Kalimah ALLAH
SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah kerajaan dan kumpulan pendesak Melayu Perkasa sepatutnya melakukan perancangan yang teliti untuk memelihara syiar dan syariat Islam di negara ini, tidak memadai hanya sekadar melaung-laungkannya sahaja.

Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan Tantawi mendakwa tindakan dua entiti Melayu-Islam itu tidak mencerminkan kesungguhan mereka untuk mempertahankan kalimah Allah, sebaliknya mereka melakukan satu lagi ‘silap mata politik’ untuk mengaburi mata masyarakat daripada isu kenaikan harga barangan dan kos sara hidup.

“Saya desak Umno dan Perkasa bangkit memperjuangkan pelaksanaan syariat ALLAH dan semarakkan syiar Islam dengan membasmi kemungkaran yang merosakkan aqidah, minda dan perilaku rakyat selama lebih 50 tahun mereka berkuasa.

“Jangan lagi bersandiwara dengan opera klasik mereka yang sudah diketahui oleh masyarakat dan kini masyarakat rata-ratanya sudah bosan dengan pementasan mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.