Khamis, 16 Januari 2014

Malaysia Kita: Suspek kes bunuh 3 beradik ditahan reman



Malaysia Kita: Kanak kanak OKU terpaksa berhenti sekolah


‘Tak masuk akal sekolah tak terima murid OKU’

 

Kuala Lumpur: “Jika dalam masa seminggu masih tiada jawapan positif daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) dalam menyediakan tempat untuk Alliy A’fif bersekolah, kami akan bawa perkara ini kepada kementerian untuk tindakan selanjutnya,” kata Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim.
Kenyataan Jais itu selaras dengan keadaan Alliy A’fif Kamaron Zaman yang sudah hampir tiga minggu ketinggalan dalam pelajaran selepas terpaksa berhenti sekolah kerana sekolahnya yang terdahulu enggan menukar kelasnya ke tingkat bawah.

“Saya juga dimaklumkan bahawa JPWP gagal menyediakan tempat untuk Alliy A’fif di Sekolah Rendah Kebangsaan Bintang Selatan dan perkara ini sangat mustahil.
“Tidak masuk akal sebuah sekolah tidak boleh menerima seorang pelajar yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) atas alasan sudah penuh, lebih-lebih lagi sekolah itu mempunyai kemudahan lif yang sesuai untuk OKU,” katanya ketika melawat kanak-kanak itu di kediamannya, di sini, semalam.

Harian Metro Selasa lalu melaporkan keadaan Alliy A’fif yang tidak bersekolah pada tahun ini kerana sekolahnya tidak mahu menukar kelasnya ke tingkat bawah walaupun kanak-kanak itu menghidap kecacatan kekal iaitu penyakit lemah otot sejak lahir.

Menurut Jais, adalah satu bentuk kezaliman membiarkan Alliy A’fif tidak bersekolah sedangkan kanak-kanak sebayanya sedang menyiapkan diri untuk menghadapi pelbagai peperiksaan sepanjang tahun.
“Perkara ini mudah saja. Tetapi saya kesal mengapa terdapat sesetengah pihak yang sengaja tidak mahu mempercepatkan Alliy Afif kembali ke sekolah,” katanya.

KANGKUNG: PENJAWAT AWAM, PEMIMPIN POLITIK TURUT MENTERTAWAKAAN NAJIB?

"Ini baru peringkat awal Kerajaan Barisan Nasional memerintah, mungkin empat tahun akan datang semakin dekat Pilihan Raya Umum ke-14, banyak lagi Najib akan dipersenda dan diperlekehkan. Apakah penjawat  awam, ketua cawangan, ketua bahagian, Pengerusi Perhubungan serta pemimpin BN akan terus menerus diam tetapi dalam diam  mentertawakan Najib?"

Petang tadi anak saya yang sedang belajar di tingkatan tiga menunjukkan satu video bagaimana ucapan Perdana Menteri di Kemaman pada 12 Januari lalu dijadikan sebuah lagu.

Katanya, dia mendapat bahan itu selepas dihantar oleg cik gunya (anak saya tidak bawa handphone ke sekolah).

Bayangkan bagaimana pihak-pihak tertentu (tentunya bukan prokerajaan) cuba menarik minat golongan muda untuk memperlekeh dan mempersendakan Datuk Seri Mohd Najib Razak melalui media baru.

Dia bertanyakan saya isu sebenar. Saya jelaskan dengan harapan dia akan sebar pula di kalangan rakan-raknnya. Namun, ada juga anak-anak kita, khususnya remaja yang akan terus menyebarkan video seperti ini untuk mereka jadikan bahan ketawa.

Jika berlaku seperti ini, remaja atau orang muda tidak boleh dipersalahkan kerana menelan bulat-bulat apa yang disebarkan.

Dengan sendirinya, apabila ini belaku, sumbangan dan bakti kepada rakyat seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, lenyap begitu sahaja.


Bayangkan hanya dengan lagu kangkong atau apa juga ‘joke’ mengenai kangkong akan menenggelamkan pengumuman kerajaan termasuk:

'Anggota kabinet tak perlu tunggu TPM bawa rotan' - Kerajaan Kangkung

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata barisan kabinet tidak perlu menunggu 'rotan' dari Timbalan Perdana Menteri (TPM) untuk melakukan kerja.
Malah, beliau berkata kewujudan Jawatankuasa Khas tidak perlu dibuat sekiranya ada kerjasama atau koordinasi dari kementerian yang terbabit.
"Kadang-kadang koordinasi antara kementerian ini kurang. Kalau ada koordinasi tak perlukan ada jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri (TPM)
"Kabinet bermesyuarat setiap minggu, jadi sepatutnya tak perlu TPM bawa rotan pastikan mereka bekerja," katanya dalam sidang media hari ini.
Beliau berkata demikian ketika memberi komen mengenai penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet bagi menangani kenaikan harga barang dan kos kehidupan yang diumumkan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Nur Jazlan yang juga ahli parlimen Pulai berkata amat penting bagi kerajaan melihat perkara yang membebankan rakyat.
"Saya dah katakan dulu, perlu prihatin terhadap masalah rakyat. Rakyat marah kerana rasakan yang menteri tak prihatin masalah mereka," katanya.

‘Next election would be stolen if EC creates new seats’

Bersih want amendments done to the Constitution before EC's redelineation exercise begins.

KUALA LUMPUR: The Election Commission (EC) is scheduled to begin the redelineation exercise in March and election reform watchdog, Bersih 2.0 fears that it will be a one-sided affair again.
Bersih is against the redelinenation exercise being conducted without the amending of Article 46 of the 13th schedule in the Federal Constitution, which determines the number of parliamentary seats.
“If the EC starts the redelineation exercise without amending Article 46, Bersih will file a court injunction to stop the exercise. We will hold them accountable,” said former Bersih steering committee member, Wong Chin Huat.
He said this in reaction to EC chairman Abdul Aziz Mohd Yusof’s statement that the EC is planning to split parliamentary constituencies to ensure that there would only be 100,000 voters for each constituency, as reported in the Chinese newspaper, Sin Chew Daily on Jan 7, 2014.
“Bersih would object to any attempts to increase the number of seats since more seats only benefit BN and Umno.
“The increase would be important to maintain BN’s dominance. Of the 22 new seats in the last exercise 13 were taken by Umno,” said Wong.
He added that in the 13th general election, Umno and PBB jointly held 32% of votes but held 46% seats.
On that note he also warned Pakatan Rakyat not to be taken in by calls to increase the number of seats.

Jangan selesaikan masalah dengan masalah lain, nanti rakyat berselerak

Dulu saya selalu berkata yang apa yang berlaku semuanya bersebab, dan penyebab itulah yang selalu tidak diambil kira apabila bercakap dan membuat analisa terhadap apa yang berlaku pada hari ini. Saya secara peribadi dengan beberapa ramai yag lain, hampir tiga puluh tahun dahulu, bercakap dan berucap dengan panas hati dengan apa yang berlaku semasa itu kerana kami telah mengenal pasti apa yang akan berlaku selepas itu.
Hasilnya setelah tiga puluh tahun berlalu, apa yang kami jeritkan semasa itu sudah menjadi kenyataan. Penyakit yang dihadapi oleh UMNO pada hari ini ibarat penyakit ‘cancer’ penyakit yang hanya akan disedari setakat begitu lama tubuh dan kesihatan kita terbiar. AIDS juga bermula selepas lebih dari dua puluh tahun kuman atau apa-apa penyebabnya menghinggapi tubuh kita.
Apa yang berlaku sekarang dalam UMNO pun begitu. Ia bermula dengan kelalaian pimpinan tiga puluh tahun dahulu kerana semasa itu pimpinan merasa kuat dan melakukan apa sahaja yang boleh untuk kepentingan peribadi pucuk pimpinan semasa itu. Apa yang berlaku hari ini disebabkan kelalaian dan kerakusan pimpinan tiga puluh tahun dahulu. Semasa itu tidak ada siapa yang dikalangan yang berkuasa memikirkan yang kelakuan dan sifat mereka itu akan menjadikan negara seperti yang kita alami sekarang. Semasa itu pemimpin asyik membunuh roh politik negara dengan sibuk berniaga dan menjaga kepentingan perut dan kepentingan keluarga masing-masing.
Semasa itu semua pemimpin bergerak berkumpulan hanya untuk menyokong siapa yang sedang memegang kuasa tanpa memberikan sedikit pemikiran apa yang akan terjadi kepada UMNO jika budaya yang berputik semasa itu tidak dihentikan. Nah, sekarang timbul kembali penyokong kumpulan itu untuk meminta pemimpin yang memulakan masalah kepada UMNO kembali ke Putrajaya untuk membetulkan keadaan.

Bebanan kos, ibu nekad jalan kaki hantar anak ke sekolah

KUALA LUMPUR: Biarpun sesi persekolahan sudah berlalu hampir tiga minggu, masih ramai ibu bapa yang terus terasa terhimpit dengan kos perbelanjaan persekolahan anak mereka.

Rata-rata ibu bapa yang ditemui, berkata dengan perbelanjaan yang semakin meningkat, menjadikan mereka terpaksa berjimat-cermat sementara menantikan gaji bulanan mereka pada hujung bulan ini.

Seorang suri rumah, Habsah Ahmad berkata beliau terpaksa mengambil keputusan menghantar anaknya dengan berjalan kaki ke sekolah setiap pagi, yang berjarak lebih satu kilometer.

Langkah itu katanya boleh menjimatkan sedikit perbelanjaannya berbanding terpaksa membayar tambang bas sekolah yang meningkat tahun ini.

Selain itu, beliau juga terpaksa menghadkan pembelian buku-buku untuk anaknya.

"Seperti biasa, saban tahun kita akan dapat senarai buku-buku yang perlu dibeli. Saya biasanya akan periksa senarai tersebut terlebih dahulu sebab adakalanya tidak semua buku itu digunakan.

Ada juga buku tulis yang tahun lepas yang belum terpakai, jadi saya gugurkan beberapa naskhah.  Terpaksa buat macam tu, kalau tidak banyak yang terpaksa dihabiskan," kata beliau.

Rohaya Arshad (gambar), 35 tahun, pula berkata bagi sesi persekolahan baru ini, beliau menghabiskan kira-kira RM1000 untuk dua anaknya yang bersekolah, tidak termasuk duit belanja yang diberikan kepada anak-anaknya.

"Anak saya bersekolah dua orang. Sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Untuk sekolah kebangsaan sahaja, saya sudah berhabis hampir RM500 untuk buku-buku, walaupun tiada sebarang yuran sekolah dikenakan," cerita beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Selayang, berkata tahun ini beliau terpaksa menumpangkan anaknya ke sekolah bersama jiran, berbanding menaiki van seperti tahun-tahun sebelumnya.

Tambah Rohaya, dengan pelbagai kenaikan kebelakangan ini, beliau tidak mempunyai pillihan lain selain menumpangkan anaknya dengan jiran berdekatan.

SAMM: Ejekan kangkung pada PM sentimen seluruh negara

SHAH ALAM 16 JAN: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membidas kenyataan seorang blogger pro-Umno yang cuba mengaitkan sebuah flashmob parodi kangkung dengan sentimen perkauman.
Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan, berkata tindakan blogger itu hanya mengambil kesempatan dari satu aksi semata-mata, namun tidak melihat dari pelbagai sudut yang lebih menyeluruh.
“Apa yang berlaku dalam negara hari ini ialah, 1Malaysia telah ditindas pemerintah dengan kenaikan kos sara hidup yang tidak terkawal dan tidak ada kaum yang terkecuali.
“Respon daripada menteri pula dilihat kurang bijak dan mendapat kritikan umum,” kata Edy dalam satu kenyataan media.
Beliau berkata, kemuncaknya, lahir parodi disensasikan secara meluas berpunca daripada respon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu majlis di Kemaman.
“Semua kaum di atas nama rakyat Malaysia terlibat dalam menjayakan ‘parodi kangkung’ yang bermula di laman sosial, dan tidak menolak kemungkinan ianya akan diperluas dalam bentuk flashmob yang mana trend ‘kangkung’ ini akhirnya mendapat perhatian dunia,” kata Edy.
Beliau berkata, jika blogger Umno menuduh flashmob berunsur kangkung hanya melibatkan kaum Cina, apakah blogger itu mahu melihat 1Malaysia melakukan ‘flashmob kangkung’ selepas ini.
“Justeru, SAMM bersetuju dengan saranan pelbagai pihak agar kempen #Kangkung1Malaysia dilancarkan bagi mengisi keharmonian kepelbagaian kaum yang bersatu meluahkan perasaan,” katanya.

Anwar: Utusan selayaknya ‘dihukum’ kerana terus memfitnah

utusan fitnah grafikPETALING JAYA 16 JAN: Akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia wajar menerima hukuman setimpal berikutan akhbar itu berterusan melemparkan pelbagai fitnah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) khususnya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, akhbar harian itu mengambil sikap demikian bagi melindungi kepentingan politik Umno-BN dan sekaligus memastikan kelangsungan parti itu terus bertahan tanpa mengambil kira soal maruah, moral dan etika kewartawanan yang sepatutnya dipelihara.
“Memang dah lama terbukti Utusan adalah media fitnah, terus menerus memfitnah dan selayaknya dihukum kerana memang kerja dia untuk terus menerus memfitnah,” kata Anwar ketika ditemui Selangor Kini selepas menghadiri sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.
Mengulas lanjut kemenangan beliau dalam isu saman RM50 juta terhadap Utusan, Anwar menggesa agar pengamal media di negara ini mengamalkan etika kewartawanan yang sihat dengan melaporkan isu sebenar dan menolak politik fitnah bagi menjatuhkan musuh politik mana-mana pihak.
Semalam Mahkamah Rayuan di Putrajaya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelumnya memutuskan bahawa dua artikel yang cuba memberi gambaran kononnya Anwar tidak layak memegang jawatan dan mempunyai pendapat yang berbeza dengan ajaran Islam diterbitkan Utusan Malaysia (M) Sdn Bhd bersifat fitnah.

Luahan Blogger Umno: Bila Umno lupakan kami... KAMI pun nak melupakan Umno

Tun Faisal, Yuseri dan beberapa sahabat...

Memang dah jadi lumrah Umno bila kita sudah tidak diperlukan lagi maka kebajikan kita juga tidak akan dipedulikan lagi oleh mereka. Tapi ini bukan bermakna tanpa Umno mengambil tahu KAMI semua akan mati kebulur tak makan. Dah alang alang orang tak peduli.. pi mampuih lah dengan diaorang!!!

Jadi malam tadi aku, Tun Faisal, Yuseri dan beberapa teman "keyboard writers" (kami dah meluat dengar diri kami dipanggil Pejuang Maya Umno atau apa saja gelaran tok nenek yang diberi pemimpin selama ini) berbincang bagaimana untuk meneruskan kelangsungan hidup kami semua dan rakan rakan yang senasib dengan kami.

ANAK MELAYU UMNO: FILEM ANAK ROSMAH 'CENSORED' 45 MINIT!!!

Inikah yg di ajar dalam WASATIYYAH-NAJIB.. Klu yg bikin movie tu bukan Islam mmg x heran... TAPI ANAK meLAYU UMNO, ANAK ROSMAH, ANAK TIRI NAJIB... "HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU.. TIPU MELAYU"


Rafizi: Subsidi cara terbaik agih kekayaan negara kepada rakyat

rafizi ramli 
SHAH ALAM - Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli hari ini menyifatkan pemberian subsidi adalah kaedah terbaik kerajaan untuk mengagihkan kekayaan negara, sekali gus dapat membantu meringankan beban rakyat.

Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan menjelaskan, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memulangkan semula hasil kekayaan negara kepada rakyat yang menjadi tulang belakang dalam pertumbuhan ekonomi negara.

“Hasil pendapatan negara meningkat  sebanyak tiga kali ganda sepanjang tempoh sepuluh tahun ini.

“… bagi saya ianya perlu diagihkan kepada rakyat… rakyat berhak mendapat hasil tersebut.

"Oleh itu kaedah yang terbaik adalah menerusi pemberian subsidi, kerana semua akan dapat, Insya-ALLAH ekonomi rakyat bertambah baik,” katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta menggulas kenyataan pakar ekonomi dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharudin mengenai tindakan kerajaan yang asalnya berjanji untuk memberi subsidi kepada rakyat, kemudiannya memansuhkannya semula, sekali gus membawa ‘bencana’ kepada rakyat.

Subsidi mula dikurangkan setelah perdana menteri memperkenalkan program rasionalisasi subsidi yang dimulakan pada 2010 dengan mengurangkan subsidi bahan bakar.

Pengendali laman sosial fitnah isu Giat Mara akan disaman

IMG_1066aSELAYANG 16 JAN : Blogger dan pengendali laman sosial ‘Facebook’ pro Umno diminta untuk menarik balik kenyataan fitnah berhubung isu penutupan Pusat Latihan Kemahiran Giat MARA Selayang atau terpaksa berdepan tindakan saman.
Ahli Parlimen Selayang, William Leong, berkata kenyataan yang dikeluarkan kedua-dua pihak yang mengaitkan dirinya dengan penutupan pusat latihan berkenaan adalah tidak benar sama sekali serta bersifat jahat.
Jelasnya, sebagai ahli parlimen, beliau tidak mencampuri sebarang urusan berkaitan Pusat Latihan Kemahiran Giat MARA yang didirikan di atas tanah milik Kerajaan Negeri.
“Saya tidak mengetahui mengenai isu ini sehingga ianya dikeluarkan di media massa, lalu saya menghubungi Exco Negeri untuk penjelasan.
“Apa yang berlaku ialah keadaan pusat latihan ini didapati tidak memuaskan oleh penilaian ‘Task Force’ yang ditubuhkan Kerajaan Negeri, kerana itu notis dikeluarkan,” kata William dalam satu sidang media di pejabatnya di sini.
Sehubungan itu, beliau menggesa kedua-duanya iaitu blogger ‘Pahangku Media’ dan pengendali laman ‘Facebook’ Boikot Barangan Cina DAP untuk menarik balik kenyataan fitnah itu.

'Elak dijadi alat adu domba Islam dan bukan Islam'

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad menggesa Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa supaya mengelak organisasi itu daripada menjadi alat untuk mengadu domba di antara orang Islam dan bukan Islam di negeri Selangor.

Menurut Khalid, rampasan Bible berbahasa Melayu dari pejabat Persatuan Bible Malaysia (BSM) baru-baru ini atas alasan menyekat agama Kristian daripada disebarkan kepada orang Islam adalah tidak kukuh.

Menurutnya, pihak MAIS tidak pernah mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong alasan itu dalam serbuan baru-baru ini termasuklah sejak serbuan ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church (DUMC) pada tahun 2011 lagi.

"Ia (Bible) bukan dirampas sewaktu ia diedar kepada orang Melayu Islam.

"Ia dirampas sewaktu ia disimpan dalam pejabat orang Kristian.

"Kes DUMC pun takda bukti penyebaran agama Kristian kepada orang Islam," kata Khalid Samad dalam satu sidang medianya petang ini.

Khalid berharap agar MAIS kekal sebagai sebuah institusi negeri yang tidak bersifat politik dalam tindakannya.

"Saya harap biarlah MAIS di atas daripada politik seperti sepatutnya," kata Khalid.

'Mengapa sekarang Umno bantah gereja Tg Karang?'

PAS hari ini mempersoalkan niat sebenar Umno membantah pembinaan gereja Methodist di Tanjung Karang apabila mengambil kira sejarah penjualan tapak gereja yang berlaku sewaktu Selangor diperintah Umno dan BN sekitar tahun 80-an.

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam satu sidang medianya petang ini berkata, bersikap hipokrit apabila pada satu waktu dahulu membenarkan urusniaga itu yang jelas untuk tujuan pembinaan gereja tetapi kini membantahnya pula.

Beliau merujuk kepada demo Umno Tanjung Karang yang membantah pembinaan Gereja Methodist di Lot 178 Taman Tanjung Karang, pada 9 Januari lalu.

"Kini, mereka jadikannya satu isu nak tunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat ini berikan tanah kepada orang bukan Islam untuk bina gereja.

"Tanah ini tanah untuk gereja sejak 80-an," kata Khalid. Hadir sama pada sidang media petang ini adalah Naib Yang Dipertua PAS Tanjung Karang, Misran Serman.

Menurut Khalid lagi, hasil carian dengan pejabat tanah dan daerah mendapati Lot 178 di mukim Tanjung Karang itu dijual oleh pemilik asalnya kepada Setiausaha Majlis Pemegang Amanah (Malaysia Barat) Gereja Methodist Malaysia untuk tujuan pembinaan gereja pada tahun 26 April 1982.

Dalam Tekanan: Pemuda Umno Terengganu beri amaran jangan main isu kangkung..!!

Pergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta semua pihak agar segera berhenti mempolitikkan isu sayur kangkung dalam semua saluran media.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar, mereka berkata, Pemuda sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja untuk mempertahankan pemimpin negara daripada dihina dan dikotak-katikkan.
"Pergerakan Pemuda Umno negeri ingin memberi amaran agar tidak lagi melakukan penghinaan kepada pemimpin negara atau mereka perlu berdepan dengan Pemuda Umno jika masih berdegil," kata kenyataan itu.
Kangkung menjadi bahan untuk mempermainkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga ke seluruh dunia apabila BBC London juga melaporkan perkara ini.
Najib membuat kenyataan baru-baru ini berkenaan harga kangkung yang turun dan meminta rakyat agar memuji kerajaan.

Pusat Giat MARA: Adun Taman Templer mual dengan sikap hipokrit Umno

KUALA LUMPUR:  Ahli Dewan Negeri (Adun) Taman Templer, Zaidy Abdul Talib merasa mual dengan sikap pemimpin Umno negeri yang berlakon sebagai jaguh Melayu tetapi membiarkan pusat latihan Giat MARA di Selayang dibina di atas tanah tidak sah status  sejak puluhan tahun dan beroperasi dalam keadaan serba kekurangan.
"Saya minta kepada Umno supaya berhenti hipokrit dalam memperjuangkan bangsa dan agama seperti mana yang mereka laung-laungkan tetapi buktikanlah dengan tindakan walaupun saya memang meragui akan keikhlasan dan keupayaan mereka," tegas beliau selepas mengada lawatan ke Pusat Giat Mara Selayang, pagi tadi.
Zaidy mengulas kecaman pemimpin Umno negeri terhadap kerajaan negeri khususnya Pejabat Tanah dan Daerah Gombak yang didakwa memberi notis arahan penutupan kepada pusat latihan itu.
Menurut beliau, kunjungan anggota Exco Kerajaan Negeri, Ean Yong Hian Wah ke pusat latihan itu tempoh hari  adalah antara siri lawatan kerajaan negeri untuk mengenal pasti tanah-tanah kerajaan yang diduduki secara tidak sah di negeri Selangor termasuklah Pusat Giat Mara Selayang.
Lawatan Zaidy yang juga Yang Dipertua PAS Selayang  ke Pusat Giat Mara Selayang disambut mesra pihak pengurusan dan guru bertugas.

Isu kangkung dikaitkan dengan perkauman pula, Umno makin terdesak kini..!!

 
Selepas pelbagai parodi, jenaka dan ejekan, sensasi kenyataan 'kangkung' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dikaitkan dengan isu kaum pula.

Penulis blog pro-Umno terkenal Dr Novandri Hassan Basri (kanan) hari ini menyelar tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lee Khai Loon yang tampil dengan flashmob memperolokkan kenyataan Najib itu.

Lee bersama sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat sebelum ini berkumpul di Bukit Mertajam dengan replika besar muka Najib yang disumbat mulutnya dengan 10kg kangkung sebagai tanda bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup.

Bagaimanapun, selepas ejekan besar-besaran di alam maya, termasuk dilaporkan media antarabangsa seperti BBC, tindakan itu nampaknya mengundang kemarahan penyokong BN.

“Cina Pakatan pembangkang semakin melampau dan kurang ajar nampaknya,” tulis Dr Novandri dalam tulisannya Dr Mim hari ini.

“Ini yang dilakukan oleh PKR di Machang Bubuk, Pulau Pinang yang menghina DS Najib Razak, perdana menteri Malaysia secara terbuka dengan menyumbat kangkung ke mulut replika perdana menteri!”

Dr Novandri berkata, langkah itu menggambarkan “kerendahan moral mencerminkan bangsa yang seperti tidak berpelajaran, malah berkelakuan seperti kanak-kanak”

“Nampaknya, pakatan pembangkang sengaja mahu menguji kesabaran penyokong-penyokong BN. And it's not funny anymore. (Dan ia tidak lagi lucu.)”

Laporan BBC (UK) 'Kangkung'-Najib & BARANG NAIK (BN)


MCMC denies censoring BBC report on Najib's 'kangkung'



Anwar Ibrahim: Jais's Action Not Mindful Of Sensitivities Of Other Religions

Orang Asli dan Alam sekitar dianaktirikan

Electoral Dynamics in Malaysia book launch

Anwar Ibrahim: MCA, Perlu Jawab Soal PKFZ Dulu

Kalimah Allah: Pendirian Pakatan tak ubah sejak 2010, kata Anwar

Anwar Ibrahim: Pakatan Rakyat Telah Buat Kenyataan Yang Cukup Tegas & Jelas Dalam Isu Allah

Air: Pertahankan hak rakyat

Sedarlah rakyat beban inflasi terus bertambah

Anwar: K'jaan perdaya rakyat kononnya subsidi perlu dihapus

Kangkung: 'Ejek PM bermakna anda ejek diri sendiri' - Pengerusi PAC

Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed menganggap mereka yang mengejek Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan lawak 'kangkung' sebagai mengejek diri sendiri.

Beliau berkata terdapat batasan antara mengejek dan berjenaka yang boleh menjatuhkan imej negara.

"Jangan fokus perkara kecil, lihat secara penuh (ucapan PM)... orang di sini ambil mengenai kangkung dan siarkan di media sosial.

"Adakah anda sedar anda mengejek pemimpin negara ini? Ia bermakna anda mengejek diri sendiri.

'Alasan global potong subsidi rakyat mengelirukan'

 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan mengelirukan masyarakat awam berhubung keperluan pemotongan subsidi sedangkan harga komoditi jatuh di seluruh dunia.

Sambil menambah keperitan itu akan membawa ke arah inflasi keseluruhan, beliau berkata, pemotongan subsidi petrol dan gula dibuat tidak kena pada masanya.

“Alasan bahawa harga mesti diselaraskan dengan pasaran dunia mengelirukan,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Anwar berkata, harga minyak minta turun kepada AS$106.80 pada 2014 berbanding AS$111 setong pada 2012.

Sebaliknya, dalam tempoh sama, harga purata petrol seliter naik daripada RM1.90 kepada RM2.10.

Begitu juga dengan harga gula yang jatuh kepada AS$15.5 satu paun daripada 21.6sen antara 2012-14.

Di Malaysia pula, harganya naik daripada RM2.50-RM2.84 dalam tempoh yang sama.

MDKT NAIKKAN KADAR SEWA GERAI SEHINGGA 700 PERATUS SAMPAI RAMAI PENIAGA GULUNG TIKAR!

Betullah apa yang dilemparkan selama ini oleh juak-juak UMNO betapa zalim dan tidak berhati perutnya kerajaan-kerajaan negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat terutamanya DAP.

Terkini kisah para peniaga di gerai setara Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) di Jalan Johor- Kota Tinggi yang suram muram dan tidak berseri berikutan hampir kesemua peniaga menutup gerai/kedai kerana tidak mampu membayar sewa yang naik sehingga 700 peratus ( tujuh ratus peratus ).

Difahamkan kesemua peniaga itu warga Bani Melayu yang menyokong padu abadi UMNO selama ini.

Nasib baik Johor masih diperintah oleh UMNO/BN jika tidak tidak tahulah nasib para peniaga Bani Melayu kita... Oppss .. di Kota Tinggi bukankah salah sebuah daerah di negeri Johor .. Jadi siapa yang zalim dan menindas peniaga Melayu ni??????


Pemuda UMNO,Perkasa, Pekida, Jati, Pesilat,  Pesaka, Belia 4B, GPMS dan PPIM tidak berhajat nak mengamuk buat demo ke? .. Nape?.. takut di fatwakan bughah???? .. Cakap akan pertahankan Ketuanan Melayu.

Taib berundur, Umno masuk Sarawak?

Taib kemungkinan besar akan berundur pada 28 Februari depan dan semenjak itu ia menjadi perbualan awam.

KUCHING: Spekulasi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan berundur tidak lama lagi bertiup kencang dan menjadi bualan penduduk Sarawak.
Pengganti Taib amat dinantikan sejak dahulu dan sehingga kini calon tersebut belum muncul tetapi ketakutan besar rakyat Sarawak ialah pengunduran Taib menjadi laluan United Malay National Organizations (Umno) bertapak di negeri ini.
Pengguna Facebook dan orang awam yang ditemui memberi pelbagai reaksi mengenai hal ini.
“Harap-harap orang Sarawak tidak ikut jejak Sabah… Umno dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkasa harus dihalang habis-habisan,” ujar Hafiz Abdullah
Adam Patrick pula menambah :”Jika Taib berundur alamatnya Umno akan masuk Sarawak.”
Akhbar-akhbar tempatan juga memetik bahawa sebelum beliau berundur berkata: “Sebelum saya bersara, kita akan mewujudkan dana supaya dapat disalurkan kepada orang yang memerlukan…”
Aktivis awam, Leslley Kalom dari Miri berkata: “Banyak senarai mungkin antaranya Abang Johari, Awang Tengah, Adenan Satem dan Alfred Jabu tetapi kemungkinannya sukar diramal.”
Lazarus Unang pula berkata: “Jika Abang Johari jadi Ketua Menteri adakah beliau akan memperjuangkan hak Sarawak?”

Kerajaan Pusat patut beri penjelasan peruntukan RM150 juta Program Permata

rosmah-permata-2PETALING JAYA 16 JAN: Kerajaan Pusat digesa memberikan penjelasan berhubung pertindihan fungsi Program Permata dan Kementerian Pelajaran yang menelan belanja besar.
Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin, berkata Kerajaan Pusat juga perlu menjelaskan perbezaan jumlah peruntukan besar diterima program itu bagi 2013 berbanding jumlah dinyatakan dalam Belanjawan 2013.
Katanya, program yang dinaungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor itu menerima peruntukan bagi 2013 sebanyak RM150 juta berbanding hanya RM40.7 juta yang dinyatakan dalam teks belanjawan 2013.
“Setiausaha Bahagian Permata mengeluarkan kenyataan beliau adalah individu bertanggungjawab menjaga dan menguruskan peruntukkan RM150 juta yang disalurkan kerajaan untuk Permata.
“Kenyataan beliau secara tidak langsung mengesahkan peruntukkan program Permata jauh lebih besar daripada peruntukkan dinyatakan dalam belanjawan,” kata Manivanan.

Kangkung, Rosmah dan Rahah

AHMAD LUTFI OTHMAN

Semasa rata-rata masih terasa "penat", khususnya ibu bapa yang terpaksa berbelanja lebih untuk keperluan anak-anak memasuki sesi persekolahan baru 2014, macam-macam kontroversi panas berkaitan agama timbul.

Dalam tulisan minggu lalu, saya menukilkan beberapa reaksi pembaca yang tidak selesa apabila isu sebenar -- kenaikan kos hidup -- seolah-olah mahu ditutup atau disamarkan dengan persoalan lain.

Ada yang bernada emosi, marah-marah sambil mengingatkan agar Harakah jangan terpesong daripada "perjuangan" sebenar, ketika media lain membakar sentimen dan melarikan perhatian umum.

Semangat demonstrasi aman Turun, menuju Dataran Merdeka pada malam tahun baru, yang  menuntut penyelesaian segera punca keresahan rakyat itu, nampaknya seperti cuba dipadamkan.

Sebelum itu, saya berbesar hati untuk merakamkan penghargaan tinggi kepada ibu bapa, sebahagiannya berpendapatan sederhana rendah, yang tetap meletakkan prioriti tinggi kepada kualiti pendidikan agama anak-anak mereka, biarpun terpaksa berbelanja di luar kemampuan.

Mereka bersusah-payah menghantar anak-anak ke sekolah rendah dan menengah agama swasta -- tidak terkecuali maahad tahfiz -- dengan yuran bulanan agak tinggi (walaupun bagi keperluan sekolah berkenaan, ia hanya "cukup makan" menampung keperluan), hanya atas satu keyakinan, yakni memastikan anak-anak diasuh sempurna di bawah sistem pendidikan Rabbani.

Syukur dan terima kasih. Kenyataan sensasi Perdana Menteri, Najib Razak semasa menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, 12 Januari lalu, telah mengembalikan perhatian umum terhadap isu sebenar yang mengasak kehidupan rakyat.

Laman sosial meriah sekali apabila dipenuhi posting yang begitu menarik dan menghiburkan. Mereka mengulas kenyataan Najib mengenai penurunan harga kangkung secara kreatif sekali.

Malah, ucapannya itu "diolah" seperti lirik sebuah lagu yang menyenangkan, ditambah pengulangan yang mengundang ketawa berpanjangan.

"Eloklah hang tengok video Najib itu, lega sikit stress dan boleh kurangkan serabut di kepala," usik seorang rakan selepas menyedari saya terlambat mengikuti "video kangkung" itu.

Kangkung : Patutlah Macai Dan Blogger Pro UMNO Tak Melawan.. Ada Krisis Hebat Rupanya.. Tak Masyukkk..!!

Akhirnya aku temui juga sebab mengapa Blogger-blogger UMNO yang punya nama dan pengaruh langsung tidak melawan serangan dari pihak Blogger-blogger Pakatan Rakyat dalam isu Najib dan Kangkung ini..

Jawapannya aku temui setelah semalaman melayari Blog-blog Pro UMNO dan aku temuinya dalam satu blog Pro UMNO yang paling aku suka baca The Unspinner..

The Unspinner dalam penulisannya telah mendedahkan sebab mengapa Blogger-blogger Pro UMNO yang ternama nampak tidak bermaya dalam menangkis isu ini..

Ini sebahagian dari apa yang ditulisnya... 


Dato Kadir Jasin di SINI memberi nasihat kepada blogger-blogger pro-UMNO supaya tangani isu dan bukan menyerang pembawa berita atau isu. 
Memang diperakui bahawa serang peribadi tidak membawa hasil politik kepada BN kerana mereka yang bermoral rendah atau hipokrit politik belah sana pandai memainkan isu yang rakyat mahu dengar. 
Namun cara menangani agak berbeza antara seorang veteran dalam dunia media tradisional dan pengamal blog peribadi. 
Kadir juga ada menyebut akan pandangan Ibdil yang disambut sokong oleh rakan factionnya yang bernama Wenger J Khairy. 
Walaupun ada keselarian pandangan dengan Kadir Jasin. Ibdil tak layak dan tidak ada track record untuk memberi pandangan sedemikian. 

Kangkung Oh Kangkung

Aishah

 

Kangkung pada tahun ini lebih popular berbanding sayur-sayur seperti sawi, bayam dan kobis. Berdasarkan carian di Yahoo, Google mahupun Bing, pastilah sayur jenis ini dikaitkan dengan resepi, manfaat, dan lain-lain. Jarang sekali kangkung mendapat perhatian meluas kecuali setelah diangkat martabatnya oleh Perdana Menteri Najib dalam ucapannya baru-baru ini. Kangkung kelihatannya telah menempati status yang tinggi setelah prestasinya merudum gara-gara budak meninggal kerana batang kangkung yang dimakan mengandungi lintah yang kemudiannya membiak dalam perut kanak-kanak itu.
googlekangkung

Sayur yang mengandungi banyak vitamin A, B, C dan K ini sedap jika dimasak tumis. Manfaat kangkung antaranya mengurangi haid, keputihan di faraj, mual bagi ibu hamil dan melancarkan air mani. Sudah tentu ini tiada kaitan dengan prestasi kehidupan seks (rujuk sini http://beta.malaysiakini.com/news/245025 Pengambilan gula berlebihan boleh menjejaskan kehidupan seks seseorang)! Mujur juga naik turun barang tidak dikaitkan sekali lagi dengan ketetapan Allah (sebagai Melayu Islam dan bukan penduduk Pulau Pinang, saya dibenarkan menyebut kata ini.).

Serah Bible yang dirampas, kata Anwar kesal Umno pertahan Allah tetapi amal rasuah

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan cara Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) dan mahu Bible yang dirampas diserahkan balik.
"Serahkan ia kembali," kata Anwar dalam sidang medianya hari ini merujuk kepada lebih 300 naskah Bible dalam Bahasa Malaysia dan Iban yang dirampas dalam serbuan itu,
Anwar tidak mempersoalkan kuasa yang dimiliki badan agama tersebut sebaliknya menegaskan serbuan tersebut sebagai tidak menjaga sensitiviti masyarakat berbilang agama di Malaysia.
"Saya tidak persoal tugas Jais untuk menyoal, menyiasat ataupun memanggil individu untuk memberi penjelasan.
"Apa yang saya pertikaikan adalah kaedah yang diambil dalam menangani isu tersebut yang tidak menjaga sensitiviti," terangnya lagi.
Namun Anwar dengan tegas mengkritik Umno yang hanya bersungguh mempertahankan nama Allah tetapi melanggar segala larangan Allah termasuk mengamalkan rasuah.
"Bagi saya untuk gunakan agama pada ketika kamu menyokong semua amalan rasuah, perkauman, ketakadilan, ketirisan bilion ringgit, tapi tiba-tiba kamu kata pertahankan Allah," kata Anwar dalam sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini.
"Pertahan Allah bermaksud pertahan keadilan, yakni makruf dan ketelusan dan bukan menyokong ketakadilan dan rasuah," tambahnya lagi.
Anwar juga membidas sikap segelintir pemimpin yang mengganggap isu kalimah Allah adalah ancaman pihak Kristian yang bertujuan untuk memurtadkan penganut Muslim di Malaysia.
"Wujud kempen besar-besaran oleh Umno menuduh Anwar dan Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) kononnya sah dan mereka menyerahkan Allah kepada Kristian... ini adalah mengelirukan.
"Saya percaya jika kita meneruskan penerangan secara berkesan, kita boleh menyakinkan ramai Muslim bahawa perkara ini bukan ancaman dan bertentangan dengan kepercayaan mereka," terang Anwar lagi.

83 tahun Sekolah Agama Kg Raja, Pagoh tiada kelas

83 tahun sekolah tiada kelas 
 Murid Sekolah Agama Kampung Raja, Pagoh beratur menunggu giliran untuk menggunakan kelas
 
MUAR – Murid Sekolah Agama Kampung Raja, Pagoh, terpaksa belajar dalam keadaan kurang selesa kerana terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Raja sejak 83 tahun lalu.

Situasi itu menimbulkan rintihan ramai ibu bapa yang mahu anak mereka belajar di sekolah agama dengan bangunan sendiri.
Susulan itu, pihak berkenaan bertindak membina bangunan baru sekolah itu pada jarak 0.5 kilometer daripada SK Kampung Raja.
Malangnya, bangunan yang dibina pada 2008 dengan anggaran kos lebih RM1 juta tersebut terbengkalai meskipun pembinaannya telah siap 90 peratus.

Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Kampung Raja, Azman Hashim berkata, bangunan dua tingkat yang mempunyai empat bilik itu sepatutnya boleh digunakan setahun lalu.

“Kita kenal pasti projek ini terbengkalai kerana pendawaian dan jalan utama masuk ke sekolah masih belum disiapkan.

“Masalah jalan masuk utama pula disebabkan pemaju tidak mengikut spesifikasi yang betul. Pintu utama sekolah itu berdepan kebun kelapa sawit penduduk dan untuk membuat jalan perlukan kebenaran serta pampasan,” katanya.

Apa guna JK Khas jika masih kekal dasar monopoli - Anwar

PETALING JAYA: Penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet dalam mengekang kenaikan harga barang tidak mampu menyelesaikan bebanan hidup rakyat jika dasar monopoli gagal dimansuhkan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, kegagalan kerajaan memansuhkan monopoli itu menyebabkan persaingan harga tidak dapat dilaksanakan.

Malah jelasnya, mereka yang menguasai sektor pembekalan barang keperluan akan menaikan harga mengikut kehendak mereka sendiri.

"Untuk apa penubuhan jawatankuasa tersebut sedangkan kerajaan masih lagi tidak mahu memansuhkan monopoli yang ada sekarang.

"Kita lihat seperti gula siapa monopoli dan apa berlaku kepada harga gula sekarang, jika dasar ini dimansuhkan pasti wujud persaingan harga dan yang dapat untung adalah rakyat.

"Bagi kami dari Pakatan Rakyat ia tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat secara keseluruhan," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi ini.

Menurut beliau, kerajaan perlu mempunyai dasar tersebut jika betul untuk membantu rakyat yang hidup mereka semakin tertekan.

Petisyen pilihan raya DUN Lubuk Merbau ditolak lagi, atas alasan petisyen cacat pula...!!


Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak untuk kali kedua petisyen pilihan raya DUN Lubuk Merbau, Perak, atas alasan teknikal.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli, yang membenarkan bantahan awal oleh responden berkata petisyen yang difailkan Mohd Ridzuan Asit adalah cacat.
"Oleh itu, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes ini," katanya.
Abdul Rahman juga memerintahkan Ridzuan membayar RM30,000 kepada Ahli Dewan Undangan Lubuk Merbau Datuk Siti Salmah Mat Jusak daripada Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya.
Ridzuan, seorang peniaga kecil, berkata beliau akan mengarahkan peguamnya untuk merayu di Mahkamah Persekutuan.
"Peguam saya telah dinafikan daripada berhujah di mahkamah minggu lepas. Keputusan itu menyebabkan saya tidak mempunyai peguam yang cekap untuk berhujah berkenaan perkara teknikal," katanya kepada The Malaysian Insider.
Sebagai pengundi di kawasan pilihan raya itu, Ridzuan telah memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan pilihan raya Mei 5 lalu kerana terdapat unsur rasuah dan bilangan undi rosak yang luar biasa.

KENAIKAN TAHAP INFLASI NEGARA HASIL POLISI KERAJAAN YANG MERUGIKAN RAKYAT


  1. Rakyat Malaysia terus dibebankan oleh kenaikan kos barangan dan sara hidup akibat pengurangan subsidi oleh pihak kerajaan.

  1. Pendekatan yang diambil pihak kerajaan bagi meringankan bebanan kewangannya tidak menjurus kepada pengurangan keborosan perbelanjaan mereka ataupun merawat ketirisan perbelanjaan yang jelasnya semakin membarah setiap tahun.
  1. Sebaliknya, kerajaan lebih gemar menggunapakai langkah-langkah yang menekan rakyat melalui kenaikan harga barang keperluan asas serta penambahan cukai kepada rakyat terbanyak (seperti GST).

  1. Kenaikan kos barangan dan sara hidup boleh dinilai secara kuantitatif melalui kadar inflasi yang diukur melalui Indeks Harga Pengguna, CPI (Consumer Price Index).

  1. Data rasmi Bank Negara menyatakan bahawa kadar inflasi negara berada pada tahap 1.2% pada bulan Disember 2012, seterusnya meningkat hampir setiap bulan sepanjang tahun 2013 kepada 1.3% pada Januari, 1.5% pada Februari, 1.6% pada Mac, 1.7% pada April, 1.8% pada Mei dan Jun dan 2.0% pada Julai 2013.

  1. Menurut Monetary Policy Statement oleh Bank Negara, bertarikh 7 November 2013, CPI rasmi terkini di Malaysia telah melonjak kepada 2.6% pada bulan September 2013 berbanding 1.9% pada bulan Ogos 2013, rentetan daripada pengurangan subsidi petrol sebanyak 20 sen/liter dan kenaikan harga barang makanan.

  1. Berdasarkan anggaran terkini oleh Trading Economics, kadar inflasi untuk bulan Oktober 2013 terus meningkat kepada 2.8% dan November 2013 pada 2.9%. Ini menunjukkan bahawa kadar inflasi di Malaysia telah melonjak sebanyak 2.4 kali hanya dalam masa setahun (1.2% Disember 2012 kepada 2.9% November 2013)!

  1. Rakyat harus sedar bahawa bebanan ini dijangka akan terus bertambah apabila kerajaan melasanakan program pengurangan subsidi serta GST pada masa hadapan.

  1. Kenaikan kadar inflasi yang berterusan bakal merugikan negara, terutama sekali apabila kadar inflasi naik lebih tinggi daripada kadar pertambahan pendapatan rakyat. Kerugian ini bakal menjadi kenyataan apabila rakyat terpaksa merubah gaya hidup kepada alternatif yang lebih murah secara berkekalan. Ini akan mengakibatkan penguncupan pendapatan kepada para peniaga yang akhirnya mengakibatkan penguncupan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) negara.

Appendix : 16 Januari 2014

Perbandingan harga komoditi

Tahun
Harga purata minyak mentah dunia (USD/barrel)
Harga purata di Malaysia (RM/liter)
2012
111.65
1.90
2013
108.70
2.00
Januari 2014
106.80
2.10

Tahun
Harga purata gula mentah dunia (USD/pound)
Harga purata di Malaysia (RM/kg)
2012
0.216
2.50
2013
0.175
2.67
Januari 2014
0.152
2.84


CPI and Individual Components (% D y-o-y)
Weight
Dec-12
Jan-13
Feb-13
Mar-13
Apr-13
May-13
Jun-13
Jul-13
Aug-13
Sep-13
CPI (2010 = 100)
100.0
1.2
1.3
1.5
1.6
1.7
1.8
1.8
2.0
1.9
2.6
Food and non-alcoholic beverages
30.3
2.0
2.2
3.3
3.3
3.8
3.5
3.2
3.9
3.6
3.9
Alcoholic beverages and tobacco
2.2
1.9
2.0
2.0
2.0
2.0
1.9
4.2
4.2
4.1
4.5
Clothing and footwear
3.4
(1.0)
(0.5)
(1.2)
(0.5)
(0.7)
(0.7)
(0.6)
(0.8)
(0.4)
(0.5)
Housing, water, electricity, gas & other
22.6
1.5
1.4
1.3
1.3
1.3
2.0
2.0
1.9
1.8
1.8
Furnishings, household equipment
4.1
1.6
1.7
1.5
1.7
1.7
1.5
1.6
1.6
1.4
1.3
Health
1.3
2.1
2.0
1.9
1.9
2.1
2.2
1.9
1.8
1.9
1.7
Transport
14.9
0.4
0.4
0.4
1.0
0.6
0.4
0.3
0.9
0.6
4.6
Communication
5.7
(0.6)
(0.8)
(0.7)
(0.7)
(0.7)
(0.7)
(0.7)
(0.7)
(0.7)
(0.6)
Recreation services and culture
4.6
(0.1)
(0.1)
(0.2)
0.0
(0.1)
(0.2)
(0.2)
(0.3)
(0.1)
(0.1)
Education
1.4
1.6
1.8
2.2
2.2
2.1
2.3
2.5
2.6
2.6
2.6
Restaurant and hotels
3.2
2.2
2.1
2.2
2.3
2.3
2.3
2.2
2.1
2.4
2.5
Miscellaneous goods and services
6.3
1.0
1.7
1.2
1.2
1.0
0.4
0.0
(0.6)
0.3
0.0
Source: DOSM
ANWAR IBRAHIM

SKMM nafi arah ISP sekat laporan 'kangkung' Najib oleh BBC

Ridiculist: Marketing stunts take scary turn

Makna Kafir Zindiq - Ustaz Azhar Idrus

Mencuri Masa Kanak-kanak - Ustaz Azhar Idrus

Akad Nikah Bagi Orang BISU - Ustaz Azhar Idrus

Dapat Kerja Dengan SIJIL BELI - Ustaz Azhar Idrus

Apa Gunanya Ada Menteri Kalau Tak Dapat Bantu Rakyat

 
 



Kos sara hidup: Melayu terbeban tapi Umno makin mantap

Kenaikan harga barang kurang dirasai orang Melayu luar bandar 

Majoriti orang Melayu/Bumiputera  masih dalam kategori miskin. Lebih daripada separuh pendapatan bolehguna dibelanjakan untuk membeli makanan. Jika keluarga besar, melebihi lima anggota, perbelanjaan untuk makanan lebih tinggi.
Kesannya  kadar tabungan orang Melayu begitu rendah atau kosong berbanding dengan kaum lain di negara ini.Sungguhpun begitu, kenaikan harga barang-barang keperluan, kurang dirasai orang Melayu yang menetap di kampung dan desa. Barang makanan masih murah dan  senang didapati.
Tanah untuk berkebun masih luas untuk bercucuk tanam atau menternak ayam, kambing atau lembu.  Jika menetap ditepi laut atau sungai, mereka menjadi nelayan. Makanya soal harga makanan naik atau turun, orang kampung tak heboh dan tidak menjadi isu kepada mereka.
Bila kerajaan lancarkan program ekonomi untuk orang Melayu dengan menggalakkan penghijrahan  ke bandar, harapan pada ketika itu ingin melihat  perniagaan dan pemilikan kedai-kedai di bandar bukan lagi milik eksklusif kaum Cina. Pemimpin harapkan ada toko perniagaan atau kedai runcit milik peniaga Melayu.
Malangnya ia tidak berlaku seperti yang dirancang. Berbilion dana diberikan untuk program DEB tapi orang Melayu tidak berani bersaing dengan orang Cina dalam perniagaan. Sebaliknya orang Melayu mencari tanah-tanah kosong di bandar dan membina rumah seperti di kampung. Kawasan ini sesak, kotor, tiada sistem pembuangan najis yang teratur dan tiada bekalan air dan letrik. Kawasan setinggan tumbuh bagai cendawan dimusim hujan.
Tidak dinafikan ada di kalangan orang Melayu yang berhijrah awal 70an atau 80an telah berjaya jadi jutawan atas usaha sendiri, tetapi bilangannya terlalu sedikit berbanding dengan yang masih hidup merempat sebagai pekerja kilang, buruh kasar atau peniaga kecil-kecilan.

Kompas: PM Malaysia Tersandung Pernyataan soal "Kangkung"

KUALA LUMPUR, RABU — Perdana Menteri Malaysia Najib Razak menjadi bulan-bulanan ledekan warganya di media sosial internet dalam beberapa hari terakhir setelah berkomentar soal harga kangkung. Dalam sebuah pidato, Najib mengeluhkan mengapa rakyat tidak berterima kasih kepada pemerintah karena harga kangkung turun.

Begitu video rekaman pidato tersebut diunggah ke Youtube, hari Minggu lalu, para aktivis internet di Malaysia mulai membuat lelucon dan sindiran terhadap isi pidato tersebut. Seorang pengguna mengunggah foto desain kaus bertuliskan ”Keep Calm and Eat Kangkung”.

Sebagian pengguna lain membuat akun ”Hari Kangkung Sedunia” di Facebook dan membuat berbagai video atau foto parodi soal kangkung.

”Hari ini harga kangkung turun. Bila turun, kenapa tidak memuji pemerintah? Saat (harga) naik, pemerintah dipersalahkan. Itu tidak adil,” ujar Najib dalam rekaman video pidato tersebut.

Menurut kantor berita Bernama, pidato PM Najib itu disampaikan untuk menjelaskan kenaikan harga barang-barang di Malaysia belakangan ini. Ia berpidato dalam acara pemberian bantuan kepada korban banjir di Kemaman, Negara Bagian Terengganu, Minggu.

Pernyataan Najib ini dianggap tak sensitif di saat rakyat Malaysia mengeluhkan kenaikan harga barang-barang kebutuhan pokok. Rabu (15/1), Wakil PM Malaysia Muhyiddin Yassin mengumumkan pembentukan komisi khusus untuk menangani kenaikan biaya hidup dan harga barang-barang tersebut. (BBC/DHF)

Editor : Egidius Patnistik
Sumber: KOMPAS CETAK

SKMM nafi sekat ISP 'kangkung'

 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan bahawa arahan telah dikeluarkan kepada penyedia perkhidmatan Internet (ISP) supaya menyekat sebuah artikel di lamanweb BBC mengenai kangkung yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Merujuk kepada artikel bertajuk “#BBCtrending: Be careful what you
say about spinach”, Ketua Komunikasi Korporat SKMM, Sheikh Raffie Abdul Rahman (kanan) berkata ia tidak dapat diakses mungkin kerana beberapa sebab, termasuk lebih bebanan kerana terlalu ramai pengguna internet cuba mengakses artikel itu pada masa yang sama.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Sheikh Raffie berkata, SKMM tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada ISP atau mana-mana pihak untuk menyeka artikel itu.

Bagaimanapun, beliau "tidak pasti" sama ada ISP telah menyekat sendiri artikel itu tanpa pengakuan pihak berkuasa itu.

Artikel tersebut "tidak lagi disekat" pada jam 11.51 pagi ini selepas pelbagai laporan berita dan aduan daripada warga siber memenuhi beberapa forum dalam talian sejak malam tadi.

Murtad kerana kemiskinan, bukan kerana ‘Allah’

Jawhar digesa mengurangkan birokrasi dalam urusan pengagihan wang zakat selaras dengan semangat maqasid syariah. 

PETALING JAYA:  Seorang pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin mendakwa bahawa umat Islam murtad dan keluar dari ajaran Islam bukan kerana mereka terkeliru dengan penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam.
Ia sebaliknya berlaku kerana individu – individu tersebut dibelenggu oleh kemiskinan. Lebih menghairankan ialah mereka juga tidak mendapat bantuan Pusat Zakat dan jabatan jabatan berkaitan Islam.
“Dakwaan bahawa seseorang itu murtad kerana keliru dengan kalimah Allah adalah kenyataan tidak berfakta.
“Setakat ini tiada laporan menyatakan seseorang murtad kerana keliru dengan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian,” kata Wan Ji yang berkelulusan sarjana dalam bidang maqasid syariah.
“Ada gelandangan Islam masuk Kristian dengan rela hati tanpa dakwah Kristian kerana mudah menerima bantuan gereja,” tambah beliau yang pernah bertemu orang Melayu yang murtad secara rela hati.
“Mereka merasa seolah-olah seperti bola yang ditendang semasa memohon wang zakat,” kata beliau lagi.
Isu kalimah Allah hangat diperkatakan setelah Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan menghentikan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Katolik, The Herald dalam bulan Oktober tahun lalu.

FB Najib dilanda komen kangkung pula...

Laman facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini dilanda dengan begitu banyak komen video yang membicarakan topik 'kangkung'.

Dalam status terkini dalam profail facebook beliau yang berkaitan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan yang dimuat naik 14 Januari lalu, telah diserang dengan video parodi kangkung.

Sebanyak 1,556 komen dimuat naik sehingga pagi ini, kebanyakannya video parodi menyindir tindakan beliau yang didakwa begitu 'bangga' dapat menurunkan harga pasaran kangkung sehingga dirasakan dapat meringgankan beban rakyat.

Antara komen yang begitu ketara menyindir Najib Razak adalah video 'New lenggang kangkung remix ft Najib' yang mana memaparkan klip video Najib berkaraoke dan menari tarian tradisional dalam sebuah majlis rasmi telah diubah dengan mengarapkan beberapa kesan grafik serta berlatarkan lagu Lenggang-lenggang kangkung.

Hikayat seorang ‘raja’ dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa

Mohd Hazmi Mohd Rusli

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan kemunculan seorang individu bernama Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Raja Tuah Shah yang mengaku dirinya sebagai Sultan Melaka yang “diiktiraf” oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Adakah ini suatu petanda Malaysia bakal mempunyai 10 negeri yang bersultan?
SEJARAH MELAKA
Kepulauan Melayu atau Nusantara adalah sebuah kawasan yang terbentang luas dan Semenanjung Melayu terletak di tengah-tengah wilayah ini. Sejak berkurun lamanya, kuasa politik rumpun Melayu tertumpu di Pulau Sumatera menerusi kerajaan Srivijaya dan setelah kejatuhan empayar maritim ini pada kurun ke-12, Nusantara telah berpaksikan kerajaan Majapahit di Pulau Jawa.
Susulan kejatuhan Majapahit pada kurun ke-14, Kesultanan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1400, putera Melayu Hindu yang bersusur galur daripada pemerintah kerajaan Srivijaya yang tidak lagi berkuasa pada ketika itu.
Menerusi pengasasan Melaka, kuasa politik utama di Nusantara beralih dari Pulau Jawa ke Semenanjung Melayu. Melaka berkembang menjadi pusat perdagangan yang terkenal di Asia dan berjaya membentuk sebuah empayar maritim yang masyhur dan disegani.
Kekayaan dan kegemilangan Melaka berterusan selama 110 tahun sebelum empayar ini jatuh tersungkur dibedil Portugis pada tahun 1511. Di dalam ekspedisi kelolaan Alfonso D’ Albuquerque, kedaulatan Melaka telah tersirna dan Sultan Melaka pada ketika itu, Sultan Mahmud Shah, terpaksa melarikan diri untuk membina semula kekuatan empayarnya yang telah runtuh.
Baginda menjadikan Bentan sebagai ibu negerinya yang baru dan telah beberapa kali cuba untuk menyerang Portugis di Melaka. Pada tahun 1526, Portugis memusnahkan Bentan menyebabkan Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri ke Kampar, Riau, Sumatera dan akhirnya, mangkat di sana.
Putera-putera baginda, Raja Alauddin II dan Raja Muzaffar, masing-masing menjadi sultan-sultan di negeri-negeri yang pernah berada di bawah naungan Melaka, yakni, Johor dan Perak. Maka, dengan itu, berakhirlah kedaulatan empayar Melaka yang pernah menjadi titik fokus politik dan ekonomi Nusantara.
MASIH WUJUDKAH SULTAN MELAKA?

Kos Sara Hidup: Jawatankuasa khas bukan penyelesai masalah...rakyat bukan bahan uji kaji pemerintah...!!!

SHAH ALAM - Tindakan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup bukan penyelesaian mengurangkan beban rakyat, sebaliknya membuktikan kerajaan tiada perancangan sebelum melaksanakan sesuatu perkara.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman berkata, kerajaan tidak sepatutnya menjadikan dasarnya sebagai uji kaji yang akhirnya tidak membawakan apa-apa manfaat sama ada untuk rakyat mahupun negara.

“Bila tubuh jawatankuasa ini seperti kerajaan ini ahli bomba, bila ada kebakaran kita akan padam, dan perkara itu berulang-ulang tanpa ada penyelesaian yang baik.

“Apa guna kerajaan yang yang mempunyai begitu ramai menteri kabinet sehinggakan terpaksa menubuhkan jawatankuasa,” katanya kepada Sinar Harian.

Kata beliau, kaedah terbaik bagi menangani kenaikan harga barang bukan dengan tubuhnya jawatan kuasa, tetapi perlu bermula dengan kerjasama antara kementerian.

“Contohnya Kementerian Pertanian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) perlu bergandingan antara satu sama lain mencari kaedah terbaik mengurangkan bebanan kenaikan harga.

Najib's 'KANGKUNG' economics


The price of kangkung has fallen! At least our prime minister has read of such a report in the newspapers.
Suddenly kangkung has become the king of all vegetables in the market, thanks to the government's saving grace. Finally we see hope in the Malaysian economy.
Najib's 'KANGKUNG' economicsSo, Najib talked in elated spirit that while prices of all other items have soared and everyone is pointing his finger at the poor government, at least kangkung is cheaper now and Malaysians should by right be thankful to the government.
Why not?
We have cheap kangkung on our dining tables, every meal of it, and the inflationary pressure seems to have somewhat been relieved. Who knows other stuffs will just follow suit.
From this day on, kangkung will no longer be cooked in the one and only kangkung belacan way. New culinary styles may be developed around kangkung, something like roti kangkung, kangkung spaghetti, kangkung burger... You name it.
The magic veg
Kangkung could as well make it to the rank of our national dish, a perfect manifestation of Malaysia's culinary diversity!
A "kangkung economics" discipline should also be installed at economic schools in our local universities, offering indepth analyses on how the government has successfully brought down the price of kangkung under mounting inflationary pressure, and how the kangkung price has helped mitigate the inflationary pressure and lifted the national economy.

Barang naik: SAMM seru pengguna FB hantar mesej ‘#Kangkung 1 Malaysia’ di FB Najib

SHAH ALAM 16 JAN: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengajak lebih ramai pengguna laman sosial, Facebook menyatakan protes terhadap dasar Kerajaan Pusat yang menyebabkan peningkatan kos sara hidup rakyat dengan menaip mesej ringkas, ‘#Kangkung 1 Malaysia’ di akaun rasmi Facebook Perdana Menteri (PM).
Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan, berkata kempen itu dijalankan sebagai kesinambungan ke atas kesedaran sendiri orang ramai yang terbeban ekoran peningkatan harga perkhidmatan dan barangan keperluan.
“Sebenarnya sekarang pun sudah ramai yang berani menyatakan bantahan secara terus dan berani ke Facebook PM dan ini satu perkembangan baik kerana rakyat semakin berani dan sedar mereka dipermainkan.
“Kalau dahulu mungkin orang ramai teragak-agak untuk menghantar mesej protes di Facebook PM tetapi sekarang tidak lagi, malah ada lebih berani menghamburkan kemarahan secara terbuka, sindiran dan bermacam lagi. Ini berlaku disebabkan hilang rasa hormat bila rakyat mula tertekan.
“Bila semakin tertekan, akhirnya rakyat bukan sahaja berani turun ke jalan raya malah bila tiba masanya dengan sendirinya mereka berani untuk turun berdemo secara aman di Putra Jaya sekalipun,” kata Edy Noor ketika dihubungi Selangor Kini.
Mengulas lanjut, perkembangan isu kos sara hidup ini ditambah burukkan lagi dengan sikap pemimpin BN sendiri yang gemar mengamalkan tabiat suka membazir dan bermewah tatkala rakyat disuruh mengikat perut untuk berjimat cermat.