Isnin, 30 Disember 2013

PANDUAN HIMPUNAN TURUN 31-12-2013


TURUN jamin himpunan 31 Dis aman

Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) memberi jaminan perhimpunan yang akan diadakan malam esok bakal berlangsung aman.

Pengerusinya, Muhamad Azan Safar berkata, himpunan yang berkonsepkan duduk dan bantah ini bertujuan untuk rakyat memberi mesej jelas berhubung isu protes kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Himpunan ini juga bebas dari sebarang provokasi dan ancaman yang menggugat kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.

“Peserta himpunan juga diseru untuk membawa bendera Malaysia tanda patriotik dan cinta kita kepada negara selain memakai pakaian tema yang berwarna hitam,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Katanya lagi, peserta dilarang membawa poster atau sepanduk yang mengandungi unsur provokasi dan ancaman.

Menurut beliau lagi, mana-mana ahli  politik yang ingin turut serta diminta tidak membawa ideologi politik dalam perhimpunan itu.

“Himpunan ini adalah himpunan rakyat, yang akan diraikan dan disambut juga oleh rakyat.

“Mana-mana kumpulan termasuk ahli politik sewajarnya turun sebagai rakyat tanpa bendera yang melambangkan parti masing-masing,” katanya.

Menurut Azan, waktu berkumpul adalah pada jam 9 malam dan peserta dijangka bersurai secara aman setelah meraikan tahun baharu 2014.

Himpunan TURUN boleh dielak jika Najib...

Kita akan mengakhiri tahun 2013 Masihi yang boleh dianggap tahun tiada kemenangan untuk BN dan PR. Tahun seri. Tahun ini telah berlangsung pilihan raya umum ke-13, Mei lalu dengan kesudahan memberi kemenangan kepada BN (dengan kiraan kerusi), bagi terus memerintah Malaysia selama lima tahun lagi.

Manakala dari sudut undi popular, PR boleh merasa mereka menang kerana mempunyai kelebihan undi sekitar 2%, dengan kedudukan 52% PR berbanding 47% BN.

Beberapa jam lagi tahun 2014 akan meninggalkan kita dengan membawa seribu kenangan pahit manis terutamanya dalam arena politik. Sepanjang 363 hari lalu bermacam-macam aksi politik yang berlaku, dan telah dirakam oleh sejarah. Dalam pelbagai aksi itu berbagai tunjuk perasaan, himpunan, perarakan, protes telah diadakan. Semua aksi dan keramaian itu meletakkan BN dalam keadaan cemas dan bimbang.

Bolehlah dianggap sebelum pilihan raya umum, 5 Mei 2013 seluruh pemimpin BN terutamanya Umno tidak nyenyak tidur. Mereka pada waktu itu sedang bertarung nyawa sama ada akan dapat meneruskan mempertahankan kerajaan atau pun tidak. Tegasnya tahun 2013 adalah tahun sangsara politik bagi BN dan tahun kekurangan bekalan oksijen bagi Umno.

Walaupun kerajaan pimpinan Mohd Najib Razak sepanjang tahun 2013 tidak membuat banyak tangkapan bagi mengendur semangat dan aksi 'pemberontak demokrasi' rakyat seperti di era Dr Mahathir Mohamad, tetapi ada banyak juga ahli politik pembangkang diseret ke penjara, ditahan dalam lokap polis dan dibawah ke mahkamah. Sesetengah perbicaraan atas pelbagai tuduhan yang setengahnya tidak masuk akal masih belum selesai hingga kini.

ALI TINJU BERI AMARAN KERAS KEPADA RAFIZI RAMLI SUPAYA JANGAN GANGGU ROSMAH MANSOR..!!


SEBELUM INI BEKAS PREBET TENTERA ALI TINJU TELAH BERI AMARAN KEPADA YB AZMIN ALI AGAR JANGAN SERANG ROSMAH MANSOR JIKA TIDAK MAU DIADAKAN PERTUNJUKAN TARIAN TONGENG PUNGONG DI DEPAN RUMAHNYA .. KALI INI YB RAFIZI RAMLI TELAH DIBERIKAN AMARAN KERAS..

DAHSYAT SUNGGUH BEKAS TENTERA YANG BERPANGKAT PREBET NI ... PENYOKONG DIA PUN RAMAI YANG DATANG DI DATARAN MERDEKA TADI .. HAMPIR 50,000 ORANG!!!!

DBKL SUDAH GILA KERANA SIKAP MEMBAZIR BOROS RM15 JUTA DUIT RAKYAT HANYA UNTUK RAIKAN TAHUN BARU 2014!



Entahlah saya bersependapat dengan rakan saya...hati ni tak boleh terima 15 juta "dibazir" begitu saja Ye lah'Celebrate'lah...suka hati lah..di saat rakyat tenat.. tenat dari banyak segi..fizikal, kewangan, spiritual, moral... in my opinion we shouldn't be "celebrating" ... (you don't have to agree)

A future full of struggles and uncertainty for me.. Happy new Year 2014...


Dari FSS: "15 JUTA diperuntukkan oleh DBKL untuk perayaan tahun baru!


Ini gila dan menghina. Saban tahun ia acara lagha yg langsung tiada faedah kepada rakyat. Kecuali jika sibuk benar mahu mempertahankan alasan pelancongan.


Ini gila dan menghina, di saat rakyat disuruh berjimat cermat, hidup dengan berkat dan halal, positif dengan segala kenaikan, 15 juta dihabiskan untuk detik 2014.


Gila dan menghina! Di saat program menangani gejala sosial langsung tiada bajet!"

HANYA PEMIMPIN DAN KERAJAAN GILA BUAT KERJA GILA!!!!!

BN terus ‘curi’ duit rakyat ketika kenaikan harga barang, hutang

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengecam kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana tidak memerangi rasuah sebaliknya membiarkan kroni dan keluarga BN terus ‘mencuri’ duit rakyat ketika rakyat sedang bergelut dengan kenaikan harga dan hutang sebanyak 83.5 % daripada hasil Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) merupakan yang kedua tertinggi di Asia.
Beliau berkata, apa etika kuasa dan justifikasi kerajaan Persekutuan apabila bertindak menaikkan kos sara hidup sedangkan mereka enggan melaksanakan pembidaan tender secara terbuka dan kompetitif serta enggan mendedahkan aset yang dimiliki.
Katanya, tindakan kerajaan menaikkan kos sara hidup dan membiarkan korupsi boleh menyebabkan negara berdepan inflasi dan menjejaskan peluang kenaikan gaji dan bonus 14.4 juta pekerja pada 2014.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, kenaikan kadar tol, tarif elektrik dan sebagainya memberi kesan negatif dan boleh mengakibatkan inflasi.
Menurutnya, biarpun berlaku kenaikan gaji dan bonus namun ia tidak seiring dengan peningkatan kos yang akhirnya menyebabkan kehidupan rakyat Malaysia semakin sukar.
“Berdasarkan kajian Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), ia mendedahkan daripada 257 syarikat yang mempunyai lebih daripada 13,000 majikan, pekerja berjawatan eksekutif dijangka kenaikan purata 5.63% dan 5.65% bagi pekerja bukan eksekutif,” katanya dalam satu kenyataan.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, memburukkan lagi keadaan, korupsi yang semakin kronik di negara ini juga menyumbang kepada kesengsaraan rakyat apabila ia merencatkan penjanaan ekonomi negara.

Selain Tukar Penasihat, Najib Juga Perlu Tukar Menteri Cap Ayam Dalam Kabinetnya

Sesiapa pun kini dapat merasakan bahawa sokongan rakyat terhadap kerajaan berada di tahap paling lemah sekali. Di mana-mana mudah saja kedengaran rungutan dan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan. Rungutan tidak lagi diluahkan oleh kelompok yang memang kritikal dan menentang kerajaan, bahkan kebelakangan ini suara daripada dalam UMNO dan kerajaan sendiri semakin lantang mengkritik Najib dan kerajaan.

Atas semua yang berlaku sehingga kerajaan dikritik sekarang ini, Najib sebagai nakhoda parti dan kerajaan adalah orang yang paling dipersalahkan mengenainya. Kelemahannya dalam memimpin negara, lambat bertindak dan perlahan dalam memberi respon terhadap sesuatu yang menjadi bebanan rakyat adalah antara punca semakin merosotnya sokongan rakyat ini.

Kelemahan Najib sebahagiannya adalah disebabkan karenah penasihat serta anggota kabinetnya yang turut lemah. Selain Najib sendiri mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan, kedudukan beliau diburukkan lagi oleh penasihatnya yang tidak memberi laporan betul atau hanya berdasarkan kajian di dalam bilik pejabat sahaja.

Dalam menguruskan negara, Najib dikatakan mempunyai paling ramai penasihat, daripada Idris Jala yang mengetuai Pemandu, Wahid Omar yang mengendalikan Unit Perancang Ekonomi atau EPU, Omar Ong sebagai pegawai khas utamanya, beberapa pegawai khas lain, beberapa setiausaha politik, perunding antarabangsa yang dibayar jutaan ringgit seperti Apco sehinggalah beberapa rakan lamanya seperti Jamaluddin Jarjis dan Elis Anor yang diberikan ganjaran lumayan melalui dana awam atau kedudukan dalam korporat.

Semua mereka ini merupakan watak penting dalam menentukan perjalanan parti dan kerajaan, walaupun Najib juga mempunyai barisan menteri kabinet dan anggota MT UMNO yang turut berperanan memberi pandangan serta idea kepadanya.

Sebelum pilihanraya 2013, Najib menjadi Perdana Menteri hanya menumpang atas mandat yang diperolehi oleh Pak Lah dan PRU 13 adalah ujian pertama Najib. Keputusan pilihanraya itu memperlihatkan Najib lebih gagal daripada Pak Lah walaupun dengan perbelanjaan pilihanraya yang dipercayai jauh lebih besar daripada pilihanraya-pilihanraya sebelumnya.

Rakyat Perlu Diberi Peluang Bersuara -Timb Ketua Pemuda PAS



GANTI: Baru Dua Bulan Ditubuh Tak Munasabah Nak Guling Kerajaan



Rafizi lodges report against pro Umno bloggers



Peningkatan kos persekolahan 2014, dilema baru rakyat

KUALA LUMPUR: Menjelang sesi persekolahan 2014, ibu bapa berhadapan dengan cabaran kewangan yang agak kritikal ekoran daripada impak kenaikan harga petrol dan gula beberapa bulan lalu.

Harga barang-barang keperluan seperti makanan dan minuman meningkat secara purata 20% hingga 50%.

“Rentetan siri kenaikan itu, ia turut memberi kesan rantaian kepada input-input persekolahan,” ujar Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin dalam satu kenyataan

Katanya, antara yang ketara ialah yuran pendaftaran dan bulanan, kadar tambang bas, set pakaian, buku-buku serta alat tulis.

“Pakej kenaikan ini sukar ditampung oleh pendapatan isi rumah semasa memandangkan terdapat beberapa faktor luaran yang berlaku antaranya adalah bencana banjir, sambutan perayaan krismas dan kelewatan pembayaran bonus tahunan yang dijangka pada 2 Januari 2014 bagi pekerja sektor awam,” ujarnya lagi.

Awal Disember lalu, katanya Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) telah memberi kata dua kepada kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sama ada mengumumkan kenaikan kadar baru tambang bas sekolah atau mereka sendiri yang akan menaikkannya sehingga 40% bagi mengelak menanggung kerugian.

Walaubagaimanapun, kata beliau menurut dapatan sekitar Kuala Lumpur, terdapat pengusaha bas telah menaikkan kadar tambang baru antara 30% hingga 60% bagi tahun 2014.

Beliau berkata, beberapa hari sebelum pendaftaran, operator prasekolah dan sekolah-sekolah turut melakukan semakan baru terhadap bayaran pendaftaran dan yuran bulanan.

Pesta demokrasi dan polis moral

Mahdzir Ibrahim

Dalam konteks duniawi, sambutan pesta tahun baru, sambutan hari merdeka dan yang seumpama dengannya adalah manifestasi dari sebuah pesta yang lebih besar iaitu pesta meraikan demokrasi.
Tanpa demokrasi, pesta-pesta ini tidak akan menjadi “pesta”, sebaliknya menjadi aktiviti ritual yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi, terpisah-pisah dan rahsia.
Tidak ada liputan, tidak ada jemputan keramaian dan tidak ada “politik” bermasyarakat. Jika demikian rupanya, seakan kita tidak bernegara, tidak berkomuniti dan tidak bersolidariti.
Tidak ada manusia yang tidak suka berpesta, yang bersukan pestanya di temasya sukan, yang suka membaca pestanya di pesta jualan buku begitu juga dengan yang lain-lain.
Kesemua pesta-pesta ini disambut dengan “bahasa” dan “gaya” masing-masing, hakikatnya itulah pesta untuk meraikan diri, kelompok, budaya dan kepercayaan masing-masing.
Pesta demokrasi dibajak
Namun, pesta-pesta rakyat yang muncul dalam ruang demokrasi itu, pada hari ini bukan lagi pesta yang dirai sepertimana sebelumnya, kini ia telah dibajak oleh golongan mereka-mereka yang anti demokrasi.
Mereka yang anti demokrasi ini datang dari dua golongan, iaitu golongan mereka yang berada dalam politik kuasa iaitu pemimpin elit Umno Barisan Nasional (BN) dan golongan kedua adalah mereka yang mahu menjadi polis moral yang terdiri di kalangan tokoh masyarakat, badan bukan kerajaan seperti Perkasa, Jati dan segala suku-sakat Umno.
Hasil bajakan dua golongan itu, pesta-pesta ini menjadi plastik, kaku, kering dan “poyo”, ia bertukar menjadi pesta merai pemimpin politik yang memusuhi demokrasi terbuka dan juga mereka yang memusuhi semangat kepelbagaian kaum dan budaya.
Pada awalnya, golongan “politik kuasa” Umno BN ini melihat pesta-pesta rakyat sebagai tempat untuk mereka menyelit dan mencelah didalam himpunan-himpunan rakyat.
Bagi mereka, peluang ini bukan mudah untuk diperolehi. Maka berduyun-duyunlah ahli politik Umno BN turun menebeng tunjuk muka dengan ucapan dan slogan jeritan yang membodohkan rakyat.
Tidak cukup dengan itu, pesta plastik dibuat sebanyak-banyaknya agar golongan ini akan dapat lebih kerap muncul dipentas-pentas pesta rakyat. Pesta-pesta bangang mula muncul sebagaimana munculnya Tan Sri Isa Samad dari keranda politiknya.
Tak cukup lagi, mereka “paksa” rakyat untuk datang meramaikan pesta plastik mereka dengan pelbagai helah, tarikan dan imbuhan yang bukan-bukan.
Tak cukup lagi, sebarang pesta-pesta lain yang tidak mengiktiraf kuasa politik mereka, pesta itu akan diharamkan. Tak cukup diharamkan, pesta itu dikaitkan pula dengan aktiviti keganasan dan jenayah.
Malah contoh terbaru, apabila anak-anak muda mahu sambut tahun baru dengan pesta demokrasi Turun, pesta ini dilabel menjadi ancaman untuk menggulingkan kerajaan, ugutan bom dan sebagainya yang akhirnya bertujuan agar rakyat menjauhi dan membencinya.
Tak cukup dengan menghentam pesta demokrasi oleh kumpulan anak muda yang pro-demokrasi, pesta anjuran disebelah Umno BN sendiri pun turut dihentam oleh golongan “polis moral” sebagai pesta maksiat.
Inilah lawak politik kumpulan yang anti demokrasi ini. Dia sama dia kini sedang bercelaru atas faham dan amalan demokrasi.
Yang berkuasa (Umno BN), tak peduli pesta apa, janji pesta yang boleh umpan orang ramai datang, dengan niat mahu tunjuk mereka mendapat sokongan rakyat.
Yang polis moralnya pula, mereka jadi tak keruan apabila melihat pesta-pesta atas restu Umno BN ini akan jadi pesta maksiat.

Kempen ‘2014-Tahun Membantah GST’ dilancar

KUALA LUMPUR: Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka Gabungan Bantah GST hari ini melancarkan kempen yang bertema ‘2014-Tahun Membantah GST’.

Gabungan ini terdiri daripada wakil-wakil Pakatan Rakyat, Parti Sosialis Malaysia (PSM), Gabungan Rakyat Tertindas (Jerit) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (Nube) dan beberapa NGO lain.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, tidak mustahil kerajaan akan membatalkan rancangan melaksanakan GST jika rakyat konsisten mengadakan bantahan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, Rang Undang-undang mengenai GST belum dibacakan untuk kali kedua selepas mendapat tentangan dariapda Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

"Rang Undang-Undang GST dibentang kali pertama pada 2010 dan kita lancar kempen bantah GST.

"2 bulan berkempen bantah GST, rang undang-undang ini tidak dibacakan kali kedua, dan disebut kembali dalam pembentangan bajet 2014.

Himpunan 31 Disember simbol rakyat ditindas

Pemimpin bersifat ultra kiasu kini semakin jelas takut kepada anak suara anak muda kerana mereka yakin anak muda mahu satu perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran ekonomi negara yang lebih telus dan efisien.

Oleh sebab itu, media massa pro kerajaan memainkan watak utama memutar-belit isu himpunan perhimpunan rakyat selepas tindakan kerajaan menaikkan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan selepas PRU13.

Himpunan aman membantah peningkatan kos sara hidup 31 Disember ini sudah jelas dengan matlamatnya menuntut supaya tidak berlaku kenaikan harga barang.

Tidak ada sama sekali istilah mahu mengulingkan kerajaan. Golongan muda masih menghormati keputusan PRU13.

Saban tahun kerajaan menyatakan jumlah pelaburan yang masuk ke negara ini tetapi rakyat tidak merasai makna di sebalik pelaburan masuk yang didakwa melimpah-ruah itu.

Fitnah Bom: Rafizi lapor polis, pastikan blogger Umno sebar maklumat palsu dihukum..jika kerajaan telus lah..!!

Rafizi1-179x300PETALING JAYA 30 DIS: Pengarah Startegi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, hari ini membuat satu laporan polis terhadap pengendali blog Umno yang menyebarkan e-mel palsu hingga mampu mengugat ketenteraman dan keselamatan negara.
Laporan polis itu dibuat antaranya terhadap pengendali blog The Unspinners dan The Flying Kick di Balai Polis Tropicana di sini, sejurus Rafizi mengadakan sidang medianya di ibu pejabat PKR kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi.
Laporan itu juga dibuat bagi menguji keikhlasan dan keadilan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjaga keselamatan negara seperti mana tindakan pantas dan tegas yang diambil polis terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan komen orang ramai yang tidak disenangi kerajaan di laman sosial Facebook.
Sebelum itu, ketika mengulas isu sama Rafizi dalam sidang medianya berkata, beliau juga akan membawa kes berkenaan pada setiap persidangan Dewan Rakyat begi memberi tekanan kepada pihak berkuasa sehingga pengendali blog Umno terbabit disiasat dan dikenakan tindakan undang-undang.
“Saya syak ini satu perencanaan terancang untuk membina persepsi kononnya ada plot menggulingkan kerajaan menjelang 31 Disember ini.
“Rencana di blog yang memaparkan e-mel palsu yang direka itu menuduh kononnya saya terbabit dalam plot untuk menanam bom di beberapa tempat di Kuala Lumpur dengan bertujuan mencetuskan suasana huru-hara.

Dr Asri bersuara, kali ini tentang kondo RM110 juta!

DrAsri_KondoSebelum ini ‘rintihan’ Dr Asri, “Nasibku Rakyat Biasa” begitu popular di FB. Setakat ini di page DrMaza sendiri mendapat lebih 24 000 tanda like manakala yang dikongsikan laman Facebook Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mendapat tanda “like” dari 54 000 sebagai tanda sokongan. Inilah rintihan beliau…

NASIBKU RAKYAT BIASA
“Inilah nasib seorang rakyat biasa. .jika bicara soal kenaikan harga..dituduh ingin gulingkan negara..diri diancam undang undang penderhaka. .jika diam menyimpan rasa di dada..dikata pula suka dan redha..naiklah harga semahunya..jika merungut duka dihalau pula keluar dari negara..agak-agak Malaysia ini siapa yang punya?!”

Kali ini bicara ringkas Dr Asri berkaitan pembelian kondo RM110 juta di luar negara.
“..tahniah buat mereka yang menjadi orang besar negara beberapa tahun tapi anak-anak mereka sudah mampu membeli kediaman mewah ratusan juta di kota – kota Eropah. .tahniah atas kejayaan yang membanggakan itu..harap dapat kongsikan tips kejayaan tersebut dengan rakyat bawahan yang barangkali juga teringin mengecapi nikmat kejayaan yang seperti itu..”
Tentu akan mendapat ‘like’ yang banyak sebagai tanda sokongan dan sebagai lambang suara rakyat yang perlu didengari!!

Pemimpin BN perlu berani bantah kenaikan jika mereka ada maruah dan harga diri

Tindak tanduk kerajaan yang membelakangkan rakyat dengan mengumumkan siri kenaikan yang menyebabkan kos taraf hidup tinggi  sepatutnya turut dibantah pemimpin BN.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, ia kerana perkara tersebut merentasi kepartian apabila semua rakyat  akan terasa dengan kenaikan taraf hidup bermula tahun depan.

“Tidak kira penyokong kerajaan mahupun pembangkang kali ini akan terasa dengan kenaikan kos taraf hidup.

“Sepatutnya pemimpin BN berani menyatakan bantahan mereka  supaya dapat bersama rakyat dan pembangkang untuk membantah tindakan kerajaan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pulai yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed menyuarakan ketidakpuasan hatinya apabila kerajaan dengan langkah drastik mengumumkan siri kenaikan sekaligus menambahkan beban rakyat.

Dalam pada itu, beliau yang menyokong tindakan Nur Jazlan mengalu-alukan pemimpin-pemimpin  BN lain supaya berani menyatakan pendirian demi rakyat.

Bimbang ‘guling kerajaan’ dangkal, ‘bodoh sombong’

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah ingin menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia berhubung satu himpunan aman Gerakan Turun Kos Sara Hidup Rakyat (Turun) yang akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Disember ini.

Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, apa yang menarik, kebimbangan beberapa kelompok tertentu yang mengaitkan himpunan tersebut sebagai cubaan untuk 'menggulingkan kerajaan' adalah bersifat daif dan dangkal yang boleh diibaratkan seperti 'bodoh sombong'.

Apa yang jelas, katanya taraf hidup rakyat semakin hari semakin meningkat, ditambah dengan pelbagai kenaikan harga barang dan keperluan termasuk barangan keperluan harian, elektrik, dan sebagainya.

“Inilah salah satu bentuk kezaliman yang dilakukan pemimpin ke atas rakyat. Dalam pada negara mengalami ketirisan perbelanjaan yang besar, mereka bermewah dengan penganjuran dan aktiviti yang membazir,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Akibatnya, kata beliau rakyat sama ada yang berpendapatan tinggi mahupun rendah diperah semahu-mahunya untuk mengembalikan keseimbangan ekonomi negara.

Ketua Wanitta Umno Kuantan tidak bertamadun, ketinggalan zaman

SHAH ALAM 30 DIS : Kenyataan Ketua Wanita Umno Kuantan, Datuk Zaiton Mat, yang bermati-matian mempertahankan kerajaan minoriti Barisan Nasional (BN) dan tergamak mengusir rakyat yang tidak sehaluan menunjukkannya buta terhadap masalah rakyat.
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, ia berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR) yang lebih inklusif memenangi hati rakyat dengan cuba memberi khidmat secara ikhlas, sebaliknya pemimpin Umno gagal memahami apa yang baik dan betul untuk rakyat.
“Ketua Wanita Umno itu membutakan mata terhadap masalah rakyat,” katanya yang dipetik daripada Suara Keadilan.
Zuraida turut mempersoalkan kewajaran cabaran Zaiton memandangkan keputusan pilihan raya lalu memperlihatkan hanya 47 peratus rakyat Malaysia menyokong Barisan Nasional (BN).
“Tiada seorang pun ahli Umno diminta supaya meninggalkan Malaysia walaupun mereka sudah menjadi golongan minoriti di negara ini,” katanya.
Pada 28 Disember lalu, Zaiton dilaporkan meminta rakyat Malaysia meninggalkan negara ini jika tidak suka kerajaan BN.
Sehubungan itu, Zuraida berkata, kenyataan Zaiton menunjukkan sikapnya yang tidak bertamadun dan ketinggalan zaman.

Najib terpaksa umum elaun keraian menteri dipotong 10% bermula Januari..!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10%, berkuatkuasa 1 Januari.
Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak 5% hingga 10% bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.
Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30%, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu.
Najib berkata kerajaan juga akan meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah kelas ekonomi.
Selain itu, kerajaan juga akan mengurangan 5% kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, selain membekukan permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan.
Perdana menteri berkata kerajaan juga memutuskan untuk mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan.

[KERAS UAI] Koleksi Terbaik 2013



[LAWAK UAI] Koleksi Terbaik 2013 (Versi Suami Isteri)



Koleksi LAWAK Ustaz Azhar Idrus UAI Sepanjang 2013

Prof Dr Agus: Jangan rakyat sengsara pemimpin selesa

SHAH ALAM - Pensyarah kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohamad Agus Yusoff hari ini bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Pulai (BN), Nur Jazlan Mohamed yang mengatakan bahawa kerajaan perlu memahami segala permasalahan rakyat dan cuba mencari jalan terbaik untuk mengatasinya dalam istilah mudahnya ialah memahami denyut nadi rakyat.

Menurutnya, mengambil satu contoh, dari aspek ekonomi, sekiranya berlaku bebanan terhadap ekonomi negara kedua-dua pihak sama ada daripada pemimpin mahupun rakyat perlu sama-sama memikul bebanan tersebut, agar tidak timbul istilah ‘berat sebelah’, atau hanya satu pihak sahaja yang terpaksa menanggung beban tersebut.

“Bagi saya pemimpin jangan hanya pandai melepaskan diri mereka sahaja, cuba fahami masalah rakyat.

“Setiap bebanan negara itu dipikul bersama, jangan hanya rakyat yang terpaksa menanggung sengsara tetapi pemimpin selesa.

“…oleh itu saya sangat kecewa sekiranya pemimpin memberi aspirasi palsu kepada rakyat, bagi saya rakyat tidak tuntut lebih, tetapi mereka hanya mahukan sedikit ruang untuk mereka meneruskan kehidupan,” katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online hari ini.

Menggulas lanjut, Agus menegaskan pemimpin yang tidak mempunyai ‘jiwa rakyat’ pasti akan ditolak oleh rakyat kelak.

Tinggi mana pun cukai, kita bayar...nanti kita tidak patriotik pula

Besok dan lusa sahaja lagi tinggal untuk ibu bapa membuat persediaan untuk menyekolahkan anak-anak masing-masing. Siapa yang akan memulakan persekolahan anak buat kali pertamanya persediaan lebih rapi terpaksa dilakukan. Ibu bapa terpaksa kesekolah bersama anak-anak mereka. Maklum sajalah ada anak-anak yang akan menangis di hari pertama persekolahan mereka dan terpaksalah ibu bapa berada di sekolah bersama-sama buat seketika. Setidak-tidaknya menghulurkan lengan mereka ke dalam kelas untuk anak-anak mereka tahu yang ibu bapa mereka ada di luar kelas itu.
Bagi mereka yang menghantar anak yang sudah sedia bersekolah seperti juga mereka yang mempunyai anak kali pertama ke sekolah,  mereka terpaksa bersedia dengan kos persekolahan yang tinggi. Ia bukan sahaja dari segi persediaan membeli buku-buku dan pakaian seragam sekolah, kali ini ibu bapa terpaksa bersedia dengan perbelanjaan tinggi dengan kos perjalanan yang bertambah begitu mendadak.
Kali ini mereka terpaksa membayar tol dari RM3 perjalanan menghantar anak ke sekolah dan RM3 lagi perbelanjaan kos tol menjemput anak dari sekolah setiap hari. Kini adalah yang terpaksa berbelanja untuk tol sebanyak RM12 sehari dari RM6. Belum lagi kos petrol dan kos yang berkaitan setiap hari.
Rakyat tidak boleh bercakap dan bertanya kerana itu akan dianggap rakyat merungut pula oleh pemimpin kita seperti yang acap kita dengar. Rasanya hendak juga bertanya kepada Menteri yang bernama Hasan Malek, tetapi kita sudah mengagak jawapan dari beliau yang akan menyakitkan hati mendengarnya kerana jawapannya selalunya bersifat ‘clownish’.
Beliau mungkin akan menjawab, “kalau mahal sangat hendak menghantar anak ke sekolah jangan sekolahkan mereka”. Justeru yang pasti rakyat sudah tidak ada tempat untuk mengadu dan mendapat jawapan yang boleh menyenangkan hati mendengarnya.

Kenyataan Zaiton Mat biadap

KEADILAN Negeri Pahang mengutuk serta mengecam sekeras-kerasnya perbuatan biadab dan kurang ajar Ketua Wanita Umno dari Kuantan yang meminta rakyat yang tidak suka kepada Kerajaan BN agar keluar dari negara ini.
Ketua Wanita Umno tersebut, Datuk Zaiton Mat berkata “Tinggalkan Malaysia jika tidak suka kerajaan BN”. Zaiton berkata demikian selepas mengetuai 50 anggota Umno Kuantan dan Paya Besar yang membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan semalam, lapor The Star.
Laporan polis itu dibuat kononnya ada cadangan untuk guling kerajaan pada 31 Disember ini di Dataran Merdeka.
Kenyataan Zaiton itu jelas menampakkan beliau tidak layak menjadi pemimpin kerana terlalu mudah terpedaya dengan propaganda murahan media yang beliau sendiri tidak tahu asas dan bukti tuduhan jahat tersebut.
Mungkin berasa tertekan dengan kecaman rakyat terutamanya dari mangsa-mangsa banjir sekitar Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar dan beberapa kawasan lain di negeri ini terhadap Kerajaan Negeri dan Pusat yang jelas gagal bertindak pantas membantu mangsa-mangsa banjir maka beliau ingin mengalih perhatian kepada isu yang sengaja diada-adakan.
Bahkan di kawasan Najib sendiri iaitu di Pekan terdapat mangsa-mangsa banjir yang terpaksa meminta bantuan dari Wakil Rakyat dari PR di kawasan lain kerana tindakan lembab pihak kerajaan membantu mereka.

Saifuddin: Guling kerajaan tindakan demokrasi

Tekanan ke atas perhimpunan bagi membantah kenaikan kos sara hidup pada malam esok mendapat perhatian bekas anggota kabinet Datuk Saifuddin Abdullah yang membangkitkan mengenai tuduhan bahawa acara tersebut merupakan usaha untuk menggulingkan kerajaan.

Saifuddin tidak menjelaskan konteks kenyataan tersebut, namun ia dipercayai merujuk kepada kenyataan polis dan pemimpin kerajaan yang konsisten menggelarkan perhimpunan tersebut sebagai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan.

NONESaifuddin berkata, langkah rakyat menggulingkan kerajaan adalah satu tindakan demokrasi.

Perkara itu berbeza dengan tekanan kerajaan ke atas rakyat yang menurutnya merupakan penindasan.

“Rakyat guling kerajaan: Demokrasi. Kerajaan giling rakyat: Autokrasi,” katanya dalam tulisan di Twitter.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam laporan akhbar The Star hari ini turut meminta penganjur membatalkan rancangan tersebut kerana pihak berkuasa "tidak akan berkompromi" dalam mengambil tindakan.

Tekanan juga semakin memuncak dari NGO pro-kerajaan yang dilaporkan membuat lebih 1,300 laporan polis di seluruh negara bagi membantah penganjuran perhimpunan tersebut.

Antaranya, Persatuan Veteran Tentera Malaysia yang mahu anggota NGO dan pasukan berpakaian seragam untuk menyertai sambutan ambang tahun baru di Dataran Merdeka sebagai sokongan kepada kerajaan.
Beberapa NGO pro-kerajaan menyeru agar orang ramai agar tidak menghadiri himpunan di Dataran Merdeka malam tahun baru ini.

Jingga 13: Dakwaan polis berniat jahat, fitnah melampau

Jingga_13
JINGGA 13 Malaysia menyangkal dan membantah serta menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh bahawa JINGGA 13 bersama Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Solidariti Anak Muda Malaysia serta Solidariti Mahasiswa Malaysia akan menimbulkan kekacauan serta membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan di Dataran Merdeka pada 31 Disember 2013.
JINGGA 13 mendesak pihak polis mengemukakan bukti bahawa Jingga 13 terlibat dengan segala pertuduhan tersebut dan bukannya berdasarkan daripada risikan yang ternyata dangkal, berniat jahat dan berunsur fitnah yang melampau serta tidak masuk akal.
JINGGA 13 tidak pernah sama sekali mengeluarkan sebarang kenyataan atau arahan kepada mana-mana pihak sama ada melalui apa jua instrumen merancang untuk mengadakan kekacauan , apa lagi bersabit penggunaan senjata dan bom tangan bagi tujuan melakukan kekacauan dan keganasan bagi tujuan mengulingkan kerajaan.

GST: Peniaga terpaksa buang perkerja jika mahu kekal harga

rafizi-TI-01PETALING JAYA 30 DIS: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan diingatkan supaya tidak mengelirukan rakyat dengan dakwaan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan menjadi lebih rendah.
Sebaliknya, pengeluar dan peniaga terpaksa mengambil langkah mengurangkan tenaga pekerja jika berhasrat mengekang kenaikan harga barangan apabila GST dilaksanakan nanti.
Langkah itu terpaksa diambil bertujuan mengurangkan kos bagi mengimbangi pertambahan pelbagai kos perniagaan seperti petrol, elektrik, bahan mentah lain dan GST yang dikenakan terhadap mereka.
Pengarah Startegi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, berkata peniaga yang tidak menaikan harga barangan atau perkhidmatan tetapi pada masa sama terpaksa menampung peningkatan kos akan menyebabkan mereka kerugian dan menutup perniagaan.
“Apabila GST dilaksanakan, harga barang akan meningkat secara keseluruhannya. Ini bermakna kos yang ditanggung peniaga sama ada kos bahan mentah atau kos perniagaan lain juga akan meningkat dan mengurangkan keuntungan.
“Dalam keadaan ini, peniaga tidak ada pilihan lain kecuali menaikan harga untuk memastikan keuntungan tetap sama apabila GST diperkenalkan atau mengurangkan tenaga kerja,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Felixia Yeap, gadis Playboy Bunny berazam ikut kelas agama Islam tahun depan


Felixia Yeap semasa diwawancara di TV Al-Hijrah semalam.Felixia Yeap semasa diwawancara di TV Al-Hijrah semalam.Felixia Yeap, bekas Playboy Bunny berazam untuk mengikuti kelas agama (Islam) mulai tahun depan dan akan terus lebih banyak memakai hijab.
"Felixia harap lebih banyak pakai hijab tahun depan... dan Alhamdulillah tidak akan 'let you down'," kata Yeap dalam slot Asssalamualaikum yang disiarkan oleh TV Al-Hijrah semalam.
Dia juga berkata selalu bertanya kawan-kawannya tentang solat walaupun belum belajar secara khusus tentang Islam.
Yeap, seorang model bukan Islam, yang tampil dengan memakai tudung warna krim dan jubah berwarna gelap diwawancara oleh pengacara TV Al-Hijrah Amin Idris dan Irma Hasmie.
Jelitawan berusia 27 tahun dari Ipoh yang memulakan karier sebagai model sejak usia 19 tahun itu mula memakai hijab beberapa bulan lalu.
Dalam wawancara dengan The Malaysian Insider sebelum ini, Yeap berkata beliau mula memakai hijab ketika menjadi model yang memerlukannya memakai tudung.
Felixia Yeap (kiri) berkongsi pendapat dengan pengacara TV Al-Hijrah Amin Idris dan Irma Hasmie (kanan). Felixia Yeap (kiri) berkongsi pendapat dengan pengacara TV Al-Hijrah Amin Idris dan Irma Hasmie (kanan). "Saya mengidamkan untuk memakai tudung tetapi peluang tersebut hanya saya dapat pada tahun ini ketika mencuba nasib dalam temuduga komersil televisyen Celcom untuk sambutan Hari Raya.
"Ia tudung berwarna biru dan saya jatuh cinta terus dengannya. Kemudian, saya mempunyai satu lagi peluang mengenakan tudung apabila menjadi model untuk sebuah butik Islam dalam pertunjukan fesyen semasa Hari Raya," katanya.
Yeap, yang juga bekas guru tadika, memulakan kerjaya dalam pemodelan pada tahun 2005 apabila dia memasuki pertandingan Dewi Remaja yang dianjurkan oleh sebuah majalah tempatan dan menjadi salah seorang finalis ketika itu.
Beliau kemudiannya menyertai banyak pertandingan ratu cantik lain dan di puncak kerjayanya telah dijemput untuk menjadi Playboy Bunny dan bekerja di sebuah kelab di Macau.
Tetapi kerjayanya di kelab itu hanya bertahan sebulan apabila Yeap membuat keputusan untuk pulang ke tanahair bagi meneruskan kerjaya sebagai model.

KDN marah dan beri amaran pihak burukkan mereka kerana gantung The Heat


Kementerian Dalam Negeri (KDN) marah dengan tindakan sesetengah pihak yang didakwa cuba memburuk-burukkan kementerian berkenaan di atas tindakan mereka menggantung akhbar mingguan The Heat.
Selain itu KDN mengesahkan penggantungan The Heat bukanlah berterusan, sebaliknya hanya sementara.
"Kementerian Dalam Negeri memandang berat terhadap tindakan dan cubaan pihak-pihak tertentu yang secara berterusan memburuk-burukkan kerajaan susulan penggantungan permit penerbitan The Heat," kata KDN dalam satu kenyataan petang ini.
Dalam kenyataan itu KDN berkata, penggantungan permit berkenaan dibuat sebelum keputusan dibuat selepas pihak KDN meneliti surat tunjuk sebab.
"Dimaklumkan bahawa permit penerbitan The Heat adalah digantung sementara sebelum keputusan lanjut diputuskan setelah meneliti jawapan surat tunjuk sebab yang dikemukakan oleh pihak penerbit.
"Ia bukanlah satu penggantungan kekal selaras dengan prosedur penguatkuasaan permit penerbitan yang ditetapkan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 (Pindaan 2012)," kata Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Dalam Negeri, Brig. Jen. Fadzlette Othman Merican Idris Merican dalam rasmi Facebook mereka hari ini.
KDN juga dalam kenyataan itu berkata, pihaknya sedang meneliti jawapan surat tunjuk sebab yang dikemukakan dan akan memberi pertimbangan yang wajar dan adil terhadap penerbitan The Heat dalam masa terdekat tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Spekulasi menyatakan The Heat digantung penerbitan mereka ekoran dakwaan penyiaran artikel berkaitan perbelanjaan boros Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Suaram kecam polis guna Sosma gagalkan himpunan TURUN 31 Disember

Badan bukan kerajaan (NGO), Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengecam pihak polis menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) bagi menghalang penganjuran himpunan membantah kenaikan kos sara hidup esok.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini, NGO berkenaan berkata meskipun penganjur telah memaklumkan perhimpunan yang bakal dijalankan di Dataran Merdeka sempena malam ambang Tahun Baru, polis masih lagi mengambil langkah pencegahan.
"Suaram mengecam sekeras-kerasnya penggunaan Sosma bagi menghalang perhimpunan 31 Disember ini.
"Setelah penganjur menegaskan bahawa perhimpunan 31 Disember ini sebagai perhimpunan aman, sebaliknya pihak polis terus menambil langkah ofensif dengan menggunakan Sosma yang sepatutnya digunakan untuk mencegah keganasan dan bukannya perhimpunan aman," kata kenyataan berkenaan.
Himpunan berkenaan dianjurkan bagi membantah kenaikan kos sara hidup di negara ini ekoran program rasionalisasi subsidi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menyaksikan kenaikan harga beberapa barangan.
Antara yang terkesan termasuklah pemansuhan subsidi gula, kenaikan harga bahan api, peningkatan tarif elektrik dan juga pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Aktivis mahasiswa saman polis RM10 juta kerana fitnah guling kerajaan


Aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim (gambar) menafikan penglibatannya dalam Himpunan Turun Kos Sara Hidup (Turun) pada malam esok sebagaimana dakwaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, sejak daripada penubuhan Turun oleh teman mahasiswanya yang lain, dirinya tidak pernah secara langsung terlibat dalam mesyuarat mahupun proses membuat keputusan himpunan tersebut.
"Saya berasa kecewa dan jijik terhadap tuduhan palsu tersebut. Ia sesuatu yang pelik bagaimana risikan polis boleh mengaitkan saya dengan himpunan tersebut, sedangkan saya sepanjang tempoh kempen Turun tidak pernah memberi ucapan mahupun kenyataan yang berkaitan secara langsung dengan himpunan tersebut.
"Maka, setelah berbincang dengan peguam dan teman-teman, saya bersedia untuk mengemukakan saman sebanyak RM10 juta kepada PDRM dan pihak lain yang bersekongkol memburukkan nama saya di mata masyarakat dan media," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Adam, bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 dan peguam Datuk Ambiga Sreenevasan sudah menyatakan kesediaan untuk mewakilinya dalam kes saman ini.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Ishar Singh pada Sabtu mendakwa beberapa individu termasuk Adam sebagai dalang kepada Himpunan Turun yang turut digelar Himpunan Gulingkan Kerajaan bakal berlangsung pada malam esok.

ALI TINJU: KENAPA NAIK 20 SEN NAK BISING-BISING?

Anak Wayang dulu,Anak Wayang sekarang...dan Bapak Wayang



" Lihatlah dunia... aku ni anak wayang",itu adalah ayat keramat yang pernah dilafazkan Allahyarhamah Azean Irdawati yang baru saja meninggalkan kita sewaktu menerima anugerah dalam Festival Filem Malaysia (FMM) awal tahun 80an.
Kenapa agaknya Allahyarhamah Azean melafazkan ayat "Anak Wayang" sambil menitiskan air mata diatas pentas ketika itu?
Kerana dalam era Studio Jalan Ampas banyak filem filem Melayu yang dikeluarkan ketika itu membawa "stigma penghinaan" terhadap anak anak wayang yang terlibat dalam industri filem Melayu dan tidak terkecuali mereka yang terlibat dalam industri awal muzik moden saperti yang digambarkan dalam filem Ibu Mertuaku yang dilakonkan oleh TS P.Ramlee bersama Seniwati Sarimah.Siapa orang lama yang tidak ingat akan dialog dibawah...
Judul Filem : Ibu Mertuaku
Nyonya Mansur : Apa? Doktor kau tu dah gila agaknya!
Nyonya Mansoor : "Kassim Selamat? Siapa dia Kassim Selamat? Lawyer? Magistrate?" - 
Sabariah :"Ahli muzik" -
Nyonya Mansoor : "Ahli muzik? Memang pantang datuk nenek aku ahli muzik. Anak tidak mengenang jasa!!" - 

Tapi masa berubah dan pandangan masyarakat juga turut berubah.Anak Wayang tidak lagi dilihat dan dipandang hina bahkan karier sebagai Anak Wayang menjanjikan dunia glamour yang tidak mungkin dilalui oleh orang biasa saperti kita.Glamour nya dunia ini sehinggakan dicemburui sesetengah PEMIMPIN MUDA POLITIK negara sehingga mereka pun teringin nak tumpang GLAMER dengan meniru lagak Anak Wayang ini dengan #Lifestyle mereka.
Dalam beribu Anak Anak Wayang yang dilahirkan oleh industri hiburan kita sejak sekian lama,tiba tiba kita dikejutkan oleh seorang BAPAK WAYANG berstatus Hollywood baru baru ini...
Hebat....hebat


P/S : Aku panggil Riza ini BAPAK WAYANG sebab dia bertaraf produser bukan pelakon yang selama ini kita panggil Anak Wayang.Cuma satu je pesanan aku....Bapak Wayang tak boleh main wayang tau...
 
APA

Bodek Tahap 110 juta: Rafizi...!!! jangan kacau bini Najib tau....amaran geng Ali Tinju

Rafizi sering memfitnah Rosmah dengan isu cincin RM24juta, kapal terbang mewah, dan kini kondominium anaknya berharga RM110 juta di Amerika Syarikat. 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli diingatkan supaya tidak lagi mengganggu isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur dengan menabur fitnah yang tidak berasas.
Presiden Pertubuhan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom berkata, Rafizi sering memfitnah Rosmah dengan isu cincin RM24juta, kapal terbang mewah, dan kini kondominium anaknya berharga RM110 juta di Amerika Syarikat.
“Saya dan rakan-rakan NGO kecewa dengan Rafizi yang dianggap terlalu kurang ajar kacau isteri Najib.
“Kenapa selalu nak kacau bini orang? Pergi jaga bini sendirilah,” katanya kepada pemberita di Dataran Merdeka di sini hari ini.
Katanya, dakwaan Rafizi itu dilihat kurang cerdik seolah-olah mahu menunjukkan beliau ‘hero’ dengan mengaibkan Rosmah.
Sementara itu, Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah menggesa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) datang ke Dataran Merdeka esok sebagai simbol menyokong polis dan kerajaan daripada digulingkan demonstran.
“Kita seru semua NGO yang sah berdaftar dibawah kerajaan termasuk Ayahanda datang penuhkan Dataran Merdeka dan hayati sambutan Tahun Baru,” katanya.
Turut hadir dalam sidang media NGO penyokong Kuat Aspirasi Najib (Pekan), dan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas).

'Rafizi kurang ajar, selalu kacau Rosmah' - Kata Ali Tinju

Bantuan Persekolahan RM100 15 Januari 2014. Harga Kelengkapan Pakaian Sekolah Naik! Alat Tulis 20%-30%!

Bantuan Sekolah 2014
Di atas adalah contoh kasar, semakin banyak kelengkapan pakaian sekolah anak-anak anda diperlukan semakin tinggi belanja persekolahan mereka. Itu baru seorang. Bagaimana pula dengan keluarga yang memiliki 3-5 anak yang bersekolah?

Bantuan Persekolahan RM100 2014 VS Kenaikan Harga Barang?

Harga di Semenanjung semestinya lebih murah berbanding ibubapa yang tinggal di Sabah. Setiap kawasan kelompok keluarga ada cabaran tersendiri dalam membesarkan anak-anak terutamanya yang masih bersekolah. Dengan lonjakan harga barang yang tidak pernah menemui “noktah” ketika ini, terbaru harga alat tulis juga akan melonjak antara 20%-30%.

Nur Jazlan: PM perlu penasihat baharu..!!

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pulai (BN), Nur Jazlan Mohamed hari ini menyarankan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil penasihat baru,bagi memberikan idea baharu terhadap kepimpinan PM.

Jelas Nur Jazlan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),  kepercayaan terhadap penasihat-penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN, selain melantik konsultan asing untuk memberikan imej positif kepada kerajaan juga baginya perlu diketepikan sama sekali.

“PM perlu menghimpunkan penasihat-penasihat baharu beliau bagi memberikan idea baharu supaya lebih memahami denyut nadi rakyat.

“…kepercayaan terhadap penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN dalam PRU13 yang lalu, sekaligus memberikan imej negatif kepada BN.

“…kini, setiap kata-kata kerajaan BN menjadi satu bahan gurauan dan momokan rakyat sehingga dilihat sukar untuk kembali meraih semula sokongan daripada rakyat,” katanya dalam penulisan terbarunya.

Negara Kartun: Cetak t-shirt ancam keselamatan negara?

KUALA LUMPUR 30 DIS: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mempersoalkan apakah mencetak t-shirt boleh mengancam keselamatan negara hingga perlu disiasat menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
osman_tikos“Aktivis yang diburu polis ini menjalankan perniagaan secara terbuka dan hanya menerima tempahan daripada orang ramai seperti peniaga lain.
“Sangat tidak logik sesorang yang menjalankan perniagaan secara terbuka merancang untuk menggugat demokrasi berparlimen,” kata penyelaras Suaram, Syukri Razab.
Katanya, aktivis berkenaan yang dikenali di laman sosial facebook dengan nama Eddy Gordo turut mempamerkan nombor akaun dan alamat rumahnya secara terbuka.
“Maka, tidak ada sebab untuk polis menggunakan akta seperti Sosma ke atas beliau,” kata Syukri.
Kira-kira jam 1 pagi tadi, beberapa anggota polis dari IPD Serdang mencari aktivis tersebut di rumah sewanya di Seri Kembangan, Selangor.
Polis turut menggeledah rumah sewa berkenaan, merampas t-shirt jualan dan difahamkan kes tersebut akan diserahkan kepada pihak Bukit Aman.
“Tindakan polis dilihat seperti cuba mengalihkan isu sebenar yang ingin diutarakan rakyat iaitu tuntutan agar lerajaan segera menangani kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat,” kenyataan Suaram dipetik.
Justeru, Suaram mendesak polis menghentikan intimidasi terhadap aktivis berkenaan yang dijamin perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948.
“Mansuhkan undang-undang yang mencabuli hak asasi manusia termasuk Sosma, POCA 2013 dan DDA 1985,” kata Syukri.

Siapa akan gulingkan PM 31 Disember, Najib?

Zainulfaqar Yaacob

NGO mesra Pakatan Rakyat digambarkan mahu menggulingkan Kerajaan Umno Barisan Nasional Pusat pada 31 Disember ini di Kuala Lumpur melalui gabungan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun).
Ada satu perkara tidak disebut di sini, iaitu Najib Razak tahu bahawa pasukan Tun Dr Mahathir Mohammad dalam Umno akan menggulingkannya sebagai perdana menteri jika isu kenaikan kos sara hidup rakyat sekarang tidak ditangani segera.
Krisis seperti sekarang tidak jauh berbeza dengan krisis pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri, tahun 1997 dahulu.
Mahathir bijak kerana cepat memberi laluan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi penggantinya, sebagai perdana menteri tidak lama selepas itu.
Mahathir sedar krisis perlu diurus dan salah satu kaedah yang wajar adalah melakukan transisi kepemimpinan negara.
Kalau tidak buat begitu, lambat laung transisi kepemimpinan yang tidak diurus akan pergi kepada oposisi jua.
Apa yang mungkin bersarang dalam kepala otak Mahathir semasa melantik Abdullah sebagai perdana menteri tidak lain tidak bukan adalah untuk menghalang pengaruh Anwar Ibrahim daripada gigi kekuasaan.
Ada kenalan kata, pendapat ini silap dan jauh tersasar daripada maksud percaturan Mahathir.
Katanya begini. Elok menaikkan seorang yang lemah supaya mudah menaikkan seseorang yang kuat nanti.
Memang ya, tentera siber Mahathir berjaya menggambarkan Abdullah itu kaki tidur, 'Kerajaan Tiga Beranak' dan sebagainya sehinggakan rakyat Malaysia tidak dapat melihat langkah demokratik yang telahpun dilakukan oleh Abdullah, antaranya penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ternyata kerja buat tentera siber Mahathir berjaya menggoncang landskap politik negara hatta tiang seri Umno sendiri, sehinggakan menuntut transisi kepemimpinan dilakukan sekali lagi oleh Abdullah pula.

2014 tahun ‘sengsara’ rakyat oleh kerajaan 47% BN

Ahmad Irfan Hani

Selang dua hari lagi, tahun 2013 semakin melabuhkan tirainya namun ia bukanlah sesuatu yang mampu menggembirakan hati rakyat pelbagai lapisan. Rakyat seolah-olah dihantui oleh suatu episod yang ngeri yang bakal menjelma pada tahun 2014. Tidak cukup dengan pelbagai sekatan terhadap rakyat termasuklah yang terbaru, sekatan terhadap akhbar The Heat.
Kebebasan dan hak bersuara rakyat dihalang malah akan menahan sesiapa pun jika didapati bercanggah dengan suara kerajaan. Demokrasi di Malaysia makin lesu dek kerana kebebasan bersuara disekat! Suara rakyat hanyalah menghiasi di ruangan kedai makan namun itu juga dipantau ketat oleh kerajaan. Sungguh pun begitu, semua itu hanyalah satu segmen daripada hidup rakyat.
Selepas tirai 2013 dilabuhkan, rakyat akan berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin kronik. Ya, pada saat ini rakyat sudah pun terkesan dengan kuasa beli yang jatuh merudum ditambah lagi harga barang semakin meningkat. Baru-baru ini kerajaan mengisytiharkan untuk menarik subsidi sebanyak ataupun rasionalisasi subsidi sebanyak RM0.20 terhadap harga minyak.
Pada ketika itu rakyat sekali lagi menerima beban oleh kerana minyak merupakan antara barangan asas dalam kehidupan. Mahu ataupun tidak, rakyat terpaksa akur dan mengikut sahaja tindakan kerajaan. Bantahan demi bantahan telah dibuat namun hanya pelaburan yang sia-sia.

2014 tahun kelaparan, ikat perut buat rakyat

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan 2014 merupakan tahun kelaparan atau ikat perut bagi seluruh rakyat negara ini apabila kerajaan bertindak meluluskaan kenaikkan kadar harga tol dan terif elektrik.

Jelasnya rakyat terpaksa berhadapan dengan rantaian beberapa kenaikkan harga barang keperluan dan makanan susulan dari kenaikan kadar tol yang terus memberi bebanan kepada mereka.

"Saya melihat 2014 bukan tahun  yang mengembirakan rakyat tetapi terus memberi tekanan kepada seluruh rakyat.

"2014 adalah tahun ikat perut atau tahun lapar, rakyat terpaksa membuat catuan dalam perbelanjaan mereka, terpaksa berhadapan dengan satu fenomena yang teruk dari kenaikkan tersebut, " jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau dalam pada itu turut menasihati kerajaan agar tidak takut dengan himpunan yang diadakan pada 31 Disember nanti, jika kerajaan merasakan keputusan kenaikkan tersebut bukan satu kesalahan.

Katanya, kerajaan perlu memberi kebenaran kepada rakyat untuk menyatakan pendirian mereka dengan berhimpunan.

PKR: Bagaimana anak Rosmah mampu beli kondo RM110 juta?