Jumaat, 3 Januari 2014

Bolehkah Solat Berjemaah Dalam Kereta? - Ustaz Azhar Idrus

Tiada muzakarah dengan Umno kecuali isu rakyat

KUALA LUMPUR: PAS menegaskan parti itu hanya bersedia untuk mengadakan pertemuan dan bermuzakarah dengan Umno hanya membabitkan isu-isu yang berkaitan dengan rakyat dan ketirisan sahaja dan bukannya isu propaganda daripada Umno.

Jelas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily, pendirian yang telah ditetapkan oleh PAS jelas bahawa apa jua isu yang berkaitan propaganda tidak akan dilayan malah tidak akan ada sebarang muzakarah antara kedua-dua parti itu.

"PAS jelas dalam pendirian bahawa tidak akan mengadakan sebarang pertemuan dengan Umno jika sekadar ingin membincangkan isu propaganda yang ditimbulkan oleh mereka seperti isu perpecahan oleng Melayu, isu ancaman kaum bukan Islam dan itu semua adalah propaganda dan mainan politik umno semata-mata. Tidak ada keperluan untuk kita duduk berbincang.

"Mana ada ancaman dari orang Cina, itu semua mainan politik murahan Umno, dia timbulkan isu, lepas tu nak ajak PAS berbincang. Jelas tidak ada muzakarah dalam isu mainan politik Umno," jelasnya.

Biarkan Umno@BN bermain politik, bukan polis

POLIS patut menunjukkan rasa amat kesal kerana mendakwa gambar lelaki yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi polis adalah gambar seorang anggota polis yang cedera ketika protes pada Sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka.

Pasukan polis wajar menerapkan prinsip demokratik dalam menjalankan tugas memelihara kesejahteraan orang ramai dan bukan hanya (menjaga kepentingan) kerajaan.

Sememangnya wajar pihak polis meminta maaf kerana tersilap mendakwa gambar seorang lelaki yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi polis adalah gambar seorang anggota polis yang cedera semasa bertugas ketika protes antikenaikan harga pada sambutan tahun baru di Dataran Merdeka.

Laman Facebook rasmi polis telah memuat naik gambar seorang lelaki tidak berbaju dan cedera di kepala yang disangka sebagai seorang pegawai polis yang bertugas ketika perhimpunan anti-kenaikan harga pada malam Selasa lalu.

Konflik Mesir: Tragedi berdarah diulang tayang

Konflik Mesir: Tragedi berdarah diulang tayang
WALAUPUN negara juga mengalami senario politik yang agak mencabar, namun situasi tersebut tidak sedikit mengalihkan umat Islam untuk meningkatkan kecaknaan terhadap seputar isu umat sejagat.

Kesempatan ini saya mengambil peluang untuk mengulas apa yang berlaku di Mesir, bumi tinggalan para anbiya’ yang penuh dengan pelbagai episod sejarah. Sejarah runtuhan sebuah tamadun kemanusiaan.

Bagi yang membaca sejarah dan menelitinya, maka benarlah firman ALLAH Taala:

“Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kamu (musyrik) yang menceroboh kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar).

Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui ALLAH tentang orang-orang yang tetap beriman (dan sebaliknya), dan juga supaya ALLAH menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), ALLAH tidak suka kepada orang-orang yang zalim.”

Antara kronologi sketsa tragis yang berlaku sebagaimana laporan agensi berita Al-Jazeera, BBC dan Al-Arabiya melaporkan keadaan di Mesir makin meruncing dan menggugat jutaan rakyat.

Ini diburukkan lagi apabila Presiden Mesir yang dipilih secara sah, Dr. Mohamed Morsi didakwa dengan tuduhan melakukan keganasan. Pertubuhan Ikhwanul Muslimin diharamkan. Sebelum itu, Markaz Ikhwanul Muslimin dan pejabat FJP, sayap politik Ikhwan juga dibakar dan diletupkan.

Kalimah ALLAH: Umno dan NGO Pro-BN buat demonstrasi aman


Isu kalimah ALLAH: Lebih 400 buat demonstrasi aman BANTING - Lebih 400 anggota Umno Bahagian Kuala Langat dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi secara aman berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sini hari ini.

Wakil-wakil daripada Umno Bahagian, Belia 4B, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Jemaah Muslim, Majlis Belia Daerah dan Pekida Kuala Langat membuat bantahan terhadap kenyataan Pengarang Majalah Mingguan Katolik 'The Herald', Paderi Lawrence Andrew bahawa gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah ALLAH dalam perhimpunan mingguannya.

Mereka juga membuat laporan polis terhadap Lawrence dan membakar patung paderi itu di lokasi berkenaan.

Ketua Umno Bahagian Kuala Langat Datuk Sulaiman Karli berkata demonstrasi itu diadakan kerana sampai sekarang tiada reaksi atau permohonan maaf daripada Lawrence berhubung kenyataannya itu.

Badan Perhubungan Umno Selangor dalam mesyuarat khasnya Isnin lepas meminta Lawrence menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan umat Islam di Selangor.

ALLAH: Kukuhkan akidah, bukan sekadar sekat guna istilah

Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM – Ekoran sekatan ke atas beberapa istilah yang dikatakan menjadi hak milik orang Islam, Pas berpendapat kerajaan perlu memperkukuhkan akidah umat Islam bukan dengan sekadar menyekat penggunaan istilah-istilah tertentu.

Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mustahil bagi kerajaan untuk mengawal penggunaan istilah-istilah tersebut, terutama dalam perkembangan media baru yang pelbagai variasi.

“Isu utama ialah larangan yang dikenakan kepada bukan Muslim untuk menggunakan beberapa istilah yang terpakai bagi orang Islam seperti kalimah ALLAH, Insya ALLAH, Masya ALLAH, zikir, sembahyang dan sebagainya.

“Kenapa ia dilarang kepada bukan Muslim? Jawapannya kerana dikhuatiri ia akan menimbulkan salah faham, kekeliruan dan akhirnya boleh menyebabkan umat Islam terpengaruh dan akhirnya keluar dari Islam.

“Namun persoalan utama apakah aqidah umat Islam di negara ini begitu rapuh, sehingga kerana beberapa istilah tersebut boleh membawa kepada murtad?,” katanya dalam satu kenyataan.

Azmin Ali: Kejayaan UMNO dan masa depan negara tanpa mereka


azmin ali


RAMAI orang tidak suka dengan Azmin Ali. Barangkali kerana mereka tidak pernah duduk bersembang dengan Azmin. Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) ini malah dihujani celaan baru-baru ini dalam isu kenaikan gaji ADUN Selangor sambil disifatkan sebagai orang yang tamak kuasa dan kemaruk mahu jadi Menteri Besar. Roketkini.com berpeluang duduk seketika bersama Ahli Parlimen Gombak sambil sembang-sembang politik dan masa depan Pakatan Rakyat (PR).
Tentang prospek masa depan politik negara
Saya cukup optimis bahawa negara Malaysia ini akan dicorak dengan politik baru dibawa PR di mana politik perkauman akan menjadi sejarah dalam negara kita.
Melihat kesedaran daripada kalangan rakyat itu cukup tinggi hari ini, yang menolak pemahaman sempit perkauman, agama. Dan saya melihat generasi baru hari ini lebih terbuka dan boleh menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia pelbagai kaum ini sebenarnya satu kekuatan bagi negara dan bukan kelemahan. Sepatutnya masyarakat yang majmuk dan rencam di dalam negara ini menjadi asas untuk menjana kekuatan baru dalam konteks ekonomi, perpaduan nasional dan juga sosial dalam masyarakat dan ini saya cukup optimistik.
Apabila DAP bertanding di Sibu pada pilihan raya kecil beberapa tahun lalu, sewaktu saya terbang ke Sibu, saya begitu terkejut dalam pesawat itu begitu ramai muslimat PAS datang dari Kelantan. Mereka ini wanita muslim konservatif dalam PAS bermusafir dari Kelantan ke Sarawak hanya untuk memberi sokongan kepada DAP. Ini tidak berlaku selama 50 tahun yang dulu. Tapi sekarang kita lihat semangat perpaduan itu cukup baik. Dan inilah yang menjamin masa depan yang lebih gemilang untuk negara.
Kenapa PR tidak dapat terjemahkan senario optimis ini pada PRU lalu?
Pembaharuan tidak dapat dilakukan dalam sekelip mata. Namun saya gembira dan bersyukur pada PRU-13 ada kemajuan yang lebih baik berbanding 2008. Pada 2008 kita dapat 81 kerusi, tahun ini 89 kerusi. 2008 kita nafikan majoriti dua pertiga, kali ini juga serupa, tetapi kali ini yang lebih positifnya ialah kita dapat majoriti undi popular. Inilah dia sokongan sebenar rakyat kepada PR. Realiti di bawah ialah rakyat menerima bahawa PAS KEADILAN dan DAP adalah PR, walaupun tidak ada satu logo, belum didaftarkan tetapi rakyat sudah yakin bahawa permuafakatan itu cukup kuat dan ini diterjemahkan dalam bentuk sokongan.
Ini kali pertama kerajaan BN adalah kerajaan minoriti dan bagi saya ini adalah satu perkembangan yang cukup positif. Tetapi perjuangan ini adalah satu maraton, bukan satu perkara yang mudah, apatah lagi dalam sistem di Malaysia ini apabila politik didominasi dengan perkauman dan agama. Maka cabaran PR ialah untuk masuk ke kawasan luar bandar dan meyakinkan orang Melayu bahawa dengan menyokong DAP dan PR bukan bermakna kita lari daripada akidah tetapi kita melakukan apa yang dituntut oleh agama; meraikan budaya, agama yang lain.
Tentang cabaran PR di kawasan luar bandar

Tinjauan sekitar kenaikan harga tambang bas sekolah

Demo Umno: Bantahan Lawrence Andrew Hina Mahkamah

Mufti itu bukan pada gelaran, tapi kejujuran diri

1. Saya menyeru diri saya, teman-teman dan semua untuk mohon ampun pada Ilahi di atas dosa dan silap yang lalu dan keampunan untuk yang mendatang. Bimbang jari yang laju menari untuk menaip sepotong komen sehingga berlebihan dari yang sepatutnya. Juga bimbang akan lisan yang pantas melontar kata yang tidak semena-mena. Jangan diserang peribadi, kelak memakan diri. Merenung firman Allah:

Maksudnya: “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Surah Qaf: Ayat 18)

2. Saya tidak berhasrat untuk mengulas soal bagaimana menetapkan hukum bughah terhadap seseorang. Serahkan sahaja pada yang punya ilmu dan ada autoriti ilmunya. Tulisan ini sekadar sedikit teguran seimbas buat Mufti Kenyataan Mufti tidak ubah seolah-olah jawab Saidina Ali terhadap golongan Khawarij sebagaimana berikut:

كلمة حق أريد بها باطل

Maksudnya: “Kalimah yang benar, dikehendaki dengannya itu batil”.

3. Menghukum bughah ini bukan lagi perkara baru di Malaysia, kerana pada 1985 tindakan kerajaan Umno-BN menembak mati As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dalam Tragedi Memali. Ini berlaku atas dakwaan Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya sebagai bughah. Dihalalkan darah mereka. Sungguh jahat dan khianat. Juga menghukum dengan hukuman seperti khawarij sebelum ini oleh seorang ulama' muda Umno juga sangat keterlaluan.

4. Saya sejujurnya amat tidak bersetuju di atas kenyataan Mufti yang menggelarkan demonstran sebagai bughah. Saya kira terlalu ramai tidak setuju. Tindakan itu menggambarkan sikap double standard seorang mufti dalam isu-isu yang berlaku. Jika benar Mufti jujur dan amanah, seharusnya fatwa atau kenyataan terhadap pembaziran kerajaan BN mesti dinyatakan sama.

Himpunan Turun suara majoriti, suara demokratik

SAYA ingin menyelar kenyataan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir apabila menyifatkan tindakan berhimpun di Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai suatu tindakan yang tidak demokratik.

Tindakan kami bersama lebih 50 ribu rakyat Malaysia berkumpul pada 31 Disember 2013 adalah mengikut lunas undang-undang seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Fasal 1 (a), (b) dan (c).

Apakah beliau mahu mendakwa bahawa hak berhimpun mengikut undang-undang demokrasi yang diamalkan di negara ini merupakan tindakan tidak demokratik?

Lalu apa yang beliau faham dan belajar mengenai prinsip demokrasi yang diamalkan di negara ini selama ini? Prinsip demokrasi mengikut kefahaman beliau atau prinsip demokrasi mengikut yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia?

Merujuk kepada dakwaan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa tindakan rakyat berhimpun untuk menuntut kos sara hidup diturunkan adalah menafikan hak majoriti yang ingin menyambut sambutan Ambang Tahun Baru 2014, sekali lagi saya ingin menyoal apakah benar rakyat yang hadir menyambut Ambang Tahun Baru 2014 itu merupakan kumpulan majoriti?

Secara asasnya, saya boleh jamin peserta himpunan Turun yang melimpah ruah membanjiri perkarangan Dataran Merdeka lebih ramai jika mahu dibandingkan dengan pengunjung konsert yang menantikan ambang 2014.

Naik harga: PR teruskan usaha desak kerajaan 47% BN

SHAH ALAM – Pakatan pembangkang bakal terus mendesak kerajaan berhubung isu kenaikan harga barang sehingga menyebabkan kenaikan kos sara hidup rakyat di negara ini.

Menurut Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat, pihaknya masih menanti jalan penyelesaian daripada kerajaan dalam menangani isu tersebut.

“Kita masih menunggu jalan penyelesaian yang akan dibuat oleh kerajaan. Kalau kenaikan harga barang terus membebankan rakyat dengan kenaikan yang lain, mungkin kenaikan tol yang terus memberikan kesan kepada rakyat, kita tidak teragak-agak untuk mengadakan himpunan yang lebih besar,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Menyentuh soal kenaikan tarif elektrik, beliau memberitahu punca kenaikan tersebut ekoran tindakan kerajaan yang memaksa Tenaga Nasional Berhad (TNB) membeli tenaga dengan nilai yang lebih tinggi berbanding nilai sebenar.

“Saya baru berjumpa Tan Sri Ani Aroff. Beliau menyebut, semasa menjadi Pengerusi TNB waktu itu, kerajaan memaksa beliau dan TNB untuk membeli satu unit tenaga dengan nilai yang lebih besar daripada yang ditawarkan TNB sendiri.

Nasi lemak rm1.50 sen,air suam 70 sen, tapi Najib dan Rosmah dok syiok naik jet mewah baru yang ditanggung oleh wang rakyat

Di tengah-tengah langkah penjimatan, penulis-penulis blog pro-Umno tampil mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini terbang ke seluruh negara menggunakan jet mewah baru.

Dalam tulisan di blog, antaranya oleh Big Dog dan RockyBru, mereka membangkitkan pesawat Airbus ACJ320 dengan nombor 9H-AWK – dikenali "Perdana 2" atau "NR2" – yang kebetulan sama dengan huruf singkatan Najib.

Pesawat itu didaftarkan di Malta dan disewa daripada kumpulan penerbanganComlux.

Menurut laman web penerbangan itu Aviation Week, Jet Premier One (M) Sdn Bhd, syarikat yang menguruskan penerbangan orang kenamaan di Malaysia, termasuk Najib, ada menyewa Airbus ACJ320 daripada Comlux.

Sewaan itu dikatakan bertujuan menggantikan sementara pesawat yang biasa digunakan Najib, Airbus ACJ319.

ACJ319 dengan nombor 9M-NAA beroperasi menggunakan nama “NR1” atau “Perdana 1” dan merupakan pesawat rasmi perdana menteri, sama seperti Air Force One yang digunakan presiden Amerika Syarikat.- malaysiakini


Najib jetting around in new luxury aircraft...

Amid austerity measures, pro-Umno bloggers are questioning whether Prime Minister Najib Abdul Razak is now jetting across the country in a new luxury aircraft.

Islam tidak ajar ganggu tempat ibadat agama lain, kata bekas Mufti


Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) menegaskan agama Islam tidak mengajar penganutnya untuk mengganggu tempat ibadat penganut agama lain.
Dr Mohd Asri, 42, yang dihubungi The Malaysian Insider bagi memberikan komen mengenai kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) serta rancangan berdemo di gereja Selangor, berkata walaupun semasa perang pun agama Islam melarang umatnya daripada menyentuh rumah ibadat.
"Dalam agama Islam, hatta dalam masa perang pun, orang yang sedang beribadat pun tidak boleh diganggu... inikan masa aman kenapa pula perlu diganggu?" kata Dr Mohd Asri.
Tengahari semalam, Jais menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia (BSM) di Damansara Kim dan merampas kira-kira 320 Bible berbahasa Melayu dan Iban.
Dua pegawai BSM iaitu pengerusinya Lee Min Choon dan Sinclair Wong diarahkan ke Balai Polis Damansara untuk diambil keterangan mereka dan hanya dilepaskan dua jam kemudian.
Dalam pada itu, Umno Selangor juga telah mendesak Pengarang Herald, Paderi Lawrence Andrew, menarik balik kenyataannya yang tetap mahu menggunakan kalimah Allah di semua gereja di Selangor.
Umno Selangor juga merancang untuk mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Lawrence di Klang pada Ahad ini sekiranya tidak tunduk kepada desakan mereka.
Ketua Umno Shah Alam, Azhari Shaari berkata kenyataan paderi itu bertentangan dengan enakmen syariah negeri malah ia juga melanggar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negeri itu.

Akta Percetakan dan Penerbitan ‘senjata’ BN sekat media

Fariz MusaSHAH ALAM 3 JAN: Kerajaan pusat secara berterusan menggunakan undang-undang menyekat kebebasan bersuara dan media melalui Akta Percetakan dan Penerbitan yang dijadikan ‘senjata’ dan ‘bom’ bagi mengawal tindak tanduk media.
Ketua Koordinator JINGGA 13, Fariz Musa, berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dijadikan alat BN untuk mengugut wartawan dan pengamal media seterusnya mengawal kebebasan serta hak bersuara demi menjayakan misi itu.
Katanya, akta terbabit perlu dikaji serta dipinda supaya selari dengan hak kebebasan media seperti tuntutan dalam memorandum kepada Menteri Dalam Negeri daripada pelbagai pihak yang mahu kerajaan pusat menghapuskan permit penerbitan.
“Tindakan kerajaan yang mengantung The Heat adalah tindakan yang tidak demokratik dan anti kebebasan media.
“Apa juga alasan Kementerian Dalam Negeri (KDN), rakyat tetap melihat bahawa penyiaran atrikel yang mengkritik Perdana Menteri dan isteri beliau berkenaan perbelanjaan mewah serta boros menyebabkan The Heat terus digantung. Sehingga kini, KDN masih gagal membebaskan The Heat,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Fariz turut meminta rakyat Malaysia, pencinta demokrasi dan kebebasan bersuara menyertai Himpunan Pensil Merah, pada 4 Januari ini (esok).

Naik Tambang Bas: SPAD jangan ambil tindakan terhadap kami - (PPPBSM)

GERAMM: Jom 'berhibur' di demo Pensel Merah esok

Kurang 24 sebelum protes membantah penggantungan The Heat di Kuala Lumpur esok, penganjurnya sekali lagi mengingatkan orang ramai dan pengamal media supaya hadir bersetiakawan, sekali gus membuat liputan acara itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Gerakan Media Marah (GERAMM) juga mengumumkan, beberapa pemimpin aktivis NGO terkenal dan wakil rakyat sudah mengesahkan kehadiran mereka sebagai tanda sokongan.

“Kami juga menyeru mereka yang hadir untuk bergelak tawa dan berhibur di tengah kota bersama kami dalam acara esok,” kata GERAMM.

Agenda “Protes Pensel Merah” itu antaranya bacaan lapan tuntutan GERAMM, bacaan puisi, ucapan aktivis dan tokoh media serta acara khas mematahkan pensel merah beramai-ramai sebagai lambang matinya kebebasan media.

Pengamal media dan orang ramai digalakkan berpakaian merah dan membawa pensel dengan warna sama, menurut kumpulan itu lagi.

Sementara itu, GERAMM juga menegaskan, perhimpunan esok akan berjalan secara aman dan provokasi serta slogan politik kepartian tidak dibenarkan.

“Slogan-slogan semuanya ke arah desakan kebebasan media dan tidak memprovokasi pihak-pihak tertentu,” kata kenyataan itu lagi.

“Apa kelayakan MP Bintulu jadi Duta Khas, gaji lebih dari Menteri"?

KUALA LUMPUR 3 JAN: Ahli parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mempersoalkan langkah kerajaan melantik ahli parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sin sebagai Duta Khas ke Korea dan Jepun.
SimMenurut Sim, jawapan yang diperolehinya di Parlimen sebelum ini menyatakan, Duta Khas mendapat gaji bulanan RM27,227.20, lebih tinggi daripada menteri.
“Apakah kehebatan Datuk Seri Tiong, sehinggakan beliau dilantik ke jawatan yang seolah-olah begitu penting?
“Kalau dilihat dari segi kepakaran adakah beliau pakar geo-politik Asia Timur? Adakah beliau pakar ekonomi dan perdagangan Asia Timur yang tersohor?
“Adakah ini satu ganjaran politik kepada beliau akibat tidak dilantik menjadi menteri?, soal Sim dalam kenyataan.
tiong-king-singMenurut Sim, oleh kerana mereka berstatus menteri, mereka menikmati elaun dan kebajikan setaraf menteri termasuk pejabat dibiayai kerajaan.
MP Bintulu, Tiong King Sing
Manakala ada sesetengah duta khas diberi setiausaha kanan, pegawai khas, pembantu khas dan pegawai pengiring PDRM.
“Kesemua ini memakan belanja yang besar. Maka secara konservatif, perlantikan duta-duta khas kerajaan akan berbelanja lebih RM2 juta setahun,” kata Sim.

Kit Siang ajak kerjasama PR-BN bincang pelan damai perpaduan negara..Najib ada berani..!!


Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang (gambar) menawarkan untuk menjadi orang tengah antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan kemelut perpaduan negara.
Penasihat kebangsaan DAP tersebut berkata tawaran tersebut dibuat bagi membincangkan agenda dan pelan induk Perpaduan Kebangsaan untuk membina semula perpaduan negara.
"Memandangkan kerajaan kerajaan yang seolah-olah keliru dengan cara untuk membina semula perpaduan negara, biarlah saya cadangkan pertemuan antara pemimpin tertinggi BN dan PR atas satu agenda dan pelan tindakan untuk ke arah perdamaian kebangsaan untuk membina semula perpaduan negara.
"Biar pemimpin tertinggi daripada BN dan PR bertemu sekitar seminggu dua ini untuk membincangkan agenda dan pelan induk Perdamaian Kebangsaan untuk membina semula perpaduan negara," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan Lim tersebut hadir susulan kontroversi terbaru yang tercetus di Selangor selepas Persatuan Bible Malaysia (BSM) diserbu dan beberapa Injil berbahasa Melayu dirampas.
"Kita tidak dapat cari atau dengar daripada Perdana Menteri, malah rakyat tidak tahu sama ada beliau di dalam negara atau di luar negara... Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) hanya mencurahkan minyak ke api manakala menteri Kabinet lain lari bersembunyi.
"Ini bukan cara memerintah negara atau menunaikan janji Najib dalam amanat Tahun Barunya, dimana setiap kali tahun baru rakyat hanya akan mendengar lebih banyak daripada kerajaan mengenai cara untuk membina perpaduan negara," kata Ahli Parlimen Gelang Patah tersebut.

3 barang naik, 10 kerajaan bantu, kata Ahmad Maslan

Meskipun rakyat terbeban dengan kenaikan kos sara hidup terutamanya kenaikan harga petrol, gula dan tarif elektrik, namun mereka tidak perlu melupakan 10 bantuan yang masih diberikan kerajaan, kata Datuk Ahmad Maslan.
Timbalan Menteri Kewangan itu berkata 10 bantuan rakyat itu termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia, bantuan kepada nelayan dan pesawah serta peruntukan kesihatan yang 99% disubsidikan kerajaan.
"Ini bukan pengumuman baru yang saya sebutkan. Tidak ada negara dalam dunia ini memberikan pakej bantuan sebanyak ini kepada rakyat.
"Apabila tidak disebut mereka lupa dan menerima (tohmahan pembangkang). Saya tak nafi memang ada kenaikan itu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di Putrajaya hari ini.
Ahmad berkata bantuan lain yang diberikan kerajaan adalah bantuan persekolahan, baucer buku kepada pelajar universiti, buku teks sekolah percuma dan faedah Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang dikurangkan kepada 1%.
Katanya, Tenaga Nasional Berhad telah pun memaklumkan kepadanya sebanyak 70% pengguna tidak terkesan dengan kenaikan tarif elektrik sebaliknya bagi pengguna yang terjejas adalah rumah tertentu, premis perniagaan dan kilang.

“Kuasa SPRM & polis Sarawak di tangan Taib Mahmud"?

taib-mahmud
KUCHING 3 JAN: Ratusan laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat rakyat Sarawak terhadap Ketua Menteri Tan Seri Taib Mahmud berkenaan isu rasuah, rampasan hak tanah adat dan salahguna kuasa.
Namun, sehingga kini Ketua Menteri paling lama di Asia Tenggara itu masih bebas tanpa sebarang siasatan, kata Exco Angkatan Muda KEADILAN, Zulhaida Suboh.
“SPRM & PDRM. Di mana kuasa jabatan anda? Adakah di tangan Taib atau kamu ditunggang Taib?, kata Zulhaida dalam kiriman di Facebooknya.
zulhaida_subohBeliau mengulas penahanan setiausaha Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Yusoff Baharuddin ketika dalam perjalanan menghantar penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) CheguBard ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching 31 Disember lalu.
Zulhaida (tiga dari kiri) selepas proses ikat jamin
Zulhaida hari ini bersama penyelaras SAMM Kuching, Azan Akma ditemani peguam Dominique Ng menjadi penjamin Yusoff yang direman tiga hari di IPD Simpang 3, Kuching, Sarawak
Lanjutan itu, Zulhaida mengingatkan pegawai SPRM dan Polis bahawa gaji mereka dibayar dari wang rakyat daripada cukai.

NO WONDER not around, busy testing NEW super jet 'Najib Razak 2'

Amid austerity measures, pro-Umno bloggers are questioning whether Prime Minister Najib Abdul Razak is now jetting across the country in a new luxury aircraft.
In blog postings by, among others, Big Dog and RockyBru, they pointed to an Airbus ACJ320 with tail number 9H-AWK using the call number, "Perdana 2" or "NR2" - which incidentally are similar to Najib's initials.
The aircraft is registered in Malta and leased from aviation group Comlux.
According to aviation news website Aviation Week, Jet Premier One (M) Sdn Bhd, the company which manages flights for VVIPs in Malaysia, including Najib, had indeed leased the Airbus ACJ320 from Comlux.
The lease was supposed to be a temporary replacement for the regular aircraft Najib uses, an Airbus ACJ319, being refurbished by Comlux Aviation Services.
The Airbus ACJ319 with tail number 9M-NAA operated under the call name “NR1” or “Perdana 1” and is the official aircraft for the prime minister, similar to that of the US president’s Air Force One.


It first came under the spotlight in 2011 when Najib flew on the Airbus ACJ319 to Perth, Australia, apparently on holiday.
In a press release by Comlux May last year, the company had announced it had won a contract to rework the VIP area of the Airbus ACJ319 as well as handle scheduled maintenance works for six years.
The company did not specify the value of the project.
In the interim, Comlux leased an Airbus ACJ320 with tail number 9H-AWK to Jet Premier One.
It took over the call name of  “NR1” and "Perdana 1" and was spotted taking off from the Kuala Lumpur International Airport on Oct 6 to Denpasar Internatonal Airport, Bali, according to flight enthuasist site Jet Photos.
Najib left for Bali on Dec 6 for the Asia Pacific Economic Conference (Apec) Summit.
'RM27k an hour operate'

Rakyat Diminta Ikat Perut....Pemimpin Bermewah Dengan Wang Rakyat..!!!

Najib perlu jawab. Aku nak tahu beberapa perkara penting berkaitan isu neh.

1. Najib pergi bercuti menggunakan pesawat apa?

2. Siapa yang biayai kos perjalanan pergi balik menggunakan pesawat tersebut.

3. Adakah kos perbelanjaan ketika Najib bercuti seperti bayaran hotel, makan minum, kenderaan yang digunakan menggunakan duit sendiri atau babitkan duit rakyat?

4. Minta jelaskan secara terperinci apa yang dipersoalkan oleh blogger UMNO menerusi isu jet mewah di atas.

Aku bukan apa. Orang nak kata aku dengki pun kata la. Kalau ko dah dibayar mahal2 kan. Dan dah dapat macam2 insentif dan sebagainya. Lepas tue apa lagi yang ko mahukan? Gunakan la pendapatan ko untuk dapatkan apa2 yang ko inginkan. Ko bukan tak mampu ma. Lebih dari mampu. Kalau la kos percutian pun rakyat kena tanggung, dengan sewa pesawat,minyak kapal terbang dan sebagainya, adil ke pada rakyat yang terpaksa bergelut dengan kenaikan kos sara hidup sekarang neh? Lue fikirlah sendiri ek Najib. 

"BUGHAH": Jabatan Mufti Perak akan buat kenyataan rasmi

IPOH – Jabatan Mufti Perak akan tampil membuat kenyataan rasmi berhubung perkataan ‘bughah’ yang digunakan ketika mengulas himpunan Gerakan Kos Sara Hidup (Turun) pada malam sambutan Tahun Baru 2014, lalu.

Timbalan Mufti negeri, Zamri Hashim berkata, penjelasan itu akan dibuat secara umum dalam masa terdekat.

"Kita ambil maklum perkara ini dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya kelak," katanya ketika ditemui sempena lawatan Pemuda Pas Perak, di sini, pagi tadi.

‘Bughah’ yang mengikut hukum membawa maksud ‘darah halal’ mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan dikeluarkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang merujuk kumpulan perhimpunan berkenaan.

TURUN nafi rempuh polis, sebar SMS, rampas pentas Ambang 2014

Beberapa insiden ‘mewarnai’ himpunan membantah kenaikan kos sara hidup pada sambutan ambang tahun baru lalu termasuk dakwaan peserta merempuh kawalan keselamatan polis dan cubaan merampas pentas persembahan di Dataran Merdeka.

Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Muhamad Azan Safar menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan himpunan bantahan itu sangat aman.

“Fokus sebenar himpunan itu bagi membantah kenaikan kos sara hidup telah dialih kepada guling kerajaan. Jadi, isu itu dimainkan sampai sekarang menyebabkan tumpuan isu sebenar teralih fokusnya.

“Kita boleh katakan himpunan itu berjaya, sangat aman dan berjaya menafikan beberapa tuduhan liar yang menyifatkan himpunan itu sebagai himpunan untuk mengguling kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Mengulas mengenai peserta himpunan didakwa merempuh kawalan polis, Azan berkata tidak timbul isu rempuhan ketika itu.

“Kita punya arahan secara peribadi itu tidak merempuh keadaan tersebut. Kalau wakil media ada di sana, kita telah buat satu macam pentas di bahagian belakang itu. Majoriti ‘crowd’ berada di sana.

Fitnah: Jingga 13 teruskan saman Timbalan Ketua Polis KL

KUALA LUMPUR 3 JAN : Ketua Penyelaras Jingga13, Fariz Musa berkata, pertubuhan tersebut dalam proses perbincangan dengan peguam bagi menentukan tindakan yang bakal diambil ke atas Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh.
“Tegas, pihak Jingga13 akan tetap mengambil tindakan terhadap tuduhan tersebut.
Jingga13“Kita sedang berbincang dengan peguam kita bagi memutuskan bentukkan tindakkan yang bakal diambil, kita akan kemukakan saman,” kata beliau ketika ditemui Keadilandaily di hadapan IPD Dang Wangi, hari ini.
Kata Fariz, walaupun Amar Singh sebelum ini telah menafikan membuat kenyataan mengaitkan NGO itu dengan keganasan, namun Amar tidak membuat permohonan maaf.
“Beliau ada nafikan, tapi tiada permohonan maaf. Namun setelah menafikan, pihak polis pula kata ada bukti mengaitkan kami dengan keganasan tersebut,
“Kita cabar pihak polis kemuka bukti yang kita merancang untuk gulingkan kerajaan dengan keganasan sepeti yang mereka sebut,” tegasnya.
Dalam satu kenyataan dipetik media sebelum ini, Datuk Amar Singh berkata, empat pertubuhan termasuk Jingga13 merancang menimbulkan kekecohan termasuk membawa bom tangan dalam himpunan malam tahun baru 2014 bagi mendesak harga barangan diturunkan
Pagi ini Jingga 13 membuat laporan polis terhadap mufti Perak, Tan Seri Harussani Zakaria kerana mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa peserta himpunan membantah kenaikan harga barang pada malam tahun baru sebagai ‘bughah’ (derhaka) dan dihalalkan darah.

"Bughah": Dorong rakyat lakukan keganasan, Harussani mesti disiasat

fariz_musa
Laporan polis dibuat terhadap Harussani dibuat hari ini oleh Jingga 13
KUALA LUMPUR 3 JAN: NGO Jingga 13 menggesa siasatan dibuat terhadap mufti Perak. Tan Seri Harussani Zakaria yang mendorong melakukan keganasan, kecederaan termasuk pembunuhan.
Ketua penyelaras Jingga 13, Fariz Musa menggesa polis menyiasat Harussani dibawah seksyen 503 dan 505 (c) Kanun Keseksaan berdasarkan kenyataan ‘menghalalkan darah’ peserta himpunan yang membantah kenaikan harga barang 31 Disember lalu.
“Kenyataan tersebut adalah jenayah apabila berbaur menghasut dan mendorong rakyat melakukan keganasan, kecederaan termasuk melakukan pembunuhan terhadap mereka yang hadir ke himpunan itu,” kata Fariz selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi.
Katanya, kenyataan Harussani bersifat jahat dan boleh menimbulkan ketegangan.
Berita Harian semalam melaporkan Harussani sebagai berkata, semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu sepatutnya ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan ‘dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)’.

Bertuahkah Islam mendapat Melayu?

USTAZ HASRIZAL ABD JAMIL

Malam itu aku menangis.

Qiyam Ramadan aku beriring sendu.

Aku tidak dapat menahan rasa sedih dan kesal, bagai ada batu besar terbuku menjadi beban di lubuk hatiku.

Rasa terkilan itu juga bersulam silang dengan rindu.

Aku rindu pada saat-saat kelanaku di bumi yang amat jauh dan terpencil daripada dunia Islam. Merindui kelana dakwahku semasa menggalas tugas mengimamkan umat di tapak krisis Protestant – Katholik itu.

Di bumi Ulster.

Kenanganku kepada Belfast bukan pada kemeriahan pelancongan atau bersenang lenang di rantau orang.

Apa yang lebih mengundang rindu, menusuk kalbu, adalah pada manis yang dijamu. Kemanisan bekerja untuk Islam, tatkala masjid kecilku itu menyaksikan begitu ramai anak tempatan disentuh hidayah Allah, khususnya di bulan Ramadan. Di lindungan bumbung Ramadan, masjidku dilimpahi rahmat dengan ungkapan Shahadah lelaki dan perempuan, yang semenjak lahir mereka tidak kenal Allah dan Muhammad, namun di masjidku, mereka kembali.

Kembali kepada fitrah.

Mereka bersyahadah.

Itulah Ramadan di bumi Eropah.

Bukan hanya di masjid kami, malah di kebanyakan masjid yang ada.

‘Fatwa songsang’ kerana bergantung media perdana

IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kemungkinan mendapat maklumat yang salah hingga sanggup mengeluarkan 'fatwa' keterluan mendakwa peserta Himpunan Turun sebagai 'bughah' dan halal darah mereka.

Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata, PAS merasakan Harussani membuat kenyataan tersebut bergantung semata-mata laporan akhbar arus perdana dan media elektronik.

Menurutnya, laporan media jelas menyatakan perhimpunan tersebut mahu menggulingkan sebuah kerajaan yang sah dan berdasarkan laporan itu, tanpa mendapat maklumat yang tepat dari sumber lain menyebabkan Mufti Perak itu mengeluarkan fatwa yang songsang itu.

"Namun begitu, sebagai seorang mufti yang wibawa, berpengalaman dan sudah lama berkhidmat, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang dianggap fatwa terburu-buru.

"Apapun alasan, Mufti Perak tetap tersilap dan salah dalam mengeluarkan kenyataan seumpama itu," katanya kepada Harakahdaily.

Jelas beliau, fatwa songsang itu telah memberi kesan yang negatif kepada institusi mufti itu sendiri sekalipun kenyataan itu bukan fatwa rasmi tetapi rakyat yang jahil akan menjadikan kenyataan itu pegangan yang rasmi.

Majlis Fatwa disaran kaji kedudukan Harussani

KUALA LUMPUR: PAS menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan mesyuarat khas bagi mengkaji kedudukan Mufti Perak, Tan sri Harussani Zakaria berhubung 'fatwa' beliau yang dilihat bertentangan dengan Islam.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi Harakahdaily berkata jika benar 'fatwa' tersebut dikeluarkan mufti itu, jelas mengelirukan pelbagai pihak yang boleh  menimbulkan ketegangan dan kekecohan.

"PAS hari ini menggesa agar Jawatankuasa Fatwa memanggil segera mufti-mufti di seluruh negara menghadiri menyuarat khas bagi membincangkan kedudukan Harussani sebagai Mufti Perak berhubung dengan fatwa yang telah dikeluarkan.

"Perkara ini tidak boleh dipandang ringan oleh peringkat tertinggi Jawatankuasa Fatwa kerana apa yang diperkatakan oleh beliau telah mengelirukan pelbagai pihak sehinggakan dapat menimbulkan ketegangan yang melampau," jelasnya.

Beliau yang turut menegaskan Majlis Fatwa tidak lagi boleh bertolak ansur dalam soal kedudukan Harussani sebagai mufti kerana terlalu banyak fatwa yang dikeluarkannya sebelum ini yang telah menimbulkan salah faham kepada masyarakat Islam di negara ini.

‘Fatwa’ Harussani: Jingga 13 buat laporan polis


KUALA LUMPUR: Jingga 13 Malaysia hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung kenyataan yang dikeluarkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menyatakan mereka yang hadir pada himpunan 31 Disember lalu sebagai 'bughah' iaitu penderhaka kepada kerajaan dan halal darah mereka.

Berkata kepada media, Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa, laporan tersebut dibuat di bawah seksyen 503 dan 505 (C) Kanun Keseksaan.

Jelasnya, Harussani wajar bertanggungjawab dan bersifat matang dalam mengeluarkan sebarang fatwa dan kenyataan iaitu menghasut dan mendorong untuk melakukan keganasan.

"Kita menyelar kenyataan Mufti Perak yang melabelkan para demonstran yang berhimpun pada 31 Disember sebagai penderhaka kepada kerajaan dan dihalalkan darah.

"Ia merupakan satu kenyataan yang penuh dangkal dan tidak masuk akal sebagai seorang yang bergelar mufti dan sangat memalukan.

Blog pro-Umno: PM ada jet mewah baru?

Di tengah-tengah langkah penjimatan, penulis-penulis blog pro-Umno tampil mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini terbang ke seluruh negara menggunakan jet mewah baru.

Dalam tulisan di blog, antaranya oleh Big Dog dan RockyBru, mereka membangkitkan pesawat Airbus ACJ320 dengan nombor 9H-AWK – dikenali "Perdana 2" atau "NR2" – yang kebetulan sama dengan huruf singkatan Najib.

Pesawat itu didaftarkan di Malta dan disewa daripada kumpulan penerbanganComlux.

Menurut laman web penerbangan itu Aviation Week, Jet Premier One (M) Sdn Bhd, syarikat yang menguruskan penerbangan orang kenamaan di Malaysia, termasuk Najib, ada menyewa Airbus ACJ320 daripada Comlux.

Apa ini, Tuan Mufti Perak?

Zahid Naser

Nampaknya, memvonis bughah dan pemberontak terhadap orang  awam sudah menjadi trend pula sekarang. Kalau di Mesir kita melihat Mufti Mesir Dr Ali Jum’ah mengeluarkan fatwa halal darah mereka yang menentang kerajaan kudeta. Berdalilkan ‘El-Syar’iyyah’(legitimasi) sudah berpindah kepada kerajaan yang dipaksakan kepada rakyat diketuai oleh General Abdel Fattah El-Sisi. Dan akhirnya mufti itu digelar ramai orang sebagai Mufti El-‘Askar (Mufti untuk mendokong Askar).
Nah, tiba-tiba di Malaysia pasca himpunan aman Turun yang dikelola oleh NGO dan disertai parti-parti politik sewaktu malam tahun baru. Digelar oleh seorang mufti sebagai bughah, atau pemberontak yang boleh dihukum bunuh. Nampak, identikal sekali!!
Namun menjadi mufti tidaklah menyebabkan semua apa yang dikatakan boleh diikut. Baik orang awam atau kerajaan. Ya, orang awam dan kerajaan boleh memilih untuk mengikut fatwa “ulama” itu atau tidak. Dan penulis memilih tidak mengikutnya!
Budaya mem”bughah”kan orang.
Bughah dan tidak bughah. Sudah lama isunya. Budaya membughahkan orang ini selalu menjadi  pilihan orang-orang agama. Dan selalunya, ia adalah demi untuk memenangkan pihak mereka yang diiktikad sebagai 100% benar. Dan pendapat serta jalur lain adalah menyimpang daripada agama dan syariat Allah Taala.
Tidak tahu bagaimana pendalilan dan istinbat tuan mufti itu, kita dihidangkan satu hukum yang berat. Ya, siapa yang membuat perhimpunan aman, dibolehkan pancung!
Dan satu lagi, pastilah. Anda akan menjadi pemberontak!
Berhati-hati mengeluarkan fatwa
Di dalam fiqh Islam, bughah adalah sekumpulan atau individu yang keluar daripada kepimpinan dengan senjata.
Dalam sejarah beberapa kali kita melihat bahawa bughah di zaman khalifah Islam berbeza sekali dengan terma yang diberikan kepada orang Malaysia yang berhimpun secara aman yang menuntut hak-hak mereka yang dirogol secara rakus oleh golongan-golongan yang tidak punyai rasa belas dan kasihan terhadap peri permasalahan mereka.

Serbuan JAIS: Analisa ringkas terhadap enakmen ugama bukan Islam

Abdullah Abdul Karim

Semalam berlaku satu lagi insiden yang dilihat bakal menajamkan lagi salah faham di antara penganut pelbagai agama di Malaysia apabila sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dibantu oleh anggota polis telah menyerbu pejabat Bible Society of Malaysia (BSM) di Damansara Kim.
Menurut laporan media, dalam serbuan tersebut JAIS telah merampas 300 naskah Al-Kitab yang merupakan kitab Injil dalam Bahasa Melayu dan juga Bup Kudus, kitab Injil dalam Bahasa Iban.
Serbuan oleh JAIS ini telah mengundang kemarahan dari kalangan pemimpin agama Kristian dan juga aktivis hak asasi dan pengamal undang-undang di mana JAIS di dakwa telah melanggar hak kebebasan beragama yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan di samping JAIS sendiri bertindak di luar dari bidang kuasa yang ada padanya.
Bagaimanapun JAIS di dalam respons balasnya menegaskan bahawa serbuan tersebut adalah sah di sisi undang-undang dan JAIS mempunyai kuasa untuk berbuat demikian memandangkan serbuan dan rampasan kitab Injil tersebut di buat berdasarkan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 (Enakmen 1 Tahun 1988) (selepas ini dirujuk sebagai Enakmen sahaja) oleh kerana kitab Injil yang dirampas tersebut menggunakan kalimah Allah yang dilarang penggunaannya oleh penganut agama lain sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Enakmen tersebut.
Tulisan ringkas ini tidak bermaksud untuk meyemarakkan lagi kemarahan mana-mana pihak. Tetapi tulisan ini akan memberi analisa ringkas secara objektif dan rasional terhadap undang-undang yang didakwa digunakan oleh JAIS bagi menjustifikasikan tindakannya menyerbu premis milik BSM dan seterusnya merampas kitab-kitab Injil yang disimpan di premis tersebut.
Pertamanya, harus difahami bahawa Enakmen tersebut yang digunakan oleh JAIS adalah suatu enakmen yang telah diperbuat dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sejak tahun 1988 lagi.
Enakmen ini adalah selaras dengan peruntukan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa undang-undang negeri boleh diadakan untuk MENGAWAL atau MENYEKAT pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama lain di kalangan orang yang menganut agama Islam.
Dalam hal ini, bukan hanya negeri Selangor sahaja yang mempunyai undang-undang seperti ini. Kebanyakan negeri-negeri di Malaysia (kecuali Wilayah Persekutan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak) juga mempunyai undang-undang yang sama yang diluluskan oleh badan perundangan negeri masing-masing.
Sungguhpun demikian kandungan peruntukan enakmen ini tidaklah sama meskipun mempunyai hasrat dan semangat yang sama iaitu untuk mengawal dan seterusnya menghalang sebarang bentuk penyebaran iktikad agama-agama lain ke atas penganut agama Islam.
Seterusnya, pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan serbuan JAIS ini menghujahkan bahawa JAIS telah bertindak di bidang kuasanya dan dengan itu serbuan dan rampasan kitab Injil yang dibuat adalah tidak sah dan menyalahi undang-undang (illegal).

Kerajaan pusat di belakang serbuan JAIS?

Pakar perlembagaan, Prof Abdul Aziz Bari berkata Menteri Besar (MB) Selangor tiada kuasa ke atas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana badan itu di bawah kuasa Sultan Selangor.

Beliau berkata sebagai ketua agama Islam di Selangor, JAIS yang "menjalankan pentadbiran rutin" dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) adalah sebahagian dari hierarki dan kuasa Sultan.

"Mereka... mesti faham di bawah perlembagaan, Islam ialah perkara di bawah kuasa Sultan dan baginda boleh bertindak dengan atau tanpa nasihat menteri besar.

"Jika Sultan mengambil keputusan untuk tak berbuat apa-apa – seperti kebiasaannya – MB dan exco boleh buat keputusan.

“Bagaimanapun, di saat Sultan buat keputusan, MB perlu beralih ke tepi," kata beliau dalam emel kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata ia tidak bermakna serbuan ke atas Persatuan Bible Malaysia (BSM) itu mengikut undang-undang, dan perkara ini masih boleh dibincangkan.

Sementara itu, kehadiran polis semasa serbuan semalam turut menimbulkan persoalan yang 'menarik', tambah beliau.

Jais kata terlupa beritahu saya dan MB, kata Exco Agama Selangor...!!!


Exco agama kerajaan negeri Selangor, Sallehen Mukhyi (gambar) telah mengarahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat laporan kepada beliau segera mengapa tindakan mereka ke atas Persatuan Bible Malaysian (PBM) tidak diberitahu kepadanya dan juga pejabat Menteri Besar.
Ketika dihubungi hari ini, Sallehen berkata, beliau telah memanggil Pengarah Ahmad Zaharin Mohd Saad dan Pengarah Penguatkuasaan Jais ke pejabatnya hari ini.
Dalam pertemuan hari ini, Sallehen meminta kedua-duanya memberikan penjelasan tentang serbuan itu dan kegagalan mereka memaklumkan kepada beliau sebelum ia dilakukan.
Semalam ketika dihubungi, Sallehen yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor terkejut kerana tindakan Jais itu tidak diketahui oleh beliau.
"Baru sekarang saya tahu," kata Sallehenkepada The Malaysian Insider.
"Mereka kata terlupa dan serbuan itu dibuat kerana Jais rasa ia melanggar Enakmen 1988 tentang penggunaan nama Allah.
"Mereka membuat itu tanpa memberitahu saya dan juga pejabat Menteri Besar," kata Salehin hari ini.
Tengahari semalam Jais menyerbu pejabat PBM di Damansara Kim dan merampas kira-kira 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban.
Dua pegawai PBM iaitu pengerusinya Lee Min Choon dan Sinclair Wong diarahkan ke Balai Polis Damansara untuk diambil keterangan mereka dan hanya dilepaskan dua jam kemudian.
Sallehen berkata, dia telah telah meminta Pengarah Jais membuat laporan segera hari ini juga mengenainya.

"BUGHAH": Mufti Perak enggan jumpa Pemuda PAS, khatib serang dalam khutbah Jumaat


Raja Iskandar (dua dari kiri) dan rombongannya bertemu Timbalan Mufti Perak selepas Harussani enggan bertemu mereka.Raja Iskandar (dua dari kiri) dan rombongannya bertemu Timbalan Mufti Perak selepas Harussani enggan bertemu mereka.Akibat kenyataannya bahawa peserta demonstrasi Himpunan Turun Kos Sara Hidup (Turun) 31 Disember lepas, sebagai “bughah” dan halal darah mereka, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria terus mendapat tekanan daripada pelbagai pihak.
Hari ini, para khatib solat Jumaat menghentam dan mempertikaikan “fatwa” beliau itu manakala semalam usaha Pemuda PAS Perak untuk bertemu beliau gagal.
Ini kerana Harussani tidak bersedia untuk bertemu mereka dan menyerahkan kepada timbalannya untuk bertemu.
Pemuda PAS telah meminta penjelasan berkenaan isu “bughah” yang dibangkitkan itu.
Menurut Ketua Pemuda PAS Perak Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Pejabat Mufti akan mengeluarkan penjelasan dan kenyataan rasmi tentang isu tersebut dan enggan bertemu mereka.
Di Rawang, Selangor khatib sebuah surau hari ini mempertikaikan secara terbuka “fatwa” berkenaan dalam khutbah Jumaatnya.
Ustaz Zuhdi Mat Piah dalam khutbahnya di Surau As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri berkata, fatwa itu sangat bertentangan dengan Al Quran dan hadis Rasulullah serta pegangan empat imam mazhab dalam Islam.

70% penerima BR1M masih belum mendaftar, tarikh tutup 31 Januari...!!!

Datuk Ahmad Maslan menggesa pihak yang masih belum mendaftar Bantuan Rakyat 1Malaysia 3.0 (BR1M 3.0) agar segera berbuat demikian sebelum hujung bulan ini bagi mengelakkan mereka tidak menerima bantuan kerajaan tersebut.
Timbalan Menteri Kewangan itu berkata kira-kira 70% daripada 900,000 penerima yang layak menerima BR1M 3.0 perlu segera mendaftar bagi melayakkan mereka menerima caruman takaful i-BR1M.
"Proses pendaftaran dan kemaskini maklumat telah bermula sejak 23 Disember lalu dan akan berakhir pada 31 Januari ini.
"BR1M sebanyak RM650 dan caruman takaful i-BR1M RM50 diberikan kepada pemohon berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dan BR1M RM450 dan caruman takaful i-BRIM RM50 diberikan kepada pemohon berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000," katanya dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.
Ahmad berkata BR1M turut diberikan kepada individu bujang 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000.

Ust Mokhtar Senik - Menjauhkan Diri Dr Byk "Aghyar" (Angan-Angan)

Khutbah Jumaat: Sedarilah Kita Sebagai Hamba - DR. ABU AMEENAH Bilal PHILIPS

Top 10 Common Safety Mistakes

Bughah: Jingga 13 buat laporan polis terhadap mufti perak

Pengumuman Retorik Perdan Menteri

"BUGHAH": Jingga 13 Desak Mufti Perak Didakwa Atas Kesalahan Jenayah

Najib keluarkan kenyataan 'Syok Sendiri' di Facebook ...sambil bercuti dengan wang rakyat diluar negara...!!


NGO, siswa isytihar sokong demo 'Pensel Merah'

Kumpulan NGO dan mahasiswa mengisytiharkan sokongan masing-masing terhadap penganjuran perhimpunan sekumpulan wartawan bagi membantah membantah penggantungan The Heat dan menuntut kebebasan media pada Sabtu ini.

Mereka malah menyeru orang ramai mengambil bahagian dalam perhimpunan yang dijadual diadakan di depan Majlis Peguam di Leboh Pasar Besar Kuala Lumpur pada jam 2 petang.

JINGGA 13 berkata, langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu tidak tidak demokratik dan antikebebasan media, selari dengan Indeks Kebebasan Media yang semakin menunjukkan kemerosotan.

Pemantauan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpangkalan di Perancis menunjukkan kemerosotan dalam ranking Indeks Kebebasan Media dari kedudukan 145 pada 2013, berbanding 123 (daripada 179 negara) pada 2012.

“Kerajaan Umno-BN terus menggunakan undang-undang untuk menyekat kebebasan bersuara dan kebebasan media,” kata ketua koordinatornya Fariz Musa (kanan) dalam kenyataan semalam.

“Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dijadikan sebagai 'senjata' dan 'bom' untuk mengawal segala tindak tanduk media yang dilihat tidak memenuhi selera pimpinan Umno-BN.”

Beliau juga mendakwa, selain KDN , Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) juga dijadikan alat oleh kerajaan untuk mengugut pengamal media dan mengawal kebebasan dan hak bersuara.

Dalam protes kumpulan wartawan esok, mereka merancang memakai baju merah dan membawa pensel dengan warna sama untuk dipatahkan sebagai lambang matinya kebebasan media di Malaysia.

GERAMM mengemukakan lapan tuntutan, antaranya membatalkan penggantungan The Heat dan menyiasat semula dengan rapi insiden keganasan polis terhadap wartawan dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Fatwa 'halal darah' Harussani bahaya pada keselamatan negara

PAS mendesak Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menarik balik 'fatwa' yang dilapor menyifatkan peserta demonstrasi membantah kenaikan harga barang pada 31 Disember lalu dianggap 'bughah' (penderhaka) dan 'halal darah mereka'.

Naib presiden PAS DatukTuan Ibrahim Tuan Man berkata 'fatwa' tokoh agama itu sangat bahaya kepada keselamatan negara dan bertentangan dengan maksudnya dalam Islam.

"Fatwa beginilah yang menyebabkan ribuan penunjuk perasaan ditembak di Mesir kerana ia adalah fatwa sesat yang jauh menyimpang dari landasan syarak.

"Istilah 'bughah' merujuk kepada pemberontakan bersenjata sebahagian rakyat bagi menumbangkan kerajaan Islam yang memerintah dengan penuh keadilan dan mengikut lunas syarak.

"Kerana itu, ia termasuk dalam hukum hudud, bukan takzir," tegas Tuan Ibrahim.

Apakah aqidah umat Islam sebegitu rapuh?

TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Tindakan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Pejabat Bible Society Malaysia (BSM) dan merampas naskah Bible versi Bahasa Melayu tentu akan mengundang pelbagai reaksi dari masyarakat Muslim dan Kristian di negara ini.

Tindakan ini tentunya telah dijangka oleh Jais sebelum tindakan itu dilakukan.

Serangan pelbagai pihak kepada para pegawai Jais tidak dapat dielak, dan yang terkena ialah pelaksana keputusan tetapi tidak pada mereka yang membuat keputusan.

Ternyata ia sangat tidak adil bagi pegawai Jais yang hanya melaksana keputusan yang telah diputuskan dan mereka yang membuat keputusan terus ghaib daripada kontroversi yang ditimbulkan, bahkah kerajaan Selangor sendiri pun tidak tahu mengenai serbuan tersebut sehingga dimaklumkan.

Kebimbangan pemerintah bagi mengawal umat Islam dari gejala murtad harus dipuji dan diberi penghargaan. Bahkan, memang ia adalah sebahagian tanggungjawab pemerintahan dalam Islam iaitu memelihara aqidah umat Islam.

Isu utama ialah larangan yang dikenakan kepada bukan Muslim untuk menggunakan beberapa istilah yang terpakai bagi orang Islam seperti kalimah Allah, Insya Allah, Masya Allah, zikir, sembahyang dan sebagainya lainnya.

Beberapa kalimah ini menjadi hak milik bagi orang Islam sahaja. Memang aneh dan pelik bahkan mungkin Malaysia satu-satunya negara yang melaksanakan peraturan tersebut.

Siapa pengaruhi pemikiran Harussani?

ZULKIFLI YAHAYA
MUFTI Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria dilaporkan sebuah akhbar harian membidas pemimpin pembangkang khususnya PAS kerana menyertai perhimpunan mendesak kerajaan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan. Katanya, PAS gagal memahami Al-Quran.
Perhimpunan aman yang difitnah oleh media talibarut BN sebagai Himpunan Mengguling Kerajaan diadakan di Dataran Merdeka tempat berlangsungnya sambutan tahun baru oleh kerajaan Malaysia. Di situ para artis terkinja-kinja di atas pentas, mendedahkan aurat, menari dan menyanyi lagu-lagu yang melalaikan.
Akibat himpunan aman yang diadakan itu, maka pihak penganjur kepada pesta maksiat terpaksa menghentikan persembahan mereka. Sepatutnya Harussani memilih untuk mengecam penganjuran program maksiat kerana gagal mengikut perintah Al-Quran serta mengucap tahniah kepada peserta himpunan kerana berjaya menggagalkan program maksiat. Pendirian Harussani nampaknya sudah terbalik dari ajaran Al-Quran.
Himpunan Gerakan Turun kos Sara Hidup (Turun) adalah anjuran empat buah NGO iaitu Turun, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM),  Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak terbabit, namun memberi sokongan terhadap himpunan aman tersebut. Para pemimpin Pakatan tidak berkempen mengerah rakyat turun ke Dataran Merdeka seperti yang dilakukan terhadap himpunan Bersih tetapi kehadiran orang ramai dianggarkan 50,000 orang.
Berkata Harussani, perhimpunan haram (mungkin maksudnya perhimpunan tanpa permit polis) bukan cara melahirkan cara tidak puas hati terhadap kerajaan sebaliknya parlimen adalah platform yang paling sesuai. Untuk pengetahuan Harussani ahli-ahli parlimen Pakatan sudah puas bercakap di parlimen perihal kenaikan kos sara hidup rakyat yang disebabkan oleh kepincangan pengurusan, keborosan kerajaan, ketirisan melalui rasuah dan penyelewengan serta sikap mengutamakan kroni daripada rakyat jelata.
Semuanya itu dilakukan oleh kerajaan BN. Namun suara Pakatan di Parlimen hanyalah sia-sia belaka. Mereka buat 'pekak badak' dan tidak ambil peduli suara pembangkang. Akibatnya rakyat biasa yang terpaksa menanggung akibat.

‘Halal darah’: Harussani perlu tarik balik ‘fatwa’

KUALA LUMPUR: PAS mendesak Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria untuk menarik balik fatwa yang menganggap peserta demonstrasi sebagai 'bughah' (penderhaka) dan halal darah mereka.

“Fatwa ini sangat bahaya kepada keselamatan negara dan jelas bertentangan dengan istilah Islam.

“Fatwa beginilah yang menyebabkan ribuan penunjuk perasaan ditembak di Mesir kerana ia adalah fatwa sesat yang jauh menyimpang dari landasan syarak,” ujar Ketua Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jelasnya, istilah 'bughah' merujuk kepada pemberontakan bersenjata sebahagian rakyat bagi menumbangkan kerajaan Islam yang memerintah dengan penuh keadilan dan mengikut lunas syarak.

Kerana itu, jelas beliau lagi ia termasuk dalam hukum hudud, bukan takzir.

“Apakah rakyat yang keluar membantah kenaikan harga barang dan kos hidup yang melampau, penentangan terhadap rasuah dan salah guna kuasa oleh pemerintah serta berleluasanya kemungkaran dalam negara adalah ‘bughah’, yang halal darah mereka?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya, sebarang fatwa yang ingin dikeluarkan oleh mana-mana mufti sepatutnya mendapat maklumat sebenar dengan membuat kajian, tinjauan dan memahami kes sebelum sesuatu fatwa dibuat.