Khamis, 30 Januari 2014

Sembang Politik Bersama Dato' Dr Agus Yusoff & Dr Abu Hassan Hasbullah FULL | 13 Okt 2013

Pemakai TATU Mati Selepas BERTAUBAT - Ustaz Azhar Idrus

Isteri Boleh CURI Duit Suami Yang KEDEKUT - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Curi Duit Ayah - Ustaz Azhar Idrus

Ikut Imam Solat LIMA Rakaat - Ustaz Azhar Idrus

MPP tubuh J’kuasa Pemilihan Pusat laksana Pemilihan KEADILAN 2014

MPP_jawatankuasa _pemilihan_2014Majlis Pimpinan Pusat dalam mesyuaratnya pada 15 Januari 2014 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) untuk melaksana dan mengawal selia Pemilihan Parti 2014.
Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) ini dipengerusikan oleh Dato’ Johari Abdul, Ahli Parlimen Sg Petani, Timbalannya, Datin Paduka Tan Yee Kew dan tujuh orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada kalangan anggota kanan Parti yang berwibawa dan berpengalaman luas dalam pemilihan dan pilihan raya.
Parti Keadilan Rakyat adalah parti yang pertama di Malaysia yang memberikan hak kepada anggota terbanyak untuk memilih pucuk pimpinan melalui pengundian terus (direct election) bermula pada Pemilihan 2010.
Pemilihan kali ini adalah penerusan kepada proses yang diamalkan pada pemilihan 2010 dengan pembaharuan-pembaharuan berikutan kerangka Perlembagaan baru Parti yang diluluskan pada 24 November 2014 yang antaranya:

PRK DUN KAJANG : MACAI UMNO SUDAH BANKRAP ISU DAN MUFLIS POLITIK....


ANWAR BUKAN ANAK JATI KAJANG ... ANWAR JEPUN TOLAK KAJANG PUN TOLAK .... KAJANG TOLAK ANWAR .... PENGUNDI KAJANG JANGAN TERTIPU  ..

Begitulah antara ayat yang tertulis pada beberapa plakad yang dijulang oleh macai-macai UMNO tidak sampai 20 orang berselindung di belakang NGO entah apa nama Omak Kau pun dah hilang perkiraan .. terlampau banyak sangat .. nama lain tapi orangnya sama.

Kejadian memalukan ini berlaku hari ini jam lebih kurang 3.00 ptg .. Lokasi Ibu Pejbat Polis Daerah Kajang.

Begitu sekali terdesaknya bankrap isu dan muflis alasan dan cara politik UMNO sampai sanggup berdemo depan balai polis Kajang dan selepas itu buat laporan polis.

NAJIB TERPERANGKAP, adakan pelan perdamaian bersama pembangkang, bahaya sebenar wujud ....

KUALA LUMPUR - Dalam usaha yang mungkin akan mengukir sejarah dan tindakan paling berani setakat ini yang bakal meninggalkan legasi PM, Najib Razak telah bersetuju untuk mengadakan ‘perbincangan perdamaian' dengan pihak pembangkang.
Dalam pada itu, PM yang telah berusia 60 tahun itu cepat menolak apa-apa kemungkinan untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan parti Pakatan Rakyatnya. Tidak mungkin langkah itu akan membahagikan kuasa kecuali berlaku paradigm baru dalam politik di Malaysia.
Reaksi segera daripada kedua-dua belah pihak adalah bersikap berjaga-jaga akan "bahaya besar" yang mungkin berlaku. Mereka amat bimbang terhadap watak utama yang mengintai di sebalik sayap seperti bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin yang mungkin akan mendesak pengikut mereka untuk menganjurkan satu rampasan kuasa, yang mungkin melibatkan keganasan, untuk mengelakkan pengaruh mereka daripada terus hilang.
"Najib tidak mempunyai pilihan. Dia terperangkap dalam dilemma," ujar pemerhati Umno yang rapat dengan kem Najib kepada Malaysia Chronicle. Beliau merujuk kepada tindakan Najib yang akhirnya bersetuju dengan pelan perdamaian yang telah disebut-sebut oleh Anwar untuk memulihkan keadaan beberapa kali sebelum ini, malah sebelum pilihan raya umum pada 5 Mei diadakan, atas dasar bahawa pelan itu akan dapat menggerakkan ekonomi Malaysia yang sudah teruk dibebani hutang dan amat tertekan.
“Great, just great.” (Bagus, sangat bagus) adalah reaksi Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga anak perempuan Anwar, dalam laman Twitternya.

Malaysia lebih aman jika Dr M dan Daim dilemahkan?
Keputusan Najib datang hanya beberapa hari selepas pengumuman perdamaian oleh Anwar dibuat pada hari Ahad.
Ketua Pembangkang yang berusia 66 tahun telah meminta Pelan Perdamaian Kebangsaan' bagi isu-isu penting di tengah-tengah peningkatan dalam ketegangan kaum dan agama berikutan keputusan kerajaan mengenai penggunaan perkataan Allah diadakan, dan Najib sendiri menghadapi tekanan daripada partinya untuk meletak jawatan, sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Walaupun begitu, langkah tentatif pertama PM dalam 'perdamaian' dengan pihak pembangkang adalah untuk menggagalkan percubaan panglima Umno untuk merampas kuasa dan ini tidak mungkin akan berlaku.
Mereka yang rapat dengan Najib bersetuju bahawa dia boleh membuat pusingan U pada bila-bila masa sahaja terutama sekali jika Mahathir dan Daim memutuskan untuk mencabarnya secara terbuka untuk menguasai Umno apabila berjaya meraih sokongan yang mencukupi.
Menjadi seperti Tunku?

Pengundi Dun Kajang taruh harapan besar kepada Anwar

KAJANG: Heboh sana sini, sedang hangat memperkatakan kerusi Dun Kajang. Tidak terlepas dari mulut orang ramai juga adalah sate Kajang.

Bermacam-macam pandangan dan pendapat yang dilemparkan ada yang positif dan negatif.

Tidak kurang juga ada yang cuba melontarkan spekulasi untuk melaga-lagakan komponen parti dalam Pakatan Rakyat, kononnya keputusan perletakan jawatan oleh bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh dan pemilihan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PRK Kajang sudah dirancang untuk memberi laluan kepada Anwar menjadi Menteri Besar Selangor.

Namun, apa jua yang diutarakan oleh mereka yang tidak bersangkut paut dengan keputusan pilihan raya kecil Kajang ianya tidak ke mana.

Ini kerana para pengundilah yang akan memilih dan menentukan siapa yang mereka suka dan siapa yang diharapkan untuk membela nasib mereka pada masa akan datang.

Jika di luar sana ramai yang mempertikaikan PKR kerana meletakkan Anwar sebagai calon PRK Kajang namun suasana ini berbeza sama sekali dengan pengundi-pengundi di Kajang.

Keputusan Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat memilih Anwar untuk bertanding di Duni Kajang nampaknya disambut baik oleh para pengundi di Dun ini.

Sweden: Tempoh tahanan reman Azizul dilanjutkan selama 11 hari lagi..!!

Pihak pendakwaan memperoleh perintah Mahkamah Daerah Solna hari ini bagi melanjutkan tahanan reman Azizul Raheem Awalludin (gambar) selama 11 hari lagi sehingga 10 Februari ini bagi membantu siasatan dakwaan memukul tangan anak lelakinya.
Mahkamah itu mengeluarkan perintah berkenaan bagi membolehkan pihak pendakwaan yang diwakili Anna Arnelle, terus menyiasat kes itu.
Difahamkan mahkamah sama akan bersidang esok bagi memutuskan penahanan reman isteri Azizul, Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji.
Prosiding selama sejam itu dijalankan dalam bahasa Sweden dan diterjemah ke bahasa Inggeris untuk Azizul, pegawai Tourism Malaysia di Sweden,  dan peguamnya, Jonas Tamm.
Anggota keluarga pasangan itu dari Malaysia dan seorang pegawai Tourism Malaysia turut hadir di mahkamah.

PRK Dun Kajang: Tidak wajar BN tidak bertanding kata Dr Mohd Azizuddin

Mohd Azizuddin Mohd Sani
SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat setiap parti politik perlu meraikan demokrasi walaupun pelbagai spekulasi timbul dalam menghadapi pilihan raya.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, peletakan calon mewakili parti politik di PRK Dun Kajang khususnya perlu diteruskan walaupun ada pihak mendakwa ia sebagai pembaziran.

Menurutnya, BN dan PR perlu meletakkan calon untuk memberi pilihan kepada rakyat walaupun tidak menerima sokongan yang diingini.

"Seharusnya BN perlu meletakkan calon dalam semangat demokrasi.

"Tidak wajar untuk BN tidak meletakkan calon, sebab ia penting untuk bagi pilihan kepada rakyat walaupun penyokongnya tidak ramai," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Adun Kajang letak jawatan: Enam NGO Macai Umno lapor polis

Adun letak jawatan: Enam NGO, penduduk lapor polis  
  • Wakil penduduk Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Delima Kajang, Syed Mohd Noor Syed Abu Bakar (hadapan, kanan) bersama wakil penduduk (PDM) Sungai Kantan, Ezma Redza Rahim (hadapan, dua, kanan) bersama sebahagian ahli pertubuhan badan bukan kerajaaan (NGO) membuat laporan polis mengenai bantahan perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Dua laporan polis dibuat oleh enam badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan hari ini bagi membantah peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh pada Isnin lepas dan menolak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan itu.
  
Enam NGO berkenaan ialah Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas), Permuafakatan Wangsa Malaysia (Pewangsa), Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Majlis Belia Selangor, Cahaya Haluan Amanah Insan (Chai) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) manakala Syed Mohamad Noor Syed Abu Bakar mendakwa mewakili penduduk Kajang.

Kedua-dua laporan itu, yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada kira-kira 2 petang tadi, mendakwa peletakan jawatan Chin Cheh mempunyai unsur rasuah kerana memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding kerusi Dun Kajang itu.
  

Permainan Bermula: Peguam Umno Shafee mahu jadi Peguam Negara



Mungkinkah cita-cita Shafee untuk menjadi Peguam Negara seterusnya akan tercapai? 
Mungkinkah cita-cita Shafee untuk menjadi Peguam Negara seterusnya akan tercapai?Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak menyembunyikan cita-cita beliau untuk menjadi Peguam Negara akan datang, dengan tujuan untuk berkhidmat kepada masyarakat bukan untuk membuat duit.
"Saya akan mengambil apa sahaja jawatan untuk berkhidmat kepada masyarakat," kata beliau pada sidang akhbar di pejabat mewahnya di  Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
Shafee , 61, berkata terdapat  desas-desus beliau bakal menjadi Peguam Negara sejak zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, lebih kurang 20 tahun lalu.
"Terdapat artikel yang menulis berkenaan perkara ini. Ada pihak yang sengaja mereka-reka cerita dan berteka-teki," kata Shafee yang pernah menjawat jawatan timbalan pendakwa raya sebelum berhijrah ke sektor swasta.
Shafee berkata, sebarang jawatan dalam kerajaan bukanlah berkenaan wang.
"Anda membuat wang apabila bekerja dengan swasta," katanya.
Shafee yang dilantik secara mengejut sebagai timbalan pendakwa raya untuk memimpin pasukan pendakwaan bagi membatalkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kes liwat pada tahun 2012, berkata pelantikan ini juga perlu dilihat dalam situasi yang sama.
Beliau juga berkata pelantikan Peguam Negara adalah hak perdana menteri.
Bagaimanapun Shafee berkata, sesiapa sahaja yang layak boleh menjadi Peguam Negara tetapi kebiasaannya kerajaan melantik mereka yang berkhidmat dalam bidang kehakiman dan perkhidmatan undang-undang.

Perutusan Tahun Baru Cina 2014 Menteri Besar Selangor

Selamat sejahtera dan Salam kemakmuran kepada rakyat Selangor berketurunan Cina yang menyambut Tahun Baharu Cina 2014.
Tahun Baharu Cina adalah perayaan sebagai menandakan permulaan tahun, dan pada tahun 2014 ini Tahun Baharu Cina mula disambut pada Jumaat, 31 Januari.
khalid ibrahimSetiap Tahun Baharu Cina berlambangkan haiwan dalam Zodiak Cina, dan pada tahun 2014 ia adalah Tahun Kuda. Menurut perhitungan kalendar Thong Su, kuda melambangkan ketangkasan, kegigihan dan kesetiaan. Pada tahun kuda keadaan rezeki diramalkan lebih baik kerana kedatangan bintang rezeki yang makmur, bintang penolong, bintang terang, bintang kerjasama yang terang dan rezeki pelaburan terbuka lebar.
Tahun Baharu Cina juga dikenal sebagai Pesta Musim Bunga dan semasa era pramoden ia melambangkan betapa perlunya kalangan petani di Tanah Besar China membuat persiapan untuk turun menanam padi di sawah mereka.
Jika kaum Melayu berkumpul di surau dan masjid sambil bertakbir beramai-ramai menandakan esok bermulanya sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha, bagi Tahun Baharu Cina pula ia dimulai dengan makan malam sekeluarga pada malam Tahun Baharu.
Exco_SelangorSaya percaya pada ketika inilah puncak kesyukuran masyarakat Cina apabila seluruh ahli keluarga datang untuk makan bersama di rumah ibu bapa atau di rumah abang sulung, namun sekarang jamuan sekeluarga lazim pula diadakan di restoran.
Di Malaysia, hidangan bernama yee sang atau “lambungan kemakmuran”, iaitu campuran ikan dan salad biasanya disajikan terlebih dahulu dan setiap orang mengelilingi meja untuk menyepit salad dengan chopstick masing-masing sambil bergelak ketawa. Mereka percaya, siapa lebih tinggi melambung salad, lebih baiklah tuahnya pada Tahun Baharu!
Sebenarnya, sambutan perayaan kaum-kaum terbesar di Malaysia menghasilkan elemen silang budaya, yang boleh diamalkan dalam masyarakat Melayu selagi ia tidak bertentangan dengan syariat Islam. Contohnya, memberi buah tangan berupa buah oren dan angpau berupa sampul merah berisi duit semasa Tahun Baharu Cina, kini sudah lumrah dalam masyarakat Melayu semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha. Cuma, buah tangan berupa kuih muih bukan buah oren!

PRK Dun Kajang: Wawancara Q & A bersama MB Selangor

Isu pilihan raya kecil Kajang mencetus kan polemik pelbagai pihak, dari rakyat biasa hinggalah  penggamat politik. Sekaligus banyak mata tertumpu kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Ikuti wawancara bersama beliau.
Bagaimana kemenangan Anwar Ibrahim akan mengubah politik di Selangor?
Anwar sudah begitu lama dalam arena politik. Sekarang adalah masanya untuk menilai keupayaan beliau, sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), dan pilihan raya negeri Sarawak nanti.
Sekiranya kita boleh menunjukkan sokongan yang berterusan dan meningkat, maka PRU-14 nanti, kita mempunyai peluang yang cerah untuk menang.
Dalam pilihan raya lepas, kita (PR) meraih lebih banyak undi perseorangan lebih daripada gabungan parti-parti BN. Malangnya dek kerana peruntukan kerusi, BN menang lebih banyak kerusi daripada Pakatan.
Melalui langkah-langkah yang kita ambil ini, bukan sahaja kita boleh menang lebih banyak undi rakyat, tetapi juga menambah jumlah kerusi untuk membolehkan kita memenangi kerusi parlimen secukupnya bagi membentuk kerajaan Malaysia.
Bagaimana Anwar akan menyumbang kepada perkembangan Selangor?
Anwar menjadi Menteri Kewangan lebih daripada 8 hingga 9 tahun. Justeru, beliau mempunyai kefahaman yang luas mengenai langkah-langkah belanjawan dan keadaan kewangan di Malaysia.
Dengan menguji pengalaman beliau berserta komitmen kewangan yang ingin dilaksanakan, kita akan dapat tahu sama ada kita berada di landasan yang betul atau tidak. Pengetahuan itu, berserta dengan pilihan-pilihan hala tuju dan kesan daripada perlaksanaannya adalah sesuatu yang amat berharga.
Bagaimana itu boleh berlaku?
Pertama sekali Anwar perlu berjuang untuk rakyat Selangor. Dia perlu tunjukkan dia layak untuk disokong, kerana rakyat akan sentiasa perhati dan persoalkan. Kesungguhan yang Anwar berikan, ialah kelebihan untuk rakyat Selangor.
Bagaimana dengan spekulasi Anwar mahu jawatan Menteri Besar?
A: Spekulasi itu perlu diuji terlebih dahulu. Sebenarnya Anwar melihat melangkaui jawatan MB. Di penghujung cerita, matlamat ialah peringkat Persekutuan, dengan menjadikan Selangor sebagai batu loncatan. Kombinasi pengalaman korporat dan pengalaman mentadbir kerajaan akan memberikan ‘head-start’ kepada kita untuk mencabar Putrajaya.
Adakah parti tidak lagi menyakini saudara?

Beban rakyat, PRK Kajang dan kemelut politik

Alhamdulillah, dalam iklim sejuk mula melanda Malaysia ketika ini kita semua masih terus diberi kesempatan untuk menikmati sebuah kehidupan yang walaupun sesak dan sarat dengan tekanan, namun apabila berada di landasan memperjuangkan agama Allah, pastinya kita akan berada dalam ketenangan.

Januari 2014 hampir berlalu, namun perasaan masuk ke tahun baharu masih lagi terasa kerana terasa dengan dambaan kenaikan harga barangan serta keperluan. Setidak-tidaknya, walaupun tarif tol tidak dinaikkan lagi, tetapi tarif elektrik sudah merantai poket rakyat.
Begitu pun dalam perit suasana rakyat mendepani kemelut ekonomi, kepanasan pentas politik masih tidak ada kesudahannya.
Daripada isu kalimah Allah yang diheret sejak sebelum pilihan raya dahulu hinggalah isu percakaran antara orang politik, tidak kira sesama parti mahupun antara parti.
Di Selangor, kemelut antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Pre siden KeADILan, Azmin Ali kini masuk ke fasa yang lebih rumit.
Malah suhu kerumitan ini semakin dirasai tatkala Selangor juga akan berdepan dengan Pilihan Raya Kecil Dun Kajang selepas penyandang, Lee Chin Cheh melepaskan jawatannya.

Niat jahat untuk melemahkan PAS

Oleh SELENA TAY
SEMAKIN tinggi harga barang naik, semakin menyerlah kelemahan musuh PAS. Kini rakyat sudah nampak bahawa kenaikan harga barang memang tidak boleh dikawal lagi.
Justeru, langkah yang boleh diambil oleh pihak musuh ialah untuk melemahkan pihak yang mempunyai keupayaan untuk memberi saingan kepadanya, iaitu PAS.

Itulah sebabnya mengapa kini timbul isu agama. Namun demikian, langkah bijak yang boleh dilakukan oleh PAS ialah sama ada berhujah mengikut ajaran Islam ataupun mendiamkan diri. Yang penting ialah PAS jangan terperangkap dalam polemik  ciptaan pihak musuh.
Biar mereka main 'game' mereka. Setelah beberapa pusingan 'game' ini berlangsung, akhirnya isu kenaikan harga barang pasti akan timbul kembali juga apatah lagi kerana akan ada kenaikan-kenaikan yang seterusnya.
Sudah amat jelas bahawa kewujudan isu-isu 'hangat' rekaan pihak musuh adalah untuk menutup isu kenaikan harga barang serta kegagalan mereka menyelesaikan masalah kos sara hidup yang semakin meningkat.
Pihak musuh kini cuba memesongkan perhatian rakyat kepada isu yang lain kerana takut rakyat akan marah dengan pentadbiran mereka yang lembap yang jelas telah berada dalam tahap 'kangkung layu'.

Dasar kerajaan Kelantan tutup pintu kepada rakyat?

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakub atau timbalanya Mohd Amar Nik Abdullah diminta memberi penjelasan berhubung satu pekeliling dikatakan dikeluarkan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang melarang kira-kira 30 individu daripada memasuki Kota Darul Darul Naim iaini pusat pentadbiran kerajaan Kelantan.


Ahmad diminta penjelasan.
Pekeliling berkenaan katanya dihantar ke semua pejabat-pejabat kerajaan Kelantan termasuk pejabat Tanah dan Jajahan, majlis daerah dan juga pejabat Kadi. Larangan ke atas sekumpulan individu itu juga meliputi semua pejabat kerajaan negeri di 14 Jajahan di seluruh Kelantan.

Arahan atau larangan menerusi pekeliling berkenaan dilihat sebagai satu tindakan anih yang belum pernah dilakukan oleh kerajaan negeri yang memakai cogankata, Membangun Bersama Islam itu.

Sepanjang pentadbiran Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan tidak ada larangan sebegitu dan menyekat mana-mana individu dari memasuki pusat pentadbiran Kerajaan Kelantan. Bahkan Nik Aziz mengamalkan pintu terbuka membenarkan sesiapa saja untuk memasuki ke pusat pentadbiran negeri itu.


Pekeliling berkenaan juga tidak wajar kerana ia dikatakan sebagai menyekat kebebasan bergerak seseorang yang dijamin oleh perlembagaan. Menurut pengamatan seorang peguam kanan, arahan seperti itu tidak sah kerana ia bertentangan dengan perlembagaan.

Orang ramai yang tahu mengenai arahan berkenaan, merasa bingung dengan pekeliling itu dan apakah ia  dasar baru kerajaan Kelantan. "Untuk apakah kerajaan pimpinan Ahmad Yaakub mengambil tindakan tidak popular begitu?" soal seorang pelanggan Kota Darulnaim ketika menghubungi saya.

Dialog Pakatan – BN perlu diadakan secepat mungkin


teresa-pix


KUALA LUMPUR, 30 JAN – Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok Suh Sim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengaturkan dialog antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional secepat mungkin, agar rangka (blueprint) Rekonsiliasi Nasional dapat dicapai.
Dalam satu kenyataan, katanya lagi, ia untuk memadamkan ketegangan kaum dan agama yang dilihat semakin parah.
Beliau merujuk laporan mengenai lapan kubur di Tanah Perkuburan Tanjung Api, Kuantan yang dimusnahkan, semalam.
“Walaupun belum pasti sama ada ia berkaitan dengan insiden kain rentang ‘Allah is Great, Jesus is the Son of Allah’ yang digantung di luar gereja di Pulau Pinang baru-baru ini, prasangka bahawa ia adalah tindakan ekstremis agama dan kaum tidak dapat dielak.
“Dengan itu, kerajaan Persekutuan miliki tanggungjawab yang mendesak untuk memadamkan ketegangan yang berlaku,” katanya yang turut mengutuk tindakan itu dan meminta polis bertindak segera dan menahan pelaku yang terlibat.

INFLASI: PELABUR ASING TIDAK MAHU MELABUR DI PASARAN MALAYSIA!

Pengurus dana antarabangsa sedang mengelak daripada melabur di pasaran Malaysia berikutan kadar inflasi negara yang jatuh pada tahap terendah sejak 2010, menurut laporan Wall Street Journal (WSJ).

Pasaran saham Malaysia lemah di mata dunia selepas jatuh 4.5% bulan lalu dengan hutang kerajaan mencecah kadar tertinggi sejak 2010 yang menyebabkan kadar mata wang Malaysia jatuh hingga tahap terendah minggu ini.


Ini meletakkan kadar ringgit terendah di Asia selepas won Korea dan peso Filipina.


Chang berkata, susulan daripada kadar ringgit yang rendah, Malaysia akan memendekkan bon untuk mengelak daripada kenaikan kadar faedah lantas menurunkan nilai bon tersebut.

Perutusan Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Tahun Baru Cina 2014

Kesungguhan dan ketekunan untuk mencapai cita-cita sudah menjadi lumrah kehidupan masyarakat Cina yang seharusnya dicontohi oleh seluruh masyarakat Malaysia. Ini penting, terutama sekali dalam perjuangan dan usaha kita untuk membawa perubahan ke arah kebaikan dalam kehidupan, masyarakat dan negara.
DSAI_rumah2Di sebalik pelbagai kemelut yang melanda negara mutakhir ini, saya bagi pihak Pakatan Rakyat telah mengusulkan supaya dirundingkan suatu Konsensus Nasional bagi merungkai segala permasalahan khususnya yang membabitkan isu perpaduan di antara kaum dan agama.
Yakinlah bahawa sekiranya Konsensus ini tercapai, kerukunan hidup bernegara dapat dikukuhkan dan kesemua rakyat dapat bekerjasama untuk membawa negara ini ke suatu tahap yang lebih baik.
Justeru, sempena sambutan tahun baru ini, saya menyeru seluruh lapisan rakyat untuk terus beriltizam meneruskan usaha memastikan negara ini kekal dalam keharmonian dan kerukunan. Perbezaan agama dan fahaman politik sewajarnya diketepikan dan titik persefahaman perlu dicapai demi merealisasikan matlamat ini.
Di kesempatan ini, saya mewakili pimpinan dan anggota KEADILAN mengucapkan Xin Nian Kuai Le dan Gong Xi Fa Cai kepada semua rakyat berketurunan Cina di Malaysia. Semoga sambutan tahun baru kali ini dilimpahi dengan kebahagiaan dan kegembiraan.
ANWAR IBRAHIM

Kadar inflasi sembilan bulan pertama 2014 dijangka naik

inflasi_
PETALING JAYA 30 JAN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan peningkatan inflasi dalam sembilan bulan pertama tahun 2014 dan penurunan kadar mata wang Ringgit Malaysia berpunca dari dasar pemotongan subsidi yang dilakukan kerajaan.
“Bank Standard Chartered mengunjurkan kadar inflasi mencecah 3.4 peratus pada awal sembilan bulan pertama 2014 (3.2 peratus pada Disember 2013).
“Inflasi pada tahap tersebut (3.4 peratus) adalah unjuran yang tertinggi berbanding negara-negara di rantau ini,” kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, semalam.
Dalam pada itu kata Anwar, laporan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyatakan kadar tukaran mata wang Ringgit Malaysia berbanding Dolar Amerika terus jatuh ke paras RM3.50 berbanding RM 3.30 sekarang.
“Maknanya program pemotongan subsidi yang dijalankan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak terus mempunyai kesan buruk kepada rakyat.
“Sedangkan ia tidak membantu kepada kedudukan ekonomi negara.

PAS buat laporan polis bahang perselisihan antara agama menular ke Sabah, Sarawak



Laman Facebook yang mencetuskan kontroversi.  
Laman Facebook yang mencetuskan kontroversi. Kelihatannya bahang berkenaan isu agama tidak terhad di Semenanjung sahaja malah ia kini telah merebak ke Sabah dan Sarawak

Hari ini, parti Islam PAS mengadu kepada pihak berkuasa terhadap Facebook yang merendah-rendahkan agama Kristian serta penduduk Sabah dan Sarawak.
Laporan terhadap “Semenanjung Malaysia Sabah dan Anti Sarawak” telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Karamunsing dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia oleh Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, Hamid Ismail.
"Saya mengutuk sebarang tindakan menjatuhkan maruah mana-mana agama, bangsa atau negeri. Pemilik laman Facebook tertentu jelas cuba mengganggu dan memusnahkan keharmonian serta perpaduan yang selama ini dikongsi oleh rakyat Sabah.
"Tindakan tidak bertanggungjawab itu tidak seharusya dibiarkan begitu sahaja tanpa dihukum oleh kerajaan Sabah dan Malaysia," Hamid seorang peguam dipetik sebagai berkata kepada Malaysiakini.
Laporannya itu bukanlah yang pertama terhadap laman Facebook berkenaan, terdapat juga yang mengejek Kristian melalui gambar termasuk katak dipaku pada salib.
Tahun lepas, menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ewon Ebin membuat laporan polis menggesa tindakan terhadap pencipta laman yang telah diwujudkan pada 7 Ogos tahun lepas.

Siaran langsung Forum ‘Anwar: Dari Kajang ke Putrajaya’ 9 malam ini

Kajang_ke_PutrajayaKUALA LUMPUR 30 JAN: Forum ‘Anwar: Dari Kajang ke Putrajaya’ akan diadalan di Kelab Bangsar Utama, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, Kuala Lumpur jam 9 malam ini.
Forum ‘Anwar: Dari Kajang ke Putrajaya’ membariskan panelis antaranya Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, penulis politik Hishamuddin Rais dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvam.
Forum anjuran Kelab Bangsar Utama (KBU) dikendalikan Pengarah Eksekutif Centre for Independent Journalism (CIJ), Masjaliza Hamzah.
Antara isu yang bakal disentuh dalam forum ini ialah rasional pengosongan kerusi N25 Dewan Undangan Negeri Kajang dan peletakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat di kerusi tersebut.
Forum ‘Anwar: Dari Kajang ke Putrajaya’ juga disiarkan secara langsung melalui Radio Bangsar Utama dan TV Selangor.

'Tudung' singer accepts apology in the spirit of Chinese New Year

Debat Kalimah Allah: Khalid rela 'disekolahkan' Noh, tapi 'live'

Ahli parlimen Khalid Samad berkata beliau sedia "disekolahkan" oleh pemimpin Umno Datuk Seri Noh Omar berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tetapi ia hendaklah diadakan secara langsung.

Beliau memberi tempoh sehingga 10 Februari depan untuk Noh mengatur acara itu menerusi mana-mana saluran televisyen dengan mengekalkan tajuk dan moderator yang sama.

Katanya, jika terdapat isu keselamatan, debat itu boleh diadakan tanpa kehadiran penyokong masing-masing.

"Kita bentang idea dan hujan bukan atas kekuatan fizikal dan penyokong dan sebagainya.

"Kalau tidak mampu, untuk susun dan atur, maka saya akan buat sendiri. Saya panggil dia dan kita tengok siapa sekolah siapa," katanya dalam sidang media.

Mahasiswa KEADILAN sokong reformasi pentadbiran negeri Selangor

mahasiswa_keadilan
KUALA LUMPUR 30 JAN: Peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang, Lee Chin Cheh dan pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi DUN Kajang mengundang reaksi yang pelbagai daripada masyarakat awam.
Mahasiswa KEADILAN dalam kenyataannya berpendapat, pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah langkah yang signifikan untuk meneruskan usaha reformasi di Negeri Selangor.
“Mahasiswa KEADILAN berkongsi sentimen rakyat Selangor yang mahu usaha reformasi kerajaan negeri dipertingkatkan bagi menyelesaikan masalah rakyat dibawah,” kata Presiden Mahasiswa KEADILAN Malaysia, Haziq Abdul Aziz.
Kata Haziq, pentadbiran yang melibatkan proses birokrasi dengan agensi kerajaan negeri perlu dipertingkatkan kualitinya supaya lebih efisien, manakala hasil negeri perlu diagih secara saksama untuk dinikmati oleh rakyat Selangor.
“Kecekapan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) harus terus ditingkatkan untuk menyelesai masalah rakyat seperti kutipan sampah pukal, lesen perniagaan dan lain-lain.
“Sememangnya reformasi sistem adalah agenda utama KEADILAN sejak penubuhannya lagi.
“Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim di DUN Selangor pasti merancakkan lagi usaha reformasi,” katanya.

Lupakan soal MB, kita mahu menang pilihan raya, kata MB Selangor


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) berkata, pihaknya tidak mahu fikir perubahan menteri besar buat masa ini tetapi, "kita mahu hadapi pilihan raya dahulu."
Khalid juga berkata, beliau tidak merancang untuk meletakkan jawatan tetapi berkata, "apa sahaja yang hadir selepas pilihan raya ini nanti, kita akan bincangkan di peringkat Pakatan."
Khalid menyatakan perkara ini dalam wawancara dengan yang dikendalikan wartawan BFM dan The Edge yang kini disiarkan oleh media rasmi kerajaan negeri Selangorkini.
Wawancara ini dilakukan di tengah-tengah kemelut dan rancangan untuk menggantikan beliau sebagai menteri besar apabila perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh.
Ketika ditanya adakah beliau mempunyai sokongan daripada PAS dan DAP dan bagaimana pula dengan sokongan daripada PKR, Khalid menjawab, "Ya, saya mempunyai sokongan  buat masa ini. Parti (PKR) pula terpaksa pasrahlah (ketawa)."
Dalam wawancara itu, Khalid Ibrahim penuh yakin masa depan Selangor yang gemilang kerana, "sekarang kita bukan sahaja boleh bercakap mengenai idea tetapi juga mempunyai wang untuk menterjemah idea itu kepada bentuk fizikal."

Mengapa Mahathir nafi main peranan jatuhkan Najib?

KUALA LUMPUR: Gerakan mahu menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang dikaitkan dengan Tun Mahathir sebenarnya bukanlah rahsia Umno.

Mahathir menafikan beliau adalah orang yang memainkan peranan di belakang gerakan mahu menjatuhkan Najib sebagaimana yang didakwa oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan juga sudah sekian lama menjadi percakapan umum.

Menurutnya, selain bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, A Kadir Jasin dan beberapa blogger pro Mahathir semakin mempertingkatkan serangan dan kritikan terhadap Najib dengan antaranya menggelar Najib ‘PM Kangkung’, mereka juga meminta PM segera berundur bagi mengelakkan BN hilang kuasa dalam PRU14 nanti.

Selain Kadir dan beberapa blogger yang berbuat demikian sejak beberapa bulan lalu, bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin juga sudah secara terbuka mengkritik kelemahan Najib, sambil mengingatkan bahawa BN akan tumbang jika pilihanraya akan datang diadakan dalam suasana seperti yang ada sekarang.

“Kritikan terbuka Daim segera dikaitkan dengan Mahathir berikutan kedua-dua mereka mempunyai hubungan rapat yang kekal sehingga ke hari ini dan mereka juga dikatakan selalu bertemu untuk berbincang mengenai isu-isu politik semasa,”

NGO Islam dakwa Najib lemah kerana berdiam diri isu kalimah Allah

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyesali sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendiamkan diri berhubung isu kalimah Allah.
“Pendirian beliau berhubung isu kalimah Allah ini membuktikan bahawa beliau lebih menjaga kaum minoriti yang melampau,” kata Naib Presiden II Isma, Abdul Rahman Mat Dali.
Najib hari ini dalam pertemuannya bersama pimpinan 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum Melayu dan Islam telah menyatakan bahawa beliau perlu berdiam diri dalam isu kalimah Allah kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan dengan menambah bahang kemarahan.
Kata Najib, beliau adalah seorang pemimpin semua rakyat Malaysia dan bukan semata-mata pemimpin satu kaum.
Justeru bagi Isma, ini sekali lagi membuktikan Najib seorang pemimpin yang lemah dan dilihat tidak mampu menguasai keadaan yang celaru ketika ini.
Bahkan beliau juga tidak mampu menangani ancaman terhadap agama Islam dan kepentingan bangsa Melayu pada masa hadapan, kata Isma.
Isu penggunaan nama Allah telah mencetuskan pelbagai peristiwa sejak kebelakangan ini.
Ia bermula dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan majalah Kartolik Herald menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka. Namun, Mahkamah Rayuan menolak keputusan itu.

Khalid jawab Mais: Agensi agama perlu selari kerajaan pilihan rakyat


Serbuan Jais terhadap premis PBM menimbulkan pelbagai kesan termasuk respons Mais terhadap arahan kerajaan negeri Selangor. - Gambar The Malaysian Insider.  
Serbuan Jais terhadap premis PBM menimbulkan pelbagai kesan termasuk respons Mais terhadap arahan kerajaan negeri Selangor. - Gambar The Malaysian Insider.

Agensi agama di negeri-negeri seharusnya mempunyai sikap selari dengan kerajaan yang memerintah bagi memperlihatkan kebersamaan antara pentadbiran, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Khalid menegaskan, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) seharusnya menghormati kerajaan negeri Selangor yang dipilih rakyat melalui pilihan raya dan tidak mengeluarkan kenyataan bertentangan sesama mereka.
"Oleh itu kenyataan Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) – yang dikeluarkan Mais sebelum ini – merupakan kenyataan tidak bijak dari sudut politik," kata pemimpin politik PAS itu ketika sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.
Pengerusi Mais Mohamad Adzib Mohd Isa sebelum ini berkata, Jais tidak perlu mengikut arahan kerajaan negeri supaya memaklumkan kepada mereka sebelum mana-mana serbuan dan operasi berunsur sensitif dilakukan.
Disebabkan rampasan lebih 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban dari premis Pertubuhan Bible Malaysia (PBM), isu kalimah Allah semakin hangat diperkatakan dan Jais turut menerima kritikan pelbagai pihak.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu turut mempersoalkan Bible berbahasa Melayu yang dirampas agensi penguatkuasaan agama Selangor itu sama ada dirampas di dalam stor atau ketika sedang diedarkan kepada orang ramai.

Selangor diancam bahaya sabotaj dalaman

Inilah masanya rakyat nak luahkan kemarahan mereka kepada BN khususnya kerajaan Pusat 

PETALING JAYA: Parti Sosialis Malaysia (PSM) dinasihati supaya tidak meletakkan calonnya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, PSM sepatutnya memberi laluan kepada PKR bersemuka dengan BN sekaligus dapat menumpukan usaha memenangkan Pakatan Rakyat.
“Seruan kepada PSM biarlah ini merupakan satu referendum antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).
“Inilah masanya rakyat nak luahkan kemarahan mereka kepada BN khususnya kerajaan Pusat mengenai persoalan kos hidup dan harga barang,” katanya dalam sidang media di Pejabat Parlimen Shah Alam di sini hari ini.
PSM sebelum ini dalam laporan media tidak menolak kemungkinan akan bertanding di Kajang atas dorongan orang ramai yang mahu parti itu ‘memberi pengajaran kepada PKR’.
Sementara itu, Khalid turut mempertahankan tindakan bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan atas alasan mahu menyelamatkan Selangor daripada ancaman sabotaj dalaman.
Khalid berkata, pihaknya dimaklumkan PKR bahawa parti itu merasakan Selangor berada dalam ancaman kerana dua faktor utama.
Ancaman utama ialah wujudnya cubaan Umno-Barisan Nasional (BN) merampas kembali Selangor dalam apa jua cara sekalipun termasuk usaha sabotaj daripada pihak tertentu yang mahu menggagalkan prestasi kerajaan Pakatan Rakyat.
Antaranya beberapa projek kerajaan negeri yang tak bergerak walaupun bajet sudah diluluskan.
“Ada juga tanah yang sepatutnya diberi kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan sudah diluluskan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) tapi tak ditukar-tukar namanya lebih setahun.
“Ini semua kerja-kerja sabotaj yang sedang berlaku atas sebab tertentu untuk menghalang keberkesanan dan akhirnya rakyat jadi marah…ini persoalan yang perlu ditangani,” katanya dalam sidang media di Pejabat Parlimen Shah Alam di sini hari ini.

PAS nasihat PSM tidak tanding kerusi DUN Kajang


PAS hari ini mengingatkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) agar tidak meletakkan calon mereka di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang memandangkan PKR telah meletakkan Ketua Umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kawasan tersebut.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) berkata, PSM sepatutnya memberi laluan kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk bertanding dengan Barisan Nasional (BN) supaya mereka dapat melihat sejauh mana kemarahan rakyat terhadap parti pemerintah itu ekoran peningkatan kos sara hidup selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Seruan kepada PSM biarlah ini merupakan satu referendum antara PR dan BN.
"Inilah masanya rakyat nak luahkan kemarahan mereka kepada BN khususnya kerajaan Pusat mengenai persoalan kos hidup dan harga barang," kata Khalid kepada pemberita di pejabatnya di Shah Alam, petang tadi.
PSM sebelum ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan akan meletakkan calon mereka di DUN Kajang sebagai "mengajar" PKR ekoran krisis antara kedua-dua parti itu merebut kerusi DUN Semenyih dan DUN Kota Damansara ketika PRU13 pada 5 Mei lalu.
"Kita seharusnya berusaha memaksimumkan majoriti dimenangi PR (dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang)," kata Khalid.
Isu kerusi DUN Kota Damansara ketika PRU13 berlaku selepas PAS meletakkan calon mereka untuk menentang calon PKR yang diwakili penyandang kerusi berkenaan Dr Nasir Hashim, sekaligus menyaksikan calon BN Halimaton Saadiah memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 1,527 undi.
Halimaton memperoleh 16,387 undi berbanding calon PAS Rizuan Ismail yang memperolehi 7,312 undi, manakala Dr Nasir memperolehi 14,860 undi.

PRK Dun Kajang : Peniaga Kecil Sedia Kempen Tolak Kerajaan Zalim..!!!

Macai Umno Gelar Bekas ADUN Kajang 'Lembu'

MB Selangor: Rakyat dan pemimpin perlu kerjasama maju negeri

PAS dan Pakatan Tetap Dalam Hati Orang Cina Bandar

Taklimat kedua penstrukturan air selangor

62 orang muflis setiap hari di Malaysia - Dr Dzulkefly

MB Selangor: Reformasi objektif utama, selainnya no 2

Gong Xi Fa Cai Dari MB Kelantan

PRK Dun Kajang: Najib Angkat Bendera Putih..!!!



Masyarakat maya (virtual community) hari ini dikejutkan dengan penyebaran “screenshot” Twitter Perdana Menteri yang menyatakan Barisan Nasional tidak akan mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Selangor kawasan Kajang pada bulan hadapan.

Grafik Twitter palsu Perdana Menteri ini diedarkan sejak tengahari tadi berikutan Mohd Najib bahawa Barisan Nasional belum membuat keputusan sama ada akan bertanding atau tidak dalam PRK tersebut.

PRK Dun Kajang: Akar umbi mahu calon Umno..jeng..jeng..!!

Anggota Umno akar umbi mahu calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang BN dipilih daripada parti mereka dan bukannya MCA, seperti formula lama yang dipakai sebelum ini.

Ketua Umno Hulu Langat Datuk Johan Abdul Aziz berkata, permintaan itu dibuat ekoran kegagalan MCA mendapat sokongan kaum Cina dalam pilihan raya umum sejak lima tahun lalu.

Menurutnya lagi, pusat daerah mengundi di kawasan Cina – Sungai Chua 1 hingga 5 – dalam DUN gagal dimenangi sejak 2008 walaupun dulunya kubu kuat BN.

“Pusat daerah mengundi itu tidak pernah menang sejak 2008 dan 2013. Sedangkan itu tempat MCA. Mereka tidak memberikan pelan tindakan untuk menang.

"Akar umbi (Umno) di bawah berkata, kenapa tidak beri kepada kami (Umno)? Kami boleh tingkat undi Melayu untuk menang di situ," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

ADUN Semenyih itu mengulas gesaan Pemuda Umno yang mahu pemilihan calon kawasan itu tidak dibuat berdasarkan formula lama demi mendapatkan calon terbaik – permintaan yang ditolak bulat-bulan Pemuda MCA.

'Beri pelan strategi MCA'

Menurut Johan - yang juga setiausaha Umno Selangor - kemenangan BN sebelum 2008 di DUN itu juga hasil sokongan orang Melayu dan banyak pihak mengetahui situasi itu.

"Kajang bukan masalah saya" kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mahu melayan cabaran Timbalan Presiden PKR Azmin Ali untuk bertanding di pilihan raya kecil Kajang.

Najib berkata ia masalah 'dalaman' PKR dan beliau tidak mahu dilibatkan bersama.

"Ini bukan masalah saya, ini masalah mereka. Saya tiada masalah.

"Kenapa tolak perkara ini kepada saya?" kata beliau dalam sidang media di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Semalam Azmin mencabar Najib untuk bertanding di Kajang menentang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PRK DUN KAJANG : NOH UDANG DIKANKUNGKAN OLEH ORANG KUAT UMNO !!

Noh Omar buat lawak bangang sampai kena ganyang geng sendiri

PETALING JAYA: Bekas calon Ketua Pemuda Umno 2013, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail bertanya adakah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar buta sejarah?
Katanya, BN sendiri pernah melakukan perkara yang sama seperti dibuat oleh PKR semalam yang mengadakan pilihanraya kecil tanpa disebabkan oleh kematian wakil rakyatnya.

“Pada pandangan saya kenyataan beliau di Sinar Harian adalah lebih kepada naif dan berpura-pura bodoh. Jangan jadi melayu mudah lupa seperti yang selalu Mantan Perdana Menteri kita nyatakan iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad.

“Mengadakan pilihan raya kecil untuk menggantikan khidmat menteri besar telah dilakukan sebelum ini di Selangor. Ia telah ditetapkan pada tahun 1997 apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk (kini Tan Sri) Abu Hassan Omar menggantikan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

“Dr Mahathir Mohamad memilih beliau selepas Muhammad terpaksa meletak jawatan berikutan dua pertuduhan di mahkamah Australia berikutan kegagalannya mengisytiharkan tunai RM2.4 juta ketika meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada Disember 1996.

“Abu Hassan, yang menjadi timbalan ketua perhubungan Umno Selangor, meletak jawatannya dari Kabinet dan sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor untuk bertanding kerusi DUN Permatang, melalui pertukaran secara langsung dengan kerusi yang disandang Datuk Jamaluddin Adnan.

“Permatang adalah dalam kawasan Parlimen Kuala Selangor.Barisan Nasional mengekalkan kedua-dua kerusi, Permatang dan kerusi Parlimen Kuala Selangor pada pilihan raya kecil yang diadakan pada 29 Mei 2007. Abu Hassan kemudiannya mengangkat sumpah pada 6 Jun 1997,” jelas Syed Rosli.

Kenapa Anwar pilih Kajang?

Kenapa Anwar pilih Kajang?
KEPUTUSAN Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Dun Kajang menimbulkan pelbagai persepsi.

Apakah yang mempengaruhi politik di Kajang sehingga menarik minat Anwar bertanding, sedangkan banyak lagi kerusi selamat PKR boleh dipertaruhkan.

Biarpun PKR terang-terangan menyebut, keputusan mempertaruhkan bos mereka bukanlah kepentingan peribadi tetapi kepentingan politik dan perpaduan... namun, tindakan itu membuka pelbagai tanda tanya dalam kalangan pemain dan pemerhati politik.

Jikalau benar sandaran itu diambil, mengapa PRK Kajang tidak mempertaruhkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli atau Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di situ.

Bagi penulis, bersandarkan kepada 'kerusi selamat' mungkin salah satu sebab Anwar memilih untuk berada di Kajang bagi memberi satu laluan mudah dalam percaturan politik yang sedang diusahakannya. Anwar dan PKR tentunya mempunyai agenda parti dalam kerangka yang lebih besar bagi meneruskan 'survival' politiknya.

Persoalan ini turut dikongsi bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan tindakan Anwar bertanding di Kajang antara langkah Ketua Pembangkang itu dalam usaha untuk mencapai cita-citanya menjadi perdana menteri.

Anwar mungkin ingin menjadi Menteri Besar Selangor dan menunjukkan kebolehannya mentadbir untuk meraih sokongan,” katanya.

Serampang Kajang: Selangkah ke Putrajaya

RafiziOleh Rafizi Ramli
Saya sedar bahawa keputusan mengosongkan kerusi DUN Kajang perlu dijelaskan sebaiknya kepada rakyat. Saya juga mengingati pesan Datuk Ambiga kepada saya supaya berterus terang dengan rakyat.
Mohon maaf
Maka sebaiknya saya perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia amnya dan pengundi Kajang khususnya atas perkara ini. Pilihanraya Kecil (PRK) ini sudah tentu akan membazirkan wang dan masa rakyat tatkala kita bersusah payah dengan kemelut harga barang naik.
Tidak ada alasan yang baik apabila wang rakyat dibazirkan kecualilah dengan memohon maaf. Parti saya juga perlu bersedia dan pasrah sekiranya pengundi Kajang mengambil pendirian menghukum kami.
Sebagai salah seorang yang paling kuat menyokong serampang politik ini, sejujurnya saya memikul tanggungjawab yang paling besar di atas keputusan tersebut.
Dinamik dalaman Umno, permainan perkauman dan agama
Namun, atas kejujuran kepada diri sendiri dan rakyatlah kita harus mengakui bahawa ada beberapa masalah dan cabaran di Selangor yang memerlukan campur tangan segera.
Pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim yang cemerlang selama enam tahun yang lepas memang membuatkan rakyat senang dengan beliau. Pun begitu, masih banyak ruang yang boleh dibaiki terutamanya mengambil kira dinamik dalaman Umno yang sedang berlaku.
Gerakan dalam Umno untuk memecat Dato’ Seri Najib Razak sudah bermula. Sebagai Pengarah Strategi parti, saya tidak menolak kemungkinan Dato’ Seri Najib dipecat dan kepimpinan Umno jatuh ke tangan puak ultra yang berkiblatkan Tun Mahathir Mohamad.
Permainan jahat melalui serangan bertalu-talu yang berkisar kepada isu agama dan perkauman untuk mengambil alih Selangor akan bermula sebaik sahaja Dato’ Seri Najib yang lemah itu dipecat oleh Umno. Setakat ini pun, jelas bahawa tangan-tangan Umno menjadi dalang kepada pelbagai kontroversi agama dan perkauman di Selangor sejak beberapa bulan lepas.
Sekiranya Dato’ Seri Najib tumbang, wajarlah kita bersedia untuk berdepan dengan manipulasi perkauman dan agama secara besar-besaran untuk mewujudkan kebencian dan rasa tidak percaya kepada kerajaan Selangor.
Negeri contoh model ke Putrajaya

Konsensus Nasional elak api perkauman - Pakatan Rakyat

Khalid to Kajang folks: Anwar is the best we can offer

Persiapan Tahun Baru Cina Dun Bandar KEADILAN Terengganu dirampas MBKT

KUALA TERENGGANU 30 JAN: Kira-kira 40 penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) merampas peralatan persiapan Tahun Baru Cina yang dianjurkan Pusat Khidmat DUN Bandar, Terengganu.
“Mereka menyerbu dan merampas peralatan persiapan kami untuk sambutan Tahun Baru Cina kira-kira jam 11 pagi tadi,” kata Adun Bandar Azan Ismail kepada Keadilandaily.
kampung_cina_terengganu“Program yang kami anjur telah mendapat permit dari polis Terengganu. Kenapa MBKT rampas?, soal Azan.
Azan memaklumkan, program Tahun Baru Cina DUN Bandar diadakan malam ini di Kampung Cina, Kuala Terengganu.
Dalam pada itu, Azan berkata beliau mengesyaki sabotaj dilakukan oleh parti MCA yang mempunyai pengaruh dalam MBKT.
“Ini tindakan salahguna kuasa dan gangguan. Bahkan pihak polis sendiri simpati dengan apa yang berlaku. Namun mereka tak boleh lakukan apa-apa.
“Ribuan ringgit dibelanjakan. Bukannya guna duit kerajaan negeri. Tapi hasil sumbangan orang ramai dan inisiatif KEADILAN Terengganu,” kata Azan.
Satu laporan polis akan dibuat Azan dan pegawai Pusat Khidmatnya di IPD Kuala Terengganu jam 2.30 petang ini.

PRK Dun Kajang: 'Kalau Najib tidak turun, kita cadang siapa'

KAJANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar untuk bertanding di N25 Kajang bagi menentang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil nanti.

Pengerusi Majlis Kepimpinan PKR Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, jika Umno BN berani untuk bertanding di Kajang, mereka harus meletakkan Presiden Umno Najib Tun Razak sebagai calon.

"Umno kalau berani turun di Kajang jangan letak MCA, MIC atau Gerakan. Kalau mereka hebat letak Najib. Setuju?

"Kita makan sate Kajang, kemudian kita lawan habis-habisan. Kalau Najib tidak turun, kita cadang siapa?" soal Azmin kepada para petugas parti ketika berucap dalam majlis Taklimat Jentera Pilihan Raya di Sungai Sekamat semalam.

"Rosmah!," sahut para hadirin.

Pemuda PAS bantu calon Pakatan menang di Kajang


Pemuda PAS akan komited bantu kemenangan calon Pakatan Rakyat di Kajang, kata Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat. Gambar fail.Pemuda PAS akan komited bantu kemenangan calon Pakatan Rakyat di Kajang, kata Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat. Gambar fail.Selepas beberapa hari penuh dengan kenyataan negatif daripada Pemuda PAS, Ketuanya, Suhaizan Kaiat hari ini berkata, Pemuda PAS akan tetap komited untuk membantu memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat di Kajang.
"Mungkin kita tidak bersetuju dengan peletakan jawatan, tetapi kita juga tidak setuju jika kerusi itu terlepas daripada genggaman Pakatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan Suhaizan itu menutup kenyataan pemimpin pertengahan Pemuda PAS sebelum ini yang antaranya mengugut akan memboikot pilihan raya kecil itu.

MB Selangor: Reformasi objektif utama, selainnya no 2


Apabila Malaysiakini melangkah masuk ke pejabat menteri besar Selangor untuk temubual Selasa lalu, Tan Sri Khalid Ibrahim sedang mengunyah kuih bangkit, dengan serbuknya bertaburan di baju.
 
Menangguhkan makan tengah untuk wawancara demi wawancara, Khalid duduk di depan kamera dengan penampilan biasanya – seluarnya senteng sebelah, rambut tidak bersikat.
 
Demi objektifnya untuk Selangor, semua itu tidak menjadi keutamaan bagi Khalid sebagai tokoh korporat yang kemudian terjun ke bidang politik.
 
"Objektif saya di Selangor untuk pembaharuan.

"Selebihnya, menyenangkan orang ramai demi mendapatkan sokongan, akan jadi keutamaan kedua," kata Khalid.

Percaturan lewat Kajang, pahit ditelan

Sebenarnya sejak dari dulu lagi Anwar Ibrahim sudah sepatutnya jadi menteri besar Selangor. Manakala Tan Sri Khalid Ibrahim digaji sebagai penasihat ekonomi.

Anwar seorang pemimpin nasional, bekas timbalan perdana menteri; pastinya lebih arif hal politik dan pentadbiran. Khalid, wira ‘The Dawn Raid’ sewajarnya diletakkan dalam kapasiti konsultan dan memberi nasihat-nasihat bernas. Ini yang sewajarnya.

Namun malang bagi Pakatan Rakyat, ada semacam satu keyakinan tinggi suatu ketika dahulu bahawa Anwar amat pasti menyandang kerusi Putrajaya.

Maka diletaklah Anwar (kanan) sebagai figura bakal perdana menteri, dan akhirnya hari ini Anwar tidak punya laporan prestasi, tidak ada track record pencapaian kecuali apa yang diusahakannya sewaktu menjadi menteri Umno suatu ketika dahulu.

Ini bukan sesuatu yang bagus, terutamanya setelah diserang bertubi-tubi pasca September 1998.

Bagi merangkul Putrajaya, sosok Anwar ini perlu dijenamakan semula sebagai seorang eksekutif, pentadbir, dan pemimpin yang meski terpaksa bermula semula dari petak nombor satu mampu membina negeri contoh berteraskan polisi dan dasar yang berasaskan prinsip-prinsip perubahan dan reformasi.

Tetapi ini bukan faktor utama dalam membincangkan kekalutan semasa. Meskipun hal ini perlu diperjelaskan sebagai premis penting dalam memahami percaturan politik Pakatan Rakyat secara kolektif dalam meletakkan Anwar sebagai calon di DUN Kajang dalam pilihan raya kecil yang bakal berlangsung.

Pokok pangkal permasalahan ini perlu dilihat kembali ke garis masa Mac 2008, ketika parti-parti pembangkang menang mengejut di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan.

Tetapi fokusnya sekarang tentulah Selangor.

Selangor berhadapan krisis pada malam 8 Mac, dengan keadaan PAS dikepalai Hasan Ali dikatakan cuba membuat pakatan politik dengan Umno untuk membentuk kerajaan di Shah Alam.

Anwar yang pada waktu itu belum boleh bertanding pilihan raya meletakkan Khalid sebagai calon menteri besar, sesuai dengan ‘track record’ Khalid sebagai perancang ekonomi yang baik.

Mudah di PP, payah di S'gor