Khamis, 26 Disember 2013

Himpunan 31 Disember: Pemimpin PR bebas sertai

Rafizi Ramli 
SHAH ALAM – Pemimpin Pakatan Rakyat bebas meneyrtai mana-mana himpunan selagi selari dengan perjuangan PR, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Mengulas lanjut soal himpunan membantah kenaikan harga barang pada 31 Disember ini, beliau akui tidak keberatan untuk turut serta.

"Itu bergantung pada setiap rakyat Malaysia. Seperti dulu juga, kalau ada himpunan Bersih dan himpunan lain, mana-mana pemimpin PR bebas untuk turut serta selagi ia selari dengan perjuangan PR.

"Untuk kali ini, jika himpunan ataupun kehadiran itu adalah untuk membantah kenaikan harga barang, ia selari dengan tuntutan serta pandangan PR. Saya sendiri insya-ALLAH kalau ada kelapangan saya tak keberatan untuk turun," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau turut menegaskan PR tiada kena mengena dengan himpunan mengguling kerajaan yang diuar-uarkan pada tarikh sama.

"Saya tak tahu pun sebenarnya siapa penganjur... yang diuar-uarkan... kononnya nak guling kerajaan dan sebagainya, PR tak ada kena mengena.

"Jadi, PR tidak boleh campur tangan kerana itu hak mana-mana pertubuhan ataupun rakyat untuk mengadakan himpunan aman," katanya.

Hudud: Brunei 50% Turun Kadar Jenayah.. Malaysia Serba Tak boleh?

KL: Kadar jenayah dapat diturunkan sebanyak 50% sebelum perlaksanaannya lagi. Demikian dimaklumkan oleh Mufti Brenei kepada Tuan Guru Di Harun Din selepas kerajaan Brunei mengumumkan perlaksanaan hukum hudud seperti yang diperintahkan Allah SWT kepada manusia.

Berita ini sedang tersebar di facabook sekarang.

Menurut berita itu lagi, bukan itu sahaja, bahkan kerajaan Brunei telah bertambah rezekinya, bila 6 telaga minyak lagi telah dijumpai, dan dikatakan boleh bertahan 600 tahun lagi. Al-hamdulillah.

Beri dana kepada Perkasa, Kerajaan 47% BN perlu mohon maaf

Kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu memohon maaf kerana menggunakan wang rakyat untuk membiayai kumpulan yang menentang penyatuan kaum dan keharmonian agama, termasuk Perkasa.
Setiausaha Publisiti DAP, Teresa Kok Suh Sim berkata, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak seharusnya membantu kumpulan pendesak Melayu yang melawan konsep 1Malaysia yang sering dilaungkan.
“Maka kebenaran (akhirnya) keluar, UMNO dan kerajaan selama ini melindungi dan memberi banyak dana kepada Perkasa.
“Bagaimana kerajaan yang sering cakap mengenai 1Malaysia boleh melindungi dan beri bantuan kepada organisasi yang melawan konsep itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahli Parlimen DAP Seputeh itu turut mendesak Najib mendedahkan maklumat bantuan yang diberikan, serta menyatakan sama ada beliau komited dengan konsep 1Malaysia.
Beliau merujuk laporan kenyataan anggota Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Isa Samad bahawa Perkasa banyak mendapat bantuan daripada UMNO.
“Dia pun nasib dia, kita yang bela dan mereka banyak terima nikmat daripada kita. Macam mana mereka nak ganti dia?” kata Isa seperti dipetik.

Kempen bantah KDN dapat sambutan tokoh luar negara

heatjpgSHAH ALAM 26 DIS: Kempen membantah tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung takhbar mingguan The Heat turut mendapat perhatian kumpulan penulis dan aktivis media negara seberang.
Dipetik daripada Malaysia Kini, tokoh budayawan Indonesia Goenawan Mohamad, penggerak awal Aliansi Jurnalis Indonesia (AJI) Andreas Harsono dan novelis terkenal Ayu Utami turut mengambil bahagian bagi menyatakan sokongan terhadap rakan media di negara ini, pada hari ketiga kempen tweet harian.
“Media bisa salah, tapi membungkam (mencengkam) media lebih besar kerugian dari manfaatnya. Paling rugi adalah warga Malaysia,” tulis Andreas di akaunnya @andreasharsono malam tadi.
Andreas yang juga pemenang anugerah ‘Pendukung Hak Asasi Manusia John Rumbiak’ lantaran usahanya di Papua Barat, antara paling aktif mengajak rakan seangkatan Indonesia menyokong kempen Gerakan Media Marah (GERAMM).
Sementara itu, Goenawan turut mengajak rakan di Indonesia mengikuti bantahan penggantungan The Heat di laman Twitter.
“Ada pembrangusan pers (penggantungan akhbar) di Malaysia: ikuti TL (kemaskini tweet) @andreasharsono,” tweet beliau.

MB Kelantan akan sokong Turun 31 Disember ini

Ahmad Yakub 
SHAH ALAM - Susulan kecoh isu wujudnya himpunan guling kerajaan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob menyatakan himpunan tersebut tidak wujud sebaliknya hanya gerakan NGO untuk mendesak pemerintah mendengar rintihan rakyat.

Menurut beliau yang dipetik dalam akaun Facebooknya, Ahmad berkata, beliau akan sentiasa bersama Pas serta rakyat menjayakan program Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), yang akan diadakan hujung bulan ini.

"Turun ialah gerakan rakyat. Ia hasil daripada denyut nadi rakyat yang mengeluh sekian lama akibat kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan kerana salah urus BN.

"Saya sepenuhnya bersama kepimpinan Pas tentunya sentiasa bersama-sama gerakan rakyat untuk terus mendesak kerajaan Malaysia mendengar suara rintihan hari rakyat.

"Jika ada yang berkata bahawa ia bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, saya kira ia hanyalah omongan palsu semata-mata kerana takut akan bayang-bayang sendiri," tulisnya, semalam.

Naik Tarif: Kempen kumpul 10,000 tandatangan sampai kemuncak

Kempen kumpul 10,000 tandatangan sampai kemuncak 
 "Hari ini sampai kepada kemuncak bantahan kenaikan harga elektrik dan kempen mengutip 10,000 tandatangan.
KUALA LUMPUR - Siri Kempen Mengumpul 10,000 Tandatangan bagi membantah kenaikan tarif elektrik hari ini sampai kemuncaknya.

Naib Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Mohd Farhan Mat Zin berkata, tandatangan yang dikumpul akan dihantar dalam bentuk petisyen kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

Menurutnya, tarif elektrik yang dinaikkan kerajaan akan menyumbang kepada faktor kenaikan harga barangan sekaligus membebankan rakyat.

"Hari ini sampai kepada kemuncak bantahan kenaikan harga elektrik dan kempen mengutip 10,000 tandatangan.

"Kita harap kita akan berjaya, memandangkan ramai orang lalu lalang di sini.

"Kita akan kira tandatangan yang telah dikumpul dan hantar kepada kementerian dan kerajaan," katanya kepada Sinar Harian Online, di pekarangan stesen LRT Masjid Jamek, di sini, hari ini.

DHPP Diiktiraf: Keluarga Hindu balut keranda dengan bendera PAS



Jarang-jarang berlaku, sebuah keluarga India beragama Hindu memilih membalut keranda ahli keluarganya yang meninggal dunia dengan bendera PAS.

Tiga keping gambar berkaitan dimuatkan dalam akaun Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri Meru Dr Rani Osman semalam.

Ia memaparkan mendiang Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kota Raja, Letchumany Maniam diusung dalam keranda yang berbalut bendera parti Islam itu.

Ia mendapat komen menggalakkan daripada penggguna laman sosial itu.

Ketua Pemuda PAS Selangor Mohd Sany Hamzan memberitahu Malaysiakini, tindakan ahli keluarga mendiang bertujuan menggambarkannya mendian sebagai pejuang PAS sejati walaupun beragama Hindu.


Tambahnya, ia sekali gus, menunjukkan penerimaan yang cukup baik dari kalangan bangsa lain terhadap parti itu daripada kalangan bukan Melayu.

Awasi alat imbas no pin di mesin ATM, kata polis



UM ingatkan pelajar tak sertai himpunan 31 Disember



Penjelasan Prof Dr Muhaya berkenaan kenyataan di Sinar Harian


Kurangkan kos, bukan naikkan harga, kata Dr Mahathir kepada kerajaan 47% BN

Ops Cantas buru dalang di sebalik poster ceti haram pula

Pengurusan Hong Leong bertindak zalim

JINGGA13_JOHORJingga 13 Johor hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan melampau Pengurusan Hong Leong Bank yang bertindak zalim serta melampaui batas kemanusiaan terhadap 45 orang kakitangannya yang mana 27 orang dari mereka telah diberhentikan kerana tidak mahu mematuhi arahan pemindahan fasa 2 penghuban dan pemusatan oleh institusi perbankan berkenaan yang disifatkan sebagai menzalimi kakitangan tersebut.
Pengurusan Hong Leong Bank telah memberikan pelbagai tekanan kakitangannya yang menolak tawaran tersebut agar mereka meletak jawatan secara sukarela. Antara tekanan yang telah diberikan kepada mereka yang menolak arahan pemindahan tersebut termasuklah menafikan kemudahan untuk kakitangannya menunaikan solat.
Tindakan menafikan kemudahan beribadat bagi kakitangannya yang beragama islam adalah satu tindakan biadap dan kurang ajar serta tidak bertanggungjawab dari pihak pengurusan Hong Leong Bank bahkan tindakan Pengurusan Hong Leong Bank ini boleh dianggap mencabar institusi Raja-raja kerana Sultan/Raja adalah Ketua Agama Islam.

Isma dakwa Pakiam biadap kerana hina Najib


Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyelar Ketua Uskup Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam kerana melabel Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak "tidak selari dengan sikap seorang pelajar sekolah Katolik."
Kenyataan Pakiam itu jelas Presiden Isma Abdullah Zaik Abd Rahman (gambar) adalah biadap kerana Najib  mempertahankan penggunaan perkataan Allah untuk orang Islam.
“Kenyataan Pakiam biadap dan menghina. Itu satu penghinaan kepada pemimpin Islam.
“Kita faham maksudnya. Dia sebenarnya mahu mengatakan sebagai seorang pelajar yang bersekolah Katolik, Najib sepatutnya menyokong pihak Kristian untuk menggunakan kalimah Allah,” kata Abdullah Zaik dalam satu kenyataan hari ini.

Polis tahan pemilik akaun Facebook hasut guling kerajaan


Kata-kata berunsur hasutan yang menjadi perhatian pihak polis.Kata-kata berunsur hasutan yang menjadi perhatian pihak polis.Polis hari ini menahan pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II yang diburu sejak minggu lepas kerana menghasut orang ramai menyertai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada 11 pagi di Saratok, Sarawak.
"Suspek yang merupakan seorang penganggur kini dalam proses untuk dihantar ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan," katanya dalam catatan di laman Facebook
Polis Diraja Malaysia.
Hadi Ho berkata kes disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen. - Bernama

KDN, Azan dan Turun

AHMAD LUTFI OTHMAN
(Gambar) Azan (dua dari kiri) berunding dengan seorang anggota polis semasa mengadakan flash mob Turun di Mid Valley, 23 Disember lalu.

Penggantungan permit penerbitan mingguan berita The Heat mungkin akan ditarik balik dalam waktu terdekat. Semakin lama dibiarkan isu ini berlanjutan, ia boleh menambahkan lagi senarai panjang beban yang ditanggung kerajaan minoriti Umno-BN.

Yang penting, bagi Kementerian Dalam Negeri dan menterinya Zahid Hamidi, mesej sudah disampaikan secara jelas kepada The Heat: Jangan usik isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan amarah dan kebencian rakyat kepada elit penguasa, apatah lagi membabitkan isteri tersayang Perdana Menteri!

Cuma, saya amat harapkan agar kempen membebaskan media, yang digerakkan beberapa teman melalui GERAMM misalnya, perlu diteruskan dengan momentum baru. Kongkongan, pembulian dan penindasan ini wajar ditamatkan meskipun isu The Heat bakal berakhir.

Sepanjang 15 kali penerbitannya, saya kira mingguan berkenaan telah berusaha mencapai satu kedudukan yang agak istimewa dalam dunia kewartawanan di negara ini. Pastinya bukan hanya saya seorang yang ternanti-nanti bagaimana bentuk laporan dan analisis The Heat selepas ia dibebaskan daripada penggantungan itu nanti.

Apakah ia bakal mengulangi nasib akhbar Watan dan The Star sendiri, selepas penggantungan permit dalam Operasi Lalang, Oktober 1998, ditarik balik? Terdapat syarat-syarat atau persefahaman tidak bertulis yang (terpaksa) dipersetujui sebelum keizinan terbit dikembalikan.

Himpunan 31 Dis : BN takut bayang-bayang sendiri - Pemuda Pas Kelantan

PASIR MAS:  Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan mengingatkan pimpinan kerajaan Pusat tidak takut dengan bayang-bayang  sehingga ‘memesongkan’  himpunan 31 Disember ini  untuk menggulingkan kerajaan.

Katanya, pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin BN disamping laporan polis yang dibuat agar pihak berkuasa menyekat himpunan ini, membuktikan pemimpin kerajaan takut dengan baying-bayang sendiri. (gambar) Ustaz Fadhli menyampaikan peralatan sekolah kepada dua orang kanak-kanak dalam program turun ke bawah di dun pasir pekan.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tidak timbul langsung isu untuk menggulingkan kerajaan seperti yang dihebohkan oleh banyak pihak.

Sebaliknya tambah beliau lagi, ia hanyalah himpunan bagi menyatakan bantahan terhadap pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan khususnya menjelang tahun baru 2014.

"Saya menyeru pemimpin Barisan Nasional agar membuka mata dan telinga mendengar rintihan rakyat terhadap kenaikan pelbagai barangan dan perkhidmatan ini khususnya menjelang musim kembali ke sekolah.
 

Jangan biar Kampung Chetti hilang

Nironjini Pillay

Kerja-kerja pembinaan sedang berlangsung di Lot 93. 
Kerja-kerja pembinaan sedang berlangsung di Lot 93.Saya amat merasai masalah yang dipaparkan menerusi rencana “Selepas Lembah Bujang, Kampung Chetti pula?” (TMI, 16 Disember 2013).

Sebagai anak kelahiran Kampung Chetti, Melaka, saya tidak sanggup melihat kampung halaman saya menjadi mangsa kerakusan pembangunan secara tidak terancang.
Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13, jaminan diberikan kepada kami bahawa pembinaan dua kondominium 22 tingkat dan hotel 12 tingkat di Lot 93 akan dihentikan serta-merta.
Bagaimanapun, selepas itu projek diteruskan walaupun masih mendapat bantahan dan luahan rasa tidak setuju daripada penduduk Kampung Chetti dan orang ramai yang prihatin terhadap warisan kebudayaan bangsa.
Saya bekerja di ibu negara sejak lima bulan lalu. Apabila pulang ke kampung baru-baru ini, saya terkejut melihat kerja-kerja pembinaan sedang rancak dijalankan di Lot 93.
Antara kesan awal yang melanda kampung saya adalah banjir kilat yang secara nyata merosakkan rumah-rumah papan berusia puluhan tahun. Jiran tetangga memaklumkan bahawa bangunan kuil lama juga mengalami keretakan.

Pecah Lubang: Rundingan meja bulat sekadar penyedap hati?

Mohd Nor Izzat Mohd Johari 
SHAH ALAM - Tempoh dua jam rundingan meja bulat bagi membincangkan kepincangan sistem pendidikan negara di antara Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disifatkan sekadar penyedap hati sahaja.

SGMM melahirkan rasa kecewa dengan hasil perbincangan itu ekoran KPM didakwa memberikan maklumat yang salah berhubung sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR).

Selasa lalu, satu perbincangan antara KPM dengan SGMM berlangsung bagi mencari jalan penyelesaian terhadap kepincangan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

"KPM telah memberikan maklumat salah dalam perbincangan meja bulat pada 24 Disember 2013 bersama SGMM.

Pemaju arah DBKL dan Polis usir serta roboh Kg Railway, enam penduduk ditahan

kg_railway_robohKUALA LUMPUR 26 DIS: Lebih 10 buah rumah penduduk Kg Railway, Sentuk mula dirobohkan hari ini oleh pemaju YTL Corporation.
Menurut facebook ahli parlimen Batu, Tian Chua, enam penduduk ditahan ketika menghalang perobohan, termasuk seorang remaja berumur 16 tahun.
“Sedangkan pagi ini penduduk dimaklumkan mendapat lanjutan (penangguhan) empat hari.
“Penduduk diusir secara kasar. Arahan dari YTL kepada polis dan DBKL,” kenyataan tersebut dipetik.
Sementara itu, setiausaha politik MP Batu, Rozan Azen Mat Rasip berkata lebih 10 buah rumah penduduk Kg Railway dirobohkan kira-kira jam 4.30 petang tadi.
“Sekarang penduduk masih bertahan,” kata Rozan ringkas kepada Keadiandaily.

SPRM sahkan pegawai tinggi polis bergelar ‘Datuk’ beri keterangan


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan seorang pegawai tinggi polis bergelar 'Datuk' telahpun memberi keterangan, dipercayai berhubung kes pengubahan wang haram RM6 juta.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafa Ali berkata pegawai polis berkenaan memberi keterangan di Putrajaya, Selasa lepas.
"Sebenarnya pegawai polis yang kita panggil itu adalah untuk mengambil keterangan dia, rakam percakapan.
"Dia telah memberi kerjasama yang baik dan keterangan telah diambil. Tidak ada tangkapan dibuat," katanya ketika ditemui pada sidang media Panel Penilaian Operasi (PPO) di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Kuala Lumpur.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkaitan kes itu serta dakwaan penemuan wang tunai di rumah pegawai polis berkenaan serta pegawai lain akan dipanggil untuk membantu siasatan.
Akhbar hari ini melaporkan pegawai tinggi itu dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan SPRM terhadap tiga pegawai polis berhubung kegiatan pengubahan wang haram RM6 juta.
Akhbar itu juga, pada November lepas, melaporkan bahawa tiga pegawai terbabit yang masing-masing berpangkat Deputi Superintenden, Asisten Superintenden serta Sarjan, ditahan berasingan dan ketika ditahan, SPRM turut menemui wang tunai lebih setengah juta, tiga jam tangan berjenama Rolex selain sejumlah barang kemas.

Kastam hampiri sasaran kutipan hasil cukai RM33 bilion


Jabatan Kastam Diraja Malaysia mencatatkan prestasi kutipan hasil memberangsangkan tahun ini dengan RM32.39 bilion dipungut setakat 24 Disember lepas, meningkat 3.18% berbanding tempoh sama tahun lalu.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad berkata angka itu menghampiri sasaran jabatan untuk tahun ini iaitu sebanyak RM33 bilion.
"Penyumbang terbesar hasil negara ialah yang pertama sektor kenderaan, kedua rokok dan ketiga minuman keras selain hasil pungutan cukai perkhidmatan.
"Fasilitasi kepada industri automotif dalam negara seperti di Pahang iaitu di Pekan juga telah meningkatkan industri pengeluaran kenderaan di samping pungutan hasil yang positif," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Kastam Kuala Rompin, di Rompin hari ini.
Pejabat yang dinaik taraf dengan kos RM270,000 di bawah Projek Rangsangan Ekonomi itu siap dan beroperasi sepenuhnya sejak 1 Januari 2010.
Mengenai pejabat itu, beliau berkata selain menjadi stesen penguatkuasaan, pejabat berkenaan juga menyediakan perkhidmatan perkastaman bagi merancakkan pembangunan Pulau Tioman sebagai pulau bebas cukai dan destinasi pelancongan.
Mengulas isu lain, Khazali menegaskan jabatan itu tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terbabit dalam aktiviti penyeludupan dan akan mengambil tindakan terhadap mereka termasuk warganya sendiri yang menjadi 'duri dalam daging'. - Bernama,

“Kempen Nyah Taib” dilancar 29 Disember

Ini juga untuk menyedarkan rakyat Sarawak mengenai kepincangan dan keterlaluan Taib dan keluarganya mengumpul harta kekayaan

KUCHING: Kegagalan Taib untuk bersara menimbulkan tanda tanya bagi banyak pihak dan tidak dinafikan punya sedikit sebanyak khidmat jaya namun rekod rasuah dan salah guna kuasa hasil terlalu lama di tampuk pemerintahan sudah terlalu menyerlah.
Sarawak antara negeri paling kaya kini kekal rakyat menjadi antara termiskin, namun tidak dinafikan ramai terus mendokong dia kerana tertipu dengan imej ‘raja puteh’ yang tampil dengan politik ‘santa clausnya’.
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan, Badrul Hisham Shahrin atau dikenali sebagai Che ‘Gubard berkata SAMM akan mengadakan kempen ‘Nyah Taib’ yang akan dilancarkan pada 29 Disember di Kuching.
“Kempen ‘Nyah Taib” ini ialah kempen untuk mengajak semua rakyat Sarawak termasuk penyokong parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) untuk turun ke bawah,
“Ini juga untuk menyedarkan rakyat Sarawak mengenai kepincangan dan keterlaluan Taib dan keluarganya mengumpul harta kekayaan
Beliau juga berkata Taib juga gagal dalam memajukan Sarawak seiring dengan ‘sedutan’ kekayaan hasil buminya.

DBKL demolishes Kg Railway houses

Three quarters of the houses in Kg Railway, Sentul, have been demolished by DBKL officers. 

PETALING JAYA: The Kuala Lumpur City Hall (DBKL) enforcement personnel demolished three quarters of the houses in Kampung Railway in Sentul today.
It is learnt that Batu MP Tian Chua is discussing with DBKL to stop the demolition and save the rest of the houses.
YTL Corporation Bhd, through its developer Sentul Raya Sdn Bhd (SRSB), had earlier planned to demolish about 50 houses in Kampung Railway on Sept 18, but was stopped by residents led by Tian Chua.
The developer had bought the land and had planned to build a high, medium and low-cost homes in the area.
YTL has been granted a court order to evacuate and relocate the families.
The developer had offered low-cost homes in Bukit Jalil but the families had refused the offer and wanted to be relocated near the Sentul area.
On Oct 1, about 25 residents of Kampung Railway held a peaceful demonstration outside the parliament building demanding to be relocated to a site nearby and not as planned by the developer in Bukit Jalil.

Rasuah: Taib Mahmud masih disiasat, tapi 'rumit' kata PPO



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum menutup kertas siasatan terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.

Suruhanjaya itu menjelaskan ia “masih dalam proses”.

Bagaimanapun, Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM Tan Sri Hadenan Abdul Jalil berkata, siasatannya “rumit”, menyebabkan lebih masa diambil untuk menyempurnakan siasatan.

“SPRM tidak berikan apa-apa kepada PPO, dengan mengatakan kami sudah tutup kes.

"Ia masih disiasat,” kata Hadenan dalam sidang media di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, tiada perkembangan konkrit diumumkan oleh SPRM selepas Taib menggelar badan itu sebagai “nakal”.

Jangan mudah mengkafir dan ‘menerakakan’ orang


Antara ciri wasatiyyah (tidak melampau dan tidak cuai) Ahlus Sunnah wal Jamaah ialah sikap berhati-hati dalam menghukum pihak lain dengan tuduhan kufur, laknat ataupun nereka. Mereka sedaya upaya mencari keuzuran bagi pihak yang hendak dikenakan tuduhan sedemikian. Ini kerana perkara yang nampak pada zahir, mungkin tidak sama pada hakikat yang sebenar.
Menilai Hakikat
Nabi SAW mengajar kita berhati-hati dalam menuduh orang lain sebagai kafir ataupun musuh Allah sewenang-wenangnya. Sabda Nabi SAW “Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Bahkan dalam hadis, Nabi SAW melarang melaknat seorang sahabat yang meminum arak kerana walaupun pada zahirnya dia berdosa dan minum arak adalah perbuatan yang dilaknat.
Namun setiap orang mempunyai keadaan yang berbeza. Kejahatan dosa peribadi seseorang tidak semestinya dia sama sekali tidak mempunyai nilai baik yang lain. Mungkin dia lemah pada satu nilai, tapi ada kebaikan lain yang tidak melayakkan dia dilaknat.
Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah SAW mengajar kita hakikat ini: “Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah SAW ketawa.
Juga pernah Nabi SAW menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi SAW pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”.
Kekufuran
Kemudian, bagi mereka yang membuat kesalahan yang membawa kepada kekufuran ataupun dosa yang besar mungkin tidak sampai kepada mereka ajaran yang sebenar dengan penghujahan yang cukup. Jangan kita sibuk menerakakan orang sedang Allah menyebut: (maksudnya) “Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehingga Kami mengutuskan seorang rasul” (Surah al-Israk: 15)
Hujjatul Islam Al-Imam al-Ghazali (w. 505H) dalam Faisal al-Tafriqah bain al-Islam wa al-Zandaqah menyebut tentang mereka yang diselamatkan dengan rahmat Allah daripada hukuman azab nereka, antaranya beliau menyebut: “Aku katakan bahawa kebanyakan Kristian Rom dan Turki pada zaman ini termasuk dalam rahmat ini – dengan izin Allah - iaitu mereka yang berada di penghujung Rome dan Turki yang tidak sampai dakwah. Mereka itu tiga golongan; (golongan pertama) mereka yang tidak sampai kepada mereka nama Muhammad sama sekali. Mereka itu dimaafkan. (golongan kedua) mereka yang sampai kepada mereka nama Muhammad, sifat-sifatnya dan segala mukjizat (bukti) yang telah nyata. Mereka ini berjiran dengan Negara Islam dan bergaul dengan kaum muslimin.

Penganjur nafi himpunan 31 Disember untuk guling kerajaan


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menafikan himpunan pada malam 31 Disember ini bertujuan untuk menggulingkan kerajaan sebaliknya berpegang kepada objektif mendesak kerajaan menurunkan punca kenaikan kos sara hidup.
Pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin (gambar) atau juga dikenali sebagai Che'Gu Bard berkata himpunan tersebut tidak akan mampu melawan kekuatan pihak berkuasa dan menyifatkan pihak yang  gemar memburuk-burukkan perhimpunan itu terpengaruh hasutan kerajaan.
“Mereka berkejar bertindak kerana hasutan Barisan Nasional (BN).  Kredibiliti polis jelas hilang di sini. Polis perlu tenang kerana  dakwaan menggulingkan kerajaan itu perang saraf jahat regim yang takut dengan kesedaran rakyat.
“Himpunan kami adalah himpunan membantah kenaikan kos meningkat tanpa kawalan. Kami turun secara aman. Semua kuasa ada pada ‘regim’. Apa mampu kami buat?” katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada The Malaysian Insider.
Sebuah gabungan yang terdiri daripada Pemuda Umno Pekan, anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Kemajuan Kampung (JKKK), persatuan pesara, bekas tentera dan polis dan beberapa pertubuhan lain membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Pekan semalam bagi meminta tindakan tegas diambil terhadap mereka yang merancang mengadakan ‘Himpunan Guling Kerajaan’ pada 31 Disember ini.
Wakil mereka yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Pekan, Asmayudim Uyub berkata, mereka bimbang tanpa tindakan awal himpunan itu akan menimbulkan kejadian tidak diingini selain mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mengheret rakyat ke jalanan untuk menggulingkan kerajaan.
Badrul Hisham berkata, pihak yang membuat laporan polis sememangnya mempunyai hak untuk berbuat demikian namun sebanyak 15 laporan polis yang dibuat berhubung dakwaan bekas ketua Cawangan Siasatan Jenayah Datuk Mat Zain Ibrahim terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail masih belum ada tindakan.
“Laporan polis hak individu tetapi yang rakyat nak tengok ialah sama ada polis mampu bertindak dengan bijak atau tidak,” katanya yang menjangkakan ramai peserta akan menghadiri perhimpunan itu akibat tertekan dengan kenaikan kos sara hidup.
Media hari ini melaporkan sekumpulan anggota polis dipercayai datang ke kediaman Badrul Hisham termasuk ke kediaman ibu bapanya di Bukit Chedang, Seremban pada tengah malam tadi.
Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan berkata, berdasarkan maklumat yang diterima daripada keluarga Badrul Hiisham, seramai sembilan anggota polis beruniform dan berpakaian preman hadir menaiki dua kereta dan satu van polis.
Ketika diminta mengulas insiden itu, Badrul Hisham berkata: “Saya sedia beri kerjasama dengan polis. Itu saja.

Membazir masa sahaja!



KERAJAAN telah menyatakan hasrat untuk menubuhkan sebuah makmal untuk mengkaji bagaimana peningkatan kos sara hidup memberi kesan atas kehidupan harian rakyat.
Semua 20 orang yang diwawancara oleh penulis ini berpendapat bahawa langkah tersebut adalah satu langkah yang membazir masa sahaja dan kebarangkalian membazir wang juga. Ini adalah kerana maklumat yang dikehendaki oleh kerajaan boleh diperolehi dengan mudah melalui tinjauan rakyat.


Lagipun, rakyat tidak boleh membuat apa-apa berkenaan dengan peningkatan tersebut tetapi hanya terpaksa mengikat perut dengan lebih ketat lagi. Justeru, ini juga menunjukkan bahawa kenaikan harga telah dilakukan dengan tergesa-gesa, contohnya kenaikan harga minyak RON95 daripada RM1.90 seliter menjadi RM2.10.
“Jika hendak naik pun, janganlah naik sebanyak 20 sen tetapi naiklah sebanyak 10 sen pun sudah cukup banyak. Jika harga RON95 ialah RM2.00, sekurang-kurangnya kita akan dapat membeli lima liter minyak dengan wang sebanyak RM10.00 tetapi sekarang dengan RM10.00 kita dapat 4.76 liter sahaja, jauh perbezaannya,” kata seorang kerani kilang yang memandu kereta Kancil.
Selain dari itu, Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST - Goods & Services Tax) tidak harus dilaksanakan dan jika hendak dilaksanakan pun, ia harus bermula pada 4% dahulu dan berada kekal pada paras 4% untuk sekurang-kurangnya lima tahun.
Cukai pintu diberi penurunan sebanyak 2% sahaja pun masih membebankan rakyat juga kerana penilaian harta sudah naik mendadak.
Oleh itu, kerajaan harus membuat perancangan dengan lebih teliti dahulu sebelum melaksanakan kenaikan tarif, kadar atau harga. Janganlah membebankan rakyat dengan sewenang-wenangnya.

Mujurlah Hanya Ada Seorang Hasan Malek Di Negara Ini

Berlakunya siri kenaikan harga barang dan perkhidmatan kebelakangan ini diakui oleh semua pihak bakal memberi kesan kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan. Ia bukan saja memperlihatkan kegagalan kerajaan menggunakan kuasa yang ada padanya dengan sebaik mungkin, malah sesetengah kenaikan itu juga menunjukkan kegagalan kerajaan menepati janjinya.

Selain Perdana Menteri, wakil-wakil rakyat, ahli akademik, NGO dan sebagainya turut menyedari bahawa kenaikan yang menyebabkan kemarahan rakyat ini akan terus menjejaskan sokongan rakyat kepada kerajaan serta sedang melihatnya sebagai isu yang serius, beberapa pusat kajian bebas turut membuat kajian mengenainya.

Merdeka Center melalui kajiannya mendapati, sokongan rakyat terhadap Najib telah menurun daripada 62 mata kepada 52 mata sejak kenaikan ini dilakukan manakala Umcedel pula mendapati isu kenaikan harga barang ini turut menjejaskan sokongan yang diterima kerajaan dan akan menentukan keupayaan memenangi pilihanraya ke 14 nanti.

Pihak pembangkang pula kini sedang menangguk sokongan yang kian melimpah berikutan kemarahan rakyat yang sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi. Sementara kenaikan ini diyakini akan terus menyebabkan pengundi bandar dan separa bandar terus bersama PR, BN juga dipercayai akan mula kehilangan sokongan pengundi luar bandar kerana kenaikan harga barang ini telah mendatangkan kesan yang merata kepada rakyat.

Hakikatnya semua orang bercakap tentang kenaikan harga barang dan perkhidmatan ini bakal memberi kesan kepada BN dan kerajaan jika tidak ditangani segera.

“Umno yang boros berbelanja, kemudian tak mengaku”

KUA LA LUMPUR 26 DIS: Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, kenaikan harga barang adalah berpunca daripada pemborosan dan kelemaham pengurusan ekonomi oleh kerajaan minoriti BN.
“Kenaikan kos sara hidup memang salah BN. Mahu salahkan siapa? Siapa yang uruskan kewangan?
“Semua ini salah BN yang gagal mengurus kewangan dengan baik,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.
Yahya menyelar kenyataan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad 23 Disember lalu yang meminta rakyat Malaysia tidak menyalahkan Umno berikutan kenaikan harga dan perkhidmatan.
Kata Isa, rakyat perlu bersikap rasional bukannya emosional memandangkan kerajaan mengambil langkah proaktif bagi menjaga kestabilan ekonomi negara untuk kebaikan generasi akan datang.
yahya-sahriJusteru kata Yahya (gambar), permintaan Isa supaya rakyat negara ini memahami kenaikan kos dan pengurangan subsidi demi menjaga keadaan ekonomi negara tidak boleh diterima sama sekali.
“Seperti yang kita ketahui, kelemahan pengurusan kerajaan yang menyebabkan hutang negara tinggi. Malah melalui Laporan Ketua Audit Negara kita tahu pelbagai kebocoran dan penyelewengan oleh kerajaan,” kata Yahya.
Tambah Yahya, ketika banyak negara maju memberi perlindungan kepada rakyatnya melalui subsidi, kerajaan Malaysia bertindak sebaliknya.
“Di negara lain juga mempunyai hutang tinggi masih mampu memberikan subsidi. Kenapa negara kita yang dikatakan maju tidak diberikan subsidi?, katanya.

Tambah pendapatan dengan kurangkan kos, bukan naik harga, kata Dr Mahathir

Putrajaya boleh meningkatkan pendapatan melalui pengurangan kos dan bukan melalui kenaikan harga barang keperluan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mantan perdana menteri itu berkata meskipun kerajaan memerlukan dana lebih besar setiap tahun bagi menanggung perbelanjaan yang semakin meningkat, kerajaan boleh menggunakan konsep ‘cost down’ untuk mengurangkan pembaziran.
“Kita faham kerajaan memerlukan lebih wang tetapi itu tidak bermakna peningkatan seperti yang diumumkan.
“Adalah lebih baik mengurangkan kos, mengekalkan atau mengurangkan harga. Perkara sama boleh dilakukan kerajaan,” katanya dalam tulisan di blog Che Det hari ini.
Menurut Dr Mahathir, banyak dapat dijimatkan jika kerajaan serius bertindak berikutan Laporan Ketua Audit Negara mengenai ketirisan kerajaan.
“Kerajaan biasanya melakukan pembaziran kerana tidak memikirkan pulangan dalam apa juga bentuk perbelanjaan. Jika kerajaan berhasrat mengurangkan kos urus tadbir, mereka boleh melakukannya,” tulis beliau.
Dr Mahathir berkata Putrajaya boleh melakukan penjimatan sebanyak 50% jika lampu jalan digantikan dengan mentol LED.
“Penjimatan kepada bekalan elektrik dapat disalurkan kepada pengurangan subsidi bahan bakar bagi menjana tenaga namun ini tidak dilakukan kerajaan,” katanya.
Beliau berkata meskipun rakyat memahami cukai lebih tinggi diperlukan bagi menanggung kos pembangunan tetapi peningkatan kos sara hidup harus selari dengan jumlah pendapatan.

Bantuan Banjir: Saya tak perlu ajar itik berenang - Fuziah

SHAH ALAM - PKR hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlaku adil terhadap mangsa banjir melalui dana sebanyak RM32.9 juta yang disumbangkan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Naib Presidennya, Fuziah Salleh mendakwa, walaupun mengikut laporan berita sumbangan itu bagi membantu kawasan Pekan dan Kelantan, namun kawasan lain juag turut terjejas.

Menurutnya, Perdana Menteri juga perlu memberi respons mengenai perkara terutama dalam pengagihan batuan tersebut.

"Saya tak perlu cakap sebenarnya, Perdana Menteri mesti adil, dari segi ke mana harus pergi dana tersebut, saya tak perlu nak ajar itik berenang, kalau boleh bantuan bukan hanya di Pekan tapi di kawasan banjir, seperti di Kuantan adalah kawasan yang terjejas teruk.

"Saya lihat, selaku Perdana Menteri kalau sumbangan itu tak sampai kepada mangsa banjir sepatutnya, ia tidak adillah," katanya kepada Sinar Harian Online.

Panitia ‘Gerakan3112′ ditubuh, pastikan himpunan malam tahun baru aman

31-12Panitia ‘Gerakan3112′ #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis ditubuhkan

1. Sebuah panitia Gerakan3112 telah ditubuhkan sejajar untuk memastikan himpunan aman protes rakyat pada ambang tahun baru lebih tersusun dan berjalan lancar.
2. Penggerak Gerakan3112 adalah terdiri daripada beberapa NGO, kumpulan anak muda aktivis dan mahasiswa, dan tiada pemimpin parti politik terlibat.
3. Gerakan3112 menggesa penyertaan orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat memilih Dataran Merdeka sebagai tempat berhimpun pada malam 31 Disember 2013, menuntut supaya segala punca kenaikan kos sara hidup diturunkan segera – ia sebuah protes dari rakyat untuk rakyat, merentasi batasan kepartian mahupun fahaman agama.
4. Panitia Gerakan3112 ditubuhkan untuk menyelaras 3 perkara penting pra/pasca #RPDM31D iaitu;
Mengatur perikatan dengan kumpulan peguam dalam soal perundangan / pasukan ‘Urgent Arrest’
Persediaan pasukan medic
Soal pengarahan dan keselamatan pada 31 Disember.
Gerakan31125. Gerakan3112 menyasarkan objektif membawa semua peserta himpunan masuk ke Dataran Merdeka walau apa pun halangan bermula jam 10 malam. Berhimpun secara aman dan bertahan selama yang boleh.
6. Arahan setakat ini, seluruh kekuatan massa disaran berkumpul di Dataran DBKL pada jam 9 malam, mula bergerak masuk ke Dataran Merdeka jam 10 malam. Berpakaian serba hitam dan membawa bendera kebangsaan manakala bendera parti politik amatlah tidak digalakkan.
7. Semua pengumuman rasmi dan arahan terbaru akan disiarkan melalui saluran facebook event page: Gerakan3112 #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis pada pautan:https://www.facebook.com/events/666666776717568/?source=1
Panitia Gerakan3112
*Kenyataan Bersama Gerakan3112 dibuat oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebagai salah satu badan penggerak Panitia Gerakan3112

Tak nafi laporan Bank Dunia, k’jaan 47% BN akui jual aset negara

Kenyataan rasmi Kementerian Kewangan mengenai kontroversi penjualan dan penggadaian aset
negara untuk mencapai sasaran defisit tidak sedikit pun menafikan laporan Bank Dunia bahawa perkara-perkara berikut telah berlaku:
1. Kerajaan tidak akan mencapai sasaran defisit yang diumumkan jika pendapatan tambahan yang tidak dirancang di dalam Belanjawan 2013 sebanyak RM11.8 bilion diperolehi;
2. Kerajaan terpaksa menjual aset negara sebanyak RM1.4 bilion untuk mendapatkan pendapatan tambahan itu;
3. Kerajaan terpaksa menggadaikan portfolio pinjaman perumahan kakitangan kerajaan sebanyak RM4.2 bilion melalui pensekuritian pinjaman perumahan (securitization of mortgages) untuk mendapatkan pendapatan tambahan itu;
Sebaliknya, Kementerian Kewangan hanya memberikan alasan bahawa penjualan aset dan pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan adalah satu perkara biasa dan telah pun berlaku sebelum ini.
Kementerian Kewangan tidak boleh menafikan fakta-fakta yang dibentangkan Bank Dunia mengenai terdesaknya pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam mencapai sasaran defisit, terutamanya perkara-perkara berikut:
1. Setakat laporan Bank Dunia bertarikh Disember 2013, belanja mengurus Kerajaan Persekutuan telah melebihi belanjawan yang diluluskan sebanyak RM14.3 bilion atau 7.1%;
2. Pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2013 lebih teruk dari dijangkakan semasa unjurun Belanjawan 2013 dibuat;

Kementerian Kewangan alih isu, gagal jawab laporan Bank Dunia

PETALING JAYA 26 DIS: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli membidas kenyataan Kementerian Kewangan 24 Disember lalu yang menafikan pendedahannya bahawa aset kerajaan dijual untuk mengurangkan defisit negara.
Rafizi dalam pendedahannya minggu lalu berkata, tindakan dilakukan kerajaan di bawah inisiatif pengewangan aset (monetization of assets) bagi memajukan tanah.
rafizi_pc_hq“Kementerian Kewangan hanya memberi alasan bahawa penjualan aset dan pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan adalah satu perkara biasa dan telah pun berlaku,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Laporan Bank Dunia bertarikh Disember 2013 menyatakan, belanja mengurus kerajaan minoriti Najib melebihi belanjawan yang diluluskan iaitu sebanyak RM14.3 bilion atau 7.1 peratus
Manakaala pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2013 lebih teruk dari dijangkakan semasa unjurun Belanjawan 2013 dibuat.
“Jelas kerajaan mengakui bahawa laporan Bank Dunia itu benar, aset-aset negara dijual dan digadai untuk mendapat pendapatan tidak dirancang bagi mencapai sasaran defisit negara,” ujarnya.

Rafizi Dakwa Kenyataan Kementerian Kewangan Tunjuk Ekonomi Negara Terdesak

Dedahkan jumlah dana k'jaan 47% BN pada PERKASA

PKR mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan jumlah sepenuhnya dana awam yang diberikan untuk menyokong kumpulan pendesak Melayu PERKASA.

Ia ekoran pengakuan PERKASA semalam bahawa mereka menerima dana daripada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Majlis Keselamatan Negara dan Biro Tana Negara (BTN).

“PERKASA sebuah kumpulan pelampau yang terkenal dengan ucapan kebencian dan hasutan perkauman.

“Kenapa dana dan sumber kerajaan digunakan untuk membantu dan mempromosikan organisasi seperti ini?” kata Naib Presiden PKR N Surendran (kiri) dalam kenyataan hari ini.

“Pengakuan PERKASA mengejutkan dan tidak pernah berlaku; ia bukti jelas bahawa Najib, Umno dan BN secara aktif menyokong ucapan kebencian, hasutan dan perkauman.”

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali semalam mengakui tiga agensi itu menyalurkan bantuan kepada mereka bagi menjayakan programnya.

Penafian kerajaan 47% BN adalah pengakuan aset negara digadai

Kenyataan Kementeri Kewangan (MOF) semalam mengenai dakwaan penggadaian aset negara merupakan pengakuan Putrajaya bahawa kerajaan telah menjual dan menggadai aset-aset negara, kata pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli.
Rafizi menegaskan, MOF tidak menafikan amalan berkenaan, sebaliknya memberikan alasan penjualan aset dan pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan "adalah perkara biasa dan telah berlaku sebelum ini".
"Kementerian Kewangan tidak boleh menafikan fakta-fakta yang dibentangkan Bank Dunia mengenai terdesaknya pentadbiran (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak dalam mencapai sasaran defisit," dakwa ahli Parlimen Pandan itu ketika sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pagi ini.
Rafizi sebelum ini mendedahkan laporan Malaysia Economic Monitor (MEM, December 2013) yang dikeluarkan Bank Dunia, yang mengatakan Putrajaya menjual aset negara bagi mengurangkan defisit ke paras 4% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang ditetapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Rafizi berkata beliau khuatir jika kaedah pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan terus digunakan sebagai jalan mudah mendapat pendapatan tambahan.
"Ia mempunyai risiko tersendiri kerana rumah-rumah yang dibeli peminjam digadaikan pula kepada pelabur yang mereka tidak ketahui," katanya.

SALAH SIAPA: MACAI UMNO NAIK MINYAK MENGAMUK!

Ini gambar lama yang sudah pun tersebar luas di alam maya ...

Baru-baru ini jadi kecoh semula hanya di sebabkan seorang wakil rakyat DAP menyiarkan gambar ini semula di twitternya sempena menyambut Hari Natal.

Gambar ini bukannya gambar edit pun .. hanya dipadankan dari cerita kartun yang cukup popular sepasang kuda belang dan badak air.

Apa yang macai-macai UMNO nak mengamuk sakannya tuduh sebagai biadap .. bukannya ada kata-kata kesat pun dilontarkan.. Ianya lebih pada secara kebetulan... Perlu adanya sense of humour lah sikit .. jangan terlalu rigid dan serius dalam hidup.

Pas Kelantan jangan remehkan Keadilan..Jujurlah pada perjuangan rakyat..!!

Wan Nik: harus bijaksana.
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yusuf dilaporkan memberi pandangan bahawa hanya dua sahaja parti yang dominan di Kelantan, iaitu Pas dan Umno, manakala parti lain yang merupakan parti ketiga seperti PKR (Keadilan) tidak mendapat sokongan rakyat. Beliau memberi pandangan demikian dalam satu majlis di Kota Bharu minggu lepas. Pandangan negatif itu tidak disenangi oleh Keadilan.

Saya bersetuju dengan pandangan berkenaan, memang Kelantan didominasikan oleh kedua parti Melayu - Islam itu sejak tahun 50-an lagi.

Selain dari kedua parti itu, parti lain tidak mampu bernafas panjang di dalam lumpur politik Kelantan yang dianggap unik. Malahan jangka hayat parti-parti lain juga bergantung kepada sejauh dan sekuat mana ia bekerjasama dengan Pas atau Umno.

Sekiranya mana-mana parti ketiga, keempat atau kelima merenggangkan hubungan dengan Pas atau Umno, mereka akan hancur. Dalam erti kata lain, parti lain bergantung hayat dengan Pas atau Umno.

Sejarah telah menunjukkan kebenaran itu. Awal tahun 1990-an dahulu parti Melayu Semangat 46, Hamim dan Berjasa berkerjasama dengan Pas untuk berdepan dengan Umno. Mereka mendapat kemenangan besar dengan menumpang pengaruh Pas. Apabila mereka berpisah dengan Pas, hatta kembali semula kepada lubuk asal Umno, seperti dilakukan Semangat 46, parti itu mengalami kemerosotan dan akhirnya berkubur tanpa nisan dan ditalqinkan.

Perkembangan atau fenomena itu, kita akui akan kebenaran dan realitasnya. Tetapi dalam konteks hubungan Pas dengan mana-mana parti ketiga, khasnya parti Keadilan waktu ini tidak boleh dipandang remeh. Apa lagi kalau Pas cuba hendak menidakkan akan keperluan itu dalam hubungannya dalam Pakatan Rakyat. Ia satu langkah surut ke belakang dan tidak bijaksana.

Sekiranya Pas masih mahu berdepan dengan Umno secara solo untuk memerintah negeri Kelantan, Pas tidak boleh merasakan kehadiran Keadilan sebagai melukut di hujung gantang. Pas kena bijak dan tahu untuk meraikan Keadilan. Pas kena menerima sumbangan Keadilan dalam kejayaanya sebelum ini tidak banyak, tetapi sedikit adalah dari Keadilan. Kalau Keadilan melukut yang tidak boleh dijadikan nasi himpit atau ketupat, ia tentu boleh dijadikan 'ssagun'. Tetap ada gunanya.

Justeru Wan Nik tidak sepatutnya memberi pandangan 'benar' dan ikhlas begitu tentang potensi Keadilan. Beliau perlu mengelak dari memberi jawaban sebegitu kerana ia boleh menyinggung hati rakan dalam Pakatan Rakyat itu. Pandangan akaemik begitu ia juga menampakkan akan kesombongan dan kebongkokkan Pas. Wan Nik seharusnya melihat lebih jauh dalam konteks lebih luas mengenai keperluan berkerjasam atau kehadiran Keadilan di sisinya.

Mungkin di Kelantan, Keadilan tidak memberi sumbangan besar kepada Pas. Malahan kewujudan Keadilan sendiri dianggap sebagai sampah yang menganggu agenda Pas sahaja, atau pun mencuri ruang-ruang kosong jawatan yang seharusnya diisi oleh orang Pas, di mana kehadiran Keadilan mengurangkan kekuasaan Pas dalam agensi kerajaan atau PBT. Kerana itu Pas tidak memberi kerjasama atau melayan Keadilan dengan sepatutnya sebagai rakan kongsi dan pakatan politik.

Alasan diberikan Pas untuk tidak meraikan Keadilan kerana parti itu lemah. Sebagai buktinya, Keadilan kalah hampir di semua kerusi dipertandingkan. Tetapi kalau Pas jujur dan ikhlas mereka perlu sedar kenapa parti berlambangkan mata itu kalah? Sebanya ialah kerana ulah dan sikap Pas juga yang tidak memberi kerjasama baik dan bersikap jujur dan ikhlas kepadanya.

Pas menerima Keadilan sebagai rakan di waktu siang, manakala pada malamnya Pas mengkhiantinya. Ada bukti menunjukkan Pas Kelantan tidak jujur dengan Keadilan. Misalnya mengenai pembahagian kerusi. Pas sengaja memberi kerusi-kerusi yang sudah pasti kalah atau pun dikenali dengan kawasan kubur Umno kepada Keadilan, manakala kerusi selamat dikaut oleh Pas. Apakah itu satu persepakatan adil dan tulus?

Bukan itu saja ketidak-jujuran juga dapat dilihat dari sikap Pas yang songsang dalam melayani Keadilan. Maksudnya, Pas memberi dengan sebelah tangan kepada Keadilan dan tidak menghulur dengan dua belah tangan penuh keikhlasan. Misalnya kerusi Dun Pengkalan Kubur, Tumpat, kerusi itu diperuntukan kepada Keadilan, tetapi jawatan penyelia Dun, ianya diberikan kepada orang Pas. Macam mana calon Keadilan hendak menang kerana jawatan penyelia yang membolehkan calon berjumpa dan mendekati rakyat dilakukan oleh orang Pas?

Ketidakjujuran Pas juga terbukti dalam berkerjasama dalam pilihan raya. Ambil contoh kerusi parlimen Macang, Ketereh dan Tanah Merah. Di tiga kerusi ini ianya diwakilkan oleh Keadilan, jelas tidak mendapat sokongan padu dari penyokong atau ahli Pas. Perbezaan undi di kerusi Dun dalam kawasan parlimen itu dengan undi untuk parlimen sangat ketara sekali.

Di parlimen Ketereh calonya dari Keadilan Abdul Aziz Kadir mendapat 25,938 manakala undi untuk Pas dicampur ketiga-tiga kerusi dalam Ketereh iaitu; Kadok, Melor dan Kok Lanas berjumlah 29,214. Bezanya ialah sebanyak 3,276.

Kerusi Machang pula calon Keadilan, Wan Zawawi Wan Ismail memperolehi 24,855 undi manakala kalau dicampur undi di ketiga Dun dalam parlimen Machang yang ditandingi Pas, iaitu kerusi Pulai Chondong, Temangan dan Kemuning undi diraih calon Pas sebanyak 26,898 dimana bezanya sebanyak 2,043.

Begitu juga dengan kerusi parlimen Tanah Merah yang ditandingi Keadilan menerusi calonnya Nik Mahmod Nik Hasan mengutip undi sebanyak 22,278 berbanding dengan undi dipunggut calon Pas di tiga kerusi di dalam kawasan itu, Bukit Panau, Kemahang dan Gual Ipoh sebanyak 26,530, bezanya sebanyak 4,252 undi.


Jika diperhatikan perbezaan undi diperolehi Pas dan Keadilan itu jelas menunjukkan sokongan untuk keduanya tidak sekata. Dalam hal ini ia boleh disalahkan kepada Pas yang tidak sedia memberi undi kepada rakan mereka, dan ini membuktikan Pas Kelantan tidak ikhlas dalam maufakat.

ISMA: Peningkatan kos memang salah Umno

Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya membidas kenyataan Ketua Umno Teluk Kemang Tan Sri Isa Samad yang menyarankan rakyat agar tidak menyalahkan Umno berhubung kenaikan harga barangan keperluan serta kos sara hidup.

Katanya, kenyataan tersebut menunjukkan pemimpin Umno sudah jauh daripada realiti hidup masyarakat.

“Alasan yang diberi Tan Sri Isa dilihat cuba mempelekehkan minda rakyat seolah-olah rakyat masih hidup di zaman 70-an yang tidak mempunyai sebarang akses maklumat,” kata Aminuddin Yahaya.

Bantuan kerajaan 47% BN kepada PERKASA dedah wajah sebenar UMNO

Pengakuan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menerima bantuan kerajaan telah mendedahkan wajah sebenar Umno dan Barisan Nasional, kata seorang pemimpin PKR.
Ahli DUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata wang rakyat digunakan untuk memberi subsidi kepada sebuah NGO perkauman seperti Perkasa yang katanya adalah perkakas Umno dan BN untuk membakar sentimen perkauman.
“Pengakuan Perkasa dan Isa bahawa NGO tersebut menerima bantuan kerajaan menerusi agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tatanegara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) mendedahkan wajah sebenar Perkasa merupakan perkakas Umno-BN.
“Kita telah pun menegaskan sebelum ini bahawa Perkasa merupakan perkakas Umno-BN untuk membakar sentimen perkauman. Pendedahan ini membuktikan wang rakyat digunakan untuk memberi subsidi kepada NGO perkauman dan menjayakan strategi pecah dan perintah Umno-BN,” kata Nik Nazmi yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.
Semalam, setiausaha agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali mengakui NGO itu menerima bantuan daripada agensi kerajaan, tetapi menyifatkan jumlah yang diterima tidak sebanyak yang diberikan kepada pertubuhan Cina dan India.
Kata beliau, bantuan yang diterima tidak setimpal dengan usaha Perkasa menarik semula sokongan orang Melayu kepada BN.
Menurut Nik Nazmi, bantuan dari BTN menimbulkan persoalan badan kerajaan itu tentang peranannya menyebarkan propaganda politik dan perkauman.

Derita rakyat tiada siapa peduli

SUDAH jatuh ditimpa tangga! Itulah perumpamaan paling tepat bagi menggambarkan keadaan rakyat Malaysia hari ini kerana terus dihimpit kesan daripada ‘pesta’  kenaikan berganda barangan keperluan mulai tahun depan.

Tanggal 1 Januari 2014 adalah permulaan paling mencabar kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah, sederhana dan golongan miskin. Pada tahun itu, rakyat perlu 'survive' kerana harga barangan dan perkhidmatan mula dinaikkan secara serentak.

Semua kenaikan itu berlaku selepas PRU13 Mei lalu, apabila kerajaan mengumumkan satu persatu kenaikan harga barang dan perkhidmatan atau pengurangan serta pemansuhan subsidi berselang dalam tempoh sebulan sejak September lalu.

Bermula dengan pengurangan subsidi yang menyebabkan kenaikan petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, diikuti pemansuhan subsidi gula 34 sen, kemudian peningkatan tarif elektrik 4.99 sen satu kilowatt sejam (KWJ), semakan semula kadar gas, tambang LRT serta monorel dan terbaru kadar tol membabitkan 15 lebuh raya, seolah-olah membentuk siri rangkaian kenaikan harga.

Jadi, bermulalah era kos sara hidup tinggi. Pendapatan bulanan makin meningkat. Itu reaksi rata-rata rakyat yang mengakui kenaikan harga barangan dan perkhidmatan memberi kesan kepada mereka terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Masyarakat baharu hendak mengejar status negara berpendapatan tinggi, tetapi belum sampai ke tahap itu, kerajaan sudah menaikkan macam-macam harga barang keperluan. Mahu tidak mahu rakyat terpaksa 'menelan' juga.

Ke arah autonomi pendidikan di peringkat sekolah

Ahmad Ashraf Azhar

Ulung ilmuan ada bermadah bahawa pendidikan adalah proses memanusiakan manusia. Menjadikan seseorang manusia itu sebagai seorang manusia yang penuh nilai-nilai kemanusian memerlukan usaha yang jitu. Ia mesti datang dari usaha yang menyeluruh termasuklah keluarga, jiran-jiran, komuniti, kerajaan hinggalah kepada individu itu sendiri.
Kenapa saya bercakap begini? Ini kerana pendidikan itu tumpuannya adalah kepada individu. Walaupun ia dibuat secara kolektif dalam skala besar seperti kelas, dewan kuliah dan madrasah, tetapi manfaat akhirnya adalah individu yang akan lahir dari sebuah proses (pembentukan) yang panjang.
Konvensyen pendidikan
Pada 21 Disember, 2013, Teach for the Needs (TFTN) menganjurkan Konvensyen Pendidikan Ke-2 TFTN dengan tema "Pendidikan Cinta – Demi Masa Depan Malaysia". Falsafah ‘cinta’ dalam pendidikan adalah perkara yang susah untuk dipisahkan. Bayangkan seorang guru yang tekad mendidik anak murid mereka, mana mungkin tiada cinta dalam hati untuk melihat anak muridnya kelak berjaya, menjadi manusia yang berguna pada diri, membawa rahmat pada keluarga dan memberi manfaat kepada masyarakat yang terbanyak.
Majoriti yang hadir di konvensyen itu adalah golongan muda. Saya kagum kerana ada mahasiswa daripada KIAS, Kota Bharu datang semata-mata untuk menghadiri konvensyen tersebut.
Saya yakin semua yang hadir konvensyen tempoh hari adalah golongan yang tegar dengan media sosial. Bagi mereka, media sosial bukan lagi tempat berhibur seperti ‘arwah’ Friendster, MySpace dan Hi5, tetapi sumber ulung untuk mendapat maklumat yang terkini. Perkara ini telah dibuktikan ketika Arab Spring yang mana ia bermula dari mesej-mesej ringkas Twitter dan Facebook
Itulah pentingnya media sosial dan kesannya seperti yang telah dicontohkan. Tapi, itu di Timur Tengah, dan pasti Malaysia amat berbeza. Saya secara peribadi tidak mahu revolusi seperti itu berlaku kerana pasca-revolusi adalah fasa-fasa yang  susah untuk diduga. Proses pembaik pulih pasca-revolusi memakan masa, bukan hanya setahun boleh selesai. Lihat sahaja Mesir.
Pendidikan percuma

Siti Zailah arah Muslimat seluruh negara turun demo esok

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof menyeru Muslimat seluruh negara turun ke himpunan aman dan penyerahan memorandum kepada kedutaan Bangladesh, Jumaat, 27 Disember ini.

Menurut beliau, penyertaan ahli dan pimpinan Muslimat di semua peringkat amat penting sebagai tanda bantahan terhadap keganasan dan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Bangladesh terhadap umat Islam di negara tersebut.

Katanya, nyawa umat Islam dibunuh sewenang-wenangnya oleh rejim Bangladesh tanpa ada belas dan sifat keperikemanusiaan.

Beliau menegaskan, tindakan zalim itu merupakan pencabulan hak asasi yang diluar perikemanusiaan dan harus ditentang oleh seluruh umat dunia secara habis-habisan.

"Saya menyeru dan berharap ahli dan Muslimat seluruh negara di semua peringkat cawangan, kawasan dan negeri turun beramai-ramai pada hari Jumaat di kedutaan Bangladesh," katanya.

Tegas beliau ia sebagai tanda bantahan terhadap kezaliman di Bangladesh dan umat Islam tidak boleh diperkotak katikkan.

Beliau berkata, sebelum ini seluruh dunia dikejutkan dengan hukuman gantung sampai mati terhadap Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh Abdul Quader Mullah.

Tindakan itu tegas beliau menunjukkan kerajaan Bangladesh tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat khususnya Jamaat-e-Islami.

Menjelang Tahun Melawat Malaysia, syarikat bas pelancong bimbang kekurangan diesel



Pengendali bas pelancong merungut bekalan diesel tidak mencukupi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 Disember, 2013. 
Pengendali bas pelancong merungut bekalan diesel tidak mencukupi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 Disember, 2013.

Pengendali bas pelancong mendakwa subsidi 20 juta liter diesel tidak mencukupi dan meluahkan kebimbangan kekurangan bahan bakar itu memberi kesan kepada industri pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia yang bermula Januari ini.
“Semasa waktu cuti sekolah, banyak warga tempatan bercuti di dalam negara dan menggunakan perkhidmatan bas, maka jika isu itu tidak ditangani, pendapatan mereka yang terlibat dalam industri pelancongan akan mencatatkan penurunan,” kata presiden Persatuan Pengusaha Bas, Datuk Mohamad Ashfar Ali.
Syarikat pelancongan menyalahkan Putrajaya kerana tidak memperuntukkan lebih diesel bersubsidi, namun kerajaan menolak dakwaan itu dengan berkata bekalan mencukupi.
Sementara pemilik stesen minyak melihat penyeludupan salah satu punca kepada kekurangan bahan bakar itu.
Menurut Ashfar, sektor pelancongan dalam negeri paling terkesan dengan bekalan diesel yang berkurangan.
“(Bagi) pelancongan dalam negeri, biasanya pelancong akan diambil di lapangan terbang dan dibawa bersiar-siar yang melonjakkan sektor pelancongan negara,” katanya.
Beliau berkata pengendali bas pelancong telah mengadu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, yang mengawal kuota diesel bersubsidi, supaya bekalan diesel ditambah.
“Masalahnya adalah permintaan bertambah tetapi bekalan tidak mencukupi. Apabila subsidi dikurangkan, lebih banyak bekalan boleh dipasarkan,” tambahnya.

Kekurangan diesel jejas pendapatan rakyat

minyak-habis-dieselSHAH ALAM 26 DIS : Kerajaan Pusat gagal menyelesaikan isu kekurangan diesel di stesen minyak seluruh negara yang kerap berlaku khususnya pada hujung bulan.
Ini berikutan sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pernah menyatakan untuk mencari jalan penyelesaian segera berhubung masalah itu, namun sehingga kini ia masih tiada sebarang tindakan konkrit dilakukan.
Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Sahri, berkata Kerajaan Pusat perlu bertindak segera untuk mengatasi masalah yang berlaku pada setiap akhir bulan.
Katanya, ketidakprihatinan  Kerajaan Pusat menyebabkan kesukaran pengusaha kenderaan berat atau stesyen minyak hilang pendapatan.
“Banyak kawasan mengalami ketidak cukupan bekalan. Ini menimbulkan banyak rungutan di beberapa kawasan.
“Kalau kita lihat, apabila berlaku kekurangan diesel ini menyebabkan banyak usaha yang menganggu kelancaran dari sudut pengangkutan.
“Ini menyukarkan mereka mencari sumber pendapatan dan menanggung kerugian individu mahupun syarikat ekoran masalah itu,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Menghadapi esok yang segala-galanya naik

Meor Yusof Aziddin 

Kita akan menyambut musim-musim mendatang yang sangat mencabar sebenarnya. Bersempena tahun baru 2014 yang akan muncul dalam seminggu dua lagi, tidak akan ada yang turun, melainkan segalanya akan naik dan naik belaka.
Kos kehidupan yang sarat dengan beban, terpaksalah kita pikul juga demi memujuk hati yang kecewa kerana walau bagaimanapun juga, hidup perlu diteruskan!
Isteri saya baru saja membelanjakan RM200 untuk buku-buku rujukan, peralatan dan segala yang berkaitan sekolah anak saya yang akan masuk darjah 6 tahun depan. Itu belanja untuk buku saja, walaupun yuran dimansuhkan, selainnya perlu dibayar dengan duit.
Anak saya itu akan menduduki peperiksaan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) tahun depan tetapi kos pembelajarannya macam nak ambil SPM pada tahun 80an dulu. Kalau di tahun 60an dulu, lulus darjah 6 kita layak menjadi guru sekolah, hari ini lulusan diploma pun belum tentu diterima menjadi guru, melainkan jika kita kenal orang dalam. Apatah lagilah jika kita berkelulusan UPSR.
Kita bukan hidup di tahun 70an, di mana jalan yang disediakan untuk kita hanya satu hala dan itulah yang kita pilih, samada suka mahupun tidak.
Hari ini kita diberi pelbagai pilihan, jalan alternatif mahupun yang konservatif. Hari ini juga kita semakin melihat panorama itu dari sudut yang tersurat mahupun tersirat. Hari ini masyarakat lebih peka dan bijak dalam membuat pilihan, untuk diri mereka juga untuk masa depan.
Untuk seorang lagi anak saya yang akan masuk ke darjah 3 pula, kosnya pun lebih kurang begitu juga. Sehelai baju sekolah sudah mencecah RM30 untuk saiz kanak-kanak. Seluar sekolah untuk saiz dewasa pula mencecah sehingga RM50 sehelai. Jadi kalau kita berpendapatan bawah RM3 ribu, memang karamlah dibuatnya.
Dulu di tahun 80an sewaktu bersekolah di kampung, saya tempah seluar untuk sekolah menengah di tempat kelahiran saya, kosnya baru RM18. Dan seingat saya juga kita mendapat bekalan buku teks percuma daripada hari pertama persekolahan sampailah ke tingkatan 5 kelas menengah. Selainnya untuk buku-buku tambahan atau rujukan itu tidak ada sangat, berbanding hari ini. Kalau ada pun, kosnya tidaklah membebankan sangat.

Tahun baru 2014 yang memeningkan....

FARUSH KHAN
Ada pula pembodek dan penjilat pemerintah yang mengeluarkan hujah-hujah untuk menghalalkan apa yang dilakukan pemerintah.. maka dibawa keluarlah pelbagai teori nas dan dalil untuk bagi rakyat menerima akan hujah mereka..
SEMAKIN hampir 2014, semakin kencang debaran jantung, bukan kerana gembira, tetapi akibat keresahan.
Harga petrol dan gula sudah naik dan reaksi rantaian daripada kesan domino sudah pun terasa; harga macam-macam barang dan kos perkhidmatan turut naik; yang disedari dan yang tidak disedari.
Tersingkapnya tabir tahun baru ini, kadar tarif elektrik dijadualkan naik. Turut membimbangkan ialah kenaikan kadar tol.
Apabila harga minyak, kadar tarif elektrik dan tol naik, kita tidak perlu jadi pakar ekonomi untuk membuat jangkaan tentang tindakan pantulannya.
Rasanya, kalau kadar tarik elektrik naik, tentu sekali bayaran bekalan air pun akan turut naik kerana kawasan rawatan air dan sebagainya mengguna tenaga elektrik.
Sejak berakhirnya PRU13 Mei lalu, ramai pengguna, terutama yang berpendapatan sederhana dan rendah, sering meluahkan kebimbangan mereka mengenai keupayaan menangani nasib masa depan, berikutan kenaikan kos sara hidup.
Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) terbaharu dilaporkan mendapati pengundi bimbang dengan kenaikan kos sara hidup, termasuk harga barang, harga minyak dan tarif elektrik.
Dalam tinjauan ke atas 1,676 responden, ia dapati 55 peratus daripada mereka tidak percaya bahawa Belanjawan 2014 mampu mengurangkan kos hidup.

Semakin bijak menteri-menteri cap Ayam, TV percuma untuk mangsa banjir..!!

(Siapa Yang Akan Dapat Tender Bekalkan 30,000 TV Percuma Ni..???)

Adakah sumbangan rakyat Malaysia untuk mangsa banjir di Kemaman dan Kuantan akan digunakan untuk membeli TV? Lepas beri TV percuma, bolehlah lepas ni beri Astro percuma. Sejak bila menonton TV boleh menguatkan semangat kekeluargaan? Bijak, Bijak ! 
 
 

Demo bantah kezaliman regim Bangladesh esok

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru ahli PAS  serta rakyat Malaysia menyertai himpunan aman dan serahan memorandum membantah kezaliman kerajaan Bangladesh di hadapan kedutaan tersebut, Jumaat, 27 Disember esok.

Katanya, umat Islam serta seluruh rakyat Malaysia mesti keluar membantah kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Bangladesh terhadap rakyat sendiri yang digantung dan dipenjara beramai-ramai.

Beliau berkata, rakyat seluruh dunia dikejutkan dengan hukuman gantung sampai mati terhadap Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh Abdul Quader Mullah.

Tindakan itu tegas beliau menunjukkan kerajaan Bangladesh tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat khususnya pemimpin dan anggota Jamaat-e-Islami.

"Kita akan menghantar memorandum membantah tindakan kejam kerajaan Bangledesh di pejabat Kedutaannya di sini," katanya.

Beliau berkata, semua peserta himpunan membantah kezaliman itu berkumpul di masjid Tabung Haji dan selepas solat terus berarak ke kedutaan Bangladesh.