Rabu, 25 Disember 2013

Prof Agus - Barang Naik : Apa yang perlu dibangkang

Ustaz Tengok Dok MAHARAJA LAWAK?.."Ustak Enjin!!"

Jangan Percaya Ramalan KIAMAT! - Ustaz Azhar Idrus

Tawaran Berlakon UAI.."Filem JKK Man!"

BN sedang bersilat isu JUAL HARTA NEGARA, jika Bank dunia dan Rafizi salah sila saman mereka..!

Harga barang naik, elektrik naik, tambang naik, kata rakyat

Bolehkah Putrajaya bercakap mengenai perpaduan tetapi pada masa sama menaja perpecahan?



Tengku Razaleigh semasa menghadiri mesyuarat agung tahunan Perkasa baru-baru ini. Gambar fail. 
Tengku Razaleigh semasa menghadiri mesyuarat agung tahunan Perkasa baru-baru ini. Gambar fail.

 Kumpulan pendesak Melayu Perkasa mengakui agensi-agensi kerajaan membantu menaja beberapa program yang dianjurkan mereka dan mempertahankan tajaan tersebut sama seperti yang diberikan kepada kumpulan kaum lain.
Persoalannya, mengapa Putrajaya menaja kumpulan yang memperjuangkan perkauman tetapi pada masa sama mempromosikan perpaduan negara dengan inisiatif 1Malaysia.
Adakah masuk akal Putrajaya cakap lain tetapi perbuatannya lain pula?
Bolehkah mana-mana kerajaan atau agensinya menaja kumpulan yang memperjuangkan hak eksklusif kaum, meminta bahagian berdasarkan bangsa dan mahu bangsanya kekal dominan dalam sebuah negara berbilang kaum?
Bagaimana matlamat Perkasa berjalan selari dengan slogan 1Malaysia yang dilaungkan pentadbiran Najib ataupun cita-cita  Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu melihat bangsa Malaysia dalam Wawasan 2020 yang dicadangkannya pada tahun 1991? Atau adakah ia sekadar cakap kosong sahaja?
Penduduk Malaysia terdiri daripada 29 juta di mana kaum Melayu atau Bumiputera membentuk 60% daripada keseluruhan populasi, sementara bakinya terdiri daripada kaum Cina dan India.
Bagaimanakah kerajaan yang dipilih oleh rakyat pelbagai bangsa ini boleh memenuhi kehendak hanya satu bangsa?
Bolehkah Malaysia mempunyai kerajaan yang melindungi dan mengambil berat semua rakyatnya dan bukan hanya satu kaum sahaja, melangkau retorik 1Malaysia dan menjalankan tanggungjawab tanpa berasaskan kaum?
Lagipun, jika Barisan Nasional (BN) serius dalam perpaduan negara, mereka seharusnya menjauhkan diri daripada kumpulan berasaskan kaum yang menyebarkan hak eksklusif dan membantu berdasarkan warna kulit.

Longgok sampah di MRR2 dilakukan Alam Flora, berkait tender RM80 juta

SAMPAH_MRR2
KUALA LUMPUR 25 DIS” Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendedahkan, longgokan sampah di bahu jalan lingkaran tengah 2 (MRR2) Sabtu, 21 Disember lepas adalah sabotaj daripada syarikat pengurusan sampah Alam Flora.
Menurut Tian, tujuan sabotaj adalah untuk mengambil alih tender pengurusan sisa pepejal bernilai RM 80 juta yang dilaksanakan oleh syarikat Umpan Jaya sebelum ini.
“Saya ada menyimpan bukti dan saksi daripada orang awam, bahawa kerja-kerja longgokan sampah di tepi lebuh raya dilakukan oleh Alam Flora.
“Lori yang digunakan pada pagi 21 Disember lalu adalah milik Alam Flora,” kata Tian.
Carian Keadilandalily mendapati, kontraktor tersebut adalah syarikat Umpan Jaya Sdn Bhd, milik bekas Ketua Umno Batu Kawan, Pulau Pinang, allahyarham Datuk Mohd Noordin Mohd Kassim dan anak-anaknya sebagai ahli lembaga pengarah.
Katanya, sampah sarap sengaja dilonggok di tepi MRR2 berhampiran pusat pengumpulan sampah milik syarikat Umpan Jaya dengan tujuan agar orang ramai beranggapan bahawa Umpan Jaya yang akan bertanggungjawab.

Rakyat Malaysia Isi Minyak Motor 60 Sen Jer..!!

 

PLUS Kutip RM4.1 Bilion (Untung Bersih RM2.5 Bilion : 61%). KESAS? 121%!! Syarikat Untung Besar, Rakyat? Wajar Kenaikan Tol 2014?

Kenaikan Tol AKLEH 2014
Kelihatan sekarang kenaikan tol 2014 tidak boleh dielakkan lagi melihatkan signal dan respon positif yang diberikan oleh Perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak (SEPERTI DI SINI) bagi menghalalkan kenaikan tol 2014 selepas ini. Walaubagaimanapun….
Cakap-cakap yang mengatakan kenaikan tol 2014 dibuat atas nama perjanjian yang membolehkan kenaikan tol di Malaysia dilakukan semakan 3 tahun sekali bagi Berita Semasa adalah satu yang mengelirukan. Hakikatnya, hari ini projek pembukaan lebuhraya baru di Malaysia boleh diibaratkan sebagai satu lagi model “skim cepat kaya versi taikun-taikun kaya di Malaysia“. Inilah dia lubuk pemegang konsesi tol buat duit banyak ke atas pengguna kenderaan yang tiada pilihan alternatif yang terbaik termasuk pengangkutan awam.

Kenaikan Tol 2014 : Wajar Atau Tidak?

Bagi pendapat Berita Semasa kenaikan tol 2014 adalah tidak wajar dan tidak masuk akal. Mengapa?
  1. Majoriti daripada pemegang konsesi lebuhraya di Malaysia telah dikuasai oleh kerajaan (anak-anak Syarikat milik kerajaan). Malah syarikat konsesi lebuhraya ini juga mendapat bantuan dan subsidi daripada kerajaan untuk tujuan operasi. Oleh itu, kerajaan mempunyai kuasa dan pengaruh untuk merundingkan semula terma-terma perjanjian untuk tidak menaikkan tol. Hakikatnya, apa pilihan kerajaan sekarang?
  2. Rekod kewangan syarikat konsesi tol selama ini menikmati keuntungan berlipat kali ganda.
  3. Setiap kali berlaku kenaikan tol di Malaysia, syarikat konsesi akan dilimpahi lonjakan pendapatan, sedangkan rakyat Malaysia terus “terkorban”
Wahid Kenaikan Tol 2014Cuma Berita Semasa agak terkejut dengan respon daripada seorang Menteri Ekonomi yang tidak perlu bertanding (Senator) iaitu Wahid Omar? Please do not comment like this wahai menteri.

Anwar: Angkat nilai murni pelbagai budaya masyarakat Malaysia

KUALA LUMPUR 25 DIS: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mempromosi, mengangkat nilai murni dan meraikan kepelbagaian kebudayaan di negara ini.
“Kita harus mengangkat nilai-nilai murni dalam pelbagai budaya dan memanfaatkan kekuatan dalam berbagai komuniti untuk mencapai Malaysia yang lebih bersatu dan harmoni.
anwar-ibrahim“Ini adalah tatanan masyarakat kita yang perlu dijaga dan dipelihara. Mari kita semua terus menjaga toleransi dan menghormati sesama bangsa dan agama,” kata Anwar dalam perutusan Hari Natal 2013, hari ini.
Anwar turut merai dan menghargai peranan penganut agama Kristian di Malaysia secara khusus dan seluruh masyarakat secara amnya yang mengambil pendekatan toleransi dalam menghadapi perbezaan.
“Tahun ini merupakan tahun ujian hubungan Muslim-Kristian di Malaysia.
“Pendirian yang tidak konfrontasi diambil masyarakat Kristian telah memastikan kelanjutan perdamaian dan keharmonian di Malaysia yang terdiri pelbagai bangsa.
“Mari kita semua terus menjaga toleransi dan menghormati antara bangsa dan agama ,” kata Anwar.
Tambah Anwar, perayaan Krismas yang disambut hari ini wajar dijadikan jambatan perhubungan antara masyarakat Malaysia.
“Hari Natal adalah waktu untuk bersama-sama keluarga dan masyarakat, di mana kesalahan sebelum ini dimaafkan, hubungan lama dipererat, manakala yang baru, dimulai.
“Saya mengucapkan Selamat Natal kepada semua penganut Kristian di Malaysia dan selamat tahun baru 2014 kepada semua warga Malaysia,” kata Anwar.

Can Putrajaya talk up unity while sponsoring divisiveness?


The Malay rights group Perkasa has now admitted that government agencies have helped sponsor some of its programmes, saying what it received was similar to other race groups.
The question is of course, why is Putrajaya sponsoring groups that preach and foster racial silos while promoting national unity with initiatives such as 1Malaysia.
Does it make sense to say one thing and do another?
Can any government or its agencies justify sponsoring groups that preach racial exclusiveness, that ask for concessions based on race and those that prefer its race remain dominant in a multi-racial nation?
How can Perkasa's aims gel with the Najib administration's 1Malaysia or even its patron Tun Dr Mahathir Mohamad's lofty aim of a Bangsa Malaysia in his Vision 2020 document made in 1991? Or is it all just lip service?
Malaysia's population is 29 million, the Malays or Bumiputeras forming 60% of the people, with the rest being Chinese and Indians. How can any government that is elected by all these people pander to only one race?
Can Malaysia have a government that protects and cares for all citizens rather than just one race, beyond the rhetoric of 1Malaysia and working through race-based parties?

Balak ditebang, duitnya dibawa membeli belah dan ketempat judi di London, rakyat mandi lumpur

Saya mengucapkan kepada semua khususnya kepada yang rakan-rakan yang beragama Christian Merry Christmas dan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua. Bulan Disember ini merupakan bulan yang paling sibuk bagi hampir semua orang untuk persediaan menyambut tahun baru itu. Ibu bapa sibuk dengan persediaan persekolahan anak-anak.
Kali ini ibu bapa terpaksa berusaha keras untuk mendapatkan harga yang paling murah dalam membeli kelengkapan persekolahan anak-anak kerana setidak-tidaknya pendapatan mereka berkurangan sebanyak RM100 kerana hujung tahun ini tidak ada bantuan untuk anak-anak sekolah dari kerajaan. Sememangnya memang dijangka tidak akan ada bantuan RM100 itu kerana pilihanraya sudah selesai dan yang menyandang masih mendapat mandat. Tidak perlu lagi membeli jiwa dari rakyat.
Jika pilihanraya masih belum diadakan mungkin lebih banyak bantuan akan diterima oleh ibu bapa seperti tahun-tahun yang lepas. Malahan selepas pilihanraya ini, seperti selepas pilihanraya-pilihanraya yang lalu, cukai akan dinaikkan dan segala subsidi yang sudah tersedia diterima selama ini akan dikurangkan. Pendeknya subsidi dikurangkan, cukai ditambah.
Bagi yang sudah menjadi kaya raya seperti ahli-ahli politik yang memberikan bantuan RM100 kepada ibu bapa yang miskin itu, sekarang berada di merata-rata bandar tersohor di seluruh dunia. Didapati beberapa orang Menteri yang pernah menaiki hanya motorsikal dahulu sekarang sudah berkemampuan untuk membeli belah hujung tahun di Harrods dan Bond Street di Kota Raya London dan ada yang sudah mampu untuk berehat di Austrian Alps di Austria.
Kalau kita berjalan-jalan di kawasan Mayfair di London kita akan terserempak dengan pemimpin-pemimpin besar negara kita berkeliaran di sekitar kediaman mereka dikawasan termahal di dunia itu, dalam bulan ini dan awal bulan depan.

Kenaikan kos hidup, segera mobilisasi kesedaran rakyat

KUALA LUMPUR: Kerajaan didesak untuk fahami mesej rakyat dan segera mengambil tindakan wajar untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.

Demikian ditegaskan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (gambar) merujuk kepada dapatan kajian yang dilakukan oleh University of Malaya Centre of Democracy and Elections (UMcedel) yang dibentgangkan semalam.

Kajian itu mendapati sekurang-kurangnya seramai 1,676 responden telah menggeneralisasikan keresahan rakyat terhadap perkembangan kenaikan kos sara hidup yang tinggi setelah 6 bulan Pilihan Raya Umum Ke-13 berlalu.

Tiga isu utama melatari kebimbangan mereka iaitu mengenai kenaikan harga minyak, peningkatan harga barang dan kenaikan tarif elektrik. 

“Kita menolak keputusan kabinet untuk menubuhkan makmal kajian kerana ia hanya sekadar tindakan populis dan taktik membeli masa sehingga rakyat melupakan kezaliman yang dilakukan oleh mereka,” ujar Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Himpun 31 Dis: Polis buat lawak, Umno@BN guna alasan bodoh

KUALA LUMPUR: Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) menempelak tindakan pihak polis yang membuat tangkapan terhadap rakyat yang ingin berhimpun secara aman pada 31 Disember ini bersempena protes kenaikan harga barang.

Terbaru, pihak polis telah menangkap Pengerusi Gerakan Turun Harga Barang (Turun), Azan Safar pada 23 Disember di mana siasatan adalah berdasarkan kepada Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Awam 2012 dan Seksyen 124C Kanun Keseksaan.

“Juham melalui barisan peguamnya telah turun untuk membantah permohonan lanjutan reman oleh pihak polis,” kata Pengarah Juham, Noorazmir Zakaria dalam satu kenyataan.

Majistret kemudiannya, kata beliau telah menolak permohonan lanjutan reman oleh pihak polis dan Azan Safar telah dibebaskan lewat petang semalam.

Menurutnya, Juham amat terkejut dengan dakwaan pihak polis yang memberikan alasan bahawa tangkapan Azan Safar adalah kerana beliau disyaki terlibat di dalam gerakan untuk menggulingkan kerajaan.

“Lawak jenaka apakah ini apabila mengaitkan tangisan rakyat terhadap kenaikan harga barang dengan gerakan untuk menggulingkan kerajaan?” tanya beliau.

Katanya, Juham percaya Umno dan Barisan Nasional sudah kehabisan alasan untuk menutup kelemahan mereka sehingga menggunakan alasan bodoh sebegini.

Macai Gomen 47%: PERKASA akui terima bantuan MKN, BTN, JASA

NGO pendesak PERKASA mengakui bahawa tiga agensi utama kerajaan – Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tatanegara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) menyalurkan bantuan kepada pertubuhan berkenaan bagi menjayakan programnya.

Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata bantuan yang disalurkan oleh agensi kerajaan kepada pertubuhan itu bagaimanapun tidaklah sebanyak mana berbanding dengan usaha yang dijalankan untuk menarik sokongan golongan Melayu kepada BN.

Syed Hassan berkata demikian bagi menjawab kenyataan anggota Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Isa Samad yang tidak yakin dengan kemampuan PERKASA untuk mengantikan Umno dalam membela nasib orang Melayu.

Beliau berkata, Isa membuat kenyataan tidak bertanggungjawab apabila menyatakan bahawa PERKASA sendiri pun banyak menerima bantuan Umno selama ini.

“Perkasa harap Tan Sri Isa dpt senaraikan jumlah bantuan diberi kpd Perkasa utk jayakan program2 selama ini. Berapa banyak? Berjut-jutakah? Berbilion-bilionkah?,” katanya dalam satu kenyataan.

Dialog Buntu: Dua pemimpin BN, Pakatan sepakat tulis buku bersama


Penulisan buku bersama diambil bagi menghubungkan perbezaan politik dalam Malaysia, kata Datuk Saifuddin Abdullah. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 25 Disember, 2013.Penulisan buku bersama diambil bagi menghubungkan perbezaan politik dalam Malaysia, kata Datuk Saifuddin Abdullah. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 25 Disember, 2013.Selepas usaha mengadakan dialog politik menemui jalan buntu, dua pemimpin disegani daripada Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) mengambil jalan untuk menulis buku bersama bagi meredakan ketegangan.
Bekas Ahli Parlimen Temerloh dari Umno, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ahli Parlimen Parit Buntar dari PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bersetuju untuk menulis buku bersama bagi membuktikan kepada rakan mereka dan rakyat Malaysia bahawa perbezaan pandangan boleh diketepikan.
Bagaimanapun, topik mengenai buku tersebut masih belum diputuskan, tetapi Mujahid berkata buku tersebut akan menumpukan cara untuk membawa Malaysia ke depan di dalam keunikan kepelbagaian etnik dan agama serta ekonominya.
Buku tersebut dijangka menyentuh isu berkaitan keadilan sosial dalam masyarakat di Malaysia.
"Dalam keadaan semasa Malaysia, ia memerlukan idea baru untuk membawanya ke depan," kata Mujahid yang juga merupakan anak kepada bekas presiden PAS, Yusof Rawa.

Rai kepelbagaian, tolak fahaman ekstremis, kata pemimpin PAS sempena Hari Natal

Penganut Kristian di Malaysia digesa meneruskan keharmonian dalam agama serta meraikan kepelbagaian dengan saling menghormati sebagai lambang kebesaran Tuhan, kata seorang pemimpin PAS sempena dengan Hari Natal yang disambut penganut agama berkenaan hari ini.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata sebagai umat Islam, beliau dididik dengan teladan para nabi termasuk Nabi Isa Ibnu Maryam bagi meraikan kepelbagaian dan hidup saling menghormati.
“Saya diajar melalui Al-Quran tentang kepentingan berpegang kepada agama tetapi pada masa sama menerima kepelbagaian dan saling menghormati.
“Saya sebagai rakyat Malaysia bersempena dengan sambutan Hari Natal menggesa tentangan terhadap ketidakadilan, rasis, ekstremis agama serta melaungkan kecintaan terhadap negara dengan menolak kezaliman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mujahid turut mengucapkan Selamat Hari Natal kepada penganut Kristian dengan harapan perayaan kali ini membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa melupakan golongan miskin dan memerlukan.
Katanya, kepelbagaian dalam masyarakat hari ini menjadi asas pembentukan rakyat Malaysia selain Islam yang dinobatkan sebagai agama persekutuan menjadi tunjang kepada keharmonian agama dalam negara.

UBN tidak akan kalah walaupun harga barangan naik?

Saya tidak setuju dengan pandangan sesetengah pihak mengatakan UBN akan kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-14 ekoran kenaikan harga barangan. Bebanan kenaikan harga barang tidak menjadi 'kudis gatal' pun kepada rakyat negara ini, hasnya rakyat di luar bandar. Kenaikan harga barang dilihat satu ketetapan alam semula jadi yang harus ditanggung bersama.

Ia telah dianggap sebagai fenomena biasa bagi rakyat negera ini yang diajar agar reda dan menerima segala takdir tanpa perlu dibahas. Itu sifaf orang Melayu yang pernah dikritik Dr Mahathir Mohamad dalam buku "Malay Delima".

Sebelum ini telah berlaku berbagai kenaikan harga barang tetapi UBN tetap juga menang dan menguasai negara ini. Begitu juga dari segi prasarana dan kebajikan yang diterima rakyat berbanding dengan negara-negara lain jauh lebih rendah, tetapi ia tidak menimbulkan apa-apa masalah. Keadaan itu menjelaskan bahawa kenaikan harga barang tidak menjadi alasan dan kemarahan kepada rakyat.

Bukan sahaja kerana 'hilang bisa tegal biasa', tetapi pihak kerajaan juga pandai memujuk dan memberi penjelasan kepada rakyat. Mereka membuat perbandingan harga barangan di negara ini jauh lebih baik dari harga barangan di negara-negara lain. Dan rakyat negara ini yang mudah percaya apa saja cerita disalurkan kerajaan menerusi media rasminya tv dan akhbar, (media PB) menerima apa saja yang kerajaan perkatakan.

Terkagum Bukti Gred A: Ustaz KDN desak Mat Sabu nyata pendirian

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang disyaki Kementerian Dalam Negeri (KDN) terlibat dengan fahaman Syiah disaran tampil memberikan penjelasan berhubung pendiriannya untuk dinilai masyarakat.

Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, Zamihan Mat Zin Al-Ghari berkata, isu dakwaan yang melibatkan keraguan ibadah tidak sepatutnya dijadikan agenda politik parti sebaliknya diselesaikan melalui pendekatan melalui penjelasan.

“Mat Sabu diserang kerana beliau ‘pemain utama’ dalam partinya, tidak aneh sekiranya Timbalan Presiden Pas diserang Naib Presiden Umno (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) kerana ini memang mainan orang politik.

“Dalam isu ini kalau betul nak selesaikan,  kita ada ulama dari Pas dan juga Umno.

"Dakwaan seumpama ini boleh dibersihkan sekiranya individu terbabit tampil kemukakan bukti yang meyakinkan dirinya tidak terlibat dengan ajaran yang telah difatwakan sebagai sesat,” katanya ketika sesi muzakarah selepas pembentangan kertas kerja Perkahwinan Antara Syiah dan Sunni: Suatu Perbandingan Mazhab, semalam.

PM Kudeta Mesir label Ikhwanul pengganas

KAHERAH - MESIR. Tanpa bukti kukuh, kerajaan sementara Mesir melabelkan pergerakan Ikhwanul Muslimin (IM) sebagai pertubuhan pengganas.

Perdana Menteri sementara Hazem al-Beblawi berkata, IM dikategorikan sebagai pertubuhan pengganas selepas menaja dan melatih anggota militan untuk melancarkan serangan terhadap anggota keselamatan di Semenanjung Sinai.

“Kami berikrar akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka,” katanya.

Kelmarin, satu letupan bom menggegarkan ibu pejabat keselamatan di Nil Delta dekat bandar Mansoura, mengakibatkan lebih 14 orang terkorban manakala 130 yang lain parah.

Difahamkan, dua daripada tiga bom ditanam meletup serentak manakala satu lagi bom yang diletakkan di dalam kereta dapat dimatikan.

Gabenor Daqahliya, Omar el-Shawatqi berkata, lima kedai terletak berhampiran bangunan itu runtuh dan puluhan kenderaan rosak.

TURUN: Himpunan 31 Dis diteruskan

Pemimpin Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) Azan Safar berkata sisasatan polis ke atasnya tidak menghalang beliau untuk meneruskan kempen '2014 Tahun Sengsara Rakyat' melalui perhimpunan besar di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember.

NONEAzan, yang dibebaskan polis selepas ditahan selama 20 jam semalam turut mempersoalkan tindakan berkenaan, serta tuduhan “serkap jarang” ke atasnya, kerana didakwa terlibat dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan.

“Adakah dengan memperjuangkan hak dan suara rakyat supaya bebanan kos sara hidup mereka diturunkan, maka, saya digelar penjenayah berat dan diserbu sebagai seorang penjenayah?

“Hakikatnya, saya menyeru masyarakat turun dan menyatakan sokongan mereka supaya kerajaan tidak mengambil ringan dan memandang enteng masalah beban kos sara hidup rakyat menjelang 2014.

“Di manakah salahnya?,” katanya lagi dalam kenyatannya, yang mengimbau semula detik-detik ketika beliau ditahan sepasukan anggota polis semasa sedang makan di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada malam Isnin.

Perkahwinan antara Syiah, Sunni haram...

Perkahwinan antara Syiah, Sunni haram  
Mohd Mokhtar (dua, kanan) pada sidang media, semalam.
SHAH ALAM - Perkahwinan antara penganut Syiah dan Sunni tidak boleh didaftarkan dengan Majlis Agama Islam Negeri dan perkahwinan itu dianggap haram kerana fahaman Syiah telah difatwa menyeleweng di Selangor.

Anggota Majlis Fatwa Selangor, Datuk Mohd Mokhtar Shafii berkata, penganut Syiah tidak boleh berkahwin dengan orang Sunni kerana fatwa negeri mengharamkan ajaran Syiah, dan ia sama seperti mana penganut agama lain yang mahu berkahwin dengan orang Islam, mereka perlu memeluk Islam dan mesti berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Jika perkahwinan antara Syiah dan Sunni itu haram, maka status anak mereka juga adalah tidak sah taraf namun kanak-kanak itu tidak bersalah cuma perlu dirujuk kepada jabatan agama Islam bagaimana cara terbaik menyelesaikannya,” katanya.

Mohd Mokhtar berkata jika ada mana-mana pihak yang mengetahui perkahwinan mereka tidak sah berikutan perbezaan pegangan mazhab, perkahwinan itu layak dipisahkan dan perlu merujuk kepada undang-undang Islam negeri.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan semua pihak perlu saling membantu membendung amalan fahaman Syiah itu daripada terus tersebar kerana ia hanya membawa kesan buruk kepada keturunan sesuatu bangsa, perubahan cara hidup dan akidah umat Islam pada masa depan.

Malaysia berhak mendapat Menteri Pendidikan baru

KUALA LUMPUR: Malaysia berhak mendapat Menteri Pendidikan baru yang sepenuhnya komited untuk menangani krisis pendidikan nasional menerusi pelan tindakan yang praktikal dan matlamat yang mampu dicapai bagi mengubah sistem pendidikan negara ini menjadi sistem pendidikan bertaraf dunia, kata Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang cuba untuk mengurangkan kerosakan besar yang timbul berikutan tindakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin membisukan diri selama tiga minggu tanpa memberi sebarang respons tentang tiga khabar buruk berkenaan kemerosotan mutu pendidikan negara ini, iaitu:

* Pencapaian buruk dalam TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) 2011;

* Pencapaian buruk dalam PISA (Programme for International Student Assessment) 2012; dan

* Laporan buruk oleh Bank Dunia dalam Malaysia Economic Monitor yang bertema “High-Performing Education”.

Berikut kenyataan Lim yang juga Penasihat DAP Kebangsaan.

Malaysia berhak mendapat Menteri Pendidikan baru yang sepenuhnya komited untuk menangani krisis pendidikan nasional menerusi pelan tindakan yang praktikal dan matlamat yang mampu dicapai bagi mengubah sistem pendidikan negara ini menjadi sistem pendidikan bertaraf dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang cuba untuk mengurangkan kerosakan besar yang timbul berikutan tindakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin membisukan diri selama tiga minggu tanpa memberi sebarang respons tentang tiga khabar buruk berkenaan kemerosotan mutu pendidikan negara ini, iaitu:

Berapa Lama Lagikah Najib Mampu Bertahan?

Kritikan demi kritikan yang diterima Najib sejak kebelakangan ini jelas memperlihatkan kerajaan yang sedang dipimpinnya semakin lemah dan ditolak oleh rakyat. Jika sebelum ini kegagalannya menangani kenaikan harga barang lebih banyak dikritik oleh pihak pembangkang, mutakhir ini pula memperlihatkan suara dari dalam UMNO sendiri semakin lantang mengenainya.

Selain Ahli Parlimen Pulai dan Pengerusi PAC, Nur Jazlan Mohamed, ahli akademik pro BN, Ridhuan Tee Abdullah yang sudah bersuara mengenainya, semalam pula bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah turut bersuara dengan nada yang serupa.

NGO Perkasa yang sejak penubuhannya dilihat pro kerajaan dan Najib juga sudah mulai berbeza nada, malah memberi amaran mahu mengambil alih peranan UMNO dalam membela nasih rakyat lantarah UMNO dilihat semakin jauh daripada perjuangan membela nasib Melayu dan rakyat sejak kebelakangan ini.

Ada yang mengatakan di belakang Perkasa ialah Mahathir Mohamad dan jika dilihat hubungan Perkasa dengan Mahathir sejak sekian lama, malahan Ibrahim Ali dapat bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihanraya umum lalu di Pasir Mas sehingga membuatkan calon UMNO, Johan Che Pa tidak mengemukakan borang pencalonannya, turut dikaitkan dengan campurtangan bekas Perdana Menteri itu.

Sementara pembangkang dan pelbagai NGO mereka terus menguatkan tekanan terhadap Najib dan kerajaan supaya lebih memikirkan kenaikan kos sara hidup rakyat yang sedang terhimpit sekarang, suara-suara dari dalam yang sebelum ini pro UMNO dan kerajaan juga sudah memperlihatkan rentak dan nada yang seirama.

Perkasa buat kerja yang Umno tak buat..??

Di ketika Umno dilanda kemelut kepimpinan dan kecelaruan itu, tiba-tiba muncul Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia di bawah pimpinan Datuk Ibrahim Ali. 

Selepas PRU 2008, Umno dilanda kemurungan yang teruk setelah parti itu menerima kekalahan dan kehilangan tiga buah negeri, Perak, Selangor dan Kedah. Di samping Pulau Pinang yang jatuh ke tangan DAP dan PAS mengekalkan Kelantan.
Pada ketika itu, orang Melayu dan Bumiputera termasuk ahli-ahli akar umbi Umno secara terbuka dan berani mengutuk pemimpin-pemimpin negara terutama Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri  Abdullah Badawi (sekarang Tun Abdullah).
Di sana-sini kedengaran desakan supaya perdana menteri berundur. Rata-rata pemimpin Umno meletakkan sepenuh kesalahan di bahu Abdullah Badawi. Di ketika Umno dilanda  kemelut kepimpinan dan kecelaruan itu, tiba-tiba muncul Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia di bawah pimpinan Datuk Ibrahim Ali.
PERKASA ditubuhkan dengan matlamat menyatukan seluruh umat Melayu dan   Bumiputera untuk terus memberi sokongan kepada kerajaan yang ditunjangi parti Umno.
Ironisnya, Ibrahim Ali menang kerusi parlimen Pasir Mas atas lambang parti PAS dan kemenangannya disokong Pakatan Rakyat.

Kuasai pengundi PRU14 mulai sekarang - PAS

Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar 
IPOH - Pas perlu menguasai pengundi khususnya yang akan mengundi buat kali pertama pada PRU14 bermula sekarang.

Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas Perak, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, jentera khususnya Pemuda Pas perlu berperanan dalam mengenal pasti sasaran pengundi yang akan menjadi penentu kemenangan PRU14.

Menurutnya, Pas perlu berada di hadapan untuk bersama golongan muda bagi memastikan mereka mendaftar mengundi dan menyokong Pas serta PR.

“Pemuda Pas perlu memainkan peranan dalam mengajak mereka untuk mendaftar sebagai pengundi.

“Kerja sebegini tidak boleh tunggu di saat tibanya pilihan raya umum sahaja tetapi ia perlu bergerak sepanjang masa ditambah lagi dalam suasana di negeri Perak hanya majoriti 3 kerusi sahaja,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Fakhrulrazi berkata, jentera Pemuda Pas tidak boleh menganggap gerak kerja seperti ini bersifat bermusim kerana pilihan raya boleh berlaku pada bila-bila masa.

Surat terbuka untuk Datuk Seri Najib Razak

Muhammad Ruslan

Pasca PRU13, ataupun pasca rakyat memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), kesabaran rakyat terus dan terus diuji. Pelbagai jenis keperluan rakyat dinaikkan dengan alasan yang pelbagai. Kata Datuk Seri, kita naikkan gula kerana mahu mengurangkan kadar diabetes rakyat Malaysia. Malah kata menteri-menteri yang lain, yang menjadi 'trademark' setiap kali kos sara hidup dinaikkan, "Kalau tak suka, jangan duduk di Malaysia!".
Macam Malaysia ini kerajaan BN yang punya. Suka hati menghalau rakyat untuk berhijrah ke negara lain.
Datuk Seri Najib Razak, saya masih ingat salah satu manifesto parti sewaktu PRU13. Datuk kata mahu menurunkan kadar tol secara berperingkat, Datuk kata mahu menurunkan itu dan ini, maka gembiralah kami seraya memberi mandat kepada Datuk agar melaksanakan manifesto dan janji. Datuk kata prihatin nasib rakyat. Saya ingat lagi, Datuk selalu mengulang kalimah Janji Ditepati. Namun setelah mandat itu diterima, mana Janji Ditepati? Yang saya lihat, banyak roti capati yang dijual di kedai-kedai mamak. Saya tak suka makan roti capati.
Ingatlah Datuk, mandat yang dipegang sekarang diberi oleh rakyat, maka rakyat mampu menariknya kembali. Maka, prihatinlah masalah rakyat. Datuk kata rakyat mampu untuk menanggung kenaikan kos ini. Adakah Datuk tahu kewujudan begitu banyak golongan yang tidak mempunyai rumah (homeless) di bandar KL ini? Hampir setiap minggu rakan-rakan saya melalui begitu banyak program seperti The Nasi Lemak Project dan sebagainya turun untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Itu baru di bandar, bagaimana pula nasib mereka di kampung? Saya masih ingat lagi sewaktu saya kecil, ibu saya menangis kerana tidak mampu memberi wang kepada saya untuk ke sekolah. Saya memikirkan, jika golongan pertengahan pun berang kerana kenaikan kos sara hidup, bagaimana pula dengan golongan bawahan? Datuk, mereka miskin bukan kerana mereka bodoh, tapi mereka miskin kerana mereka diperbodohkan kroni-kroni Datuk.

PAS cuba singkir dua Adun BN Perak kerana langgar peraturan pilihan raya


Saman difailkan terhadap dua Adun Barisan Nasional Perak yang didakwa bukan penduduk tetap Perak pada hari pengundian. Gambar fail.Saman difailkan terhadap dua Adun Barisan Nasional Perak yang didakwa bukan penduduk tetap Perak pada hari pengundian. Gambar fail.Tujuh bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dua calon PAS Perak mengambil tindakan mahkamah untuk menyingkirkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) kerana tidak menjadi penduduk negeri itu semasa hari pengundian, 5 Mei lalu.
Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai dan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 24 Februari 2014.
Salah seorang peguam dalam kes itu, Robin Lim, berkata saman difailkan terhadap Adun Manong dari BN, Mohamed Kamil Shafie dan Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya kerana melanggar Artikel 30 Perlembagaan Perak.
Katanya, Adun negeri tersebut mesti menjadi penduduk tetap Perak semasa hari pengundian.
“Mereka menetap di Lembah Klang dan pemilihan mereka sebagai Adun bertentangan dengan Perlembagaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Saman difailkan oleh Jamil Dzulkarnain yang tewas kepada Mohamed Kamil sementara satu lagi saman difailkan Misbahul Munir Masduki terhadap Shahrul Zaman.
Mohamed Kamil menang 231 undi majoriti sementara Shahrul Zaman menang dengan majoriti 613 undi.

Kebangkitan Arab: Antara demokrasi, perubahan dan kesinambungan

Pada Disember 2010, peristiwa yang disifatkan permulaan gelombang kebangkitan menuntut demokrasi bermula di dunia Arab, di Tunisia.

Secara mudah, siri protes di negara-negara Asia Barat dan Afrika Utara itu disifatkan sebagai proses pendemokrasian yang baik untuk kesejahteraan warga dunia Arab.

Demokrasi dijadikan kata kunci utama dalam perbincangan mengenai kebangkitan Arab, dan Tunisia diterima sebagai titik mulanya.

Kini, selepas tiga tahun, perbincangan tentang kebangkitan Arab memerlukan perhatian yang lebih luas daripada sekadar demokrasi dan menuntut penilaian yang lebih kritikal.

Tulisan di bawah ini, yang ditulis pada Januari tahun ini, menimbulkan persoalan-persoalan berhubung konsensus yang diterima apabila membincangkan kebangkitan Arab, dan menekankan perhatian lebih pada perubahan dan kesinambungan dalam perkembangan ini.  

Kebangkitan Arab: Demokrasi, perubahan dan kesinambungan
Oleh HARIS ZALKAPLI

Dunia Arab yang meliputi Asia Barat dan Afrika Utara menjadi perhatian dunia sejak tercetus kebangkitan yang menjatuhkan pemerintah di Tunisia, yang disebut sebagai permulaan peristiwa besar dinamakan “Arab spring.”

Dua hal di sini ditetapkan dan diterima ramai; iaitu kebangkitan bermula di Tunisia, dan diletakkan di bawah tajuk besar satu kebangkitan baharu dalam politik dunia.

Hakikatnya, Tunisia boleh dianggap permulaan satu gelombang baharu kebangkitan di dunia Arab, tetapi sebelum Tunisia, kebangkitan telah berlaku di Yaman pada 2009, dalam pertembungan terbaharu pemberontak Houthi di utara dengan kerajaan, dan di Bahrain, melibatkan warga yang majoritinya beraliran Islam Syiah.

Syiah, Malaysia dan politik global dunia Islam

Isu Syiah dan hal-hal berkaitan dengannya kini menjadi satu isu besar dalam politik negara, dan muncul sebagai satu isu yang menarik respons kuat daripada pihak-pihak berkepentingan.

Isu Syiah ini muncul bukan secara terpisah daripada isu-isu global dan politik tempatan, dan bukan semata-mata menjadi topik debat berhubung pentadbiran agama Islam di negara ini.

Kali ini, isu Syiah tidak boleh dilihat secara terasing daripada perkembangan politik di peringkat global yang rancak melibatkan persaingan kuasa-kuasa utama dunia Islam.

Pada masa sama, sikap dan pendekatan, dan pembingkaian isu Syiah oleh pemerintah di negara ini juga wajar disorot dengan lebih kritikal.

Hal berkaitan "kebangkitan Syiah" mula diperkatakan di rantau Asia Barat pada 2004, sejurus selepas kejatuhan pemerintahan Baath di Iraq, yang disusuli oleh politik yang lebih terbuka, sekaligus membuka ruang kepada penglibatan majoriti Syiah negara itu.

Wacana yang panjang dan mendalam berhubung kebangkitan Syiah di dunia Arab dan dunia Islam bermula pada masa itu.

Kemudian, ekoran perang antara militia Hizbullah, proksi Iran di Lubnan dengan tentera Israel pada musim panas 2006, populariti kumpulan Islam Syiah itu meningkatkan kebimbangan terhadap peningkatan populariti dan pengaruh Syiah dan Iran.

"NAIK" : Harga Tol Dah Naik!



Kambing bertanduk 4

Kuala Pilah: “Selama 30 tahun menternak kambing dan lembu ini kali pertama saya menemui kambing biri-biri jantan bertanduk empat,” kata penternak, K Lachmanan, 52, dari Kampung Masjid Tua, Air Mawang, dekat sini, semalam.
Dia berkata, lazimnya biri-biri jantan hanya ada dua tanduk, tetapi biri-biri ini yang juga kacukan Barbados dengan tempatan ada empat tanduk.
“Saya perasan dan terkejut melihat keempat-empat tanduk ini tumbuh serentak ketika ia berusia enam bulan dengan dua menegak dan dua lagi bengkok ke bawah berukuran kira-kira 17 sentimeter setiap satu,” katanya ketika ditemui di kandang kambingnya, di sini.

Lachamanan berkata, kejadian aneh itu bagaimanapun tidak diceritakan kepada sesiapa pun sehinggalah pada Jumaat minggu lalu, dia memaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Verterinar (JPV) Kuala Pilah.
FotoBIRI-biri unik dan aneh yang mempunyai empat tanduk kepunyaan Lachmanan.

“Walaupun pelik, saya anggap kejadian ini perkara biasa dan tidak membawa maksud lain di sebalik kejadian itu.

9 Perkara Yang Meleburkan 2 Kalimah Syahadah (Kafir)

Sesungguhnya banyak perkara yang boleh membatalkan Iman atau Syahadah. Rosak iman maka sia-sialah amalan kita. Untuk menjaga iman, wajiblah kita mengetahui serta menghindari perkara yang boleh merosakkan akidah. Antaranya:

Pertama. Mempersekutukan Allah (syirik). Meminta doa atau pertolongan dari orang yang telah mati atau bernazar dan menyembelih korban demi mereka adalah perbuatan syirik. Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah akan mengharamkan syurga baginya. Tempat tinggal mereka (kelak) adalah neraka dan tiada penolong bagi mereka yang zalim.”

Kedua. Menjadikan sesuatu sebagai perantaraan antara diri kita dengan Allah dengan meminta doa atau syafaat serta berserah diri (tawakkal) kepada benda tersebut. Para ulama (ijma) sepakat mengatakan sapa yang melakukannya adalah kafir.
Ketiga. Tidak mengkafirkan orang musyrik (kafir) atau ragu dengan kekafiran mereka ataupun membenarkan fahaman mereka. Menganggap agama-agama lain sama seperti agama Islam. Firman Allah yang bermaksud:
“Barang siapa yang menghendaki selain dari Islam sebagai agama (cara hidup) maka tidak akan diterima agama darinya dan akhirat kelak dia tergolong dalam golongan yang rugi.”

Yang ini berkurap, yang itu pula berpanau...

Saya masih berpendirian yang berhimpun untuk menggulingkan kerajaan bukan cara yang boleh diterima ramai. Lebih dari 50 peratus rakyat mahukan perubahan kerajaan tetapi lebih dari 50 peratus dari rakyat juga tidak bersetuju menggulingkan kerajaan dengan cara berhimpun.
Tidak siapa yang tidak bersetuju yang kerajaan hari ini wajar diketepikan tetapi untuk mengajak rakyat berhimpun secara besar-besaran bukanlah caranya untuk perubahan itu. Pertamanya tindakan itu merupakan tindakan yang kurang baik kerana cara berhimpun dan memaksa kerajaan itu berubah itu bukanlah satu tindakan demokratik yang baik.
Keduanya kita telah berusaha untuk menggulingkan kerajaan melalui pilihanraya tetapi keputusannya masih berpihak kepada penyandang walaupun begitu hebat gerakan untuk mengenepikan kerajaan hari ini. Kekalahan dan kegagalan pihak yang ingin mengambil alih kerajaan tentunya bersebab.
Saya sendiri telah menjelajah keseluruh negara membantu usaha untuk menggantikan kerajaan ini sebelum pilihanraya yang lepas.. Tetapi dalam proses itu saya seperti orang lain juga dapat mengenal pasti sebab kenapa pihak yang membangkang masih gagal untuk mencapai niat menggantikan kerajaan yang rasuah dan tidak bermoral sekarang ini.
Sebagai rakyat kita harus memahami isu sebenar kenapa pembangkang menghadapi kegagalan usaha mereka.
Kita cuba lakukan analisis yang realistik dalam isu ini. Apabila kita mengatakan pimpinan kerajaan sekarang ini perlu diganti, persoalan yang pertama yang harus dijawab ialah, siapa yang hendak menggantikan pimpinan negara sekarang ini? Benar pimpinan hari ini amat tidak sesuai untuk meneruskan pimpinan mereka, malahan kesemua yang ada dalam barisan kepimpinan UMNO yang tertinggi itu menjadi persoalan besar kepada rakyat.
Tetapi jika hendak menggantikannya siapa yang akan menggantikan mereka yang hendak diganti ini? Adakah pasti nama-nama yang di sebut untuk menggantikan itu mempunyai moral dan kewibawaan yang secukupnya untuk menunjukkan kelainannya dari kepimpinan yang ada pada hari ini?
Apa kelainan yang perlu ada kepada pihak yang hendak menggantikan mereka yang sekarang ini?

Israel launches airstrike in Gaza Strip retaliating for deadly shooting



Chaos and despair in Aleppo



Egypt says transition to go ahead despite deadly attacks



2013's top stories from around the world



Inside Story - Who was really behind the Lockerbie bombing?



Brotherhood blamed for deadly Egyptian blast



Egyptians condemn deadly bombing at police compound



Egypt bombing sets off angry protests



Dah Tak Boleh Tahan....!!! Pasang Depan Rumah....


TAHNIAH KEPADA PENGUNDI BN ... KEBODOHAN ANDA BEBANAN SEMUA ... 1MALAYSIA ... PEMIMPIN DIUTAMAKAN RAKYAT DIPEKENAKAN ... " JANJI DICAPATI "

Prof Muhaya: Solusi keluar dari bebanan hidup

Prof Muhaya 
Isu peningkatan kos hidup sering dikaitkan dengan bebanan kehidupan terutama buat golongan kurang mampu.

Malah ada yang menuding jari ke arah sesetengah pihak ekoran harga barang semakin mahal dan kesempitan hidup mencengkam kehidupan.

Namun, berbeza pula dengan penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad yang melihat perkara itu dari sudut positif.

Menurutnya, umum menanggap peningkatan kos hidup sebagai satu perkara negatif sehingga hasilnya kekal negatif tanpa ada sebarang perubahan.

“Saya simpati dengan keadaan kenaikan harga tetapi kena faham konsep dunia. Tidak ada situasi di mana harga akan turun. Memang harga akan naik. Bukan apa yang berlaku itu penting tetapi respons kita terhadap apa yang berlaku.

“Kalau kita guna formula kita ini, peristiwa yang berlaku campur dengan respons kita menghasilkan hasil kehidupan kita. Kalau peristiwa itu negatif, respons kita negatif,  hasilnya mesti negatif. Jadi, kita guna formula, peristiwa negatif iaitu barang naik, respons kita mesti sangat positif, maka hasilnya positif,” katanya kepada Sinar Harian Online.

UMCEDEL: Isu harga barang penentu PRU14


 Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman 

KUALA LUMPUR – Kenaikan harga barang, minyak dan tarif elektrik bakal menjadi penentu sama ada kerajaan BN akan terus berkuasa selepas PRU14 atau tidak, demikian rumusan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL). 

Pengarahnya, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, tiga perkara ini perlu diberi perhatian oleh kerajaan kerana kajian yang dijalankan itu menunjukkan kenaikan harga akan memberi impak besar kepada masyarakat di negara ini. 

“Kajian yang kami lakukan ke atas 1,676 responden menunjukkan bahawa mereka memandang berat terhadap tiga perkara ini, iaitu 42 peratus pada harga minyak, 34 peratus harga barangan dan selebihnya terhadap tarif elektrik.

“Jadi perkara ini perlu dikawal secepat mungkin kerana populariti kerajaan banyak bergantung kepadanya,” katanya pada sidang media Kaji Selidik Politik Malaysia Enam Bulan Selepas PRU13, di sini, hari ini.

PBSMR tidak wujud, hanya PMR ditambah baik - SGMM

Norizzat Mohd Johari 
PUTRAJAYA - Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) menjelaskan format peperiksaan baru menggunakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebenarnya tidak wujud.
 
Ketua Gerak Kerjanya, Norizzat Mohd Johari berkata, perkara itu telah dinyatakan sendiri oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dalam perbincangan meja bulat yang diadakan hari ini.
 
Menurutnya, kementerian telah menjelaskan bahawa hanya akan ada penambahbaikkan dalam peperiksaan PMR. 
 
"... ini juga masalah salah faham yang berlaku, saya juga telah tegaskan kepada kementerian, bahawa perkara ini tidak mahu berulang kembali kerana 2014 adalah tahun kemuncak.
 
"... dan saya berani katakan KPM mengakui bahawa tiada kewujudan nama PBSMR, sebenarnya ia hanya penambahbaikkan itu sendiri, bukan tukar nama.
 
"Perkara itu bukan daripada pihak kementerian sendiri, kita minta pihak kementerian uar-uarkan perkara itu sendiri, tapi hari ini apa yang SGMM dapatkan (daripada perbincangan) itu hanya khabar angin, ataupun nama-nama yang digembar-gemburkan yang ditakuti guru-guru selama ini," katanya kepada sidang media, selepas perbincangan meja bulat bersama Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, hari ini.
 
Oktober lalu media melaporkan format peperiksaan baru untuk menggantikan PMR itu adalah bagi mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Beribu ikan ‘naik ke darat’ di Lahad Datu, penduduk bimbang petanda bencana


Kanak-kanak keriangan mengutip dan menangkap ribuan ikan yang timbul di persisiran pantai Lahad Datu, Sabah. 
Kanak-kanak keriangan mengutip dan menangkap ribuan ikan yang timbul di persisiran pantai Lahad Datu, Sabah.Beribu-ribu ikan timbul di pesisiran pantai Kampung Tabisan di bahagian Timur Sabah, Lahad Datu sekaligus menimbulkan persoalan mengenai petanda bencana yang bakal berlaku hujung tahun ini.
Penduduk kampung rata-rata memungut ikan-ikan tersebut yang dikenali dengan nama ikan tamban.
Bagaimanapun penduduk tempatan, Suzila Abdullah berkata, fenomena seperti ini sudah berlaku sejak tiga tahun dulu.
"Tetapi tahun ini ia kelihatan berbeza kerana jumlah ikan yang timbul amat banyak," katanya dipetik daripada Mstar Online.
Suzila berkata, dia percaya musim sekarang yang berombak kuat membuatkan ikan-ikan ini naik ke darat tetapi hanya dua atau tiga hari sahaja.
Ikan-ikan tersebut dipungut dan dimasak, manakala ada juga penduduk kampung yang menjual ikan tersebut di Lahad Datu atau daerah lain. Ikan tamban terkenal di kalangan penduduk kampung tersebut.

Anugerah lawak pak menteri



Telatah dan sikap segelintir pemimpin tanah air kita amat menarik dan mencuit hati saya. Mungkin anda dan kebanyakan rakyat turut merasa sama seperti saya. Tidak kurang juga ada yang keluh kesah dan merintih tidak senang dengan sikap mereka ini. Lebih teruk lagi ada yang mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya saya tulis di sini.

Semua reaksi ini disebabkan perangai dan sikap Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri (PM) dan menteri-menterinya dalam menangani masalah kos sara hidup meningkat dengan mendadak.

Kebanyakan rakyat dah mual tahap kritikal dengan sikap yang ditunjukkan oleh mereka. Sewaktu Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini, pelbagai janji manis ditabur sehinggakan mempersona mata melihat, enak pula telinga mendengarnya dan bertuahlah rakyat kalau-kalau dapat merasakan apa yang dijanjikan mereka. Realitinya janji hanyalah janji, sekadar pemanis mulut bila berkata-kata.

Kita menyaksikan begitu mudah najib dan menteri-menterinya mengumumkan projek sana-sini, meluluskan peruntukan segera berjuta-juta ringgit dan melakar hebat manifesto yang mereka namakan Akujanji BN. Selepas PRU13, projek entah ke mana, manifesto pun entah ke mana.

Teras pertama dalam manifesto BN ialah Menangani Kos Sara Hidup Rakyat. Dengan siri pengumuman ’rasionalisasi subsidi’ yang dibuat oleh Najib dan menteri-menterinya, maka rakyat mula bertanya kemana perginya janji ini? Apa yang melucukan, Najib dan pak menteri hanya memberi jawapan spontan yang tak terfikir oleh akal waras kita.

Bila Najib mahu memujuk rakyat supaya menerima Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) yang akan dilaksanakan April 2015, beliau berkata : “Usahlah bimbang, janganlah risau, GST tidak dikenakan kepada garam, kacang dhal, ikan masin, cencalok, budu dan belacan”.