Khamis, 24 April 2014

Orang ramai dilarang sertai Himpunan Bantah GST 1 Mei kata Polis

Orang ramai dilarang menyertai Himpunan Membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dijadual bermula di KLCC dan berakhir di Dataran Merdeka pada 1 Mei ini kerana program itu tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata program itu tidak mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa selepas pihak penganjur perhimpunan gagal mengemukakan surat kebenaran daripada pihak pengurusan KLCC dan Dataran Merdeka untuk menggunakan lokasi berkenaan.
Katanya beliau telah mengadakan pertemuan dengan anggota jawatankuasa penganjur, S. Arutchelvan, yang juga setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan pembantunya pada 16 April lepas bagi tujuan mendapatkan maklumat bagi membolehkan polis membuat persiapan awal.
"Arutchelvan memberitahu bahawa mereka semua akan berkumpul di KLCC pada tengah hari dan kemudian akan berarak ke Dataran Merdeka.
"Saya menasihatkan mereka supaya mematuhi Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memerlukan mereka mendapatkan kebenaran pihak pengurusan lokasi perhimpunan," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Zainuddin berkata dua hari selepas pertemuan itu, pihak penganjur telah menghantar notis pemberitahuan mengenai perhimpunnan kepada pihak polis tanpa surat kebenaran daripada pihak pengurusan KLCC dan Dataran Merdeka.

Beliau berkata pada 21 April lepas, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Md Ramli.
"Mereka memaklumkan akan mengadakan perhimpunan yang sama tetapi disebabkan masih tidak mempunyai kebenaran daripada pengurusan di kedua lokasi itu maka saya menasihatkan mereka supaya memilih lokasi alternatif di Stadium Merdeka," katanya.
"Saya mengesyorkan supaya mereka memohon kepada Perbadanan Stadium Malaysia untuk mendapatkan kebenaran namun sehingga ke hari ini mereka juga tidak memberikan sebarang jawapan," katanya.
Justeru, Zainuddin berkata oleh kerana pihak penganjur gagal mematuhi akta tersebut dan sekiranya diteruskan maka ia menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Perhimpunan tersebut sempena Hari Pekerja itu dirancang oleh satu gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

2 ulasan:

  1. Himpunan potong ayam ari tu dapat kebenaran ker?awat bole plak.nie nak tanya skit ler,demo yg ngo mesra umno buat tu memang ader permit ker?sembang kasi orang bimbang.pirah!!!!!!!!

    BalasPadam
  2. Polis menmang barua umno/bn. apa saja umon /buat tampa permit dekat mana saja boleh. Polis ni kerja untuk negara dan rakyat ke untuk umno dan bn. bila orang kata polis barua umno /bn depa marah. Tapi tindak tanduk dan amalan mereka memang jelas sememangnya barua dan anjing umno/bn.Janganlah bodoh rakyat. Rakyat dah ramai pandai malah lebih pandai dari kpn mau pun pm dan menteri2nya. Hanya kuasa masih berpehak kepada meraka untuk tidak belaku adil kepada rakyat.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA