Selasa, 28 Januari 2014

Dewan Ulama PAS: GST haram

Kerajaan perlu cari cara lain untuk dapatkan pendapatan negara.

SEREMBAN : Isu Goods Services Tax (GST) berterusan apabila Dewan Ulama PAS menyifatkan tindakan kerajaan yang bakal mengutip cukai GST adalah haram.
Bercakap dalam Wacana Liqa’ Fikri PAS Negeri Sembilan di Seremban malam kelmarin, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata kerajaan perlu cari cara lain untuk dapatkan pendapatan negara.
“GST haram. Mengikut Islam cukai hanya boleh diambil dari rakyat yang mampu sahaja. Tetapi sistem GST, kerajaan mengutip cukai dari semua lapisan masyarakat termasuk yang miskin. Ini tidak adil.
“Cukai hanya dibenarkan dalam Islam setelah negara sudah tidak ada sumber pendapatan lain.
“Malah bila ada sumber pendapatan baru, maka secara otomatik pungutan cukai sebelum itu terbatal.
“Justeru itu kerajaan perlu cari cara lain untuk dapatkan duit (pendapatan negara).,” kata beliau.
Khairuddin juga berkata umat Islam hanya wajib bayar zakat sahaja.

Gamis: PKR khianati kepercayaan rakyat

Gamis
SHAH ALAM – Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) hari ini menyifatkan alasan peletakkan jawatan Lee Chin Cheh dari PKR sebagai Adun petang semalam bukan sahaja tidak munasabah bahkan dilihat mempermainkan mandat dan kepercayaan rakyat pada PRU13 lalu.

Jurucakapnya, Muhammad Najib bin Abdurrahim berkata, PKR sepatutnya lebih sensitif dikala rakyat dihimpit dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan selepas pilihan raya lalu, mereka tidak sepatutnya bertindak sedemikian tanpa membazirkan dana awam yang akan digunakan pada pilihan raya kecil Dun Kajang nanti.

“Wang rakyat tidak seharusnya dibazirkan untuk menanggung kos pilihan raya ini, lebih-lebih lagi apabila PRK ini diadakan atas sebab yang tidak munasabah.

'Guru terlampau': Perlu tindakan lebih tegas kata bekas Timb Menteri Pelajaran..

Kementerian Pendidikan perlu mengenakan hukuman lebih tegas terhadap guru yang mengarahkan muridnya memakan rumput dan menggantungkan loceng kerana tidak menyiapkan tugasan sekolah.

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, tindakan menukar guru itu ke sekolah lain, disifatkan hukuman yang ringan dan tidak menyelesaikan masalah.

“Sepatutnya digantung juga tugasnya sebagai guru dan  gajinya dahulu supaya guru itu perbaiki sikapnya untuk tidak melakukan perkara yang sama.

“Ini yang sepatutnya dilakukan kerana perbuatannya melampaui batas yang langsung tidak melayakkannya bergelar sebagai pendidik,” katanya kepada Sinar Harian.

Kata beliau, sebagai guru sepatutnya beliau memberikan khidmat yang baik dan menunjukkan contoh yang sewajarnya untuk mendidik murid-muridnya.

“Tugas guru mendidik murid-muridnya menjadi manusia, bukan diajarnya cara didik haiwan dengan memaksa memakan rumput.

“Cara cikgu itu hanya merosakkan muridnya sahaja, bukan mendidik.  Tidak sepatutnya dilakukan seorang guru terhadap muridnya,” ujarnya.

Tak Kisah Dengan Peristiwa Di Mesir & Syria - Ustaz Azhar Idrus

Sakit Beranak..Pahala Untuk Isteri - Ustaz Azhar Idrus

Penalti Berat Menanti Jika Langgar Akta Persaingan

PRK Dun Kajang : Anwar jangan 'Over confident'

Mohd Fuad Mat JaliSHAH ALAM - Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali hari ini mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak terlalu yakin untuk memenangi kerusi Dun Kajang lantaran kerusi tersebut pernah dimenangi oleh Adun daripada PKR pada PRU13 lalu.

Menurutnya, walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim dikenali ramai, namun belum tentu Anwar mengenali rapat masyarakat di Dun Kajang, sehingga boleh 'menjinakkan' mereka (masyarakat Kajang) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dun tersebut.

Tambahnya, ini berbeza dengan calon sebelum ini iaitu Lee Chin Cheh yang memang anak tempatan di kawasan tersebut.

"...bagi saya untuk seseorang itu menang 'bergaya'  dalam  PRK, seseorang itu mestilah warga tempatan, kerana dia selalu berdamping dengan masyarakat di kawasan tersebut, dia sudah faham mengenai 'kerenah' masyarakat di kawasan tersebut.

"...jadi mudahlah dia memenangi hati pengundi di kawasan tersebut.

PRK Dun Kajang: Pemuda Umno bayangkan calon bukan MCA

Pemuda Umno mahukan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak memilih calon terbaik berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan ia tidak semestinya daripada MCA.

Justeru, ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin berharap BN tidak terikat dengan formula lama antara komponennya di DUN itu.

“Kalau kita bertanding kita letak calon terbaik tak kira daripada parti mana.

"Saya tidak kata (calon) MCA tak boleh tapi kita tengok kepada calon. Kalau calon MCA tidak ada, kita beri kepada orang lain.... Beri kita calon yang terbaik," katanya.

Sementara itu, Khairy juga mengumumkan bahawa keputusan supaya BN meletakkan calon dipersetujui dalam mesyuarat mereka petang ini.

Katanya, walaupun sedar pengosongan kerusi itu sebahagian daripada permainan politik Anwar, BN akan menyertainya bagi menjunjung prinsip demokrasi dan menyerahkan pilihan kepada rakyat.

Pelantikan MB Selangor di bawah kuasa Sultan, kata pakar undang-undang


Di sebalik spekulasi berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dikatakan akan meletak jawatan ekoran tekanan dalaman PKR, namun hakikatnya pelantikan jawatan itu adalah di bawah bidang kuasa Sultan Selangor.
Menurut pakar undang-undang di Selangor Datuk Salehuddin Saidin, pelantikan seorang menteri besar di Selangor terletak di bawah kuasa Sultan sebagaimana termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
Katanya menurut Perkara 53 (2) (a) undang-undang itu, baginda boleh melantik seorang anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pandangan baginda yang mendapat keyakinan majoriti anggota DUN, selaku menteri besar.
Di bawah Perkara 55 (2) (a) pula, dinyatakan baginda boleh menggunakan budi bicara dalam pelantikan seorang menteri besar, katanya.
Pada masa sama, seseorang menteri besar juga haruslah berbangsa Melayu dan beragama Islam sepertimana yang telah termaktub dalam undang-undang berkenaan, katanya.
Salehuddin berkata pemilihan seseorang individu untuk menjadi menteri besar adalah dibuat oleh sesebuah parti yang mendapat sokongan majoriti daripada rakyat dalam pilihan raya.
"Parti yang memenangi pilihan raya itu boleh mengemukakan calon-calon menteri besar untuk pertimbangan Sultan Selangor. Sultan Selangor akan memilih seorang Menteri Besar yang difikirkan layak oleh baginda," katanya.

Idea tahaluf siyasi dicetus Almarhum Dr Karim Zaidan

KOTA BHARU: PAS memanfaatkan konsep tahaluf siyasi dengan parti-parti Pakatan Rakyat bermula 2008, hasil idea yang disumbangkan Almarhum Sheikh Dr Abdul Karim Zaidan.

Tokoh ulama dan pemikir Islam itu meninggal dunia semalam di San’aa, Yaman ketika usia 93 tahun.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata, pemikiran yang dicerna almarhum melalui kitab Ahkam Al-Zimmiyyin Wal Musta’minin Fi Daril Islam.

Katanya, kitab itu menjadi rujukan hampir semua gerakan Islam di dunia dalam mendepani arus politik semasa.

“Di Kelantan Kolej Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) turut menjadikan salah satu kitab karangan Almarhum iaitu Usul Dakwah (Asas-asas Ilmu Dakwah) sebagai rujukan penting.

Himpunan Turun setiap bulan di setiap bandar – Rafizi

RAFIZI_SEBERANG_JAYAKUALA LUMPUR 28 JAN: Himpunan turun kos sara hidup (Turun) akan diadakan setiap bulan di setiap bandar di seluruh negara, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
“Setiap bulan mulai Januari akan diadakan demonstrasi di setiap bandar seluruh negara sekiranya harga barang tetap tidak diturunkan oleh kerajaan,” kata Rafizi dalam himpunan turun kos sara hidup di Seberang Jaya, 26 Januari lalu.
Rafizi menegaskan, himpunan Turun membuktikan ia bukan isu perkauman, sebaliknya isu kos sara hidup yang meningkat menyebabkan rakyat pelbagai bangsa turun menunjukkan sokongan.
“Apabila subsidi rakyat masuk ke poket pimpinan BN, ketika itulah penderitaan rakyat bermula.
“Namun apabila ditentang Pakatan Rakyat, mereka (Umno-BN) mainkan isu perkaunan bagi mengalih perkara sebenar,” kata Rafizi di hadapan kira-kira 1,000 peserta himpunan.

KL Then and Now

Sayang Suami.. - Ustaz Azhar Idrus

UAI - "Cita-citaku menjadi orang kaya.."

Pertuduhan terhadap pasangan Malaysia di Sweden

Remaja dituduh bunuh Noor Syafikah

Yang menjolok selalunya tidak dapat menyambut buah yang jatuh itu

Kata orang-orang tua dahulu, yang menjolok buah yang ranum, tidak akan mendapat apa-apa. Buah yang dijolok itu akan jatuh dan akan disambut oleh orang lain. Itu sebabnya di dalam politik ramai yang mengambil jalan tengah dan berdiam diri dan tidak mahu melakukan jolokan itu.

Mereka hanya akan duduk di tepian menunggu buah yang dijolok itu jatuh dan jika ada kesempatan akan menyambutnya tanpa berbuat apa-apa. itulah cara dan kaedah Najib naik dahulu. Beliau akan galakan orang lain menjolok dan akan menyambut buah-buah yang jatuh itu. Penjolok-penjolok buah itu ada yang masuk penjara dan ada yang terbiar begitu sahaja sampai ke hari ini.
PKR sedang menjolok buah yang sedang masak ranum untuk digugurkan. Anwar sendiri sedang menjoloknya dan terlupa yang akan menerima dan menyambut buah yang jatuh itu akan dilakukan oleh orang lain.
Ramai dikeliling beliau akan duduk rapat dengan beliau agar buah yang jatuh itu akan jatuh ke tangan mereka. Khalid sudah dipersepsikan sebagai buah yang akan jatuh itu. Anwar telah membiarkan Azmin menjolok Khalid sejak beberapa tahun dahulu dan apabila Khalid sudah hampir jatuh maka Anwar datang membawa bakul untuk mengutip buah yang bertaburan jatuh nanti kerana jolokan Azmin itu.
Najib dalam keadaan tertekan sehinggakan beliau begitu terbuka untuk berbincang dengan Anwar dan Kit Siang diatas nama kerajaan perpaduan.  Saya telah menulis sedikit dalam beberapa posting yag lepas yang selera Kit Siang dan Anwar sebenarnya tiada bezanya.
Mereka mahu berkuasa di Putrajaya dan itu bukannya satu kesalahan. Dalam politik semuanya boleh berlaku. Yang nampak kuat perjuangannya rupa-rupanya selera mereka tidak ada bezanya dengan pihak yang selalu dikritiknya. Itu pun tidak salah. Maka berlakulah babak-babak lakonan yang licik dan kini pasarana untuk penyatuan itu diasaskan kepada masalah dalaman yang berlaku di Selangor.

Dakwa aktivis Turun, kerajaan tutup kritikan terhadap dasar BN

suaramKUALA LUMPUR 28 JAN: Pendakwaan terhadap peserta himpunan Turun adalah langkah menutup kritikan rakyat terhadap dasar ekonomi kerajaan yang pincang, kata Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
Penyelaras Suaram, R Thevarajan berkata, Akta Perhimpunan Aman 2012
digunakan untuk menutup mulut rakyat dan mengekalkan kepentingan kuasa sedia ada yang menjadi sebab utama kenaikan kos sara hidup.
“Pengajur perhimpunan Turun adalah mangsa terbaru selepas pendakwaan terpilih terhadap aktivis dan pembangkang yang mengadakan bantahan terhadap dasar kerajaan sebelum ini,” kata Thevarajan.
Beliau turut mempersoalkan tindakan polis menyiasat penganjur himpunan Turun, sedangkan ia berlangsung aman.
“Semua perhimpunan patut dibenarkan selagi penganjuran berlangsung secara aman.
“Perhimpunan Turun membantah kenaikan harga barang dan kos sara hidup pada malam tahun baru dan berlangsung aman tanpa apa-apa insiden yang tidak diingini,” kata Thevarajan.

Dakwa aktivis sertai himpunan Turun prejudis, berat sebelah

KUALA LUMPUR 28 JAN: Pendakwaan keatas tiga aktivis yang menyertai himpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) adalah pendakwaan terpilih, berniat jahat serta berat sebelah kata peguam Eric Paulsen.
“Pendakwaan terhadap ketiga-tiga mereka dilihat prejudis, terpilih, berniat jahat dan berat sebelah,” kata Eric kepada Keadilandaily.
TURUNPenyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau CheguBard, pengarah propaganda NGO itu, Edy Noor Reduan dan pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia akan didakwa di mahkamah Seksyen Kuala Lumpur di Jalan Duta jam 9 pagi esok.
Ketiga-tiga mereka akan didakwa dibawah seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman kerana gagal memaklumkan kepada pihak berkuasa polis berhubung satu perhimpunan yang dianjurkan mereka di Dataran Merdeka pada malam ambang tahun baru 2014.
Menurut Eric, Akta tersebut sejak diluluskan seringkali digunakan secara salah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan golongan mahasiswa.

'Saya hanya akan berhenti dengan keputusan sendiri' - Khalid

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau hanya akan berhenti dengan kemahuan beliau sendiri.
 
Beliau yang memegang kerusi panas itu berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan kerana tekanan atau desakan dari sesiapa pun.
 
"Jika saya berhenti, ia keputusan saya sendiri. Itu sahaja," kata beliau dalam temuramah bersama Malaysiakini hari ini.
 
Beliau memberi komen kemungkinan jawatan beliau bakal digantikan oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal bertanding di pilihan raya kecil DUN Kajang tidak lama lagi.
 
Menurut Khalid (kanan) beliau hanya membuat keputusan sekiranya sampai masa yang sesuai dan sehingga kini, tiada perbincangan mengenai pertukaran menteri besar.
 
Beliau menyifatkan tekanan dan desakan dari semua pihak termasuk parti beliau sendiri hanya merupakan sebahagian dari asam garam dunia dan perjuangan politik beliau. 
 
"Tekanan adalah perkara kecil saya fikirkan. Orang tanya bagaimana saya tidak gila dengan semua tekanan ini. Saya jawab 'turun naik' adalah sebahagian hidup. Saya bermula di pasaran saham," kata beliau.
 
Bagaimanapun Khalid berkata beliau mungkin memberi laluan dan mengundur diri sekiranya diminta oleh Anwar sendiri.
 

Bersih 2.0 kecam peletakan jawatan Adun PKR demi kepentingan parti

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengecam keras peletakan jawatan wakil rakyat PKR, Lee Chin Cheh daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana ia mengkhianati amanah rakyat.
Pertubuhan bukan kerajaan tersebut menegaskan tindakan itu sama sekali tidak boleh diterima semata-mata demi kepentingan PKR.
"Bersih 2.0 menegaskan ia tidak munasabah wakil rakyat meletak jawatan demi kepentingan parti politiknya.
"Peletakan jawatan Lee Chin Cheh adalah satu pengkhianatan yang diberi lapan bulan lalu," kata gabungan tersebut dalam satu kenyataan hari in.
Bersih juga membidas PKR kerana mengamalkan politik kotor dengan menerima peletakan Lee tanpa sebarang alasan yang munasabah.
"Politik kotor yang busuk ini perlu ditentang dan dikecam," kata Bersih 2.0.
Dalam pada itu, Bersih berkata tanggungjawab seorang wakil rakyat adalah memberikan khidmat kepada pengundinya dan bukan semata-mata terhadap parti yang diwakilinya.
"Perletakan jawatan Lee tidak meletak kepentingan rakyat terlebih dahulu."
Bersih 2.0 juga mengingati supaya ahli politik dan parti politik tidak memanipulasikan mandat yang diberikan kepada mereka oleh rakyat.

Kecam serangan keatas gereja, saran terima Konsensus Nasional

Dr-Afif-BahardinAMK Pulau Pinang mengecam tindakan mereka yang cuba menimbulkan keresahan kaum dan menganggu-gugat keharmonian kaum di negeri Pulau Pinang. Tindakan menaikkan kain rentang hasutan dan melemparkan molotov ke Gereja di Pulau Pinang adalah satu perubatan keji dan wajar dikecam semua pihak.
AMK Pulau Pinang menggesa PDRM dan pihak keselamatan untuk mengambil tindakan tegas dan segera ke atas mereka yang jahat dan tidak bertanggungjawab ini. Tindakan mereka ini bakal menimbulkan huru-hara dan keadaan tidak aman di Pulau Pinang.
AMK Pulau Pinang juga berharap, setiap lapisan masyarakat, baik Melayu, Cina, India, Islam, Kristin, Buddha, Hindu atau apa saja agama dan etnik – untuk terus kekal tenang dan sama – sama menyeru kepada toleransi dan hormat di antara pelbagai kaum dan agama.

Politik Malaysia matang jika konsensus tercapai

Anwar dan Najib
SHAH ALAM - Tawaran konsensus nasional dari Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada kerajaan Barisan Nasional mampu mewujudkan tahap kematangan politik tinggi sekiranya perkara tersebut boleh terlaksana.

Pensyarah Sains Politik & Kajian Politik Malaysia, Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, cadangan itu perlu direalisasikan demi kepentingan rakyat dengan mengetepikan perbalahan politik antara BN dan Pakatan Rakyat.

"Seorang itu hendak memberi dan seorang lagi hendak menyambut, kalau konsensus itu tercapai, ia adalah satu tahap kematangan politik yang tinggi.

"Untuk kepentingan nasional dan rakyat, jika mereka boleh bersama, berunding dan berbincang, itu satu pencapaian politik yang tinggi," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut gesaan Anwar yang sekali lagi mengulangi tawaran konsensus nasional Ahad lalu kepada kerajaan BN dalam usaha penyelesaian terhadap isu-isu kritikal yang berkaitan dengan negara.

Elektrik Sabah lumpuh: Lucutkan kroni IPP, bayar ganti rugi

SB02_021009_SISTEM GRID
KOTA KINABALU 28 JAN: KEADILAN Sabah menggesa supaya lesen syarikat Pembekal Pengeluar Bebas (IPP) tajaan kroni BN, Ranhill Tenaga dan Sumber Berhad dilucutkan kerana menyebabkan punca bekalan elektrik di seluruh Sabah lumpuh pada 17 Januari lalu.
Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, Dr Roland Chia mengegaskan, Kerajaan Pusat dan syarikat IPP terbabit mesti membayar ganti rugi kepada lebih sejuta pengguna Sabah dan melucutkan perjanjian IPP.
“KEADILAN Sabah menggesa Kerajaan Persekutuan dan Ranhill Sumber dan Tenaga membayar ganti rugi kepada seluruh rakyat negeri serta melucutkan perjanjian IPP yang menjejas gangguan kuasa sehingga mengakibatkan black out di seluruh negeri selama empat hingga 12 jam.
“Ini berpunca daripada masalah teknikal yang dialami oleh syarikat kroni BN di ketiga-tiga IPP stesen bebas di Sepanggar,” katanya kepada Keadilandaily.

Azmin: Anwar in Kajang a 'tactical' move

Khalid Ibrahim: Kalau Saya Tidak Setuju, Saya Tidak Di Sini

Anwar Ibrahim: Why Am I Contesting The State Seat?

Anwar Ibrahim: We have To Explain To Voters Why We Need To Have This By-Election

Anwar Ibrahim: The PM & Home Minister Have Given Positive Responses Toward Our Call For Dialogue

Sweden: Pukul anak, Shalwati berdepan dua tuduhan - Peguam

PRK Dun Kajang: SPR mesyuarat 5 Februari

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara berkaitan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang, Selangor pada 5 Feb ini.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor pada pukul 12.05 tengah hari berhubung peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri Kajang Lee Chin Cheh.

Mesyuarat khas itu akan diadakan di ibu pejabat SPR di Putrajaya dan diikuti sidang media oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, katanya dalam kenyataan Selasa.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, Lee menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

-- BERNAMA

PRK Dun Kajang: Yuktes mahu lawan Anwar

Yuktes Vijay
TIDAK sampai setengah jam selepas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan untuk bertanding di kerusi N25 Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang, Pengasas Take The Lead, Yuktes Vijay mengumumkan hasrat untuk mencabar beliau.
Anak muda berusia 25 tahun itu tidak gentar untuk bertanding dengan calon yang lebih berpengalaman dan berpengaruh itu. Ini kerana apa yang penting bagi Yuktes adalah memberi keadilan kepada rakyat.
“Apa yang berlaku sekarang adalah perebutan kuasa dalam parti yang menggunakan duit rakyat.
"Pilihan raya kecil ini menggunakan duit rakyat, duit saya! Ini tidak masuk akal, saya mahu gunakan duit tersebut dikembalikan kepada rakyat,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.
Jelas Yuktes, beliau yakin akan kalah malah mungkin hilang wang pertaruhan semasa PRK tersebut namun apa yang penting adalah mencabar Anwar yang juga pernah menjadi bossnya dahulu.
“Jika saya kalah pun tidak mengapa, itu memang sudah dijangka tetapi jika Anwar menang tetapi majoritinya menyusut walaupun hanya dengan satu undi, itu adalah sesuatu yang paling memalukan beliau,” katanya lagi.

Kalau BN Tidak Bertanding Di Kajang, Tiadalah Wang Rakyat Dibazirkan, Amacam Ada Berani BN...!!!

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim kini sudah sah akan menjadi calon bagi pilihanraya kecil DUN Kajang yang akan diadakan tidak lama lagi. SPR sudah pun dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi itu dan bakal mengadakan mesyuaratnya pada 5 Februari depan bagi penentuan tarikh pilihanraya kecil itu.

Walaupun ada sedikit perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat mengenai pilihanraya kecil ini dan beberapa pemimpin mereka cuba meluahkan rasa tidak puas hati, tetapi secara umumnya Pas, PKR dan DAP tetap berdiri teguh di belakang Anwar dalam hal ini.

Tidak saja pengumuman Anwar sebagai calon diumumkan sendiri oleh MB Selangor, Khalid Ibrahim malahan sidang akhbar mengenainya turut dihadiri oleh Azmin Ali, penasihat DAP, Lim Kit Siang serta dua pemimpin utama Pas iaitu Sallahuddin Ayub dan Dr Hatta Ramli.

Kehadiran mereka itu sekurang-kurangnya membuktikan tidak ada perpecahan dalam Pakatan Rakyat dan jika ada perbezaan pendapat daripada beberapa pemimpinnya, ia pasti akan diselesaikan satu persatu selepas ini.

Meskipun demikian, tindakan mengadakan pilihanraya kecil DUN Kajang secara sengaja dengan perletakan jawatan ADUNnya untuk memberi ruang Anwar Ibrahim bertanding dan seterusnya memungkinkan laluan menjadi MB Selangor menggantikan Khalid Ibrahim, tetap meletakkan Anwar sebagai sasaran kecaman banyak pihak.

Beliau dikecam kerana percaturannya membenarkan pilihanraya kecil ini dianggap membazirkan wang rakyat. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menulis di twitter mengenai pilihanraya kecil ini dengan luahan rasa tidak senang yang berbunyi, "amanah rakyat Selangor dipermainkan semata-mata nak selesaikan kemelut dalaman parti."

Ketua Pemuda Pas, Nasharuddin Tantawi juga meluahkan rasa yang serupa melalui Facebooknya dengan tulisan yang agak panjang bertajuk Kajang Pak Malang. Sambil menganggap pilihanraya kecil ini semata-mata untuk melampias agenda peribadi dan kelompok tertentu, beliau juga menganggap pilihanraya kecil tanpa ada kematian atau keuzuran ini "macam main-main saja."

PRK Dun Kajang: Ceteknya minda sesetengah ahli Dewan Pemuda PAS

Realiti bahawa Dewan Pemuda PAS terbelah kepada dua fraksi, ortodok dan modern terbayang di dalam reaksi dibuat oleh anggota sayap kanan PAS berhubung kekosongan kerusi DUN Kajang dan pengumuman Anwar Ibrahim sebagai calon PKR dalam pilihan raya kecil itu.

Sekurang-kurang dua orang anggota Pemuda PAS, setakat ini, membuat kenyataan kurang manis berhubung keputusan PKR itu sebaik sahaja Anwar diumumkan sebagai calon. Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim mengeluar kenyataan awal berbau ancaman akan memboikot pilihan raya kecil bakal diadakan itu.

Katanya sekiranya PKR tidak memberi penjelasan munasabah mengenai pengosongan kersui berkenaan jentera pilihan raya Pemuda akan diarah agar tidak memberi kerjsama kepada pilihan raya itu.

Seorang lagi anggota Pemuda Pas yang membuat kenyataan dikira kurang manis ialah Pengarah Pilihan Raya Pemuda, Mohd Sany Hamzan yang menyifatkan pilihan raya berkenaan mengejutkan dan ianya menyebabkan rakyat meluat dengan kerakusan kuasa dalam PKR.

Sebagai sekutu kepada Pakatan Rakyat, kedua-dua anggota pemuda itu tidak sepatut mengeluarkan kenyataan berkenaan secara melulu yang boleh menyinggungkan perasaan orang lain. Kenyataan-kenyataan bersifat negatif itu menggambarkan kecetakan Pemuda PAS dalam memahami sepak teranjang politik. Ia juga menunjukkan Pemuda PAS kurang ilmu diplomasi.

Mereka juga boleh dianggap biadap kerana tidak menghormati konsensus politik yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti. Apakah pandangan pemuda lebih tajam daripada pandangan pucuk pimpinan, Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu dan lain-lain?  Apakah mereka tidak tahu bahawa peristiwa hari ini sudah dibincang peringkat pucuk pimpinan? Mungkin mereka tidak diberitahu kerana budak-budak memang tidak perlu diberi tahu awal-awal.

Anwar: Selangor asas Pakatan Rakyat tawan Putrajaya

DSAIPETALING JAYA 28 JAN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Selangor menjadi landasan penting dalam usaha Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
Justeru katanya, ketiga-tiga parti akan memberi tumpuan kepada gerak kerja pilihan raya kecil DUN Kajang yang bakal berlangsung.
“Keputusan kita bersama untuk memastikan pimpinan Pakatan Rakyat seluruhnya bergerak menjadikan Selangor sebagai asas kuat
“(Kita menyokong prestasi baik kerajaan negeri Selangor sekarang untuk menjadi landasan penting membuktikan keupayaan kita untuk mengambilalih Putrajaya,” kata Anwar.
Ketika ditanya wartawan mengenai spekulasi mengambilalih jawatan Menteri Besar Selangor, Anwar berkata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal dengan jawatannya.
“Setakat ini keputsan kita (Pakatan Rakyat) saya minta Tan Sri Khalid Ibrahim meneruskan kerja, sementara kita boleh tumpu kepada piliha raya kecil DUN Kajang,” kata Anwar.
Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan penghargaan kepada bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh atas khidmatnya.
“Kita ucap terima kasih kepada Lee Chin Cheh yang berkhidmat dengan baik. Beliau berundur untuk memberi ruang untuk kita tingkat usaha di Selangor,” kata Anwar.

Jika MB kosong, PAS Selangor kemuka senarai calon

KUALA LUMPUR: PAS Selangor mengikuti perkembangan politik di negeri itu secara langsung dan berhati-hati, kata Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman (gambar).

Katanya, PAS Selangor menganggap isu kekosongan kerusi Dun Kajang adalah isu dalaman PKR yang tidak ada kena mengena dengan jawatan dan kedudukan Menteri Besar (MB) Selangor pada waktu ini.

Jelasnya, apa saja keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi Adun atau menentukan siapa calon, adalah hak PKR untuk menentukannya dan PAS Selangor tidak akan terlibat campur.

“Selagi isu jawatan MB Selangor tidak dikaitkan, maka PAS hanya menjadi pemerhati sahaja,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Namun, kata beliau sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat dan PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon MB yang dirasakan layak dan sesuai.

“Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai calon utama kita,” katanya yang juga Adun Paya Jaras.

Saya tanding untuk ganti Khalid hanya spekulasi - Anwar

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan kononnya pemilihan beliau sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang sebagai usaha membolehkan beliau menjadi Menteri Besar Selangor.

Ketua Pembangkang itu juga berkata, dakwaan bahawa beliau ke arah menggantikan kerusi Menteri Besar yang kini disandang Tan Sri Abdul Khalid itu hanya spekulasi.

"Itu hanya spekulasi, sekarang kita tumpukan kepada pilihanraya kecil yang akan datang.

"Tan Sri Khalid teruskan kerja dia sebagai Menteri Besar," jelas beliau pada sidang media hari ini.

Ketika ditanya bahawa timbul persepsi negatif sebahagian rakyat terhadap perletakaan jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh kemudian disusuli pula pengumuman beliau bertanding, Anwar berkata keputusan itu perlu dilihat ke arah menambah baik perkhidmatan untuk rakyat.

"Tidak bangkit isu persepsi dari rakyat dari keputusan yang telah dibuat, ini merupakan peluang untuk kita membuat lonjakan kepada rakyat," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Anwar tanding DUN Kajang: Ini strategi PKR, kata Azmin


Tindakan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah sebahagian daripada "tindakan taktikal" PKR, kata Timbalan Presidennya Mohamed Azmin Ali (gambar).
Mohamed Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, pihaknya turut menerima dengan terbuka keputusan parti meletakkan Anwar bagi menggantikan Lee Chin Cheh, yang meletak jawatan semalam petang.
"Ia gerakan taktikal... kita perlukan satu kerusi kosong," kata Azmin mengulas alasan Lee meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang.
"Kita perlukan pemimpin nasional seperti Anwar untuk bertanding di Selangor dan kukuhkan kedudukan PKR," katanya lagi kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.
Ketika ditanya sama ada tindakan Anwar itu cubaan untuk meredakan "perang dingin" antara dirinya dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Azmin berkata, perkara itu hanyalah sekadar spekulasi.

PKR mempermainkan pilihan raya, kata bekas mufti Perlis


Pilihan raya umum akan hanya jadi mainan, kata bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Gambar fail.Pilihan raya umum akan hanya jadi mainan, kata bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Gambar fail.Tindakan PKR meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini menunjukkan mereka tidak sensitif terhadap kepentingan rakyat, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Bekas Mufti Perlis itu berkata, sekiranya benar PKR menggantikan Lee Chin Cheh dengan Anwar semata-mata mahu menyelesaikan kemelut dalaman antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, jelaslah parti itu sanggup gadai kepentingan rakyat demi beberapa individu dalam parti.
"Kalau itu benar, mereka sanggup korbankan kepentingan rakyat daripada beberapa orang dalam parti," katanya kepada The Malaysian Insider, di Kuala Lumpur.
Mohd Asri berkata, dengan tindakan sedemikian, pilihan raya kecil (PRK) hanya akan menjadi "mainan" kepada parti tersebut.

Pemuda PAS S'gor ancam boikot kempen Kajang

Pemuda PAS Selangor mengancam memboikot kempen pilihan raya kecil Kajang jika PKR gagal memberi penjelasan bertulis munasabah terhadap pengosongan kerusi DUN itu.
 
Ketua Pemuda PAS negeri Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, jika penjelasan gagal dibuat, arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jenteranya supaya tidak bekerjasama membantu kempen calon PKR.

"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya.

Dalam kenyataannya, Syarhan (kiri) berkata, tidak wajar Lee Chin Cheh melepaskan jawatan ADUN Kajang tanpa alasan kukuh.

Beliau mengibaratkan tindakan itu "mengkhianati amanah rakyat" memandangkan majoriti 6,824 undi yang diperolehinya agak besar.

Sambil menyatakan kekesalan kerana keputusan dibuat membelakangkan rakan dalam Pakatan Rakyat, Syarhan berkata jumlah perbelanjaan pilihan raya kecil juga besar.

"Tindakan untuk menyelesaikan masalah dalaman dan pentadbiran parti tidak seharusnya membabitkan pembaziran wang rakyat," katanya.

Dun Kajang: Ahli Pas Selangor diminta bertenang

PAS Selangor mengikuti perkembangan politik di Selangor secara langsung dan berhati-hati.
Dun Kajang: Ahli Pas Selangor diminta bertenang
Pas Selangor menganggap isu kekosongan kerusi Dun Kajang adalah isu dalaman PKR yang tidak ada kena mengena dengan jawatan dan kedudukan Menteri Besar (MB) Selangor pada waktu ini.
Apa saja keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi adun atau menentukan siapa calon, adalah hak PKR untuk menentukannya dan Pas Selangor tidak akan terlibat campur.
Selagi isu jawatan MB Selangor tidak dikaitkan, maka Pas hanya menjadi pemerhati sahaja.
Namun sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka Pas Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan di terima oleh rakyat dan Pas Selangor akan turut menghantar senarai calon MB yang dirasakan layak dan sesuai.

KJ: Jadi Sultan Melakalah, Anwar

Pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang mengundang kritikan segera di Internet, khususnya laman blog mikro Twitter.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin antara yang dikesan terlibat menulis pesanan mengejek ketua umum PKR itu.

“Apa punya lawak. Mungkin juga akan tabalkan diri kamu Sultan Melaka,” tulisnya.

Beliau juga merujuk tweet Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebelum ini berhubung “zaman kegilaan” dengan mengulasnya sebagai: “Sekarang saya benar-benar tahu apa maksudnya.”

Sementara Datuk Zaid Ibrahim, bekas menteri undang-undang pula menulis: Saya masih tidak jelas kenapa perlu pilihan raya kecil. Anwar patut buat sesuatu yang berwibawa.”

Saksi sahkan Wan Muhammad Azri blogger Papagomo

KUALA LUMPUR 28 JAN: Tertuduh dalam kes fitnah RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Wan Muhammad Azri Wan Deris disahkan sebagai blogger Papagomo oleh saksi pertama pihak plantif.
Mohd Fauzi Mohd Azmi, 38 tahun ketika perbicaraan semalam mengesahkan kepada hakim individu tersebut yang dikenalinya sebagai Papagom.
Saksi tersebut juga merupakan seorang blogger mengakui pernah berhubung secara langsung dengan individu bernama Papagomo melalui telefon dan khidmat pesanan ringkas.
Kata Fauzi, sekitar Mei 2009 beliau berjumpa Wan Muhammad Azri buat kali pertama bersama seorang blogger pro Umno dalam satu majlis perjumpaan blogger.
Dalam perjumpaan itu menurutnya dia diminta meneka nama samaran digunakan tertuduh.
Berdasarkan suara, menurut Fauzi, dia dapat meneka individu tersebut adalah blogger Papagomo dengan tepat.
Fauzi hadir dalam perbicaraan tersebut bersama sekeping gambar yang diambilnya ketika pertemuan tersebut.
Individu tersebut adalah Wan Muhammad Azri Wan Idris yang disahkannya sebagai blogger Papagomo.

Keputusan kes Anwar saman Papagomo bulan depan

Anwar saman Papagomo 
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini  menetapkan 28 Februari depan untuk keputusan dalam kes saman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pengendali dan penulis blog Papagomo yang menyiarkan artikel dan beberapa keping imej mengaitkan pemimpin itu, tahun lalu.

Hakim Rosilah Yop menetapkan tarikh itu dalam kamarnya selepas bertemu peguam N surendran dan Latheefa Koya yang mewakili Anwar dan Jasbeer Singh Kawna yang mewakili defendan Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Peguam Jasbeer Singh memaklumkan pemberita, pihaknya memohon penangguhan perbicaraan itu kerana seorang saksi terakhir tidak dapat hadir memberi keterangan tidak dapat.

Pakatan Rakyat sebulat suara sokong Anwar tanding PRK Kajang


Pakatan-Rakyat


KUALA LUMPUR, 28 JANUARI: DAP menyokong penuh keputusan Parti Keadilan Rakyat meletakkan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, DAP akan memberi kerjasama kepada PKR demi memastikan kemenangan dalam PRK itu.
“Pimpinan Pakatan Rakyat memberi sokongan penuh kepada Anwar, dan akan bekerja dengan erat supaya kita boleh mencapai kemenangan yang cemerlang,” katanya pada sidang media Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya pagi tadi.
Dalam sidang media sama, PAS turut menyatakan sokongannya kepada keputusan yang mengejutkan banyak pihak itu.

Penyelesaian 10 Perkara versi Bahasa Melayu

Ramai yang pernah membaca Penyelesaian 10 Perkara yang dipersetujui dan ditandatangani Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Pengerusi Kristian Persekutuan Malaysia Bishop Ng Moon Hing dalam versi Bahasa Inggeris, namun tidak pula menemui versi perjanjian itu dalam Bahasa Melayu.

Sebelum saya bercerita panjang, di sini saya nukilkan isi kandungan Penyelesaian 10 Perkara yang dibuat dalam satu surat bertarikh 11 April 2011 versi terjemahan Bahasa Melayu bagi rujukan pembaca semua.

1. Bible dalam semua bahasa boleh diimport ke dalam negara, termasuk Bahasa Malaysia/Indonesia.

2. Bible ini juga boleh dicetak di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Ini adalah perkembangan baru, yang patut disambut baik oleh kumpulan-kumpulan Kristian.

3. Bible di dalam bahasa asal Sabah dan Sarawak seperti Iban, Kadazan-Dusun dan Lun Bawang boleh juga dicetak tempatan dan diimport.

4. Di Sabah dan Sarawak, dengan pengiktirafan kepada komuniti Kristian yang besar di negeri-negeri ini, tiada sebarang syarat dikenakan kepada pengimportan dan cetakan tempatan Bible dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia/Indonesia dan bahasa Asal. Tiada keperluan untuk sebarang cop mahupun nombor siri.

5. Mengambil kira kepentingan komuniti Muslim yang besar di Semenanjung, Bible di dalam Bahasa Malaysia/Indonesia, samada yang diimport atau dicetak tempatan, mesti tertera perkataan “Christian Publication” (Penerbitan Kristian) dan lambang salib dicetak di bahagian muka depan.

Selepas rekod buruk PISA, Muhyiddin arah kementerian kaji pendekatan sekolah terbaik dunia

Selepas prestasi buruk Malaysia dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengarahkan Kementerian Pendidikan mengkaji mekanisme yang diguna pakai oleh sekolah Malaysia yang mencapai prestasi setaraf sekolah terbaik dunia.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, warga guru dan pegawai Kementerian Pendidikan perlu memahami konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) supaya gerak kerja yang diusahakan kerajaan akan dapat melonjakkan kedudukan Malaysia dalam kedudukan PISA akan datang.
“Pentaksiran PISA merupakan satu topik pendidikan yang hangat diperkatakan mutakhir ini baik di Malaysia atau pun forum antarabangsa. Analisis mendalam amat perlu agar Malaysia dapat memperbaiki kedudukan.
“Saya difahamkan terdapat beberapa sekolah di Malaysia mencapai skor atau prestasi setaraf sekolah terbaik dunia. Dengan ini saya mengarahkan Kementerian Pendidikan melihat lebih mendalam faktor penyumbang kejayaan sekolah tersebut,” katanya di Putrajaya hari ini.

BN akan letak calon, penduduk kajang juga mengundi BN, kata Muhyiddin


Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) menegaskan Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan berlangsung tidak lama lagi, kerana pengundi di kawasan itu turut mengundi BN.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, isu kos penganjuran PRK tidak timbul kerana pihak yang menarik diri adalah dari Pakatan Rakyat (PR) dan sebagai sebuah negara demokrasi, BN juga berhak meletakkan calonnya.
“Seperti biasa, BN akan meletakkan calon tanpa mengira siapa jua calon dari pembangkang. Pihak yang menyebabkan PRK bukan BN tetapi calon PKR. Apabila ada kekosongan dalam sistem demokrasi, tidak mungkin BN biar begitu sahaja kerana dari sana juga ada sokongan dan jumlahnya boleh tahan.

Satu kejutan kalau Anwar jadi MB Selangor

A Kadir Jasin

Sekiranya tepat ramalan media massa mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan seterusnya mengambil alih jawatan menteri besar Selangor, implikasinya sangat menarik.
Hal ini menjadi bahan spekulasi hangat berikutan pertemuan panjang (dikatakan empat jam) antara Anwar dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Kajang, Lee Chin Cheh.
Saya menganggapnya sebagai sesuatu yang memeranjatkan dan mungkin tidak semestinya baik bagi Anwar, PKR dan Pakatan Rakyat. Pandangan lanjut saya seperti berikut:
1. Akhirnya Anwar terpaksa mengaku bahawa krisis kepimpinan kerajaan Selangor yang berpunca daripada perebutan kuasa antara Abdul Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Mohd Azmin Ali, sudah sampai ke peringkat hidup mati.
2. Krisis itu mungkin tidak meruntuhkan kerajaan PR Selangor, tetapi akan melemahkannya.
3. Ia akan melemahkan kedudukan PKR sebagai perantara PR dan menyebabkan DAP dan PAS memikirkan semula pergantungan mereka kepada PKR sebagai perunding.
4. Walaupun Anwar sangat akrab dengan Azmin dan percaya kepadanya, namun beliau tidak dapat memberikan jawatan MB kepada Azmin selagi Abdul Khalid ada dalam DUN.
5. Walaupun Azmin adalah timbalan presiden yang bersama Anwar hampir tiga dekad, namun dalam parti beliau mempunyai musuh dan Abdul Khalid ada pengikutnya sendiri.
6. Di kalangan Adun daripada PKR, DAP dan PAS, sokongan terhadap Azmin berbelah bagi. Mungkin lebih ramai memihak kepada Abdul Khalid, khasnya di kalangan Adun DAP.

Anwar Ibrahim tidak layak jadi Adun Kajang, MB Selangor dan Ketua Pembangkang

Daniel Teoh Tzu Yong

Nampaknya apabila berdepan dengan kepentingan masing-masing, tiada perbezaan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
Ini hasilnya apabila ciplak daripada satu diterima pakai oleh yang lain. Hati dan harapan yang terguris, biarlah salahkan diri sendiri kerana mengharap terdahulu tanpa mengenal muka sebenar.
Pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan pada sidang media yang mempunyai wakil daripada DAP dan PAS. Namun, kehadiran mereka sedikit pun tidak membayangi perasaan anak muda Malaysia yang memang tidak suka akan perkembangan terbaru PKR ini. Malah, ia amat menjijikan.
Mulai hari ini, pengajaran yang amat penting untuk rakyat Malaysia yang tersayang: Percayai ahli politik daripada BN atau PR mana-mana pun pada risiko sendiri. Segala perompakan atau kehilangan nyawa tidak akan ditanggung.
Tahniah diucapkan kepada Barisan Nasional Kajang kerana bakal berdepan dengan kempen pilihan raya kecil yang paling senang!

Anwar mahu jadi MB Selangor kerana gagal jadi PM, kata Kadir Jasin


Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di DUN Kajang adalah pengakuan kalah, kata Datuk A Kadir Jasin. Gambar fail.Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di DUN Kajang adalah pengakuan kalah, kata Datuk A Kadir Jasin. Gambar fail.Datuk A Kadir Jasin berkata tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dikosongkan semalam akan dilihat sebagai satu pengakuan kalah kerana gagal menjadi perdana menteri Malaysia.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu mengulas spekulasi mengatakan Anwar bakal menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor jika menang di kerusi DUN Kajang dalam pilihan raya kecil yang perlu diadakan selepas Lee Chin Cheh meletakkan jawatan semalam.
"Beliau pasti dituduh oleh musuhnya sebagai mengaku kalah dan tidak yakin lagi boleh menjadi PM," tulis Kadir dalam blognya hari ini.

MB Selangor: Anwar sah tanding kerusi DUN Kajang

 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi DUN Kajang yang kosong apabila penyandangnya, Lee Chin Chen dari PKR meletakkan jawatan semalam, umum Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat setuju meletakkan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding (di) Kajang," kata Khalid dalam sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini.

Anwar sah bertanding di DUN Kajang

PKR hari ini mengesahkan akan meletakkan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dikosongkan oleh Lee Chin Cheh, semalam. Keputusan itu diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Untuk menjimatkan kos dan masa BN dinasihatkan memberikan kemenangan percuma kepada Datuk Seri Anwar pada PRK Dun Kajang.

Gigi Berdarah Ketika Solat - Ustaz Azhar Idrus

Hukum ISTERI Minta UPAH Dengan SUAMI Lepas Buat Kerja - Ustaz Azhar Idrus

Jangan MELINTAS Depan Orang SOLAT! - Ustaz Azhar Idrus

Kemelut di Selangor : Ni nasihat buat Anwar Ibrahim..

Dah lama dah aku tengok PKR Selangor ni.. kepada penyokong pandai pula diberikan nasihat selesaikan segala isu melibatkan parti secara dalaman tapi mereka pula sebaliknya..

Kalau kita baca kebanyakkan komen warga internet dalam berbagai portal yang ada, majoriti rakyat amat menyanjungi TS Khalid sebagai Menteri Besar Selangor..

Tapi kalau kita tanya pula pemimpin-pemimpin PKR Selangor sendiri, boleh dikatakan ramai yang tak menyenangi kepimpinan TS Khalid ini, sebab utamanya ialah kedekut!

Kedekut kepada parti bukan kedekut kepada rakyat.. salahke?

Tertanya-tanya juga aku kenapa perkara ini tidak diselesaikan secara dalaman?.. susah sangat ke Azmin dan TS Khalid hendak dipertemukan?

Kenapa tidak Anwar yang rapat dengan Azmin dan Wan Azizah yang rapat dengan Faekah temukan mereka dan selesaikan masaalah antara mereka secara dalaman?

Dan aku setuju dengan kenyataan Cucu Mat Kilau ni..

Susulan kemelut dalaman PKR, antara Azmin Ali (Timbalan Presiden) dan Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor) maka NGO Angkara terpanggil utk beri nasihat dan teguran buat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MB Terengganu ‘kantoi’ guna istana untuk lawatan ke Antartika

Usaha Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said  menggunakan nama istana bagi lawatan ke Antartika terbocor apabila Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) menafikan penglibatan mereka dalam ekspedisi berkenaan.
Yayasan berkenaan sebaliknya menuntut Ahmad Said segera membuat permohonan maaf kepada Tuanku Sultan Mizan atas tindakan berkenaan.
"Kita menuntut Ahmad Said memohon maaf kepada YDSM dan menyebutkan siapakah sebenarnya yang menganjurkan lawatan beliau itu dan berapa kos sebenar lawatan itu," kata Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.
YDSM pada Ahad menafikan mereka menjadi penganjur kepada lawatan Ahmad Said ke Antartika.
"Lawatan itu bukan anjuran YDSM dan ia tiada kaitan dengan program yayasan," kata Setiausaha Kerja YDSM, Mohd Azrul Ismail dalam satu kenyataan.
Pejabat Menteri Besar Terengganu mengumumkan lawatan 15 hari pada 16 Januari lalu, atas anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama YDSM.
Kenyataan itu turut menyebut lawatan kerja berkenaan bertujuan membantu kerajaan dalam menubuhkan pusat kajian bersama Instituto Antarctico Chileno.
“Lawatan ini membantu Malaysia dalam kajian perubahan iklim yang sejak akhir-akhir ini menjadi semakin tidak menentu.
“Lawatan eksplorasi saintifik ini merupakan lawatan susulan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ke Antartika pada Oktober 2011 dalam usaha melihat lebih banyak universiti tempatan terlibat dalam kajian di sana,” kata kenyataan itu.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Yahaya Ali, berkata isu penganjur bukan perkara pokok kerana lawatan ke Antartika itu tidak membawa pulangan.
"Ketika kita ajak rakyat berjimat, menteri besar pula dilihat mahu menghabiskan duit tanpa faedah. Apa faedah rakyat Terengganu terima daripada lawatan ke Artartika. Kita bukan hadapi salji, yang kita hadapi adalah banjir," kata Yahaya kepada The Malaysia Insider.

Konsensus nasional: BNBBC - Zahid tidak senada, keikhlasan Anwar dipersoal


Tan Sri Shahrir Samad tidak menyambut baik saranan mewujudkan konsensus nasional antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Gambar fail.Tan Sri Shahrir Samad tidak menyambut baik saranan mewujudkan konsensus nasional antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Gambar fail.Tan Sri Shahrir Abdul Samad tidak bersetuju dengan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyambut baik gesaan mewujudkan konsensus nasional dengan pembangkang Pakatan Rakyat (PR).
Ahmad Zahid menerima baik tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi bagi Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu, PR perlu terlebih dahulu menunjukkan keikhlasan sebelum menawarkan sebarang konsensus nasional dengan kerajaan.
"Itu pandangan dia, pandangan saya lain," kata Shahrir kepada The Malaysian Insider merujuk kepada kenyataan Zahid yang mengalu-alukan saranan Anwar.
"Orang yang buat kacau, dia (Anwar) betulkan tempat dia dulu, dia punya sendiri. Kalau kita pun sama terlibat dalam benda ini, orang kita pun sendiri, kenalah tegah orang kita dahulu," katanya.
Anwar yang juga ketua pembangkang pada Ahad lalu sekali lagi mengulangi cadangan mewujudkan konsensus nasional dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun cubaannya sejak selepas pilihan raya 5 Mei masih belum membuahkan hasil.
"Mereka (pembangkang) boleh menunjukkan keikhlasan, bukan hanya tunjuk hendak rekonsiliasi nasional sahaja.
"Mana yang Anwar boleh kawal, dia patut buatlah. Janganlah nak rekonsiliasi tapi orang dia provok seperti Adun PKR buat demo kangkung tidak senonoh. Apa keikhlasan dan asas hendak rekonsiliasi macam itu?" kata Shahrir merujuk kepada demonstrasi kangkung Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon.

Saya boleh berundur jika Pakatan capai konsensus - Abd Khalid

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau boleh meletakkan jawatan sekiranya kepimpinan  pakatan pembangkang mencapai konsensus dan mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah berhubung perkara itu.
  
Bagaimanapun, katanya sehingga kini tiada perbincangan dilakukan pucuk pimpinan tiga parti pembangkang dalam pakatan itu mengenai perkara berkenaan.
  
"Saya boleh berundur sekiranya pakatan pembangkang mencapai konsensus untuk menggantikan saya tetapi tiada perbincangan mengenainya sehingga kini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku 'Maps of Malaya and Borneo: Discovery, Statehood and Progress' di sini, semalam.
  
Buku itu dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.  Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin kononnya beliau akan melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikannya sebagai Menteri Besar Selangor, dengan spekulasi Anwar bakal betanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kajang.

Kaedah singkir Khalid yang berisiko?

Politik Selangor khasnya sudah mulai mendidih kandati hawa Semenanjung waktu ini agak dingin. Hati para pemain utama politik negeri itu juga sudah mulai meruap kepanasan. Bekas hati yang semakin hangat kini,  ialah bekas hati Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim (foto). Usaha untuk meluncurkan beliau dari kerusi MB sudah sampai ke stage four. Sudah pasti sejak siang tadi dan membawa ke malam-malam seterusnya Khalid akan diserang 'insomnia' yang teruk.

Dalam pada itu Khalid sendiri juga sudah mula mencari tapak dan mengejapkan kedudukannya. Kilas samping dan sarungnya sedang dikejapkan. Dia tentu sudah sedia menghadapi apa saja kemungkinan. Dan tentunya dia juga sedang berfikir mengenai dirinya, tentang maruah dan kejayaanya.

Pengosongan kerusi DUN Kajang oleh Lee Chin Cheh hari ini membuka dan 'membaharkan' segala cerita. Desas desus siang tadi rupa-rupanya benar. Konsensus yang diambil oleh pimpinan PKR telah pun dilaksanakan. Lee Chin Cheh sudah pun mengutuskan surat pengosongan kerusi dan Speaker DUN Selangor juga sudah mendedahkannya. Jadi 'budu' kini sudah terdedah kepada umum. Lalat dan langau sudah berterbangan menghidu dan mencari arah.


Apa yang dilakukan itu seakan menjawab apa yang saya persoalkan di dalam posting sore tadi. Saya menegaskan Khalid hanya boleh diganti dengan Anwar Ibrahim menerusi pilihan raya kecil. Ertinya kalau Khalid lepas jawatan lusa, (seperti diura-urakan) Anwar tidak akan naik secara automatik, dan Selangor akan kekosongan MB sekurang-kurangnya tiga minggu.

Bermain api di Selangor

Esok katanya Anwar akan membuat pengumum penting mengenai apa yang berlaku seterusnya. Apakah beliau sendiri akan bertanding atau ada calon lain? Walaupun siapa yang akan bertanding di DUN Kajang, atas niat hendak menggantikan Khalid, keputusan diambil itu sungguh berani. Saya menyifatkan PKR amnya dan terutamanya Anwar khususnya berani bermain dengan api politik di Selangor. Mungkin tindakan ini satu keterpaksaan yang terpaksa.

Dari segi teorinya nampak senang dan simple untuk dilakukan. Kosong kerusi, Anwar tanding menang dan kemudian angkat sumpah jadi MB. Riwayat politik Khalid Ibrahim pun berlalu begitu sahaja bagaikan kulit pisang dilontar dari atas komuter. Itulah yang difikir dan dikira. Bagi mereka yang benci Khalid mungkin sudah bertepok tangan sambil ramai-ramai menyanyikan lagu 'lenggang kangkung'.

Nasib Khalid melalui penyingkiran terbuka?

 
Petang semalam Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyebut peri pentingnya perkenan Sultan dan persetujuan Pakatan Rakyat sebelum beliau dapat digantikan.

Itu dengan sendirinya memberi isyarat bahawa bukan mudah untuk menggantikan menteri besar Selangor ini.

Respon itu juga memberi isyarat bahawa Khalid tidak akan menyerahkan tengkuknya begitu sahaja.

Dua bulan lalu saya dan seorang teman wartawan ada berbincang mengenai masalah Pakatan di Selangor dan saya meramalkan apa yang berlaku ini akhirnya akan memuncak dalam bentuk krisis politik di Selangor pada 1975.

Krisis itu mempunyai beberapa persamaan dengan krisis yang berlaku di Sarawak pada 1966 dan Kelantan pada 1977.

Saya berpendapat politik dan prosedur yang digunakan dalam krisis-krisis itu boleh direnung bagi digunakan semula dalam menangani kerenah menteri besar Selangor ini.

Ketiga-tiga krisis politik itu melibatkan penyingkiran ketua kerajaan negeri; yakni menteri besar di Selangor dan Kelantan dan ketua menteri di Sarawak.

Mirip situasi Kelantan 1977

Dalam ketiga-tiga krisis itu parti yang membentuk kerajaan terpaksa mengemukakan undi tidak percaya bagi menjatuhkan orang mereka sendiri yang enggan bermain mengikut arahan parti.

Kalau orang parti yang diletakkan di dalam kerusi menteri besar itu mengikut arahan sebagaimana Datuk Seri Najib Razak di Pahang atau Datuk Seri Dr Rais Yatim di Negeri Sembilan pendekatan melalui undi tidak percaya itu tidak perlu.

Tetapi itu bukan politik Datuk Harun Idris yang telah memegang jawatan menteri besar Selangor sejak 1964.

Bekas ketua Pemuda Umno ini malah dianggap pencabar Perdana Menteri Tun Razak dan kemudian Datuk Hussein Onn. Senario Khalid di Selangor pada 2014 tidak sama dengan konteks politik Harun Idris pada 1975.

Kedudukan Khalid lebih menyamai kedudukan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamed Nasir pada 1977 yang tidak begitu mendengar arahan partinya PAS. Khalid juga ada persamaan dengan Datuk Stephen Kalong Ningkan yang cuba mentadbirkan Sarawak dengan caranya sendiri; sesuatu yang tidak digemari oleh perdana menteri Tunku Abdul Rahman.

Gerakan Anwar kejutkan PKR, Pakatan

 
 Edmund Bon: Kajang voters should punish #PKR by voting any candidate but PKR's.

Wan Saiful Wan Jan: Stupid excuse "@KEADILAN: Kenyataan media CC Lee, mantan ADUN Kajang yang telah letak jawatan petang tadi (semalam).

Pengumuman pengunduran wakil rakyat Kajang semalam menggemparkan banyak pihak, termasuk pemimpin kanan dalam PKR, dan menjadikan mereka semua sangat serba salah.

Gerakan yang mendadak ini dipercayai datang daripada beberapa pihak yang dekat dengan Ketua Umum Anwar Ibrahim sendiri, bukan kumpulan Timbalan Presiden Azmin Ali.

Kumpulan Azmin sendiri, yang digambarkan sangat ghairah ingin mengambil tampuk kekuasaan di Selangor, dikhabarkan terperanjat dengan gerakan mengejut semalam.

Tindakan ini bertujuan "menyelesaikan" persaingan antara PKR Selangor, yang diketuai Azmin, dengan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim.

Walaupun PKR negeri masih utuh di belakang Azmin, mereka tidak sempat berbuat apa-apa untuk mengelak pengumuman pengunduran CC Lee, bekas pemimpin Gerakan yang dikaitkan dengan Azmin.

Difahamkan, keputusan itu belum mendapat persetujuan PKR Selangor yang masih berusaha untuk menentukan perjalanan parti dalam krisis terbaru ini.

PKR negeri dikatakan mengambil strategi berbeza untuk menangani kemelut ini -- strategi akibat tidak menduga langkah mendadak pasukan Anwar.

DAP, PAS tunggu & lihat

Gerakan mengejut pasukan Anwar, disertai beberapa pemimpin kanan dan muda PKR termasuk Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail, dapat dijayakan susulan pertemuan ketua pembangkang itu dengan Khalid pada hujung minggu dan Lee semalam.

Pasukan Anwar juga cuba memberikan gambaran kepada beberapa pemimpin PKR bahawa proses biasa parti tidak sesuai untuk gerakan ini.

Senario di Selangor


Desas-desus semakin kuat bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim bakal digugurkan sebagai menteri besar Selangor.
Khalid hanya boleh gugur sekiranya PKR tidak mahu beliau meneruskan khidmat sebagai menteri besar. Kerana beranggapan bahawa kerusi menteri besar adalah hak milik PKR, satu nama calon akan dikemukakan oleh PKR untuk menggantikan Khalid.
Selepas itu, barulah PAS dan DAP akan membuat keputusan sama ada menerima atau menolak cadangan PKR.
Ketiga-tiga parti mempunyai jumlah kerusi DUN yang hampir sama (PKR 14, PAS 15 dan DAP 15). Dalam perang Romance of the Three Kingdom ini mana-mana dua parti boleh bergabung untuk mengkhianati mana-mana parti yang tidak bersetuju dengan mereka.
Mari kita lihat daripada sudut PKR:
Kebanyakan terasa Khalid perlu digantikan kerana cara pentadbiran beliau tidak membawa keuntungan kepada parti. Ramai di PKR berasa sepatutnya PKR sekarang adalah parti yang mempunyai sumber terbanyak.
Siapakah yang mempunyai kaliber, integriti dan ketegasan seperti Khalid dalam menjaga hak rakyat?
Di kalangan Adun PKR Selangor, sebenarnya tiada. Untuk menggantikan Khalid, PKR memerlukan seorang Adun baru daripada kalangan pembesar mereka.
Antara nama yang boleh diterima ialah Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution, Dr Wan Azizah dan Anwar Ibrahim sendiri. Untuk keempat-empat nama besar ini naik, perlu diadakan satu pilihan raya kecil.
Kini, Adun N25 Kajang, Lim Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan.
Apakah beliau meletak jawatan kerana membocorkan maklumat kepada media mengenai peletakan jawatan Khalid atau untuk membuka laluan kepada calon MB yang baru? Sehingga kini, tiada yang tahu. Tetapi, media membuat keputusan bahawa ia adalah untuk memberi laluan kepada calon MB baru.
Sebenarnya ini boleh dipertikai kerana pada pagi semalam, Khalid dan Anwar baru sahaja bersusah-payah menafikan laporan akhbar The Star bahawa Anwar akan menjadi MB Selangor. Tiba-tiba Adun Kajang pula meletak jawatan. Takkan Anwar dan Khalid sebegitu bodoh dalam politik?