Sabtu, 11 Januari 2014

Melayu jadi bodoh kalau jadi macai umno, tak caya?

Katanya nak hantar notis aduan kerana dituduh bising hingga larut malam

Untuk menghantar notis aduan seseorang yang mengatakan PASTI berbuat bising hingga larut Malam, Pengautkuasa majlis Daerah Tanjung Malim telah membawa beberapa kenderaan pacuan empat roda dan mungkin sebuah lori dengan beberapa anggota ke lokasi.
Sebagai seorang manusia yang berpelajaran mereka sepatutnya boleh berfikir, sejauh manakah logiknya sesebuah pusat pendidikan pra sekolah beroperasi hingga larut malam.

Jika masih percaya akan tuduhan tak berakal tersebut, mereka sepatutnya menyerbu pada waktu malam untuk membuktikan dakwaan.

Kehadiran anggota yang sebegini ramai lengkap dengan kenderaan pengankut, sebenarnya boleh mendatangkan pra sangka penduduk setempat dan menjejaskan nama baik PASTI tersebut.
Bilangan anggota di hadapan PASTI
Lori kat belakang tu untuk apa?

MACAI BN SAHKAN RAMAI MENTERI-MENTERI NAJIB SETARAF " CAP AYAM ".....


Hangpa baca dibawah betapa teruknya standard  menteri dan timbalan  menteri najib yang memalukan macai-macai dan penyokong BN.....hanya sekadar membodek najib dan rosmah....alamat bungkuslah ekonomi Malaysia selepas ini.....ini disahkan lagi oleh macai-macai umno tahap dewa.......


HASAN MALEK TAK JADI LETAK JAWATAN... TAPI SEBENARNYA RAMAI MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI YANG PERLU BERAMBUS!!!

Posted by CUCU TOK WAN at 10:30 PM Friday, January 10, 2014




Menteri KPDNKK atau lebih dikenali sebagai MENTERI AYAM, telah menafikan yang dia akan meletak jawatan sebagai Menteri sebagaimana yang diuar-uarkan. Sebaliknya berita yang tersiar secara meluas semenjak semalam, dikatakan sebagai berita palsu sepertimana palsunya juga janji KPDNKK untuk menguatkuasakan undang-undang mengekang kenaikan harga yang dilakukan oleh pemborong.

Tak kisahlah... turun ke, letak jawatan ke atau dipecat sekalipun, ia tidak akan mengubah apa-apa!

Najib Abdul Razak sedang menghadapi hari-hari malangnya. Taktik mengambil musuh untuk bekerja bersama-sama, ternyata telah memakan diri. Najib tidak mungkin melakukannya atas kapasiti individu tetapi sudah pasti TERPAKSA MELAKUKANNYA kerana banyak faktor termasuklah LOBI dan JANJI daripada kumpulan yang menjadi tembok negeri China di sekelilingnya.

Walaupun pada awal pengangkatannya sebagai Perdana Menteri, Najib Abdul Razak menjanjikan TRANSFORMASI tetapi transformasi yang dijanjikan, MASTURBASI pula yang jadi!!!


Semuanya kerana orang-orang yang dipilih untuk menganggotai pasukannya terdiri daripada golongan KAKI MELANCAP TEPI LONGKANG yang hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai bekerja. Dan ini boleh diperhatikan bagaimana pada PRU13 lalu, yang kelihatan bekerja keras adalah NAJIB ABDUL RAZAK sendiri sehinggakan dia terpaksa menjaja bibir merah jambunya dan mukanya kepada rakyat melalui program TURUN PADANG.

'ISA tidak akan diperkenalkan semula' - Zahid Hamidi



Polemik Kalimah Allah & Rampasan Bible-Bhg.3



Polemik Kalimah Allah & Rampasan Bible-Bhg.2



Polemik Kalimah Allah & Rampasan Bible-Bhg.1



Isu Kalimah Allah: Ustaz Robby "Siapa Yang Tipu Siapa"



Isu kalimah Allah oleh Ustaz Robby bekas Mubaligh Kristian



Protes kebebasan akhbar aman, mengapa polis nak disiasat?

Gerakan Media Marah (Geramm) menggesa polis agar tidak menggunakan alasan teknikal remeh dan longgar untuk menyiasat himpunan Protes Pensel Merah pada 4 Januari lalu.

Dalam kenyataan hari ini, Geramm menegaskan alasan ketiadaan notis sepuluh hari sebelum himpunan itu berlangsung hanyalah bersifat "prosedural" (tatatcara) kerana ia berlangsung secara aman.

"Alasan polis ini, kami ulang, hanyalah hujah teknikal yang remeh dan longgar selepas perhimpunan itu berlangsung secara aman, tertib dan lancar.

"Malah, anggota-anggota polis juga ditempatkan di lokasi perhimpunan bagi memantau keadaan dan dapat mengesahkan keadaan aman ini," kata Geramm yang ditubuhkan susulan penggantungan mingguan The Heat oleh Kementerian Dalam Negeri Disember lalu.

Perikatan longgar wartawan, aktivis media dan pekerja media itu juga menegaskan yang himpunan itu tidak bertujuan mengundang kemarahan mana-mana pihak.

"Ucapan, slogan dan tindakan kami pada perhimpunan Protes Pensel Merah juga tiada unsur provokasi kepada sesiapa.

"Oleh itu, Geramm beranggapan siasatan polis nanti (jika ada) tidak relevan dan kami langsung tidak ada niat di sepanjang kempen ini menimbulkan konflik dengan kerajaan, syarikat media dan orang ramai," katanya.

Muzakarah Ulama Isma putuskan ‘haram’ umat Islam sokong NGO liberal

(Yang Macam Atas Ni Tak Haram...???)


Muzakarah Ulama anjuran sebuah NGO Islam hari ini memutuskan “haram” bagi penganut Islam menyokong Gabungan NGO Malaysia dalam Proses UPR (Comango) kerana tuntutan mereka yang bertentangan dengan syarak.
Dalam satu persidangan yang dihadiri hampir 25 tokoh agama dan cendekiawan Islam seluruh negara, Muzakarah Ulama anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) itu bertegas tuntutan pertubuhan NGO liberal tersebut sebagai merosakkan akidah umat Islam.
"Kepada pendokong dan penyokong tuntutan Comango, adalah 'haram' dari sudut Syariah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara untuk mendokong dan menyokong tuntutan Comango.
"Kepada masyarakat Islam, perlu sedar bahawa tuntutan ini boleh merosakkan akidah, jati diri ummah dan meruntuhkan cara hidup Islam keseluruhannya," kata jurucakap muzakarah, Dr Aznan Hasan (gambar) dalam satu sidang media di Hotel Equatorial di Bangi, Selangor petang ini.
Dalam perbincangan anjuran Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (Muis) tersebut, turut diluluskan sebulat suara enam resolusi yang antaranya mengecam Comango dan mendesak pentadbiran Putrajaya supaya mengambil tindakan tegas.
"Kerajaan hendaklah bertanggungjawab menghalang dan menyekat usaha Comango daripada memberikan persepsi negatif yang mengelirukan  kepada masyarakat antarabangsa terhadap Perlembagaan Persekutuan, undang-undang dan hal ehwal pelaksanaan undang-undang serta hukum Islam di Malaysia," kata resolusi tersebut lagi.

HOW BOLD THE EXTREMISTS HAVE BECOME! Harussani demands arrest of Marina, tells Jamil Khir to quit

KUALA LUMPUR — Controversial Perak Mufti Tan Sri Harussani Zakaria has asked Datuk Seri Jamil Khir Baharom to resign if the latter is unwilling to stand up to a Catholic priest in the ongoing “Allah” row.
HOW BOLD THE EXTREMISTS HAVE BECOME! Harussani demands arrest of Marina, tells Jamil Khir to quitHarussani accused the minister in charge of Islamic affairs of being “weak” in handling Father Lawrence Andrew’s reported insistence that  Catholic churches in Selangor would not abide by the state religious authorities plan to prevent them from using the Arabic word in their worship, in a report by Utusan Malaysia today.
“This is challenging the courts, even challenging the Yang diPertuan Agong. Why do we allow it? I saw on television last night, Jamil Khir saying, ‘Don’t cause a commotion, just wait for the court decision’.
“The courts have decided, what is there to wait for? If you are too weak to be a minister, I say just quit,” he was quoted as saying by the Malay daily.
Jamil was previously reported as telling all parties to be patient and await the Federal Court’s decision on the ongoing “Allah” case.
ARREST Marina & gang

Harussani also demanded the arrest of Malays who had shown up outside a church in Klang to show solidarity with Christians ahead of a threatened protest last week, saying this depicted them as supporting the non-Muslim right to use “Allah”. (The group of 'progressive' Malays had included Marina Mahathir, the daughter of former premier Mahathir Mohamad)

Syaitan Zionis Ariel Sharon mati akhirnya setelah lapan tahun koma..

Setelah lapan tahun koma, akhirnya manusia yang bertanggungjawab dalam tragedi pembunuhan sekurang-kurangnya 3,000 rakyat Palestine dalam tragedi Sabra-Shatila, Bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon disahkan mati hari ini.

Radio Tentera Israel mengumumkan, Sharon meninggal dunia pada usia 85 tahun selepas koma sejak lapan tahun lalu akibat serangan angin ahmar.

Minggu lalu, kumpulan perubatan hospital Tel Hashomer di sini, mengumumkan kesihatan Sharon makin merosot selepas menjalani pembedahan memasukan tiub saluran makanan.

Pada 2 Januari lalu Para doktor di Hospital Tel Hashomer berkata, keadaan kesihatan Sharon semakin kritikal dan nyawa bekas presiden itu berada di dalam keadaan bahaya dan akan mati dalam masa empat hari. sila baca laporannya di SINI
Former Israeli Prime Minister Ariel Sharon dead at 85
Ariel Sharon, the former prime minister and ex-general who embodied Israel's military might, has died, Israeli radio and television announced on Saturday.
The 85-year-old Sharon had been in a coma at the Sheba Medical Center near Tel Aviv for eight years after suffering a stroke in 2006.
Despised by Arabs for his hardline policies, Sharon was respected by Israelis for his military prowess and patriotism.
Sharon, Israel's controversial 11th prime minister, earned the nickname “The Bulldozer” early in his career because of his reputation for stopping at nothing.

Janganlah Sampai Penyokong Jamil Khir Buat Laporan Polis Terhadap Harussani...

Setelah semalam tersebar khabar angin mengenai perletakan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek sehingga sekumpulan Pemuda UMNO yang diketuai oleh anaknya sendiri membuat laporan polis kerana menganggapnya fitnah yang mengaibkan, hari ini seorang lagi menteri diminta meletakkan jawatan.

Kali ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama pula menjadi sasaran. Tetapi tidak seperti berita perletakan jawatan Hasan Malek yang dicetuskan oleh pengendali laman sosial pro UMNO, Afiq KL Town, desakan meminta Jamil Khir berundur dilakukan oleh seorang mufti iaitu, Harussani Zakaria.

Harussani yang merupakan Mufti Perak di mana sebelum ini telah menggelarkan peserta demontrasi membantah kenaikan harga barang sebagai bughah dan halal darahnya, nyata kecewa dengan pendirian Jamil Khir dalam menangani isu kalimah Allah yang sedang hangat diperkatakan sekarang, khususnya untuk bertindak terhadap pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew.

Bagi Harussani, memandangkan sudah ada keputusan daripada Mahkamah Rayuan yang melarang penggunaan nama Allah oleh penganut agama Kristian tetapi Paderi Lawrenca tetap juga berkeras mahu menggunakan kalimah itu, ia jelas suatu penghinaan dan pendirian Jamil Khir yang secara santai meminta semua pihak bertenang dan menunggu saja keputusan Mahkamah Persekutuan, langsung tidak boleh diterima sama-sekali.

Terbeli & Makan Daging Lembu Curi - Ustaz Azhar Idrus



Bagaimana Jika Mati Belum Khatam Al-Quran? - Ustaz Azhar Idrus



Ayam Daripada Pusat Penyembelihan Tiada Sijil - Ustaz Azhar Idrus



Hukum "MENGUMPAT" Orang Dengan Perkara BAIK - Ustaz Azhar Idrus



Bagaimana Boleh Mati Dalam Keadaan Tersenyum? - Ustaz Azhar Idrus



Hukum LAYAN Perempuan Dalam FACEBOOK - Ustaz Azhar Idrus



TAULIAH Mengajar Agama DIPOLITIKKAN - Ustaz Azhar Idrus



Mas Kahwin 20 Ribu! - Ustaz Azhar Idrus



Rumah Ngaji Dr Zaharuddin Abdul Rahman Bhg 4



Rumah Ngaji Dr Zaharuddin Abdul Rahman Bhg 3



Rumah Ngaji : Dr Zaharuddin Abdul Rahman Bahagian 2



Rumah Ngaji : Dr Zaharuddin Abdul Rahman Bahagian 1



'Sultan Melaka' dakwa bukan dirinya tawar Dr Asri jadi mufti



Former Israel Prime Minister Ariel Sharon dies

Celakalah Kepada Pemerintah Yang Menyusahkan Rakyat.....

Celakalah kepada pemerintah tanpa mengira parti kerana apabila mereka diberi kuasa maka mereka menyalahgunakannya. Semakin hari semakin berat beban yang terpaksa dipikul oleh rakyat di mana mereka tanpa rasa bersalah mempermain-mainkan rakyat yang memberi mereka kuasa. Rakyat disuruh hidup berjimat cermat tetapi mereka sendiri berboros menggunakan duit rakyat. Adakah rakyat perlu merasa malu di atas kemiskinan mereka yang mana segala usaha mereka setiap hari di kaut oleh kerajaan yang zalim. Kerajaan inilah yang di pertahankan oleh seorang mufti yang mengeluarkan fatwa halal darah rakyat yang menentang kezaliman kerajaan ini.
Memang benar apa yang difirmankan oleh Allah bahawa akan ada orang-orang yang bijak agama yang akan menjual agamanya dengan harga yang murah demi kepentingan dirinya. Kerajaan yang baik adalah kerajaan yang merasa cukup malu apabila mendengar ada rakyat mereka yang terpaksa mengikat perut. Kita bukannya mahu kerajaan sehebat dua Umar yang sanggup berjalan malam mencari rakyatnya yang hidup dalam kesusahan sehingga sanggup memikul gandum dan memasaknya untuk diberi makan kepada rakyatnya yang kelaparan atau yang sanggup memadamkan pelita minyak apabila anaknya datang untuk berbincang hal kekeluargaan.

Kenapa JAIS tidak rujuk kerajaan negeri sebelum serbu PBM? - Dr Aziz Bari

Bukan Islam tetap boleh guna Allah dengan bersyarat, tegas Mujahid Yusof

Songlap Bantuan Banjir: PAS Saran MB Terengganu Ambil Tindakan Undang-undang

Hundreds turned up to seek justice for raped, murdered UUM graduate

Egypt: Journalism under siege?

TG Nik Aziz: Perbincangan lebih baik daripada ISA

Susulan khabar angin mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)  akan dihidupkan kembali, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan ruang perbincangan mampu menyelesaikan konflik daripada memperkenalkan semula ISA.

Beliau melalui laman Facebooknya juga berkata ISA adalah undang-undang yang tidak bertamadun dan kejam untuk menyelesaikan konflik.

"ISA ialah undang-undang kejam dan tidak bertamadun. Untuk menyelesaikan konflik, boleh gunakan saluran undang-undang yang ada.

"...jika segala ruang perbincangan telah digunakan, saluran undang-undang menjadi pilihan. Itupun melalui perbicaraan yang adil.

"Masalahnya, ruang perbincangan tidak dibuka, perdebatan yang matang langsung tidak berlaku bahkan perbicaraan yang adil hanya tinggal mimpi sahaja, alih-alih ISA mahu digunakan," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pelaksanaan semula ISA bagi menangani tindakan puak ekstremis minoriti yang menjejaskan kestabilan negara.

Dr Mahathir menyifatkan segelintir puak pelampau ini sebagai kumpulan yang tidak matang dan sanggup mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati yang mengganggu keharmonian dan sensitiviti kaum lain di negara ini.

Cadangan laksana semula ISA terletak di tangan kerajaan 47% BN, kata Peguam Negara


Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) berkata keputusan sama ada untuk melaksanakan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terletak di tangan kerajaan.
"Itu adalah urusan kerajaan, kerajaan harus memutuskan sama ada ia (ISA) dilaksanakan semula atau tidak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perasmian Tahun Perundangan 2014 di Putrajaya hari ini.
Sebelum ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pelaksanaan semula ISA bagi menangani tindakan puak ekstremis minoriti yang menjejas kestabilan negara.
Dr Mahathir menyifatkan segelintir puak pelampau ini sebagai kumpulan yang tidak matang dan sanggup mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati yang mengganggu keharmonian dan sensitiviti kaum-kaum di negara ini.
Turut menyokong cadangan itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyifatkan ia perlu bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam negara dapat dikekalkan. - Bernama

Langat 2: Rakyat S'gor terkejut MB buat 'U-Turn' - ADUN



Rakyat Selangor terperanjat besar apabila Menteri Besar (MB) Selangor membuat 'U-Turn' memberi kelulusan bagi pembinaan Loji Langat 2 pada Rabu lepas.

MB memberi alasan ianya disebabkan Kerajaan Pusat menguatkuasakan Seksyen 114, Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA 2006) ekoran kegagalan Kerajaan Negeri memuktamadkan rundingan dengan empat syarikat konsesi air yang berakhir 31 Disember 2013 yang lau.

Rakyat Selangor khususnya harus diperjelaskan apa itu "Seksyen 114" Akta WSIA 2006 itu.

Definasi ringkasnya seksyen tersebut memberi kuasa kepada Menteri Tenaga, Air dan Teknoloji Hijau (Kerajaan Pusat) untuk 'merampas' hak kawalan, pengurusan, harta dan aset serta lesen perniagaan PEMEGANG LESEN AIR demi kepentingan negara. Dalam kes Negeri Selangor pemegang lesen tersebut ialah empat syarikat konsesi air iaitu Puncak Niaga, Syabas, Splash dan Konsortium Abbas.

Selepas 'dirampas' atau terma yang lebih sopan disebut 'diambil alih', Kerajaan Pusat akan menyerahkannya untuk diurus selia oleh Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN).

Disebutkan juga oleh seksyen tersebut bahawa pemegang lesen tadi akan dibayar pampasan ekoran pengambilalihan tersebut dan jumlahnya (kuantum) ditetapkan oleh Kerajaan Pusat.

Seksyen 114 ini adalah mirip kepada konsep 'Milik Negara' (Nationalisation) yang diamalkan oleh Cuba dan beberapa negara sosialis, cuma bezanya di sini ialah pemilik perniagaan tadi dibayar pampasan.

Jadi apa kaitan Seksyen 114 tadi dengan Kerajaan Negeri Selangor?

Secara jelas Kerajaan Negeri TIDAK TERIKAT untuk patuh kepada seksyen ini kerana Kerajaan Negeri BUKAN 'Pemegang Perniagaan Lesen Air'. Di Selangor dan W.P Kuala Lumpur dan Putrajaya - Syabas adalah pemegang lesen dan pembekal air hinggakan bil air itu sendiri dibayar kepada Syabas dan bukan kepada Kerajaan Negeri.

Perkenal kembali ISA orang habis modal – TG Nik Aziz

KUALA LUMPUR: Musyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk memperkenalkan kembali Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ialah cadangan orang yang kehabisan modal untuk bercakap.

“Bayangkan sendiri jika anda ataupun anak-anak ditangkap di bawah ISA tanpa diberikan ruang untuk membela diri, apa perasaan pada masa itu?” tanya beliau menerusi tulisan di facebook.

Beliau menegaskan bahawa ISA ialah undang-undang kejam dan tidak bertamadun.

Justeru, kata beliau, untuk menyelesaikan konflik, boleh gunakan saluran undang-undang yang ada.

Jelasnya, Islam sendiri mengajar tiga kaedah perlu diambil apabila berlaku pertembungan; menyeru dan menjelaskan dengan berhikmah, menggunakan peringatan yang baik dan berdebat dengan menggunakan hujah.

“Ini yang disyorkan oleh Islam. Jika segala ruang perbincangan telah digunakan, saluran undang-undang menjadi pilihan. Itupun melalui perbicaraan yang adil,” ujarnya.

Masalahnya, kata beliau ruang perbincangan tidak dibuka, perdebatan yang matang langsung tidak berlaku bahkan perbicaraan yang adil hanya tinggal mimpi sahaja, alih-alih ISA mahu digunakan.

Betulkah sasterawan bersama kerajaan BN?


A Shukur Harun

Kita tidak pasti daripada mana maklumat diperolehi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kedengarannya seolah-olah amat pasti, apabila menegaskan bahawa golongan sasterawan sentiasa bersama kerajaan, dan tidak pernah bersama pembangkang dalam membangunkan Malaysia.
Menurutnya, jika ada pihak yang mendakwa golongan sasterawan berada di haluan sana, manakala pemimpin negara berada di haluan sini , ia adalah dakwaan tidak benar, dan dipercayai beliau memaksudkan 'haluan sana' sebagai pembangkang, dan 'haluan sini' sebagai kerajaan.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya sewaktu majlis penyampaian hadiah Sayembara Penulisan Cerpen-Puisi dan Novel ITBM-Pena-BH di kediaman rasmi beliau, Seri Satria, Putrajaya.
Persoalan yang timbul daripada kenyataannya itu ialah jika tidak ada fakta meyakinkan mengenainya, maka ia termasuk dalam istilah 'isapan jempol', kata orang Indonesia. 'Isapan jempol' ini sama ertinya dengan 'agak-agak' atau kenyataan bohong, tidak ada asas, tidak ada fakta kukuh dan tentunya tidak wajar dipercayai, walaupun datang daripada orang besar.
Kenyataan bahawa 'Golongan sasterawan sentiasa bersama kerajaan dan tidak pernah bersama pembangkang' memberikan gambaran seolah-oleh semua sasterawan menyokong kerajaan. Benarkah begitu? Ini tanda tanya yang sangat besar dan perlu dijawab dengan fakta, bukan dengan kenyataan politik.
Tidak ada lansungkah di negara ini sasterawan yang tidak sehaluan dengan kerajaan? Sejak bila sasterawan sentiasa memihak kepada kerajaan? Tidak adakah sasterawan yang tidak memihak ke mana-mana, berdiri secara bebas mengungkapkan sesuatu yang difikirkannya benar walaupun bertentangan dengan pihak tertentu?  Atau tidak adakah sasterawan yang sangat kritikal dengan kerajaan sepanjang sejarah kesusasteraan Melayu, katakanlah sepanjang tempoh sekitar 60 tahun, hingga kini?

Batu Api Gred AAA: MB khianati Sultan Selangor, kata Umno


Noh Omar (baju merah) bercakap kepada pemberita semasa bantahan mengenai isu kalimah Allah di pejabat Umno cawangan Hulu Langat, Kajang, Selangor.  – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 11 Januari, 2014. 
Noh Omar (baju merah) bercakap kepada pemberita semasa bantahan mengenai isu kalimah Allah di pejabat Umno cawangan Hulu Langat, Kajang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 11 Januari, 2014.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Abdul Ibrahim dituduh mengkhianati Sultan apabila beliau baru-baru ini meletakkan sekatan ke atas pihak berkuasa agama ketika menjalankan tugas mereka di negeri itu.
Ketua Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, apabila Khalid mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor maka beliau telah berjanji untuk menegakkan dan melindungi integriti dan kesucian agama Islam sebagai agama rasmi negeri.
Noh bagaimanapun berkata Khalid tidak mematuhinya apabila beliau baru-baru ini mengumumkan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) perlu mendapatkan kelulusan daripada exco negeri sebelum menjalankan sebarang serbuan yang boleh dianggap sensitif .
Pengumuman Khalid adalah rentetan serbuan kontroversi Jais terhadap premis Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) minggu lepas yang menyaksikan mereka merampas lebih daripada 300 buah Bible versi bahasa Melayu dan Iban.
Sebagai Menteri Besar, Noh berkata Khalid perlu membantu Sultan dalam mempertahankan agama.
"Kenyataan beliau terhadap peraturan baru ini memberi makna bahawa beliau tidak menghormati undang-undang di Selangor," kata Noh .

Ketawa penawar duka, pengubat sengsara peningkatan kos sara hidup

Edy Noor Reduan

Malam tadi, seperti malam Jumaat sebelumnya, tercegatlah kami sekeluarga di depan televisyen menonton Maharaja Lawak Mega. Hiburan ringan ini sedikit sebanyak melegakan perasaan stress di tempat kerja. Gelak tawa yang terhasil daripada persembahan peserta Maharaja Lawak Mega mampu melampias keletihan sepanjang minggu.
Faktanya, kadar hormon stress seperti kortisol dan adrenalin akan cenderung untuk menurun ketika kita ketawa, jadi peluang untuk ketawa ini jangan dilepaskan.
Kerana itu juga kita melihat di celah mana-mana sudut dalam laman sosial, “trolling” sering menjadi trending yang besar. Setiap gambar berangkai yang mengajuk kata-kata menteri dan ahli politik atau fatwa songsang mufti sebagai contohnya, pasti membuatkan anda tersenyum. Malah saya percaya setiap kali kita membuka laman sosial Facebook, kita akan ternanti trolling baru merentasi ruangan suapan berita.
Benarlah tawa itu penawar duka. Selain peserta Maharaja Lawak Mega, para menteri, para pegawai kanan polis, para mufti dan juga termasuk Perdana Menteri dan timbalannya sering mengeluarkan kenyataan yang mempunyai nilai komidi, lebih-lebih lagi Zahid Hamidi.

Kalimah Allah:Kenapa PAS Memilih Laluan Salah Dan Seronok Di Perangkap Umno?

Oleh ramziredang
"Untuk melihat dengan jelas isu kalimah Allah dan menjawab segala persoalan yang seolah olah menjadi semakin kusut sekarang, kita kena kembali kepada tahun tahun tujuh puluhan dan perlu melihat bukti yang terdapat dalam kata pengantar pada muka surat depan kitab 'bible perjanjian' yang dinamakan sebagai AL Kitab. Dari situ baru kita dapat jawapan apa sebenarnya motif utama yang sedang dimainkan dan siapa sebenarnya yang cuba mencari untung dari isu ini.
Kitab 'bible perjanjian' yang menghimpunkan tiga puluh sembilan kitab perjanjian lama dan dua puluh tujuh kitab perjanjian baru diiktiraf oleh seluruh pimpinan gereja, dari muka surat pertama lagi ada tertulis, "projek menterjemahkan al kitab ke dalam bahasa melayu dimulakan pada tahun 1974".
Jadi kunci utama telah ada, iaitu kitab bible diterjemahkan ke dalam bahasa melayu secara besar besaran 'mulai tahun 1974'. Jadi jelas di sini isu kalimah Allah dalam bible ini telah ada sejak empat puluh tahun yang lepas.
Yang lebih penting untuk kita fahami adalah, penterjemahan ini tidak boleh dilakukan secara sembarangan dan ia tidak boleh diedarkan secara sembarangan kerana ianya bersangkutan dengan perlembagaan negara dan KDN(Kementerian Dalam Negeri). 
Kenapa ia boleh dibenarkan? Kenapa isu ini senyap selama ini? Kerana, yang membenarkan ianya ditulis dan diedarkan dalam bahasa melayu adalah kerajaan(BN). Ianya senyap kerana kerajaan(pimpinan BN)  yang ingin ianya senyap.
Sekarang ia menjadi bising dan riuh, kerana (BN) yang hendak ianya diriuhkan. Kerajaan(BN) yang hendak isu ini disebar keseluruh negara. 

Malaysia mundur kerana Melayu?

Majoriti orang Melayu selesa dengan sektor tradisional menjadi petani dan nelayan.

Dalam  buku “The Malay Dilemma”, Tun Dr Mahathir Mohamad menulis, jika kaum Cina dibiarkan bersendirian berniaga dan mengurus ekonomi negara mereka akan menjadikan Malaysia sebuah negara  maju.
Tetapi apakah Melayu hanya jadi pemerhati, kekal miskin tetapi berbangga kerana negara maju di bawah orang-orang Cina?
Atau Melayu meminta sebahagian daripada saham kekayaan negara walaupun  akan melambatkan kemajuan negara? Inilah dilema Melayu.
Imbas kembali, British perlu pekerja untuk membangunkan ekonomi dan perniagaanya di Malaya. British tidak mahu menganggu budaya dan agama orang Melayu kerana adalah dasar British, lalu membawa macsuk orang-orang Cina untuk bekerja dilombong bijeh, pekerja dan berniaga. Kaum India juga dibawa masuk sebagai  pekerja ladang dan buruh kasar.
Jika tidak berlaku krisis ekonomi dunia pada tahun 1930an,  yang menjadi punca British menghentikan pengambilan pekerja imigran,  besar kemungkinan jumlah Cina dan India mengatasi jumlah orang Melayu hari ini
Sedikit jumlah orang Melayu bekerja dengan British, terdiri dari kalangan anak-anak raja dan golongan bangsawan Melayu sebagai pembantu kepada pegawai-pegawai British atau sebagai kerani di pejabat.
Majoriti orang Melayu  selesa dengan sektor tradisional menjadi petani dan nelayan.
Setelah Malaya merdeka dan bangsa Melayu mengambil alih tugas British sebagai pentadbir, bidang ekonomi dan perniagaan seperti perusahaan makanan, pembinaan, perlombongan, getah, pemborong dan peruncit telah dan terus dikuasai orang-orang Cina yang kebanyakannya  menetap di kawasan bandar, pekan dan pelabuhan.

Di mana silap?

Penganalisis ekonomi berpendapat, dengan jumlah orang Cina yang telah menceburi bidang perniagaan dengan faktor kerajinan dan kegigihan mereka di samping kekayaan sumber asli negara sepatutnya telah menjadi negara termaju dan terkaya di Asia Timur.
Tetapi ia tidak berlaku. Di mana silapnya?

Selangor beku kenaikan gaji MB, exco tapi gaji semua adun naik

Selangor telah memutuskan untuk membekukan kenaikan gaji untuk menteri besar, exco, speaker dan timbalan speaker.

Bagaimanapun, ahlil exco, Ean Yong Hian Wah dilaporkan hari ini sebagai berkata bahawa kenaikan gaji Ahli Undangan Negeri (ADUN) kekal seperti yang diumumkan sebelum ini.

Keputusan itu dibuat selepas tercetus kontroversi ekoran kenaikan gaji yang diumumkan November lepas.

Keputusan itu dibuat dalam Dewan Undangan Negeri, yang meluluskan kenaikan gaji daripada 87 peratus kepada 373 peratus.

Mana Najib ketika kempen hidupkan ISA dibuat, tanya Kit Siang


Veteran DAP, Lim Kit Siang pernah menjadi tahanan ISA sebanyak dua kali. Gambar fail.Veteran DAP, Lim Kit Siang pernah menjadi tahanan ISA sebanyak dua kali. Gambar fail.Tahanan ISA sebanyak dua kali, Lim Kit Siang mempersoalkan kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdiam diri di ketika kempen untuk pengenalan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)  1960 itu sedang dilakukan.
Pemimpin DAP itu berkata, Najib yang memperagakan dirinya sebagai pemimpin sebuah negara yang sederhana di pentas global, nampaknya tidak memainkan sebarang peranan apabila beliau perlu untuk  membuat keputusan mengenai isu penting di negara ini.
"Nampaknya terdapat satu gerakan untuk mewujudkan suasana tidak demokratik dan panas di Malaysia.
"Kuasa itu kelihatan cuba menggunakan suasana panas di Malaysia untuk membenarkan undang-undang ISA yang zalim dipulihkan," katanya.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, dalam keadaan berkenaan, Najib seolah-olah tidak relevan dan janjinya menjadikan Malaysia negara demokrasi terbaik di dunia hanya retorik semata-mata.
Lim turut mempersoalkan sama ada kuasa tidak demokratik, yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat sokongan media arus perdana dan polis.
"Walaupun kumpulan ini masih belum mencalonkan perdana menteri mereka sendiri, mereka seolah-olah menentukan dasar yang perlu diguna pakai oleh kerajaan Umno/Barisan Nasional,” katanya.

Isu kalimah Allah adalah agenda politik - Dr Aziz Bari


KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan, Prof Dr Aziz Bari mempersoalkan siapa sebenarnya keliru dalam isu kalimah Allah yang telah ditimbulkan sejak kebelakangan ini.

Beliau pada program wacana "Polemik Kalimah Allah dan Rampasan Bible, antara undang-undang dan sensitiviti agama" anjuran PAS Lembah Pantai semalam di KL Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) menjelaskan golongan yang keliru adalah mereka yang tidak mengetahui apa itu Islam secara mendalam.

"Saya tidak nampak siapa yang keliru dalam isu ini, penjelasan daripada penganut Kristian dan mereka yang hadir mendengar wacana tidak ada seorang pun yang keliru.

"Malah di luar sana kebanyakkan mereka boleh menerima kerana tidak ada satu pun ancaman yang timbul.

"Kalau tidak ada yang keliru, jadi mereka yang memperbesarkan isu ini sebenarnya keliru. Kalau golongan yang faham sebenarnya erti Islam tidak timbul perasaan keliru tetapi jika sebaliknya inilah yang terjadi," jelas beliau di hadapan kira-kira 200 yang hadir.

Beliau yang turut mempertikaikan pandangan sesetengah pihak mengatakan wujud ancaman kepada umat Islam di negara ini apabila kalimah Allah diguna oleh masyarakat Kristian.

PERKASA: Kembalikan ISA kekang penghinaan terhadap Islam

Cadangan supaya dikembalikan semula akta tahanan tanpa bicara, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mampu mengekang tindakan menghina agama Islam, mempertikaikan hak orang Melayu serta memperlekehkan Raja-Raja Melayu, kata Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris.

Beliau berkata demikian dalam kenyataannya yang menyokong cadangan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya dikembalikan semula akta tersebut.

Irwan mendakwa tindakan menghina Islam, orang Melayu serta Raja-Raja Melayu semakin berleluasa sejak ISA dimansuhkan.
"Kesan jelas akibat daripada pemansuhan akta tersebut adalah kritikan dan mempersenda secara terbuka terhadap agama Islam (terutama tentang isu kalimah Allah), percubaan penafian terhadap hak hak orang Melayu, menentang dan memperlekehkan institusi Raja-Raja Melayu dan pelabagai isu lagi.

"Apa yang terjadi ini menjadi ancaman terhadap keamanan yang telah kita kecapi sebelum ini.

"Kita harus bersama-sama menjaga keharmonian negara dan jangan menuding jari atas kesalahan orang lain," katanya dalam satu kenyataan.

Irwan dalam kenyataan yang sama juga menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menurutnya terlalu ghairah melakukan transformasi sehingga tunduk kepada suara pembangkang.

"Inilah risiko apabila hendak mentransfomasikan semua sehingga suara rakyat yang sumbang seperti pembangkang juga kerajaan tunduk kalah," katanya.

Najib mengumumkan pemansuhan ISA pada 15 September 2011 sewaktu perutusan khasnya sempena Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September setiap tahun.

Pengumuman itu bersama pemansuhan akta lain seperti Akta Buang Negeri 1956, pemansuhan lesen tahunan penerbitan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 diuar-uarkan sebagai satu transformasi politik Najib ke arah Malaysia yang moden dan progresif.