Selasa, 7 Januari 2014

"HARGA MINUMAN KEKAL"


Hard Rock Cafe Rocks Historical Melaka for its Official Grand Opening..!!

Hard Rock Cafe Melaka, located along quaint Jonker Street in the core zone of the Melaka UNESCO World Heritage Site, today celebrates the grand opening of the brand’s third and largest cafe in Malaysia, with a bang! Canadian singer and songwriter Dan Hill will perform live with additional performances by Made-in-Malaysia and Hard Rock Cafe Melaka’s resident band NRG.
Hard Rock Cafe Melaka will also host a ceremonial guitar smash with Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir; Duncan Craig, Executive Vice President of Hard Rock Cafe Holdings; Michael Beacham, Hard Rock International Vice President of Franchise Operations & Development; and Dan Hill to commemorate the new cafe.
Hard Rock embraces every culture in the world. The combination between Hard Rock and the rich culture of Melaka gives a new identity to the locals and our fans,” said Michael Beacham. “For over 20 years, Hard Rock has been welcoming locals and visitors to Malaysia through our franchise partner, the Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Tan Sri Syed Yusof and HPL Ltd, and our newest location will continue to offer Hard Rock’s unique hospitality.
Spanning over 1,300 square-metres, the cafe has a seating capacity for 200 people, an upscale vibrant bar, a spacious outdoor dining area, a live entertainment space, and a Rock Shop. Hand-picked treasures from Hard Rock’s iconic memorabilia collection adorn the walls of the cafe.
hard-rock-melaka-grand-opening
Guests enjoying the hospitality provided by Hard Rock Cafe Melaka during its grand opening.
Fans can see items from legendary and contemporary musicians from around the world, including a Fender Telecaster guitar played and signed by the legendary Bruce Springsteen in the 90s; a Ludwig snare drum used onstage by Alex Van Halen during Van Halen’s 2004 world tour; a stylish white dinner jacket worn by the genius of funk, soul, pop and rock Prince; a jacket worn by will.i.am of Black Eyed Peas while he was out promoting his solo album Songs About Girls in 2007; Tom Petty’s suede jacket and Rickenbacker guitar; a vinyl suit worn onstage in the 90s by the outrageous Sir Elton John; and much more.

Ibubapa Meriah kerana wang saku anak sekolah rendah RM5 sehari..!!!

  • Wang saku anak sekolah rendah RM5 sehari
KUALA NERUS – Ibu bapa terpaksa memperuntukkan antara RM4 dan RM5 sehari sebagai wang saku anak yang bersekolah di sekolah rendah kerana harga makanan di kantin sekolah agak mahal berikutan kenaikan harga barang.

Sinar Harian difahamkan harga sepinggan nasi yang mengandungi seketul ayam dijual antara RM1.50 dan RM2, manakala mi goreng RM1 hingga RM1.50.

Bagi minuman pula, segelas air sirap atau oren berharga  50 sen manakal minuman panas seperti milo dijual pada harga RM1.50 segelas.

Turut berkongsi pengalaman sama, Hishamuddin Salleh berkata, berikutan harga makanan yang agak mahal dia juga terpaksa memperuntukkan RM4 hingga RM5 untuk anaknya yang bersekolah rendah.

Cara Melindungi Diri Dari Gangguan Syaitan - Dr Abdullah Yasin

Kerajaan 47% BN Tambah Permit Judi 4D Draw

Menangani isu-isu agama dengan berhemah & berhikmah

Isu kalimah Allah: Kenapa Baru Sekarang? - Tun Abdul Hamid Mohamad

Maksud KHAWARIJ - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Tiup Minuman Yang Panas - Ustaz Azhar Idrus

Cara Larang Kanak-kanak Bising Ketika Khutbah Jumaat - Ustaz Azhar Idrus

Isu 'Allah': Kit Siang keldai tua, kata Noh Omar

Anwar Ibrahim: Semangat "Cosmopolitan" Baru

Gaji pekerja mesti dinaikkan berikutan pelaksanaan GST tahun depan - KPMG


KPMG Malaysia menggesa sektor awam dan swasta supaya menaikkan gaji pekerja mereka secara berperingkat-peringkat berikutan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) April tahun depan.
Rakan Pengurusan baharu dilantik Johan Idris mencadangkan kenaikan 6% setahun bagi membantu pekerja menangani kos sara hidup yang tinggi di Malaysia.
"6% adalah permulaan yang baik terutama selepas pelaksanaan GST, tarif baru elektrik, pemotongan subsidi petrol dan kadar baharu tol," katanya kepada pemberita selepas pelancaran edisi kedua penerbitan “Kajian Ke Atas Pengarah Bukan Eksekutif 2013 - Profil dan Gaji”.
Johan berkata pelaksanaan GST tidak boleh dielakkan kerana Malaysia adalah sebuah negara sedang membangun.
Sementara itu, KPMG Malaysia dengan kerjasama Institut Jawatankuasa Audit Malaysia hari ini melancarkan laporan “Profil dan Gaji” yang menonjolkan hasil kajian mengenai profil dan ganjaran pengarah bukan eksekutif (NED) syarikat awam.

Tunggu esok, adakah kerajaan BN salur dana kepada Perkasa?

KUALA LUMPUR: Mesyuarat pertama Kabinet bagi tahun baru ini perlu menilai semula soal penyaluran dana oleh kerajaan kepada Perkasa bagi mengenal pasti siapa yang mensabotaj dasar 1Malaysia dan Global Movement of Moderates Najib.

“Atau apakah sebenarnya Najib sendiri secara sengaja dan sedar cuba mensabotaj dasar utama beliau?” tanya Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan.

Menurutnya, seminggu yang lalu, beliau telah mengemukakan sepuluh soalan kepada Najib, Menteri Kabinet dan para pemimpin Umno Barisan Nasional tentang pendanaan Perkasa oleh Kerajaan yang disifatkan sebagai “penipuan paling keji oleh kerajaan sepanjang sejarah 56 tahun negara ini”.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Dua minggu lalu terdedah maklumat bahawa Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan dana kepada kelompok ekstremis, rasis dan pendukung ketuanan Melayu Perkasa menerusi pelbagai agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tata Negara (BTN), dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), membolehkan Perkasa menjalankan kempen mengapi-apikan semangat perkauman dan menimbulkan ketegangan keagamaan untuk menyerang dasar 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Perlu diakui bahawa kempen Perkasa menentang 1Malaysia dengan sokongan bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad selama ini agak berjaya memandangkan sejak tujuh bulan yang lalu, selepas Pilihanraya Umum ke-13 pada 5 Mei 2013, Najib belum menegaskan semula 1Malaysia sebagai dasar utama beliau di atas sebarang platform umum.

Najib meneruskan gimik 1Malaysia seperti Kedai Rakyat 1Malaysia dan klinik 1Malaysia, tetapi beliau sentiasa berhati-hati untuk tidak menyebut tentang matlamat 1Malaysia untuk membentuk sebuah Malaysia di mana rakyatnya mengutamakan sifat mereka sebagai warga Malaysia mengatasi latar kaum, agama, daerah dan status sosioekonomi.

Pendekatan Malay first, Malaysian second Perkasa dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tampak lebih mendapat tempat dalam kerajaan Umno/Barisan Nasional, sehinggakan Perkasa berani untuk menyatakan secara terbuka, dalam mesyuarat agung tahunannya dua ninggu lalu, kemungkinan untuk pertubuhan itu menggantikan Umno di masa depan.

Dalam berbalas hujah antara para pemimpin Umno dan Perkasa berkenaan ancaman Perkasa untuk menggantikan Umno, secara tidak sengaja terdedah maklumat tentang penyaluran dana oleh kerajaan kepada Perkasa untuk beberapa kegiatan dan program anti-Najib.

Harga barang naik, MTUC tuntut gaji minima RM1,200

gaji-minimum-1KUALA LUMPUR 7 JAN: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menuntut kerajaan menaikkan kadar gaji minima dari RM900 sebelum ini kepada RM 1,200, kata Timbalan Presidennya Abdullah Sani.
“Perwakilan dalam mesyuarat MTUC 22 Disember 2013 lalu juga menggesa gaji minima RM900 di semenanjung Malaysia dan RM800 bagi Sabah dan Sarawak dikaji semula,” kata Abdullah kepada Keadilandaily.
“Dalam keadaan sekarang ketika harga barangan keperluan harian dan perkhidmatan tak menentu, kadar tersebut tidak relevan,” kata ahli parlimen Kuala Langat ini.
Abdullah (gambar) turut merujuk kepada laporan Bank Dunia pada 2013 yang menyatakan bahawa Malaysia mampu untuk melaksanakan gaji minima RM1,200 sebulan.
abdullah-saniBeliau turut menggesa elaun sara hidup (Cola) RM300 sebulan diberi kepada pekerja swasta dan kerajaan memandangkan kos sara hidup semakin meningkat.
“Elaun Cola diperkenalkan pada tahun 1974, ketika pentadbiran Tun Razak. Kita sekarang menuntut pula anaknya (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) kembalikan hak pekerja,” kata Abdullah yang juga Pengerusi Kaukus Pekerja Parlimen Malaysia.
Kerajaan sebelum ini menangguhkan pelaksanaan gaji minima RM900 sebulan di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak serta Labuan yang sepatutnya dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2013

Penjelasan Dr. Asri Mengenai Hukum Muslim Membela Hak Non Muslim


Ada yang bertanya saya mengenai hukum muslim membela hak non-muslim. Mereka merasa seakan berdosa seorang muslim itu berpihak kepada non-muslim yang menuntut hak dari muslim, sekalipun non-muslim itu di pihak yang benar.

Ini kerana mereka merasakan membela hak non-muslim yang menuntut dari muslim bagaikan mengkhianati saudara seakidah ataupunukhuwwah islamiyyah (Islamic brotherhood).
Anggapan mereka bahawa muslim itu mesti setia bersama muslim sekalipun saudara muslimnya di pihak yang salah. Membela hak non-muslim yang berselisah faham dan tuntutan dengan muslim itu bagaikan satu pengkhianatan.

Ini sebenarnya anggapan yang tidak tepat. Memang benar orang muslim itu bersaudara. Kecintaan antara kita amat tinggi. Kita membantu antara satu sama lain. Namun, ini tidak bererti kita diizinkan untuk menindas atau merampas hak mereka yang tidak seagama dengan kita.
Pendirian al-Quran
Kefahaman Islam tidak boleh hanya berdasarkan emosi, tetapi hendaklah berasas hujah dan dalil yang dibuktikan oleh al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Islam adalah agama sejagat (universal). Inilah yang menjadikan ajaran itu contoh dan memimpin kehidupan manusia dengan adil dan saksama. Keadilan Islam yang merentasi sempadan agama, bangsa dan geografi.
Inilah yang al-Quran tegaskan: (maksudnya) :

Marina, gereja dan ketul ais naik harga


front page

Izmil Amri

SEMALAM antara yang hangat ialah gembar-gembur sekumpulan orang Melayu yang katanya mahu berdemonstrasi secara aman di sebuah gereja di Klang. Saya tunggu juga sehingga jam 11 pagi kalau-kalau ada laporan huru-hara mahupun tangkapan, tetapi tak ada.
Selalunya pagi-pagi Ahad, orang Melayu muda melazimi bangun tidur lewat. Orang Melayu berusia pula akan sibuk-sibuk ke pasar, mencuci kereta, menyapu rumah dan sebagainya. Kita belum pernah dengar orang Melayu mahu ke gereja pada pagi Ahad. Sehinggalah minggu lepas. Yang kemudiannya dibatalkan niat itu.
Lagikan ke masjid pada hari Jumaat pun ada yang malas. Ini kan pula mahu ke gereja pada hari Ahad.
Apa yang terjadi ialah sekumpulan Melayu lain pula yang ke gereja Lady of Lourdes di Klang itu, sebagai tanda kebersamaan. Antara yang terampil dan dipaparkan gambarnya di kebanyakan muka depan akhbar hari ini tidak lain adalah anak bekas perdana menteri, Marina Mahathir.
Pemandangan sebegini barangkali belum pernah terjadi. Kecuali kalau kita lihat di internet ketika Mesir di puncak pergolakan dan kelihatan umat Kristian menjadi penghadang mengawal keselamatan ketika umat Islam bersolat, dan juga sebaliknya ketika umat Islam berkawal di luar gereja.
Terinspirasi daripada toleransi yang sedemikian itu maka barangkali umat Islam yang tiada rasa benci di hati turun ke Klang, sedia berkubu andai terjadinya sesuatu yang tidak diingini terhadap sahabat handai dan jiran tetangga mereka yang sedang menjalani pelayanan minggu di gereja tersebut.

Fitnah melampau, ugutan bunuh: Speaker DUN Selangor kecewa, gesa polis siasat blogger pro-UMNO


hannah

SUBANG JAYA, 7 JAN: Berang dengan fitnah terhadapnya, Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh menggesa pihak polis segera menyiasat ‘tentera cyber’ UMNO yang menyebarkan fitnah kononnya beliau berkata ‘Duduk bersila baik untuk wanita hamil’.
Visual yang tersebar di laman sosial Facebook itu memperlihatkan gambar seorang ibu mengandung duduk di lantai dalam sebuah gerabak keretapi, manakala dua individu di sebelahnya duduk di kerusi.
Tambah menghangatkan keadaan, ibu yang duduk di lantai itu berketurunan Melayu manakala yang duduk di kerusi itu pula dua wanita Cina, lantas mencetuskan pelbagai komen berunsur kebencian kaum.
“Saya telah buat laporan polis pagi ini di balai polis USJ 8 dan akan memberikan kenyataan lewat petang nanti,” katanya ketika dihubungi.
“Saya harap pihak polis akan menyiasat ‘cybertrooper’ ini semua; bermula dengan ‘Parpukari’,
“Perbuatan menyebarkan pembohongan dan membangkitkan kebencian perkauman adalah sangat merbahaya,” katanya penuh kesal dengan manipulasi pihak-pihak terbabit yang turut mengakitbatkan nyawa beliau terancam.

Negara Islam: Pekerja bank tak dibenarkan solat...kerajaan buat ape..??

Logo National Union of Bank Employees (NUBE) 
SHAH ALAM - Sebuah bank komersial tempatan didakwa menafikan hak pekerjanya yang beragama Islam untuk mengerjakan solat di surau bank berkenaan sejak November tahun lalu.

Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE), Abdul Jamil Jalaludeen berkata, pihaknya kesal ekoran tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani isu tersebut.

“Bank berkenaan menafikan hak pekerja Muslim untuk menunaikan solat sejak November. Pekerja ini kemudiannya dipecat apabila mereka memohon untuk menolak keputusan bank yang mahu memisahkan mereka daripada keluarga selepas mengeluarkan arahan penempatan semula.

“Pegawai Muslim di Kementerian Sumber Manusia, pihak berkuasa dan Umno gagal untuk melindungi kedaulatan Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, soal kalimah ALLAH mendapat pembelaan sehingga beberapa badan bukan kerajaan dan Umno membuat bantahan namun tiada reaksi diberikan ke atas isu penafian hak pekerja itu.

“Kami terkejut Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia (BSM) malah badan bukan kerajaan termasuk Umno turut mengadakan bantahan di sekitar gereja.

“Tapi mereka gagal bertindak ke atas bank tersebut. Adakah bank berkenaan mengatasi undang-undang dan kedaulatan Islam?,” katanya.

Bughah: Pelajar Sekolah TURUN ke Jalan Raya Bantah Kenaikan Tambanng Bas Sekolah, Adakah Darah Mereka Juga Halal?

Pelajar seolah turun ke Jalan Raya membantah kenaikan tambang bas sekolah, menurut sumber lokasi sekolah ini terletak di Jalang Pekan Sungai Dulang, Bagan Datoh. Di bawah parlimen siapa? 
BANTAH KENAIKAN: Sg. Dulang- Sebahagian pengguna bas sekolah di pekan kecil di sini mengadakan demonstrasi bantahan kenaikan bayaran tambang bas sekolah. Ini berikutan ketidakpuasan hati para ibubapa dan pelajar ke atas kenaikan mendadak dan melampau bayaran tambang oleh pengusaha bas berkenaan.
Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) akan menaikkan tambang bas sekolah sebanyak 40% mulai 1 Januari 2014 jika Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak mengumumkan kenaikan kadar baru sehingga hujung tahun lepas. Tetapi sekarang sudah naik.. 
Semperna dengan tahun kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.. Kenaikan harga petrol yang paling di rasai oleh seluruh penduduk di Malsyisa.. Sehubungan itu presiden PPPBSM, Amali Munif Rahmat berkata, ini kerana lebih 10,000 bas sekolah yang berada di bawah persekutuan itu sudah tidak dapat menampung peningkatan kos operasi dan sekiranya perkhidmatan diteruskan mereka akan menanggung rugi.
Berikut ialah penjelasan Mufti Negeri Perak, Harussani berkaitan isu ‘bughah’ dan ‘halal darah’.
Merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian dan portal Malaysiakini bertarikh 2 Januari 2014 yang menyatakan di halaman utama bahawa Perhimpunan Haram Di Dataran Merdeka “Penderhaka”, peserta perhimpunan sebagai “Bughah” iaitu penderhaka terhadap pemerintah adil. Sementara di halaman 10 akhbar Berita Harian ditulis pernyataan “sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari Hukum Syarak dihalalkan golongan bughah”. Akhbar Sinar Harian bertarikh 5 Januari 2014 di halaman utama dan kedua juga sarat dengan pandangan saya berkenaan isu “bughah” dan demonstrasi.
Adakah mereka juga penderhaka kepada pemerintah yang adil dan halal darah mereka jika menurut pandangan harussani? 

S'gor sedia warta tanah untuk 'sekolah bawah pokok'

 
Selangor tiada masalah untuk mewartakan tanah miliknya, melalui syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) PKNS untuk tapak asal Sekolah Tamil Seaport di Petaling Jaya.

Kira-kira 20 ibu bapa mahu mengekalkan sekolah itu walaupun Kementerian Pendidikan telah memindahkannya ke tapak lain di Kampung Lindungan.

Wakil pejabat setiausaha kerajaan negeri NM Rajan yang berada di sekolah itu pagi ini berkata, kerajaan negeri secara prinsipnya bersetuju dan akan bertemu dengan lembaga sekolah dan ibu bapa untuk menyelesaikan perkara itu dalam masa terdekat.

“Saya akan cuba menyusun pertemuan dengan Halimah Ali, exco pendidikan negeri,” katanya kepada Malaysiakini selepas pertemuan dengan pihak sekolah, ibu bapa dan Jabatan Pendidikan Selangor.

Rajan turut berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Halimah.

Bagaimanapun,. Jabatan Pendidikan negeri masih tidak dapat memberikan penyelesaian kukuh berhubung perkara itu.

Justeru, sekolah itu akan kekal ditutup supaya ibu dapa dapat menyelesaikan itu berkain pemilikan tanah terlebih dahulu.

Ibu bapa memberitahu, mereka akan terus menghantar anak mereka ke “kelas bawah pokok” bersebelahan dengan sekolah itu.

Mereka malah sudah memasang khemah menggunakan wang sendiri bagi memastikan keselesaan murid.

Pindaan Enakmen 1988 cetus krisis undang-undang, kata pakar perlembagaan


Pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari (gambar) memberi amaran bahawa krisis perundangan akan berlaku sekiranya pindaan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 diteruskan.
Aziz berkata, walaupun secara teknikalnya pemerintah Pakatan Rakyat di Selangor boleh meneruskan pindaan tersebut, tetapi diragui ia akan disokong oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) beragama Islam lain.
"Saya berpendapat cadangan tiga Adun DAP tersebut akan mencetuskan krisis.
"Namun saya tidak pasti sama ada Adun beragama Islam daripada Pakatan Rakyat sanggup melakukannya, iaitu menyokong pindaan," kata Aziz yang merujuk kepada cadangan tiga Adun negeri Selangor baru-baru ini.
Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu berkata, pertikaian mengenai kuasa sultan berpunca semasa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memegang tampuk kuasa.
"Kita mesti ingat pertikaian undang-undang mulanya dicetuskan oleh Umno.

Hukum Naikkan Harga Barang..'Kerajaan Sayang Rakyat!' - Ustaz Azhar Idrus



Gugurkan semua dakwaan fitnah terhadap Bersih

bersih-3.0KUALA LUMPUR 7 JAN: Kerajaan didesak menggugurkan semua dakwaan terhadap Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih), kata pengerusinya Maria Chin Abdullah.
“Semua kes berkaitan mesti digugurkan, termasuk dakwaan terhadap himpunan Bersih pertama pada 2007,” kata Maria kepada Keadilandaily.
Katanya, mahkamah mengakui bahawa Bersih merupakan gabungan pertubuhan yang sah berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang mengenepikan arahan Majistret Kuala Lumpur, Zaki Asyraf mengharamkan perhimpunan Bersih 3.0 pada 2012.
Mahkamah Rayuan menyifatkan sekatan dibuat Mahkamah Majistret terhadap dua pemimpin KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin untuk menyertai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 tidak betul.
DUDUK_BANTAH“Jadi, Mahkamah Persekutuan mesti patuh kepada keputusan ini dan menggugurkan kes-kes berkaitan,” kata Maria.
Maria merujuk saman difailkan kerajaan terhadapnya dan 15 ahli jawatankuasa pemandu Bersih selain memohon deklarasi bahawa penganjur Bersih 3.0 melanggar Seksyen 6(2)(g) AktaPerhimpunan Aman 2012,
Tambah Maria, menggunakan Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) untuk menghalang perhimpunan aman bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan rakyat Malaysia berhimpun secara aman.
“Mengikut PAA, contohnya rakyat tidak dibenarkan untuk berhimpun berhampiran dengan rumah ibadat,” kata Maria menegaskan undang-undang tersebut tidak masuk akal dan wajar dicabar.
“Kandungan dalam PAA sendiri mengelirukan dan bercanggah dengan hak kebebasan berhimpun. Akta seperti ini mesti dihapuskan,” tegasnya.

Nasi lemak dan duit syiling..!!


Harris Nasril

Pagi tadi.
Ahmad kelaparan.
Cari nasi lemak.
Naiki kereta.
Ada nasi lemak sedap dan murah di kawasan rumah Ahmad. Harganya seringgit. Dekat sini semua panggil "Nasi Lemak Singgit". Kecil sahaja bungkusannya. Tapi eloklah untuk lapik perut. Akak jual nasi lemak tu dalam kawasan rumahnya. Pagarnya dibuka sedikit untuk laluan orang ramai.
"Bungkus nasi lemak biasa tiga kak!" Ahmad meminta.
Kakak itu memasukkan tiga bungkus nasi lemak ke dalam bungkusan plastik berwarna merah.
"Ini ya dik. Tiga ringgit enam puluh sen," ujar kakak sambil menghulurkan plastik ke tangan saya.
"Eh, bukan satu seringgit ke kak? Tiga, jadi tiga ringgit la kan?" Ahmad bertanya.
"Sekarang semua dah naik dik. Ikan bilis naik harga. Telur naik harga. Beras naik harga. Akak terpaksa naik," jelas kakak itu.
"Akak janganlah naikkan, naik seposen tak apa kot?" ujar Ahmad.
"Adik jangan marah saya. Marah kerajaan," balas kakak itu dengan spontan.
Ahmad terus berjalan selepas membayar kakak itu RM3.60. Masuk ke dalam kereta. Putar radio.
DJ radio:

"Saya sedih melihat gambar yang tersebar di Facebook.
Ada seorang nenek ni bayar duit yuran sekolah cucu dia dengan duit syiling."
"Para pendengar, sila kongsikan pengalaman susah anda masa kecil dulu hendak bersekolah"
"Sila dail 03-9543xxxx"
Maka ada seorang pemanggil, dari Kuala Pilah. Beliau menceritakan kisah sedih sewaktu tahun 60an dulu. Duit tak ada nak makan, dia cuma bawa garam kepul. Waktu rehat dia akan pergi ke padang dan hisap kepul garam.
Adiknya pada waktu rehat berlari ke kantin, tetapi dia tarik adiknya dan lari ke padang dan hisap kepul garam bersama-sama. Sedih. Pilu.
Ahmad mencapai telefon bimbit Nokia RM99. Terus dail. Dapat!
Ahmad : Hello, ini radio XXXXX ke?"
DJ: "Ya silakan, boleh tahu siapa bercakap?

Cap Ayam: Menteri OK dengan Hard Rock, tapi 'versi nasyid'...kat luar putrajaya boleh langgar syariat ler..!!!

 
Hard Rock Cafe dikenali dengan muzik keras dan tempat minuman keras berlaga gelas.

Tetapi jika dibuka di Putrajaya, menteri berkaitan mahukan ia bercirikan Islam.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Hard Rock Cafe Putrajaya tidak patut menyajikan minuman keras dan mempunyai persembahan nasyid secara langsung.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, kerajaan akan membenarkan Hard Rock Cafe membuka cawangan di pusat pentadbiran negara itu jika beroperasi secara Islamik dan tidak melanggar garis panduan Perbadanan Putrajaya.

“Kita hanya benarkan hiburan yang bersih, kita tidak mahu insiden dan persembahan provokatif,” katanya dalam sidang media.

Lagi pendedahan gambar pesawat mewah Najib

jet_NajibKUALA LUMPUR 7 DIS: Beberapa blog hari ini mempertahankan gambar pesawat ACJ320 yang disewa oleh kerajaan Malaysia dan disiarkan menerusi laman Facebook bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.
Ia ekoran tuduhan blogger Umno yang mengatakan gambar berkenaan adalah palsu dan Dr Asri melakukan fitnah terhadap perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut blog abuhafiz88.blogspot.com, kerajaan menyewa pesawat berkenaan dari syarikat Comlux Aviation Services (CAS) yang berpengkalan di Malta.
“Kerajaan Malaysia secara rekod menggunakan kapal terbang peribadi dan super mewah dengan CAS untuk kegunaan pimpinan kerajaan terutama Perdana Menteri dan isteri.
jet_mewah“Ini berdasarkan maklumat keluar masuk kapal terbang di KLIA, di laman web Flight Radar 24, Airbus ACJ320 (9H-AWK) melakukan penerbangan keluar terakhir pada 31 Disember 2013 menggunakan nama “NR2”,” blog itu dipetik.
Menurutnya, bagi memastikan gambar yang dipaparkan di Facebook Dr Maza tidak salah, adalah dengan melihat katalog CAS menerusi laman web ini.
Pihak syarikat terbabit, katanya, memaparkan dengan jelas bentuk luaran dan hiasan dalaman setiap khidmat kapal terbang yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan.
Semakan juga katanya boleh dilakukan terhadap jenis kapal terbang yang disewa dan diguna pakai seperti di dalam maklumat penerbangan itu.
Blog berkenaan juga mendapati web tersebut turut membekalkan bersama gambar-gambar yang sama seperti yang dipaparkan oleh Dr MAZA.com.
Maklumat mengenai jenis pesawat berkenaan juga boleh dilihat di laman web Comlux. Manakala tambahan gambar-gambar dalaman pesawat berkenaan juga boleh dilihat disini.

BN penakut, hidap penyakit fobia politik kronik

SHAH ALAM 7 JAN: Keputusan Mahkamah Rayuan menolak pengharaman Bersih 3.0 bukti jelas bahawa rakyat tidak pernah menderhaka kepada kedaulatan dan undang-undang negara.
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Azmi Abdul Hamid, berkata keputusan itu juga diharap dapat memberi mesej kepada kerajaan pusat supaya tidak berterusan menyekat suara rakyat yang dijamin perlembagaan.
Katanya, BN sebagai sebuah kerajaan yang matang selama lebih setengah abad memerintah tidak harus cepat melatah dengan perhimpunan rakyat terutama jika dijalankan dalam suasana aman dan terkawal.
“Diharap selepas ini, kerajaan pusat jangan bertindak melulu, sebaliknya biarkan rakyat berhimpun menyatakan bantahan, cadangan dan kritikan kerana iatidak bertentangan dengan undang-undang negara.
“Kerajaan pusat sering dilihat cuba menimbulkan keadaan bahawa sesuatu perhimpunan bagi menyuarakan pandangan rakyat sebagai perbuatan yang salah dan berbahaya kepada negara.
“Perkara yang dibawa suara rakyat itu adalah isu penting seperti pilihan raya dan peningkatan kos hidup,” katanya yang dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang sebulat suara mengetepikan arahan Majistret Kuala Lumpur, Zaki Asyraf mengharamkan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 2012 di bawah Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah (KAJ).

SPRM dicabar dedah peruntukan yang perlu diperbaiki di Parlimen

Shamsul-Iskandar-103SHAH ALAM 7 JAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dicabar untuk mendedahkan peruntukan yang perlu diperbaiki di Parlimen supaya badan itu tidak mengeluarkan alasan dangkal khususnya bagi menyiasat kes membabitkan rasuah berprofil tinggi.
Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata SPRM perlu berhenti mengeluarkan alasan dangkal yang menyatakan badan itu tidak mempunyai kuasa menyiasat pembelian kontroversi kondominium mewah bernilai RM110 juta milik anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor di New York.
“Saya ingin cabar SPRM untuk mendedahkan secara terperinci kepada Ahli Parlimen, peruntukan mana yang mereka (SPRM) rasa perlu diperkasakan di Parlimen bagi memberi peluang kepada SPRM untuk menyiasat kerana yakin ada peruntukan.
“Tidak munasabah kalau alasannya beli aset luar kemampuan, SPRM tiada kuasa menyiasat. Kalau itu berlaku, orang yang mengamalkan rasuah besar akan bebas melakukan perkara ini,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

"Endless Possibilities": Petunjuk tahun baru buat Najib

Najib dianggap perdana menteri paling halimunan, tiada kelihatan di waktu rakyat betul-betul memerlukannya. - gambar The Malaysian Insider, 7 Januari, 2014.

Hari ini Januari 7, 2014. Seminggu sudah berlalu dan suasana di Malaysia masih seperti tahun lepas.
Perbalahan yang sama, isu yang sama dan penyelesaian yang sama. Tiada kemungkinan berterusan, atau "Endless Possibilities", di sini.
Nampaknya Putrajaya perlu menukar atau meluaskan pandangan.
Berikut disertakan beberapa petunjuk bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang akan meneraju
tahun 2014, lapan bulan selepas memenangi Pilihanraya 2013 dan jawatannya sebagai  presiden Umno yang masih tidak tercabar.
1. Sila duduk di rumah
Bagi mana-mana ahli politik, hanya tunggu masa sahaja sebelum mereka menjadi bahan lawak rakyat. Tun Abdullah Badawi sendiri dapat merasakan masanya akan berakhir sebaik sahaja beliau mula dipanggil kaki tidur, 'Mr Sleepy',  'Slumberjack', dan sebagainya.
Pedulikan yang beliau menghidap apnea tidur. Di minda rakyat, yang membezakan era Abdullah ialah kenyataan bahawa beliau sering tertidur ketika bertugas.
Dalam masa yang singkat, pihak yang berkecuali juga turut menggunakan pelbagai panggilan untuk merujuk
Abdullah. Sejak itu, perdana menteri pada masa itu meluangkan lebih masa mempertahankan dirinya daripada
tugas mentadbir.
Najib sudahpun hampir ke tahap itu. Pengkritik menganggapnya perdana menteri paling halimunan, tiada kelihatan
di waktu rakyat betul-betul memerlukannya. Walaupun belum sampai ke skala pemberontakan penuh, tetapi penyokongnya sendiri tertanya-tanya tentang tabiat menghilangnya setiap kali adanya krisis di Malaysia.
Beliau suka melancong. Hong Kong, Las Vegas, Monaco, Sydney, London. Kebanyakan masa, untuk urusan rasmi, tetapi beliau juga mempunyai kecenderungan untuk bercuti luar negara atau menyambut tahun baru di luar
Malaysia.
Jadi apabila isu seperti serbuan Jais ke atas Persatuan Bible Malaysia meletup, beliau tidak dapat
dihubungi. Bila beliau akhirnya membuka mulut, masanya sudah terlambat, dan terlalu banyak kata-kata provokatif sudah dilemparkan.
Para pengkritik juga setuju, walaupun Najib ada di Malaysia, beliau terus membisu dalam berhadapan dengan isu sensitif, takut terkena penangannya. Sedih tapi benar.
Namun, tak perlulah kita berangan. Sebagai permulaan, cuba kurangkan bercuti dan melancong supaya apabila bercakap tentang sesuatu isu, tidaklah kedengaran seperti pelancong.
2. Usahlah bercakap seperti pelancong.
Akhirnya Najib bersuara tentang serbuan Jais ke atas Persatuan Bible Malaysia. Beliau menyeru untuk bertenang dan berdialog. Baiklah. Lebih baik lagi jika beliau dapat angkat gagang telefon dan sampaikan pesanan tersebutkepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin, yang tampak terlalu gembira menggalakkan perangai samseng Umno Selangor.

Langsai masalah, melangkahlah!

Oleh Saifuddin Abdullah
Pada 31 Disember lalu, ketika ditemu ramah rancangan Analisis TV Awani, saya ditanya bagaimana melihat tahun 2013. Saya menyatakan ada dua cara. Pertama, dengan nostalgik atau kedua, dengan realistik. Saya memilih realistik. 

Rancangan itu disiarkan beberapa jam sebelum detik bermulanya tahun baharu. Ketika itu, Dataran Merdeka ramai pengunjung. Ada yang berdemonstrasi. Ada yang mengawal demonstrasi. Dan mungkin lebih ramai merayakan sambutan tahun baharu yang dianjurkan dengan bajet tertentu.

Apa yang penting, ia telah berlalu dengan relatif aman. Kini ia terkesan pada mereka yang memahaminya.

Bermula pada 2012, kita berada dalam dua tahun yang diselubungi ketidaktentuan politik. Ini berikutan dengan demam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan pemilihan parti-parti politik utama, baik di sebelah BN mahupun PR. Kini, kita berada pada 2014 yang diselubungi pula oleh ketidaktentuan ekonomi dan ketika ada pemimpin politik yang belum kebah daripada kesan (bagi sesetengahnya: trauma) PRU13.

Bagi rakyat, tahun lalu ditandai beberapa perkara penting, contohnya, pertembungan politik yang adversarial, isu toleransi agama, polarisasi kaum, hak asasi manusia, kebebasan media dan banjir. Kini, kita bakal dihadapkan dengan kenaikan kos sara hidup, terutamanya dalam tiga aspek, iaitu petrol, barangan dan tarif elektrik. Ini belum diambil kira kemungkinan naiknya harga tol.

Menurut Profesor Datuk Dr Mohd Redzuan Othman, Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), isu kenaikan kos sara hidup amat penting dalam menentukan sokongan rakyat kepada BN dalam tempoh enam bulan akan datang.

Wajib Kritikal Kalau Mahu Ekonomi Selamat

A Kadir Jasin


ADA pembahas yang mengherdik saya kerana mengkritik Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, mengenai pengurusan ekonomi tetapi tidak memberi nasihat dan tunjuk ajar.

Saya rasa pembahas berkenaan tidak terbaca "nasihat" saya yang berjela-jela kepada Mohd Najib dan kerajaan melalui blog ini dan dalam tulisan saya di tempat-tempat lain berkaitan pengurusan ekonomi, mata wang, percukaian dan sebagainya.

Kadang-kadang, bila kita membincangkan isu ekonomi, banyak orang tidak peduli atau mudah bosan.  Tetapi kalau kita tidak bincang, mereka kata kita hanya pandai kritik.

Sejak tahun 2006 lagi, apabila kerajaan Abdullah Ahmad Badawi membuat potongan drastik subsidi petroliam sehingga menyebabkan harga minyak dan gas naik mendadak dan dengannya harga barang dan perkhidmatan, saya menulis beberapa buah rencana mengingatkan kerajaan mengenai kesan buruk tindakan itu dan bagaimana mengurangkan beban pengguna.

Pada 28 Februari 2006 saya menyiarkan dalam blog ini rencana bertajuk “Mengatasi Beban Kenaikan Harga Minyak” (kalau berminat baca arkib ini.)

Bibit Perbezaan Najib Dan Muhyiddin Mula Ketara

Oleh Shahbudin Husin
Sekembalinya daripada percutian hujung tahun dan negara diselebungi dengan pelbagai masalah serta kekalutan, Perdana Menteri, Najib Razak seperti tidak menyembunyikan kekecewaan sepanjang hanya tidak sampai dua minggu ketiadaannya. Dalam kemunculan sulungnya di tahun 2014 ini iaitu berucap di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri semalam, antara perkara yang disentuh Najib dalam ucapannya ialah meminta semua pihak bertenang dan mengikut saluran undang-undang dalam isu berkaitan kalimah Allah yang kembali hangat ketika ini.

Isu kedua yang disentuh Najib ialah berkenaan subsidi dan dengan tegas beliau menyatakan bahawa rasionalisasi subsidi akan tetap diteruskan sebagaimana yang dirancang oleh kerajaan. Ini bermakna selepas pemotongan subsidi beberapa bulan lalu yang menyaksikan kenaikan harga minyak dan petrol, di masa mendatang ini akan berlaku lagi beberapa kenaikan akibat pemotongan subsidi yang akan dilakukan oleh kerajaan.

Ketika isu kalimah Allah mula meletus dan UMNO Selangor berhasrat mengadakan demonstrasi di depan gereja bagi menyatakan bantahan, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah menyatakan sokongan terhadap langkah itu dengan menyatakan ia merupakan hak UMNO Selangor untuk berbuat demikian.

Demo di depan gereja itu, walaubagaimanapun akhirnya dibatalkan setelah Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar tidak membenarkannya, sebaliknya telah diadakan di padang Kelab Sultan Sultan, Kelang yang turut dihadiri beberapa pemimpin UMNO negeri itu.

Takziah kepada wira jalan kaki berirama 600 km dari K. Besut ke Putrajaya yang terlantar di HUSM kerana dipukul....

 Sebab dia dipukul biarlah pihak polis yang siasat. Tetapi amat kesian, kalau beliau yang berpenat lelah menapak, akhirnya orang lain yang kenyang dengan wang ganjaran 600k itu...

Dibelasah kerana buka mulut

KUALA TERENGGANU - Seorang tukang kebun di sebuah agensi kerajaan negeri tidak menyangka tindakannya ‘bersuara’ di dalam mesyuarat sebuah parti politik yang dihadiri membawa padah apabila teruk dibelasah oleh sekumpulan lelaki.

Kejadian berlaku di hadapan Pejabat Penyelaras Umno Dun Jerteh, Gong Kemuntong, Jerteh, Besut, kira-kira jam 1.50 petang, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, sebelum kejadian, mangsa, 47, dikatakan telah menghadiri mesyuarat kecil yang dianjurkan sebuah parti politik di lokasi berhampiran.

“Bagaimanapun difahamkan semasa mesyuarat tersebut, telah berlaku pertengkaran mulut disebabkan ada yang tidak berpuas hati berhubung beberapa perkara berbangkit yang dibincangkan dan berlarutan sehingga tamat mesyuarat, katanya kepada pemberita, semalam.

Bangladesh holds thousands of activists in prison



Ku Nan: Hard Rock Cafe boleh dibuka di Putrajaya jika tidak langgar syariat Islam



Selangor mahu SOP JAIS diperkemas, minta penjelasan KDN



Tarik Kenyataan Fitnah: Chandra Muzaffar Terlepas Saman Anwar



Ais Naik: 'Naik atau tak tetap kena guna'

KUALA LUMPUR - Mahu tidak mahu peniaga ikan di Pasar Chow Kit tetap perlu menggunakan ais meskipun berdepan isu kenaikan harga.

Kenaikan itu berkuat kuasa awal tahun ini dengan kenaikan 50 sen menjadikan harga satu beg ais menjadi RM3.50.

Salah seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 40, berkata, kenaikan sekarang tidak begitu membebankan kerana ais tidak digunakan dalam kuantiti yang banyak.

"Harga ais naik jadi RM10 atau RM20 pun kita tak boleh buat apa-apa, kena beli juga untuk mengelakkan ikan rosak atau busuk.

"Harga sekarang masih mampu dibeli dan saya tidak menggunakan ais dalam kuantiti yang banyak, biasanya sehari satu beg sahaja," katanya kepada Sinar Harian.

Seorang lagi peniaga, Husni Sudar, 40, berkata, dia berharap supaya harga asal dapat dikekalkan kerana terlalu banyak kenaikan harga barang kebelakangan ini.

Negara Judi: DAP selar tindakan kerajaan pusat lulus 22 permit cabutan khas 4D

Anthony-LokeKUALA LUMPUR 7 JAN: DAP menyelar tindakan kerajaan pusat meluluskan 22 permit Cabutan Khas 4D kepada setiap syarikat nombor ramalan (NFO) di Semenanjung Malaysia untuk tahun 2014.
Kelulusan itu membabitkan 22 hari Selasa sepanjang tahun ini, yang mana syarikat perjudian akan mengadakan cabutan khas secara serentak bagi tiga syarikat besar.
Tiga syarikat itu adalah Magnum, Dmacai dan Sports Toto, sekali gus menyaksikan pertambahan 66 hari cabutan khas untuk Semenanjung Malaysia.
Bagi Sabah dan Sarawak, jumlah cabutan adalah lebih banyak kerana terdapat tiga lagi syarikat perjudian NFO yang beroperasi.
Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke menegaskan, kerajaan pusat perlu membatalkan semua permit itu bagi membuktikan tidak bergantung kepada hasil aktiviti perjudian.
Beliau turut mempersoalkan adakah tindakan tidak rasional itu adalah langkah ketandusan idea kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menambahkan hasil cukai.
“Adakah pertambahan permit cabutan khas ini adalah salah satu langkah pentadbiran Najib untuk menambah hasil cukai negara.
“Tahun demi tahun permit cabutan khas bertambah walaupun dibantah berulang kali oleh saya dan Ahli Parlimen lain di Dewan Rakyat. Saya membantah penambahan 22 hari cabutan kerana tiga kali cabutan setiap minggu sedia ada sudah keterlaluan dan ia perlu dikurangkan bukan ditambah,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Dap, di sini, hari ini.

Selangor mahu SOP JAIS diperkemas

Kerajaan Selangor bercadang mahu memperkemaskan tatacara operasi standard (SOP) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) susulan serbuan dan rampasan Bible berbahasa Melayu ke atas Persatuan Bible Malaysia baru-baru ini.

"JAIS telah buat laporan (mereka) dan kita akan perkemas dari sudut SOP," kata Exco hal ehwal agama Islam, Sallehen Mukhyi dalam sidang medianya di Shah Alam, pagi ini.

Beliau juga menegaskan pihaknya tidak akan mengulas lagi berhubung serbuan dan rampasan tersebut memandangkan kes itu kini dalam siasatan polis.

"Sebab kes ini dah jadi kes polis, jadi kita serah kepada kebijaksanaan JAIS dan PDRM untuk selesaikan kes ini, mengikut peringkat undang-undang," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan kenapa SOP berkaitan perlu diperkemas dan bahagian mana yang perlu penambahbaikan.

GST to toll hike, will hell break loose?

What options are available to the opposition to counter price hikes that have plagued the nation?

How will the opposition handle the current rise in utilities, toll and other products coupled with the arbitrary imposition of the GST?
The options are on the table: massive rallies, negotiations with the Najib Tun Razak’s regime or an all new stratagem that will force the roll-back of the savage increases.
While the opposition does not have any other options but to fight back in an attempt to remain relevant and to be seen contributing to the alleviation of the hardship faced by the people, the powerful Barisan National (BN) seems to have grown even more adamant – risking isolation and a dearth of support in the process.
And perhaps the answer to the problem faced by the opposition groups, taking into consideration those under the Pakatan Rakyat (PR) banner as well as those under different umbrella’s of defiance against the government, resides in the complete isolation of the BN rather than an outright confrontation.
In the current scenario of the local political scene in Malaysia, the BN and Umno seem to be living on a distant fantasy island, cut off from the realities of the daily lives of the people.
Circulating on free messaging services, including WhatsApp and Viber, are the purported increase demanded by toll operators. The figures show a possible rise of between 50 sen to RM2, thus putting the Klang Valley car owners in a fix.
In some cases, the rise will mean car owners would have to fork out RM8 on a two way traffic passing the toll twice a day, provided there is no emergency that would force the drivers to pass the toll gates more than twice a day.

GST: SAMM kesal sikap MOF dan Kastam

Lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sepatutnya digalakkan dalam menyediakan platform latihan GST dan bukannya membiarkan syarikat swasta membuat latihan dengan yuran yang mahal.

PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) kesal dengan sikap Kementerian Kewangan (MOF), Kastam Diraja Malaysia (KDRM), dan MIDA yang enggan menyertai majlis penerangan tentang GST anjuran SAMM.
Menurut Mohd Faizal Ab. Rahman,Sekretariat GST/TPPA, SAMM Kebangsaan, SAMM bercadang mengadakan bengkel pemahaman mengenai GST pada 18 Januari ini dengan menjemput MOF, KDRM dan MIDA sebagai pembentang kertas kerja.
“MIDA telah menjawab tidak dapat hadir manakala MOF dan KDRM masih membisu walaupun surat jemputan sudah diemel pada 3 Disember lalu,” kata beliau dalam kenyataan kepada FMT.
Katanya, beliau kesal kenapa agensi-agensi yang terlibat dengan GST enggan menghadiri majlis ini sedangkan ia adalah platform utama bagi mereka untuk menerangkan kaedah percukaian GST.
“SAMM yang mempunyai rangkaian anak muda yang ramai ingin mendengar apa itu GST. Sebaliknya tindakan mereka enggan bekerjasama dengan SAMM menunjukkan bahawa anak-anak muda dinafikan hak untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang GST,” katanya.

Guna cukai judi untuk bukan Islam, kerana ia tidak halal untuk orang Islam - Anthony Loke

DAP menegaskan gesaan supaya kerajaan meletakkan hasil cukai daripada perjudian dalam akaun secara berasingan dan menggunakannya untuk kebajikan, pendidikan dan aktiviti kebudayaan yang memberi manfaat kepada kebanyakan bukan Islam.

Anggota Parlimen Seremban Anthony Loke berkata, seperti menyelam sambil minum air, ia bagi membantu orang Islam yang bimbangkan sumber tidak halal.

Ia juga sekali gus membantu masyarakat bukan Islam, khususnya dalam bidang pendidikan vernakular, katanya lagi.

Membangkitkan jawapan bertulis di Parlimen pada Oktober lalu, beliau berkata, daripada 2008 hingga 2012, penjudi menyumbangkan RM6.3 bilion dalam bentuk cukai haram daripada Cabutan Khas sahaja.

Jabatan menteri kewangan itu menjelaskan, hasil cukai (Cabutan Khas) digunakan untuk sukan, kebajikan, sosial, kebudayaan dan program kesihatan yang memberi manfaat kepada orang ramai dan negara.

Adun DAP tidak mampu pinda enakmen tanpa Pakatan, kata Anthony Loke


Isu pindaan undang-undang berhubung kalimah Allah di Selangor tidak perlu dipanjangkan, kata Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke.Isu pindaan undang-undang berhubung kalimah Allah di Selangor tidak perlu dipanjangkan, kata Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke.Anthony Loke mengakui bahawa parti itu tidak akan berjaya meminda undang-undang berhubung penggunaan kalimah Allah di negeri Selangor itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tanpa bantuan daripada parti dalam Pakatan Rakyat (PR).
Ahli Parlimen Seremban itu berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari DAP hanya seramai 15 orang dan masih memerlukan sokongan Adun lain yang lain.

PKR Selangor: Hati-hati buat kenyataan isu ‘Allah’ elak dieksplotasi

suhaimie shafie-1SHAH ALAM 7 JAN: PKR Selangor meminta wakil rakyat DAP berhati-hati membuat kenyataan berkaitan cadangan pindaan enakmen berhubung pengembangan agama ke atas bukan Islam di negeri itu.
Ini kerana, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei, berkata ia boleh menimbulkan keadaan lebih buruk, selain mengeruhkan keadaan kerana membabitkan sensitiviti agama.
Beliau berkata, DAP Selangor harus menunggu laporan penuh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada kerajaan negeri terlebih dahulu dan membincangkan langkah selanjutnya dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.
“Sebab itu PKR Selangor termasuk Ahli Dewan Undangan (ADUN) dilarang buat sebarang kenyataan kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.
“Kita harus meneliti dulu laporan lengkap JAIS kepada kerajaan negeri dan bincangkan dalam mesyuarat Pakatan supaya boleh fikir langkah bersesuaian,” katanya kepada Selangor Kini.
Anwar sebelum ini menegur segelintir ADUN DAP Selangor yang membangkitkan cadangan meminda enakmen berhubung penggunaan kalimah ‘Allah’ di negeri itu.

Harussani, siapa itu kerajaan?



Ada kritikan yang bersifat ad rem (to the point) yang menyanggah pendapat Tan Sri Harussani Zakaria terhadap perhimpunan TURUN, yang dikatakan sebagai bughah (pemberontak) dan ‘halal darah’.


Selaksa kritikan dihamburkan terhadap mufti Perak itu.


Tetapi ada juga kritikan yang bersifat ad hominem (to the man) yang bertujuan untuk menjatuhkan keperibadian beliau. Saya kesal dan bersimpati terhadap beliau dalam perkara ini dan ia tidak sepatutnya terjadi.


Namun begitu Harussani masih tekal mempertahankan pendapatnya.


Kapasiti Harussani sebagai seorang mufti juga membuatkan orang awam keliru bahawa hukum bughah itu adalah bertaraf fatwa.


Tetapi sefaham saya, ia bukannya fatwa dan sekadar pendapat peribadi beliau. Ini kerana sesuatu fatwa mestilah proses istinbat yang teliti dan bukan sekadar pendapat melulu yang berdasarkan berita di televisyen atau naskah suratkhabar.


Namun begitu, saya melihat Harussani juga keliru dengan pendapatnya tentang bughah.


Pertamanya ialah tentang tindakan yang sebagaimana yang dikatakan sebagai bughah?


Apakah mereka yang berhimpun aman tanpa senjata itu boleh dikatakan sebagai berbahaya? Apakah mereka yang berhimpun itu menentang kesemua undang-undang negara? Perkara ini telah banyak dibincangkan oleh mereka yang telah terlebih dahulu menegur pendapat Harussani.


Antara kitab klasik & realiti semasa


Apa yang ingin saya bincangkan di sini yakni isu kedua, ialah alasan atau sebab musabab Harussani mengeluarkan pendapat bughah. Ini kerana menurut beliau himpunan tersebut bertujuan
menggulingkan kerajaan.

Telur naik harga, peniaga keluarkan kenyataan bertaraf menteri cap ayam

Kalau sebelum ini Menteri Ayam dah sarankan seluruh rakyat Malaysia supaya tidak makan ayam kerana harganya mahal.. Apa pulak sarananya bila harga telur ayam dah naik ni..

Adakah beliau akan mencadangkan supaya rakyat tidak makan telur ayam pula kerana harganya dah naik?..

Kalau semua barangan naik harga, Menteri cadangkan supaya kita elakkan dari memakannya.. maka akhirnya makan rumputlah kita seperti macai UMNO... ha..ha..ha..

Bagaimanapun aku tertarik dengan kata-kata peniaga telur ni, ayatnya dah setaraf dengan ayat-ayat standard yang digunakan oleh Menteri-menteri dalam memperbodohkan rakyat tentang kenaikkan harga sesuatu komoditi..

Katanya "Lagipun, harga yang dinaikkan tidaklah membebankan orang ramai"... kah.. kah.. kah..

Harga telur ayam tidak akan kurang dari RM11 satu papan yang mengandungi 30 biji mulai 1 Januari lalu dan tidak mungkin diturunkan pada harga lama sampai bila-bila.

Itu kata penjual telur ayam di Balakong, Cheras sambil menyifatkan kenaikan harga telur sudah tidak dapat dikawal lagi walaupun banyak pelanggan yang mengadu mahal.

“Pertengahan tahun lalu, telur gred AA masih boleh dijual pada harga bawah RM10 tetapi mulai tahun ini, harga jualan melebihi RM11 satu papan 30 biji.

Penjelasan terbaru Mufti Perak isu bughah.....

BANGI, 6 Jan – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini mengeluarkan satu kenyataan rasmi sebagai penjelasan berhubung kenyataannya dalam isu bughah.
mufti perakDalam satu kenyataan sebanyak enam muka surat itu, Tan Sri Harussani menjelaskan bahawa beliau tidak bersetuju jika demonstrasi dijadikan sebagai cara terbaik untuk menggerakkan kerajaan yang lalai.
Jelasnya, beliau tidak rela dengan apa yang berlaku di Mesir di mana kerajaan yang sah digulingkan secara kekerasan berpunca daripada demonstrasi yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban.
Beliau juga risau sekiranya demonstrasi ini menjadi tindakan biasa dan jalan pintas terhadap sebarang ketidakpuasan hati segelintir rakyat. Maka, keamanan dan kestabilan ekonomi, politik dan masyarakat tidak akan berlaku.
Selain itu, beliau juga menyalahkan pihak media yang menemuramah beliau kerana tidak menyiarkan sepenuhnya kenyataan beliau dalam isu-isu yang berkaitan semasa sesi temuramah tersebut.
Atas sebab kerisauan yang amat tinggi, beliau menzahirkannya dengan mungulangi ketetapan para ulama yang menggambarkan betapa usaha menjatuhkan kerajaan yang sah secara kekerasan itu sangat bahaya kepada kesatuan ummah bahawa golongan bughat ini boleh diperangi setelah diajak berdamai seperti direkodkan dalam pelbagai kitab termasuk al fatawa al kubra karangan Ibn Taimiyyah.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau:
 KENYATAAN RASMI S.S. MUFTI KERAJAAN NEGERI PERAK BERKAITAN ISU “ BUGHAH ” DAN “ HALAL DARAH
Merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian dan portal Malaysiakini bertarikh 2 Januari 2014 yang menyatakan di halaman utama bahawa Perhimpunan Haram Di Dataran Merdeka “Penderhaka”, peserta perhimpunan sebagai “Bughah” iaitu penderhaka terhadap pemerintah adil. Sementara di halaman 10 akhbar Berita Harian ditulis pernyataan “sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari Hukum Syarak dihalalkan golongan bughah”. Akhbar Sinar Harian bertarikh 5 Januari 2014 di halaman utama dan kedua juga sarat dengan pandangan saya berkenaan isu “Bughah” dan demonstrasi.
Kenyataan-kenyataan tersebut telah diterbitkan menerusi media arus perdana dan dikatakan menjadi polemic dan kecelaruan kepada masyarakat. Pada dasarnya, ianya adalah kenyataan daripada saya apabila ditemubual oleh wartawan akhbar Berita Harian dan Sinar Harian namun, kenyataan panjang saya kepada Berita Harian berhubung perkara tersebut dipendekkan malah difokuskan hanya kepada isu demonstrasi “ TURUN” sahaja. Sedangkan terdapat isu lain termasuk penganjuran Konsert di Ambang Tahun Baru “ditiadakan” sebagai bahan berita.
Diizinkan Allah saya dapat menatap isu dan berita perihal demonstrasi setiap kali ianya dianjurkan oleh pelbagai pihak di Malaysia. Setiap kali penganjuran demonstrasi dilaksanakan, maka saya akan dihubungi untuk memberi ulasan terhadapnya. Apa yang menggusarkan saya ialah apabila berlakunya demonstrasi dalam skala yang besar di negara ini maka, majoriti para pesertanya adalah orang Melayu yang beragama Islam. Maka, secara jelasnya akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang mana kedua-duanya merupakan warga Muslim. Jika berlaku pertembungan tersebut sudah tentu ia akan menghasilkan kemudaratan ke atas pihak-pihak, di samping akan menguntungkan mereka yang berkepentingan dan yang menangguk di air yang keruh.
Nasihat dan peringatan

Anwar Ibrahim: Sistem Pendidikan Kita mesti Ada "Conscious Effort" Untuk Interaksi

Anwar Ibrahim: Wacana Harus Segar

Mahkamah Persekutuan perlu segera selesai isu Allah, kata bekas AG


Isu kalimah Allah mencetuskan polemik dan ketegangan di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam. Gambar fail.Isu kalimah Allah mencetuskan polemik dan ketegangan di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam. Gambar fail.Bekas peguam negara (AG), Tan Sri Abu Talib Othman mahu Mahkamah Persekutuan Malaysia mengadakan persidangan prosiding berhubung isu Allah pada kadar segera supaya satu keputusan muktamad terhadap perkara itu dapat diambil dan “menghalang ketidakadilan berlalu”.
Beliau berkata, isu itu amat penting kepada masyarakat awam dan mahkamah apex perlu mengambil tindakan segera, dan bukannya melihat kejadian yang berlaku membentuk isu berkenaan.
“Ia agak menghairankan apabila Mahkamah Persekutuan memerhatikan dari sisi isu yang membabitkan kepentingan nasional. Anda tidak boleh membenarkan ketidakadilan berlalu begitu sahaja.
“Jika ia tidak dikendalikan dengan sempurna, ia boleh membawa kepada mengganggu-gugat kestabilan politik dan perpaduan rakyat dalam negara,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Abu Talib, yang menjadi peguam negara antara 1980 hingga 1993, berkata kunci kepada masalah semasa itu ialah keputusan daripada Mahkamah Persekutuan.

Bila yang kaya merompak, mengapa mufti diam?

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengecam Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mendakwa peserta himpunan Turunkan Kos Sara Hidup (Turun) baru-baru ini sebagai "bughah" dan halal darah mereka.
Anwar mempersoalkan pendirian Mufti Perak itu ketika rakyat Malaysia terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
“Bila orang kaya rompak, tindas rakyat, kamu diam. Saat rakyat tertindas di bawah, kamu cela. Kamu mewakili siapa sebenarnya.
“Ini tidak adil. Sepatutnya dengar dulu penjelasan daripada orang yang datang demonstrasi sebelum memutuskan hukuman,” katanya yang dipetik daripada Keadilan Daily di program pidato The Asian Renaissance di Centre for Reform Democracy & Social Initiatives, semalam.
Anwar berkata, Harussaini gopoh dan keterlaluan menuduh peserta himpunan membantah kenaikan harga barang pada malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka sebagai bughah dan dihalalkan darahnya untuk dibunuh.
“Walaupun ini pendapat peribadi mufti, tapi kena ingat bahawa ia keterlaluan.
“Masalah orang dicincang (dibunuh) di Mesir, dan Syria berpunca daripada pendapat yang sebegitu. Memang bahaya,” katanya sebagaimana dilaporkan oleh Selangorkini.
Katanya, kenyataan itu akan mendatangkan persepsi negatif terhadap masyarakat bukan Islam.
“Hendak jatuhkan hukum itu, dia patut rujuk kepada Jawatankuasa Majlis Fatwa dan ulama, bincang baik-baik terutama dalam isu bughah ini.
“Kita patut ambil sikap menyampaikan dengan baik, bukan menghukum. Isu ini menyebabkan kekeliruan di kalangan umat dan kebencian bagi bukan Islam,” katanya.
Walaupun dikecam oleh pelbagai pihak, Harussani mempertahankan kenyataannya itu.
Turut menyokong kenyataan beliau adalah Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri, Zamihan Mat Zin.

Perkasa tidak iktiraf majlis perpaduan, dakwa majoriti ahli bukan Islam


Kumpulan pendesak melayu, Perkasa mengkritik Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN) dan menegaskan tidak akan sesekali mengiktiraf pertubuhan tersebut mewakili masyarakat Islam.
Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali (gambar), berkata Perkasa mempersoalkan kelayakan segelintir anggota MPPN dengan mendakwa majlis itu tidak layak mengeluarkan kenyataan membabitkan isu agama Islam memandangkan majoriti ahlinya adalah bukan Islam.
Malah, katanya, MPPN bukan saja dianggotai majoritinya bukan Islam tetapi diwakili oleh beberapa panel yang berpendirian liberal dalam soal agama.
Biarpun tidak mendedahkan nama pemimpin tersebut tetapi dipercayai Perkasa merujuk kepada Ahli Parlimen daripada PAS, Datuk Dr Mujahid Yusuf dan aktivis, Datin Paduka Marina Mahathir.
"Perkasa daripada awal lagi tidak mengiktiraf majlis ini dan menolaknya sama sekali kerana anggotanya bukan Islam malah ada ahlinya biarpun beragama Islam, namun berfikiran liberal.
"Mereka penyokong dan pejuang LGBT, mana boleh disenaraikan dalam majlis yang membincangkan perpaduan sedangkan mereka menyokong kegiatan songsang dan tidak diterima rakyat negara ini yang majoritinya beragama Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.
Kumpulan pendesak itu mendakwa majlis tersebut dilihat lebih membela kepentingan kaum minoriti daripada kaum majoriti di negara ini.

Banglasia: Pilihan raya paling ganas..!!

Pilihan raya paling ganas       
 Anggota polis menyepak suspek, selepas kejadian serangan ke atas pusat mengundi di Bogra, utara Dhaka, Bangladesh, kelmarin. Lebih 100 pusat mengundi dibakar pada pilihan raya umum yang dicemari keganasan. - Foto AP

Dhaka: Parti pemerintah Bangladesh semalam menang dalam pilihan raya antara paling ganas dalam sejarah negara itu, yang dicemari pertempuran jalanan, kadar keluar mengundi rendah dan pemulauan oleh pembangkang yang menjadikan keputusan satu rumusan yang diketepikan.

Walaupun kemenangan Liga Awami sudah dijangka, kekecohan ketika pilihan raya kelmarin meletakkan Bangladesh ke dalam kancah kekacauan dan kelembapan ekonomi, dan membawa kepada lebih banyak keganasan di negara miskin seramai 160 juta penduduk itu.
Semalam, pertempuran berkaitan pilihan raya mengorbankan tiga orang di Dohar, di luar Dhaka, kata polis.


Sekurang-kurangnya 18 maut kelmarin apabila polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan dan aktivis pembangkang membakar lebih 100 pusat pengundian.

Sampah sarap yang bakal buat Najib dan Rosmah terhumban ..!!

Aku dah letih bercakap dan rasanya ramai yang dah letih menegur dan mengingatkan PM Najib tentang PARASIT PARASIT yang dibelanya sejak mengambil alih pemerintahan dari Paklah tahun 2009.Masa itu aku ingat PM Najib memerintah bukan atas mandat dia sendiri jadi dia menunggu sehingga diberi mandat peribadi oleh Rakyat Malaysia.Nah!...PRU13 dia memperolehi apa yang dihajatinya sebelum itu...tapi hampeh!!!
Bukan saja PM Najib membazirkan masa 4 tahun  (2009-2013) memikul biawak biawak hidup warisan Paklah bahkan selepas diberi mandat pada Mei 2013 pun dia masih lagi suka makan "Roti Najib".Apa itu "Roti Najib"?Korang google dan cari sendiri lah maknanya...
Hari ini dengan izin dan Kuasa Allah Taala "driver" yang amat dipercayai PM Najib IDRIS JALA tersasul dalam tweetnya dengan memanggil bossnya "Bekas Perdana Menteri".Sama ada ianya segaja atau tidak disengajakan,ianya hanya menunjukan sesuatu yang BURUK memang telah sedia ada dalam fikiran Idris Jala yang dengan Kuasa Allah Taala di previewkan kepada kita semua untuk kita semua menilainya.Siapa DALANG disebalik kekalutan yang berlaku hari ini lambat laun akan kita ketahui juga dengan izin dan kuasa Allah Taala jua..
Sejauh mana PM Najib akan celik dari rabun nya selama ini aku tak pasti.Tapi kalau dia terus memekakan telinga dan membutakan matanya tanpa mahu membuat penilaian tentang sampah sarap dan parasi parasit yang berlambakan dalam pentadbiran nya hari ini...dia hanya akan mengikut LALUAN yang pernah dilalui Paklah sebelum ini.Itu hampir pasti....
Kalau malas nak google apa itu "Roti Najib" aku permudahkan dibawah ini...
 
 
APA