Selasa, 21 Januari 2014

Thailand isytihar perintah darurat untuk kekang demonstrasi

Ketua penunjuk perasaan Suthep Thaugsuban menyambut penyokongnya semasa perarakan melalui pusat bandar Bangkok semalam. – Gambar Reuters.  
Kerajaan sementara Thailand mengisytiharkan perintah darurat bagi mengekang demonstrasi oleh kumpulan Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC), yang telah menggugat pentadbiran kerajaan serta menjejaskan aktiviti komersil dan kewangan di Bangkok.
Perintah darurat itu akan berkuat kuasa selama 60 hari bermula esok dengan merangkumi kawasan Bangkok, wilayah Nontaburi, daerah Lat Lumkaew di Pratumthani dan daerah Bangphli di Sumutprakarn, kata Surapong Tovijakchaikul, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar kerajaan sementara Thailand, dalam sidang berita di Tentera Udara Diraja Thailand di Bangkok, petang tadi.
Beliau membuat pengumuman itu selepas mengadakan mesyuarat dengan agensi-agensi keselamatan.
Beliau berkata para penunjuk perasaan telah mengancam dan mengganggu penjawat awam yang bertugas dan meminta mereka memberi sokongan kepada protes jalanan itu.
Surapong berkata kerajaan sementara telah menjemput duta-duta asing di Thailand untuk menghadiri satu majlis taklimat bagi menjelaskan mengenai pengumuman dekri darurat itu esok.

Suap kangkung: Adun PKR enggan mohon maaf, tidak tunduk kepada Umno

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon tidak akan memohon maaf atas perbuatannya menyuapkan kangkung ke dalam mulut replika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagaimana digesa Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Beliau sekali lagi menegaskan salah satu objektif acara tersebut adalah bagi menagih keprihatinan Najib memahami kesusahan rakyat yang tertekan dengan kenaikan harga barang dan tidak bertujuan menghina sesiapa.
“Saya tidak akan tunduk kepada kenyataan perkauman dan keganasan Umno. Mereka adalah pencetus kepada apa yang berlaku baru-baru ini.
“Saya amat berterima kasih kepada Lim atas keprihatinan beliau tetapi saya juga amat marah dengan tindakan Umno dan penyokongnya yang selalu memainkan isu perkauman untuk mengalihkan fokus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim dalam satu kenyataan hari ini mendesak Lee memohon maaf supaya kumpulan ekstremis tidak menjadikan insiden itu sebagai modal mencetuskan tragedi berdarah seperti apa yang berlaku semasa 13 Mei 1969.
Katanya, Lee perlu mempertimbangkan permohonan maaf itu berikutan terdapat pihak tertentu termasuk dirinya melihat perbuatan tersebut sebagai melampau, kasar dan tidak sensitif.
Lee berkata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sendiri sebagai seorang Melayu tidak berasa terhina dengan simbolik kangkung malah menganggapnya sebagai tindak balas kepada isu kenaikan harga barang yang merupakan masalah mempengaruhi semua kaum.

Kali keempat suruh saya buka tudung - Marinatasha


KUALA LUMPUR: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menggesa mana-mana pihak yang menjemput artis wanita untuk membuat persembahan perlu menghormati hak mereka yang berhijab.

Presidennya, Datuk Freddie Fernandez memberitahu mereka yang mempertikaikan hak tersebut merupakan satu pencabulan hak asasi serta tidak peka dengan hak kaum dan agama.

Jelasnya lagi, kejadian yang menimpa penyanyi Marinatasha Isnariah Mustapar yang telah dihalang mengadakan persembahan kerana berhijab tidak seharusnya berlaku apatah lagi negara ini telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun.

Kata beliau, pihaknya telah menerima laporan rasmi daripada Marianatasha apabila beliau telah dihalang dari melakukan persembahan di satu majlis keramaian anjuran sebuah syarikat atas alasan kerana berhijab.

"Ini merupakan satu pencabulan hak asasi serta tidak peka kepada sensitiviti masyarakat Islam, ia tidak sepatutnya berlaku apatah lagi kita telah merdeka lebih 50 tahun.

"Beliau membuat persembahan yang merupakan kerjayanya dan berhijab mengikut apa yang dituntut oleh agama Islam, sepatutnya kita perlu peka dalam hal ini," jelasnya dalam sidang media di sebuah restoran di Bukit Damansara.

Freddie menegaskan isu ini akan menjadi lebih parah seandainya ia dimanupulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan boleh menimbulkan prasangka di kalangan anggota masyarakat pelbagai kaum dan agama.

UMNO bukan Bangsa Melayu



Genjer2 tumbuh liar di selokan
Ibu datang mencabut genjer
Dapat sekarung lebih tanpa ragu
Genjer sekarang bisa dibawa pulang
Genjer pagi2 dibawa ke pasar
Dijajar dan dibeberkan di lantai
Si Ibu beli genjer ditaruh di tas
Genjer2 sekarang akan diolah
Genjer2 dimasukkan ke panci air panas
Setengah matang ditiriskan untuk lauk
Nasi sepiring sambal di tempat tidur
Genjer2 dimakan dengan nasi
Kenapa kita harus berhenti dari mengangkungkan Najib? Saya baru balik dari kawasan saya, Raub. Rata2 nya rakyat menyatakan bahawa kerajaan menganiayai orang Melayu. Mereka tidak salah. 
Peraih dan pembeli berlesen membeli getah pada harga RM2.80 sekilo. Sipenoreh berkongsi dua dengan pemilik ladang getah iaitu mendapat RM1.40 sekilo. Maka jika Najib mahu tahu, sekilo getah tidak dapat membeli sekilo gula. Penoreh getah merungut dan mereka ada asas untuk mengharamjadahkan Najib. Getah di Thailand RM3.40sekilo dan di Indonesia RM3.70 sekilo. Maka biarlah rakyat mengharamjadahkan Najib.
Pertama nya orang Melayu mesti sedar bahawa Melayu itu lebih besar dari UMNO. Melayu itu suatu bangsa. UMNO itu parti dan wadah perjuangan. UMNO tidak mungkin lebih besar dari bangsa Melayu. UMNO itu lahir dari bangsa Melayu.

Isteri Suruh Berpoligami Tapi Saya Tak Nak!! - Ustaz Azhar Idrus

Kuat Terangsang Tengok Cerita "Orang Putih" - Ustaz Azhar Idrus

Thailand isytihar darurat di beberapa wilayah

Exco s'gor nafi sms palsu pinjaman perumahan

Cara Bersihkan Air Kencing Anak Atas 'Seat' Kereta - Ustaz Azhar Idrus

Isteri Tak 'Respect' Suami Kurang Ilmu - Ustaz Azhar Idrus

Tambang bas sekolah naik kerana ibu bapa sanggup bayar kata SPAD

Masanya telah tiba untuk rakyat Malaysia mengasingkan patriot dengan pengkhianat


13mei



Masanya telah tiba untuk rakyat Malaysia mengasingkan patriot yang inginkan negara Malaysia yang bersatu, aman, harmoni dan makmur daripada para pengkhianat yang mahu mencetuskan satu lagi 13 Mei dengan menimbulkan kebencian kaum dan agama, serta konflik dan ketegangan melalui penipuan dan fitnah.
Semalam kumpulan ekstremis Perkasa mendakwa bahawa isu kangkung boleh mengakibatkan berulang kembali tragedi rusuhan kaum 13 Mei jika terus dimainkan, sambil turut mendakwa bahawa isu tersebut telah menjadi isu perkauman dan bercanggah dengan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Seorang jurucakap Perkasa berkata ramai yang dilihat tidak menghormati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu ini.
Katanya: “(Peristiwa) 13 Mei kita rasa akan berulang kembali. Ia boleh berulang kembali kalau ada yang mahu ia berlaku. Macam isu kangkung kalau keterlaluan, sampai kata orang ‘telunjuk mencucuk mata’. Ia tidak mustahil boleh berlaku.”
Bolehkah peristiwa rusuhan 13 Mei 1969 berulang kembali?
Ya, jika elemen pelampau dan kumpulan-kumpulan yang tidak dapat bertoleransi dibiarkan berterusan malah untuk memperhebat kempen menimbulkan kebencian kaum dan agama, ketegangan dan konflik antara kaum dengan menggunakan penipuan dan fitnah tanpa tindakan segera pihak berkuasa bagi menghentikan tindakan mengeluarkan kenyataan yang begitu tidak bertanggungjawab, menghasut, dan membangkitkan kebencian kaum dan agama, ketegangan dam konflik dalam masyarakat majmuk.

Perihal nyamuk dan kangkung...

Oleh SELENA TAY
KERAJAAN BN sudah pun menggesa rakyat supaya jangan menuduhnya menyebabkan kenaikan harga barang. Barangkali kerajaan BN juga terasa tekanan daripada rakyat berkenaan dengan isu ini.
Namun demikian, Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jering daripada PAS, Nizar Jamaluddin secara sinis telah bertanya, "Kalau tak tuduh Kerajaan BN, tuduh siapa pula? Tuduh nyamuk?"


Ini menunjukkan bahawa sekali lagi kerajaan sedang berusaha bertungkus-lumus untuk memperbodohkan rakyat dalam keadaan ekonomi negara sedang merudum.
Selain dari itu, penekanan oleh Perdana Menteri kita bahawa harga kangkung telah turun pun sesuatu ‘spin’ yang meloyakan kerana pada masa yang sama harga telur biasa 10 biji telah naik 10 sen lagi dari RM3.85 ke RM3.95.
Rakyat sekarang sedang bergelut dengan isu ekonomi yang boleh disebut sebagai 'ekonomi kangkung'.

‘Terima kasih Najib aibkan rakyat Malaysia’

Oleh AZAN SAFAR

MERIAH satu negara Malaysia sehari dua ini apabila Perdana Menteri dengan bangganya mengajak rakyat untuk memuji kerajaan kerana penurunan harga kangkung.
Ada juga usaha untuk Dato’ Seri Najib menggembirakan rakyat yang sedang dalam kesempitan kenaikan kos sara hidup dengan lawak yang disampaikan.

Sekurang-kurangnya, rakyat Malaysia boleh bergelak ketawa dan tersenyum seketika. Malangnya, tindakan Najib Razak itu langkah yang sangat mengaibkan rakyat Malaysia kerana turut media luar negara. Saya tertarik dengan komentar Pengerusi PAC, Nur Jazlan Mohamed yang mengatakan Najib perlukan penasihat baru dalam kenyataannya sebelum ini.
Saya mengira beberapa langkah tidak popular yang Najib ambil sebelum ini termasuk dalam isu kangkung ekoran barisan penasihat sekelilingnya bukan dalam kalangan orang cerdik sama tidak cerdiknya kenyataan kangkung ini dikeluarkan.
Paling tidak kita semua maklum Najib tidak pernah merasa perit jerih rakyat yang terpaksa membanting tulang untuk mencari sesuap nasi bagi meneruskan kehidupan seharian.
Apakah kangkung merupakan makanan ruji rakyat Malaysia sehingga mengajak untuk rakyat memuji kerajaan?

“Apa definisi negara maju Perdana Menteri?

najib sakit kepala
KUALA LUMPUR 21 JAN: Pengumuman Perdana Menteri kerajaan minoriti, Datuk Seri Najib Razak mahu melakukan inisiatif kononnya bagi meringankan beban rakyat termasuk memperkenalkan program ‘Jimat Belanja Dapur” hanya bersifat sementara dan tidak membantu meringankan beban rakyat
Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin berkata, program jangka pendek melibatkan 22 barangan terpilih yang dijual di Pasar Tani hanya untuk mengaburi rakyat kononnya kerajaan meringankan bebanan yang berpunca dari peningkatan harga barangan selepas pengurangan subsidi gula dan bahan bakar.
“Program tersebut dibuat selepas rakyat tertekan dengan kesan pengurangan subsidi, ia tidak akan berjaya kerana ia langkah sementara meringankan beban rakyat.
“Sesebuah kerajaan yang bijak mentadbir harus mempunyai rancangan yang jelas dari peringkat awal pembentangan belanjawannya.
“Sudah pasti kerajaan tahu bahawa rakyat akan dibebani masalah inflasi akibat pengurangan subsidi tersebut, namun belanjawan yang dibuat tidak disertakan dengan pelan pemulihan akibat tindakan berkenaan,” kata Manivanan kepada Keadilandaily.
Alasan Najib Razak bahawa pemotongan subsidi bertujuan memastikan Malaysia menjadi negara maju, Manivanan mempersoalkan apakah definisi negara maju yang difahami Perdana menteri itu.
Malah Najib berkata beiau akan bersama-sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan turun ke pasar tani di Putrajaya untuk melihat harga barang.

Ambiga: Gov't has no guts to stand by 10-point solution

Azmi Sharom: We let this happen to Malaysia

Dasar Automotif Nasional 2014 kekal sistem AP, untungkan kroni

automotifKUALA LUMPUR 21 JAN: Pengumuman Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP2014) Kementerian Industri & Perdagangan Antarabangsa (MITI) mengekalkan sistem pemberian permit import (AP) yang menguntungkan kroni.
Dalam kenyataan bersama dikeluarkan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, kerajaan terus berdolak-dalih untuk terus mengekalkan sistem AP dengan alasan lebih banyak kajian yang diperlukan.
“Ini tidak lebih dari alasan untuk terus membenarkan golongan tertentu yang rapat dengan Barisan Nasional mendapat keuntungan atas angin sedangkan rakyat terus terbeban dengan harga kereta yang tinggi,” kenyataan dipetik.

“SPR terus persempadanan semula & tambah kerusi, Bersih turun jalan raya”

mariaKUALA LUMPUR 21 JAN: Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah berkata, sekiranya SPR masih meneruskan rancangan persempadanan semula dan penambahan kerusi dengan tidak mengikut undang-undang dan perlembagaan, Bersih akan membuat momilisasi besar-besar dan turun ke jalan raya.
Demikian kata Maria dalam temubual eksklusif bersama Suara Keadilan ketika ditanya mengenai rancangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan persempadanan semula dan penambahan kerusi Parlimen.
Kata Maria, SPR pernah membuat penambahan kerusi sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 2003 dan 2005.
“Pada tahun 2003 berlaku penambahan kerusi Parlimen di Dewan Rakyat dari 199 kerusi kepada 219 kerusi. Manakala pada tahun 2005, dari 219 kerusi kepada 222 kerusi
“SPR menambah kerusi parlimen tanpa mengubah Perlembagaan. SPR tambah jumlah kerusi dahulu, kemudian barulah pinda Perlembagaan!

LGE: Projek mendalamkan dasar laut- Kementerian Pengangkutan boleh membuat penjelasan?

UMNO benci rakyat Malaysia hanya kerana mereka bukan Melayu !!!

Parodi sindir PERKASA si pembela kangkung

Selepas kenyataan 'kangkung' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi bahan lawak jenaka, kini tiba giliran NGO pendesak Melayu PERKASA dijadikan subjek lelucon ketawa.

Ini kerana pertubuhan Melayu itu memberi amaran bahawa lawak mengenai sayur itu mungkin boleh mengundang peristiwa 13 Mei semula.

Dalam video yang dimuatnaik ke Youtube oleh kumpulan lawak popteevee pada 15 Januari lalu, nama Perkasa digunakan untuk singkatan "Persatuan Kangkung 1Malaysia".
Video berdurasi 6 minit mempersembahkan antara lain seorang lelaki dengan misai palsunya menerangkan bahawa Perkasa bukan kumpulan ekstrem tetapi satu gerakan untuk mempertahankan hak kangkung.

"Kangkung ini sayur yang istimewa... Sekarang ini dah ada sayur-sayur pendatang (seperti) saleri, brokoli.

Malaysia tidak tunaikan janji pembaharuan, kata badan hak asasi antarabangsa


Badan pemantau hak asasi manusia antarabangsa Human Right Watch (HRW) hari ini membidas Putrajaya kerana berpatah balik daripada janji pembaharuan yang dibuat sebelum pilihan raya 5 Mei tahun lalu.
Dalam World Report 2014 yang dikeluarkan hari ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak menunaikan janjinya apabila meminda kembali beberapa undang-undang yang menindas dan menekan.
"Malaysia pada 2013 menyaksikan 'dua kisah Najib', menjanjikan pembaharuan undang-undang sebelum pilihan raya dan mengembalikan undang-undang menindas selepas itu," kata timbalan pengarah HRW Asia, Phil Robertson (gambar) dalam satu kenyataan media hari ini.
Dalam pada itu, HRW juga mendakwa kerajaan BN menafikan hak asas rakyat Malaysia semasa berlangsung pilihan raya Mei lalu.
"Sejak Mei tahun lepas, kerajaan melanggar hak asas, menyekat kebebasan bersuara dan membuat pendakwaan ke atas aktivis yang menganjurkan protes aman," katanya lagi.

Malaysia haramkan pati ditahan dalam operasi memasuki semula negara....tunggu dan lihat..!!


Semua pendatang tanpa izin yang ditahan dalam Operasi Bersepadu (6P) Fasa 2 di seluruh negara yang bermula tengah malam tadi akan diusir ke negara asal dalam tempoh tujuh hari.
Mengumumkan demikian, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata pengusiran mereka tidak akan ditanggung oleh kerajaan Malaysia.
"Penghantaran mereka akan ditanggung oleh pihak kedutaaan dan majikan masing-masing," katanya kepada pemberita di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini.
Ahmad Zahid berkata pendatang tanpa izin yang ditahan akan disenarai hitam dengan identiti mereka direkodkan dalam sistem databank biometrik bagi memastikan mereka tidak kembali ke negara ini.
Beliau berkata seramai 1,565 pendatang tanpa izin ditahan dalam 107 operasi di seluruh negara, melibatkan 695 rakyat Indonesia, 255 Bangladesh, 157 Myanmar dan selebihnya rakyat Kemboja, Vietnam, India, Pakistan, Filipina, China, Nigeria dan Thailand.

Tiga anggota polis didakwa peras pekerja swasta

Tiga anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap pertuduhan memeras tiga pekerja syarikat swasta, minggu lepas.
Mereka ialah Konstabel Mohamad Salman Malzuki, 27, Konstabel Mohamad Fadir Manaf, 32, dan anggota polis bantuan, Wan Mohamad Saiful Firdaus Wan Azmin, 31.
Kesemua tertuduh, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, didakwa melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap Emelda Sudirman, 33,
Mohd Nadzri Abu Hassan Saari, 34, dan Mohd Hafiz Abu Hanifah, 29, bahawa mereka akan ditangkap polis kerana rumah mereka disyaki "sarang" dadah.
Perbuatan itu mendorong Mohd Hafiz menyerahkan wang tunai RM20 kepada Wan Mohamad Saiful Firdaus di Rumah Pam Syabas, Jalan Dutamas 4, Sentul di Kuala Lumpur pada 9.30 malam, 13 Januari lepas.

Jadi Kambing Hitam: Ibu bapa yang sanggup bayar kenaikan tambang bas sekolah, kata Hamid Albar


Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), Tan Sri Syed Hamid Albar, dalam perjalanan KTM ke Stesyen Bandar Tasik Selatan bagi program kempen kesedaran dan pematuhan Spad ICOP di Stesyen Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider, Afif Abd Halim, 21 Januari, 2014.  
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), Tan Sri Syed Hamid Albar, dalam perjalanan KTM ke Stesyen Bandar Tasik Selatan bagi program kempen kesedaran dan pematuhan Spad ICOP di Stesyen Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider, Afif Abd Halim, 21 Januari, 2014.

Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini mendakwa isu kenaikan tambang bas sekolah juga berpunca daripada kesanggupan ibu bapa membayar kadar baharu tersebut.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) itu berkata, tidak timbul isu kedegilan pengendali bas sekolah yang tetap ingin menaikkan kadar tambang sebanyak 40%, kerana akhirnya ibu bapa terpaksa akur apabila tiada alternatif lain untuk menghantar anak mereka ke sekolah.
Beliau berkata, Spad membuka talian bebas tol untuk ibu bapa membuat laporan, agar tindakan dapat diambil.

"Kadar kenaikan ini tidak akan berlaku kalau tidak kerana ibu bapa yang sanggup membayar, dan selama ini pun yang kedengaran hanya rungutan namun tidak ada tampil membuat laporan," katanya dalam satu sidang media selepas melancarkan program kempen kesedaran dan pematuhan Spad ICOP di Stesyen Bandar Tasik Selatan.
Sebelum ini Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) tetap akan menaikkan surcaj tambang bas sekolah bermula Januari ini sebanyak 40%, walaupun Spad masih tidak membuat keputusan tentang tambang baru bas sekolah.

Human rights in M’sia: ‘A tale of two Najibs’

Malaysia in 2013 was marked by Najib promising legal reforms before the GE and restoring repressive laws after it.

KUALA LUMPUR: The Malaysian government backtracked significantly on human rights after the May 2013 general election returned the ruling coalition to power with a significantly smaller majority, Human Rights Watch said today in its World Report 2014.
The passage of new repressive laws, arrests of opposition activists, and greater repression of political speech marked the apparent end to Prime Minister Najib Tun Razak’s proclaimed reform agenda.
“Malaysia in 2013 was marked by a ‘tale of two Najibs’ – promising legal reforms before the election and restoring repressive laws after it,” said Phil Robertson, deputy Asia director at Human Rights Watch.
“Since May the government has cracked down on basic rights, curtailed free speech, and charged activists for organizing peaceful protests.”
In the 667-page world report, its 24th edition, Human Rights Watch reviews human rights practices in more than 90 countries.
Syria’s widespread killings of civilians elicited horror but few steps by world leaders to stop it, Human Rights Watch said.
A reinvigorated doctrine of “responsibility to protect” seems to have prevented some mass atrocities in Africa.
Majorities in power in Egypt and other countries have suppressed dissent and minority rights. And Edward Snowden’s revelations about US surveillance programs reverberated around the globe.
In Malaysia, previous progress on human rights was reversed by the passage of repressive new legislation, Human Rights Watch said.
The amended Prevention of Crime Act, enacted in October, allows administrative detention without trial and limited grounds for appeal, restoring some of the abusive practices that had been in the recently abolished Internal Security Act and Emergency Ordinance.
Malaysia’s government continued to bring dubious criminal charges against its political opponents, Human Rights Watch said.

PROJEK GULINGKAN NAJIB OLEH KEM PERUBAHAN....KEM ROSMAH DIBELASAH DARI DALAM OLEH KEM TUN MAHATHIR... !!


Tegur Najib 'kangkung', giliran Daim sahabat Mahathir goncang kerusi PM?

KEPEMIMPINAN Datuk Seri Najib Tun Razak turut dipertikai oleh veteran Umno Tun Daim Zainuddin, sekaligus membayangkan kerusi perdana menteri itu sedang digoncang dari luar dan dalam parti perkauman berkenaan.

Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan era Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri itu berkata demikian dalam satu taklimat tertutup peringkat Umno Bahagian Merbok di Dewan KISMEC, Sungai Petani.

"Kekalahan adalah kemungkinan sebenar jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus dengan dasar sekarang daripada keputusan yang betul, tetapi tidak popular, terutamanya isu-isu berkaitan kos sara hidup meningkat," ujar Daim baru-baru ini, dipetik dari The Malaysian Insider.

Lebih seminggu, Najib menjadi bahan tawa rakyat Malaysia serta media antarabangsa disebabkan kontroversi isu kangkung.

Ekoran itu, cakap-cakap politik dalam Umno sendiri khabarnya mula dingin dengan kewibawaan Najib.

Itu, menurut satu sumber lain, termasuk ketirisan informasi mengenai mesyuarat tertutup sekumpulan tim perubahan dalam Umno di Janda Baik atau Genting, kelmarin yang nekad mahu 'menurunkan' Najib.


"Najib mungkin lepas jawatan PM sebelum 31 Ogos, bergantung pada mood akar umbi (parti) berhimpun di PWTC menjelang 1 Mei depan. #MalaysiaNext," kata sumber sama menerusi WhatsApp, yang kemudiannya diconteng di dinding laman sosial Facebook.

Terdahulu, anak bongsu Mahathir bernama Mukhriz turut menegur Najib, sekaligus dikatakan menggoncang kerusi perdana menteri itu.

Rafizi ke Hong Kong selepas Tahun Baru Cina siasat akaun AG

gani_patail
KUALA LUMPUR 21 JAN: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan ke Hong Kong selepas perayaan Tahun Baru Cina bagi menyiasat akaun peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Menurutnya, beliau akan tetap ke negara itu walaupun belum menerima surat kebenaran daripada Gani yang dihantarnya pada 19 Disember tahun lalu.
“Saya akan ke sana selepas perayaan tahun baru cina memandangkan sekarang penduduk Hong Kong sibuk membuat persiapan tahun baru cina. Saya akan cari masa yang sesuai ke Hong Kong,” kata Rafizi kepada Keadilandaily.
Katanya, sebelum berlepas ke Hong Kong, beliau perlu membuat temujanji terlebih dulu dengan beberapa jabatan dan individu yang berkaitan.
Pada 17 Disember lepas, Rafizi menerima pelawaan Gani yang memberi kebenaran kepada beliau untuk memeriksa akaun banknya di mana-mana negara, termasuk Hong Kong.
Isu ini timbul setelah dakwaan peguam kanan Umno, Tan Sri Shafee Abdullah yang mengaitkan Gani Patail dengan kes sogokan wang dalam isu pertindihan Pulau Batu Puteh.
Pengakuan itu seperti terkandung dalam akuan bersumpah bekas pegawai polis, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Wahai PM & MENTERI, harga sekerap baru RM2.90 sekilo tapi ikan temenung dah RM10 sekilo..!

Apa Khabar Pak Menteri, Hebat  Berlakon Jadi Penoreh...!!!
Nak beli ikan pun tak lepas

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN Tarikh: January 21, 2014
BALING - “Nak beli ikan pun tak lepas, sekarang ikan kembung sekilogram RM10 sehingga RM12, harga getah baru RM2.90 sekilogram.
“Itu belum lagi bahagi dua dengan tuan tanah,” luah penoreh getah, Hasma Aziz, 52.
Menetap di Kampung Keda Ulu Legong, Hasma bersama suaminya, Habali Yaakub, 57, mengusahakan tanaman getah di Lubuk Legong Legong sejak lebih 30 tahun dlu.
Kini, kebanyakan penoreh menghadapi tekanan setelah harga getah semakin merudum sejak beberapa minggu lalu.
Ibu kepada empat anak itu berkata, walaupun terdapat kenaikan, ia tidak banyak iaitu dalam kenaikan 20 sehingga 30 sen sahaja.
Sementara itu, seorang lagi penoreh, Alias jareh, 56, dari Kampung Weng Luar berkata, harga paling rendah setakat ini adalah RM2.85.
“Harga memang berubah-ubah, kenaikan tak banyak, tapi turunnya banyak dan mendadak,” katanya ketika ditemui Ladang Getah Lubuk Legong.
Tinjauan mendapati, semua penoreh meluahkan rasa tertekan berikutan harga getah yang sangat rendah sehingga menjejaskan kemampuan mereka untuk membeli barang keperluan yang kian meningkat.
Bukan itu sahaja, kebanyakan penoreh di daerah ini sekadar bekerja di kebun orang lain.
Keadaan itu ternyata lebih memeritkan, kerana setiap hasil jualan yang tidak seberapa akan dibahagi dengan pemilik kebun.
Perlu kawal harga getah

Himpunan kata-kata lawak Menteri 47% BN

Kalaulah dihimpunkan kata-kata hikmat para menteri, tidak mustahil kata-kata hikmat menteri Malaysia akan tersenarai dalam 10 terhebat aka terlawak di dunia. Apa tidaknya, sejak belakangan ini kata-kata pak menteri sering dijadikan bahan lawak jenaka rakyat.

Siapa yang tidak pernah dengar ungkapan “harga minyak (petrol dan diesel) di Malaysia masih murah berbanding negara jiran” – kata-kata yang sering dijadikan alasan setiap kali berlaku kenaikan harga minyak. Selepas ungkapan ini menjadi klise – kerajaan menukar pula kepada “kerajaan mengurangkan subsidi minyak...” – perkara yang sama tetapi cuba diselindung daripada sudut sebenar.

Selain itu, ungkapan “Kalau ayam mahal, jangan makan ayam,” – ujar menteri berkaitan berhubung rungutan rakyat apabila harga ayam yang semakin mahal. Juga – “kerajaan menaikkan harga gula untuk mengelakkan rakyat kena kencing manis.” – perihatinnya kerajaan pada kesihatan rakyat.

Apabila rakyat marah-marah kerana tol bakal dinaikkan, maka menteri berkaitan, berkata, “Guna jalan yang tidak bertol...” Ketika tarif elektrik naik, kerajaan dengan rendah hatinya menyatakan bahawa kerajaan akan memastikan kenaikan tidak membebankan rakyat!

Sudah terlambat Dr Mahathir kritik Najib

SUKA atau tidak, sama ada diturunkan atau turun dengan sendiri, Najib Razak akan menyertai Abdullah Badawi dalam senarai Perdana Menteri terburuk dalam sejarah negara ini.  Jika diwujudkan juga kategori Perdana Menteri paling tidak memberikan apa-apa sumbangan, maka senarai tersebut juga turut mengandungi mereka sebagai dua entri tunggal.
  
Dalam sejarah politik Malaysia, tidak ada Perdana Menteri yang tidak dikritik oleh pembangkang.  Fungsi pembangkang adalah untuk tujuan ‘semak dan imbang’ dan itulah yang dilakukan oleh semua parti pembangkang sejak pilihan raya umum (PRU) pertama lagi.

Namun apabila seseorang Perdana Menteri bukan sahaja dikritik oleh pembangkang tetapi turut mendapat kecaman dari majoriti rakyat termasuk dari mereka yang menyokong dan mengundi parti kerajaan sendiri, maka orang  tersebut (bukannya tokoh) sesungguhnya tidak layak menjadi pemimpin politik dan apatah lagi menjadi seorang Perdana Menteri.

Lebih buruk lagi ialah apabila seseorang Perdana Menteri dikecam dan dibalun oleh seorang bekas Perdana Menteri sebagaimana Dr. Mahathir Mohamad mengecam Pak Lah kerana gagal menunjukkan sebarang prestasi dan sama sekali tidak bijak dalam mengurus tadbir negara.

Tentu sekali Pak Lah merupakan orang pertama diabadikan dalam senarai disebut itu.  Kini bakal menyertainya tentulah tidak lain dan tidak bukan dari Najib Razak.

Lupakan tentang kangkung.  Bolehkah sesiapa menamakan  10 manfaat yang telah diberikan oleh Najib kepada rakyat dan negara.  Jika tak boleh sepuluh, mungkin boleh beri lima.

Selangor akan undang SPRM dan TI teliti penyingkiran Azmin daripada PKNS

Selangor akan mengundang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan badan bebas Transparency International (TI) untuk meneliti tindakan pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berhubung penyingkiran Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat kerajaan negeri tersebut.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) sudah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohamed Khusrin Munawi menjemput dua badan tersebut bagi meneliti dokumen-dokumen dikeluarkan kerajaan negeri dan juga daripada Pengurus Besar Datuk Othman Omar dan Setiausaha Kerja Norita Mohd Sidek.
"Kes pengurus besar PKNS melibatkan isu integriti, maksudnya sesetengah surat dikeluarkannya boleh dipersoalkan, di luar bidang tugasnya dan boleh dikatakan beliau tidak mengikut arahan kerajaan negeri.
"Jadi dalam masa dua tiga hari selepas kajian dilakukan, (setiausaha kerajaan negeri) akan mendedahkan butiran penyiasatan," katanya kepada pemberita di Klang hari ini.
Katanya, memandangkan PKNS sudah mempunyai pakatan dengan MACC dan TI berhubung isu integriti, mereka harus menyiasat jika terdapat pecah amanah.

‘Sultan Melaka’ dibebas dengan jaminan polis...hebatkan..!!!


Ahli perniagaan yang mendakwa dirinya "Sultan Melaka" hari ini dibebaskan dengan jaminan polis setelah ditahan pada 14 Januari lalu bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaannya itu.
Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shah Gzali Khan Shahadat, berkata Noor Jan Tuah (gambar) dibebaskan selepas tahanan reman ke atasnya tamat hari ini.
"Kes masih dalam siasatan terutama berkenaan dakwaannya mendapat surat pengesahan daripada ICJ (Mahkamah Keadilan Antarabangsa), yang kita perlukan kerjasama daripada Pejabat Peguam Negara untuk memastikan dakwaan itu benar atau tidak.
"Kita akan mohon bon mahkamah bagi memastikan beliau tidak menganjurkan majlis atau aktiviti berkaitan kesultanan sehingga siasatan ini selesai," katanya.
Noor Jan, 57, ditahan pada jam 10.50 pagi di Jeti Anjung Batu Umbai, Jasin sebelum sempat menaiki bot ke Pulau Besar untuk melakukan aktiviti bersama-sama 'pengikutnya'.

Dr Ling gelar peguam negara bodoh dalam sandiwara kes PKFZ

Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang dibebaskan atas dakwaan menipu Kabinet berhubung pembelian tanah untuk Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menggelar peguam negara bodoh.
Dr Ling berkata, Kabinet sebenarnya membuat keputusan yang betul untuk membeli tanah bagi projek tersebut.
"Dalam hal ini hanya peguam negara yang beranggapan keputusan itu salah, mereka adalah bodoh," katanya pada satu sidang media di Kajang, hari ini.
Baru-baru ini Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail gagal dalam dakwaan ke atas Dr Ling dan seorang lagi bekas menteri pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy dalam kes penipuan terhadap kerajaan dalam pembelian tanah PKFZ.

Suap kangkung: DAP desak Adun PKR mohon maaf untuk elak keganasan


Penasihat DAP melihat perbuatan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon menyuap kangkung ke mulut replika perdana menteri sebagai tidak sensitif. Gambar fail.Penasihat DAP melihat perbuatan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon menyuap kangkung ke mulut replika perdana menteri sebagai tidak sensitif. Gambar fail.DAP mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, Lee Khai Loon memohon maaf kerana menyuapkan kangkung ke replika mulut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya kumpulan ekstremis tidak menjadikan insiden itu sebagai modal mencetuskan tragedi berdarah seperti apa yang berlaku semasa 13 Mei, 1969.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata Lee perlu mempertimbangkan permohonan maaf berikutan terdapat pihak tertentu termasuk dirinya melihat perbuatan itu sebagai melampau, kasar dan tidak sensitif.

SPR pamer rang daftar pemilih tambahan suku 4/2013 bermula hari ini


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (Rang DPT) bagi Suku Tahun 4/2013 di 930 tempat pameran di seluruh negara selama dua minggu bermula hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said dalam kenyataan hari ini berkata, Rang DPT itu melibatkan urusan permohonan pendaftaran sebagai pemilih bagi Oktober, November dan Disember tahun lalu.
"SPR menerima 28,059 pemohonan pendaftaran sebagai pemilih yang terdiri daripada 21,754 pemilih baharu dan 6,305 pemohonan pertukaran alamat pusat mengundi pemilih yang berdaftar dengan SPR.
"Bagi permohonan pendaftaran baharu, jika pemohon mendapati namanya tidak tersenarai, bolehlah membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B dan diserah kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran berkenaan," katanya.
Sabri berkata, pemilih berdaftar yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang dalam Rang DPT itu boleh berbuat demikian menggunakan Borang C.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai bantahan itu, Sabri berkata, ia boleh dibuat terhadap tidak lebih 20 orang selaras dengan subperaturan 15(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih)(Pindaan) 2012 dan perlu dikemukakan kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran berkenaan.

AMK Pertikai Anwar Dihalang Masuk Jepun

Mangsa samseng demo 'kangkung' hilang motosikal

PR tolak sertai sambutan Hari Australia tajaan bersama LYNAS


pix for lynas najib putar belit


KUALA LUMPUR, 21 JANUARI: Pakatan Rakyat (PR) menolak sama sekali jemputan Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur untuk menghadiri sambutan Hari Australia, 22 Januari ini.
Setiausaha Antarabangsa DAP Kebangsaan, V Sivakumar; Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Syed Azman Syed Nawawi dan Naib Presiden PKR, Tian Chua dalam kenyataan bersama mereka menyatakan walaupun PR berbesar hati dengan undangan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) itu, ia perlu ditolak kerana kehadiran LYNAS Malaysia Sdn Bhd sebagai satu daripada penaja.
Menurut mereka, pelawaan itu sebenarnya adalah satu inisiatif besar mengekalkan hubungan baik antara kedua-dua negara, tapi demi prinsip ia tidak wajar disertai.
“PR membuat keputusan untuk tidak menghadiri majlis itu kerana LYNAS menjadi satu daripada penaja sambutan itu.
“Sebilangan besar rakyat Malaysia menganggap LYNAS sebagai kilang pelaburan pemprosesan nadir bumi yang tidak diundang di sini. Jika PR memenuhi jemputan itu, sudah tentu melanggar prinsip kami dan janji pilihan raya lalu.
“LYNAS bermula di Malaysia tanpa mendapat penilaian keperluan, prosedur, kajian lokasi dan hanya beroperasi dengan lesen sementara kerana ia tidak mematuhi piawaian ditetapkan,” mengikut kenyataan itu.
Tambah mereka, LYNAS juga tidak mengambil kira sentimen rakyat yang menurunkan sejumlah 1.2 juta tandatangan bantahan terhadap loji pemprosesannya di Pahang.

Apakah PKR boleh mengelak episod Zaid Ibrahim berulang?

Oleh Timmy Say
Kerajaan Selangor kini menjadi medan bertempur pemilihan PKR yang bakal berlangsung tidak lama lagi.Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah sudah lama tidak muncul di media berita. Kedudukannya sebagai Presiden PKR sudah hampir akan terlepas daripada tangannya.

Ada golongan yang sanggup menggelarnya sebagai ‘sleeping beauty’ tanpa melihat sejarah bagaimana Wan Azizah berdiri seorang diri ketika suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi hukuman politik.
Wan Azizah ketika itu, jika ingin menangis, beliau hanya boleh memastikan air mata mengalir ke perutnya dan bukan daripada matanya kerana beliau perlu menampilkan ketabahannya di depan musuh-musuh politik suaminya.
Sebagai seorang ibu, beliau kena bertahan untuk anak-anaknya. Sebagai seorang isteri, beliau kena bersabar menggigit gusi untuk memperjuangkan keadilan bagi suaminya dan semangat itu dipikul dengan mendukung PKR dari kelahirannya sehingga kini.
Pengorbanan dan kekentalan jiwa Wan Azizah menjadi sanjungan semua, terutama golongan wanita.
Oleh itu, dalam pemilihan akan datang, Wan Azizah tidak patut menghadapi situasi yang boleh meremehkan pengorbanannya.
Kini ada dua pilihan untuk beliau, berundur secara terhormat ataupun kekal sebagai presiden tanpa bertanding.
Jika Wan Azizah terpaksa bertanding untuk mempertahankan kerusi Presiden PKR, sudah pasti golongan yang sanggup menggelarnya ‘Sleeping Beauty’ akan melondehkannya dan membiarkan beliau tersadai malu dengan pelbagai serangan menjengkelkan.
Banyak perkara buruk untuk menjustifikasikan mengapa Wan Azizah tidak layak terus menduduki kerusi Presiden PKR akan dikeluarkan untuk tatapan umum. Dalam politik, istilah simpati dan kenangan tidak mempunyai sebarang kesan apabila nafsu dahagakan jawatan membara.
Apakah Anwar akan membiarkan itu berlaku? Sudah tentu tidak. Tetapi, Anwar tidak akan dapat menghalang perkara itu berlaku sekiranya Wan Azizah terus mempertahankan jawatannya.
Apa yang Anwar boleh lakukan ialah mengelak peristiwa itu daripada terjadi di mana isterinya berundur secara terhormat.

Boikot Barangan Jepun?.. Buat malu PKR saja depa nih! Sah kena sampuk 'kangkung"......

Agak-agakla kalau nak protes macam manapun.. ini tidak main hentam keromo saja.. datang dengan kereta buatan Jepun tapi keluar plakad 'Boikot Barangan Jepun'.

Lain kali kalau datang nak protes 'Boikot Barangan Jepun' tu datanglah dengan kereta kuda atau kereta lembu, baru orang tak pertikaikan.

Tak salah kalau nak tunjuk kesetiaan melampau kepada Anwar Ibrahim.. tapi janganlah sampai memalukan Anwar Ibrahim..

Kalau nak cari publisiti untuk pemilihan inipun janganlah sampai jadi bahan tawa rakyat 1Malaysia.. buat bagi rasional dan nampak proffesional sikit..


Ini tidak.. buat malu PKR saja depa ni...

'Potong' bajet RM12j Kolej Felda...kemana duit Felda berbilion dibelanjakan..???

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mempersoalkan cadangan pemotongan bajet berjumlah antara RM16 dan RM17 juta setahun bagi empat Kolej Felda kepada RM5 juta sahaja pada tahun ini.

Presidennya Mazlan Aliman berkata jumlah peruntukan terbaru itu tidak mampu untuk menampung empat operasi kolej Felda di Trolak di Perak, Kelana Jaya (Selangor), Mempaga (Pahang) dan Raja Alias di Negeri Sembilan, sekali gus dilihat usaha menutup kolej itu.

"Sebelum ini Felda telah menandatangi dia MOU (memorandum persefahaman) dengan dua kolej di UK (United Kingdom) sebagai (program) lanjutan daripada Kolej Felda. Ditawarkan kursus insentif Bahasa Inggeris.

"Apabila dua MOU ditandatangani, tiba-tiba peruntukan kolej (akan) dipotong. Jumlah RM5 juta bagi empat kolej ini adalah petunjuk kepada penutupan kolej itu. Saya tidak nampak ia dapat menampung (operasi) sedia ada," katanya.

Mazlan berkata beliau mendapat maklumat itu daripada sumber dalaman Felda.

Bagaimanapun, Mazlan berkata pihaknya kini sedang menunggu keputusan berhubung cadangan itu yang akan diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Felda.

AMK bakar, pijak poster Jepun kerana sekatan terhadap Anwar

 
Pemuda PKR (AMK) hari ini menghantar memorandum bantahan ke kedutaan Jepun di Kuala Lumpur berhubung sekatan yang dikenakan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu pada 19 Januari lalu.

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, mereka menuntut kedutaan Jepun menjelaskan perkara tersebut dan menyatakan permohonan maaf kepada Anwar kerana telah bertindak sebegitu.

Tambahnya lagi, halangan tersebut disifatkan tidak wajar kerana Anwar difahamkan tiada sebarang isu melibatkannya dengan negara itu.

“Amat mengejutkan, berdasarkan rekod Anwar tidak ada sebarang isu sebelum ini dengan negara itu sehingga menghalang beliau memasuki Jepun minggu lalu oleh Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur.

“Kita percaya tindakan kerajaan Jepun itu berlebihan, tiada jaminan dan menyalahi Artikel 13 Hak Asasi Manusia,” katanya.

Sementara itu, penghantaran memorandum ke kedutaan Jepun itu melibatkan 30 orang peserta bantahan sambil memegang poster yang bertulis “boikot barangan Jepun”.

THE LAST DAYS OF THE ROSMAH EMPIRE: Writing is on the wall for Najib

THE LAST DAYS OF THE ROSMAH EMPIRE: Writing is on the wall for NajibTo suggest that Prime Minister Najib Abdul Razak is in a big slumber and out of touch with the rakyat of Malaysia is an understatement.
Over the Allah issue, and the raid of the Bible Society of Malaysia, Najib’s silence has been deafening, turning his 10-point solution into nothing but an empty promise made just to appease the Sarawakians during the last State Election.
The Christian community at large, in particular, those from East Malaysia, are increasingly becoming discontent with Putrajaya’s lack of political will.
Even ex-MCA president Ong Tee Keat has warned that Malaysia will be left in tatters, if Najib ignores the burning issues that continue to polarize the nation.
Rumours
Rumours are widespread that Najib is on a holiday mood with his wife Rosmah Mansor. He was quick to defend Rosmah, but not a word said about the recent JAIS raid has cost him a lot of goodwill amongst Christians from both sides of the political divide.
Some call it ‘auto-pilot’ but one reader put it cynically: “Auto-pilot? The plane's been hijacked and is now in a nosedive.”
Other speculate that Najib came into office with a baggage that now, politically, he has to bend to the pressure from the Umno warlords who know his secrets – the Scorpene deal and the murder of Altantunya among the many!
It is hard for him to exercise his political will to deal with corruption, because they too would retaliate by exposing his own shortcomings.
Whatever it is, Najib is clearly out of touch with the rakyat. The fiasco over the kangkung (spinach) comments had drawn flaks from the public, which he continues to defend by saying that kangkung is his favourite vegetable. This is not the first time that Najib has made such a blunder.
His lack of political 'savviness' is also obvious during the Oppa Gangnam style concert in Penang, when he continued asking the same question although the audience had already shouted out in the negative that they would not vote for Barisan Nasional (BN) during the last General Election.
His own brother, Nazir Razak also took a potshot against Najib for his lack of sensitivity towards the people’s suffering which is akin to Louis XVI, whose “indecisiveness and conservatism led some elements of the people of France eventually to view him as a symbol of the perceived tyranny of the ancien régime, and his popularity deteriorated progressively.” (Wikipedia)
Marie-Antoinette, the queen, is well-known for her statement, "Qu'ils mangent de la brioche" (literally translated as ‘Let them eat cake’) when she learnt about that the peasants had no bread. France, as a nation, was heavily in debt.
History Repeating Itself?

Isu harga barang: PM beri amaran...!!

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi amaran bahawa kerajaan akan campur tangan jika mekanisme harga barang tidak berfungsi dengan baik.

Beliau berkata, kerajaan akan mengambil langkah intervensi untuk memastikan rakyat tidak dibebankan dengan harga barang yang tidak berpatutan.

Sehubungan itu, beliau mahu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan memainkan peranan dengan menjual produk pada harga lebih murah di pasar-pasar tani bagi meringankan beban rakyat.

“Hari Jumaat ini saya akan pergi ke pasar tani di sini bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Fama untuk tengok harga barang,” katanya pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Kalimah Allah: Khalid sedia debat dengan Noh tanpa syarat

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad menyatakan kesudian untuk berdebat dengan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dalam isu kalimah Allah.

Sebelum ini, Noh pada Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul anjuran Umno Bahagian Sungai Besar, di Sekin Hotel Sekinchan mencabar mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk berdebat isu kalimah Allah dari sudut perundangan.

Khalid melalui akaun twitter memberitahu beliau bersetuju dengan debat tersebut tanpa apa-apa syarat.

"Sinar Harian beritahu Noh Omar cabar saya debat isu Kalimah Allah. Sinar Harian akan anjur. Lai, lai saya jawab. Xyah apa2 syarat, stuju je," jelas beliau melalui akaun twitter.

Khalid yang ketika dihubungi harakahdaily memberitahu beliau telah dihubungi Sinar Harian bagi memaklumkan program tersebut yang akan diadakah pada 27 Januari (Isnin) jam 2.30 petang.

Namun, jelas beliau program tersebut akan diadakan secara tertutup dan hanya yang dijemput sahaja dibenarkan hadir.

Kalimah Allah: Najib ada rujuk Majlis Fatwa?


PAS menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar menjelaskan jika Majlis Fatwa Kebangsaan dirujuk sewaktu beliau membenarkan kalimah Allah diguna penganut Kristian Sabah dan Sarawak.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa Najib menjelaskan perkara itu susulan titah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah tentang hak eksklusif penggunaan kalimah itu oleh penganut Islam.

“Saya minta Najib nyatakan pendirian mengenai isu kalimah Allah ini. Apakah dia nak membatalkan kebenaran penggunaan kalimah Allah kepada penganut Kristian di Sabah dan Sarawak atau sebaliknya?

"Saya nak tahu apakah tindakan Najib membenarkan penggunaan kalimah Allah itu dirujuk dahulu kepada Majlis Fatwa Kebangsaan, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian, memandangkan kerajaan menerusi Penyelesaian 10 Perkara membenarkan kalimah Allah digunakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Surat terbuka untuk PM - Nurul Izzah Anwar

SAYA harap Datuk Seri berada dalam keadaan sihat dan tenang. Saya mendoakan Datuk Seri dilimpahkan kerahmatan dan keberkatan daripada ALLAH SWT.

Ingin saya sampaikan bahawa saya memahami keadaan Datuk Seri yang mungkin tersasul semasa memberikan ucapan di Kemaman tempoh hari.

Saya akui, saya juga tertawa kecil, tapi dalam masa sama, saya sedar kita semua manusia, tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

Bagaimanapun, Datuk Seri perlu sedar, apa yang Datuk Seri katakan itu cumalah salah satu daripada banyak kenyataan yang keluar daripada mulut Menteri Kabinet Malaysia kebelakangan ini. Dulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek pernah berkata, “jika harga ayam mahal, jangan makan ayam”.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar juga pernah berkata, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi. “Bagi mereka yang fikirkan ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut.”

Datuk Seri, cuba tanyakan soalan ini dengan ikhlas kepada diri Datuk Seri sendiri, adakah ini kenyataan daripada mereka yang prihatin dengan masalah rakyat? Laporan media arus perdana mengatakan kadar inflasi di Malaysia sudah mencapai kemuncaknya pada 2.9 peratus pada November 2013.

Soalan buat MB, ramaikah rakyat T'ganu di Antartika?

Antartika Ada Kilang Keropok Lekor..?? Nanti bawa balik Penquin untuk Zoo Kemaman deh.....
MB Terengganu dikatakan akan melawat Antartika. Saya sebagai rakyat negeri Terengganu ingin bertanya kepada MB yang mewakili pihak kerajaan negeri beberapa soalan:

Berapa kos lawatan ini? Siapa yang menanggung kos lawatan ini? Adakah kerajaan sudah membuat kajian tentang manfaat projek ini yang menguntungkan rakyat negeri Terengganu?

Berapa ramai rakyat Terengganu yang menetap di Antartika sehingga perlu diberikan keutamaan mengatasi program lain?

Rakyat Terengganu baharu sahaja dalam tempoh sebulan lepas terutama di Kemaman menghadapi banjir. Masing-masing rugi ribuan sehingga jutaan ringgit. Kos sara hidup dan bebanan kewangan lain masih banyak. Hasil royalti untuk Terengganu melimpah ruah. Namun rakyat negeri tidak sangat merasai nikmatnya walaupun hanya seperti kuah.

Jalan raya di Terengganu penuh berlubang. Kerosakan sangat teruk. Memandu kereta seperti membawa kereta kuda dengan tayar kayu. Jalan berlubang ditampung, berlubang balik. Jalan seperti sudah siap, dgali dan dikorek balik.

Pergilah ke Hospital Kemaman. Klinik pakar kecil. Pesakit ramai. Tempat menunggu sesak.

Minda Kangkung: Kembalikan wang pencen, kata Facebook Wira Pbb

Pengguna Facebook Sarawak memberi reaksi negatif mengenai hal ini 

KUCHING: Perang siber telah berlaku antara penyokong Parti Bumiputra Bersatu (PBB) dan rakyat Sarawak sejak beberapa hari yang lalu.
Laman Facebook PBB yang dikenali ‘Wira Pbb’ telah mengeluarkan kenyataan melarang penerima pencen yang tidak sokong kerajaan untuk pulangkan wang pencen mereka.
“Kepada penjawat kerajaan yang sudah bersara dan menerima pencen tetapi menyokong pembangkang, dengan segala hormatnya sila jangan menerima pencen tersebut. Kamu tiada hak nak terima pencen tersebut kerana kamu melawan kerajaan. Kalau masih lagi menyokong pembangkang, pulangkan kembali wang pencen kamu!” kenyataan yang dikeluarkan oleh Wira Pbb.
Pengguna Facebook Sarawak memberi reaksi negatif mengenai hal ini dan menyifatkan Wira Pbb menunjukkan politik yang belum matang.
“Kami rakyat yang bayar gaji kerajaan,” ujar Raymonof Von Klaus
Sementara itu Mohammad Hazman Harun berkata,”Pada saya siapa yang pencen ada hak sebab dah bekerja untuk satu jangka masa yang lama dan sepadan dengan keringat yang telah diberikan.”

Sekali lagi, Najib pertahan kenyataan ‘kangkung’

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menyelar kritikan yang mengejeknya berhubung kenyataan “kangkung” dengan menegaskan bahawa ia adalah makanan kegemarannya.
Najib berkata, beliau menggunakan kangkung sebagai cara menggambarkan konsep penawaran dan permintaan.
"Saya suka kangkung dengan sotong. Saya bagi contoh supply and demand. Sawi ke, ikan kembung ke. Kita perlu lihat rasionalnya," katanya.
Dalam ucapannya di perhimpunan bulanan kakitangan Kementerian Kewangan hari ini, beliau berkata, program rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan Putrajaya adalah perlu bagi memungkinkan Malaysia mencapai status negara maju melalui pengurangan beban ditanggung kerajaan untuk perbelanjaan subsidi.
Perdana menteri berkata, tanpa sebarang penstrukturan semula ekonomi, Malaysia mungkin akan terperangkap dalam lingkungan ekonomi mendatar atau dikenali sebagai perangkap ekonomi kelas pertengahan.
"Tujuan kita bukan untuk membebankan rakyat, tetapi mencapai lonjakan negara maju dan berpendapatan tinggi yang tidak mungkin berjaya tanpa penstrukturan ekonomi.
"Kalau ada cara kita tolong rakyat kita akan tolong. Kami semua tahu kami dipilih rakyat. Kalau hendak buat pun demi jangka panjang kerana ia akan menguntungkan negara dan rakyat," katanya pada perhimpunan bulanan kakitangan Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia tidak mengalami kegawatan ekonomi seperti disangka banyak pihak, sebaliknya tanpa penstrukturan semula ekonomi, negara ini akan berkembang dalam trend yang terlalu perlahan.
"Ini semua senario kalau kita tidak struktur semula ekonomi. Ini berbeza dengan gawat. Malaysia tidak mengalami kegawatan ekonomi.
"Kalau kita tidak struktur semula, ekonomi kita akan berkembang lebih perlahan. Tahun demi tahun trendnya akan menunjukkan lebih perlahan.
"Kalau ini berlaku kita tidak dapat lonjakkan ekonomi kita kepada ekonomi tahap tinggi. Kita akan berdepan tekanan kewangan sekiranya perbelanjaan operasi kita lebih tinggi daripada pendapatan," katanya.

FROM 'KANGKUNG' TO 'SOTONG': Vain Najib again defends gaffe but SILENT ON UMNO BLOODSHED THREAT


Prime Minister Datuk Seri Najib Razak once again hit out at critics who made fun of him over his "kangkung" remark, insisting that it was his favourite food.
In the monthly assembly at the Finance Ministry in Putrajaya today, Najib said that he used the kangkung as an example to explain the "supply-demand principle".
"When it is the monsoon season, prices of fish goes up and even vegetables," he said as the crowd burst into laughter at the reference to vegetables.
"I had used the kangkung as an example of the supply-demand principle. My favourite foods are kangkung and sotong (squid)."
The PM told staff at the ministry that Malaysia is not facing an economic crisis but it was important to start decreasing subsidies.
"Malaysia is not facing an economic crisis, but God willing will achieve 5% growth this year," he said.
Netizens recently mocked Najib after he questioned why the government is blamed whenever the prices of goods rise, but never praised when they fall, saying that the cost of kangkung (water spinach) had dropped.

Dok Kira 13 Mei, puak yang mentedarah duit RM52bilion Saham bumiputera semua buat pejam mata..?

PKR ulangi desakan hapus cukai eksais bagi turun harga kereta

Turun Harga kereta 2SHAH ALAM 21 JAN: PKR mengulangi desakan agar Kerajaan BN  menghapuskan sistem cukai eksais sedia bagi mengurangkan harga kereta serta-merta dengan pengguna tidak lagi menanggung cukai membebankan itu.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan media bersama berkata, keengganan Kerajaan BN melaksanakan reformasi dasar penting industri automotif menyebabkan harga kereta di Malaysia antara termahal di dunia.
Kata mereka, rakyat menuntut janji BN untuk menurunkan harga kereta secara keseluruhan melibatkan semua model kereta merentasi industri seperti yang diutarakan oleh Pakatan Rakyat.
“Untuk menunaikan janji ini, hanya ada satu cara iaitu pemotongan atau penghapusan cukai eksais ke atas kereta secara keseluruhan dan bukannya dihadkan kepada model tertentu seperti yang diumumkan.
“Kami juga kecewa dengan dolak-dalih baru yang diberikan oleh BN untuk terus mengekalkan sistem AP dengan alasan lebih banyak kajian yang diperlukan,” kata kenyataan itu.
Menurut mereka pengumuman Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP2014) tidak sedikit pun menyentuh beberapa perkara pokok yang selama ini menyebabkan harga kereta di Malaysia begitu tinggi.

Rasionalisasi subsidi perlu untuk jadi negara maju, kata Najib...Tapi rakyat bertambah miskin dan terhimpit...!!!

Program rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan Putrajaya adalah perlu bagi memungkinkan Malaysia mencapai status negara maju melalui pengurangan beban ditanggung kerajaan untuk perbelanjaan subsidi, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana menteri berkata, tanpa sebarang penstrukturan semula ekonomi, Malaysia mungkin akan terperangkap dalam lingkungan ekonomi mendatar atau dikenali sebagai perangkap ekonomi kelas pertengahan.
"Tujuan kita bukan untuk membebankan rakyat, tetapi mencapai lonjakan negara maju dan berpendapatan tinggi yang tidak mungkin berjaya tanpa penstrukturan ekonomi.
"Kalau ada cara kita tolong rakyat kita akan tolong. Kami semua tahu kami dipilih rakyat. Kalau hendak buat pun demi jangka panjang kerana ia akan menguntungkan negara dan rakyat," katanya pada perhimpunan bulanan kakitangan Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia tidak mengalami kegawatan ekonomi seperti disangka banyak pihak, sebaliknya tanpa penstrukturan semula ekonomi, negara ini akan berkembang dalam trend yang terlalu perlahan.
"Ini semua senario kalau kita tidak struktur semula ekonomi. Ini berbeza dengan gawat. Malaysia tidak mengalami kegawatan ekonomi.
"Kalau kita tidak struktur semula, ekonomi kita akan berkembang lebih perlahan. Tahun demi tahun trendnya akan menunjukkan lebih perlahan.
"Kalau ini berlaku kita tidak dapat lonjakkan ekonomi kita kepada ekonomi tahap tinggi. Kita akan berdepan tekanan kewangan sekiranya perbelanjaan operasi kita lebih tinggi daripada pendapatan," katanya.

Najib defends his ‘kangkung’ remark, again


Prime Minister Datuk Seri Najib Razak once again hit out at critics who made fun of him over his "kangkung" remark, insisting that it was his favourite food.
In the monthly assembly at the Finance Ministry in Putrajaya today, Najib said that he used the kangkung as an example to explain the "supply-demand principle".
"When it is the monsoon season, prices of fish goes up and even vegetables," he said as the crowd burst into laughter at the reference to vegetables.
"I had used the kangkung as an example of the supply-demand principle. My favourite foods are kangkung and sotong (squid)."
The PM told staff at the ministry that Malaysia is not facing an economic crisis but it was important to start decreasing subsidies.
"Malaysia is not facing an economic crisis, but God willing will achieve 5% growth this year," he said.
Netizens recently mocked Najib after he questioned why the government is blamed whenever the prices of goods rise, but never praised when they fall, saying that the cost of kangkung (water spinach) had dropped.

Aurat: Isu wanita Islam bertudung

Rusni Tajari

Masih ingatkah kita isu wanita yang memohon kerja di KLCC suatu ketika dahulu? Wanita tersebut tidak mendapat pekerjaan hanya kerana dia bertudung. Dahulu berita ini hangat diperkatakan kerana mendapat liputan media sosial termasuk di Facebook dan akhbar tempatan.
Namun, setelah beberapa lama, seakan menjadi norma masyarakat hari ini, isu yang timbul hanya mendapat reaksi seketika, kemudian tiada langkah proaktif yang diambil. Lalu, isu yang timbul dibiarkan seperti angin lalu.
Kini, isu berhijab timbul lagi apabila seorang guru Cina beragama Islam diarahkan membuka tudung selain diancam keselamatannya. Ini sesuatu yang menyedihkan berlaku di Malaysia iaitu sebuah negara yang menjunjung prinsip demokrasi yang mengangkat jalur kepelbagaian agama dan bangsa, namun masih timbul isu sebegini.
Pada hemat saya, ini satu bentuk diskriminasi hak berhijab bagi seorang wanita Islam. Walaupun berhijab itu tidak termaktub hukumnya dalam perlembagaan Malaysia namun memberikan arahan sebegitu kepada seorang guru Cina Islam adalah sesuatu yang sukar untuk diterima seakan-akan tiada penghormatan pada individu yang ingin mempraktikkan agamanya.
Mungkin undang-undang sekolah itu menyatakan tidak boleh bertudung. Namun itu juga adalah hak seorang individu Islam menunaikan hak sebagai wanita Islam untuk menutup aurat.

Demo Melampau: BN Akan Hilang Deposit Di Lebih Banyak Kerusi Pada PRU14 - Mat Sabu


Georgetown - BN bukan saja akan kehilangan deposit di kerusi Pengkalan Kota dan Berapit, tetapi percayalah mereka akan hilang lebih banyak deposit di kerusi-kerusi lain dalam Piihan Raya Umum ke-14 yang akan datang.

“Bantahan dan demo secara melampau yang dipamerkan oleh ahli mereka di Seberang Jaya dan Bukit Mertajam baru-baru ini akan membuat masyarakat yang cintakan keharmonian benci kepada tindakan sedemikian.

“Jika mereka tidak mengubah akhlak dan perangai, saya begitu yakin, banyak lagi kerusi di Pulau Pinang akan hilang dalam PRU akan datang, apabila rakyat telah dapat membuat perbandingan antara kedua-dua pihak, ” kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu semasa ditemui di Mahkamah Majistret, Butterworth pagi tadi.

Beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang juga berkata, rakyat negeri ini sedang memerhatikan setiap gerakan pembangkang di sini.

“Apabila menyedari mereka adalah pembangkang, sudah pasti pelbagai tindakan akan diakukan bagi meraih sokongan masyarakat khsususnya umat Islam dan orang Melayu di sini.

“Namun begitu dengan paparan tindakan melampau sepertimana demonstrasi kelmarin dan malam kelmarin sudah jelas bentuk kepimpinan yang sebeginikah harus dijadikan pemimpin untuk memimpin masyarakat berbilang kaum dalam negara ini.

“Islam adalah agama mulia dan suci yang mesti dibuktikan melalui tindakan oleh umat Islam sendiri. Sekiranya Islam hanya pada anutan dan kepercayaan, tapi tidak diresapkan dalam sanubari ia umpama hiasan yang dilihat indah pada wajah tetapi buruk pada hakikatnya,” tambah beliau lagi.

Oleh kerana itu, umat Islam mesti buktikan bahawa setiap kekeliruan boleh diselesaikan melalui perbincangan dan mendapat pandangan dari mereka yang ahli dalam sesuatu isu yang diperkatakan.-malaysiagazette

Harga Kereta Akan Turun Kata Kerajaan 47% BN..???

Kuala Lumpur: Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP 2014) menjadi mekanisme baru kerajaan untuk menurunkan harga kenderaan terutama dalam segmen pemasangan tempatan (CKD) sehingga 30 peratus menjelang 2017.
Antara langkah yang dilihat mampu menurunkan harga kenderaan menerusi NAP ialah meningkatkan persaingan antara pemain industri dan bakal menggantikan cukai jualan sebanyak 10 peratus kepada enam peratus iaitu cukai perkhidmatan dan barangan (GST) bermula 2015 hingga 2018.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, NAP 2014 meliputi tiga teras hala tuju dan tiga teras strategi. Teras hala tuju merangkumi pelaburan; teknologi dan kejuruteraan; serta peluasan pasaran.
Sementara teras strategi pula meliputi pembangunan rantaian pembekal komponen dan alat ganti; pembangunan modal insan; serta keselamatan dan alam sekitar.

“Dari segi modal insan, NAP 2014 menjangkakan dapat menawarkan lebih 150,000 peluang pekerjaan dan menggantikan 80 peratus pekerja asing dalam bidang ini menjelang 2020.

“Selain itu, kerajaan juga tidak akan melaksanakan polisi menamatkan jangka hayat kenderaan selepas 15 tahun, tetapi menggantikannya dengan pemeriksaan kenderaan secara suka rela,” katanya pada majlis pengumuman NAP 2014, di sini semalam.
Antara objektif NAP 2014 adalah bagi mewujudkan industri automotif tempatan yang lebih kompetitif dan berdaya saing, membangunkan Malaysia sebagai pusat automotif serantau bagi kenderaan cekap tenaga (EEV) dan menggalakkan peningkatan nilai tambah secara mampan serta pembinaan keupayaan tempatan.