Ahad, 12 Januari 2014

Mana Satu Pilihan Najib: Kembalikan ISA, Beri Mahathir Kuasa, Rombak Kabinet Atau Undur Diri?

Cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad agar Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA dikembalikan bagi menangani kumpulan ekstrem yang mungkin menggugat kestabilan negara, bukan saja mengundang pro dan kontra terhadap keperluan akta tersebut, sebaliknya turut menyeret idea agar beliau dikembalikan dalam kabinet bagi membantu kepimpinan Najib Razak yang dianggap terlalu lemah ketika ini.

Bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin yang melontarkan idea tersebut di blognya berkata, pengalaman lebih 20 tahun Mahathir dalam memimpin negara dan mengendalikan soal keselamatan dengan jayanya, tidak seharusnya dibazirkan begitu saja oleh Najib.

Katanya, cadangan ini bukannya untuk mengembalikan Mahathir kepada kedudukan kerusi Perdana Menteri tetapi perlu diberkan kuasa dalam kabinet untuk membantu Perdana Menteri dan kerajaan dalam menangani isu keselamatan, perkauman, agama dah ekonomi yang kian meruncing sekarang ini.

Sebelum ini Mahathir telah mencadangkan agar ISA dikembalikan semula bagi menangani pelbagai isu berkaitan keselamatan, perkauman dan agama yang timbul satu persatu sejak kebelakangan ini. Cadangan itu telah mendapat sokongan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Kumpulan konservatif yang masih merupakan majoriti dalam UMNO juga jelas berdiri teguh di belakang Mahathir berkaitan ISA ini dan mereka merasakan salah sebab lemahnya Najib ialah kerana tindakannya menghapuskan ISA pada 2011 dahulu.

Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun dengan pantas menolak keperluan untuk menghidupkan semula ISA ini. Walaupun sebelum ini beliau agak bertegas dan tidak bersetuju dengan cadangan Najib mahu menghapuskan Akta Hasutan dan Ordinan Darurat, dalam konteks ISA ini Zahid nampaknya memilih untuk berdiri di belakang transformasi Najib.

Sama ada pendirian itu kerana beliau benar-benar tidak setuju ISA dikembalikan atau kerana ketika ini pemilihan UMNO sudah berlalu dan tidak perlu lagi menunjuk-nunjuk sikap tegas, hanya beliaulah yang mengetahui isi hatinya yang sebenar.

Pihak pembangkang dan rakyat yang menyanjung hak asasi serta kebebasan bersuara sememangnya bersetuju apabila Najib bertindak menghapuskan ISA, namun tindakan itu tidak memberi impak besar daripada segi sokongan kepada kerajaan, terutama golongan terpelajar, pengundi muda, pengundi bandar dan seumpamanya.

Hakikat inilah yang menyebabkan golongan konservatif dalam UMNO merasakan tindakan Najib menghapuskan ISA adalah suatu pertimbangan yang salah kerana sementara sokongan rakyat tidak bertambah, kerajaan menjadi semakin tidak bertaring dalam menguruskan isu-isu kritikal.

Najib kata harga barang, letrik, gula, tepong, tong gas, petrol naik faktor cuaca tak menentu..!!!

Najib kata harga barang, letrik, gula, tepong, tong gas, petrol naik faktor cuaca tak menentu...malang sungguh macai dapat pm macam ni...macai salahkan cina, najib salahkan cuaca...ularmak lak kata kos sara hidup naik ketentuan ilahi...syukur aman
 

Lepas PRU masa sesuai Pas bincang laksana hudud

Husam Musa PUTRAJAYA - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyatakan tempoh selepas PRU adalah masa yang sesuai untuk membincangkan mengenai pelaksanaan hukum hudud.

Menurutnya, Pas telah mempunyai masa yang sesuai untuk berbincang dan merangka pelaksanaan hukum hudud di Kelantan seperti yang dirancangkan itu.

Beliau juga berkata, semasa pilihan raya isu hudud tidak perlu berkempen isu tersebut sehingga mengelirukan pengundi.

"Saya tak suka perbahasan pelaksanaan hudud ini semasa pilihan raya, semasa pilihan raya bukan masa untuk bercerita isu pelaksanaan hudud, jangan kelirukan pengundi dengan isu hudud.

"Tapi lepas pilihan raya inilah masanya, masa kempen pilihan raya jangan cakap mengenai isu ini, banyak lagi isu kenegaraan, isu masyarakat, isu negara yang lebih penting pada waktu tersebut,

"...lebih tepat masanya, sekarang pilihan raya dah berakhir ini masanya kita duduk kita buat persediaan dan menghayati atau menyelesaikan isu ini," katanya pada sidang media yang diadakan selepas program Sempena Minum Petang dan Bicara Santai Putrajaya Bersamanya, hari ini, di sini.

Man assaults deputy minister Kamalanathan

The Deputy Education Minister was assaulted when meeting Hulu Selangor Umno Youth members.

PETALING JAYA: Deputy Education Minister P Kamalanathan was today assaulted by an unknown man while attending a programme at his parliamentary service centre in Hulu Selengor.
It is learnt that the alleged assailant is an office bearer of Hulu Selangor Umno Youth.
According to sources who were present, Kamalanathan was meeting a group of Hulu Selangor Umno Youth members at about 2.30pm today.
Apparently the deputy minister was struck on his neck by the assailant while he was shaking hands with those present.
The programme was cancelled as a result of the ruckus.
Kamalanathan later lodged a police report at the Bukit Sentosa police station over the incident.
According to a police source, the case will be investigated under Section 323 of the Penal Code and the police are looking for the suspect.
The assault is allegedly linked to a request made by the assailant’s family to Kamalanathan to transfer a relative who is a teacher in Johor to Hulu Selangor.


Bukan Polis mabuk.. tapi latihan katanya..!!!

Gempar apabila di laman-laman media sosial tersebar gambar dua anggota polis peronda yang dipercayai mabuk dirakam tertidur dalam kereta peronda yang diberhentikan di bahu jalan.

Empat keping gambar yang disebarkan itu menunjukkan dua orang dalam pakaian seragam polis sedang nyenyak, dengan seorang daripadanya memegang tin minuman keras.

Dalam kereta polis itu juga kelihatan senjata api yang diletakkan di tempat duduk bahagian belakang kenderaan tersebut.

Selain itu, Sinar Harian Online juga mendapati sumber turut memuatkan gambar nombor pendaftaran kenderaan polis tersebut.

Namun setelah diselidiki, ternyata gambar-gambar tersebut adalah aksi lakonan semula anggota polis.

Seorang pengguna Facebook, Nordin Mansor yang memberi komen di laman Facebook Suara Rakyat turut menafikan anggota polis dalam gambar tersebut benar-benar mabuk.

Nordin yang juga dipercayai seorang anggota polis menjelaskan bahawa situasi berkenaan adalah latihan bagi menggambarkan kesalahan dalam waktu kerja.

Sinar Harian Online akan mendapatkan komen Ketua Polis Negara mengenai penyebaran gambar berkenaan.

~ Sinar Harian

Tidak Bermewah: Oki & Rio Selamat Dijabkabulkan Dalam Suasana Islami Yang Kental

Pasangan aktris Oki Setiana Dewi dan Ory Vitrio rasmi menjadi suami-isteri. Dua insan itu hari ini telah melangsungkan pernikahan di Menara 165, Jalan TB Simatupang, Cilandak, Jakarta Selatan.

“Saya terima nikah dan kawinnya Oki Setiana Dewi binti Sunarto dengan mas kahwin tersebut secara tunai,” ucap Rio dengan tegas kepada penghulu, Ahad (12/1/2013).

Proses ijab kabul berjalan lancar dan khidmat. Rio meminang Oki dengan mas kawin emas seberat 12 gram, wang tunai satu juta rupiah, dan 10 dinar.

Suasana Islami begitu kental dalam proses akad nikah tersebut. Pembacaan Asmaul Husna dan kehadiran anak yatim yang sengaja diundang pada acara tersebut turut menambah sakral dan haru prosesi akad nikah tersebut.

“Sakralnya terasa, saya terharu, nuansa Islamnya dapat banget. Ritual dari awal sampai selesai, baca Asmaul Husna-nya juga.

Mempelai pria dan wanita juga dipisah, tata caranya bagus, menginspirasi juga,” ungkap Soraya Larasati, Artis cantik yang hadir bersama sang suami Doni Almadi.

Barakallahulaka wabaraka ‘alaika wajamaah bainahuma fiil khair. Semoga keberkaha senantiasa menaungi kedua pasangan yang berbahagia ini. (okezone/detik/sbb/dakwatuna)


'Putrajaya mahu parkir & sekolah, bukan Hard Rock' - Kata Husam

Penduduk Putrajaya mahukan sekolah agama dan masalah parkir kenderaan diselesaikan, bukannya Hard Rock Cafe, kata Naib Presiden PAS.
 
Datuk Husam Musa berkata, walaupun bekas perdana menteri Datuk Dr Mahathir Mohamad yang membangunkan bandar pentadbiran itu mahu ia menjadi seperti Paris, apa yang berlaku tidak begitu.
 
“Tapi bila nak buat Hard Rock kata (macam) Paris. Paris pengangkutan awam cemerlang. Ini tiada di sini,” katanya.
 
Bercakap ketika minum petang dan dialog dengan orang penduduk di Wilayah Persekutuan itu hari ini, Husam berkata, cadangan mewujudkan Hard Rock Cafe yang bercirikan Islam juga tidak boleh diterima.
 
“...izinkan Hard Rock nyanyi lagu nasyid dan tak ada minimum keras. Mana Hard Rock bawa lagu nasyid, tiada persembahan langsung dan minuman keras. 
 
“Itu ciri utama Hard Rock,” katanya.

Husam: Saya bangga orang lain guna nama Tuhan saya

Kemelut berhubung penggunaan kalimah Allah di negara ini bukan isu agama sebaliknya lebih kepada masalah politik, kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.
 
Katanya, walaupun ada kebimbangan berhubung persoalan akidah, kerajaan sebenarnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang menghalang penyebaran agama bukan Islam kepada umat Islam.
 
“Dari segi kebimbangan akan mengelirukan orang agama Islam, kerajaan boleh kuatkuasakan perlembagaan untuk menghalang orang lain sebar agama mereka kepada orang Islam. 
 
“Habis cerita. Saya orang Islam bangga jika orang lain nak guna nama tuhan saya sendiri,” katanya dalam majlis minum petang di Putrajaya hari ini.
 
Sudah lupa royalti Kelantan, PM?

Mana Hard Rock Cafe tiada hiburan dan arak? kata Husam Musa


Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) membidas cadangan Putrajaya untuk membuka Hard Rock Cafe bercirikan Islam yang disifatkannya tidak masuk akal.
Bekas calon Parlimen kerusi Putrajaya tersebut berkata tiada Hard Rock Cafe yang dibuka di seluruh dunia tidak menyajikan hiburan melampau dan juga minuman keras.
"Mana ada negara dunia yang Hard Rock Cafe dibuka tanpa hiburan dan minuman keras?
"Kalau ada tunjuklah," kata Husam dalam sidang media selepas sesi sembang petang di Putrajaya petang ini.
Husam juga berkata sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, rata-rata penduduk di Putrajaya banyak meminta supaya sekolah agama dibuka di samping rungutan tentang masalah letak kenderaan.
"Masa saya berkempen di sini dulu, tak ada pula penduduk Putrajaya meminta untuk dibuka Hard Rock Cafe.
"Banyak yang hantar surat kepada saya meminta supaya sekolah agama dibuka, serta menyelesaikan masalah 'parking'," tambahnya lagi.
Menurut Husam lagi, banyak cadangan yang tidak munasabah daripada pemimpin Umno dan Barisan Nasional di samping isu kenaikan harga barang berpunca daripada kegagalan Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya.
"Kenapa semua ini berlaku?
"Semua yang berlaku ini kerana kita (PR) gagal tawan Putrajaya pada pilihan raya dahulu," terangnya lagi.

Polemik Kalimah Allah & Rampasan Bible-Bhg Akhir



Polemik Kalimah Allah & Rampasan-Bible Bhg.10



Polemik Kalimah Allah & Rampasan Bible-Bhg.9



Polemik Kalimah Allah & Rampasan Bible-Bhg.8



Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam | Ucapan YAB Ustaz Dato Menteri Besar Kelantan



Polemik Kalimah Allah & Rampasan Bible-Bhg.7



Polemik Kalimah Allah & Rampasan Bible-Bhg.6



Polemik Kalimah Allah & Rampasan Bible-Bhg.5



Mungkir janji jika kembalikan ISA - Saifuddin Abdullah


Datuk Saifuddin Abdullah

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan bahawa tiada keperluan untuk mengembalikan Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) yang sudah dimansuhkan sejak 2011.
Malah menurut bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu, mengembalikan ISA sama maknanya dengan bersikap memungkiri janji.

“Saya tidak setuju ada semula ISA, kerana tidak setuju penahanan tanpa bicara.

"(ISA) diguna terhadap lawan politik, mungkir janji kerana ia telah dimansuh,” tulis Saifuddin menerusi laman mikro Twitter miliknya.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan ISA sebagai undang-undang paling relevan bagi menangani dan mencegah jenayah berat di negara ini.

Menurut bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu, ISA harus dikembalikan semula dalam usaha mencegah kegiatan jenayah berat di negara ini.

"Kita buang ISA, mereka menggunakan itu untuk melakukan jenayah yang dahsyat.
"Kerana itu, mahu atau tidak, kita perlu kembali kepada cara yang lama," beliau dipetik sebagai berkata.

KJ: Tidak perlu hidupkan ISA

Khairy Jamaluddin 
BANGI - Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak perlu dihidupkan semula erana ia tidak konsisten dengan hak asasi dan sivil yang diamalkan ketika ini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata akta-akta sedia ada sudah cukup untuk menyelesaikan pelbagai isu yang dibangkitkan antaranya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) untuk menangani ancaman keganasan.

"Sekiranya isunya adalah soal isu sensitif dan sebagainya, kita sudah ada Akta Hasutan dan juga Penal Code (Kanun Keseksaan) untuk menangani jenayah-jenayah ataupun apa sahaja yang dianggap mengguris sensitiviti rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan majlis penutupan '1st Down Under Camp 2014,' iaitu kem persediaan mahasiswa ke Australia anjuran Malaysian Students Council of Australia.

Malah Khairy turut menolak dakwaan akta yang menggantikan ISA sebagai 'terlalu lembut' untuk menangani isu-isu semasa.

Cola: Kerajaan 47% BN perlu respons jika prihatin

Khalid Atan 
SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan bertindak atas prinsip prihatin kepada rakyat untuk memberi respons kepada cadangan memberikan Elaun Sara Hidup (Cola) RM300 kepada pekerja swasta.

Presiden MTUC, Khalid Atan berkata, perkara itu boleh diputuskan kerajaan dengan menggariskan peraturan sekaligus memberikan situasi menang-menang kepada tiga  institusi yang terlibat tersebut.

Menurutnya, kemelesetan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup juga pernah berlaku pada zaman pemerintahan sebelum ini, namun pemimpinnya telah mengambil keputusan memperkenalkan Cola  kepada semua rakyat.

"Kita telah lama meminta perkara ini kepada kerajaan, memang kita akan berunding dengan kerajaan.

"Namun atas konsep dan prinsip prihatin kepada rakyat, kerajaan perlu memberi respons mengenai cadangan kita itu.

Mustapa, Ahmad Yaakub boleh bangunkan Kelantan.....

Kunjungan Pengerusi Umno Kelantan yang juga menteri MITI, Mustapa Mohamed ke Rantau Panjang semalam untuk melihat kesan-kesan kebakaran beberapa buah gerai di kawasan pasar besar Rantau Panjang sudah pasti ditunggu-tunggu oleh banyak pihak. Kunjungan itu adalah kesenimbungan kunjungan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakub sebelumnya.


Kira-kira 60 kedai yang hangus terbakar. 
Kunjungan kedua ketua parti politik Kelantan itu sudah pasti memberi semangat dan membawa harapan baru kepada para peniaga di sekitar pasar itu khasnya, dan kemajuan sekitar bandar Rantau Panjang itu sendiri. Semua orang mengharap sesuatu lebih bermakna dapat disumbangkan kepada kemajuan Rantau Panjang dengan dua kunjungan spontan kedua-dua sosok itu.


Ahmad dalam kunjungannya menyatakan simpati kerajaan negeri kepada mangsa terlibat, di mana akan menghulurkan bantuan awal bagi meringankan beban mereka. Ia akan dilakukan selepas senarai mereka terlibat disiapkan. Elok kalau pihak ditugas menyediakan senarai ini membuat seteliti yang mampu kerana bimbang nanti mereka yang tidak berhak, menerima sumbangan itu manakala yang benar-benar berhak pula terlepas.

Ini kerana difahamkan, peniaga terlibat itu kebanyakan adalah penyewa bukan tuan pemilik kedai berkenaan. Penyewa itu pula kebanyakan penduduk di negara jiran yang datang tumpang berdagang di negara ini. Apakah kerajaan akan menghulurkan bantuan kepada kedua-dua pihak, tuan kedai dan peniaga? Semoga ia dapat diuruskan dengan teratur dan penuh adil.

Rahsia yang tidak lagi rahsia

Ahmad Mohsein Azmi

Saya hanyalah peminat bola sepak. Tujuan menulis artikel ini untuk menambah perbincangan umum rakyat malaysia tentang kelesuan pasukan bola sepak Malaysia.
Kejayaan pasukan bola sepak adalah menjadi suatu harapan besar rakyat Malaysia. Semenjak merdeka Malaysia tidak pernah layak ke Piala Dunia sedangkan rakan serantau seperti Jepun dan Korea Selatan telah lama meninggalkan kita.
Saya percaya jika kita meniru bulat-bulat kaedah Jepun dan Korea Selatan kita juga boleh berjaya. Kejayaan bola sepak juga bukan lagi rahsia.
Sudah banyak formula kejayaan bola sepak ditunjukkan oleh negara Eropah. Sebagai contoh kelab-kelab di Jerman (Borussia Dortmund dan Bayern Munich) dan Basque dan Catalan (Barcelona dan Atletico Bilbao) hanya menggunakan produk akademi remaja sebagai pelapis pasukan.
Mereka tidak perlu berbelanja besar seperti Chelsea dan Manchester City. Apakah faktor kejayaan pasukan bola sepak? Saiz fizikal, kemahiran atau keutuhan mental?
Jika dilihat saiz pemain Sepanyol rata-rata sekitar 170cm sahaja. Hanya pemain pertahanan sahaja memiliki ketinggian 190cm. Ramai juga pemain Brazil hanya memiliki sosok tubuh pemain Asia.
Lionel Messi hanyalah 169cm. Umumnya ketinggian rakyat Malaysia sekitar 165-170cm jadi ia adalah saiz normal rakyat Malaysia.
Saiz pemain tidak lagi menjadi faktor keberkesanan taktikal. Saiz pemain hanyalah relevan bagi permainan rebutan bola di udara.
Sedangkan permainan "possession" tiki taka mengawal pergerakan bola melebihi paras lutut apa lagi diperlukan pemain tinggi lampai.

Penunjuk perasaan berkumpul untuk “lumpuhkan” Bangkok


BANGKOK: Penunjuk perasaan anti kerajaan Thailand mula berkumpul di Bangkok hari ini, sehari menjelang rancangan untuk “melumpuhkan” ibu negara berkenaan pada ketika mereka berusaha bagi menggulingkan kerajaan dan menghalang pilihan raya akan datang.
du_04.1Thailand yang dilanda krisis politik mula goyah selepas parti pembangkang melancarkan tunjuk perasaan selama berminggu-minggu sebagai menentang Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dan abangnya, Thaksin sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa mengadakan pilihan raya pada 2 Februari depan.
Penunjuk perasaan yang bertekad untuk menghalang proses pilihan raya, mula membuat persiapan dan membawa peralatan mereka di kawasan yang ditetapkan menjelang perhimpunan besar-besaran di tujuh lokasi berbeza esok dalam usaha menyekat kenderaan daripada memasuki bandar raya berkenaan. – AFP

Dr Dzulkefly: Minyak naik 20 sen, IHP tertinggi dalam tempoh 20 bulan

najib minyakSHAH ALAM 12 JAN: Kenaikan harga petrol RON 95 sebanyak 20 sen oleh Kerajaan Pusat menyebabkan Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat tertinggi dalam tempoh 20 bulan.
Pengarah Eksekutif Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kenaikan yang tertinggi dalam tempoh itu menyebabkan kos sara hidup rakyat semakin meningkat dan membebankan.
IHP bagi tempoh Januari hingga November 2013 meningkat sebanyak 2.0 peratus kepada 107.0 dibandingkan dengan 104.9 pada tempoh yang sama tahun lepas.
Berbanding dengan bulan sama tahun 2012, IHP November 2013 mencatatkan kenaikan sebanyak 2.9 peratus daripada 105.5 kepada 108.6 dan apabila dibandingkan dengan bulan sebelumnya, IHP merekodkan peningkatan sebanyak 0.3 peratus.
“Pada September, Kerajaan Pusat menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen maka berlaku kenaikan dalam IHP melonjak dalam tinggi dalam tempoh 20 bulan terdahulu.
“Berapa barang yang akan naik sekaligus selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
“Inflasi yang berlaku ini disebabkan oleh Najib Razak dan suku sakatnya, hanya kerana itu (minyak) sahaja kenaikan 20 sen itu kesannya amat mendadak,” kata beliau.

Hata Wahari: Kerajaan 47% BN memandolkan kewartawanan



Gesaan Dr Mahathir kembali dalam kerajaan BN isyarat pemberontakan dalam Umno membarah

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menyifatkan cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke Putrajaya merupakan isyarat pemberontakan dalam Umno.
Bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini dalam tulisan blognya menyuarakan cadangan supaya Dr Mahathir kembali ke Putrajaya.
"Cadangan tersebut bukan saya undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
"Tetapi juga adalah isyarat plot dan konspirasi daripada kuasa tindak balas anti-demokratik dalam Umno dan Barisan Nasional untuk memberontak," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini merujuk kepada tulisan Zainuddin dalam blognya.
Ahli Parlimen Gelang Patah berkata gesaan tersebut sememangnya sudah dijangka memandangkan pentadbiran Najib dilihat lemah khususnya dlam menangani isu kalimah Allah selain cadangan supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan semula selepas dimansuhkan oleh Najib pada tahun 2012 lalu.
"Zainuddin Maidin hanya menguji untuk melihat sama ada rakyat Malaysia bersedia untuk melihat Mahathir kembali ke Putrajaya," kata Lim lagi.
Namun, Lim menegaskan negara tidak perlukan Dr Mahathir kerana langkah tersebut hanya akan menyebabkan Malaysia lebih lagi ketinggalan dalam mencapai status negara maju.
"Malaysia tidak perlukan Mahathir kembali ke Putrajaya atau polisi Mahathir dikembalikan dimana telah menyebabkan berjuta bakat negara yang baik hilang begitu sahaja," tegas Lim lagi.

Umno boleh belajar toleransi dari Sarawak

PKR menyalahkan pemerintahan 50 tahun Umno, terutamanya di semenanjung, berhubung masalah kaum dan agama di negara ini.

“Masalah kaum dan agama yang kita hadapi hari ini hasil kerja Umno selama 50 tahun,” kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Sarawak, katanya, boleh mengajar Umno berhubung tolak ansur beragama dan keharmonian kaum.

Sementara itu, exco Selangor Elizabeth Wong berkata, Umno telah hilang semuanya di Selangor dan menjadikan mereka memerlukan isu berkaitan untuk memenangi kembali negeri itu.

Wong, yang memegang portfolio pelancongan dan alam sekitar berkata, Selangor telah berbincang dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengembalikan Bible berbahasa Melayu dan Iban yang dirampas.

“Harapnya Bible itu akan dikembalikan kepada Persatuan Bible Malaysia minggu depan,” katanya.

Ustaz Ahmad Fadhli Shaari | Kuliah Jumaat 10 Jan 2014



Gambar dipercayai anggota PDRM mabuk tersebar..!!

KUALA LUMPUR – Beberapa keping gambar menunjukkan dua anggota polis yang dikatakan mabuk teruk sedang tersebar melalui rangkaian aplikasi Whatsapp.
Anggota polis berkenaan dikatakan dijumpai oleh beberapa orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri. Maklumat mengenai lokasi sebenar kejadian bagaimanapun tidak disertakan.
Berikut antara kandungan keterangan yang turut tersebar bersama-sama gambar berkenaan.
1. Anggota polis yang terlibat ialah dua orang.
2. Dijumpai oleh orang awam dalam keadaan mabuk teruk. Memegang tin arak berjenama Heineken.
3. Ketika dijumpai, pintu kereta terbuka dan terdapat senjata di tempat duduk belakang.
5. Pintu kereta tidak berkunci.
Dibawah adalah gambar anggota polis tersebut. – New Malaysian Post
1234

Berkelana Didalam Air..!!!

SEEKOR kucing meredah air yang membanjiri kawasan rumah seorang penduduk di Kampung Gudang Rasau, di Kuantan hari ini. Hujan yang kadangkala lebat dan tidak menentu menyebabkan kawasan itu mula dinaiki air ekoran limpahan air dari Sungai Belat. 

Turun Harga: Agensi sedia bantu kahwin di Thailand

Sijil nikah yang dikeluarkan oleh majlis agama Islam Thai itu diiktiraf di Malaysia.

PETALING JAYA: Seperti yang diketahui umum,  ada individu Islam yang memilih jalan mudah dengan berkahwin diThailand.
Ini kerana prosedur perkahwinan yang mudah dan perbelanjaan yang murah.
Lebih mudah kerana ada kumpulan dan individu tertentu yang menjadi orang tengah  yang boleh mengatur rakyat Malaysia yang mahu berkahwin di selatan negara itu.
Sebuah agensi yang menguruskan hal tersebut berkata, ini bukan perkahwinan haram yang dibuat di bawah pokok atau di rumah individu tertentu sebaliknya ia dilakukan oleh imam atau pegawai agama yang sah.
Sijil nikah yang dikeluarkan oleh majlis agama Islam Thai itu diiktiraf oleh pihak berkuasa agama Islam Malaysia dan proses penikahanan melalui pemantau yang ketat oleh konsul Malaysia di Hatyai.
Urusan pernikahan akan dijalankan di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla serta disaksikan oleh saksi yang berjawatan naib kadi syarie.
Ini bermakna semua dokumen adalah tulen adalah sah serta diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
Sebuah agensi mengenakan bayaran antara RM 1,800 dan RM 2,500 kepada sepasang dengan sijil nikah akan diperolehi serta merta.
Surat pengesahan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla (MAIS) akan diperolehi dalam tempoh 30 minit, manakala surat pengesahan Konsul Malaysia di Songkhla siap pada keesokan hari.
Surat pengesahan dari Konsul
Agensi itu berkata, surat pengesahan dari Konsul Malaysia diperlukan untuk pendaftaran semula perkahwinan  di Malaysia.
“Ramai menyangka bahawa bernikah di selatan Thailand menelan belanja beribu-ribu ringgit kerana kononnya perlu melibatkan peranan orang tengah atau sindiket bagi mengatur proses itu.
“Dan ramai pasangan yang menyeberang sempadan bersedia untuk berbelanja asalkan tiada lagi halangan yang akan merencatkan atau menggagalkan hasrat mereka.
“Mereka ini biasanya bersedia untuk menjalani upacara pernikahan di mana sahaja asalkan hasrat murni mereka tercapai.

Letak jawatan: Jamil Khir lebih malu dari Hasan Malek?

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah diminta oleh seorang mufti untuk meletakkan jawatan atas tanggapan gagal membela agama Islam.

Tambahan pula dengan kedudukan Jamil Khir yang berlatar-belakangkan tentera yang seharusnya mempamerkan sikap tegas dan tidak mudah berkompromi.

“Jika mahu dikira aib dan malu, Jamil Khir jelas lebih malu berbanding Hasan,”
Kelmarin tersebar khabar angin mengenai perletakan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek sehingga sekumpulan Pemuda Umno yang diketuai oleh anaknya sendiri membuat laporan polis kerana menganggapnya fitnah yang mengaibkan.

Jakim iktiraf nikah 6 majlis agama Thailand...ha..ha... tempat boleh turun harga...!!!

Satun, Songkla, Pattani, Narathiwat, Yala dan Patalong di Selatan Thailand.

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya mengiktiraf enam Majlis Agama Islam di Selatan Thailand untuk menguruskan pernikahan pasangan di negara ini.
Pengiktirafan itu selepas mendapat kebenaran Jabatan Agama Islam Negeri (Jain).
Ia dinyatakan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Saimah Mukhtar dalam satu laporan.
Pengiktirafan berkenaan diberikan berdasarkan kesepakatan dan persetujuan bersama yang dimeterai kedua-dua negara dalam satu pertemuan, April lalu.
Enam Majlis Agama Islam berkenaan adalah di Satun, Songkla, Pattani, Narathiwat, Yala dan Patalong di Selatan Thailand.
Bagaimanapun, pernikahan itu hanya dibenarkan berlangsung di pejabat Majlis Agama Islam enam wilayah berkenaan.
Dan tidak pula membabitkan cawangan lain bagi pejabat berkenaan termasuk di Betong, Thailand.

Naik Harga: Hantaran kahwin makin mahal

Kalau setakat UPSR wang hantaran sekitar RM2, 000, SPM RM8, 000 tetapi jika ada PHD mencecah RM30, 000.

PETALING JAYA: Wang hantaran  kahwin bukan lagi murah dan ini merupakan satu berita buruk kepada orang muda yang belum berkahwin baik lelaki mahu pun perempuan.
Orang lelaki akan menjadi bujang terlajak manakala wanita pula akan menjadi anak dara tua.
Khabar terbaru mengatakan nilai hantaran anak dara berkelulusan ijazah  dizaman sekarang ini mencecah RM30, 000.
Sebenarnya ia mengikut taraf pendidik gadis. Kalau setakat UPSR wang hantaran sekitar RM2, 000, SPM RM8, 000 tetapi jika ada PHD mencecah RM30, 000.
Jika ini benar ini berita yang buruk kepada orang muda yang belum berkahwin, memungkin rakyat Malaysia yang tidak berkahwin akan bertambah ramai dari setahun ke setahun.
Kira-kira 10 tahun lalu rata-rata hantaran mas kahwin tidak sampai  RM5, 000 atau bergantung kepada jenis pekerjaan.
Kalau tidak bekerja atau kerja kampung seperti menjahit baju, pasti jumlah hantaran tidak sampai RM5,000.
Apakah ini yang dituntut Islam?
Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus berkata, Islam melarang mengenakan mas kahwin yang melampau sehingga membebankan orang yang ingin berkahwin.
Walaupun Islam melarang beliau berkata, masih ada lagi umat Islam yang berlumba-lumba untuk mengenakan mas kahwin yang mahal.
Murah tapi berkat

Najib Did Graduate..From The Proton School Of Management

It is well known that the PM did not complete his degree in the UK. Various excuses have been created over time - he had to take over the family business etc. Fact is he never graduated. 

Since then he has come to imbibe the philosophy of the Proton School of Management where it is a good thing to buy something high and sell it low.  Or buy something high and then sell it even higher to people who have few options. 

Someone was saying yesterday that these folks in gomen just do not understand business. 

Folks do you realise that the Prime Minister has stopped talking about the KLIA2 project? That project is a disaster. The completion date has been postponed so many times. The initial cost was RM2.0 billion. Now it has doubled to RM4.0 billion. 

An MCA crony was awarded the project. He bid cheap to get the contract. Now they cannot complete it. The gomen will be embarrassed again. The KLIA2 project is a mix of cronyism, wrong costing, tak tahu niaga all mixed up into one. 

Now with the cost gone up and up, it is unlikely that the airports revenues can repay the financial costs of the project. It is financially not viable anymore.  

Here is another case of buy high, sell low.  This is from The Star.

  • increase in toll rates after study by a lab, said Najib.
  • opening RM100mil Sungai Buaya interchange on the NS Expressway
  • Govt paid millions compensation to expressway concessionaires 
  • if another postponement this year, have to pay them RM404mil
  • Govt juggle interests of road users and (crony) concessionaires
  • need funds to service loans & maintain infrastructure
  • Compensation in 2012 RM329mil 
  • last year RM343mil. 
  • 29 expressways in the country
  • deferment in increase for 15 expressways since 2008
  • seven expressways made toll-free 
  • another three saw a reduction in rates
First things first ok. Can anyone detect anything wrong with this news? 

Guan Eng: Cakap tentang Putrajaya, bukan penjara

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mahu ahli parti meninggalkan pendekatan lama yang keras dan tegas kepada pendekatan lebih lembut dan baik dalam menarik sokongan bukan Melayu.

Dalam ucapan perasmian kongres DAP ke 17 Johor, Lim berkata ahli parti disyorkan untuk menunjukkan pemahaman mereka mengenai nasib rakyat serta menawarkan apa yang dapat diraih sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya.

"Apabila mendekati rakyat, jangan terlalu keras. Kita tak boleh guna pendekatan lama, perlu pendekatan baru. Kita perlu faham kehendak rakyat. Jangan hanya cakap mengenai pengorbanan.

"Jangan kata, 'Lim Guan Eng seorang yang baik, pernah dipenjara dua kali'.

“Kadang-kadang ini tak bagus. Orang itu mungkin jawab:'Wow, kalau masuk DAP maksudnya kena masuk penjara, jadi saya tak mahu (masuk DAP)." Kata beliau.

Beliau turut berkata pelaburan IKEA di Pulau Pinang, di atas tanah seluas 245 ekar dan kos tanah hampir RM500,000,000 telah menarik minat orang ramai.

Cadang Tun M kembali, jelaslah semua ahli kabinet Najib lemah dan tak boleh diharap

SHAH ALAM: Cadangan Tan Sri Zainuddin Maidin agar Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menerajui kabinet memberi tamparan hebat bukan sahaja kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, malah seluruh ahli kabinetnya.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, dalam skop yang lebih luas, cadangan tersebut menggambarkan semua anggota dalam kabinet Najib hari ini, lemah dan tidak boleh diharap.

"Kenyataan beliau itu benar-benar menunjukkan bahawa Najib gagal dalam pentadbirannya, malah terlalu lemah serta tidak layak untuk memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

"Beliau jua tidak mencadangan nama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya nama Dr Mahathir dicadangkan, ini jelas membuktikan barisan kabinet Najib ini tidak ada seorang pun yang layak untuk mentadbir negara ini," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas Zainuddin yang juga bekas Menteri Penerangan, yang mengakui kelemahan pentadbiran Najib sehingga mencadangkan Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri kembali semula menerajui negara.

Puteri Umno tolak cadangan kembalikan ISA

 
Pergerakan Puteri Umno Malaysia menolak cadangan pelaksanaan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menangani tindakan puak ekstremis minoriti yang dikatakan menjejaskan kestabilan negara.

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin (kanan) berkata, cadangan yang dikemukakan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu dirasakan tidak perlu memandangkan undang-undang yang menggantikan ISA iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 adalah memadai.

“Apa yang penting buat masa ini adalah peningkatan penguatkuasaan undang-undang tersebut dan bukannya pelaksanaan semula ISA,” katanya ketika ditemui media di Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang anjuran Pergerakan Puteri Umno Sabah di Hotel Hyatt Regency, semalam.

Walau bagaimanapun katanya, pihaknya berpendapat bahawa cadangan yang dikemukakan oleh Dr Mahathir itu mempunyai kewajarannya dengan beberapa peristiwa ketegangan yang berlaku baru-baru ini.

Namun katanya, perkara yang sama akan berulang walaupun ISA dikuatkuasakan semula.

Bila PAS lihat payahnya laksanakan hudud

Saya terkejut apabila PAS melalui organ rasminya Harakah menyiarkan artikel-artikel yang cuba menunjukkan sukar dan payahnya melaksanakan hudud.

Sebelum itu kita semua tahu yang Harakah akan menghamburkan apa sahaja yang dikira boleh menunjukkan bahawa hukum hudud boleh dilaksanakan di Malaysia.

Ini berlaku selepas berlaku perubahan pimpinan dalam kerajaan negeri Kelantan. Dan ia semakin jelas sekitar muktamar parti hujung 2013 yang lalu.

Saya tidak mengesyaki apa-apa tatkala Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob mengumumkan pelantikan sebuah jawatankuasa teknikal pelaksanaan hudud yang mengenepikan saya.
Saya masih tidak kisah sehinggalah pada satu peringkat Harakah mendakwa yang pandangan saya tentang pelaksanaan hudud tidak popular.
Selain itu Harakah juga seakan-akan mencabar saya supaya tampil memberi penjelasan. Itu menyebabkan saya cuba menghubungi Harakah untuk memberi penjelasan.

Bagaimanapun Harakah tidak memberi ruang.

Cari kambing hitam

Sikap misteri Harakah itu menyebabkan saya menghubungi kawan-kawan yang saya kira tahu apa yang berlaku dalam PAS.

Mereka memaklumkan kepada saya bahawa kerajaan negeri Kelantan dalam keadaan tertekan kerana ada kalangan dalam parti yang mendesak supaya mereka melaksanakan hudud sekarang juga.

Mereka menyebut nama saya sebagai hujah mengapa pelaksanaan itu tidak harus ditangguhkan lagi. Apa yang disebut oleh rakan-rakan itu secara automatik memberi saya kefahaman tentang senario politik dalam Pas.
Apa yang saya boleh katakan di sini ialah kedua-dua pihak – yakni kalangan parti yang mendesak pelaksanaan hudud disegerakan dan kerajaan negeri sendiri – sama-sama kabur tentang isu perlembagaan yang relevan dalam soal ini.

Saya akur bahawa kerangka pelaksanaan hudud dalam konteks Malaysia sukar. Tetapi pelaksanaan itu tidak mustahil jika kita faham kerangka politik, konseptual dan masalah teknikal yang perlu ditangani.

Apa yang Harakah buat untuk mengkambing hitamkan saya hanyalah aspek yang ketiga, yakni aspek teknikal. Mereka yang dijadikan soldadu oleh Harakah untuk mengkritik saya menumpukan aspek ini sahaja.

Aspek ini memang penting tetapi ia bukan aspek utama. Aspek teknikal ini boleh ditangani dengan mudah sekiranya dua aspek yang lain itu diselesaikan.
Tadi saya mengatakan kekaburan di kalangan yang mahukan hudud dilaksanakan terus dan kerajaan negeri. Sebenarnya kekeliruan itu lebih merata, termasuk di kalangan pimpinan PAS sendiri.

Pinda undang-undang, bukan perlembagaan

Anak Muda Malaysia: Usia baru 24 tetapi banyak pengalaman sertai protes


Usia muda tidak menghalang Mohd Azan Safar melakukan kerja aktivis untuk membela rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Syahirah Rashid, 12 Januari, 2014.Usia muda tidak menghalang Mohd Azan Safar melakukan kerja aktivis untuk membela rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Syahirah Rashid, 12 Januari, 2014.Mohd Azan Safar mungkin kelihatan seperti pelajar Melayu biasa. Tetapi, graduan Universiti Kebangsaan Malaysia yang berusia 24 tahun ini, pernah ditangkap polis bukan sekali, tetapi dua kali hanya kerana beliau teguh dengan pendirian bahawa rakyat Malaysia perlukan yang lebih baik dan suaranya harus didengar.
Ramai rakyat Malaysia yang hanya mampu duduk di belakang keyboard untuk menyuarakan pendapat mereka, namun Azan tidak pernah gentar menyertai perhimpunan awam yang digelar haram di negara ini.
Malah, beliau juga tidak takut menjadi dalang kepada perhimpunan ini.
Anak kelahiran Kuala Lumpur ini bagaimanapun hanya menemui minat beliau dalam bidang aktivisme setelah meninggalkan pendidikan menengah di Darul Quran, Kuala Kubu, Selangor.
Daripada situ, beliau terbang ke Syria untuk mendapatkan Diploma dalam Bahasa Arab dan Syariah. Hidup selepas sekolah menengah membuka matanya kepada dunia yang sangat berlainan.
“Semuanya bermula selepas sekolah menengah. Saya mula mengenali dunia yang lebih terbuka dan penuh dengan kebebasan. Ia memupuk semangat saya untuk dunia aktivisme,” katanya kepada The Malaysian Insider.
"Saya banyak bergaul sebelum memasuki universiti. Saya menyertai pelbagai aktiviti dan kalau awak lihat sijil yang saya ada di rumah, awak akan tahu saya memang mempunyai banyak sijil.

Rakyat Bergelut Dengan Kehidupan Mereka, Angkara Siapa ?

Benarlah sebagai yang dirancang PRU14 adalah PRU ibu bagi menyelamatkan Malaysia. Jika PR gagal mendapat mandat rakyat pada PRU ke 14 . Ini adalah sebagai penanda aras kepada kehidupan rakyat anak cucu generasi Malaysia yang terus suram.

Memberi mandat kepada UBN pada PRU14 adalah bermakna kita berada dalam kebankrapan. Muflis segala-gala termasuklah moral dan akhlak generasi yang akan datang.

Kini, kegusaran, kesakitan dan keperitan hidu mulai dirasai dengan lonjakan tsunami kenaikan harga barangan dalam semua segmen dan disiplin kehidupan.

Keluhan demi keluahan, rungutan demi rungutan, rasa tidak puashati demi rasa tidakpuashati. tergambar di wajah-wajah semua rakyat. Yang bergaji besar mungkin tidak terasa kerana mereka masih dikelilingi dengan kemewahan, tetapi bagi mereka yang ramai anggota keluarga masyarakat marhein mula mengeluh.

Setiap hari bahan yang luahlakn dibualkan tentang masalah hidup mereka. Maka kita merasakan kerajaan yang ada sekarang sudah berpuashati dengan apa yang mereka sudah buatkan.

'Keputusan mahkamah bukti akta himpunan harus dimansuh'

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Jumaat lalu melepaskan beberapa pimpinan utama PKR membuktikan Akta Perhimpunan Aman patut dimansuhkan.

Mahkamah melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan empat yang lain dari dakwaan menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 dua tahun lalu.

Hakim Ahmad Bache mengangkat penghakiman Mahkamah Rayuan sebelum ini yang berkata perintah majistret melarang perhimpunan BERSIH 3.0 adalah tidak sah.

"Justeru, saya menuntut supaya pihak kerajaan mengambil memansuhkan akta ini dan menghormati keputusan mahkamah yang secara jelas membuat penghakiman berdasarkan prinsip keadilan dan kebebasan.

“Kerajaan perlu bertindak memulihkan semula demokrasi dan menjamin hak kebebasan berhimpun selaras dengan Perkara 10 yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan," kata beliau dalam kenyataan semalam.

Shamsul yang juga ahli Parlimen Bukit Katil  (kiri) berkata keputusan mahkamah ini akan menjadi duluan bagi kes-kes berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2011 (APA2011) kelak kerana ia bertentangan dengan hak kebebasan berhimpun yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Saya berpandangan bahawa pihak mahkamah secara tidak langsung cenderung mengambil pendirian menolak penggunaan Akta Perhimpunan Aman 2011 (APA2011) yang sememangnya diketahui bersifat antikebebasan dan bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak rakyat untuk bebas berhimpun.

Harga naik: Tak adil salahkan kerajaan 47% BN semata-mata kata Najib....!!!

KEMAMAN - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata adalah tidak adil menyalahkan kerajaan semata-mata apabila berlaku kenaikan harga barangan.

Ini kerana, kata perdana menteri, kerajaan telah dan sedang melakukan pelbagai inisiatif dalam usaha mentransformasikan ekonomi negara bagi memastikan rakyat sentiasa menikmati kehidupan lebih baik.

"Kerajaan sentiasa bersama rakyat, janganlah dipersalahkan kerajaan kalau harga barang naik, dan kerajaan Barisan Nasional pula dimomokkan sebagai "Barang Naik'," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir dan meraikan sukarelawan peringkat nasional di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan harga barangan meningkat kerana pelbagai sebab dan faktor termasuk keadaan semasa, ekonomi dunia, faktor cuaca serta fenomena cuaca ekstrem yang menyebabkan barangan mengalami kekurangan bekalan.

"Bukan semua harga naik sebab kerajaan. Harga ikan naik sebab ikan kurang, harga sayuran naik disebabkan bekalan kurang. Masa harga (barangan) turun, tak puji kerajaan tetapi masa naik, kerajaan dikeji," katanya.

Najib berkata kerajaan sedar bahawa kos sara hidup semakin meningkat dan kerajaan telah mengambil pelbagai langkah dalam usaha mengurangkan bebanan rakyat.

Dakwa pegawai kanan polis terlibat ubah wang haram RM6 juta- SAMM

n_10badrulKUALA LUMPUR 12 JAN: Pegawai kanan polis termasuk yang berpangkat ‘Datuk’ mesti dihadapkan ke mahkamah sebaik disabit terlibat dengan sindiket pengubahan wang haram, kata Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.
Menurutnya, tindakan memindahkan anggota dan pegawai terlibat tidak akan memperbaiki keadaan sekiranya mereka tidak didakwa.
“Jika tiada dakwaan, polis hanya melindungi kesalahan pasukan mereka sendiri. Jangan hanya dakwa polis pangkat rendah, tapi tak berani untuk dakwa mereka di peringkat atasan.
“Jika tiada tindakan drastik, jangan salahkan rakyat yang berterusan mempunyai persepsi buruk terhadap institusi polis. Rakyat Malaysia kini sukar untuk meletakkan kepercayaan,” kata CheguBard.
Portal The Malaysian Insider 7 Januari lalu melaporkan kira-kira 60 anggota polis disiasat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram/
Terdahulu, SPRM pada 26 Disember lalu mengesahkan seorang pegawai kanan polis bergelar ‘Datuk’  antara yang memberi kenyataan berkaitan kes pengubahan wang haram bernilai RM6 juta.
Pada November 2013, dilaporkan tiga pegawai berpangkat timbalan penguasa, penolong penguasa dan sarjan ditangkap secara berasingan oleh SPRM. Semasa tangkapan mereka menemui RM500,00 tunai, jam Rolex dan barang kemas.
Susulan itu, dua pegawai yang ditahan dipindahkan ke Johor dan Negeri Sembilan dengan salah seorang daripada mereka terlibat dengan penggubahan wang haram bernilai RM1.7 juta, manakala yang lain RM4.3 juta.

FAM perlu reformasi, bukan jurulatih import bergaji tinggi

SHAH ALAM - Susulan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bakal mengumumkan jurulatih baru skuad bola sepak Harimau Malaya, Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan tidak bersetuju jika ia adalah jurulatih import yang memerlukan bayaran gaji yang tinggi.

Menurutnya, bagi memartabatkan bola sepak di negara ini, ia memerlukan reformasi secara menyeluruh bukan bergantung kepada tenaga pengajar sukan itu semata-mata.

"Saya menyambut baik kenyataan-kenyataan dari Kementeria Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara yang tidak bersetuju dengan cadangan perlantikan jurulatih yang mahal buat negara.

"Kita menunggu butir-butir Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang akan dibentangkan kepada Kabinet tidak lama lagi.

"Kita berharap penekanan kepada perubahan radikal dan menekankan matlamat jangka masa panjang, kalaupun tidak 100 tahun dapat dapat dipertimbang Kerajaan Persekutuan.

Muktamad fatwa ‘bughah’ dengan Usul Fikah

Fatwa ‘berani mati’ yang menyifatkan peserta demonstrasi TURUN pada 31 Januari 2013 sebagai ‘bughah’ dan ‘halal darah’, jika disoroti semua pihak melalui jendela ilmu Usul Fikah yang menyelia kegiatan ijtihad atau pemfatwaan, berkemungkinan besar sudah dapat dimuktamadkan, atau ditemui penyelesaiannya.

Antara perkara yang disinggung dalam Usul Fikah, ialah ‘peringkat-peringkat kegiatan ijtihad’ atau pemfatwaan. Perbahasan inilah yang perlu dijadikan jendela bagi meneropong fatwa ‘panas’ itu.

Peringkat pertama proses pemfatwaan, ialah memahami nas-nas al-Quran dan hadis-yang berkaitan dengan sesuatu kes yang sedang didepani-dan selanjutnya ‘mencungkil’ hukum bagi kes tersebut daripada nas-nas tadi.

Peringkat ini dinamakan Feqhul Fahm, al-Ijtihad al-Istinbati atau Feqhul Ta’sil. Karya-karya klasik Usul Feqh menamakannya Takhrijul Manat.

Dalam kes fatwa ‘bughah’ dan ‘halal darah’ ini, hukum yang berkaitan telah pun difahami dan ‘dicungkil’. Iaitu, wajib diperangi bughah pemberontak bersenjata ke atas kerajaan yang sah dan halal darah mereka ditumpahkan.

Hukum ini difahami daripada ayat 9 Surah al-Hujurat yang bermaksud:

“Jika dua kumpulan dari kalangan orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satu daripadanya bersikap melampau (zalim), maka lawanlah kumpulan yang melampau (zalim) itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh, maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil.”

Di peringkat pertama proses pemfatwaan ini (peringkat pemahaman dan ‘pencungkilan’ hukum daripada nas), hanya ulama yang berkelayakan boleh terlibat.

Hal ini kerana, untuk memahami nas-nas al-Quran dan hadis, kemahiran dalam Bahasa Arab dan ilmu-ilmu Islam yang berkaitan, adalah satu kemestian.

Ringkasnya, di peringkat ini, apa yang diperlukan seseorang mufti ialah pengetahuan dalam Bahasa Arab dan ilmu-ilmu Islam yang berkaitan, bagi membolehkannya memahami nas dan ‘mencungkil’ hukum daripadanya.

Di peringkat pemahaman dan ‘pencungkilan’ hukum ini, fatwa ‘bughah’ dan ‘halal darah’ tiada sebarang masalah dan pertikaian.

Semua pihak, termasuk peserta demonstrasi TURUN dan pengeluar fatwa ‘bughah’, menyetujui bahawa bughah ialah pemberontak bersenjata ke atas pemerintah yang sah, dan mereka wajib diperangi serta darah mereka halal ditumpahkan.

Tiada sebarang masalah dan pertikaian di sini.

Rasuah: Tempoh reman pegawai khas menteri dilanjut

Tempoh reman pegawai khas menteri dilanjut 
 Tiga individu termasuk seorang pegawai khas menteri ditahan reman hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan permintaan dan pemberian wang suapan berkaitan pemberian tender. 
Mereka ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 (a) (B) dan Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. - Foto Bernama
SEPANG - Tempoh reman bagi dua individu termasuk seorang pegawai khas menteri dilanjutkan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan permintaan dan pemberian wang suapan berkaitan pemberian tender.
  
Pendaftar Mahkamah Majistret Sepang Rozaidi Yaacob membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan tempoh tahanan reman selama dua hari bermula esok untuk pegawai khas itu dan seorang lagi ahli perniagaan berpangkat Datuk.
  
Mereka yang berusia 44 dan 48 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
  
SPRM mengemukakan permohonon tahanan reman itu mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
  
Kedua-dua individu itu ditahan reman empat hari mulai Khamis lepas manakala seorang wanita berjawatan setiausaha ditahan reman tiga hari untuk kes sama.
  
Wanita itu dibebaskan semalam. - Bernama

Jangan sampai semua tergadai oleh kerajaan 47% BN...!!!

DR AMINUDIN MANSOR

SEBUAH negara yang merdeka tentunya mempunyai undang-undang tubuh yang telah diasaskan oleh cerdik pandai dan orang terdahulu sebelum merdeka.

Begitulah, negara Malaysia mempunyai Perlembagaan Persekutuan, ideologi wawasan dan dasar pembangunan negara.

Ideologi merupakan panduan untuk mencapai sesuatu matlamat. Tanpa panduan segala tindakan akan tersalah arah.

Justeru, Malaysia telah membentuk suatu ideologi yang dinamakan Rukun Negara yang mengandungi prinsip-prinsip yang jelas untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan sejahtera.

Jika tidak mengikut ideologi dan prinsip ini besar kemungkinan negara akan mengalami kemunduran dan tidak maju sejahtera.

Tambahan pula apabila semua bidang kehidupan terus dipolitikkan seperti isu agama, bahasa, sejarah dan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Petunjuk negara maju dan sejahtera sangat jelas melalui ideologi negara iaitu Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Dasar Pembangunan Negara iaitu ekonomi dan sosial.

Sebagai pemimpin politik apa juga parti perlu memahami dasar dan prinsip yang diasaskan ini.

Tujuannya sangat jelas iaitu mewujudkan suatu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama, dan wilayah hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu.

Selain itu, dengan cita-cita yang jelas untuk mencapai perpaduan lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat dan melahirkan masyarakat yang mampu memelihara satu cara hidup demokratik.

Setiap pemimpin politik bertanggungjawab menyeru ke arah ini mencari jalan penyelesaian jika ada masalah dalam masyarakat bukan mencari keuntungan dan mendapat kan kepentingan daripada isu-isu yang dibangkitkan.

Pemimpin politik juga sewajarnya memimpin dan mencipta satu masyarakat Malaysia yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.

Rakyat yang dipimpin juga setuju dan menyokong ke arah menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya pelbagai corak dimajukan dan dikembangkan.

Para pemimpin juga sewajarnya menyeru supaya masyarakat bersama-sama berazam untuk membina sebuah masyarakat yang progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden.

Jika direnung dengan fikiran yang bijaksana, rakyat dan pemimpin politik banyak menghabiskan masa dengan isu-isu tidak menjurus kepada kepentingan rakyat keseluruhannya.

Sebagai contoh, kurang berusaha mencari jalan penyelesaian ke arah kenaikan kos sara hidup rakyat lebih mencari keuntungan dari segi politik.

Di manakah pandangan pemimpin mengajak supaya rakyat mempunyai pandangan jauh ke hadapan untuk membawa kemajuan kepada negara.

Di mana suara pemimpin yang proaktif dan sentiasa terdorong untuk membawa kemajuan kepada negara dengan menjadikan ilmu dan kemahiran serta pengetahuan sains dan kemahiran teknologi sebagai pemangkin kepada strategi memajukan negara.

Undang-undang merupakan satu alat untuk mengawal tingkah laku anggota masyarakat. Hal ini untuk menjamin ketenteraman sosial dan negara.

Justeru, kedaulatan undang-undang sangat penting didaulatkan dan tegas dalam pelaksanaan bagi membentuk keamanan dan menegakkan undang-undang. Misalnya, rakyat boleh membuat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab jika mendapati unsur-unsur yang menyalahi undang-undang.

Kini terdapat pelbagai cabaran yang harus diatasi oleh pihak yang bertanggungjawab seperti ada pihak yang  melakukan pelbagai kesalahan, mempersoalkan kontrak sosial, kalangan masyarakat yang mementingkan diri sendiri, mempersoalkan kedudukan dan kuasa Raja-raja, memburuk-burukkan Malaysia dan mempertikaikan usaha kerajaan.

Jika perkara ini terus berlaku sampai bila rakyat akan dapat hidup dengan aman dan selesa? Jawapannya hanya ada pada kita semua. Ingatlah jangan sampai semua tergadai.