Rabu, 23 April 2014

Terowong RM340 juta: Rakyat mahu penjelasan munasabah

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad menggesa pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar tampil memberi cadangan berhubungan pembinaan terowong pejalan kaki menghubungkan Muzium Negara dengan KL Sentra oleh MRT Corp.

Beliau, pada sidang media di pejabatnya hari ini memberitahu selain kos yang tinggi iaitu RM340 juta, ia turut mengundang risiko keselamatan.

"Saya mahu pihak kerajaan tampil memberi penjelasan kenapa memilih untuk membina terowong yang risiko keselamatan amat tinggi.

"Saya mahu penjelasan yang munasabah dan bukannya penjelasan politik," katanya.

Khalid berkata, beliau difahamkan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid ada mencabar beliau sebagai bukan pakar dalam bidang berkenaan.

"Ia saya akui saya bukan pakar, Azhar hanya berani cabar dalam mesyuarat sahaja tetapi tidak di luar, walaupun kenyataan tak disiarkan tetapi maklumat itu saya perolehi.

"Persoalan saya mudah sahaja, kenapa pilih bina terowong sedangkan membina jejantas adalah lebih murah iaitu RM50 juta sahaja, malah risiko keselamatan amat rendah.

"Selain itu juga orang akan nampak jejantas tersebut, bila kita bina dengan kemudahan yang terbaik, terowong apa yang kita nampak sebab ia berada di bawah tanah," katanya.

2 ulasan:

  1. Terowong masjid negara tulah contohnya.. banyak mengundang musibah dari pekdahnya.. maksiat ragut dsbgnya..

    BalasPadam
  2. Bukan apa nak...... perolehi duit lebeh itu aje ceritanya..... kalu buat jejantas duitnya ciput......budak sekolah rendah pun tahu......ABU

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA