Isnin, 2 Jun 2014

Jangan panggil kami YB, kata MP Padang Serai

Amalan merujuk kepada ahli-ahli Parlimen sebagai 'YB' di luar Dewan adalah "memalukan dan tidak masuk akal " kerana mereka adalah pekhidmat awam dan bukan sebaliknya, kata
MP Padang Serai,  N Surendran.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau mengingatkan ahli Parlimen supaya tidak mengangkat diri mereka mengatasi rakyat dan menghentikan amalan itu.

Katanya, dalam tatanegara bebas dan demokratik, wakil rakyat tidak seharusnya meletakkan diri mereka lebih tinggi dari rakyat melalui gelaran kehormat hanya kerana dipilih ke jawatan tersebut.

Menurut Surendran, ia tidak selaras dengan hakikat bahawa wakil rakyat yang dipilih adalah 'penjawat awam ' dan bukan tuan.

Ahli Parlimen bagi penggal pertama, yang juga naib presiden PKR itu berkata amalan tersebut adalah memalukan, tidak perlu dan agak tidak masuk akal.

Ia  juga tidak diamalkan di negara-negara Komanwel yang lain , katanya.

Istilah ' Yang Berhormat (YB), jelas beliau, digunakan oleh ahli Parlimen antara satu sama lain di Dewan semasa perbahasan.

"Orang ramai hanya perlu memanggil ahli Parlimen alamat sebagai ' encik ', ' cik ' atau 'puan'," kata Surendran.

Malangnya, kata beliau, ramai wakil rakyat mereka mempunyai tabiat memanggil antara satu sama lain 'YB' di luar Parlimen atau Dewan Undangan Negeri .
Dr Oh Ei Sun berkata punca kekalahan DAP di Teluk Intan kepada Barisan Nasional adalah kerana terlalu yakin terhadap kemenangan, bukannya kerana pengundi menolak Pakatan Rakyat (PR) disebabkan isu-isu yang berpusat di Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 2 Jun, 2014. Dr Oh Ei Sun berkata punca kekalahan DAP di Teluk Intan kepada Barisan Nasional adalah kerana terlalu yakin terhadap kemenangan, bukannya kerana pengundi menolak Pakatan Rakyat (PR) disebabkan isu-isu yang berpusat di Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 2 Jun, 2014. DAP kalah di Teluk Intan kerana terlalu yakin dan bukannya kerana pengundi menolak Pakatan Rakyat (PR) disebabkan beberapa isu sehingga menyebabkan parti pembangkang itu hilang kerusi yang dikuasai selama enam tahun kepada Barisan Nasional (BN), kata penganalisis.
Mereka memberitahu The Malaysian Insider, jangka masa setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) terlalu pendek bagi pengundi untuk kecewa dengan PR dalam menguruskan beberapa isu yang kebanyakannya berpusat di Selangor atau pengundi Teluk Intan “menghukum” gabungan pembangkang itu.
Lagipun, bukan semua pengundi luar Teluk Intan menetap di Selangor di mana PR menguasai kerajaan negeri untuk penggal kedua yang berdepan dengan masalah air, rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban serta lebuhraya kontroversi.

"Satu tahun kekecewaan berbanding dengan lebih 60 tahun daripada apa yang pada dasarnya pemerintahan rasuah BN, saya tidak fikir hujah ini boleh dipakai," kata penganalisis politik, Dr Oh Ei Sun kepada The Malaysian Insider. “Peratusan keluar mengundi rendah mungkin disebabkan mereka berfikir DAP sudah pasti akan memenangi kerusi tersebut,” tambahnya.
Sebaliknya, penganalisis dari Sekolah Pengajian Hubungan Antarabangsa S Rajaratnam di Singapura itu percaya DAP kalah kepada jentera BN yang kuat di Teluk Intan.
"DAP biasanya menang dengan rayuan media massa, tetapi dalam perlumbaan rapat seperti ini, jentera pilihan raya benar-benar penting, jadi DAP perlu bekerja keras mengukuhkan jentera di kawasan ini," kata Oh.
Terdapat juga dakwaan keputusan DAP meletakkan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon menyebabkan ketidakpuashatian di kalangan jentera yang mahukan calon tempatan, walaupun ini sudah dijelaskan oleh pemimpin parti itu pada awal waktu berkempen.
Penganalisis politik Khoo Kay Peng juga berkata, walaupun sesetengah pengundi mungkin kecewa dengan masalah PR di Selangor dan juga kelemahan gabungan itu menggendalikan isu kontroversi hudud, tidak semua pengundi dari kerusi separa bandar itu tinggal atau bekerja di negeri terkaya dan termaju itu.
Beliau menegaskan salah satu daripada sebab yang menyumbang kepada kemenangan BN adalah kerana DAP menggunakan strategi yang salah dan menambah, parti itu dilihat angkuh dan terlalu yakin menjelang pilihan raya kecil itu.
"Keyakinan mereka 'kemenangan sudah pasti’ dan jumlah lebih besar orang yang menghadiri ceramah sebagai tanda kemenangan adalah salah," katanya.
Pada ceramah akhir menjelang hari pengundian, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendakwa 20,000 menghadiri ceramah mereka; pada masa sama, portal berita Malaysiakini melaporkan hanya 70 orang menghadiri ceramah BN.
"Pada saat akhir, beberapa pemimpin memberi amaran Dyana hanya mempunyai 47% peluang untuk menang dan menggesa pengundi luar untuk kembali, tetapi mesej itu terlambat," kata Khoo.
Dyana yang masih baru dalam politik dikalahkan dengan tipis oleh calon BN, Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 238 undi.
Mah yang juga presiden Gerakan mendapat 20,157 undi berbanding Dyana yang hanya mendapat 19,919 undi. Terdapat 550 undi rosak.
Mah merupakan ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 1999 dan 2004.
Selepas itu, beliau kalah kepada M Manogaran (pada 2008 dengan majoriti 1,830 undi) dan Seah Leong Peng 2013, dengan majoriti 7313 undi), kedua-duanya merupakan calon DAP.
Peratusan keluar mengundi rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan 66.7% berbanding 80.7% pada PRU13 dan ini memudaratkan DAP kerana ia merupakan isyarat pengundi  tidak menganggap pilihan raya kecil serius.
"Perlu ada alasan kukuh untuk pulang mengundi dan pengundi tidak melakukannya untuk pilihan raya kecil. Ia tidak seperti pilihan raya umum, di mana pengundi mengetahui mungkin terdapat perubahan kerajaan," kata Profesor Dr James Chin dari Monash University Malaysia.
Kedua-dua Dr Jayum Jawan dari Universiti Putra Malaysia dan Dr Arnold Puyok dari Universiti Malaysia Sarawak merasakan DAP tidak begitu gigih meyakinkan pengundi luar Teluk Intan untuk pulang mengundi.
Jayum berpandangan ia berlaku kerana faktor baik PRK Bukit Gelugor pada 25 Mei, di mana DAP menang kerusi tersebut dengan mudah sementara Puyok mengatakan DAP terlalu tertumpu kepada Dyana berbanding isu setempat yang menjadi kebimbangan utama pengundi kawasan separa bandar itu.
Tetapi Pengarah Strategi DAP, Dr Ong Kian Ming memberi amaran kekecewaan dengan prestasi PR selepas PRU13 tidak boleh ditolak sebagai punca peratusan mengundi yang lebih rendah.
"Pakatan perlu mempertimbangkan arah keseluruhan gabungan itu untuk bergerak ke hadapan bagi mengelakkan pengundi tidak keluar mengundi dalam PRU kerana kecewa dengan kedua-dua BN dan PR," katanya.
Ong juga tidak percaya keputusan PRK Teluk Intan adalah disebabkan pengundi bertindak balas kepada masalah kerajaan Selangor atau ketidakupayaan PR menguruskan PAS yang berdegil untuk melaksanakan hudud di Kelantan.
Hasrat PAS melaksanakan hudud di Kelantan mendapat tentangan sengit daripada DAP dan parti komponen Cina BN.
Setakat ini, rancangan itu ditangguhkan sehingga satu kajian dilakukan oleh jawatankuasa yang terdiri daripada Putrajaya, PAS dan kerajaan Kelantan. – 2 Jun, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-kalah-di-teluk-intan-kerana-terlalu-yakin-kata-penganalisis#sthash.RssBe77V.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA