Ahad, 30 November 2014

JEMBALANG TANAH RIZAB MELAYU YANG SEBENAR


"Bengang dituduh Bangang", Ini pesanan dari Blogger UMNO buat Najib..

Tulisan ini merujukkan kepada laporan kekesalan presiden Umno terhadap “bloggers” pro Umno yang dikatakan menghentam Umno serta kepimpinan Umno dan dalam masa yang sama – mengakui “bloggers” Umno dibayar untuk tujuan mempertahankan Umno dan mempertingkatkan partisipasi penyokong Umno dalam media alternatif dan media sosial.

Pendedahan pembiayaan ini diulas Amin Iskandar di ( SINI ) dan kegagalan blogger mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Sri Rosmah Mansor turut disuarakan Young Blogger – Nur Farhana Mohd Anuar sewaktu PAU 2014.

Semua kritikan – teguran baik dari Najib sendiri perlu diambil secara positif. Persoalan pendedahan pembayaran kepada bloggers PM – adalah satu pendedahan yang akhirnya mendiamkan penafian bloggers besar yang mereka tidak dibayar.

Artikel saya sebelum ini di ( SINI )turut mengakui ada pembayaran yang dibuat, peruntukan banyak, konvensyen setiap negeri diadakan untuk bloggers, peralatan canggih – semua disediakan.

Namun – tidak salah kalau dikatakan “dengan segala peruntukan yang ada – kelengkapan yang diberi – pencapaian yang diharapkan tidak berjaya keseluruhan malah mungkin gagal dalam menangani isu, topik dan tuduhan pembangkang”

Hari ini – persoalan mengenai blogger tersebar luas – setelah dikritik Nur Fahana Mohd Anuar dan setelah disambut presiden Umno sendiri. Rentetan sebelum ini – kita lihat di laman media sosial – kritikan blogger turut wujud terhadap kepimpinan Umno yang mengendalikan PAU – dikatakan tidak menyediakan ruangan lengkap untuk “bloggers handalan” Umno.

Pertengkaran ini memang sedia ada dalam sirkulasi pengamal media sosial Umno. Peperangan sesama turut ada dan tindakan – tindakan menghentam satu sama lain turut wujud. Masing-masing dalam sirkulasi “blogger” Umno mahu menjadi “blogger” nombor satu dan ukuran adalah melalui ranking pembaca.

Mohd Najib Kecam Blogger Upahan Umno

A Kadir Jasin
PRESIDEN Umno, Mohd Najib Abdul Razak, semalam secara terbuka mendedahkan yang Umno mengupah blogger.
Inilah kali pertama seorang pemimpin atasan Umno dan kerajaan membuat pengakuan seperti itu.
Mohd Najib berkata, mereka ini makan gaji dengan Umno tetapi menyerang balik parti itu.
Kerana itu, beliau menyifatkan mereka sebagai bangang.
Merujuk kepada Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, Mohd Najib berkata: “Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly."
Tambah Mohd Najib lagi: “Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya dalam ucap penggulungan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. (Baca lanjut di sini)
Pendedahan dan herdikan Mohd Najib itu akan melemahkan lagi perang saraf Umno di alam siber. Tanpa pendedahan dan kecaman itu pun keberkesanan blogger Umno sudah dipersoalkan.
Seperkara lagi, kalau benar blogger-blogger upahan Umno itu berperang sesama sendiri dan menyerang pemimpin parti, ia adalah cerminan perpecahan dan ketidaktentuan dalam Umno sendiri.

Fitnah Dan Menghasut: Laporan polis akan dibuat terhadap perwakilan UMNO Pulau Pinang

Datuk Mohd Zaidi Mohd Said
GEORGE TOWN, 30 NOV: Laporan polis akan dibuat terhadap perwakilan Pulau Pinang Datuk Mohd Zaidi Mohd Said yang memfitnah kerajaan negeri dan menghasut kebencian kaum dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Umno 2014.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, Mohd Zaidi menuduh kekuatan politik dan ekonomi orang Cina di Pulau Pinang berpunca dari aktiviti ekonomi haram seperti perjudian haram, pelacuran dan pusat hiburan.
“Walaupun kemungkinan tiada tindakan akan diambil, namun laporan polis mesti dibuat demi mempertahankan maruah dan kehormatan rakyat Pulau Pinang, termasuk masyarakat Cina akibat penghinaan itu.
“Semua orang di Pulau Pinang boleh berjaya sama ada Cina, Melayu atau India jika mereka jujur dan bekerja keras.
“Menuduh orang Cina yang berjaya kerana terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang adalah penghinaan, terutamanya kepada mereka yang bersih, jujur dan rajin,” kata Guan Eng dalam kenyataannya hari ini.
Tegas Guan Eng sehingga hari ini, Mohd Zaidi gagal menunjukkan bukti atau lokasi aktiviti jenayah haram yang dikatakannya.
Malah, tuduhan liar Mohd Zaidi adalah penghinaan keatas Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi yang berulang kali menafikan kewujudan kegiatan tersebut di negeri ini.

Umno akui parti komponen tak beri manfaat kepada BN


JOHOR BAHRU, 30 NOV: Perbahasan sepanjang Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2014 membuktikan parti komponen BN seperti MCA, Gerakan, MIC, PBB dan PRS tidak lagi memberikan keuntungan politik dalam gabungan BN, kata Pengarah Polisi DAP Johor Wong Shu Qi.
najib_umnoMenurut Shu Qi, ucapan antaranya oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Datuk Khairul Anwar Rahmat menyelar kritikan pemimpin parti komponen BN membuktikan UMNO merupakan parti hegemoni yang lebih berkuasa dalam gabungan itu.
“Kenyataan Khairul Anwar membuktikan bahawa MCA, Gerakan, MIC, PBS, PBB adalah sekadar ‘window-dressing’ semata-mata bagi UMNO dalam BN,” kata Shu Qi dalam satu kenyataan.
Khairul dilaporkan media mencadangkan pengerusi-pengerusi MCA, MIC ataupun Gerakan seharusnya mendapatkan restu dari UMNO terlebih dahulu sebelum diposisikan sebagai Ahli Majlis Tertinggi BN.
Kata Khairul, keputusan itu adalah bagi memastikan pemimpin-pemimpin (komponen parti BN) bukan sekadar menjadi jaguh kampung.
“Jikalau pengerusi parti-parti komponen ini berasa tidak senang hati, mereka boleh keluar dari BN supaya dapat mengurangkan penderitaan BN”, kenyataan Khairul Anwar dipetik.

'Bukan sahaja ahli di bawah, pemimpin di atas juga diuji'


KUALA KANGSAR: ‎Ahli PAS mempunyai saluran untuk menyuarakan pandangan dan pendapat serta melahirkan kritikan selagi mana ia berada di dalam lingkungan adab dan akhlak berjamaah.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar‎ berkata bukan satu kesalahan untuk kita memberi pandangan yang berbeza dalam perkara yang dibenarkan.
Namun katanya, ia perlulah dibuat dengan penuh tanggungjawab bukannya emosi dan hentam semberono.

"‎Medium media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Youtube itu sepatutnya dijadikan medan untuk kita menyerang musuh bukannya menembak sesama sendiri. ‎

"‎Perbuatan memberikan gelaran, label yang buruk sesama kita juga adalah penyumbang ke arah kekeruhan dan ketegangan di dalam parti.," ucap beliau pada Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 di sini, hari ini.

Tambah beliau, masing-masing mempunyai latar belakang pendidikan berbeza, sedikit sebanyak ia menjadi faktor berbezanya cara berfikir dan bertindak.‎
Namun, ia bukanlah alasan untuk terus bersengketa kerana jamaah juga ada disiplin yang perlu dipatuhi, perbezaan pandangan yang berlaku itu perlulah dirumuskan dan dibuat keputusan secara bersama.

Jelasnya lagi, sebuah pelayaran yang jauh pastinya menempuh pelbagai dugaan, sesekali ombak besar membadai.
"Selagi mana kita teguh dengan prinsip dan disiplin perjuangan, insya Allah selagi itu kita akan selamat untuk terus bersama dengan bahtera ini.

Harga RON97, RON95 turun mulai 12 t/malam ini, Diesel pula naik..!!

KUALA LUMPUR - Harga runcit RON97 turun sebanyak sembilan sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun empat sen seliter kepada RM2.26 seliter, selepas 12 tengah malam ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek berkata, harga runcit bagi minyak diesel pula dinaikkan kepada tiga sen seliter kepada RM2.23 seliter.
  
Harga runcit RON97 kini ialah RM2.55 seliter, RON95, RM2.30 seliter manakala diesel ialah RM2.20 seliter.
 
Menurut Hasan harga baharu ini akan berkuat kuasa hanya untuk Disember.
  
"Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos pada setiap masa dan kadar pertukaran mata wang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak diminta mematuhi penetapan harga baharu itu dan jika ingkar, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
  
Pada 21 November lepas, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengampunan terkawal mulai 1 Disember.

Serangan Najib terhadap blogger lemahkan jentera siber Umno yang menerima upah

Pengakuan Datuk Seri Najib Razak blogger pro Umno didanai akan melemahkan jentera atas talian parti itu, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.
Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu berkata, pertama kali seorang pemimpin Umno mengakui secara terbuka mereka mengupah bloggers untuk menulis bagi pihak mereka.
 “Pendedahan dan herdikan Najib itu akan melemahkan lagi perang saraf Umno di alam siber. "Tanpa pendedahan dan kecaman itu pun keberkesanan blogger Umno sudah dipersoalkan,” kata Kadir menerusi kiriman terbaru di blognya kadirjasin.blogspot.com hari ini.
Semalam, Najib menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat “friendly fire”.
 Katanya, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka.
“Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib merujuk kepada naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

MP Ampang dihalang masuki Sarawak, mahu jumpa Adenan mohon penjelasan

halang zuraidaSHAH ALAM, 30 NOV: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin kesal apabila sekali lagi tidak dibenarkan masuk ke Sarawak bagi mengikuti rombongan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu pimpinan PKR negeri.
Beliau sepatutnya bertemu dengan jentera Wanita PKR Sarawak bagi membincangkan persediaan berhadapan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang ditahan di bahagian Imigresen selepas  tiba di Lapangan Terbang Kuching pada jam 9.20 pagi.
Ahli Parlimen Ampang ini ditahan buat kali kedua selepas kejadian sama di Lapangan Terbang Sibu ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian Mac lalu.
Menurutnya, pegawai bertugas tidak memberikan sebab munasabah berhubung halangan yang tidak membenarkan masuk ke Sarawak
“Yang saya kecewa adalah tidak tahu sebab kenapa saya tidak dibenarkan masuk ke Sarawak. Saya rasa kecewa,” katanya.
Zuraida turut memaklumkan minggu lalu beliau telah menulis surat kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem bagi membincangkan masalah gadis Kaum Penan yang dianiaya tanpa pembelaan.
Katanya beliau masih menunggu tarikh perjumpaan bersama Adenan bagi membincangkan isu berkenaan.
Ekoran sekatan yang dikenakan, Zuraida dijangka pulang semula ke Kuala Lumpur pada jam 5.00 petang dengan penerbangan Malindo Air.

Selagi Noh ketuai S'gor, Pakatan terus berkuasa - Tony Pua

LGE: Najib pamer wajah 'tipu Malaysia', 'janji dihancurkan'

Terus istiqamah, perkukuhkan parti - Presiden Pas

PAS akan bantah "akta hasutan"

Cameron: Peniaga berhimpun bantah kenyataan Nazri

Sekumpulan 50 orang peniaga berhimpun di Cameron Highlands hari ini bagi membantah kenyataan Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa kawasan itu tidak selamat.

Kumpulan berkenaan mula berhimpun di Tanah Rata pada tengahari, kata penganjur perhimpunan tersebut, Cheng Hon Nan ketika dihubungi.

"Kami mahu menteri pelancongan menarik balik kenyataannya dan meminta maaf,” kata Cheng yang menambah, kenyataan tersebut akan menjejaskan industri pelancongan di kawasan tersebut.

Katanya, bantahan tersebut antara lainnya disertai pengusaha gerai, restoran dan hotel murah.

63 tahun, istiqamah perkuatkan parti - Presiden PAS

KUALA KANGSAR: ‎Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan semua pemimpin dan ahli parti wajib beristiqamah dalam memperkuatkan parti.
Berucap merasmikan Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 beliau berkata‎ dalam usia 63 tahun, setiap ahli perlu kesepakatan dalam membentuk parti.
"Walaupun ramai yang telah meninggalkan kita termasuk mereka yang berjawatan tetapi semakin ramai yang menyertai kita.
"Kita wajib beristiqamah dalam membawa parti kita yang telah berusia 63 tahun ini agar lebih teguh," ucap beliau.
Ahli Parlimen Marang itu turut berkata, PAS ditubuhkan dengan tujuan membawa politik mengikut ajaran Islam.
"Kita memilih jalan damai untuk perjuangan sebab itu demokrasi menjadi keutamaan kita.
"Namun dalam masa kita menebarkan perjuangan yang betul, muncul kumpulan yang rakus menentang Islam.
"Jadi untuk mendirikan negara Islam dan menentang kerakusan tersebut kita perlu mempunyai asas yang teguh dan kuat," ujar beliau.
Mengulas tema sambutan 'Istiqamah Menggalas Perjuangan' beliau menasihatkan setiap ahli agar perlu bersabar kerana kemenangan belum diperolehi sepenuhnya.

Tahun 2015, selangkah ke Wawasan 2020

Oleh Lim Kai Hau
Tahun 2014 yang penuh peristiwa bakal melabuh tirainya dalam masa sebulan lagi dan disusuri dengan ketibaan tahun 2015 yang amat penting.Menjelang 2015, Malaysia hanya tinggal masa 5 tahun untuk mencapai matlamat Wawasan 2020.
Pada 2015, Malaysia perlu melakukan persiapan terakhir demi mencapai matlamat negara maju berpendapatan tinggi. Perubahan baharu dalam dasar negara akan berlaku, antaranya perlaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11 dan Cukai Barang dan Perkhidmatan, serta menjadi Pengerusi Asean sementara Komuniti Asean barada dalam proses pembentukan.

Wawasan 2020 adalah satu misi yang amat mulia, namun kejayaannya akan ditentukan oleh kebolehan pemimpin dan usahama seluruh rakyat Malaysia. Negara kita harus mara dan maju ke depan, namun tahap perkembangan kita sentiasa dilambatkan oleh gangguan dari isu perkauman dan agama yang tidak membawa manfaat.
Terdapat juga pemimpin yang mencadangkan perlaksaanan dasar yang tidak lagi relevan dengan perkembangan kini dan sering memberi fokus kepada pertikaian yang tidak ada nilai kepentingan.
Ini telah menyebabkan masalah ekonomi sebenar dan cabaran Malaysia dalam persaingan pasaran antarabangsa telah diabaikan.
Dari segi ekonomi, Malaysia sedang menghadapi cabaran dalaman dan luar, di mana wujudnya masalah jurang pendapatan antara kelas masyarakat tempatan dan juga kebangkitan kuasa ekonomi negara serantau.
Meskipun setiap tahun Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi, hasilnya seolah-olah tidak dinikmati oleh rakyat dari semua lapisan masyarakat. Terdapat lagi segolongan besar penduduk Malaysia yang berpendapatan rendah tidak mampu menghadapi masalah kos sara hidup yang tinggi, masalah ini akan menjadi cetusan konflik antara kelas masyarakat yang berbeza sekiranya ia terus berlarutan.

Akta Hasutan hanya kepada yang menentang BN atau UMNO - DAP

KUALA LUMPUR: Akta Hasutan adalah taktik UMNO untuk digunakan kepada mereka yang menentang parti Barisan Nasional atau UMNO sendiri.

Demikian kata Setiausaha Agung Lim Guan Eng semasa ucapannya di Konvensyen DAP Selangor yang berlangsung di Pusat Sivik Petaling Jaya, pada Ahad.

Kata Lim, jika benar ingin memperkasakan Akta Hasutan seperti yang diutarakan dalam ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Agung UMNO baru- baru ini, ia perlulah dilakukan dengan adil.

“Jika Akta Hasutan diadakan untuk menjaga keselamatan negara, ia perlu dilaksanakan dengan adil dan saksama.

“Jangan hanya digunakan ke atas mereka yang menentang BN atau UMNO” katanya.

Lim mendakwa bahawa beberapa fitnah dan tuduhan yang pernah dilakukan oleh ahli tertinggi UMNO kepada masyarakat Cina sebelum ini tidak pula ditahan di bawah Akta Hasutan.

“Perkara ini boleh menyebabkan keselamatan kita terancam dan tergugat oleh UMNO.

Walaupun Najib tidak mengatakan secara spesifik Akta Hasutan akan digunakan untuk menangkap lebih pemimpin pembangkang, kami lebih tahu mengikut pengalaman sendiri” katanya.

Najib Oh Najib, Dulu Haramjadah, Sekarang Bangang Pula!!

Dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO semalam, meskipun Presiden UMNO, Najib Razak menyentuh banyak perkara seperti usaha menguatkan parti, rasuah, undi Cina, solidariti, serangannya kepada pembangkang dan banyak lagi, tetapi satu-satunya perkara yang terus menjadi bualan ramai ialah "bahasa kasar" yang diluahkannya kepada blogger pro UMNO.

Dalam meluahkan rasa kurang senangnya dengan sesetengah blogger pro UMNO yang dibayar dan dibiayai tetapi akhirnya menembak pemimpin sendiri, Najib menyifatkan mereka itu sebagai "bangang".

"Blogger ini cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri, tak masuk akal. Bangang," katanya dalam ucapan penggulungan itu.

Dalam perbualan atau sebutan seharian, "bangang" lebih kurang membawa maksud bodoh, tolol, dungu atau lain-lain seumpamanya yang berupa suatu bentuk penghinaan kepada seseorang atau kumpulan.

Tindakan Najib terhadap blogger ini dipercayai bukan saja kerana tidak berpuas hati dengan hasil kerja mereka, bahkan juga disebabkan sering bertelagah sesama sendiri. Kadangkala pula, blogger UMNO ini mempunyai pemimpin pujaan mereka sendiri sehingga keutamaan menonjolkan pemimpin lebih utama daripada parti.

Apabila masing-masing sudah mempunyai "godfather" yang berbeza, maka kecendungan menembak pemimpin lain yang dianggap sebagai saingan kepada pemimpin pujaan itu sudah pasti tidak dapat dielakkan.

Sehubungan itu, dalam maksud tersiratnya ialah Najib mahukan mereka ini mengutamakan UMNO yang membayar dan membiayai mereka serta lebih menumpukan serangan kepada pembangkang saja daripada menembak sesama pemimpin.

Memang sejak internet dan media sosial berkembang pesat, UMNO dipercayai telah membelanjakan jutaan ringgit untuk membayar dan membiayai blogger ini, terutama ketika berlangsungnya pilihanraya kecil atau semasa kempen pilihanraya umum dengan tujuan untuk meraih undi golongan muda khususnya.

Meskipun demikian, bahasa yang diungkapkan oleh Najib ternyata tidak sesuai dan agar kasar, apatah lagi diucapkan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara. Blogger yang terasa pedas dengan ucapan Najib itu sudah tentu berasa hati, tersinggung dan mungkin mulai rasa marah.

Kenyataan Dr Mashitah menyalahi kehendak Islam

Isu pembakaran cebisan Al-Quran yang dibangkitkan Mashitah berdasarkan cerita yang tidak dapat dibuktikan 

Mohd Nasir Zakaria (PAS)ALOR SETAR: ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Zakaria (PAS) mendakwa kenyataan Ketua Wanita Umno Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim pada Perhimpunan Agung Umno; berhubung isu pembakaran cebisan Al-Quran, menyalahi kehendak Islam.
“Isu yang dibangkitkan Mashitah berdasarkan cerita yang tidak dapat dibuktikan. Ia boleh mengundang perpecahan dalam masyarakat,” katanya.
Beliau berkata, tindakan bekas Timbalan Menteri itu lebih disebabkan kecenderungan meraih populariti dengan menimbulkan isu rasis bagi membakar sentimen kebencian terhadap pihak lain.
Akhbar Sinar Harian melaporkan, kenyataan Mohd Nasir itui merujuk kepada kenyatan Mashitah mengenai insiden pembakaran cebisan Al-Quran di berhampiran Pasar Besar Alor Setar minggu lalu.
Sebelum ini beberapa laporan media memetik, Menteri Besar Kedah , Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai berkata siasatan polis mendapati cebisan Al-Quran itu tidak dibakar, sebaliknya dikoyak oleh seorang lelaki tidak siuman dan dia kini ditahan di Wad Psikiatrik, Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Mampukah Umno pertahan kampung warisan?

BANDAR JENGKA: Akhirnya nasib, keluhan dan suara hati penduduk Matau di sini diserahkan melalui memorandum kepada pemimpin Umno pada perhimpunan agung parti itu pada Jumaat lalu melalui Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis). (Foto atas oleh Nasir Sudin)
Memorandum berkenaan antara lain meminta pemimpin-pemimpin parti pemerintah turut mempertahankan tanah warisan yang telah diteroka sejak berpuluh-puluh tahun lalu, daripada terlepas kepada kaum kapitalis terutama bukan Melayu.

Memorandum tersebut dirasakan tepat pada masanya di saat terdapat beberapa kerat perwakilan Umno yang begitu lantang mahukan kerajaan dan Umno sendiri mempertahankan tanah milik Melayu daripada terlepas ke tangan bangsa lain.

Seperti perjuangan mempertahankan Kampung Banggol Donas di Terengganu dan Kampung Chubadak di Kuala Lumpur, Matau yang kini dalam proses dimangsakan atas nama pembangunan juga turut menuntut perhatian pemimpin Umno.

Mengikut catatan sejarah, Matau ialah penempatan awal di kawasan Felda terbesar itu dan mula diduduki pada tahun 1969 oleh pekerja-pekerja sebuah syarikat pembalakan dari Kanada yang beroperasi di situ. Selain daripada itu ada juga penghijrah-penghijrah berbangsa Melayu dari luar Pahang yang membuka tanah di situ.

Ketika Bandar Pusat Jengka dibangunkan sekitar 1980-an di kawasan Jengka Tiga Segi merangkumi tiga daerah iaitu Maran, Temerloh dan Jerantut, penduduk Matau sudah pun bermastautin dan mengusahakan pelbagai aktiviti perniagaan.

Bermula pada tahun 1986 penempatan di Matau telah diiktiraf oleh Majlis Daerah Maran (MDM) dan penduduk telah dikenakan bayaran TOL (cukai pendudukan tanah sementara). Bagaimana pun pada tahun 2000 ketika penduduk ingin menjelaskan bayaran tol seperti biasa, tiba-tiba tidak diterima oleh MDM tanpa sebarang penjelasan. Pada tahun 2003 pula MDM mengisytiharkan kawasan Matau sebagai milik MDM.

PAU2014: "BLOGGER UMNO BANGANG" - “Friendly Fire” !!


Cabaran gerakan Islam di Malaysia


Pengajian_Islam

oleh MUHAMMAD NAZREEN

“Cabaran kepada aktivis Islam di Malaysia adalah untuk menggunakan imaginasi mereka mencipta dan merumuskan aspirasi mereka dalam bahasa yang inklusif, bahasa yang boleh diterima, bahkan bahasa yang boleh menggembleng dan menggerakkan semua, tanpa kira agama dan bangsa, untuk memperjuangkan agenda yang disepakati” – Bahasa, Tumit Achilles (Khalid Jaafar)
Kesimpulan Khalid Jaafar terhadap gerakan Islam adalah kemahiran bahasa dan strategi komunikasi. Pada hemat beliau, kekangan bahasa yang inklusif dan terbuka menyebabkan wacana yang dianjurkan oleh golongan Islamis di Malaysia mandom dan tepu. Ada kalanya, intelektualnya mandul.
Telahan ini benar. Memang betul bahawa cabaran besar yang sedang dihadapi oleh aktivis Islam adalah mutu penyampaian bahasa yang tidak mesra golongan masyarakat yang ragam. Namun, suatu hal lain adalah – kesilapan gerakan Islam di Malaysia adalah tahap kearifan ilmu sosial yang terbatas. Mereka lebih senang berbicara di dalam bahasa ‘teks’ dan ‘feqah’ yang eksklusif– jadi, akses pada masyarakat umum itu terbatas, jika mereka bukan datang daripada kelompok Islamis.
Perbualan penulis dengan seorang ahli politik Indonesia, Kyai Maman Imanulhaq sedikit sebanyak membuahkan formula bagaimana Indonesia bangkit dengan kekuatan intelektual yang ditunjangi gerakan agama. Pesan Kyai Maman kepada penulis: “Islam tidak akan rebah jika umat Islam itu sedar bahawa kemanusiaan itu ditegakkan dahulu, sebelum jatuhnya hukum!”
Ditanya lebih lanjut tentang Islam di Indonesia, Kyai Maman – tokoh agama yang lahir daripada korpus pemikiran Nahdatul Ulama’ menegaskan bahawa aktivis Islam di Indonesia itu harus menguasai tiga kitab pemikiran.
Pertama, kitab kuning. Kitab Kuning mewakili tradisi keilmuan dan pemikiran Islam klasik. Seorang agamawan itu harus menguasai tradisi dan budaya untuk membangun aspirasi. Kedua, kitab putih  mewakili penguasaan terhadap ilmu studi sosial seperti sains politik, sosiologi dan falsafah. Tanpa penguasaan ‘kitab putih’, Islam akan kekal sebagai teks yang beku dan kaku.

Perhimpunan Umno pupuk politik ketakutan, kebencian dan pembohongan


perhimpunan_umno


GELANG PATAH: 30 NOV: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014 yang berlangsung sepanjang hujung minggu ini tidak lebih sekadar pertunjukan politik kotor yang memupuk ketakutan, kebencian dan pembohongan, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Katanya, tema PAU kali ini adalah bagi melahirkan pemikiran bahawa orang Melayu dan Islam kini diancam, dan bakal memberi kesan buruk kepada pembinaan bangsa.
“Politik ketakutan, kebencian dan pembohongan dengan rutin menghentam orang bukan Melayu amat merbahaya kepada pembinaan negara.
“Malah mereka hanya memupuk mentaliti ‘terjajah’, tanpa membenarkan pemikiran rasional dan pertanyaan tentang mengapa selepas 57 UMNO memerintah, Melayu dan Islam masih diancam,” kata Kit Siang dalam program ‘Dialog Kedai Kopi’ di Gelang Patah, semalam.
“Jika selama lebih lima dekad pemerintahan UMNO hanya memburukkan kedudukan Melayu dan Islam, maka jawapannya adalah menyingkirkan UMNO dari Putrajaya, bukannya mengekalkan mereka,” katanya lagi.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, PAU sekali lagi menjadi medan UMNO menghentam kaum lain. Kali ini, perwakilan dari Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir mendesak slogan ’1Malaysia’ ditukar kepada ’1Melayu’.
Masyarakat Cina menerima hentaman paling teruk, apabila perwakilan Wanita UMNO Kedah Datuk Mashitah Ibrahim memfitnah komuniti Cina di Kuala Kedah membakar naskah Al-Quran, manakala wakil dari Pulau Pinang Datuk Mohd Zaidi Said menuduh kejayaan masyarakat Cina di negeri itu kerana kegiatan haram dan jenayah.

Parti komponen BN kini dipinggirkan Umno

Parti komponen BN kini dipinggirkan
Sekian lama Umno disifatkan sebagai parti hegemoni yang lebih berkuasa daripada parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN). Jika diteliti siri-siri perbahasan sepanjang Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 membuktikan parti komponen BN seperti MCA, Gerakan, MIC, PBB dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) tidak lagi memberikan keuntungan politik dalam gabungan itu.
Menurut laporan media, Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Khairul Anwar Rahmat dalam ucapan perbahasannya di PAU menyelar kritikan-kritikan oleh pemimpin parti komponen BN yang menyatakan Umno merupakan parti rasis.
Beliau mencadangkan supaya pengerusi-pengerusi MCA, MIC ataupun Gerakan seharusnya mendapatkan restu daripada Umno terlebih dahulu sebelum diposisikan sebagai Ahli Majlis Tertinggi BN.
“Ini adalah untuk memastikan pemimpin-pemimpin (komponen parti BN) bukan sekadar jaguh kampung.”
"Jikalau pengerusi parti-parti komponen ini berasa tidak senang hati, mereka boleh keluar daripada BN supaya dapat mengurangkan penderitaan BN," ujar Khairul Anwar.
Kenyataan Khairul Anwar membuktikan MCA, Gerakan, MIC, PBS, PBB adalah sekadar 'window-dressing' semata-mata bagi Umno dalam BN.
Sumbangan parti komponen lain sememangnya tidak dihargai. Walaupun Umno mendapat 88 kerusi (parti yang mendapat jumlah kemenangan kerusi terbesar) di Parlimen, tetapi Umno tidak mungkin dapat membentuk kerajaan persekutuan tanpa sokongan 14 kerusi daripada PBB, 7 kerusi daripada MCA, 6 kerusi daripada PRS, 4 kerusi daripada MIC dan lain-lain.
Tambahan lagi, Pengerusi Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga turut mengakui rakyat di kubu kuat Umno di Johor juga terhakis apabila peratusannya menjunam teruk daripada 80% pada 2004 kepada 54% pada 2013.

Kalau doktor dalam amno pun otak dia camni, bayangkan macai dan yang totok tu camne?


Akta Hasutan: Usaha Umno@BN kekal berkuasa


KUALA KANGSAR - Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan Akta Hasutan 1948 disifatkan sebagai usaha BN kekal berkuasa di negara ini.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mendakwa, Najib mahu mengukuhkan akta itu bagi mengelak rakyat bangkit melawan mereka.
Menurutnya, Presiden Umno itu seorang yang lemah kerana menukar keputusan untuk memansuhkan Akta Hasutan selepas tindakan itu tidak dipersetujui ahli Umno dan beberapa parti komponen BN lain.
“Akta Hasutan boleh disalah guna. Najib janji untuk buat akta baharu, apabila ahli Umno melenting, dia tarik balik (keputusan untuk mansuhkan Akta Hasutan). Inilah pemimpin paling lemah yang pernah kita ada.

“Saya beri jaminan, kita akan gerakkan rakyat, lawan Akta Hasutan seperti mana kita lawan ISA dulu,” katanya di sini, semalam.

Beliau turut menempelak sikap Umno yang kerap memainkan isu perkauman dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat.
Katanya, parti itu sebenarnya takut dengan PR kerana tidak menyangka beberapa negeri seperti Selangor, Kedah dan Perak boleh jatuh ke tangan pembangkang.

“Umno kini sudah tiada ideologi, perjuangan mereka lebih banyak menyentuh isu perkauman kerana itu saja yang tinggal jadi 'modal' mereka,” katanya.

Pengumuman Najib tidak boleh diguna pakai jika mahkamah putuskan Akta Hasutan tidak sah

KUALA LUMPUR: Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membatalkan keputusannya untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, tidak secara automatik menjadikan Akta itu kekal kerana kesahihannya dari segi perlembagaan sedang diputuskan oleh mahkamah.

Ini adalah pendapat peguam Gobind Singh Deo yang berkata sekiranya mahkamah membuat keputusan bahawa Akta Hasutan itu tidak sah, maka keputusan Najib untuk mengekalkan Akta itu tidak lagi relevan.

"Pengumuman Najib itu tidak akan ada apa-apa kesan jika mahkamah membuat keputusan bahawa Akta Hasutan itu tidak sah," kata Gobind ketika ditemui Astro AWANI.

Peguam Yusmadi Yusoff berkata, walaupun mahkamah bakal menentukan sama ada Akta Hasutan 1948 sah atau tidak, keputusan itu tidak akan menghalang Najib untuk kembali ke Parlimen untuk mendapatkan 'mandat' baru, dengan membuat versi baru Akta.

Yusmadi berkata sekiranya mahkamah membuat keputusan bahawa Akta Hasutan itu tidak sah, Najib mungkin akan membuat 'Akta Hasutan 2.0'.

"Perlu diingati bahawa mahkamah hanya akan membuat keputusan mengenai Akta Hasutan 1948. Najib masih boleh membuat versi baru Akta itu," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika ucapannya pada Perhimpunan Agung UMNO berkata, pindaan ke atas Akta Hasutan 1948 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada persidangan akan datang.

Perihal UMNO mendaulatkan itu dan ini

Oleh: Shirzad Lifeboat
Minggu lalu saya berada di Bali, Indonesia. Hampir setiap manusia yang ditemui adalah penganut agama Hindu. Beza mereka dengan penganut Hindu di Malaysia dan di tempat lain ialah mereka adalah berketurunan Melayu – Melayu Indonesia dan bertutur dalam bahasa Melayu (bahasa Melayu Indonesia).
Maka rumusan ringkasnya, apapun keadaan politik republik berkenaan, siapa dan parti apa yang memerintah sekalipun, Bahasa Melayu tetap menjadi penyatu kepada lebih daripada 252 juta penduduk Indonesia.
Mengetahui saya dari Malaysia, penyambut tetamu dan pelayan restoran hotel antarabangsa tempat saya menginap terus bertutur dalam bahasa Melayu walaupun mereka fasih berbahasa Inggeris. Hal ini berbeza dengan di Malaysia di mana orang Malaysia sendiri, tak kira dari keturunan apa sekalipun dan ketika bertutur dengan sama keturunan ketika berurusan di hotel, lebih-lebih lagi hotel bertaraf antarabangsa atau ketika membeli belah di kompleks membeli belah premium dan sebagainya lebih kerap bertutur dalam bahasa Inggeris seolah-olah bahasa Melayu tak laku, bukan bahasa kebangsaan, tidak difahami oleh kebanyakan rakyat Malaysia dan bukan bahasa yang boleh digunakan ketika berurus niaga.
Rumusan ringkasnya bahasa Melayu gagal menyatukan, walau hanya 30 juta penduduk, iaitu tidak sampai daripada 12 peratus dari penduduk Indonesia. Dan rumusan selanjutnya, UMNO yang begitu mendabik dada tentang mendaulatkan bahasa Melayu dan bercakap tentang itu dan ini mengenai perjuangan Melayu sejak Merdeka (malah sejak sebelum itu lagi) gagal merealisasikan matlamat bahasa Melayu sebagai alat penyatuan bangsa berbanding dengan Indonesia yang diperintah oleh parti silih berganti dan jarang-jarang bergimik tentang perjuangan bahasa Melayu.
Begitulah nasib malang yang menimpa bahasa Melayu di Malaysia berbanding di Indonesia. Dalam lain cakap pemimpin UMNO sejak Merdeka sehingga hari ini mengenai pendaulatan bahasa Melayu adalah ‘cakap-cakap yang tak serupa bikin’.
 Seperti kebanyakan pengunjung Bali, antara destinasi menarik tentulah Pantai Kuta yang menganjung ke Laut Timor. Sebenarnya keindahan pantai ini tidak ada bezanya dengan keindahan pantai di Malaysia. Benar seseorang boleh melihat dan merakamkan foto mentari terbenam di u***** Barat. Tapi scenario seperti itu turut dapat dilihat di seluruh pantai Barat Malaysia terutama di pantai di Langkawi yang menganjung ke Laut Andaman.

Dato Dr Ustazah Mashitah Harus DiTarbiyah

Oleh Sulaiman ibrahim

Kenyataan dato dr mashitah berkenaan dgn wujudnya ust n ustazah ekspres tempohari di pwtc sempena perhimpunan agung UMNO telah menimbulkan kekecewaan dikalangan artis2 yg dh berhijrah dan yg ingin berhijrah utk mendekati islam.
Dakwah itu adalah tangungjawab bersama diantara kita dan tidak semestinya seorang pendakwah yg ingin menyampaikan kebaikan memerlukan diploma ,master atau phd utk menjalankan dakwah yg ingin disampaikan.Walaupun sepotong ayat al quran disampai kan kpd insan lain itu adalah dakwah dari diri kita sndri dan juga utk kebaikan rg lain. Pendapat sy dato dr ustzah mashitah harus d tarbiyah kn semula oleh golongan ulama/umara memandang kn kenyataan2 yg dibuat olehnya sblm ini byk mengundang kekecelaruan di kalangan umat islam terutamanya org melayu d malaysia.
Kenyataan yg menampakkan riak , bangga diri dan polemik politik yg d keluarkn oleh beliau tidak mencermin kn diri nya itu sbg seorang ilmuan islam yg tinggi ilmunya. Sy menghormati ilmu yg beliau miliki tetapi dengan memperlekehkan golongan artis yg berhijrah dgn menggelarkan sbg ust dan ustzah ekspres itu adalah sesuatu yg tidak bijak dan relevan.
Artis yg berhijrah dan memilih idealogi politik lain dari parti umno bukanlah ingin menjadi ustaz dan ustazah sebaliknya hanya ingin mendekati golongan agamawan untuk mendalami ilmu.sedangkan didalam umno itu sendiri gagal mentarbiyah ahlinya dengan begitu baik samada dari peringkat dalaman ataupun luaran.
Jika berpolitik ingin mendapat pengaruh dan juga kuasa jgn lah sampai mempersendakan penyampaian agama dan jgk penghijrahan artis2 d malaysia ini utk menjalankan dakwah dan siasah walaupun berbeza pandangan politik.
Kami mohon Datuk Dr ustazah Mashitah memohon maaf secara terbuka dengan atau berjumpa bertentangan mata dengan golongan artis yg berhijrah ini untuk berkongsi pendapat dan ilmu diantara satu sama lain.sekiranya beliau ingin berforum sepentas berkenaan isu dakwah, hijrah dan siasah politik islam bersama dengan artis2 yg dituduh ustaz dan ustazah express,kami bersedia untuk sepentas dengan beliau.

Sulaiman ibrahim ( LEMAN RAJA LAWAK )
Bekas peserta rancangan realiti tv
astro RAJA LAWAK 5
AJK Lajnah Politik DPPP

Najib Kata Kembalikan Tanah Rizab Melayu..!! Siapa Yang Gadai Tanah Rizab Melayu Sejak Merdeka....

Di mata Najib, blogger pro-Umno serang Umno ‘bangang’

Amin Iskandar

Antara yang menarik dalam ucapan penggulungan Datuk Seri Najib Razak semalam adalah apabila beliau mengatakan blogger pro-Umno yang menyerang kembali parti Melayu itu sebagai “bangang”. Menurut presiden Umno itu, blogger-blogger ini seharusnya memfokuskan serangan kepada parti-parti pembangkang kerana mereka harus ingat siapa yang membiayai mereka. “Bloggers kita ini cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang.
 “Itu cara kita hendak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tidak masuk akal. Bangang,” katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur semalam. Selain menyerang kembali blogger-blogger yang mengkritik Umno ini, Najib sebenarnya secara tidak langsung memberikan pendedahan terbuka partinya membiayai kumpulan ini.
Sekian lama blogger-blogger pro-Umno ini menafikan mereka dibiayai (walaupun sudah menjadi rahsia terbuka) untuk mempertahankan kerajaan daripada serangan di media sosial, ucapan Najib semalam secara tidak langsung memberi “peluru” untuk golongan ini diserang di media sosial. “Pecah tembelang....“Bloggers kita ini cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita hendak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tidak masuk akal. Bangang,” BANGANG... BANGANG... BANGANG... BANGANG... HA HA HA,” tulis pengguna Facebook bernama Kassim Baba.
Sementara pengguna Facebook Mat Indra pula menulis: “Hahaha blogger Umno cari makan rupanya... upah tak cukuplah tu Datuk Najib. Up lah sikit.” “MasyaAllah londeh aib sendiri akhirnya! Ingatkan cerdik... kalau ye pun, PM jangan londeh dalam perhimpunan agong yang semua orang tengok! Mak aii... ingat lepas ni lagi ganas pula blogger serang balas! Hehehe,” tulis pengguna Facebook yang menggunakan nama Biaq Betoi. Di Twitter @AbdMalekHusin menulis:
“Bukan kita yang kata, Presiden Umno yang kata, "Blogger Umno bangang!" ♫ Beginilah nasib diriku yang malang... oh Tuhan ♫.” “Sebelum tidur nak peringat sekali lagi ye 'Blogger pro-Umno ni BANGANG!!' - kata #NajibRazak . Selamat malam,” tulis @RoslanKz di Twitter.
Dari segi sejarahnya, Umno dan Barisan Nasional (BN) mula memfokuskan untuk mempunyai pasukan bloggers selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 kerana merasakan mereka hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat apabila meninggalkan dunia siber.
Selepas itu, selain mempunyai pasukan bloggers, pimpinan-pimpinan Umno dan BN juga mula membuka blog kerana kepercayaan mereka akan mendapat sedikit “saham” sokongan daripada pengguna Internet yang sebelum ini hanya dimanfaatkan pemimpin pembangkang.

PAU2014: Al Kisah "BANGANG"

Datuk Seri Najib Razak menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat “friendly fire”.

Presiden Umno itu berkata, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka.
“Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib merujuk kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.




Datuk Seri Najib Razak menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat “friendly fire”. Presiden Umno itu berkata, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka. “Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib merujuk kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. “Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini. Dalam perkembangan lain, Najib mengumumkan Indeks Syariah Malaysia yang digerakkan Universiti Islam Antarabangsa dan Jakim akan dibentangkan pada Februari selepas mendapat pandangan pakar Islam. Katanya, apabila Indeks Syariah itu diperkenalkan kelak, ia boleh dipanjangkan ke negara Islam lain supaya tidak ada sesiapa yang boleh menyangkal negara di bawah Umno benar-benar menegakkan Islam. “Bagaimana kita nak cari satu penilaian yang boleh menggambarkan hala tuju yang dibawa Umno dari dulu hingga sekarang berpandukan kepada tuntutan Islam sebenar? “Maka lahirlah cadangan kita buat Indeks Syariah yang akan buat penilaian negara di bawah Umno ini menjaga agama, akal, keturunan, nyawa dan harta (iaitu) lima tuntutan maqasid syariah,” katanya.

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Arabs to present draft on Palestinian state to U.N. Security Council

The future of Egypt after the Mubarak verdict

Anti-Mubarak protesters denounce court ruling

Tahrir Square breaks out in clashes after Mubarak acquitted

Sabtu, 29 November 2014

Egyptians divided over Mubarak verdict

Wanita Umno bimbang tanah rizab terhakis..Siapa rompak dan gadai...!!!

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sekali lagi meyuarakan kebimbangan pergerakan itu berhubung tanah rizab Melayu terhakis termasuk di negeri-negeri yang tidak diperintah oleh BN.
 
Beliau berkata pihaknya khuatir mana-mana kerajaan negeri menggunakan "alasan teknikal" untuk memiliki tanah rizab melayu sehingga tanah itu terhakis.
 
"Sehubungan itu, kita minta Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menguruskan (satu) pindaan perlembagaan untuk memberi kuasa Peguam Negara sebagai 'custodian' untuk berkuasa membuat petisyen di mana tidak ada ganti wajib atau ganti semula kepada tanab rizab Melayu.
 
"Kita takut nanti ia akan dituntut oleh waris kita sebelum ini kerana kita gagal mewariskan sebuah negara kepada orang Melayu," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.
 
Selain itu, Shahrizat memberi amaran bahawa pihaknya tidak akan berkompromi sebagai jentera politik untuk mempertahankan keluhuran perlembagaan dan kontrka sosial.
 

Batu api dah biasa dalam Umno kata Najib

KUALA LUMPUR: "Jadi batu api sikit-sikit tak apa, dah biasa dalam Umno," ujar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada perhimpunan agung parti itu di PWTC, petang tadi.
Beliau menyatakan demikian mengenai Akta Hasutan yang dikekalkan.
Katanya, akta itu ditokok tambah dan akan dibawa ke persidangan Parlimen akan datang.
Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Peguam Negara supaya mempunyai kuasa pendakwaan.
"Kita minta ketegasan daripada Peguam Negara, polis buat siasatan rapi, SKMM buat siasatan sewajar supaya kita bagi isyarat jelas, tiada siapa harus takut dan bimbang kalau tidak melanggar undang-undang negara kita," ujarnya.
Justeru, katanya tiada sesiapapun harus takut dengan akta itu jika tidak mengapi-apikan dan menghasut orang.

Najib worries his solidarity call will go unheeded

There’s concern among the old guards that they will be ousted by the party’s decision to rejuvenate itself and give more space to the Youth and Puteri wings.

najib 10KUALA LUMPUR: Umno President and Prime Minister Najib Abdul Razak sounded a note of caution during his closing speech at the Umno General Assembly that his call for the party to forge unity of purpose under the solidarity theme for this year will go unheeded.
“It seems that the General Assembly this year is a little different from that in previous years,” said Najib. “The focus seems to be only on the Sedition Act 1948. But I am glad that the speeches by various leaders reflect the solidarity theme.”
He explained that he had to qualify his earlier pledge to abolish the Sedition Act because he also had a duty to ensure that there was no animosity between different communities and religions in the country.
“No one need fear the Sedition Act if they are not instigating anyone or any group,” he pledged. “A little batu api (poking fire) now and then is okay. We all do it, batu api.”
“We can’t be pre-occupied with rhetoric and polemics between different communities and religions. We have other things to do to take the country forward. There’s no such thing as absolute freedom.”
Mark Koding of Sabah, in his maiden speech in Parliament in 1978, called for the closure of vernacular schools, recalled Najib. “He was charged and convicted of sedition in 1982.”
He hastened to assure that under the Federal Constitution he had no power to direct the Attorney General (AG), but expressed the hope that he (AG) and the others like the police and the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) would work together on the sedition issue.
Solidarity is key to Umno’s relevance 
Returning to the solidarity theme, he noted that there has been criticism that the term will not be easily understood by the folks in the kampungs.
He begged to differ.
An example of the lack of solidarity, he continued was the concern among the old guards that they will be ousted by the party’s decision to rejuvenate itself and give more space to the Youth and Puteri wings.

Don't worry Muhyiddin, Umno already has 'WOW' factor - altho not in the way you imagined!

Don't worry Muhyiddin, Umno already has 'WOW' factor - altho not in the way you imagined!Umno’s ‘achievements’ have already prompted many to repeatedly exclaim “wow!” – though not in the way the party may have hoped.
Muhyiddin has been going around the country begging Umno divisions and branches to bring back the “wow factor” into Umno.
A prize of RM10,000 is offered to the winning ideas that would make the people go, “Wow! Umno has changed,” and prompt them to support Umno.
Through various undemocratic means the Umno-dominated Allirance/Barisan Nasional has held on to power for 57 long years. Though the country was going down in every area of national endeavour, the Alliance/Barisan Nasional won 11 elections with a two-thirds majority in Parliament.
Only in the 12th general election in 2008 and the 13th election in 2013 was this broken. Umno can keep the RM10,000 prize money for the “wow factor” because it already has plenty of it.
Thinking Malaysians are well aware of the following:

· Umno is responsible for the erosion of the 1957 Constitution drafted by the Reid Commission. More than 60 amendments have not only destroyed its secular nature but also trampled upon human rights and civil liberties such as freedom of speech, freedom of assembly and freedom of the print and electronic media. It is politically clever of Umno. Wow!
· Umno is perceived to have undermined the Social Contract agreed upon by Umno, the MCA and the MIC prior to independence. Once equal partners, the MCA and MIC ‘sold out’ the rights of the non-Malays and became subordinate and subservient to Umno. It was politically clever of Umno. Wow!
· In 1963 Sabah and Sarawak helped to form Malaysia. They came in as two separate and major entities, but Umno politicians have often glibly said they joined Malaysia! The Umno-dominated BN undermined the 20-point Agreement on Sabah and the 18-point Agreement on Sarawak. Now Sabah and Sarawak are considered to be merely two states within Malaysia.
The Umnoputeras and their cronies have plundered the wealth of these two entities, grabbed Native Customary Rights land in the name of development and exploited its rich oil fields with a pittance in royalty by Petronas to them.
Some 46 per cent of the population in Sarawak are Christian, but they are frequently treated as a minority and their bibles were confiscated (and only later released without an apology).
In Sabah, Project M has tilted the demographic composition of the population: illegal Muslim immigrants from Indonesia and the Philippines have given Sabah Muslim-majority status.
Despite all this, Sabah and Sarawak are considered “fixed deposits” for the Barisan in every general election. It is politically clever of Umno. Wow!

'Kami telah tiada waktu itu, jagalah perjuangan ini' - Kak Lah


KUALA KANGSAR: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff meminta kepimpinan muda menjaga PAS dengan baik agar parti itu terus mantap pada masa hadapan.
Beliau turut berharap agar kepimpinan muda yang akan menerajui PAS dalam tempoh 63 tahun akan datang menghayati pengorbanan kepimpinan terdahulu yang membawa parti ke tahap sekarang.
"Kepada pimpinan muda serta anak muda yang ada sekarang di dalam PAS, saya menyeru agar mereka menjaga parti ini dengan baik.
"Pengorbanan pimpinan terdahulu sangat besar untuk mereka bawa PAS sehingga tahap sekarang, ini yang sepatutnya pimpinan muda hargai," katanya ketika ditemui pada Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 di sini, hari ini.
‎Ahli Parlimen Rantau Panjang itu turut berpesan agar anak muda beristiqamah meneruskan perjuangan dan menghadapi cabaran dengan penuh kesabaran.

"‎Remaja yang lahir hari ini, untuk 63 tahun akan datang akan jadi pemimpin dan kami semua telah tiada pada waktu itu.
"Jagalah perjuangan ini sebab perjuangan yang dibina sebelum ini penuh dengan cabaran, bukan setakat keringat tetapi turut disulami air mata dan ada yang terkorban dalam menegakkan perjuangan Islam," sambung beliau.
Beliau juga berharap agar pemimpin akan datang mengambil pengalaman mereka sebelum ini sebagai panduan untuk memelihara PAS pada masa hadapan.

PAS akan terus perkasa Majlis Presiden PR

Pesanan KDM PAS kepada pemimpin muda

Rugi tak kenal PAS dari dulu - Abby

Blogger Umno bangang, serang kita balik, kata Najib...bangang..ha..ha..ha...!!!

Datuk Seri Najib Razak menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat “friendly fire”.
Presiden Umno itu berkata, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka. 
“Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib merujuk kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

BN hilang kuasa jika undi merosot 2% di PRU14, kata Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak lagi berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya hilang cuma 2% lagi undi.
Timbalan presiden Umno itu berkata, ahli Umno perlu bekerja keras bagi mengelakkan senario itu berlaku dan meningkatkan peratusan undi sebanyak 5% untuk meneruskan kelangsungan Umno dan BN. “Jika situasi kita tidak bertambah baik, hanya dengan 2% penurunan undi, kita akan turun berada di paras bahaya menjadi 103 kawasan (Parlimen).
"Kurang dari 112 kerusi bermakna BN pasti kalah. Minta dijauhkan,” katanya semasa ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.

'Presiden Umno masih PM selepas PRU14?' soal TPM

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan kebimbangannya terhadap pola kemerosotan sokongan terhadap BN.

Beliau berkata kemerosotan itu perlu dihentikan jika Umno masih mahu terus kekal berkuasa selepas pilihan raya ke-14.

"Saya tak tahu kalau tiga tahun akan datang kita boleh bersidang selepas pilihan raya - sama ada kita boleh panggil presiden kita sebagai perdana menteri atau tidak," kata Muhyiddin petang ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno ke-65.

Kekal Akta Hasutan demi Umno, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 dibuat demi tanggungjawabnya kepada anggota parti.

Keputusan itu juga diumumkan di Perhimpunan Agung Umno semalam atas tanggungjawab tersebut, kata presiden parti itu lagi semasa menyampaikan ucapan penggulungannya petang ini.

"Saya hendak semua ahli Umno sekarang ini tahu bahawa sebagai presiden parti saya bertanggungjawab kepada semua ahli-ahli parti.

"Kalau suara Umno hendakkan Akta Hasutan dikekalkan maka saya menerima hasrat ahli-ahli Umno seluruhnya," kata Najib.

Selanjutnya, Najib menyeru peguam negara agar bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang itu.

"Dalam perlembagaan, peguam negara ada kuasa mutlak untuk kuasa pendakwaan tapi kita minta ketegasan dari peguam negara," katanya.

Tegasnya lagi, mereka yang tidak menghasut tidak perlu takut dengan pengekalan akta itu.

Mubarak acquitted of killing hundreds of protesters during 2011 uprising

Egypt court drops case against ex-president Mubarak

Analysis: Egypt court clears Mubarak of charges of killing protesters

Muhyiddin: Presiden Umno masih PM selepas PRU14?

Ahmad Maslan ketua penerangan Umno 'syok sendiri' kata Utusan

Datuk Ahmad Maslan adalah ketua penerangan Umno paling lemah dan seringkali laksana program 'syok sendiri', demikian lapor akhbar Utusan Malaysia.
 
Pengarang akhbar berkenaan Zulkifli Jalil berkata, tanggapan itu diutarakan selepas terdapat pihak tertentu yang mendakwa Ahmad lesu dan tidak mencapai matlamat apabila penjelasan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kurang menyerlah dan difahami rakyat.
 
"Soksek-soksek mengatakan Biro Penerangan Umno diketuai Datuk Ahmad Maslan lesu hinggap di telinga penulis setahun dua ini. Kata ‘mereka’ dalam parti terutama bahagian, program penerangan lebih berupa ‘syok sendiri’.
 
" (Ahmad) Tidak mencapai matlamat seperti mana diharapkan. Antaranya penjelasan mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan beberapa bulan lagi ini (April 2015) - kurang menyerlah dan difahami rakyat. Ini sehinggakan ada tanggapan dilontarkan beliau ‘ketua penerangan Umno yang paling lemah’," tulis Zulkifli.
 
Dalam rencana bertajuk "Syok sendiri? Ketua Penerangan Umno paling lemah?", Ahmad digambarkan Zulkifli sebagai enggan menerima hakikat bahawa beliau gagal dalam tugasnya.
 
“Diajukan soksek-soksek begitu ketika ditemui penulis sebelum perbahasan ucapan dasar presiden berhenti rehat untuk solat Jumaat, Ahmad kelihatan kurang selesa dan sekadar menyambutnya: 'Tak payah sebutlah'.