Ahad, 5 Januari 2014

Anwar: Media Indonesia bebas kritik Presiden, media kita puji Najib PM terbaik dunia

4PUCHONG 5 JAN: Kebebasan media di Indonesia jauh meninggalkan Malaysia dengan melaporkan berita lebih telus dan jujur mengenai dasar kerajaan berbanding media tempatan negara ini yang dikongkong kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata isu ini pernah disuarakan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) kepadanya ketika beliau mengadakan lawatan bertemu Presiden negara republik itu.
“Saya duduk sekali dalam satu persidangan dengan Presiden SBY yang kebetulan hari itu muka depan media Indonesia melaporkan laporan positif tentang saya di muka depan dan di muka depan juga serang dia sebab skandal bank Century.
“Dia kata pada saya; tengok Pak Anwar medianya, aduh penat saya. Saya diserang habis-habisan tetapi Pak Anwar dipuji semua.
“Dia presiden, mengeluh media kritik dia tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa. Kita di sini pula, (laporkan) Perdana Menteri terbaik di dunia,” kata Anwar.
Beliau ketika menyampaikan ceramah dalam Kursus Merdeka Rakyat yang diadakan di Pusat Reformasi Demokrasi dan Inisiatif Sosial di sini, hari ini.
Kata Anwar, kebebasan media di Indonesia itu merupakan sebahagian dari hasil kejayaan rakyat negara itu melakukan reformasi sehingga menumbangkan kerajaan ketika dipimpin Presiden Soeharto pada 1998.

Buat pendirian dalam debat isu Allah, kata Anwar kepada Najib


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menyertai debat isu Allah apabila meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendiriannya sambil menegaskan dia tidak menyokong cara Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Persatuan Bible Malaysia (PBM) yang merampas 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban.
"Jika Jais rasa ada tindakan yang melanggar undang-undang, mereka sepatutnya memanggil pihak berkenaan untuk memberi penjelasan.
"Tetapi anda tidak boleh berbuat tindakan drastik sedemikian kerana akan dilihat sebagai tindakan anti Kristian.
“Tidak perlu sedemikian kerana ia akan melahirkan ketegangan," katanya selepas memberikan ceramah di Pusat Reformasi, Demokrasi dan Inisiatif Sosial, memecah kebisuannya selama ini.
Semasa menyerbu PBM, Jais turut menahan dua pegawainya dan meminta mereka ke Balai Polis Damansara.
Tetapi para peguam mempertikaikan tindakan Jais menyerbu premis PBM dan merampas Bible kerana jabatan itu tidak ada kuasa ke atas yang bukan Islam.
Mereka juga mempertikaikan keabsahan enakmen yang digunapakai dalam tindakan itu kerana ia melanggar kebebasan beragama orang bukan Islam.
Anwar percaya tindakan ini adalah untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu sebenar yang melanda negara iaitu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ekoran pemotongan subsidi.
"Saya tidak menolak kemungkinan mereka cuba mengalih perhatian dari masalah ekonomi dan lain-lain masalah yang dihadapi negara termasuk kualiti pendidikan, ketidakadilan ekonomi dan kebejatan moral," katanya sambil meminta Najib menyatakan sikapnya dalam isu ini.

Masanya pasti datang.....


Harris Nasril

Semalam saya pergi bayar yuran sekolah anak.
Yuran PIBG sudah menjadi RM40! Tahun lepas cuma RM10! Saya terkejut, ibu bapa lain turut marah.
Ibu A : 40 ringgit apa sahaja yang PIBG buat? Kita ada dekat 1000 murid. RM40 000 nak buat apa?
Ayah B: Kita bawa duit ni untuk bayar yuran sekolah sahaja. Memang cukup-cukup. Saya ada tiga anak bersekolah di sini. Seorang kena RM40, 2 lagi kena RM25. Semua kena RM90! Saya nak bagi PIBG RM10 sahaja, tak perlu paksa sampai RM40!
Kemudian saya mencelah, cuba nak memanaskan lagi.
Harris: Sabar bang! Nantikan ada RM100 bantuan kerajaan. Boleh la tampung balik.
Guru: Yang bantuan RM100 tu kita tak dapat hitam putih lagi.
Ibu B: Ha, memang lah tak ada hitam putih, sudah menang pilihanraya, diamlah mereka!
Guru: Kalau tak ada bantuan RM100 tu, Insya'allah nanti ada BR1M. Saya pun sedang tunggu BR1M.
Ibu B : BR1M mana saya dapat! Gaji saya dah lebih tiga ribu!
Ibu A: Bagi BR1M lepas tu naik tol, minyak, elektrik sama sahaja! Ambil duit kita, lepas tu bagi balik. Bukan boleh tampung semua pun! Bagi pun, cikgu yang dapat, bukan kami!
Guru itu kemudian tidak dapat menahan malu dan marah akibat dimarahi ibu bapa. Lalu menjawab dengan nada memerli: "Kalau tuan-tuan marah, ada tak pergi protes di Dataran Merdeka malam tahun baru tu bantah kenaikkan? Kalau tuan-tuan marah saya tak dapat apa-apa pun. Ini soal yuran PIBG, bukan guru yang tetapkan, PIBG yang tetapkan."
Ya, inilah yang berlaku di bawah. Poket rakyat dah diganggu. Bermacam-macam kenaikan sudah mula memberi kesan. Sentimen anti-kerajaan hanya tunggu masa nak meledak.
Tunggu tol yang kini kerajaan masih belum umumkan. Tunggu GST.
Bila tiba masa itu, semua rakyat akan membanjiri Putrajaya dan menuntut kerajaan Umno-BN undur diri kerana telah hilang kepercayaan rakyat dan gagal dalam mentadbir urus ekonomi negara dengan baik. Seribu polis pun tak akan mampu melawan sejuta rakyat.
Revolusi pasti berlaku, cuma menunggu masa, tunggu rakyat lagi terbeban dengan kenaikan-kenaikan yang ini.
Bagaikan empangan yang menampung air yang kini hampir melimpah. Sedikit masa lagi empangan itu tidak akan termampu menahan, dan akhirnya pecah dengan sendiri.

Ustaz moden: Untuk agama atau cari makan?

Wajah mereka kerap muncul di televisyen termasuk di siaran berbayar.

PETALING JAYA: Pendakwah atau juga dipanggil ustaz bukan lagi seorang individu yang berpakaian selekeh ataupun wajah yang tidak terurus dan kekampungan.
Mereka  berpakaian kemas siap dengan tali leher serta berkasut hitam berkilat. Kenderaan bukan lagi motosikal atau kereta Proton Saga tetapi kereta mewah.
Wajah mereka kerap muncul di televisyen termasuk di siaran berbayar.
Tempat dakwah atau ceramah bukan lagi di kampung-kampung tetapi di atas pentas serba moden.
Sesetengah individu menggelar pendakwah  `bangsawan agama’ yang cari makan atas nama agama dan  populariti.
Golongan ini menurut satu sumber, menuntut bayaran tinggi sehingga dikatakan mencecahribuan ringgit,  penginapan bertaraf hotel dan tuntutan membabitkan minyak, tol, makan dan sebagainya.
Bolehkah mereka mengenakan bayaran kepada orang ramai yang mahu mendapatkan ilmu agama daripada mereka?
Perlukah mereka  memakai pakaian serba moden termasuk berbaju berjenama dan berkot?
Pembantu Hal Ehwal Islam Pusat Dakwah Kedah, Khairul Amin berkata, pakaian pendakwah mesti mengikut perkembangan semasa iaitu seperti yang digemari oleh generasi sekarang ini.
Beliau berkata, dalam kehidupan sekarang masyarakat tidak gemar jika pendakwah memakai serban serta berjubah.
`Orang anggap negatif’

Kos Naik: Harga makanan kantin sekolah naik disiasat..!!


BESUT - Kementerian Pendidikan akan menyiasat dan menyemak  harga makanan dan minuman di kantin sekolah di seluruh negara bagi memastikan tiada kenaikan melampau dilakukan pengusaha kantin yang boleh membebankan ibu bapa mahupun pelajar.
Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, siasatan itu akan dilakukan satu jawatankuasa yang akan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abd Ghaffar Mahmud.
Bagaimanapun setakat ini, katanya pihak kementerian tidak menerima sebarang aduan atau laporan rasmi daripada pentadbir sekolah mahupun ibu bapa mengenai perkara itu.
"Pengusaha kantin sekolah tidak sepatutnya menaikkan harga makanan dan minuman yang dijual atas alasan kenaikan harga beberapa jenis barangan terutamanya gula hingga membebankan pelajar," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Tok Has di sini, hari ini.

Kos sara hidup: Ubah cara berbelanja..!!!


Kos sara hidup: Ubah cara berbelanja

KUALA LUMPUR - Sehingga November tahun lepas seramai 244,517 rakyat Malaysia mendapatkan khidmat kaunseling dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan 40.7 peratus atau 99,347 orang daripada mereka terlibat dalam program pengurusan hutang.

Antara faktor utama masalah kewangan yang dihadapi mereka ialah kerana perancangan kewangan yang lemah iaitu sebanyak 22.9 peratus, kos perubatan yang tinggi (18.3%), kegagalan atau kelembapan dalam perniagaan (15.2%) dan hilang kawalan dalam penggunaan kad kredit (11.1%).

Untuk itu, dalam menghadapi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, rakyat di negara ini perlu mengubah cara berbelanja dan gaya hidup ke arah kesederhanaan, menurut Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Korporat (AKPK) Azman Hasim.

Beliau berkata rakyat di negara ini perlu mengkaji semula corak perbelanjaan, selain berjimat-cermat bagi mengelak pembaziran, mewujudkan dana kecemasan dan mengelak daripada membuat pinjaman baharu.

"Disiplin dan fokus perkara kecil seperti kurangkan makan di luar, tutup suis elektrik dan paip air dengan sempurna, menabung sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah pendapatan serta berbelanja mengikut kemampuan adalah cara berkesan yang boleh membantu orang ramai bersiap sedia menghadapi masalah peningkatan kos," katanya kepada Bernama.

Anwar: Kerajaan Pusat perlu teladani kepimpinan dan toleransi Khalifah Islam

4PUCHONG 5 JAN: Kenyataan dikeluarkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa darah penentang kerajaan melalui demontrasi untuk halal dihukum bunuh menyebabkan Islam dipandang negatif.
Kerajaan Pusat harus mencontohi tindakan Saidina Ali Abi Talib ketika menjadi Khalifah Ar-Rasyidin yang menghantar Ibnu Abbas bagi bertemu golongan pemberontak sebelum boleh mengisytiharkan golongan penentangnya itu sebagai ‘bughah’.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tindakan menghantar Ibnu Abbas itu diambil bagi mengetahui isu sebenar yang menyebabkan golongan itu tidak berpuas hati lalu mengambil sikap menentang kerajaan pimpinan beliau.
“Saidina Ali pernah mengirimkan Ibnu Abbas yang dianggap orang yang paling sederhana dan boleh diterima semua pihak. Dia tak hantar Jeneral atau Ketua Polis Negara dan sebagainya.
“Ketika ini ada di kalangan pihak tertentu jadikan isu bughah ini untuk menyerang Islam. Ini kesilapan besar. Ini bukan pertembungan antara agama tetapi pertembungan dengan orang yang dangkal menggunakan agama untuk maksud politik” kata Anwar.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya dalam Kursus Merdeka Rakyat yang diadakan di Pusat Reformasi Demokrasi dan Inisiatif Sosial di sini, hari ini.

Jamaluddin, Ong dan Samy hanya 'habiskan beras negara'

KUALA LUMPUR: Kecenderungan pentadbiran Najib melantik duta khas dan penasihat khas yang menelan perbelanjaan tinggi dan membebankan kewangan negara ditegur Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin (gambar).

Dalam satu kenyataan media, Sim mempersoalkan kewajaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik empat duta khas dan 13 penasihat khas yang sebahagiannya bertaraf menteri.

Sambil menyifatkan perlantikan itu sebagai “teramai dalam sejarah negara”, beliau turut mempertikaikan kewajaran kerajaan melantik Ahli Parlimen Bintulu, Dato’ Seri Tiong King Sin sebagai duta khas bertaraf menteri ke Asia Timur seperti diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Shahidan Kassim di Bintulu, baru-baru ini.

Negara kini mempunyai beberapa duta khas lantikan politik antaranya Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis yang ditugaskan ke Amerika Syarikat, Dato’ Seri Ong Ka Ting (Republik Rakyat China) dan Dato’ Seri S Samy Vellu (India Selatan) yang kesemuanya bertaraf menteri.

Sim mempertikaikan pelantikan tiga individu terbabit yang tidak memberi pulangan yang ketara kepada negara, malah hasil kerja mereka tidak membawa lonjakan pulangan atas pelaburan (ROI) yang besar kepada negara.

“Saya ingin menyeru Perdana Menteri berhenti melantik duta-duta khas yang mahal dan memakan belanja yang besar dengan serta merta.

Malaysia salah langkah di bawah pentadbiran Najib, kata Kit Siang


Malaysia telah melalui arah yang salah selama di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata DAP.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang (gambar) menegaskan, perdana menteri itu perlu memanggil mesyuarat kabinet bagi meluluskan Penyelesaian 10 Perkara termasuk perbincangan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berhubung Rekonsiliasi Nasional bagi membentuk penyatuan kebangsaan.
"Ini masanya untuk pemimpin BN dan PR mengetepikan perbezaan politik dan bergerak ke arah penyatuan kebangsaan melalui ‘blueprint’ rekonsiliasi nasional," katanya.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, tahun 2014 telah dikejutkan dengan beberapa insiden termasuk dakwaan demonstrasi Turun yang dikatakan ingin menggulingkan kerajaan, dan juga serbuan terhadap Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) di Damansara oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) minggu lalu.
"Ia tidak akan berlaku tanpa campur tangan dan bantuan polis," katanya merujuk kepada serbuan Jais yang merampas 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban.

'K'jaan BN gagal bersuara isu demo depan gereja' - Marina Mahathir

Aktivis sosial Datuk Marina Mahathir menyelar pemimpin kerajaan yang menurutnya gagal bersuara apabila muncul golongan yang mengancam untuk mengadakan demonstrasi di depan gereja sejak seminggu lalu.

Beliau merujuk kepada tindakan kumpulan pendesak Solidariti Ummah Klang yang menuntut agar golongan Kristian menurut larangan kerajaan yang menghalang penganut tersebut dari menggunakan kalimah 'Allah'.

Marina pada pagi ini hadir dalam perhimpunan di hadapan gereja Lady of Lourdes di Klang bersama kira-kira 40 orang yang kebanyakan penganut Islam, sebagai tanda solidariti dengan penganut Kristian.

Pada masa sama, kumpulan kira-kira 100 orang bersama Solidariti Ummah Klang berhimpun di satu kawasan padang berhampiran.

Islam tidak hebat dengan halang agama lain

KUALA LUMPUR: Umat Islam negara ini diingatkan bahawa Islam tidak dilihat hebat hanya apabila umatnya berjaya menyekat dan menghalang usaha pihak lain menyebarkan agama mereka, tegas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan.
Dalam satu kenyataan medianya,  Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat itu berkata, sebaliknya kehebatan Islam bertolak dari komitmen yang tinggi oleh penganutnya terhadap syiar dan syariat Islam itu sendiri.
“Kalaupun tidak berlaku penyebaran agama dan ideologi asing dari Islam, sementara umat Islam pula  longgar dan lemah pegangan mereka terhadap syariat Islam, umat Islam tetap akan lemah dan tidak mampu berdiri sebagai umat yang kuat dan berwibawa,” ujarnya.
Beliau turut memetik kata-kata sahabat Rasulullah s.a.w. yang juga Khalifah ar-Rasyidin ke-2, Saidina Umar al Khattab r.a. bahawa: " Kita (umat Islam) adalah satu golongan yang dikurniakan kekuatan oleh Allah SWT dengan Islam. Maka jika sekiranya kita mencari kekuatan selain daripada kekuatan yang telah dikurniakan oleh Allah SWT, nescaya kita dihina oleh Allah SWT.”
Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam untuk bangkit berdakwah dan berjuang, melibatkan diri dengan gerakan Islam, membasmi kejahilan dan mendidik serta membimbing masyarakat agar mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh.

Umno Kedah tubuh skuad pantau harga barang bila dah tak tahan..!!!

ALOR SETAR - Pemuda Umno Kedah menubuhkan Skuad Pemantau Harga Barang dalam usaha membantu kerajaan memantau kenaikan harga barang yang tidak terkawal.

Ketuanya Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata skuad itu akan memulakan tugas mereka esok dan bekerjasama dengan Persatuan Pengguna Kedah (Cake).

"Kami akan membuat pemantauan lebih kerap di pasar basah dan pasaraya utama, pemborong barang keperluan utama seperti bawang, biskut dan minyak di samping barang-barang kawalan seperti ikan, daging dan ayam.

"Tindakan itu bertujuan membantu kerajaan mengenal pasti punca kenaikan agar tindakan mengekang kenaikan dapat dilaksanakan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dr Asri: Jika tak boleh dikritik usah jadi kerajaan

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN 
SHAH ALAM - Kerajaan yang sering berprasangka buruk apabila rakyat mengkritik pemerintah yang melakukan kesalahan tidak harus menjadi kerajaan, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Mohd Asri berkata, rakyat menggunakan kuasa untuk mengkritik kerajaan untuk memberi kesedaran kepada pemerintah yang melakukan kesalahan.

Menurutnya, kritikan yang dilontarkan rakyat juga bukan bermaksud mereka memihak kepada mana-mana parti politik terutamanya pembangkang.

"Tidak semestinya kritikan itu kerana mereka menjadi agen pembangkang ataupun ingin menumbangkan kerajaan dengan senjata seperti yang diandaikan oleh mereka yang naif.

"Rakyat mengkritik kerajaan kerana memang hak mereka memuhasabah kerajaan yang memerintah negara mereka dan mengambil cukai serta mengenakan kuasa ke atas mereka, tiada kerajaan tanpa rakyat.

Ust Zamihan Gred B sokong Harussani, memang elok memang padan... kena dah tue

Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah (Aswaja) menjelaskan pandangan yang dikeluarkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu tidak dihuraikan dengan baik sehingga mendatangkan pelbagai andaian.

Presidennya, Zamihan Mat Zin berkata, Harussani membuat kenyataan tersebut setelah membuat pertimbangan terhadap beberapa aspek dan perlu dianggap sebagai peringatan supaya tidak terlalu ghairah mencari perubahan yang mana akhirnya hanya akan mengundang mudarat. - Sinarharian.

Syok jugak tengok cubaan Ust Zamihan yang terkantoi dengan bukti gred B isu Mat Sabu Syiah hari tu, cuba nak sokong Harussani. Sokong bawa rebah boleh laaa...

Dia kata kononnya kenyataan Harussani tu sebagai peringatan. Peringatan kepala hotak apanya kalau terang-terang Harussani kata:

Siapa Pulak Lidah "Biawak" Nii..


PERSPEKTIF- Demo turun harga naikkan suhu politik








Dungun: Flashmob Menyedarkan Masyarakat Tentang Kenaikan Kos Sara Hidup



Selepas tidak bersetuju dengan Jais, Utusan suara rasmi Umno lagakan Mujahid dengan PAS pulak


Berikutan kenyaaannya tidak bersetuju dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Pertubuhan Bible Malaysia (BSM), Mingguan Malaysia iaitu versi Ahad Utusan Malaysia bertindak melaga-lagakan Datuk Dr Mujahid Yusof (gambar) dengan pemimpin PAS yang lain.
Utusan melaporkan, bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohamed Nordin Mohd Nor berpendapat pandangan ahli parlimen PAS itu jauh berbeza dengan bapanya, Yusof Abdullah Ar Rawa yang kini dikatakannya ulama terbilang.
Katanya, selaku seorang bekas pemimpin veteran PAS, beliau berasa terkejut dan dukacita melihat pemikiran Mujahid mempertikaikan tindakan Jais merampas Bible mengandungi kalimah Allah yang dilihat bernada liberal.
"Pandangan Mujahid itu bercanggah dengan pendirian Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib yang menyokong tindakan diambil oleh Jais dalam mempertahankan akidah umat Islam.
"Jadi, kita boleh nampak Mujahid seakan-akan membawa pemikiran liberal yang sedang melanda umat Islam di Malaysia pada masa ini," katanya dalam akhbar milik Umno edisi Ahad, Mingguan Malaysia.
Mujahid dalam satu kenyataan sebelum ini mengemukakan persoalan kebebasan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seolah-olah ia tercemar dengan tindakan Jais yang bercanggah dengan perintah Allah.

Pihak gereja perlu mohon maaf - Umno Kuala Langat

Pihak gereja perlu mohon maaf 
 Sulaiman (tengah) menunjukkan laporan polis yang telah dibuat kelmarin berhubung bantahan penggunaan kalimah ALLAH.
BANTING- Ketua Umno Bahagian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Karli mahu pihak gereja tampil memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam di negeri ini berikutan isu penggunaaan kalimah ALLAH.
Beliau berkata, berkata, Umno bahagian it turut menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan terhadap Bible Society of Malaysia dan merampas ratusan Injil berbahasa Malaysia serta Iban.
“Seperti kita maklum, rampasan kitab Injil sebelum ini turut membuktikan pihak Jais berusaha menangani masalah penyalahgunaan undang- undang selain membantu menangkis tanggapan masyarakat bahawa mereka tidak aktif
mengadakan serbuan.
“Kita berharap semua gereja di Selangor dapat menghormati undang-undang yang termaktub. Jangan disebabkan penyalahgunaan kalimah ALLAH di rumah ibadat menimbulkan kemarahan rakyat Islam di Selangor,” katanya.

Marina Mahathir sertai himpunan pertahan penganut Kristian

Sekumpulan penganut Islam menyertai perhimpunan bagi menunjukkan solidariti bersama penganut Kristian di perkarangan sebuah gereja di Klang, susulan ancaman dari satu kumpulan NGO Islam yang merancang untuk membuat bantahan di hadapan rumah ibadat tersebut tersebut hari ini.

Turut hadir ke perhimpunan tersebut ialah anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Marina Mahathir, yang membawa bunga sambil berdiri di hadapan gereja Our Lady of Lourdes yang sedang mengadakan satu upaca agama Kristian.

Ia berikutan ancaman NGO Solidariti Ummah Selangor yang mengumumkan untuk mengadakan bantahan di luar gereja tersebut selepas pengarang penerbitan The Herald, Lawrence Andrew membuat kenyataan menegaskan orang Kristian akan terus menggunakan kalimah Allah.

Laksana Rekonsiliasi Nasional segera hadapi kemelut negara, cadang pemimpin PAS

Pemimpin PAS menyarankan Rekonsiliasi Nasional dilakukan segera antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Rakyat (PR) serta lain-lain pihak dalam menghadapi kemelut yang sedang melanda negara.
Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, masanya sudah tiba untuk melaksanakan saranan itu tetapi bukannya kerajaan perpaduan.
"Dengan kos sara hidup yang meningkat dan pertentangan antara agama yang meletus kembali, agenda Rekonsiliasi Nasional mesti diperhalusi bukan Kerajaan Perpaduan – bagi menangani kemelut dan pelbagai pertentangan yang semakin kusut termasuk kesejahteraan rakyat," cadang AJK PAS Pusat itu.
Cadangan Rekonsiliasi Nasional dicadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebaik sahaja menang dengan majoriti mudah dan hilang undi popular dalam pilihan raya ke-13 lalu.
Namun ia tidak pernah dilaksanakan dan senyap begitu sahaja selepas itu.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mencadangkan agenda ini untuk kepentingan negara.
Kata Dr Dzulkefly, berdepan dengan dua cabaran besar ini menuntut satu penyelesaian yang tegas, tuntas, berwibawa dan dihormati semua pihak.
Bagi beliau, impak kos sara hidup ke atas rakyat akibat langkah-langkah menangani hutang kerajaan pusat bukan sesuatu yang mudah ditangani.
"Himpitan kepada keluarga dan anak-anak, mencari pendapatan tambahan, ibu bapa terpaksa membuat kerja tambahan, kenaikan kadar jenayah, kemalangan dan sebagainya perlu ditangani bersama.

Demo Ahad: Dijangka kemarahan tetapi yang datang Muslim dengan bunga

Marina bersama bunga di tangan di perkarangan gereja katolik Our Lady of Lourdes. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 Januari, 2014. 
Marina bersama bunga di tangan di perkarangan gereja katolik Our Lady of Lourdes. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 Januari, 2014.

Hampir 1,000 orang menyertai himpunan hari Ahad di Gereja Katolik Our Lady of Lourdes Klang di pagi yang dijangka bakal menghadapi beberapa kumpulan Islam yang marah dengan mereka, tetapi dengan tidak disangka sekumpulan Islam datang membawa bunga untuk mereka.
Antaranya yang datang adalah aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahthir, yang mebawa sejambak bunga dan menjadi sebahagian daripada yang datang untuk memberikan sokongan moral kepada penganut Kristian.
Sekumpulan NGO Islam bersama pengikut mereka berhimpun membuat bantahan penggunaan nama Allah oleh Kristian dalam perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman. Gambar The Malaysian Insider oleh Afiff Halim.Sekumpulan NGO Islam bersama pengikut mereka berhimpun membuat bantahan penggunaan nama Allah oleh Kristian dalam perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman. Gambar The Malaysian Insider oleh Afiff Halim.Namun di Padang Kelab Sultan Sulaiman, sekumpulan kumpulan konservatif Islam berhimpun bagi membantah penggunaan nama Allah oleh Kristian.
Mereka juga menyokong serbuan yang dibuat oleh Jais terhadap Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim yang merampas kira-kira 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban serta menahan dua pemimpinnya.
"Saya di sini atas nama peribadi..ramai di sini adalah Muslim tetapi apa yang kami mahu katakan adalah Islam agama keamanan," kata Marina di depan Gereja Katolik Our Lady of Lourdes Klang sambil memegang bunga di tangan yang dikhaskannya untuk penganut Kristian di situ.
"Kami bukan pencetus peperangan seperti sangkaan sesetengah pihak," tambahnya.
Menyifatkan protes adalah hak setiap individu namun, "tidaklah wajar berlebihan sehingga memasuki rumah ibadat pihak lain."
Beliau menyifatkan serbuan Jais sangat mencurigakan dan kesal dengan tindakan mendiamkan diri pihak kerajaan.
Marina dan rakannya Nik Elin kemudiannya pergi menemui penganut Kristian di situ dan memberikan bunga untuk mereka dengan diringi sorakan daripada orang ramai.

TIDAK SUKA DENGAN PEMERINTAHAN KERAJAAN 47% BN SILA BERAMBOS DARI MALAYSIA!!



Ini bukan cubaan .. ini betul-betul .. sayap tulang belakang UMNO telah mengeluarkan semboyan amaran kepada rakyat Malaysia yang tidak suka dengan cara pemerintahan Kerajaan UMNO/BN dipersilakan berambos dari negara ini.

Negara ini hanya layak didiami oleh rakyat yang hanya suka dan sokong UMNO/BN sahaja .. yang bantah selain di labelkan sebagai bughah akan diperhambat halau keluar dari negara bertuah ini.

Naik Harga: Prof tenggelam dalam buku, tidak faham sengsara rakyat


KUALA LUMPUR: Kenyataan pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Amini Amir Abdullah semalam mengenai Himpunan Turun dilihat menyebelahi parti pemerintah dan bersifat mengampu.

“Sangkaan saya benar walaupun bertaraf profesor, tidak mustahil jika mereka tidak memahami kesengsaraan rakyat,” ujar Pengarah Mobilisasi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Abdul Malik Abdul Razak sebagai respons kepada kenyataan itu.

Menurutnya, mungkin dengan kehidupan yang mewah dan tenggalam dalam dunia buku menjadikan mereka golongan yang teori dan tidak memahami nadi jerit perih rakyat.

“Saya kira rakyat jelas bahawa kedatangan mereka ke himpunan bukan untuk menyertai konsert di Dataran Merdeka tapi berhimpun untuk menyatakan bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup,” katanya lagi.

Berikut kenyataan penuh beliau.

1. Kenyataan Dr. Amini Amir menyebelahi parti pemerintah dan bersifat mengampu. Sangkaan saya benar walaupun bertaraf profesor, tidak mustahil jika mereka tidak memahami kesengsaraan rakyat. Mungkin dengan kehidupan yang mewah dan tenggalam dalam dunia buku menjadikan mereka golongan yang teori dan tidak memahami nadi jerit perih rakyat.

Bughah: Saya tetap dengan kenyataan - Harussani


Sejak kenyataannya mengenai peserta demonstrasi malam 31 Disember lalu dikaitkan dalam golongan bughah (pemberontak), Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terus menerima pelbagai cemuhan hingga ada desakan yang mahukan beliau meletakkan jawatan. Ada juga yang percaya kenyataannya disalah tafsir beberapa pihak. Wartawan Sinar Harian, Haslina Kamaludin mendapatkan penjelasan beliau berhubung isu berkenaan.

Apakah kenyataan sebenar Tan Sri mengenai demonstrasi baru-baru ini?

Kenyataan asal saya adalah berdasarkan demonstrasi pertama, iaitu ‘guling kerajaan’.

Kumpulan ini berhasrat untuk menjatuhkan kerajaan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat. Oleh kerana mereka mahu menggulingkan kerajaan, saya kaitkan dengan firman ALLAH SWT dalam surah al-Hujurat, ayat 9 yang bermaksud; ‘Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satu berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah ALLAH; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum ALLAH), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang berlaku adil.’ Nama 'guling kerajaan' itu telah ditukar kerana tidak mendapat sokongan ramai, dan diganti dengan Turun. Walaupun mereka menukar nama, tetap dengan maksud sama.

Apakah pandangan Tan Sri apabila ada pihak mendakwa kenyataan bughah itu sebagai terlalu berat?

Bughah atau darah halal itu dalam konteks membahayakan nyawa orang lain dan niat mereka mahu menggulingkan kerajaan. Mereka kata mereka benar, tetapi cara mereka salah. Ayat (al-Quran) itu sudah lengkap. Walau apa pun alasan, cara itu tetap salah. Saya juga tidak bercakap kosong. Lihat sahaja pada hari kejadian, polis menjumpai pelbagai senjata seperti parang dan juga bom buatan sendiri.

Apakah itu dikatakan aman? Jika benar tidak setuju dengan harga barang dan kenaikan kos sara hidup, buatlah cara yang betul. Pergi pejabat Perdana Menteri, beri memorandum. Demonstrasi bukan penyelesai kepada masalah, malah ia menambah masalah kepada orang lain. Saya sendiri, kalau ada yang tidak kena, saya akan jumpa perdana menteri dan nyatakan apa yang benar mengikut ajaran Islam. Tapi, kalau berkaitan ekonomi atau yang lain-lain, itu bukan kepakaran saya.

Timbul dakwaan mengatakan Tan Sri tidak bijak dalam mengeluarkan kenyataan kerana demonstrasi itu tidak seperti digambarkan?

Macam-macam orang lempar kenyataan kepada saya, tetapi saya tidak kisah kerana saya bercakap berlandaskan al-Quran. Bukan saya pandai-pandai cakap.

ULASAN GB

Oh rupa-rupanya Mufti Perak itu ternyata menyandarkan hujjah dan kenyataannnya berdasarkan kepada pendirian UMNO dan media massa arus perdana yang mengecap demonstrasi TURUN tempohari sebagai satu rancangan untuk "guling kerajaan".

GB pernah membuat ulasan bahawa jika selalu perkataan "guling kerajaan" disebut-sebut, maka benarlah ia akan terjadi demikian. Petikan:


"Himpunan Guling Kerajaan" - itulah ungkapan dan istilah yang digunakan oleh pihak berkuasa, terutama pihak polis bersama-sama dengan UMNO, para pencacainya dan NGO-NGO mesra-UMNO serta media massa arus perdana terhadap perhimpunan TURUN yang akan diadakan malam esok.

Barang naik, salahkan tangan memangkah BN

KUALA LUMPUR: Apabila harga barangan keperluan naik, pemimpin Umno BN dan media Umno cuba menyalahkan peniaga, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, mereka cuba mengalihkan isu untuk dibeban kepada peniaga kerana barang menjadi mahal kononnya beberapa siri tangkapan dan serbuan dilakukan kerana peniaga menaikkan harga barang.

“Pada hal peniaga tidak ada pilihan, kerana dengan kenaikan petrol, tol, letrik memberi kesan kepada peniaga dan peningkatan modal. Akhirnya mereka tidak ada pilihan, barang mesti dinaikkan,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Fenomena yang berlaku, kata beliau pengundi BN di dalam PRU13 tidak boleh melepaskan diri kerana mengundi parti itu.

Walau diserang, Mufti Perak pertahan kenyataan bughah dan halal darah

Berhadapan serangan daripada pelbagai pihak, Tan Sri Harussani Zakaria terus mempertahankan kenyataannya menggelar peserta perhimpunan pada malam sambutan ambang 2014 di Dataran Merdeka sebagai golongan bughah (penderhaka) yang halal darah mereka kerana kononnya ia sesuai dengan apa yang terkandung dalam ajaran Al Quran.
Mufti Perak itu berkata, kenyataan asal beliau adalah berdasarkan demonstrasi yang berhasrat untuk menggulingkan kerajaan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat tetapi nama “guling kerajaan” telah ditukar kerana tidak mendapat sokongan ramai dan diganti dengan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun).
“Bughah atau darah halal disebut dalam konteks membahayakan nyawa orang lain dan niat mereka mahu menggulingkan kerajaan. Mereka kata mereka benar tetapi cara mereka salah. Lihat sahaja pada hari kejadian, polis menjumpai pelbagai senjata seperti parang dan juga bom buatan sendiri.
“Saya kaitkan dengan firman Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 9 yang bermaksud: Dan jika dua puak daripada orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satu berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah),” katanya seperti dilapor akhbar Sinar Harian hari ini.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Dr Khairudin Aman Razali berkata pada Khamis, kenyataan Harussani itu sangat jahil mengkategorikan peserta perhimpunan sebagai pemberontak malah lebih malang dan merbahaya apabila darah peserta pula diisytiharkan sebagai halal.

Malaysia Kita: Pelajar ada, sekolah dan cikgu tak dak...

Kira-kira 20 pelajar SJK Tamil Seaport, Kelana Jaya bakal menghabiskan tahun persekolahan ini berada di bawah pokok di sebuah tanah lapang.

Ini ekoran ibu bapa mereka mahu sekolah yang ditutup secara tiba-tiba bulan lalu itu dibuka semula.

Ibu bapa enggan menerima arahan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk berpindah dari sekolah yang berusia 80 tahun itu ke blok baru sekolah di Kampung Lindungan, Subang kerana terlalu jauh dan menyukarkan perjalanan ke sekolah.

"Jika sekolah ini ditutup, tiada lagi Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di Kelana Jaya dan Lembah Subang," kata pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, V Kumar, hari ini.

Menurut Kumar, peningkatan kos hidup menyebabkan ramai ibu bapa yang mempunyai pendapatan kecil tidak mampu membiayai perjalanan 9km setiap hari untuk menghantar dan mengambil anak mereka di sekolah baru.

Malaysia Kita: 25 kali gagal temu duga kerana OKU..!!

Kuala Lumpur: "Sejak kecil saya cuba buktikan kecacatan saya bukan penghalang untuk berjaya. Begitupun, lain pula jadinya bila saya mahu cari kerja.
"Kebanyakan majikan yang menemuduga saya hanya melihat kecacatan dan bukan kemampuan saya," kata Kamairu Azman Daud, 26, pelajar kelainan upaya (OKU) bijak yang masih gagal mendapatkan pekerjaan meskipun menamatkan pengajian dengan cemerlang tahun lalu.

Dilahirkan cacat tangan kiri dan kudung kaki kiri, pelajar jurusan Ijazah Teknologi Sains Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam itu mendapatkan purata nilai gred (GPA) 4.00 untuk semester akhir iaitu praktikal dan tesis, sekali gus menamatkan pengajian dengan purata nilai gred terkumpul (CGPA) 3.57.

Sepanjang tempoh pengajian, anak kelahiran Kelantan ini juga menerima tiga Anugerah Dekan berikutan kecemerlangannya dalam akademik walaupun terpaksa berulang-alik ke kuliah menggunakan kaki palsu.
Foto

Menurut Kamalru, cita-cita untuk berjaya dalam bidang pelajaran kini tercapai, namum impian untuk berkerja seperti individu normal tetap terhalang kerana diskriminasi terhadap individu sepertinya.

Malaysia Kita: RM500,000 sehari tanggung PATI...rakyat sendiri merempat dan dihambat...!!!

KUCHING - Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan kira-kira RM500,000 sehari atau secara purata RM75 seorang sehari bagi menampung kira-kira 6,500 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di 13 buah depot tahanan imigresen di seluruh negara ketika ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perbelanjaan itu melibatkan kos seperti pengurusan makanan, kemudahan elektrik, bekalan air serta perkhidmatan kesihatan dan keselamatan.
"Ketika ini, kerajaan telah memperuntukkan RM8 hingga RM12 sehari bagi kos makan seorang tahanan selain menanggung kos-kos pengurusan lain yang melibatkan tahanan warga asing di pusat tahanan terbabit," katanya.

Malaysia Kita: Dua pengawal keselamatan rumah Timb Menteri KDN ditahan

KUCHING – Dua anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) merupakan antara tiga suspek yang ditahan polis petang semalam berhubung kes cubaan memecah masuk rumah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar baru-baru ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Deputi Superintendan Amihizam Abd. Shukor berkata, ketiga-tiga lelaki berusia antara 30 hingga 36 tahun itu diberkas kira-kira pukul 2 petang.
Menurutnya, kesemua suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk diambil keterangan sementara menunggu proses permohonan perintah tahanan reman.
“Siasatan awal mendapati suspek pertama berusia 34 tahun mempunyai 12 rekod jenayah lampau manakala suspek kedua memiliki dua rekod jenayah.
“Kedua-dua suspek ini juga merupakan anggota Rela yang ditugaskan untuk mengawal keselamatan di kediaman tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo Ahad! di sini semalam.

Isu Allah meletus lagi kerana penghakiman kabur, pihak berkuasa berdiam, kata ahli akademik


Isu penggunaan kalimah 'Allah' semakin meruncing yang memerlukan kebijaksanaan untuk ditangani. Gambar The Malaysian Insider. 
Isu penggunaan kalimah 'Allah' semakin meruncing yang memerlukan kebijaksanaan untuk ditangani. Gambar The Malaysian Insider.

Pertelingkahan tentang kalimah Allah di Malaysia telah merebak daripada sekadar di media sahaja akibat penghakiman kabur yang telah mengelirukan kumpulan konservatif Islam dan sikap tidak peduli Putrajaya untuk menyelesaikannya, kata ahli akademik memberitahu The Malaysian Insider.
Penggunaan perkataan ini oleh Kristian menjadi tajuk berita minggu lalu selepas Paderi Katolik berkata undang-undang Islam Selangor itu tidak terpakai bagi masyarakat Kristian, mendorong Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu premis Pertubuhan Bible Malaysia (BSM) dan menyita 320 Bible versi Melayu dan Iban yang mengandungi perkataan Allah – bertentangan dengan perjanjian persekutuan bahawa Bible bahasa Melayu boleh digunakan di Malaysia.
"Kita mempunyai dua situasi di sini; berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan menafikan hak mingguan Katolik Herald untuk menggunakan perkataanAllah dalam penerbitannya, membuka persoalan sama ada selain daripada penerbitan itu boleh menggunakan perkataan itu atau tidak.
"Satu lagi ialah kumpulan hak Melayu melihat keputusan itu sebagai muktamad bahawa semua orang Kristian tidak boleh menggunakan perkataan Allah, ia satu lagi kekeliruan," kata Profesor Datuk Abdul Halim Sidek dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kepada The Malaysian Insider.
Beliau menegaskan bahawa, lebih teruk lagi, tidak ada apa-apa percubaan oleh mana-mana agensi kerajaan untuk menjelaskan perkara itu selepas Mahkamah Rayuan telah membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi 2009 yang membenarkan Herald untuk menggunakan perkataan Allah dalam edisi bahasa Melayu.
"Perkara ini telah diperbesarkan dan dieksploitasi untuk sebab-sebab politik," kata Abdul Halim, yang merupakan setiausaha bagi keselamatan politik dan hal ehwal antarabangsa, satu portfolio  dalam Majlis Profesor Negara (MPN).

Riuh Pasal Fatwa, Bising Pasal Serbuan Jais - Berjayakah Mereka Mengalih Isu?

Riuh rendah dari media sosial dan media perdana
Bising dari Menteri sehingga pemimpin kecil
Tok Peti pun tumpang sekaki
Dan hari ini Menteri merapu pun tumpang berkokok
Tapi berjayakah mereka menyogok otak Melayu?
Kerana Melayu senang ditipu, Presiden PAS pun ikut bimbang

2014: Malaysia bertukar menjadi negara Islam ‘fasis’


Amin Iskandar

Tahun 2014 dibuka di Malaysia dengan petunjuk bahawa pergolakan antara agama di negara ini akan berterusan sepanjang tahun dan tidak mustahil akan menjadi semakin memburuk.
Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) merampas 300 kitab Injil berbahasa Melayu membuktikan Malaysia sedang bertukar daripada sebuah negara yang mengamalkan toleransi diantara agama menjadi negara Islam “fasis”.
Jika dahulu kita boleh berbangga dengan negara kita yang mengamalkan Islam sederhana, kini sudah tiada bezanya dengan Taliban yang memusnahkan patung Buddha di Bamiyan semasa memerintah Afghanistan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu mengamalkan kesederhanaan dalam pemerintahannya kelihatan terlalu lemah untuk mengawal keadaan.
Tiada lagi 1Malaysia dan dasar inklusif. Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Najib dilihat semakin gagal dalam memastikan Malaysia kekal aman untuk semua agama dan kaum.
Kuasa politik yang ada padanya tidak dapat digunakan kerana beliau bukanlah seorang pemimpin yang kuat dan tegas dalam membuat keputusan.
Saya sekarang sedang berada di sebuah “negara kafir” di Eropah tempat di mana pemimpin-pemimpin tertinggi negara membeli-belah semasa “boxing day” pada hujung tahun.

Perlukah Hard Rock Cafe Di Putrajaya? Untuk menambah gejala maksiat dan haram..!!!

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya akan mempunyai satu lagi tarikan, terutama untuk anak-anak muda iaitu pembukaan Hard Rock Cafe di Menara Ikhlas, Presint 3, Putrajaya. Pengumuman mengenai pembukaan Hard Rock Cafe itu diumumkan sendiri oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Aseh Che Mat yang turut memberitahu, ia akan siap dibuka dalam tempoh tiga hingga empat bulan daripada sekarang.

Putrajaya adalah pusat pentadbiran kerajaan Malaysia yang senibina bangunannya banyak bercirikan Islam, sesuai dengan kedudukan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi. Lebih dari itu, di Putrajaya juga dibina masjid-masjid yang indah di tepi tasik dan sebuah lagi masjid pula menggunakan sistem penyejukan semulajadi yang menjadi tarikan serta kebanggaan semua.

Di Putrajaya, selain sebagai pusat pentadbiran kerajaan, juga terletak kediaman Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan sebahagian besar menteri-menteri kabinet. Kakitangan kerajaan di Putrajaya pula lebih 90 peratus adalah golongan Melayu dan Islam, begitu juga kakitangan kerajaan yang mendiami kuarters kerajaannya.

Malah Mahathir Mohamad yang mengasaskan Putrajaya juga mempunyai pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana. Imej Melayu dan Islam dengan Putrajaya sebenarnya begitu rapat dan hampir tidak dapat dipisahkan.

Selain itu, Putrajaya juga mempunyai beberapa tarikan lain yang sudah cukup menarik seperti tasik buatan, taman-taman, kapal persiaran, jambatan dan sebagainya.

"Red Pencil Protest" pushes for press freedom

Clashes erupt in Syria after shots fired at crowd

US: Cars frozen solid to the ground

Banglasia: Violence on eve of Bangladesh elections

Deadly snowstorm wreaks havoc in US