Sabtu, 28 Disember 2013

The Christian Sciense Monitor: Ikhwanul Muslimin Bukan Teroris! Kudeta sebenarnya teroris....

Boston - Lamanweb media www.csmonitor.com mengkritik sikap dan kenyataan penguasa Mesir yang merupakan bentukan kudeta tentera berhubung dengan ledakan bom yang terjadi Mapolwil Daqhaliyah di kota Manshura, Selasa (24/12/2013) minggu lalu, demikian lapor dakwatuna.com.

Kritikan tersebut lebih tertuju kepada pernyataan perdana menteri kudeta, Hazim Bablawi, bahawa jamaah Ikhwanul Musliminlah yang bertanggung jawab atas aksi peledakan bom tersebut. Padahal belum dilakukan siasatan dalam kes ini.

Media rasmi gereja di Boston itu menyatakan bahawa penguasa kudeta masih mempunyai sifat konservatif. Setelah berhasil mengkudeta Ikhwanul Muslimin dari pemerintahan, mereka selalu menuduh Ikhwan sebagai pihak yang bertanggung jawab di balik semua aksi kekerasan yang terjadi di seluruh wilayah Mesir, terutama di dataran Sinai.

Christian Sciense Monitor menyatakan mustahil Ikhwan yang melakukannya. Sangat mungkin kelompok Islam yang lain seperti Anshar Baitil Maqdis, yang beberapa waktu lalu mengakui telah melakukan beberapa aksi kekerasan di antaranya usaha pembunuhan menteri dalam negeri, Muhammad Ibrahim. Pun demikian, kali ini belum ada pihak tertentu yang menyatakan bertanggung jawab.

Csmonitor juga menyebutkan bahwa pejabat Ikhwanul Muslimin di London mengeluarkan kenyataan bahawa ledakan bom di Manshurah ini adalah serangan langsung yang bertujuan memecahkan perpaduan rakyat Mesir. Ikhwan meminta agar segera dilakukan siasatan agar dapat diketahui pelaku yang sebenarnya, dan diadili.

Tokoh Korporat: Kerajaan dan rakyat perlu berjimat

Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim 
PUTRAJAYA - Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim hari ini menyarankan supaya rakyat dan kerajaan mengamalkan langkah berjimat cermat bagi mendepani tahun mencabar 2014.

Jelas, Muhammad Ali yang juga merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (1982-2010) itu, langkah berjimat cermat perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak (kerajaan dan rakyat) bagi memastikan tahap ekonomi kita sentiasa berada pada keadaan terbaik.

" Kedua-dua pihak kena beringat.

"Tahun hadapan mungkin tahun  mencabar bagi kita semua, oleh itu saya sarankan semua pihak supaya mengamalkan langkah berjimat-cermat.

"Bagi rakyat kita jangan membazir sentiasa berhati-hati dalam berbelanja,manakala bagi pemerintah pula kurangkan kos, kaji semula projek-projek yang tidak bermanfaat, elakkan ketirisan," katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Agung (DPIM) di Putrajaya hari ini.

Isu peningkatan kos perbelanjaan persiapan ke sekolah, siapa yang peduli..??



Kerajaan pusat tak boleh berat sebelah beri bantuan - Exco Selangor



Kerajaan 47% BN perlu rujuk janji manifesto jika mahu kekal berkuasa......



Aung San Suu Kyi: 'There is no rule of law'



Arafat : Polonium no more?

Muhammad Ali Kembalikan Darjah Kebesaran Johor



Arrest warning for New Year's Eve protest groups



Islamist students set fire to two buildings, Egyptian state TV reports



Kenaikan Kos Hidup, DPIM Cadang Ketengah Institusi Wakaf



UMNO Bloggers, Sekarang Kita Mampus : Wall Street Greed / Malaysian Money – EXPOSE!

This is 8.0 on the Richter. 

Even if 10% of this report is true, UMNO akan bungkus, BN akan mampus. 

US100.0 Million has been spent by Rosmah's son and the PM's step son to make a movie that has been rated slightly below 'X' in the US.

Sarawak Report carries this mindboggling story. At the centre, side, middle, front and back are Rosmah's son, Rosmah's son's good friend Fei Low and of course, last but not least Rosmah herself. 

I just want to know, did Rosmah really say that, "every Malaysian school child should be shown the newly released Leonardo di Caprio film, The Wolf of Wall Street, in order to warn them against greed and immorality" ??    Can the varnishers help to clear this up? 

Because the story is that The Wolf of Wall Street has been X - rated because it features explicit  scenes of debauchery :


You can go to this website here and read that the movie :   'Wolf of Wall Street' first cut was rated Nc-17 over sexual content. Go ahead, check it out yourself.

Without further ado the Sarawak Report story is found here.   A friend warned me that there must be spin in the story as well. So I will just reproduce some pictures from Sarawak Report. 

A picture is worth a thousand words. And if the pictures are not fakes, they tell plenty of stories. 
 Above : This is Fei Low popping champagne. American Press lists him 
as a billionaire at 28 years old.

Below : Extreme right Fei Low, centre Gwai Loh, extreme left Rosmah's son lor, 
at the launch nite of the US100 Million (RM330 Million movie) 'The Wolf of Wall Street
financed by Rosmah's son.

KDN usah timbulkan 'public fear' kepada masyarakat

MAHASISWA menyanggah beberapa tindakan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terus menerus menimbulkan 'public fear' kepada rakyat berhubung Himpunan Turun pada malam 31 Disember 2013 di Dataran Merdeka.

Pihak PDRM masih beralasan 'teknikal' seperti permit dan tema nama Turun walaupun sudah dijelaskan berulang kali bahawa rakyat yang menyokong Turun hanya ingin menumpang bersama himpunan sambutan tahun baru yang sudah bertahun dianjurkan di sana tanpa permit. Ini bertambah buruk dengan ugutan dan gertakan mengenai usaha tangkapan pimpinan mahasiswa melalui media pro-BN. Mahasiswa yang turun ingin meluaskan penerangan membumi kepada hadirin yang hadir kelak berkaitan isu kenaikan kos sara hidup.

Mahasiswa juga berasa kehairanan dengan tindakan media pro-BN yang masih berlagak kepandaian dalam memahami isu sebenar Turun. Sudah dijelaskan secara meluas himpunan Turun langsung tiada kaitan dengan persoalan gulingkan kerajaan. Dilaporkan berita seolah kebudak-budakan dari beberapa pihak yang terus menerus menenggelamkan isu sebenar yang dibawa oleh mahasiswa berkaitan beberapa kritikan membina kepada pihak kerajaan pusat berhubung isu kenaikan kos sara hidup. Tuduhan sebegini seolah-oleh menunjukkan mahasiswa tidak faham dengan sistem demokrasi raja beperlembagaan di Malaysia. Kami sudah terlibat dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, sudah mengundi, maka tersangat bodohkah kami untuk memahami sistem negara ini. Dunia kini yang sudah maju dengan kemudahan meluas dan membumi untuk mencapai akses maklumat sebenar dengan cepat dan mudah namun kehairanan masih tidak dapat dicapai oleh pihak media pro-BN.

Fitnah ancaman bom: PDRM perlu ambil tindakan jika telus dan cekap

rafizi ramli
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat satu entri blog pro-Umno hari ini mendedahkan satu e-mel yang mengaitkan beliau dan seorang individu didakwa mendalangi komplot ancaman bom menjelang perhimpunan rakyat pada 31 Disember ini.

Beliau berkata, pihak polis wajar mengambil tindakan tegas terhadap blogger terbabit yang mereka-reka e-mel tersebut sambil menyifatkannya sebagai ‘fitnah luar biasa’ kerana ia membabitkan ancaman bom serta boleh menggugat ketenteraman awam.

“Ia lebih berbahaya apabila polis tidak mengambil tindakan terhadap fitnah-fitnah seperti ini yang boleh menghuru-harakan ketenteraman awam.

“Apabila ada fitnah yang menyalahgunakan internet sewenang-wenangnya seperti menakut-nakutkan rakyat dengan bom dan sebagainya, polis sepatutnya mengambil tindakan dan tangkap blogger-blogger Umno terbabit,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Malaysia, Mesir dan mahasiswa

FARAH ‘AQILAH ABD HAMID

Berita kenaikan kos sara hidup seperti kenaikan harga minyak, barangan harian, tarif elektrik dan kenaikan konsesi tol yang bakal dilaksanakan pada Januari 2014 mencetuskan satu fenomena rakyat yang menolak tindakan kerajaan itu.

Hal ini dapat dibuktikan dengan hasil kajian dari Pusat Kajian Demokrasi dan Kajian Pilihanraya Universiti Malaya (UMcedel) terhadap 1,676 responden di Semenanjung Malaysia pada 6 hingga 8 Disember 2013.

Kajian tersebut mendapati 42% responden beranggapan kenaikan harga minyak memberikan kesan kepada kehidupan mereka diikuti 34% kenaikan harga barang, dan kenaikan kadar tarif elektrik sebanyak 24%.

Tambahan pula jawapan serta respon tidak bertanggungjawab yang dibuat oleh menteri-menteri seakan menampakkan kurang cerdiknya mereka terhadap kenaikan kos sara hidup ini.

Keadaan ini telah membangkitkan satu gelombang protes rakyat yang seumpama  Reformasi yang berlaku pada 1998. Mungkin isu yang berbeza, tapi nada yang sama iaitu ketidakadilan kerajaan terhadap kepentingan rakyat.

Antara gelombang yang berlaku ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) yang dipelopori mahasiswa seterusnya diikuti dengan satu street protest yang akan berlaku pada malam 31 Disember 2013.

Yang pasti,kerajaan Malaysia sememangnya khuatir gelombang ini akan menggugat pemerintahan mereka dengan cubaan tangkapan terhadap pengerusi TURUN yang disabitkan kesalahan berniat untuk menggulingkan kerajaan. Tidak kurang media negara dijadikan budak upahan bagi memaparkan berita dan ancaman  bertujuan menakutkan rakyat untuk bersama-sama dalam protes pada 31 Disember ini.

Omongan melangit, sengsara kami

Syahmi Syazeril Azmi

Tersentak saya, bingung memikirkan apakah dia kata-kata yang sesuai diungkapkan apabila pengumuman-pengumuman yang menodai hak saya diumumkan dengan nada dan rasional luar biasa, seolah-olah kami semua di depan televisyen ini haiwan dalam hutan yang tidak punya akal, seolah-olah kami tidak lazim dengan tamadun.
Mengiringi hukuman demi hukuman ini juga ialah irama lagu yang amat unik sekali. Unik dari sudut perasaan yang terzahir bila mendengarnya.
Sungguh, ingin sekali saya berlapang dada untuk menerima kaedah ini. Malangnya, hakikat dalam hati merasakan bahawa ini tidak lain tidak bukan merupakan suatu penghinaan, ini bagaikan menuang minyak keatas api.
Barangkali inilah dia secebis perasaan orang yang tinggal di zaman feudal; alangkah malangnya nasib apabila dicukai (mungkin lebih tepat lagi ditol?) kerana menggunakan sesuatu yang sepatutnya merupakan hak kami sendiri.
Malang sekali golongan pekerja yang saban hari memerah keringat, hanya untuk melihat haknya yang merupakan kurnia Tuhan dirampas di depan mata.
Dan penyangak-penyangak ini, perompak siang hari, tanpa malu malah penuh megah memperagakan harta-harta milik orang lain, menaiki kenderaan-kenderaan mewah mereka sambil bersiar-siar di pasar-pasar, kononnya mereka ambil peduli.
Dan bila mereka merasakan tubuh dan pendapatan mereka terancam, tanpa ragu-ragu, tanpa berpada-pada habis segala otot-otot dari surat khabar ke televisyen, dari FRU ke “ulama muda”, semuanya dikerahkan untuk menghalalkan tindakan mereka; begitulah ragamnya, hari-hari yang dilalui rakyat Malaysia.
Saya yang merupakan pelajar universiti, mungkin masih lagi bernasib baik kerana tidak merasakan bahang penuh kerakusan kerajaan Malaysia.
Mungkin. Barangkali kami masih lagi terpelihara kerana usia kami, yang datang bersamanya kesihatan dan bantuan dari keluarga.

"Saya terpaksa buat kenyataan media" - Tan Sri Muhammad Ali

MUHAMMAD ALI
SHAH ALAM - Gara-gara artikel ‘Menuntut Hak, Menebus Masa Silam’ yang ditulisnya, bekas Presiden Johor Corp (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim disifatkan menderhaka kepada Raja.

Menurut Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, artikel berkenaan menyebut nama Tanjung Puteri yang merupakan nama asal Johor dan dikhuatiri artikel itu disalah tafsir oleh sesetengah pihak yang mengaitkannya dengan Sultan Johor.

Semalam, Muhammad Ali telah memulangkan semula ketiga-tiga darjah kebesaran yang pernah diterima iaitu Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), Darjah Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ) dan Setia Mahkota Johor (SMJ).

Malah menurut beliau, ekoran tidak dapat menerima dakwaan tersebut, Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia itu akui terpaksa membuat kenyataan melalui media bagi menjelaskan perkara tersebut.

“Kenyataan itu dibuat secara spontan dalam satu sidang media yang diadakan oleh beliau (Abdul Rahim). Jadi, ia satu kenyataan umum tanpa terlebih dahulu mendapat penjelasan daripada saya.

“Jadi, saya anggap itu satu tuduhan dan hukuman dilakukan oleh beliau, sama ada dengan persetujuan jemaahnya sekali (atau tidak)...saya tak tahu,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Rosmah Mula Memindahkan Aset-Aset Beliau...!!!

Ketika ini negara heboh tentang pembelian hartanah yang bernilai RM 110 juta oleh anak beliau. Adakah beliau terlalu kaya sehingga mampu memiliki aset yang bernilai tinggi itu tanda tiada siapa di belakang beliau. Maka sedarlah wahai rakyat marhaen yang Rosmah telah mula mengeluarkan aset-aset beliau ke luar negara dengan menggunakan nama anak-anaknya.
Adakah beliau sudah menghidu akan kejatuhan suaminya, Najib bakal bermula sejak BN tidak lagi popular dengan kajian terbaru Merdeka Centre. Kajian itu telah meletakkan populariti Najib telah menjunam sebanyak 10 mata dari 62 peratus kepada 52 peratus. Mungkin beliau sudah mendapat maklumat ini daripada SB-SB yang melapor terus kepada beliau.
Jangan kita terkejut jika akan berlaku lagi pembelian-pembelian pada masa akan datang. Isu pembelian aset bernilai RM 110 juta ini pun disebabkan kebocoran yang tidak disengajakan. Ini pembelian yang rakyat marhaen ketahui, bagaimana pula yang masih lagi menjadi rahsia. Mungkin aset yang beliau miliki diluar negara selain Amerika lebih banyak dari yang kita ketahui dan tidak mustahil aset-aset beliau bernilai berbilion.
Itu berkaitan dengan aset, bagaimana pula dengan simpanan tunai yang beliau miliki di bank-bank pesisiran pantai yang pasti beliau memiliki berbilion  tanpa siapa yang mengetahui secara terperinci akan nilainya yang sebenar. Di antara sebab beliau dan para pemimpin Umno/BN memilih bank-bank diluar negara ialah disebabkan kerahsiaan yang cukup ketat untuk pihak pembangkang membongkarnya.

Fizo Omar Dan Isteri Menyantuni Tok Guru Di Majlis Perkahwinanya

                         PAS For All..Fizo Omar Menyantuni Tok Guru Di Majlis Perkahwinan
Pihaknya Di Kelantan, Tengahari Tadi.

UMNO dan BN Akan Gugur Macam Cempedak Busuk...!!!

Isu "gulingkan kerajaan" hanyalah lagu lama yang didendangkan kembali untuk menekan suara rakyat.

Sedangkan sebenarnya UMNO BN tidak perlu diguling. Jangkahayat pemerintahannya sudah tamat dan ia akan gugur dengan sendirinya tanpa perlu digulingkan. Ia akan gugur ke tanah macam cempedak busuk. Tiada siapa lagi yang mengiginkannya.

Itulah hukum kebenaran dan keadilan.

Senarai checklist kesalahn UMNO BN yang menyebabkan berbilion wang rakayt hangus:

RASUAH, KETIRISAN dan SALAH GUNAKUASA

1.Skandal PKFZ RM12 Bilion.
2.Skandal Baikpulih Kapal selam RM500 Juta.
3.Skandal Sime Darby RM964 Juta.
4.Skandal Paya Indah Westland RM88 Juta.
5.Skandal duit hilang PosMalaysia RM230 Juta.
6.Pembaziran Pembelian Eurocopter RM1 Bilion.
7.Stadium Terengganu runtuh RM292 Juta.
8.Kos baikpulih MRR2 RM70 Juta.
9.Skandal Maybank utk BII RM4 Bilion.
10.Rasuah utk Pelancongan NYY RM10 Juta.
11.3 lukisan MAS beli utk pejabat Munir RM 1.5 Juta.
12.Overpayment Kem. Belia & Sukan RM8.4 Juta.
13.Kompleks Sukan London - RM70 Juta.
14.Baikpulih MATRADE RM120 Juta..
15.Pampasan jambatan bengkok RM257 Juta.
16.Kerugian menjual Augusta RM510 Juta.
17.Harga Kapal Selam RM4.1 Bilion.
18.Limbungan Kapal TLDM RM6.75 Bilion. .
19.Tukaran asing Bank Negara 1990an RM30 Bilion.
20.Royalti Terengganu 2004-2007 RM7.4 Bilion.
21.Perwaja Steel RM2.56 Bilion.
22.Skandal Bank Islam RM700 Juta.
23.Philharmonic Orchestra diwujudkan RM500 Juta.
24.Skandal perkakas ICT sekolah RM2.21 Bilion.
25.Komisen pembelian Jet dan Kapal Selam utk Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd RM910 Juta.
26.Pembaziran pembinaan Imigresen & Kuarantin (CIQ) & Pembatalan jambatan Malaysia-Singapore RM1.3 Bilion.
27.Pembelian dakwat kekal utk PRU RM2.4 Juta.
28.Pampasan 20 sykt lebuhraya 2006-08 RM38.5 Bilion.
29.Suntikan utk selamatkan LRT-Putra RM4.5 Bilion.
30.Suntikan utk selamatkan LRT-Star RM3.3 Bilion.
31.Subsidi Petronas sejak 1997 pada IPP RM30 Bilion.
32.Subsidi kerajaan kepada IPP RM17 Bilion.

Hanya orang tidak siuman a.k.a orang gila yang akan terus memilih UMNO BN!


 
 

UMNO dipilih bukan kerana parti itu baik, tetapi PR tidak sehaluan

Dalam isu memilih pemimpin dalam pilihanraya yang lalu, sebenarnya pemimpin-pemimpin utama pembangkang yang membuatkan BN masih menang dalam jumlah dan perbezaan yang tipis. Disebaliknya, pemimpin BN juga yang membuatkan setengah dari rakyat yang mengundi pembangkang. Masing-masing BN dan pembangkang menyumbang untuk sokongan kepada lawan masing-masing. BN membuatkan PR kuat dan PR juga membuatkan BN kekal sebagai kerajaan.
Bagi saya, kenyataan ini boleh dibuktikan semasa pilihanraya yang akan datang dan tidak perlu saya melayan kecaman setengah pihak terhadap diri saya kerana pandangan saya yang tidak menyenangkan mereka. Pandai tak ada tetapi pengalaman kepada saya ada sikit-sikit. Saya ulangi, UMNO dan BN tetap akan menang dalam pilihanraya yang akan datang walaupun saya sendiri tidak begitu gemar melihat keadaan itu.
Tetapi kenyataan, tetap kenyataan dan saya belum lagi bercadang untuk menghiburkan diri sendiri dan bermimpi di siang hari seperti ramai yang begitu di luar sana. Siapa yang hendak mengkritik saya silakan lah. Lakukanlah sekehendak hati. Katalah saya apa-apa sekali pun kerana pemimpin pembangkang dan pengikutnya tidak serius dalam melakukan pengambil alihan kuasa negara. 
BN pula begitu lalai kerana mereka tahu pembangkang tidak akan mampu mendapatkan mandat rakyat yang memerhati segala gelagat pimpinan kedua-dua belah pihak. Maka berperanglah penyokong terutamanya penyokong pembangkang dimana-mana....dalam ceramah dan dalam alam cyber memaki hamun dan mencarut dengan menggunakan bahasa yang kesat terhadap sesiapa yang mahu bercakap benar yang pembangkang tidak akan mampu mengambil alih kerajaan ini.

Jual Negara: Sayang, kuih tidak mengikut acuan.....

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT LAZIMNYA seorang murid akhirnya akan menjadi lebih baik daripada sifu atau gurunya.‘Common sense’ atau dalam bahasa Melayu ‘akal budi’ menyatakan seseorang anak lazimnya akan menjadi lebih baik daripada bapanya apabila mewarisi sesuatu jawatan sama.

Justeru di atas kertas dan dengan mengambil kira segala kemudahan pelbagai teknologi masa kini serta sumber ekonomi yang jauh lebih banyak dan terpelbagai, PM Najib Razak sepatutnya mampu melahirkan prestasi selaku Perdana Menteri jauh lebih baik daripada apa yang pernah dicapai oleh bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak. Sewaktu Tun Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya Perdana Menteri (kedua-dua jawatan diwarisi oleh Najib kini), dengan berlatarbelakangkan pendidikan tidak relevan untuk bidang ekonomi dan kewangan, dalam keadaan tidak begitu sihat (walaupun keadaan kesihatannya dirahsiakan daripada pengetahuan awam), beliau telah mewujudkan pelbagai sumber ekonomi dan peluang untuk rakyat menikmati ‘erti kehidupan di sebuah negara merdeka’.
Mudah sahaja untuk mengapresiasi hakikat seorang anak Felda yang berjaya dalam pelajaran dan memegang jawatan penting dalam sektor awam atau swasta hari ini adalah berpunca dan berakarkan apa yang dilakukan oleh Tun Abdul Razak.
Bagaimanapun, di tangan Najib, di sebalik memiliki sedikit sebanyak asas ekonomi serta dalam suasana pentadbiran serba moden dan pendapatan negara jauh lebih tinggi yang tidak pernah diimpikan oleh Tun Razak, keadaan sudah menjadi terbalik.
Pendapatan sebenar rakyat berbanding kos kehidupan dikatakan lebih teruk daripada di zaman Tun Razak walaupun bagi golongan bukan Felda dan masyarakat bandar yang berpendidikan tinggi. Boleh dikatakan secara menyeluruh semua harga peringkat pengguna barangan keperluan utama, bukan keperluan utama dan pelbagai perkhidmatan meningkat berganda-ganda di zaman Najib menjadi Perdana Menteri sehinggakan sebarang pertambahan dalam angka gaji dan upah tidak lagi memberi kesan positif kepada rakyat.
Ada kenaikan ketara seperti minyak di mana disedari umum.

Jangan biarkan BN alih isu untuk selamatkan diri

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
PERCAYALAH bahawa perkara yang paling ditakuti oleh BN ialah isu yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai, termasuk orang Umno sendiri. Pilihan raya umum 1999 tahap sokongan orang Melayu terhadap BN adalah paling rendah. Puncanya kerana ahli-ahli dan penyokong Umno sendiri marahkan tindakan Dr Mahathir Mohamad yang mereka sifatkan menzalimi Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Selepas peristiwa tersebut hingga PRU 2013 tidak muncul lagi isu yang membawa kemarahan kepada orang Melayu dan Umno secara serentak. Banyak isu yang membangkitkan kemarahan orang Melayu tetapi tidak pada orang Melayu Umno.
Selepas 15 tahun berlalu, nampaknya situasi terkini menunjukkan sudah muncul isu yang membangkitkan kemarahan orang Melayu dan Umno terhadap kerajaan. Di pejabat, kedai kopi, tempat awam, di media sosial atau di mana sahaja  kini, kita mudah untuk temui ahli dan penyokong Umno marahkan kerajaan berikutan tekanan kos hidup yang semakin hari semakin membebankan.
Semua sedar bahawa punca kenaikan harga barang dan perkhidmatan berlaku akibat kerajaan menaikkan harga bahan bakar, gula, tol dan akan menaikkan tarif elektrik. Pengumuman kerajaan akan mengadakan GST juga menjadi pemangkin terhadap segala kenaikan. Para pemimpin pembangkang siap mengisytiharkan 2014 sebagai Tahun Barang Naik.
Ahli Parlimen Kepala Batas, Dato’ Seri Reezal Naina Merican berani mengkritik dalam isu kenaikan kadar tol. Menurutnya, BN secara spesifik melalui akujanji pilihan raya mengumumkan akan mengurangkan kadar bayaran tol secara berperingkat.

Lynas nafi tiga kematian berkait operasi kilang..!!

Lynas
KUANTAN - Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) menafikan tiga kematian yang berlaku di kilang berkenaan dalam tempoh enam bulan lepas mempunyai kaitan dengan operasi yang dijalankan oleh kilang nadir bumi itu.

Pengarah Urusannya Datuk Mashal Ahmad berkata sebaliknya dua daripada insiden kematian itu berpunca daripada faktor kesihatan manakala satu lagi akibat kemalangan jalan raya.

Katanya insiden pertama pada Julai lepas melibatkan seorang bakal pekerja yang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika proses temuduga.

Pada November, seorang kakitangan kilang itu maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

"Seorang jurutera kita yang meninggal dunia awal bulan ini pula disahkan mengalami serangan jantung secara tiba-tiba sebelum terjatuh ke dalam kolam takungan. Ketika kejadian, mangsa sedang melakukan rutin harian mengambil sampel air untuk ujian sebelum tidak sedarkan diri akibat serangan jantung," katanya.  

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian pakaian seragam sekolah di perkarangan kilang Lynas, di sini hari ini.

Majlis Peguam gesa mansuhkan Akta Mesin Cetak, tubuh badan media yang bebas


Majlis Peguam Malaysia menggesa kerajaan agar memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekaligus menubuhkan sebuah badan media yang bebas.
Presidennya, Christopher Leong (gambar) berkata akta tersebut perlu dimansuhkan memandangkan ia tidak lagi dilihat sebagai undang-undang yang boleh diguna pakai dan relevan dalam negara demokrasi moden hari ini.
Beliau juga menyifatkan akta tersebut telah disalahgunakan apabila dilihat memberi ruang kepada pembelian, ugutan, menjejaskan serta menghukum media yang sepatutnya bebas daripada kuasa kerajaan.
"Pemansuhan akta tersebut tidak bermakna penerbit boleh menulis apa sahaja. Bagaimanapun bertitik tolak pada situasi kini, kerajaan perlu mempertimbangkan mewujudkan sebuah badan media yang bebas tidak tertakluk dengan mana-mana kuasa.
"Sekiranya terdapat aduan penyalahgunaan penggunaan tulisan atau apa sahaja ia boleh diuruskan oleh Majlis Media yang diwakili oleh media sendiri, wakil daripada perkhidmatan awam dan mana-mana pihak berkait," katanya.
Majlis Peguam yang mengutuk insiden penggantungan akhbar mingguan The Heat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menyiarkan laporan perbelanjaan mewah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor itu telah mencemar Perkara 10 Perlembagaan iaitu setiap rakyat dibenarkan mengamalkan kebebasan bersuara dan meluahkan pandangan.

Polis didakwa cabul undang-undang bila terlibat paksa penduduk Kampung Railway berpindah


N. Surendran bercakap pada sidang akhbar di pusat khidmat masyarakat Parlimen Batu di Kuala Lumpur berkenaan tindakan pemaju merobohkan Kampung Railway lebih awal daripada yang dijanjikan. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 28 Disember, 2013. 
N. Surendran bercakap pada sidang akhbar di pusat khidmat masyarakat Parlimen Batu di Kuala Lumpur berkenaan tindakan pemaju merobohkan Kampung Railway lebih awal daripada yang dijanjikan. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 28 Disember, 2013.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) mendakwa pihak polis bukan sahaja melanggar hak asasi manusia bahkan telah mencabul undang-undang apabila menggunakan kekerasan terhadap penduduk dalam isu merobohkan kampung tradisi India, Kampung Railway di Kuala Lumpur semalam.
Ahli Parlimen Padang Serai N. Surendran (gambar) berkata, tindakan polis itu sebagai menyalahgunakan kuasa dan melanggar Akta Polis 1967 yang secara tidak langsung membantu pemaju mengusir penduduk.
Surendran juga menuntut penjelasan daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu berkenaan.
Semalam 30 buah  keluarga Kampung Railway dilaporkan telah diusir keluar daripada rumah mereka bagi memberi laluan kepada pihak pemaju merobohkan perkampungan tersebut bagi pembangunan.
Bagaimanapun keadaan menjadi tegang apabila penduduk bertindak melawan kembali dengan mendakwa pemaju melanggar perjanjian yang ditetapkan iaitu memberi masa untuk berpindah sehingga Ahad ini.
Ia menyaksikan tujuh ditahan termasuk seorang remaja berumur 16 tahun dan dua wanita.
Selain Surendran, sidang media juga turut dihadiri oleh peguam Latheefa Koya, Ahli Parlimen Batu Tian Chua , Ahli Parlimen Wangsa Maju Tan Kee Kwong  serta aktivis S. Jayathas.
Mereka mendakwa campur tangan oleh pihak berkuasa dalam perobohan kampung tersebut membuktikan satu lagi korupsi yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional.
Surendran berkata polis hanya dibenarkan terlibat sekiranya terdapat unsur jenayah dalam insiden tersebut.
Sementara itu Ahli Parlimen Batu Tian Chua menggesa Khalid dan Zahid menyatakan apakah perlakuan jenayah penduduk di situ sehingga melibatkan campur tangan polis.
"Sekiranya penduduk disabitkan dan terletak atas arahan mahkamah sepatutnya mereka dibawa ke mahkamah bukannya kepada polis," katanya.

Kesian Tun Abdul Razak

A Kadir Jasin

KESIAN Allahyarham Tun Abdul Razak. Tidak pasal-pasal namanya dikaitkan dengan penerbit filem Hollywood yang tidak ada talian darah dengan beliau.
Penerbit filem itu namanya Riza Shahriz Abdul Aziz. Selain daripada dia anak tiri kepada anak Tun Abdul Razak iaitu Mohd Najib, dia tak ada apa-apa pun pertalian dengan Tun Abdul Razak.
Mengikut cerita media Amerika dan media atas talian Malaysia, Riza Shahriz ini adalah anak isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor dengan suami pertamanya yang dikenali sebagai Abdul Aziz bin Nong Chik.
Selain Riza Shahriz menjadi penerbit filem Hollywood yang sedang meningkat naik, dia juga menjadi bahan berita di Amerika kerana dikatakan telah membeli sebuah apartmen berharga AS$33.5 juta (kira-kira RM110 juta) di Central Park, New York.
Tun Abdul Razak diseret ke dalam cerita sensasi ini semata-mata kerana dia bapa Mohd Najib. Orang putih keliru dengan sistem pengenalan kita.
Dalam sistem mereka, ada surname dan given name. Surnama adalah nama keluarga/keturunan. Given name ada nama sebenar seseorang. Misalnya George Walker Bush. Bush adalah nama keluarga/keturunan. George Walker adalah given name. Dalam given name itu pula ada middle nama. Dalam nama George Walker Bush, Walter ada middle nama atau nama tengah.
Jadi, bila wartawan America buat carian Internet nama Mohd Najib, dalam Wikipedia misalnya, mereka jumpa Dato’ Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Jadi mereka petik nama Tun Abdul Razak sebab pada anggapan mereka itulah surname Perdana Menteri Malaysia.

Demi Maruah: Tan Sri Muhammad Ali kembalikan 3 darjah kebesaran Johor

Tan Sri Muhammad Ali Hashim  
PUTRAJAYA - Bekas Presiden Johor Corp (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim mengesahkan telah mengembalikan tiga darjah kebesaran negeri Johor, semalam.

Menurutnya, tindakan itu diambil ekoran tidak dapat menerima tuduhan yang dibuat oleh Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, 5 Disember lalu.

Sebelum ini, Abdul Rahim mendakwa artikel Menuntut Hak, Menebus Masa Silam tulisan Muhammad Ali yang disiarkan Sinar Harian, dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja negeri Johor.

"Saya sangat memandang berat dan serius tuduhan terhadap diri saya yang mencemar nama baik dan reputasi saya.

"Saya mengesahkan bahawa saya telah mengembalikan semua darjah terbabit pada 27 Disember 2013 (semalam)," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Darjah terbabit adalah Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), Darjah Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ) dan Setia Mahkota Johor (SMJ).