Isnin, 6 Januari 2014

Review of essential items in wet markets around Klang Valley

Thousands of African migrants protest Israel detention policy

Terima Suratan Amalan Dari Tangan KIRI..Adakah Terus Ke NERAKA? - Ustaz Azhar Idrus

MKPN kesal dengan JAIS namun enggan sebelahi mana-mana pihak

"Saya Hanya Mahu Hak Saya" - Raja Noor Jan Shah (Raja Melaka)

Rakyat Kena Ikat Perut...Pemimpin Dan Menteri Bermewah..!!


Menggempur Pemikiran Macai..!!


Oleh Zulkifli yahaya
Almarhum Dato’ Fadzil Noor dalam ceramahnya gemar menggunakan istilah ‘pecacai’ yang merujuk kepada golongan yang menjadi kuli atau barua politik pihak tertentu. Mereka sentiasa mengikut telunjuk pihak tertentu dan mempertahankan segala tindak tanduk pihak yang mereka sokong itu.

Istilah pecacai kemudiannya diringkaskan menjadi macai. Istilah ‘macai’ begitu popular dalam alam siber bagi merujuk kepada penyokong tegar parti politik yang akan membela, mempertahan, mengampu dan menjilat pemimpin dalam apa saja isu. Sekalipun secara terang-terangan macai tersebut mempertahankan perkara yang salah pada parti dokongannya. Istilah macai tidak ada dalam kamus, namun selepas ini pakar-pakar bahasa boleh berbincang sama ada perlu memasukkannya dalam perbendaharaan Bahasa Melayu.

Walaupun macai wujud di kedua-dua belah pihak parti mendokong kerajaan (BN) atau Pakatan Rakyat, tetapi apabila disebut macai semua pihak lebih senang untuk menganggap ia berada di pihak BN. Memang lumrah di Malaysia para pengampu dan penjilat, yang mengharap habuan duniawi dari usaha membodek parti politik yang memerintah hanya berada di sebelah sana. Bahkan ramai antara mereka yang dibayar hanya untuk tugasan menjadi macai, khususnya macai di alam siber.

Oleh kerana identiti sebenar macai yang wujud di alam siber boleh disembunyikan, maka mereka bebas memfitnah dan membuka aib orang lain semata-mata ingin mengurangkan sokongan rakyat terhadap pihak lawan mereka.  Hujah dangkal bersulam maki hamun adalah lumrah, kerana mungkin bagi mereka apabila bertugas sebagai macai sepenuh masa maka perhitungan halal, haram, dosa, pahala - ditolak ke tepi. Apa yang penting habuan duniawi.

Persetujuan 10 Perkara UMNO-BN dengan masyarakat Kristian dikhianati


lks sg limau

KUALA LUMPUR, 6 JANUARI: Tindakan pimpinan UMNO menyokong serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Persatuan Alkitab Malaysia dan merampas 300 naskhah Al-Kitab bahasa Melayu jelas mencabul Penyelesaian 10 Perkara yang disepakati Kerajaan dan masyarakat Kristian pada 2 April 2011.
Demikian kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berhubung tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang menyokong dan mempertahankan demonstrasi haram terhadap umat Kristian.
Menurutnya, kelakuan Muhyiddin dan Noh itu juga membangkitkan persoalan serius tentang keikhlasan, keseriusan dan komitmen pemimpin UMNO terhadap jaminan asas kebebasan agama yang terkandung dalam Perlembagaan.

Bukan mudah rakyat hadapi kesengsaraan 2014

Alhamdulillah, sekali lagi kita dapat bersua dalam kalam pena kali ini. Tahun 2014 telahpun masuk minggu yang pertama. Keperitan sambutan awal tahun baharu dengan beban tergalas di bahu rakyat mula menjamah sedikit demi sedikit hati dan nadi rakyat.
Maka Himpunan Turunkan Harga Barang (Turun) yang diadakan 31 Disember lalu pada sambutan ambang tahun baharu di Dataran Merdeka dilihat sebagai permulaan rakyat menunjukkan amarah derita akibat kelemahan kerajaan mentadbir ekonomi.

Malangnya himpunan tersebut cuba digambarkan media dan pihak tertentu sebagai himpunan yang mahu menggulingkan kerajaan.Sebelum himpunan itu berlangsung, pelbagai tohmahan dilemparkan, antaranya pembangkang ada agenda untuk menjatuhkan kerajaan. Malah lebih parah lagi, penganjur yang bersifat ‘non partisan’ turut dilanyak dan dituduh kononnya mempunyai agenda mengguling kerajaan.
Polis, penguatkuasa dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seluruhnya dipergunakan untuk mempropagandakan agenda memburuk-burukkan maksud asal himpunan.
Namun selepas usai himpunan, dan himpunan berjalan lancar tanpa sebarang kerajaan yang terguling, maka dihebahkan pula dongeng pihak berkuasa mengesan parang dan senjata letupan ditemui di beberapa tempat kononnya dibawa oleh peserta himpunan.
Setiap hari bermula 1.01.14 Januari lalu hingga kini, akhbar dan media elektronik dijadikan medium untuk memfitnah dan terus memfitnah.

Bila Menteri dah tua raikan hari jadi....

Oleh Zaharin Mohd Yasin.
Rakyat Malaysia di kejutkan sebaik sahaja tamat perbahasan dan juga kelulusan Bajet@Belanjawan bagi tahun pentadbiran 2014 dengan pengumuman demi pengumumkan akan kenaikan beberapa harga perkhidmatan saperti tarif letrik, air dan tol dan juga kenaikan mendadak barang-barang keperluan hidup saperti gula dan makanan  lain termasuk makanan saperti ikan, ayam dan daging.


Kenyataan dan alasan yang diberikan oleh Kerajaan kerana kenaikan harga ialah setaraf melayan budak-budak seusia budak yang belum boleh berjalan atau dalam klas tadika. Maka rakyat yang sudah ditingkatkan  ilmu dan tidak ada lagi buta huruf menjadi marah. Marah bukan kerana harga barang naik atau harga perkhidmatan naik tetapi saperti di tipu hidup-hidup, tidak saindah slogan 'rakyat di dahulukan dan prestasi di utamakan.

Rakyat memang tahu dari segi pembacaan dan juga berita yang didengar bahawa ekonomi dunia tidaklah begitu baik dan pasti akan merebak ke Malaysia dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara termasuk pendapatannya. Tetapi beberapa alasan itu saperti mempermainkan rakyat. Bagi satu kerajaan yang punya cerdik pandai dan khasnya orang politik yang berkuasa, sewajarnya memikirkan setiap patah ayat untuk disampaikan kepada rakyat, sebaliknya bila main sedap mulut. akhirnya Kerajaan Barisan Nasional pun di cemuh.

Sebenarnya tidak perlu untuk di umumkan langkah 11 perkara sebagai tanda prihatin kerajaan terhadap kenaikan harga. lagi pun semua potongan itu tidak akan membawa ke arah turunnya harga barang dan perkhidmatan sebaliknya menjadi bahan perdebatan antara rakyat dan kerajaan yang memerintah. Kenapa tidak, berapa sen sangatlah jumlah semua itu jika dipotong. Ada RM100juta? ada RM1Billion hanya dalam kadar tak lebih RM20juta.

Sepatutnya kerajaan banyakkan ucapan menasihatkan rakyat supaya bersedia berkorban dalam keadaan ekonomi tidak begitu kuat dan bersedia menghadapi dalam keadaan sementara. Bukanya membuat ucapan atau retorik yang menjadi rakyat marah. Dan yang terpenting ialah nasihatkan rakyat mulakan berjimat dan berbelanja hanya perlu.

Mufti dan Bughah : Bagaimana Memahaminya?

Oleh Nasrudin bin Hassan
[1]. Mufti adalah sebuah institusi yang terpandang dalam masyarakat. Peranannya selain mengeluarkan fatwa untuk merungkai kekusutan ummah dalam permasaalah agama, mufti juga bertanggungjawab membantu untuk menyatukan ummah, mendidik dan membimbing mereka kearah Islam agama yang Indah ini melalui fatwa dan pengarahan semasa dari Jabatan Mufti.


Sementara suara Mufti adalah fatwa yang didengari oleh masyarakat ummat Islam, Mufti selayaknya bijak dan tepat dalam mengeluarkan fatwa tersebut. Tentu sahaja rujukannya ialah Al Quran dan Sunnah serta lampiran bukti dan maklumat yang lengkap dan tepat. Bukan merujuk kepada blogger atau media terbuka yang tiada wibawa dan komitmen taqwa yang tinggi.

[2]. Sementara Definisi "Bughah" (Penderhaka/ Pemberontak) pula adalah seperti berikut :
  • "Bughah" mengikut istilah syara' ialah segolongan umat Islam menentang dan menderhaka kepada Ulil Amri , iaitu pemerintah/ kerajaan adil yang menjalankan hukum-hukum syari`at Islam.
  • Ustaz Dr. Mustafa Dib Bugha menjelaskan bahawa "Bughah" merujuk kepada sekumpulan ummat Islam yang keluar dari ketaatan pemimpin yang benar dan adil, yang telah dipilih umat Islam.
  • Golongan tersebut juga enggan menunaikan kewajipan yang sepatutnya ke atas mereka, bahkan memerangi ummat Islam yang lain disebabkan ta’wil yang berbeza dan mendakwa bahawa kebenaran di pihak mereka.
  • Antara pandangan yang turut masyhur di kalangan ahli-ahli feqah adalah sebagaimana berikut :
هُمْ مُخَالِفُوا الإِمَامِ بِخُرُوجٍ عَلَيْهِ وَتَرْكِ الاِنْقِيَادِ أَوْ مَنْعِ حَقٍّ تَوَجَّهَ عَلَيْهِمْ بِشَرْطِ شَوْكَةٍ لَهُمْ وَتَأْوِيلٍ وَمُطَاعٍ فِيهِمْ
"Mereka (bughah) adalah golongan yang menyalahi imam dengan keluar atasnya, dan meninggalkan ketaatan atau mencegah diri dari melakukan kewajipan yang wajib dilakukan oleh mereka; dengan syarat mereka mempunyai ketenteraan dan mempunyai ta’wil dan mereka ada orang yang ditaati."

Suaram: Serbu gereja alih isu kenaikan kos sara hidup?


bn-barang-naikKUALA LUMPUR 6 JAN: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mempersoalkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu pejabat Bible Society Malaysia (BSM) seolah-olah buba mengalih perhatian orang ramai dari isu kenaikan kos sara hidup.
“Apakah serbuan yang dilakukan itu hanyalah satu langkah politik yang digunakan untuk mengalihkan perhatian orang ramai mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat.
“Ini berikutan tindakkan tersebut dibuat serta-merta selepas perhimpunan bagi membantah kenaikkan harga barangan berjaya dianjurkan oleh kumpulan pelajar dan belia pada 31 Disember 2013 menyaksikan lebih 10,000 rakyat turun ke Dataran Merdeka,” kata Pengarah Eksekutif Suaram, Yap Swee Seng
2 Januari lalu, Jais) menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara Kim dan menahan pengerusinya, Lee Min Choon dan setiausaha agung, Simon Wong.

Mahkamah Rayuan batal pengharaman Bersih 3.0


PUTRAJAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali dan Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin atau 'Chegubard', hari ini berjaya dalam permohonan mereka untuk mengetepikan Perintah Mahkamah Majistret yang melarang perhimpunan Bersih 3.0 diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April 2012.
  
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Linton Albert membuat keputusan itu sebulat suara.
  
Dua lagi hakim yang menganggotai panel itu ialah Datuk David Wong Dak Wah dan Datuk Seri Zakaria Sam.
  
Linton memaklumkan mahkamah akan memberi alasan penghakiman pada tarikh lain.
  
Peguam S.N Nair, yang mewakili Chegubard, memaklumkan pemberita bahawa susulan keputusan itu pembelaan akan meminta Jabatan Peguam Negara menggugurkan kesemua pertuduhan berhubung perhimpunan berkenaan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Mereka (pendakwaan) membuat pertuduhan dengan hanya berdasarkan Perintah Mahkamah Majistret bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan itu diadakan.

Kini Mahkamah Rayuan mengetepikan perintah itu selepas menerima hujah kami iaitu majistret berkenaan gagal mematuhi Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah ketika mengeluarkannya," katanya.
  

Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib

KUALA LUMPUR: PAS menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melaksanakan segera agenda Rekonsiliasi Nasional seperti yang dicadangannya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, inilah masa sebenar dan terbaik bagi mewujudkan Rekonsiliasi Nasional antara Kerajaan BN dan Pakatan Rakyat khususnya bagi menangani kemelut ekonomi dan pertentangan agama yang sedang melanda negara.

Menurutnya, dengan keadaan yang berlaku sekarang ini, nampaknya BN seolah-olah tidak mampu lagi menanganinya.

"Saya menyambut usul yang dibawa oleh perdana menteri tentang agenda rekonsiliasi selepas pilihan raya umum yang lalu.

"Kalaulah kerajaan dalam kemelut ini sudah tidak boleh menangani isu ekonomi dan pertentangan agama maka sudah sampai masanya rekonsiliasi dilaksanakan tapi bukan kerajaaan perpaduan yang kita mahu," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Beliau berkata, BN dan Pakatan Rakyat harus mengambil langkah-langkah tertentu bagi menangani krisis ini.

Isteri Boleh Cemburu Tapi Jangan Lebih-lebih - Ustaz Azhar Idrus

DOA Tak Tahu Makna, Adakah Diterima ALLAH? - Ustaz Azhar Idrus

Adakah Tahajjud Solat Sunat Yang Terbaik? - Ustaz Azhar Idrus

Bombs, Blood, Brutality: Iraq endless warzone as militants capture Fallujah

Kalimah ALLAH Pas Sokong Anwar, Tegur DAP

Anwar Ibrahim: Pencapaian Reformasi Di Indonesia

Anwar Ibrahim: Fahaman Agama

Anwar Ibrahim: Ketegasan Kita Ialah Bawa Semangat Baru

Anwar Ibrahim: Mengunakan Agama Untuk Maksud Politik, Manakutkan Orang, Bertindak Ganas

Dr Syed Husin Ali: Merdeka Rakyat & Perjuangan Rakyat

Umno 'Musang Berjanggut'...'Kaki Temberang Kuat Kentut'


Setiap kali Umno tersepit setiap kali itulah dicarinya PAS kononnya 1Bangsa, 1Aqidah, 1Qiblat, 1Al-Quran......

Takkan nak jawab bab Ketuhanan, bab Aqidah, bab Keimanan pun masih terkial-kial, teraba-raba mintak tolong dengan PAS.....katanya Tok Ppetinya ramai.....takkan semuanya terkedu mintak restu orang nombor satu agar jawapan nampak kelas dan jitu?

Umno udah bercelaru, terpaksa gunakan 'Kalimah Ketuhanan' sebagai 'trump-card', kononnya dengan permainan itu rakyat akan nampak PAS sudah lesu dalam menangani rakan dalam Pakatan.

Yang sebenarnya ahli, penyokong dan pendokong PAS usah terpedaya dengan permainan (dibaca dengan per'judian) Umno yang sudah kelemasan ini.

Balik2 lagu lama.....balik2 lagu 'Anak Kecil Bermain Api'...balik2 isu 'Kalimah Ketuhanan'......Umno tahu orang Melayu akan cair longlai bila didendang dengan kedua2 sentimen itu......Umno tahu orang Melayu amat pantang dengar istilah 'merempat...'bangsat'......tapi boleh ke orang Melayu percaya lagi kalau pemimpin Melayu bercuti jauh naik jet ke luar negeri......sambut hari ulangtahun kelahiran di hotel mewah ketika rakyat kais pagi makan pagi tapi komer sesedap hati mentedarah. [sumber .] [sumber .]

Umno ingat semua orang Melayu boleh di jadikan 'pak dogol-wayang kulit' yang setia bergerak ikut rentak pak dalangnya?

Penyokong tegar Umno yang sudah berkepala hotak bercampur-baur 'antah, lada kering, serbuk kari, beras hancur ber'ulat' seperti 'bungkusan-beras' yang dipikul oleh Tun Nila Utama dalam cerita 'Musang Berjanggut' mungkin boleh terikut dan terarah begitu.

Tapi orang Melayu sekarang majoriti lelakinya sudah semacam 'Tun Nila Utama' dan yang perempuannya sudah seperti 'Puspangi'.....cuma 'pemain'-'pemain'nya masih lagi berwatak 'Musang Berjanggut' termasuk 'Tok Peti'nya yang masih selesa dalam zon selamatnya.....di Pura Cendana.....mereka ber'gumbira', rakyat 'merana'.

'Rekonsiliasi dwipartisan hadapi kemelut ekonomi, agama' - PAS



Demi menangani kemelut ekonomi dan pertentangan agama berterusan, PAS mahu mengangkat semula agenda rekonsiliasi nasional seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata sudah sampai masanya Pakatan Rakyat dan BN secara dwipartisan menentukan langkah menangani pelbagai isu termasuk dua “krisis" itu.

"Serbuan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) telah mencetuskan satu konflik dan pertentangan agama yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat.

"Sementara kemelut kenaikan kos sara hidup untuk menangani hutang negara... Pada 2014 ini, ia merupakan ancaman dan jika berterusan dua atau tiga tahun maka ia sudah tidak boleh ditangani oleh Najib dan kerajaan BN.

"Maka kita menyambut usul agenda rekonsiliasi nasional supaya diangkat (semula)... Ia bukan kerajaan perpaduan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Ketua pegawai eksekutif Pusat Penyelidikan PAS berkata antara cadangan merealisasikan agenda itu ialah membentuk kaukus di parlimen secara dwipartisan dan sidang parlimen khas untuk membincangkan agenda tersebut.

Mahfuz: Sekarang baru nak fikir?

Majlis perpaduan mahu Putrajaya patuhi penyelesaian 10-perkara dengan Kristian...kita tunggu siapa jadi kambing hitamnya..!!!


Mesyuarat pertama Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN) membuat pendirian menyesali serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Persatuan Bible Malaysia (PBM) kerana ia melanggar penyelesaian 10-perkara yang dibuat Putrajaya dengan penganut Kristian sebelum ini.
Sehubungan itu, MPPN meminta Putrajaya untuk memastikan semua pihak mematuhi penyelesaian 10-perkara yang dibuat April 2011 lalu.
Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman (gambar) berkata, Putrajaya juga perlu memberikan tindakan segera terhadap isu perpaduan nasional kerana ia menjadi isu yang sangat penting.
"Kami juga menuntut pemimpin daripada semua parti politik untuk memastikan tindakan sedemikian tidak berulang bagi memastikan tidak ada lagi ketegangan kaum dan agama di negara ini," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Kuala Lumpur hari ini.
Samsudin merujuk kepada tindakan Jais yang 2 Januari lepas yang menyerbu pejabat PBM dan merampas lebih 300 Bible versi bahasa Melayu dan Iban.
MPPM adalah badan pelbagai pihak yang ditubuhkan oleh kerajaan sebelum ini untuk menjaga kepentingan perpaduan di kalangan rakyat negara ini.
Turut serta adalah pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof yang banyak membuat perhubungan dengan gereja sebelum ini.
Bagaimanapun, Samsudin yang juga pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bekas ketua setiausaha negara, tidak mahu melebelkan tindakan Jais itu "salah" kerana katanya, MPPN mesti mengambil tindakan tidak berpihak dalam isu ini.

Halal darah: Laporan polis serentak seluruh negara

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyifatkan kenyataan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkait dengan 'bughah' dan 'halal darah' sebagai berbahaya.

Timbalannya Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, melabelkan peserta himpunan pada 31 Disember 2013 yang lepas sebagai bughah (pemberontak) dan halal darah adalah berupa hasutan yang boleh mengundang kepada kekacauan ketenteraman awam dan keselamatan nyawa warganegara Malaysia.

Justeru katanya, DPPM dan dewan pemuda PAS kawasan di seluruh negara diarah membuat laporan polis secara serentak pada hari ini atau esok (6 dan 7 Januari 2014).

"Saya berharap pihak Polis Diraja Malaysia akan mengambil tindakan dengan menyiasat kenyataan beliau itu.

"Saya juga berharap Tan Sri Harussani akan sedar kesilapan di dalam kenyataan beliau dan menarik balik sesegera yang mungkin agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya.

Anwar: Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?

dsai_puchong
PUCHONG 6 JAN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pendirian mufti Perak, Tan Seri Harussani Zakaria ketika rakyat Malaysia terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
“Bila orang kaya rompak, tindas rakyat, kamu diam. Rakyat yang tertindas di bawah, kamu cela. Kamu mewakili siapa sebenarnya? kata Anwar pada program pidato The Asian Renaissance di Centre for Reform Democracy & Social Initiatives, semalam.
“Ini tidak adil. Sepatutnya dengar dulu penjelasan daripada orang yang datang demonstrasi sebelum memutuskan hukuman,” tegasnya.
Kata Anwar, Harussaini gopoh dan keterlaluan menuduh peserta himpunan membantah kenaikan harga barang pada malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka sebagai bughah dan dihalalkan darahnya untuk dibunuh.
“Walaupun ini pendapat peribadi mufti , tapi kena ingat. Pendapat ini keterlaluan.
“Masalah orang dicincang (dibunuh) di Mesir, di Syria berpunca daripada pendapat yang sebegitu. Memang bahaya,” katanya.

‘Profesor kangkung’ dijangkiti ‘sindrom bebalisme’ putar belit sejarah negara

syed husin ali 01PUCHONG 6 JAN: Tindakan segelintir ahli akademik yang sengaja mengeluarkan fakta songsang untuk mengelirukan pemikiran masyarakat dianggap sebagai ‘profesor kangkung’ yang dijangkiti ‘sindrom bebalisme’.
Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Profesor Dr Syed Husin Ali, berkata fakta yang dikemukakan ‘profesor kangkung’ itu bukan sahaja mencerminkan kegagalan menerima hakikat sebenar tetapi turut merugikan nilai sejarah dengan menyeleweng fakta penting.
“Ada di kalangan ‘profesor kangkung’ yang mengatakan kita tidak pernah dijajah. Kenyataan itu bukan sahaja mencerminkan sikap hendak menafi kenyataan tetapi mewujudkan sikap bebalisme iaitu bebal,” katanya.
Dr Syed Husin berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya dalam Kursus Merdeka Rakyat yang diadakan di Pusat Reformasi Demokrasi dan Inisiatif Sosial, di sini, semalam.
Dr Syed Husin berkata, sesuatu bangsa yang berada dalam cengkaman penjajahan bangsa lain akan menyebabkan mereka kehilangan kuasa dan martabatnya berada di bawah golongan bangsa penjajah itu.
Katanya, jawatan politik dan jawatan penting dalam pentadbiran juga dikuasai golongan bangsa penjajah, sekali gus mereka yang dijajah itu kehilangan kuasa mentadbir dan memerintah.

"PM Borek., Menteri Rintik": Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja, kata PAS


Bagi PAS, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya menyambut hari jadinya bersama cucu dengan jamuan bihun dan kuih sahaja, sesuai dengan saranan kerajaan agar semua rakyat berjimat cermat.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) mengutuk majlis sambutan hari jadi Menteri Dalam Negeri itu yang dilaporkan diadakan dengan begitu mewah di kala rakyat disarankan menjalani kehidupan berjimat cermat oleh kerajaan.
Mahfuz  menyifatkan pendedahan tersebut amat mengejutkan memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru sahaja mengumumkan pemotongan 10% elaun keraian menteri dan timbalan menteri dalam 11 langkah penjimatan mengurangkan perbelanjaan sektor awam.
Beliau mempersoalkan mengapa menteri itu mengadakan sambutan majlis hari jadi yang begitu mewah walhal Ahmad Zahid boleh mengadakan jamuan sederhana di rumah yang dihidangkan bihun, pulut kuning dan kuih sepertimana yang dilakukan oleh masyarakat umum.
"Saya amat terkejut apabila membaca berita berkenaan sehingga menimbulkan satu tanda tanya dari manakah sumber kewangan yang diperoleh untuk membiayai sambutan tersebut.
"Biarpun difahamkan ia adalah sambutan hari jadi yang dibuat sekali bersama cucunya namun kenapa tidak dibuat di rumah bersama keluarga, antara atuk dan cucu dengan hanya dihidangkan bihun, pulut kuning dan kuih. Saya rasa itu sudah mencukupi," katanya kepada media.

Pemimpin jangan taksub pujian, terima juga kritikan rakyat - Dr Agus

K'jaan 47% BN tidak bersungguh tangani beban kos rakyat

GERAMM sedia disiasat polis, tegas hanya 'permulaan'

PAS tegur DAP isu cadangan pindaan enakmen

Kalimah Allah: Majlis Fatwa perlu bersidang semula

"PM Borek, Menteri Rintik": Selepas pesta hari jadi mewah, Zahid kata kerajaan tidak boleh beri subsidi selamanya

Selepas mengadakan pesta hari jadi mewah tengahari semalam, hari ini Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenaikan harga barang suatu yang tidak boleh dielak kerana rakyat perlu sedar tidak selamanya kerajaan boleh memberikan subsidi yang tinggi kepada mereka.
Menteri Dalam Negeri tersebut berkata rakyat perlu sedar atas bebanan kewangan yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan sekiranya pemberian subsidi yang tinggi diteruskan.
"Dalam hal ini, yang penting kita bersimpati dengan masalah dihadapi rakyat yang berdepan kenaikan harga.
"Tapi rakyat harus diberi kesedaran tidak selamanya kerajaan boleh memberikan subsidi sebagaimana yang lalu kerana bebanan kewangan yang tinggi," kata Ahmad Zahid dalam sidang media pejabatnya pagi ini.
Semalam, Zahid menyambut hari jadi bersama cucunya di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur.
Tetapi majlis makan tengahari yang diadakan selepas Putrajaya mengumumkan 11 langkah untuk mengurangkan perbelanjaan awam, yang melibatkan pemotongan untuk hiburan dan pengangkutan elaun menteri dan pegawai tinggi kerajaan selain daripada membekukan permintaan pengubahsuaian pejabat amat menjolok mata.
Menerima maklumat mengenai majlis makan tengahari itu, The Malaysian Insider telah melawat hotel terkenal itu di mana semua tetamu berpakaian merah sebagai tema parti itu.
Naib presiden Umno juga berkata rakyat perlu menerima hakikat mengenai keputusan rasionalisasi yang dilakukan oleh kerajaan.

ISA Versi Najib: Kem Kamunting akan diguna untuk tahanan Sosma, kata Zahid Hamidi

Kem Tahanan Kamunting tidak akan ditutup, sebaliknya akan digunakan untuk menahan pesalah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) Sosma, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Semalam, enam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terakhir di kem tersebut telah dibebaskan berikutan pemansuhan akta itu dan digantikan dengan penguatkuasaan Sosma 2012 pada 31 Julai 2012.
"Kami akan kekalkan Kem Tahanan Kamunting tapi akan tukarnya untuk tujuan lain, sebagai contoh kita mempunyai Akta Sosma, Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) untuk dadah, dan kita juga mempunyai Akta PCA (Akta Pencegahan Jenayah).
"Jadi, semua tahanan itu mungkin akan ditempatkan di Kem Kamunting," kata Ahmad Zahid dalam sidang media di pejabatnya di Putrajaya pagi ini.
Beliau juga berkata KDN akan bekerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia dalam menguruskan kem tersebut.
"Kita akan bekerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia supaya Kem Kamunting tersebut tidak ditutup atau berada dalam keadaan daif.
"Kita sedia gunakan aset sedia ada tanpa membina aset baru untuk KDN," terangnya lagi.
Akta Sosma adalah undang-undang baru diwartakan untuk menggantikan ISA, yang Pakatan Rakyat dan kumpulan sivil menyifatkan sebagai penindasan, kerana polis boleh melakukan tangkapan secara sewenang-wenangnya.
Akta tersebut telah diluluskan di Parlimen pada 17 April 2012, diberikan perkenan diraja pada 18 Jun 2012 dan diwartakan pada 22 Jun 2012.
Kem Tahanan Kamunting terletak di Perak dan dibina pada tahun 1969.
Kem ini menempatkan semua tahanan di bawah ISA.

Sekatan ke atas pemimpin PKR sertai Bersih 3.0 salah, keputusan Mahkamah Rayuan


Mahkamah Rayuan menyifatkan sekatan yang dibuat oleh Mahkamah Majistret terhadap dua pemimpin PKR untuk menyertai Bersih 3.0 tidak betul dan mengenepikan keputusan itu hari ini.
Tiga hakim yang bersidang hari ini yang dipengerusikan oleh Datuk Linton Albert tidak memberikan sebarang asas kepada penghakiman mereka ke atas Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan ketua PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin.
Albert berkata, penghakiman bertulis akan diberikan kemudian.

Anwar: ADUN DAP jangan gopoh buat kenyataan

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar ADUN DAP Selangor yang menurutnya bertindak gopoh dengan membangkitkan cadangan untuk meminda enakmen berhubung pengembangan agama ke atas orang bukan Islam di negeri itu.

Anwar dalam kenyataannya yang dipetik dalam laporan Sinar Harian menyebut, para ADUN berkenaan sepatutnya menggunakan saluran dalam kerajaan negeri dan juga melalui Pakatan Rakyat untuk membincangkan isu tersebut.

“Saya juga tidak setuju dengan usul yang dikemukakan ADUN DAP, sementara kita tidak setuju dengan tindakan gopoh, kita juga jangan beri pandangan gopoh.

“Jangan gopoh minta pindaan dan sebagaiunya kerana ada saluran, kita kena bincang, kerajaan negeri pula kerajaan Pakatan Rakyat,” katanya.

Pindaan yang dituntut oleh ADUN DAP tersebut merujuk kepada Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

Naik Harga : Versi Menteri Cap Ayam



Anwar : Sejarah buktikan Saddam, Soeharto juga selalu ‘menang’ pilihan raya

4PUCHONG 6 JAN: Sejarah dunia membuktikan kerajaan di dunia yang mengamalkan pemerintahan kuku besi dengan mempraktikkan demokrasi ‘setengah masak’ terhadap rakyatnya sering memperoleh ‘kemenangan besar’ setiap kali pilihan raya diadakan.
Bagaimanapun, kemenangan itu diperoleh dengan cara penipuan dan memanipulasi segala jentera termasuk badan yang menguruskan perjalanan pilihan raya di negara masing-masing.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata antara negara contoh yang mempraktikkan amalan itu termasuk Iraq ketika di bawah pemerintahan Presiden Saddam Hussein dan Indonesia ketika di era Presiden Soeharto.
“Ketika era Soeharto dalam pilihan raya, 99 peratus sokong dan begitu juga di Iraq ketik di bawah Saddam Hussein ada cerita benar berkenaan seorang anak muda yang mengundi pembangkang kerana tidak setuju dengan presiden berkenaan.
“Apabila dia balik rumah, ibu bapa anak muda itu memarahinya kerana tindakan mengundi tidak menyokong Saddam akan mengakibatkan nyawa ahli keluarga mereka berada di dalam bahaya,” katanya ketika menyampaikan ucaptama Kursus Merdeka Rakyat yang diadakan di Pusat Reformasi Demokrasi dan Inisiatif Sosial, di sini, semalam.
Anwar berkata, anak muda itu dipaksa ibu bapanya untuk kembali ke tempat mengundi untuk membetulkan undi yang dibuat sebelumnya demi keselamatan keluarga.

GERAMM sedia disiasat, tegas hanya 'permulaan'

Gerakan Media Marah (GERAMM), penganjur perhimpunan menuntut kebebasan media dan menyokong The Heat di ibu negara Sabtu lalu rela disiasat polis dan memikul tanggungjawab penuh  atas acara itu.
 
Perkumpulan longgar wartawan itu bagaimanapun menegaskan protes itu hanya satu permulaan dan ia tidak mengendurkan semangat “berani lawan” mereka.
 
“Jika benar laporan The Sun (malam) tadi, saya sedia disiasat isu Protes Pensel Merah. Saya ambil penuh tanggungjawab.
 
“Saya beri kerjasama penuh pada polis untuk siasatan ini seperti polis tidak ganggu hak kami adakan Protes Pensel Merah 4 Januari,” kata jurucakap GERAMM Fathi Aris Omar (gambar atas, dua dari kanan) yang memimpin perhimpunan itu.
 
The Sun malam tadi melaporkan, polis sudah memulakan siasatan terhadap penganjuran “Protes Pensil Merah” oleh kumpulan wartawan dan aktivis media kerana gagal memberikan notis berhimpun 10 hari lebih awal. 
 
Ketua CID polis Kuala Lumpur SAC Datuk Ku Chin Wah bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Anggap proses biasa
 
Sementara itu, dalam kenyataannya di Twitter beliau malam tadi, Fathi juga berkata, sebagai editor, siasatan selalunya “proses biasa” yang sudah lama dilaluinya.
 
“Saya tunggu notis rasmi pihak berwajib,” katanya lagi.

Ais Naik Harga: Peniaga terpaksa naik harga air, penguna jadi mangsa..!!

Peniaga terpaksa naik harga air  
Harga minuman antara paling terkesan akibat kenaikan harga ais kiub.
SHAH ALAM – Pengusaha restoran tiada pilihan dan  terpaksa menaikkan harga minuman berikutan kenaikan harga ais.

Presiden Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed berkata, kenaikan tidak dapat dielakkan.

“Kami faham pengeluar ais terpaksa menaikkan harga disebabkan tarif elektrik naik. Mangsanya ialah pengguna akhir iaitu pengusaha restoran.

“Sebelum ini, kami sudah banyak kali menyerap kos akibat kenaikan harga gula dan sebagainya. Namun, kali ini kami tidak boleh tahan dan terpaksa menaikkan harga minuman dan makanan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, tindakan itu bukan bertujuan mengaut untung, sebaliknya bagi menampung kos kenaikan harga barang mentah.

“Ais naik harga 20 peratus, tetapi kita tidak naikkan harga minuman dengan kadar sama.

"Sebagai sebuah persatuan yang bertanggungjawab, kita akan pantau ahli-ahli agar tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Kalimah ALLAH: Majlis Fatwa harus bertindak


mahfuz omar 

KUALA LUMPUR - Pas hari ini menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan menyelesaikan segera kekeliruan berhubung penggunaan kalimah ALLAH yang kembali diperdebatkan.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Majlis Fatwa perlu memanggil satu mesyuarat untuk menyatakan pendirian mengenai perkara itu.

Menurutnya, penggunaan enakmen agama Islam dan keputusan perbincangan Kabinet mengenai perkara itu telah mengelirukan semua pihak.

"Majlis Fatwa kena buat penetapan, nyatakan pendirian mengenai penggunaan kalimah ALLAH ini.

"Majlis Fatwa kena panggil segera dan berunding bagi mengelakkan kekeliruan terus berlaku kepada rakyat yang beragama Islam, bukan Islam, Pas dan Umno, semua keliru.

"Undang-undang atau penyelesaian ini mesti ada satu betul dan satu tak betul, sebab al-Quran yang kita guna hanya satu, tak ada Selangor guna al-Quran lain, Putrajaya guna al-Quran lain," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, di sini, hari ini.

BUGHAH : PAS TERENGGANU DESAK MUFTI PERAK TARIK BALIK TUDUHAN

ISU 300 GURU KAFA : PAS DESAK KERAJAAN TERENGGANU KEMBALIKAN JAWATAN MEREKA

Di tengah kenaikan harga barangan, Najib pertahan pemotongan subsidi, pemimpin terus bermewah....

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan tindakan pemotongan subsidi dengan menggesa rakyat bersedia melakukan pembaharuan agar pertumbuhan ekonomi negara terus melonjak pada 2014.
Beliau berkata jika perkara itu tidak dilakukan, pertumbuhan ekonomi negara akan berlaku dengan kadar perlahan dan harapan negara mencapai pertumbuhan pada kadar 5 ke 6% pada tahun ini tidak mungkin tercapai.
"Ini pilihan yang kita ada. Kita kena sedari keadaan ini dihadapi semua negara disebabkan persekitaran ekonomi telah pun berubah.
"Bagi sebuah negara yang ingin menentukan daya saing, kita perlu buat perubahan dan ia sudah digariskan dalam agenda transformasi negara," katanya ketika berucap di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
Najib berkata, tempoh sasaran negara menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 semakin singkat dan setiap dasar yang dibuat kerajaan perlu mengambil kira pandangan rakyat.
Katanya, rasionalisasi subsidi yang diperkenalkan kerajaan tidak dihapuskan secara langsung dan peruntukan pembangunan yang diperkenalkan kerajaan juga antara tertinggi yang pernah diumumkan.
"Oleh itu, dalam tahun 2014 dan tahun yang akan datang, kita mesti meneruskan dasar transformasi negara kerana matlamat utamanya adalah mencapai status negara maju dan kita tidak mahu lari daripada landasan ini.
"Dasar rasionalisasi subsidi tidak dihapuskan secara terus. Tidak ada negara dalam dunia ini, memperuntukkan pembangunan RM45 bilion. Keadaan ini menunjukkan kerajaan prihatin terhadap rakyat dan pemotongan subsidi secara berperingkat yang dilakukan boleh menolong pelbagai golongan seperti mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana," katanya.

Mercedes Benz, isunya kemewahan, bukan harga berpatutan


Kalau ada rumah sendiri, mengapa nak tidur di rumah kerajaan? Kalau ada jam tangan Casio yang berfungsi dengan baik, apakah perlu membeli jam tangan Rolex walaupun diberi diskaun?
Kalau ada tiket tambang murah mengapa pilih penerbangan yang lebih baik walaupun ianya adalah satu ‘entitlement’ atau peruntukan untuk jawatannya?

Kalau ada kereta Camry yang masih baru, mengapa perlu tukar ke Benz?

Bagi seorang pemimpin yang selalu menggambarkan dirinya sebagai seorang yang bersederhana, persoalan-persoalan di atas perlu sentiasa dijadikan keutamaan dalam tindak-tanduknya.

Lebih-lebih lagi kalau pemimpin ini selalu menjadi juara menyerang pihak lawan yang sekian lama memilih kemewahan untuk keuntungan politik.
Apabila rakyat melihat pemimpin yang pada mereka sepatutnya bersifat sederhana ini memilih Benz, yang jauh lebih mewah daripada Camry yang berusia dua bulan, hati mereka dihentak seperti cermin kereta terkena batu.

Hentakan itu bukan sahaja menyebabkan cermin kereta tersebut cacat kerana berlubang, malah hanya menanti masa untuknya merebak dan meretakkan seluruh cermin sehingga hancur.

Mujur Yang Datang Bawa Bunga Itu Marina Mahathir, Jika Nurul Izzah....3 bulan tak selesai lagi..!!

Pertama-tama GB ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Marina Mahathir yang (sekurang-kurangnya) berusaha untuk mewujudkan keharmonian rakyat Islam-Kristian yang hubungan baik kedua komuniti ini telah diporak-perandakan dengan isu kalimah Allah.

Mujur yang datang membawa bunga itu Marina, bukan mana-mana pemimpin wanita dari PKR atau PAS. Katakanlah yang datang itu Nurul Izzah atau Dr.Mariah, sudah pasti gegak gempita media massa arus perdana dan sekalian para macai UMNO memainkan isu berkenaan.... semnggu dibuatkan liputan khusus mengutuk senario berkenaan.

UMNO menjadikan isu "kalimah Allah" ini sebagai talian hayat terakhir untuk survivalnya di dalam arena politik negara sebelum ia terus pupus. Di dalam dunia ini, hanya kerajaan UMNO yang memutuskan penggunaan kalimah Allah hanya untuk umat Islam. Tiada nas atau dalil dari Al-Quran mahupun hadith yang melarang penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam. Yang ada cuma ledakan emosi dan prasangka.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kalimah Allah bukan milik UMNO, bukan milik Melayu. Semua orang berhak menggunakannya. Kita semua milik Allah bukan seperti pendirian UMNO yang berpendirian disebaliknya, Allah milik kita.

Tentang penggunaan Allah di dalam gereja, tiada siapa pun dapat menghalangnya kerana Al-Quran sendiri menjelaskan :

Maksudnya :“Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara dan gereja-gereja penganut kristian, rumah-rumah ibadat orang yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” -Al-Haj:40 


GB

Bas Sekolah: SPAD ‘cuci tangan’

Kuala Lumpur: Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) menyelar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai tidak berpendirian berikutan membenarkan ibu bapa dan sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menyediakan perkhidmatan bas sekolah sendiri.
Presidennya Mohd Rofik Mohd Yusof mendakwa tindakan SPAD itu tidak lebih sebagai ‘cuci tangan’ kerana mahu melepaskan diri daripada isu kenaikan tambang bas sekolah hingga mengeruhkan hubungan antara ibu bapa dan pengusaha. “Sebelum ini, SPAD memberi masa kepada pengusaha sehingga Tahun Baru Cina ini sebelum umum cadangan tambang baru bas sekolah, namun pada masa sama SPAD keluarkan kenyataan membenarkan PIBG sediakan perkhidmatan bas sekolah sendiri manakala ibu bapa juga boleh menggunakan khidmat van atau kenderaan persendirian bebas.

“Kami tidak faham apa sebenarnya pendirian SPAD dan seolah-olah tidak memainkan peranan mereka. Sebelum ini, GPPBSM akur menangguhkan kenaikan tambang selepas diminta SPAD pada Disember lalu dan mereka berjanji memberi cadangan tambang selepas Tahun Baru Cina, tapi lain pula jadinya,” katanya, semalam.
Beliau menegaskan SPAD sepatutnya menumpukan usaha untuk mencari jalan penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak, sebaliknya membuat cadangan tidak masuk akal yang hanya akan merugikan sebelah pihak iaitu pengusaha.

Malaysia Kita: Kemalangan bertukar rompakan

SERDANG – Hajat seorang pengawai kanan Maritim Malaysia (APMM) yang mahu berbincang dengan pemandu kenderaan yang melanggar keretanya bertukar ngeri apabila mangsa ditembak manakala isteri dan keretanya dilarikan dalam kejadian di Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) berhampiran susur keluar ke Puchong dekat sini malam kelmarin.
Satu sumber berkata, sebelum kejadian pukul 11.45 malam itu, mangsa Nazaruddin Mat, 35, yang berjawatan Pengarah Pentadbiran Bahagian Kewangan APMM di Kuantan, Pahang dan isterinya menaiki kereta Honda Accord dalam perjalanan dari Shah Alam menghala ke Semenyih.

Rakyat Terpaksa Bayar Yuran Sekolah Guna Duit Syiling..

Pagi - pagi saya terima whatsapp gambar ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur.

Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut.

Guru - guru ' topup' untuk pelajar tersebut. Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah.

Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00.

Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini. Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut.

Dataran Merdeka yang tidak merdeka

Dataran Merdeka sebuah nama besar dalam sejarah tanah air. Ia bukan manusia yang boleh berfikir, bernostalgia, gembira, marah dan benci. Ia bukan pemimpin politik yang mengeluarkan pidato yang membakar. Bukan juga seniman yang mengalunkan suara medunya.

Tetapi ia hanya sebidang tanah di tengah jantung Ibu Kota yang digelar Dataran Merdeka, sebuah dataran yang penuh sejarah, menyaksikan jatuh bangun rakyat, di atasnya dikumandangkan perisytiharan kemerdekaan 57 tahun lalu.

Di zaman penjajah British, ia dikenal sebagai padang Kelab Selangor kerana di situ ada kelab tempat golongan elit penjajah British berkumpul, minum-minum ada dan bermain hoki. Namun ada juga segelintir pegawai Melayu yang ‘tumpang semangkuk’ bersantai di kelab itu.

Di depan Dataran Merdeka itu ialah bangunan Sultan Abdul Samad, bendera Union Jack diturunkan dan bendera Federasi Malaya dinaikkan buat pertama kali pada tengah malam 31 Ogos 1957. Sejak itu, Dataran Merdeka menjadi tempat perarakan sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia setiap tahun sejak 1957. Pelbagai acara diadakan di sini. Antaranya ialah Citrawarna dan Larian Merdeka dan pelbagai pesta hiburan.

Harga ais naik, peniaga terbeban, penguna jadi mangsa..!!

ais KUALA KANGSAR - Rata-rata peniaga memaklumkan harga ais sudah naik bermula pada 1 Januari lepas dan ada di antara mereka terpaksa menaikkan harga barangan bagi menampung kos yang meningkat.

Seorang peniaga restoran, Salim PS Hassan, 46, berkata, dia terpaksa menaikkan harga makanan dan minuman di kedainya kerana terbeban dengan beberapa siri kenaikan sebelum ini.

Beliau yang mengusahakan Restoran Nasi Kandar Chandan Maju, di sini, memberitahu sebelum ini tidak menaikkan harga makanan dan minuman di premisnya meskipun berdepan beberapa kenaikan harga barang namun kenaikan harga ais kali ini membuatkannya terpaksa berbuat demikian.

“Sehari pun kadang-kadang kita pakai sampai 10 pek. Jadi di situ saja sudah menelan kos yang berbeza berbanding sebelum ini. Masa harga gula naik, saya tidak naikkan harga lagi.

“Tapi bila harga ais pun naik, saya terpaksa naikkan harga bagi menampung kos lain,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di restorannya, semalam.

Dalam pada itu, seorang lagi peniaga restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad, 44, berkata, dia masih mengekalkan harga minuman di restorannya walaupun harga ais sudah meningkat.

Dr Maza: Mufti@Agamawan Dalam Kerajaan Bukan Kerja Mempertahankan Kerajaan Tetapi Agama

Najib sudah hilang segala-galanya, ubahlah

Isu ‘Allah’ tidak reda-reda. Tidak usah kita sebut tentang undang-undang. Kita bercakap tentang moral kita yang beragama dan bertuhan. Kalau kita bercakap diatas dasar undang-undang dan keputusan mahkamah, orang yang membunuh manusia lain pun boleh terlepas dengan berbagai-bagai cara. Undang-undang boleh melepaskan pesalah rasuah dan perogol dan sebagainya. Ini isu agama yang berkaitan dengan penganut berbagai agama yang sedang berkelahi tentang isu sensitif ini.
Perkelahian ini berlaku adalah  kerana politik. Tuduhan saya ini adalah tuduhan yang benar dan jika ada yang mengatakan ia tidak benar katalah sekehendak hati. UMNO Selangor cuba untuk berdemonstrasi. Puas saya mengkaji dan bertanya kepada alim ulamak muktabar, tidak ada siapa di antara mereka yang faham tentang Islam bersetuju ini adalah Islam sebenarnya.
Kalau boleh di kalangan UMNO Selangor memberitahu kita yang apa yang mereka lakukan adalah tuntutan agama kita. Setakat ini semuanya bersetuju apa yang diniatkan oleh UMNO Selangor itu amat bertentangan dengan Islam sendiri yang mengutamakan keharmonian hidup semua umat Tuhan ini.
Dalam isu ini bukan sahaja mendapat reaksi negatif dari orang Melayu beragama Islam yang benar-benar mengamalkan Islam yang sebenarnya. Hanya di negara ini sahaja isu ini hidup kerana isu seperti ini hidup adalah di sebabkan kelemahan pimpinan yang menonjol sekarang ini.
Tiada siapa dikalangan pimpinan dalam kabinet negara yang telah keluar untuk membuat keputusan yang muktamad dalam hal ini. PM Najib mungkin sedang sibuk untuk pergi merata-rata didunia ini untuk melihat matahari naik untuk tahun baru ini, dan mungkin beliau tidak dapat melapangkan masa untuk menyelesaikan isu hangat dan sensitif ini. Beliau pun telah begitu penat berucap dibanyak tempat maka sememangnyalah beliau merasakan terpaksa keluar negara dan melihat matahari tahun baru naik ditempat-tempat lain.

Kalimah Allah: UMNO Sepatutnya Berdemo Di Depan Seri Perdana

Pepatah orang tua-tua ada menyebut, sesat di tengah jalan, kembalilah ke pangkal jalan. Pepatah ini membawa makna yang cukup mendalam dan signifikan dengan kehidupan seharian kita. Apabila kita sesat di tengah hutan dan hilang punca arah tujuan, jalan paling selamat ialah carilah jalan di mana kita bermula.

Dalam kehidupan seharian juga begitu sebenarnya. Apabila kita hilang punca untuk menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah, cubalah cari di manakah puncanya. Hanya dengan mengetahui punca dan di mana bermulanya sesuatu masalah itu, barulah sebarang kekusutan dapat dirungkai dan diatasi.

Begitu juga dalam isu kalimah Allah yang kembali menghangatkan persekitaran kita sekarang ini. Sekarang ini bukan saja berlaku berbalas-balas kenyataan dalam media untuk mempertahankan pendirian masing-masing, malah sudah merebak sehingga mahu mengadakan demontrasi di depan gereja. Tidak mustahil jika demonstrasi di depan gereja dibenarkan, selepas ini akan berlaku demo di depan masjid oleh bukan Islam pula. Dalam masa yang sama, perasaan curiga-mencurigai mula bercambah dan akan terus menebal antara penganut Islam dan Kristian di negara ini.

Walaupun demonstasi yang dirancang oleh UMNO Selangor di depan sebuah gereja di Kelang dibatalkan dan digantikan dengan demonstrasi di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kelang dan hanya dihadiri sejumlah kecil daripada beberapa NGO dan kalangan pemimpin UMNO Selangor juga, hakikatnya keharmonian antara Islam dan Kristian sudah tercemar.

Berbalas kenyataan, berdemonstrasi dan saling tuduh-menuduh tidak akan menyelesaikan pertikaian mengenai penggunaan nama Allah ini jika punca masalahnya tidak dicari. Jika kita imbas kembali punca pertikaian penggunaan nama Allah ini adalah berpunca daripada kelemahan kerajaan dan sikap dua wajah Najib sendiri dalam menangani isu ini.

Wang haram RM6 juta: Pegawai kanan polis dipindahkan


Seorang pegawai kanan polis Kuala Lumpur yang disiasat kerana penggubahan wang haram bernilai RM6 juta telah dipindahkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman minggu lalu, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan, perpindahan itu bertujuan untuk menghentikan beliau daripada terlibat dengan kerja “barisan hadapan” sehingga siasatan kes rasuah itu selesai.
Sumber berkata, pegawai kanan itu dipindahkan serta merta ke Sekretariat Polis, Bukit Aman.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 26 Disember lalu mengesahkan seorang pegawai kanan polis bergelar “datuk” telah memberikan kenyataan berkaitan kes penggubahan wang haram bernilai RM6 juta.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, pegawai polis itu telah memberikan kenyataannya di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya seminggu sebelum itu.
"Kami memanggil pegawai kanan polis itu untuk diambil kenyataannya. Dia memberikan kerjasama yang baik dan kami merekodkan kenyataannya.  Tiada tangkapan dibuat," katanya.
Pegawai itu adalah seorang daripada kira-kira 40 anggota polis yang sedang disiasat kerana penggubahan wang haram yang diperolehi daripada sindiket pelacuran, kata sumber kepada The Malaysian Insider.

"PM Borek Menteri Rintik": Ketika rakyat diminta berjimat, menteri dari Umno buat parti hari jadi mewah...


Majlis hari jadi merangkap sambutan Tahun Baru yang dianjurkan Zahid (berbaju batik) diadakan dengan penuh mewah di saat rakyat bergelut dengan keperitan hidup. – Gambar The Malaysian Insider, 6 Januari, 2014. 
Majlis hari jadi merangkap sambutan Tahun Baru yang dianjurkan Zahid (berbaju batik) diadakan dengan penuh mewah di saat rakyat bergelut dengan keperitan hidup. – Gambar The Malaysian Insider, 6 Januari, 2014.

Beberapa menteri terus hidup dalam kemewahan ketika Putrajaya memotong bajet dan meminta rakyat mengetatkan tali pinggang mereka dan berjimat cermat dalam menghadapi kos hidup yang meningkat dan pengurangan subsidi tahun ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganjurkan parti hari jadi yang "mewah" di sebuah hotel lima bintang dekat Kuala Lumpur semalam yang tetamunya mendakwa menjadi sambutan Tahun Baru.
Seorang lagi menteri telah membuat sambutan perkahwinan dua hari untuk anak beliau di satu lagi hotel lima bintang di ibu Kuala Lumpur bulan lepas, diserikan oleh kerabat diraja dan orang kenamaan dan telah dihiburkan oleh penyanyi wanita dari Indonesia.
Beberapa penulis blog pro-Umno pula  mempertikaikan keperluan Jabatan Perdana Menteri memiliki dua jet VIP selepas ia mendedahkan bahawa Putrajaya menghabiskan RM180 juta untuk mengekal dan mengendalikan jet kerajaan untuk perjalanan rasmi pada tahun 2012.
Tetapi majlis makan tengahari semalam yang diadakan selepas Putrajaya mengumumkan 11 langkah untuk mengurangkan perbelanjaan awam, yang melibatkan pemotongan untuk hiburan dan pengangkutan elaun menteri dan pegawai tinggi kerajaan selain daripada membekukan permintaan pengubahsuaian pejabat amat menjolok mata.
Menerima maklumat mengenai majlis makan tengahari itu, The Malaysian Insider telah melawat hotel terkenal itu di mana semua tetamu dan yang menyambut ulang tahun berpakaian merah sebagai tema parti itu.
Tetamu Ahmad Zahid memenuhi ruang makan di dewan tarian utama hotel ini manakala dia bercampur dengan mereka, termasuk beberapa pegawai kanan kerajaan yang telah dijemput melalui e-mel yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider.
Naib Presiden Umno ini tersenyum lebar sambil berjabat tangan dengan semua yang hadir selepas parti berakhir, sementara kereta-kereta mewah dengan pemandu berbaris di depan hotel, menyebabkan lalu lintas tersekat selepas dihentikan oleh Porsche Cayennes hitam dan Toyota Alphards yang diletakkan di tepi jalan.
The Malaysian Insider cuba untuk bercakap dengan Ahmad Zahid tetapi dihalang oleh pengawal peribadi beliau dan diminta untuk meninggalkan majlis atau diiring keluar.
Tidak diketahui siapakah yang membuat bayaran untuk parti Ahmad Zahid ini, ataupun kenapa tema merah dipilih, tetapi tetamu beliau berpakaian terbaik mereka dengan beg tangan berjenama dan totes di tangan.

Syria - The long road to Geneva II

Violence overshadows Bangladesh polls

Anwar Ibrahim: Asia Meningkat & Dialog Peradaban (Asia Rising & Civilizational Dialogue)