Jumaat, 10 Januari 2014

Dr Maszlee: Menteri pun kena ‘ikat perut’

SHAH ALAM - "Nak suruh rakyat ikat perut, kerajaan dan menteri juga perlu lakukan perkara sama," kata penganalisis politik, Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata demikian ketika mengulas soal fenomena kenaikan harga yang kian menjerut rakyat.

Selepas pengurangan subsidi minyak dan gula, rakyat menyaksikan beberapa siri kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang lain secara mendadak.

Meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 11 langkah penjimatan sektor kerajaan, Dr Maszlee berpendapat gaji atau elaun langsung kegunaan menteri yang wajar dipotong.

“Perdana Menteri mengumumkan 11 perkara tapi kalau kita lihat perkara pertama itu, hanya satu saja yang melibatkan menteri dan timbalan menteri. Itu pun berkaitan elaun keraian, sedangkan elaun keraian itu milik rakyat.

“Kalau nak, potong gaji atau elaun langsung kegunaan mereka. Itu mungkin rakyat akan nampak pengorbanan mereka di situ. Setakat ini yang kita nampak 11 langkah itu lebih berkaitan dengan pegawai-pegawai kerajaan tapi di pihak yang lebih tinggi, tidak berlaku,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Forum rakyat: Persepsi untuk terus memerintah

Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss

Perkara berkaitan institusi agama, bangsa dan seperti termaktub dalam Perlembagaan Negara iaitu institusi diraja sering menjadi perbincangan rakyat atau forum dalam masyarakat dan menjadi topik penting di dalam media cetak mahupun media sosial. Ketiga-tiga institusi ini amat penting dan ia adalah pegangan penting setiap rakyat walaupun mereka tidak memegang semua institusi tersebut dalam amalan harian mereka.
Saya terpanggil melahirkan ketakjuban kerana Malaysia menjadikan ketiga-tiga elemen ini termaktub dalam Perlembagaan untuk memerintah dan kepada mana-mana parti yang akan menang mesti memegang ketiga-tiga institusi ini.
Ini termasuklah kini di Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan sebelum ini di Kedah, Perak serta Terengganu tidak pernah menolak ketiga-tiga institusi ini ketika memerintah negeri tersebut.
Kini, ada orang bercakap tentang persepsi kerana ianya cukup terkesan jika bijak dan pandai bermain “catur” kepada ketiga-tiga institusi tersebut walaupun tidak memegang secara telus dan ikhlas walaupun telah memerintah berkali-kali.
Ujian penting sekarang, walaupun dilihat cakna kepada ketiga-tiga institusi tersebut tetapi sebenarnya lebih kepada menjaga “kuasa” sahaja tanpa memahami realiti sebenar akan kepentingnya.
Kalau bercakap tentang agama, banyak pihak akan menunjukan bahawa mereka sayangkan agama sedangkan mereka jugalah yang memainkan agama dalam satu ketika itu. Kini jika bercakap tentang bangsa, terpaksa membentuk satu kelompok atau kumpulan yang menggunakan atas nama bangsa bagi mempertahankan bangsa mereka walaupun mereka juga menindas bangsa mereka sendiri dalam masa yang sama.

Gagal selesai beban rakyat, Najib perlu letak jawatan PM

PUTRAJAYA 10 JAN: Datuk Seri Najib Tun Razak perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri jika tidak lagi mampu mentadbir negara terutama dalam menyelesaikan isu kenaikan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat.
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nazree Yunus. berkata Najib bukan sahaja gagal menyelesaikan beberapa isu utama membabitkan kepentingan rakyat dan beliau juga dilihat sebagai pemimpin yang boros.
Katanya, pentadbiran Najib pada ketika ini jelas tidak berkemampuan untuk melaksanakan idea bernas dan efektif yang memberi manfaat, sebaliknya rakyat semakin terbeban.
“Mungkin Najib perlu memikirkan cadangan ini (meletak jawatan) andai beliau tidak mempunyai ‘political will’ yang kuat hingga gagal menjayakan beberapa hasrat integriti dan pentadbiran ‘good governance’.
“Jika seorang pemimpin diberi amanah dan kuasa, namun tidak ada kekuatan untuk melakukan perubahan menjadi lebih baik bagi keseluruhan rakyat, maka ia tidak berguna.
“Beri sahaja laluan kepada pemimpin baru yang lebih berkelayakan dan berkemampuan untuk menjadi orang nombor satu dalam negara,” katanya selepas menghantar memorandum Aduan Rakyat AMK kepada wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), di sini, pagi tadi.

Bebas tuduhan sertai perhimpunan Bersih 3.0, pengajaran untuk pendakwa raya

imagesKUALA LUMPUR 10 JAN: Keputusan Mahkamah Sesyen di sini, hari yang membebaskan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari tuduhan mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 3.0, harus dijadikan iktibar.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata, keputusan itu patut menjadi pengajaran kepada pendakwa supaya beriskap profesional dan menjadikan undang-undang sebagai asas.
“Ini satu lagi keputusan amat bersejarah bagi reformasi dalam negara ini. Pertuduhan yang dibuat pendakwaraya diketepi oleh Hakim Mahkamah Sesyen.
“Ia ekoran keputusan awal yang dibuat Mahkamah Rayuan bahawa perintah Majistret bagi menghalang perhimpunan Bersih 3.0 sebelum ini tidak sah sekaligua menjadikan pertuduhan cacat, tidak boleh diteruskan.
“Maka Mahkamah Sesyen membenarkan rayuan saya bersama Anwar, Badrul Hisham dan tertuduh lain,” katanya kepada Selangor Kini, hari ini.

Penghakiman Bersih 3.0 atas semangat Perlembagaan, jamin hak berhimpun

Amir_SariKUALA LUMPUR 10 JAN: Rakyat tidak perlu gentar dan gerun dengan momokan pemerintah yang menggunakan Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) untuk menakutkan dan menafikan hak kebebasan berhimpun yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Adun Batu Caves, Amiruddin Shari berkata, keputusan mahkamah hari ini yang melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lima yang lain dari tuduhan mengambil bahagian dalam himpunan Bersih 3.0 adalah precedent (dahuluan) bagi kes susulan berkaitan.
PERLEMBAGAAN“Jelas sekali mahkamah bertindak berasaskan tuntutan Perlembagaan yang memaktubkan hak untuk berhimpun sebagai hak asasi rakyat di negara.
“Penghakiman hari ini merupakan satu isyarat yang baik buat rakyat,” kata Amiruddin dalam kenyataannya.
Katanya, keputusan tersebut membuktikan peruntukan yang termaktub dalam PAA bersifat autokratik dan bertentangan dengan semangat Perlembagaan yang menjamin kebebasan berhimpun.
Mahkamah Rayuan minggu lalu memutuskan bahawa perintah majistret Kuala Lumpur, Zaki Asyraf yang melarang perhimpunan ‘Bersih 3.0 Duduk Bantah’ sebagai tidak sah.
“Sehubungan itu, rakyat tidak perlu lagi gentar dan gerun dengan momokan pemerintah yang sering menggunakan akta tersebut untuk menakutkan dan menafi hak kebebasan berhimpun yang sememangnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Amiruddin.

Bersih mesti berperanan semula & teruskan perjuangan untuk selamat Malaysia

bersih adil logo[3]KUALA LUMPUR 10 JAN: Selepas kemenangan demi kemenangan diraih, Gabungan Pilihan Bebas & Adil (Bersih) perlu memainkan semula peranan menuntut sistem pilihan raya yang bebas dan adil, kata penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin.
“Ini masa yang tepat untuk Bersih mengambil tempat membangkitkan semula (lapan) tuntutan bagi pilihan raya yang bersih, bebas dan adil,” kata Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai CheguBard.
Tambah CheguBard, ahli jawatankusa pemandu Bersih dan peserta himpunan bertahun-tahun dibebankan dengan pelbagai dakwaan di mahkamah yang akhirnya gagal dibuktikan bersalah.
BERSIHPada 24 Julai 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Bersih adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.
Mahkamah membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri bahawa Bersih adalah pertubuhan haram
Pada 13 November 2013, The New Straits Times (NST) menyiar permohonan maaf kepada Bersih, Suaram, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ ) dan peninjau pendapat awam, Merdeka Center kerana menerbitkan laporan palsu yang menuduh empat NGO ini cuba menggugat kestabilan kerajaan.

Johor penentu kemenangan Pakatan dalam PRU14, kata Lim Kit Siang


DAP hari ini meletakkan Johor sebagai anak kunci untuk Pakatan Rakyat (PR) menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) setelah pembangkang berjaya memenangi lima kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri kubu Umno itu pada PRU13 lepas.
Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar) berkata, pertandingan memenangi kerusi di Johor bagi merampas Putrajaya adalah satu cabaran besar bagi DAP dan akan dibincangkan pada konvensyen negeri di Batu Pahat pada Ahad ini.
“Pencapaian PR dalam PRU13 itu tidak mencukupi. Bagi meletakkan sasaran merampas Putrajaya pada PRU14, PR mesti memenangi separuh kerusi Parlimen di Johor. Bagi merealisasikan cita-cita itu, kerusi Bakri dan Batu Pahat perlu dipertahankan selain yang baru sahaja dimenangi seperti di Kluang, Kulai dan Gelang Patah.
“PR juga harus merampas kubu kuat Barisan Nasional (BN) seperti di Segamat, Sekijang, Labis, Ledang, Muar, Tebrau, Pasir Gudang dan Pulai. Jika PR berjaya merampas kerusi tersebut, PR akan mempunyai 13 daripada 26 kerusi Parlimen pada PRU14,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim berkata antara strategi yang perlu diperkukuhkan adalah meningkatkan komitmen parti dalam PR di peringkat kebangsaan, negeri dan tempatan serta meningkatkan sokongan rakyat terhadap PR sebelum tiba PRU14.

SPRM macam ‘kura-kura’ kalau siasat pemimpin Umno

SHAH ALAM 10 JAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak ubah seperti ‘kura-kura’ dalam menjalankan siasatan membabitkan salah laku pemimpin Umno seperti Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Shuhaimi Shafiei, berkata sikap ‘efektif’ SPRM hanya dapat dilihat jika dakwaan itu membabitkan pimpinan Pakatan Rakyat (PR).
Katanya, tindakan ‘double standard’ SPRM secara tidak langsung mencalar kredibiliti agensi berkenaan yang sepatutnya adil dalam melakukan siasatan.
“Oleh kerana dakwaan (ke atas Raja Ropiah) itu sesuatu yang serius dan memerlukan tindakan efektif daripada agensi berkenaan, maka kita seru ia dilakukan dengan lebih pantas.
“Kita tidak mahu rakyat lihat, kalau isu membabitkan pimpinan PR, SPRM begitu efektif dan pantas dalam melakukan siasatan serta mengeluarkan hukuman.
“Hal itu bakal mewujudkan persepsi bahawa SPRM bersikap dwi standard,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

IGP wishes to see ISA resurrected



Anwar, Azmin discharged in Bersih 3.0 case



Police have quizzed mufti on 'spill blood' remark



IGP: No assembly is ever peaceful



Wacana Sinar: Rafizi tempelak Nur Jazlan



Monopoli punca harga barang naik - Rafizi



Pilihan Raya Kotor Lagi Di Mesir - Dr Maszlee Malik



Rezeki 'Tabung' Siti Khatijah




Kalau Tukar Kerajaan Tidak Jamin Harga Turun, Tentulah Jawapannya Tukar PM Halimunan...!!!

Ahli Parlimen Pulai yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Nur Jazlan Mohamed telah bertindak dengan sewajarnya ketika berhujah mengenai kenaikan harga barang dalam forum anjuran Sinar Harian, semalam. Atas kapasitinya sebagai pemimpin UMNO dan BN, walaupun agak lantang dan banyak mengkritik kerajaan sejak kebelakangan ini, beliau pada hakikatnya tidak lupa akan kedudukan dirinya yang sebenar.

Di pentas forum yang turut dihadiri oleh Rafizi Ramli daripada PKR dan seorang pensyarah, Prof Dr Amir Husin Baharuddin itu, ramai yang mengharapkan Nur Jazlan kekal mengkritik kerajaan berhubung beberapa langkah yang menyebabkan kenaikan harga barang ini sebagaimana beberapa kenyaaannya sebelum ini.

Malah, mungkin ramai yang turut mengharapkan beliau akan mengkritik cara kepimpinan Najib secara lebih khusus dan keras.

Namun, Nur Jazlan pada hakikatnya telah menunjukkan kewarasan dan kematangannnya sebagai pemimpin. Dalam kenaikan harga barang ini, beliau berkata, pertukaran kerajaan bukanlah penyelesaiannya dan ia tidak menjamin harga akan turun kerana kerajaan telah menangguhkan kenaikan itu sejak sekian lama.

Apa yang sepatutnya dilakukan olah kerajaan, menurut Nur Jazlan ialah kerajaan bersifat telus dan memberitahu hakikat sebenar mengenai kenaikan yang mahu dilakukan, termasuk mengumumkan apa kenaikan yang akan dilakukan pada tahun 2014, 2015 dan seterusnya supaya rakyat dapat bersedia dengan perubahan harga itu.

Dalam beliau mengkritik cara kerajaan bertindak, beliau tetap mempertahankan bahawa pertukaran kerajaan bukanlah penyelesaiannya. Sebagai pemimpin UMNO dan BN, memanglah hak dan kewajarannya bercakap demikian walaupun dalam manifesto dan Buku Jingga yang dibentangkan oleh PR kepada rakyat sebelum PRU 13 lalu terdapat beberapa idea cemerlang dari segi mengurangkan beban hidup rakyat seperti pendidikan percuma, penurunan harga kereta menerusi penghapusan AP dan sebagainya.

IGP harap ISA dapat dikembalikan


Ketua Polis Negara Tan Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) hari ini berharap agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dikembalikan semula setelah ia dihentikan pada 2012.
"Ya, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) mencukupi tetapi apa salahnya ISA?"
"Kedua-dua undang-undang itu sesuai dengan sebab tertentu. Apa sahaja undang-undang diperkenalkan yang membantu saya dalam keselamatan dalam negeri dan orang awam, saya alu-alukan," katanya.
Mengulas mengenai prestasi tahun 2013, Khalid kesal dengan bilangan perhimpunan haram dan demonstrasi yang dilakukan pada tahun lalu.
"Terdapat 26 perhimpunan haram dan demonstrasi termasuk bantahan kenaikan harga barang pada malam sambutan tahun baru.
"2012 merupakan tahun yang mencabar dengan pilihan raya umum, pencerobohan Lahad Datu dan demonstrasi jalanan," katanya.

BEZAKAN PM NEGARA ISLAM DAN PM NEGARA SEKULAR..!!

Tahukah anda, yang belah kiri, pemimpin negara Islam, yang belah kanan, pemimpin negara sekular.
 PM Turki itu bersama isterinya tiba di KLIA untuk lawatan kerja dua hari disambut oleh Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin. Jelas pada gambar, pesawat yang baru dinaiki oleh beliau dengan logo Turkish Airline.

SEMUA JENIS JUDI HARAM DISISI ALLAH..........HANYA UMNO/BN YANG HALALKAN JUDI ....

Umno/BN halalkan judi sebab itu mereka berusaha membenteras judi haram. Judi 'halal' bagi mereka tak ada masalah. Inilah perangai Umno tak habis-habis mengelirukan orang Islam maupun bukan Islam.

Judi 'halal' adalah judi yang diberi lesen oleh kerajaan BN di mana kerajaan dapat duit banyak dari hasil cukai judi 'halal'. Sebab itu mereka tidak mahu menutup Genting, Toto, Magnum dan sebagainya sebab banyak 'masyuuuuk' walaupun ianya jelas haram di sisi Allah.

TURUN: Bukti belia peka nasib sendiri, rakyat - Dr Maszlee Malik

SHAH ALAM – Himpunan Turun bagi membantah kenaikan kos sara hidup pada sambutan ambang tahun baru lalu yang disertai majoriti anak-anak muda bukti golongan itu peka bukan saja pada nasib diri sendiri malah masa depan rakyat.

Menurut penganalisis politik, Dr Maszlee Malik, ia sesuatu yang boleh dibanggakan ekoran anak-anak muda tidak hanya memikirkan nasib diri sendiri sahaja.

“Jadi, dalam Turun, anak muda ini lebih menyuarakan isi hati mereka. Kalau mereka tidak hadir  pada himpunan itu, kita tahu mereka akan menghadiri konsert.

“Tapi kita lihat di satu tahap, anak muda kita mula peka terhadap nasib mereka dan juga masa depan rakyat secara majoritinya," katanya kepada Sinar Harian Online.

Beliau yang merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjelaskan, melalui media sosial seperti Twitter dan Facebook membolehkan anak muda mudah difahami.

Katanya, penglibatan mereka dalam himpunan tersebut hanya untuk menyatakan bantahan kenaikan harga barang.

IGP: Mana ada demo aman..!!!

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar percaya bahawa tiada demonstrasi yang boleh berlangsung dengan keadaan aman.

"Banyak pihak mengatakan kita (polis) sepatutnya membenarkan demonstrasi... Mana ada (demontrasi) yang aman.

"Setidak-tidaknya ada yang baling botol, ada yang kena tumbuk. Sebab itu polis mengambil langkah-langkah yang patut untuk bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku," katanya.

Menurutnya lagi, mengikut Akta Perhimpunan Aman polis berperanan untuk memudah cara perhimpunan supaya berjalan dengan teratur seperti yang ditetapkan dalam akta tersebut.

Bagaimanapun, kata Khalid, malangnya, ada pihak tertentu tidak mahu mengikut apa yang diputuskan oleh akta tersebut.

Naik Harga: HKPDNKK kata rungutan rakyat di laman sosial bukan aduan rasmi

amk_putrajayaPUTRAJAYA 10 JAN: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kesal dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) yang menyatakan rungutan rakyat di media sosial bukan aduan rasmi kenaikan harga barang.
“Menteri kata tiada aduan sebelum ini, sedangkan ada banyak rungutan melalui Facebook dan twitter.
“Facebook dan twitter tidak dianggap rasmi di peringkat Kementerian. Walhal, sudah puluhan ribu keluhan rakyat di laman sosial.
“Jadi AMK ambil peranan untuk panjangkan hasrat dan rintihan rakyat ke peringkat kementerian,” kata Naib Ketua AMK, Nazree Yunos kepada Keadilandaily.
AMK hari ini menyerahkan memorandum bagi membantah secara rasmi siri kenaikan harga barang dan perkhidmatan ke KPDNKK.

Naik Harga: Pengguna Tetap Jadi Mangsa Kemewahan Pemimpin...!!


  

Kos sara hidup meningkat, kita berisiko bankrap

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu mengambil serius terhadap pendedahan pakar ekonomi bahawa semakin ramai rakyat negara ini akan bankrap ekoran kos sara hidup meningkat.
Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakop (gambar) berkata, terdapat tiga item perbelanjaan besar yang ditanggung oleh rakyat negara ini iaitu pinjaman perumahan, kenderaan dan kad kredit.

Dengan itu, katanya sebahagian besar pendapatan individu tiap-tiap bulan digunakan untuk membayar pinjaman tersebut menyebabkan sedikit sahaja daripada pendapatan mereka digunakan untuk perbelanjaan harian yang lain.

Keadaan ini ditambah pula dengan kadar inflasi dan kos sara hidup meningkat, jelasnya ramai individu dan peminjam akan semakin terhimpit membawa kepada ketidakmampuan mereka membayar hutang.

"Tidak dinafikan akan bertambah ramai rakyat negara ini bankrap sekiranya tidak ada tanda-tanda pendapatan mereka akan bertambah.

"Harga barang meningkat khsusnya selepas penarikan subsidi minyak, gula dan tarif eletrik, kos hidup rakyat meningkat ditambah pula komitmen membayar hutang," katanya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, jika keberhutangan ini diukur dengan nisbah jumlah hutang dengan KDNK pada masa ini iaitu 85% adalah situasi yang tinggi berbanding di kalangan negara-negara Asean.

'Defisit', ibu terpaksa catu belanja harian

SHAH ALAM: "Tahun 2014 amat menyeksakan dan tiada lagi baki gaji untuk simpanan," luah seorang ibu tunggal ketika bercerita tentang cabaran 2014 kepada Harakahdaily.

Norziana Zainuddin, 34 (gambar) bekerja sebagai kerani di syarikat perumahan di Setia Alam melihat tahun 2014 merupakan tahun yang berat untuk diharungi dan memberi tekanan kepada diri beliau sekeluarga.

Ibu kepada dua orang anak ini menjelaskan, dengan pendapatan sekitar RM1500 sebulan dan tinggal di kawasan Lemmbah Klang, beliau tidak mampu lagi untuk berbelanja seperti tahun-tahun sebelum ini dan terpaksa mencatu perbelanjaan.

Malah lebih teruk katanya, pendapatan bulan itu langsung tidak ada bahagian untuk simpanan kerana senuanya cukup-cukup untuk perbelanjaan barangan keperluan..

"Ayat paling mudah nak saya katakan adalah tahun yang menyeksakan. Semua kena dicatu dan dirancangkan dengan teliti jika ingin berbelanja.

"Dengan pendapatan yang saya perolehi ini, kalau dulu ada juga simpanan walau sedikit tetapi sekarang tidak lagi, malah pengiraan sekarang tahap negerif," jelas beliau.

Dua anaknya, Muhammad Danish Zharfan, 10 dan Nurhanania Batrisyia, 7 tahun masing-masing bersekolah Maahad Tahfiz di Kapar yang yuran pendaftaran sekolah mereka sebanyak RM980 dan RM800 setiap seorang.

Kami mahu SPPBS dimansuhkan - CIKGU VETERAN

Sejak diperkenalkan tiga tahun yang lalu, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menimbulkan pelbagai polemik terutamanya dalam kalangan guru. Hal ini kerana merekalah pihak yang paling terbeban dengan pelaksanaan sistem ini.

Sehingga kini masih banyak perkara yang berbangkit dan tidak selesai. Malah suara dan pandangan para sering ditolak ke tepi dan setiap kelemahan sistem ini tidak diselesaikan dengan sewajarnya.

Oleh itu, ada 10 sebab UTAMA Mengapa PBS jadi dasar caca-marba dan WAJIB DIMANSUHKAN:

PERTAMA:
Arahan berbeza antara KPM, JPN, PPD dan sekolah dan guru. Masalah ini dihadapi tiga tahun berturut-turut tanpa ada penambahbaikkan daripada pihak KPM.
*Alasan KPM - Kecairan maklumat.

KEDUA:
Pemahaman berbeza antara JU Kebangsaan, JU Negeri, JU Sekolah dan guru-guru.
*Tiga tahun juga tiada perubahan.

KETIGA:
Penggubalan soalan berbeza antara negeri-negeri, daerah-daerah dan sekolah-sekolah.
*Terdapat pula jualan BUKU EVIDEN untuk PBS sedang ia menyalahi sistem PBS ini.

KEEMPAT:
Pelaksanaan PEPERIKSAAN DALAMAN bagi membuat penilaian kepada murid dan PBS tidak berfungsi.
*Peperiksaan awal, pertengahan dan akhir tahun tetap dijalankan.

KELIMA:

Menteri kerajaan 47% BN persendakan kesusahan rakyat

Jawapan dilihat hanya memperbodohkan rakyat.

Oleh Norshazlina Nor’azman
KUALA LUMPUR:Mutakhir ini, beberapa respons atau jawapan yang dikeluarkan pemimpin kerajaan terhadap isu kenaikan harga barang berikutan langkah rasionalisasi subsidi dilihat hanya ‘memanaskan’ lagi emosi rakyat.
Jawapan seperti ‘kalau tidak suka boleh pindah luar negara’, ‘jika tol mahal elak guna lebuh raya’, ‘harga ayam naik, jangan makan ayam’, ‘harga sayur naik boleh tanam sendiri’, dan ‘tiada aduan bukti rakyat sokong kenaikan’, dilihat hanya memperbodohkan rakyat dan tidak mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap masalah yang ditanggung rakyat.
Turut dipersoalkan juga mengenai kenyataan bercanggah ura-ura pembukaan pusat hiburan Hard Rock Cafe di Putrajaya, sehingga pihak kerajaan dilihat tidak konsisten dalam pendiriannya.
Respons atau jawapan ‘asal boleh’ yang dilontarkan oleh beberapa pemimpin kerajaan termasuk Menteri Kabinet tidak sepatutnya keluar daripada mulut mereka kerana kenyataan seumpamanya bukan sahaja akan memberikan impak negatif kepada individu itu, malah mencalarkan kredibiliti kerajaan.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata setiap isu seharusnya dijawab dan diperjelaskan secara berhati-hati bagi mengelak ia dianggap mempersendakan kesusahan rakyat.
Penganalisis politik itu berkata jawapan sambil lewa sedemikian bukan sahaja tidak membantu menjelaskan sesuatu isu dan aspirasi kerajaan, sebaliknya meningkatkan kemarahan dan menimbulkan rasa meluat rakyat kepada kerajaan.
“Orang besar politik sepatutnya menyuarakan respons mereka dengan rasional dan memahami sudut pandangan rakyat, barulah ia akan dihormati.
“Perlu diingat bahawa suara pemimpin itu bukan sahaja mewakili dirinya tetapi juga mewakili parti yang mendukung kerajaan masa kini. Justeru, apa sahaja yang diungkapkan oleh mereka memberi kesan… sama ada ia semakin menjejaskan atau merubah pandangan rakyat kepada lebih positif terhadap kerajaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Komunikasi
Adakah pemimpin perlu diberi kursus ataupun latihan dalam meningkatkan ilmu komunikasi masing-masing bagi mengelakkan salah faham pada masa hadapan?
Sivamurugan berkata tidak salah untuk pemimpin dilengkapkan dengan ilmu komunikasi tambahan namun ilmu itu sepatutnya telah wujud dalam diri pemimpin seiring dengan kredibiliti dan reputasi mereka.
“Setiap pandangan perlu difikirkan dengan masak sebelum diluahkan bagi memastikan ia tidak dijadikan bahan sindiran. Respons tidak rasional boleh menjadi liabiliti kepada kerajaan,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata adalah lebih baik bagi seseorang pemimpin tidak membuat sebarang komen jika tidak arif dalam hal yang berkaitan.
Beliau berkata ini kerana jawapan yang diberikan pemimpin kerajaan mestilah mencerminkan dan berupaya memperjelaskan dasar serta pendirian kerajaan mengenai sesuatu isu.
“Mereka sepatutnya tahu apa yang mereka perlu jawab… mereka sepatutnya meredakan kemarahan rakyat dan memberikan jawapan yang akan melegakan dan menyejukkan hati rakyat terhadap masalah yang dihadapi… kenyataan sembrono hanya akan menambahkan kekecewaan rakyat kepada kerajaan,” katanya.
Mohamed Mustafa berkata kerajaan perlu memandang serius dengan jawapan para pemimpinnya dengan membantu menyediakan atau membekalkan mereka dengan kenyataan rasmi atau ‘isi penting’, atau memberi panduan tentang apakah pendekatan yang perlu diambil dalam menangani sesuatu isu.
“Mereka ini mesti diberikan satu taklimat bagi memberi panduan mengenai pendekatan yang harus diambil, malah mereka (pemimpin) juga perlu lebih bersedia ketika menjawab soalan dan isu rakyat,” katanya, dan berpendapat bahawa rakyat berhak untuk berasa kecewa dan marah apabila isu yang dibangkitkan tidak ditangani dengan baik.
– BERNAMA

‘Bahasa jalan raya’ boleh buat Najib faham beban rakyat

KUALA LUMPUR 10 JAN: Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan memastikan kadar kenaikan tol yang belum dimuktamadkan tidak akan membebankan rakyat, sekali lagi mengguris hati rakyat.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, berkata pemimpin BN harus memahami bahasa rakyat bahawa ‘setiap kenaikan adalah membebankan’.
Katanya, pada rakyat tidak ada istilah ‘kenaikan yang tidak membebankan’ dan kenyataan itu hanya keluar daripada mulut menteri BN sejak sekian lama tetapi rakyat yang menanggung beban.
“Kita masih ingat, sebelum pilihan raya dahulu mereka janji akan menurunkan tol secara berperingkat.
“Tetapi hari ini, mereka tidak menunaikan janji itu apabila bertindak mahu menaikkan lagi kadar tol,” katanya yang dipetik daripada Harakahdaily, di sini, hari ini.
Perdana Menteri semalam, menegaskan bahawa kerajaan belum membuat keputusan berkenaan kenaikan kadar tol dan pertimbangan berhubung perkara itu hanya akan diputuskan selepas kajian makmal secara mendalam dilakukan.

Muhammad Shafee gagal ketepi keputusan berkaitan salah laku profesion


Peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) hari ini gagal mengetepikan keputusan Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara, yang mengenakan denda terhadapnya berhubung salah laku profesion.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof menolak rayuan Muhammad Shafee setelah mendapati mahkamah itu tidak patut campur tangan dalam keputusan lembaga berkenaan berkaitan wawancara Muhammad Shafee dengan sebuah organisasi media.
Zaleha berkata mahkamah bersetuju dengan responden (Majlis Peguam) bahawa artikel berkenaan mengandungi kata-kata dan kenyataan berbentuk memuji perayu dan firmanya, yang melampaui skop atau maklumat yang dibenarkan Akta Profesion Guaman.
"Pada pendapat saya, apa yang penting di sini ialah pandangan Majlis Peguam tentang yang diperuntukkan di bawah Peraturan 15(1)(b) Peraturan-peraturan Publisiti dalam Profesion Guaman 2001.
"Saya berpendapat mahkamah tidak patut campur tangan dalam keputusan Majlis Peguam itu. Oleh itu, saya menolak rayuan ini tanpa perintah membayar kos," katanya.
Muhammad Shafee memfailkan rayuan terhadap keputusan lembaga itu pada 5 Oktober 2012 yang mendapatinya melanggar Seksyen 94(3)(k) Akta Profesion Guaman dan memerintahnya membayar RM5,000 kepada Tabung Tatatertib.

Polis panggil Harussani isu 'bughah', halal darah

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria telah dipanggil memberi keterangan berhubung kenyataannya yang menyifatkan peserta himpunan membantah kenaikan harga barang pada 31 Disember lalu sebagai 'bughah' dan "halal darah".

"Kita sudah panggil. Kita bukan panggil orang tertentu saja, kita panggil semua mengancam (keselamatan).

"Tak kira siapa sahaja," katanya dalam wawancara dengan media hari ini.

Pada yang sama juga, pihaknya juga sedang menyiasat kenyataan Paderi Lawrence Andrew berkaitan penggunaan kalimah Allah di Selangor.

"Siasatan sedang dibuat termasuk (kenyataan) Father Lawrence," katanya lagi.

BERSIH 3.0: Anwar, Azmin, Badrul dilepaskan kerana pertuduhan tidak berasas

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memerintahkan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Badrul Hisham Shahrin dan tiga yang lain dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Hakim Ahmad Bache membuat keputusan itu ketika membenarkan permohonan peguam mereka untuk menggunakan penghakiman Mahkamah Rayuan minggu lalu bahawa perintah majistret melarang perhimpunan tersebut adalah tidak sah.

Oleh itu, kata Ahmad, mahkamah mendapati pertuduhan itu kini tidak berasas.

Dengan itu, beliau mengarahkan mereka dilepas tanpa dibebaskan.

Wacana Siri Ke 25: Nur Jazlan Anak Jantan BN Bhg 7

Wacana Siri Ke 25: Soal Naik Gaji Malaysia Tak Menarik Bhg 6

Wacana Siri Ke 25: Naik Gaji Negara Kita Terkebelakang Bhg 5

Wacana Siri Ke 25: 20 Tahun Untung RM 2 Bilion Tak Cukup? Bhg 4

Wacana Siri Ke 25: Bohonglah Kata Boleh Turun Harga Kereta Bhg 3

Wacana Siri Ke 25: Kenapa Mengapa Kejutan Ekonomi Terjadi Selepas PRU13 Bhg 2

Wacana Siri Ke 25: Kejutan Ekonomi Selepas PRU13 Bhg 1


Naik Harga: Ulama, Ilmuan Perlu Tampil Bela Rakyat - Dr Maszlee Malik



Hukum Bernikah Dengan Adik-beradik Tiri - Ustaz Azhar Idrus



Mati Bersalin, Adakah Dikira Syahid? - Ustaz Azhar Idrus



Akad Nikah Dulu & Sekarang..'Tok Imam Nitik Air Liur!' - Ustaz Azhar Idrus



Rafizi: Soal Lazim Tentang GST [Part4/4]



Rafizi: Beza GST dan SST & Kesan Pelaksanaan GST [Part3/4]



Rafizi: Mekanisme Pelaksanaan GST & Terma Penting [Part2/4]



Rafizi: Apa itu GST? & Skop Pelaksanaan GST [Part1/4]



Harga barang naik: Rafizi tempelak kenyataan Nur Jazlan

SHAH ALAM 10 JAN: Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Malaysia (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa kerajaan harus mengeluarkan jadual kenaikan harga senarai barangan kawalan supaya tidak ada unsur kejutan, sekali gus memberi peluang rakyat bersedia menghadapi situasi itu ditempelak Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Rafizi yang juga Pengarah Startegi Parti Keadilan Rakyat berkata, Nur Jazlan bukan sahaja harus mempertikaikan tindakan tidak mengeluarkan jadual kenaikan harga barangan itu, bahkan senarai berkenaan yang perlu dikeluarkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
“Datuk Jazlan kata lebih baik untuk rakyat jika kerajaan umum barang yang akan naik atau tidak. Saya setuju dengan kenyataan itu tetapi jika kerajaan Barisan Nasional (BN) telus seperti itu sebelum PRU-13 lalu, maka tidak ada Datuk Jazlan di sini” katanya.
Rafizi berkata demikian ketika menjadi panelis dalam Wacana Sinar Harian siri ke-25 yang membincangkan tajuk Kejutan Ekonomi Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 yang diadakan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, semalam.
Rafizi berkata, perkara yang dicadangkan Nur Jazlan itu sukar untuk dilaksanakan BN kerana sudah menjadi amalan parti itu yang tidak telus kepada rakyat, selain sentiasa cuba merahsiakan keputusan membebankan rakyat hingga saat akhir demi melindungi kepentingan politik mereka.

Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?

KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib bahawa kerajaan BN akan memastikan kadar kenaikan tol- yang belum dimuktamadkan itu- tidak akan membebankan rakyat, sekali lagi mengguris hati rakyat terbanyak.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, pemimpin BN seharusnya memahami bahasa rakyat bahawa 'setiap kenaikan adalah membebankan'.

Menurutnya, pada rakyat tiada istilah 'kenaikan yang tidak membebankan' dan kenyataan itu hanya keluar dari mulut-mulut menteri BN sejak sekian lama, sedangkan rakyat yang menanggung beban.

"Kita masih ingat, sebelum pilihan raya dahulu mereka janji akan menurunkan tol secara berperingkat.

"Tapi hari ini, mereka tidak menunaikan janji itu apabila bertindak mahu menaikkan lagi kadar tol tersebut," katanya kepada Harakahdaily.

HRC Putrajaya dedah hipokrit Umno

Isu HRC atau Hard Rock Cafe yang mahu dibuka di Putrajaya, bagi saya mendedahkan sikap hipokrit Umno terhadap Islam. Sebelum ini, Umno dan NGO pro Umno begitu bersemangat mempertahankan kalimah Allah, berdemo mengecam DAP dan membuat laporan polis terhadap gereja yang menggunakan kalimah Allah.

Namun, dalam isu Hard Rock Cafe ini mereka hilang suara. Senyap, sunyi dan sepi.

Umum mengetahui bahawa di Hard Rock Cafe ada menjual arak (terpulang kepada pengunjung sama ada mahu minum atau tidak), berlaku percampuran bebas lelaki dan perempuan dan pelbagai lagi perkara yang tidak selari dengan syariat.

Jadi, walaupun ada cadangan untuk menjadikan Hard Rock Cafe di Putrajaya “bersifat Islamik”,  tetapi cadangan itu tidapt dapat lari daripada asas kepada kewujudan Hard Rock kafe itu sendiri sebagai pusat hiburan yang melalaikan.

Sebagai contoh, restoran makanan segera McDonalds, KFC, Kenny Roggers, Restoran nasi kandar dan sebagainya – umumnya mengetahui asas perniagaan mereka ialah menjual makanan.  Mereka mematuhi syarat-syarat tertentu dan mendapat status halal. Setiap yang datang ke restoran itu sudah tentu mahu makan makanan yang halal dan bukannya bersantai-santai. Selepas makan mereka akan pergi pulang atau pergi ke destinasi lain. Tidak mungkin ada orang yang datang ke KFC misalnya – lepak-lepak hingga dinihari!

Perdana Menteri Turki datang Malaysia hanya naik Turkish Airline....PM Malaysia dan Bini ade ker..!!

SEBELUM ini heboh kisah isteri Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansor yang dikatakan menerima kelulusan kabinet untuk kerajaan menanggung kos lawatan peribadi beliau ke luar negara menggunakan jet mewah.

Cuba lihat Perdana Menteri Turki, Reccep Tayyib Erdogan, lawatan kerja rasmi beliau selama dua hari ke Malaysia, tak perlu naik jet mewah, sebaliknya hanya menggunakan Turkish Airline.

The Star melaporkan — PM Turki itu bersama isterinya tiba di KLIA untuk lawatan kerja dua hari disambut oleh Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin. Jelas pada gambar, pesawat yang baru dinaiki oleh beliau dengan logo Turkish Airline.

Buat pengetahuan anda, meskipun tiada sumber minyak, Negara Turki memberikan pendidikan percuma kepada seluruh rakyatnya dari peringkat rendah sehingga ke peringkat tinggi (universiti).


Akhbar Rusia dakwa Malaysia undur dalam program kesederhanaan


Polemik isu kalimah Allah dalam negara turut mendapat perhatian negara luar. Gambar fail.Polemik isu kalimah Allah dalam negara turut mendapat perhatian negara luar. Gambar fail.Pertikaian berhubung penggunaan perkataan Allah antara umat Islam dan juga komuniti bukan Islam bukan sahaja menjadi perdebatan hangat di negara ini, malah mendapat perhatian media negara Komunis seperti Rusia.
Rusia Post berkata, tindakan pihak berkuasa agama seperti Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) merampas kitab Bible berbahasa Melayu adalah petanda kerajaan Malaysia berpaling ke belakang daripada program kesederhanaan.
Akhbar itu mendakwa, di sebalik usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempromosikan kesederhanaan dan 1Malaysia, langkah melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam menyukarkan perkara itu dilaksanakan.
"Bagaimanapun, perbezaan pendapat dalam kepimpinan dalam menyampaikan mesej kesederhanaan dan kewujudan semakin meningkat, dengan umat Islam mengambil pendekatan eksklusif terhadap isu sensitif antara agama.

PAC: Harga barang apa lagi akan naik?

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed menegur kerajaan persekutuan kerana bertindak tidak telus dalam menjelaskan kenaikan harga yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat.

Bercakap dalam satu forum anjuran akhbar Sinar Harian semalam, MP Pulai itu berkata kerajaan perlu membuat penerangan kepada masyarakat sebelum kenaikan harga berlaku untuk mengelakkan kejutan.

"Kerajaan kena telus, beritahu rakyat dalam dua tiga tahun ini apa lagi barang akan naik, kenapa perlu dikurangkan subsidi itu dengan jelas.

"Beri nasihat pada rakyat apa yang boleh dilakukan untuk kurangkan bebanan hidup. Jadi rakyat dapat sesuaikan keadaan," katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar Sinar Harian.

Bercakap dalam program forum yang turut disertai pengarah strategi PKR Rafizi Ramli itu, Nur Jazlan turut mempertahankan dasar penswastaaan negara.

Beliau menolak tanggapan Rafizi bahawa dasar berkenaan menjadi punca kenaikan harga barang pada hari ini.

"Soal penswastaan ini berdasarkan keadaan ada pada ketika itu. Ketika kerajaan mahu mencari jalan luar untuk selesai masalah.