Isnin, 13 Januari 2014

Selawat Nabi by Ustaz Amal



Salam Maulidur Rasul 2014 : Selawat Nabi



Ya Nabi Salamun Alaika - Raihan (Selawat Nabi SAW)



Sayangi Sunnah Rasulullah - Ustaz Azhar Idrus (TH Filem)



Rakyat Telah Di Kangkungkan Oleh Keluarga Rosmah..!!!


Skandal NFC: Suami Shahrizat saman Nurul Izzah


 KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya hari ini menfailkan saman fitnah terhadap Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkaitan satu kenyataan mengenai pembelian lapan unit kondominimum yang disiarkan oleh sebuah portal televisyen propembangkang.
  
Beliau dan syarikatnya menamakan Nurul Izzah sebagai defendan pertama dan turut menfailkan saman sama terhadap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution sebagai defendan kedua.
  
Mohamad Salleh menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Wan Shahrizal, Hari & Co pada 24 Dis lepas dan media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini ketika kes itu disebut di dalam kamar di hadapan Hakim Datuk Hue Siew Kheng.
  

'Kontraktor & pemaju dalang terbesar rasuah'

 
Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin tampil memperincikan kelemahan MCA dan oleh kerana parti itu tiada apa untuk disumbangkan, maka pemimpinnya digesa mengelakkan sebarang jawatan kabinet.

Dalam isu rasuah, Kadir (kiri) berkata, gesaan MCA supaya kerajaan membanteras amalan rasuah bukanlah perkara baru.

Bekas ketua pengarang New Straits Times itu berkata, tuduhan bahawa penjawat awam terlibat dengan rasuah juga terlalu umum.

“Kepimpinan baru MCA mesti akui bahawa untuk melakukan amalan rasuah, kami perlukan pemberi dan penerima. Siapa yang biasanya memberi?” soal Kadir.

Dalam blognya semalam, beliau berkata, MCA patut menegaskan kepada dewan perdagangan Cina dan persatuan perniagaan Cina supaya menghentikan amalan rasuah.

“Siapa yang tidak tahu bahawa kontraktor dan pemaju menjadi dalang terbesar? MCA patut beritahu mereka supaya berhenti merasuah majlis tempatan, pejabat tanah dan pihak berkuasa.

“MCA dan Gerakan patut berada di barisan depan untuk menghentikan pihak ini daripada mengamalkan rasuah. Kemudian barulah orang ramai akan menerima mereka dengan serius.”

Najib, PM Kangkung Kena Tibai Lumat Dalam Laman Sosial!

Angkara Kangkung - Najib Kena Tibai Kaw-kaw Di Laman Sosial

#kangkung: Ialah kata kunci = perkataan yang mahu ditrendingkan di laman twitter. Adakah kemarahan rakyat Malaysia yang tercetus dari kenyataan Najib menerusi berita baru2 ini akan merealisasikan perkara tersebut?

Rujuk petikan berita Najib berkaitan kangkung. Disini dan disini.

Satu berita pendek. Satu berita yang sama diselitkan dengan unsur2 troll. Yang versi troll dikongsikan sebanyak 5,018 oleh pengguna facebook ketika ini.

Kalau baca di wall facebook pun, rata2 update isu kangkung aje. Maka terkenalnya Najib dengan kangkung2 kesayangan nya selepas neh.

HAHAHA..

Gambar2 trolling kangkung juga mula diilhamkan oleh pengguna2 facebook.

Rujuk ;

Hubungi 1-800-886-800 jika ada aduan harga barang naik...!!!

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek hari ini menyarankan orang ramai supaya menghubungi talian 1-800-8886-800 sekiranya  terdapat aduan mengenai  kenaikan harga barang serta kualiti produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Jelasnya Kementerian KPDNKK akan sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa oleh itu jika ada sebarang aduan mengenai isu peningkatan 'kos sara hidup' pengguna boleh terus membuat laporan kepada KPDNKK.

"Jika timbul isu kenaikkan harga atau timbul tuduhan mengenai barangan yang dijual di KR1M tidak memenuhi standard, pengguna boleh terus menghubungi talian kita iaitu 1-800-886-800.

Rosmah biaya filem anak di Hollywood RM326 juta?

KUALA LUMPUR 13 JAN: Produser filem Hollywood kelahiran Malaysia, Riza Aziz dilapor mencipta nama menerusi kejayaan filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street yang menggondol Anugerah Golden Globes kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan pelakon terkenal, Leonardo DiCaprio.
Bagaimanapun, persoalan timbul berikutan spekulasi media mendakwa filem itu dibiayai ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dipetik Mstar Online, Riza dikatakan enggan mengulas kontroversi yang melanda filemnya yang menelan belanja US$100 juta (RM326 juta) itu termasuk tuduhan sebuah ‘portal pro-pembangkang’ yang mendakwa produser itu mendapat sumbangan kewangan daripada ibunya.
Bagaimanapun, portal MStar tidak menjelaskan portal pembangkang yang dimaksudkan.
Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM 100 juta di New York.
Filem penuh kontroversi itu berdasarkan kisah benar mengenai broker saham Wall Street, Jordan Belfort lakonan DiCaprio yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan.
Filem itu turut membariskan bintang-bintang Hollywood terkenal seperti Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey.

Tembakan premis di Kota Kinabalu mungkin berupa rancangan besar, kata timbalan menteri pertahanan..polis kata angkara budak nakal..jeng..jeng..!!


Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri tidak menolak kemungkinan peristiwa sekumpulan remaja menembak dan memecahkan pintu dan dinding kaca kira-kira 25 premis di sekitar bandar raya ini sebagai “grand design” atau rancangan besar.
Beliau berkata kemungkinan ia bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai memandangkan imej yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan remaja berkenaan memakai penutup muka.
"Mereka tahu apa yang mereka lakukan. Jadi ia mungkin merupakan satu 'grand design' untuk menakut-nakutkan orang. Tetapi nasib baik, sekurang-kurangnya imej mereka dirakam CCTV," katanya kepada pemberita semasa melawat Kem Program Latihan Khidmat Negara Wawasan di Papar, kira-kira 45 kilometer dari Kota Kinabalu hari ini.
Bagaimanapun Abdul Rahim berkata biar pihak polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.
Jumaat lalu, enam orang remaja dalam tiga kumpulan berasingan didapati menembak dan merosakan kira-kira 25 premis di sekitar sini dengan menggunakan senapang angin berpeluru guli dan “ball-bearing”.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata kejadian itu bermula pukul 11.45 malam di kawasan Karamunsing, Sembulan dan Inanam.

SPRM tumpu kepada pencegahan rasuah dalam aktiviti komersil


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil inisiatif untuk memerangi dalam aktiviti komersil di kalangan organisasi, menumpukan kepada tiga aspek – pengesanan, pencegahan dan pendidikan.
Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata inisiatif itu diambil berikutan peningkatan kes penipuan dalam aktiviti komersil terutamanya yang melibatkan projek yang dahulunya milik kerajaan yang telah diberikan kepada entiti swasta.
"Kes penipuan kebanyakannya terjadi berikutan faktor kemanusiaan seperti pemikiran di mana terdapat tanggapan di kalangan sektor korporat bahawa ia adalah sebahagian daripada sektor itu, seperti ia adalah satu budaya.
"Yang kedua, mereka menganggap ia adalah perlakuan yang diterima, amalan biasa, apabila terlibat dalam pemberian dan penerimaan rasuah," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Laporan Kaji Selidik Penipuan dan Rasuah KPMG 2013 di Kuala Lumpur hari ini.
Abu Kassim juga menyentuh tentang isu salah faham dalam kalangan sektor korporat, di mana sesetengah syarikat bagai tidak tahu bahawa memberi rasuah adalah satu kesalahan yang sama serius seperti mereka yang menerimanya.

Pagar Makan Padi: Pasukan petugas khas siasat 60 anggota polis terlibat ubah wang haram, rasuah


Satu pasukan petugas khas ditubuhkan di Jabatan Peguam Negara untuk menyiasat beberapa anggota polis yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan rasuah.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed (gambar) berkata pasukan petugas itu, yang ditubuhkan oleh SPRM dan agensi-agensi lain seperti Bank Negara Malaysia, dipertanggungjawab untuk menyiasat kes itu.
"Setiap kali kami mengendalikan kes berprofil tinggi, kami akan menubuhkan satu pasukan petugas khas. Dan, saya mahu menjelaskan bahawa penyiasatan oleh pasukan petugas khas di Jabatan Peguam Negara melibatkan banyak agensi lain.
"Adalah tidak adil untuk menyatakan hanya SPRM yang berbuat demikian bagi mendapatkan pujian atau sebagainya. Bagi saya, adalah lebih baik memberi kenyataan sewajarnya untuk menjelaskan perkara ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Kaji Selidik Penipuan, Sogokan dan Rasuah KPMG 2013 di Kuala Lumpur hari ini.

Samseng Politik: MIC mahu ahli Umno diambil tindakan kerana tumbuk timbalan menteri

MIC hari ini menggesa tindakan diambil ke atas ahli Umno yang menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan (gambar) dalam satu mesyuarat di Hulu Selangor pada Ahad lalu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pemuda MIC Selangor Shanker Raj Ayanger meluahkan kekesalan yang amat sangat terhadap tindakan biadap ahli Pemuda Umno Hulu Selangor dan menggesa polis campurtangan untuk mengambil tindakan.
“Lelaki ini telah mengundang malu kepada seluruh sayap pemuda Barisan Nasional (BN) dengan apa yang telah dilakukannya. Kepimpinan Umno mesti campurtangan dan mengambil tindakan terhadap ahli tersebut.
“Dia juga mesti diarahkan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Kamalanathan,” katanya.
Insiden tersebut dilaporkan berlaku dalam satu mesyuarat cawangan Umno di Hulu Selangor pada Ahad yang mana Kamalanathan selaku Ahli Parlimen Hulu Selangor turut menghadiri mesyuarat itu.
Timbalan menteri itu dilaporkan dikasari selepas lelaki berkenaan berang kerana Kamalanathan tidak mengendahkan permintaan pertukaran anaknya yang juga merupakan seorang guru dari Johor ke Hulu Selangor.
Ketua Polis Hulu Selangor Supritendan Shukri Yaacob berkata Kamalanathan membuat laporan polis selepas kejadian itu dan polis masih menyiasat.

Tugas PM bukan sahaja pastikan harga kangkung turun....

SHAH ALAM 13 JAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengambil serius isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang kini semakin menghimpit dan bukannya menjadikan kesengsaraan rakyat sebagai satu bahan lawak jenaka.
Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Sahri, berkata Najib juga tidak boleh menghalang rakyat daripada terus menyalahkan Barisan Nasional (BN) dalam isu kenaikan harga barang kerana itu memang hakikatnya.
Kata Yahya, walaupun seringkali tampil dengan alasan dangkal apabila kenaikan harga barang berlaku, BN tidak boleh lari daripada tanggungjawab mereka sebagai kerajaan pemerintah.
Sebelum ini, Najib mempersoalkan apabila sesuatu kenaikan harga barang naik, BN cepat dipersalahkan sedangkan apabila harga barang seperti kangkung turun tiada pula kata-kata pujian diberikan kepada BN.
“Sepatutnya Kerajaan BN harus fikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah agar rakyat tidak terbeban dan terus menanggung kesempitan hidup hingga ada yang berlapar, berjalan kaki ke hospital untuk berjimat, mengumpul duit syiling untuk sekolahkan anak dan sebagainya.
“Kerajaan ada kuasa dan mampu mengawal segala jenis kenaikan ini tetapi malangnya kerajaan yang ada hari ini lebih berminat untuk mengambil remeh isu rakyat dan menjadikannya sebagai lawak jenaka.

Ariel Sharon: Warrior or war criminal?



Laporan kaji selidik rasuah dan penipuan 2013 - SPRM



Protesters amass in Thai capital



Santai Kangkung: Aksi Bomoh Hujan Moden...ha..ha..ha..



Koleksi Trending KANGKUNG 2014























 

Antara 'furadan', 'kencing' dan kangkung......mamai 'menyerap' ke hotak

Kata orang kalau nak bunuh ulat daun kita boleh campur sedikit 'furadan' dan digembur dengan tanah di sekeliling pokok.

Dan hasilnya kita akan tengok pokok membesar dengan daun menghijau jauh dari 'anasir' tak diundang.

Tetapi 'furadan boleh membunuh ala-ala kejamlah jugak. Baru-baru ni satu kolam ikan dalam kolam sahabat habis 'licin' disapu bersih oleh sang biawak. Saya diberitahu oleh sahabat yang lain senang je kaedah nak meng'hapus' sang biawak dengan hanya letak sesudu 'furadan' ke dalam perut ayam.....bila sang biawak datang maka itulah merupakan 'hidangan'nnya yang terakhir.

Begitulah perana 'furadan' ia boleh jadi ubat dan dalam masa yang sama ia boleh jadi racun......kepala hotak anda mungkin sudah lama terserap 'furadan' sebab tu anda tak terasa apa-apa lagi bila amenu mem'furadan'kan kepala hotak anda.

Manakala kencing.....adesss mesti ada yang kembang liur menyumpah2 apalah teruknya blog ini guna istilah najis.....kasar dan tak beradab. Itulah hakikatnya.....ramai orang boleh menerima kalau kencing dikatakan najis. Kalau pakaian dan tempat sujud kena najis mesti cepat-cepat menakar pakaian lain. Tapi adakah anda sedar kepala hotak anda saban hari di'kencing' dengan kenyataan 'Cap ayam'? Anda tak dapat nak berfikir dan bertindak apabila amenu saban hari 'kencing'kan anda.

Semalam stesyen penyiar paling 'muktabar' dan siangnya kitab paling 'muktabar' kebanyakan orang Melayu mengeluarkan perihal fadhilat 'kangkung'. Sekali lagi sesetengah anda akan di'bebal'kan dengan kangkung hingga kepala hotak ber'toksin'kan kangkung lalu bertindak pun ala-ala si bapak Propesior 'Kangkung'.

al-brangionline:

Lenggang si-lenggang kangkung
Ramai sudah jadi 'mengong'

Menteri bosan ditanya isu harga barang naik...!!

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hasan Malek hari ini seolah-olah mengelak untuk menjawab mengenai persoalan isu kenaikan harga barang.

Beliau ketika ditanya  mengenai kenaikan harga kelapa di Pulau Pinang yang kini telah mencecah RM2.80, enggan menggulas sebaliknya hanya mahu memberi kenyataan berkenaan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

"Hari ini kita hendak fokuskan mengenai KR1M sahaja," katanya ketika sidang media selepas melawat rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia di Pudu Sentral hari ini.

Sementara itu ketika ditanya mengenai barang kawalan sempena Tahun Baru Cina, Pengawai Khasnya pula yang bertindak memberitahu supaya pihak yang bertanggungjawab akan memaklumkan kemudian.

"Pegawai kita akan memaklumkan perkara ini, di kemudian hari," kata Pegawai Khasnya itu.

Barang naik: Apa lagi yang Najib nak nafi.?

KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kemaman,Terengganu semalam ketika pemberian mangsa banjir adalah sangat mengejutkan kepada pelbagai.

“Ataukah juga ia tidak lagi mengejutkan kepada pihak yang lainnya,” tanya Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.

Katanya, cubaan Najib untuk meyakikan rakyat bahawa kenaikan harga barang atau ‘barang naik’ bukan disebabkan oleh kerajaan adalah melucukan.

Beliau berkata, sama ada Najib sengaja memberi jawapan politik dan cubaannya berdalih atau benar-benar beliau tidak tahu apa punca kenaikan kos mutakhir ini.

“Rakyat lebih suka membaca Najib sengaja berpolitik dan berdalih kerana almaklumlah apa lagi yang dia takut kerana kedudukan dia dan Umno BN di Putrajaya sudah ‘selamat’ walaupun dia wajar diingatkan bahawa Umno BN hanya mendapat 47% dari undi popular.

“Untuk mudahkan Najib faham saya sebutkan begini. Kalau Maybank Investment Bank (IB) pada Oktober lalu mengumumkan inflasi paling tinggi dalam tempoh 20 bulan kerana kenaikan 20 sen RON95 dan diesel pada September 2013 lalu, maka apakah laporan yang bakal dibuat oleh kesemua pihak analysts dan Investment Banks di negara?

“Ramalan IB-IB ini adalah inflasi tahun ini adalah 3% dan 2015 lebh parah lagi 3.5% hingga 4%,” jelasnya.

Riza Aziz terbit filem RM326 juta dari sumbangan kewangan oleh Rosmah Mansor..!!

Anak Rosmah, Riza Aziz harumkan nama negara  
Riza (paling kiri) bersama penerbit Joey McFarland dan para pelakon filem The Wolf of Wall Street iaitu Margot Robbie, Leonardo DiCaprio ketika tayangan perdana filem berkenaan di Leicester, London pada 9 Januari lalu. - Foto Mstar Online
 
LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT. Produser filem Hollywood kelahiran Malaysia, Riza Aziz mencipta nama menerusi kejayaan filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street yang menggondol Anugerah Golden Globes kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan mantap Leonardo DiCaprio.

Filem yang menelan belanja RM326 juta itu didakwa hasil sumbangan kewangan daripada ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dipetik Mstar Online, Riza dikatakan enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi yang melanda filemnya itu.

Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik.

Filem penuh kontroversi itu berdasarkan kisah benar mengenai broker saham Wall Street, Jordan Belfort lakonan DiCaprio yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan.

Kangkung: KJ bela Najib

SHAH ALAM – Sayur kangkung tiba-tiba menjadi popular gara-gara ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, semalam.

Beliau mengambil contoh sayur kangkung antara harga barangan yang turun dalam kemelut ekonomi negara.

Katanya, sebelum ini harga sayur kangkung mahal tetapi kini sudah turun harga namun kerajaan tidak dipuji.

Ekoran kenyataan itu, kecoh di laman sosial Facebook dan Twitter seolah-olah ‘menyindir’ kenyataan tersebut.

Ada yang mengemas kini status memberitahu sayur kangkung menjadi menu hari ini serta memuat naik gambar masakan sayur tersebut.

Dalam perkembangan sama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan isu itu tidak perlu dibesarkan.

“Tak perlu kecoh tentang kangkung. Najib bagi contoh bukan semua benda naik harga. Ada yang naik sebab faktor cuaca dan lain-lain Rasional sedikitlah,” katanya yang dipetik melalui laman mikro, Twitter, hari ini.

Ucapan Najib 'kangkung' hangat di alam maya



Kenyataan 'kangkung' PM jadi bahan jenaka

Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penurunan harga kangkung di Kemaman semalam kini disebar meluas dan menjadi bahan sindiran dan gelak ketawa di Internet.

Selain komen di laman sosial, terdapat pengguna Internet yang secara nakal menujukan lagu rakyat “Lenggang Kangkung” nyanyian penyanyi terkenal Saloma kepada beliau.

Malah, terdapat juga pengguna yang membariskan beberapa gambar yang disunting dengan memasukkan dialog menyindir perdana menteri sebagai memahami kesusahan rakyat ekoran kenaikan kos sara hidup.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar sendiri dalam Twitter beliau tampil menyindir Najib berhubung kenyataannya itu dengan menulis:

“Zaman konfrontasi (dengan Indonesia) kerajaan sindir Soekarno makan jagung; sekarang rakyat Malaysia digalak makan kangkung! LOL (ketawa besar)!”

Najib semalam dilaporkan berkata:

"Kalau harga sayuran naik, sawi naik, kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini dalam surat khabar, saya baca, ada yang dah turun.