Jumaat, 31 Januari 2014

Minyak Malaysia Naik Bukan Kerana Minyak Dunia - Ustaz Azhar Idrus

'Malam Namat'..'Tok Imam Mitak Nasi!' - Ustaz Azhar Idrus

20 Sen vs 1 Qirath - Ustaz Azhar Idrus

Cara Solat Jenazah - Ustaz Azhar Idrus

PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO SELANGOR LARI LINTANG PUNGKANG TIDAK BERANI BERDEBAT DENGAN KETUA PEMUDA PAS PUSAT DALAM RANCANGAN LANDSKAP RTM1.

Punyalah brengsek bangsat haprak kangkung Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Noh Omar.

Rancangan landskap RTM1 malam ini sepatutnya mempertemukan beliau dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Sdr Suhaizan Kayat untuk mengupas isu PRK DUN N25 Kajang.

Akhirnya tempat beliau digantikan oleh bekas Ketua Wira Perkasa merangkap Exco Pemuda UMNO dan Panglima Ludah Beracun Armand Azha.

Sepatutnya masa inilah peluang terbaik Noh Omar nak lanyak sampai lunyai lumat Ketua Pemuda PAS Pusat .. Cakap kat luar bukan main samseng gedebe berdegar-degar macam nak terbalik dunia ajak YB Khalid Samad berdebat dalam isu Kalimah Allah .. Bila Sinar Harian batalkan mengamuk sakan konon dia sudah bersedia. Yang mudah untuk di pulas pun dia lari mencicit sampai tidak cukup tanah.

Dalam perbincangan 4 serang 1 itu, Omak Kau lihat betapa Ketua Dewan Pemuda PAS, Sdr Suhaizan Kayat tetap tenang dan dingin kepala memberikan penjelasan mengapa PAS terutamanya DPPP yang diketuainya mengambil akan menyokong dan memebrikan sokongan padu dari segi soral dan gerak kerja jentera demi kelangsungan penguasaan Pakatan Rakyat keatas Putrajaya.

Najib jangan terjerat dengan Mahathir di Kajang

Najib Razak seakan berat hati sahaja untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil N25 Kajang. Macam tidak bersungguh kelihatannya. Mungkin Najib sudah dapat mengagak apakah keputusannya kelak. Tetapi berbeza dengan Muhyiddin Yassin dan Mahathir Moahamad.
Muhyuddin dihari pertama sebaik kerusi Kajang diityharkan kosong sudah memberi kenyataan BN akan letak calon. Walaupun nadanya tidak bersemangat dan lemah, tetapi menyerlahkan Muhyuddin tidak mahu mengalah. Kenapa?
Manakala Dr Mahathir Mohamad seperti sangat berharap BN meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Kajang dengan menekan agar MCA diberi peluang. Pandangan Mahathir selari dengan naluri Muhyuddin. BN kena bertanding.
Mahathir bersandarkan kepada Cina memandang kedudukan pengundi Cina di situ yang hampir sama dengan pengundi Melayu. Pengundi Cina sebanyak 40.46% manakala pengundi Melayu 48.48% dan pegundi India 10,15% daripada keseluruhan jumlah pengundi sebanyak 38,965.
Saranan Mahathir itu dari sudut lain menampakkan dia ikhlas dia tidak mahu Umno yang diberi laluan sepereti mana dicadang oleh pemimpin Khairy Jamaluddin dan dipersetujui oleh Zahid Hamidi kerana kawasan itu hak MCA. Kenapa soal siapa calon ini menjadi berbeza pandangan?

PRK Dun Kajang: Kredibiliti PKR hancur kata Isma


Mohd Hazizi Abd Rahman 

SHAH ALAM - Keputusan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan tanpa alasan yang munasabah telah menghancurkan kredibiliti partinya.

Setiausaha Biro Politik Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohd Hazizi Abd Rahman berkata, tindakan meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PKR bagi menggantikan Chin Cheh merupakan langkah tidak bertanggungjawab pucuk pimpinan parti tersebut.

“PKR yang selama ini melaung-laungkan akauntabiliti, amanah, ketelusan dan anti pembaziran telah meranapkan seruan mereka sendiri, akibat perebutan kuasa sesama mereka,” kata beliau yang dipetik Ismaweb.

Tambahnya tindakan itu tidak masuk akal dan membazirkan wang rakyat untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dun itu.

Tuduh rakyat Malaysia pemalas: Mana kerjanya Ahmad Maslan?

TIMBALAN Menteri Kewangan yang sering mengeluarkan kenyataan tidak menyenangkan rakyat mengenai sesuatu isu, Ahmad Maslan kini menuduh pula kenaikan angka pengangguran di negara ini adalah disebabkan mereka yang menurut hemat beliau sebagai ‘rakyat Malaysia pemalas’.
          
Menurutnya , “Tiga peratus adalah mereka yang pemalas…  Mereka lebih buruk dari sekadar malas.  Terdapat 300,000  yang hanya duduk dan tidak melakukan apa-apa,” bagi merujuk kepada mereka yang dianggap oleh Ahmad Maslan sebagai pemalas.
          
Sejak Merdeka, ramai dari kalangan pemimpin Umno dan juga dari kalangan pemimpin parti komponen BN yang lain pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Kewangan.

Walaupun dalam memilih anggota kabinet, terutama sekali Timbalan Menteri, Umno biasanya mengamalkan sikap ‘jobs for the boys’ maknanya melantik seseorang ke jawatan itu untuk memberikan pekerjaan kepada orang tertentu dalam parti (biasanya kerana akrab dengan pucuk pimpinan dan tidak semestinya kerana kebolehan, prestasi dan trek rekod), tetapi biasanya untuk jawatan Timbalan Menteri Kewangan ia dilakukan dengan lebih hati-hati.

Hanya mereka yang tahap inteleknya tinggi sahaja dilantik memenuhi jawatan tersebut dan tidak semestinya mereka yang memiliki berjela-jela ijazah atau merupakan bekas pelajar cemerlang yang pernah menerima pelbagai anugerah.

Namun di zaman Najib, amalan ini nampaknya telah diubasuai  sedikit.  Walaupun Najib masih lagi mengekalkan amalan ‘jobs for the boys’, tetapi perlantikan Timbalan Menteri Kewangan juga dibuat mengikut acuan yang sama.  Justeru tidak hairanlah sekiranya, terlalu banyak analisis mengenai ekonomi dibentangkan oleh Ahmad Maslan  tidak tepat, tersasar, berat sebelah dan meragukan dan akhirnya menjadi tidak lebih daripada cakap-cakap politik kosong bagi menegakkan benang basah kerajaan Umno-BN.
       

Faekah bela Khalid, anggap pengejar jawatan bernafsu besar


Bekas Setiausana Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin mendesak 'ahli politik luar Selangor' belajar Perlembagaan negeri Selangor. Gambar fail.Bekas Setiausana Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin mendesak 'ahli politik luar Selangor' belajar Perlembagaan negeri Selangor. Gambar fail.Penyokong Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mula membela majikan mereka dengan membuat serangan balas dan menyifatkan pihak yang mengejar jawatan itu bernafsu besar.
Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dalam Twitternya berkata, "Yang mengejar bernafsu besar, yang mengendong patutkah berjiwa besar?"
Kenyataan ini dikeluarkan selepas timbul ura-ura Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan MB Selangor daripada Abdul Khalid berikutan peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh.
Khalid sendiri mengumumkan Anwar akan bertanding atas tiket PKR di pilihan raya kecil yang akan diadakan di situ.
Faekah yang kini Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) itu juga meminta ahli politik dari luar Selangor agar belajar terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan dan kenyataan.

Libatkan rakyat dalam permuafakatan nasional

KUALA LUMPUR: Jika permuafakatan nasional menjadi agenda teras pemimpin negara, Perdana Menteri perlu berani berterus terang apakah agenda utamanya, natijah yang diharap akhir daripada agenda ini serta kepentingan utamanya kepada rakyat.

AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor berkata, rakyat tidak mahu dikorbankan dengan politik polemik buat kesekian kalinya, dan rakyat bosan mengadap isu yang direka dan dibentangkan setiap hari bagi meraih keuntungan pihak terbabit, sedangkan negara terus dihimpit dengan hutang yang tinggi, kos sara hidup yang melampau disamping bebanan cukai yang keterlaluan ditanggung.

“Selesaikan masalah rakyat adalah agenda besar permuafakatan nasional dan libatkan semua pihak termasuk rakyat di peringkat bawahan agar merkea juga mampu menyumbang dalam memastikan rekonsiliasi nasional menjadi agenda besar negara,” ujarnya menerusi facebook, sebagaimana di bawah

Ketika idea rekonsiliasi atau permuafakatan nasional dicanang di seluruh negara, pilihanraya kecil Dun Kajang terpaksa diadakan berikutan Adun tersebut, Lin Chin Cheh meletak jawatan.

Tanpa angin tanpa ribut, tanpa kematian tiba-tiba pilihanraya kecil terpaksa diadakan di Dun berkenaan.

Saya tidak mahu mengulas panjang berkenaan isu PRK Kajang, kerana terlalu ramai ahli politik dan pemimpin yang meluahkan kemarahan, kekecewaan tidak kurang juga yang memuji tindakan pemimpin PKR itu.

Menteri kunjungi Shah Alam jumpa ‘kaki’, bincang strategi sabotaj Kerajaan Selangor? - Khalid Samad

SHAH ALAM, 31 JAN: Beberapa menteri daripada Barisan Nasional (BN) dikatakan bertemu pihak tertentu yang dipercayai sebagai menggerakkan kerja sabotaj kerajaan Selangor.

Pertemuan itu berlangsung sebaik sahaja Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumk sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) bagi mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, berkata selain percaya kerja sabotaj itu bakal membabitkan polis cawangan khas], selain beberapa pihak yang menjawat jawatan penting dalam hariki kakitangan awam negeri dan anak syarikat milik kerajaan negeri.

“Saya di Shah Alam pada hari Anwar diumum sebagai calon dan tahu pada petang itu beberapa menteri dengan pengiringnya datang ke sini untuk bertemu dengan pihak tertentu yang tidak payah disebutkan nama mereka.

“Saya duduk Shah Alam dan tahu itu berlaku. Maknanya, rancangan untuk menewaskan Anwar sedang disusun dengan teliti oleh pihak lawan, BN. Saya menyeru PR hadapinya dengan menggunakan Kajang sebagai satu reforendum membuktikan penolakan rakyat kepada Umno,” katanya pada satu sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.

PRK Dun Kajang : PR tidak guna formula komposisi kaum

tian chua pc pkr 01SHAH ALAM, 31 JAN: Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah mengamalkan pembahagian kerusi mengikut komposisi kaum dalam menempatkan calon untuk bertanding ketika pilihan raya seperti yang diamalkan Barisan Nasional (BN).
Naib Presiden PKR, Tian Chua, berkata wakil rakyat PR mewakili masyarakat Malaysia berbilang bangsa dan agama bukan tertumpu kepada kaum tertentu sahaja.
Katanya, pengunduran bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh baru-baru ini tidak bermakna suara kaum cina di dalam Dewan Negeri Selangor (DNS) akan berkurang.
“Kita tidak ada wakil rakyat Cina yang kita ada wakil rakyat Malaysia, bahkan tidak pernah bincang berkenaan isu Cina atau Melayu kerana apa yang dibincangkan adalah isu rakyat.
“Saya sendiri bertanding di kawasan yang majoriti pengundinya Melayu, tetapi menang juga. Wakil rakyat PR adalah wakil untuk semua.
“Pemilihan calon mengikut komposisi kaum berlaku untuk MCA dan MIC dalam BN dan bukannya PR,” katanya yang dipetik daripada portal Free Malaysia Today.

Politik buruk golongan ‘kopiah putih’ dalam PAS

Hafiz Ahmad

Baru-baru ini iklim politik Malaysia “panas” dengan peletakan jawatan mengejut Adun Kajang  Lee Chin Cheh. Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang.
Ternyata langkah politik ini mengejutkan rakan politik PKR dalam Pakatan Rakyat (PR), PAS dan DAP. Bermacam-macam komen  mengecam tindakan PKR yang disifatkan sebagai membazir duit rakyat kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa mengadakan pilihan raya kecil yang sudah tentu melibatkan jumlah wang yang banyak.
Tanpa merujuk pimpinan PAS pusat, tindakan PKR ini menerima kecaman beberapa kerat golongan “kopiah putih” dalam PAS yang sememangnya menunggu untuk menghentam PKR dan Anwar Ibrahim.  Kritikan paling keras datangnya daripada Ketua Penerangan Dewan Ulama, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang mengatakan PKR telah khianat undi rakyat. Ustaz yang baru sahaja dapat anugerah Datuk daripada Sultan Pahang begitu galak menyerang PKR dengan pelbagai kecaman keras walaupun semasa sidang media pengumuman calon dihadiri pimpinan eksekutif tertinggi PAS seperti Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Dr Hatta Ramli. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga menyokong penuh pencalonan Anwar Ibrahim dalam PRK Kajang. 
Tidak ketinggalan menyertai siri kecaman terhadap PKR dan Anwar Ibrahim ialah seorang lagi golongan “kopiah putih” yang juga bekas Pemuda PAS Pusat Nasruddin Tantawi yang mengatakan ini satu kegilaan yang dicipta PKR.
PKR berada dalam situasi politik yang sukar ketika ini dan mengharapkan sokongan daripada rakan-rakan komponen PR. Disaat ramai pemimpin bukan “kopiah putih” dalam PAS menyokong tanpa berbelah bahagi kepada PKR, tiba-tiba golongan “kopiah putih” begitu panas hati dan terus mengecam PKR.
Malahan DAP juga menyokong penuh tindakan politik PKR di Kajang walaupun pada mulanya juga terkejut tapi DAP tidak menghentam seperti golongan “kopiah putih”.
Golongan “kopiah putih” yang majoritinya golongan ustaz ini patut malu dengan golongan kafir DAP yang menyokong rakan disaat susah dan senang. Akhlak yang ditunjukkan golongan kafir DAP lebih Islamik daripada akhlak golongan “kopiah putih” ini.

Sweden: Reman Shalwati juga dilanjut 11 hari

Tempoh tahanan reman Shalwati Norshal turut dilanjutkan selama 11 hari lagi oleh Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, sebentar tadi.

Memetik laporan sebuah portal, aama seperti suaminya, Azizul Raheem Awalulludin, tempoh tersebut dilanjutkan sehingga 10 Februari depan.

Semalam mahkamah sama telah memutuskan untuk melanjutkan tahanan reman 11 hari ke atas Azizul.

Azizul didakwa memukul salah seorang daripada empat anaknya  - kes yang mendapat perhatian seluruh negara - kerana mendidik anaknya untuk mendirikan solat.

Perundangan di Sweden memandang berat isu berkaitan perlindungan kanak-kanak.

Ekoran itu, suami isteri berkenaan ditahan sejak 18 Disember tahun lalu dan anak mereka ditempatkan di bawah jagaan keluarga bukan Muslim.

Tindakan itu mendapat kritikan keras pelbagai pihak.

PRK Dun Kajang: MCA letak Chong Wei?

Liow Tiong Lai
KUALA LUMPUR - MCA telah menyenarai pendek calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang, Selangor, kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata senarai calon itu akan diserahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional(BN) dalam masa terdekat bagi membuat keputusan calon mana yang layak bertanding di kawasan itu.

"Pilihan raya kecil di Kajang nanti adalah amat penting bagi MCA dan BN. Saya berharap kita bersama-sama kerja keras untuk memenangi Dun ini kerana kita juga nak pastikan suara kita lebih kuat untuk membela nasib rakyat di Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis  rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di ibu pejabat parti komponen BN itu sini hari ini.

Pilihan raya kecil bakal diadakan berikutan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri Kajang Lee Chin Cheh dari PKR mengosongkan kerusi itu Isnin lepas.

Rentetan daripada peletakan jawatan itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Penasihat PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon seandainya pilihan raya kecil diadakan.

Mengenai cadangan meletakkan pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai calon MCA di Kajang, Tiong Lai enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu walaupun menyifatkan terdapat kemungkinan populariti atlet itu dapat menandingi populariti Anwar.

PRK Dun Kajang: PR ada kelebihan main banyak isu, BN serang peribadi Anwar - Dr Mazlee Malik

Dr MaszleeSHAH ALAM, 31 JAN: Pakatan Rakyat (PR) dijangka mempunyai kelebihan berbanding Barisan Nasional (BN) daripada segi penggunaan isu yang mampu menambat hati pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang bakal dilangsungkan dalam masa terdekat.
Penganalisis Politik, Dr Maszlee Malik, berkata antara isu dijangka mampu mempengaruhi pengundi akan dibawa PR dalam PRK terbabit seperti kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat.
“Di pihak PR memang kelebihan ada dengan isu berkisar kos sara hidup seperti kenaikan harga barang, kegagalan BN menunaikan janji sebelum pilihan raya umum tidak menaikan harga barangan keperluan utama atau tarif perkhidmatan tertentu,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.
Dr Maszlee yang juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata beliau menjangkakan pengundi Cina di Kajang ketika ini masih kekal dalam mood memilih calon PR sebagai wakil mereka di Dewan Negeri Selangor.
Sementara itu, BN pula pada peringkat awal akan memainkan isu perletakkan jawatan Lee Chin Cheh sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.
Katanya, isu peletakan jawatan itu secara perlahan akan hilang ekoran penerangan yang dibuat barisan kepimpinan PR.

PRK Dun Kajang satu 'kesilapan' bagi PKR kata Presiden MCA

Presiden MCA Liow Tiong Lai menganggap langkah PKR untuk mengadakan pilihan raya kecil di Kajang satu "kesilapan"  dan mendakwa parti pembangkang itu tidak sensitif terhadap peningkatan kos sara hidup.

"Mereka ( PKR) perlu berusaha ke arah meningkatkan ekonomi dan bukan sengaja mengadakan pilihan raya kecil untuk agenda mereka sendiri," kata Liow ketika ditemui di majlis hari rumah terbuka MCA Tahun Baru Cina di Kajang.

Beliau berkata PKR tidak sepatutnya menggunakan pilihan raya kecil itu untuk menyelesaikan masalah dalaman parti itu.

Liow menggesa rakya supaya memastikan tindakan seperti  di Kajang itu tidak berulang.

Rafizi: Kalau ini permainan PKR, tolaklah kami masa PRK Dun Kajang

PKR sedia ditolak rakyat dalam pilihan raya kecil Kajang sekiranya tindakan mengosongkan kerusi DUN itu bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding , dianggap satu keputusan memanipulasi sistem pilihan raya, kata Ketua Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Menurut Rafizi, ia adalah satu pertimbangan berisiko besar yang perlu diambil demi kepentingan orang ramai, dengan mempertaruhkan orang nombor satu Pakatan Rakyat itu sendiri.

"Ada yang kata keputusan ini mempermainkan demokrasi. Tidak.

"Kita ambil risiko besar memulangkan keputusan ini kepada rakyat.

"Ia demokratik dan ia juga sadistik.

"Kita letak orang nombor satu kita dalam tangan pengundi-pengundi Kajang yang marah.

"Kita jelaskan dan kita minta maaf. Kalau penerangan dan minta maaf kita ini tidak cukup, Anwar Ibrahim akan dihukum.

"Kalau ini permainan PKR yang perlu ditolak, tolaklah kami. Kami tidak memanipulasi sistem seperti yang dilakukan Umno," kata MP Pandan itu di forum 'Anwar: Dari Kajang ke Putrajaya' di ibu negara, semalam.

Sebak seketika dengan mata kemerah-merahan sehingga ucapannya tersekat-sekat, Rafizi berkata ia adalah satu keputusan yang menyakitkannya tetapi perlu dilakukan demi tanggungjawab kepada orang ramai.

"Ia menyakitkan saya kerana ia adalah idea saya untuk mengheret Anwar Ibrahim ke dalam perkara ini (sebak) dan ia bukan perkara yang mudah.

"Namun apabila tanggungjawab ini jatuh di atas bahu anda (sebak), apa lagi yang anda boleh lakukan?" katanya.

Rafizi Ramli: Sebalik pimpinan, cerminan dan seteru di Kajang

PKR perlu melakukan sebaik mungkin untuk menangkis serangan Umno yang ingin merampas Selangor, kata Pakar Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail.PKR perlu melakukan sebaik mungkin untuk menangkis serangan Umno yang ingin merampas Selangor, kata Pakar Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail.Rafizi Ramli adalah salah seorang arkitek dalam ‘langkah Kajang’ yang membolehkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di kawasan itu. Dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider, Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR melihat betapa PKR tidak boleh berdiam diri apabila Umno terus menggunakan isu ketegangan kaum bagi merampas Selangor. Dalam menangani permasalahan itu, Pakatan Rakyat (PR) memerlukan pemimpin politik seperti Anwar dan pemimpin dalam soal pengurusan seperti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ikuti wawancara penuh dengan Rafizi.
S: Anda ada menulis sesuatu berhubung usaha Anwar untuk menjadi Adun di Selangor dan keperluannya bagi menangkis serangan Umno. Namun sejak lima tahun lalu, PR juga berdepan degan masalah isu bekalan air sehinggalah kepada bantahan kepala lembu. Jadi, apa keperluan Anwar untuk menjadi Adun di Selangor?
J: Pada tahun pertama, rakyat melahirkan kegusaran apabila kami diserang BN meskipun pada ketika itu kami masih tercari-cari. Asalkan kita jujur.
Kami kini berada di penggal kedua. Dinamiknya berubah terutama Umno. Doktrin sokongan bukan Melayu perlu diasingkan sudah berubah. Buat pertama kalinya wujud pemikiran adakah Melayu dan Umno dapat meneruskan perjuangan mereka.
Ketika mereka diberi peluang, politik kaum dan agama yang dimainkan tidak ubah seperti mana yang kita lihat lima tahun lalu.
Apa yang diperlukan adalah pengukuhan politik kerana apa yang sedang dihadapi adalah serangan politik lebih kasar.

Putrajaya bakal hadapi persepsi negatif jika lantik peguam Umno sebagai Peguam Negara


Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee dan Putrajaya akan menghadapi pesepsi negatif jika dia dilantik sebagai peguam negara, kata sekumpulan peguam.
Penasihat dan pengasas kepada Peguam untuk Kebebasan, Eric Paulsen (gambar) berkata, Putrajaya tidak sepatutnya mempertimbangkan langsung Shafee sebagai calon untuk jawatan itu kerana beliau membawa bebanan tersendiri.
"Peguam negara adalah satu jawatan yang tidak boleh dipertikaikan dan calon-calon untuk jawatan ini perlu dilihat bebas dan mengatasi kuasa politik," katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata, jika Shafee dilantik atau dipertimbangkan untuk jawatan itu, maka keseluruhan Jabatan Peguam Negara akan terjejas daripada kedudukan sekarang kepada lebih buruk lagi kerana beliau (Shafee)  dikenali sebagai peguam Umno.
Katanya, Shafee telah menjadi penasihat perdana menteri sebelum ini dan perdana menteri sekarang serta Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau juga berkata, Shafee juga dikenali kerana mengambil sikap menentang pembangkang khasnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Apatah lagi ia sangat tidak sesuai setelah beliau terlibat dalam kes sodomi Anwar. Persepsi umum adalah jika beliau berjaya menang kes bagi pihak pendakwa, hadiah untuknya adalah jawatan Peguam Negara seterusnya."

PKR Jumpa Rakyat Kajang 3 Februari

PKR's call for national consensus: No response from BN yet

PKR jumpa rakyat Kajang pada Isnin depan ( 3 Februari )

KAJANG - PKR memilih Isnin depan bagi menjelaskan kepada pengundi-pengundi di Dun ini berhubung keperluan mengadakan pilihan raya kecil ekoran peletakan jawatan wakil rakyatnya baru-baru ini.

Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata, inisiatif itu diambil ekoran parti itu bertanggungjawab untuk menerangkan situasi sebenar kepada pengundi.

"3 Februari ini, cadangan kita untuk mengadakan satu program besar bagi menerangkan pada pengundi.

"Sebab Datuk Seri Anwar dan pimpinan PKR khususnya bersama PR bertanggungjawab untuk menerangkan kepada pengundi-pengundi, kenapa kita bermuafakat untuk mengadakan PRK ini. Ini tanggungjawab kita," katanya ketika ditemui, hari ini.

Penjelasan itu juga katanya bagi mengelak daripada berlakunya pelbagai salah faham dan persepsi di kalangan rakyat di seluruh negara.

"Kami sedang mengenalpasti tempat paling sesuai untuk mengadakan perjumpaan itu. Supaya tidak timbul salah faham.

"Bukan saja kepada pengundi tapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Gandingan Muhyiddin - Zahid Hamidi Paling Sesuai Untuk Lawan Anwar Dalam PRU 14.!!

Kemaraan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri yang dirangkumkan dengan cita-cita Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dalam pilihanraya akan datang menjadi semakin hampir menuju realiti dengan kelicikan terbarunya menjadikan jawatab Menteri Besar Selangor sebagai transit ke arah hasrat itu.

Sebagaimana yang diakui oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad bahawa tindakan Anwar bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Kajang dan menjadi Menteri Besar Selangor selepas itu adalah langkah untuk naik menjadi Perdana Menteri dan ia tidak akan berhenti setakat itu sahaja.

Tambah Mahathir yang mengakui beliau tidak gembira dengan percaturan terbaru Anwar itu, kedudukan sebagai Menteri Besar Selangor akan dijadikan tangga bagi menunjukkan keupayaannya mentadbir negeri supaya dengan itu akan bertambah keyakinan rakyat terhadap kemampuannya untuk mentadbir negara pula.

Daripada kenyataan Mahathir ini jelas tergambar kebimbangannya terhadap masa depan UMNO dan BN dalam pilihanraya umum akan datang kerana dengan kedudukan dan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, Anwar dan Pakatan rakyat jelas mempunyai kelebihan berbanding BN.

Dan sekiranya kelebihan itu dikaitkan dengan deretan kelemahan Najib yang begitu terserlah sehingga wujudnya desakan agar beliau berundur dan memberi peluang kepada tokoh lain menerajui parti dan kerajaan, UMNO dan BN sudah sewajarnya mencari butang kecemasan bagi menyelamatkan masa depannya.

Namun, sementara kelemahan Najib sudah diakui dan harapan untuk melihatnya berubah juga sudah terlambat, dilemma UMNO ialah kononnya tiada tokoh yang lebih baik untuk menggantikan Najib. Terdapat blogger UMNO yang mengakui hakikat tersebut manakala Zainuddin Maidin yang sependapat tiada tokoh yang layak menggantikan Najib, menyarankan agar Mahathir dibawa dalam kabinet untuk membantu serta menyuntik nilai tambah kepada kerajaan.

Pakatan tunggu perbincangan rekonsiliasi dengan Putrajaya, kata Azmin


Pakatan Rakyat menyambut baik cadangan Putrajaya untuk mengadakan perbincangan rekonsiliasi dengan mereka dan sedang menunggu maklumat rasmi tentang tarikh dan tempat pertemuan, kata pemimpin mereka.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (gambar) berkata, Pakatan menyambut baik keputusan Kabinet untuk mengadakan mesyuarat bagi mencari jalan penyelesaian terhadap empat isu utama yang sedang dihadapi negara.
"Kami menunggu jemputan rasmi daripada mereka. Sehingga kini kita hanya mengetahuinya melalui kenyataan media," kata Azmin yang juga anggota parlimen Gombak.
Pakatan melalui ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Putrajaya berdialog mengenai empat isu utama yang dihadapi negara iaitu ketengangan antara kaum dan agama, kenaikan inflasi dan masalah dalam sistem pendidikan.
Najib pada Rabu telah menyatakan persetujuan untuk rekonsiliasi nasional yang dicadangkan Anwar namun tidak menuju kepada pembentukan kerajaan perpaduan.
"Saya terharu dengan gesaan pembangkang yang mencadangkan satu konsensus dan saya yakin mereka akan mengalu-alukan perkembangan terbaru ini," katanya.
Bagi memastikan cadangan rekonsiliasi nasional tersebut dicapai, Najib menggesa semua pihak perlu bersedia berhenti daripada menyebarkan penipuan dan fitnah, serta menghentikan politik kebencian.
"Bagi mencapai semua ini, kita perlu berhenti menyebarkan penipuan dan fitnah, seterusnya menghentikan politik kebencian."

TG Nik Abdul Aziz selamat nikahkan Exco Kelantan

KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengakad nikah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan pasangannya, Wan Sakinah Wan Ismail di Kampung Banggol, Kota Bharu. Abdul Fattah merupakan wakil rakyat Dun Bukit Panau, Tanah Merah di mana isterinya sebelum ini, Datin Fahimah Mahmod, meninggal dunia pada 28 April tahun lalu di Hospital Pakar Perdana, kerana mengidap barah paru-paru.

Pakatan Selangor belum bincang kedudukan MB selepas PRK Dun Kajang


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) melihat Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali (kiri) bersalaman dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas solat Jumaat di Masjid Kariah Batu 10, Cheras, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 31 Januari, 2014.Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) melihat Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali (kiri) bersalaman dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas solat Jumaat di Masjid Kariah Batu 10, Cheras, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 31 Januari, 2014.Pakatan Rakyat (PR) Selangor masih belum berbincang berkenaan kedudukan menteri besar selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Mohamed Azmin berkata, dalam pertemuan dengan parti komponen PR daripada DAP dan PAS, mereka hanya berbincang soal gerak kerja jentera PR dalam PRK DUN Kajang.
"Kami tidak pernah bincang apa selepas Kajang. Perbincangan kita hanya setakat gerak kerja di Kajang," katanya ketika ditemui wartawan selepas solat Jumaat di Masjid Kariah Batu 10 Cheras, Selangor, hari ini.

PRK Dun Kajang: Rakyat patut abaikan pandangan Dr M

Malaysia sebuah negara bebas. Pembetulan. Malaysia sememangnya sebuah negara yang agak bebas. Oleh itu, Tun Dr Mahathir Mohamad juga bebas menyuarakan pandangannya tentang sesuatu perkara, sama ada tentang cuaca di Kutub Utara ataupun kualiti kepimpinan dalam negara.
Tetapi, Malaysia juga bebas tidak bersetuju atau menolak apa sahaja yang terkeluar daripada mulut beliau. Malah boleh juga menunjukkan rasa tidak senang dengan sikap politik dolak-dalih beliau, hari demi hari tanpa rasa bersalah melupakan permasalahan dalam negara segala-galanya berpunca daripada zaman pemerintahannya.
Walaupun dilihat mengeluh tentang sikap pentingkan diri di kalangan ahli politik Umno dan budaya politik merampas kuasa hari ini, Dr Mahathir berharap kita lupa tentang kekayaan luar biasa menterinya dan rakan sekelilingnya.
Apabila beliau bercakap tidak munasabah penganut Kristian mahu menggunakan kalimah Allah, Dr Mahathir harap kita melupakan kerajaan sekitar lewat 1980-an yang membenarkan peruntukan menggunakan kalimah Allah oleh penganut Kristian dilaksanakan secara pengkuatkuasaan.
Apabila mengeluh tentang bahang perkauman dan agama, Dr Mahathir harap kita lupa dirinya adalah penaung Perkasa, kumpulan pendesak ultra-Melayu yang mempunyai satu matlamat, iaitu memecah-belah negara ini.
Sekarang, bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu memberi pandangan remehnya tentang betapa pentingnya pilihan raya kecil di Kajang. Beliau boleh mempersenda Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kata apa sahaja tentangnya. Tetapi apabila bercakap tidak masuk akal, beliau perlu dihentikan.

Jentera Wanita KEADILAN P Pinang siap sedia ‘Turun 2 Kajang’

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ‘Selamat Menyambut Tahun Baru Cina’ kepada seluruh masyarakat berbangsa Cina.
Walaupun kita menyambut Tahun Baru kali ini amat sederhana dan berhemah disebabkan harga barang-barang naik begitu mendadak sekali dan keperitan ini amat dirasai oleh semua golongan masyarakat.
“Turun 2 Kajang” – Wanita KEADILAN Pulau Pinang menyokong penuh dengan keputusan pucuk pimpinan dan akan berdiri teguh di belakang Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan keputusan beliau untuk bertanding di DUN Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Kami Wanita KEADILAN Pulau Pinang kini sudah bersiap sedia untuk ‘TURUN 2 KAJANG’ bagi menghadapi dan membantu gerak kerja jentera pilihan raya bagi PRK DUN Kajang.
Wanita KEADILAN Pulau Pinang merakamkan ribuan terima kasih ke atas pengorbanan Sdr Lee Chin Cheh yang telah meletak jawatan sebagai Adun Kajang secara sukarela kerana memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding atas dasar serta niat khususnya untuk menguatkan saf kepimpinan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat umumnya.
Kami Wanita KEADILAN Pulau Pinang yakin dan percaya beliau merupakan satu-satunya calon yang amat sesuai berdasarkan ketokohan dan keberanian beliau. Dalam politik Malaysia hari ini kita amat memerlukan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat seperti beliau dalam memikul bebanan tugas dan tanggungjawab yang amat besar ini.

Konsensus Nasional: Jalan ke hadapan

PROSES perkembangan sesebuah negara bangsa memakan masa yang panjang, sepanjang perjalanannya, pelbagai peristiwa dan situasi terpaksa dilaluinya sehingga ia mematangkan kepimpinan dan rakyatnya.
Konflik dan pertumpahan darah sesama anak bangsa mahupun peperangan yang dilaluinya dengan penceroboh demi memelihara kedaulatan negara adalah proses pembentukan jatidiri negara bangsa.
Dalam menghayati perkembangan ini, negara terdesak untuk memperbaharui komitmennya terhadap masa depan negara atau istilah patriotiknya memelihara bahtera merdeka.
Untuk mencapai maksud ini satu konsensus atau kesepakatan dan persetujuan bersama amat diperlukan supaya negara bangsa ini mara mencipta nasibnya di persada alam. Ada beberapa faktor utama yang menentukan kejayaan konsensus nasional yang amat diperlukan pada tahap ini.
Artikel ini cuba menghuraikan beberapa pra-syarat dan faktor yang akan menjayakan konsensus nasional ini.
Latar Belakang Kemerdekaan
Malaysia berbanding dengan negara bangsa lain secara relatifnya adalah negara yang masih muda. Perkataan negara bangsa hanya muncul dengan kemaraan kolonialisme Barat.
Serentak dengan tuntutan merdeka dari British, negara bangsa menjadi tema kebangkitan rakyat dan Islam/Melayu menjadi asas kebangkitan menyatukan negara bangsa yang kelak akan muncul apabila pada tahun 1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya dari penguasaan kolonial British selama beberapa abad.
Faktor dan latar belakang yang membentuk kemerdekaan Malaysia amat signifikan untuk semua pihak akur dan menerimanya sebelum bersetuju untuk menjayakan cita-cita murni melonjakkan negara ini ke hadapan.
Perlembagaan Persekutuan
Konsensus mesti juga menghayati dokumen penting yang menentukan nasib dan masa depan negara. Perlembagaan negara adalah faktor penyatu kepada janji setia kita untuk memelihara negara melalui prinsip-prinsip yang disepakati dan dijunjung bersama.
Perlembagaan Persekutuan meletakkan raison d'etre negara ini dengan menamakan tiang utama negara yang tidak boleh dikompromi dalam apa jua konsensus yang akan dilakukan iaitu;

KR1M tawar harga tinggi banding kedai lain, gagal bantu kurang kos sara hidup

download (1)PETALING JAYA, 31 JAN: Langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menambah Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat seperti terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu didapati tidak memberi kesan.
Tinjauan Selangor Kini di salah sebuah KR1M dan sebuah pasar mini berantai popular (pasar mini ‘A’) mendapati kebanyakan harga barangan yang ditawarkan bukan sahaja tidak banyak berbeza, malah terdapat beberapa barangan yang ditawarkan KR1M pada harga lebih tinggi.
Antara barangan terbabit, krimer berjenama Gold Coin di pasar mini ‘A’ berharga RM2.35, berbanding KR1M pada harga RM2.69; lampin pakai buang bayi jenama Drypers (pek 80 keping, saiz M) di pasar mini ‘A’ pada RM31.50, berbanding KR1M RM31.99 dan susu formula bayi Lactogen 2 (650 gram) RM17.90 di pasar mini ‘A’, manakala KR1M pada harga RM17.95.
Sementara itu, bagi barangan berjenama 1Malaysia pula, Selangor Kini mendapati kebanyakannya adalah lebih murah berbanding harga jenama yang ditawarkan pasar mini ‘A’.
Bagaimanapun, salah seorang kakitangan KR1M dipercayai warga asing memberitahu Selangor Kini, aliran stok barangan jenama 1Malaysia khususnya barangan makanan adalah jauh perlahan berbanding jenama lain disebabkan tidak mendapat sambutan pelanggan.

Pembabitan Mahathir jatuhkan Najib bukan perkara pelik

SHAH ALAM, 31 JAN: Pembabitan Tun Mahathir Mohamed dalam gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak bukan sesuatu yang menghairankan kerana sejarah membuktikan perkara sama pernah berlaku ketika era bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.
Penulis buku politik, Shahbudin Husin, berkata tindakan menjatuhkan pemimpin yang tidak sebulu dengannya adalah perkara biasa bagi Mahathir, bahkan membuat penafian juga sudah sebati dalam gerak kerja politiknya selama ini.
Beliau berkata, perkara sama turut menimpa beberapa bekas pemimpin terkemuka Umno sebelum ini antaranya Tun Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas disingkirkan Mahathir.
“Ketika hubungan tidak mesranya dengan Musa dihidu ramai pada awal 1980-an dulu, Mahathir beberapa kali menafikannya, bahkan beliau juga kerap menunjukkan sifat mesranya di depan umum dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
“Begitu juga dengan Anwar apabila beliau sering menafikan hubungan renggang mereka dan berulang kali menegaskan Anwar adalah penggantinya,bahkan sehari sebelum pemecatan Anwar ,pada 2 September 1998, beliau sekali lagi menafikan hubungan mereka bermasalah.
“Namun ,akhirnya Anwar bukan saja dipecat, bahkan juga dimalu, diaibkan dan dihantar ke penjara seperti tidak pernah bersahabat baik serta duduk makan semeja sebelum itu. Tetapi itulah Mahathir, apa yang dinafikan selalu yang dilakukannya,” katanya di dalam blog.
Shahbudin berkata, gerakan untuk menggulingkan Najib yang dikaitkan dengan Mahathir bukan lagi rahsia Umno berikutan beberapa blogger pro-bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu semakin giat meningkatkan serangan dan kritikan terhadap Najib.

BN boikot PRK Dun Kajang elak bebankan rakyat, kata Rizalman

BN tak perlu tanding kerana PRK itu bukannya mengisi kekosongan akibat wakil rakyatnya meninggal dunia.

PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Rizalman Abdullah mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) memboikot PRK Kajang.
Menurutnya, BN tak perlu tanding kerana PRK itu bukannya mengisi kekosongan akibat wakil rakyatnya meninggal dunia.
“Oleh itu saya bersetuju dengan pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa keputusan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan merupakan tindakan yang membebankan rakyat, “katanya kepada FMT mengulas kenyataan Najib semalam.
Malah, Perdana Menteri turut percaya pengosongan kerusi DUN tersebut semata-mata merupakan satu usaha untuk menyelesaikan masalah dalaman serta kemelut yang agak serius sedang melanda parti berkenaan.

PRK Dun Kajang: Apa Kata Prof Aziz Bari & Prof Muhammad Agus?

Pendek akal jika kata PRK bazir wang rakyat – Dr Aziz Bari

KUALA LUMPUR 30 JAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang tidak harus dilihat membazirkan wang rakyat bahkan ia dibenarkan perlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen, kata Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Aziz berkata, perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh juga tidak salah dari sudut undang-undang, mahupun prinsip moral.

“Bagi saya perletakan jawatan itu tidak salah; baik undang-undang atau moral. Perlembagaan mengizinkan dan terpulang kepada pengundi di DUN Kajang untuk memutuskan apa mereka hendak buat kepada parti yang diwakili oleh bekas Adun itu.

“Secara prinsipnya PRK tidak membazirkan duit rakyat. Orang pendek akal dan tidak faham demokrasi perwakilan sahaja yang kata begitu,”


“Jika pihak yang mengecam itu benar-benar sayangkan duit rakyat, mereka perlu menghalang sesiapa bertanding dalam PRK itu nanti,” kata Aziz dalam satu kiriman email kepada keadilan daily.

Menurut Aziz, dalam keadaan apa pun, rakyat mesti mempunyai wakil, samada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun parlimen.

“Sebab itu PRK atau Pilihan Raya Umum (PRU) perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas berlaku kekosongan; baik kerana perletakan jawatan, kematian, hilang kelayakan atau kerana dewan terbubar atau dibubarkan,”

“Anehnya ada peguam yang nampaknya cukup emosi dan marah-marah sampai terlupa kepada perlembagaan,” ujarnya yang juga bekas pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

Ditanya mengenai pendapat mengatakan perletakan jawatan Lee Chin Cheh mengkhianati kepercayaan pengundi, Aziz berkata beliau tidak melihat tindakan itu sebagai suatu pengkhianatan.

PRK Dun Kajang: Belum apa-apa Umno dan MCA berebut nak jadi calon

BELUMPUN Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sempat menentukan tarikh pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang, parti komponen BN khususnya Umno dan MCA sudah pun berbalah berebutkan kerusi yang dikosongkan Adun PKR, Lee Chin Cheh itu. 
Walaupun para pemimpin BN termasuk Pengerusinya menyifatkan tindakan mengosongkan kerusi Dun Kajang itu sebagai ‘penghinaan terhadap proses demokrasi’ dan ‘satu pembaziran’, tiada tanda-tanda bahawa BN akan menuruti nasihat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar tidak bertanding.
"Saya suka mencabar Umno dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihan raya kecil itu nanti," kata Tuan Guru Nik Aziz dalam entrinya di laman Facebook.
Malah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin 28 Januari lalu awal-awal lagi mahu pemilihan calon BN bagi PRK Dun Kajang tidak terikat dengan ‘formula lama’.
Beliau membayangkan calon bakal dipilih BN mungkin tidak datang dari MCA walaupun Dun Kajang merupakan kerusi tradisi parti Cina itu.
"Kita perlu bertanding. Tapi kita berharap calon yang dipilih bukan dipilih berdasarkan 'formula lama'," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Kuala Lumpur.
"Saya tidak kata MCA tak baik... Beri kita calon yang terbaik."
Pandangan Khairy itu mengundang kemarahan MCA.  Ketua Pemudanya,  Chong Sin Woon mengingatkan Khairy supaya tetap menghormati semangat kebersamaan dalam gabungan 14 parti itu.

“Kita mempunyai matlamat sama, tetapi (Khairy) tidak patut secara terbuka berkata ia tidak akan mengikut formula lama (pemilihan calon),” kata Chong berang.

“Dia (Khairy) jelas kata (Kajang) tidak semestinya akan ditandingi oleh MCA,” kata Chong dalam satu sidang media.

Di sebalik kisah Kajang...

Kajang
BILA menyebut mengenai sate yang merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia, pasti akan terpacul di bibir orang ramai mengenai sate Kajang.

Tidak keterlaluan jika dikatakan sate Kajang dikenali di seluruh negara kerana keenakannya yang pernah dirasai ramai.

Siapa yang tidak pernah mendengar mengenai Sate Kajang Haji Samuri? Bermula pada 1992, sate tersebut kini sudah mempunyai 20 cawangan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
Walaupun pada mulanya, orang ramai yang ingin menikmati juadah tersebut  perlu pergi ke pekan Kajang, tetapi kini lokasi perniagaan itu sudah meluas dan tidak menjadi masalah.

Boleh dikatakan sate itu merupakan antara sebab mengapa Kajang dikenali.

Kajang mempunyai kedudukan yang strategik, terletak hanya 20 kilometer dari Kuala Lumpur, lapan kilometer dari Semenyih dan 12 kilometer dari Bangi.

Bandar ini mudah diakses dengan memandu atau menggunakan perkhidmatan awam yang disediakan.

Bandar Kajang boleh diakses melalui lima laluan sedia ada antaranya Lebuhraya Utara Selatan (Plus) - susur keluar Kajang/Putrajaya, Lebuhraya Kajang Silk, Lebuhraya Cheras – Kajang, Lebuhraya Kajang - Seremban (Lekas) dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter - dari KL Sentral dan Seremban.

Pekan tersebut mempunyai taburan penduduk berdasarkan bancian kali terakhir pada 2010 menunjukkan Kajang diduduki 311,785 orang.

Kajang terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

PRK Dun Kajang : Cerita Lawak Dari Macai-Macai Kangkung

Satu yang perlu lu orang tahu ialah andai kata di Takdirkan Umno/Bn TERKUBUR dari Politik Malaysia bermakna Sumber LAWAK POLITIK bagi gua juga turut sama hilang beb, itu yang lu orang perlu ingat dan yang itu juga lah yang membuat gua cukup risau sangat. Mana kan tidak nya gua risau beb boleh dikatakan 99 peratus cerita LAWAK POLITIK dari penulisan gua adalah Bersumberkan UMNO and THE GANG, bukan nya disebelah Pakatan Rakyat (PR) tak boleh dijadikan BAHAN LAWAK tapi agak kurang jika dibandingkan dengan Umno and The Gang beb... kah kah kah !.
Jenis Lawak Politik yang di hasilkan oleh Umno and The Gang ini beb bukan nya jenis Lawak Biasa tapi jenis Standard Maharaja Lawak Mega, tak kira apa Jawatan dia orang bermula dari Pemimpin sampai lah ke Penyokong semua nya boleh buat lu orang Ketawa Sampai Putus Urat Kentut. Lu orang tengok aje le bila saja berita Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) N.25 Kajang Meletak Jawatan macam-macam Kenyataan yang keluar dari MULUT LONGKANG dia orang, bermula dari Mempermainkan Sistem Demokrasi hingga lah kepada Membuat Laporan Polis... kah kah kah !.

ADUN Letak Jawatan pergi buat Laporan Polis tak ke LAWAK GILA BABI, siapa lah yang punya IDEA tersebut beb, gua ingat lah dalam SEJARAH MALAYSIA ini lah satu-satu nya Laporan Polis yang dibuat kerana ADUN Letak Jawatan. Sudah lah tu yang membuat Laporan Polis adalah dari Penyokong Umno and The Gang, tak ke HILANG AKAL nama nya tu beb. Kalau Penyokong dari PKR atau pun PR yang membuat Lporan Polis boleh jugak MASUK AKAL atas Sifat Sayangkan Seseorang ADUN, ini jadi Penyokong kepada ADUN tidak tiba-tiba buat Laporan Polis APA BARANG beb... kah kah kah !.

PRK Dun Kajang: Anak muda mahu lihat pemuafakatan nasional

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia (PPM) berpandangan gagasan idea permuafakatan nasional yang diumumkan oleh Perdana Menteri kelmarin meliputi empat teras utama merangkumi sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa tiada mempunyai agenda yang jelas berkenaan agenda anak muda Malaysia dan agenda agama.

“Perlaksanaan agenda ini juga masih samar-samar,” tegas ketuanya, Suhaizan Kaiat.

Katanya, PPM menegaskan, anak muda Malaysia sebenarnya merasa bosan dengan polemik politik yang tidak berkesudahan.

Menurutnya lagi, mereka mahukan pemuafakatan negara yang lebih harmoni dengan kerjasama ke arah mewujudkan negara yang aman, damai dan sejahtera.

PPM juga, tegas beliau menolak kerja sama politik kepartian antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Katanya, agenda anak muda Malaysia adalah penting dalam pemuafakatan nasional kerana merekalah yang berdepan dengan isu pengangguran, pendidikan, peningkatan kos sarahidup, perumahan dan lain-lain.

“Mereka mewakili 40 hingga 50 peratus pengundi berdaftar di negara ini. Membelakangkan agenda anak muda akan melebarkan jurang mereka dengan pembangunan negara serta menjadi sebab kegagalan agenda ini,” katanya.

Khutbah Jumaat: Kristian, Yahudi guna pelbagai cara pecah umat Islam


Kain rentang yang dipasang di lima gereja di Pulau Pinang baru-baru ini mencetuskan ketegangan antara agama dan kaum dalam negara. Gambar fail.Kain rentang yang dipasang di lima gereja di Pulau Pinang baru-baru ini mencetuskan ketegangan antara agama dan kaum dalam negara. Gambar fail.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyifatkan perpecahan di kalangan umat Islam bukan sahaja disebabkan lemahnya pegangan agama tetapi turut melibatkan hasutan Kristian dan Yahudi sebagaimana yang digambarkan Allah di dalam Al-Quran.
Khatib melalui khutbah Jumaat hari ini berkata, berpandukan kitab tafsir ada menjelaskan bahawa golongan Kristian dan Yahudi akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya orang Islam supaya sesuai dengan kehendak mereka.
“Perpecahan sememangnya merugikan tetapi persoalannya mengapa umat Islam masih terjebak dalam perselisihan walaupun dilarang agama?
“Ia bukan semata-mata terletak pada lemahnya penghayatan agama, tetapi didorong oleh hasutan musuh tradisi Islam seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang tidak pernah padam,” katanya melalui khutbah bertajuk “Manhaj Islami Dalam Perpaduan Ummah”.
Berdasarkan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Nasrani bermaksud agama yang penganutnya mempercayai Nabi Isa ialah anak Tuhan.

Anak pasangan Malaysia ditahan di Sweden pulang ke tanah air

Empat anak pasangan Malaysia, yang ditahan pihak berkuasa Sweden kerana didakwa memukul tangan anak lelaki mereka yang enggan solat, berlepas pulang ke Malaysia tengah hari tadi.
Aishah Azizul Raheem, 14 dan adik-adiknya Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, berlepas pulang pada jam 6.30 pagi waktu tempatan (1.30 tengah hari waktu Malaysia) bersama-sama Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin, seorang pegawai khas beliau serta seorang saudara keluarga itu.
Hamzah berkata, mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) esok.
Duta Malaysia ke Sweden, Datuk Badruddin Ab Rahman mengucapkan selamat jalan kepada mereka di lapangan terbang di Stockholm.
Semalam, anak pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal itu diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di Stockhol oleh pihak berkuasa Sweden pada satu majlis di pejabat kedutaan.
Mereka kemudian diserah kepada seorang pegawai kedutaan yang merupakan keluarga angkat Islam Malaysia baharu mereka.
Selepas 42 hari terpisah daripada ibu bapa mereka, keempat-empat beradik itu juga dipertemukan dengan saudara mara mereka dari Malaysia pada majlis itu.

Is Kajang ready for Anwar?


Liow willing to fight Anwar for Kajang, if party consents

KENAPA TUGAS PM DIAMBIL ALIH OLEH BINI! APA FUNGSI TPM..??



Ini Di Negeri Banglasia

Razali si Deliveri & Wee Kiat dalam Drama Tahun Baru Cina


Gong Xi Fa Cai jambatan keutuhan antara kaum

Bertemakan tahun kuda, bagi masyarakat Cina, tahun ini pasti mendatangkan rezeki yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah
Sambutan Tahun Baharu Cina yang akan disambut hari ini amatlah dinanti-nantikan oleh seluruh masyarakat Cina di Malaysia.
Tidak kurang juga kaum lain seperti Melayu, India, dan kaum-kaum Bumiputera yang turut bersama-sama merayakan perayaan ini.
Bertemakan tahun kuda, bagi masyarakat Cina, tahun ini pasti mendatangkan rezeki yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.
Menurut laporan “Feng Shui” oleh Astro Awani, tahun kuda diramal membawa banyak cabaran khususnya dalam aspek kewangan dan juga tahun ini banyak membawa peluang untuk berjaya.
Bukan sahaja masyarakat Cina yang mempercayai ramalan ini, malahan masyarakat lain juga menjadikan ramalan ini sebagai batu loncatan untuk terus berjaya dalam kehidupan.
Masyarakat pelbagai kaum di Malaysia seharusnya mengambil peluang perayaan ini sebagai jambatan untuk mengeratkan hubungan dengan masyarakat Cina.
Semangat kunjung-mengunjung yang telah diamalkan oleh masyarakat di negara ini sejak dulu lagi sememangnya menjadi asas perhubungan diantara etnik.
Melalui perayaan tahun baharu Cina, kita dapat mempelajari budaya masyarakat Cina di Malaysia disamping menghormati agama dan kepercayaan mereka.
Sebagai contoh, tarian singa yang sinonim ditarikan oleh remaja-remaja Cina, sekarang ia telah mula dikembangkan dan ditarikan oleh remaja-remaja Melayu dan India.

Noh Omar dicabar anjur debat kalimah Allah dalam masa 10 hari

SHAH ALAM, 31 JAN: Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar diberi masa selama sepuluh hari untuk mengatur semula sesi debat berhubung isu kalimah Allah yang sepatutnya berlangsung di Kompleks Karangkraf, di sini, pada 27 Januari lalu.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata cabaran itu dikemukakan berikutan kesungguhan Noh yang kononnya bersedia untuk ‘menyekolahkan’ beliau berhubung isu berkenaan.
Beliau turut mencadangkan supaya sesi debat itu disiarkan secara langsung di kaca televisyen supaya rakyat boleh menilai hujah yang akan dikemukakan.
“Kita buat satu debat antara saya dengan dia serta moderator. Ia perlu dibuat secara langsung supaya rakyat dapat tengok siapa yang hebat atau siapa pandai bercakap.
“Kalau nak tunjuk kehebatan, datang seorang tidak perlu bawa rakan atau penyokong. Saya bersedia untuk disekolahkan oleh Noh Omar tetapi harap dia akan sekolahkan saya secara pasca ijazah bukan tahap darjah enam,” katanya dalam sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.
Khalid berkata, jika Noh gagal memberi sebarang respon dalam tempoh ditetapkan, beliau bersedia menjadi tuan rumah untuk menganjurkan debat berkenaan pada waktu dan tarikh yang sesuai.
Terdahulu, Akhbar Sinar Harian bertindak membatalkan debat isu kalimah Allah antara dua tokoh politik terkemuka itu selepas menerima tekanan daripada pelbagai pihak.
Tindakan itu menimbulkan rasa tidak puas hati Noh sehingga mendorongnya mengadakan bantahan di hadapan Kompleks Karangkraf bagi menuntut penjelasan daripada pihak editorial.

Pembaziran...!!!!





Chinese art groups reignite the past glory of Petaling Street

'Anak Beruk' - Ustaz Azhar Idrus

Kezaliman SYIAH IRAQ Terhadap ASWJ - Ustaz Azhar Idrus

Solat Ghaib Untuk Jenazah Yang Jauh - Ustaz Azhar Idrus

Adakah Malaysia Menyokong Tindakan Kerajaan Mesir & Syria? - Ustaz Azhar Idrus

Sweden: Aishah reaction

PSM: Penjelasan kurang menyakinkan punca rakyat marah

Hishamuddin Rais: Saya sokong Anwar bertanding di Kajang

Rafizi: Maafkan kami, keputusan di tangan rakyat

PRK Dun Kajang Membazir Kata Najib, Kos Berjuta Sewa Jet Tidak Membazir?

Pilihan Raya Kecil Kajang satu pembaziran, kata PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan datang adalah pembaziran wang awam yang disebabkan oleh Pakatan Rakyat.

“Bagi menyelesaikan perebutan kuasa dalam PKR, Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil keputusan untuk membawa beban pilihan raya kecil di Kajang.

“Anwar membebankan rakyat dan masyarakat Kajang. Saya dimaklumkan bahawa penduduk Kajang tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku setakat ini,” katanya.

Bercakap kepada wartawan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini, Najib bagaimanapun enggan mendedahkan calon Barisan Nasional yang akan bertanding di Kajang.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai siapa yang bakal menjadi calon BN sehingga saya tahu bila tarikh penamaan calon,” katanya.