Jumaat, 27 Disember 2013

Dr Asri: Suruh rakyat bersyukur, tetapi pemimpin?

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin hari ini membidas sikap sesetengah pemimpin negara yang didakwa hanya berani menegur rakyat sebaliknya tidak berani mengkritik salah urus tadbir negara demi kelangsungan politik.

Menulis di dalam entri Facebooknya, Dr Asri menganggap pemimpin yang mempunyai perilaku seperti ini tidak layak untuk diangkat sebagai tokoh kerana baginya mereka berjuang untuk kepentingan dan kesenangan sendiri dan bukan untuk kepentingan awam.

"...tokoh-tokoh yang hanya berani mengkritik rakyat yang daif tapi mendiamkan diri atas kesalahan pemerintah yang mempunyai kuasa, merupakan tokoh yang mendahulukan kepentingan dirinya dari kemaslahatan awam.

"...tokoh-tokoh yang hanya berani menyuruh rakyat bawahan bersabar, bersyukur dan berjimat semasa keadaan kehidupan rakyat mendesak tapi tiada keberanian mengkritik pembaziran, salah urus, tidak menepati janji yang berlaku di pihak berkuasa tidak layak untuk diangkat sebagai tokoh yang dihormati rakyat.

"...kerana mereka berjuang untuk kepentingan dan kesenangan sendiri bukan untuk kepentingan awam," katanya lagi.

Reset Minda: Didakwa tak prihatin, Prof Muhaya tampil jawab......

Prof Muhaya 
SHAH ALAM – Gara-gara mengeluarkan kenyataan pada artikel Prof Muhaya : Solusi Keluar Dari Bebanan Hidup yang disiarkan Sinar Harian Online, Selasa lalu, penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad dikritik pembaca kerana disifatkan tidak prihatin nasib rakyat.

Melalui sebuah video yang dimuat naik ke laman sosial Youtube, Prof Muhaya menjelaskan mengenai perkara tersebut.

“Saya bukan ustazah, bukan ahli politik dan bukan ahli ekonomi. Saya cuma pencetus inspirasi yang semua orang sudah tahu, gaya saya bercakap...Kita mesti faham bahawa ada benda yang kita boleh kawal dan tidak boleh kawal.

“Apabila ditanya bagaimana nak tangani beban orang yang tengah serabut...memang banyak pihak yang nak saya buat kenyataan memarahi pihak yang menaikkan harga dan sebagainya. Tapi, pada saya, itu semua banyak dah orang yang cakap.

"Jadi, peranan saya sebagai seorang yang berusia 50-an, ada pengalaman, saya memang sangat yakin bahawa cara kita melihat sesuatu akan mengubah tindakan, persepsi atau interpretasi kita terhadap perkara itu,” katanya.

Daftar BR1M 2014 Borang BR1M 3.0 Online. Penyelesaian Kenaikan Kos Sara Hidup?

BR1M 3.0
Berdasar pengumuman Datuk Seri Najib (DI SINI) Permohonan BR1M 2013 (BR1M 3.0) datang lagi untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat malaysia yang semakin menghimpit dengan pelbagai berita kenaikan caj dan tarif. 
Bagi Sistem permohonan BR1M 2014 (BR1M 3.0) kali ini terdapat beberapa perubahan kecil daripada segi cara pelaksanaannya dan juga nilai bayaran BR1M 2014 (BR1M 3.0) telah terdapat perubahan :

Syarat Permohonan BR1M 2014 (BR1M 3.0)

Borang BR1M 3.0
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lelaki @ Perempuan yang menjaddi ketua kepada isi rumah/ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar
  3. Pendapatan bulanan isi Rumah RM4,000 dan ke Bawah – Dapat BR1M RM450
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah – Dapat RM300
  5. Pendapatan bulanan isi rumah antara RM3,000 sehingga RM4,000 – Dapat RM450

Download Borang BR1M 2014 (BR1M 3.0)?

Kerajaan 47% BN Jual Aset Negara & Gadai Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam. Kerajaan Dapat Duit RM5.6 Bilion. Kewangan Negara Parah?

Berdasarkan laporan Bank Dunia, kerajaan Malaysia telah menjual aset negara dan juga mengadaikan pinjaman perumahan kakitangan awam melalui pensekuritian sebanyak RM5.6 bilion bagi mencapai sasaran defisit. Rakyat dah pesan lama sudah kepada kerajaan, jangan boros, jangan membazir, jangan salahguna wang rakyat supaya Malaysia tidak dihimpit dengan hutang yang tinggi seperti yang dialami sekarang. (BUKTINYA DI SINI)
Nah….setakat laporan Bank Dunia (World Bank) setakat Disember 2013 berdasarkan penyata Kementerian kewangan sendiri yang diterbitkan Perbendaharaan Negara, menunjukkan :

Laporan Bank Dunia : Malaysia Dapat RM5.6 Bilion

  1. Belanja mengurus kerajaan Malaysia telah melebihi belanjawan yang diluluskan sebanyak RM14.3 bilion (7.1%)
  2. Pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2013 setakat ini lebih teruk daripada yang dijangkakan berdasarkan unjuran pembentangan Bajet 2013
Disebabkan bajet defisit (belanja yang mengatasi peruntukkan bajet) terus dibentangkan selama 16 tahun berturut-turut dan pertumbuhan ekonomi yang tidak serancak seperti yang dijangkakan menyebabkan pendapatan negara kita berkurangan yang tidak mencapai angka yang dihajatkan, dalam pada masa yang perbelanjaan kerajaan terus bertambah. Akhirnya defisit negara bertambah.
Jadi apa penyelesaian yang kerajaan telah lakukan. Bank Dunia kata, kerajaan Malaysia telah menjual dan mengadai lebih banyak aset negara.
Ya, Berita Semasa akui dan memang betul ada kerajaan jual aset atau kadang-kadang kerajaan akan bangunkan aset. Memang betul, kadang-kadang kerajaan juga kerap mengadaikan pinjaman yang diberikan kepada rakyat. Itu perkara biasa.
Malaysia Jual Aset
Tetapi laporan Bank Dunia kali ini agak mencemaskan apabila perkara ini dibuat secara terdesak dan mendadak apabila perbelanjaan yang dibuat kerajaan terlalu tinggi di mana pendapatan yang diperolehi kerajaan tidak dapat menampungnya.

Penyelesaian Kos Sara Hidup Tinggi Bakal Diteliti - Hasan Malek

BN beri musibah 4 tahun 6 bulan, pijak semut tak mati enam bulan terakhir

Suhaizan-KaiatKAJANG 27 DIS: Barisan Nasional (BN) mampu mengekalkan kemenangan dalam setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU), sekali gus meneruskan penguasaan di Putrajaya dengan hanya menggunakan taktik cuma berbuat baik pada enam bulan terakhir sebelum menjelang pilihan raya.
Manakala, dalam tempoh empat tahun enam bulan sebelumnya BN akan bertindak sesuka hati dengan menekan rakyat habis-habisan melalui siri kenaikan harga barangan keperluan dan perkhidmatan atau melakukan pembaziran, rasuah serta ketirisan.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat, berkata strategi itu mampu mempengaruhi sesetengah golongan pengundi yang boleh dimomokan dengan isu perkauman yang dimainkan BN.
“BN boleh naikkan harga barang, terbabit dengan salah guna kuasa dan rasuah selama empat tahun enam bulan. Selama tempoh ini, mereka akan guna sebaik mungkin tetapi dalam tempoh enam bulan terakhir akan jadi sebaik-baiknya, pijak semut pun tak mati.

Srikandi KEADILAN ajak Dr Muhaya bincang kos sara hidup

final Srikandi LogoKUALA LUMPUR 27 DIS: Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail mengingatkan Dr Muhaya Mohamad supaya berfikiran rasional dan berada dalam situasi sebenar rakyat biasa daripada mengeluarkan kenyataan dangkal mengenai kos sara hidup.
Ini berikutan kenyataan Dr Muhaya, seorang penceramah bebas pada 24 Disember dalam wawancaranya di akhbar Sinar Harian dan video bahawa rakyat Malaysia mesti berhenti merungut dan mengeluh berikutan kenaikan kos sara hidup.
Sebaliknya kata Dr Muhaya, orang ramai perlu melihat kenaikan ini secara positif kerana menanggap peningkatan kos hidup sebagai satu perkara negatif,, maka hasilnya kekal negatif tanpa ada sebarang perubahan.
DR_MUHAYA_SINARJusteru, Siti Aishah berkata, pihaknya bersedia memberi ruang kepada Dr Muhaya untuk berbicara dan memberi pandangan yang bernas dalam membela nasib rakyat.
“Kalau beliau setuju, kita akan buka platfom di gelanggang rakyat untuk bersama-sama mencari penyelesaian yang boleh memberi manfaat kepada semua pihak,” kata Siti Aishah kepada Keadilandaily.
Dr Muhaya Mohamad dikenali sebagai selebriti TV melalui rancangan ‘Nasi Lemak Kopi O’ di TV9 dan sering memberi pandangan di akhbar Sinar Harian.
“Ini lagi baik daripada beliau mengeluarkan kenyataan video yang hanya menyerlahkan pandangan peribadinya sahaja. Apa yang dibangkitkan beliau tidak selari dengan apa yang berlaku.
“Beliau perlu berlaku adil dan jangan hanya pandai nasihat rakyat tanpa salahkan punca yang menyebabkan semua kenaikan yang berlaku,” tambah Siti Aishah.

Nube: Hong Leong bohong, angkuh & nafi hak pekerja

NUBE_KUALA LUMPUR 27 DIS: Hong Leong Bank (HLB) berbohong apabila menyatakan bahwa institusi kewangan itu mematuhi undang-undang dalam proses pemecatan 27 kakitangannya.
Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) dalam satu kenyataan berkata, HLB melanggar perjanjian kolektif yang memperuntukkan bahawa bonus tahunan kakitangan perlu dibayar pada 15 Disember.
Menurut NUBE, 27 pekerja yang diberhentikan sejak 18 Disember lalu tidak dibayar bonus tahunan walaupun mekera layak menerimanya.
“Ini mempamerkan keangkuhan, pembohongan serta tidak menghormati golongan pekerja, undang-undang dan budaya masyarakat negara ini.
“Walaupun rayuan dibuat pekerja serta representasi oleh Nube, hak pekerja terang-terangan diabaikan, termasuk diganggu secara berterusan sebelum akhirnya dipecat,” kenyataan Nube dipetik.
Nube telah mengadakan piket lebih 50 jam di hadapan ibu pejabat bank itu di Jalan Perak dan akan terus berbuat demikian 10 jam setiap hari sehingga perkara itu selesai.
Nube_piketSementara itu, Biro Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Johor, Mohd Faizal Yusak berkata, ada pekerja yang ditahan gaji dan tidak dibenarkan masuk ke ruang kerja.
Piket NUBE di hadapan bangunan Bank Hong Leong
Dipercayai HLB bertindak demikian berikutan kes ‘pengehaban dan penempatan semula’ yang dibantah pekerja institusi itu masih dibicarakan di Mahkamah Perusahaan.

“Hassan Malek tak layak jadi Menteri” - Haniza Talha

Haniza Talha
KUALA LUMPUR 27 DIS: Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek tak ubah seperti seorang Ketua Umno cawangan dan tidak menggambarkan kedudukannya sebagai seorang menteri
maharaja_lawak_hasan_malek“Kenyataan beliau seperti seorang Ketua Umno cawangan. Tak layak bergelar menteri,” kata Naib Ketua Wanita KEADILAN Haniza Talha ketika dihubungi Keadilandaily.
Katanya, kenyataan Hassan menyakitkan hati rakyat Malaysia yang telah sedia terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
Hassan Malek dilaporkan The Malaysian Insider meminta rakyat Malaysia agar tidak merungut tentang kenaikan kos sara hidup, sebaliknya memberi kritikan membina terhadap langkah kerajaan menaikkan beberapa harga barangan.
The_Star - CopyManakala The Star melaporkan kenyataan Hassan bahawa rakyat Malaysia bersetuju dengan kenaikan harga barang berikutan tidak ada rungutan mengenainya.
Haniza yang juga Adun Taman Medan berkata, tugas Menteri adalah mencari penyelesaian masalah rakyat, bukan sekadar mengeluarkan kenyataan sesuka hati.
“Tugas Menteri adalah menjaga keperluan rakyat, bukan menyakitkan hati rakyat dengan kenyataan sedemikian,” katanya.
Haniza turut mencabar Hassan untuk membuktikan bahawa kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dam bertemu orang ramai bagi memantau kenaikan harga barangan yang disebabkan penstrukturan subsidi oleh kerajaan.
“Sekiranya kenyataan itu benar, beliau perlu buat ke seluruh negara. Bukan sekadar cakap kosong,” kata Haniza.

Anak Rosmah beli kondo RM110 juta di New York

 
Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berusia 36 tahun dilaporkan membeli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta) di New York.

Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu, membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York, menurut Sarawak Report.

Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza membeli hartanah dengan tujuh bilik itu pada 19 November tahun lepas.

Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.

Riza, menurut laporan Sarawak Report lagi, memulakan kerjaya perbankannya sebaik sahaja tamat pengajian di London School of Economics pada 2000.

Laporan itu menyebut Riza pernah bekerja dengan firma perunding KPMG sehingga 2002 dan kemudian di HSBC London sehingga krisis kewangan pada 2008.

Ammar : Satu Dalam Sejuta

NGO dan parti politik serah memo bantahan kezaliman kerajaan Bangladesh

Memorandum diserahkan bagi membantah kezaliman kerajaan Bangladesh yang mengenakan hukuman gantung sampai mati kepada Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh Abdul Quader Mulla

KUALA LUMPUR: Sebuah kumpulan – gabungan PAS, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), PKR dan persatuan mahasiswa menyerahkan satu memorandum bantahan kezaliman kerajaan Bangladesh berhubung hukuman gantung sampai mati kepada seorang pemimpin Islam di negara tersebut.
Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh Abdul Quader Mullah dikenakan hukuman gantung sampai mati 11 Disember lalu setelah didapati bersalah oleh Tribunal Perang Antarabangsa atas tragedi pembunuhan perang kemerdekaan Bangladesh dari Pakistan pada tahun 1971.
Kumpulan seramai hampir 200 orang itu  berarak lebih tiga kilometer sejurus selepas solat Jumaat dari Masjid Tabung Haji di sini hingga ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh.
Hampir 50 anggota polis ditugaskan bagi mengawal keadaan.
Kumpulan ini berhenti hampir 100 meter dari Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh setelah pihak polis melakukan sekatan.
Seramai 10 orang wakil kumpulan tersebut dibenarkan untuk menghantar memorandum mereka yang diketuai oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
“Kami membantah tindakan membicarakan mereka yang digelar pengkhianat atas peristiwa yang berlaku pada tahun 1971 dan perbicaraan yang dijalankan tidak mengikut lunas undang – undang antarabangsa.

Khutbah terakhir 2013: Muhasabah diri

Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak), Rasulullah SAW.

PETALING JAYA: Khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) hari ini menyeru umat Islam untuk bermuhasabah diri .
Dari teks khutbah Jumaat yang disediakan di laman sesawang Jakim hari ini, muhasabah diri merupakan amalan para anbiya’, mursalin dan orang-orang soleh.
Muhasabah menurut Ibnu Qudamah ialah melihat keadaan modal, keadaan keuntungan dan kerugian, agar dapat mengenalpasti sebarang penambahan dan pengurangan. Modalnya dalam konteks agama ialah perkara yang difardhukan, keuntungan ialah perkara sunat dan kerugiannya pula ialah maksiat.
Manakala Ibnul Qaiyim pula berkata muhasabah ialah membezakan antara apa yang diperolehinya dan apa yang perlu ditanggungnya. Setelah mengetahui yang demikian, maka dia hendaklah membawa apa yang diperolehinya dan melunaskan apa yang ditanggungnya. Dia seolah-olah seorang musafir yang tidak akan kembali.”
Rasulullah SAW sendiri pernah memuji sikap muhasabah di dalam hadith Baginda yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi daripada Syadad bin Aus RA iaitu “Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak).”

Teka-teki Dari Ahmad Maslan?


Bijak otak menteri yang cgpa tinggi semasa pengajian beliau.
 

Tiga tuntutan Himpunan 31 Disember

Gabungan itu mensasarkan tiga lokasi awal utama iaitu kompleks beli-belah Sogo, Masjid Jamek, dan Pasar Seni bermula jam 9 malam.

PETALING JAYA: Gabungan NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) dan Gerakan3112 mengemukakan tiga tuntutan kepada kerajaan sempena himpunan menjelang tahun baru di Dataran Merdeka 31 Disember nanti.
Tuntutan tersebut adalah mahu kerajaan menurunkan segala punca kenaikan kos sara hidup, menggesa kerajaan supaya tidak mengkhianati janji yang telah ditabur sebelum mendapat kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, serta menghentikan segala pemborosan dan ketirisan yang akhirnya terpaksa ditanggung rakyat.
Menyarankan peserta berpakaian serba hitam dan membawa bendera kebangsaaan, gabungan itu mensasarkan tiga lokasi awal utama iaitu kompleks beli-belah Sogo, Masjid Jamek, dan Pasar Seni bermula jam 9 malam.
Kemudiannya merancang untuk berarak ke Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Raja Laut bersama kumpulan anak muda aktivis dan mahasiswa pada pukul 10 malam.
“Peserta himpunan akan bergerak masuk ke Dataran Merdeka setelah ketiga-tiga kumpulan ‘check point’ bertemu di Dataran DBKL,” katanya dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Kenyataan itu mengulangi penafian bahawa himpunan itu dilakukan untuk menggulingkan kerajaan, sebaliknya menegaskan sebagai himpunan aman anjuran rakyat yang dibenarkan menurut Perkara 10 Perlembagaan Malaysia.

Kenapa kerajaan 47% BN bantu PERKASA saja, soal NGO Melayu lain

Tindakan kerajaan menyalurkan dana kepada PERKASA hari ini mewujudkan perasaan tidak puas hati kumpulan NGO Melayu-Islam yang lain.

Antara yang menyuarakan perasaan tidak puas hati itu, Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Mereka yang juga mengaku terlibat mempertahankan hak-hak orang Melayu dan umat Islam di negara ini turut mahukan pengiktirafan, termasuk menerima penyaluran dana itu.

Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, mereka mengesyaki PERKASA mendapat bantuan daripada kerajaan tetapi perkara ini tidak pernah didedahkan secara terbuka sebelum ini.

“Sekarang, dengan pendedahan PERKASA mendapat dana kerajaan... saya rasa tidak adil hanya PERKASA mendapat dana ini,” kata Rani dalam SMS kepada Malaysiakini hari ini.

“Kami bergerak dengan wang saku sendiri... jadi saya desak kerajaan berhati-hati menyemak semula dana terhadap NGO.”

Kerajaan 47% BN belum puas ‘sesah’ PETRONAS walau dibayar RM70 bilion setahun

Rafizi1-179x300KAJANG 27 DIS: Kerajaan Barisan Nasional (BN) memperoleh pendapatan kira-kira RM70 bilion setahun daripada pelbagai bayaran yang dibuat syarikat petroleum negara, PETRONAS.
Pengarah Startegi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, jumlah itu jauh berbeza ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih sebagai Menteri Kewangan yang hanya mengutip RM3 bilion sahaja daripada PETRONAS untuk tempoh sama.
“Untuk 2014, kemungkinan kerajaan akan membelanjakan kira-kira RM300 bilion. Dari mana dapat duit ini? Ketika Datuk Seri Anwar dahulu kita ambil daripada PETRONAS dua hingga ke tiga bilion setahun dan tidak pernah lebih.
“Daripada RM70 bilion yang diambil BN, RM30 bilion bentuk dividen setiap tahun, manakala RM40 bilion pula dalam bentuk cukai, eksais, duti dan lain-lain. Dulu kita ambil RM3 bilion boleh cukup, tetapi kini walau ambil RM70 bilion masih tak cukup juga,” katanya.
Rafizi berkata demikian dalam program Wacana Pemuda Turun Kos Sara Hidup yang turut dihadiri Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat, di Hotel KK, di sini, malam tadi.
Rafizi berkata, langkah itu akan merosakkan kelangsungan masa depan ekonomi negara kerana sumber kewangan daripada industri petroleum bukan berkekalan.
“Kita tengok Kementerian Perladangan dan Komoditi, yang perniagaan paling besar adalah kelapa sawit dan getah sahaja.
“Dalam belanjawan 2014 ada satu bajet untuk Strategi Lautan Biru Kebangsaan sebanyak RM40 juta. Bila saya tanya apa itu, jawapan yang diberikan, ‘macam yang Najib sebutlah’.

Pimpinan Umno Buncit Perut Kalau Macam nii....Masyukkk..!!

 
100km = RM722juta

10km = RM72.2juta

1km = RM7.22juta

100m = RM722ribu

10m = RM72.2ribu

1m = RM7220

10cm = RM722

1cm = RM72.20
 
1mm = RM7.22

Flashmob bantah kenaikan kos sara hidup di Batu Pahat, Temerloh esok

Batu PahatKUALA LUMPUR 27 DIS: Flashmob bagi membantah kenaikan kos sara hidup akan diadakan di Batu Pahat, Johor dan Temerloh, Pahang esok.
Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Batu Pahat, Muhd Ezaddin Abdul Rahman flashmob di Batu Pahat akan diadakan di Dataran Penggaram bermula jam 5 petang.
“Flashmob ini kami namakan ‘flash mob RM’. RM bermakna Ringgit Malaysia.
“Soalan kita kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Wang negara ini untuk siapa? Untuk Rosmah Mansor atau Rakyat Malaysia?, kata Ezaddin kepada Keadilandaily.
Beliau menyeru penyokong Pakatan Rakyat dan penduduk daerah ini yang rata-ratanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk hadir ke flash mob di Dataran Penggaram.
Temerloh“Poket rakyat marhaen yang semakin kempis. Harga barangan naik mendadak. Lebih perit kenaikan berlaku ketika semester sekolah baru akan bermula tahun depan,” katanya.
Sementara itu, satu lagi flashmob anti kenaikan harga barang akan diadakan di Temerloh, berhampiran lampu isyarat Hotel Jelai, bermula pada jam 4.30 petang.
Difahamkan, kedua flashmob diadakan menyokong himpunan membantah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang akan dadakan di Dataran Merdeka pada malam tahun baru 2014.

2014 bakal jadi tahun 'barang naik'

KUALA LUMPUR: Tahun 2014 yang akan tiba beberapa hari lagi bakal menjadi 'tahun barang naik' ekoran kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang disebabkan oleh kenaikan harga minyak dan tarif elektrik.
Ahli ekonomi, Dr Rosli Yaakob berkata, kenaikan harga petrol Ron95 sebanyak 20 sen seliter September lalu menyebabkan kenaikan menyeluruh harga barangan dan perkhidmatan kerana petroleum adalah salah satu barangan asas di dalam ekonomi.
"Semua alat pengangkutan mengunakan bahan bakar ini untuk bergerak. Kesan langsung dan segeranya adalah kos perkhidmatan pengangkutan naik.
"Perlu diingat bahawa perkhidmatan pengangkutan adalah satu perkhidmatan asas di dalam ekonomi dan semua barang-barang perlu diangkut dari lokasi pengeluaran ke lokasi pemasaran," kata bekas Penolong Gabenor Bank Negara itu ketika diwawancara Harakah.
Kenaikan harga bahan bakar ini, ujarnya akan menyebabkan kenaikan kos pengangkutan dan memberi kesan kepada kenaikan harga barangan.
Menurut beliau, tiada satu barangan pun dalam ekonomi yang tidak menggunakan perkhidmatan pengangkutan.
"Kalau ada pandangan bahawa kenaikan harga petroleum berpunca dari penarikan subsidi, ia  pandangan yang sukar dipertahankan," jelasnya.

Kalau bukan di jalan di mana?

Muhammad Naim Fital

Revolusi kebangkitan bukan fenomena baru, ia telah bermula sejak berpuluh tahun dahulu, era 70an. Banyak revolusi telah dilakukan, bermula Revolusi Iran, Revolusi Syria, Arab Spring dan banyak lagi tempat termasuk Indonesia dan Malaysia.
Fenomena "street protest" di Malaysia bukan penglibatan golongan berpendidikan rendah, namun ia adalah penglibatan rakyat dan pemimpin.
Berikut rentetan demonstrasi jalanan dan himpunan rakyat di Malaysia: Bersih, Bersih 2.0, Himpunan Hijau, Tuntutan Royalti, Lynas, Hapus AUKU, Mansuh PTPTN, Mansuh ISA dan sebagainya.
Keadaan ini sebenarnya melihatkan protes rakyat Malaysia untuk menuntut keadilan dan ketelusan dalam pemerintahan kerajaan di Malaysia. Adakah mereka ini salah turun ke jalan raya menuntut keadilan buat mereka?
Tidak kerana ini negara demokrasi, kita berhak bersuara dan melemparkan rasa tidak puas hati. Namun adakah acuannya di jalan raya semata-mata?
Persoalan ini yang kita tinggalkan sepi. Hairan, sudah 56 tahun Malaysia merdeka, kenapa seolah-olah negara kita masih belum merdeka?
Perlembagaan Persekutuan menjamin suara rakyat didengari oleh pemerintah, namun kita ada 28 juta suara rakyat, jadi bagaimana hendak memenuhi permintaan 28 juta suara ini ?
Sebab itu di Malaysia kita mengamalkan pemerintahan demokrasi berparlimen. Rakyat menjalani proses Pilihan Raya Umum (PRU), diberi hak memilih calon yang akan mewakili suara rakyat.
Wakil Rakyat inilah yang akan ke Parlimen dan menyampaikan suara hati rakyat.
Namun, sayangnya, setelah PRU13 berakhir, kehidupan rakyat semakin terbeban dan dihimpit dengan pelbagai kenaikan harga.

TURUN: Fitnah Macai UMNO Terhadap MB Kelantan Terbongkar!


MB Kelantan akan sokong Turun 31 Disember ini

SHAH ALAM - Susulan kecoh isu wujudnya himpunan guling kerajaan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob menyatakan himpunan tersebut tidak wujud sebaliknya hanya gerakan NGO untuk mendesak pemerintah mendengar rintihan rakyat.

Menurut beliau yang dipetik dalam akaun Facebooknya, Ahmad berkata, beliau akan sentiasa bersama Pas serta rakyat menjayakan program Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), yang akan diadakan hujung bulan ini.

"Turun ialah gerakan rakyat. Ia hasil daripada denyut nadi rakyat yang mengeluh sekian lama akibat kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan kerana salah urus BN.

"Saya sepenuhnya bersama kepimpinan Pas tentunya sentiasa bersama-sama gerakan rakyat untuk terus mendesak kerajaan Malaysia mendengar suara rintihan hari rakyat.

"Jika ada yang berkata bahawa ia bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, saya kira ia hanyalah omongan palsu semata-mata kerana takut akan bayang-bayang sendiri," tulisnya, semalam.

Sebelum ini, mengikut laporan media beberapa pihak telah membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat penyebaran hasutan mengajak orang ramai menyertai satu perhimpunan haram di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember ini.

NGO dan Macai Umno lapor polis Himpunan 31 Dis, koyak gambar Rafizi,CheguBard

Kumpulan itu menayangkan gambar Rafizi secara terbalik dan bertindak mengoyak serta memijaknya di perkarangan balai polis.

PETALING JAYA: Lima badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin yang didakwa sebagai dalang menghasut rakyat turun menyertai Himpunan 31 Disember.
Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M), Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Pertubuhan Memartabat Jaringan Melayu Malaysia (MJMM), Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, serta Bridget Kesatria Mahasiswa masing-masing mengemukakan laporan polis di Balai Polis Damansara di sini petang tadi.
Turut diserahkan beberapa bukti bergambar dan salinan video rakaman ucapan Rafizi dan Badrul, atau dikenali CheguBard.
Sejurus selepas selesai membuat laporan, kumpulan itu menayangkan gambar Rafizi secara terbalik dan bertindak mengoyak serta memijaknya di perkarangan balai polis.
SAM1M dalam laporannya mahu polis menyiasat Rafizi kerana mengeluarkan kenyataan menyokong perhimpunan menggulingkan kerajaan dan mengelirukan rakyat.

MOF putar belit,penafian yang sebenarnya pengakuan jual aset negara

DBKL demolishes Kg Railway houses

PAS dan NGO bantah pembunuhan agamawan di kedutaan Bangladesh

Lensa: Demo bantah kezaliman kerajaan Bangladesh@Banglasia



Kos Meningkat: MTUC saran elaun sara hidup RM300 sebulan bagi pekerja swasta


Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini mencadangkan elaun sara hidup (Cola) RM300 sebulan diberi kepada 10 juta pekerja sektor swasta memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Presiden MTUC Khalid Atan (gambar) memberitahu Bernama, adalah penting bagi kerajaan untuk memperkenalkan peraturan tentang Cola itu kepada sektor swasta kerana hampir lima juta pekerja di sektor itu kini memperoleh upah hanya kira-kira RM30 sehari, iaitu setakat melepasi garis kemiskinan RM870 sebulan.
Pada masa ini gaji minimum pekerja di Semenanjung ditetapkan RM900 dan bagi pekerja di Sabah dan Sarawak RM800.
Khalid berkata MTUC sedang merangka strategi untuk membantu meringankan beban pekerja.
Dalam tempoh sementara ini beliau mencadangkan agar syarikat membantu menyediakan subsidi makanan dan penginapan untuk pekerja, dan pekerja pula akan membantu syarikat meningkatkan produktiviti, untuk menjadikan situasi menang-menang.
Khalid berkata MTUC amat bimbang tentang kesan serta-merta peningkatan kos pengangkutan, makanan dan persekolahan terutama bagi kumpulan pekerja berpendapatan rendah.
Beliau memberi jaminan, MTUC sebagai pertubuhan pekerja yang bertanggungjawab, tidak akan melakukan demonstrasi jalanan menuntut hak mereka, tetapi lebih suka kepada rundingan aman. - Bernama

Usah merungut kenaikan kos sara hidup, kata menteri 47% BN

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek menasihati rakyat Malaysia agar tidak merungut, sebaliknya memberikan kritikan membina terhadap langkah kerajaan menaikkan beberapa harga barangan.
Hassan ketika ditemui di program "Kembali ke Sekolah" anjuran sebuah pasaraya di Kuala Lumpur hari ini, berkata peniaga juga tidak seharusnya menaikkan harga barangan dengan keterlaluan.
"Jangan memanaskan keadaan dan menaikkan harga. Tolong pertimbangkan dan bantu kementerian.
"Sesetengah barangan bantuan kerajaan turut disalahgunakan sesetengah pihak dengan menaikkan harganya," katanya lagi.
Hassan turut menjelaskan, kementeriannya sedang berusaha membantu rakyat ekoran kenaikan harga sesetengah barangan yang berlaku disebabkan penstrukturan subsidi yang menyebabkan kenaikan harga bahan api, elektrik, dan juga barangan keperluan harian yang menyaksikan peningkatan kos sara hidup rakyat.
"Saya telah mengarahkan pasukan saya untuk berada di bawah berhubung dengan orang ramai.
"Kita akan lakukannya bersama dengan agensi lain termasuk Kementerian Pelancongan," tambahnya.
Ditanya tentang saranan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa Putrajaya menjimatkan kos perbelanjaan dan bukannya menaikkan harga barangan, Hassan cuma menjawab beliau menghormati pandangan bekas perdana menteri itu.
"Kita akan melihat sebarang kemungkinan terhadap cadangan beliau... saya hanya boleh katakan kami menghormati pandangannya," katanya, dan menambah, perkara itu juga akan dibawa ke dalam mesyuarat.
Kaji selidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) dan didedahkan kepada umum pada Selasa lalu mendapati, isu kenaikan kos sara hidup bakal menjadi penentu masa depan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjelang 2018.
Tiga kenaikan barangan yang memberi kesan langsung termasuk kenaikan kadar caj elektrik,  peningkatan kos barangan dan kenaikan harga barang api.
Umcedel turut mencadangkan Putrajaya memandang berat hasil dapatan kajian mereka sekiranya ingin terus kekal berkuasa.

Akhirnya hanya satu demo 31 Dis di Dataran

Penganjur-penganjur perhimpunan membantah kenaikan harga barang dan kos sara hidup di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, akhirnya mencapai kata sepakat bergabung bersama-sama untuk demontrasi pada 31 Disember ini.

Perkara itu diumumkan dalam kenyataan bersama kedua-dua kumpulan itu – Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) dan Gabungan Gerakan3112 hari ini.

“Setelah satu pertemuan berlangsung, kami dari Gerakan3112 dan NGO TURUN akhirnya mencapai kata sepakat bersama rakyat menganjurkan sebuah himpunan protes besar-besaran di Dataran Merdeka menjelang ambang tahun baru,” menurut kenyataan itu.

Mereka juga sekali lagi menafikan terlibat dengan “Himpunan Guling Kerajaan” seperti diwar-warkan oleh media arus perdana dan menyifatkannya sebagai tohmahan tidak bertanggungjawab.

“Himpunan anjuran rakyat ini adalah himpunan aman yang dibenarkan menurut Perkara 10 Perlembagaan Malaysia,” katanya merujuk kepada peruntukan kebebasan berhimpun.

Mereka memilih tiga tempat sebagai tempat berkumpul awal pada jam 9 malam, iaitu pusat membeli belah Sogo, Masjid Jamek dan Pasar seni.

Bebaskan The Heat sebelum kedudukan Malaysia lebih buruk dari Myanmar


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus membatalkan penggantungan The Heat sebelum Indeks Kebebasan Akhbar 2014 menjunam ke paras terendah meninggalkan Myanmar, kata DAP.
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, tahun lalu Malaysia jatuh 23 anak tangga ke kedudukan 145 daripada 179 terburuk sejak mula dinilai setiap tahun oleh Reporters Without Borders (RSF) pada 2002.
“Tiada yang percaya dakwaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa Najib dan laporan akhbar itu yang bertajuk 'All eyes on big spending PM Najib' tidak menjadi sebab penggantungan The Heat.
“Penggantungan The Heat tidak dapat diterima kerana Najib telah berjanji untuk membuat pembaharuan demokrasi membebaskan kawalan seperti zaman pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
KDN pada Sabtu menyatakan The Heat digantung kerana tidak memaklumkan berlaku pertukaran pemilikan dan hala tuju daripada sebuah akhbar perniagaan kepada isu semasa.
Jurucakap KDN sebelum itu menafikan dakwaan bahawa penggantungan The Heat adalah disebabkan laporan tentang perbelanjaan tidak berhemah Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Lim berkata sebelum penghujung tahun 2013, Najib harus menunaikan janjinya bagi menjadikan Malaysia “negara demokrasi terbaik di dunia”.

The Heat: Deklarasi Windhoek 1991 dicabul



Penggantungan penerbitan akhbar mingguan The Heat baru-baru ini merupakan satu isyarat penting dari Putrajaya kepada komuniti antarabangsa.

Bersama-sama pelarangan buku sastera, pengharaman mazhab tertentu dan kini tekanan terhadap media, Malaysia sedang mencabul kebebasan bersuara yang terpapar dalam Artikel 19 yang termuat dalam Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948.

Kebebasan bersuara atau ekspresi sangat penting kerana ia memperkasakan individu dan komuniti yang bebas dan demokratik.

Malah kebebasan bersuara adalah asas untuk melindungi serta mempertahankan belahan atau aspek hak asasi manusia yang lain.

Oleh kerana kebebasan bersuara ini boleh dikekang, maka aspek-aspek hak asasi manusia yang lain seperti kebebasan beragama atau berkepercayaan juga tidak dapat dinyatakan dengan lancar.

Ia juga dibimbangi membawa kepada cengkaman lebih keras dan permulaan kepada segala kuku besi.

Pada tahun 2012, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah melancarkan UN Plan of Action on the Safety of Journalists and the Issue of Impunity yang menekankan supaya negara dan masyarakat sivil bertindak melindungi jurnalis dari sebarang kekerasan termasuklah pembunuhan, penculikan dan gangguan suasana bekerja mereka.

Kempen utama 20 tahun

K'jaan 47% BN bunuh diri dengan memberi dana pada PERKASA

Kerajaan BN hanya melemahkan dirinya sendiri apabila bertindak mendanai kumpulan "pengacau" seperti kumpulan pendesak Melayu PERKASA, kata Gerakan hari ini.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata tindakan itu menjauhkan ramai pengundi daripada BN termasuklah golongan Melayu bandar dan kerja-kerja kumpulan pendesak Melayu aliran kanan itu juga bertentangan dengan objektif BN.

Lantaran itu, BN perlu menjelaskan sebab di sebalik penglibatan institusi utama kerajaan dengan program PERKASA, kata Tan.

"BN membunuh diri apabila membiayai aktiviti mereka kerana aktiviti mereka tidak membantu kerajaan... atau mewujudkan imej yang buruk.

"Jika ia benar, ia perlu dikaji semula..dan kerajaan perlu tampil dan menjelaskan situasi berkenaan atau khabar angin akan terus bertiup kencang," kata Tan kepada Malaysiakini.

Bukti Gred ZZZ..!!: Syiah kedah lapor polis, dakwa difitnah khutbah Jakim



Sekumpulan pengikut Syiah di Pendang, Kedah membuat laporan polis terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana didakwa mengeluarkan teks khutbah yang bersifat fitnah terhadap mereka.

Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan mendakwa teks khutbah pada 29 November lalu yang dibacakan di masjid-masjid seluruh negara mengandungi terlalu banyak pembohongan serta fitnah terhadap mereka, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Tambahnya lagi, teks khutbah itu juga seperti cuba membangkitkan kemarahan pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap pengikut Syiah.

Dalam satu reaksi segera, Pertubuhan Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuan Sunni (Giptis) menyifatkan laporan polis itu sebagai satu cabaran terhadap kerajaan.

"Kerajaan sekarang berada pada landasan yang betul dalam usaha membanteras Syiah dan kerajaan juga berhak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka," kata Pengerusi Giptis, Profesor Madya Dr Abdul Aziz Hanafi.

Veteran Umno, ISMA tolak sambutan tahun baru anjuran kerajaan 47% BN



NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Kelab Veteran Umno Malaysia menggesa agar sambutan tahun baru 2014 dibatalkan kerana Malaysia adalah sebuah negara Islam.


Setiausaha Kelab Umno Veteran Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata hanya tahun baharu Islam iaitu 1 Muharam wajar dijadikan sambutan rasmi bagi negara ini.


"Sambutan tahun baharu Masihi juga ada kaitan dengan perayaan Krismas, sebab itu dalam lagu Krismas disebut Merry Christmas and Happy New Year.


"Perayaan itu juga menghidangkan hiburan melampau dan boleh melekakan majoriti muda-mudi Melayu Islam dan banyak maksiat yang dilakukan oleh mereka dalam menyambut tahun baharu," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

31 Dis: Himpun di tiga ‘check point’ sebelum ke Dataran Merdeka

31-12Setelah satu pertemuan berlangsung, kami dari Gerakan3112 dan NGO TURUN akhirnya mencapai kata sepakat bersama rakyat menganjurkan sebuah himpunan protes besar-besaran di Dataran Merdeka menjelang ambang tahun baru.
Gabungan Gerakan3112-TURUN yang mendapat sokongan dari beberapa NGO, kumpulan anak muda aktivis dan mahasiswa, dengan ini bersama dalam perkara-perkara berikut;
1. Menafikan bahawa himpunan yang akan berlangsung pada malam 31 Disember 2013 sebagai ‘himpunan guling kerajaan’ sepertimana tohmahan pihak tidak bertanggungjawab. Himpunan anjuran rakyat ini adalah himpunan aman yang dibenarkan menurut perkara 10 Perlembagaan Malaysia.
2. Menuntut pihak kerajaan;
- Menurunkan segera segala punca kenaikan kos sara hidup.
- Menggesa kerajaan supaya tidak mengkhianati janji yang telah ditabur sebelum mendapat kuasa pada PRU13.
- Menghentikan segala pemborosan dan ketirisan yang berlaku, yang akhirnya ditanggung oleh rakyat.
3. Mensasarkan orang ramai yang hadir pada malam tersebut masuk ke Dataran Merdeka dan menyatakan protes bantahan di sana.
4. Turut menyelaras beberapa perkara termasuk persediaan pasukan bantuan perubatan, keselamatan dan pasukan peguam perundangan. Talian (sms) hotline 019-8013149 disediakan khas sekiranya berlaku tangkapan. Sila sms nama mangsa, nombor IC mangsa dan lokasi mangsa ditangkap / balai yang dibawa.
5. Bagi memudahkan perjalanan himpunan, pihak gabungan mengumumkan tiga spot permulaan ‘check point’ adalah seperti berikut;
- Sogo
- Masjid Jamek
- Pasar Seni (CM)
6. Peserta himpunan disarankan berkumpul di tiga ‘check point’ bermula jam 9 malam dan akan mula bergerak ke Dataran DBKL bersama kumpulan-kumpulan besar anak muda aktivis dan mahasiswa pada tepat jam 10 malam. Peserta himpunan akan bergerak masuk ke Dataran Merdeka setelah ketiga-tiga kumpulan ‘check point’ bertemu di Dataran DBKL.

Guling kerajaan 31 Disember, propaganda Umno tak masuk akal

Shamsul_AMK
KUALA LUMPUR 27 DIS: Dakwaan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini adalah propaganda murahan Umno yang tak masuk akal dan cuba menakut-nakutkan rakyat.
Ahli parlimen KEADILAN Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tujuan sebenar perhimpunan tersebut adalah untuk menunjukkan kemarahan rakyat terhadap pelbagai kenaikan harga barang yang menyebabkan kos sara hidup rakyat semakin tinggi.
“Rakyat sekarang ditakut-takutkan dengan isu ‘gulingkan kerajaan’ dan sebagainya. Kerajaan cuba untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar.
“Isu sebenar ialah rakyat semakin terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang, berpunca daripada kelemahan urus tadbir kerajaan pusat,” katanya kepada Keadilandaily.
31-12Tegas Shamsul, rakyat bebas untuk berhimpun untuk menyatakan bantahan dan ia termaktuv di dalam perlembagaan Persekutuan.
“Himpunan terhadap sebarang isu banyak berlaku bagi negara yang mengamalkan demokrasi.
“Kalau betul Malaysia mengamalkan konsep demokrasi, maka himpunan aman hendaklah dibenarkan,” katanya.
Himpunan 31 Disember 2013 di Dataran Merdeka bertujuan membantah kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dilakukan kerajaan minoriti Umno Barisan Nasional, bermula selepas Pilihan Raya Umum 13 yang lalu.

31 Dis: Perlembagaan Persekutuan jamin hak berhimpun

TURUNKUALA LUMPUR 27 DIS: Himpunan membantah kenaikan kos sara hidup pada malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka dijamin oleh perlembagaan Persekutuan.
“Himpunan anjuran rakyat ini adalah himpunan aman yang dibenarkan menurut perkara 10 Perlembagaan Malaysia,” kata Gabungan Gerakan3112 dan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dalam kenyataan bersama hari ini.
Tiga tuntutan utama gabungan ini iaitu, mendesak kerajaan menurunkan punca kenaikan kos sara hidup. tidak mengkhianati janji sebelum pilihan raya umum ke-13 dan menghentikan pemborosan dan ketirisan yang akhirnya ditanggung oleh rakyat.
Tegas gabungan ini, himpunan malam tahun baru menjadi isyarat kepada kerajaan bahawa rakyat tidak berdiam diri apabila dibuli penguasa.
“Inilah masanya rakyat memperjuangkan nasib di bumi sendiri,” kenyataan tersebut dipetik.
31-12Gabungan Gerakan3112 dan Turun menegaskan himpunan yang akan berlangsung malam 31 Disember 2013 tidak ada kena mengena dengan ‘himpunan guling kerajaan’ seperti tohmahan pihak tidak bertanggungjawab.
“Kami menyeru orang ramai hadir merentasi batasan politik kepartian dan fahaman agama, bahawa semua tidak terkecuali dengan polisi zalim yang diperkenal oleh pemerintah.
Dalam pada itu, gabungan tersebut memaklumkan akan berhimpun di tiga lokasi iaitu di Sogo, Masjid Jamek dan Pasar Seni pada jam 9 malam sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.
Makluman dan panduan berhubung himpunan boleh diperolehi melalui pautan ini.