Jumaat, 17 Januari 2014

Isu tudung: Pengurusan sekolah mohon maaf, ketua masyarakat anggap isu selesai

Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya hari ini memohon maaf secara terbuka kepada seorang guru mualaf sekolah itu yang sebelum ini dilaporkan diugut dan dipaksa membuka tudungnya jika ingin terus mengajar di sekolah itu.
  
Pengerusi sekolah itu Phang Ah Ngang, 72, bersama guru besarnya, Chiew Swee Tuan memohon maaf kepada guru berusia 25 tahun itu, di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, Kota Tinggi dekat sini.
  
Ia dilakukan di hadapan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman serta Penghulu Mukim Johor Lama Mohd Nazri Kasmin dengan turut dihadiri Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi Mohamad Fadil Ishak.
  
Dalam satu kenyataan, Phang berkata beliau dengan ikhlas hati memohon maaf secara peribadi kepada guru berkenaan serta masyarakat Islam Kampung Teluk Sengat dan masyarakat Islam di negara ini amnya.
  
"Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni sesuai dengan slogan 1Malaysia," katanya yang kemudian berjabat tangan dengan guru tersebut sebagai tanda permohonan maafnya.
  
Sementara itu Chiew berkata sebagai guru besar sekolah itu, beliau tidak pernah menghalang guru berkenaan ataupun mana-mana pelajar Islam di sekolah itu memakai tudung.
  

Referendum Kudeta Zionis Al-Sisi Tidak Dapat Sambutan, "Media Kangkung" Mesir Bikin Sandiwara....

Kaherah - Di banyak wilayah, referendum konstitusi kudeta pada hari Selasa (14/1/2014) terlihat sepi. Untuk menutupi rasa malunya, pemerintah kudeta di beberapa tempat telah membuat sandiwara yang diproduksi oleh stesyen-stesyen pemerintah untuk menggambarkan kepada publik Mesir dan dunia kononnya rakyat Mesir berbondong-bondong mendatangi Tempat Pemungutan Suara (TPS), demikian lapor dakwatuna.com.

Misalnya yang berlaku di TPS sekolah Muhammad Farid, Syahid Ahmad Kamal dan Sayidah Aisyah, di provinsi Gharbiyah. Pemerintah kudeta mengerahkan fulul (anggota Partai Nasional Demokrat yang telah dibubarkan) beserta keluarganya. Mereka sudah berdatangan sejak pukul 7 pagi. Lalu berkumpul di depan TPS yang sudah didatangi para petugas media kudeta. Polis dan militer melarang para hakim memulai proses referendum. Mereka hanya dibolehkan memulakan pada pukul 9.30. Hal ini tentu menyebabkan terjadinya keramaian yang cukup besar. Seperti itulah pemerintah kudeta membuat sandiwara.

Anshar Portsaid memberitakan bahawa banyak TPS kelihatan sepi. Ditampilkan juga foto membuktikan hal tersebut.

Fanspage Ikhwanul Muslimin (MBN) menampilkan foto sebuah TPS yang benar-benar padat warga yang akan memberikan suaranya. Tapi terlihat para wanita yang hadir kebanyakan tidak mengenakan jilbab dan berambut pendek, yang menandakan mereka adalah para wanita Kristen Koptik. MBN hanya bertanya, “Apa yang boleh anda perhatikan dalam foto ini?”

Fanspage Shuqur Ishlah menyindir media Bawwabah Qahirah yang menampilkan gambar bagaimana orangramai berbaris di sebuah TPS yang bertempat di sebuah sekolah. Tapi ternyata foto tersebut menggambarkan situasi pada musim panas. Keraa cahaya matahari yang sangat terik, dan orangramai memakai baju pendek dan tipis.

Media Al-Youm As-Sabi’ juga memberitakan bagaimana referendum di Nasr City. Diberitakan bahwa warga berdatangan dari pagi hari ke berbagai sekolah untuk memberikan suara. Namun dalam foto yang dipasangnya, terlihat polis yang bertugas mengenakan pakaian seragam musim panas. Sehingga dapat diketahui bahawa berita itu tidak benar.

Foto yang dipasang "Al-Youm As-Sabi'" yang menurutnya menunjukkan orangramai gembira datang ke TPS di Nasr City. Padahal setelah diperhatikan, polis yang menjaga TPS mengenakan seragam musim panas. (al-yaoum as-sabi')

Najib Dalam Kedudukan Bahaya.. !!

Selepas lapan bulan berbincang, usaha Umno untuk berbincang ke arah perpaduan dengan Pakatan gagal menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) kini terdedah kepada pemberontakan daripada kalangan Umno sendiri, lapor The Edge Review.
Mingguan online dalam laporannya bertajuk "When talk fails" (Bila perbincangan gagal) melaporkan, Najib gagal meyakinkan pimpinan tertinggi Umno untuk mewujudkan perpaduan dengan Pakatan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Perbincangan itu… telah digunakan sebagai senjata untuk Najib menghadapi musuhnya di dalam partinya sendiri," katanya."Perbincangan itu tidak pergi ke mana-mana kerana pandangan umumnya Umno tidak pernah jujur," kata rakan karib Anwar yang terlibat dalam perbincangan sulit berkenaan kepada mingguan itu.
Najib telah menggunakan perbincangan itu untuk membentuk kerajaan perpaduan selepas pencapaian buruk BN dalam pilihan raya umum lalu.Pengundi telah memberikan undi popular kepada Pakatan dalam pilihan raya umum lalu, memberikan mesej mereka sudah bosan dengan cara BN mentadbir negara.
Isu yang utama adalah rasuah yang melampau dalam sektor awam dari pegawai rendah sehingga kepada pemimpin politik.Perbincangan perpaduan yang diketuai Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi pihak kerajaan telah membawa beliau kepada pemimpin pembangkang termasuk dari PAS.
Bagaimanapun, sesetengah pihak dalam Umno tidak berminat dengan laporannya dan meningkatkan serangan ke atas Najib, lapor mingguan itu.Serangan berterusan ke atas Najib juga tidak dipertahankan oleh rakan-rakannya dalam Kabinet.
"Hanya sedikit sahaja keraguan bahawa Najib berada di kedudukan paling lemah dari segi politiknya dan sebahagian besar dari masalah berpunca dari dirinya sendiri," kata seorang ahli perniagaan yang rapat dengan Najib sebagaimana dilaporkan The Edge Review.

Flood aid: What about Sabah and Sarawak, Petronas?

Ironically, neither Petronas nor the federal authorities have offered funds to assist flood victims in Sabah and Sarawak. 

KEMAMAN: Petronas will channel RM5 million to 21,000 families affected by the East Coast floods, in phases from now until the end of February, its Strategic Communications Division Head, Norliza Kamaruddin, said today.
“This is part of our corporate social responsibility to the flood victims in the states where we operate – Terengganu, Pahang and Kelantan,” she said during the first phase of the aid-presentation ceremony in Kampung Pasir Gajah near here.
“It will be distributed to about 15,000 families in Kemaman and another 6,000 families in Kuantan, Pahang and Pasir Mas, Kelantan,” she said.
Norliza also presented a mock cheque for RM3.4 million to Terengganu Menteri Besar, Ahmad Said, for the flood victims in Kemaman.
Each family would receive a comforter set and Petronas Kedai Mesra voucher worth RM150 for the purchase of daily needs and petrol, she said.
Norliza said all those who had registered at the flood relief centres in their respective districts were eligible for the assistance.

Kangkung: Laporan polis terhadap ADUN Machang Bubuk

Badan perhubungan Umno Pulau Pinang mengecam dan mengutuk tindakan ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon yang didakwa bertindak biadab apabila menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu lepas.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata tindakan Adun daripada PKR itu sangat keterlaluan.
  
"Tindakan ADUN itu sangat biadab kerana bertindak sedemikian, apa dosa dan hina sangat perdana menteri sehingga diperlakukan sebegitu. Lagipun tindakan wakil rakyat itu bukan boleh membantu kerajaan dalam menangani masalah kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ini.
  
"Kalau betul beliau (Lee) seorang yang jujur dalam berpolitik, beliau sepatutnya tampil memberi cadangan atau idea bagi membantu mengatasi masalah kos barang yang semakin naik," katanya dalam satu sidang akhbar di Bukit Mertajam hari ini.

‘Kangkung’ PM upstages ‘Listen! listen! listen’ as No 1 meme in Facebook

Ng Kee Seng
 
Remember how in January last year Sharifah “Listen, listen, listen” Zohra Jabeen became the Facebook phenomenon of Malaysians?
Well, a year later, Sharifah has been dethroned by no less than Prime Minister Datuk Seri Najib Razak. Sharifah must surely be relieved that she has been replaced by someone more worthy in the world’s most populated social media network community.
Sharifah, president of the little-known organisation Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M), sparked outrage with her “Listen, listen, listen” diatribe after video clips of her public rebuke of a local university student went viral in cyberspace.
That episode spawned parodies of Sharifah on various social media platforms such as YouTube and Facebook.
Even businesses seized the opportunity to ride the tsunami of “inspiring” wide-reaching advertising opportunities being spawned by innovative cyberspace Malaysians.
“Listen, listen, Listen’-themed advertising gimmicks sprouted within 24 hours, with video clips and songs flooding Facebook. Nothing else was news for at least three consecutive days.
Just when we thought no one had the “talent” to outdo Sharifah, comes Najib with his “why don’t Malaysians praise us (the Umno-led Barisan Nasional government) when the market price of kangkung drops?”
Najib’s speech, delivered in Kemaman, Terengganu, was uploaded in You Tube and instantly went viral. Malaysians did come out in full force to “praise” Najib’s administration, and the rest is history.
And what’s so glaringly significant about the whole episode? No die-hard BN-Umno cybertrooper could come out to defend Najib and his kangkung economics.

Anwar ulas '40 perkataan larangan' di P Pinang

 Walaupun Pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa kerajaan Pulau Pinang supaya mendapatkan nasihat undang-undang mengenai penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam di negeri itu sebelum sabitan berlaku, tetapi pemimpin kerajaan negeri berdiam diri berhubung perkara itu.

Di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004, bukan Islam dilarang menggunakan 40 perkataan, termasuk kalimah 'Allah'.

Sabitan di bawah Enakmen tersebut membawa hukuman denda RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Tiada peluang untuk bertanya Ketua Menteri Lim Guan Eng manakala emel oleh seorang wartawan mengenai isu itu tidak dijawab.

Ahmad Said perlu batalkan ekspedisi ke Antartika, fokus bantu rakyat miskin


Adun Terengganu menggesa Datuk Seri Ahmad Said (gambar) agar segera membatalkan misi ke Antartika bagi membolehkan Menteri Besar Terengganu itu memfokuskan kepada kemelut rakyat yang tertekan dengan kenaikan kos sara hidup.
Adun Batu Burok yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata Ahmad tiada hak menyalahgunakan wang rakyat dengan alasan ianya “lawatan saintifik” kerana Terengganu merupakan antara negeri termiskin dan ramai di kalangan rakyatnya yang hidup dalam serba kedaifan.
“Beliau seharusnya mengenepikan kesombongan dan keangkuhan sebagai menteri besar yang berkuasa sebelum rakyat Terengganu menurunkan beliau dengan kuasa rakyat.
“Saya menggesa Ahmad segera membatalkan ekspedisi ke Antartika dan kembali memberi tumpuan kepada kemelut rakyat yang berdepan dengan kenaikan kos hidup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pejabat Menteri Besar Terengganu dalam satu kenyataan semalam mengumumkan lawatan ke Antartika itu anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Yayasan Diraja Sultan Mizan.
Kenyataan itu menyebut bahawa lawatan kerja berkenaan bertujuan membantu kerajaan dalam menubuhkan pusat kajian bersama Instituto Antarctico Chileno.
“Lawatan ini membantu Malaysia dalam kajian perubahan iklim yang sejak akhir-akhir ini menjadi semakin tidak menentu.
“Lawatan eksplorasi saintifik ini merupakan lawatan susulan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ke Antartika pada Oktober 2011 dalam usaha melihat lebih banyak universiti tempatan terlibat dalam kajian di sana,” menurut kenyataan itu.
Dr Syed Azman berkata pemergian Ahmad bersama Exco kerajaan Terengganu dilihat tidak lain hanyalah satu ekspedisi makan angin di Antartika menggunakan wang rakyat sewaktu rata-rata rakyat Terengganu kini hidup “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”.

Rakyat makan kangkung, MB Umno guna jutaan ringgit belayar ke Antartika

Datuk-Seri-Ahmad-SaidSHAH ALAM 17 JAN: Tindakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mengetuai lawatan kerja selama 15 hari menggunakan kapal persiaran mewah ke Antartika diselar Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.
Pua dalam satu kenyataan menyifatkan lawatan itu sebagai satu pembaziran besar dalam keadaan rakyat di negara ini dipaksa supaya sentiasa berjimat-cermat untuk berdepan krisis ekonomi yang sedang merudum.
“Menteri Besar Terengganu mengumumkan “lawatan sambil belajar” ke Antartika. Fuyoh, belajar buat ais kot. Rakyat makan kangkung, menteri belanja berjuta ringgit belayar ke Antartika,” katanya dalam laman Facebook.
Melalui satu kenyataan kepada portal The Malaysian Insider, Pua berkata Ahmad Said tidak mempunyai kaitan dalam lawatan berkenaan selaku menteri besar dan tidak akan membawa sebarang pelaburan asing.
“Beliau bukan Menteri Sains dan Teknologi atau Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Ahmad tidak boleh berkata tujuan ke sana untuk misi pelaburan asing atau menarik pelancong melainkan hanya melihat penguin di sana.

Dubai padam ‘adegan lucah’ dalam filem bernilai RM325 juta terbitan anak Rosmah

KUALA LUMPUR 17 JAN: Kira-kira 45 minit adegan lucah dalam filem ‘The Wolf Of Wall Street’ terbitan Riza Aziz, anak kepada Datin Seri Rosmah Mansor dipadamkan kerajaan Dubai, lapor portal Britain, Daily Mail.
Daily Mail melaporkan, selain aksi lucah, turut dipadamkan dalam filem tersebut ialah dialog mengandungi perkataan kurang sopan diucapkan yang tidak bersesuaian dengan budaya Timur Tengah.
Pengkritik filem menyatakan filem yang keterlaluan mengangkat citra ‘dadah, seks dan wang itu turut merakamkan lebih 500 kali penggunaan perkataan kurang sopan, yang diistilahkan sebagai ‘f-bomb’.
Juma al-Leem, pengarah kandungan media National Media Center berkata, penapis filem di UAE termasuk Dubai lazimnya membuang babak atau penggunaan bahasa yang dianggap mencela, berbahaya kepada keselamatan negara selain adegan keterlaluan.
Laporan Daily Mail turut memetik komen penonton wanita di laman Facebook Reel Cinemas, pengendali dua pawagam di Dubai yang terpaksa keluar selepas 40 minit tayangan, kerana filem tersebut disifatkannya menjengkelkan dan ‘tidak boleh ditonton’.
Filem ‘The Wolf Of Wall Street’ lakonan bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey.menelan belanja USD100 juta (RM325 juta)
Ketika hangat diperkatakan media barat, ‘The Wolf Of Wall Street’ menjadi lebih panas di Malaysia apabila spekulasi mengatakan filem terbitan Riza Aziz itu dibiayai ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM 100 juta di New York.

Tok Guru Ku Sayang: Meniti usia 83 tahun Mursyidul Am

MINGGU lepas, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat genap 83 tahun. Beliau lahir pada tanggal 10 Januari 1931. Suatu usia yang membuktikan Tuan Guru (mesra dipanggil Tok Guru) seorang cukup berilmu dan berpengalaman.
Diyakini lebih sepertiga hayatnya dihabiskan untuk menimba ilmu di dalam  negeri (1937-1952) dan luar negeri (1952-1964). Bermakna dua pertiga lagi (1964 hingga sekarang), hidupnya dalam medan perjuangan Islam––politik dan dakwah.
Kira-kira 20 tahun lalu beliau diamanahkan Al-Mursyidul PAS, sehingga kini jawatan itu digalas sebagai tanggungjawab memakmurkan lambang perjuangan atas mandat ahli jemaah Islam. Sebelumnya, Tok Guru diberi kepercayaan sebagai Ketua Ulama PAS Pusat. Ketika itulah legitimasi gelaran ‘Tok Guru’ sudah lekat di bibir-bibir pendukung dan pemimpin, sehinggalah khalayak umum sedia menadah titipannya dari kitab-kitab ilmu tafsir, sirah dan hadis.
Kemudiannya rangkuman pengalaman selaku pemimpin di hati rakyat, iaitu bermula 1967 parti Islam––PAS memilih Tok Guru sebagai wakil rakyat. Dalam perjalanan sebagai wakil rakyat yang bermula sebagai Ahli Parlimen, sehinggalah dipilih pula sebagai Ahli Dewan Negeri tahun 1986 bagi Dun Semut Api. Dari situlah beraksinya Tok Guru sebagai ahli demokrat jurus oposisi apabila diputuskan sebagai ketua pembangkang dalam memantau perjalanan urus tadbir kerajaan Barisan Nasional di Kelantan. Berbekal pengalaman itulah, Tok Guru sudah tidak kekok dalam hal ehwal pentadbiran negeri.
Justeru atas kapasiti itulah, beliau menerima kepercayaan jemaah sebagai Menteri Besar Kelantan berikutan kemenangan besar (baca: mutlak) PAS bersama Angkatan pada pilihan raya umum 21 Oktober 1990. Seketika dipersoalkan kenapa Tok Guru dipilih (antara frasanya yang dapat penulis ingat), Almarhum Ustaz Dato’ Haji Fadzil Noor (ketika berceramah meraikan kemenangan PAS di Kelantan) mengungkapkan kata-kata legitimasi terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz, ”Kita PAS telah memilih Ketua Ulama PAS Pusat sebagai Menteri Besar sebagai tanda kesungguhan atas harapan bagi melaksanakan Kepimpinan Ulama di Kelantan.”
Berkat legitimasi jemaah dan kehebatan kepimpinannya yang bersemi nilai-nilai karismatik dan selama 23 tahun memikul beban menteri besar, natijahnya Tok Guru berjaya mencipta nama Kelantan bersama-sama arus perdana. Kelantan diurus tadbir berpaksikan dasar Membangun Bersama Islam sedia ‘menerajui perubahan’ berserta kecekalan menempa cabaran di bawah payung amalan persekutuan (federalisme) ala Malaysia.
Meskipun Tok Guru alami sendiri pahit maun tindakan diskriminatif kerajaan Pusat yang mencetuskan ombak dan gelombang di sepanjang perjalanan, berkat kesabaran dan karismatiknya kerana sentiasa taqarub ilalLah, maka pelbagai isu yang mengancam dapat dilentur. Ia adalah karamah dari ulama yang dekat di hatinya ialah Allah yang Esa dan jilah hatinya bersama-sama nilai-nilai beragama rakyat Kelantan.

KESEMUA KOLEJ YAYASAN FELDA BAKAL DITUTUP.???

Dalam kesibukkan menjana fitnah kononnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor akan tutup GiatMara .. rupa-rupanya Felda sudah pasang niat dan hasrat mau tutup semua Kolej Yayasan Felda.

Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia Felda  bercadang untuk menutup Kolej Yayasan Felda sebagai sebahagian daripada pemotongan bajet tahun ini  yang memberi tamparan hebat dan menjejaskan peluang lebih kurang 1,000 anak-anak peneroka untuk mendaftarkan diri  di institusi pengajian tinggi.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa Ketua Pengarah Felda Datuk Faizoull Ahmad telah memutuskan untuk mengurangkan pembiayaan kepada RM5 juta tahun ini untuk mengendalikan semua empat kolej, walaupun kos tahunan operasi secara kasarnya adalah RM16 juta.

Sumber berkata, rentetan pemotongan bajet itu, kolej yang terletak di Kelana Jaya (Selangor), Trolak (Perak ), Mempaga (Pahang ) dan Raja Alias (Negeri Sembilan) berkemungkinan besar berhadapan dengan penutupan apabila pihak pengurusan membuat keputusan kelak.

Menurut sumber itu, keputusan muktamad terhadap bajet bagi kolej berkenaan akan ditentukan pada mesyuarat lembaga Felda minggu hadapan tetapi menambah bahawa kemungkinan besar Faizoull akan melaksanakan keputusannya untuk menutup kolej.

SECAWAN KOPI DENGAN SEIKAT KANGKUNG......


Kafe tawar kopi dengan seikat kangkung

Sebuah kafe di ibu negara menawarkan kopi bagi pengunjung yang datang dengan membawa seikat kangkung.

Nampaknya kini kangkung yang tumbuh di tepi longkang dan parit sudah ada nilai dagang ... Jutaan Terima Kasih kepada Najib Razak kerana telah menaikkan mertabat kangkung dari sayur biasa ke taraf kuasa beli.

Jangan pula ada pemimpin UMNO gred kangkung menyalak bising kata ini sudah kes ngejek pemimpin negara .. maka fatwanya ialah ngejek diri sendiri ... atau ada pula blogger atau penggiat siber Pro UMNO yang melenting melatah berang cakap ini sudah kes melampau biadap tidak hormat pada pemimpin nombor satu negara maka akan bertaburan amaran bakal di keluarkan ...

Maklum sajalah .. kebelakangan ini para penyokong, pendokong dan ahli UMNO termasuk yang bergelar pemimpin berjiwa embun dan sensitif sungguh ... pantang cerita pasal kangkung terus naik angin satu badan.

Harap-harap kisah ini mereka akan beri pujian kepada tuan punya kafe kerana memberi peghormatan amat tinggi kepada kangkung.

Najib Fumbles Again : The Kangkung Strike Back. Mr PM Please Read This Blog Post. You Dont Understand Things Well.

This is from The Star :

  • Najib Tun Razak said he used kangkung to explain supply & demand 
  • I like to eat kangkung 
  • I gave example on the principle of supply and demand which decide the prices of some of the food commodities which are not subject to price controls," he said.
  • the vegetable was only one example of food items used by the public. (Huh ??)
  • "..use existing laws against any trader who charges too high" 
  • he and deputy would go down to the ground to check on prices 
Big mistake Mr PM.  You really are being misled by your advisors and consultants.  Now the people whom you are insulting (ie the members of the public) will associate you with kangkung and quail (kangkung dan puyuh). Just wait and see.

Mr PM the mistake you made was that you accused the people, the rakyat, the citizens, the ordinary man in the street that they were not grateful to you and your gomen when the prices of kangkung went down. Dont believe me? Listen to yourself.

This is what you said : 
  • masa naik dia persalahkan kerajaan...
  • bila dah turun kenapa tak puji kerajaan 
  • Ini tidak adil
These were your own words.  Mr PM please think. Why should the rakyat have to be thankful to you when the price of kangkung goes down? 

As you rightly put it, kangkung price is subject to supply and demand. You yourself said it. The price of kangkung is not dependent on you or your gomen.

So why did you say that the rakyat should be thankful to you and your gomen when the price of kangkung goes down? You even said 'Ini tidak adil'. 

That is why people are making fun of you. You do not seem to understand simple basic things. If left to market forces the people will not blame you for high prices. 

The people never blamed you for the up and down movement of kangkung prices.  

Rupa-rupanya Najib Pun Dua Kali Lima Juga

Walaupun isu kangkung sudah mulai sejuk dan basi sejak diperkatakan hampir seminggu lalu yang kesan ketaranya menjadikan kedudukan Najib hampir lunyai dipermain dan dipersendakan oleh pemain media sosial pro PR, tetapi hanya baru semalam Perdana Menteri sendiri menjelaskan mengapa kangkung dipilih sebagai contoh dalam ucapannya.

Najib berkata, kangkung menjadi rujukannya bukan saja kerana ia kesukaannya, malah juga oleh sebahagian besar rakyat negara ini, namun jika menggunakan burung puyuh misalnya, hanya orang tertentu saja yang memakannya.

Sehubungan itu, kata beliau, penggunaan kangkung itu tidak seharusnya dipersendakan kerana contoh itu menepati prinsip penawaran dan permintaan yang menyebabkan harganya naik atau turun di pasaran.

Apa yang menjadi persoalan ialah kenapa baru sekarang Najib membuka mulut dan memberi penjelasan mengenainya? Kenapa tidak awal-awal lagi sedangkan dalam dunia langit terbuka sekarang, semua perkara sudah bergerak laju dan pantas.

Sandiwara PKFZ: Ling dakwa pejabat AG pandang rendah pemimpin Cina

 Selepas dibebaskan daripada tuduhan menipu kabinet berhubung Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) Oktober tahun lepas, bekas Menteri Pengangkutan, Tun Ling Liong Sik, akhirnya memecah kebisuannya dengan menuduh Pejabat Peguam Negara (AGC) memandang rendah terhadap pemimpin Cina negara ini.

Ling dipetik dalam laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini sebagai mendakwa AGC memandang rendah dan tidak menghormati pemimpin Cina yang telah menyumbang kepada negara.

Ling mengulangi bahawa perbicaraan itu adalah "salah pendakwaan" dan beliau telah hilang keyakinan terhadap sistem kehakiman negara ini.

"Orang yang tidak melakukan apa-apa yang salah juga akan didakwa, negara jenis apa ni?"

"Mungkin kita mempunyai undang-undang yang baik tetapi pada masa yang sama kita juga mempunyai orang yang tidak baik," Ling dilaporkan berkata.

Seikat kangkung bagi secawan kopi bernilai RM5

 
Ramai pelanggan lama dan baru sebuah kedai kopi di Seksyen 13, Petaling Jaya hari ini hadir menyambut promosi khas 'kangkung-untuk-kopi' ketika negara hangat dengan isu 'kangkung'.

Pelanggan tidak perlu lagi membayar RM5 untuk secawan kopi hitam. Mereka hanya perlu membawa seiikat kangkung. Sehelai daunnya dikembalinya sebagai resit.

Artisan Coffee, yang mempunyai cawangan di beberapa tempat diLembah Klang telah diundi sebagai kedai kopi terbaik Kuala Lumpur pada 2012, dan juga disenaraipendek dalam pertandingan sama pada 2013.

Bagaimanapun tawaran khas ini hanya untuk hari ini - mulai waktuu operasinya bermula hingga jam 1 tengahari di cawangan Bangsar dan Seksyen 13. Sebuah lagi cawangannya di Taman Tun Dr Ismail tidak mengambil bahagian.

Kira-kira jam jam 11.30 pagi, petugas di cawangan Petaling Jaya memberitahu Malaysiakini bahawa pelanggan tampil menebus 30 cawan kopi menggunakan sayuran popular tersebut.

Seorang pelanggan, Lionel Kueh berkata beliau kurang mengentahui bagaimana 'isu kangkung' ini mula terjadi, dan mendapat tahu mengenai tawaran ini dari papan tanda yang dipamerkan di kafe itu beberapa hari lalu.

Ust Suhaimi Saad - Para Agamawan Yg Bersekongkol Dgn Kezaliman Pemerintah

SPRM cadang 'kesalahan hidup di luar kemampuan'...kita lihat siapa yang kena...!!!

Ia akan menjadi satu kesalahan bagi penjawat awam memiliki kemewahan di luar kemampuan mereka, jika cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenainya dibentangkan dan dimasukkan ke dalam Akta SPRM.

Menurut Timbalan Pengarah Kanan Penyiasatan SPRM, Han Chee Rull, cadangan itu selaras dengan undang-undang anti-rasuah di Hong Kong yang menjadikannya satu kesalahan bagi seorang pegawai awam hidup di luar kemampuannya.

SPRM juga telah mencadangkan perubahan kepada undang-undang untuk menjadi kecuaian seseorang pegawai awam sehingga mengakibatkan pembaziran wang awam, seperti kes dalam Laporan Ketua Audit Negara, sebagai satu kesalahan.

Di Hong Kong, katanya, ia bukan kesalahan jika seorang pegawai awam mengekalkan taraf hidup yang setimpal dengan sumber pendapatan yang diketahui.

Tetapi jika dia tidak dapat memberikan alasan yang memuaskan kepada mahkamah, ia menjadi satu kesalahan, dan SPRM sedang cuba untuk mempunyai peruntukan itu dalam undang-undang, kata Hall malam tadi.

Khairy buat pusingan U, bodek sokong kenaikan harga barang


Kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (gambar) semalam yang menyebut kenaikan harga sayur-sayuran, ikan dan buah-buahan disebabkan cuaca buruk adalah satu kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan sebelumnya, kata PAS.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata Khairy sebelum ini melahirkan rasa kebimbangan terhadap kenaikan harga barang tetapi semalam membuat pusingan U menyokong tindakan kerajaan menaikkan harga barang.
“Kenyataan Khairy semalam tentang kenaikan kos barang seperti sayur-sayuran, ikan dan buah-buahan kerana cuaca buruk adalah sangat mengecewakan. Sekali lagi Khairy yang pada awalnya menunjukkan kerunsingan tentang kenaikan harga barang, berpatah balik menyokong tindakan orang atasannya.
“Khairy menjadi ingatan umum sememangnya pantas dan licik membodek majikan mengikut rekodnya. Beliau wajar diingatkan Ekonomi 101 bahawa inflasi disebabkan cuaca ialah sementara dan akan berkekalan selagi punca pencetusnya tidak ditangani,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bernama semalam melaporkan Khairy berkata faktor permintaan, bekalan, cuaca dan musim perayaan menjadi antara punca utama mempengaruhi kenaikan atau penurunan sesuatu barangan di pasar.

UMcedel: Isu 'Allah' timbulkan lebih ketegangan dari manfaat politik

Kajian sebuah Universiti tempatan menunjukkan 77 peratus orang Melayu tidak bersetuju kalimah Allah digunakan penganut agama lain.

Bagaimanapun, kajian oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) yang dikeluarkan semalam menunjukkan isu ini bukan satu tanda aras menunjukkan kekuatan sokongan kepada mana-mana parti politik.

"Penggunaan Kalimah Allah merupakan satu isu yang sangat sensitif
dalam kalangan responden Melayu berbanding responden Cina dan India.

"Secara keseluruhannya, seramai 77 peratus responden Melayu menyatakan bahawa Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.

"Bagi responden Cina dan India pula, masing-masing 21 peratus dan 28 peratus tidak bersetuju Kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain selain daripada Islam," demikian menurut hasil kajian tersebut.

DAP desak pengarah sekolah Cina mohon maaf kepada guru mualaf


DAP menggesa Pengarah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Nan Ya di Kota Tinggi, Johor memohon maaf kepada seorang guru perempuan mualaf atas arahannya membuka tudung seperti dilapor media baru-baru ini.
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching (gambar) berkata, setiap orang mempunyai hak mengamalkan kepercayaan masing-masing dan pengarah sekolah tersebut perlu bertanggungjawab atas tutur katanya sekaligus mengemukakan permohonan maaf.
“Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda Umno Mohd Rafiq Naizamohideen tidak wajar menyarankan kepada Kementerian Pendidikan agar memecat guru besar sekolah tersebut.
“Mengapa guru besar perlu bertanggungjawab dan dipersalahkan atas kenyataan pengarahnya?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Penduduk Kampung Teluk Sengat di Kota Tinggi yang marah menggantung beberapa kain rentang dan menampal puluhan poster bagi mencemuh tindakan seorang ahli jemaah pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang didakwa meminta seorang guru Cina Muslim membuka tudung.
Wanita itu turut diancam keselamatannya jika enggan berbuat demikian.
Berikutan ugutan itu, guru tersebut membuat laporan di Balai Polis Teluk Sengat dan berdasarkan maklumat terbaru, guru berkenaan ditukarkan serta-merta ke sebuah sekolah di bandar ini.
Semalam, media melaporkan Mohd Rafiq menggesa pihak yang mengugut keselamatan seorang guru beragama Islam serta mendesaknya membuka tudung supaya meminta maaf kepada semua umat Islam dalam masa 24 jam.

Perbincangan perpaduan gagal, Najib hadapi pemberontakan dalaman, lapor The Edge Review

Selepas lapan bulan berbincang, usaha Umno untuk berbincang ke arah perpaduan dengan Pakatan gagal menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini terdedah kepada pemberontakan daripada kalangan Umno sendiri, lapor The Edge Review.
Mingguan online dalam laporannya bertajuk "When talk fails" (Bila perbincangan gagal) melaporkan, Najib gagal meyakinkan pimpinan tertinggi Umno untuk mewujudkan perpaduan dengan Pakatan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Perbincangan itu…telah digunakan sebagai senjata untuk Najib menghadapi musuhnya di dalam partinya sendiri," katanya.
"Perbincangan itu tidak pergi ke mana-mana kerana pandangan umumnya Umno tidak pernah jujur," kata rakan karib Anwar yang terlibat dalam perbincangan sulit berkenaan kepada mingguan itu.
Najib telah menggunakan perbincangan itu untuk membentuk kerajaan perpaduan selepas pencapaian buruk BN dalam pilihan raya umum lalu.
Pengundi telah memberikan undi popular kepada Pakatan dalam pilihan raya umum lalu, memberikan mesej mereka sudah bosan dengan cara BN mentadbir negara.

Anwar: Tiada persempadanan semula dengan SPR sedia ada

PETALING JAYA 17 JAN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak boleh diadakan persempadanan semula kawasan pilihan raya ketiika masih diterajui pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia ada.
Katanya, SPR sehingga hari ini masih gagal menyelesaikan pendedahan ratusan penyelewengan dan salah laku sepanjang pilihan raya umum ke-13 pada Mei 2013.
DSAI_SPR“Mengapa SPR dalam format yang ada sekarang ini diberi kuasa untuk meneruskan persempadanan semula?
“Dia (SPR) tidak ada wibawa. Dia (SPR) terlibat dalam kes penipuan. Masih tidak selesaikan pembersihan senarai daftar pemilih.
“(Dengan pimpinan lama) adakah masih mahu teruskan dengan tanggungjawab baru? kata Anwar pada seidang media di ibu pejabat KEADILAN, semalam.
Pakatan Rakyat melalui KEADILAN, Pas, DAP termasuk pasukan Pemantau Bersih sebelum ini mendedahkan ratusan penyelewengan, malah 60 petisyen keputusan turut dibawa ke mahkamah pilihan raya.
Justeru tegas Anwar, persempadanan semula yang dibenarkan dalam tempoh 10 tahun tidak boleh dijalankan oleh SPR dan pengerusinya harus meletakkan jawatan serta-merta.
Cadangan ini pernah disuarakan sebelum ini oleh bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah yang mendesak ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof diberhentikan serta merta.
KEADILAN sebelum ini melalui pasukan khas bagi mengkaji maklumat dan sistem persempadanan semula menegaskan, tiga kriteria utama perlu diselesaikan SPR seblum cadangan itu dipertimbangkan.

CASSA: Rakyat Selangor bakal terbeban dengan kadar harga air baharu jika pusat ambil alih

Kangkung currency accepted in Malaysian coffee chain



Bantuan banjir, rakyat Kuantan terus ‘dianaktirikan’....sebab mereka bukan rakyat Malaysia eh..???

Fuziah SallehSHAH ALAM 17 JAN: Kerajaan pusat terus ‘menganaktirikan’ mangsa banjir di Kuantan dalam pengagihan bantuan RM500 dan barangan keperluan lain seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata walaupun Pahang berdepan gelombang banjir kali kedua tahun ini, namun bantuan yang sepatutnya diagihkan kepada rakyat masih gagal dilaksanakan.
Lebih mengelirukan, katanya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan belum menerima senarai nama mangsa banjir di Kuantan, tetapiJabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesahkan pihaknya sudah menerima senarai nama, pada 26 Disember lalu.
“Apakah nasib warga Kuantan di negeri Perdana Menteri ini seperti dianak tirikan.
banjir_srimendan_3“Dua kenyataan ini berbeza dan bercanggah, bahkan rakyat yang jadi mangsa. Salah satu mesti tidak berkata benar dan jawablah nanti di hadapan Allah,” katanya melalui dalam laman Facebook.
Beliau berkata, kemungkinan bantuan sengaja tidak disalurkan secara adil dan telus kepada rakyat hanya disebabkan Kuantan ditadbir Pakatan Rakyat (PR).
Katanya, lebih 19,205 mangsa banjir di Terengganu sudah menerima bantuan RM2000 daripada kerajaan pusat dan negeri termasuk keperluan lain seperti barangan elektrik bernilai RM5000.
“Semua mangsa banjir di Terengganu dapat bantuan wang ringgit, televisyen LED 32″, peti sejuk dua pintu, dapur, tilam dan bantal bernilai RM5000.
“Mangsa banjir di Sungai Isap, Kuantan hanya dapat sumbangan tilam 1Malaysia daripada badan bukan kerajaan (NGO), bukan agensi kerajaan,” katanya.

Barang naik: Kenyataan Khary sangat mengecewakan

KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam tentang kenaikan kos barang naik seperti sayuran, ikan dan buah-buahan kerana cuaca buruk adalah sangat mengecewakan.

 “Sekali lagi Khairy, yang awal menunjukkan kerunsingan tentang kenaikan barang, berpatah balik untuk menyokong tindakan bossnya,” kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, Khairy Jamaluddin mengikut ingatan umum, sememang pantas dan licik melakukan sedemikian ’membodek bossnya’ mengikut rekodnya.

Menurutnya, beberapa pakar ekonomi seperti Dr Yeah Kim Leng dari RAM telah mengingatkan Putrajaya supaya tidak melakukan tarikan subsidi serentak (restrained) ditambah dengan pengenalan GST tahun depan pasti inflasi.

Ini, ujarnya kerana mengikut beberapa Investment Bank (IB) termasuk RHB dan Maybank meramalkan inflasi paling buruk setinggi 3.0% hingga 3.5% tahun 2014 dan 4.0% tahun depan bahkan leih lagi selepas GST.

Perangai Buruk UMNO: Tapak gereja Tanjung Karang dilulus MB Umno sejak 1980 lepas tu fitnah Pakatan...!!

SHAH ALAM:  Umno akan menggunakan stretegi Islam sebagai agama pecah belah dan adu domba dengan memberi gambaran kepada orang Islam bahawa mereka sedang diancam dengan musuh di kalangan penganut Kristian dan masyarakat Cina.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan, strategi baru Umno-BN ini akan terus digunakan selepas keputusan pilihan raya umum (PRU) 2008 dan 2013 menunjukkan masyarakat bukan Islam tidak memberi sokongan kepada BN.

Beliau memberi contoh dakwaan dilemparkan Umno kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah memberi tanah kepada penganut Kristian untuk membina gereja di Tanjong Karang sedangkan tapak gereja di  lot 178  dengan keluasan 14,000 kaki persegi itu telah didaftarkan pada 2 Mac 1980 oleh Menteri Besar ketika itu, Datuk Hormat Rafie.

Tambah beliau, tanah tersebut telah dipindah milik pada 26 April 1982 kepada Setiausaha Majlis Gereja Methodist Malaysia dan geran tanah tersebut dikhaskan untuk pembinaan gereja.

"Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Noh Omar sudah tahu, BN sudah tahu lama dah, tapi oleh kerana pada masa itu sokongan orang bukan Islam padu kepada mereka, maka mereka tidak jadikan ia satu isu," katanya.

PERANGAI BUSUK PERUT!!! Sendiri lulus, sendiri bantah, Inilah perangai hipokrit UMNO


PAS hari ini mempersoalkan niat sebenar Umno membantah pembinaan gereja Methodist di Tanjung Karang apabila mengambil kira sejarah penjualan tapak gereja yang berlaku sewaktu Selangor diperintah Umno dan BN sekitar tahun 80-an.

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam satu sidang medianya petang ini berkata, bersikap hipokrit apabila pada satu waktu dahulu membenarkan urusniaga itu yang jelas untuk tujuan pembinaan gereja tetapi kini membantahnya pula.

Beliau merujuk kepada demo Umno Tanjung Karang yang membantah pembinaan Gereja Methodist di Lot 178 Taman Tanjung Karang, pada 9 Januari lalu.


"Kini, mereka jadikannya satu isu nak tunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat ini berikan tanah kepada orang bukan Islam untuk bina gereja.

"Tanah ini tanah untuk gereja sejak 80-an," kata Khalid. Hadir sama pada sidang media petang ini adalah Naib Yang Dipertua PAS Tanjung Karang, Misran Serman.

Najib now a GLOBAL comedian: KANGKUNG-GATE goes international!

Malaysia's prime minister is being widely lampooned on social media for a comment he made about the price of kangkung, or water spinach.
Najib now a GLOBAL comedian: KANGKUNG-GATE goes international!
Food is a faux pas minefield for politicians, especially when it's perceived as being used in a get-down-with-the-people kind of way - think of British Prime Minister David Cameron's pasty moment or Chancellor George Osborne's "posh burger" tweet. The almost inevitable response seems to be ridicule. That's where the Malaysian Prime Minister Najib Razak finds himself right now.
With the government under fire because of price hikes in basics like fuel and electricity, he chose to push back by highlighting a reduction in the cost of the leafy green vegetable kangkung.
Kangkung - also known as water spinach, morning glory and Chinese spinach - is widely eaten in Malaysia, and is cooked as a stir-fry with a little garlic or chilli paste. But it's cheap, grows wild alongside streams, paddy fields and drains, and is not considered a staple.
Moments after a video of the prime minister was posted making the comments, the sarcasm and jokes began to trend on social media in Malaysia. There have been hundreds of thousands of tweets, a Facebook page set up - with 10,000 followers already - a YouTube re-mix of his comments, the lyrics to popular and traditional folk songs have been re-worked, and "Keep calm and eat kangkung" T-shirts have been made and rushed to market.

#BBCtrending STRIKES BACK with new posting: #Kangkung spinach blog blocked in M'sia

A BBC Trending article about the lampooning of Malaysia's prime minister on social media was blocked in Malaysia for several hours on Wednesday and Thursday.
The blog post - which had the headline "Be careful what you say about spinach" - explained how remarks by Malaysia's Prime Minister Najib Razak about the price of kangkung, or water spinach, had caused a huge social media reaction. Readers in Malaysia began to report problems accessing the story at about 16:00 GMT on Wednesday, with tweets to the @BBCTrending Twitter account. "Can't believe @BBCtrending's kangkung article is blocked. Not only don't we have freedom of speech we don't even have rights to information," tweeted @rueying.
There were dozens of responses to a tweet we later sent out via @BBCWorld and on #BBCtrending asking Malaysians if they could access the article - with many complaining it was blocked. Problems seemed to be experienced largely by users of Telekom Malaysia's TMnet internet service provider. The block appears to have been lifted at about 04:00 GMT on Thursday - though some people were still reporting problems accessing it.
Tests run by the Sinar Project - an NGO which works on internet freedom in Malaysia - suggested a filter was in place blocking that specific article. The rest of the BBC News website was unaffected - and most were able to access the story via their mobile phones or the main BBC Trending index. Khairil Yusof, co-founder of the group, said there were reasons "to be suspicious", and that a similar pattern of filtering was used during the general elections last year.

Siapa Tutup Siapa...??: Pembangkang besarkan isu ‘kangkung’ untuk tutup kepincangan sendiri kata UMNO...!!!

Tindakan pembangkang menggembar-gemburkan isu "kangkung' bertujuan menutup kepincangan mereka berhubung beberapa isu, kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.
Beliau mendakwa tindakan mereka memperbesarkan isu remeh itu adalah untuk mengalih perhatian rakyat antaranya berhubung isu kenaikan elaun menteri besar dan exco kerajaan negeri Selangor serta penutupan Pusat GiatMara di negeri itu.
"Kangkung diperbesarkan tapi isu yang melibatkan parti pembangkang cuba mereka tutup contohnya isu harga rumah dan cukai pintu yang melambung dan menjadi keresahan rakyat di Pulau Pinang dan isu kereta mewah Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng)," katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.
Beliau berkata Umno Perak mengutuk keras perbuatan tidak bertanggungjawab pihak pembangkang yang mengeluarkan kenyataan menghina Datuk Seri Najib Razak susulan penjelasan Perdana Menteri berhubung peningkatan harga barang ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman pada Ahad lepas.
Mohd Khusairi berkata tindakan tidak bertanggungjawab pembangkang termasuk mengeluarkan karikatur berhubung isu berkenaan adalah tidak sopan dan biadab.
"Mereka menunjukkan sikap seolah-olah tidak menghormati jawatan perdana menteri sebagai sebuah institusi yang disanjung oleh rakyat di seluruh negara...jawatan perdana menteri dipilih oleh rakyat dalam satu proses pilihan raya yang demokratik," katanya. - Bernama

Duit Peneroka Jadi Mangsa: Kolej Felda bakal ditutup kerana pemotongan bajet



Keputusan penutupan kolej Felda akan menjejaskan usaha Isa dalam memperkukuhkan kredibiliti institusi. Gambar fail. 
Keputusan penutupan kolej Felda akan menjejaskan usaha Isa dalam memperkukuhkan kredibiliti institusi. Gambar fail.

Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia Felda  bercadang untuk menutup Kolej Yayasan Felda sebagai sebahagian daripada pemotongan bajet tahun ini  yang memberi tamparan hebat dan menjejaskan peluang lebih kurang 1,000 anak-anak peneroka untuk mendaftarkan diri  di institusi pengajian tinggi.
The Malaysian Insider difahamkan bahawa Ketua Pengarah Felda Datuk Faizoull Ahmad telah memutuskan untuk mengurangkan pembiayaan kepada RM5 juta tahun ini untuk mengendalikan semua empat kolej, walaupun kos tahunan operasi secara kasarnya adalah RM16 juta.
Sumber berkata, rentetan pemotongan bajet itu, kolej yang terletak di Kelana Jaya (Selangor), Trolak (Perak ), Mempaga (Pahang ) dan Raja Alias (Negeri Sembilan) berkemungkinan besar berhadapan dengan penutupan apabila pihak pengurusan membuat keputusan kelak.
Menurut sumber itu, keputusan muktamad terhadap bajet bagi kolej berkenaan akan
ditentukan pada mesyuarat lembaga Felda minggu hadapan tetapi menambah bahawa kemungkinan besar Faizoull akan melaksanakan keputusannya untuk menutup kolej.
Percubaan The Malaysian Insider untuk mendapatkan komen Faizoull telah ditolak walaupun beliau sebelum ini bersetuju untuk ditemui.
Felda atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan adalah sebuah agensi kerajaan yang mempunyai 113,000 peneroka yang bekerja di ladang getah dan kelapa sawit di negara ini. Syarikat komersil Felda Holdings Bhd berjaya melancarkan IPO kedua terbesar di dunia pada tahun 2012 bagi unit Felda Global Ventures Bhd.
Felda Global Ventures kini merupakan syarikat minyak sawit ketiga terbesar di dunia berdasarkan keluasan tanaman. Di Malaysia sahaja, ia mengawal lebih 850,000 hektar tanah , termasuk kira-kira 500,000 hektar yang  dipajak dan diurus oleh peneroka Felda.

Kangkung tak settle lagi, dah nak kaji kenaikan teh tarik pulak???

LETIH WEH..!!! KANGKUNG TAK SELESAI LAGI...DIA NAK JADI PENGKAJI TEH TARIK PULAK.....PM 1MALAYA...!!!

Tokoh pemberantasan korupsi Indonesia akui KPK belajar dari SPRM

Mursi supporters clash with police at Cairo University

MACC proposed to make living beyond means illegal

Pemimpin dan kerajaan jangan hanya pandai nasihat rakyat...tapi mereka bermewah..!!


KUALA DUNGUN - Kehidupan rakyat yang semakin terhimpit dengan kenaikan harga barangan menuntut mereka lebih bijak mengawal perbelanjaan.
Namun dalam usaha kerajaan menasihati rakyat supaya mengamalkan perbelanjaan berhemah, pemimpin kerajaan juga perlu memikul tanggungjawab yang sama.

Adun Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, dalam situasi ekonomi yang kini dilihat tidak banyak menyebelahi rakyat, sesetengah pemimpin masih lagi mengamalkan gaya hidup mewah tanpa menyedari wang yang dibelanjakan itu sebenarnya adalah wang rakyat.

"Ada pemimpin sanggup berbelanja besar untuk projek pembinaan kurang berfaedah,  bil penginapan yang tinggi dan makan di restoran bertaraf bintang sedangkan rakyat disuruh berjimat serta mencari makanan alternatif jika makanan itu naik harga," katanya selepas menyampaikan limau kepada masyarakat Tionghoa di pekan  lama Kuala Dungun, dekat sini, pagi kelmarin.

Samseng Umno Tumbuk Timb.Menteri: Terpulang kepada AG untuk ambil tindakan.....jeng..jeng...!!

SHAH ALAM - Kertas siasatan berhubung insiden seorang ahli Pemuda Umno Hulu Selangor yang didakwa menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan (gambar) sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Difahamkan laporan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara, kelmarin.

"Kita telah merakamkan keterangan lelaki yang didakwa menumbuk timbalan menteri.

"Keterangan itu berserta dengan hasil siasatan kita telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara," beliau dipetik sebagai berkata.

Malah Mohd Shukri berkata, kini terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin semalam berkata, pihaknya tidak boleh mempertahan tindakan Muhammad Rizuan Suhaimi yang juga seorang guru.

Beliau berkata, apa jua sebab atau tekanan yang dihadapi Penolong Setiausaha Pemuda Umno Hulu Selangor itu, tindakan agresif dengan menumbuk Kamalanathan tidak patut berlaku.

Aktivis kempen Bantah SPPBS diugut, diberi surat amaran

KUALA LUMPUR 17 JAN: Penggerak kempen ‘Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan’, Mohd Nor Izzat Mohd Johari membuat laporan polis ekoran kebocoran maklumat peribadi diri dan keluarganya.
Dalam satu kenyataan Mohd zzat berkata, kebocoran dan penyebaran maklumat peribadi dan keluarganya dilakukan selepas dia disoal siasat Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, 6 Januari lalu.
“Saya dan keluarga merasa tidak selesa dan lebih berhati-hati kerana khuatir keselamatan kami sendiri,” laporan Izzat dipetik.
Beliau membuat laporan polis di IPD Jerantut, Pahang, 14 Januari lalu.
SPPBSKata Izzat, maklumat peribadinya dibocorkan oleh individu pemilik laman Facebook yang menggunakan nama Raggie Lee yang disyaki salah seorang pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut.
“Saya tidak tahu apa bentuk ancaman yang bakal berlaku. Sebagai langkah berhati-hati, saya mengambil keputusan membuat laporan Polis,” kata Izzat yang juga Ketua Penaja Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM).
Sementara itu, Laman Facebook ‘Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan’ menyatakan, pengendali laman yang juga merupakan guru telah menerima surat peringatan amaran dari Pejabat Pendidikan Daerah.
“Admin telah dikenakan tindakan tatatertib berupa surat amaran kerana menentang dasar.
“Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat aduan 24 Disember 2013,” kenyataan tersebut dipetik.

Perangi Rasuah: Ambiga cabar PM isytihar harta

Perdana Menteri Najib Abdul Razak dicabar supaya mengisytiharkan hartanya bagi menunjukkan komitmen pentadbirannya dalam memerangi rasuah.

Ketika membuat cabaran itu, bekas pengerusi bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga juga berpendapat bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti diketuai seorang yang boleh memaksa perdana menteri mengisytiharkan hartanya.

Di samping itu, katanya, ketua SPRM itu juga mesti bersedia untuk meletak jawatan jika berlaku campurtangan dalam kerjanya.

Ketua SPRM itu juga, tambah Ambiga, mesti sanggup untuk menyiasat perdana menteri.

Manakala perdana menteri pula seorang yang akan mengatakan
bahawa dia bersedia untuk disiasat dan mengisytiharkan hartanya, kata Ambiga dalam satu ucapan malam tadi.

Ambiga berkata demikian semasa pelancaran badan pemantau anti-rasuah yang baru - Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).

Sejak kebelakangan ini, tekanan meningkat ke atas SPRM supaya menggunakan sepenuh kuasanya untuk membasmi rasuah besar oleh golongan elit politik.

Rakyat Dan Negeri Miskin: MB Terengganu membazir kunjungi Antartika..!!

Lawatan kerja Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ke Antartika satu “pembaziran besar” yang tidak bertepatan dengan keadaan rakyat yang sering diingatkan untuk “mengikat perut”, kata DAP.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua mempersoalkan rasional di sebalik lawatan 15 hari yang akan diketuai oleh Ahmad.
“Pertamanya, bagaimana lawatan 15 hari menggunakan kapal persiaran mewah memberi faedah kepada Malaysia? Jika saintis Malaysia terlibat dalam kajian perubahan iklim, mereka boleh mengkaji kesan pembalakan yang berlaku di Malaysia.
“Mengapa kita perlu membelanjakan wang pembayar cukai kepada kajian yang tidak membawa cabaran kompetitif?” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Pejabat Menteri Besar mengumumkan lawatan itu dalam satu kenyataan semalam yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Yayasan Diraja Sultan Mizan.
Kenyataan itu turut menyebut lawatan kerja berkenaan bertujuan membantu kerajaan dalam menubuhkan pusat kajian bersama Instituto Antarctico Chileno.
“Lawatan ini membantu Malaysia dalam kajian perubahan iklim yang sejak akhir-akhir ini menjadi semakin tidak menentu.
“Lawatan eksplorasi saintifik ini merupakan lawatan susulan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ke Antartika pada Oktober 2011 dalam usaha melihat lebih banyak universiti tempatan terlibat dalam kajian di sana,” menurut kenyataan itu.

Terima kasih kangkung: Isu sebenar telah dikembalikan

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Semasa rata-rata masih terasa "penat", khususnya ibu bapa yang terpaksa berbelanja lebih untuk keperluan anak-anak memasuki sesi persekolahan baru 2014, macam-macam kontroversi panas berkaitan agama pula timbul.

Dalam tulisan minggu lalu, saya menukilkan beberapa reaksi pembaca yang tidak selesa apabila isu sebenar -- kenaikan kos hidup -- seolah-olah mahu ditutup atau disamarkan dengan persoalan lain, yang memang nampak kritikal dan urgent tetapi seolah-olah direkayasa.
Ada yang bernada emosi, marah-marah sambil mengingatkan agar Harakah jangan terpesong daripada "perjuangan" sebenar, ketika media lain membakar sentimen dan melarikan perhatian umum.
Semangat demonstrasi aman Turun, menuju Dataran Merdeka pada malam tahun baru, yang  menuntut penyelesaian segera punca keresahan rakyat yang gelisah dengan pelbagai kenaikan kos hidup itu, nampaknya seperti cuba dipadamkan.
Sebelum itu, saya berbesar hati untuk merakamkan penghargaan tinggi kepada ibu bapa, sebahagiannya berpendapatan sederhana rendah, yang tetap meletakkan prioriti tinggi kepada kualiti pendidikan agama anak-anak mereka, biarpun terpaksa berbelanja di luar kemampuan.
Mereka bersusah-payah menghantar anak-anak ke sekolah rendah dan menengah agama swasta -- tidak terkecuali maahad tahfiz -- dengan yuran bulanan agak tinggi, paling minimum RM200 (walaupun bagi keperluan sekolah berkenaan, ia hanya "cukup makan" menampung keperluan), hanya atas satu keyakinan, yakni memastikan anak-anak diasuh sempurna di bawah sistem pendidikan Rabbani.
Juga syukur dan terima kasih. Kenyataan sensasi Perdana Menteri, Najib Razak semasa menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, 12 Januari lalu, telah mengembalikan perhatian umum terhadap isu sebenar yang mengasak kehidupan rakyat.
Laman sosial meriah sekali apabila dipenuhi posting yang begitu menarik dan menghiburkan. Mereka mengulas kenyataan Najib mengenai penurunan harga kangkung secara kreatif sekali.
Malah, ucapannya itu "diolah" seperti lirik sebuah lagu yang menyenangkan, ditambah pengulangan yang mengundang ketawa berpanjangan.
"Eloklah hang tengok video Najib itu, lega sikit stress dan boleh kurangkan serabut di kepala," usik seorang rakan selepas menyedari saya terlambat mengikuti "video kangkung" itu.

Kangkung Index Is Possible

A Kadir Jasin

THE PRIME Minister, Mohd Najib Abdul Razak’s kangkung story has been so widely discussed, lampooned and satirized that I need not add a word more.
Bloggers, their debaters, the news portals, the facebook and twitter account holders have done such a fine job that it leaves no room for me to put in my two cents worth of thought.
Still I do not want to miss the opportunity to contribute my two cents worth of something in praise of this humble plant.
So let me talk about kangkung and what we can do to honour it. Wikipedia’s entry describes kangkung (Ipomoea aquatica) as a semi-aquatic tropical plant grown as a leaf vegetable. It is found throughout the tropical and subtropical regions of the world, although it is not known where it originated. This plant is known in English as Water spinach, River spinach, Water morning glory, Water convolvulus, or by the more ambiguous names "Chinese spinach", "Swamp cabbage" and "Kangkong" in Southeast Asia.
By what name it goes, kangkung is easily the most widespread plant and the most loved vegetable in our country. It is so popular that it inspired a song aptly called “lenggang-lenggang kangkung”.
Kangkung is easily grown on the ground or in pots. But there is a species that grows wild in rivers, streams, irrigation canals and ponds.
Wild Kangkung is Free
And since the PM linked the falling price of kangkung to the cost of living and the fact that the government deserves to be praised for it, my brain went into overdrive thinking how to scientifically validate his assumption.

Pertembungan ego jejaskan imej PKR

Apa sangat jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS bukan boleh dibawa menyamun

Ramai menganggap pertelingkahan antara Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali adalah pertembungan ego. Walaupun hanya pertelingkahan kecil tetapi ia  telah menjejaskan imej PKR bukan sahaja di Selangor tetapi seluruh negara.
“Ini bukan soal jawatan. Apa sangat jawatan Ahli Lembaga Pengarah  PKNS bukan boleh dibawa menyamun. Selain kerana kedua mereka ini memang ego besar, barangkali juga terselindung  agenda lain, samada di pihak Azmin atau Khalid,” kata seorang pemerhati.
“Jika seorang pemimpin yang ada jawatan sebagai Ahli Parlimen dan Timbalan Presiden parti boleh “dipecat” dari jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS, bayangkan jika status cuma  sekadar penyokong tegar,  ketua ranting atau ketua cabang parti sahaja. Apa pandangan ahli PKR?” ujarnya lagi
Bagaimana agaknya jika Pakatan Rakyat yang diterajui PKR memerintah negara. apakah tidak akan berlaku pertembungan ego antara pemimpin PKR dengan PAS atau DAP sedangkan di kalangan mereka juga tidak boleh berkompromi?