarkan memandangkan mereka telah berhijab dan tidak lagi terlibat dalam dunia glamour itu.

"Harap semua pihak memahami perasaan kita yang telah lari dari dunia glamour.  Gambar yang ada dalam simpanan individu terutamanya yang masih disiarkan dalam Youtube harap buang. Biarlah ianya berlalu sebagai kenangan, " jelas mereka dalam program santai bersama artis sempena Sambutan 25 tahun PAS Jelutong petang tadi.

PRK DUN Kajang memang dirancang, kata Anwar Ibrahim


Mengosongkan kerusi DUN Kajang memang rancangan pakatan pembangkang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gambar fail.Mengosongkan kerusi DUN Kajang memang rancangan pakatan pembangkang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gambar fail.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti sekutu dalam pakatan pembangkang memang membuat perancangan untuk mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi memberi laluan kepadanya bertanding di kawasan itu.
Beliau berkata, peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu juga dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu, dan bukan secara mengejut.
"Dia (Lee) meletak jawatan itu bukan tanpa rundingan. Dia letak (jawatan sebagai Adun) itu memang hendak beri ruang kepada saya untuk bertanding. Kerajaan negeri Selangor juga mengetahui tentang perkara itu.
"Dalam politik kena ada kejutan, dan ini (peletakan jawatan Lee) dianggap sebagai satu strategi kita (PKR)," katanya kepada kira-kira 200 ahli jawatankuasa cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan cabang wanita di Yayasan An Nahdoh, Kubang Semang di Bukit Mertajam.

Malaysia Kita: Inspektor antara enam polis ditahan ugut suspek

KAJANG - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan lima anggota dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini boleh diibaratkan sebagai 'musang berbulu ayam' apabila memeras ugut 'suspek' berkaitan kes dadah sebanyak RM12,000 di Jalan Bukit Mewah di sini Selasa lalu.
Turut ditahan seorang lelaki awam yang merupakan pengantara polis dan mangsa.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pihaknya kini sedang mendapatkan beberapa bukti lain untuk melengkapkan siasatan berhubung kejadian itu sebelum menghantar kertas siasatan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya.
"Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk melengkapkan lagi siasatan sebelum mendakwa mereka di mahkamah namun kita masih memerlukan beberapa bukti lengkap sebelum tindakan susulan dilakukan.
"Pegawai dan anggota polis yang terbabit kini masih dalam jaminan polis dan sekiranya didapati mereka positif terbabit dalam kejadian ini, tindakan tegas akan dikenakan termasuk menggantung tugas mereka selain tindakan undang-undang yang bakal dihadapi," katanya selepas mengadakan sesi lawatan lokasi penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Kajang di sini semalam.

Malaysia Kita: Trauma mangsa dera



TEKANAN perasaan yang dilalui seawal usia kanak-kanak boleh menjejaskan proses pembelajaran.


SESI persekolahan yang baru sahaja bermula awal bulan lalu mungkin meninggalkan pengalaman pahit buat Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan rakannya, Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith.
Manakan tidak, kedua-dua murid tahun empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng, Sungkai, Perak itu terpaksa berdepan detik-detik memalukan apabila mereka dilayan seperti seekor lembu dalam kejadian yang berlaku pada 16 Januari lepas.
Mereka yang masing-masing berusia 10 tahun bukan sahaja diarah memakai loceng di leher malah turut dipaksa makan rumput hanya kerana gagal menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.
Hukuman denda yang disifatkan keterlaluan itu dibuat oleh seorang guru lelaki yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan.
Sebelum diperlakukan sedemikian, guru berusia 26 tahun itu terlebih dulu didakwa merotan tapak tangan pelajar tersebut sebanyak dua kali.
Tidak cukup dengan itu, guru terbabit turut mengugut mangsa untuk memuat naik gambar mereka menjadi ‘lembu’ yang diambil menggunakan telefon bimbit ke laman Facebook.
Ibu kepada salah seorang mangsa, Siti Aisyah Hashim, 32, berkata, anaknya mengalami trauma dan malu dengan kejadian tersebut apabila terdapat rakan-rakan mengejek mereka dengan panggilan ‘lembu’.
Katanya, guru terbabit mengakui anaknya merupakan seorang murid yang pandai, namun akibat perbuatannya, anak kedua daripada enam beradik itu kini fobia untuk ke sekolah.
“Saya terkilan kerana kita hantar mereka ke sekolah untuk belajar tetapi guru pula tunjuk contoh yang tidak baik,” kata Siti Aisyah.

Siri Hadis 14: Kasih Mengasihi

Siri Hadis 13: Tiada Siapa Yang Kekal

Siri Hadis 12 : Larangan Menipu

Siri Hadis 11: Meninggalkan Solat

Siri Hadis 10: Hadis Jenazah Yang Dipuji Atau Dicela

Siri Hadis 9: Sempurnakan Wudhu'

Siri Hadis 8 : Bantu-membantu

Siri Hadis 7: Sunnah Kebaikan dan Kejahatan

Siri Hadis 6: Keutamaan Bersedekah

Siri Hadis 5: Keberkatan Mereka Yang Berpagi-pagi

Siri Hadis 4: Niat

Siri Hadis 3: Jangan Tergesa-gesa Dalam Menunaikan Solat

Siri Hadis 2: Istighfar Dan Keampunan Allah

Siri Hadis 1: Ganjaran Barisan Pertama

Signs of relief in Damascus

Indonesia volcanic eruption turns deadly

Several hurt as clashes rattle Thai capital on eve of vote

Ukraine protest leader remains in hospital

Violence wreaks havoc on Bangkok a day before election

FORUM PERDANA: "IBRAH RABIUL AWWAL"

Diskusi Siri 2 Demokrasi Di Malaysia