Posting Tan Sri Aseh Che Mat dalam Facebooknya yang menimbulkan kekecohan.Pengasas
Putrajaya,Tun Dr Mahathir Mohamad tidak membantah jika Hard Rock Café
mahu dibuka di pusat pentadbiran itu dengan syarat ia disesuaikan dan
sanggup mengadakan hiburan yang tidak lucah.
"Saya tidak bersetuju jika diadakan kedai arak dan tarian bogel di
Putrajaya. Tetapi jika diadakan sedikit hiburan tidak mengapa," kata
bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu ketika mengulas
mengenai kontroversi cadangan pembukaan Hard Rock Café di Putrajaya.
Bagaimanapun, Dr Mahathir dalam blognya, berkata beliau tidak pernah pergi ke Hard Rock Café.
"Mungkin ia tidak sesuai. Tetapi ia dan pusat hiburan lain boleh
disesuaikan jika sanggup mengadakan hiburan yang tidak lucah. Kita perlu
kepada hiburan," katanya.
Semalam, Pengerusi Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat, berkata
tidak ada permohonan daripada pihak Hard Rock Café untuk membuka
cawangannya di Putrajaya.
Sehubungan itu, katanya, tidak berbangkit ia melanggar sebarang
peraturan tidak ada kedai menjual arak di pusat pentadbiran Malaysia
itu.
Sebelum itu, Aseh dalam laman Facebooknya menyiarkan gambar beliau
bersama Tan Sri Syed Yusouf Tun Syed Nasir di sebuah restoran sebelum
lawatan tapak untuk cadangan Hard Rock Cafe Putrajaya.
Posting ini menimbulkan kegemparan di Putrajaya kerana seperti ada
peraturan sebelum ini Putrajaya tidak akan ada kedai menjual arak.
Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Tengku Adnan Mansur,
berkata jika mahu, lagu-lagu nasyid boleh dimainkan di Hard Rock Cafe
Putrajaya tetapi pemiliknya tidak mahu membuka cawangannya di sini.
Dr Mahathir yang mengucapkan terima kasihatas interpretasi yang sering
dibuat mengenai pemikirannya berkata:"Tetapi kadang-kadang interpretasi
berbeza daripada pemikiran saya yang sebenar."
Beliau berkata, Putrajaya sebenarnya bertujuan mendirikan sebuah bandar
pentadbiran dengan mendapat ilham daripada bandar-bandar dunia.
Di antara yang mempengaruhi rekabentuk Putrajaya ialah ibu kota Perancis, iaitu Paris.
"Yang kita pilih sebagai contoh ialah Champs Elysees, boulevard utama
yang melintasi tengah bandar Paris," katanya dalam blognya.
Boulevard ini, katanya, mempunyai jalan tengah yang luas untuk
lalu-lintas kereta dan dua jalan kecil antara jalan tengah dengan
deretan bangunan di kiri kanan untuk pelawat ke kedai dan restoran.
Tingkat bawah bangunan ini terdapat deretan kedai makan dan barangan dan juga pusat hiburan seperti Lido.
Memberikan gambaran bandar yang beliau kehendaki, Dr Mahathir berkata, memang ada restoran menjual barangan yang tidak halal.