Selasa, 24 Disember 2013

Korang Tanak Terima Kasih Lagi Kat Kak Mah?

Ini kerana hubungan Rosmah dengan Wanita Pertama UAE Princess Haya Binti Al Hussein
Itulah korang marah Rosmah pakai Jet Kerajaan 47%
Tengok berapa kerajaan UAE sumbang untuk mangsa banjir kita?

Korang jangan marah aku dan katakan aku membela Rosmah
Aku hanya berandaian saja......

Apa pun bagi aku ini adalah kerana hubungan politik dan tanggung jawab terhadap sesama Islam dari sebuah negara Islam yang kaya

UAE sumbang AS$10 juta untuk mangsa banjir di Malaysia

Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan mengarahkan supaya US$10 juta diperuntukkan bagi membantu mangsa banjir yang melanda beberapa kawasan di Malaysia baru-baru ini.
Menurut Kedutaan UAE dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini, inisiatif ini merupakan bantuan khusus kepada lebih 20,000 keluarga yang terjejas akibat banjir besar yang melanda daerah Pekan dan Kuantan, Pahang.
“Persatuan Bulan Sabit Merah UAE akan melaksanakan inisiatif kemanusiaan ini melalui kerja-kerja pemulihan dan penyelenggaraan,” katanya.
“Dengan bantuan ini, diharapkan mereka akan dapat pulang ke rumah dan menjalani rutin harian seperti biasa,” katanya. - Bernama, 24 Disember, 2013.Tambahnya lagi, bantuan berupa keperluan asas yang diperoleh daripada pasaran tempatan dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 100,000 rakyat Malaysia yang terlibat.

Perobohan Kg Railway oleh YTL dijangka 26 Disember – Tian Chua

KG_RAILWAYKUALA LUMPUR 24 DIS: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendapat maklumat bahawa pemaju akan merobohkan Kg Railway, Sentul pada 26 Disember, sehari selepas sambutan Krismas.
“Penduduk telah diberitahu bahawa mereka (pemaju) ingin meneruskan kerja perobohan pada 26 Disember ini.” kata Tian pada sidang media di pusat khdimat parlimen Batu, hari ini.
Tian memohon pemaju YTL Corporation lebih bertimbang rasa dan memberikan waktu kepada penduduk untuk berpindah.
Tambahnya, rumah transit di Bukit Jalil yang disediakan kepada penduduk mempunyai banyak kelemahan dari segi kelengkapan asas.
“Terdapat banyak kekurangan kelengkapan asas seperti pintu, kebocoran paip rumah yang masih dibaiki. Jadi sementera menunggu segala kelengkapan tersebut diperbaiki, pemaju perlu memberi masa kepada penduduk,” ujarnya.
KG_RAILWAYTambahnya, 26 Disember merupakan ‘Boxing Day’, sehari selepas perayaan krismas dan YTL Corporation perlu ambil kira sensitiviti penganut beragama Kristian
“Tidak perlu untuk terburu-buru melakukan perobohan di Kg Railway ini,” kata Tian.
Menurutnya, masalah ini telah diadu kepada Kementerian Wilayah, namun tiada tindakan diambil kerana pemaju boleh merobohkan Kg Hakka selepas mendapat perintah daripada mahkamah.
“Kita sudah bawa masalah ini kepada Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk J Logabalan. Mereka tidak boleh buat apa-apa.
“Pemaju (YTL) menggunakan perintah mahkamah untuk merobohkan Kg Railway. Sekarang terpulang kepada budi bicara pemaju untuk mempertimbangkan perobohan ini,” kata Tian.

Bajet 2014 DBKL RM2.79 bilion

Ahmad Phesal Datuk Bandar KL baru  
KUALA LUMPUR - Bajet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi tahun 2014 ialah RM2.79 bilion, peningkatan 20.6 peratus berbanding Bajet 2013 iaitu RM2.31 bilion.
 
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib ketika mengumumkan bajet DBKL berkata bajet kali ini bertemakan Bandaraya Lestari Wargakota Sejahtera dan memberi tumpuan kepada usaha memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan meningkatkan kesejahteraan 1.7 juta warga kota.  

"Daripada jumlah keseluruhan Bajet DBKL sebanyak RM2.79 bilion, RM1.499 bilion disediakan bagi peruntukan mengurus manakala RM1.290 bilion pula ialah untuk peruntukan pembangunan," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Jelas beliau, secara keseluruhan DBKL akan mengalami bajet defisit sebanyak RM292.7 juta dan ia akan ditampung oleh rizab pembangunan sedia ada. 
 
Ahmad Phesal berkata, DBKL dijangka memperolehi hasil sebanyak RM2.13 bilion dan cukai taksiran merupakan hasil utama yang menyumbang sebanyak 56 peratus daripada hasil keseluruhan DBKL. 
 
Penilaian semula hartanah yang akan dilaksanakan pada tahun depan ke atas500,000 unit pegangan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka menambah hasil cukai taksiran sebanyak RM200 juta setahun, katanya.

Menurut beliau, DBKL akan melaksanakan projek pembangunan mampu milik dan pembelian perumahan harga sederhana dengan kos projek RM115 juta. 
 

Gadai Negara: MoF perjelas penjualan aset kerajaan..!! Hakikatnya berlakukan..

MoF
KUALA LUMPUR - Penjualan aset kerajaan dan pensekuritian hutang kerajaan bukanlah satu-satunya cara untuk kerajaan mengukuhkan kedudukan kewangannya, kata Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).
Dalam Rancangan Malaysia Ke-10, kerajaan komited untuk mengurangkan paras defisit fiskal daripada 5.4 peratus pada 2010 kepada 3.0 peratus pada 2015 dan seterusnya mencapai bajet berimbang pada 2020.
Sasaran ini akan dicapai menerusi konsolidasi fiskal kerajaan, kata MoF sebagai membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli berhubung penjualan aset kerajaan dan pensekuritian hutang kerajaan.

Kementerian berkata penjualan tanah menerusi inisiatif pengewangan aset kerajaan bertujuan memajukan tanah berkenaan serta membangunkan kawasan persekitarannya.
"Inisiatif pengewangan aset kerajaan ini telah dilaksanakan sejak 2008.
"Langkah ini telah merangsang lebih banyak penglibatan agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan sektor swasta dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara," kata MoF dalam satu kenyataan hari ini.
Mof berkata aset kerajaan dipindah milik pada harga pasaran dengan penilaian dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah.
"Sebelum sebarang penjualan tanah dilaksanakan, pandangan dan persetujuan daripada agensi pengguna akan diperoleh terlebih dahulu mengenai perancangan penggunaan tanah tersebut.
"Penjualan tanah ini tidak akan dilaksanakan sekiranya agensi tersebut tidak bersetuju atau mereka mempunyai perancangan untuk membangunkan tanah tersebut," katanya.
Kementerian itu berkata pengewangan aset merupakan aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan bagi menjana aktiviti ekonomi.
"Sebagai contoh, tanah kerajaan United Kingdom di Canary Wharf, London yang dijual kepada sektor swasta untuk dibangunkan sebagai hab kewangan antarabangsa.
"Langkah yang sama juga dilaksanakan oleh kerajaan Singapura dan Hong Kong," katanya.
Berkenaan pensekuritian hutang kerajaan pula, MoF berkata langkah ini dilaksanakan bagi mewujudkan modal pembiayaan tambahan untuk pinjaman perumahan penjawat awam.
"Hasil pensekuritian hutang kerajaan bukan merupakan sumber utama hasil Kerajaan Persekutuan kerana ia hanya mencakupi 1.9 peratus daripada jumlah hasil Kerajaan Persekutuan.
"Pensekuritian hutang adalah satu aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh bank-bank komersil sebagai satu strategi pembiayaan," katanya.
Sementara itu, MoF berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Rafizi mengenai maklumat di atas adalah berdasarkan Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM) yang dikeluarkan oleh Bank Dunia pada 1 Disember 2013.
"Untuk makluman, sumber maklumat dalam penerbitan MEM tersebut diperoleh daripada Laporan Ekonomi 2013/2014 dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013/2014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
"Kedua-dua laporan tersebut telah pun dibentangkan di Parlimen pada 25 Oktober 2013.
"Oleh itu, cadangan untuk mengadakan satu sidang Parlimen tergempar seperti yang diuar-uarkan dalam media bagi membincangkan isu ini tidak berbangkit," katanya.
MoF menasihati semua pihak supaya meneliti laporan yang dibentangkan di Parlimen sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas, demi kebaikan bersama. - Bernama

Zunar: Kerajaan BN @ Lanun Ini Adalah Kerajaan Karton


Ustaz Shamsul Zaman aka Ustaz Budak | Kuliah Maghrib | 24-12-2013



Polis siasat pemilik FB '1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Pimpinan DS Najib' kerana sebar berita palsu

Laporan mengenai pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di atas yang telah disiarkan oleh pemilik '1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Pimpinan DS Najib' adalah satu laporan palsu menurut Polis.

Admin laman Facebook macai tersebut telah mendakwa berlakunya pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang mengakibatkan kematian dan kecederaan beberapa pegawai serta anggota polis. 

Bagaimanapun pihak Polis telah menafikan kejadian tersebut..berikutan penyebaran khabar angin itu, satu laporan polis telah dibuat.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, yang membawa hukuman penjara dua (2) tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Ni dari laman Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

TIADA BERLAKU INSIDEN PENGEBOMAN: 
PDRM menafikan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah laman Facebook yang mendakwa berlakunya pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang mengakibatkan kematian dan kecederaan beberapa pegawai serta anggota polis. 

Fitnah "Guling Kerajaan": Polis kesan individu promosi himpunan 31 Dis

Polis sedang mengesan saki baki kumpulan yang mempromosi perhimpunan pada 31 Disember selepas menahan pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN, Azan Safar.
Satu kenyataan dari bahagian komunikasi korporat polis Bukit Aman hari ini menyebut, pasukan itu sedang mengesan individu yang turut terbabit mengajak orang ramai menyertai perhimpunan berkenaan.

NONEKenyataan itu memetik kenyataan pegawai komunikasi korporat PDRM Supt Lai Lee Cheng yang turut mengesahkan bahawa polis menahan Azan, 24, pada jam 11.30 malam tadi di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

“Beliau merupakan seorang daripada individu yang telah dikenal pasti memberi ucapan di dalam perhimpunan tanpa notis di Padang Kelab Sultan Sulaiman pada 20 Disember lalu yang boleh memudaratkan sistem demokrasi berparlimen.

“Pihak polis kini sedang giat mengesan beberapa individu lain yang disyaki turut terlibat menghasut orang ramai menghadiri perhimpunan yang dijangka pada hujung tahun ini,” katanya dalam kenyataan yang dimuatkan di Facebook.

TURUN sebelum ini telahpun menjelaskan bahawa acara bertemakan ‘2014 Tahun Sengsara Rakyat’ yang dirancang diadakan pada malam 31 Dis itu tiada kena mengena dengan perhimpunan yang dipromosi sebagai Himpunan Guling Kerajaan, juga di Dataran Merdeka.

Malaysia iktiraf Iran kerana kedaulatan negara, bukan fahaman Syiahnya - Kata Ustaz KDN


Malaysia mengiktiraf Iran kerana kedaulatan negaranya namun tidak bermakna fahaman Syiah yang diamalkan di negara Timur Tengah itu perlu turut menjadi anutan umat Islam di negara ini.
Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kementerian Dalam Negeri, Zamihan Mat Zin (gambar) berkata hubungan baik kedua-dua negara ini adalah berlandaskan hubungan diplomatik meliputi perdagangan, ekonomi dan kepentingan strategik dua hala tetapi rakyat tidak seharusnya menganggap hubungan itu 'menghalalkan' fahaman tersebut untuk terus dibawa masuk ke negara ini.
"Kita semua tahu ajaran Syiah memang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk juga dalam isu perkahwinan dan ia sudah difatwakan menyeleweng di beberapa negeri di Malaysia.
"Jadi sebagai umat Islam, jika sesuatu perkara sudah difatwakan sesat tetapi tetap mahu amalkan, ia boleh jatuh hukum sebagai haram dan berdosa dan mengapa perlu lagi disebarkan," katanya ketika ditemui pemberita di Shah Alam, hari ini.
Beliau sebelum itu membentangkan kertas kerja bertajuk 'Perkahwinan antara Syiah dan Sunni: Suatu Perbandingan Mazhab' pada Majlis Muzakarah Pakar Isu Perkahwinan Syiah dan Sunni anjuran Jabatan Agama Islam Selangor di sini.

Himpunan Turun lebih baik dari konsert lalai tahun baru 2014

KUALA LUMPUR: Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) yang dijanakan oleh mahasiswa membawa perjuangan agar kerajaan minoriti 47% yang ditunjangi Umno BN memahami keperitan rakyat dalam mendepani kenaikan melampau dan mendadak kos sara hidup.

“Sama ada sedar atau tidak, sepatutnya menjadi tekanan dan tanggungjawab lebih terpikul kepada BN untuk lebih mendengar saranan dan desakan yang dibawa rakyat kerana kedudukan minoriti mereka,” ujar Exco Perhubungan Awam SRC UIAM 2013/2014, Nor Azhar Baharum.

Namun, katanya tema Turun yang digerakkan mahasiswa sudah disalahtafsirkan oleh pihak pendakwaan (tidak pasti arahan sulit daripada Kementerian Dalam Negeri) sehingga difahami sebagai proses penggulingan kerajaan pusat.

Baginya, himpunan yang dirancang Turun pada 31 Disember 2013 sebagai suatu himpunan bagi meluaskan penerangan membumi kepada massa bawahan.

Menurutnya, Himpunan Turun yang akan dianjurkan kelak juga jauh lebih baik daripada penganjuran konsert hiburan sambutan tahun baru yang melalaikan.

Ribuan ikan melompat ke darat di Lahad Datu....petanda apa..??

Ribuan ikan melompat ke darat di Lahad Datu 
Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.
Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi.
Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu berkata, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.
"..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat.
"Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut.
"Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya.

200 guru KAFA Terengganu dihentikan kerana dendam politik?

guru_kafaKUALA LUMPUR 24DIS: Tindakan Yayasan Islam Terengganu (YIT) menghentikan kontrak kira-kira 200 guru Kafa di negeri ini secara serentak seolah-olah agenda membalas dendam politik oleh pihak tertentu.
“Tindakan tersebut menghairankan kerana dibuat dalam jumlah yang besar.
“Seolah-olah satu agenda bagi membalas dendam politik oleh pihak tertentu,” kata Ketua Penerangan Pas Terengganu, Mohd Nor Hamzah dalam kenyataan.
Justeru kata Hamzah, sekiranya tenaga pengajar kurang mahir dijadikan alasan, pemberhentan beramai-ramai tersebut bercanggah dengan keadaan sebenar.
surat YIT“Kerana pencapaian Kafa Terengganu antara yang terbaik di Malaysia. Apa alasan yang sebenarnya?, soal Hamzah.
Surat penamatan kontrak guru KAFA oleh Yayasan Islam Terengganu
Hamzah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Bukit Payong berkata, penamatan kontrak secara besar-besaran ini memberi kesan kepada para pelajar keseluruhannya.
“Bukanlah sesuatu yang mudah untuk mencari guru pengganti dalam masa yang singkat dengan jumlah yang begitu besar.
“Apatah lagi tarikh bermulanya sesi persekolahan 2014 hanya tinggal lebih kurang seminggu,” kata Hamzah.
Katanya, tindakan kerajaan negeri dan Yayasan Islam Terengganu memperjudikan nasib para pelajar.
Dalam pada itu, Hamzah mengingatkan rakyat Terengganu agar peka dengan perkembangan di negeri ini kerana tindakan seperti dilakukan YIT mungkin melibatkan ahli keluarga sendiri.
“Ia mungkin juga melibatkan saudara mara atau orang-orang terdekat dengan anda semua,” kata Hamzah.

Budak 4 tahun mati dipercayai didera

Lahad Datu: Fenomena ikan naik darat

Umno ingin jaga kesucian Islam?

Hanipa Maidin

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang untuk perkenalkan rang undang-undang baru dalam usaha memerangi fitnah dan penghinaan ke atas agama Islam dan institusi Raja, khasnya daripada media alternatif. Demikianlah kenyataan Timbalan Menteri KDN, Datuk Dr Wan Junaidi di Dewan Negara baru-baru ini (lihat di sini).
Komen saya kita tidak perlu undang-undang memerangi fitnah kerana undang-undang sedia ada sudah cukup untuk memerangi fitnah. Kita sudah ada Akta Fitnah 1957 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaaan untuk kesalahan fitnah. Benarkah media alternatif yang suka memfitnah dalam keadaan semua tahu Utusan Malaysia sering kalah di Mahkamah dalam kes fitnah?
Jaga institusi Raja? Bukankah Umno juara bertahan menghina institusi Raja? Jika tidak percaya tanyalah Datuk Seri Annuar Musa siapakah yang hendak tabal Raja di bawah pohon Ketapang?
Mengenai Islam, sekali pandang nampak macam Umno benar-benar ingin menjaga kesucian Islam. Sebab itulah dicadangkan undang-undang khusus untuk jaga agama Islam. Sudah tentu PAS akan ditempelak jika rang undang-undang itu tidak dipersetujui oleh PAS.
Mungkin terlalu awal untuk dibuat satu komentar yang terperinci atas perkara tersebut di peringkat ini kerana kita masih kabur apakah bentuk dan isi undang undang itu . Cuma saya boleh jangkakan ada peruntukan untuk menghukum orang yang menghina kesucian Islam. Apakah hukumannya, itu kita kena tunggu pembentangannya di Dewan Rakyat kelak.

Fahami hasrat rakyat adakan himpunan 31 Dis - Saifuddin

KUALA LUMPUR: Ada di kalangan pengundi BN sendiri meminta kerajaan tidak menaikkan kadar tol lebuh raya kerana ia merupakan janji BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, selain kadar tol, BN juga berjanji tidak akan menaikkan harga barang.

"Kenaikan harga barang ialah isu yang timbul sebelum PRU13 lagi dan ada janji-janji BN yang besar dalam PRU13 untuk tidak menaikkan harga barang, kadar tol.

"Sebab itu ada di kalangan (ahli) BN pun yang minta supaya kerajaan jangan naikkan tol kerana mereka tahu pertama itu janji dan kedua itu memang antara yang dibicarakan di mana-mana di kalangan rakyat biasa," kata beliau ketika ditemui di Universiti Malaya hari ini.

Beliau juga berkata, kenaikan kos sara hidup menjadi faktor penting yang menentukan sokongan rakyat kepada kerajaan.

“AG sedia disiasat, kenapa SPRM tak bertindak?

Shamsul IskandarKUALA LUMPUR 24 DIS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga hari ini tidak melakukan sebarang tindakan, meskipun Peguam Negara, Tan Seri Abdul Gani Patail telah membuat tawaran terbuka bagi menyiasat akaun miliknya.
“Gani Patail telah menawarkan dirinya untuk siasat akaunnya di Hong Kong. Jadi pihak SPRM dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) harus melakukan tindakan lanjut.
“Saya mendesak PDRM dan SPRM membentuk Suruhanjaya Khas Diraja yang terdiri daripada pegawai kanan yang berpengalaman.
“Memandangkan kes ini merupakan kes berprofail tinggi melibatkan seorang peguam negara,” kata Shamsul kepada Keadilandaily.
17 Disember lalu, Gani Patail membenarkan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli memeriksa akaun bank miliknya bagi membuktikan Peguam Negara itu sedia disiasat berhubung pendedahan sogokan berkaitan tuntutan bertindih Pulau Batu Puteh.
Manakala ahli parlimen Pakatan Rakyat 4 Disember lalu membuat laporan polis menggesa siasatan berhubung pendedahan tersebut berdasarkan perakuan sumpah (SD) bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Forum ‘Bebaskan Media’ 27 Disember gabungkan portal utama Malaysia

geramm logoKUALA LUMPUR 24 DIS: Buat pertama kali dalam sejarah, penggerak portal utama di Malaysia bersama-sama menyertai Forum ‘Bebaskan Media’ anjuran Gerakan Media Marah (GERAMM), Jumaat ini.
Panelis ialah Steven Gan dari Malaysia Kini, V Anbalagan (The Malaysia Insider), G Vinod (Free Malaysia Today), Ronasina (Penerbit bebas), Masjaliza Hamzah (Pusat Kewartawanan Bebas atau CIJ) dan Hata Wahari (Reporters Without Borders atau RSF).
Moderator bagi forum yang dijadual berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) jam 8.30 malam pada 27 Disember ini ialah Zulkifli Sulong, bekas Ketua Pengarang Harakah Daily.
Antara isu bakal disentuh ialah keganasan pada pengamal media sewaktu Bersih 3.0 pada 2012; masalah permit penerbitan dan kawalan Akta Penerbitan, penggantungan akhbar mingguan The Heat & akhbar pembangkang.

Kerajaan 47% BN patut selesai segera kekurangan diesel

minyak-habis-dieselSHAH ALAM 24 DIS: Kerajaan Pusat patut menyelesaikan segera isu kekurangan diesel di stesen minyak di seluruh negara yang kerap berlaku khususnya pada hujung bulan.
Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hisham Othman, berkata masalah itu telah berlarutan selama lebih setahun dan perlu diselesaikan segera supaya bekalan tidak terjejas.
Katanya ia bagi memastikan bekalan diesel dan penjualannya kepada pengguna berjalan lancar.
“Masalah kekurangan bahan bakar itu pada setiap hujung bulan telah merumitkan dan membebankan pengguna.
“Kehabisan diesel di stesen-stesen berlaku pada hujung bulan selama tiga hingga lima hari dan biasanya pengusaha akan dipersalahkan,” katanya dalam kenyataan media.
Hisham berkata penghantaran diesel ke stesen minyak dibuat oleh syarikat dan ini di luar kawalan pengusaha.
“Bekalan diesel yang mencukupi adalah kritikal terutama dengan pelbagai aktiviti yang berlangsung ketika ini termasuk sambutan perayaan Krismas dan tahun baru 2014,” katanya.

Kos hidup tinggi, Isa Samad tidak faham peranan kerajaan 47% BN

khalid samadSHAH ALAM, 24 DIS : Tan Sri Isa Samad gagal memahami peranan Kerajaan Pusat yang sepatutnya bertanggungjawab mengawal peningkatan kos sara hidup apabila bertindak mempertahankan Umno-BN dengan mengatakan ia adalah sesuatu yang tidak boleh dielak.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata kenyataan Isa itu ternyata meleset sekaligus membuktikan beliau gagal memahami matlamat kerajaan melalui dasar ekonomi negara.
Sebelum ini, Isa yang juga Pengerusi Felda berkata rakyat tidak seharusnya menuding jari kepada Umno-BN mengenai kenaikan harga barangan keperluan serta kos sara hidup.
Khalid berkata meskipun Malaysia memiliki sumber kekayaan yang tinggi, namun ia tidak dapat dinikmati rakyat di negara ini berikutan pengurusan ekonomi yang lemah dan tidak amanah.
“Soal ekonomi dan kos kehidupan ditentukan oleh dasar yang digunakan kerajaan pemerintah yang ia merangkumi cara mereka menggunakan kekayaan negara.
“Namun apa yang dilaksanakan kerajaan setakat ini tidak membantu kerana terlalu banyak ketirisan, pembaziran, rasuah serta kronisme yang berlaku sehingga menjejaskan rakyat,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Rawang banjir, Kerajaan Negeri sedia hulur bantuan

gan pei nei pc white 01
SHAH ALAM, 24 DIS : Bantuan kepada mangsa banjir kilat yang berdepan insiden bencana alam awal pagi tadi di sekitar bandar Rawang akan disalurkan secepat mungkin.
Adun Rawang, Gan Pei Nei, berkata sumbangan berkenaan adalah bagi meringankan beban mereka yang terlibat untuk membersihkan kediaman masing-masing sejurus selepas kejadian itu.
Beliau berkata pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah Gombak bersama-sama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) juga sudah diarahkan untuk membuat pemantauan dari masa ke masa.
“Walaupun kejadian ini adalah di luar kawalan, tetapi pihak JPS dan MPS sudah diarahkan untuk turun padang bagi mengenalpasti punca kejadian.
“Satu laporan lengkap akan disusuli kemudian supaya kita dapat pantau dan sediakan kemudahan infrastruktur yang diperlukan bagi mencegah kejadian itu.
“Tetapi tumpuan kita sekarang adalah untuk membantu mangsa dengan menghulurkan bantuan kepada mereka bagi kerja-kerja pembersihan rumah,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.
banjir rawang2Pei Nei berkata, insiden kali kedua yang berlaku dalam tempoh kurang sebulan di bandar Rawang itu adalah antara yang terburuk pernah dicatatkan.
Ekoran kejadian itu katanya lebih 22 buah rumah dimasuki air selain turut menjejaskan beberapa buah kawasan antaranya Kampung Sungai Bakau dan Aeon Rawang.
Beliau berkata ia dipercayai berpunca daripada limpahan air di Sungai Pajang dan Sungai Gong berikutan hujan lebat sejak awal pagi tadi.
“Saya dimaklumkan kawasan yang terkena banjir adalah di kawasan lebih rendah dan bersangkutan dengan satu sungai yang mengalir di Bandar Country Holmes iaitu Sungai Pajang dan Sungai Gong.

Pekerja bank teraniaya, Menteri Sumber Manusia gagal – Nube

KUALA LUMPUR 24 DIS: Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam gagal membela nasib kakitangan bank di negara ini, kata Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) J.Solomon.
NUBEKatanya, Subramaniam gagal bertindak terhadap aduan disuarakan kesatuan tersebut berhubung tindakan Hong Leong Bank memecat 27 pekerjanya yang enggan terlibat dengan program penghuban dan pemusatan.
“Sedangkan Menteri Sumber Manusia mempunyai kuasa di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk mengambil tindakan atau berkaitan bagi maksud penyelesaian pertikaian seperti dalam kes ini,” kata Solomon.
Seramai 27 dari 49 orang kakitangan Hong Leong Bank diberhentikan kerana tidak mahu mematuhi arahan pemindahan fasa 2 penghuban dan pemusatan oleh institusi perbankan berkenaan yang disifatkan menzalimi mereka.
“Tindakan menyusahkan pekerja. Kita telah bawakan perkara ini ke pada pengetahuan Menteri Sumber Manusia.
“Malah isu ini turut disuarakan enam ahli parlimen 2 Disember lalu,” ujarnya.

PBS: SGMM beri kementerian pendidikan tempoh setahun

 
Norizzat Mohd JohariSuara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) hari ini meminta guru memberi tempoh setahun lagi kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).

Ketua Gerak Kerja SGMM, Norizzat Mohd Johari berkata demikian selepas selesai persidangan meja bulat yang berlangsung antara NGO itu dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), hari ini.

Beliau berkata, KPM telah memberi jaminan akan menyelesaikan masalah berkaitan proses pelaksanaan dasar tersebut yang memberi bebanan kepada tenaga pengajar.

"Kita adakan perbincangan tadi dengan KPM, kita telah temu titik persefahaman mengenai perkara tersebut.

Kajian UMCEDEL: 61 peratus tidak setuju GST dilaksana

SHAH ALAM 24 DIS : Tinjauan terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati 61 peratus responden tidak bersetuju dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April 2015 pada kadar 6 peratus.
Tinjauan yang bertajuk Kajian Politik Enam Bulan Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 itu juga mendapati 79 peratus responden percaya bahawa rasuah dan penyalah gunaan kuasa semakin meningkat di Malaysia.
GST kajiSementara itu, 46 peratus daripada responden bersetuju bahawa kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terjejas kerana gagal mendapat majoriti dua per tiga dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.
Menyentuh mengenai isu semasa pula, kenaikan harga minyak paling mendapat perhatian dengan 42 peratus undian responden, diikuti peningkatan harga barang (34 peratus) dan kenaikan tarif elektrik dan air (24 peratus).
Kajian itu dijalankan ke atas 1,676 responden di Semenanjung Malaysia dalam tempoh antara 6 hingga 8 Disember baru- baru ini.
Kaji selidik itu mengambil kira sampel responden dari pelbagai latar belakang dengan mengikut komposisi bangsa, umur, jantina, kawasan, pekerjaan, pendapatan isi rumah dan status mengundi.

TURUN tak ada kaitan ‘himpunan guling kerajaan’

Turun_logoKUALA LUMPUR 24 DIS: Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) menegaskan, kempen anjuran NGO tersebut tidak ada kena mengena dengan himpunan menggulingkan kerajaan seperti yang diuar-uarkan media arus perdana.
“Gerakan TURUN memperjuangkan isu-isu rakyat yang berkaitan kenaikan kos sara hidup dan menafikan sekeras-kerasnya penglibatan Turun dengan himpunan menggulingkan kerajaan.
“Pendirian (kami) sebelum ini untuk terus turun ke jalanan memprotes kenaikan harga barang pada malam 31 Dis 2013 yang tetap diketuai oleh saudara Azan Safar,” kenyataan Turun dipetik.
“Sehingga kini, Azan Safar masih tidak dibebaskan. Pihak polis masih mempunyai masa sehingga jam 11 malam untuk soal siasat,” tambah kenyataan Turun.
TURUNAhli jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad berkata, Himpunan 31 Disember tidak ada kaitan dengan usaha menggulingkan kerajaan dengan kekarasan.
“Ini fitnah dahsyat yang sengaja direka kerajaan dan penyokong Umno-BN untuk berikan persepsi negatif,” kata Khalid.
Kata Khalid, propaganda yang ditimbulkan media dan penyokong Umno-BN adalah rancangan menggagalkan himpunan dan secara tidak langsung bertujuan menimbulkan suasana yang tidak aman dan boleh mendatangkan kekecohan.
“Kita tegas. Himpunan tersebut hanya untuk menyatakan bantahan kepada keputusan kerajaan yang terus menekan rakyat dengan kadar kenaikan yang melampau serta pelaksanaan GST yang tidak sepatutnya,” jelasnya.

PDRM nafi Bukit Aman dibom


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan catatan yang tersebar di laman sosial Facebook kononnya berlaku serangan ke atas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di ibu negara yang menyebabkan kematian dan kecederaan.
Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Superintendan Lai Lee Ching, berkata keadaan di Bukit Aman tenang dan ia beroperasi seperti biasa.
Beliau berkata, penyebaran berita palsu adalah perbuatan keji dan polis akan bertindak tegas terhadap pelakunya.
"Susulan penyebaran khabar angin itu, satu laporan polis dibuat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, kesalahan tersebut boleh membawa hukuman penjara dua tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Beliau meminta orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu seumpama itu atau berdepan tindakan undang-undang jika berbuat demikian.
Catatan di Facebook itu antara lain mendakwa Bukit Aman diserang sekumpulan pengebom berani mati yang mengakibatkan kematian dan kecederaan anggota polis. - Bernama

DBKL tetap alami bajet defisit biarpun laksana kenaikan cukai taksiran - Datuk Bandar



Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib (gambar) memberitahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetap akan mengalami bajet defisit sebanyak RM297.7 juta walaupun kenaikan cukai pintu dilaksanakan pada 2014.
Ahmad Phezal berkata bajet defisit itu dikenalpasti berpunca daripada tangungan kos peruntukan mengurus dan pembangunan yang tinggi dimana melibatkan peruntunkan  sebanyak RM2.79 bilion pada 2014.
"Keselurahan bajet naik 20% daripada tahun 2013 dan kebihan peruntukan pada projek pembangunan seperti membuat jalan dan jambatan di mana memakan kos sebanyak RM1.29 bilion," katanya dalam satu sidang media di bangunan DBKL Kuala Lumpur hari ini.
Bagaimanapun beliau berkata bajet defisit tersebut akan ditambung oleh rizab pembangunan sedia ada.

BN hilang sokongan: Pandangan Pengerusi PAC - Kajian UMCEDEL selari - Saifuddin Abdullah


Pendapat Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed selari dengan dapatan kaji selidik UMCEDEL, kata Datuk Saifuddin Abdullah. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Disember, 2013.Pendapat Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed selari dengan dapatan kaji selidik UMCEDEL, kata Datuk Saifuddin Abdullah. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Disember, 2013.Keputusan hasil kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) membuktikan bahawa pendapat Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed adalah berasas, kata bekas Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah.
Saifuddin yang ditemui ketika pengumuman hasil kaji selidik UMCEDEL di Universiti Malaya hari ini berkata, jangkaan Nur Jazlan bahawa Barisan Nasional (BN) akan mengalami kekalahan lebih teruk di kawasan bandar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang  berikutan kenaikan harga barang dan kos kehidupan selari dengan dapatan UMCEDEL bahawa peningkatan kos berkenaan akan menjadi penentu kelangsungan BN.

Perang Wahabi: Apabila pegawai kerajaan 47% BN tidak hormati menteri

Kalau nak bercakap macam orang politik, letaklah jawatan dan masuk politik. Masa itulah bolehlah Zamihan cabar Shahidan berdebat. Sebagai bekas pegawai PTD, Shahidan tahu batasnya ketika menjadi pegawai kerajaan dahulu.

PETALING JAYA: Tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang pegawai kerajaan mencabar menteri berdebat. Tetapi inilah yang berlaku di zaman Datuk Seri Najib Tun Razak menerajui negara.
Pelik juga apabila Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dr Zamihan Mat Zain Al Ghar mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk berdebat mengenai isu Wahabi kerana berpendapat fahaman tersebut tidak sesuai di Malaysia.
Katanya, tiada keperluan menegakkan fahaman Wahabi kerana Shahidan sendiri pernah mengakui Wahabi umpama hantu dan tidak seharusnya berpegang kepada fahaman hantu.
“Saya sedia berdebat dengan Shahidan dan beliau boleh menetapkan tempat serta tarikhnya tetapi siapa yang tewas perlu melepaskan jawatan masing-masing.
“Saya tidak pernah sesekali mengelirukan umat Islam tentang Wahabi sebaliknya hanya menyeru supaya berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah, mazhab Shafie dan memberi iltizam akhlak Islam,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas kenyataan Shahidan sebelum ini yang menyelar Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari kerana turut melibatkan aliran Wahhabi dalam serangan kerajaan terhadap penganut fahaman Syiah.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Zamihan cuba mengelirukan umat Islam di Malaysia dengan kefahaman salah mengenai aliran Wahhabi dan ramai orang-orang Umno marah dengan tindakan tersebut.
“Pegawai di KDN nak hukum pasal Syiah itu tidak mengapa kita boleh sokong. Namun mencampuradukkan Wahhabi dan sebagainya merupakan satu perbuatan yang tidak boleh terima,” kata Shahidan.

PBS: Persefahaman Tercapai.!!

Bunuh Diri Tarif Elektrik Naik..!!


Hutang RM83 Juta : Wanita Melayu Terkejut Diisytihar Muflis

'Guy Fawkes' hantar memo, bantah 'senjata permit'


Sebuah NGO hari ini menghantar memorandum bantahan terhadap penggantungan penerbitan The Heat kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan alasan langkah itu antikebebasan media dan menimbulkan perasaan kurang senang rakyat dan pengamal media.

Memorandum JINGGGA 13 itu dihantar kepada ibu pejabat KDN di Putrajaya pagi ini. Mereka antaranya memakai topeng Guy Fawkes yang kini menjadi tred perlawanan di seluruh dunia, sebagai gimik.

Mereka juga menolak alasan penggantungannya itu dan tetap melihatnya sebagai “hukuman” terhadap mingguan itu ekoran penyiaran artikel berkaitan perbelanjaan besar perdana menteri dan isterinya.

“Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (APMC) sewajarnya bukan dijadikan 'senjata' untuk ditujukan kepada mana-mana penerbitan dan kelompok media sehingga dilihat oleh rakyat dan dunia sebagai akta yang mengekang kebebasan bersuara dan anti kebebasan media,” memorandum itu dipetik.

Selain menuntut tindakan itu dibatalkan dan memohon maaf kepada secara terbuka kepada pengamal media, NGO itu antara lain menuntut:
  • KDN, melalui jawatankuasa bebas, menyiasat ke akar umbi semua insiden keganasan polis terhadap wartawan dan pengamal media sewaktu BERSIH 3.0 pada 2012.
     
  • Menghapuskan peraturan yang mewajibkan permit penerbitan dan meminda APMC agar selari dengan hak-hak kebebasan media.
Tuntutan itu dilihat selari dengan bantahan besar pengamal media yang bergabung melalui landasan baru dinamakan Gerakan Media Marah (GERAMM) yang kini menganjurkan kempen dua minggu memperjuangkan isu itu.

Umcedel: Pengundi bimbang kos sara hidup meningkat



Satu tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mendapati para pengundi amat bimbang dengan kenaikan kos sara hidup, termasuk harga barang, harga minyak dan tarif elektrik.
Tinjauan ke atas 1,676 responden itu juga mendapati, 55 peratus daripadanya tidak percaya bahawa Belanjawan 2014 mampu mengurangkan kos hidup.
Seramai 52 peratus responden juga tidak yakin pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mampu mengurangkan kos sara hidup, menurut kajian tersebut.
Kajian yang dinamakan Kajian Politik Enam Bulan Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 itu ke atas responden di semenanjung Malaysia dijalankan dalam tempoh antara 6 hingga 8 Disember baru-baru ini.

Macai Rupanya: Mahathir guna Ibrahim Ali serang Najib – MP Sg Petani

najib-mahathirKUALA LUMPUR 24 DIS: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang melalui fasa-fasa kritikal diserang kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, kenyataan lantang Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang memberi amaran bahawa pertubuhan itu mampu mengambil alih peranan Umno bukti Najib sedang ditekan dengan teruk.
Johari Abdul“Perkasa sebenarnya diterajui Mahathir dan Ibrahim Ali hanya sebagai pemandunya. Ini baru permulaan serangan yang dilakukan oleh Mahathir.
“Saya percaya selepas ini Mahathir akan menggunakan rangkaian media alternatif seperti blogger-blogger yang menyokong beliau selain pertubuhan seperti Perkasa ini untuk menyerang Najib,” kata Johari (gambar) kepada Keadilandaily.
Menurutnya, Perkasa berani membuat kenyataan sedemikian kerana Umno sangat lemah dan dilihat tidak berdaya untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang.
“Umno mempunyai kepimpinan yang tidak berwibawa selain tiada kekuatan untuk terus membimbing Melayu. Mahathir faham bahawa Najib tiada kumpulan kuat dalam Umno dan ini membuka peluang untuknya melakukan serangan demi serangan,” ujarnya.

Fitnah" Guling Kerajaan": Majistret tolak permohonan Polis reman Azan Safar

Majistret menolak permohonan pihak polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi menyiasat pemimpin NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Azan Safar berhubung perhimounan besar yang akan dijalankan pada 31 Disember.

NONE
Peguam Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata beliau juga menjangkakan Azan akan dibebaskan selewat-lewatnya jam 11 malam ini, apabila tempoh penahanan 24 jam itu berakhir.

"(Permohonan polis) ditolak memandangkan tiada keperluan dia ditahan begitu lama.

“Namun,terpulang pada polis kalau ada bukti cukup untuk mendakwa di mahkamah. Kita akan bela Azan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas keputusan majistret tersebut.

Katanya lagi, polis menyiasat siswa Universiti Kebangsaan Malaysia itu mengikut Seksyen 124(C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.

Mohd Azan Safar, yang merancang untuk mengadakan perhimpunan besar bagi membantah kenaikan kos sara semasa sambutan ambang tahun baru itu ditahan ditahan sepasukan anggota polis ketika sedang makan di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada malam tadi.

Katanya, polis menyiasat beliau mengikut peruntukan bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Mohon (penyokong) terus bersolidariti berikan sokongan. Perjuangan tidak akan berhenti di sini," katanya melalui sistem pesanan WhatsApp.

Siswa tersebut, yang turut memimpin Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia pada hari Ahad lalu mengadakan flashmob di kawasan beberapa pusat membeli-belah di Kuala Lumpur bagi mempromosi perhimpunan 31 Disember.

Rakyat akan pangkah parti yang beri faedah pada PRU14

Israel releases Palestinian hunger striker

Deadly blast rocks Egyptian police station

Anger over sentencing Egypt's three activists

Fitnah "Guling Kerajaan" : Majistret menolak permohonan Polis untuk reman Pengerusi "TURUN"


UMCEDEL: Kerajaan 47% BN perlu tangani kenaikan kos sara hidup jika mahu menang PRU14


Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman membentangkan hasil kaji selidik UMCEDEL mengenai respon rakyat terhadap kenaikan harga barang dan perkhidmatan. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Disember, 2013.Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman membentangkan hasil kaji selidik UMCEDEL mengenai respon rakyat terhadap kenaikan harga barang dan perkhidmatan. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Disember, 2013.Kenaikan harga barangan keperluan harian seperti tarif elektrik dan harga minyak memberi kesan kepada kehidupan rakyat Malaysia secara keseluruhannya dan Barisan Nasional (BN) perlu menagani isu itu jika mahu terus berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, kata kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), hari ini.
Pengarah UMCEDEL, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata tiga isu itu seharusnya ditangani kerajaan dengan sewajarnya kerana ia juga boleh menjejaskan sokongan kepada kerajaan BN.
Hasil daripada kajian UMCEDEL terhadap 1,676 responden di Semenanjung Malaysia yang dijalankan pada 6 hingga 8 Disember lalu mendapati 42% responden beranggapan kenaikan harga minyak memberikan kesan kepada kehidupan mereka diikuti 34% kenaikan harga barang, dan kenaikan kadar tarif elektrik sebanyak 24%.

Macai Umno kata perhimpunan haram boleh sebabkan kerugian RM50 Juta...

Peniaga sekitar Dataran Merdeka, menggesa penganjur perhimpunan haram yang merancang kegiatan di situ pada Selasa depan, membatalkan usaha terbabit kerana menyebabkan mereka kerugian sehingga RM50 juta setiap kali diadakan.

Antara perhimpunan haram yang pernah menjejaskan perniagaan mereka di kawasan berkenaan termasuk adalah Bersih; KL112 dan Himpunan Hijau.

Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Leboh Ampang, Abdul Rasull Abdul Razak, berkata perhimpunan haram banyak mendatangkan masalah bukan setakat kepada peniaga, malah rakyat negara ini.

Katanya, perhimpunan haram 31 Disember ini tidak seharusnya diteruskan kerana melumpuhkan sektor ekonomi negara dalam situasi meraikan ketibaan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Kerugian lebih besar 

Kami pernah rugi sehingga RM200 juta ekoran siri perhimpunan haram yang berlangsung sebelum ini. Kami bimbang perhimpunan kali ini menyebabkan kerugian lebih besar.

“Setiap kali perhimpunan haram berlangsung, banyak jalan utama sekitar kawasan ini dan pusat bandar raya ditutup, situasi itu menyusahkan kami dan pelbagai pihak,” katanya ketika ditemui BH, di sini, semalam

Umno parti 'kosong intelektual' - Khalid Jaafar

Masih kurang perbincangan intelektual dalam parti politik, termasuk dalam Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, situasinya tidak seburuk dalam Umno, yang mempunyai “kosong intelektual”.

Perkara itu ditimbulkan oleh Pengarah Institute Kajian Dasar Khalid Jaafar (kiri) dalam sebuah forum di Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian setelah membangkitkan realiti bahawa terdapat pemimpin dunia yang juga dianggap intelektual seperti bekas presiden Indonesia Sukarno, bapa pemodenan China Mao Zedong dan pejuang kemerdekaan India Mahatma Gandhi.

“Kita mahukan pemimpin yang intelektual, bukan golongan (Umno) ini... hanya ahli politik profesional tanpa idea,” Khalid, yang jgua anggota jawatankuasa pusat PKR, berkata demikian pada Ahad.

Menurutnya lagi, hasil kekurangan perbincangan intelek, ia mendorong kepada kritikan terhadap beberapa idea, seperti liberalisme.

DAP dakwa syarikat Umno punca longgokan sampah di MRR2

DAP mendakwa syarikat Umpan Jaya Sdn Bhd yang dimiliki bekas Ketua Bahagian Umno Batu Kawan adalah punca longgokan sampah di Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) hujung minggu lalu.
Syarikat tersebut merupakan kontraktor yang diberikan projek untuk mengendalikan Pusat Pemindahan Sampah di Taman Beringin, Kepong.
"Saya berharap projek tersebut diberikan bukan kerana Umpan Jaya Sdn Bhd dimiliki oleh Datuk Mohd Noordin Mohd Kassim dan keluarganya.
"Mohd Noordin adalah bekas Ketua Bahagian Umno Batu Kawan dan meninggal dunia pada Februari 2013 lalu," kata Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming (gambar) dalam satu kenyataan media hari ini.
Pada Sabtu, media melaporkan gara-gara Pusat Pemindahan Sampah di Taman Beringin ditutup awal kerana kerosakan mesin pemampat, kira-kira 2,000 tan sampah dilonggok di bahu jalan MMR2 berhampiran Kepong.

Longgokan sampah itu menyebabkan kesesakan jalan yang teruk di lebuh raya berkenaan selain penduduk dan pengguna jalan raya terpaksa menghidu bau yang meloyakan.
Ong turut membidas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana memberikan kontrak tersebut walaupun syarikat berkenaan tiada pengalaman dalam menguruskan pusat pemindahan sampah.
"Mengapakah Umpan Jaya, kontraktor am, dianugerahkan kontrak ini pada 2011 walaupun rekodnya tidak baik, daripada laman webnya, mereka tidak mempunyai kepakaran dalam menguruskan atau mengendalikan stesen pemindahan," kata Ong.
Ong berkata, pihak berkuasa digesa menyiasat syarikat Umpan Jaya dan membawa pihak bersalah ke muka pengadilan.
Beliau juga mahu kontrak selepas ini perlu diberikan secara kontrak terbuka dan tidak hanya menganugerahkannya kepada Alam Flora.
Sementara itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata tindakan akan diambil terhadap pihak yang melonggok sisa pepejal di MRR2 itu.