Nik Aziz setuju dialog konsensus nasional  
Nik Aziz melangkah keluar dari Dewan Teratai selepas membentangkan kertas kerja, semalam.
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dengan cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengekalkan konsensus nasional dengan cara berdialog dengan kerajaan.

Nik Aziz berkata, sepatutnya Anwar tidak perlu meminta izin untuk mengadakan dialog berkenaan memandangkan kerajaan dianggap seperti ibu bapa dalam sebuah rumah.

“Rakyat perlu dianggap anak buah bagi kerajaan dan Perdana Menteri, tidak perlulah minta izin berjumpa,” katanya selepas membentangkan kertas kerja semasa Kolokium Agenda Kesejahteraan Rakyat, di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, semalam.

Turut membentangkan kertas kerja, Adun Salor, Datuk Husam Musa dan Penerima Emas Anugerah belia Antarabangsa (London), Suhail Mohamed Kamaruddin dan aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan, Mumtaz Md Nawi.