Ahad, 19 Januari 2014

Anwar dihalang dari masuk ke Jepun


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) dihalang memasuki Jepun oleh pihak imigresen negara tersebut pagi tadi.
Anwar yang dikatakan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi bukan sahaja gagal melepasi pemeriksaan imigresen bahkan diarahkan pulang menaiki penerbangan pertama dari Tokyo.
"Saya dihalang ketika untuk memasuki Jepun dan diarahkan untuk pulang ke Malaysia sekiranya tidak berbuat demikian pihak berkuasa akan menahan saya," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
"Apabila saya kenapa saya dihalang, mereka beritahu ia adalah kerana hukuman sebelum ini pada tahun 1999," kata Anwar dalam kenyataan media hari ini.
Jepun tahun lalu mula membenarkan rakyat Malaysia untuk masuk ke negara tersebut tanpa visa.
Anwar kemudiaan mempersoalkan tindakan pihak imigresen Jepun menyifatkannya sebagai tidak munasabah.
"Saya beritahu mereka ini bukan alasan yang berasas kerana saya telah pun masuk ke Jepun pada 2006, 2009 dan 2012," kata Anwar lagi.
Anwar yang hadir ke Jepun atas jemputan Pengerusi Yayasan Nippon, Tan Sri Yohei Sasakawa terus mendesak penjelasan pihak berkuasa Jepun tersebut memberi alasan ia mungkin disebabkan laporan terbaru membabitkan dirinya pada tahun 2013.

Bukan Islam yakin ditadbir pemimpin taat agama

KUALA LUMPUR: Masyarakat bukan Islam di negara ini percaya keselamatan nyawa dan harta benda mereka lebih terjamin jika Malaysia ditadbir pemimpin yang taat kepada ajaran Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali, berkata hal itu kerana ajaran Islam tidak pernah mengajar umatnya melakukan sebarang perkara yang mampu memudaratkan penganut agama lain.

 “Orang bukan Islam yakin kalau orang Islam yang baik dan taat kepada agamanya, tidak akan kacau agama lain, bahkan orang Cina dan India akan rasa lebih selamat kerana rumah mereka tidak dipecahkan serta motosikal tidak dicuri,” katanya dipetik Selangor Kini.

Dr Halimah berkata demikian dalam ucapan perasmian penutup Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Selat Klang, Klang hari ini.

Pada masa sama, Dr Halimah turut menggesa masyarakat mencontohi sifat Nabi Muhammad SAW yang pengasih sesama manusia walaupun terhadap penganut agama lain.

Boleh demonstrasi di Pulau Pinang, tetapi kenapa perlu timbul ugutan 13 Mei?


naina


GEORGE TOWN, 19 JAN – United Malays National Organisation (UMNO) menimbulkan ugutan 13 Mei untuk memainkan api perkauman dan agama bagi mengelak dari bertanggungjawab terhadap kenaikan kos sara hidup.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini berkata meskipun UMNO Pulau Pinang mesti dikutuk kerana masih hidup dalam masa lalu dan memainkan ancaman 13 Mei sekali lagi, mangsa sebenar adalah gagasan 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Maka tiada siapa yang terkejut apabila 1Malaysia kini amat jarang jika pun masih disebut hari ini oleh UMNO atau BN,” ujar beliau.
UMNO Pulau Pinang telah mengadakan demonstrasi di Seberang Jaya membantah flash mob tema-kangkung oleh ADUN PKR Machang Bubuk Lee Khai Loon yang kononnya mempersendakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perhimpunan 700 orang UMNO Pulau Pinang itu telah dihadiri oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ahli Parlimen Kepala Batas Reezal Merican serta pemimpin Perkasa Pulau Pinang.
Di perhimpunan tersebut, kelihatan kain rentang menyebut ‘Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 berlaku … Mahu lagi?’

Selepas Lebih 40 Tahun, Kenapa Umno Masih Membanggakan 13 Mei?

Tindakan sekumpulan penyokong UMNO mengadakan demontrasi mempertahankan Najib yang telah dikangkungkan sejak lebih seminggu lalu, bukanlah sesuatu yang luar biasa. Adalah menjadi hak dan kebebasan mereka untuk berbuat demikian, lebih-lebih lagi ia merupakan tindak balas terhadap apa yang telah menimpa Najib sendiri.

Apa yang luar biasa ialah mengaitkan perhimpunan itu dengan unsur-unsur perkauman dan tragedi 13 Mei 1969. Walaupun kejadian bagaimana Najib dikangkungkan tiada langsung berunsur perkauman, sebaliknya ia adalah respon menyeluruh melibatkan semua bangsa yang rasa tidak tidak puas hati dengan peningkatan harga barang yang gagal dikawal oleh kerajaan sejak kebelakangan ini, tetapi membawa sepanduk dan kata-kata yang berkaitan dengan provokasi 13 Mei jelas merupakan sesuatu yang malang.

Nampaknya, mereka yang cuba mempertahan dan membela Najib telah gagal memahami isu yang sebenarnya. Isunya ialah berkaitan kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup dan tindakan menyuapkan replika Najib dengan kangkung juga sama-sekali tidak berunsur perkauman walaupun ia dilakukan oleh seorang wakil rakyat berbangsa Cina. Ia adalah reaksi menyeluruh yang mewakili seluruh rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup.

Kalau mahu dikatakan ia penghinaan pula, tentulah perbuatan melakukan aksi tarian punggung dan menghantar kek berbentuk najis kepada Lim Guan Eng, lebih jauh merupakan penghinaan dan tidak bertamaddunnya dalam melakukan serangan politik.

Oleh itu, dalam menyerang balas tindakan yang berunsur politik ini, lebih-lebih lagi sebagaimana yang selalu ditekankan oleh Khairy Jamaluddin bahawa hujah mestilah dilawan dengan hujah, membawa elemen perkauman dan mengungkit peristiwa berdarah 13 Mei adalah langkah ke belakang dan tidak bijak.

Kementerian wanita sedia hantar pegawai ke Sweden bincang kebajikan empat beradik

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedia menghantar pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke Sweden bagi membantu empat anak pasangan rakyat Malaysia yang kini ditahan reman di Stockholm.
Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kehadiran pegawai JKM adalah untuk berbincang dengan pihak kebajikan Sweden demi kesejahteraan anak kakitangan Tourism Malaysia dan isterinya itu.
"Kementerian amat prihatin dengan nasib yang menimpa empat beradik yang diperintahkan oleh pihak berkuasa Sweden untuk dijaga oleh keluarga angkat susulan mendapat laporan dipukul oleh ibu bapa kerana tidak solat.
"Dalam masa yang sama, kementerian berharap satu jalan penyelesaian yang terbaik dapat dicapai untuk kebaikan kedua-dua pihak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aisyah luah rintihan dalam Facebook


Azizul Raheem Awalludin dan isteri Shalwati Norshal. Gambar dari Astro Awani.Azizul Raheem Awalludin dan isteri Shalwati Norshal. Gambar dari Astro Awani."Today (hari ini)(18 Jan), Adam kena marah kerana Fanta (Drink) (minuman)," rintih Aisyah, 14, anak sulung pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden dalam entri terbarunya di laman sosial Facebook.
Menurut Aisyah, itu bukan kali pertama adik-adiknya dimarahi keluarga angkat itu, bahkan sudah berkali-kali.
Adam, 11, difahamkan mempunyai masalah dyslexia iaitu gangguan dalam pembelajaran.
Ibu bapa kepada kanak-kanak itu Azizul Raheem Awalludin seorang pegawai Tourism Malaysia di Stockholm dan Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan pada 18 Dis dan tahanan reman mereka dilanjutkan selama dua minggu lagi.
Mereka ditahan oleh pihak berkuasa negara itu untuk siasatan kerana didakwa memukul tangan seorang daripada anak mereka yang tidak solat.
Pasangan itu mempunyai empat anak 7, 11, 12, dan 14 tahun dan kesemua kanak-kanak itu kini ditempatkan bersama keluarga angkat yang disediakan pihak khidmat sosial negara itu sejak ibu bapa mereka ditahan.
Aisyah berkata adiknya yang merupakan anak ketiga pasangan Malaysia itu sememangnya sukar memahami arahan disebabkan penyakitnya itu, selain kurang fasih berbahasa Inggeris.
"Adam memang ada masalah untuk faham apa yang orang cakap sebab dia ada penyakit... tambah dia juga seorang yang hyperaktif.
“Dia juga ada masalah nak membaca secara normal, yang dia nampak perkataan terbalik," katanya.
Beliau mendakwa sebelum ini, ibu angkatnya itu juga pernah memarahi adik bongsunya, Arif, 7, kerana tidak mengemas katil dengan teliti.

Anwar Ibrahim barred from entering Japan


Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim (pic) was prevented from entering Japan this morning by immigration authorities and immediately told to leave on the first flight out of Tokyo.
In a statement, Anwar said that he had arrived at the Narita International Airport this morning at 6.45am after departing from the Kuala Lumpur International Airport.
"However, I was denied entry by Japanese immigration authorities and told to board the first flight back to Malaysia or face deportation," Anwar said.
Japanese authorities told Anwar that he had been denied entry because of his previous conviction for sodomy in 1999.
"I told them this was not a valid reason because I had previously entered Tokyo on three occasions without hindrance in 2006, 2009 and 2012," Anwar said.
"I told the Japanese authorities that there must be some mix-up and protested that it was not proper for them to bar me from entering the country without a bona fide and legitimately valid reason."
"The Japanese authorities finally admitted that they had to take the action to bar me from entering because of a latest report, possibly from last year."
Anwar said he had flown to Japan after receiving a personal invite from the chairman of the Nippon Foundation, Yohei Sasakawa. He had been scheduled to present a paper on Muslim democrats.
Japan lifted the visa requirement for Malaysians visiting the country since last year.

Kait kangkung dengan perkauman modal lapuk Umno

Aiman Athirah Al-Jundi

1. Jangan hadapi kritikan massa terhadap PM Najib berkaitan isu kangkung dengan menukarnya menjadi satu pergeseran kaum dan agama. Umno seringkali menggunakan isu perkauman dan agama sebagai jalan keluar bila sudah tidak lagi boleh berjawab secara bijak dan bertanggungjawab terhadap rakyat.

2. Membangkitkan isu Ketuanan Melayu dalam konteks kritikan umum hatta sindiran dunia terhadap "kekangkungan politik Malaysia" hanya menzahirkan kelemahan dan kemelesetan akal dan hati budi umno. Seolah mahu menutup "kebodohan" dengan kuasa kuku besi dan pembodohan yang hanya akan menambah burukkan wajah Malaysia dan kepimpinan politik yang ada keseluruhannya.

3. Tindakan Pemuda umno yg cuba mengingatkan kaum cina dengan nada dan bau ugutan bahawa kononnya peristiwa bdarah 13 mei 1969 akan mungkin berulang jika terus mengkritik PM Najib hanya menzahirkan tanggapan betapa umno adalah dalang sebenar di sebalik tragedi berdarah dalam sejarah yang lepas. Umno wajar memahami zaman keris tombak dan lembing sudah lama berakhir. Maka hadapilah zaman ini dengan kebijaksanaan dengan awal memastikan Presiden umno yang diangkat adalah orang yang bukan "sekangkung" Datuk Seri Najib, kerana apa yang berlaku kini hanyalah impak daripada salah pilih pimpinan yang bukan sahaja memalukan bangsa Melayu tetapi juga negara Malaysia di peringkat dunia.

SAMSENG KANGKUNG UMNO MENGAMUK DIPENANG

 Aksi Penyokong UMNO Mengamuk Sakan Membelasah Seorang Pemuda.


Isu pukul anak tak solat, Sweden perlu sensitif


 

Nik Nazmi Nik Ahmad
SHAH ALAM – Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan tindakan meletakkan anak kepada pasangan Malaysia di Sweden di bawah jagaan keluarga bukan Islam, sebagai tidak memahami sensitiviti antara budaya dan agama, meski pun mereka telah melanggari undang-undang negara tersebut.

Menurutnya, pihak berkuasa Sweden sepatutnya lebih sensitif dan menghormati kepercayaan agama pihak lain dengan tidak mengambil tindakan keterlaluan seperti itu jika mahu undang-undang negara tersebut terus dihormati dan dipatuhi warga asing termasuk rakyat Malaysia.

“Kes ini nampaknya timbul akibat ketidakfahaman antara budaya. Sememangnya kita perlu menghormati undang-undang sesebuah negara namun pada masa yang sama negara tuan rumah sewajarnya sensitif terhadap pelaksanaan undang-undang dan tidak mengambil tindakan yang keterlaluan.

“Anak-anak mereka telahpun meluahkan hasrat untuk dijaga oleh keluarga Islam di dalam pertemuan mereka dengan Kedutaan Malaysia dan Perkhidmatan Sosial Sweden malah perkara itu disokong oleh keluarga jagaan mereka,” katanya yang dipetik daripada kenyataan medianya, hari ini.

Bawa pulang segera anak pasangan Malaysia ditahan di Sweden

KOTA BHARU: Kerajaan Malaysia perlu membawa pulang segera anak-anak pasangan rakyat negara ini yang ditahan di Sweden lebih sebulan lalu bagi memastikan nasib mereka lebih terbela.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, semenjak ditahan pada pertengahan Disember lalu, anak-anak mereka mengalami trauma dahsyat kerana ditempatkan di bawah jagaan rakyat Sweden bukan Islam.

Lebih teruk lagi katanya, sehingga sekarang ibubapa mereka belum dihadapkan ke mahkamah, membuktikan kelonggaran dakwaan terhadap mereka.

“Kerajaan Malaysia mempunyai pelbagai cara dan kaedah bagi menangani masalah itu. Saluran diplomatik perlu digunakan bagi memastikan pasangan tersebut dibebaskan dan membawa mereka pulang ke Malaysia untuk diadili,” katanya di sini.

Sebelum ini media melaporkan pasangan rakyat Malaysia tersebut ditahan atas dakwaan memukul anak mereka kerana enggan menunaikan solat.

Ahmad Fadhli berkata, setidak-tidaknya Perdana Menteri boleh memohon isterinya Datin Seri Rosmah Mansor membuat panggilan telefon kepada mana-mana pihak berkuasa di Sweeden.

“Ini kerana isu berkenaan didedah sendiri Datuk Seri Najib Razak ekoran jasa isterinya membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir.

Guna ruang 'G to G' selamatkan anak pasangan Islam M'sia di Sweeden

KUALA LUMPUR: PAS menggesa pihak kerajaan menggunakan ruang hubungan dua hala kerajaan (G to G) dalam usaha menangani isu pasangan Malaysia yang ditahan kerajaan Sweeden ekoran memukul tangan anak mereka yang tidak bersolat.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, langkah itu perlu diambil segera oleh kerajaan Malaysia bagi mengelak kesan yang lebih buruk terhadap keadaan mereka dan nilai agama Islam.

"Sepatutnya Wisma Persekutuan peka situasi ini dan tidak meletakkan kanak-kanak itu berdepan risiko yang boleh menyusutkan nilai agama mereka.

"Umno selama ini pertahankan kalimah Allah tetapi kenapa tidak segera bertindak menangani isu ini sedang mereka adalah sebuah kerajaan.

"Gunakan ruang G to G untuk selamatkan akidah ummah biarpun melibatkan empat orang kanak-kanak," katanya yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan warga Malaysia yang kini ditahan reman oleh pihak berkuasa Sweeden kerana memukul salah seorang dari empat anak mereka yang enggan bersolat.

Pasangan suami isteri itu, yang merupakan kakitangan Tourism Malaysia di Stockholm dan guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan pada 18 Disember lepas dan tahanan reman mereka dilanjutkan kira-kira dua minggu lagi.

'Ancaman 13 Mei pengakuan tersirat Umno'

Ancaman pengulangan tragedi 13 Mei dalam perhimpunan ahli Umno di Seberang Jaya semalam dianggap DAP sebagai "pengakuan tersirat" bahawa parti itu penyebab peristiwa yang mengorbankan banyak nyawa.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, langkah itu, yang dinyatakan ketika membantah 'flash mob kangkung' ADUN PKR Machang Bubuk Lee Khai Loon itu , mengancam keharmonian awam, berunsur hasutan dan bertujuan mengalih isu kenaikan harga barang dan rasuah.

Sambil menyifatkan tindakan itu memangsai gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, DAP juga akan membuat laporan polis, kata Lim.

"Bagi mengelakkan daripada bertanggungjawab terhadap kenaikan harga dan rasuah, Umno tidak mempunyai pilihan lain kecuali menyemarakkan api kebencian agama dan kaum terhadap orang bukan Islam dan bukan Melayu bagi mengekalkan cengkaman mereka ke atas undi orang Melayu.

"Umno pasti naif jika mereka berfikir orang Melayu begitu mudah mempercayai retorik Umno yang melampau, sedangkan harga barangan terus meningkat, dan demonstrasi Umno gagal meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh rakyat," katanya.

Semalam, sekitar 600 orang, termasuk pemimpin Umno negeri, menghadiri perhimpunan tersebut, yang diadakan di hadapan Sunway Carnival Mall.

Rakyat mahu hukum UMNO@BN dalam PRU14


  • Mahu hukum BN dalam PRU14?
  • Pas Kawasan Padang Serai dan Kulim mengadakan bantahan aman.

KULIM - Hampir 100 ahli Pas kawasan Padang Serai dan Kulim Bandar Baharu berkumpul di hadapan Masjid Kilang Lama bagi membantah kenaikan harga barangan di pasaran.

Ketua Pemuda Pas Kawasan Padang Serai yang juga Exco Pemuda Pas Kedah, Abu Tholib Yahya berkata, BN dikatakan memperdayakan rakyat dan pengundi dengan janji yang dibuat ketika berkempen PRU13 lalu.

Menurutnya sehingga kini, rakyat terus tertekan dengan kenaikan harga barangan di pasaran.

Bagi rakyat berpendapatan rendah, ia merupakan satu bebanan kepada diri mereka.

Katanya, kenaikan harga barang bukan sahaja melibatkan barangan kering, tetapi turut melibatkan kenaikan harga ikan dan sayuran.

"Dahulu pengguna boleh membeli dua kilogram ikan dan sayur dengan RM20, sekarang mereka hanya boleh memperoleh satu kilogram ikan dan sedikit sayuran hijau.

“Tahun lalu rakyat digula-gulakan dengan pelbagai skim kewangan, tetapi tahun ini mereka dibebani dengan kenaikan harga barang,” katanya.

Katanya, masalah kenaikan harga barang turut dirasai oleh semua ahli Umno di seluruh Malaysia, bagaimanapun takut untuk menyatakan hak mereka sebagai pengguna.

“Sampai bila rakyat akan terus dibebankan dengan masalah kenaikan harga barangan keperluan harian. Kami membantah kenaikan harga barang hari ini dan meminta Kerajaan Pusat mengambil tidakkan segera untuk memastikan masalah ini dapat diselesaikan.

"Bukan semua rakyat hidup senang. Masih ramai dalam kalangan mereka yang hidup melarat dan belum menerima bantuan,” katanya kepada Sinar Harian.

MB Kedah bimbang UMNO@BN tumbang kerana isu kos hidup

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bimbang dasar “betul tapi tak popular” dalam menangani masalah khususnya kenaikan kos sara hidup rakyat menyebabkan kerajaan sedia ada tumbang pada pilihan raya umum akan datang.

Mukhriz dilaporkan berkata kerajaan wajib mendengar rintihan pihak yang memberikan kemenangan pada BN dan dikhuatiri mereka kesal kerana "pihak yang disokong seolah-olah tidak prihatin, tidak peduli suara akar umbi".

"Malangnya dalam keadaan sekarang, BN menang tipis tak dapat dua pertiga majoriti seperti sebelum ini. Ada perkara yang boleh dibuat, ada yang tak mampu dibuat selagi kita tidak dapat keyakinan sepenuhnya daripada rakyat.

"Saya bimbang kalau hanya fikirkan dasar yang baik dan betul saja dengan ketepikan terus soal populariti, maka akhirnya dalam PRU (pilihan raya umum) akan datang, walaupun kita buat perkara yang betul tetapi disebabkan persepsi rakyat sudah begitu, kita akan kecundang.

"Ketika itu, tiada apa yang boleh dilakukan kerana nasi dah jadi bubur," katanya dalam wawancaranya yang disiarkan dalam Berita Minggu hari ini.

Anak lelaki bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir itu mengulas sama ada isu kenaikan kos sara hidup akan menjejaskan peluang BN menghadapi pilihan raya umum ke-14 akan datang.

'Populariti sangat penting'

Bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (bawah) menegaskan pentadbirannya tidak mengambil pendekatan populis sebaliknya sentiasa berusaha memastikan hasil negara berkembang sebelum membuat 'janji-janji manis' kepada rakyat.

Laporan polis atas tindakan provokasi Umno P Pinang

Zairil Khir Johari dan Steven Sim

Kami telah membuat laporan polis atas provokasi yang berbahaya oleh pemimpin-pemimpin Umno Pulau Pinang yang mengetuai demonstrasi di hadapan Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya pada 18 Januari, 2014.
Antara provokasi yang dilakukan termasuk membawa sepanduk yang berbaur fitnah dan hasutan seperti “DAP musuh Islam” dan “Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 terjadi... Mahu lagi kaa?” serta ucapan yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama oleh pemimpin-pemimpin Umno Pulau Pinang seperti Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Reezal Merican, Setiausaha Umno Pulau Pinang Dato’ Musa Sheikh Fadzir, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Rahim serta mantan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Sheikh Hussein Mydin.

PKR desak polis siasat ancaman 13 Mei Umno Pulau Pinang

PKR menggesa polis menyiasat pihak yang terlibat dalam satu bantahan di Pulau Pinang semalam yang cuba menghidupkan sentimen 13 Mei.
Naib Presidennya, N Surendran, berkata ancaman pertumpahan darah oleh ahli Umno sebagai sesuatu yang memeranjatkan dan melanggar undang-undang.
“Umno sudah tidak rasional selepas terus tidak mendapat sokongan rakyat dan kini mengadaptasikan pula apa yang diguna pakai di Korea Utara.
“Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak boleh berdiam diri berhubung isu ini. Polis mesti mengambil tindakan terhadap peserta demonstrasi atas ancaman jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Padang Serai itu berkata, demonstrasi yang diadakan di Seberang Jaya itu menunjukkan Umno tidak boleh menerima kritikan.
Beliau turut mempertahankan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon menyuap kangkung ke dalam mulut replika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Lee menggunakan hak kebebasan bersuara seperti mana yang tercatat dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
“Tidak ada yang salah dengan pertunjukan itu kerana ia perkara biasa dilakukan oleh sebuah negara demokrasi,” katanya.

MACAI UMNO GUNA GAMBAR PROTES "RED SHIRT" THAILAND KONONNYA SEBAGAI PESERTA HIMPUNAN KANGKUNG..HA..HA..HA...!!!!

Lebih 25ribu di KL tghari tadi memberi sokongan kpd himpunan mnentang penghinaan terhadap pm $ isteri dan sikap dap yg kurangajar! Lihatlah smua,inilah kuasa org melayu yg sbenar! Yg slama ini didiamkan,. Jgn sesekali mmpermainkan org melayu. Buruk padahnya! Hidup melayu!hidup najib!hidup bn!

Punyalah terdesak macai UMNO nak gambarkan kepada penyonkong Pro Kangkung betapa Perhimpunan Bantah Hina Najib mendapat sambutan diluar dugaan sama sekali sampai sanggup tempelkan foto protes Red Shirt di Thailand sebagai kononnya peserta pembela Najib Razak..

Masalahnya macai UMNO ni memang pun taraf kangkung .. demo di adakan di Pulau Pinang dan bukannya di Kuala Lumpur... Fakta demo pun macai ini failed.

Apalah punya sengkek haprak bangsat kangkung punya macai UMNO.


Dalam UMNO dari pemimpin tertinggi sampai ke macai.... semuanya jenis otak gred kangkung haprak!!

Mungkinkah Najib terpaksa ikut jejak Pak Lah?

KUALA LUMPUR: Walau ‘sepandir’ mana pun cadangan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin supaya dibawa kembali Tun Mahathir Mohamad ke Putrjaya, satu hakikat yang benar dari kata-kata dan cadangan itu ialah barisan kepimpinan hari ini sudah ternyata tidak lagi berguna kepada rakyat negara ini lagi.

Daripada pemimpin menyelesaikan masalah rakyat, rakyat pula yang terbeban untuk menyelesaikan masalah yang terhasil dari kepimpinan yang sudah hilang panduan dan tertutup hijabnya untuk mentadbir negara dengan baik dan benar.

“Najib sesungguhnya keseorangan. Buat masa ini hanya beliau seorang yang bercakap dan tidak ada seorang pun menteri lantikan beliau membuat kenyataan terbuka mempertahankan beliau apabila Zainuddin Maidin memberikan cadangan mengembalikan Mahathir ke Putrajaya.

“Keadaan ini menjelaskan yang ahli-ahli jemaah Kabinetnya berdiam diri kerana mahukan Najib cepat-cepat berundur dan ini adalah tindakan ‘insubordination’ dari rakan-rakan kabinet beliau sendiri,” tulis beliau di dalam blognya, kelmarin.

Baginya, Najib sudah sampai ke tahap menjadi masalah nombor satu negara.

Menurutnya, masalah yang disumbangkan Najib kepada negara sama besarnya dengan semua masalah yang disumbangkan oleh semua pihak dalam negara ini termasuk penagih-penagih dadah.

“Najib akan terpaksa berhenti tidak dapat tidak dan kita wajar menerima perubahan ini secara baik,”

Tukar saja TMM 2014 kepada ‘Tahun Merawat Malaysia’

SECARA umum, rasanya tidak ada mana-mana rakyat Malaysia menentang atau tidak begitu gemar dengan idea Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM- 2014) Perdana Menteri Najib Tun Razak menganggapnya sebagai misi nasional dan setiap rakyat dianggap duta Malaysia bagi para pelancong asing yang datang untuk menyaksikan sendiri dengan mata kepala mereka tentang, bukan sahaja keindahan bumi Malaysia, tetapi juga ingin menerokai pelbagai budaya yang ditawarkan oleh rakyat negara ini.

Selain daripada pelbagai acara kemuncak yang telah disusun oleh Kementerian Pelancongan, apa yang bakal menjadi sebahagian pengalaman utama para pelancong sudah tentulah penginapan hotel dan penyediaan makanan. TMM-2014 sudah tentu merupakan satu temasya besar. Justeru persiapannya sudah tentulah telah dibuat mungkin setahun dulu atau lebih. Makna kata, beberapa bulan menjelang pelancaran, semuanya sudah beres atau setidak-tidaknya 90 peratus beres.
Tanpa mengambil ‘pot’ sangat tentang TMM-2014 yang telah diumumkan pada 2013 lagi, November lalu saya telah menjelajah ke beberapa tempat di Semenanjung Malaysia untuk tujuan mengambil foto landskap untuk sebuah laman web bank  imej yang menjual foto ke seluruh dunia.
Tempat persinggahan pertama saya ialah Tasik Kenyir. Sekiranya ada pelancong asing yang mahu ke sini, ia sudah tentulah bukan disebabkan ia merupakan empangan yang membekalkan sumber tenaga kepada Stesen Jana elektrik Sultan Mahmud di Terengganu, tetapi kerana Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara.
Walaupun pemandangannya tidaklah sehebat, misalnya, Tasik Arenal, sebuah tasik buatan manusia di Costa Rica, Amerika Latin yang berlatarbelakangkan Gunung Berapi Arenal, Tasik Kenyir adalah tasik kita dan kita berhak merasa bangga mengenainya.
Malangnya sebaik sahaja saya menjejakkan kaki ke dalam calet penginapan, suasana dan kemasannya tidak pun seempat bintang mana sebagaimana yang dinyatakan. Perabotnya usang dan perlukan penggantian. Begitu juga bilik mandi yang ada paip dan lampu yang telah rosak dan tidak dibaiki. Nak dikatakan pemilik tempat peranginan ini tak ada duit, tak mungkin sebab pemiliknya adalah seorang tokoh korporat Melayu yang membolot banyak projek mega kerajaan dan pemegang saham utama sebuah syarikat kereta nasional.
Dari Tasik Kenyir saya terus ke Kuala Rompin. Tempat peranginan yang ditempah awal-awal lagi menyatakan ia bertaraf lima bintang. Antara daya tarikan utama, selain menganjung ke Laut China Selatan – tepat untuk merakamkan foto mentari terbit di atas garisan u***** – terdapat juga sebuah padang golf 18-lubang berjarak ‘sepenanak nasi’ dari bangunan hotel.

Apa makna kangkung Najib?

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak baru-baru ini mencetuskan trending di laman-laman sosial apabila ucapannya yang menyebut contoh harga sayur kangkung yang turun menjadi bahan lucuan orang ramai.
Najib dalam ucapannya semasa majlis memberi bantuan menyebut sayur kangkung yang turun harga sebagai contoh barangan yang tidak naik harga, dalam usahanya meredakan keresahan ramai disebabkan harga barangan yang terus naik.
Sejurus memberi ucapan itu, kangkung dijadikan satu topik lucu dan sinis di laman-laman sosial, mencetuskan pelbagai hashtag dengan topik kangkung.
Pelbagai status, kenyataan dan komen secara sinis mengangkat topik kangkung, termasuk melibatkan pemimpin politik.
Dari sudut yang lebih serius, ucapan Najib itu dinilai sebagai tidak menjawab persoalan lebih besar kenaikan kos hidup yang meliputi bahan makanan, keperluan asas seperti elektrik, pengangkutan dan bakal ditambah dengan cukai barangan dan perkhidmatan yang akan mula diperkenalkan tahun depan.
Melalui kenyataan ini, Najib mengambil satu sudut yang sukar dan memberikan penjelasan yang tidak menjawab keresahan orang ramai berhubung kenaikan kos yang menyeluruh.
Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang kangkung hanyalah satu contoh ada benarnya, tetapi hakikat bahawa kangkung dipilih untuk dijadikan contoh menunjukkan yang sangat sedikit (atau mungkin hanya satu) barang yang turun harga, sedangkan kos-kos lain terus meningkat.

SAMSENG PRO KANGKUNG BELASAH WARGA YANG TIDAK BERSALAH DEPAN PUSAT KHIDMAT ADUN


Sekumpulan penyokong Pro Kangkung hari ini diberitakan telah membelasah seorang warga yang tidak bersalah ketika membuat demo haram tanpa permit didepan Pusat Khidmat ADUN PKR Machang Bubuk.

Apalah kita nak hairan rakyat yang bertaraf kangkung bertindak ...

Anggota Umno Pulau Pinang dan sekutu mereka hari ini menganjurkan sebuah lagi perhimpunan membantah flash mob wakil rakyat PKR yang menyindir kenyataan 'kangkung' perdana menteri di Bukit Mertajam.

Kali ini, peserta himpunan itu membakar patung dengan gambar Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lee Khai Loon.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga meludah dan memijaknya,

Kumpulan 'pro-kangkung' bakar patung 'Kai Lan'

 
Anggota Umno Pulau Pinang dan sekutu mereka hari ini menganjurkan sebuah lagi perhimpunan membantah flash mob wakil rakyat PKR yang menyindir kenyataan 'kangkung' perdana menteri di Bukit Mertajam.

Kali ini, peserta himpunan itu membakar patung dengan gambar Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lee Khai Loon.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga meludah dan memijaknya,

Mereka juga menyimbah air ke atas poster pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang bertulis: "Guru yang ajar DAP biadab Melayu".

Kira-kira 200 orang menyertai perhimpunan di kawasan pasar malam di Alma . Sebelum ini terdapat ucapan yang menggelar Khai Loon sebagai kurang ajar, bodoh dan bermulut kotor.

Mereka juga mempermain-mainkan nama Khai Loon sebagai “Kai Lan”, sempena nama sayur popular di Malaysia selain kangkung.

Selepas ancam rusuhan ala 13 mei, macai pro-Umno Pulau Pinang kerumun pusat khidmat Adun PKR


Seorang lelaki memijak gambar Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon dalam protes di Alma, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 19 Januari, 2014.Seorang lelaki memijak gambar Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon dalam protes di Alma, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 19 Januari, 2014.Ahli Umno hari ini membakar patung dengan gambar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon, meludah dan memijaknya di depan pusat khidmat Adun itu, kerana pembabitannya dalam flash mob minggu lalu yang mengejek ucapan ‘kangkung’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Kira-kira 300 orang berkumpul di depan pusat khidmat Lee di Alma, Bukit Mertajam, membawa sepanduk yang menghentam Lee. Seorang lelaki kelihatan mendedahkan punggung ke arah gambar Lee.
Sebahagian sepanduk ditampal di tingkap rumah kedai kosong yang berdekatan, dan orang ramai melepaskan kemarahan terhadap pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Utusan Malaysia dakwa SPRM cenderung sokong pembangkang


Kecenderungan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak akhir-akhir ini menyiasat kes yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan dan penjawat awam menjadi persoalan sama ada suruhanjaya itu lebih memihak kepada pihak pembangkang, menurut akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.
Dalam edisi Ahad Mingguan Malaysia, kolumnis Awang Selamat berkata, pihaknya menerima maklumat terdapat beberapa pegawai penyiasat SPRM mengaku menyokong pihak pembangkang dan teruja untuk melakukan siasatan kepada pegawai menteri.
“Lebih mengejutkan, terdapat beberapa pegawai penyiasat yang mengaku mereka penyokong pembangkang dan teruja untuk bertindak ke atas pegawai menteri.
“Apakah ini ada kaitan dengan tanggapan bahawa SPRM agresif menyiasat kes pemimpin kerajaan dan penjawat awam tetapi tidak berani bertindak ke atas pemimpin pembangkang,” katanya dalam Mingguan Malaysia hari ini.
Berdasarkan maklumat yang diterima, kolumnis itu juga mendedahkan terdapat segelintir pegawai SPRM yang dikatakan keterlaluan dalam menjalankan siasatan.
Katanya, antara aduan yang diterima adalah pegawai SPRM tidak membenarkan tertuduh menemui keluarga, mendapatkan ubat yang perlu diambil secara rutin dan tiada usaha membersihkan nama tertuduh setelah didapati tidak bersalah.
''Tertuduh tidak dibenarkan ditemui oleh keluarga dan mengambil ubat untuk penyakit yang dihidapi seperti kencing manis dan jantung.

Umno ‘parti lekeh’ tarik balik saman Tian Chua, kata Utusan



Timbalan Presiden Jati, Mohd Aidit (kanan), menganggap tindakan penarikan balik saman oleh Umno terhadap Tian Chua satu kesilapan besar. - Gambar The Malaysian Insider, 19 Januari, 2014. 
Timbalan Presiden Jati, Mohd Aidit (kanan), menganggap tindakan penarikan balik saman oleh Umno terhadap Tian Chua satu kesilapan besar. - Gambar The Malaysian Insider, 19 Januari, 2014.Keputusan Umno menarik balik saman terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua, menggambarkan parti itu sebagai lekeh dan hanya mencari publisiti menjelang pilihan raya, kata akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia.
Penolong pengarangnya, Ku Seman Ku Hussain berkata tindakan Umno itu bukan sahaja menggambarkan parti itu enggan meneruskan proses mahkamah tetapi tidak menjaga sensitiviti waris mangsa pencerobohan Lahad Datu.
“Kalau kalah sekali pun, Umno tetap menang di mata rakyat tetapi bila belum pun masuk berlawan telah 'diselesaikan' di tepi gelanggang, apa ceritanya? Lekeh sangatlah. Adakah selepas pilihan raya umum berlalu maka saman terhadap Tian Chua sudah tidak bernilai tinggi di pasaran politik untuk meraih sokongan rakyat?
“Adakah harga nyawa perajurit, maruah negara dan keselamatan rakyat boleh ditukar dengan permohonan maaf oleh Tian Chua? Tambahan pula ia dibuat bukan secara rasmi di depan umum,” katanya dalam Mingguan Malaysia hari ini.
Kes saman fitnah yang difailkan Umno terhadap Tian Chua dan dua individu lain berhubung penyiaran artikel pencerobohan di Lahad Datu kononnya satu sandiwara Umno telah diselesaikan di luar mahkamah pada Isnin, selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan tuntutan saman berdasarkan terma yang dipersetujui.

Adun PKR suap kangkung ke patung Najib wakil rakyat kelas rendah, kata Utusan


Protes dan flash mob anjuran Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon yang menyuap kangkung ke mulut patung perdana menteri dikatakan tindakan menghina. Gambar fail.Protes dan flash mob anjuran Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon yang menyuap kangkung ke mulut patung perdana menteri dikatakan tindakan menghina. Gambar fail.Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk dari PKR, Lee Khai Loon adalah seorang wakil rakyat kelas rendah dan kurang kasih sayang kerana sanggup menyuap kangkung ke dalam mulut patung menyerupai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Kolumnisnya, Awang Selamat, berkata perbuatan Lee itu bukan sekadar bodoh tetapi biadap dan kurang ajar serta menghina pemimpin Melayu.
“Awang kasihankan dia kerana menjadi wakil rakyat kelas rendah dengan mentaliti budak liar yang seolah-olah baru lepas hidu gam atau pernah melalui pengalaman pahit dibuli semasa zaman persekolahan.

Now, Penang pro-Umno mob descend on PKR rep’s service centre


A protester stomps on PKR rep Lee Khai Loon's portrait, at the gathering this morning. - The Malaysian Insider pic by Hasnoor Hussein, January 19, 2014. 
A protester stomps on PKR rep Lee Khai Loon's portrait, at the gathering this morning. - The Malaysian Insider pic by Hasnoor Hussein, January 19, 2014.Umno members today burnt an effigy of Machang Bubuk assemblyman Lee Khai Loon, spitting and stepping on it in front of his service centre, for his role in a flash mob last week deriding Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's now famous 'kangkung' speech.
The mob of about 300 gathered at Lee's service centre in Alma, Bukit Mertajam, bearing handwritten placards condemning him. One man was even seen mooning at Lee's portrait.
Some of the placards were pasted on the shutters of an unused shoplot nearby, and the crowd vented their anger against DAP leaders Lim Kit Siang and his son Lim Guan Eng, the Penang Chief Minister.
A man said to have engaged in a war of words with the pro-Umno mob being assaulted by protesters who gathered at PKR state assemblyman Lee Khai Loon's service centre in Bukit Mertajam, this morning. - The Malaysian Insider pic by Hasnoor Hussain, January 19, 2014.A man said to have engaged in a war of words with the pro-Umno mob being assaulted by protesters who gathered at PKR state assemblyman Lee Khai Loon's service centre in Bukit Mertajam, this morning. - The Malaysian Insider pic by Hasnoor Hussain, January 19, 2014.One of the protesters poured water on a banner bearing the two leaders' faces and a message that read, "Guru yang mengajar MP DAP biadap pada Melayu" (the teacher who taught the DAP MP to be insolent).
The protest comes a day after Penang Umno members protested yesterday in Seberang Jaya with slogans threatening another May 13-style riot, and marched about 1 kilometre towards the Sunway Carnival Mall with banners.
Today's protest was also joined by leaders of several pro-Umno organisations including Penang Malay Congress, Penang Pekida and Perkasa.
They made fiery speeches to defend Najib, whose kangkung (water spinach) analogy has been recently at the centre of cyberspace humour.
Lee had earlier led a flash mob where an effigy of Najib was stuffed with the vegetable.

PKR urges police to act over May 13 threat by Umno supporters


This flash mob which saw water spinach being stuffed into Najib's effigy has angered Umno leaders in Penang. - The Malaysian Insider pic, January 19, 2014.This flash mob which saw water spinach being stuffed into Najib's effigy has angered Umno leaders in Penang. - The Malaysian Insider pic, January 19, 2014.PKR has urged the police to arrest those involved in yesterday's protest in Penang which saw several placards raising the spectre of May 13-style riot.
Its vice-president N. Surendran, described threats of a racial bloodshed by Umno members as shocking and a blatant act of criminality.
"Umno has clearly lost its senses, it is increasingly losing the rakyat's support and is now resorting to tactics commonly employed by North Korea," he said.
Surendran also took to task Barisan Nasional's Kepala Batas MP, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, for joining "this criminal Umno mob waving banners and placards which are inciting the public to violence".
"The crimes committed during yesterday's protest by Umno include criminal intimidation, public mischief and participating in acts detrimental to parliamentary democracy," he said.
"Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar and the Penang police chief Datuk Abdul Rahim Hanafi cannot afford to keep silent on this issue.
"Police must take action against the protesters because of the openly criminal nature of this Umno mob," said the human rights lawyer, questioning the police's silence despite the news of the protest being widely reported.

Kangkung ‘insult’ brings out a tardy but bloodthirsty Umno



Among banners at the Umno gathering yesterday were one which read 'Because of DAP's leaders mouth, May 13, 1969 happened... Want some more?' - January 19, 2014. 
Among banners at the Umno gathering yesterday were one which read 'Because of DAP's leaders mouth, May 13, 1969 happened... Want some more?' - January 19, 2014.The script might be off by days but Penang Umno finally protested yesterday over PKR assemblyman Lee Khai Loon for organising a kangkung flash mob against Umno president Datuk Seri Najib Razak last week.
And what an overreaction it was. It had to be the late, late show by Penang Umno which decided to go over the top and raise the threat of May 13 and bloodshed over the adverse reaction to their national leader's remarks.
But does Umno need to always raise that threat of bloodshed? Does it think it can always ignore the law and hold a protest without any action from the police, unlike other groups?
How is it that 600 Umno members or supporters can take to the streets of Seberang Jaya with provocative banners, including one asking if the state's ruling coalition wanted another May 13, without any police action?
The banners yesterday read: "Because of DAP's leaders mouth, May 13, 1969 happened... Want some more?", "Insulting the PM is like insulting the Malays", "Penang Malays survive by eating kangkung", "ABCD - Asal Bukan Cina DAP" and "DAP is the enemy of Islam", and reflect Umno members' penchant to overreact.

Kerajaan Lemah: Nilai RM50 Rakyat Malaysia Semakin Susut?

harga barang naik 2014
Kenaikan Harga Barang Naik 2014 : Selepas dicurahkan pelbagai hadiah dan sumbangan yang diterima rakyat Malaysia menjelang Pilihanraya Umum ke 13 (CONTOHNYA DI SINI) dan rata-rata merasai tempoh yang jarang sekali dirasai (biasanya 4-5 tahun sekali) di mana rakyat Malaysia yang kerapkali dibelai manja & diberikan perhatian pada masa itu ibarat sedang tinggal di “syurga bernama Malaysia“.
Akhirnya tatkala Pilihanraya Umum ke 13 (PRU Ke 13) melabuhkan tirainya satu demi satu bom atom persis di Hiroshima & Nagasaki dicampakkan kepada rakyat Malaysia sehingga terasa peritnya sehingga ke hari ini.
Daripada satu pengumuman ke satu pengumuman kenaikan kos dan penarikan subsidi seperti dilafazkan sekali nafas sahaja sehingga tiada ruang dan masa untuk rakyat bersedia menghadapi dengan tabah terkapai-kapai untuk mencari tempat bertaut.
Dan sekarang bermula tahun 2014, rata-rata rakyat Malaysia yang tinggal di bandar terutamanya sudah mula bahang melihatkan kenaikan harga barang naik 2014, makanan & minuman yang naik mendadak ibarat terlancarnya roket Soyuz memecut laju untuk sampai ke ISS.
harga barang naik 2014

Kenaikan Harga Barang Naik 2014 : Antara Keluhan & Rintihan Rakyat Malaysia

  1. Nilai wang ringgit Malaysia yang dipegang rakyat Malaysia sekarang ini dirasakan semakin mengecil dibandingkan dengan kenaikan harga barang naik 2014, caj perkhidmatan hari ini
  2. Kenaikan kos sara hidup tidak sepadan dengan pendapatan yang diterima rakyat Malaysia hari ini
  3. Melihatkan hidangan biasa makan tengahari hari ini di kedai-kedai biasa di bandar, nilai RM5 sudah tiada nilai untuk rakyat Malaysia
  4. Wang RM50 dirasakan seperti RM10 sahaja, bukannya berbelanja mewah atau ikut perasaan. Semua digunakan untuk membeli barang keperluan. Tetapi entah di mana silapnya…..

Lemah sangatkah pemimpin kita?

Tidak perlu tunggu jadi manusia


Atas dasar insaniah, tulisan ini ditulis bukan untuk diterima atau ditolak, tetapi lebih tepat untuk dinilai sebelum disimpul, dan difikirkan sebelum diputuskan.
Kemanusiaan dalam setiap daripada diri kita.
“When we seek to discover the best in others, we somehow bring out the best in ourselves.” - William Arthur Ward.
Sejenak terfikir, setiap tindakan manusia menentukan siapa dirinya dan bagaimana orang menerima dirinya.
Memetik ungkapan Martin Luther King Jr, “Darkness cannot drive out darkness; only light can do that. Hate cannot drive out hate; only love can do that.”
Akhirnya manusia akan mencari kebaikan sebagai solusi untuk keluar daripada kegelapan.
Dalam perbezaan di kalangan masyarakat yang punya akal untuk berfikir, setiap individu dalam masyarakat takkan lari daripada tanggungjawab sebagai seorang manusia. Manusia punya kecenderungan pada kebaikan dan wujud nilai insaniah dalam diri sebagai modal terbesar mereka.
Tokoh idealisme seperti Karl Marx, tokoh aktivisme seperti Mother Teresa, tokoh revolusi seperti Soekarno, berbeza bagaimana sekalipun idea dan pendekatan mereka, ia tetap diterjemahkan dalam keadaan yang memenuhi kehendak manusia. Manusia lain terjentik hatinya untuk mengakui pengaruh mereka atas nilai kemanusiaan yang dipersembahkan.
Kemanusiaan itu yang hilang dalam diri kita.
Adapun konflik yang wujud dalam kalangan masyarakat hari ini. Sekadar perbezaan pendapat, adalah sepatutnya tidak cukup untuk mengatasi nilai kemanusiaan yang ada dalam diri kita. Konflik yang terlalu dekat dengan kita seperti isu di antara Sunni dan Syiah, antara Islam dan Sosialis, antara Quran dan Bible, pertelingkahan sebegini bukan suatu masalah yang patut membunuh nilai kemanusiaan antara satu sama lain.
Dalam setiap cabang perbezaan dan kontradik di antara setiap pihak yang berbeza pandangan, tidakkah kita sedar, terdapat satu persamaan yang sangat kuat antara kita iaitu kemanusiaan yang wujud dalam jiwa kita. Tidakkah cukup kewujudan nilai kemanusiaan tersebut untuk kita cenderung pada kebaikan?
Adakah kemanusiaan itu mengajar kita menyalakan api  permusuhan? Apakah kemanusiaan itu mengajar kita untuk mengaku hanya kita pemegang kebenaran? Apakah kemanusiaan itu mendidik kita budaya melabel dan mentaksir?

Pemimpin lebih bodoh minta rakyat puji kerana kangkung

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini menyelar kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk, Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam yang mengatakan bodoh kepada pihak yang masih memainkan isu kangkung kerana tidak memahami apa yang sebenarnya mahu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pihak yang memperbodohkan diri sendiri adalah mereka yang menggunakan kangkung untuk mendapat pujian rakyat namun apa yang diterima adalah sebaliknya iaitu ejekan dan cemuhan rakyat , kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dari DAP.
“Tengku Adnan perlu menasihatkan presidennya supaya menggunakan contoh lebih wajar dan tidak memijak perasaan rakyat. Pihak yang memperbodohkan diri sendiri adalah mereka yang menggunakan kangkung untuk mendapat pujian rakyat.
“Pihak yang perlu dinasihatkan bukannya rakyat tetapi perdana menteri sendiri. Kalau bijak beliau tidak akan diejek dan diperlekehkan rakyat. Perumpamaan kangkung mudah difahami rakyat sebab itulah diperlekehkan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Najib amat lemah, sendirian dihujani cemuhan rakyat

KUALA LUMPUR: Fenomena lawak kangkung menjadi petunjuk terkini Perdana Menteri terlalu lemah menangani pelbagai isu besar yang kritikal dihadapi rakyat, tegas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
“Najib Razak sudah dicop rakyat sebagai Perdana Menteri paling tidak mampu menyelesaikan masalah.
Tambah masalah lagi, ada. Tak pernah berlaku dalam sejarah sejak selepas merdeka, ada pemimpin negara dicemuh sebegitu rupa. “Malu betul. Portal berita, BBC di United Kingdom pun laporkan protes dahsyat rakyat Malaysia melalui media sosial ke atas ucapan ‘kangkung’ Najib yang tidak peka dengan bebanan kos hidup melambung ditanggung rakyat,” katanya
Lebih malang, ujarnya, barisan Kabinet yang ramai itu dilihat membisu “cuci tangan” sahaja menyebabkan Najib seperti sendirian dihujani cemuhan rakyat.
Menurut Mohamad Sabu, tuntutan rakyat jelas supaya Kerajaan Umno-BN me ngurangkan harga barangan keperluan antaranya beras, gula, minyak masak, susu, ikan, ayam dan da ging seperti disuarakan pada himpunan Turun malam tahun baru lalu.
“Musim hujan, kangkung ini mudahlah kita dapat dan tumbuh di parit atau kolam tapi bila kemarau, kangkung pun boleh naik harga,” sindirnya.

Hina Islam: Tindakan harus diambil supaya tidak berulang, kata Razali

Guru Besar SJKC Nan Ya Orang Kuat MCA@BN...!!! Sendiri mau ingat beb...
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim menggesa tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang menghina atau mempersenda agama Islam, sebagai pengajaran agar perkara itu tidak berulang pada masa hadapan.
Beliau berkata, perbuatan meminta maaf secara terbuka sahaja tidak boleh diterima kerana agak sukar menentukan sama ada kemaafan yang dipinta disertai dengan keinsafan.
"Jika tidak, perbuatan menghina Islam akan menjadi 'trend' kepada mana-mana pihak melakukannya secara sengaja atau tidak sengaja kerana ia boleh selesai dengan cara meminta maaf," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengetuai pasukan sukarela Bees & Ant (BN) bergotong-royong membersih kawasan perumahan Taman Guru di Jalan Temenggung di Muar, semalam.
Beliau diminta mengulas kewajaran penyelesaian isu guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Nan Ya, Kota Tinggi, Chew Swee Tuan yang melarang seorang guru mualaf wanita daripada memakai tudung ketika mengajar di sekolah tersebut.
Semalam Chew bersama Pengerusi Lembaga Pengurusan sekolah berkenaan, Phang Ah Ngang membuat kenyataan meminta maaf secara terbuka berhubung isu tersebut. - Bernama

Selepas Umno gagal dengan isu agama, 13 Mei pula dibangkitkan untuk meraih kuasa dan pengaruh politik


Tingkah laku ahli-ahli politik di Malaysia amat menyedihkan. Selepas isu agama seperti kalimah Allah dipolitikkan, tanpa segan silu tragedi berdarah 13 Mei 1969 pula dimainkan.
Sudah tidak ada lagi rasa cinta dan sayang kepada negara. Mereka hanya sayangkan kuasa dan kekayaan walaupun tahu, ia tidak boleh dibawa ke dalam kubur.
Sebagai tindak balas kepada flash mob yang dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon daripada PKR yang menyumbatkan kangkung ke dalam efigi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, Umno Pulau Pinang semalam mengadakan satu perhimpunan bantahan.
Kira-kira 600 orang berhimpun dengan sepanduk dipegang tertera dengan ayat "Menghina PM seperti menghina Melayu", "Melayu Pulau Pinang bertahan kerana makan kangkung", "ABCD_ Asal bukan Cina DAP" dan "DAP musuh Islam”.
Selain itu terdapat juga sepanduk berbunyi, "Kerana mulut pemimpin DAP berlakunya 13 Mei 1969... adakah anda mahu lagi?".
Yang menghairankan, walaupun Adun Machang Bubuk bukan ahli DAP, parti tunjang kepada kerajaan negeri Pulau Pinang itu juga yang menjadi mangsa.
Mungkin juga Umno Pulau Pinang sudah menganggap semua orang Cina adalah ahli DAP, maka parti itu harus dipersalahkan dalam apa sahaja masalah yang berlaku.
Ataupun seperti biasa, kerja rumah tidak dibuat terlebih dahulu sebelum membuat bantahan. Ataupun penganjur perhimpunan tidak membaca akhbar terlebih dahulu sebelum membuat sepanduk.
DAP adalah soal kedua, lebih penting lagi, mengapa tragedi berdarah 13 Mei perlu dibangkitkan kembali?
Apakah kerana isu kalimah Allah gagal untuk memenangi hati orang Melayu bandar yang terdedah kepada maklumat daripada internet?
Ataupun pimpinan Umno Pulau Pinang berfikir hanya dengan tragedi berdarah seperti 13 Mei mereka dapat kembali berkuasa?

Kedai Rakyat 1Malaysia di Sabah lebih mahal daripada kedai biasa, harga kangkung tidak turun


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika melancarkan sebuah Kedai Rakyat 1Malaysia di Sabah. Gambar daripada Sabahtoday.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika melancarkan sebuah Kedai Rakyat 1Malaysia di Sabah. Gambar daripada Sabahtoday.Sebahagian daripada Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah didapati menjual barangan pada harga lebih mahal daripada kedai biasa, kata Ketua Pemuda Umno Sabah, Hafez Yamani Musa.
Berdasarkan kajian rawak dijalankan pemimpin Pemuda Umno itu, pihaknya melakukan tinjauan berkenaan sebagai sebahagian usaha mereka mengumpul data untuk menubuhkan Skuad Pengguna di negeri berkenaan.
“Apa yang menarik adalah alasan di sebalik perkara ini. Mungkin ia sebahagian daripada strategi untuk mengalih kos operasi kedai.
"Ini baru kajian prelimenari. Kami akan buat kajian menyeluruh di seluruh negeri dan akan mengeluarkan kenyataan lengkap berhubung perkara ini," katanya dipetik daripada portal berita Daily Express.
Sementara itu, portal Daily Express turut membuat tinjauan terhadap peniaga, dan mendapati harga kangkung tidak pernah turun seperti didakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Jawatankuasa Pengguna Daerah, Tukimin Tumin turut terkejut apabila beliau mengetahui penurunan harga kangkung sedangkan harga sayuran itu kekal berada pada kadar RM2 seikat.
Peniaga sayur, Surina Tapikon, 52, berkata, khabar angin penurunan harga sayuran juga tidak benar, namun tidak menolak kenaikan itu disebabkan peningkatan harga petrol yang dijadikan alasan.
Harga yang ditetapkan Gerakan Pengguna Daerah bagi harga sayuran adalah seperti berikut; tomato RM9 sekilo, bunga kobis RM9 sekilo, cili merah RM12 sekilo, sayur bunga RM3.50 sekilo, lobak merah RM5.50 sekilo, kangkung RM2 seikat.
Khabar angin berkenaan penurunan harga kangkung bermula selepas ucapan Najib ketika menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman.
Video berkenaan kemudiannya menjadi momokan warga Internet, malah turut dipetik media antarabangsa BBC.

Harga makanan laut naik mendadak

Foto
Kuala Lumpur: Kenaikan harga makanan berasaskan hasil laut seperti tomyam udang dan sotong berpunca daripada harga hasil laut itu yang naik mendadak antara 23 hingga 40 peratus, sejak tiga minggu lalu.
Tinjauan Metro Ahad di beberapa pasar sekitar ibu kota semalam mendapati, antara barangan keperluan yang mengalami kenaikan harga adalah sotong, udang, ikan selain ayam dan sayur-sayuran.
Sotong bersaiz sederhana dijual RM16 sekilogram (kg) berbanding RM13 minggu lalu, udang kolam RM30 (RM28), kepah RM13 (RM6), ikan merah RM24 hingga RM26 (RM22), tenggiri RM26 (RM20), kembung RM10 (RM7) dan selayang RM8 (RM5) bergantung kepada saiz.
Bagaimanapun, peniaga memberi alasan kenaikan harga petrol dan cuaca musim tengkujuh menyebabkan harga barangan itu naik.
Peniaga ikan Halim Mohd Saad, 36, berkata, kedua-dua faktor itu memaksa penjual mengenakan harga tinggi supaya tidak mengalami kerugian.

Naik Harga: Peminat tomyam terasa bahang

Kuala Lumpur: “Sejak minggu lalu, banyak kedai makan menaikkan harga makanan terutama membabitkan makanan laut dengan alasan harga barangan itu meningkat di pasaran.
“Kami sebagai pengguna yang bekerja dan banyak makan di luar, rasa beban dengan kenaikan ini,” kata kakitangan swasta Suhaimi Hashim, 29.
Menurutnya, antara makanan mengalami kenaikan ialah tomyam makanan laut yang sebelum ini dijual antara RM3.50 ke RM4 kini dijual sehingga RM5 ke RM6 semangkuk.
Katanya, ia membebankan pengguna yang gemarkan masakan siam itu sebagai menu utama makan malam.
Selain itu, Suhaimi berkata, setiap makanan berasaskan makanan laut turut naik antara RM1 ke RM2 dan ia menjadi masalah utama kepada pengguna pada masa kini.
“Perlu ada pemantauan untuk mengelak peniaga kedai makan menaikkan harga sesuka hati sehingga membebankan pengguna.
“Kita tahu masalah untuk mendapatkan bekalan makanan laut akibat daripada faktor cuaca, namun kenaikan tidak relevan,” katanya.
Bagi Zailani Ahmad, 50, kenaikan itu bukan menyeluruh, sebaliknya hanya sesetengah kedai makan menaikkan harga makanan laut.
“Kita bimbang jika alasan kenaikan harga hasil laut di pasaran menjadi faktor makanan naik tetapi apabila harga hasil laut turun, peniaga tidak menurunkan harga mereka.
“Sebab itu, perlu pemantauan daripada pihak berkuasa untuk melihat sejauh mana relevan kenaikan itu supaya pengguna tidak terbeban,” katanya.

Malaysia Kita: Nasi lemak pembalut luka

  • Nasi lemak sambal plaster 
  •  Plaster penutup luka ini ditemui dalam nasi lemak dimakan oleh pengadu.
SEREMBAN - Seorang wanita terkejut bukan kepalang apabila menjumpai cebisan pembalut penutup luka dalam nasi lemak yang dihidangkan kepadanya oleh sebuah syarikat penerbangan tempatan, baru-baru ini.

Pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai Tay, 33, berkata, kejadian itu berlaku pada 6 Januari lalu sekitar jam 10 pagi, ketika sedang mengikuti penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan atas urusan kerja.

“Semasa dihidangkan, saya tidak nampak sebarang keganjilan pada nasi lemak tersebut. Bagaimanapun, selepas menghabiskan hampir 80 peratus nasi lemak berkenaan, barulah saya perasan ada sesuatu yang tidak kena.

“Pada awalnya, saya sangkakan objek ditemui hanyalah cebisan sotong dalam sambal nasi lemak. Namun, saya mula berasa loya dan jijik apabila mendapati benda asing itu merupakan pembalut luka terpakai,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Katanya, tidak berpuas hati dengan kejadian itu, dia segera memanggil ketua krew kabin bertugas untuk melihat sendiri objek dijumpai dalam makanan yang mereka sediakan.

Malaysia Kita: Alat curi Wi-fi

Kuala Lumpur: Malang bagi pelanggan Internet yang membelanjakan kira-kira RM150 sebulan untuk menggunakan perkhidmatan sambungan Internet tanpa wayar (Wi-fi), terutama di kediaman masing-masing, tetapi akhirnya mendapati talian itu kerap terganggu.
Jika ia berlaku, anda mungkin menjadi mangsa talian Wi-fi digodam atau ‘dicuri’ individu tidak bertanggungjawab meng­gunakan satu peralatan terbaru yang kini dijual secara meluas menerusi online.

Peralatan itu semakin popular digunakan di negara ini, terutama bagi mereka yang mahir teknologi maklumat (IT) untuk tujuan menggodam Wi-fi tanpa disedari pemiliknya walaupun dimasukkan kata laluan (password) rumit.

Lebih mengejutkan, alat buatan Taiwan dan China itu mudah dibeli melalui Internet dengan harga serendah RM150 yang dijual berserta perisian mendekod atau menggodam kata laluan.
Foto

Alat itu juga tidak mempunyai label SIRIM, sekali gus membuktikan ia dijual terus kepada pembeli tanpa kebenaran pihak berkuasa selepas mengimportnya dari dua negara berkenaan.