Khamis, 24 April 2014

Putrajaya swastakan Penang Port senyap-senyap

Ahli parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menyelar tindakan Putrajaya yang menswastakan Penang Port secara senyap-senyap tanpa melalui tener terbuka yang melanggar tatakelola dan urus tadbir yang telus.
Sim dalam kenyataannya turut mendedahkan, pemenang bidaan keatas Penang Port adalah kroni BN, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
“Kenapa tidak mengumumkan berita yang cukup penting ini? Kenapa Penang Port diswastakan secara senyap-senyap?
“Adakah kerajaan ingin menyembunyikan sesuatu? Adakah kerajaan takut rakyat mengetahui satu lagi asset strategic nasional telah diswastakan? soal Sim.
Sim memaklumkan pada 24 Mac 2014 meminta Perdana Menteri menyatakan status terkini penswastaan Perlabuhan Pulau Pinang.
Jawapan diterimanya memberitahu Syarikat Seaport Terminal (Johore) Sdn Bhd berjaya membida cadangan penswastaan Perlabuhan Pulau Pinang melalui pemilikan ekuiti di dalam Penang Port Sdn Bhd.
Rundingan terma perjanjian dimuktamadkan dan perjanjian tambahan penswastaan perlabuhan Pulau Pinang ditandatangani pada 23 November 2013 antara kerajaan diwakili Kementerian pengangkutan dan suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dengan pihak syarikat.
Tambah Sim, sekali lagi penswastaan ini melalui tender terhad (restricted tender) yang dimenangi kroni BN, Syed Mokhtar al-Bukhary.

“Kebelakangan ini, satu demi satu asset strategik nasional dan syarikat strategik satu demi satu telah jatuh ke tangan Tan Sri Syed Mokhtar. Di antaranya adalah Proton Holdings Bhd, Pos Malaysia, Bernas, Puspakom, Central Sugar Refinery dan banyak lagi.
“Mengapakah kerajaan membenarkan seorang peniaga merangkumi begitu banyak asset strategik dalam tangan seseorang? Adakah ini melanggar kepentingan nasional? soal Sim.
Justeru, beliau mendesak Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan mengumumkan segala butiran penswastaan ini dengan segera.

4 ulasan:

  1. Dengan Nama Allah SWT
    Soalan di minda aku , Andaikata malaikat maut menjemput Tan Sri Syed Mokhtar , siapa yang akan dapat untung akan harta dunia nya???

    BalasPadam
  2. Baguslah org melayu dapat... Abis tu ko nak bg cina???? Yg penting orgmelayu

    BalasPadam
  3. Kalau Syed Mokhtar mati aku percaya major equity dia akan terlepas kepada pimpinan politik UMNo. Syed Mokhtar hanya la proxy mereka untuk merompak khazanah negara Malaysia.

    BalasPadam
  4. Hanya kerana sekerat dua kroni atas nama melayu semua projek disapu oleh melayu. Melayu kapitalis dgn bukan melayu kapitalis apa bezanya? DEB bukan dihasilkan utk kroni umno/bn tetapi utk semua bumiputra. Atas nama melayu juga, ramai melayu yg terus merempat di tanahair sendiri. Apakah melayu selain kroni tidak layak memiliki rumah dan tanah kediaman sendiri sehingga disingkirkan terutama di tanah2 setingan dan tanah2 yg diteroka mereka berpuluh-puluh tahun tetapi dirampas oleh kroni dan pemaju tanpa belas ehsan. Dimanakah hak kita sebagai rakyat yg telah merdeka 50 tahun.

    Hidup Melayu X3 tetapi melayu terus merempat selama ini.................yahudi pun tidak tindas bangsanya sendiri tetapi melayu lagi teruk dari yahudi. Fikir-fikirkanlah...............

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA