Rabu, 1 Januari 2014
TURUN : 25,000 Peserta Bertukar Ganas. Polis Tubuh Pasukan Khas Siasat..!!
KUALA LUMPUR: Polis menubuhkan satu pasukan khas
bagi menyiasat kes berhubung perhimpunan haram yang mengganggu sambutan
ambang tahun baharu, di Dataran Merdeka, malam Selasa.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata pihaknya berjanji akan memberi keutamaan kepada kes itu dengan melengkapkan kertas siasatan dalam tempoh seminggu.
"Kami akan jalankan siasatan berhubung kes ini kerana mereka ini telah mengganggu-gugat kesejahteraan awam ketika sambutan tahun baharu malam tadi," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, Rabu.
Beliau berkata berdasarkan pemerhatian polis, kira-kira 25,000 orang hadir di Dataran Merdeka malam tadi termasuk mereka yang datang untuk menyambut tahun baharu. Polis tidak menolak kemungkinan penganjur perhimpunan itu adalah empat badan bukan kerajaan (NGO) seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.
Perhimpunan haram itu bertukar ganas dan merencatkan konsert Ambang Merdeka anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terpaksa dihentikan setengah jam sebelum detik 12 tengah malam.
Polis sebelum ini menamakan empat NGO sebagai terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram berkenaan iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

MACAI..!!! Kalau Nak Jadi Dajal Pun Janganlah Pedajalkan Orang Lain!
Ramai orang lain menjadi sakit hanya kerana ramai sangat dajal berkeliaran di kalangan manusia!
Najwa Latif nafi burukkan peserta himpunan Turun
‘ITU tidak benar. Saya tidak ‘tweet’ sebegitu’.
Demikian reaksi penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Cinta Muka Buku’,
Najwa Latif berhubung penyebaran mesej bergambar yang menyerupai akaun
Twitter miliknya, semalam.
Mesej bergambar itu seolah-olah mendakwa peserta himpunan Turun di Dataran Merdeka semalam melakukan keganasan dan gangguan seksual.
Mesej bergambar itu dikatakan menjadi “viral” di laman sosial dan mendapat kritikan hebat daripada peminat dan peserta himpunan terbabit yang kesal dengan tuduhan liar tersebut malah ia turut mengaitkan seorang isteri pemimpin tertinggi negara.
Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif mendakwa kenyataan yang dimuat naik dengan menggunakan laman mikro, Twitter menyerupai akaunnya itu dipercayai direka oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan menjatuhkan reputasinya sebagai seorang artis yang berhijab.
Menurutnya, perkara itu disedari pada lewat malam semalam selepas membuat persembahan sempena sambutan ambang tahun baharu 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
“Itu tidak benar, saya tidak ada ‘tweet’ sebegitu, dan saya boleh katakan ia palsu. Setakat ini benda itu tiada dalam Twitter saya sendiri, jadi, saya rasa itu adalah palsu, ada orang lain edit, mungkin menggunakan perisian grafik komputer.

Angkat senjata melawan kenaikan cukai...
Oleh Haris Zuan

Cukai adalah wajib. Mencukai yang mampu – khasnya yang kaya – bagi kepentingan semua adalah satu cara untuk memastikan semua dapat merasa nikmat hidup bermasyarakat, saling bantu-membantu – satu fikiran asas mengenai kepentingan cukai. Tiada yang membantah akan perkara ini. Namun yang dibantah apabila cukai yang dikenakan tidak membantu menyenangkan hidup rakyat terbanyak. Duit cukai yang banyak itu tidak jelas di mana hilangnya.
Namun, nampaknya kali ini cukai bukan sahaja dikenakan pada yang mampu, tetapi juga kepada orang kebanyakan dengan cara mencukai barangan harian. Malah, setiap tahun terdapat cukai individu untuk semua orang. Tidak boleh tidak, wajib membayarnya.
Maka orang ramai tidak lagi tertahan, kos hidup semakin mendesak dan pemerintah kelihatannya tidak mempedulikan semua itu. Malah, mereka dipaksa untuk berjimat cermat agar dapat membayar cukai terbabit. Mereka diingatkan agar bekerja lebih keras dan jangan malas! Bagaimana untuk bekerja lebih keras sedangkan mereka bangun sebelum terang tanah untuk ke laut dan juga ke bendang. Bagaimana untuk lebih berjimat jika nasi yang mereka makan pun sering dicampur ubi.
Hidup kian mendesak, rezeki yang sedikit hasil kerja keras kudrat empat keras buat menyuap mulat anak dirampas atas nama cukai. Pada masa yang sama, kelihatannya sang penguasa semakin mewah dengan kenderaan dan kediaman yang megah. Seolah-olah tulang empat kerat rakyat ini hanya digunakan buat menyenangkan nafsu sang penguasa. Jika mereka percaya rakyat akan terima bahawa kenaikan harga cukai dan harga barangan ini adalah takdir Tuhan yang tidak terelak, mereka silap!
Rakyat tidak cukup bodoh untuk menerima bulat-bulat manipulasi agama!
Akhirnya keganasan meletus. Namun segalanya sudah terlambat. Lawan tetap lawan! Sang penguasa kaget, hilang punca. Tidak menyangka bahawa rakyat sebegini berani bertindak sejauh ini. Maka sang penguasa kerana tiada bersiap siaga, terpaksa meminta bantuan tentera daripada beberapa negeri lain. Penguasa kemudiannya mengisytiharkan bahawa pemimpin yang ingkar membayar cukai itu sebagai penderhaka dan wajib dibunuh. Harta benda dan rumah mereka dibakar sehingga hangus.
Askar dikerah untuk mematahkan pemberontakan itu. Pada pejuang pula, mereka hanya mempertahankan hak dan harta masing-masing. Mereka kemudiannya berkubu mempertahankan diri. Namun, akibat pertempuran yang tidak adil, kemenangan tidak berpihak kepada mereka. Pemimpin mereka dibunuh dan dimalukan. Jasadnya yang tidak lagi bernyawa tidak pun dihormat sebagai mayat manusia – digantung terbalik beberapa hari di depan istara raja.
Sehingga busuk dan membengkak, semata-mata ingin memberi gerun kepada orang ramai – inilah padahnya jika melawan membayar cukai.
TURUN: Perjuangan rakyat sambut ketibaan 2014
KUALA LUMPUR, 1 JANUARI: Ketibaan tahun baru kali ini disambut dengan
perjuangan rakyat apabila lebih 10,000 menyertai himpunan TURUN di
Dataran Merdeka, semalam.
Himpunan anjuran Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) itu bertujuan membantah tindakan kerajaan BN menaikkan harga pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ia seakan menandakan keazaman rakyat untuk terus utuh memperjuangkan hak mereka, apatah lagi 2014 bakal menyaksikan pelbagai lagi kenaikan, antaranya kadar tarif elektrik dan tol.
Kerajaan sebelum ini menaikkan harga gula dan petrol, menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan lain, menjadikan kos sara hidup rakyat melambung tinggi.
Seawal jam 9 malam, peserta mula memenuhi tiga tempat berkumpul – pusat membeli belah Sogo, Masjid Jamek dan Pasar Seni.
Di Sogo, kira-kira 2,000 peserta berkumpul sebelum berarak menuju Dataran Merdeka.
Selain ucapan tokoh, antaranya Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Teo Kok Seong dan Pengerusi TURUN, Azan Safar, peserta turut melaungkan “hidup rakyat” dan menyanyikan lagu “Hari ini kita mesti menang” yang biasanya didendangkan ketika perlawanan bola sepak.
Kira-kira sejam kemudian, mereka mula berarak menuju Dataran Merdeka untuk bergabung dengan peserta lain.

Selamat Datang 2014 - Permulaan Tahun Gelap Buat Najib, UMNO Dan BN
Kedatangan tahun baru 2014 tidak disambut gembira oleh majoriti rakyat.
Ramai yang menganggap tahun 2014 ini adalah tahun sengsara buat rakyat
berikutan kenaikan beberapa harga barang dan perkhidmatan yang berpunca
daripada kelemahan Najib dan anggota kabinetnya dalam mengurus ekonomi
dan negara.
Dalam masa yang sama, sambutan kedatangan tahun baru 2014 juga bagaikan suatu malapetaka buat Najib. Jika tahun-tahun sebelumnya, kedatangan tahun baru disambut dengan kegembiran, keriangan dan percikan bunga api yang bergemerlapan tetapi pada tahun ini ia dimulakan dengan demonstrasi Turun di Dataran Merdeka bagi membantah kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang kian meningkat.
Kehadiran puluhan ribu orang, khususnya anak-anak muda dalam perhimpunan Turun adalah petanda jelas bahawa kerajaan pimpinan Najib semakin tidak popular di mata rakyat. Meskipun pelbagai dakyah dan propaganda cuba dialunkan sebelum ini termasuk mengaitkan kononnya perhimpunan itu bertujuan menggulingkan kerajaan sehingga hampir dua ribu golongan pendek akal turut membuat laporan polis mengenainya, hakikatnya rakyat tidak terpedaya dan goyah dengannya.
Berlangsungnya perhimpunan dengan aman dan tanpa kejadian besar yang tidak diingini, bukan saja membuktikan kematangan rakyat dalam melakukan sesuatu yang dibenarkan oleh perlembagaan tetapi juga membuktikan agenda mengguling kerajaan dan mencetuskan huru-hara bukanlah perkara pokoknya.
Perkara pokok yang ingin diperjuangkan melalui perhimpunan ini ialah untuk menunjukkan kepada kerajaan luahan hati rakyat yang sebenarnya amat terbeban dengan pelbagai kenaikan yang bakal mereka tempuhi bermula pada tahun 2014 ini. Dengan jumlah puluhan ribu yang hadir, setidak-tidaknya kerajaan mengambil langkah yang lebih pro aktif membendung kenaikan harga barang dan perkhidmatan ini jika tidak mahu lebih banyak lagi perhimpunan seperti ini diadakan.

TURUN: Dakwaan senjata dalam longkang, modus operandi ‘basi’ salahkan perhimpunan

Ia untuk memberi persepsi buruk sekaligus bertujuan menguatkan tohmahan perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) malam tadi bertujuan untuk menggulingkan kerajaan.
Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan, berkata modus operandi sama juga pernah digunakan ketika kerajaan menghadapi beberapa siri kebangkitan rakyat khususnya dalam perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sebelum ini.
“Masa perhimpunan Bersih 2.0 dahulu juga sama, kononnya ada jumpa molotov cocktail (bom petrol) yang diperbuat dari botol plastik, senjata tajam dan baju tertera logo Bersih 2.0 tetapi sehingga sekarang polis senyap dalam isu itu. Apa hasil siasatan mereka?
“Lagi pun malam tadi bolehkan menggulingkan kerajaan hanya dengan menggunakan parang dan pisau sedangkan pihak berkuasa memiliki anggota dan kelengkapan secukupnya? Ini tak masuk akal,” kata Edy Noor ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini.
Pada April 2011, sebelum Perhimpunan BERSIH 2.0 berlangsung pihak polis mendakwa menemui molotov cocktail yang diperbuat dari botol plastik, senjata tajam dan baju tertera logo Bersih 2.0 di satu lokasi yang kurang tersorok di Jalan Tunku Abd Rahman Kuala Lumpur.
Menurut polis kononya terdapat saksi yang melihat lelaki bertopeng membuangkan beg plastik berhampiran pasu bunga di lokasi terbabit.
Laporan itu bagaimanapun dipertikaikan masyarakat umum kerana dianggap melucukan umpama Pak Pandir yang menaman wang rompakan di satu lokasi dan meletakkan papan tanda ‘tiada duit ditanam di sini’ di atasnya.
Turun: Antara suara oportunis dan suara rakyat
Edwin Michael
Soalan mudah, apakah himpunan Turun hanya sekadar turun dan selesai berhimpun lalu kembali semula ke rumah masing-masing dengan harapan menggunung kononnya Perdana Menteri akan mendengar keluh kesah 10,000 rakyat yang berhimpun ini, lalu serta merta akan turunkan harga, melupuskan GST, batalkan TPPA dan mengurangkan cukai individu dan menaikkan cukai korporat?
Apa hasilnya himpunan di Dataran malam tadi? Siapa yang menjadi populis dan apa pula jaminan yang harus diberikan kepada rakyat yang dikerahkan untuk mempopularkan perhimpunan ini?
Realitinya, inilah masalah yang menghantui demokrasi di negara kita.
Maka , jika ada perhimpunan Turun selepas ini walaupun dikatakan akan melibatkan lebih ramai lagi, percayalah yang golongan oportunis ini tidak lebih daripada menjadikan rakyat marhaen ini sebagai hamba abdi demi kepentingan karier politik mereka.
Sepatutnya, perhimpunan Turun ini adalah perhimpunan rakyat marhaen, maka soalnya mengapa ada kumpulan tertentu perlu memberikan kenyataan media seolah-olah mereka mewakili keseluruhan rakyat Malaysia yang tertindas dan ditindas oleh regim pemerintah?
‘Mood’ sambutan tahun baru rosak akibat peserta himpunan Turun, dakwa polis.....Tapi jangan lupa rakyat hilang "Mood" dan makin benci dengan hamba pemimpin Umno@BN..!!!
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh hari ini menyifatkan
insiden rempuhan peserta himpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun)
di Dataran Merdeka semalam menjejaskan "mood" orang ramai yang ingin
menyambut sambutan malam tahun baru.
Beliau menyatakan kekesalan dengan kejadian semalam, dan berkata ia tidak sepatutnya berlaku, termasuk insiden membabitkan botol mineral dibaling ke arah pentas di mana Datuk Bandar Ahmad Phesal Talib sedang berucap.
"Kita merasa kesal kerana dengan perbuatan mereka mengganggu ketenteraman orang ramai hingga menyebabkan sambutan ambang tahun baru terpaksa diberhentikan," katanya lagi.
Beliau pada masa mendakwa ada usaha merempuh masuk ke bahagian pentas
utama Dataran Merdeka oleh segelintir peserta demonstarasi lewat malam
semalam.
Tambahnya, polis dapat menghalang usaha peserta demostrasi untuk terus mara ke bahagian pentas.
"Memang ada berlaku percubaan untuk mereka masuk ke atas pentas namun pihak polis berjaya menghalangnya," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur hari ini.
Antara lain beliau juga berkata jumlah kehadiran orang ramai di Dataran Merdeka ialah seramai 25,000 orang termasuk mereka yang datang untuk menyaksikan konsert sambutan ambang tahun baru.
Beliau menyatakan kekesalan dengan kejadian semalam, dan berkata ia tidak sepatutnya berlaku, termasuk insiden membabitkan botol mineral dibaling ke arah pentas di mana Datuk Bandar Ahmad Phesal Talib sedang berucap.
"Kita merasa kesal kerana dengan perbuatan mereka mengganggu ketenteraman orang ramai hingga menyebabkan sambutan ambang tahun baru terpaksa diberhentikan," katanya lagi.
Tambahnya, polis dapat menghalang usaha peserta demostrasi untuk terus mara ke bahagian pentas.
"Memang ada berlaku percubaan untuk mereka masuk ke atas pentas namun pihak polis berjaya menghalangnya," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur hari ini.
Antara lain beliau juga berkata jumlah kehadiran orang ramai di Dataran Merdeka ialah seramai 25,000 orang termasuk mereka yang datang untuk menyaksikan konsert sambutan ambang tahun baru.
Sebar Gambar Fitnah Macai Umno - PDRM tampil mohon maaf!
Pihak PDRM tercari-cari gambar yang boleh menunjukkan Himpunan TURUN semalam menjadi ganas.
Terjumpa dengan gambar di sebelah, maka dimuat naik gambar tersebut di FB dengan mengatakan lelaki itu merupakan anggota Pasukan Gerakan Am yang cedera ketika bertugas semasa Himpunan TURUN pada malam ambang tahun baru di Jalan Bukit Bintang.
Hari ini tuan empunya badan dalam gambar tampil membuat laporan polis. Dia ialah Mohd Zulhilmi Mustafar mengatakan bahawa dia bukan anggota polis yang cedera tetapi kepalanya cedera kerana ditetak seorang lelaki pada 29 Disember lepas. Akhirnya PDRM terpaksa memohon maaf seperti di atas.
Salinan
laporan polis oleh Mohd Zulhilmi yang dimuatnaik di laman Facebooknya
membuktikan bahawa dia ditetak dan dia bukan seorang anggota polis yang
cedera ketika bertugas di Ambang 2014 semalam.
Terjumpa dengan gambar di sebelah, maka dimuat naik gambar tersebut di FB dengan mengatakan lelaki itu merupakan anggota Pasukan Gerakan Am yang cedera ketika bertugas semasa Himpunan TURUN pada malam ambang tahun baru di Jalan Bukit Bintang.
Hari ini tuan empunya badan dalam gambar tampil membuat laporan polis. Dia ialah Mohd Zulhilmi Mustafar mengatakan bahawa dia bukan anggota polis yang cedera tetapi kepalanya cedera kerana ditetak seorang lelaki pada 29 Disember lepas. Akhirnya PDRM terpaksa memohon maaf seperti di atas.

ROSMAH KENA KACAU: ALI TINJU BERANG MENGAMUK NAIK ANGIN SATU BADAN!!!
TURUN: Kerajaan BN Tidak Pun Terguling, Tiada Bom Yang Meletup, Tiada Bunga Api...!!
Oleh Abdul Rahman Hashim
Heboh di dalam media arus perdana kita mengorkestrakan Perhimpunan TURUN 31 Disember 2013 adalah Perhimpunan GULING
kerajaan. Pada saya perhimpunan yang digerakkan oleh beberapa NGO ini
berjaya dari segi menghimpunkan puluhan ribu orang yang datang atas
kesedaran untuk menyatakan kepada kerajaan betapa rimas dan resahnya
rakyat akar umbi dengan kenaikan harga barang, kenaikan kadar TOL,
kenaikan tarif elektrik, kenaikan harga petrol, pengurangan subsidi gula
dan bermacam-macam lagi yang membabitkan kesengsaraan rakyat menjelang
tahun 2014

Di sebalik kejayaan itu, kegagalan yang ketara pula dilihat ialah pihak
penganjur gagal mencetuskan huru hara, tiada letupan bom selain
percikan bunga api oleh penganjur Ambang Tahun Baru 2014@DBKL.
Kegagalan menghuru harakan Dataran Merdeka mungkin mengecewakan juga
Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3 dan pihak media yang sekutu
dengannya, kerana begitu lama mereka cuba memutar belitkan matlamat
perhimpunan ini diadakan kononnya di situ akan berlaku insiden kerajaan
akan DIGULINGKAN oleh pencetus demonstran termasuk mendakyahkan kononnya akan ada letupan bom.
Semuanya AUTA belaka. Datuk Bandar Kuala Lumpur yang mengetuai pekikan
Tahun Baru di atas pentas Dataran Merdeka tidak pun terasa dirinya
terancam. Begitu juga rakyat seluruh negara pula dihidangkan dengan
siaran secara langsung oleh pihak TV tanpa ada rasa was-was akan mara
bahaya yang akan menimpa sambutan Tahun Baru kali ini. Jika benar
perhimpunan TURUN ini dianggap bahaya, kenapa Bukit Aman tidak
menasihatkan Datuk Bandar dan lain-lain VIP supaya jangan hadir; ataupun
nasihatkan sahaja agar 'Konsert Ambang Tahun Baru 2014' itu dibatalkan sahaja?
Jika dilihat propaganda yang diputarkan, Dataran Merdeka bagaikan akan
bermandi darah, mungkin juga bangunan DBKL akan dirampas, bangunan
warisan Sultan Abdul Samad dan Kelab Selangor yang berdekatan dengan
Dataran Merdeka mungkin juga turut menjadi sasaran untuk mencetuskan
rampasan kuasa. Di situ juga terlalu dekat dengan Ibu Pejabat PDRM Bukit
Aman, Bank Negara, Bank Rakyat, Bangunan CIMB, Kompleks Kerajaan Jalan
Dato' Onn serta pusat-pusat membeli belah di Sogo, Pertama Complex,
Stesen LRT di Masjid Jamek juga berdekatan, Pasar Seni, Daya Bumi, Maju
Junction, Medan Mara kesemuanya memang boleh dimangsakan jika benar
peserta himpunan ini hendak menggulingkan kerajaan. Semuanya mengarut
saje.
Detik Yang Memeningkan Najib Dan Pemimpin Umno BN
Perkara ini terjadi dek kerana 'kejayaan' peserta
Turun memberhentikan konsert KL New Year Countdown 2014 anjuran Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebentar tadi.
Bagi menyelamatkan keadaan kerana 'kejayaan' peserta Turun tersebut,
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib tampil ke atas
pentas konsert bagi menenangkan keadaan.
Boleh dikatakan perhimpunan semlam berjaya memberi isyarat awal pada pemerintah Umno BN. Rakyat makin menyampah dengan cara urus tadbir yang menindas rakyat.
SAMM telah serah individu baling botol plastik kepada polis

Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan, berkata tindakan itu perlu dilakukan demi mengelakkan perhimpunan yang disertai kira-kira 10,000 orang itu dicemari dengan kejadian tidak diingini sekaligus memburukkan nama rakyat yang menyertai perhimpunan bagi menyatakan bantahan kenaikan kos sara hidup dengan aman.
“Kami tidak berkompromi dengan pihak yang cuba menimbulkan suasana huru-hara dalam perhimpunan sebab itu kami serahkan pemuda itu kepada polis bertugas malam tadi di Dataran Merdeka.
“Berhimpun secara aman itu adalah hak yang dilindungi perlembagaan tetapi bertindak ganas tetap menyalahi undang-undang dan membahayakan orang ramai dan anggota keselamatan sendiri,” kata Edy Noor ketika dihubungi Selangor Kini hari ini.
Kata beliau lagi, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu turut mengesahkan bahawa individu itu adalah yang bertanggungjawab membaling botol minuman plastik terhadap anggota keselamatan.
“Individu yang membaling botol itu tidak memakai baju warna hitam sebaliknya memakai baju jersi Chelsea berwarna biru.
Singapura turun kadar elektrik, Kerajaan 47% BN di Malaysia terus bebankan rakyat
SHAH ALAM 1 JAN: Tindakan Kerajaan Singapura yang menurunkan kadar
tarif elektrik di negara republik itu jelas membuktikan mereka lebih
prihatin dan waras dalam mengutamakan kepentingan rakyat.
Koordinator Jingga 13, Fariz Musa, berkata perkara sebaliknya berlaku
di Malaysia apabila Putrajaya lebih cenderung untuk menaikkan harga
barangan dan perkhidmatan termasuk tarif elektrik.
“Ini membuktikan Singapura lebih waras dalam mementingkan rakyat. Berbeza dengan Malaysia, kalau boleh biar berlaku kenaikan kos barangan.
“Ini menunjukkan Singapura lebih memahami sentimen rakyat,” kata Fariz kepada Selangor Kini.
Berkuatkuasa 1 Januari 2014, Semenanjung Malaysia menyaksikan kenaikan kadar tarif elektrik sebanyak 14.98 peratus atau 4.99 sen hingga 38.53 sen per kWh dan lima sen bagi Sabah dan Labuan.
Kenaikan berturut-turut ini menambahkan beban rakyat yang bakal berhadapan ‘tahun gelap’ memandangkan sebelum itu berhadapan dengan kenaikan harga minyak, gula, tambang perkhidmatan awam dan juga bil Astro.

Perhimpunan Turun - MyDurianTv
Himpunan Turun Di Dataran Merdeka - Sinar Harian
Turun beri amaran kepada Najib
Mohd Sayuti Omar
Mungkin angka tidak penting untuk meletakkan kekuatan pada himpunan mendesak harga barang dan keperluan lain agar diturunkan yang berlangsung di Dataran Merdeka semalam. Ia boleh dianggarkan 10,000 atau 20,000 atau mencecah angka 50,000 orang peserta perhimpunan. Tegasnya himpunan bertema Turun semalam adalah satu lagi sejarah tersendiri untuk rakyat negara ini khasnya mereka yang berpartisipasi dengan acara itu.
Disebabkan himpunan semalam berlangsung dalam waktu malam, maka tidak ada kamera sesiapa dapat menjilat setiap tubuh yang hadir. Makanya para pemerhati boleh meletakkan berapa saja angka yang disukai. Daripada pihak penganjur Gerakan Turun Kos Sara Hidup, pasti berpuas hati dan mereka boleh dakwa jumlahnya melebhi 30,000.
Mereka juga perlu berasa bangga kerana kerahan melalui media baru Facebook, Twitter dan sebagainya itu berjaya. Himpunan semalam bukan digerak oleh mana-mana parti politik tetapi ia boleh dianggap usaha golongan muda Malaysia yang insaf. Satu usaha dan permulaan baru yang memberangsangkan.
Boleh jadi juga jumlah yang ramai itu terdiri daripada satu batalion askar dan pasukan polis kerana mereka ditugaskan untuk mengawal keselamatan keadaan kerana ada ura-ura keganasan akan dilakukan termasuk letupan bom bagi menggulingkan kerajaan. Sewajarnya pasukan keselamatan ditempatkan sebegitu ramai?
Sebelum itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) beria-ia meminta orang ramai agar jangan hadir kononnya himpunan itu akan diganggu dengan bom. Seorang yang didakwa mengaku untuk meletupkan Dataran Merdeka juga telah ditangkap pada siangnya sebagai membuktikan risikan polis memang ada anasir jahat yang iri hati dengan himpunan berkenaan dan ingin melakukan jenayah massa.
Barang naik harga, rakyat tanggung bahana...pemimpin bercuti dan shopping diluar negara..!!
Dr Azman Ibrahim
Sebagai pengguna yang berhadapan dengan arus kenaikan harga barangan yang tak dapat dibendung, rakyat umum tanpa mengira siapa mereka umpama mentimun dengan durian, digilis luka, menggilis pun luka.
Lebih tragis apabila bebannya bukan setakat kerana harga barangan keperluan melambung tinggi, malah lebih memburukkan keadaan apabila bekalannya juga sukar didapati di pasaran.
Memanglah secara bandingannya, harga barangan di Malaysia masih murah dibandingkan dengan Singapura, tetapi perlu dibandingkan juga jurang perbezaan pendapatan bulanan rakyat negara kita berbanding dengan rakyat negara jiran di selatan kita dengan contoh, gaji seorang guru secara puratanya mencecah SG$6,000 (RM24,000) sebulan!
Tahniah rakyat, himpunan Turun berjaya
Terima
kasih buat seluruh rakyat Malaysia, dari orang kenamaan sehingga rakyat
marhaen yang telah berhimpun secara aman dan bersurai sebaik tamat
sambutan Tahun baru 2014. Tahniah kepada rakyat yang berjaya
menganjurkan himpunan buat rakyat pada malam ini.
Himpunan pada malam ini, menyaksikan, hampir 50 ribu rakyat turun secara aman menandakan rakyat Malaysia benar-benar terbeban dengan kos sara hidup hari ini.
Himpunan ini juga diakhiri dengan lagu negaraku sebaik saja menjelang tahun 2014, sebagai simbolik bahawa rakyat Malaysia benar-benar cintakan Negara, sekaligis menafikan himpunan ini adalah usaha untuk menggulingkan kerajaan.
TURUN
juga menafikan keterlibatan dalam sebarang tindakan provokasi serta
usaha yang mengganggu sambutan tahun baru malam ini. Bahkan, kita turut
sama mengecam usaha-usaha yang dilakukan kearah tersebut.
Himpunan TURUN pada malam ini hanyalah sebagai pemula kepada perjuangan tahun 2014 yang lebih mencabar. Ucapan terima kasih juga kepada pihak polis dan DBKL yang telah memberikan kerjasama terbaik dalam memastikan himpunan malam ini berlangsung dengan aman.
Tahniah buat rakyat Malaysia.
Muhamad Azan Safar
Pengerusi TURUN
Himpunan pada malam ini, menyaksikan, hampir 50 ribu rakyat turun secara aman menandakan rakyat Malaysia benar-benar terbeban dengan kos sara hidup hari ini.
Himpunan ini juga diakhiri dengan lagu negaraku sebaik saja menjelang tahun 2014, sebagai simbolik bahawa rakyat Malaysia benar-benar cintakan Negara, sekaligis menafikan himpunan ini adalah usaha untuk menggulingkan kerajaan.

Himpunan TURUN pada malam ini hanyalah sebagai pemula kepada perjuangan tahun 2014 yang lebih mencabar. Ucapan terima kasih juga kepada pihak polis dan DBKL yang telah memberikan kerjasama terbaik dalam memastikan himpunan malam ini berlangsung dengan aman.
Tahniah buat rakyat Malaysia.
Muhamad Azan Safar
Pengerusi TURUN
TURUN: 'Himpunan lebih besar jika tiada tindakan k'jaan' - Pemuda PAS
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengancam untuk mengadakan satu perhimpunan
lebih besar sekiranya kerajaan masih tidak melakukan sebarang tindakan
menurunkan kenaikan kos sara hidup.
Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata kehadiran 10,000 golongan anak muda ke perhimpunan di Dataran Merdeka pada malam tadi menunjukkan bahawa masyarakat yang mengalami kesempitan hidup kini tidak boleh lagi berdiam diri.
"Saya juga ingin menyatakan rasa yang sama, bahawa himpunan malam tadi adalah permulaannya.
"Jika kerajaan tidak berganjak dengan sikap degil dan tidak bertoleransi dengan rakyat, himpunan yang jauh lebih besar dari ini akan digerakkan," kata Suhaizan dalam kenyataannya.
Katanya, sikap yang ditunjukkan oleh para peserta perhimpunan di Dataran Merdeka itu juga menunjukkan golongan itu menghormati prinsip demokrasi dan tidak bertindak ganas untuk menggulingkan kerajaan seperti didakwa.

Rakyat adalah tuan di negara ini
KUALA LUMPUR 1 JAN: Kejayaan himpunan membantah kenaikan kos sara
hidup yang dihadiri lebih 10 ribu peserta membuktikan bahawa rakyat
boleh berhimpun secara aman seperti yang dijamin perlembagaan
Persekutuan.
Pengerusi NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) Azan Safar berkata, himpunan berakhir dengan aman tanpa sebarang tindakkan ganas apalagi letupan bom kononnya bertujuan mahu menggulingkan kerajaan.
“Himpunan malam tadi sebagai simbolik kepada protes aman rakyat.
“Kerajaan tiada lagi alasan untuk terus angkuh,” kata Azan dalam ucapannya di Dataran Merdeka, malam tadi.
Kata Azan, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan minoriti BN yang telah memungkiri janjinya sendiri yang ditabur sepanjang kempen pilihan raya umum lalu.
“Selepas pilihan raya umum ke-13 lalu, semua yang dijanjikan tidak tepati, Kita minta mereka dengar suara rakyat. Jangan main-main dengan rakyat.
“Perhimpunan Rakyat semalam bukanlah yang terakhir, tetapi sebagai pemula kepada perjuangan rakyat pada tahun 2014 yang lebih mencabar.
“Rakyat adalah raja dalam negara. Rakyat adalah tuan dalam negara, bukan pemerintah dan bukannya Menteri,” katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Rakyat Disuruh Ikat Perut: Najib, Rosmah terbang bercuti ke LA, Sydney?
Tokoh wartawan, A Kadir Jasin, dalam tulisan di blognya pada 30
Disember lalu menimbulkan soalan ke mana perdana menteri, Datuk Seri
Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ketika sambutan
tahun baru.
Dalam tulisannya, Kadir menulis- ketika orang ramai berhimpun di Dataran Merdeka bagi memprotes kenaikan harga barang dan kos sara hidup, Najib tiada di Malaysia untuk mendengar tuntutan mereka.
“Ketika penunjuk perasaan, menentang kerajaan, menuntut itu dan ini, mereka perlu tahu bahawa perdana menteri, Mohd Najib Abdul Razak, tiada di sini untuk mendengar tuntutan mereka secara langsung,” tulis Kadir diblognya, kadirjasin.blogspot.com.
Menurut Kadir, maklumat diperolehi menyatakan Najib berada di luar negara ketika sambutan tahun baru walaupun pada awalnya dinafikan kumpulan ‘Penasihat Komunikasi Najib’ (CAG).
Katanya, dalam satu kiriman di blognya bertajuk “Wanita Chief and the Grandmaster” pada 11 Disember lalu, seorang bernama Zainol memberi komen Najib dan isterinya, bercuti ke Los Angeles (LA) dan terbang ke Sydney, Australia sempena tahun baru.
“…Dia kata Najib akan pergi cuti di LA dengan Isteri… Mereka terbang dari LA ke Sydney nak tengok matahari naik di Sydney.
“Jam itu kita masih tidor di Malaysia. Lepas itu mereka akan terbang dari Sydney pergi ke Las Vegas untuk tengok kali kedua matahari naik. Sebab Amerika satu hari lambat dari Australia,” komen itu dipetik Kadir.

Di Manakah Najib dan Rosmah Pergi Sedang Rakyat Buat Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka?
Gosip atau cakap-cakap politik,
barangkali ada kebenarannya, apatah lagi jika ia ditulis atau
dibicarakan oleh individu yang memiliki hubungan rapat dengan ahli-ahli
politik.
SMM: Himpunan Turun ambang 2014 hanya permulaan...ia isyarat pertama terhadap kerajaan 47% BN

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhammed Bukhairy Sofian, berkata mahasiswa akan terus memberi tekanan kepada kerajaan minoriti Umno-BN.
“Ini baru di peringkat permulaan. Ini baru isyarat kepada kerajaan supaya mereka sedar orang bawahan ini susah,” kata Bukhary dipetik dari Keadilan Daily
“Kalau kerajaan masih melaksanakan mahu GST, masih mahu meneruskan kenaikan harga barang, kita (mahasiswa) akan datang memprotes lagi dan terus beri tekanan kepada kerajaan,” katanya.
Beliau berkata, Kerajaan Pusat menggunakan dana awam bagi program tidak munasabah seperti perayaan malam tahun baru, sedangkan pada masa yang sama ada rakyat menderita akibat bencana alam seperti banjir di Pahang dan Sarawak.
“Kerajaan terlalu banyak mambazirkan wang rakyat. Contohnya untuk sambutan tahun baru 2014 kerajaan membelanjakan RM15 juta.
“RM15 juta itu datang dari rakyat. Jadi perlu disalurkan kepada kebajikan rakyat secara menyeluruh.
“Bukan semata-mata untuk tahun baharu sahaja,” katanya.
TURUN: DBKL bincang tindakan susulan dengan polis, kata Ahmad Phesal

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib (gambar) berkata pihaknya akan memutuskan tindakan lanjut terhadap penganjur perhimpunan itu setelah satu mesyuarat khas diadakan.
"Setakat ini DBKL belum mengenal pasti apa tindakan yang akan diambil...sama ada tindakan saman kepada penganjur atau tindakan-tindakan lain yang sesuai," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.
Polis menamakan empat NGO sebagai terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram berkenaan iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (Samm).
Mengulas mengenai jumlah kerugian, Ahmad Phesal berkata DBKL setakat ini belum menerima apa-apa laporan kerugian peralatan atau harta benda susulan perhimpunan haram itu.
"Setakat ini belum terima apa-apa.. tetapi apabila ada (laporan) kita akan lihat dan kira berapa jumlah kerugian," katanya.
Polis kumpul bukti perhimpunan haram cemar sambutan ambang 2014

Polis yang bertugas mengawal keselamatan orang awam di Dataran Merdeka malam tadi. Gambar The Malaysian Insider.
Polis akan mengumpul bukti dan keterangan saksi berhubung perhimpunan haram yang mengganggu sambutan ambang tahun baharu 2014 di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur malam tadi.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rashid ketika ditemui Bernama berkata sehubungan itu beliau menyeru semua pihak yang terlibat untuk tampil ke hadapan membuat laporan polis.
"Kita akan mengambil tindakan mengikut lunas perundangan dan sekarang bukti dan keterangan sedang dikumpul untuk disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya.
Akibat tindakan agresif peserta perhimpunan itu, tiga anggota polis tercedera dan polis turut menemui empat parang dan tiga pisau di dalam sebuah longkang di Kompleks Dayabumi, yang terletak tidak jauh dari kawasan perhimpunan haram itu.
Himpunan Turun berjaya, dakwa 50,000 sertai, kata pengerusinya Azan Safar

"Himpunan ini juga diakhiri dengan lagu Negaraku sebaik saja menjelang tahun 2014 sebagai simbolik bahawa rakyat Malaysia benar-benar cintakan negara, sekali gus menafikan himpunan ini adalah usaha untuk menggulingkan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Malah, Azan yang sebelum ini pernah ditahan polis gara-gara penglibatanya dengan Turun turut memuji kerjasama baik yang diberikan pihak berkuasa dalam memastikan perhimpunan dijalankan dengan aman.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak polis dan DBKL yang telah memberikan kerjasama terbaik dalam memastikan himpunan malam tadi berlangsung dengan aman.
"Dan tahniah kepada rakyat yang berjaya menganjurkan himpunan buat rakyat pada malam tadi," katanya.
Semalam, perhimpunan Turun yang membantah siri kenaikan barangan dan perkhidmatan oleh kerajaan pada malam sambutan tahun baru telah berjaya menawan Dataran Merdeka dengan kehadiran kira-kira 10,000 peserta.
Bagaimanapun jumlah kehadiran peserta demostrasi berbeza dengan apa yang dinyatakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad dalam sidang medianya semalam apabila menyebut hanya 5,000 orang yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.
TURUN isytihar himpunan satu kejayaan
Pengerusi Gerakan Turun Kos sara Hidup (TURUN) Azan Safar
mengisytiharkan perhimpunan malam tadi sebagai satu kejayaan ekoran
kehadiran seramai 10,000 ribu orang membanjiri Dataran Merdeka untuk
membantah kenaikan kos sara hidup.
Azan berkata kehadiran ramai peserta pada malam tadi menandakan sokongan dan reaksi mereka terhadap semua kenaikan tersebut, walaupun pihajk berkuasa mengancam mengambil tindakan dan melaber acara tersebut sebagai perhimpunan haram.
"Tahniah Rakyat. Himpunan TURUN berjaya. Terima kasih buat seluruh rakyat Malaysia, dari orang kenamaan sehingga rakyat marhaen yang telah berhimpun secara aman dan bersurai sebaik tamat sambutan Tahun baru 2014.
"Tahniah kepada rakyat yang berjaya menganjurkan himpunan buat rakyat pada malam ini," katanya melalui sistem pesanan WahtsApp kepada Malaysiakini.
Beliau turut merakam penghargaan kepada pihak berkuasa yang memberikan kerjasama terbaik dalam memastikan himpunan malam ini berlangsung dengan aman.
Berdasarkan laporan, polis tidak membuat sebarang penahanan ke atas mana-mana peserta perhimpunan tersebut.

Langgan:
Catatan (Atom)