Sabtu, 1 Februari 2014

PRK Dun Kajang: BN calonkan Rosmah Mansor lawan Anwar Ibrahim...!!! Ada Berani..??

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tidak benarkan Lee Chong Wei dicalonkan di prk DUN Kajang.

Disebabkan BN mahu orang yang hebat dalam industri badminton negara untuk menjadi calonnya, besar kemungkinan BN akan meletakkan peminat badminton utama negara, Rosmah Mansor akan dicalonkan menentang Anwar Ibrahim di prk N25 Kajang.

Sebelum ini media cetak dan portal online termasuk laman sosial Facebook rancak melaporkan BN bercadang untuk mencalonkan pemain badminton nombor satu negara, Lee Chong Wei sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Kajang.

PRK Dun Kajang: 'Lawan tetap lawan', kata BN


 SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) memegang prinsip 'lawan tetap lawan' biarpun belum memuktamad calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata walaupun secara lazimnya kerusi Dun Kajang diperuntuk kepada MCA namun kuasa mutlak pemilihan calon terletak di tangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan akan diputus pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

"Saya berpendirian bahawa jika BN putuskan untuk letakkan calon dalam PRK Dun Kajang dari parti mana sekalipun, terutama jika parti itu pernah meletakkan calonnya dalam PRU lalu di Dun itu, maka kita akan hormati keputusan tersebut.

"Dan sekiranya seseorang calon itu telah dimuktamad menjadi calon rasmi BN, pendirian saya secara peribadi 'lawan tetap lawan' kerana mana-mana parti yang meletakkan calon mereka dalam pilihan raya kecil sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, tetap dianggap musuh politik BN," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional 2014 (PENA) peringkat negeri
Selangor di Universiti Teknologi MARA hari ini.

Dr M all out to topple Najib no longer SPECULATION BUT REALITY!

Dr M all out to topple Najib no longer SPECULATION BUT REALITY!
When Dr Mahathir Mohamad speaks, everyone listens.
But, he is only to be heard with a pinch of salt.
For some, even a pinch of salt is enough to make the dish unpalatable. Dr Mahathir has turned himself to be someone that cannot be trusted anymore and every word that he utters can no longer be taken in literally.
As he grows older, Dr Mahathir is less capable of camouflaging himself and hiding the motives of his actions. Realising that he is now coming to the end of his life, he is now desperate to leave behind a legacy which he had sought to create for himself.
Everyone can see through his denial of trying to topple prime minister, Najib Abdul Razak. No one would trust this old man anymore when he speaks straight.
Even the bridge that he tried to build across the Straits of Johor was anything but straight.
Melayu Mudah Lupa
Najib is probably one of the successors that now Dr Mahathir has categorised as another "Melayu mudah lupa" (forgetful Malay)
Najib has forgotten that it was Dr Mahathir who pulled the carpet on Tun Abdullah A. Badawi, and placed him as the anointed one for one simple reason - so that his son would rise to at least fill the post of Vice Presidency.
However, hell broke loose on Mahathir. Although he had initially predicted that Mukhriz would not win in the Umno polls, the Malaysian maverick later blamed it on Umno's money politics.
In other words, he was secretly wishing that his son would win one of the three top posts in Umno Baru, which he himself had created.
After all, which father would say that his son is useless? Even if the whole world said that he lacked the credibility, the father would say he is demi-god.
Understandably, this is expected of someone who has been a dictator all his tenure as prime minister. Jealousy has turned him into a green monster when Abdullah Badawi won a big mandate in 2004. I wonder what he would have said had Mukhriz received such a strong mandate from the people!
Why Melayu Mudah Lupa?
The reasons are simple. All through his tenure in office, Dr Mahathir has merely enriched his own family and cronies.
While most of us are still caught in the middle income trap, his cronies are among the richest in the world. Those who choose not to follow his footsteps are the Melayu who come under his heavy criticisms.
Even Selangor Menteri Besar, Khalid Ibrahim was not spared of this criticism initiated by Mahathir.
They are the ones who have forgotten Dr Mahathir's great and wonderful deeds, while he himself has just as short memory when it came to issues such as the IC Project in Sabah, the PKFZ deal and the Lingam's case.

PRK Dun Kajang: Khairy Jamaluddin tidak izin Chong Wei bertanding

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak membenarkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dijadikan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Khairy Jamaluddin berkata, Chong Wei adalah harta negara dan tidak boleh disentuh untuk tujuan PRK DUN Kajang.
Beliau berkata demikian melalui akaun Twitternya ketika mengulas cadangan parti komponen Barisan Nasional yang ingin meletakkan Chong Wei sebagai calon di Kajang.
"Tolong jangan sentuh Lee Chong Wei.
"Dia adalah harta negara. Sebagai menteri sukan saya tidak benarkan," tulisnya sebagai membalas pertanyaan seorang pengikutnya di laman itu, seperti dilaporkan Sinar Harian, hari ini.
Sebelum ini, akhbar melaporkan Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul berpendapat MCA perlu meletakkan calon popular untuk mengatasi Anwar dan mencadangkan Chong Wei sebagai calonnya.
Semalam media melaporkan, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyenarai pendek calon yang akan bertanding di DUN Kajang, Selangor.
Ketika ditanya media mengenai pemilihan Chong Wei, Tiong Lai bagaimanapun enggan mengulas mengenai  perkara itu.

Jawatan MB: 4 kali sudah ditanya soalan sama - Tan Sri Khalid

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 
SHAH ALAM - Desas-desus bahawa dirinya akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, disangkal sekali lagi oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah acapkali soalan itu diajukan kepada dirinya.

Menurut Abdul Khalid, soalan itu yang menjadi mainan media mutakhir ini, adalah suatu perkara yang tidak benar.

"Tak ada (nak letak jawatan).

"Ini kali keempat saya ditanya, setiap minggu saya ditanya mengenai peletakan jawatan, tapi tak ada," katanya pada sidang media di kediamannya, hari ini.

Sebelum ini pelbagai spekulasi timbul kononnya Abdul Khalid akan melepaskan jawatan yang disandangnya ekoran pelbagai kontroversi termasuk isu kepimpinan.

Khabar itu semakin bertiup kencang apabila Adun Kajang, Lee Chin Cheh meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Ketua Umum PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi itu yang dikaitkan dengan usaha memulihkan masalah dalaman PKR Selangor.

Abdul Khalid ketika kali pertama mengulas isu ini minggu lalu berkata, apa yang penting kepada beliau ialah untuk menyelesaikan kemelut ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang membabitkan penyingkiran Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, daripada ahli lembaga pengarah agensi itu.

DUN Kajang : Najib anggap Kajang Selangor bukan bawah Federal?

PRK Dun Kajang: Penduduk bimbang kempen ganas

“Saya amat bimbang jika kempen menghasut dan menghina dijalankan, pergaduhan akan berlaku,” kata bekas guru.

PETALING JAYA: Kempen secara keterlaluan dalam pilihan raya kecil kerusi negeri Kajang akan ditolak oleh penduduk tempatan,
“Jangan cemarkan tempat ini (KaJang) dengan budaya samseng.
“Kajang adalah bandar yang aman,” beritahu Osman Ibrahim ketika ditemui sebuah  restoran petang semalam.
Bekas guru itu berkata, beliau menetap di Kajang sejak 35 tahun lalu sejak berpindah dari Negeri Sembilan.
Beliau mempunyai 10 orang anak dan lima daripadanya  tinggal di Kajang sama ada bekerja atau berniaga.
Osman berkata, dalam pilihan raya kecil selalu berlaku pergaduhan dan perkelahian.
“Saya amat bimbang jika kempen menghasut dan menghina dijalankan, pergaduhan akan berlaku.
“Lebih-lebih lagi banyak orang luar datang macam-macam boleh berlaku,” kata beliau.
Sesak dan bising
Penaiga makanan ringan yang mahu dipanggil Roslah pula berkata, Kajang akan sesak dan bising sepanjang berkempen kelak.
Katanya, dari satu segi peniaga untung tetapi masalah kesesakan lalu lintas akan berlaku tidak mengira siang malam.
“Kalau rumah tempat ceramah jam 12 tengah malam tidak boleh tidur lagi.

Political chess a necessary evil?

As Khalid is stubborn and stingy, PKR's mission to strengthen the state is a necessary move although it is fraught with risks.

PKR’s move to have opposition leader Anwar Ibrahim to contest the Kajang state seat is a strategy to enhance Pakatan Rakyat’s grip on Selangor state. It is a risky strategy but a necessity in the light of current events in the opposing side where there are many undercurrents going on.
Commenting on the current political situation, Shah Alam MP, Khalid Samad of PAS said, “Someone may be deposed and someone may come back”.
Therefore it is better for Pakatan Rakyat to launch a move to shore up one’s defences before anything untoward happens.
As Sun Tzu has said in The Art Of War: you must know your enemy as well as knowing yourself. When there are rumblings in the BN camp, Pakatan must take heed and act accordingly before it is too late.
Although Khalid Ibrahim has done a good job as Menteri Besar, he is too stingy and has hoarded up RM2.9 billion in the state coffers. Being thrifty is good but there is no need to be stingy.
Moreover, politics and polls are unpredictable. This means that if Pakatan loses in the 14th General Election, all the hard-earned money in the state coffers can be claimed credit by BN.
It is therefore wise for the PKR-led Selangor state government to be more generous towards the rakyat as the state coffers can well afford it. In fact after GST (Goods & Services Tax) is implemented next year, the Pakatan Selangor state government must give out more shopping vouchers to the low income group to help cushion the impact.
As Khalid is stubborn and stingy, PKR’s mission to strengthen the state via the Kajang by-election is a necessary move although it is fraught with risks. Still, PKR hopes that the Kajang voters understand this strategy and will not fall prey to BN’s campaign promises.

Pastikan PR kukuh terajui Selangor hadapi politik perkauman Umno

AnwarSHAH ALAM 1 FEB: Langkah meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bagi memastikan Pakatan Rakyat mengekang strategi politik perkauman Umno yang semakin menunjukkan menyemarak isu ketegangan kaum.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata beliau insiden sama juga pernah berlaku di Selangor dan demografi negeri itu mememerlukan kemunculan tokoh politik nasional yang mampu mengendalikan sebarang kemungkinan meletusnya ketegangan kaum.
Katanya, meletakkan Anwar di DUN Kajang adalah satu pertimbangan berisiko besar yang perlu diambil demi kepentingan orang ramai.
“Kita ambil risiko besar memulangkan keputusan ini kepada rakyat, kita jelaskan dan kita minta maaf jika penerangan dan minta maaf kita ini tidak cukup, Anwar Ibrahim akan dihukum.
“Kami tidak memanipulasi sistem seperti yang dilakukan Umno,” kata MP Pandan itu di forum ‘Anwar: Dari Kajang ke Putrajaya’ di ibu negara, baru-baru ini.
Sebak seketika dengan mata kemerah-merahan sehingga ucapannya tersekat-sekat, Rafizi berkata ia adalah satu keputusan yang menyakitkannya tetapi perlu dilakukan demi tanggungjawab kepada orang ramai.
“Ia menyakitkan saya kerana ia adalah idea saya untuk mengheret Anwar Ibrahim ke dalam perkara ini (sebak) dan ia bukan perkara yang mudah.
“Namun apabila tanggungjawab ini jatuh di atas bahu anda (sebak), apa lagi yang anda boleh lakukan?” katanya.

Krisis perlembagaan di Selangor? Mungkin tidak, kata peguam veteran

Bertentangan dengan dakwaan sebelum ini, tidak akan ada krisis perlembagaan di Selangor jika Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadi menteri besar, kata peguam terkemuka, hari ini.
Tommy Thomas, yang mempunyai 38 tahun pengalaman dalam bidang undang-undang menepis dakwaan peguam dan aktivis, Edmund Bon bahawa Selangor akan berdepan dengan krisis walaupun jika menteri besarnya sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat keputusan untuk meletak jawatan atas kehendaknya sendiri.
“Apa pun juga hasilnya, tidak ada krisis – perlembagaan, politik atau apa saja – yang disebabkan oleh peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang dan niat Anwar untuk bertanding dalam pilihan raya kecil,” katanya.
Beliau berkata, sebagai pemerintah berpelembagaan, Sultan Selangor “tidak ada tangan bebas” dalam memilih menteri besar, memetik Artikel 51 dan 53 perlembagaan negeri.
Artikel 51 (2) menyatakan bahawa calon “mesti berbangsa Melayu dan beragama Islam” sementara Artikel 53 (4) memperuntukkan bahawa Sultan Selangor boleh menggunakan budi bicaranya dengan peruntukan dalam perlembagaan seperti Artikel 51 (2) yang menyekat pilihannya.
“Jelasnya ialah menteri besar di mana-mana negeri mesti warganegara Malaysia tetapi di Selangor, tidak ada kelayakan menetap. Maka, dia tidak perlu lahir di Selangor atau mempunyai kediaman tetap di negeri ini,” katanya kepada The Malaysian Insider, hari ini.
Beliau juga memetik Artikel 53 (2) yang menyatakan sultan hanya boleh melantik seseorang sebagai menteri besar jika calon itu ahli dewan perundangan negeri dan juga mengikut pertimbangannya adalah seseorang yang boleh diterima oleh majoriti ahli dewan.
“Perlembagaan Persekutuan dan semua perlembagaan negeri mempunyai peruntukan serupa seperti Artikel 53 (2) itu.

MB Selangor tegur Faekah

SHAH ALAM - Walaupun Faekah Husin dilihat cuba mempertahankan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari segenap aspek, namun bekas majikannya itu sebentar tadi, tidak bersetuju medium laman sosial digunakan bagi tujuan itu.

Menurut Abdul Khalid, penggunaan laman mikro Twitter sebagai alat komunikasi dalam konteks ini boleh mencetuskan kemarahan awam.

"Saya juga mengharapkan kita tak boleh guna itu (laman sosial), sebagai satu usaha untuk membangunkan atau menjatuhkan orang lain.

"Satu usaha yang mungkin mencetuskan kemarahan dan juga mencetuskan rasa tidak percaya dan juga cuba menyokong sama lain.. juga sebagai satu alat komunikasi," katanya pada sidang media di kediamannya, hari ini.

Faekah, bekas setiausaha politik Abdul Khalid itu aktif membuat serangan balas di laman sosial Twitter apabila pentadbiran Adun Pelabuhan Klang terbabit mendapat kritikan keras daripada pimpinan PKR.

Sebelum ini, Faekah telah membela Abdul Khalid  dengan menyifatkan pihak yang mengejar jawatan itu bernafsu besar dan pemimpin politik  "luar" daripada Selangor perlu mempelajari undang-undang negeri itu.

"Ahli politik di luar Selangor, belajarlah Perlembagaan negeri, proses dan prosedurnya. Jangan menghina sultan dan jangan terlalu yakin dengan diri sendiri," katanya dalam akaun Twitternya.

Rekonsiliasi Nasional hanya mainan bibir sahaja..!!

Rekonsiliasi Nasional sudah mula menjadi isu yang hangat diperbincangkan sekarang ini. Istilah ini mula kedengaran hanya beberapa minit selepas BN mengumumkan pembentukan kerajaan selepas memenangi kerusi yang ke 112 malam selepas pilihanraya yang lalu oleh PM Najib.  Najib dalam pengumuman ringkas pembentukan kerajaan itu sempat berkata yang kekurangan kerusi yang dimenangi oleh BN itu adalah oleh kerana tsunami Cina, dan kita memerlukan rekonsiliasi nasional secepat yang mungkin.
Tetapi baru tiga empat hari ini sahaja Najib bercakap tentang isu itu setelah hampir setahun  pilihanraya itu berlalu. Sebelum Najib bercakap untuk melakukan sesuatu untuk menuju kearah rekonsiliasi nasional itu beberapa hari yang lepas, ada pihak-pihak yang telah memberikan cadangan itu termasuk lah parti-parti pembangkang, PKR dan DAP.
Kata DAP dan PKR rekonsiliasi nasional itu amat perlu memandangkan isu perkauman dan agama yang semakin hari semakin merasuk politik negara dan akan membawa negara ke arah anarki dan berbagai-bagai bahaya yang mungkin timbul jika isu-isu ini tidak dapat diselesaikan. Mungkin DAP dan PKR mengambil kesempatan diatas kelemahan Najib dan barisan kepimpinan beliau sekarang ini yang mungkin lebih mudah untuk memaksa Najib ke meja rundingan dan mengambil kesempatan diatas kelemahan yang dihadapi Najib kini.
Di sebelah pihak Najib pula mungkin juga inilah waktu yang sesuai untuk bercakap tentang isu ini bagi mendapatkan aura yang baru bagi dirinya yang begitu lemah dan menggunakan isu perpaduan nasional itu menjadi isu untuk memulihkan sokongan ramai.

Sokongan terhadap beliau yang kini hanya tinggal sedikit sahaja, itu pun dikalangan pemimpin yang mendapat keuntungan peribadi mereka sahaja yang masih bersama beliau dalam kepimpinannya sekarang ini.

Kalau Ingin Menghargai, Chong Wei Sepatutnya Dilantik Senator Dan Bukan Menjerutnya 'Di Tali Gantung' Kajang

Sejak nama jaguh badminton negara, Lee Chong Wei diusulkan oleh Ahli Parlimen Padang Besar, Zahidi Zainal Abidin sebagai calon BN mewakili MCA bagi pilihanraya kecil DUN Kajang bagi berhadapan dengan Anwar Ibrahim, ramai daripada kelompok pro BN menunjukkan persetujuan terhadap idea itu. Dengan popularitinya sebagai ahli sukan kesayangan negara serta pemain badminton nombor satu dunia, ramai yang percaya ianya adalah suatu kelebihan yang cukup berbaloi bagi berhadapan dengan Anwar Ibrahim.

Sudah ada juga yang menyatakan Anwar pasti kecundang jika lawannya adalah Lee Chong Wei atas kepercayaan populariti dan jutaan peminatnya yang sentiasa memujanya adalah juga terjemahan dalam bentuk undi dalam pilihanraya.

Presiden MCA, Liow Tiong Lai sendiri membayangkan nama Lee Chong Wei ada dalam pertimbangannya, sambil menyatakan pihaknya bersikap terbuka dengan kriteria boleh menang atau winnable adalah merupakan perkiraan yang menjadi keutamaan.

Media pro UMNO seperti Utusan dan TV3 juga mulai menjaja dan seolah-olah cuba meyakinkan MCA, BN dan juga Perdana Menteri agar tidak ragu-ragu dalam membuat keputusan memilih Lee Chong Wei atas keyakinan bahawa populariti di kalangan pelbagai kaum mampu memberi kelebihan untuk menandangi serta menewaskan Anwar Ibrahim di Kajang.

Lee Chong Wei pula sehingga ini seakan terkejut apabila namanya turut dikaitkan sebagai calon dan memaklumkan beliau tidak mengetahui atau diberitahu apa-apa mengenai perkara itu.

"LANGKAH KAJANG": KETUA PEMUDA PAS PUSAT TENANG WALAU BERHADAPAN DENGAN BALACI UMNO



Ballot boxes readied ahead of vote

Thai protesters begin final push against poll

Masjid Al-Hana, Langkawi:Bhg 2 Kuliah Ustaz Azhar Idrus-Sessi Soaljawap

Masjid Al-Hana, Langkawi: Kuliah Maghrib Bersama Ustaz Azhar Idrus - Bhg 1

Inilah perangai sejati MACAI UMNO..




PRK Dun Kajang: Najib jangan terjerat dengan Dr M

NAJIB Razak seakan berat hati sahaja untuk meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil N25 Kajang. Macam tidak bersungguh kelihatannya. Mungkin Najib sudah dapat mengagak apakah keputusannya kelak. Tetapi berbeza dengan Muhyiddin Yassin dan Dr Mahathir Mohamad.

Muhyiddin dihari pertama sebaik kerusi Kajang diisytiharkan kosong sudah memberi kenyataan BN akan letak calon. Walaupun nadanya tidak bersemangat dan lemah, tetapi menyerlahkan Muhyiddin tidak mahu mengalah. Kenapa?

Manakala Dr Mahathir Mohamad seperti sangat berharap BN meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil Kajang dengan menekan agar MCA diberi peluang. Pandangan Mahathir selari dengan naluri Muhyiddin. BN kena bertanding.

Mahathir bersandarkan kepada Cina memandang kedudukan pengundi Cina di situ yang hampir sama dengan pengundi Melayu. Pengundi Cina sebanyak 40.46% manakala pengundi Melayu 48.48% dan pegundi India 10,15% daripada keseluruhan jumlah pengundi sebanyak 38,965.

Saranan Mahathir itu dari sudut lain menampakkan dia ikhlas dia tidak mahu Umno yang diberi laluan sepereti mana dicadang oleh pemimpin Khairy Jamaluddin dan dipersetujui oleh Zahid Hamidi kerana kawasan itu hak MCA. Kenapa soal siapa calon ini menjadi berbeza pandangan?

Dalam firasat saya hasrat Mahathir itu bukan sangat agar Cina diberi laluan di Kajang itu, tetapi yang penting ialah berlaku pertandingan. Mahathir juga arif mengenai pengaruh dan kekuatan MCA waktu ini. MCA masih dalam edah pemulihan semangat selepas parti itu berlaku pertukaran kepimpinan. Justeru yang diingini oleh Mahathir ialah pastikan ada pertandingan.

PRK Dun Kajang: Chong Wei terkejut dicadang tanding

Lee Chong Wei 
SHAH ALAM- Pemain perseorangan badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei terkejut ketika diajukan soalan tentang cadangan beberapa pihak supaya beliau bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang.

Menurutnya, beliau langsung tidak mengetahui tentang cadangan agar beliau menukar haluan dan mencuba nasib melawan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam arena politik.

"Saya tidak tahu apa-apa dan tidak pernah dimaklumkan pula tentang cadangan untuk meletakkan saya sebagai calon di kawasan tersebut," katanya yang dipetik Utusan Malaysia, hari ini.

Semalam, nama Chong Wei disebut-sebut sebagai calon BN untuk PRK Dun Kajang.

Chong Wei juga menolak untuk memberikan sebarang komen tentang kesediaan beliau untuk beralih ke bidang politik jika diberi peluang bertanding di kawasan tersebut.

PRK Dun Kajang: Jangan sentuh Chong Wei kata KJ

Khairy Jamaluddin 
SHAH ALAM - Susulan cadangan parti komponen BN yang ingin meletakkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegaskan tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.

Khairy melalui laman mikro Twitternya berkata, Chong Wei adalah "harta" negara dan tidak boleh disentuh untuk tujuan PRK Dun Kajang.

"Tolong jangan sentuh Lee Chong Wei.

"Dia adalah harta negara. Sebagai Menteri Sukan saya tak benarkan," tulisnya sebagai membalas pertanyaan seorang pengikutnya di laman mikro itu.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul berpendapat MCA perlu meletakkan calon popular untuk mengatasi Anwar dan mencadangkan Chong Wei sebagai calonnya.

Khas Buat Penyokong PR Yang Tidak Sokong PRK Dun Kajang..


Sokongan Penuh Pencalonan Anwar Ibrahim Sebagai Calon DUN Kajang dan Khalid Ibrahim Sebagai Pengarah Pilihanraya
Dalam dunia politik Demokrasi Berparlimen, situasi kekosongan kerusi legislatif sama ada di peringkat Parlimen atau di Dewan Negeri bukanlah sesuatu yang tidak normal. 
Malah, jika kita bicara dalam konteks politik tanahair pun terdapat beberapa peristiwa pengosongan kerusi legislatif dengan bersandarkan kepada alasan strategi taktikal percaturan sesebuah gabungan parti-parti politik.
SAMM Muar menghormati pandangan dan komentar dari teman-teman seluruh Johor atas nama kebebasan menzahirkan pandangan dan juga dalam masa yang sama ingin turut mengambil bahagian dalam menyatakan pandangan.
Hakikat dan sejarah politik menentang rejim Pemerintah dalam negara ini mempunyai banyak kisah dan penuh warna-warni. Dan kerana itulah, SAMM Muar memilih untuk tidak segera memberikan komentar. 
Situasi yang berlaku di Selangor tampak tidak jauh berbeda dengan tahun-tahun akhir pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah. Pertembungan dan percakaran beberapa fraksi dengan kepimpinan eksekutif negeri akhirnya telah mengakibatkan rakyat Kedah mengambil keputusan untuk meninggalkan koalisasi Pakatan Rakyat.

PRK Dun Kajang: Biduk lalu kiambang bertaut

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia, khususnya rakyat Selangor nampak dengan jelas percubaan Umno untuk memporak-perandakan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat kini.

Bagi blogger Abu Hassan Adam, pihak Umno yang sentiasa ‘memainkan’ berita-berita negatif  berkaitan negeri Selangor yang mana hampir setiap malam TV arus perdana semacam milik Umno akan menayangkan berita-berita mengenai negeri Selangor dan Pulau Pinang juga yang memaparkan berita dari sudut yang tidak menyenangkan.

Menurutnya, apa saja yang ‘tidak menyenangkan’ berlaku di Selangor dan Pulau Pinang. Rakyat tentunya tertanya-tanya apakah kesemua perkara ‘buruk’ hanya berlaku di Selangor dan Pulau Pinang.

“Kisah sampah yang tidak berkutip berlaku di Selangor. Kisah serbuan Jais ke atas gereja dan merampas Bible hanya berlaku di Selangor. Kisah ‘serangan’ ke atas gereja juga berlaku di Pulau Pinang. Pendek kata apa saja yang tidak menyenangkan berlaku di Selangor dan Pulau Pinang.

“Rakyat tentunya akan bertanya juga bahawa apakah tidak adakah berlaku perkara yang sedemikian di negeri-negeri lain,” tulis beliau di dalam blognya, sebagaimana di bawah.

PRK Dun Kajang: Pakatan tambah kekuatan dengan pilihan raya, kata Surendran


PKR hari ini menyifatkan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebagai satu mekanisme pengukuhan kepada Pakatan Rakyat (PR) meskipun wang ringgit terpaksa dibelanjakan untuk menjalankan satu pilihan raya.
Naib Presiden PKR N Surendran (gambar) berkata, strategi yang digunakan PR itu berbeza dengan apa yang diamalkan Barisan Nasional (BN) iaitu melemahkan proses pilihan raya dan menyalahgunakan kuasa eksekutif.
“Dengan menggunakan pilihan raya untuk meraih kelebihan politik, PKR sebenarnya memperkukuhkan sistem demokrasi sedia ada. Penggunaan pilihan raya sebagai langkah strategi yang sihat perlu dipupuk dan digalakkan.
“PR berniat menambah kekuatan dengan penggunaan sistem pilihan raya secara sah. Ini berbeza apabila dibandingkan dengan BN yang melemahkan pilihan raya dan menyalahguna kuasa eksekutif untuk menganiaya musuh bagi terus memegang kuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Padang Serai itu turut menyifatkan PRK sebagai satu cara yang sihat bagi mendengar keluh kesah rakyat selain mengukuhkan sistem demokrasi sedia ada.
Katanya, pihak yang mengkritik artikel “Serampang Kajang” tulisan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sebagai gagal memahami sistem demokrasi moden.
“Sebuah demokrasi moden tidak boleh berfungsi dengan baik tanpa pertandingan sihat antara parti politik yang menginginkan kelebihan politik. Kelebihan ini boleh diperoleh melalui cara yang sah dan dibenarkan termasuklah PRK.

PRK Dun Kajang: BN kumpul maklum balas akar umbi...dalam proses tutup buku...!!!

Barisan Nasional (BN) sudah memulakan gerak kerja bagi mendapatkan maklum balas peringkat akar umbi mengenai keperluan bertanding, andainya pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang diadakan, dan siapa yang sebaiknya diletakkan sebagai calon.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata jentera Umno dan parti-parti komponen BN mula turun pandang untuk mendapat pandangan ramai mengenai perkara itu, sehari selepas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi DUN Kajang Isnin lepas.
Beliau berkata yang penting orang ramai perlu faham bahawa PRK Kajang adalah disengajakan, semata-mata untuk menyelesaikan masalah dalaman PKR, dan seluruh rakyat Kajang dilibatkan sama oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tujuan itu.
Katanya ini bukan kali pertama Anwar berbuat demikian, kerana sebelum ini isteri ketua pembangkang itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pernah dengan sengaja meletak jawatan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh semata-mata untuk memberi laluan buat Anwar bertanding di kerusi itu.
Ahmad Maslan optimis sokongan padu pengundi Kajang kepada BN nanti.Ahmad Maslan optimis sokongan padu pengundi Kajang kepada BN nanti."Ini pilihan raya (kecil) yang disengajakan, menyusahkan rakyat tempatan, ia pencabulan demokrasi sebenar, kalau sekali mungkin boleh dimaafkan tapi ini dah berulang, kita serah kepada kepimpinan (BN sama ada) untuk bertanding atau tidak. Apa jua keputusan, kita pikul bersama dan bersedia lebih awal, itu sebab kita mula gerak kerja lebih awal," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa melawat sekitar Kampung Sungai Kantan di Putrajaya hari ini.
Selasa lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Anwar akan bertanding kerusi DUN Kajang ekoran peletakan jawatan oleh Lee, yang menghangatkan lagi spekulasi bahawa Anwar akan menggantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar.
Pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas menyaksikan Lee memenangi kerusi DUN Kajang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru membabitkan calon MCA dari BN, Berjasa dan tiga calon Bebas.

Perbincangan rekonsiliasi selamatkan Najib daripada disingkir?

Rafizi mengandaikan persetujuan Najib untuk rundingan pendamaian adalah sebagai penyelamat bagi puak yang cuba menjatuhkan kedudukan perdana menteri itu. - Gambar The Malaysian Insider. 
Rafizi mengandaikan persetujuan Najib untuk rundingan pendamaian adalah sebagai penyelamat bagi puak yang cuba menjatuhkan kedudukan perdana menteri itu. - Gambar The Malaysian Insider.

Tawaran pendamaian Pakatan Rakyat (PR) dengan saingannya Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan masalah perkauman dan ekonomi juga dapat membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada musuh dalamannya yang mahu menyingkirkannya. Pemimpin kanan PR membuat spekulasi tawaran berunding bagi mencari persamaan berhubung isu peningkatan kadar inflasi, jenayah dan rusuhan kaum membantu Najib menangani puak ultra Melayu yang wujud di dalam Umno.
Pada masa sama, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyifatkan percaturan di Kajang meskipun tidak popular dapat mengukuhkan kebolehan Najib memulakan rundingan pendamaian dengan PR.
Rafizi adalah “arkitek” dalam pencaturan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kajang bagi membolehkan ketua pembangkang itu dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang dikatakan kemudiannya akan mengambil alih jawatan menteri besar.
Rafizi mengandaikan persetujuan Najib untuk rundingan pendamaian adalah sebagai penyelamat bagi puak yang cuba menjatuhkan kedudukan perdana menteri itu.
"Anwar konsisten sejak awal lagi (berhubung rekonsiliasi). Bukannya kerajaan perpaduan. Biarkan pendekatan politik yang menentukan.
"Tetapi di sana ada kebuntuan. Najib melengahkannya dan menunggu keadaan yang sesuai. Saya berani mengatakan percaturan di Kajang memberi peluang kepada Najib untuk melihat perubahan.
"Jika kami menolak tawaran rekonsiliasi maka kami akan dilihat kehilangan sentuhan kerana PR melihat isu ini secara serius," katanya kepada The Malaysian Insider.

Calon bebas PRK Dun Kajang terperangkap dengan isu kaum

Yuktes Vijay, bekas pembantu kepada Sankara Nair, peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini terperangkap dengan isu perkauman selepas status kontroversi berhubung Tahun Baru Cina di Facebook pada Khamis.

Semuanya bermula apabila Yuktes, yang menawarkan diri bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang, mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada “5 peratus orang Cina yang baik dan kenang budi”.

“Kepada semua Cina DAP dan yang Cina lain yang sehaluan dengan mereka, sila minum banyak dan pandu kereta ke genting...

“Kalau sempat sampai tolong judi macam ianya hari kiamat dunia... Kalau sempat bangun esok, dah ditakdirkan... tak mampu kita ubah... terpaksa lawan perangai rais ini untuk satu tahun lagi....

“Kepada keluarga saya yang 5% itu, you know I sayang you all,” tulisnya.

Ketika laporan ini ditulis, status itu dikongsi 40 kali serta mengundang 226 komen dengan banyak pengguna Internet mengutuk kenyataan itu.

Beliau yang juga pernah berkhidmat sebentar dengan Timbalan Menteri Pendidikan II P Kamalanathan bagaimanapun mempertahankan tulisan itu dengan berkata tidak adil menggelarkannya seorang rasis.

Selain Yuktes, calon bebas lain yang disebut-sebut untuk pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) itu adalah Ramlan Abu Bakar yang terkenal dengan gelaran "reformis bogel" serta calon parti parti NewGen.

Skrip Lucah Apakah Akan Timbul Oleh Macai Dan Barua Sempena PRK Dun Kajang..???

"Semua rakyat Malaysia sudah tahu tentang isu Kajang . Dalam masa terdekat ini Kajang akan diberi perhatian. Maka semakin terkenal lah Kajang walaupun bandar itu sinonim dengan makan popular rakyat Malaysia iaitu satay.
Sebaik saja SPR mengumumkan tarikh mengundi yang akan didahului dengan hari penamaan calon , maka hari-hari Kajang akan diberi fokus oleh media umno

PRK Kajang sudah pasti hangat. Hangat bukan kerana akan berlaku pertembungan dua calon yang handal. Tetapi hangat dengan cerita-cerita yang semua kita TST ( Tahu Sama Tahu ).Ini adalah kerana di pihak PR sudah pun diumumkan siapakah calonnya. PR meletakkan calon SUPER HEAVYWEIGHT. Seandainya BN meletakkan Najib ke atau Mahuydin atau Madey...confirm akan berlaku big fight. Tapi kalau BN letak cicak , akan berlaku perlawanan berat sebelah.
Memandangkan yang akan bertanding itu adalah Anwar Ibrahim , confirm rakyat Malaysia akan dihidangkan dengan cerita dan bahan2 lucah. Sewaktu tersebar desas desus Anwar akan bertanding dalam PR kecil selepas tamat tempoh larangan terhdapnya , kita di kejutkan dengan cerita dan pengakuan saiful yang dia diliwat. Kemudian setelah Anwar menjadi MP muncul di Youtube aksinya adegan seks dengan pelacur murahan yang menurut kata mereka itu adalah Anwar. TV siang malam mengulas adegan dalam youtube itu. Lepas itu keluar lagi gambar kononnya Anwar dengan jantan pulak.
Dalam PR Kajang ini nanti apakah cerita lucah untuk dihidangkan kepada kita semua termasuk kepada pelajar-pelajar sekolah. Apakah sempat skrip lucah disiapkan dalam masa singkat ini ? Sudah pasti ada.

Sama-sama kita tunggu.

Nak tahu sebab sebenar mereka marah sangat PRK Dun Kajang?

Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali , kedudukan Menteri Besar adalah keputusan yang dibuat oleh parti Islam, melalui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

  "Berterusan mempersoalkan Khalid sebagai Menteri Besar bermakna mereka mempersoalkan kebijaksanaan presiden kita," katanya lagi.

Tidak ada sebab untuk menggantikan Khalid sebagai MB kerana beliau telah mentadbir negeri dengan jayanya. 

 Jika terdapat keperluan untuk menggantikan jawatan tertinggi itu, ia akan lebih mudah diberikan semula kepada PAS, dengan melantik pesuruhjaya Selangor , Iskandar Abdul Samad, yang merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Cempaka dan exco negeri. 

 Katanya lagi, bahawa sebab sebenar di sebalik langkah itu adalah untuk menggantikan Menteri Besar PKR dan untuk mengelakkan kedudukan itu diambil oleh PAS.

Sepatutnya, kedudukan Menteri Besar milik PAS kerana ia memegang majoriti kerusi di negeri ini dengan 15 kerusi, selain dari sekutu yang lain, DAP, juga dengan 15 kerusi. PKR mempunyai 13 kerusi. 

Kenyataan Khairudin ini mendapat pujian wartawan Sinarharian ~ Ketegasan yang ditunjukkan oleh blok Dr Khairuddin, Nasrudin dan Mohd Sany adalah yang terbaik untuk parti itu mempertahankan hak mereka yang mempunyai 15 anggota di Dun Selangor berbanding PKR yang pada masa ini hanya 13 kerusi. Sila baca di sini
 
 Saya tidak berapa pasti samada Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS ini benar-benar mahu mempertahankan Khalid sebagai Menteri Besar dalam isu  PRK Kajang ini atau kerana kepentingan sesuatu? Bak kata orang, ada udang di sebalik batu ....

Walau apapun sebelum saya komen mengenai kenyataan garang Khairudin diatas tadi, terlebih dahulu perlu dinyatakan bahawa PAS dan DAP sokong Anwar tanding di Kajang

PRK Dun Kajang: PKR rela ditolak pengundi

PKR sedia ditolak oleh pengundi dalam PRK Dun Kajang sekiranya pengundi berasa parti tersebut mempermainkan demokrasi ekoran tindakan mengosongkan kerusi tersebut untuk diberikan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjayakan satu agenda.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, tindakan itu sebenarnya berisiko tinggi kerana taruhan yang dibuat terlalu besar dan bukan calang-calang.

“Ini terpulang kepada rakyat untuk tentukan siapa yang mereka mahu pilih, jadi kita tunggu orang Kajang buat keputusan mereka.

“Kalau ini didakwa permainan PKR, kami rela ditolak. Kami tidak memanipulasi sistem demokrasi seperti yang didakwa pihak lain,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sebelum itu, pada forum ' Anwar: Dari Kajang ke Putrajaya' semalam, Rafizi berkata keputusan tersebut amat menyakitkan orang ramai namun ia perlu dilakukan demi tanggungjawab dan kepentingan bersama.

“Ia menyakitkan saya kerana ia adalah idea saya untuk mengheret Anwar ke dalam perkara ini dan ia bukan perkara yang mudah.

“Namun apabila tanggungjawab ini jatuh di atas bahu anda, apa lagi yang anda boleh lakukan?” katanya.

Terdahulu, PRK itu terpaksa diadakan berikutan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh secara tiba-tiba meletakkan jawatannya pada 27 Januari lalu.

Janji ‘dicapati’: Harga barang KR1M masih tinggi, kerajaan salah salur peruntukan

Rafizi
SHAH ALAM, 1 FEB: Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) didapati gagal bersaing disebabkan kebanyakan harga barangan yang ditawarkan kedai serbaneka terbabit tidak kompetitif dengan pesaing lain.
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, kegagalan itu disumbangkan wang RM40 juta yang diperuntukkan tahun ini kepada projek KR1M tidak disalurkan bagi membantu menurunkan harga barangan yang dijual, sebaliknya dilaburkan untuk membuka lebih banyak cawangan kedai berkenaan.
“Tahun ini, peruntukan RM40 juta diberikan untuk menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) kerana kononnya KR1M adalah jawapan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat tetapi Barisan Nasional (BN) tidak memperuntukan satu sen pun untuk menurunkan harga barang yang dijual di kedia itu.
“Keseluruhan peruntukan RM40 juta itu adalah untuk ubah suai kedai untuk dijadikan KR1M. Jadi, sebab itu KR1M tidak ada kesan langsung untuk meringankan kos sara hidup rakyat tetapi lebih banyak memberi manfaat kepada mereka yang berada di belakangnya yang saya difahamkan banyak membabitkan pasaraya Mydin.
“Keadaan ini seperti memberi satu lagi jalan kepada pihak swasta bagi mendapat wang daripada kerajaan untuk membuka KR1M, namun tidak beri kesan positif kepada kehidupan rakyat,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, baru-baru ini.

Pelajar terpaksa cari alternatif atasi kenaikan kos sara hidup

KUALA LUMPUR - Bagi menampung kehidupan harian berikutan kenaikan kos sara hidup kini, pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi masalah itu.
  
Menyedari tidak boleh hanya bergantung dengan wang pinjaman pendidikan, Ag Mohd Nasharudin Awang Nayan, 20, memilih bekerja sambilan di kedai makan berhampiran kediamannya bagi menampung perbelanjaan sehariannya.
  
Menurutnya, walaupun mendapat pinjaman pendidikan, wang itu tidak mencukupi kerana baki yang tinggal setelah ditolak yuran pengajian dan penginapan adalah terlalu sedikit sedangkan dirinya memerlukan antara RM300 hingga RM400 sebulan bagi menampung perbelanjaan.
  
"Setelah ditolak yuran dan sewa penginapan baki pinjaman saya hanya tinggal dalam kira-kira RM200 (sebulan) sahaja, dan jumlah itu tidak cukup, jadi saya memilih untuk mencari kerja sambilan untuk mencari duit belanja, walaupun dibayar kira-kira RM45 sehari, bagi saya ia mencukupi" kata pelajar tahun dua Diploma Jurusan Reka Bentuk Multimedia di sebuah kolej swasta di ibu kota kepada Bernama.

PRK Dun Kajang: Lee Chong Wei Jawab Isu Bakal Dicalonkan Menentang DS Anwar Ibrahim..

Respon Lee Chong Wei isu dicalonkan DUN Kajang - Berita pencalonan jaguh badminton negara, Lee Chong Wei untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Kajang merupakan antara kejutan menarik minggu ini. 

Bermula dengan cadangan Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul untuk meletakkan Chong Wei sebagai calon kerana popularitinya yang dapat menandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini ada kemungkinan cadangan itu bakal dipertimbangkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai.
Ditanya tentang respon Lee Chong Wei berhubung cadangan beberapa pihak supaya beliau bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, beliau memberitahu langsung tidak mengetahui tentang perkara tersebut.

"Saya tidak tahu apa-apa dan tidak pernah dimaklumkan pula tentang cadangan untuk meletakkan saya sebagai calon di kawasan tersebut."

Imam masjid dibunuh di Iskandariah oleh Regim Zionis As-Sisi

Imam masjid dibunuh di Iskandariah 
KAHERAH - MESIR. Imam Masjid Ali Ibn Abi Talib di bandar Iskandariah dibunuh selepas pasukan keselamatan menyerbu rumah mangsa dan memukulnya beberapa kali.

Dipetik laoran Al - Jazeera, tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan ke atas Sheikh Akram kerana beliau didakwa menyampaikan sentimen antikerajaan menerusi khutbah di masjid tersebut.

Ahli keluarganya mendakwa, imam terbabit turut dicampakkan dari balkoni rumah mereka ketika serbuan itu dibuat.

Dalam perkembangan lain, seramai 10 anggota Ikhwanul Muslimin telah ditahan atas kesalahan menghasut keganasan di laman sosial.

Anak pasangan Malaysia selamat tiba di KLIA pagi tadi

Anak pasangan Malaysia selamat tiba pagi tadi
SHAH ALAM - Keempat-empat anak pasangan rakyat Malaysia yang ditahan reman di Sweeden selamat tiba ke tanah air kira-kira jam 7.00 pagi tadi.

"Kami gembira tiba di sini", demikian reaksi ringkas anak sulung pasangan terbabit, Aisyah Azizul Raheem, 14.

Sebuah portal melaporkan, Aisyah dan tiga adiknya, Ammar, 12, Adam, 11 dan Ariff, 7, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki pesawat MAS dari Stockholm, diiringi Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin.

Mereka sebelum ini diletak di bawah jagaan sebuah keluarga bukan Islam ketika ibu bapa mereka ditahan reman, diserah kepada Kedutaan Malaysia di sini semalam.

Ketibaan mereka disambut oleh lebih 10 ahli keluarga yang menanti sejak jam 6 pagi.

PRK Dun Kajang: Cina sudah buat keputusan, masa depan mereka bukan bersama BN, kata bekas menteri dari Umno



Zainuddin yakin bahawa zaman kegemilangan BN sudah berlalu. - Gambar The Malaysian Insider.  
Zainuddin yakin bahawa zaman kegemilangan BN sudah berlalu. - Gambar The Malaysian Insider. 

 Barisan Nasional (BN) tidak berpeluang menang dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang kerana pengundi Cina sudah membuat keputusan masa depan mereka bukan lagi bersama BN, kata bekas menteri Kabinet Umno Tan Sri Zainuddin Maidin.
"Mereka telah memutuskan masa depan mereka bukan lagi bersama dengan BN, itu yang saya fikir. Sekadar orang Melayu yang boleh dibawa untuk menyokong Umno.
"Tapi orang Cina telah buat keputusan mereka. Zaman BN yang menyakinkan sudah berlalu, telah datang zaman yang sukar untuk BN menyakinkan," ujar bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia itu.
Oleh itu, bagi bekas menteri penerangan tersebut, tidak mungkin pengundi Cina akan mengubah fikiran untuk memilih BN pada ketika parti pemerintah tersebut dilihat lemah.
"Saya rasa, BN pasti kalah dalam PRK di Kajang.
"Saya tidak fikir orang Cina akan berubah fikiran mereka. Tidak ada," kata Zainuddin kepada The Malaysian Insider mengenai peluang BN untuk menang di Kajang.
Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain.
Keputusan pilihan raya umum ke-13 lalu, kekalahan banyak kerusi BN disumbangkan oleh pengundi Cina yang membuat keputusan untuk tidak mengundi parti pemerintah.
Keputusan mengosongkan kerusi Kajang yang dibuat oleh PKR bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding juga dikatakan mengambil kira faktor komposisi majoriti pengundi Cina di Kajang.

Kenaikkan harga: Peniaga kecil, pengguna dakwa terbeban...pemimpin peduli apa..!!

Dizaman Najib Dan Rosmah: Pinjaman bank akan lebih mahal?

KELMARIN, Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berhubung perkembangan monetari dan kewangan negara memaklumkan kadar inflasi, iaitu kenaikan dalam harga barangan, mencecah 3.2 peratus bagi Disember tahun lalu, berbanding 2.9 peratus pada bulan sebelumnya.

Menurut BNM, kenaikan itu disumbangkan peningkatan harga makanan dan minuman bukan alkohol yang naik sebanyak 4.5 peratus pada Disember 2013 berbanding 3.9 peratus pada November 2013.

“Kenaikan harga makanan itu mencerminkan harga yang lebih tinggi dalam sub kategori ikan dan makanan laut, daging, dan sayur-sayuran, berikutan keadaan cuaca buruk, selain kenaikan harga juga dicatat dalam sub kategori makanan di luar rumah,” menurut BNM.

Inflasi, selain memberi kesan secara terus kepada poket orang ramai yang perlu membeli barangan pada harga lebih mahal, turut membawa kesan lebih membimbangkan, iaitu terhadap kadar faedah pinjaman yang ditawarkan di bank-bank seluruh negara.

Walaupun BNM pada Rabu lalu mengekalkan kadar faedah semalaman (OPR) di Malaysia pada tiga peratus untuk separuh pertama tahun ini, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) baru-baru ini menjangkakan BNM menaikkan OPR pada separuh kedua 2014 akibat tekanan inflasi.

“Persekitaran kadar faedah rendah ini telah mencapai titik penting dan ada kemungkinan OPR akan disemak semula kepada kadar lebih tinggi.

“Tetapi BNM dijangka cuba sebaik mungkin untuk tidak mengubah OPR walaupun ada tekanan inflasi,” menurut Pengarah Eksekutif MIER Dr Zakariah Abdul Rashid, baru-baru ini.

OPR naik, kadar faedah di bank turut naik

PRK Dun Kajang: BN kalah jika letak calon MCA kata Dr Mansor Md Noor

Logo PRK dun Kajang
SHAH ALAM- Formula meletakkan golongan agamawan sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang tidak boleh diguna pakai BN berikutan komposisi pengundinya yang hampir sama antara Melayu dan Cina.

Pensyarah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid berkata, calon agamawan juga belum mampu mempengaruhi pengundi untuk memberikan kemenangan kepada BN.

“Formula di Permatang Pauh dengan meletakkan calon agamawan semasa pilihan raya lalu mungkin sesuai kerana ia kawasan kampung dengan majoritinya Melayu dan berhasil kerana berjaya kurangkan undi kepada PKR.

“Tapi di Kajang, pengundi Cina khususnya tidak akan mengambil kisah dengan calon agamawan atau tidak langsung memberi undi kepada BN kerana komposisinya 49 peratus Melayu dan 40 peratus Cina,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Cadangan BN jangan letak calon kalau rasa PRK Dun Kajang membazir disokong


Cadangan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar Barisan Nasional (BN) tidak perlu meletak calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika berasa ia satu pembaziran mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Exco Selangor.
Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail (gambar) berkata, masih belum terlambat untuk BN bertindak dan memberi kemenangan percuma kepada calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kalau Umno rasa dengan berlakunya PRK Kajang ini satu pembaziran, jangan bertanding. Beri laluan kepada calon PKR. Amacam?,” katanya sebagaimana yang dilaporkan Selangorkini, laman rasmi kerajaan negeri Selangor.
Sementara itu, penulis buku politik, Shahbudin Husin dalam tulisan di blognya menyindir Umno yang pernah melakukan tindakan sama pada 1997 ketika mahu menggantikan Tan Sri Muhammad Mohd Taib sebagai Menteri Besar Selangor.
Katanya, Tan Sri Abu Hassan Omar yang menjawat posisi menteri kabinet meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor, manakala Jamaluddin Adnan pula berundur sebagai Adun Permatang bagi memberi laluan kepada Abu Hassan.
Beliau berkata, tindakan itu memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan dua PRK setelah Abu Hassan dan Jamaluddin bertukar kedudukan.
“Jika PRK DUN Kajang yang diadakan untuk membolehkan Anwar dilantik sebagai Menteri Besar Selangor dianggap membazir, maka dua PRK serentak ketika mahu melantik Abu Hassan dulu tentu jauh lebih membazir lagi,” katanya.

PRK Dun Kajang: Noh Omar tidak sertai forum bersama Pemuda PAS di RTM1


Kelibat Noh Omar tidak kelihatan di forum yang dianjurkan oleh RTM malam tadi. - Gambar Facebook Suhaizan Kaiat.Kelibat Noh Omar tidak kelihatan di forum yang dianjurkan oleh RTM malam tadi. - Gambar Facebook Suhaizan Kaiat.Setelah marah-marah kerana debat beliau dengan Khalid Samad dibatalkan oleh Sinar Harian, Datuk Sri Noh Omar tidak menyertai forum dengan Ketua Pemuda PAS malam tadi.
Forum anjuran RTM yang dijadualkan disertai oleh beliau itu hanya disertai bekas Ketua Wira Perkasa merangkap Exco Pemuda Umno, Armand Azha.
Hasilnya dalam forum malam tadi, Suhaizan Kaiat terpaksa berdepan dengan tiga yang lain iaitu moderator dan dua lagi penal termasuk Armand.
Semasa Sinar Harian membatalkan debat beliau dengan ahli parlimen Shah Alam, Noh Omar telah datang ke pejabat Sinar Harian dengan marah-marah kerana kononnya beliau sudah bersedia dengan debat itu.
Dalam forum malam tadi, Suhaizan membuat penegasan untuk memberikan sokongan penuh kepada calon PKR di Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Khutbah Jumaat "Syiah !"